Pakatan Rakyat |
Posted: 07 Apr 2012 03:10 PM PDT Abd Shukur Harun I shuukurharun@yahoo.com, Pengundi 'atas pagar' (Digelar Poros Tengah di Indonesia) yang beberapa waktu lalu masih belum membuat keputusan, kini diberitakan mulai menyokong Pakatan Rakyat, suatu tanda positif ke arah kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU Ke-13 akan datang. Pemerhati politik melihat petunjuk ini berdasarkan beberapa tanda, antara lain: + Semakin ramainya golongan yang dikenal 'Atas Pagar' datang mendengar ceramah dari pemimpin Pakatan Rakyat seluruh negara, hatta ceramah jauh di pedalaman. Para petugas PR yang biasa mengawal di banyak majlis ceramah telah mengenal pasti bahawa ramai dari kalangan yang bukan penyokong komponan pembangkang itu selama ini telah hadir mendengar ceramah PR di pelbagai tempat. + Berdasarkan soal-selidik secara rambang oleh kumpulan peninjau Pakatan Rakyat yang bertugas mengikuti majlis ceramah PR. + Jentera Pakatan Rakyat membuat tinjauan di pelbagai lokasi, terutama di pasar malam, pasar tani, hentian bas dan teksi, pusat membeli belah dan sebagainya dengan mendengar perbualan orang ramai mengenai isu-isu yang berbangkit menjelang pilihan raya akan datang. + Perbualan rakyat di pelbagai majlis jamuan di pelbagai tempat yang bercakap mengenai pembaziran, pemborosan, rasuah, penyelewengan dan sebagainya. Dicakapkan secara terbuka di majlis tersebut. + Ulasan dan pesanan yang terpancar dari SMS, Twitter, Facebook, malah ulasan dari pembaca di pelbagai blog dan wabesite serta tulisan orang awam dari pelbagai media alternatif. Menurut pemerhati, perkembangan menarik ini sebenarnya bermula dari Himpuan Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lalu yang dilihat sangat berkesan dalam usaha menyedarkan orang ramai akan hak mereka terutama menuntut sebuah pilihan raya yang bebas dan demokratik. Kehadiran Sasterawan Negara A. Samad Said di Himpunan Bersih 2.0 itu sangat memberi kesan kepada anak muda untuk menyokong tuntutan Berrsih 2.0 hingga beliau menjadi ikon yang sangat berpengaruh kepada anak muda. Sejak Himpunan Bersih 2.0 itu hingga kini, anak-anak muda itu – yang selama ini bersikap tidak peduli politik dan perkembangan semasa – mulai memberi perhatian kepada isu kebebasan dan demokrasi, isu rasuah, penyelewengan, pembaziran, pemborosan dan sebagainya yang berlaku secara besar-besaran di tanah air. Himpunan Bersih 2.0 itu dilihat sebagai turning-point yang penting kepada pemikiran masyarakat bahawa himpunan itu telah meruntuhkan tembok perasaan 'takut' rakyat untuk menuntut hak mereka. Walaupun ini hanya berlaku di Kuala Lumpur, tetapi kesannya meluas. Ini bermakna rakyat sudah tidak takut lagi bersuara, anak-anak muda yang menyertai himpunan tersebut menyalurkan maklumat mengenai tuntutan Bersih 2.0 kepada masyarakat di luar Ibu Kota. Di samping itu, kebangkitan mahasiswa di sana sini yang menuntut AUKU dimansuhkan turut memberi kesan kepada golongan 'atas pagar' dan golongan muda untuk menyokong pembangkang yang berjanji untuk memberikan kebebasan kepada golongan pelajar dalam melaksanakan hak mereka jika menang dalam PRU Ke-13. Sementara itu, kenaikan harga barang keperluan yang menyebabkan kos sara hidup begitu tinggi dan 'mencengkam' golongan berpendapatan rendah dan sederhana menyebabkan sesetengah mereka, yang selama ini tidak peduli politik dan apapun yang berlaku, mulai kritikal terhadap parti yang memerintah. Memanglah pemberian RM500 oleh kerajaan kepada takyat yang berpendapatan RM3,000 ke bawah sebanyak sedikit memberi kesan, terutama kepada penduduk luar bandar. Namun pemberian tersebut tidak mempunyai erti berbanding dengan kenaikan harga barang keperluan, khususnya harga ikan, minyak, beras, gula dan tol. Golongan 'atas pagar' muncul kerana rakyat menyaksikan pelbagai kemungkaran berlaku – politik, ekonomi, sosial – disebabkan penyelewengan, rasuah, manipulasi, pemborosan dan pelbagai lagi. Rakyat bosan dengan kepincangan yang berlaku ini. Sementara itu, semakin dekat dengan PRU Ke-13, semakin menjadi-jadi keganasan berlaku – gangguan kepada majlis ceramah pembangkang, merosakkan kereta, ancaman, pembakaran bendera pembangkang, semburan cat pejabat pembangkang dan pelbagai lagi. Semua kejadian yang menakutkan ini menunjukkan trend yang tidak baik menjelang PRU Ke-13 dan ini menjengkelkan hati golongan yang cintakan keamanan dan keharmonian yang selama ini tidak memihak ke mana-mana parti politik telah memihak kepada pembangkang. Sementara itu pada pendapat saya, Pakatan Rakyat perlu secara intensif mewar-warkan 'Buku Jingga' yang memuatkan 10 tawaran atas Pakatan Rakyat kepada rakyat jika memenangi PRU Ke-13. Di samping itu buku 'Negara Berkebajikan' yang disusun oleh PAS juga perlu disebarluaskan dalam kempen Pakatan Rakyat, bersekali dengan 'Buku Jingga'. Menurut tinjauan, kedua-dua buku tawaran Pakatan Rakyat ini belum disebarluaskan secara menyeluruh, di mana hingga kini masih banyak kawasan pilihan raya seluruh negara yang masih belum didedahkan kepada dua buku tersebut. Apabila golongan 'Poros Tiga' ini didedahkan secara terperinci akan isi dua buku penting ini, saya fikir golongan ini, dengan izin Allah, akan kekal menyokong Pakatan Rakyat dalam PRU Ke-13 nanti. Oleh itu, jika pengundi golongan muda dan golongan 'atas pagar' ini terus menerus menyokong Pakatan Rakyat, maka saya percaya, Insya-Allah, jalan 'menuju ke Putrajaya' akan lebih mudah. Oleh itu, Pakatan Rakyat perlu fokas kepada dua golongan ini, di samping tidak melupakan pengundi biasa dan luar bandar. Jika pilihan raya berlansung pada 3 Jun ini, seperti yang dihebohkan, Pakatan Rakyat perlu memanfaatkan masa yang singkat ini sebaik-baiknya. |
BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN Posted: 07 Apr 2012 01:31 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan