Ahad, 8 April 2012

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


UMNO CAWANGAN PULAI BARAT

Posted: 07 Apr 2012 11:32 PM PDT

UMNO CAWANGAN PULAI BARAT


mesyuarat persidangan 2012

Posted: 07 Apr 2012 07:10 AM PDT

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UMNO)
CAWANGAN PULAI BARAT,BAHAGIAN JASIN
77300 MERLIMAU,MELAKA.
TEL: 017-6637348(Setiausaha),0196083168(Ketua)

Rujukan tuan : 27 hb Mac 2012
Rujukan kami : 03/2012

Kepada:
_________________________
Semua ahli UMNO cawangan Pulai Barat
Asalammualaikum wr.wb.
Tuan/Puan/Saudara/saudari;
NOTIS PERSIDANGAN CAWANGAN
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa sesuai dengan Fasal 17.3 Perlembagaan dan Fasal 17.4.3 Peraturan Persidangan maka Persidangan UMNO cawangan Pulai Barat akan diadakan pada ketentuan berikut:
Tarikh : 08 hb April 2011 (Ahad)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Laman rumah Sidang Dolah bin Taib
2. Oleh yang demikian anda dijemput hadir bagi menunaikan tanggungjawab anda sebagai ahli UMNO cawangan.
3. Kehadiran anda adalah sangat-sangat dihargai demi perjuangan parti bagi kepentingan agama,bangsa dan Negara.
BERSATU-BERSETIA-BERKHIDMAT
--------------------------------------
(Rosidi bin Husin)
Setiausaha UMNO cawangan Pulai Barat

Dr Mohamad Khir Toyo

Posted: 07 Apr 2012 09:37 AM PDT

Dr Mohamad Khir Toyo


Geran Selangorku: Adakah MB Berbohong Lagi?

Posted: 06 Apr 2012 11:00 PM PDT

Puteri Bahagian Segambut

Posted: 06 Apr 2012 11:14 PM PDT

Puteri Bahagian Segambut


Sidang Media Wan Azizah-Shamsidar - Propaganda PR?

Posted: 06 Apr 2012 04:48 AM PDT

Merujuk kepada artikel yang disiarkan oleh laman pembangkang, Suara PR, Wan Azizah dikhabarkan akan mengadakan sidang media bersama dengan Shamsidar Taharin minggu depan bagi membersihkan nama masing-masing yang dikaitkan dengan kisah cinta empat segi senget antara Anwar, Azizah, Azmin dan Shamsidar.
 
Sebagai pemerhati politik, penulis sekadar ingin menasihat para penyokong PR agar tidak terlalu menaruh harapan yang sidang media itu akan menjadi kenyataan. Sudah terlalu banyak kali penyokong-penyokong PR dihampakan dengan adegan-adegan 'stunt' tak jadi oleh pemimpin-pemimpin mereka.
 
Bermula dari saman terhadap Chandra Muzaffar dan kini Nallakarupan yang difail tetapi tidak diserahkan, sehinggalah kepada keengganan menjelaskan ke mana hilangnya jam Omega, mengacah konon ingin bersumpah dan penubuhan kerajaan 16 September, maka penulis rasa cukup-cukuplah penyokong-penyokong PR diperdaya.  

Semua pemimpin-pemimpin atasan Pakatan Rakyat tahu bahawa Wan Azizah dan Shamsidar sudah lama tidak bertegur sapa.  Semua orang tahu, Wan Azizah tidak akan menghadiri program di mana Shamsidar juga menghadirinya. Sekiranya mereka terserempak, mereka akan bermasam muka.

Ketegangan antara mereka sudah tidak boleh disembunyikan lagi. Itu hakikat. Wan Azizah juga tidak begitu 'ngam' dengan Azmin dan cukup menyampah apabila pada suatu ketika dulu, Azmin gemar benar memakai baju yang sama dengan Anwar, suaminya.
 
Maka, untuk seorang penulis di Laman Suara PR cuba menipu kita dengan kisah dongeng keakraban kedua wanita ini menunjukkan betapa Pakatan Rakyat kini bagaikan lemas dalam peluru yang bertali arus sama ada ditembak musuh atau tertembak sendiri tanpa sengaja.
 
Jika benar Wan Azizah dan Shamsidar akan membuat sidang media bersama, kenapakah berita ini tidak datang dari kedua-dua mereka sendiri dan dilaporkan oleh media rasmi mereka?

Kenapakah hanya Laman Suara PR yang menghebahkannya?
Malah mereka juga berdiam diri apabila khabar kononnya Umi Hafilda mempunyai bukti bergambar hubungan Anwar-Shamsidar dihebahkan oleh laman yang sama.

Nampak sangat ini adalah usaha terdesak PR untuk menangkis peluru yang dilontarkan Nallakarupan. Tentu sekali PR sedar, jika tiada langsung usaha untuk menjawab persoalan mengenai hubungan intim Anwar-Shamsidar atau hubungan dingin Azizah-Shamsidar maka rakyat akan melihat bahawa kisah cinta 4 segi senget lagi songsang keluarga mereka adalah benar belaka.  

Perkembangan ini meletakkan PR dalam keadaan serba tak kena.  Jika didiamkan maka penyokong akan mula meragui mereka, tetapi jika diberi respon maka mereka mungkin akan terjerat diri sendiri.   
Kerana itu, penulis yakin, sidang media Azizah-Shamsidar tidak akan berlaku. Ia hanyalah propaganda politik sementara menunggu idea baru untuk menangkis isu.


BeruangBiru

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 06 Apr 2012 03:07 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


bila Shahril Samad bersuara.......

Posted: 06 Apr 2012 09:43 AM PDT



SPR tidak harus dilanyak, kata Shahrir
WARTAWAN SINAR HARIAN
5 April 2012
logo PSC
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak harus "dilanyak" kerana bukan ia yang menentukan nasib seseorang calon pada pilihan raya, kata seorang Ahli Parlimen hari ini.


Datuk Seri Abdul Shahrir Samad (BN-Johor Baharu) berkata sebaliknya nasib mereka ditentukan ALLAH S.W.T selain berdasarkan kepada pemilihan pengundi.


"Dengan itu, tidaklah perlu untuk mana-mana pihak dengan sengaja melanyak SPR dengan menuduhnya tidak adil dan mendakwa  polis tidak adil bagi  menggambarkan kononnya proses pilihan raya tidak bersih," katanya.


Beliau berkata demikian semasa mencelah ucapan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) ketika perbahasan Pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012 di Dewan Rakyat, hari ini.


Wakil rakyat berpengalaman itu berkata, keadaan yang berlaku sebenarnya tidak memberi sebarang manfaat kerana penentuan kemenangan seseorang wakil rakyat bukan tertakluk kepada faktor itu.


"Adakah apabila semua menang, baru kita kata sistem pilihan raya kita betul.


"Saya rasa kita tidak boleh berbuat demikian. Kita tidak tahu hati rakyat itu di mana. Sebab itu, saya mahu letakkan dalam rekod perbahasan bahawa yang akhirnya menentukan nasib kita sebagai seorang wakil rakyat, bila bertanding, kita perlu bertawakal dan serah kepada ALLAH, juga kepada kebijaksanaan rakyat," katanya.


Pada 1988, Shahrir pernah berdepan situasi sukar apabila melepaskan kerusi yang disandangnya untuk memberi laluan kepada pilihan raya kecil Parlimen Johor Bahru setelah dipecat daripada Umno.


Beliau yang bertanding sebagai calon bebas menggunakan lambang cap tiga kunci dapat menewaskan calon BN Mas'ud Abdul Rahman dengan majoriti lebih 12,000 undi.


Kemenangan itu merupakan satu sejarah kerana beliau satu-satunya yang menang bertanding atas tiket calon bebas di kerusi itu.


Shahrir yang pernah memegang pelbagai jawatan di peringkat pusat, mengakhiri kenyataannya dengan berkata "janganlah lanyak sini, lanyak situ, yang akhirnya yang menentukan adalah hati manusia yang juga boleh melihat hati kita".


Ungkapan itu turut INGAT perhatian Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Jaafar yang ketika itu mempengerusikan persidangan, yang mengakui terpegun dengan kata-kata ringkas itu.


Perkara itu turut diakui Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) yang menyifatkan ucapan Shahrir itu sebagai satu hujah akademik, ikhlas dan bukan retorik politik.


"Saya menyokong penuh ucapan Yang Berhormat (YB) Johor Bahru kerana bagi saya ia merupakan satu ucapan ringkas, akademik dan bukan retorik politik," katanya ketika membahaskan rang undang-undang itu kemudian. – Bernama

INGAT BETUL-BETUL SHAHRIL BUKAN KHALID.

Isu PSC - Pembangkang Takut Dengan Bayang Sendiri - Nazri Aziz 4/4/2012

Posted: 06 Apr 2012 08:47 AM PDT

NAK TAHU HARTA BERAPA BANYAK?

Posted: 06 Apr 2012 08:26 AM PDT


JANGAN BIMBANG, KELUARGA NIK AZIZ SEJAHTERA

Posted in MANEK URAINik Aziz on July 14, 2009 by Hambali Abd Latiff

Rakyat bawahan sentiasa mendoakan kesejahteraan Tok Guru Nik Aziz. Mereka doakan Tok Guru dan keluarga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
Berkat doa mereka, keluarga Nik Aziz hidup bahagia.
Baca dan renungkan apa yang dicatatkan oleh blogger www.pisau.net.
Apakah ini satu fitnah terhadap Tok Guru?
ANAK BERANAK NIK AZIZ KAYA…
Hari ini adalah hari terakhir tempoh berkempen untuk Manek Urai, saban hari banyak ceramah di merata tempat menghambur segala "keborbrokan" UMNO, tetapi mereka terlupa satu jari yang menunding orang lain 4 jari lagi menunding diri sendiri.
Ya,ramai penyokong PAS yang begitu taksub dengan Tok Guru, bagi mereka adalah menjadi kesalahan & kesilapan besar jika menyerang tok guru yang wahid ini. Ibaratkan untouchble & maksum.
STESEN MINYAK NIK AZIZ BERNILAI RM 1 JUTA
Buat penyokong PAS di Manek urai, adakah anda akui tok guru maksum? jika dia maksum mana mungkin melakukan sebarang kesilapan. Adakah pendedahan demi pendedahan yang dibuat dikatakan fitnah? mereka yang menutup pemikiran & jumud barangkali akan marah apabila sesuatu yang pincang didedahkan terhadap tok guru.
Penyokong PAS seolah olah mengambarkan pemimpin mereka adalah orang orang suci,tidak terpalit langsung dengan kekotoran & kesalahan. Psy war di mainkan hingga orang UMNO sendiri percaya kempen melondehkan kesalahan & kekhilafan Tok Guru & PAS adalah salah.
Di Manek Urai,adalah medan mendedahkan kesalahan mereka yang maksum ini.
Stesen Minyak Petronas hak milik Nik Mohd Asri Bin Nik Aziz (anak Nik Aziz). Asalnya stesen ini diurus oleh Mesra Makmur Trading yang dimiliki oleh Hood Bin Mohd Isa KP:691119105535. Beliau berasal dari Selangor bekas pemandu Nik Aziz dan menantu Nik Aziz. Hood selaku pengurus pada masa itu telah berjaya memajukan perniagaan ini. Beliau membantu Nik Aziz dalam pilihanraya 2004 dengan cara memberi petrol percuma pada hari mengundi jika motosikal atau kereta membawa bendera bulan – PAS.
Apabila Stesyen ini maju maka anak- anak Nik Aziz iri hati melihat penguasaan Hood keatas stesyen ini. Perbalahan telah berlaku, Nik Aziz gagal menyelesai krisis dalam keluarganya sehingga Hood telah disingkirkan dan membawa diri ke Trengganu. Sekarang stesyen itu diserahkan kepada Nik Mohd Asri pemilik tunggal As Sobru Jaya Trading.
Hood tahu cerita sebenar mengenai bagaimana tipu helah untuk membina stesyan minyak ini. Nik Aziz telah membeli tanah Lot 550 Kg Pulau Melaka tapak stesyen itu dengan memaklumkan kepada tuan tanah bahawa untuk membina asrama kesiankan pelajar tidak cukop tempat menginap. Tetapi setelah tanah dimiliki oleh Datin Tuan Sabariah isteri Nik Aziz, tanah itu telah dibangunkan stesyen minyak. Terkejut yang amat sangat tuan tanah, kerana tanah itu dijual dengan harga yang murah.
Nik Aziz makan pun menyamar kepada rakyat. Kesian orang PAS kena tipu kononnya cara hidup Nik Aziz sederhana. Rupanya Jutawan.
RUMAH MENANTU NIK AZIZ BERNILAI RM 1 JUTA
Rumah menantu Nik Aziz terletak di belakang rumah Nik Aziz Pulau Melaka. Nilainya RM1 juta. Ada jaga 24 jam sehari. Kalau rakyat nak jumpa dengan Nik Aziz maka dia akan tunggu di rumah lama, untuk rakyat tengok dia hidup sederhana. Tapi bila nak berehat pergi rumah banglow milik menantu. Menantu pakai kereta mewah kalau baru harganya RM250,000 sebuah.
Apa nama menantu Nik Aziz?..Nik Arif Fahmi Abdul Rahman, orang yang paling berkuasa dalam kerajaan Nik Aziz.
Menantu Nik Aziz bekerja sebagai CEO Perbadananan Menteri Besar (PMB), Kereta Mercedes berserta dengan pemandu disediakan. Semua projek yang nak join vanture dengan PMB sebelum angkat kepada Pengerusi PMB mesti diluluskan oleh CEO dulu. Siapa Pengerusi PMB? tak lain dan tak bukan Nik Aziz. PMB sudah jadi hak anak beranak. Banyak syarikat pelaburan PMB mengalami kerugian. Habis lah duit rakyat Kelantan di pulon mertua dan menantu.
Bila rakyat nak jumpa datang lah kerumah depan, kecil dan sederhana.
Kereta Mercedes RM500,000 dan CRV Rm 70 ribu untuk Tuan Sabarian
ulang alik ke pasar. Rumah inilah yang selalu ditonjol oleh Nik Aziz.
TUAN SABARIAH SEORANG JUTAWAN.
Kononnya Bandaraya Islam Kota Bharu berkembang tapi ada udang disebalik batu, sama hebat dengan pengumpulan harta oleh keluarga Nik Aziz. Tuan Sabariah kuat berniaga, pernah berniaga jualan langsung, hampir semua muslimat PAS di Pengkalan Chepa, Kota Bharu dan Kubang Krian menjadi ahli.
Sekarang mengalami kerugian ada muslimat PAS yang mengalami kerugian RM50,000 seorang. Kita boleh bayangkan berapa banyak wang muslimat PAS hangus. Apabila muslimat minta ganti katanya tak ada wang.
Dalam pada itu sempat Tuan Sabariah membeli dua unit Rumah Kedai di Taman Koperasi Tanjung Chat Bandar Kota Bharu nilainya RM2 juta.
Kata penduduk Pulau Melaka banyak tanah orang kampong sekarang menjadi milik keluarga Nik Aziz yang bernilai berjuta-juta ringgit. Dari mana Nik Aziz dapat duit bergitu banyak?
Ini lah kesederhanaan yang ditunjukkan oleh Isteri Ulamak, dalam diam juga seorang jutawan.
Hanya Allah Mana Mengetahui

Puteri Bahagian Segambut

Posted: 05 Apr 2012 11:20 PM PDT

Puteri Bahagian Segambut


500 ribu sasaran Bersih 3.0??????

Posted: 05 Apr 2012 06:36 AM PDT

Semakin meriah nampaknya monyet-monyet peliharaan Ambiga ni berdemo. Sampaikan Pak Samad (A.Samad Said) sasarkan hingga 500,000 orang yang bakal sertainya. Betul ke ni? Ataupun 500,000 orang yang akan hadir tu nak saksikan secara live 'pelakon-pelakon handalan dari drama Bersih 2.0' beraksi?? Hahaha..

Menurut sumber, perhimpunan bershit ini dianjurkan bersama dengan 84 NGO lain dan juga akan diadakan serentak di seluruh negara dan dunia. Selain itu, Himpunan Hijau 3.0 juga bakal diadakan pada hari yang sama. Apa lagi agenda diorang ni yer??? 

Jom kita baca petikan artikel dari malaysiakini ni dulu...

BERSIH 3.0 sasar 500,000 sertai himpunan 28 April
Penganjur BERSIH 3.0 hari ini mengumumkan bahawa perhimpunan tersebut akan diteruskan pada penghujung bulan ini - jam 2 petang 28 April - di Dataran Merdeka, pusat bandar Kuala Lumpur.
Pengerusi bersama Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Datuk A Samad Said ketika mengumumkan perkara itu turut menganggarkan 500,000 orang dijangka menyertainya kali ini.
 
Katanya, anggaran itu dibuat berdasarkan interaksi dan pertemuan beliau dengan anggota masyarakat dalam majlis tertentu dan juga di laman media sosial. 

"Saya sendiri berjalan di mana-mana dan orang bertanya bila? 
"Daripada interaksi sewaktu berjumpa dalam majlis atau dalamFacebook, saya mengkhayalkan setidak-tidaknya, himpunan ini akan mengumpul 500,000 orang," katanya. 

Perhimpunan yang anjurkan bersama dengan 84 NGO lain itu juga akan diadakan serentak di seluruh negara dan dunia, kata sasterawan negara itu lagi. Dalam perhimpunan kali ini, para peserta akan duduk di lokasi tersebut bermula jam 2 petang hingga 4 petang.

"Walaupun BERSIH 3.0 adalah duduk sahaja, tetapi dia memberikan impak yang kuat," katanya dalam sidang media di ibu negara pagi ini. 

Sementara itu, Datuk S Ambiga yang juga pengerusi bersama berkata pada perhimpunan lalu, sebanyak 32 lokasi di seluruh dunia terlibat dengan BERSIH 2.0. 

Katanya, jumlah itu berkemungkinan akan bertambah pada perhimpunan kali ini. Lokasi luar negara itu akan diumumkannya pada sidang media selepas ini katanya. 

Perhimpunan kedua pada 9 Julai tahun lalu dihadiri puluhan ribu rakyat yang menuntut supaya lapan perkara itu dilaksanakan. 
Kerajaan kemudiannya menubuhkan Jawatankuasa Penambahbaikan berhubung Pilihan Raya (PSC) untuk mencadangkan perkara untuk menambahbaik pilihan raya.
Laporan jawatankuasa itu dikemukakan ke parlimen semalam dengan bantahan oleh wakil pembangkang. - malaysiakini

Himpunan Hijau 3.0 juga 28 April 

Penganjur perhimpunan membantah loji nadir bumi Lynas, Himpunan Hijau mengumkan bahawa perhimpunan tersebut diadakan bersama dengan perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April.
Anggota jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau, Clement Chin berkata langkah itu diambil kerana gerakan tersebut percaya bahawa isu alam sekitar yang ditimbulkannya adalah berpunca daripada kerajaan yang "kotor."
 
"Kerjasama dengan BERSIH 2.0 sangat logik dan penting kerana alam sekitar yang bersih hanya boleh dicapai oleh kerajaan yang bersih," katanya dalam satu sidang media BERSIH 2.0 hari ini. 

Beliau turut membacakan kenyataan pengerusi jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau, Wong Tack yang antara lainnya berkata, badan tersebut sedang memperincikan rancangan untuk "Himpunan Hijau 3.0" itu. 

"Keputusan rakyat muktamad. Lynas mesti keluar," katanya. 
Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Kuantan di bandar tersebut pada 26 Februari lalu menarikkehadiran15,000 orang. - malaysiakini

Sumber: Bersih 3 Suku


SP: Wahhh Bersih sangat ke Kerajaan yang bakal PR bentuk?
Dan ramai sangat ke "rakyat" yang dah bagi keputusan muktamad agar "Lynas" keluar dari Malaysia?

Tuntutan BERSIH 3.0 pencetus rusuhan Kaum?

Posted: 05 Apr 2012 12:46 AM PDT

Walaupun beberapa tuntutan Bersih 2.0 telah pun diberi perhatian serius oleh SPR dan juga kerajaan, mereka masih juga berdegil ingin mengadakan Himpunan Bersih 3.0 konon kerana tuntutan mereka tidak dipenuhi. Sedangkan, kerajaan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang bertanggungjawab untuk menambahbaikkan sistem pilihanraya sebagai bukti kerajaan tidak pernah mengenepikan pandangan Bersih, khasnya, ataupun mana-mana pihak.  

Untuk itu juga, SPR telah dan sedang melakukan semakan dan kemaskini bagi memastikan tiada kes pengundi yang diragui kewujudan atau tempat mengundinya.  Namun, seperti juga semua sistem pilihanraya di seluruh dunia, adalah mustahil untuk SPR memastikan senarai pengundi yang 100% tepat kerana ia akan memerlukan kerjasama setiap rakyat untuk mengemaskini rekod masing-masing termasuk rekod kematian sanak saudara mereka.  Dan Bersih telah dengan sengaja menolak hakikat ini serta berdegil menuntut rekod yang 100% tepat yang mustahil dicapai walaupun di negara termaju di dunia seperti Amerika Syarikat.  

Begitu juga dengan undi pos di mana Bersih telah mempersoalkan ketelusan pihak yang menguruskan undi pos. Jelas bahawa mereka telah dengan sengaja mengenepikan hakikat bahawa setiap parti yang terlibat berhak menjadi pemerhati dan pemantau dalam satu-satu proses undi pos dan penipuan adalah mustahil sama sekali. 

