Sabtu, 7 April 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Rajahmas

Posted: 06 Apr 2012 11:41 AM PDT

Rajahmas


Panas! Gambar yang akan membuatkan PKR dan DAP sawan menjelang PRU-13

Posted: 06 Apr 2012 08:04 AM PDT

Gambar suasana ketika mengerjakan ibadah korban

Semoga politik sihat di Negeri Sarawak terus kekal begini sehingga bila-bila. Mana-mana bahagian di negeri ini suasana yang sama akan kita lihat hasil kebijaksanaan kepimpinan negeri mengawal kemasukan perosak-perosak politik daripada meracuni pemikiran rakyat.

Keputusan pilihanraya DUN sepatutnya memberikan mereka isyarat yang jelas akan perpaduan yang diamalkan di negeri ini. Rakyat Sarawak ini lain daripada yang lain. Kalau setakat pakar berpidato atas pentas tapi tidak ada hasil kerja yang lebih baik usahlah bermimpi untuk menguasai negeri Sarawak.

Rakyat di sini berpolitik juga tapi tak sampai ke tahap solat 2 imam ataupun berbaiah talak 3 dengan bini gara-gara taksubkan parti dan pemimpin politik. 

PEJUANG BANGSA

Posted: 06 Apr 2012 11:12 AM PDT

PEJUANG BANGSA


PANAS !! Adun DAP kena tumbuk peniaga kecil gara-gara tak puas hati !

Posted: 06 Apr 2012 12:07 AM PDT



Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah cedera ditumbuk, dipercayai oleh dua lelaki selepas selesai makan di sebuah restoran di Jalan Sekolah Kampung Baru sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 pagi, difahamkan wakil rakyat itu mengenali lelaki yang menumbuknya dan insiden berpunca daripada rasa tidak puas hati dengan tindakan kerajaan Selangor memindahkan peniaga-peniaga pasar Seri Kembangan.SH


Komen GPB

Inilah kesannya bila sebuah kerajaan itu zalim terhadap rakyatnya. Kes di Selangor sama juga seperti P.Pinang di mana kerajaan regim Pakatan menggunkan kuasa mereka menindas peniaga-peniaga yang majoritinya berpendapatan rendah .

Sekarang bila tak puas hati dan perasaan marah membua-buak ,  padan la punya muka kena penumbuk buku lima .

PANAS ! Orang PAS sendiri edar video seks Anuwar di ceramah ?

Posted: 05 Apr 2012 07:46 PM PDT


Cerita ini bukan dilaporkan oleh blogger pro kerajaan tapi media Pakatan sendiri yang berang terdapat segelintir ahli PAS mengedarkan video seks dengan China Doll .

Antara ceramah PAS di mana kejadian mengedarkan CD lucah ini di dakwa berlaku ialah di Kemaman pada 10 Feb 2012, Sg, Rokam, Perak pada 25 Mac 2012 dan terbaru ceramah PAS di Kg Razali, Kuantan pada 31 Mac 2012.

Kes ini dikesan oleh ahli-ahli PKR yang dikerah membantu penganjuran ceramah tersebut. Walaupun sudah dimaklumkan kepada pihak penganjur, tapi tidak ada tindakan susulan yang dibuat, mencetuskan rasa tidak puas hati PKR.

Adakah tindakan penyokong PAS ini menunjukkan mereka sudah percaya Anwar terlibat masalah moral dan juga biseksual ?



Debat : Pencacai DAP KMPP dimalukan lagi oleh Ir Shaik Hussein

Posted: 05 Apr 2012 07:22 PM PDT


Hasrat anjing DAP iaitu KMPP untuk pertahankan bosnya Guan Eng dengan mengajak debat  dalam skandal penjualan tapak masjid dan sekolah bukan saja gagal tapi dimalukan lagi oleh Shaik Hussein Mydin .

Ir Shaik Hussein anggap tidak ada  standard untuk dirinya berdebat dengan NGO tajaan DAP ini berikutan mereka tidak autoriti di dalam isu tanah Bayan Mutiara.

