Isnin, 12 Mac 2012

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Puteri Bahagian Segambut

Posted: 12 Mar 2012 12:30 AM PDT

Puteri Bahagian Segambut


Dah Boleh Bubar???

Posted: 11 Mar 2012 10:56 AM PDT

Dikala Pilihanraya ke 13 semakin hampir, banyak permasalahan yang sudah diselesaikan oleh kepimpinan Dato Seri Najib Tun Razak.

Isu SBPA dan NFC diantara isu besar yang akan digunakan untuk menghasut rakyat untuk menolak Barisan Nasional.

SBPA sudah dibatalkan dan imbuhan kepada kakitangan kerajaan telah ditunaikan, sememangnya jalan peneyelesaian sudah lama ditunggu-tunggu oleh penjawat awam selama ini.

Alhamdulillah, diatas kebijaksanaan Perdana Menteri kita, masalah ini dapat diselesaikan dengan baik dan diterima oleh rakyat keseluruhanya.

Isu NFC pula sudah selesai apabila Dato Seri Sharizat Jalil menyatakan tidak akan menyambung tempoh Senatornya apabila tamat pada bulan April dan secara jelas tidak akan menjadi Menteri didalam Kabinet Dato Seri Najib Razak.

Pandangan saya terhadap isu Kak Jat,


"kita kene beri semangat kepada kak jat untuk terus memimpin Wanita berhadapan dengan Pembangkang semasa Pilihanraya akan datang, tidak perlu kita menghentam kerana ianya tidak memberi kebaikan kepada UMNO, elok kita guna peluru kita untuk dihalakan kepada pembangkang, lihat macam isu Badrolamin, tidak ada pemimpin pembangkang membela beliau dan tidak ada juga pemimpin pembangkang mengherdik beliau, kita pula sampai terlupa nak hentam dia dan isu ini senyap seperti tidak ada apa-apa berlaku...."


Kerajaan hari ini sudah bersih dari isu negatif dan sudah bersedia untuk berhadapan dengan pertandingan Pilihanraya ke 13.

Pembangkang hari ini sudah tidak lagi relevan kerana Kerajaan BN sudah berubah dan bertindak lebih baik dibandingkan sebelum ini.

Dibawah kepimpinan Najib, segala perancangan yang dilaksanakan oleh kerajaan betul-betul mendahulukan rakyat seperti slogan rakyat didahulukan.



Cerita selanjutnya di SUARA RAZLAN'S

Shahrizat Letak Jawatan April 2012

Posted: 11 Mar 2012 01:12 AM PST


KUALA LUMPUR - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan berundur sebagai anggota Kabinet apabila tempoh beliau sebagai senator berakhir 8 April ini.

"Pada 8 April, apabila tamat penggal sebagai ahli Dewan Negara, saya akan undur diri," kata beliau di sini hari ini.

Khidmat anggota Dewan Negara adalah selama tiga tahun dan boleh disambung satu penggal lagi.

Beliau dilantik sebagai anggota Dewan Negara dan anggota Kabinet selepas tewas dalam pilihan raya umum 2008.

Shahrizat berkata beliau akan kekal sebagai Ketua Wanita Umno.

Katanya, beliau akan menghantar surat makluman keputusannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam waktu terdekat.

Beliau juga menafikan keputusannya diambil ekoran tekanan mana-mana pihak ataupun disebabkan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

"Saya ingin ambil kesempatan untuk ucap terima kasih kepada Najib Tun Razak dan timbalan beliau dan rakan-rakan jemaah menteri, kerana telah mendapat kerjasama begitu baik.

"Selama 10 tahun menjalankan tugas sebagai menteri, saya sempat membawa beberapa perubahan," kata pada majlis jalinan kasih LPPKN di sini, yang turut mendapat liputan lebih 60 wartawan dan jurugambar yang telah menunggu beliau sejak dari jam 1 tengah hari tadi.

Semalam, Najib berkata, beliau akan mengumumkan tentang kedudukan Shahrizat sebagai menteri pada waktu yang sesuai.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden Umno sebelum itu tidak menafikan desas desus yang mengatakan Ketua Pergerakan Wanita Umno itu akan meletakkan jawatan.

"Pelbagai khabar angin... kita akan membuat pengumuman (pada waktu) yang bersesuaian," katanya.

Isu peletakan jawatan timbul apabila beliau terpalit dalam isu National Feedlot Corporation, yang diterajui suaminya Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail yang terlibat dalam projek lembah daging Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan.

