Khamis, 19 April 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Anwar Ibrahim

Posted: 18 Apr 2012 07:07 PM PDT

Anwar Ibrahim


Samseng Serang Mahasiswa di Dataran Merdeka

Posted: 18 Apr 2012 05:24 PM PDT

Harakah

KUALA LUMPUR, 19 April: Sekumpulan antara 40 hingga 80 samseng berkelakuan biadap apabila menyerang perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka, kira-kira jam 2.30 pagi, lapor KeadilanDaily.
 
Berpakaian serba hitam, samseng itu turut meroboh khemah, memukul mahasiwa dan orang ramai yang menyokong perkhemahan dengan menumpu sasaran terhadap mereka yang membawa kamera dan perakam video.
 
(Kanan: Mahasiswa dan orang ramai berkumpul menceritakan detik-detik cemas, namun semangat mereka tidak luntur.)

Kejadian itu menyebabkan seorang lelaki terpaksa dihantar menaiki ambulans ke hospital manakala beberapa orang termasuk mahasiswa, ditendang, ditampar dan ditumbuk.
 
"Saya sedang tidur dalam khemah sebelum terjaga apabila muka saya ditendang dari luar," kata penuntut sarjana Universiti Putra Malaysia (UPM), Nur Ruqayyah Abdul Rahman yang berpurdah itu kepada Keadilan Daily, awal pagi ini.
 
Beliau yang turut kehilangan telefon bimbit akibat insiden itu berkata demikian ketika berkongsi detik cemas itu bersama mahasiswa dan orang ramai.
 
Kebanyakan mereka kesal kerana kumpulan samseng itu dibiar bermaharaja lela walaupun balai polis bergerak terletak hanya 10 meter dari lokasi perkhemahan.
 
Seorang saksi lain kesal kerana polis enggan memberi bantuan walaupun beliau merayu bantuan tetapi anggota pihak berkuasa itu memberi alasan 'bimbang keselamatan mereka terancam'.
 
(Kiri: Khemah mahasiswa yang dirosakkan kumpulan samseng.)

Dalam kejadian itu, samseng turut melontar kata-kata kesat dan mencampakkan cermin mata aktivis sosial, Fahmi Reza manakala rakannya, Boon Kia Meng, seorang pensyarah institusi pengajian tinggi swasta, ditumbuk.
 
"Sebaik saja keluar khemah akibat kekecohan itu, saya hanya duduk tanpa membalas cercaan mereka. Sebaliknya, mereka ambil dan campak cermin mata saya. Kia Meng di sebelah pula ditumbuk," katanya.
 
Kamera Nurul Haniza Mohamad, 24, pula rosak selepas ia dirampas ketika dikerumuni lima atau enam samseng.
 
"Mereka tarik baju dan beg saya. Ada seorang tunjal kepala saya sambil menghambur kata-kata kesat," katanya yang berasal dari Batu Arang, Selangor.
 
(Kanan: Kebiadapan samseng tidak mematahkan semangat mahasiswa untuk terus berkhemah sehingga 28 April ini.)

Seorang ahli Unit Amal PAS Batu, Mohd Kassim Abdullah, 24, pula ditampar dua kali, malah disiram air oleh sekumpulan samseng berkenaan.
 
Sungguhpun berdepan kekasaran samseng itu, semua mahasiswa dan kumpulan penyokong tetap bersemangat, malah membuat ketetapan untuk terus kekal berada di situ.

Mansuh PTPTN, Tapi Yang Kaya Mesti Bayar

Posted: 18 Apr 2012 01:57 PM PDT

Malaysiakini

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa golongan kaya perlu membayar semula pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) walau Pakatan Rakyat komited untuk memansuhkan bayaran itu.

Anwar berkata, Pakatan akan berusaha untuk menyediakan rangka kerja untuk memberi pendidikan percuma dan memansuhkan pinjaman semula itu.