SPR juga telah bersetuju untuk menggunakan dakwat kekal seperti yang dituntut Bersih walaupun ia terbukti punya terlalu banyak kelemahan sepertimana yang berlaku di negara-negara yang menggunakan sistem ini. Motif Bersih ingin menggunakan sistem yang lemah dan mudah untuk dimanipulasi ini, amat mencurigakan kita semua. Lebih mencurigakan lagi ialah walaupun SPR telah bersetuju dengan penggunaan dakwat kekal, Bersih masih lagi mengulangi tuntutan yang sama dalam demonstrasi Bersih 3.0 yang dirancang mereka pada 28 April ini. 

Namun, yang paling mencurigakan sekali ialah apabila Bersih bersungguh-sungguh inginkan tempoh kempen yang lebih panjang dengan minimum 21 hari.

Apakah kena mengena tempoh kempen dengan proses pengundian yang bersih?

Bagaimanakah tempoh kempen yang panjang boleh memastikan tiada manipulasi ketika proses mengundi dan pengiraan undi?  

Tidakkah Bersih tahu bahawa tempoh kempen 21 hari dalam plihanraya 10 Mei 1969 itulah yang menjadi punca tercetusnya tragedi rusuhan kaum 3 hari kemudiannya iaitu pada 13 Mei 1969?   

Apakah Bersih tidak belajar dari sejarah atau sengaja ingin mengulangi sejarah?

Maka tepatlah tekaan kita bahawa Bersih hanya ingin mencetuskan huru-hara dan rusuhan semata-mata.  
Jika dilihat dari himpunan-himpunan yang dibuat oleh Bersih, reformasi, 901, kumpulan Hijau, Dong Zong dan kumpulan-kumpulan yang sewaktu dengan mereka sebelum ini, semuanya hampir atau telah menimbulkan huru-hara dan juga keganasan.  

Walaupun himpunan dibuat dalam masa hanya beberapa jam, namun ucapan-ucapan provokasi dan hasutan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin mereka cukup untuk mengganggu keselamatan dan menggugat keamanan negara.  
Bayangkan jika ucapan atau ceramah kempen yang sedemikian diadakan selama 21 hari berturut-turut maka adalah tidak mustahil tragedi 13 Mei akan berulang dan mungkin akan berulang dalam skala yang lebih besar.  

Dan inilah sebenarnya matlamat Bersih. Hanya orang-orang dungu sahaja yang sanggup turun berdemonstrasi  bersama Bersih kerana tidak menyedari bahawa diri mereka menjadi umpan dan mungkin juga korban, demi sebuah pengkhianatan terhadap negara sendiri.  

Dari satu sudut, dengan bekerjasama dengan pembangkang, Bersih telah dengan sendirinya membuktikan yang pertubuhan itu sendiri sebagai tidak bersih.   
Manakan tidak, sedangkan dalam pemilihan parti pembangkang sendiri, amalan memanipulasi undi, menipu, mengugut dan pergaduhan dapat ditonton secara 'langsung' oleh sekalian rakyat.  Malah, parti pembangkang juga mengamalkan kronisme dan nepotisme secara terang-terangan di mana hanya anak-beranak, saudara-mara atau sahabat handai yang rapat dengan kepimpinan atasan yang akan diberikan jawatan tertinggi di dalam parti sama ada secara lantikan terus atau manipulasi undi.  

Rasuah politik yang konon ditentang Bersih juga diamalkan secara berleluasa oleh pembangkang sehinggakan parti yang konon memperjuangkan Islam juga kini dikuasai oleh golongan berfahaman liberal, syiah, komunis atau tiada pegangan langsung asalkan dapat wang dan jawatan.   

Bagaimana Bersih akan dapat membersihkan apa-apa jika alat pembersih yang digunakan juga amat kotor sekali? Bersih seolah-olah cuba mengemop lantai dengan air selut. Atau mungkin juga Bersih boleh digambarkan sebagai seekor khinzir ingin menyamak diri sendiri.

Justeru, tidak usahlah Bersih berpura-pura lagi kerana semua orang tahu Bersih adalah tersangat kotor. Dengan pengakuan Pengerusi Bersih sebelum ini iaitu Bersih menerima dana dari pihak yang bertanggungjawab melatih perusuh untuk menggulingkan kerajaan yang sah di negara-negara yang strategik di seluruh dunia, sudah cukup untuk membuktikan betapa kotornya pertubuhan ini serta pemimpin-pemimpinnya.     

Akhirnya, semua ini menjurus kepada satu kesimpulan sahaja iaitu Bersih adalah pengkhianat negara. Dan pengkhianat negara adalah sebenarnya sekotor-kotor manusia

BeruangBiru

ahmadmaslan.blogspot.com

Posted: 05 Apr 2012 09:07 PM PDT

ahmadmaslan.blogspot.com


Posted: 05 Apr 2012 01:05 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 05 Apr 2012 03:08 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


BBC PROMOTIONS

Posted: 05 Apr 2012 08:16 AM PDT

That subsequently selected you as one of our winners.

we are here to inform you that you have been cleared to claim

the amount of ONE MILLION POUNDS from our promotions board BBC PROMOTIONS

you are adviced to send the below informations for funds release

1)Full Names, (2)Full Address,

(3)Gender, (4)Occupation,

(5) Country,(6)Mobile No,

(7)Age,(8) Marital Status

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Posted: 05 Apr 2012 01:44 PM PDT

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Jangan langgar sempadan agama!

Posted: 04 Apr 2012 08:48 PM PDT


Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah kecewa kerana garis sempadan menyentuh agama Islam mula dilanggar, malah ada kalangan bukan Islam semakin lantang mencabar perkara berkaitan agama itu melalui ungkapan dan kenyataan bernada mempersendakan syariat dan memperkecilkan aqidah umatnya.

Baginda mahu supaya perbuatan melanggar sempadan agama lain secara keterlaluan dan terbuka ini dihentikan dan dicegah secara tegas kerana ia boleh mencetuskan tragedi buruk dalam negara.

"Bara keagamaan jangan dihidupkan, api keagamaan jangan dinyalakan, kelak nanti terbakar diri, kelak nanti terhangus negeri," titah baginda semasa merasmikan Sidang Dewan Undangan Negeri Perak di sini hari ini.

Menurut baginda, perkara menyentuh syariat dan aqidah yang disuarakan oleh ulama terutama bagi menasihati umat Islam, kini dipersoalkan dan diperdebatkan secara terbuka oleh individu bukan Islam.

"Perbuatan tersebut nyata telah melanggar sempadan, telah melanggar adat resam beragama secara aman dan damai. Tatasusila menghormati agama lain, tidak memperkecilkan agama lain, tidak mencampuri urusan agama lain adalah merupakan tatasusila yang wajib dipatuhi," titah baginda.

Raja Nazrin bertitah perkara utama mengenai Islam yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan tidak boleh ditafsir secara harfiah, sebaliknya ia perlu ditafsirkan secara holistik, dikaitkan dengan peruntukan lain yang berkaitan bagi memastikan tujuan sebenar peruntukan itu tidak dimanipulasi hingga menidakkan hak yang nyata kepada umat Islam.

"Islam adalah agama yang memiliki benteng perlindungan dan taraf keistimewaan mutlak dalam Perlembagaan Persekutuan. Peruntukan dan keistimewaan yang termaktub di dalam Perlembagaan tidak sama sekali digunakan oleh umat Islam untuk bersifat angkuh, sombong dan bongkak terhadap agama lain, tidak juga dijadikan justifikasi oleh barisan pemimpin Islam dan ulama Islam di negara ini untuk bersifat ekstrem, menindas, menghina dan menyerang agama lain atau memusnahkan rumah ibadat warga bukan Islam," titah baginda.

Baginda bertitah majoriti umat Islam di negara ini dididik untuk memahami erti kemuliaan agama dan menghargai kesucian Tuhan.

"Kerana itu, umat Islam di negara ini, pada lazimnya, menghindarkan diri daripada membuat ulasan, teguran atau komentar secara terbuka terhadap amalan atau pegangan kepercayaan agama lain, jauh sekali dari mahu campur tangan atau mengulas secara terbuka terhadap amalan, ritual, acara dan hukum hakam agama lain," titah baginda.

Titah Raja Nazrin walaupun Islam adalah agama bagi Persekutuan, namun agama lain boleh diamalkan secara aman dan damai di negara ini.

"Perkataan-perkataan agama Persekutuan, aman dan damai adalah tiga kata kunci yang wajib dijadikan kompas panduan dalam budaya beragama di negara ini," titah baginda.

Baginda bertitah pengiktirafan Islam sebagai agama Negara telah diterjemahkan melalui persetujuan yang telah dicapai oleh kaum dan kumpulan agama yang menghuni Tanah Melayu untuk menerima Perkara 3(1), memaktubkan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 3(2) untuk menjamin hak, keistimewaan, kuasa prerogatif raja-raja.

"Islam adalah 'Magna Carta', satu kontrak sosial yang tersirat, dan adalah komponen yang terkandung di dalam Perlembagaan, satu kontrak sosial yang tersurat di negara ini," titah baginda. - Bernama

Warna-warni politik
Torashah

Razlan's

Posted: 04 Apr 2012 11:05 PM PDT

Razlan's


Pelihara Sempadan Islam!

Posted: 04 Apr 2012 09:06 PM PDT


Harus kita sedar supaya sempadan Agama kita dijaga.

Masyarakat Islam Malaysia yang terkenal dengan adat resam menjaga tatasusila kebudayaan ketimuran, sopan santun akan menjadi sebutan sekiranya kita tidak mengambil maklum apa yang di Titah oleh Sultan Perak.


Orang Islam sendiri seharusnya menjaga adap dan sempadan agama agar ianya dipelihara agar tidak di langgar dan di permainkan oleh pihak yang mahu melihat keuntungan keruntuhan sempadan Islam di Malaysia.


Ambiga serta Majlis Peguam yang sering bermain dengan sempadan agama seharusnya ditentang habis-habisan oleh masyarakat Islam. Kenyataan Majlis Peguam yang mahu perjuangkan Sex bebas dan Sex suka sama suka ternyata melanggar sempadan agama Islam.


Majlis Peguam juga mahu Kerajaan Malaysia memberikan hak kepada rakyat untuk memilih agama sendiri apabila cukup umur 21 tahun, dan ini juga sudah melanggar sempadan Agama Islam.


Banyak lagi Sempadan Agama yang telah dilanggar oleh pihak-pihak Pembangkang dalam jangkamasa 5 tahun ini.


Orang Islam Malaysia kena peka dan ambil tahu agar tidak terpengaruh dengan mana-mana pihak demi untuk mendapat sokongan politik.


Apapun yang kita lakukan untuk meraih sokongan yang lebih besar, kita tidak boleh sama sekali mengadai prinsip dan pegangan agama islam sehingga kita boleh terkeluar dari Agama islam seperti penyokong mereka yang murtad seperti Lina Joy.


Ikuti kenyataan penuh seorang Raja yang negitu risau dengan perkembangan Politik Negara sehingga menyebabkan masyarakat kita keliru...




Agama:
Peruntukan dan keistimewaan yang termaktub di dalam Perlembagaan tidak sama sekali digunakan oleh umat Islam untuk bersifat angkuh, sombong dan bongkak terhadap agama lain; tidak juga dijadikan justifikasi oleh barisan pemimpin Islam dan ulama Islam di negara ini untuk bersifat ekstrem, menindas, menghina dan menyerang agama lain atau memusnahkan rumah ibadat warga bukan Islam.

Umat Islam di bumi ini, majoritinya diasuh untuk memahami erti kemuliaan agama dan menghargai kesucian Tuhan. Kerana itu, umat Islam di negara ini, pada lazimnya, menghindarkan diri dari membuat ulasan, teguran atau komentar secara terbuka terhadap amalan atau pegangan kepercayaan agama lain, jauh sekali dari mahu campur tangan atau mengulas secara terbuka terhadap amalan, ritual, acara dan hukum hakam agama lain.

Walaupun memegang amanah sebagai Ketua Agama Islam, Raja Pemerintah masih merujuk kepada ulama dalam perkara berkaitan Islam. Kerana itu, dalam tradisi Kesultanan Perak, seorang ulama dilantik sebagai Orang Besar Istana, bergelar Imam Paduka Tuan untuk menasihatkan Raja Pemerintah tentang perkara-perkara berkaitan Islam. Hari ini, Raja Pemerintah turut merujuk kepada mufti kerajaan, dan mufti kerajaan dalam menyembahkan nasihat dalam perkara-perkara berkaitan hukum, di bantu oleh barisan ulama melalui forum mesyuwarah Jawatankuasa Fatwa.

Kebelakangan ini, garis sempadan menyentuh agama Islam kelihatan mula dilanggar - malah ada di kalangan bukan Islam yang semakin lantang mencabar perkara-perkara berkaitan Islam melalui ungkapan dan kenyataan bernada mempersendakan syariat - memperkecilkan akidah umat Islam. Perkara menyentuh syariat - menyentuh akidah Islam yang disuarakan oleh ulama Islam khusus untuk menasihati umat Islam, kini dipersoalkan - dipertikaikan - diperdebatkan secara terbuka oleh individu bukan Islam.

Perbuatan tersebut, nyata melanggar sempadan, melanggar adat resam beragama secara aman dan damai. Tatasusila menghormati agama lain - tatasusila tidak memperkecilkan agama lain - tatasusila untuk tidak mencampuri urusan agama lain adalah tatasusila yang wajib dipatuhi, selaras dengan maksud yang terkandung dalam ayat tiga hingga ayat enam Surah Al Kaafiruun:
"Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah, Dan aku tidak pernah menyembah apa yang kamu sembah, Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah, Untukmulah agamamu, dan untukkulah agamaku."


Perbuatan melanggar sempadan agama lain secara keterlaluan - secara terbuka, dibimbangkan, berkemungkinan menjadi punca - mencetuskan berlakunya tragedi buruk. Oleh itu perbuatan sedemikian wajib dihentikan dan secara tegas, dicegah dari dibenarkan berlaku.

Peringatan Beta! Bara keagamaan jangan dihidupkan, api keagamaan jangan dinyalakan, kelak nanti terbakar diri - kelak nanti terhangus negeri. Sebagai anggota badan perundangan di Dewan ini, Ahli-Ahli Yang Berhormat hendaklah mencerminkan sebaik contoh - sebaik teladan dalam aspek menghormati kesucian sesuatu agama. Kesucian agama Islam wajib dipertahankan setiap masa dan kebebasan agama lain wajib pula dihormati dalam ruang parameter dan sempadan masing-masing.




Ekonomi:
Alhamdulillah, berkat kesungguhan usaha - hasil kebijaksanaan para peneraju kerajaan beta, tumpuan diberikan kepada perkara-perkara utama lagi strategik. Hasilnya, Perak berjaya memenuhi unjuran pertumbuhan ekonomi positif.

Berpandukan pencapaian pertumbuhan sebenar 5.1 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di peringkat nasional, dan berpandukan aliran pertumbuhan meningkat di negeri ini, pencapaian pertumbuhan 7.6 peratus dalam sektor perkhidmatan, 5.5 peratus dalam sektor pembuatan, 4 peratus dalam sektor pertanian, 3 peratus dalam sektor perlombongan dan kuari serta 2.7 peratus dalam sektor pembinaan, prestasi ekonomi Perak bagi 2011, berada dalam zon pencapaian pertumbuhan di antara lima ke enam peratus.

Hasil negeri terus meningkat, dari RM642.61 juta dalam 2009 kepada RM793.18 juta dalam 2010, terus meningkat kepada RM820.28 juta dalam 2011. Bajet 2012, mengunjurkan terimaan pembangunan berjumlah RM 865.12 juta; mengupayakan kerajaan beta pada tahun ini, memperuntukkan RM321 juta bagi tujuan pembangunan, mencatatkan rekod peruntukan pembangunan paling tinggi yang pernah diluluskan.

Jenayah: 
Indeks jenayah di Perak yang turun dari 11,270 kes dalam 2010 kepada 8,271 kes dalam 2011 adalah indikator yang melegakan. Namun wajar diambil ingatan, selagi jenayah masih berlaku, kelihatan berlaku dan dilaporkan berlaku, zon keselesaan rakyat tidak dapat diyakini semata-mata dengan pencapaian berbentuk perangkaan.

Pendidikan :
Segala usaha untuk meningkatkan taraf dan mutu pendidikan perlu diberikan sokongan. Alhamdulillah, hasrat dan usaha untuk menaik taraf Kolej Islam Darul Ridzuan dimakbulkan Ilahi; Kolej tersebut kini mendapat kelulusan dinaik taraf ke taraf Kolej Universiti.
Masyarakat remaja pada hari ini memiliki aspirasi dan pengharapan yang tinggi. Kerajaan beta amat sedar bahawa kumpulan ini, majoritinya lebih literate dan begitu mesra dengan teknologi maklumat dan komunikasi. Mereka terdedah kepada pelbagai pengaruh dan tarikan. Generasi remaja ini memerlukan program sosial, riadah, minda, komersial dan kerjaya yang selaras dengan cita rasa mereka. Ada di kalangan mereka terperangkap menjadi mangsa kepada kumpulan yang mengambil kesempatan mengeksploitasi mereka.



Puteri Bahagian Segambut

Posted: 04 Apr 2012 11:03 PM PDT

Puteri Bahagian Segambut


Posted: 04 Apr 2012 07:35 PM PDT

Saranan Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk menghapuskan PTPTN mendapat reaksi pelbagai di kalangan masyarakat. Ada yang marah, terkejut dan menggeleng-gelengkan kepala memikirkan apakah Anwar sudah gila akhirnya?

PTPTN adalah skim yang ternyata baik untuk rakyat dan kerana adanya PTPTNlah maka kita melihat begitu ramai anak Malaysia yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Pusat Pengajian Tinggi tidak kira awam mahupun swasta.
 
Menurut Anwar,  beliau sedia maklum akan implikasi dari menghapuskan PTPTN tetapi pembangkang memegang kepada prinsip pembelajaran percuma kepada semua rakyat Malaysia.

Namun, Anwar juga mengakui yang pihaknya belum lagi memikirkan secara terperinci mengenai perlaksanaan cadangan tersebut.  
Anwar juga menegaskan bahawa beliau memahami angka-angka yang terlibat.  

Kita merasa amat sangsi akan kemampuan Anwar memahami angka, bukan hanya kerana beliau mempunyai latarbelakang pendidikan Pengajian Melayu dengan kelulusan atas pagar tetapi kerana seorang yang mampu memahami angka tidak mungkin akan mencadangkan sesuatu yang tidak masuk akal seperti menghapuskan PTPTN.
 
Sedarkah Anwar bahawa bukan sahaja pelajar, tetapi Insititusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia, terutamanya swasta juga bergantung kepada PTPTN.  Sebanyak lebih kurang RM40 – RM50 billion diperlukan untuk menampung kos Pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia yang mana termasuk bayaran pensyarah, penyelenggaraan dan operasi keseluruhan.  

Kabinet baru-baru ini telah meluluskan dana tambahan sejumlah RM6 billion untuk PTPTN 2012/2013.  
Dengan kos yang begitu tinggi, kolej atau Universiti swasta akan terjejas teruk jika PTPTN dihapuskan kerana pelajar-pelajar mereka yang majoritinya terdiri dari bukan Melayu, amat bergantung kepada dana ini untuk melanjutkan pelajaran.

Kaum Melayu mungkin masih mempunyai alternatif lain seperti MARA ataupun pinjaman JPA tetapi ia pastinya terhad dan tidak mampu menampung kesemua pelajar yang layak mendapat bantuan.  

Oleh itu, PTPTN adalah satu-satunya opsyen terbaik bagi pelajar-pelajar ini mendapatkan bantuan kewangan.  
Terdapat 21 IPTA dan 49 IPTS (termasuk dengan kolej universiti dan cawangan universiti luar negara) di Malaysia.  

Kesemua mereka dianggarkan menerima 200,000 lebih pelajar setiap tahun.   
Tanpa PTPTN, dianggarkan 90% dari IPTS akan tutup kerana kolej-kolej ini amat bergantung kepada yuran yang dibayar oleh pelajar-pelajar bagi membolehkan mereka terus beroperasi.  

Jika kemasukan pelajar merosot akibat tiada kemampuan, pastinya IPTS juga akan akhirnya terpaksa gulung tikar.  

Seterusnya, ia akan membawa kepada masalah pengangguran dan akhirnya masalah sosial di dalam masyarakat kerana ramai lulusan SPM dan STPM tidak mampu melanjutkan pelajaran dan sukar mendapat pekerjaan.  
Begitu juga dengan para pensyarah dan pekerja-pekerja di IPTS yang telah ditutup.  Bagaimanakah dengan nasib mereka?   

Nampaknya Anwar tidak berfikir panjang apabila menyarankan agar PTPTN dihapuskan.   Tidak mungkin kerajaan mampu memberi pendidikan 100% percuma kepada ke semua 200,000 pelajar di semua 70 IPTA dan IPTS di seluruh negara dan menanggung kos operasi secara keseluruhannya.  

Bukankah dengan memberi pinjaman PTPTN maka pelajar-pelajar juga secara tidak langsung dapat belajar memikul tanggungjawab dan mengatur perbelanjaan sendiri sebagai persediaan menjadi seorang dewasa yang berguna?
 