Beberapa individu sebelum ini termasuk bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz meminta Shahrizat melepaskan jawatan untuk mengelakkan ia menjadi bebanan kepada parti.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga menasihatkan Shahrizat agar "jangan sayang kepada jawatan."
- Sumber: utusanonline

SP: Walaubagaimanapun beliau masih kekal sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.

Razlan's

Posted: 12 Mar 2012 12:17 AM PDT

Razlan's


Dah boleh Bubar @najibrazak

Posted: 11 Mar 2012 08:30 AM PDT

Dikala Pilihanraya ke 13 semakin hampir, banyak permasalahan yang sudah diselesaikan oleh kepimpinan Dato Seri Najib Tun Razak.

Isu SBPA dan NFC diantara isu besar yang akan digunakan untuk menghasut rakyat untuk menolak Barisan Nasional.

SBPA sudah dibatalkan dan imbuhan kepada kakitangan kerajaan telah ditunaikan, sememangnya jalan peneyelesaian sudah lama ditunggu-tunggu oleh penjawat awam selama ini. 

Alhamdulillah, diatas kebijaksanaan Perdana Menteri kita, masalah ini dapat diselesaikan dengan baik dan diterima oleh rakyat keseluruhanya.

Isu NFC pula sudah selesai apabila Dato Seri Sharizat Jalil menyatakan tidak akan menyambung tempoh Senatornya apabila tamat pada bulan April dan secara jelas tidak akan menjadi Menteri didalam Kabinet Dato Seri Najib Razak.

Pandangan saya terhadap isu Kak Jat, 


"kita kene beri semangat kepada kak jat untuk terus memimpin Wanita berhadapan dengan Pembangkang semasa Pilihanraya akan datang, tidak perlu kita menghentam kerana ianya tidak memberi kebaikan kepada UMNO, elok kita guna peluru kita untuk dihalakan kepada pembangkang, lihat macam isu Badrolamin, tidak ada pemimpin pembangkang membela beliau dan tidak ada juga pemimpin pembangkang mengherdik beliau, kita pula sampai terlupa nak hentam dia dan isu ini senyap seperti tidak ada apa-apa berlaku...."

Kerajaan hari ini sudah bersih dari isu negatif dan sudah bersedia untuk berhadapan dengan pertandingan Pilihanraya ke 13.

Pembangkang hari ini sudah tidak lagi relevan kerana Kerajaan BN sudah berubah dan bertindak lebih baik dibandingkan sebelum ini.

Dibawah kepimpinan Najib, segala perancangan yang dilaksanakan oleh kerajaan betul-betul mendahulukan rakyat seperti slogan rakyat didahulukan.

Tidak cukup dengan RM100 kepada pelajar sekolah, RM200 kepada pelajar IPTA, kerajaan beri RM500 kepada rakyat berpendapatan dibawah RM3000.

Kita beri juga SARA untuk mengalakan rakyat menabung belajar mengurus kewangan dengan baik.

Ekonomi Negara semakin baik dan rakyat sudah merasai kemakmuran negara Malaysia dibawah kepimpinan Najib dan seluruh Ahli Kabinet beliau.

Ini semua menunjukkan rakyat tidak ada alasan untuk memilih BN semula.

Pembangkang yang masih mencari formula yang sesuai untuk mentadbir negara semakin dekat dengan jalan sesat. Dengan permasalahan di Kedah dimana pak lebai-pak lebai bergaduh untuk kerana mahu berebut harta rampasan RM60 juta. Peruntukan yang diturunkan kepada Kerajaan Negeri untuk membaiki jalan negeri tidak digunakan sebaiknya dan entah kemana duit ini dibelanjakan. 

Masalah sampah di Kedah dan di Selangor tidak diuruskan dengan baik sehingga rakyat sudah nampak dengan mata sendiri kepincangan kerajaan PR mentakbir negara.

Tidak cukup dengan itu, masalah Moral yang menimpa satu persatu pemimpin PR telah menyembabkan rakyat meluat dan jijik melihat perlakuan pemimpin PR.

Semua ini menjadikan kelebihan kepada kerajaan BN. 

Tunggu apa lagi Dato Seri Najib Tun Razak, sudah masanya kita beri kuasa memilih kepada Rakyat. Biar mereka memilih kerajaan yang lebih baik di Kedah, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang. Jangan kita biarkan rakyat Malaysia sengsara dibawah pemerintahan PR.



Tiada ulasan:

Pengikut