Namun langkah itu lebih banyak melibatkan golongan miskin dan juga yang berpendapatan sederhana yang tidak mampu membiaya pendidikan selain melalui pinjaman, katanya.

Katanya lagi, peluang pendidikan bukanlah satu masalah kepada golongan kaya dan maha kaya, katanya lagi,

“Saya dengar, anak lelaki bos AirAsia (Tan Sri) Tony Fernandes pun memohon (pinjaman PTPTN), ini tak munasabah,” katanya dengan berjenaka dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat hari ini.

PRU13: Selangor Tidak Bubar Dun Serentak Jika SPR Gagal Bersih Daftar Pemilih

Posted: 18 Apr 2012 01:46 PM PDT

Sinar Harian

KUALA LUMPUR – Pakatan Rakyat (PR) mencadangkan agar Selangor tidak turut serta dalam Pilihan Raya Umumke-13 (PRU13) serentak bersama Kerajaan Pusat jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal membersihkan senarai daftar pemilihyang dipertikaikan pembangkang.

Perkara itu diputuskan pada mesyuarat Majlis Pimpinan PR di sini, petang ini.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jika PRU13 diadakan dalam tempoh singkat ini, Selangor tidak akan turut serta selagi SPR tidak membersihkan senarai daftar pemilih.

Pada 17 November lepas, Abdul Khalid berkata, Dun Selangor tidak akan dibubarkan pada awal tahun ini meskipun kerajaan Persekutuan bertindak membubarkan Parlimen dan hanya bersedia menyertai pilihan raya umum ke-13 jika ia diadakan selepas
Jun 2012.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menyatakan kesediaan untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan Parlimen bagi menjimatkan peruntukan kewangan dan tenaga kerja.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula menyerahkan keputusan kepada kepimpinan parti untuk menentukannya.

Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Pulau Pinang

Posted: 18 Apr 2012 04:09 AM PDT

Jom Bersih 3.0

20 April 2012 (Jumaat)

1)    5.00 ptg – Perjumpaan Dengan Masyarakat India

          Lokasi : Ladang Alma, Bukit Mertajam

2)    7.00 mlm – Solat Dan Tazkirah Maghrib

         Lokasi: Masjid Daerah Balik Pulau

3)    8.00 – 11.30 mlm – Majlis Makan Malam

         Lokasi: Komplek Sukan Balik Pulau

4)    Penceramah:

i.                    YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii.                  YAB Lim Guan Eng

iii.                YB Dato' Mansor Othman

iv.               YBhg Dato' Seri Chua Jui Meng

v.                 YB Fauziah Salleh   

5) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – Jom Bersih 3.0

         Lokasi : Taman Cermai, Sama Gagah, Permatang Pauh

6)    Penceramah:

i.                    YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii.                  YAB Lim Guan Eng

iii.                YB Dato' Mansor Othman

iv.               YB Dato' Salleh Man 

Tamrin Ghafar: Don’t Let BN Pawn Our Country

Posted: 17 Apr 2012 09:54 PM PDT

Malaysiakini

A pre-Bersih 3.0 rally last night raised eyebrows when Tamrin Abdul Ghafar, son of former deputy prime minister Abdul Ghafar Baba, made his debut by urging the crowd to throw their support behind the April 28 sit-in protest to demand clean and fair elections.

Tamrin (right) took to the stage and declared: "I have a clarification to make, I am still an Umno member."

This invited laughter and some jeers from nearly 2,000 people who filled the muddy field in Kampung Baru, Kuala Lumpur.

"But today, I have decided to come down to the ground with you because I can no longer bear to see the electoral system being manipulated for the sake of maintaining power," he said.

Tamrin claimed that it was his first time speaking on stage since 1986. He was last spotted in 2010 with Opposition Leader Anwar Ibrahim at a ceramah, but he was then a guest and made no speech.