Mungkin Anwar terlepas pandang semua ini kerana terlalu sibuk memikirkan bagaimana beliau boleh termakan umpan Nallakarupan baru-baru ini.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 04 Apr 2012 03:11 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


BENARKAH DAP DEMOKRATIK?

Posted: 04 Apr 2012 12:44 AM PDT

ARKIB : 22/08/1998

Kongres selamatkan DAP?


KONGRES Parti Tindakan Demokratik (DAP) kali ini menjadi tumpuan bukan sahaja di kalangan anggota-anggota parti malahan pemerhati luar. Banyak faktor yang menjadikan kongres hari ini begitu menarik.

Pertama, ia berlangsung ketika DAP dilanda krisis yang dianggap paling buruk dalam tempoh 32 tahun Lim Kit Siang sebagai Setiausaha Agung yang berkuasa.

Kerana mengkritik pemimpin, DAP yang selama ini melaungkan isu-isu berkaitan prinsip-prinsip demokrasi, ketelusan, kejujuran, akauntabiliti dan sebagainya, banyak yang dipecat, digantung dan ''membawa diri''.

Parti itu juga menutup mulut ahli-ahli daripada bercakap mengenai hal ehwal parti sedangkan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang sering diserang DAP membenarkan ahli-ahli parti bercakap walaupun benda yang tidak betul.

Lebih menarik, kongres bakal memilih 20 anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC). Sebanyak 56 orang termasuk Kit Siang menawarkan diri untuk merebut jawatan itu.

Di kalangan 20 ahli jawatankuasa inilah yang akan memilih siapa penyandang jawatan setiausaha agung, pengerusi, timbalan pengerusi dan naib-naib pengerusi.

Adakah Kit Siang dipilih sekali lagi walaupun beliau seringkali ingin meletak jawatan bagi memenuhi tanggungjawabnya terhadap kekalahan parti dalam setiap pilihan raya umum. Banyak lagi isu dalaman DAP yang boleh disentuh pada kongres kali ini tetapi apa yang mengejutkan ialah apabila kongres dua hari itu (22-23 Ogos) terpaksa dipendekkan kepada sehari sahaja.

Keputusan ini menimbulkan tanda tanya lebih-lebih lagi kongres ini dianggap penting bagi menentukan hala tuju parti menjelang pilihan raya umum akan datang. Kongres terpaksa dipendekkan walaupun berlarutan sehingga ke tengah malam bagi membolehkan anggota-anggota parti memberi sokongan moral kepada Lim Guan Eng yang akan membuat rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan Isnin ini.
Benarlah apa yang didakwa oleh sesetengah anggota parti itu bahawa Kit Siang lebih mengutamakan anaknya, yang juga Timbalan Setiausaha Agung dan Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY). Jelaslah, kempen ''Sokong, Simpati dan Perpaduan Untuk Guan Eng'' berlangsung hingga ke saat-saat terakhir Mahkamah Persekutuan membuat keputusan.

Agak menghairankan, jika itu diutamakan kenapa kongres perlu diadakan menjelang kes Guan Eng didengar Isnin ini. Kit Siang sendiri sedang membilang hari mengenai kemungkinan anaknya terpaksa berada di Penjara Kajang
.
Dengan memendekkan masa kongres itu, sudah tentu para perwakilan mempunyai masa yang singkat untuk membincangkan pelbagai isu. Mungkin beberapa isu yang hangat dibicarakan selama ini tidak terjawab.

Terdapat juga kebimbangan, kongres kali ini tidak berjalan dengan adil, bersih dan bebas. Kemungkinan muncul pengundi hantu yang akan membantu kemenangan orang-orang tertentu dalam pemilihan kali ini.

''Kit Siang sering kali meminta kerajaan bersikap adil, telus, bersih, mengamalkan prinsip demokrasi dan pelbagai lagi, tetapi dalam DAP sendiri tidak wujud amalan ini,'' kata seorang anggota parti itu.
Semangat DAP sebenarnya belum pulih. Kekalahan teruk yang dialami pada pilihan raya umum lalu khususnya di Pulau Pinang masih terasa. Episod Tanjong III menjadi igauan buruk. Kit Siang yang merajuk serta berhasrat meletak jawatan pada 1995 tetapi menarik balik selepas itu cuba 'kembali' aktif di Pulau Pinang. Beliau menunggu isyarat sokongan selepas pengumuman pada 3 Mei lalu.
Bagi Kit Siang, perjuangan kali ini bukannya episod Tanjong IV. Angka empat tidak membawa makna kejayaan. Perjuangan kali ini untuk pembaharuan ke arah keadilan, kebebasan dan demokrasi.
Malangnya hasrat itu tidak menerima respons yang menggalakkan khususnya dari penduduk Pulau Pinang.

Malahan Karpal Singh selaku Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan mendakwa ada di kalangan pemimpin di Pulau Pinang melihat Kit Siang sebagai 'orang luar'. 

Seorang pemimpin DAP negeri ketika dihubungi mengenai keputusan itu juga hairan dan berkata: ''Kenapa dia (Kit Siang) harus mengumumkan untuk kembali, bukankah dia MP (Ahli Parlimen) Pulau Pinang''.
 
Memanglah sebelum ini iaitu pada 1990, Kit Siang dijemput ke Pulau Pinang untuk bertanding tetapi sudah tiga penggal Kit Siang bertapak di Pulau Mutiara.

Setelah sebulan mengumumkan hasrat itu, Kit Siang mendapat isyarat bahawa Pulau Pinang menerimanya. Itupun selepas berlaku perubahan dalam pucuk pimpinan negeri yang kini dipimpin oleh Karpal. Sebelum itu, tidak ada reaksi yang menggalakkan ketika Teoh Teik Huat menerajui DAP negeri sebaliknya isu yang timbul ialah kempen untuk menumbangkan Kit Siang dan slogan ''32 Is Enough'' (Cukuplah 32).

Semua orang sedar slogan itu ditujukan khusus kepada Kit Siang. Di sebalik keputusan Kit Siang untuk kembali ke Pulau Pinang, DAP telah ''mengorbankan'' beberapa pemimpin parti yang meletak jawatan sebagai pengerusi dan timbalan pengerusi. Secara diam-diam, lanjutan pengumuman itu juga, Kit Siang diserang kerana terlalu memberi tumpuan untuk mempertahankan anaknya. Akibatnya, mereka yang membuat serangan itu menerima padah.
 
Pada 3 Jun, CEC melucutkan jawatan Naib Pengerusi Liew Ah Kim yang juga Ahli Parlimen Seputeh, Setiausaha Publisiti, Wee Choo Keong dan Bendahari Fung Ket Wing.

Serangan berterusan oleh trio ini melalui media massa dan sebagainya memaksa jawatankuasa disiplin parti memecat Wee pada 12 Julai lalu manakala keanggotaan Liew dan Fung digantung. Wee didakwa tidak bertanggungjawab dengan niat menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap pucuk pimpinan parti ketika berucap pada mesyuarat DAP Ipoh pada 24 Mei dan 31 Mei di Melaka.

Wee juga mengkritik pemimpin parti yang menggunakan majalah parti The Rocket untuk memberi publisiti terhadap kempen mempertahankan Guan Eng.

Seorang pemimpin DAP Pulau Pinang ketika ditanya mengenai pelancaran semula The Rocket mengakui bahawa majalah parti itu lebih mengutamakan kempen menyelamatkan Guan Eng. Liew dan Fung pula dikenakan tindakan kerana didakwa gagal menggunakan kedudukan mereka untuk mengambil langkah menenangkan situasi tegang yang timbul selepas ucapan Wee di Melaka.

Ketika mengulas tindakan itu, Wee berkata: ''Kita tak boleh salahkan DAP, yang bersalah ialah Lim Kit Siang yang tidak demokrasi, cakap tak serupa bikin''.

Liew dan Fung pula berkata, DAP akan hancur jika setiausaha agung tidak mengubah sikap.

Selepas penggantungan trio itu, banyak isu didedahkan. Karpal mendakwa terdapat satu pakatan sulit yang bergerak selama setahun bagi menumbangkan Kit Siang dan beliau. Pakatan itu menggunakan kod KOKS (Knock Out Kit Siang) (Knock Out Karpal Singh). Terdapat juga KODC (Knock Out Dr Chen Man Hin.

Isu inilah yang akhirnya memecahkan DAP Pulau Pinang dengan peletakan jawatan pengerusinya, Teoh Teik Huat dan naib pengerusi Gooi Hock Seng.

Sebelum kehadiran Kit Siang, merekalah menjadi jentera utama yang menggerakkan parti di Pulau Pinang. Turut sama meletak jawatan ialah Pengerusi Biro Pendidikan dan Politik Negeri K. Balasundaram dan pemimpin pemuda, Teh Beng Hai. Mereka meletak jawatan kerana mendakwa mandat untuk berkhidmat dalam jawatankuasa negeri telah diketepikan oleh 'serangan membuta tuli dan tidak wajar' oleh Karpal.

Adalah tidak wajar pemimpin peringkat negeri itu diserang kerana parti telah memberi mandat kepada mereka setelah Karpal berundur dari jawatan pengerusi dan Kit Siang pula mengucapkan selamat tinggal kepada Pulau Pinang.

Barisan baru yang dipimpin oleh Teoh sepatutnya diberi peluang untuk memberi nafas baru kepada DAP Pulau Pinang.

Hari ini Liew, Fung, Teoh, Balasundaram juga disenaraikan untuk bertanding dan nasib mereka akan ditentukan oleh 628 orang perwakilan. Hari ini, menentukan sama ada kempen KOKS yang dikatakan wujud dalam parti benar-benar mencapai kejayaan.
 
Persoalannya mampukah mereka ini yang dilihat sebagai orang yang menimbulkan masalah dapat meraih simpati perwakilan?.

Kit Siang mengakui kempen KOKS cuba menamatkan karier politiknya lebih awal tetapi menyerahkan keputusan itu kepada perwakilan hari ini.


''Saya bersedia untuk berundur daripada memimpin DAP dengan pelbagai jawatan sejak 32 tahun lalu, sebagai setiausaha organisasi kebangsaan dan editor Rocket dalam tahun 1966 dan dilantik sebagai setiausaha agung pada Oktober 1969,'' katanya.

Adalah dijangkakan, kumpulan yang cuba menggugat Kit Siang tidak mempunyai kekuatan. Malahan yang membimbangkan kemungkinan mereka ini menerima nasib lebih malang sama ada digantung atau dipecat.

Perwakilan mungkin sekadar menunjukkan tanda protes sekiranya bilangan undi yang diterima oleh Kit Siang berkurangan daripada calon-calon lain.

Jika perwakilan masih melihat ''DAP adalah Kit Siang dan Kit Siang adalah DAP'', maka tidak mungkin begitu mudah Kit Siang disingkirkan.
 
Sekalipun dalam tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika kongres 1988, Kit Siang bersama enam rakan yang lain masih mampu mempertahankan kedudukan mereka dengan meraih undi terbanyak. Beliau mampu mendapat 345 undi.

Dan kali ini, yang pasti, Kit Siang sudah cukup matang bermain politik.

Oleh: HASSAN MOHD. NOOR

HA...ADIK KAKOK MARE BACO....

Posted: 03 Apr 2012 06:01 PM PDT


Beza Politik Nabi dan Nik Aziz di Masjid – Satu Penjelasan oleh Prof Dato Dr Ismail Ibrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Saya ingin mengajak saudara saudari warga Malaysia membaca apa yang telah ditulis atau diterbitkan oleh seorang tokoh akademik negara kita tentang polemik yang ditimbulkan oleh bantahan Mursyidul Am Parti Islam seMalaysia, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz bin Nik Mat bila dilarang oleh Jabatan Agama Islam Selangor Darul Ehsan untuk menggunakan mana mana premis masjid dan surau didalam negeri Selangor untuk berkempen politik untuk Pilihanraya Kecil Parlimen P94 Hulu Selangor samada melalui majlis ceramah atau syarahan umum.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

AGAMA DAN POLITIK oleh Prof Dato Dr Ismail Ibrahim
Umat Islam, terutamanya para ulamak, apabila bercakap tentang politik dan Islam, hendaklah tahu membezakan apakah artinya politik dan agama menurut perspektif ajaran Islam yang sebenarnya tentang takrif Islam dan takrif politik itu?
Rasulullah SAW adalah sorang ahli politik, kerana baginda telah mengetuai umat Islam dalam semua urusan pemerintahan, terutamanya setelah membentuk kerajaan Islam di Madinah dalam tahun 622 M. Baginda mengetuai urusan pentadbiran, ekonomi, pertahanan, dan baginda juga sebagai panglima angkatan tentera, serta urusan lain.
Urusan dan tindakan baginda itu adalah tindakan mengenai pentadbiran dan politik pemerintahan negara. Baginda juga memerintah dengan penuh beradab dan sentiasa berpandukan ilmu dan hikmah, sebab itulah baginda tidak melakukan apa yang dilakukan oleh ahli politik hari ini, ketika "berpolitik" artinya taksub kepada politik partisan, taksub dan fanatik kepada puak dan parti sendiri sahaja, boleh mengutuk dan menjatuhkan hukuman kepada parti lawan dan ahlinya sebagai "sekular" dan sebagainya tanpa memahami pun apakah sebenarnya konsep sekularisme itu. Sebab itulah juga baginda Rasulullah SAW berucap, berkhutbah dan sebagainya dengan menyentuh isu-isu pemerintahan negara dan urusan rakyat, tetapi baginda tidak pernah berkasar kepada para pengikutnya, baginda sentiasa berlembut dan beramanah dengan ilmu dan hikmah tanpa mengatakan orang lain munafik, jahat, boleh mendoakan untuk kebinasaan parti lawan, dan sebagainya. Kalau berpolitik seperti baginda, maka memang tidak ada larangan untuk digunakan masjid dan sebagainya untuk memandu dan menasihati orang awam tanpa sebarang perbezaan.
Tetapi kalau berpolitik untuk mengata nista, mengutuk dan mencerca, maka jauhilah dari masjid yang menjadi kepunyaan semua orang Islam tanpa mengira parti politik, politik tidak mempunyai tempat untuk orang yang berfahaman politik partisan melulu, politik sempit yang tidak sejajar dengan ajaran Islam yang sebenarnya.
Politik kepartian pada hari ini sebenarnya merupakan politik yang sering disalah gunakan, termasuk oleh para ulamak sendiri, iaitu apabila ianya dijadikan pentas dan platform untuk memusuhi lawan politik, memaki hamun dan melontarkan kata nesta kepada orang lain, iaitu satu tindakan yang tidak pernah dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW.
Oleh itu tak usahlah para ulamak politik, atau sesiapa sahaja orang politik boleh mendakwa bahawa politik pada hari ini sama sahaja dengan politik pada zaman Rasulullah SAW, oleh itu ia juga sama dengan Rasulullah untuk bertindak dalam "kempen" politik, menggunakan masjid dan sebagainya untuk "berpolitik" sedangkan "politik" yang dibawanya adalah "politik kotor" penuh emosi, taksub dan fanatik melulu, terkeluar dari ajaran Islam seperti yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW.
Orang ramai tidaklah seharusnya keliru dengan berbagai-bagai fatwa dan ajaran ahli politik taksub kepartian ini, kerana niatnya hanyalah untuk mendapat sokongan untuk politik nya dan partinya, sedangkan orang Islam seluruhnya haruslah juga mengetahui bahawa parti politik itu bukanlah agama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia melalui Rasulullah SAW yang tidak boleh diingkari, dan ahli politik itu juga bukanlah "Pesuruh Allah" yang tidak boleh di-ingkari juga segala kata-katanya.
Parti politik adalah parti politik buatan manusia yang ada salah dan silapnya, ahli politik kepartian itu juga adalah manusia biasa yang tidak maksum, dan suci, malah mungkin lebeh kotor dari orang lain yang tidak taksub kepartian.
Ingatlah parti politik bukannya agama, dan ahli politik itu bukanlah Nabi atau Rasul. Berhati-hatilah dengan hakikat ini supaya hidup kita juga tidak menjadi sesat dan berdosa.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Demikianlah cara orang yang bijaksana berfikir. Tidak taat membuta tuli atau taksub tanpa usul periksa akan agenda seseorang ahli politik itu.
Agama tidak menghalalkan memaki hamun dan memfitnah mana mana saingan politik. Diwaktu yang sama, adab bersiyasah tidak memberi ruang kepada mana mana penggiat politik untuk melakukan sesuatu yang bersalahan kepada hukum hakam Ad Deenul Islam mahupun melanggar tatacara dan adat resam turun temurun peradaban Melayu didalam berpolitik secara kasar dan penuh tipu daya dan muslihat semata mata mahu mengejar kuasa secara mutlak tanpa mengambil kira akan natijahnya terhadap anak bangsa dan negara.
Saya menyeru kepada saudara dan saudari para pembaca supaya menghayati isi kandungan artikel Prof Dato Dr Ismail Ibrahim ini dengan lebih mendalam lagi serta sebarkan kepada rangkaian kenalan anda.
Berbalik kepada persoalan tajuk 'Yang mana satu ulamak dan yang mana pula ahlul politik?'
Sudah dapat kenalpasti belum?

EC urged to allow pre-registration for those aged 20

Posted: 03 Apr 2012 05:41 PM PDT

Khairy tweets House happenings blow-by-blow

Posted: 03 Apr 2012 05:39 PM PDT

Berita Harian Online | SPR bawah Parlimen

Posted: 03 Apr 2012 05:25 PM PDT

PSC - BERTUKAR JADI DRAMA DI PARLIMEN

Posted: 03 Apr 2012 05:13 PM PDT


Jangan Politikkan Ketelusan PSC
KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Pilihan Raya Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili kesal dengan tindakan pembangkang yang didakwa cuba mempolitikkan laporan PSC.
Dr Ongkili turut menafikan dakwaan ahli jawatankuasa PSC Pembangkang yang didakwa tidak diberi ruang untuk memuatkan laporan minoriti berhubung perkara asas pilihan raya.
Sebaliknya beliau berkata perkara itu sudah diputuskan melalui undi belah bahagi.
Dr Ongkili yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata perkara yang ditimbulkan pembangkang pernah dibangkitkan dan dibincangkan dalam jawatankuasa dan sudah pun mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan sewajarnya.
Bukan itu sahaja, beliau menegaskan jawatankuasa pernah memberikan ruang kepada Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali, Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke dan Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli mengemukakan cadangan alternatif dalam setiap isu yang ditimbulkan.
Antaranya ialah isu 42,000 pengundi ragu yang tidak mempunyai kad pengenalan dalam pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan pendedahan Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (Mimos) yang mengesan 80,000 pengundi berkongsi alamat sama.
"Kenapa dah sampai peringkat akhir tiba-tiba kata PSC gagal tunai tanggungjawab? 18 daripada 22 tuntutan itu kita penuhi, maknanya 82 peratus kata sepakat dicapai, adakah ini yang anda kata kita gagal?
"Saya sedih jika isu ini digunakan untuk kepentingan politik sedangkan dah peruntukkan banyak masa untuk tubuhkan PSC.
"Kita mesti berfikiran wajar. Tolonglah jangan timbulkan isu ini hanya atas sebab kepentingan politik," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen pada Selasa.
Beliau turut menyifatkan laporan PSC sebagai laporan yang paling 'bermurah hati'.
Ahli Parlimen Kota Marudu ini berkata sebuah lagi jawatankuasa khas lain akan diwujudkan dan ia akan dipilih Dewan Rakyat.
Jawatankuasa khas itu nanti akan memantau perjalanan pembersihan pilihan raya serta cadangan yang dikemukakan PSC.
"Cadangan itu tidak mampu diselesaikan dalam sekelip mata, perlukan masa," katanya.

Keengganan Speaker Benarkan Usul Laporan Minoriti Dibahaskan Disifatkan Sebagai Angkuh

246 views
Email
KUALA LUMPUR, 3 APR : Tindakan Speker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang enggan memberi ruang kepada MP Pakatan Rakyat bagi membahaskan usul kenyata minoriti PSC disifatkan sebagai angkuh dan tunduk kepada tuntutan Umno-Barisan Nasional (BN) semata-mata.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Speaker enggan mengesahkan kenyata minoriti tersebut kerana ia menjelaskan isu pokok berhubung kegagalan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk membersihkan senarai daftar pemilih yang sah.
Menurutnya, Speaker tidak mahu melayan perbahasan tersebut sedangkan beliau (Speaker) mencabar ahli Parlimen Pakatan sebanyak tiga kali untuk mengemukakan amalan berhubung alasan amalan ini.
"Daripada awal sidang, ketiga-tiga ahli jawatankuasa yang mewakili Pakatan Rakyat menegaskan keperluan mengemukakan laporan minoriti.
"Speaker menolak dengan alasan tidak pernah ada amalan dalam negara Komanwel berhubung perkara berkenaan.
"Speaker baca amalan di New Zealand, tetapi dia hanya baca separuh, tidak lengkap. Sedangkan negara-negara seperti Australia, New Zealand, United Kingdom dan Jamaica membenarkan amalan ini.
"Bila beberapa ahli Parlimen bangkitkan isu amalan ini, dia tidak hadir, dia masuk terus gantung  (ahli Parlimen)," katanya di dalam sidang media di lobi Parlimen.
Anggota PSC Pakatan pagi tadi memohon satu Laporan Minoriti dimasukkan dalam laporan akhir PSC untuk mengetengahkan lima perkara yang tidak selesai.
Usul itu dikemukakan oleh MP Gombak, Azmin Ali, MP Rasah Loke Siew Fook dan MP Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.
Walaubagaimanapun, usul mereka ditolak oleh Pandikar Amin dan apabila tiga MP Pakatan enggan mematuhi arahan beliau, ke-tiga-tiga MP itu diarahkan keluar.
Meraka adalah Azmin, MP Subang, R.Sivarasa dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.
MP Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, Speaker dilihat enggan menerima pandangan yang dikemukakan ahli Parlimen Pakatan berhubung amalan tersebut, sedangkan beliau sendiri meminta mereka berbuat demikian.
"Bagi saya, Speaker akan dilihat lebih berjiwa besar sekiranya dia boleh memperbetulkan kesilapan apabila kita telah mengemukakan hujah yang cukup konkrit."
Mahfuz berkata, ia adalah sesuatu yang memalukan apabila laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC) ini diterima dalam keadaan yang jelas membuktikan terdapat banyak lagi kepincangan dalam sistem pilihanraya.
Kenyataan itu turut dipersetujui Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menyifatkan kejadian sedemikian rupa adalah insiden paling memalukan dalam sejarah 53 tahun Parlimen di Malaysia.
Menurutnya, Speaker dilihat gagal mengawal dewan sehingga berlaku kekecohan dan huru-hara dalam Parlimen.
"Kejadian yang berlaku hari ini jelas menunjukkan Speaker telah melakukan kesilapan, bersikap berat sebelah dan tidak rela memperbetulkan kesilapan beliau.