" Saya ketua kepada lebih 30 ribu ahli Pemuda UMNO , manakala KMPP hanya ada 10 hinga 20 orang ahli sahaja. oleh itu bukan taraf saya berdebat dengan mereka . Yang perlu menjawab adalah Ketua Menteri, Guan Eng "

" Jika Guan Eng enggap berdepan , sekurang -kurangnya tampilkan Setiausaha politiknya Ng Wei Aik ataupun Zairil . Setakat baru dua tiga tahun ditubuhkan ,lupakan sajalah . Saya tidak mahu membuang masa nak sahut cabaran yang remeh ini "

Nampaknya Guan Eng dan regim DAP takut untuk menjawab secara teknikal dalam isu panas ini sebeliknya menggunakan  anjing mereka ke depan berdepan Pemuda UMNO .

Akibat berebut kuasa, PAS tadbir negeri Kedah dalam keadaan tempang !

Posted: 05 Apr 2012 05:21 PM PDT



Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika ini mentadbir negeri seperti seorang yang tempang dan tidak berkemampuan berikutan dua Exco yang pernah menentangnya dilantik semula ke jawatan itu hari ini.

Beliau berkata, perkembangan itu terus membuktikan Pas Kedah tidak mampu mentadbir negeri dengan baik akibat pertelingkahan dalaman pemimpin mereka.

Muhyiddin berkata demikian ketika berucap merasmikan kilang baja Malaysian NPK Fertilizer Sdn. Bhd. di sini hari ini. - UTUSAN


Drama hipokrit No 1 mana dimaksudkan Ibrahim Ali ?

Posted: 05 Apr 2012 03:32 PM PDT

Silsilah Najib Razak dari kesultanan Raja Gowa ...

Posted: 05 Apr 2012 12:10 PM PDT

Benarkah  DS Najib ini ada 'daulat' seorang Raja ??

DS Najib ialah Perdana Menteri Malaysia. Di Pahang beliau ialah Orang Besar Berempat Syahbandar. Kenapa beliau ada 'daulat' sebab DS Najib adalah keturunan Kesultanan Gowa ke 19: Raja Gowa ke 19, I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone Sultan Abdul Djalil Tumenanga ri Lakiung. Gowa terletak di Sulawesi Selatan penempatan masyarakat Bugis-Makassar.

Salah seorang cucunya bernama Muhammad Nazaruddin Karaeng Agang Jene' atau sebutannya Karaeng Aji. Karaeng Aji adalah keturunan langsung Raja Gowa Sultan Abdul Djalil. Bondanya Siti Aminah adalah puteri Sultan Bima.



Sebagai keturunan langsung Raja Gowa, Karaeng Aji merasa lebih berhak menjadi Raja Gowa dari pada La Pareppa, apalagi Beliau telah dicadangkan oleh Dewan Adat Bate Salapang untuk menggantikan La Pareppa sebagai raja Gowa (namun akhirnya yang menggantikan La Pareppa adalah I Mappaurangi Sultan Sirajuddin Tuminang ri Pasi).

Tapi Karaeng Aji tidak mau ribut, maka seperti kebiasaan orang-orang Gowa Makassar maka beliau pun pergi merantau meninggalkan Gowa pada tahun 1722 menuju Negeri Pahang. Di negeri Pahang, Karaeng Aji berhasil menjadi Syahbandar dan mendapat gelar Toh Tuan.

Setelah itu, Karaeng Aji kemudian menikahi salah seorang Puteri di negeri Pahang dan memiliki banyak keturunan di sana.

Beberapa cucu dan cicitnya di kemudian hari menjadi orang sukses dan nombor satu di Malaysia diantaranya : Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak (PM Malaysia sekarang/ Ke 6), Tun Abdul Razak (PM Malaysia ke 2) dan Tun Musa Hitam.



Dalam sambutannya lawatan DS Najib ke Sulawesi Selatan, dihalaman Rumah Jabatan Bupati Gowa, DS Mohd Najib bin Tun Abdul Razak Menegaskan dirinya sebagai Putera Gowa :


" Saya adalah Anak Gowa, Saya keturunan langsung Raja Gowa dan Hari ini saya Balik ke Gowa Bukan untuk Merampas Tahta Raja Gowa, Melainkan untuk menjalin semangat kekeluargaan yang sebenarnya tidak putus....,Saya adalah Anak Gowa yang merantau 11 (sebelas) Generasi lamanya".



DS Najib mengunjungi Gowa untuk berziarah ke makam leluhurnya di Kompleks Pemakaman Raja Gowa, di Desa Palantikang, Gowa.

Puluhan pasukan berkuda serta 30 orang paganrang bulo (penari gendang) dari Kerajaan Gowa menyambut kedatangan PM Malaysia ke Gowa. Perdana Menteri Malaysia yang mendapat julukan I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone ini diterima dengan adat Kerajaan Gowa di perbatasan Sungguminasa-Makassar.



Di Pahang, Raja Gowa Najib ini menyembah KDYMM Tuanku Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. DS Najib adalah dari keturunan Orang Kaya Indera Syahbandar iaitu Orang Besar Berempat Pahang yang kini disandang oleh beliau.

Perdana Menteri Malaysia Keturunan Raja Gowa

Komen GPB 

Inilah hebatnya  rumpun Malay Archipelago ...suku kaum di rumpun ini memang suka  berhijrah ke satu tempat . Kalau tak  tak ramai la Raja di beberapa negeri   seperti yang berlaku sekarang  di Malaysia .

Begitu juga DS Najib berdarah Bugis  datang jauh nun dari Sulawesi .  Kita bertuah mempunyai seorang lagi PM berasal  dari silsilah keturuan Raja . Semoga beliau dapat pertahankan Kota kerajaan Melayu Putrajaya dari tangan Anuwar Israel dan koncon-konconya .

IPOHMALAY

Posted: 06 Apr 2012 09:33 AM PDT

IPOHMALAY


Nurul Izzah Pilih Hempok Kepala Bapanya Dari Menegah Orang Islam Minum Arak?

Posted: 05 Apr 2012 11:49 PM PDT

Di atas adalah sebahagian petikan temubual antara Nurul Izzah dan The Telegraph yang artikel penuhnya boleh di baca di sini.

Apa yang perlu diberitakan ialah betapa yakinnya Nurul Izzah menyebut 'pemakaiannya adalah haknya' dan ini memberi mesej jelas, kegedikan gadis penari tiang yang memakai pakaian seksi juga mempunyai hak untuk berpakaian menjolok mata.

Bukan itu isu teman. Isu teman ialah bagaimana dia dengan yakin menjawab satu soalan cepucemas berhubung larangan meminum arak.

Katanya " Apakah yang lebih penting? - membanteras rasuah atau menghalang sesetengah orang dari meminum arak di sesetengah tempat? Keutamaan saya ialah membanteras rasuah ".

Maka orang pertama yang perlu dibanteras dalam hidupnya tentulah BAPAKNYA sendiri yang mula menonjolkan diri ikon rasuah negara semasa pemilihan UMNO 1993.

Bukan semasa itu sahaja. Semasa bapanya mengumpan Ahli Parlimen BN untuk menubuhkan Kerajaan Lompat Parti 16 September yang tak jadi, Nurul Izzah sudah pasti mengetahui siapakah saudagar Cina kaya raya yang diguna pakai oleh bapanya untuk mendapatkan dana bagi merasuah Ahli Parlimen BN itu.

Sudahlah hipokrit, bercakap bohong, merendah-rendahkan syariat Islam pula. Inilah kata-kata dari parti anak beranak yang semakin hilang kepercayaan masyarakat. Bak kata Azmin Ali, hanya yang bodoh, buta dan tuli sahaja menyokong PKR, termasuk Azmin.