Last night's rally, marking the 10-day countdown to the massive protest expected at Dataran Merdeka on April 28, saw several participants wearing the trademark yellow Bersih T-shirt.

They sat on makeshift mats on wet grass to listen to speeches by some 31 activists, student leaders and politicians.

Tamrin contrasted premier Najib Abdul Razak's administration with that of his father.

He said Abdul Razak had willingly surrendered power after assuming absolute authority as head of the National Operations Council following the May 13, 1969 riots.

"But today, I am saddened to see that our country can simply be sold to foreigners for the sake of winning (the general election)," he said.

Pointing to media reports that tens of thousands of foreigners were being granted instant citizenship in exchange for votes, Thamrin related that he too, had come across a Pakistani taxi driver, who was in fact a Malaysian citizen.

He also conveyed a message to the crowd from Umno veteran and Gua Musang MP Tengku Razaleigh Hamzah, popularly known as Ku Li.

"Ku Li has clearly said that he supports what Bersih is doing and he is also supportive of calls by Anwar and allies for PTPTN to be abolished in favour of free education. This is the best investment for our country," he said.

‘Don't let them steal the election’

Another surprise guest was former information minister Abdul Kadir Sheikh Fadzir who urged the audience not to allow BN to "steal the election".

"I was an Umno member for 56 years and it was a party owned by the members, the leaders were clean. But as time passed, it appeared that it had become their (selected few) fathers' party.

"They stole this and stole that, I could no longer tolerate it and quit as a minister at the peak of my career,” he said.

"After I quit, I remained silent but the stealing became worse. Millions were no longer enough, its now in the billions, in the end I could no longer take it and quit the party.”

He said elections cannot be called until the government provides fair access to the media and stops abusing government machinery, the police and the army to give it an upper hand in the polls.

"Don't forget that 48 percent of people voted for Pakatan Rakyat in 2008 without media access, half of the country was being blacked out… this is not a democracy.”

Abdul Kadir, who claimed that he had secretly supported the two Bersih rallies in 2007 and 2011, pledged to show up on April 28. He was then handed a Bersih T-shirt which he put on.

Others who spoke at the rally included PAS deputy president Mohamad Sabu, PKR deputy presidents Nurul Izzah Anwar and Tian Chua, PSM secretary-general S Arulchelvan, former Perak menteri besar Mohd Nizar Jamaluddin, Bersih steering committee members Maria Chin Abdullah and Hishammuddin Rais, Himpunan Hijau steering committee member Clement Chin and Solidariti Mahasiswa Malaysia chief Safwan Anang.

Also gracing the event was Anne Ooi who shot to fame during the Bersih rally last July when she was photographed standing in front a phalanx of Federal Reserve Unit (FRU) officers holding a yellow flower and drenched in acid- laced water.

The retired teacher, accompanied by Kota Raja state assemblyperson Dr Siti Mariah Mahmud, cheekily told the crowd to give Najib "a headache".

"Are afraid of the police? Are you afraid of Umno? Are you afraid of Kuala Lumpur City Hall (DBKL)?" she asked, to which the crowd roared "No!"

Dataran Merdeka, the main venue for Bersih 3.0 rally which is expected to be simultaneously staged in more than 50 cities locally and globally, is under the jurisdiction of DBKL.

‘Rally for justice, no more deaths’

Azhar Mohd Kassim, the nephew of Baharuddin Baharuddin Ahmad who had died amid the chaos of the police crackdown in the Bersih 2.0 rally, appealed to the crowd to fulfill his uncle's last wish.

"When my uncle left for the protest, he said he was doing it for justice… I hope that you can join the rally to uphold justice," he said.

However, Azhar said he hoped the rally this time would not face a similar police crackdown and result in injuries and deaths.

As Bersih co-chairperson A Samad Said, better known as Pak Samad took the stage, marking the final lap of the rally, the audience huddled closer to listen to the 77-year-old national laureatte.