SYUKUR ALHAMDULILLAH.

Posted: 03 Apr 2012 05:03 PM PDT



Tahun Yang Mengujakan, Mencabar - Najib

PHNOM PENH: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap tempoh tiga tahun beliau menerajui tampuk pemerintahan negara sebagai suatu pengalaman yang mengujakan dan penuh cabaran.
"Kami telah melalui perjalanan yang panjang dalam tempoh tiga tahun. Apabilakita bermula, kami bermula daripada kedudukan yang penuh cabaran, dengan tsunami politik dan terdapat banyak kewahaman dan kesinisan.
"Tetapi selepas tiga tahun, rakyat mula lebih percaya dan yakin dengan kerajaan. Rakyat percaya kami boleh melakukannya dan kami telah pun membuktikannya," katanya kepada wartawan Malaysia pada satu sidang media di sini.
Perdana Menteri berada di sini untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-20 yang berlangsung selama dua hari.
Beliau berkata angka makro kelihatan sangat baik dan sektor swasta telah memberikan respons yang memberangsangkan.
Najib mengambil alih pucuk kepimpinan kerajaan daripada Tun Abdullah Ahmad Badari.
Perdana Menteri berkata pelaburan langsung asing telah mencapai rekod tertinggi selepas 10 tahun dengan nilai pelaburan berjumlah RM120 bilion direkodkan dalam masa satu tahun.
Beliau berkata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga mencapai tahap tertinggi dan kerajaan berupaya mengurangkan defisit fiskal.
"Semua ini memberi petunjuk bahawa kami telah mencipta satu momentum baru sepanjang tahun berkenaan. KDNK kita baik. Kesemua NKRA telah melebihi sasaran dan cabaran seterusnya adalah untuk meneruskan momentum kerana kita telah mencapai banyak kejayaan dalam masa tiga tahun.
"InsyaAllah, berikan kami lima tahun lagi, kami akan melakukan lebih banyak lagi," kata beliau.
Najib berkata beliau terkejut kerana sudah tiga tahun berlalu.
"Saya rasa berpuas hati kerana (anggota) Kabinet telah banyak memberi sokongan. Saya tidak dapat melakukannya sendirian. Rakan-rakan saya telah menyokong saya selama ini.
"Kami telah mengotakan janji-janji yang kami buat dan ini sangat penting. Apabila kami berjanji, kami menunaikannya," kata Perdana Menteri.
Mengenai cabaran politik yang beliau hadapi, Najib berkata pembangkang akan menggunakan apa jua isu dan mereka pula tidak konstruktif untuk mencari penyelesaian sebaliknya memanjangkan isu-isu sehingga pilihan raya umum akan datang.
"Minda pemikiran mereka bukannya untuk mencari penyelesaian tetapi untuk mencipta dan memanjang-manjangkan isu," kata beliau. - BERNAMA

KERAJAAN PERPADUAN MELAYU : APAKAH NASIBNYA?

Posted: 03 Apr 2012 04:59 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 03 Apr 2012 03:21 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Utusan Malaysia Online - CUBA BACA DAN FAHAMKAN ARTIKEL INI.

Posted: 02 Apr 2012 11:32 PM PDT

TEKS PENUH 22 syor PSC Penambahbaikan Proses Pilihanraya | Muka Hadapan

Posted: 02 Apr 2012 11:29 PM PDT

Utusan Malaysia Online - Terkini

Posted: 02 Apr 2012 11:22 PM PDT

SKANDEL ANUAR GATE

Posted: 02 Apr 2012 08:22 AM PDT


AGENDA ANWAR.

Anwar bukan pemimpin yang mengekor angin. Dia tidak mahu menjadi orang nombor dua dalam apa saja pergerakan yang mrlibatkannya. Dia pernah jadi ketua ABIM, juga ketua PPIUM dan juga pemimpin PBMUM ( Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya).

Tapi bila dia menyertai UMNO mengapakah dia sanggup menjadi orang nombor dua terpenting? Ada muslihatnya. Sebagai orang baru dalam UMNO dia harus bijak bermain politik. Seperti kata perumpamaan Melayu, pukul ular, ular mesti mati, kayu jangan patah, tanah jangan berlekuk.

Musuh-musuhnya dalam UMNO lebih ganas dan lebih banyak dari musuh-musuhnya sewaktu memimpin ABIM atau pun PPIUM atau PBMUM. Walau pun dia mempunyai pengaruh politik dalam dan luar negara namun dia tidak mahu tunjuk taringnya, seperti kaduk naik junjung. 

Dia mahu melebarkan pengaruhnya di kalangan rakyat terlebih dahulu supaya rakyat akan menjadi penyokong super setia kepadanya. Menurut Tun Mahathir, Anwar sudah mula merancang jaringan strategi politiknya dengan mengadakan cell-cell dalam parti, kerajaan, badan-badan berkanun dan berbagai NGO-NGO lain.

Pendek kata, dia sudah merancang konspirasi untuk mengusai UMNO dan menjadi Perdana Menteri dalam masa yang singkat. Tun Mahathir tahu tapi dia mahu melihat sejauh mana dan serakus mana Anwar bermain politik.

Malangnya Anwar tidak sabar menunggu gilirannya. Walau pun Mahathir mencanang namanya berkali-kali di berbagai tempat bahawa Anwar sebagai pengganti namun Anwar tidak mampu menunggu masanya. Dia ingin menentukan nasibnya sendiri, bukan Mahathir bukan rakyat.

Bila dapat kuasa, disintuklimau oleh dan menjadi orang nombor dua penting dalam kerajaan dan UMNO seolah-olah dia dikhayalkan oleh kuasa yang tidak pernah dia mimpikan sewaktu menjerit-jerit slogan anti UMNO di era kepimpinan ABIM dulu.

Dia seolah-olah merasakan Allah memberi "wahyu" kepadanya untuk menjadi Perdana Menteri. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang  atau sesuatu kaum kalau orang atau kaum itu sendiri yang merubahnya.

Barangkali dia berpaut pada firman Allah ini secara bulat-bulat tanpa memperhitungkan aspek-aspek lain secara bulat-bulat tanpa memperhitungkan aspek-aspek lain dalam percaturan politik pada masa ini.

Sejak Tun Ghafar Baba kalah mempertahankan jawatan Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993, Anwar dan juak-juaknya menjadi semakin galak. Ghafar terpaksa mengaku kalah sebelum persidangan UMNO gara-gara undi mainan 10 undi bonus yang tidak demokratik itu.

Nafsu untuk berkuasa dan menjadi Perdana Menteri, semakin membuak setelah Anwar dilantik menjadi Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri merangkap lagi sebagai Menteri Kewangan.

Anwar dan kabilahnya seolah-olah tidak sabar untuk merancang strategi mengambil kuasa secara licik melalui Perhimpunan Agung UMNO di mana beberapa orang perwakilan sudah ditunjuk untuk mengkritik pimpinan Mahathir dan mendesak beliau berundur dari kerusi Perdana Menteri. Anwar lempar batu sembunyi tangan.

Anwar boleh baca kilat dalam kilat mainan politik Mahathir yang ingin memperalatkan dia untuk menentang PAS. Sebenarnya Anwar bermain acilut politik dengan PAS kerana banyak pemimpin ABIM menertai PAS antaranya Kamaruddin Jaafar, Haji Hadi Awang, dan Allahyarham Ustaz Fadzil Nor.




CALON PROFESIONAL PRU 13 : PRO DAN KONTRA.

Posted: 31 Mar 2012 08:21 PM PDT


Yg. Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohammad
Bekas Perdana Menteri.

"Apa salahnya jika pucuk pimpinan parti
 mengambil orang luar daripada UMNO
 tetapi berbakat dan tidak tercemar
 dengan rasuah sebagai calon PRU-13"

Saranan dan pandangan Yg Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohammad di atas mengundang pelbagai reaksi di kalangan pemimpin khasnya malah pengundi juga teruja dengan kenyataan tersebut.

Jawabnya memang tak salah, kerana dalam sesuatu PRU, PRK malah pilihanraya parti , sama ada kerajaan mahu pun pembangkang motifnya untuk menang. Setakat ini rasanya tidak ada bertanding untuk kalah. Bagi penulis sendiri lebih baik hilang sahabat daripada hilang kuasa dan kerajaan.

Tidak dinafikan bahawa saranan ini bukan baru kepada UMNO dan BN. Sebagai rujukannya Allahyarham Tun Abdul Razak Husin, sendiri pernah membawa masuk Tan Sri Ghazali Shafie sebagai calon dari penjawat awam. Begitu juga semasa Tun Mahathir sendiri menjawat jawatan Perdana Menteri.

Isu yang lebih utama di sini, adalah ketandusan pemimpin yang berkebolehan, yang meletakkan kepentingan parti dan negara melebihi kepentingan sendiri. Malah situasi ini diburukkan lagi dengan masih terdapat segelintir ahli yang tidak memberi peluang kepada orang luar malahan orang dalam sendiri pun ada yang "dipancung".

Nak dikata kekurangan pemimpin pelapis, tidak begitu tepat tetapi yang menjadi mimpi ngeri adalah corak "kepimpinan lama" yang menjadi amalan dan budaya Ketua Bahagian sehingga sangat sukar nak buat transformasi dari segi kaedah dan pendekatan.

Kesannya kebanyakkan golongan profesional muda melayu, mencari platform lain untuk meneruskan niat dan hajat mereka dengan menyertai parti PAS atau pun PKR. Sesuatu yang sukar sangat nak dihindarkan dari minda pemimpin lama. Mungkin "tukar regime" sahaja jawapannya.

Seterusnya jika dilihat pada faktor pengundi, ramai lagi yang tidak berdaftar dengan mana-mana parti politik. Kata ringkasnya pengundi atas pagar yang disifatkan sebagai penentu kemenangan kepada parti yang bertanding PRU 13.

Nak harapkan ahli-ahli parti sahaja tentunya tidak cukup walau pun nak dapay majoriti mudah. Oleh itu kena harapkan pengundi atas pagar bagi menjamin kemenangan kelak. Jadi tidak hairanlah kedua-dua pihak berebut golongan ini. Lebih-lebih lagi pengundi golongan ini trend pemilihan mereka tidak tetap. Ikut citarasa.

Soal orang luar juga masih boleh diperbincangkan sama ada seratus peratus calon yang tidak menjadi ahli parti atau pun yang setakat jadi ahli tetapi tidak memegang jawatan di cawangan atau pun bahagian. Dari 222 kerusi Dewan Rakyat tidak salahnya jika diberi kepada mereka yang berkelayakan dan dikategorikan calon boleh menang.

Satu lagi faktor adalah pengundi muda yang kali pertama mengundi. Inspirasi mereka adalah soal integriti calon. Oleh kerana pendidikan pengundi muda ini telah meningkat maka mereka ada pandangan tersendiri mengenai calon yang akan mereka pilih pada PRU 13. Dengan meletakkan calon profesional muda maka mungkin dapat menarik perhatian mereka. Namun bagi mereka yang tidak mendaftar sebagai pemilih tiada bedanya.

Perkara seterusnya ada demografi kawasan khususnya kawasan bandar dan pinggir bandar. Kedua-dua kawasan ini dikatakan menjadi simpanan tetap kepada pembangkang semasa PRU 12 2008 . Pengundi dikawasan ini lebih tertarik kepada pembangkang. Meletakkan calon profesional, mungkin dapat menarik perhatian pengundi untuk berbalik menyokong BN pada PRU 13 nanti.

Yang menjadi halangan terbesarnya adalah daripada 222 Ketua UMNO Bahagian, kebanyakkannya berharap terpilih sebagai calon PRU 13. Sudah tentu ini memeningkan kepala Presiden UMNO. Faham-faham sahaja lah bila dah buat persiapan awal untuk jadi calon tiba-tiba nama yang lain pula naik. Mulalah darah tinggi pun datang. Apa pun boleh berlaku bila ini terjadi....

Soal kepimpinan bahagian yang tidak jadi calon bukan sahaja melibatkan individu itu sahaja malah turut terbabit sama adalah orang disekeliling ketua tersebut yang selama ini bergantung nasib diri kepada ketua mereka. Bila  ketua dah tidak berjawatan lagi maka sudah tentu peluang mereka juga terhakis.

Dalam sesuatu PRU, jentera pilihanraya memainkan peranan dan fungsi penting lebih-lebih lagi di peringkat peti undi. Gagal jentera pilihanraya maka peluang pembangkang lebih cerah untuk menang. Tidak dinafikan isu penutupan bilik gerakan sewaktu PRK kesan calon mereka tidak dipilih walau pun tidak besar tetapi jika tidak di bendung buruk padahnya. Semua tahu kekuatan BN/UMNO adalah pada jentera pilihanraya yang tersusun rapi. 


Pandangan penulis apa pun yang terjadi PASTIKAN BN MENANG SELESA PRU 13.

Utusan Malaysia Online - Rencana

Posted: 29 Mar 2012 08:41 PM PDT

Bila pokok tumbang, kura-kura boleh panjat.....

Posted: 28 Mar 2012 07:48 AM PDT


Bahaya tuntutan ultra kiasu

AHAD lalu kita dikejutkan dengan Perhimpunan 325 ultra kiasu sekitar kolej ala universiti merdeka di Kajang, Selangor. Saya tertanya-tanya bagaimana perhimpunan perkauman sebegini diberikan permit. Sepatutnya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) jawapannya. Tetapi kita tidak pernah lakukan. Ini toleransi dan mulianya hati budi pemimpin.

Berbanding dengan undang-undang di Singapura, panggilan 'anjing' sudah membolehkan seseorang itu dipenjara atau didenda dan beberapa kemudahan ditarik balik. Di negara kita, tiada sebarang tindakan dikenakan walaupun perkataan lebih hina dan lucah digunakan serta sentimen perkauman dimainkan.

Saya telah pergi ke kolej yang dipunyai oleh ultra kiasu ini (tempat perhimpunan) enam tahun lalu. Operasinya langsung tidak mencerminkan identiti kebangsaan, sama seperti kolej di negara China. Laman webnya pun langsung tidak menggunakan bahasa Melayu.

Saya tidak faham bagaimana kolej ini boleh diiktiraf sebagai salah satu institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) negara ini. Apa boleh buat, semua telah diluluskan.

Kita tidak pernah bertegas, malah semakin tunduk kepada tuntutan dan tekanan. Malang sungguh, identiti kebangsaan langsung tidak tertonjol, yang menonjol adalah identiti orang lain.

Beberapa laman web ultra kiasu melaporkan perhimpunan tersebut disertai oleh lebih 5,000 orang. Manakala akhbar ultra kiasu melaporkan lebih 7,000 orang. Angka tidak penting, walaupun sering dimanipulasikan oleh akhbar ultra kiasu untuk menunjukkan mereka hebat.

Tidak mustahil bilangannya agak ramai kerana jika pelajar-pelajar dan ibu bapa kolej ultra kiasunya turun, sudah cukup mendapatkan angka tersebut. Pada saya, perhimpunan ini tidak perlu dianggap sebagai satu gugatan.

Apa yang penting adalah tindakan proaktif kita, bukan berorientasikan tindakan, takut kepada mereka. Agenda kebangsaan mesti diperkasakan daripada agenda perkauman mereka.

Tuntutan mereka amat tidak logik dan melampau. Walaupun komunis telah tiada, tetapi pemikirannya masih kuat. Tuntut sebanyak-banyaknya, mereka tahu kerajaan tidak akan tunduk. Namun, kerajaan akan beri sedikit. Pemberian sedikit itulah kemenangan terbesar buat mereka.

Kerajaan sepatutnya sudah dapat membaca strategi lapuk ini. Jangan gentar sama sekali dengan ugutan menjelang pilihan raya. Biar kalah, tetapi bermaruah, daripada menang tetapi tergadai segala-galanya. Generasi akan datang menderita. Kita akan dikutuk sampai bila-bila.

Antara tuntutan kumpulan ini:

* Pertama, segera keluarkan guru Cina yang tiada latar belakang sekolah Cina atau mengambil Bahasa Mandarin dalam sijil SPM.

* Kedua, sediakan kursus khas bahasa Cina kepada guru yang mengajar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, minimum tiga tahun supaya mereka dapat menguasai ketiga-tiga bahasa ini.

* Ketiga, rombak silibus latihan perguruan supaya guru bahasa Cina benar-benar layak untuk mengajar bahasa Cina.

* Keempat, rombak Akta Pelajaran bagi memastikan sekolah vernakular dilindungi dan setaraf dengan sekolah kebangsaan.

Siapakah ultra kiasu ini yang begitu biadab dan begitu berani mencabar kerajaan? Tuntutan ini tidak masuk akal. Sebahagian orang Cina sendiri tidak selesa dengan tuntutan terlalu ultra ini. Justeru, tidak wajar kita salahkan semua orang Cina.

Saya cadangkan ultra kiasu membawa tuntutan yang boleh memporakperandakan negara ini ke negara komunis China. Saya amat yakin, komunis China pun tidak dapat menerimanya walaupun berkaitan dengan agenda bangsa Cina, kerana memberi ancaman kepada keselamatan kerajaan.

Tidak perlu pergi jauh, lihatlah berapa ramai yang menjadi korban dalam peristiwa Tiananmen 1989, hanya kerana mereka menuntut kebebasan dan demokrasi. Seramai 400-800 orang (The New York Times) telah menjadi korban dan ribuan cedera.

Selain tindakan ketenteraan, kerajaan China telah melakukan penangkapan besar-besaran untuk menyekat kebangkitan penunjuk perasaan dan pengikut prodemokrasi di seluruh China.

Media asing diharamkan dari membuat liputan. Media awam dikawal dalam membuat segala liputan media mengenai kejadian tersebut.

Lihat betapa bertuahnya negara ini, media ultra kiasu mempropagandakan isu ini tidak pernah habis dan terus memainkan sentimen perkauman. Kita terus berlembut. Jika ada pun tindakan, hanya surat tunjuk sebab dan amaran, pun tidak berani menjentiknya. Kenapa? Nasihat saya, berilah sebanyak mana pun, ultra kiasu tidak akan mengundi kita.

Jika Kementerian Pelajaran tunduk kepada tuntutan ultra ini, maruah kita berada di tahap paling rendah sekali. Jangan terlalu mengharapkan undi sehingga maruah dan harga diri negara ini tergadai. Pentingkan agenda kebangsaan berbanding agenda bangsa.

Jika mereka benar-benar ikhlas sudah tentu agenda kebangsaan (bahasa Melayu) dibincang atau dibawa bersekali. Ini tidak, semuanya mesti Cina, Cina dan Cina.

Mereka tidak pernah risau sebahagian produk SJKC yang langsung tidak boleh menguasai dan berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan. Malah mereka tutup kedua-dua belah mata. Masalah yang dihadapi oleh Kementerian Pelajaran langsung tidak mahu diambil tahu.

Mereka hanya tahu hak mereka mesti dipenuhi. Hak orang lain langsung tidak dihiraukan. Sedangkan toleransi kerajaan sudah sampai ke tahap maksimum. Tindakan sebegini hanya akan membuahkan dendam.

Dalam pembinaan negara bangsa, tidak salah jika orang Cina kurang sedikit kecinaannya, lebih kepada kemalaysiaannya. Lagipun mereka bukan bangsa majoriti. Barulah betul dikatakan Malaysian first.

Saya tidak nampak identiti dan jati diri orang Melayu dan bumiputera hari ini begitu terangkat dan terdarjat walaupun mereka adalah majoriti. Mereka sanggup berkorban menggadaikan identiti bangsanya, demi menjaga hati orang lain.

 Namun, madu dibalas tuba.

Toleransi kita sudah tidak ada tolok banding. Dahulu, terdapat peruntukan Akta Pelajaran 1961 memberi kuasa mutlak kepada Menteri Pelajaran untuk menghapuskan sekolah vernakular.

Sebagai menghormati hak bangsa lain, peruntukan ini telah dimansuhkan dalam Akta Pelajaran 1996. Menteri Pelajaran tidak ada kuasa lagi menghapuskan sekolah vernakular. Nampaknya, golongan ini tidak pernah menghargai toleransi kerajaan.

SJKC yang dahulunya dikategorikan sebagai sekolah bantuan modal, hari ini hampir ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Ini tidak termasuk hampir 400 SJKC yang dibina sepenuhnya oleh kerajaan.

Menjelang pilihan raya, ke mana sahaja Perdana Menteri membuat lawatan ada sahaja SJKC/T baru yang diluluskan. Rumah ibadat janganlah dicerita.

Saya tidak pasti penambahan Sekolah Kebangsaan dan sekolah agama, sebab tidak dilaporkan. Yang pasti, bangsa lain semakin mendapat tempat dan diraikan menjelang pilihan raya umum.

Tidak cukup dengan itu, kaduk terus naik junjung, mereka terus mendesak ditambah lagi, seolah-olah tidak pernah cukup, termasuk penambahan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJKC) dan Sekolah Persendirian Cina serta sijil-sijil sekolah perkauman (UEC) yang mesti diiktiraf oleh kerajaan
.
Maka tidak hairanlah, baru-baru ini Kementerian Pengajian Tinggi telah menerima 146 institusi pengajian tinggi di China menjadi kumpulan pertama yang diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), susulan Perjanjian Pengiktirafan Seiring (MRA) yang ditandatangani Malaysia dan China pada 28 April 2011.

Antara universiti China yang diiktiraf ialah Universiti Anhui, Universiti Beihang, Universiti Fudan dan Universiti Donghua. Ini tidak termasuk kerjasama dengan Taiwan.

Saya tidak menolak akan kerjasama tersebut, tetapi apakah mekanisme seterusnya. Siapakah yang akan belajar di sana? Apakah kriterianya? Menggunakan SPM atau UEC?

Bagaimana pemantauan boleh dilakukan dengan lambakan IPTS perkauman yang tidak terkawal terutama kolej ultra kiasu di Kajang itu. Selepas ini dan selama ini pun mereka terus mendesak supaya graduan-graduan mereka ini diterima memasuki perkhidmatan awam tanpa syarat.

Jika demonstrasi inilah yang mahu dijadikan ukuran untuk menggegarkan kerajaan, saya fikir sekolah agama rakyat pun akan berdemonstrasi juga. Lihatlah dan pergilah membuat lawatan ke sekolah agama rakyat, ibarat hidup segan mati tak mahu.

Pernahkah orang Islam membuat tunjuk perasaan seperti ultra kiasu. Sedangkan hak Islam dan orang Islam dijamin dengan jelas dalam Perlembagaan, terutama perkara berkaitan dengan pembinaan institusi Islam yang mesti dibiayai oleh negara.

Saya tidak pernah risau majoriti mereka mengejek Timbalan Menteri Pelajaran ketika perhimpunan. Ini sebahagian daripada taktik dan strategi mereka. Selepas ini perkara itu akan dibawa kepada Menteri Pelajaran dan diminta menebuskan balik penghinaan tersebut untuk menagih simpati. Akhirnya, kerajaan jadi sedih bersimpati, dan memberikan segala tuntutan mereka.

Taktik lapuk ini sudah lama saya fahami. Bila tuntutan itu dipenuhi, malah menteri tersebut akan dijulang kembali oleh ultra kiasu.

Bayangkan jika kita tunduk kepada tuntutan tersebut, apakah akan terjadi kepada agenda kebangsaan dan pembinaan negara bangsa. Sama ada tuntutan itu dipenuhi atau tidak, mereka tidak akan mengundi UMNO (BN) dalam pilihan raya akan datang. Bukti yang ada sudah cukup jelas. Jika tidak diberikan pun, mereka masih menang kerana sudah ada wakil dalam BN dan kerajaan ultra kiasu di beberapa negeri.

Justeru, janganlah lihat demonstrasi ultra kiasu ini sebagai ancaman. Tetapi lihat demonstrasi itu sebagai peluang untuk kita memperkasakan agenda kebangsaan.

PROF. MADYA DR. MOHD RIDHUAN
TEE ABDULLAH
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

Posted: 03 Apr 2012 11:20 AM PDT

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


KAJIAN PERSEPSI PILIHANRAYA UMUM KE 13

Posted: 02 Apr 2012 09:32 PM PDT

Persoalan yang bermain di minda ramai rakyat Malaysia sekarang, iaitu bilakah Pilihanraya Umum Malaysia ke-13 akan diadakan. Di merata tempat, kempen sedang giat dijalankan kedua-dua gabungan utama Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat bagi meraih hati para pengundi, seolah-olah pilihanraya akan diadakan pada esok hari.

Sejajar dengan itu, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Universiti Malaya Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) telah menjalankan satu kajian "Persepsi Politik Malaysia dan Kepimpinan Sebelum Pilihanraya Umum ke-13″.

UMCEDEL telah ditubuhkan pada 14 April 2010 sebagai sebuah pusat penyelidikan yang mengkhusus dalam penyelidikan dan penerbitan pada demokrasi dan pilihan raya di Malaysia.

"Persepsi Politik Malaysia dan Kepimpinan Sebelum Pilihanraya Umum ke-13″ merupakan kajian terkini yang dijalankan oleh UMCEDEL. Kajian ini melibatkan 2559 responden dengan pengumpulan data menggunakan pensampelan yang digunakan untuk tujuan tertentu mengikut keselesaan.

Margin kesilapan kaji selidik itu adalah 1.9% pada tahap 95% keyakinan. Antara penemuan kajian itu ialah:

  • 51 peratus daripada responden akan memilih parti itu sebelum calon-calon dalam pilihan raya umum akan datang.
  • 43 peratus daripada responden percaya bahawa Barisan Nasional akan menang dalam pilihan raya umum akan datang.
  • 44 peratus daripada responden berpuas hati dengan prestasi Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan Malaysia.
  • 32 peratus daripada responden memberi respons bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai relationsip baik dengan orang ramai.
  • 43 peratus daripada responden percaya bahawa konsep 1 Malaysia akan meningkatkan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).
  • 35 peratus daripada responden tidak percaya video seks yang menyangka Datuk Seri Anwar Ibrahim, berbanding hanya 20 peratus orang-orang yang beriman.
  • 40 peratus daripada responden berpendapat bahawa PAS boleh menjadi alternatif kepada UMNO.
  • 37 peratus daripada responden percaya bahawa kelakuan pilihan raya di Malaysia tidak adil dan telus dalam cara.


Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras merasakan mustahil jika terdapat individu - individu yang tidak tahu menahu langsung dalam arena politik negara. Ianya menjadi satu kerugian jika sesorang itu sebagai rakyat Malaysia tidak berpolitik kerana dalam ISLAM khususnya ada diterangkan mengenai politik.

Rasulullah bersabda...

"Barangsiapa di pagi hari perhatiannya kepada selain Allah, maka Allah akan berlepas dari orang itu. Dan barangsiapa di pagi hari tidak memperhatikan kepentingan kaum muslimin maka ia tidak termasuk golongan mereka (kaum muslimin)".

Berpolitik adalah hal yang sangat penting bagi semua rakyat di Malaysia khususnya negara yang bermajoritikan umat ISLAM. Hal ini penting kerana umat ISLAM perlu hidup berlandaskan syariat ISLAM. Dan yang pastinya, hukum untuk kebaikan dan urusan umat-umat sekalian khususnya umat Islam adalah fardhu.

Jadi, sabda di atas telah menerangkan mengapa anda perlu berpolitik. Jika tidak berpolitik dan anda pula orang ISLAM , maka anda sebenarnya tidak menyahut seruan Rasullullah.

Ahli Parlimen Kota Belud

Posted: 02 Apr 2012 11:45 PM PDT

Ahli Parlimen Kota Belud


Dr Jeffrey Kitingan belongs in the past while Sabahans want present and future.

Posted: 02 Apr 2012 06:44 PM PDT

KOTA KINABALU: Sabah Barisan Nasional (BN) secretary Datuk Abdul Rahman Dahlan regretted the statement by STAR Sabah chairman Datuk Dr Jeffrey Kitingan with regard to the achievements of the state government.

The facts are that Chief Minister Datuk Seri Musa Aman's government has created 80,000 jobs, presented the highest ever state budget of RM4 billion, accumulated state's cash reserves of more than RM3 billion, presided over unprecedented economic prosperity and was highly acclaimed as prudent manager of the state finances by Auditor General.

The Chief Minister has also received excellent ratings by international rating agencies and Musa's conservation effort of the state's natural resources and environment is world renowned, the Kota Belud Member of Parliament said.

"All these while the economy is humming with bigger GDP which churns out higher per capita income of RM17,000," he said in response to Dr Jeffry's claims that Deputy Chief Minister Tan Sri Pairin Kitingan must have forgotten the numbers and facts which the latter mentioned in his speech during the launch of the Chief Minister's book recently.

According to Abdul Rahman, Dr Jeffrey, being an opposition leader, had mischievously tried to find one thousand excuses to discredit the good work of the Chief Minister and his government.

"But a true measure of people's acceptance of a politician is when the politician faces the true test, winning the voters' confidence in elections and the indisputable fact is that the rakyat have given the Chief Minister huge thumbs up by giving him massive landslide majority, not just once but twice, in 2004 and 2008 elections.

"If that is not resounding endorsement of the Chief Minister's leadership, I don't know what else does. Of all people, Dr Jeffrey should understand the importance of people's support to legitimize oneself as a politician," he said.

"With so many election defeats, what would that say about one's credibility and legitimacy?

"In life, there is a time for everything and clearly Dr Jeffrey belongs in the past. The people of Sabah are interested in the present and in the future and this Chief Minister has successfully delivered the present and strategically mapped out the future.

"The future of all Sabahans irrespective of race and religion is indeed in the good hands of BN government," he stressed.

Puteri Bahagian Segambut

Posted: 02 Apr 2012 11:41 PM PDT

Puteri Bahagian Segambut


Tu dia berapa punya banyak Janji Palsu @anwaribrahim Daddy kesayangan @n_izzah

Posted: 02 Apr 2012 10:30 PM PDT

Semakin dekat desas desus pilihan raya umum dan semakin kuat khabar angin mengenainya bertiup, semakin kuatlah pihak pembangkang membuat janji-janji manis.

Malang, kesemuanya hanya tinggal manis pada bibir sahaja kerana hakikatnya ia adalah palsu dan sekadar halwa telinga semata-mata.

Paling kedepan dalam membuat janji-janji palsu ini ialah tidak lain tidak bukan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Anwar menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat kerana mahu tagih undi daripada rakyat.

Impiannya untuk menjadi Perdana Menteri dan duduk di kerusi empuk Putrajaya masih hangat membara, walaupun sebenarnya semakin hari harapan tersebut semakin pudar.

Ke mana-mana sahaja beliau pergi dalam siri ceramah dan jelajah bertemu penyokong, tidak ada bukti tentang kemajuan yang di bawa oleh Pakatan Rakyat kecuali janji-janji untuk mengelirukan rakyat.

Anwar memang pandai berpidato dan menabur janji, sebab itu kelebihan ini digunakan sepenuhnya.

 Ini juga antara bukti pembohongan dan janji palsu ANWAR IBRAHIM kepada penduduk di Kg Buah Pala

Antara janji pertama yang seringkali ditabur kepada orang-orang kampung ialah Pakatan Rakyat akan menurunkan harga minyak sebaik sahaja beliau menjadi Perdana Menteri.

Lihat betapa teringinnya Anwar kepada jawatan Perdana Menteri hingga sanggup membuat janji yang tidak masuk akal.

Alasan yang diberi Petronas memperolehi keuntungan puluhan bilion ringgit setiap tahun dan atas alasan itu harga minyak seharusnya diturunkan.

Walaupun mendabik dada lapan tahun menjadi Menteri kewangan, malangnya Anwar menunjukkan pemikiran cetek dan terlalu asas dalam hal pengurusan kewangan negara.

Kalau begitulah cara beliau berfikir, tidak payahnya susah-susah menjadi Menteri Kewangan untuk mengeluarkan buah fikiran sebegitu rupa.

Semua rakyat faham, harga minyak petrol, disel dan lain-lain bahan api di dalam pasaran bergantung secara keseluruhannya kepada harga di pasaran dunia.

Walaupun Malaysia secara amnya masih menjadi negara pengeksport minyak mentah, namun harga bahan api di pasaran tempatan tetap berkait rapat dengan pasara dunia.

Sebab itulah kerajaan tetap memberi subsidi dalam jumlah yang besar walaupun harga minyak terpaksa dinaikkan.

Cadangan Anwar untuk menurunkan harga minyak, tidak berpaksi kepada realiti kewangan negara dan pada jangka panjang akan melemehkan kedudukan ekonomi Malaysia.

Tengok sahaja di Selangor bagaimana Pakatan Rakyat mentadbir negeri terkaya di Malaysia tersebut.

Kalaulah Pakatan Rakyat berbangga sangat kerana rizab kerajaan negeri telah mencecah lebih RM1.2 bilion di bawah pentadbirannya, mengapa perlu menambah hutang sebanyak RM200 juta hanya untuk mensubsidi air percuma yang dijanjikan kepada rakyat?

Jika setiap janji Pakatan Rakyat semasa kempen pilihan raya memerlukan penambahan hutang maka lambat laun negeri yang paling kaya sekali pun akan jatuh bankrap!

Ini baru termasuk janji air percuma, bagaimana pula bermacam-macam lagi janji hendak beri percuma itu dan ini, seperti khairat kematian, pelajar univerisiti, bayi baru lahir, bantuan warga emas dan sebagainya.

Pakatan Rakyat tidak pernah mendedahkan kepada rakyat apakah sumber-sumber kewangan yang diperolehi dan bagaimana cara untuk mengotakan semua janji-janjinya itu.

Kini yang dibaca di dalam laporan media, Pakatan Rakyat bercadang untuk menjual tanah dan aset negeri kononnya untuk pembangunan, sampaikan bangunan dan tanah menempatkan pelajar miskin di bawah Yayasan Selangor di Kampung Pandan ingin dijual kepada syarikat swasta.

Inilah cara Anwar mengurus kewangan negeri Selangor selaku Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Bunyi jawatannya amat gah dan mengerunkan tetapi ide yang diberikan untuk bangunkan ekonomi akhirnya hanya akan merugikan negeri dan negara.

Mungkin sebab itu mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menganalisis Anwar sebagai seorang Menteri Kewangan yang gagal!

BeruangBiru



 

PRU 13: BN Ada Peluang Menang Besar @NajibRazak @MuhyiddinYassin @AnwarIbrahim

Posted: 02 Apr 2012 07:00 PM PDT


Teka-teki pilihanraya kini bermain di kepala hampir semua rakyat Malaysia. Rata-rata Kedengaran rakyat bertanya dan berbincang sesama sendiri tentang tarikh pilihanraya. Ada yang menjangkakan ia akan diadakan pada bulan Jun/Julai. Ada yang juga yang meneka September ataupun paling lambat Januari, menurut mereka. Mungkin ramai yang mengharapkan pilihanraya secepat mungkin kerana telah letih dengan politik terutamanya politik pihak pembangkang yang penuh retorik dan janji-janji manis. Sedangkan politik BN tidak pula begitu kerana BN berpolitik dengan cara memberi khidmat dan bantuan langsung kepada rakyat dan bukannya dengan hanya bercakap kosong semata-mata.

Nampaknya, pembangkang masih tidak mampu menyaingi BN dari segi berpolitik secara bijak dan berkesan walaupun 'guru' mereka bukan calang-calang iaitu NDI, satu badan di bawah CIA yang membantu melatih dan merangka pelan rampasan kuasa dari pemerintah yang sah. Melalui tunjuk ajar mereka, politik pembangkang jelas bermatlamatkan perpecahan, huru-hara dan akhirnya kemusnahan besar-besaran agar kuasa asing dapat campur tangan. Untuk itu, pembangkang tidak habis-habis cuba menimbulkan isu perkauman dan menerapkan kebencian terhadap kerajaan melalui cerita-cerita fitnah.

Antaranya, pembangkang akan memainkan isu remeh yang dibuat-buat seperti memburukkan Datin Seri Rosmah, isteri Perdana Menteri. Ini diharap dapat membantu membangkitkan rasa benci rakyat terhadap Perdana Menteri, isteri dan akhirnya kerajaan secara keseluruhan.
Sebelum ini, pembangkang bergantung harap kepada isu NFC, tetapi isu itu juga sudah tidak relevan apabila Menteri yang terlibat meletakkan jawatan. Pembangkang juga berharap yang isu Felda mampu memberi sedikit 'muka' kepada mereka tetapi dengan penjelasan demi penjelasan yang dibuat oleh Felda semakin difahami dan diterima ramai, isu ini juga dilihat tidak akan membawa pembangkang ke mana.

Sebaliknya silap langkah, isu Felda boleh 'membunuh' terus imej pembangkang di mata peneroka kerana dilihat sebagai menipu dan cuba menghalang peneroka dari mendapat durian runtuh. Lebih malang lagi bagi mereka ialah apabila Dato' Seri Najib sendiri telah bersuara dan memberi jaminan bahawa tidak ada tanah peneroka yang akan diambil dan sebaliknya hanya tanah milik kerajaan negeri yang akan dimajukan dalam penyenaraian FGVH.
Itu belum lagi dikira skandal-skandal rasuah dan seks yang melanda pemimpin-pemimpin

Pakatan Rakyat dari segenap golongan sama ada yang bukan Islam, yang Islam liberal, yang bergelar Ustaz mahupun yang digelar Imam Mahadi yang mana telah benar-benar meletakkan Pakatan Rakyat dalam keadaan sesak nafas. Selain itu, isu Anwar menyokong Israel juga membuatkan pembangkang tergaru-garu kepala. Dan kemudiannya pendedahan oleh Nallakarupan pula lagi satu bala.
Tanpa isu-isu yang signifikan, pembangkang sukar untuk mempromosi diri sekali gus meraih sokongan rakyat. Semua ini ditambah dengan pencapaian Dato' Seri Najib yang amat memberangsangkan selama hanya 3 tahun memerintah, menyebabkan pembangkang hampir pasti akan kalah teruk dalam pilihanraya yang akan datang. Dalam ertikata lain, BN akan menang besar.

Pembangkang telah mendapat mandat menerajui 4 negeri dalam pilihanraya yang lepas. Ini bermakna pembangkang sudah berkuasa di Selangor, Pulau Pinang, Kedah selama 4 tahun dan Kelantan selama 22 tahun.
Namun, antara 3 tahun pemerintahan Dato' Seri Najib dengan 4 tahun mahupun 22 tahun pemerintahan pembangkang perbezaannya amatlah ketara. Selama 4 tahun, pembangkang jangankan dapat membuktikan yang mereka mampu mentadbir dengan baik, malah masalah keperluan asas rakyat juga tidak mampu ditangani seperti masalah pembuangan sampah dan bekalan air. Jika yang asas juga sudah tidak mampu ditangani, bagaimana kita boleh mengharapkan pembangkang mampu berbuat lebih dari itu seperti menjana ekonomi, meningkatkan pendidikan, sosial dan lain-lain lagi? Berbanding dengan 3 tahun pemerintahan Dato' Seri Najib, pelan transformasi beliau bukan sahaja berjalan lancar malah telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan juga. Rakyat juga dapat menikmatinya secara langsung melalui bantuan BR1M, Bantuan Tunai Persekolahan, Rumah Pertama, SARA, KR1M, Dana Belia, kenaikan gaji kakitangan awam dari 7-13 peratus dan lain-lain lagi.

Golongan veteran juga tidak dilupakan melalui imbuhan RM3000 skim JASA Veteran.
Beliau juga berjaya memansuhkan ISA, menubuhkan Jawatankuasa Pilihanraya dan menambahbaikkan perkhidmatan pengangkutan awam. Tidak cukup dengan itu beliau juga melancarkan Klinik 1Malaysia serta Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA) untuk membantu warga emas, OKU dan kanak-kanak miskin. Biasiswa Nasional juga diberikan kepada semua pelajar cemerlang tanpa mengira kaum. Ini hanya sebahagian dari pencapaian Dato' Seri Najib selama tiga tahun yang dapat dilihat dan dirasai secara langsung oleh rakyat. Jika dilihat dari skop yang lebih luas, pencapaian beliau adalah jauh lebih besar yang mana meliputi jangka masa yang panjang melalui aspirasi 1 Malaysia serta pelan-pelan yang terkandung dalam NKRA, GTP, ETP mahupun NEM.

Berdasarkan kepada semua faktor di atas, kita pasti BN tidak akan ada masalah untuk menang besar dalam pilihanraya kali ini.


BeruangBiru



Ijazah Palsu: Dong Zhong Kantoi, PR Jauhkan Diri

Posted: 02 Apr 2012 06:00 PM PDT


Sia-sia saja Dong Zhong ke hulu hilir mendabik dada sebagai pejuang masa depan pendidikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina apabila pengerusinya, Yap Sin Tian kantoi menipu taraf pendidikan malah lebih memalukan lagi bila menggunakan gelaran "Dr"hasil dari membeli ijazah palsu.

Sekurang-kurangnya tiga tahap pendidikan milik Yap Sin Tian diperolehi dari Kensington Universiti yang hanya beroperasi dari sebuah rumah kedai tanpa bilik kuliah dan telahpun diarahkan tutup oleh pihak berkuasa California pada 1996.

