Pakatan Rakyat |
Posted: 19 Apr 2012 03:02 PM PDT Khalid Samad Semasa isu penipuan daftar pemilih dibawa ke kampung-kampung, kedengaran adanya usaha pihak UMNO mempertahankan amalan ini atas hujjah ianya dilakukan kononnya untuk menjamin kelangsungan pemerintahan dan kuasa politik Melayu. Hujjah ini jelas satu pembohongan dan merupakan usaha terdesak UMNO untuk kekal berkuasa! Sebenarnya yang ingin dipertahankan adalah penerusan kekuasaan UMNO dan demi itu mereka sanggup menipu rakyat dengan menggadaikan kedaulatan Negara. Sepertimana yang diketahui umum, semua calon-calon UMNO bertanding melawan calon Melayu juga, samada dari PAS atau PKR. Oleh itu, jumlah kerusi yang akan dipegang oleh wakil rakyat Melayu tidak akan berkurangan. Ianya akan tetap sama. Yang bezanya ialah yang pernah dipegang oleh Melayu UMNO akan dipegang pula oleh Melayu PAS atau PKR. Oleh itu persoalan kelangsungan pemerintahan dan kuasa politik Melayu tidak timbul. Persoalannya sekarang ialah jenis pemimpin Melayu yang bagaimana yang ingin disokong oleh masyarakat Melayu di Negara kita ini? Melayu rasuah, perkauman, fitnah dan tidak amanah atau yang sebaliknya? Sekiranya yang rasuah, perkauman, fitnah dan tidak amanah adalah pilihan hati sekalipun, ianya tidak merupakan hujjah untuk menyokong tindakan penipuan dan pengkhianatan yang sedang dilakukan UMNO dewasa ini berhubung daftar pemilih. Ada juga yang terus diajar UMNO bahawa penipuan, rasuah, fitanh dan sebagainya adalah kebiasaan dalam alam politik. Politik sememangnya kotor, kata mereka lagi; dan siapa sahaja yang memimpin, mereka akan buat juga sepertimana UMNO sedang lakukan sekarang. Dalam erti-kata lain, 2x5, 5x2 dan oleh itu tidak perlu membawa perubahan. Golongan sebegini, yang bercakap kononnya untuk membela nasib orang Melayu dan adalah pejuang Melayu sebenarnya menghina bangsa Melayu dan ingin bangsa sendiri hancur atas sebab akhlak buruk yang dikekalkan. Mereka beranggapan bahawa bangsa Melayu ini sebagai bangsa yang paling tidak bertamaddun di dunia sehingga tidak mampu membebaskan diri dari amalan-amalan terkutuk seperti rasuah, fitnah, perkauman, salah guna kuasa dan sebagainya. Masyarakat Melayu perlu melepaskan diri mereka dari fahaman sebegini dan yakin akan kemampuan bangsa untuk menghasilkan pemimpin-pemimpin yang bersih dari sifat-sifat terkutuk seperti di atas. Kelemahan pasti ada dan setiap kelemahan perlu ditegur dan diperbetulkan, bukan 'diharuskan' atas alasan tiada yang maksum! PAS bersama PR memberikan harapan baru kepada masyarakat Melayu. Bersama kita menawarkan saff pimpinan Melayu yang bersih dari rasuah dan sifat-sifat terkutuk seperti yang disebutkan. Pada masa yang sama sesiapa yang terbukti bersalah melakukan rasuah dan penyelewengan akan dikenakan tindakan dan ditolak. Hanya yang tidak yakin akan kemampuan bangsa untuk menghasilkan kepimpinan bersih dan berakhlak akan menolak tawaran PAS dan PR. Sambil yang yakin dengan kemampuan bangsa, berdasarkan ajaran Islam, akan menyokong dan menerima PAS dan PR. Pilihan ditangan anda. WaLlahu 'Alam | |||
Posted: 19 Apr 2012 01:42 PM PDT Posted by Admin Direktori Blog | | 1:42 PTG Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info sumber :- Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info sumber :-
|
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan