Rabu, 7 Mac 2012

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 06 Mar 2012 03:08 PM PST

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Empayar Pemuda: KALAU NEGARA ISLAM PUN BOLEH GADAI..INIKAN PULA JA...

Posted: 06 Mar 2012 06:24 AM PST

Empayar Pemuda: KALAU NEGARA ISLAM PUN BOLEH GADAI..INIKAN PULA JA...: Bukan sesuatu yang pelik dan bukan perkara yang menghairankan kerana selama ini pun Pas hanya berdiam diri membiarkan sekutunya daripada DA...

Empayar Pemuda: PANAS : BERJUTA-JUTA RAKYAT NAK DEBAT NAJIB DAN A...

Posted: 06 Mar 2012 06:22 AM PST

Empayar Pemuda: PANAS : BERJUTA-JUTA RAKYAT NAK DEBAT NAJIB DAN A...: Daripada 1022 orang yang menjawab kaji selidik yang dibuat oleh Merdeka Centre hanya 54 % daripada responden atau 552 orang yang mahukan de...

SUDAH BERSEDIAKAH UMNO/BN JASIN HADAPI PRU 13 ?

Posted: 05 Mar 2012 07:34 PM PST


Di mana-mana sahaja perbualan sama ada orang politik atau bukan kita boleh mendengar soalan " bilakah pilihanraya umum ke 13 ?. Termasuk juga "siapakah calon-calonnya?'. Jawapannya tarikh wajib sebelum 28 April 2013. Dan disusuli dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri.

PARLIMEN JASIN


Bagi UMNO Bahagian Jasin mahupun Barisan Nasional, mereka sebenarnya tidak harus menumpukan kepada tarikh bilakah PRU 13 akan berlangsung, sebaliknya yang lebih penting dari itu bertanyakan soalan terpenting iaitu " SUDAHKAH ANDA BERSIAP SEDIA MENGHADAPINYA?". "BERSEDIAKAHJIKA PILIHANRAYA DI ADAKAN PADA BILA-BILA MASA?

Soalan ini membawa maksud adakah jentera parti sudah bersedia menghadapinya? PRU 13 seperti kata Timbalan Presiden UMNO adalah "IBU SEGALA PILIHANRAYA". Jadi untuk menghadapinya semua anggota parti perlu fokus dan bekerja dengan semangat luar biasa demi untuk mencapai keputusan luar biasa.

Di Jasin, kerusi Parlimen dan 5 DUN iaitu Serkam, Merlimau, Sungai Rambai, Rim dan Bemban pada PRU 12 adalah dimenangi oleh UMNO/BN. Soalnya sekarang adakah keputusan yang sama boleh di kekalkan pada PRU 13 nanti? Ramalan boleh dibuat tetapi akhirnya keputusan adalah ditangan pengundi untuk memilih dan seterusnya dibentuk kerajaan negeri.

Bercakap soal LUAR BIASA terkandung di dalamnya amalan kerja kerap turun padang mendekati rakyat, bertanyakan apa kehendak rakyat, membuat trnsformasi politik termasuk memilik "winnable candidate". Perkara ini wajar dilakukan selepas PRU 12 2008 lagi, bukannya apabila nak menjelang PRU 13. Terdengar suara-suara orang kampong yang mengatakan ada wakil rakyat yang dah nak dekat baru nampak muka?


Selain dari itu, apa yang penting adalah jangan bertelagah semasa sendiri. Masalah dalaman kenalah diminimakan apabila nak dekat pilihanraya. Jika tidak buruk padahnya. Jika dianalisa keputusan PRU 12, majoriti yang diperolehi oleh pembangkang semakin meningkat. Contohnya Parlimen Jasin sendiri yang diwakili oleh YB Datuk Wira Ahmad Hamzah kehilangan lebih 10,000 undi majoriti jika hendak dibandingkan dengan majoriti PRU 11 2004. 