"We have received hurtful answers from the Election Commission that constantly favour those in power… it is time for everyone to take responsibility if our democracy is tainted,” he said.

"April 28 will be an important day to voice our dissatisfaction with what has happened in the last 54 years.”

Pak Samad also commended the student activists who have taken a two-week head start to camp at Dataran Merdeka in spite of harassment from DBKL.

"If they (authorities) insist on evicting you from Dataran Merdeka (Independence Square), then it is Dataran Penjajah (Colonialists Square); therefore anyone who prevents our right to gather at Dataran Merdeka is a colonialist," he said.

Later, some 300 people visited the students, who entered the fifth day of camping there.

Police and DBKL officers have remained mum so far on whether Bersih will be allowed to hold its rally at Dataran Merdeka.

However, the organisers say they will go ahead with the rally with or without the authorities' consent.

Misteri Tugasan Luar Negara Shafee

Posted: 17 Apr 2012 07:56 PM PDT

Malaysiakini

Peguam terkemuka Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah didakwa dilantik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor untuk tugasan sulit di luar negara daripada 2 hingga 25 April.

Dalam satu surat bertarikh 23 Mac, beliau dikatakan memohon kepada ketua hakim negara, presiden Mahkamah Rayuan dan hakim besar Malaya – dengan salinan kepada Najib dan Rosmah – supaya semua kesnya antara tarikh itu dikosongkan.

Sebahagian kandungan surat itu didedahkan di Dewan Rakyat oleh Datuk Saifuddin Nasution (PKR-Machang) semasa membahaskan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan 2012 semalam.

Saifuddin ketika membacakan surat itu mendakwa, Shafee dilantik bagi pihak kerajaan Malaysia, terutamanya Najib dan isteri, untuk menjalankan tugas perundangan sensitif di luar negara yang mesti diselesaikan sebelum pilihan raya umum.

Shafee juga akan menjelajah tiga negara – New York, London dan Dubai – dan kemungkinan juga Paris dan akan terlibat dalam persediaan perundangan intensif, seperti berunding dengan pelbagai pihak serta saksi mereka, dakwa Saifuddin lagi.

Selain itu Shafee juga akan ditugaskan untuk merangka tuntutan dan afidavit serta dan mewawancara saksi yang berada di New York, London, Paris dan Basel (Switzerland), dakwanya.

Tugasan Shafee itu didakwa mempunyai kaitan dengan siasatan oleh kerajaan Perancis terhadap dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia, yang sekali gus dijangka menyentuh kes pembunuhan penterjemah Mongolia Altantuya Sharibuu, enam tahun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dalam reaksi segera berkata beliau tidak dapat mengulas isu isu sehingga kesahihan surat yang didedahkan disahkan terlebih dahulu.

Wee Choo Keong

Posted: 18 Apr 2012 03:03 PM PDT

Wee Choo Keong


“NOW EVERYONE CAN FLY MAS WITH LOW COST FARE” – PART 2

Posted: 17 Apr 2012 07:27 PM PDT

Updates @ 7:50 pm on 18-4-2012: Today yours truly has received a reply from MOF regarding the question on the amount of consultancy fees for “WAU” that MAS paid to BinaFikir Sdn Bhd, when it was owned by Tan Sri Azman Mokhtar and his most trusted crony Rashdan who has been embroiled with abused of [...]

PKR PENGKALAN HULU

Posted: 18 Apr 2012 02:27 PM PDT

PKR PENGKALAN HULU


Elizabeth Wong Bersama Mahasiswa Di Dataran Merdeka

Posted: 18 Apr 2012 06:12 AM PDT

Tian Chua Bersama Mahasiswa Di Dataran Merdeka

Posted: 18 Apr 2012 06:10 AM PDT

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

Posted: 18 Apr 2012 09:24 AM PDT

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


(Bersih 3.0 Countdown) Black: Lagu Baru UMNO

Posted: 18 Apr 2012 08:02 AM PDT

Sedangkan beruk pun takut memanjat pokok tua yang tinggi, takkanlah .......