Inilah Kereta Berisi Bom Yang Diambil Sebelum Letupan Di Hatyai

Posted: 05 Apr 2012 07:07 PM PDT


Gambar kereta Honda Civic yang diletakkan secara salah dan menyusahkan pemandu lain untuk meletakkan kenderaan telah diambil oleh seorang yang prihatin dan mahu menimbulkan isu kerana gangguan yang dibuat telah menyusahkan orang lain.

Lebih dari itu, rupa-rupanya kereta tersebutlah yang berisi bahan letupan sehingga 60kg yang kemudiannya diletupkan menggunakan telefon bimbit dan menggemparkan bandar Hatyai.

Dua orang rakyat Malaysia terbunuh dalam insiden pengeboman tersebut.

Photo of Hat Yai blast car found
Published: 5/04/2012 at 10:02 PMOnline news:
The Bangkok Post

Songkhla police on Thursday released two photos of a Honda Civic believed to have been used in the deadly car bomb attack at a Hat Yai hotel on March 31.

The photos were taken by a person, whose information was withheld, who was searching for a parking spot and parked on the basement's third floor, where police said the bombers left a stolen black Honda Civic containing a mobile phone-detonated 50-60kg explosive device.

The witness used a mobile phone to take photos of the car as it was parked horizontally and taking up car parking spaces.

The blast took place soon after the person went to run errands upstairs. The person notified police after realising the blast car matched the vehicle in the photos.

The two photos show there were many parked cars and people near the bomb site.

Semudah Itukah Mendapat Kad Pengenalan Malaysia?

Posted: 05 Apr 2012 05:40 PM PDT

Mudahnya untuk mendapat Kad Pengenalan Malaysia menurut media Indonesia. Mereka mendakwa spekulasi berhembus menyebut Neneng Sri Wahyuni, figura yang di cari oleh pihak berkuasa Indonesia berhubung kes rasuah, telah memiliki Kad Pengenalan negara ini.

Pihak berwajib di negara ini sewajarnya memberi respon yang menjawab tohmahan pihak-pihak di negara sebelah ini yang sudah pasti mengarut kerana Neneng dikatakan melarikan diri ke Malaysia tidak sampai setahun yang lalu.

Tuduhan ini memberi persepsi tidak baik bukan terhadap agensi berkaitan di negara ini bukan sahaja oleh masyarakat negara sebelah, tetapi masyarakat negara ini sendiri.

Nazaruddin Tak Tahu Neneng Sudah Miliki KTP Malaysia
Fajar Pratama - detikNews
Rabu, 28/03/2012 16:27 WIB

Jakarta Keberadaan istri Nazaruddin, Neneng Sri Wahyuni sampai saat ini masih misterius. Berhembus kabar dia sekarang sudah mendapatkan kartu tanda pengenal di Malaysia. Namun Nazaruddin mengaku tidak mengetahui hal ini.

"Saya tidak tahu. Dari mana Anda tahu dia di Malaysia," tanya Nazaruddin ketika dikonfirmasi. Hal tersebut disampaikannya di sela-sela persidangan di pengadilan negeri Tipikor, Jl Rasuna Said, Jaksel, Rabu (28/3/2012).

Alih-alih memberi jawaban, Nazar malah meminta pihak-pihak yang mengetahui keberadaan Neneng agar mencari sendiri ke Malaysia. "Kalau memang di sana, kenapa tidak dicari sendiri ke sana," ujar Nazaruddin.

Beredar kabar, Neneng yang merupakan buronan KPK dalam kasus PLTS Kemenakertrans tengah bersembunyi di Malaysia. Dia dikabarkan tinggal di sebuah perumahan dan sudah memiliki KTP di negeri jiran.

"Dia sudah memiliki KTP di sana," ujar salah seorang penegak hukum.

Neneng ditetapkan sebagai tersangka oleh KPK dalam kasus dugaan korupsi PLTS Kemnakertrans. Dalam kasus ini, kerugian negara ditaksir Rp 8,9 miliar.

Neneng sendiri saat ini tengah diburu di 188 negara oleh Interpol. Imigrasi juga sudah menarik paspor istri mantan Bendahara Umum Partai Demokrat ini.

Tiada ulasan:

Pengikut