P139 JASIN
Jumlah Pengundi: 56,121
Peratusan Kaum: M:70.74% C:19.04% I:10.15% L:0.07%  
1. Datuk Wira Ahmad Hamzah (BN) (27,838) 
2. Ir. Zulkefly Othman (PKR) (15,348) 
Majoriti: 12,490
Jumlah undi: 44,176
Peratus mengundi: 78.72%
Undi rosak: 990
Penyandang: Datuk Mohd. Said Yusof (BN)
(Majoriti: 21,334 undi) 

Begitu juga dengan keputusan majoriti di 5 DUN seperti di bawah :-

                               2004                       2008.
N 24 Bemban -     4,438                        2,141
N 25 Rim       -      3,930                        1,637
N 26 Serkam  -     4,347                        2,819
N 27 Merlimau      5,087                        2,154 (tidak termasuk keputusan PRK Merlimau)
N 28 Sg. Rambai   3,068                        2,266

Mungkin ada yang mengatakan pada 2008 itu tsunami, cuba bayangkan pada PRU 13, ibu segala pilihanraya, dimana target pembangkang menuju Putrajaya, dengan penambahan pengundi dan juga lain-lain faktor sampingan serta tempatan dan juga isu calon, adakah keputusan majoriti ini akan kembali normal atau pun bertambah teruk sehingga membawa kepada kekalahan UMNO/BN ? Semuanya menjadi persoalan dan memerlukan satu tindakan yang luar biasa......

Jika dilihat kepada Negeri Melaka semuanya 18 kerusi DUN yang ditandingi oleh UMNO tidak kalah satu kerusi pun daripada 28 kerusi. Adakah PRU 13 akan mencatat sejarah baru bagi Parlimen dan DUN-DUN Jasin, sama-sama kita nantikan.


Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 : Melaka


BN

Pas

DAP

PKR
Parlimen5
(6)
0
(1)
1
(2)
0
(3)


BN

Pas

DAP

PKR
DUN23
(28)
0
(13)
5
(8)
0
(7)

PERSIAPAN JENTERA PARTI


Sudah pastinya jentera parti memainkan peranan utama dan sangat penting bagi memastikan matlamat utama untuk menang PRU 13. Jika jentera parti lemah maka kita sudah tahu keputusannya. Lebih-lebih lagi bila orang sendiri belot, sangat cepatlah kita kalah atau kalah sebelum bertarung.

Bagi Kawasan Jasin, perasmian jentera parti telah dibuat dan dilakukan oleh YAB KM Melaka. Tahniah dan syabas. Namun setakat perasmian sahaja belum menjamin kemenangan pada PRU nanti. Berhadapan dengan pengundi tradisi rasanya tiada masalah. Namun bila anak-anak mereka yang memainkan peranan mempengaruhi ibu-bapa agar buat pemilihan yang berbeza kali ini,,,alamatnya parah...akhirnya rebah.....

Itu belum lagi diamil kira ahli-ahli UMNO yang belum daftar sebagai pemilih. Kali ini kita akan berdepan dengan pengundi baru yang kali pertama mengundi, sudahkah ditemui mereka ini? Atau kita sibuk ke hulu dan kehilir soal calon?


Namun apa yang dilihat, persediaan jentera masih lagi belum mantap. masih syok sendiri dikalangan orang UMNO sahaja, sedangkan nak menang PRU kita tidak boleh bergantung kepada ahli-ahli UMNO sahaja. Pengundi atas pagar dan yang tidak menyertai mana-mana parti politik perlu didekati dan mendengar rungutan mereka. Pemuda, Puteri dan Wanita kadang-kadang tu kelihatan sangat daif dan naif untuk mengadakan program. Macam biasalah faktor utamanya adalah dana. Apa salahnya jika dana diberikan terus kepada sayap untuk dilakukan program yang bersesuaian dengan target dan sasaran masing-masing?

Utusan Malaysia Online - Rencana

Posted: 05 Mar 2012 04:29 PM PST

PAS PUJI ATAU MENGATA KAKITANGAN AWAM?

Posted: 05 Mar 2012 04:27 PM PST


Mengapa kakitangan kerajaan tak sokong BN?

