Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil |
KERAJAAN BN MELAKA BAKAL RUNTUH KERANA ROBOH SEKOLAH DAN SURAU Posted: 18 Apr 2012 05:59 PM PDT Kemuncak kezaliman sesebuah kerajaan ialah apabila masjid atau surau dan sekolah dirobohkan tanpa takut kepada laknat Allah dan kasihan belas kepada rakyat. Bila kerajaan Melaka merobohkan Pusat Asuah Tunas Islam (PASTI) Jaya Insan, Bukit Katil dan Surau Ujong Pasir maka lengkap kezaliman sebuah kerajaan negeri. Kerajaan Melaka mengulangi kezaliman dan kesilapan kerajaan BN Terengganu yang merobohkan Institut Berakan dan juga kesilapan kerajaan BN Selangor zaman Khir Toyo yang merobohkan surau. Akhirnya kedua-dua kerajaan pimpinan Wan Mokhtar dan Khir Toyo dihukum oleh Allah tewas dalam pilihanraya umum. Kita berdoa semoga Allah juga menghukum kerajaan BN Melaka sekarang yang dengan zalim merobohkan PASTI dan surau tanpa alasan yang kukuh. Amin. Jelas Ketua Menteri Melaka tidak belajar dari kesilapan 2 orang rakannya itu. Doa rakyat yang dizalimi tidak ada hijab di sisi Allah. Apatah lagi alasan perobohan PASTI Jaya Insan itu jelas tidak dapat diterima. Ianya hanyalah kerana hasad dengki dan dendam kesumat politik sempit kerajaan negeri Melaka. Insya Allah kezaliman kerajaan negeri ini akan memberikan impak besar kepada politik negeri Melaka. Rakyat mula membuka mata dengan kezaliman ini. Malah PAS Bukit Katil sendiri yakin kerajaan negeri dan pimpinannya sekarang sedang menerima hukuman dari Allah apabila mula takut kepada bayang-bayang sendiri dengan pelbagai tindakan akibat cacing kepanasan antaranya mengacau ceramah PAS dan beberapa tindakan yang menggelikan hati. PAS Bukit Katil sendiri akan membuktikan bahawa perjuangan Islam di kawasan Parlimen Bukit Katil bukannya semakin lemah dengan perobohan PASTI tetapi kita akan bangkit dengan membuka lebih banyak pejabat, markas dan PASTI. PASTI Jaya Insan yang baru telah dibuka, selepas markaz baru akan dibuka dan sebuah pejabat serba canggih juga akan dibuka tidak lama lagi. Ibarat ungkapan TEKANAN MENAMBAH PENINGKATAN. dipetik drp http://mutaligat.blogspot.com |
PR Anjur Larian Perpaduan Rakyat Posted: 18 Apr 2012 05:53 PM PDT Pada ahad lepas, 15/4/2012 telah diadakan sukan marathon anjuran Sukan Rekreasi yang melibatkan sekitar 300 orang peserta yang melibatkan jarak sejauh 8.5 kilometer yang terbuka kepada tiga kategori yang dipertandingkan. Kategori yang dipertandingkan ialah kategori A bagi yang berumur 40 tahun ke atas, kategori B bagi dewasa bawah 40 tahun dan kategori C bagi acara wanita. Acara yang bermula jam 8.00 pagi itu bermula digarisan permulaan pejebat DAP Lorong Pandang yang melalui Kampun Lapan dan jalan utama AMJ dan kemudiannya melalui Jalan Pokok Mangga dan garisan penamatnya adalah di tempat permulaan tadi. Kesemua peserta selesai membuat larian selepas satu jam setengah. Para pemenang tempat pertama bagi setiap kategori adalah wang tunai bernilai RM500 dan cederahati, tempat kedua hadiah wang tunai RM300 beserta cederahati manakala tempat ketiga pula hadiah wang tunai berjumlah RM200 beserta cenderahati. Hadiah saguhati pula adalah dari tempat keempat hingga ketempat ke-23 bagi setiap kategori. Gambar boleh didapati di sini http://www.facebook.com/media/set/?set=a.442390749111078.122850.314902525193235&type=1 Dipetik drp http://pasmelaka.blogspot.com/2012/04/sambutan-sukan-rakyat.html |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda PAS Bukit Katil To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan