Jumaat, 27 April 2012

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Utusan, TV3 diperdaya pemimpin kanan DAP?

Posted: 26 Apr 2012 08:04 PM PDT


Apabila Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang juga Naib Pengerusi DAP memberi pandangan peribadi yang mengkritik perhimpunan Bersih 3.0, semua media utama seperti TV3 dan Utusan Malaysia menjadikan ia sebagai tajuk utama. Semalam ketika seorang sahabat sedang menikmati makan malam di sebuah restoran, Buletin Utama TV3 menyiarkan berita ini, beberapa pengunjung restoran tersebut begitu terkejut kerana mereka menyangkakan DAP selama ini adalah parti kaum Cina, lebih mengejutkan mereka apabila seorang Melayu bernama Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menjadi Naib Pengerusi DAP.

Nampaknya TV3, Utusan Malaysia dan lain-lain media utama telah memberi promosi percuma untuk parti DAP.

Apakah anak kepada bekas Setiausaha Agung Umno Allahyarham Tan Sri Khir Johari yang kini bersama DAP iaitu Saudara Zairil Khir akan diberi liputan serupa? Kisah Zairil Tan Sri Khir Johari di http://amkns.blogspot.com/2011/04/lebih-ramai-orang-melayu-akan-sertai.html

Tunku Abdul Aziz bantah Bersih 3.0
26 April 2012

KUALA LUMPUR - Seorang ahli Dewan Negara daripada DAP menggemparkan sesi sidang dewan apabila secara terbuka menyatakan bantahan terhadap penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, Sabtu ini.

Ahli Dewan Negara berkenaan, Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim (gambar) yang juga Naib Pengerusi DAP menyatakan pendirian tersebut ketika bangun berucap membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada sesi tengah hari ini.

Tegas beliau, bantahan itu berdasarkan pengalaman serta pemerhatian terhadap penganjuran beberapa perhimpunan jalanan di luar negara yang kononnya aman tetapi berakhir dengan keganasan.

''Walaupun saya daripada pembangkang, bukan semua pembangkang sokong Bersih. Saya tak akan sokong Bersih. Saya dah biasa tengok, bukan sahaja di negara kita tetapi saya biasa bekerja duduk di banyak negara. Semua demonstrasi kononnya mula dengan secara orang kata aman tetapi kebanyakan di mana-mana pun kita tengok terjadi sebaliknya.

38 tahun tiada air

Posted: 26 Apr 2012 08:01 PM PDT


27 April 2012

SIMPANG RENGGAM: Atap bocor dan berlantaikan tanah liat, namun bagi dua beranak, Zainab Yusuf, 92, dan Mohd Razali Md Zain, 52, pondok usang umpama reban ayam itu adalah kediaman terbaik untuk mereka berteduh sejak lebih 30 tahun lalu.

Lebih malang, dua beranak itu tidak mendapat bekalan elektrik dan air bersih berikutan permohonan mereka mendapatkan geran tanah didakwa ditolak sedangkan keluarga berkenaan antara peneroka pertama Kampung Pisang, Ulu Benut, Simpang Renggam di sini.

Razali berkata, sejak tinggal di kampung itu 38 tahun lalu, mereka tidak pernah menikmati bekalan elektrik dan air bersih.

"Setiap kali membuat permohonan geran tanah, kami bukan saja tidak dilayan, malah permohonan itu ditolak mentah-mentah.

"Ia tidak masuk akal kerana ibu dan bapa saya antara kumpulan pertama meneroka kawasan perkampungan ini dan lebih menghairankan, jiran di kawasan berhampiran mendapat geran tanah disusuli kemudahan elektrik serta bekalan air," katanya.

Menurut Razali, keluarganya hidup dalam kesusahan dan bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Zainab sebanyak RM300 sebulan.

Razali pula memaklumkan dia hanya menguruskan kebun kecil di belakang rumah dan tidak boleh bergerak jauh kerana tiada orang menguruskan Zainab.

"Ibu yang uzur hanya boleh bergerak dengan bantuan tongkat dan setiap hari hanya makan cucur tepung dan mi segera.

"Saya pernah maklumkan masalah dihadapi ini kepada pihak berkuasa namun kami tidak pernah dibantu malah ada sekali, pihak berkuasa datang bersama polis seolah-olah kami melakukan kesalahan besar.

"Saya harap ada pihak tampil memberikan bantuan dan bukannya menunggu majlis tertentu untuk berbuat demikian," katanya.

Sementara itu, Zainab berkata, tiada pihak sudi datang menghulurkan bantuan kepada mereka dua beranak dan dia melakukan sendiri kerja rumah mengikut kemampuannya.

Anggota polis maut ditembak rakan di Istana Anak Bukit

Posted: 26 Apr 2012 08:01 PM PDT


27 April 2012

ALOR SETAR: Seorang anggota polis yang bertugas di Istana Anak Bukit di sini maut dipercayai ditembak rakan setugas di pos pengawal di hadapan pintu utama istana petang tadi.