Harakahdaily,05 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 5 Mac: "Sepatutnya pemimpin BN perlu bertanya kenapa majoriti kakitangan kerajaan tidak bersama dengan BN?
"Apakah mereka ini jahil dan hilang pertimbangan sehingga menjadi penentang senyap kerajaan BN?" tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Ini, katanya sudah tentu ada perkara yang tidak betul, walaupun otak mereka dibasuh di dalam kursus Biro Tata Negara (BTN).
Baginya, jawapannya mudah kerana mereka adalah orang cerdik dan rakyat yang bermaklumat.
Justeru, kata beliau segala propaganda yang diberi oleh media perdana, penceramah pada kursus BTN tidak memberi apa-apa makna.
"Mereka hanya mendengar, ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri," ujarnya kepada Haralkahdaily.
Sehubungan itu, ujarnya kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said ketika program bersama Timbalan Perdana Menteri yang menggesa supaya kakitangan awam mesti menyokong kerajaan kerana banyak kemudahan yang diberi oleh kerajaan hanya sia-sia sahaja.
Katanya lagi, kakitangan kerajaan yang cerdik tidak akan rela negara diperintah oleh mereka yang korup, walaupun Presiden Umno memain taktik baru iaitu mengaku silap dan memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi lagi kesalahan itu.
Pada mereka, ujarnya lebih lima dekad diberi amanah untuk mentadbir negara bukan satu jangka masa yang singkat, sehingga negara menuju bankrap dan seluruh sistem negara habis rosak.
Tambahnya, tindakan pemimpin Umno hendak memaksa kakitangan kerajaan supaya jangan menentang BN bolehlah diibaratkan seperti pepatah Arab, 'kamu boleh paksa kuda pergi minum air, tetapi kamu tidak boleh paksa kuda supaya minum air'

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

Posted: 06 Mar 2012 11:40 AM PST

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


DEBAT : DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK VS DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

Posted: 05 Mar 2012 10:25 PM PST

Satu kajian kendalian Merdeka Center menunjukkan pengundi-pengundi mahu siri debat antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sekitar 54 peratus responden, yang ditemui oleh firma kajian pendapat awam itu di Semenanjung Malaysia, bersetuju agar kedua-dua pemimpin ini mengambil bahagian dalam debat. Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata, sokongan bagi debat sangat tinggi di kalangan pengundi muda.

"Di mana 67 peratus bersetuju bahawa perlu ada debat di antara kedua-dua pemimpin itu bagi mengetengahkan idea-idea dan dasar-dasar mereka kepada negara," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Hasil kajian itu selari dengan pandangan yang pernah diberikan oleh Ibrahim, di mana golongan profesional Melayu mahukan kedua-dua tokoh politik itu , Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Anwar berdebat. Pandangan itu diberikan hasil perbincangan Merdeka Center dengan golongan profesional muda Melayu di kawasan bandar.

Idea berdebat itu menjadi harapan orang ramai susulan debat antara Presiden MCA dan Setiausaha Agung DAP awal bulan lalu.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, beberapa jam selepas entri blog Datuk Seri Najib yang turut menyentuh tentang soal debat, Ibrahim berkata, sokongan agar Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Anwar berdebat sangat tinggi di kalangan orang Melayu muda dengan 76 peratus memperlihatkan pendirian menyokong.

Bagaimanapun pendirian itu sangat rendah di kalangan orang berusia 60 tahun dan ke atas. Hanya 39 peratus responden dalam golongan itu bersetuju kepada soalan sama ada perlu diadakan siri debat antara Najib dan Anwar.

"Sementara sesetengah berhujah bahawa debat-debat sedemikian tidak perlu dan bukan budaya kita, penemuan kajian menunjukkan bahawa ia akan membantu pengundi menentukan pendirian mereka memandangkan 62 peratus pengundi belum membuat keputusan parti yang mereka akan sokong," katanya lagi.

Antara topik yang pengundi-pengundi mahukan jika debat diadakan ialah isu berkaitan ekonomi, nasional semasa, kebajikan rakyat dan pembangunan negara.

Kajian ini dikendalikan oleh Merdeka Center antara 10 dan 23 Februari lalu, di kalangan 1,022 pengundi yang terdiri daripada 59 % kaum Melayu, 32 % kaum Cina dan 9 % kaum India.


YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

Posted: 06 Mar 2012 11:21 AM PST

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


Bila Kerajaan Pas Kedah Bergolak

Posted: 05 Mar 2012 04:27 PM PST


Assalamualaikum.


Bukan mahu mengambil tahu hal oranglain, terutamanya pembangkang tetapi apa yang berlaku ke atas kerajaan Kedahyang kini dikuasai Pas sangat menarik perhatian.

Saya percaya, bukan sahaja kita orangpolitik tetapi rakyat juga sedang melihat perkembangan itu dengan dekat.Terbaru, khabarnya Pas Pusat menubuhkan Jawatankuasa Pemandu bagi menentukankuasa Menteri Besar Kedah yang disandang Datuk Seri Azizan Abdul Razak – satu tindakanyang dilihat pelik dan tidak pernah berlaku di dalam sejarah politik di negeriitu.

Semuanya gara-gara kuasa. Jika dahulumereka ini adalah manusia yang paling lantang mengkritik, menuduh dan menghinapemimpin Islam dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN), hari ini mereka sendiriberhadapan dengan masalah politik yang dahsyat. Namun, setiap kali merekaditimpa masalah, maka masalah itu mahu dilemparkan kepada orang lain, terutamaUMNO.

Pas adalah parti yang hanya memerintahKelantan, manakala di negeri-negeri lain, mereka tidak menikmati kuasa sebelumini. Maka sedaplah mereka membuat pelbagai janji, tuduhan dan fitnah – sebab merekatidak berkuasa dan apa yang mereka cakap hanyalah bermodalkan air liur.

Hari ini, apabila mereka mempunyaikuasa, mereka sudah mula tamak dan apa yang berlaku hanyalah disebabkan soalkuasa. Tidak lebih dari itu.

Persoalannya, apakah parti yangseperti ini bercita-cita mahu menawan Putrajaya (kononnya) sedangkan perangaidan sikap pemimpinnya sangat buruk. Ini fakta dan anda semua sudah tentu lebihmaklum mengenainya.

Saya berharap, rakyat akan melihat danmenilai apa yang berlaku ini sebagai teladan politik buat mereka. Pada PRUke-13 nanti, rakyat perlu menolak pembangkang yang telah terbukti gagal dalampentadbirannya – bukan sahaja di Kedah tetapi di negeri-negeri lain yang merekakuasai termasuk Kelantan.

Saya telah melihat angin kesedaranrakyat terhadap penipuan pembangkang semakin menebal dan saya fikir rakyat akanmelakukan satu perubahan besar dalam PRU ke-13 nanti untuk memberikan mesejkepada pembangkang bahawa mereka sebenarnya tidak mempunyai tempat di hatirakyat.

Sungguh!.


LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 06 Mar 2012 07:17 AM PST

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Beli 1 percuma 1..

Posted: 05 Mar 2012 08:05 PM PST

Agaknya dah kehabisan modal kot hingga terpaksa menyelitkan akhbar Selangor Kini ke dalam akhbar-akhbar..PUCTD rasalah,pihak BN pun patut buat sedemikian..

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH

Posted: 06 Mar 2012 03:40 AM PST

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH


PROGRAM MEMBUAT CUPCAKE PERGERAKAN PUTERI UMNO CAWANGAN MELEKEK LUAR

Posted: 05 Mar 2012 05:38 PM PST


Tarikh  : 4/3/2012
Masa : 10.00 pg
Tempat: Melekek Luar
Mempelajari cara membuat Cupcake

PROGRAM JOM SIHAT PERGERAKAN PUTERI UMNO CAWANGAN TANJUNG DAHAN

Posted: 05 Mar 2012 05:35 PM PST


Tarikh  :  4/3/2012
Masa  :  9.30 pg
Tempat  :  Pantai Tg. Dahan, Kuala Linggi
Mengadakan Pemeriksaan Kesihatan & Ceramah Gigi

PROGRAM JOM SIHAT PERGERAKAN PUTERI UMNO CAWANGAN DURIAN DAUN

Posted: 05 Mar 2012 05:33 PM PST


Tarikh  :  25/2/2012
Masa  :  9.00 pg
Tempat  :  Balairaya Kg Durian Daun
Mengadakan Pemeriksaan Kesihatan & Demo Penjagaan Gigi Kanak-Kanak

Tiada ulasan:

Pengikut