Posted: 18 Apr 2012 07:49 AM PDT

Secara peribadi, saya menyokong tuntutan mahasiswa supaya PTPTN dimansuhkan. Saya telah menulis tentang isu ini sejak dua tahun yang lalu apabila kita semua nampak PTPTN ini sebenarnya merupakan satu perkara yang boleh membantutkan pembentukan 'human capital' seperti yang disebut-sebut oleh pemimpin kita. Setakat ini seramai 130,000 orang graduan telah disenaraihitamkan oleh PTPTN kerana gagal membayar balik pinjaman yang mereka terima dari PTPTN ini.

Hari-hari saya terbaca pemimpin-pemimpin kita, baik menteri-menteri atau pun penyokong UMNO yang seperti biasa sentiasa menyebelahi pemimpin yang tidak prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh graduan-graduan muda kita yang bermasalah ini. Setengah daripada penyokong membuta tuli dan pengampu UMNO sekarang ini menyokong kata-kata pemimpin untuk mendapat 'point' untuk termasuk ke dalam senarai 'winnable candidate' dalam pilihanraya yang semakin hampir ini. Menjadi calon adalah perkara yang 'ultimate' bagi ramai pemimpin UMNO sekarang ini.
.
Walaupun saya menyokong sepenuhnya tuntutan pelajar-pelajar ini, saya begitu 'pessimistic' tentang kejayaan tuntutan ini kerana PTPTN ini bukan setakat membiayai pelajar dengan memberikan pinjaman pembiayaan pelajaran. PTPTN ini wujud kerana 'business' besar kepada kroni-kroni besar dalam 'industry' pelajaran ini. Ratusan IPTS wujud di negara ini dan lesen IPTS-IPTS ini diperolehi oleh kroni-kroni besar dari IPTS-IPTS ini bergantung kepada PTPTN untuk mendapat sumber kewangan melalui pelajar-pelajar yang kehausan pendidikan ini.

Untuk memendekkan cerita yang panjang, PTPTN ini hanya memberikan keuntungan besar kepada pengusaha-pengusaha bidang pendidikan swasta negara kita sahaja. Ramai di antara yang berada di dalam Lembaga Pengarah IPTS ini merupakan kroni-kroni dan yang memegang kepentingan peribadi mereka. Budaya berniaga secara senang ini memang sudah sebati didalam pemikiran rakyat. Kebanyakkan daripada IPTS-IPTS ini tidak mencari keuntungan yang berpatutan tetapi mereka merupakan kumpulan 'profiteers' gergasi yang mengambil kesempatan atas keperluan asas rakyat ini.

Banyak kali blog ini menulis tentang pelajaran percuma untuk rakyat dan ini bukannya cadangan yang ganjil atau pandangan yang 'isolated'. Banyak negara memberikan pendidikan kepada rakyatnya secara percuma. Negara-negara itu bukan pun negara pengeluar minyak seperti negara kita.

Malahan pelajaran percuma ini bukannya tidak pernah berlaku di negara ini. Dari awal kemerdekaan sehingga ke tahun tujuh puluhan, mahasiswa kita diberikan biasiswa di peringkat universiti dan mereka telah ditanggung oleh kerajaan. Semasa itu wujud 'state scholarship' dari setiap negeri-negeri dalam Persekutuan ini dan ada juga 'federal scholarship' yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan.

Petronas dan Bank Bumiputra telah memperuntukkan banyak biasiswa semasa itu. Ribuan biasiswa telah disediakan oleh Petronas dan BBMB kerana Tengku Razaleigh Hamzah yang mengetuai kedua-dua syrikat GLCs ini telah bertegas untuk menjadikan pelajaran sebagai 'ingredient' penting untuk pembangunan negara kita.