Dalam kejadian 5.45 petang itu, mangsa Mohd Sobri Mohd Sidek, 22, anggota berpangkat konstabel yang berasal dari Melaka, mati di tempat kejadian.

Mangsa meninggal dunia akibat cedera parah dipercayai ditembak di muka dan dada menggunakan senjata jenis M-16. Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim, berkata kejadian tersebut disedari oleh seorang anggota lain yang berada berhampiran tempat kejadian yang terdengar bunyi seperti mercun.

"Bila anggota tersebut keluar dia nampak mangsa terbaring di hadapan pos pengawal dalam keadaan berlumuran darah dan suspek meninggalkan istana sejurus kejadian berlaku dengan menggunakan kereta," katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini. - BERNAMA


Polis mati depan Istana Anak Bukit

ALOR SETAR – Seorang anggota polis berpangkat Konstabel yang bertugas di Istana Anak Bukit di sini semalam ditemui mati dipercayai ditembak rakan setugas di depan pintu gerbang istana itu menggunakan senjata automatik.

Dalam kejadian pukul 5.45 petang, mangsa Mohd. Sobri Mohd. Sidek, 22, terbunuh selepas terkena kira-kira empat das tembakan di anggota badan dan kepala.

Sobri yang menyertai polis pada tahun lalu berasal dari Melaka dan belum berkahwin.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, sebelum kejadian, mangsa dan suspek yang berpangkat Lans Koperal sama-sama bertugas mengawal pintu itu bermula pukul 3 petang dan dijadual berakhir pada pukul 7 petang.

"Pada pukul 5.45 petang, penyelia kedua-dua anggota polis itu terdengar bunyi seakan-akan mercun.

"Apabila penyelia itu keluar memeriksa di pintu pagar gerbang istana, penyelia itu menemui mangsa terbaring berlumuran darah di seluruh badan dengan beberapa kelongsong peluru bertaburan di kawasan itu," kata beliau ketika ditemui di tempat kejadian di sini semalam.


Sangka tembak tupai

ALOR SETAR: "Selepas terdengar bunyi beberapa das tembakan dari arah istana, saya nampak sebuah kereta dipandu laju keluar dari pintu pagar istana," kata seorang wanita yang juga saksi kejadian seorang anggota polis ditembak mati di pondok pengawal Istana Anak Bukit, dekat sini, semalam.

Warga emas berusia 70-an berkenaan yang enggan dikenali itu berkata, ketika kejadian jam 5.45 petang itu, dia duduk di luar rumahnya yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian.


"Saya nampak kereta yang dipandu laju itu menuju ke arah Kepala Batas, namun tidak pasti sama ada ia ada membawa penumpang atau tidak kerana terkejut mendengar bunyi tembakan sebelum itu.


"Pada mulanya saya menyangka bunyi tembakan itu datang daripada aktiviti menembak tupai kerana sebelum ini ada oang menembak tupai di sini, tidak sangka pula berlaku kejadian lain," katanya.


Seorang lagi saksi, Jafiza Mohd Jaafar, 38, berkata dia tidak menyangka bunyi beberapa das tembakan yang didengarnya adalah kejadian jenayah hingga menyebabkan kematian.


Menurutnya, sejurus mendengar tembakan itu, dia hanya melihat burung berterbangan dan keadaan itu menguatkan lagi naluri hatinya bahawa ia mungkin hanya aktiviti menembak tupai.




"Setengah jam kemudian, saya lihat beberapa kereta peronda polis berada di hadapan pintu Istana Anak Bukit sebelum orang ramai mengerumuni bahagian depan istana berkenaan," katanya.


Friday April 27, 2012
Kedah palace guard shot dead
By CHRISTOPHER QUAH & G.C. Tan
newsdesk@thestar.com.my


ALOR SETAR: A policemen was shot dead while on duty at Istana Anak Bukit near here.

Kons Mohd Sobri Sidek, 22, is believed to have been shot about eight times by a colleague who was armed with a M-16 rifle.

Kedah police chief Deputy Comm Datuk Ahmad Ibrahim said the incident occurred at the main entrance guardhouse at about 5.45pm yesterday.

He said the 25-year-old assailant fled from the scene after the incident but was arrested in Simpang Empat, Perlis, some three hours later, adding that both men were on duty for the 3pm to 7pm shift.

Several police staff members heard the gunshots and found the victim lying in a pool of blood.

"We cannot determine yet how many times he was shot since the body was soaked in blood," he said, adding that some spent shells were recovered.

Datuk Paduka Syed Unan Mashri Abdullah, the principal private secretary to the Sultan of Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, who is the Yang di-Pertuan Agong, said the suspect had been on duty at the palace since two weeks ago.

"He joined the police force about five years ago. The victim had worked at the palace for about a year immediately after joining the police force," he said.

"This is the first time such an incident had happened at the palace which was built in 1936," he said.

Syed Unan Mashri said he informed Tuanku Abdul Halim's private secretary Elmi Yusof at about 6pm.

"Tuanku is very saddened by the incident," he added.

Tiada ulasan:

Pengikut