Rata-rata komen pembaca internet di forum, facebook dan portal berita yang baru menyedari penipuan Yap Sin Tian itu telah mengutuk & mengecamnya selepas pendedahan oleh sebuah blog stopthelies.my.

"He portrays himself as if he is a man of high integrity, high accountability and principles. In short, a man in defence of Chinese education.

But we have enough evidence to prove that behind his beefed up image, is man who is dishonourable and deceitful. He has no qualms of buying his doctorates from the Internet". (stopthelies.my)

Sehingga kini tiada penjelasan lanjut diberikan oleh Yap Sin Tian mahupun NGO yang yang diketuainya walaupun sejak semalam para wartawan cuba mendapatkan komen berkenaan isu ini.

Yap Sin Tian

Malah pemimpin pembangkang PR yang sebelum ini kerap berdamping erat dalam mana-mana acara anjuran Dong Zhong juga cuba mengelak diri dari menyentuh isu tersebut kerana khuatir imej buruk yang sudah terpalit pada Dong Zhong akan turut mempengaruhi sokongan pengundi Cina untuk PR.

Sikap pemimpin PR itu tidak sukar untuk difahami memandangkan sokongan mereka kepada Dong Zhong sebelum ini pun lebih kepada usaha untuk meraih undi kaum Cina yang diketahui cukup sensitif berkaitan isu pendidikan Sekolah Cina.

Dalam pada itu, adalah wajar untuk Dong Zhong segera tampil menjelaskan

kepada umum bagaimana seorang yang menipu taraf pendidikannya boleh dibenarkan mengetuai sebuah pertubuhan yang cukup keras mempertahankan pendidikan kaum Cina?

Jika Dong Zhong menganggap penipuan sebegini sebagai perkara yang remeh temeh atau cuba menutup kebenaran, ianya adalah satu perbuatan biadap yang menghina kaum Cina yang selama ini ramai antara mereka telah menyokong gerakan yang dilaksanakan oleh Dong Zhong.

Kita harap selepas ini masyarakat Cina akan lebih berhati-hati dengan NGO-NGO seperti Dong Zhong dan tidak mudah terpedaya dengan retorik perkauman yang mereka laungkan. Jika dalam hal taraf pendidikan sendiri pun ada yang berani menipu pencapaiannya, tidak mustahil agenda yang diperjuangkan juga hanya bersifat populis dan retorik semata-mata.

BeruangBiru




KBBGate - Kenapa @AnwarIbrahim Takut Dengan Sapina?

Posted: 02 Apr 2012 05:33 AM PDT


KALAU dihitung jumlah saman yang dikemukakan Anwar terhadap orang-orang tertentu sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jumlahnya memang mampu menggegarkan jiwa. Maksud Beruang jumlah saman dan jumlah wang yang dituntut dalam saman tersebut.

Itu sahaja memberikan gambaran seolah-olah Anwar seorang yang patuh kepada undang-undang dan hanya akan merujuk kepada Mahkamah jika ada pertikaian berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh individu tertentu yang dirasakan mampu mencalarkan imejnya.

Kata kuncinya disitu ialah patuh kepada undang-undang.

Tapi dalam soal hadir ke Mahkamah sebagai saksi bagi kes saman membabitkan seorang ahli perniagaan Low Thiam Hoe dan Hong Leong Bank ini, Anwar dilihat bersungguh-sungguh sangat nak mengelak. Bernama melapurkan peguam bagi pihak plaintif D Paramalingam mengekori Anwar 2 hari di Parlimen tapi masih gagal untuk menyampaikan saman.

Hari pertama kerana tidak berjumpa, hari kedua sudah berjumpa tapi Anwar enggan menerimanya.

Sedangkan seorang lagi yang turut dinamakan dalam saman tersebut, Tan Sri Quek Leng Chan telah menerima sapina dan dilapor akan mengemukakan permohonan untuk menolak sapina tersebut. Kenapa Anwar tidak mengikut jejak langkah yang serupa, itu yang merungsingkan. Dengan sebilangan peguam handal yang ada disekelilingnya, apa susah sangat ke nak menerima sapina dan kemudian kemukakanlah permohonan untuk menolak sapina tersebut di mahkamah.

Hal ini sebenarnya mengingatkan Beruang kepada sapina yang pernah dikemukakan peguam Anwar terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri dalam kes Anwar meliwat Saiful Bukhari. Perdana Menteri menerima sapina tersebut tapi kemudiaanya mengemukakan permohonan untuk menolak sapina yang jelas bermotifkan politik itu. Apa kata Anwar dan penyokongnya masa itu? Najib penakut dan sebagainya kan?

Sekarang Anwar nak terima sapina pun enggan, itu kita nak berikan nama apa yang sesuai? Pengecut, takut, ayam?

Begitu juga halnya dengan saman RM 100 juta ke atas Datuk Nallakarupan dan Utusan Malaysia, sehingga artikel ini ditulis, masih tidak ada bayang yang writ saman tersebut telah diserah kepada 2 defendan yang dinyatakan pada awalnya.

Macam mana perbicaraan nak berjalan kalau writ saman tidak diserahkan? Kenapa tidak diserahkan, takut juga ke?

Beruang rasa, semua ini membuktikan bahawa Anwar bukannya berminat nak patuh pada undang-undang. Dia hanya mahu kelihatan begitu (patuh pada undang-undang) sedangkan hakikatnya dia lebih berminat menyalahgunakan proses undang-undang bagi memberi kelebihan kepada cita-cita politiknya yang lebih besar – menjadi Perdana Menteri.

Kata lawan tetap lawan?

Isu KBBGate ini bukan kecil, ia isu besar. Dari segi jumlah wang telibat pun, ia mengatasi apa jua jumlah 'salahguna' wang yang dituduh kepada pemimpin UMNO sekarang. RM 445 juta yang dibayar bagi transaksi penjualan yang tidak berlaku itu merupakan isu yang penting untuk Anwar jawab. Apatalah lagi wang RM 445 juta itu dilupuskan dengan menggunakan wang rakyat apabila kerajaan membeli hutang-hutang lapuk dari bank sebagai sebahagian usaha pemulihan ekonomi sepanjang krisis ekonomi dari 1998 hingga 2000.

Atau sistem kewangan negara akan runtuh kerana bank-bank tidak mempunyai pusingan modal untuk memberi pinjaman seterus menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

Dari segi nilai pun berbeza, RM 445 juta dahulu (1998) dan sekarang. Jadi penting untuk Anwar menjawab dan penting juga UMNO untuk mengkaji hal ini dengan serius kerana Beruang yakin, dengan sindrom UMNO fobia yang dialami Anwar sekarang, tidak mustahil dia akan menuduh UMNO ada terlibat dimana-mana.

Lebih-lebih lagi bila dia adalah Timbalan Presiden UMNO pada waktu itu.


BeruangBiru






Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Posted: 31 Mar 2012 01:10 PM PDT

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Nizar Lambai Tersentak 'Rahsia Tersembunyi' Dibongkar?

Posted: 31 Mar 2012 11:20 AM PDT


Sejak mengambil alih teraju pentadbiran Perak pada 2009, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir tidak pernah sunyi daripada serangan bertali arus pihak pembangkang.

Tidak cukup dasar pentadbirannya diserang membabi buta, Zambry turut dicerca malah warna kulitnya dijadikan modal politik, taktik dangkal yang mencetuskan kemarahan rakyat marhaen.

Serangan ke atas Zambry kebelakangan ini dikhabarkan semakin hebat. Ibarat serangan berangkai, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor itu diasak kiri dan kanan – dengan pelbagai cara – terbuka atau secara halus.

Di Perak sahaja, tidak kurang lima blog diwujudkan untuk melancarkan serangan bertubi-tubi secara khusus terhadap Zambry dengan menyebar fakta-fakta songsang mengenai program pembangunan yang diilhamkan di bawah pentadbirannya.

Dikhabarkan juga, wujud kumpulan penyair yang digerakkan di lokasi tumpuan umum sekitar Perak. Berselindung di sebalik imej aktivis alam sekitar, kumpulan ini mengalunkan syair-syair puitis yang sarat dengan mesej menghentam kerajaan pimpinan Zambry.

Sebuah laman web diwujudkan dengan tajuknya seolah-olah mempromosi Pangkor sebagai destinasi pelancongan, tetapi dipenuhi pendedahan berat sebelah mengenai pembangunan di pulau terkemuka itu termasuk di Pulau Matanggor dan Pulau Segadas.

''Semua serangan ini terarah di kawasan Zambry sendiri. Ini tidak berlaku secara kebetulan, pembangkang mahu mencalar imej Menteri Besar ke tahap paling maksimum. Mereka tahu Parlimen Lumut menjadi kawasan tumpuan dalam pilihan raya nanti," kata seorang veteran UMNO ketika dihubungi.

Tidak hairanlah, projek kilang bijih besi syarikat Brazil, Vale S.A di Teluk Rubiah, Lumut yang dijangka menjana pelaburan mencecah AS$5 bilion (RM14.9 bilion) dijadikan sasaran. Skrip menghentam isu kilang Lynas di Pahang 'dikitar semula' untuk menyerang projek ini.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang paling lantang mengkritik projek tersebut mendakwa kerajaan pimpinannya sebelum ini tidak pernah membenarkan syarikat bijih besi itu meneruskan projek berkenaan.

Bagaimanapun, Zambry yang sebelum ini dilihat mengambil pendirian enggan melayan sikap hipokrasi pembangkang dalam isu tersebut, semalam tampil dengan kenyataan yang tentunya membuat Mohammad Nizar tersentak.

Zambry menegaskan, pihaknya bersedia mendeklasifikasikan dokumen-dokumen sulit kerajaan bagi membuktikan Pesuruhjaya Pas itu bersetuju meneruskan projek tersebut ketika menjadi Menteri Besar.

''Bukan amalan kita mendedahkan dokumen sulit tetapi disebabkan ada ahli politik seperti ini yang mahu mengelirukan rakyat, menjadi tanggungjawab kita untuk memperbetulkannya. Ini fitnah besar terhadap pentadbiran saya, orang ramai perlu tahu perkara sebenar," tegas Zambry.

Sebelum ini, blog-blog pembangkang cuba membakar sentimen orang Melayu dengan menuduh Zambry menjual tanah Melayu kepada Vale.Bagaimanapun, usaha itu tampak sia-sia kerana terdapat bukti yang mengesahkan tanah-tanah projek itu merupakan milik individu sejak 1980-an.

Ironinya, ketika para pemimpin pembangkang di Dewan Rakyat bertegang urat leher mengkritik kejatuhan pelaburan langsung asing (FDI) negara, kenapa projek pelaburan bernilai berbilion ringgit yang bakal memberi limpahan manfaat kepada rakyat Perak ini cuba digagalkan?

Juga, kenapa sehingga kini, pembangkang tidak mahu berhujah secara konkrit untuk menafikan keselamatan projek itu yang melalui proses kelulusan amat ketat Jabatan Alam Sekitar bagi laporan Impak Alam Sekitar (EIA)?

Untuk rekod, Vale – syarikat pengeluar bijih besi terbesar dunia sudah bertapak di 38 buah negara termasuk Perancis dan Switzerland – antara negara paling kehadapan sebagai jurucakap global dalam isu-isu penjagaan alam sekitar.

Jika benar projek itu satu ancaman yang cukup dahsyat kepada kesihatan rakyat dan alam sekitar seperti digembar-gemburkan, kenapa pembangkang membenarkan projek ini diteruskan ketika mereka pernah memerintah Perak dahulu? Kenapa fakta ini mahu disembunyikan?

Wajar juga ditanya, kenapa baru sekarang Mohammad Nizar begitu bersungguh-sungguh mempersoalkan projek Vale sedangkan ia diluluskan sudah begitu lama. Malah lebih awal dari projek kilang hasil nadir bumi di Gebeng, Pahang.

Realitinya, semua serangan berangkai ini tidak berlaku secara kebetulan. Ia seperti plot yang disusun rapi bukan sahaja untuk mencalar populariti Zambry yang kian memuncak, tetapi juga untuk menggugat kedudukan BN secara keseluruhanan di Perak.

Bagai pemerhati politik, gerakan-gerakan ini adalah satu komplot politik untuk menawan Parlimen Lumut – kawasan yang diketahui sangat diidam-idamkan pembangkang setelah hampir merampasnya daripada BN pada pilihan raya umum lalu.

Untuk rekod, BN menang dengan majoriti 298 undi di Parlimen itu dalam pilihan raya umum lalu manakala pembangkang berjaya merampas kerusi DUN Pasir Panjang selain mempertahankan kerusi tradisi mereka di Sitiawan.

Di tengah-tengah tsunami politik yang turut membadai Perak, Zambry mempertahankan kerusi DUN Pangkor dengan majoriti selesa sehingga kemenangannya dikatakan menjadi antara faktor penyelamat BN di Parlimen Lumut.

DUN Pasir Panjang dan Sitiawan kini masing-masing disandang Mohammad Nizar dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham – dua pemimpin yang diketahui paling lantang mengkritik kepimpinan Zambry.

''Pembangkang tiada pilihan, Pangkor perlu diserang habis-habisan, jika tidak menang sekalipun, mereka mahu pastikan setidak-tidaknya majoriti Zambry jatuh merudum dan berharap Lumut jatuh ke tangan pembangkang," kata seorang pemerhati politik ketika dihubungi.

Namun kata pemerhati tersebut, pembangkang tentunya memerlukan senjata lebih ampuh untuk meruntuhkan kubu kuat BN di Pangkor. Rekod cemerlang Zambry sebagai wakil rakyat sejak 2004 tidak boleh dipandang sebelah mata. Majoriti 5,785 undi yang diperolehinya pada PRU-12 menceritakan hakikat itu.

Pembangkang tentunya juga sedar bahawa tidak mudah untuk memadam rasa bangga rakyat Pangkor yang pertama kali memiliki seorang wakil rakyat bergelar Menteri Besar.

Lihat sahaja kemajuan pesat yang sedang dinikmati rakyat Pangkor ketika ini. Kebanyakannya adalah hasil inisiatif Zambry sendiri yang turut digelar penduduk setempat sebagai 'arkitek' pembangunan Pangkor.

Apa pun, Lumut kini umpama di ambang medan perang PRU-13 . BN tentunya menyedari bahawa serangan-serangan ini tidak boleh diambil mudah. Rakyat tidak sepatutnya terus disuap dengan kecelaruan fakta yang dicipta untuk meraih keuntungan politik. Dalam hal ini, rakyat terutamanya penduduk Lumut berhak mengetahui kebenaran.-UMO

Warna-warni politik
Torashah

Razlan's

Posted: 30 Mar 2012 11:19 PM PDT

Razlan's


Himpunkan Akar UMBI! Selamat Bersidang.

Posted: 30 Mar 2012 10:05 PM PDT


Selamat berkumpul demi Survival Orang Melayu.
Menjadi satu tanggunjawab kepada semua ahli UMNO untuk menghadirkan diri untuk Mesyuarat Cawangan yang telah di tetapkan bermula pada 1 April 2012.

Pada tahun lepas, ramai yang menjangkakan itu adalah mesyuarat yang terakhir untuk penggal 2009-2011, nampaknya bermula dari 1 April inilah yang benar-benar mesyuarat terakhir sebelum menamatkan pemilihan penggal akan datang.

Dan mesyuarat kali ini juga merupakan mesyuarat yang terakhir sebelum kita berjumpa dengan tarikh Pilihanraya Umum yang dijangkakan akan berlangsung mungkin pada Jun, September, Disember dan yang terakhir Mac 2013.

Perhimpunan akar umbi di seluruh pelusuk negara mesti kita semarakkan dengan kehadiran seramai mungkin ahli UMNO. Kita juga seharusnya menggalakkan mereka membawa ahli keluarga dan anak-anak untuk bersama dengan mengikuti mesyuarat agar mereka dapat merasakan bahang Pilihanraya yang akan datang.

Gagasa 1Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri tidak ada yang menguris hati dan sanubari orang Melayu, ianya adalah menerapan dan mengkayaan penghayatan pengertian Perlembagaan Negara Malaysia.

Perpecahan diantara Melayu tidak akan menguntungkan mana-mana bangsa, tetapi sudah tentu akan merugikan bangsa Melayu.

Orang Melayu yang menjadi tunjang kepada pemerintahan Malaysia tidak mustahil akan menjadi bangsa yang diperintah sekiranya mereka tidak pandai untuk Bersatu.

Di Mesyuarat kali ini, pemimpin seharusnya memainkan peranan mereka untuk kembali bersama menunjukkan KEBIJAKSANAAN orang Melayu dengan melaungkan Gelombang Bersatu, dan ianya bukan hanya boleh dibuat sekadar bercakap, ianya mesti disusuli dengan tindakan, mempelawa secara ikhlas puak-puak yang berpecah belah.

Pemimpin yang bijak sepatutnya tahu memainkan peranan bagaimana untuk menyatukan masyarakat, pemimpin yang otaknya di lutut sudah tentu akan merosakan bangsa kerana sengaja tidak mahu menyatukan bangsa.

Pada orang kiri kanan, juak-juak atau mereka yang menjadi penasihat kepada puak-puak pemimpin, jangan pula kamu menjadi halangan kepada Penyatuan. Jadilah penasihat yang bijaksana melihat masa depan bangsa daripada kamu menjadi pemusnah kepada penyatuan bangsa.

Jadikanlah Perhimpunan akar umbi kali ini perhimpunan yang amat penting demi survival orang Melayu.

Selamat Bersidang.

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Posted: 30 Mar 2012 01:18 PM PDT

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


AL-FATIHAH - BALASUNGKAWA YTM RAJA ASHMAN

Posted: 30 Mar 2012 09:28 AM PDT


Al-Fatihah. Seluruh rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan berdukacita atas pemergian YTM Raja Kecil Sulong Perak, Dato' Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang telah mangkat pada hari ini Jumaat 7 Rabiulakhir 1433 bersamaan 30 Mac 2012, jam 1.30 pagi di kediamannya di Jalan Setia Bakti 5, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Jenazah almarhum telahpun dibawa ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar dan disemadikan di Makam DiRaja Kuala Kangsar selepas Solat Asar petang tadi.


Jenazah Almarhum YAM Tuanku Raja Kechil Sulong Perak, Raja Datuk Seri Ashman Shah, 54 diiringi oleh kaum kerabat dan rakyat jelata menuju Makam DiRaja Kuala Kangsar Perak petang tadi untuk disemadikan.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َٰÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ
الْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِّ الْعَالَÙ…ِينَ
الرَّØ­ْÙ…َٰÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ
Ù…َالِÙƒِ ÙŠَÙˆْÙ…ِ الدِّينِ
Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُدُ ÙˆَØ¥ِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِينُ
اهْدِÙ†َا الصِّرَاطَ الْÙ…ُسْتَÙ‚ِيمَ
صِرَاطَ الَّØ°ِينَ Ø£َÙ†ْعَÙ…ْتَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ غَÙŠْرِ الْÙ…َغْضُوبِ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ ÙˆَÙ„َا الضَّالِّينَ

Amin.

Warna-warni politik
Torshah

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

Posted: 30 Mar 2012 11:31 AM PDT

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


HADAPI FITNAH DENGAN BIJAK

Posted: 30 Mar 2012 03:05 AM PDT

 Assalamualaikum.

 Alhamdulillah, saya dapat menulis lagi, mencatat sedikit perkara untuk tatapan dan renungan kita bersama.

 Sejak gendang PRU semakin dipalu dan teka-teki mengenai tarikh berkenaan semakin hampir menjadi kenyataan, budaya fitnah dilihat semakin menebal, terutamanya di kalangan pemimpin pembangkang. Bagi saya, menfitnah ini bukanlah kerja baharu yang dilakukan pembangkang, malah sejak dahulu sememang menfitnah telah menjadi budaya mereka.

 Sebagai orang politik, saya sedikit pun tidak hairan dengan budaya puak pembangkang ini dalam menghadapi sistem demokrasi yang ada. Cuma, sedikit kebimbangan jika segelintir rakyat yang tidak faham mengenai hakikat sebenar akan lebih mudah terpedaya dengan fitnah yang ada di sekeliling mereka. Apatah lagi, budaya pemikiran orang kita sendiri yang lebih gemar mempercayai sesuatu yang salah walaupun hakikatnya apa yang dimomokkan ke pengetahuan mereka adalah palsu belaka.

 Kadangkala saya tersenyum dengan fitnah ini. Jika kita melayan, melarat pula jadinya. Maka kita buat tidak tahu sahajalah. Biarlah mereka dengan dunia  mereka. Selebihnya, mereka tanggunglah azab di akhirat kelak akibat fitnah yang mereka lemparkan.

 Cuma, suka saya menyarankan agar di saat detik tarikh PRU semakin hampir diumumkan, rakyat haruslah menyiapkan diri dengan semangat yang kuat agar mereka tidak mudah terjebak atau terpedaya dengan budaya fitnah ini. Apa pun, saya sangat optimis bahawa rakyat kita sebenarnya semakin matang, bijak dan cerdik dalam menilai dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka.

 Maksud saya, mereka sudah bijak untuk menilai yang mana kaca, yang mana intan. Rakyat hari ini, walaupun segelintir daripada mereka memilih untuk berada dalam saf yang salah, namun majoriti rakyat kita masih cintakan kebenaran. Itulah hakikat yang sedang saya lihat dan saya percaya bahawa anda juga melihat apa yang sedang saya lihat.