Jika dahulu sebelum negara kita melalui zaman kemajuannya, kerajaan telah memberikan biasiswa kepada semua mahasiswa, kenapa pula sekarang negara yang dikatakan oeh pemimpin kita sebagai negara hampir maju ini memberhentikan pemberian biasiswa kepada rakyatnya? Pada zaman itu tidak pernah kita mendengar pelajar memohon pinjaman untuk belajar di peringkat universiti.

Sekarang rakyat yang masih muda telah menerima padahnya kerana disenaraihitamkan oleh kerajaan kerana tidak mampu untuk membayar balik pinjaman yang kesemuanya telah pergi kepada IPTS-IPTS dan kapitalis kroni-kroni pemimpin-pemimpin kita. Kerajaan kita telah mengambil kesempatan atas keperluan yang terdesak rakyat untuk belajar dengan menjadikan pinjaman PTPTN sebagai syarat utama sebelum menerima pelajar masuk ke kampus-kampus mereka.

Kerajaan sepatutnya membayar segala kos pembelajaran rakyat di peringkat universiti ini. PTPTN telah menjadikan graduan-graduan kita tidak 'marketable' lagi di dalam pasaran pekerjaan kerana telah disenaraihitamkan oleh PTPTN. Bagaimana graduan- graduan muda ini hendak memajukan diri mereka jika mereka masih terbelenggu dengan hutang seperti menghadapi 'along-along berlesen' seperti PTPTN ini.

Saya begitu teruja untuk memberikan pandangan terhadap komen Dr Mahathir yang meminta semua yang tidak bersetuju dengan PTPTN supaya tidak mengambilnya dan meminta supaya mereka memulangkan kembali pinjaman yang telah diambil mereka itu. Ini merupakan komen yang amat menyakitkan yang datang dari seorang pemimpin besar sedangkan mereka yang berdemonstrasi itu adalah mereka yang bakal menghadapi masalah seperti yang sedang dihadapi oleh mereka yang telah keluar dan mendapat ijazah mereka itu.

Dr Mahathir tidak boleh menjawab secara begitu kepada mereka yang sedang memperjuangkan hak mereka untuk mendapatkan pelajaran secara percuma seperti rakyat di kebanyakan negara di dunia ini. Jika kita ambil 'equation' yang saya anggap sebagai 'silly' ini, saya juga ingin mencadangkan kepada Mirzan, anak beliau yang telah menggunakan pengaruh bapa beliau mengambil wang rakyat sebanyak RM1.8 billion yang telah digunakannya untuk menyelamatkan perniagaannya pada 1998 dahulu. Tidak ada sebab Mirzan mengambil wang rakyat untuk menyelamatkan perniagaannya selain daripada sebab dia anak Dr Mahathir Mohamad.

Kerajaan pimpinan Dr Mahathir Mohamad sehingga ke pentadbiran Najib ini telah membazirkan wang rakyat sehingga bertrillion ringgit tetapi pinjaman anak-anak muda yang sedang memulakan kehidupan mereka dikejar dan dipintas oleh undang-undang yang menekan seperti tekanan PTPTN ini. Anak-anak muda hanya inginkan pendidikan percuma, bukannya hendak menyelamatkan perniagaan mereka seperti yang dilakukan oleh Mahathir dalam isu menyelamatkan anaknya daripada tersadai dalam perniagaannya.

Slogan 'rakyat didahulukan' itu nampaknya hanyalah satu lagi slogan karangan pimpinan UMNO yang tidak mempunyai daya perjuangan yang kuat. Alasan negara akan bangkrap jika PTPTN dimansuhkan itu adalah alasan hingusan yang sepatutnya ditolak oleh rakyat. Jika ketirisan yang begitu besar yang berlaku di dalam kerajaan dapat dibendung, tidak ada masalah untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat kerana pendidikan percuma itu merupakan perkara yang biasa di kebanyakan negara yang tidak menghadapi ketirisan dalam kerajaan mereka.

Apabila pihak pembangkang menjanjikan pelajaran percuma, pimpinan UMNO memekik-mekik dan terlolong dan menuduh pembangkang tidak akan dapat mengotakan janji-janji itu dan itu merupakan janji-janji kosong semata-mata. Pemimpin-pemimpin UMNO termasuk Dr Mahathir Mohamad menganggapkan pembangkang tidak mempunyai daya pentadbir yang baik seperti mereka. Kerana mereka (BN) tidak mampu menyelesaikannya mereka anggap orang lain pun tidak akan mampu melakukannya.

Pemimpin-opemimpin UMNO begitu kenyang dengan rasuah dan ketirisan yang berlaku di dalam kerajaan pimpinan mereka, maka mereka mengambil pandangan yang pembangkang juga akan melakukan perkara yang sama jika diberikan mandat mentadbir negara ini.

Sekarang rakyat setidak-tidaknya mempunyai harapan untuk mendapatkan tuntutan mereka itu dengan memberikan sokongan kepada kerajaan alternatif. Jangan hiraukan kutukan pihak UMNO itu kerana kita tidak boleh mengharapkan orang yang terlalu kenyang untuk bekerja keras untuk kita.

UMNO dan BN telah memerintah kita selama 54 tahun dan nampaknya perkara-perkara yang karut marut tetap berlaku dengan percambahan yang begitu ketara. Sekarang BN sudah kita lihat mempunyai ketidakmampuan untuk melakukan perkara yang penting untuk masa depan rakyat ini maka kita berikanlah kepercayaan ini kepada pihak PR untuk melakukannya.

Untuk mendapatkan penghapusan PTPTN ini rakyat terpaksa mengambilalih Putrajaya melalui Pakatan Rakyat. Itu sahaja yang boleh dilakukan oleh mahasiswa dan ibu bapa kepada mahasiswa-mahasiswa ini untuk mencapai apa yang mereka tuntut pada hari ini. Kita lupakan dan ketepikan sahaja BN kali ini.

BN sudah jelas tidak mampu mentadbir dengan baik lagi kerana pemimpin-pemimpin yang rasuah tidak mungkin mampu untuk membuat keputusan dengan baik dan saksama. 54 tahun itu sudah terlalu lama untuk sesuatu parti memerintah sesebuah negara.

Pokok kelapa yang berumur 54 tahun itu sudah terlalu tinggi dan merbahaya untuk dikekalkan. Bak kata seorang sahabat saya, "beruk pun takut untuk memanjat pokok kelapa yang terlalu tinggi dan tua itu."

Sumber: http://aspanaliasnet.blogspot.com/

TGNA melayan tetamu

Posted: 18 Apr 2012 07:35 AM PDT

TGNA sewaktu melayan tetamu dari Indonesia, malam semalam di rumahnya

A CALL TO BERSIH 3.0 - KADIR SHEIKH FADZIL (THE BOW MAN')

Posted: 18 Apr 2012 06:20 AM PDT

Adam Adli: Mahasiswa Akan Hadir & Tunggu Rakyat Malaysia Di Dataran

Posted: 18 Apr 2012 06:14 AM PDT

Masih bersama Umno tapi sokong Bersih 3.0

Posted: 18 Apr 2012 06:04 AM PDT

Betul Ker Nii ?

Posted: 18 Apr 2012 12:56 AM PDT

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党

Posted: 18 Apr 2012 09:09 AM PDT

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党


Anwar Ibrahim Nyanyi Lagu: Macam mana kita buat pilihan dalam PRU ke-13?

Posted: 17 Apr 2012 08:45 PM PDT

http://youtu.be/ZYPyJJlpSnY

"Madu di tangan kananmu;Racun di tangan kirimu;Aku dah tahu pilihanku."

Tiada ulasan:

Pengikut