Manusia yang gemar melontar fitnah itu adalah mereka yang sedang berada dalam kebimbangan dan ketakutan yang dahsyat, kalau-kalau mereka akan mengalami kekalahan teruk dalam PRU akan datang. Hanya itu sebabnya mereka sengaja dan terus melontarkan fitnah terhadap musuh politik mereka.

Kepada rakyat, saya berdoa agar mereka terus kekal dengan semangat yang bijak dalam menangkis daripada sebarang perbuatan fitnah. Mudah-mudahan, mereka tidak tergolong di kalangan orang-orang yang rugi.

Ingatlah, pembangkang sedang meniupkan angin fitnah yang semakin kencang kerana mereka kini benar-benar takut dengan kekuatan BN yang semakin ketara. Percayalah. 

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 30 Mar 2012 07:21 AM PDT

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Jom ramai-ramai

Posted: 30 Mar 2012 12:49 AM PDT

Salam 1 Malaysia, minta jasa baik tuan/puan untuk memanjangkan jemputan ke majlis pelancaran aplikasi MY DISTRESS ibu pejabat polis daerah (ipd) kuala langat sempena sambutan hari polis ke 205 kepada ahli-ahli/rakan-rakan. Tarikh : 31 mac 2012, masa : 2:30 petang, tempat : dewan sjk (c) sg jarom. Kerjasama drp tuan/puan di ucapkan ribuan trima kasih.

Puteri Bahagian Segambut

Posted: 29 Mar 2012 11:34 PM PDT

Puteri Bahagian Segambut


Nallakaruppan Tekad Berdepan @AnwarIbrahim Di Mahkamah

Posted: 29 Mar 2012 08:00 PM PDT




Beberapa hari berlalu sejak Anwar Ibrahim secara rasmi memfailkan notis saman terhadap bekas rakannya Datuk Nallakaruppan, namun tidak ada tanda langkah tersebut mampu menyebabkan Nalla mengunci mulut untuk seketika mahupun untuk satu tempoh yang panjang.

Tambahan pula Nalla tidak keseorangan untuk menghadapi saman Anwar di mahkamah kelak apabila turut mendapat sokongan rakan-rakan lain terutama sekali dari kalangan bekas pemimpin PKR seperti Ezam Mohd Nor, N. Gobalakrishnan, Zahrain Mohamed Hashim, Annuar Shaari dan beberapa yang lain.

Malah ugutan kekerasan oleh dua orang penyokong Anwar sehari lepas yang mahu Nalla berhenti bercakap isu berkaitan Anwar Ibrahim juga tidak berdaya menggugat tekadnya untuk terus membongkar salahlaku Ketua Umum PKR itu.

Semasa sidang akhbar semalam, sekali lagi secara terbuka Nallakaruppan menegaskan Anwar sebagai seorang biseksual dan tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri ataupun Ketua Pembangkang di parlimen - satu kenyataan yang agak memedihkan seumpama menambah garam pada luka.

Manakala itu, peguam terkemuka yang mewakili Nallakaruppan, Datuk Seri Shafie Abdullah pula meminta peguam bela Anwar segera menyerahkan writ saman di pejabatnya bagi mempercepatkan proses perbicaraan yang sekiranya mendapat kerjasama semua pihak berkemungkinan dapat diselesaikan kes tersebut dalam tempoh dua bulan ke tiga bulan.

Keyakinan di pihak Nallakaruppan banyak berkaitrapat dengan faktor beberapa bukti penting yang memihak kepadanya termasuklah berkaitan dengan penglibatan isteri Azmin Ali, Shamsidar yang pernah banyak kali menjadi 'santapan' Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, tekanan yang bertali arus dari Nallakaruppan telah menyebabkan Anwar seakan naik angin apabila mengherdik wartawan setelah soalan berkaitan samannya ke atas Nallakaruppan diajukan.

Menurut wartawan Agendadaily, Anwar Ibrahim seperti hilang kesabaran bila diminta mengulas isu saman. Suasana dilaporkan sedikit tegang tambah lagi bila wartawan terbabit menyarankan supaya Anwar mempercepatkan proses saman kes tersebut.

Dalam kes Nalla lawan Anwar ini, faktor bila kes perbicaraan saman akan bermula dan selama mana ianya berlangsung banyak bergantung pada pihak Anwar, itulah hakikatnya.

Pada masa sekarang Anwar hanya baru saja memfailkan saman, namun hingga kini writ saman tersebut belum juga diserahkan kepada Nalla sendiri mahupun peguamnya. Jika Anwar serius, sepatutnya sejak dari awal lagi selepas saja saman difailkan, writ saman segera diserahkan kepada pihak Nalla.

Apapun, kita tunggu dan lihat sehingga bila Anwar boleh bertahan dengan asakan & desakan umum yang mahu beliau menyegerakan kes ini. Di pihak Nalla, tekad dan kesungguhannya untuk menghadiri perbicaraan mahkamah sudah terserlah sejak awal lagi hingga kini tetap utuh tidak berganjak.

Ramai yang menantikan penghujung kes ini dengan penuh minat tinggal lagi cuma Anwar sahaja yang masih kelihatan seperti blur & tidak tentu arah, seakan mengiakan beberapa maklumat dalaman PKR yang menyebut game plan Anwar jauh tersasar daripada yang dijangkakannya.


BeruangBiru






Dah Surrender ke CM Lim GE?

Posted: 29 Mar 2012 07:00 PM PDT



Lim Guan Eng sudah menyatakan kerisauannya yang P.Pinang mungkin tidak mampu dipertahankan oleh DAP dalam pilihanraya umum akan datang. KM yg dipaliti dengan pelbagai skandal salahguna dan rasuah itu, menyatakan hal ini kepada akhbar harian cina, Nanyang Siang Pau yang kemudian menyiarkannya sebagai berita utama di akhbar mereka baru-baru ini. Beberapa hari lepas pula, Lim Guan Eng dipetik akhbar sama, menyatakan bahawa isterinya, Betty Chew yg kini juga ADUN Kota Laksamana, Melaka tidak akan mempertahankan kerusi tersebut, malah tidak akan bertanding pun dalam PRU akan datang. Apa sudah jadi LGE?? Mau surrender awal ka?? He he he

Semua ini menunjukkan ketidakyakinan Guan Eng mempertahankan kerusi DAP sedia ada dalam PRU akan datang, disamping baru 'tersedar' bahawa tindakan mencalonkan isteri sendiri itu adalah tindakan berbentuk nepotisme. Ini ada kaitan dengan pelbagai berita penyalahgunaan kuasa DAP di P.Pinang yang cuba disembunyikan dari pengetahuan rakyat. Paling mencuri tumpuan, sudah tentulah skandal Bayan Mutiara bernilai berbilion ringgit yg sedang menunggu jawapan dari Guan Eng. Itu belum lagi disebutkan tentang projek tempat letak kereta di Bukit Bendara bernilai RM 5 juta yang gagal disiapkan mengikut spesifikasi sepatutnya oleh anak syarikat kerajaan negeri, PDC Properties yg bertindak sebagai pemaju sehingga dicadangkan untuk diruntuh dan dibina yg baru oleh Guan Eng.

Begitu juga halnya dengan pembohongan DAP selama ini dalam isu tanah Tan Hak Ju yg menjadi isu terbesar DAP untuk menyerang pentadbiran terdahulu dengan tuduhan rasuah tetapi dibuktikan sebaliknya oleh Mahkamah Rayuan yg menolak keputusan oleh.......ikuti cerita selanjutnya di GOSSIP RAKYAT




















Subsidi Kerajaan Mengutamakan Rakyat @NajibRazak #BNBAGUS

Posted: 29 Mar 2012 06:30 AM PDT


Kenaikan harga barangan utama dalam pasaran pada masa sekarang adalah satu fenomena dunia dan bukan disebabkan oleh kegagagalan kerajaan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mengawal seperti didakwa oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Negara-negara yang mengamal ekonomi bebas seperti Malaysia tidak dapat elak dari fenomena duni tersebut. Malah, negara-negara maju di dunia, seperti Singapura, Australia, UK, USA, Jepun, Eropah dan lain-lain negara, didapati lebih tertekan dengan fenomena ini daripada Malaysia. Malaysia boleh dikatakan berjaya menetapkan harga barang-barang keperluan harian dalam kadar yang munasabah atau berpatutan dengan bantuan subsidi daripada kerajaan.

1. Pada tahun 2010, kerajaan kepimpinan Dato' Seri Mohd.Najib Tun Razak , telah membelanjakan RM 10.32 bilion sebagai subsidi untuk mempastikan rakyat mampu membeli barang-barang keperluan asas seperti gula,tepung gandum, minyak masak, beras ST15, petrol RON 95, disel dan LPG gas seperti berikut seperti dalam gambar di atas

Rakyat kini dapat membeli barangan keperluan asas dengan harga yang berpatutan atau lebih rendah daripada harga sebenarbarangan tersebut dalam pasaran bebas. Subsidi kerajaan telahmengurangkan harga barangan tersebut supaya golongan pendapatan rendah mampu membeli barangan tersebut untuk kegunaan harian.


Walaupun kerajaan sedar bahawa pendekatan subsidi akan mengurangkan kadar pertumbuhan ekonomi dalam satu sistem ekonomi bebas seperti Malaysia, kerajaan terus menyediakan subsidi untuk barangan tertentu yang disifatkan sebagai pendekatan rationalisasai subsidi untuk barangan keperluan asas supaya kumpulan dan golongan pendapatan rendah mampu membeli untuk menyara hidup. Pendekatan ini juga dianggap sebagai satu transformasi dalam pengurusan subsidi mengambil kira kepentingan rakyat dan pertumbuhan ekonomi negara.


Sebelum rakyat terpengaruh dengan dakwaan pihak –pihak tidak bertanggungjawab terhadap kenaikan harga barang-barang keperluan, marilah kita sama-sama melihat mekanisme penetapan harga barangan dalam pasaran bebas dan baik buruknya subsidi kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.


2. Bagaimanakah harga barangan di tetapkan dalam ekonomi bebas?



· Secara umumnya, harga barangan yang dikeluarkan dalam sesebuah negara yang mengamalkan ekonomi bebas adalah ditetapkan berteraskan pada mekanisme faktor Permintaan dan Penawaran.(Rujuk carta Model Permintaan dan Penawaran )


· Kedudukan ekonomi yang terbaik (perfect situation) adalah apabila Permintaan (Demand) bersilang dengan Penawaran (Supply) ataupun Demand intersects with Supply.


· Sekiranya harga barangan di berikan subsidi oleh kerajaan, pengeluar barangan keperluan tidak akan kerja kuat untuk menambahkan kuantititi pengeluaran, tidak akan mengenalkan inovasi , tidak berpeluang untuk kreativiti, kurang kompetitif, tidak akan memperkenalkan teknologi baru.


· Malah, pengeluar baru tidak akan didorong menyertai pasaran supaya mempertingkatkan kadar pembangunan ekonomi.


· Subsidi yang beleluasa akan merencatkan mekanisme pasaran (market mechanism). Malah subsidi akan melambatkan pembangunan ekonomi negara. (economic growth) .


3. Sekiranya wujudkan pasaran bebas tanpa subsidi, pasaran dijangka akan diperluaskan kerana ramai pemain ekonomi atau pengeluar akan memasuki pasaran untuk mengeluar barang-barang keperluan rakyat. Ini akan meningkatkan penawaran dan peningkatan penawaran pula akan mengurangkan harga barangan dalam pasaran. Peningkatan pengeluaran akan mengurangkan harga barang yang dikeluarkan . Harga rendah barangan pula akan membantu barangan tersebut diekspot ke luar negara. Dengan itu, harga barangan dapat dikurangkan secara otomatik.


4. Sekiranya harga pasaran dapat dikurangkan, maka barangan keluaran negara boleh di pasarkan dalam pasaran antarabangsa.Peningkatan pengeluaran juga akan membuka peluang pekerjaan. Kedudukan ekonomi ini akan membantu meningkatkan pendapatan dan mengurangkan kemiskinan dikalangan rakyat. Pelaburan akan bertambah.Sumber kewangan untuk negara meningkat (tax). Suasana sedemikian akan mempercepatkan ( triggers off ) pembangunan ekonomi negara.



KELEMAHAN PENINGKATAN SUBSIDI SECARA BERTERUSAN


· Tidak akan wujud peningkatan ekonomi (No economic growth)
· Tidak akan wujud peluang pekerjaan baru (No new employment opportunities)
· Kurang hasil negara (less revenue)
· Kekurangan hasil Negara akan menimbulkan kekurangan sumber kewangan untuk membiayai program –program pembangunan sosial seperti pendidikan, kesihatan dan sebagainya malah KEMAMPUAN KERAJAAN TERUS MENYEDIAKAN SUBSIDI.............selanjutnya baca di REZQEEN HILL





Berpakain Menjolok Mata, Menari Dalam Keadaan Menghairahkan Dikhalayak Ramai Didenda Hanya RM25

Posted: 29 Mar 2012 06:07 AM PDT


SEREMBAN – Tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu.

Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga wanita tersebut yang berasal dari Kuala Lumpur didakwa mempamerkan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan.

Mereka adalah tertuduh beragama Islam yang pertama di Negeri Sembilan disabitkan kesalahan melakukan tarian tiang di bawah akta tersebut.

Mohamad Izwan dalam penghakimanannya berharap kesemua tertuduh insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu demi menjaga nama baik diri dan keluarga mereka. – Kosmo Online


Sumber: mynewshub


SP: Tak fahamlah. Kesalahan macam ni denda hanya RM25 sahaja. Pendapatan mereka sebagai penari tiang untuk satu malam sahaja lebih kurang RM200-RM350. Setakat nak bayar saman RM25 tu sekadar di celah gigi sahaja. Adakah dengan denda sebanyak RM25 itu akan dapat menjamin yang tertuduh TIDAK AKAN mengulangi kesalahan yang sama dan akan INSAF? Adakah hanya dengan denda RM25 itu mampu memberi pengajaran juga kepada yang lain-lain agar tidak turut sama terikut dengan perbuatan tidak bermoral tertuduh? Silalah pandang serius perkara ini kerana ianya melibatkan akidah, agama dan bangsa.

Kempen Anti-Lynas : @fuziah99 Di Biaya Dana Asing?

Posted: 29 Mar 2012 05:30 AM PDT


Pihak pembangkang khususnya PKR telah menjadikan isu kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang yang dibina oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd sebagai isu politik.

Penyokong pembangkang serta rakyat tempatan telah digembeleng sejak setahun lalu untuk menentang projek tersebut.

Tujuan utamanya ialah untuk menutup kilang Lynas yang yang menelan belanja dan pelaburan asing lebih RM700 juta bagi negeri Pahang.





Bermacam-macam tohmah dan dakwaan dilemparkan terhadap projek tersebut antara lain bahawa projek tersebut membahayakan rakyat Pahang serta alam sekitar kerana kononnya risiko bahan buangan beradioaktif hasil pemprosesan bahan mentah nadir bumi yang dilombong dari Australia.

Bagaimana pihak kerajaan pusat dan kerajaan negeri termasuk semua agensi yang bertanggungjawab dalam pelesenan dan pemantauan kilang tersebut telah memberi jaminan bahwa kilang tersebut selamat dan tidak berisiko tinggi seperti mana yang didakwa oleh pembangkang.

Malah ahli parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat yang merupakan pakar kajian nuklear telah mengesahkan tapak loji memproses nadir bumi Lynas adalah selamat dengan pemantauan yang mengikut prosedur.

Sekaligus kenyataan yang datangnya dari seorang pakar dan profesional seperti Dr. Che Rosli menyaggah dakwaan-dakwaan berbaur politik dan tidak berasas daripada kumpulan kempen anti-Lynas yang diketuai oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Jka dikaji sejarah kempen anti-Lynas, agak menghairankan mengapa DAP yang juga rakankongsi PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat membantah penubuhan jawatankuasa bagi menilai penubuhan kilang Lynas.

DAP mahu menampakkan bahawa parti itu tidak anti-pembangunan dan pelaburan tetapi secara senyap dan sembunyi memberi dokongan kuat kepada kempen tersebut.

Ini terbukti dengan kehadiran dalam setiap demonstrasi dan bantahan yang diadakan sama di Kuantan atau di Kuala Lumpur.



Lebih daripada 90 peratus yang hadir terdiri daripada ahli dan penyokong DAP, hanya segelintir kecil penyokong PKR dan PAS menyertai mana-mana perhimpunan anti-Lynas.

Ini membuktikan bahawa wujud agenda tersembunyi yang tidak mahu didedahkan oleh DAP.

Menurut sumber dalaman kempen anti-Lynas sendiri, Fuziah dan kuncu-kuncunya mampu menerajui kempen mampu bertahan lebih setahun kerana sokongan dana yang besar.

Dana tersebut dikatakan diberikan oleh sebuah negara Asia yang juga merupakan antara pengeluar terbesar nadir bumi dunia.

Kalau tidak masakan Fuziah dan kumpulan anti-Lynas yang besar mampu mengadakan kempen yang tersusun dan teratur, malah mampu membawa aktiviti-aktiviti mereka hingga ke Australia.

Semuanya ini memerlukan kewangan yang besar dan pembiayaan hanya mampu diberi oleh pihak yang mempunyai kepentingan dan berasa terancam dengan wujudnya kilang Lynas di Gebeng.

Ertinya DAP dan PKR telah menjadi kuada tunggangan negara asing untuk menjejaskan ekonomi dan iklim pelaburan Malaysia.

Tindakan Fuziah dan kumpulan anti-Lynas bolehlah dianggap sebagai usaha khianat terhadap negara mereka sendiri dan sudah tentunya pihak berkuasa harus menyiasat sumber dana y ang diperolehi serta agenda tersembunyi pembangkang dengan menggunakan rakyat yang dipergunakan.

PAS telah menghidu agenda jahat PKR dan DAP dan oleh kerana itu s ejak awal algi telah menunjukkan sikap dingin terhadap usaha menentang projek tersebut.

Hakikatnya kempen anti-Lynas adalah contoh yang menjadi bukti kukuh bahawa dakwaan pihak pembangkang sememangnya menerima dana asing bagi mewujudkan ketidakstabilan politik di negara ini.

Pembangkang akan menggunakan apa jua cara untuk merampas kuasa politik sekalipun bersekongkol dan didokong dana besar negara asing.



Beruangbiru




KBB Buat @anwaribrahim Tak Tidor Malam

Posted: 29 Mar 2012 05:00 AM PDT


SELAMA hari ini rakyat sering kali didoktrinkan dengan pemikiran bahawa Pakatan Rakyat berupaya membawa Malaysia ke satu tahap yang baru, dibandingkan dengan Barisan Nasional (BN). Kunci kepada idea pembaharuan tersebut ialah dengan meletakkan Anwar sebagai ikon pemimpin yang suci, bersih dari segala penyalahgunaan kuasa dan rasuah – mengambil teladan dari rekodnya sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebelum dipecat pada 1998 atas kesalahan moral.

Justeru, amat penting sekali Anwar dan Pakatan Rakyat 'dilihat' bebas dari sebarang unsur-unsur berkaitan rasuah dan salah guna kuasa. Kalau pun ada, ia perlu cepat-cepat di sapu ke bawah karpet sebelum ada yang nampak dan cuba mempersoalkan.

Paling tidak, tuduh UMNO sebagai dalang dan nescaya perkara itu akan cepat dilupakan. Inilah strateginya.

Tapi perkembangan mutakhir dalam kes saman antara ahli perniagaan Low Thiam Hoe dengan Hong Leong Bank Berhad berhubung skandal pembelian Kewangan Bersatu Berhad (KBB) bernilai RM 445 juta pada 1998, yang menyaksikan nama Anwar dan Pengerusi Hong Leong, Tan Sri Quek Leng Chan turut terbabit, dipercayai akan mengubah pandangan rakyat terhadap 'kesucian' Anwar.

Latar belakang ini kes ini secara ringkasnya ialah wang sebanyak RM 445 juta telah dibayar untuk tujuan pengambilalihan KBB tapi pengambilalihan itu sendiri tidak pernah berlaku.

DImana Anwar terlibat? Anwar terlibat hasil dari peranannya sebagai Menteri Kewangan dan hubungan baiknya dengan Quek yang menyaksikan transaksi wang itu berlaku ketika banyak proses lain berkaitan pengambilalihan masih belum selesai. Disamping itu, hubungan Anwar dengan pemilik asal KBB, syarikat Arus Murni Corporation Sdn Bhd (AMC) yang dimiliki kroninya, Hamzah Harun dan Mohd Faiz Abdullah (yang juga penulis ucapannya) yang turut memainkan peranan penting dalam kes ini.

Suka juga nak disebutkan bahawa sejarah hubungan Anwar dengan Quek itu sendiri menarik untuk diperkatakan tapi penulis tinggalkan sementara kerana yang nak dibincangkankan ini jauh lebih penting.

Hakikat yang rakyat perlu tahu berkenaan kes ini, ada tekanan dari Anwar supaya jumlah wang yang besar tersebut dibayar kepada AMC tanpa menunggu proses ambil alih selesai kerana Anwar dikatakan terdesak untuk mendapatkan wang bagi menjatuhkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO dengan segera sebelum mantan Perdana Menteri tersebut 'difahamkan' mengenai kesalahan seksual dan salah guna kuasanya oleh pihak polis.

Sebagai pengasas politik wang dalam UMNO, penggunaan wang untuk menjatuhkan pemimpin ini bukanlah satu yang mengejutkan. Anwar di dakwa pernah menggunakan wang sebanyak RM 200 juta (juga melalui hubungannya dengan Quek) pada 1992 untuk menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri ketika itu Allahyarham Tun Ghaffar Baba. Nasib baik arwah Ghaffar tidak meneruskan pertandingan setelah melihat jumlah pencalonan yang kurang, kalau tidak tahulah siapa yang togel dikerjakan Anwar untuk memuaskan nafsu politik serakahnya itu.

Tapi yang lebih penting disini ialah untuk rakyat menilai siapa dia Anwar. Dengan jenisnya yang bukan reti nak bertaubat, kita yakin Anwar akan meneruskan taktik menguasai parti pemerintah dan kerajaan melalui cara yang diasaskannya di dalam UMNO dahulu – wang.

Walaupun perkara ini berlaku 14 tahun dahulu, itu bukanlah satu masalah yang besar sebab individu yang melakukan itu masih orang yang sama. Kalau kes liwatnya dijadikan perbandingan, jelasnya tidak ada apa yang berubah mengenai Anwar, dia masih macam itu, masih macam dulu.

Pendek kata, kalau dulu dia liwat dan sekarang masih liwat, maka kalau dulu dia korup, sekarang dan selamanyalah dia akan korup.

Kita lihat selepas ini sama ada Anwar berani untuk tampil sebagai saksi dalam kes ini, atau dia akan menggunakan seluruh armada guamannya untuk memastikan dia tidak perlu hadir, seterusnya mengelak dari terkait dalam kes ini dengan apa cara sekalipun.

Malah sekarang pun kita dimaklumkan bahawa sapina ke atas Anwar gagal diserahkan walaupun peguam yang mewakili Thiam Ho, D Paramalingam menunggunya di Parlimen.

Kenapa Anwar mengelak, ini yang pelik. Kalau tak salah hadap sajalah, kenapa mesti mengelak?

Kesimpulannya, rakyat yang mengimpikan Malaysia akan bebas dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa dibawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Anwar, sebenarnya hanya bermimpi di siang hari. Malah lebih teruk lagi, ada banyak kemungkinan negara kita akan bertambah hancur kerana kepimpinan di atas tidak boleh dipertikai dan ditegur dek kecenderungan Anwar menyalahgunakan kuasanya untuk memaksa pihak polis melakukan tindakan tertentu bagi menutup apa juga kesalahan yang ada kaitan dengannya.

Anwar terbukti bahaya dan tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri kita.


Beruangbiru



PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH

Posted: 29 Mar 2012 03:05 AM PDT

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH


BOWLING PERGERAKAN PUTERI UMNO DUN TG. BIDARA

Posted: 28 Mar 2012 07:53 PM PDT


Tarikh : 24hb Mac 2012
Masa : 4.00 ptg
Tempat : MIBC Melaka

Puteri Bahagian Segambut

Posted: 28 Mar 2012 11:12 PM PDT

Puteri Bahagian Segambut


Speaker DUN Selangor "Bias" : Salah Siapa? @khalidibrahim

Posted: 28 Mar 2012 04:30 AM PDT



Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang berakhir semalam (27 Mac 2012)tentunya akan terakam dalam sejarah tanahair sebagai persidangan yang paling memalukan kerajaan negeri yang diterajui PR Selangor berikutan kesilapan speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Kim menghantar mesej BBM.

Tujuan Teng menghantar mesej BBM itu asalnya hanya untuk tatapan barisan exco negeri dari DAP, PKR & Pas dalam usahanya untuk memandu arah persidangan bagi manfaat politik PR, tapi sebaliknya yang berlaku apabila mesej itu turut diterima oleh ADUN Bebas Datuk Dr. Hasan Ali yang sebelum ini adalah exco Hal Ehwal Islam negeri.

"This is possibly the last winding up sessions for exco, oppoturnity should be fully used to talk about our success in the past 4 years like what Yaacob is doing now".

"Ini mungkin sesi penggulungan yang terakhir untuk exco, peluang harus digunakan sepenuhnya untuk bercakap tentang tentang kejayaan kita sejak empat tahun lepas seperti yang Yaacon lakukan sekarang". – Speaker DUN Selangor, Teng Cheng Kim (DAP), 27 mac 2012

Peristiwa memalukan dalam persidangan DUN Selangor itu tidak pernah berlaku di mana-mana negara kecuali inilah satu-satu yang pernah wujud di atas muka bumi apabila speaker kantoi menghantar mesej arahan yang bias dan memihak semasa mempengerusikan persidangan.

Peranan Speaker

Umum mengetahui tugas dan tanggungjawab seorang speaker selain mengawal perjalanan dewan, speaker juga perlu berlaku adil dan tidak memihak sekalipun dirinya adalah pemimpin parti politik tertentu.

Dalam laman sesawang DUN Selangor sendiri telah menjelas peranan & tugasan speaker yang mesti berlaku adil, telus dan mengutamakan integriti sepanjang mempengerusikan persidangan Dewan Undangan Negeri.

"Tuan Speaker adalah Pengawal dan Pentadbir perjalanan Dewan Undangan Negeri semasa bersidang termasuk menetapkan Aturan Urusan Mesyuarat dan masa bersidang. Mengikut tradisi Parlimen dan Peraturan Tetap bagi Dewan Undangan Negeri Selangor yang ada, Tuan Speaker juga adalah Pengerusi beberapa Jawatankuasa Tetap Dewan bagi menjaga kepentingan Dewan.Mengikut kelaziman Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri, Tuan Speaker tidak mengambil bahagian dalam perbahasan dan hendaklah bersikap adil semasa mengendalikan mesyuarat atau perbahasan".

Sila rujuk di sini dan sini

Bila dalam persidangan dewan undangan pun speaker PR dari DAP tidak mampu berlaku adil & bersikap telus, besar kemungkinannya dalam konteks pentadbiran kerajaan negeri juga tentu saja ada berlaku ketirisan & ketidaktelusan.

Misalnya dalam urusan pembahagian tender & kontrak kerajaan, perlantikan jawatan dan pengurusan kewangan negeri yang sebelum ini pun banyak menimbulkan keraguan ramai terhadap ketelusannya.

Dari kejadian ini dapat disimpulkan yang DAP sememangnya sekian lama telah menguasai arah tuju pentadbiran negeri, ini sekaligus menimbulkan persoalan terhadap keupayaan Menteri Besar dalam tadbir urus negeri.


Ketelusan dan keadilan

Andainya pemimpin PR bersungguh-sungguh mahu memperjuangkan keadilan dan ketelusan, inilah masanya untuk mereka mengambil langkah pembetulan dengan melantik individu lain bagi menggantikan tempat Teng Chang Kim.

Jika tidak sanggup mengambil tindakan tersebut terhadap Teng yang terbukti telah mencemar kewibawaan kerajaan negeri, maka seseorang mesti mengambil tanggungjawab memikul beban kesalahan tersebut.

Mungkin Khalid Ibrahim lebih elok memikirkan semula kelayakannya selaku Menteri Besar selepas tanggungjawabnya mengawal selia exco-exco negeri telah diambil alih oleh speaker dari DAP.

Itu saja jalannya untuk mengembalikan semula kepercayaan masyarakat terhadap keadilan & ketelusan yang kerap dilaungkan oleh PR selain menegakkan semula integriti & kredibiliti Dewan Undangan Negeri sebagai badan yang mulia dan dihormati.


BeruangBiru



3rd April 2012: Three Years Of Excellence

Posted: 27 Mar 2012 11:10 PM PDT


We often hear complaints about how time is getting shorter and that it is hard to get anything done in a day. Years passed by so suddenly that we barely notice that our child has turned into a teen. A year, basically feels like a month especially when we talk about putting our plans into work or even draw a plan itself.


For leaders, 3 years is usually considered as mere 'warming up' stage. Putting things and people at their right places, drafting goals and drawing plans and eventually implementing them sometimes would take more than three years. Sometimes a leader can only see the results after he has retired and sometimes won't even have a chance to see his plans being executed at all.


However, such is not the case for Datuk Seri Najib Tun Razak. He has been warming up long enough, in fact since his childhood days as he witnessed his father serving the people day in and day out as Prime Minister.


Therefore, Datuk Seri Najib has been in full gear when he was assigned to the cabinet at the age of 25 as Deputy Minister of Energy, Telecommunication and Post in 1978.


When he succeeded Tun Abdullah Ahmad Badawi in 2009 as Prime Minister, Datuk Seri Najib was more than ready to make things happen for Malaysia. In order to do that, he has been whole-heartedly serving us with undoubted dedication and commitment. And come this 3rd April 2012, which is exactly three years in power, Datuk Seri Najib is not only able to witness how his ideas are being implemented, but how some of them have actually shown positive results. In other words, he not only got to witness the process of transformation, but the final transformed products itself.


In his Government Transformation Plans (GTP), Malaysian government has implemented many measures to increase transparency and government accountability. These measures include the use of Key Performance Indicators (KPI) to hold ministers accountable for their work, using new media such as Twitter and Facebook to communicate with citizens about happenings in the government, opening previously closed government tenders to increased public participation and scrutiny, and soliciting public feedback on government spending.


In merely 3 years, Datuk Seri Najib's hard work and brilliance can be judged clearly from the table below:


GTP performance 2010 and 2011

NKRA Overall Performance


NKPIs

2010 (%)

2011 (%)


Urban Public Transport

107

108

· Introduction of Bus Expressway Transit (BET) services has resulted in 547,669 passengers using bus routes.

· 30 new four-car trains on the Kelana Jaya LRT Line has increased rail ridership by 13%

· Opening of a new integrated transport terminal at Bandar Tasik Selatan that has diverted over 500 buses away from the Kuala Lumpur city centre daily

· Old Puduraya terminal has been refurbished and renamed Pudu Sentral.

Crime

168

130

· Street Crime reduced by 39.7%

· Index Crime reduced by 11.1%

· Reduction attributed to omnipresence programme and public and police partnership

· Malaysia has also been ranked 1st both in terms of safety and security in South East Asia by Global Peace Index, and 1st amon gst 19 middle income countries by World Justice Report.

Rural Basic Infrastructure

91

123

· 1013.4 rural roads were built and upgraded across the country resulting enhanced road connectivity

· 73,227 additional houses supplied with clean or treated water

· 27,004 additional houses connected with 24-hour electricity supply

· 14,365 houses for rural poor built or restored

· Affecting the lives of more than 3 million Malaysians living in rural areas (2 million in 2010, 1 million in 2011)

Education

156

188

· The Education NKRA was conceived to safeguard our nation's future by developing the minds, talents and capabilities of the next generation in a more advantageous manner as we move towards these ambitions

· In order to make quality basic education more accessible to all students, more than 3, 000 pre-schools classes has started in 2011. This saw the pre-school enrollment rate of 77%

· Via the LINUS (Literacy and Numeracy) Programme, Primary 2 students have achieved a 97.5% rate for literacy and 98.6% rate for numeracy in the second screening this year

· The start of 2011 saw the introduction of the School Improvement Programme, a new initiative which helped all 10,000 schools throughout Malaysia to improve their performance, thereby elevating the overall school system

· For the first time in Malaysian history, a national pre-school information system (Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan) or SMPK was developed to collate data on pre-schools and students

Low Income Household

79

103

· Having achieved the target of taking more those 44,000 households out of the extreme poverty category last year, the focus in 2011 is ensuring more poor households participated in the 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) programme.

· The 1AZAM programme centres on providing economic opportunities that enhance the productive capacity of low-income households so that they are lifted out of poverty and become self-sustaining. To date, 66,243 poor households are participating in the 1AZAM programme.

· 2011, also saw another new NKPI being introduced – that of ensuring 100% of the backlog cases pertaining to eKasih verification had been processed (eKasih is the sole designated database for low-income households). To date, 81,000 backlog cases pertaining to eKasih verification has been processed

· 1, 000 women entrepreneurs have been developed

· 2,465 abandoned houses restored and 2,500 Rumah Mesra Rakyatbuilt.

Corruption

121

134

· Building blocks are in place to combat corruption

· Introduction of the Whistleblower Protection Act. Under the provisions of the Act, the whistleblower will have confidentiality of identity, immunity from civil and criminal action, as well as other detrimental action.

· Implementation of Corporate Integrity Pledge (CIP) which is a documented pledge by corporations to commit to upholding the Anti-Corruption Principles for Corporations in Malaysia. In 2011, 64 companies have committed to the pledge

· In addition to that, the Ministry of Finance has issued an Integrity Pact directive for all project tenders. Under the pact, bidders are to refrain from offering, demanding or accepting bribes to influence procurement decisions. The MRT Project is the first project to implement an enhanced Integrity Pact with the Auditor's-General Chambers acting as the oversight body.

Overall Composite Scoring

121

131




Datuk Seri Najib is also quick to react to the rising cost of living. In order to ensure that it would not affect the rakyat, from 2010 to July 2011 alone, a total of RM36.7bilion was spent on cash hand-outs, subsidies and other form of assistance to the rakyat. Among the initiatives introduced under CoL are Kedai Rakyat 1Malaysia, 1Malaysia Rakyat Menu, 1Malaysia Clinics and Bantuan Rakyat 1Malaysia.


It is a shame that despite all these, the Oppositions of Malaysia continue to deny the goodness and the blessings that we consistently enjoy in Malaysia under the care of our leadership. Instead of spreading words about their accomplishments, the Oppositions keep trying to demean and degrade whatever that Datuk Seri Najib has achieved.


However, the facts laid out above and before our eyes are undeniable no matter how hard they try. Because figures don't lie. But the Oppositions - the enemies of Datuk Seri Najib, do and lie is all they can do as they have proven to the rakyat that in 3 years, the Oppositions have not accomplished anything significant at all, in all 4 states under their rule.

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 28 Mar 2012 03:53 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


BILA BERPOLITIK DALAM PARLIMEN!

Posted: 27 Mar 2012 07:27 PM PDT



Mencari Ahli Parlimen kelas pertama
SYAHREDZAN JOHAN
Pernahkah anda mengunjungi bangunan Parlimen dan menyaksikan sesi perbincangan di Dewan Rakyat? Jika anda belum pernah, anda wajar mengambil peluang untuk melakukannya. Lebih-lebih lagi apabila dijangkakan sesi yang sedang berlangsung kini mungkin adalah yang terakhir sebelum pilihan raya umum. Jika berminat, anda boleh menghubungi Ahli Parlimen anda kerana mereka dibenarkan membawa tetamu ke Parlimen.



Jika pernah menyaksikan sesi Parlimen, kemungkinan besar anda akan kecewa dengan apa yang dilihat. Wakil rakyat yang anda pilih ke Parlimen, lebih cenderung untuk terpekik dan terlolong bagai tidak bertamadun daripada berdebat dengan berhemah. Ketika berdebat pula, kualitinya pula rata-rata di tahap yang rendah. Kebanyakan Ahli Parlimen sering membangkitkan perkara-perkara yang langsung tidak ada kena-mengena dengan apa yang dibincangkan.



Contohnya, pada minggu lalu Parlimen kecoh dengan Ahli Parlimen berlumba-lumba untuk menunjukkan kebencian mereka terhadap negara Israel. Ada seorang Ahli Parlimen sehinggakan membuat dakwaan kononnya Israel cemburu dengan keharmonian kita. Macamlah Israel itu pedulikan apa yang berlaku dalam Parlimen kita.




Hanya minggu lalu, ada Ahli Parlimen berbincang tentang ikan arowana, penjual tomyam dan hubungan di antara coklat dan penyakit kencing manis. Ya, perkara picisan seperti inilah yang dibawa ke Parlimen oleh Ahli Parlimen kita.



Keadaan ini sedikit sebanyak melunturkan kepercayaan rakyat kepada proses perundangan. Parlimen dilihat sebagai sarkas dan Ahli Parlimen sebagai badut-badut yang dibiayai oleh rakyat. Daripada 222 Ahli Parlimen yang ada, hanya segelintir sahaja benar-benar menjalankan tanggung jawab mereka sebagai Ahli Parlimen. Kita hanya boleh bangga dengan bangunan Parlimen dan kemudahan yang ada, tampak begitu gah dan canggih. Tidak lebih dari itu.


Adakah kita sepatutnya menerima Parlimen dengan seadanya, bahawa kualiti Ahli Parlimen kita tidak akan meningkat daripada takuk sedia ada? Ataupun kita percaya bahawa Malaysia yang lebih baik hanya akan wujud dengan adanya Ahli Parlimen yang lebih berkualiti.


Sebenarnya salah kita. Kita yang memilih, memberi mandat kepada mereka dan angkat mereka daripada rakyat biasa menjadi wakil kita. Kelakuan mereka mencerminkan perwatakan dan mentaliti kita sendiri.

Pilihan raya yang akan datang sewajarnya kita jadikan batu loncatan untuk mewujudkan Parlimen kelas pertama. Kita harus sedar, tanggungjawab utama seorang Ahli Parlimen adalah dalam proses perundangan negara. Bukannya untuk menjaga longkang kita, atau menjadi tempat aduan sekiranya ada pokok terhempas di jalan di belakang rumah kita. 

Tanggung jawab Ahli Parlimen bukanlah melawat kawasan mahupun memastikan kebahagiaan rakyat yang diwakilinya. Ketika Parlimen berjalan, tidak ada sebab mengapa seorang Ahli Parlimen itu tidak boleh hadir. Ingat, saraan mereka adalah dibiayai oleh rakyat. Mereka tidak boleh sewenang-wenangnya 'ponteng' dewan.

Parlimen kelas pertama hanya akan wujud sekiranya ia dipenuhi dengan Ahli Parlimen kelas pertama, yang mempunyai intelek, telus dan bersih serta mempunyai pengetahuan am luas supaya dapat berdebat, berbincang tentang pelbagai jenis bidang. Ahli Parlimen yang bersopan dan bersantun, walaupun bersemangat dalam mengetengahkan suara rakyat diwakilinya. 



Ini bermakna, kita tidak boleh lagi memilih Ahli Parlimen semata-mata kerana sering melihatnya 'turun padang'. Apa yang penting adalah sama ada dia dapat menyumbang secara membina kepada kelangsungan perundangan negara.

Kita memerlukan pencerahan budaya dan minda dalam pemilihan wakil rakyat. Barulah kita dapat berbangga dengan Parlimen yang kita ada.

Razlan's

Posted: 27 Mar 2012 11:03 PM PDT

Razlan's


Mana Rakaman CCTV Badrolamin?

Posted: 27 Mar 2012 04:46 AM PDT

Isteri kepada seorang Suami yang dituduh berkhalwat
dengan Badrolamin
Pihak JAIP sehingga hari ini mendiamkan diri terhadap kes Khalwat Badrolamin dengan Isteri orang.Sehingga hari ini kita tidak nampak dimana rakaman CCTV di Hotel Badroamin ditangkap.

Pihak Jabatan Agama pula jangan sesekali melindungi Badrolamin hanya kerana beliau pemimpin PKR. Mereka sepatutnya lebih telus menyiasat Kes high profile seperti ini.

JAIP seharusnya menggunakan kuasa yang ada pada mereka dengan bantuan pihak Polis untuk mendapatkan rakaman CCTV dan juga semua bukti yang boleh menjaga nama baik JAIP.

JAIP telah dituduh oleh Badrolamin bermacam-macam sehingga ianya boleh menjejaskan imej sebuah Badan yang menjaga kesucian agama Islam tetapi malangnya sehingga hari ini, mereka diam dan tidak berbuat apa-apa macam mahu melindungi Badrolmin.

Untung sungguh jadi pemimpin Politk Pembangkang, dijaga dan dilindungi oleh rakan-rakan mereka yang didalam JAIP ? Sehingga hari ini tiada Dakwaan terhadap Badrolamin menunjukkan JAIP bersenkonkol dengan perlakuan sonsang pemimpin PKR.

Berikut merupakan berita Isteri yang di tuduh khalwat bersama Badrolamin.





ROMPIN - Wanita dikaitkan dalam kes khalwat dengan Ahli Majlis Pimpinan PKR, Dr Badrolamin Bahron menarik balik permohonan cerainya di Mahkamah Rendah Syariah Rompin, di sini, semalam.

Wanita berusia 28 tahun itu, hadir kira-kira jam 9 pagi berseorangan­ ke mahkamah itu untuk membuat tuntutan notis penarikan balik kes tersebut di hadapan Hakim Syarie, Abu Kassim Pilus.

Bagaimanapun, alasan penarikan tuntutan penceraian tersebut tidak dinyatakan.

Malah, suami wanita terbabit guru berusia 32 tahun juga tidak hadir pada prosiding itu.

Sementara itu, wanita terbabit ketika ditemui di luar mahkamah berkata, dia akan mengemukakan Fasakh di Mahkamah Tinggi Kuantan.

"Saya menarik balik tuntutan kerana mahkamah rendah syariah tidak mempunyai kuasa untuk mengendalikan kes fasakh," katanya.

Wanita itu sebelum ini, memfailkan penceraian pada pertengahan Januari lalu dan prosiding pertama dijalankan pada 27 Februari lalu.

Badrolamin sebelum ini, memaklumkan beliau mengenali wanita yang bekerja di sebuah institusi kemahiran di Rompin itu, sejak kira-kira setahun lalu.

Bagaimanapun, sehingga kini Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) tidak membuat sebarang dakwaan terhadap Badrolamin dan wanita tersebut.

Tiada ulasan:

Pengikut