Pakatan Rakyat |
Posted: 22 Feb 2012 03:20 PM PST | PAS TIDAK BUNUH ORANG PUN SALAH ? Posted: 22 Feb 2012 08:05 AM PST Hanya kerana tidak faham ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang kata, 'PAS tidak pernah membunuh walau seorang pun orang Cina' semasa sesi penggulungan debat yang disiarkan secara langsung, seorang Timbalan pengerusi biro perkhidmatan aduan awam MCA Selangor, Allan Liew Sin Kim (kanan), telah membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri tersebut. | Gambar-Gambar Demo Aman di West Port Kelang Posted: 22 Feb 2012 03:39 AM PST | Kapal Dagang Israel - Bantahan Aman Di Port Klang Petang ini Posted: 21 Feb 2012 08:28 PM PST - Terima kasih Milosuam diatas pendedahan ini
keluar masuk pelabuhan kita sejak May 2010 lagi Pada tahun June 2010, Keratuan kakitangan North Port Malaysia telah mengadakan demo bantahan menentang kemasukan kapal Israel ke Pelabuhan Kelang. Berita tersebut melaporkan kapal Israel singgah di pelabuhan Kelang pada sekitar 20 Mei dan 7 Jun 2010.
| |||||||||||||
Posted: 22 Feb 2012 03:19 PM PST | Kalau poster Pakatan tak sampai sehari kena buang Posted: 22 Feb 2012 04:52 AM PST KUALA LUMPUR: PAS Wilayah Persekutuan melahirkan kekesalan terhadap segelintir pihak yang suka mengambil sikap 'membaling batu sembunyi tangan' dengan menampal poster-poster serta menggantung kain rentang berunsur fitnah yang memburukkan pemimpin Pakatan Rakyat dengan pelbagai tuduhan tidak berasas beberapa hari kebelakangan ini. "Sejak kebelakangan ini, bandaraya Kuala Lumpur seolah-olah dihujani dengan pelbagai poster serta sepanduk fitnah yang menuduh PAS dan pemimpin Pakatan Rakyat sebagai menyokong kezaliman Zionis Israel, kata ketua penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz . Bagi PAS WP, katanya tindakan itu merupakan suatu sikap yang tidak sihat kerana boleh mewujudkan kegelisahan dan kemarahan rakyat, juga boleh mencetuskan pertelingkahan yang lebih buruk di dalam masyarakat. Lebih dari itu, ujarnya tiada pihak dicatatkan sebagai penerbit sepanduk terbabit, menunjukkan tidak ada pihak yang berani bertanggungjawab dalam sebaran fitnah. Tambahnya, PAS WP kecewa kerana budaya memfitnah menjadi suatu amalan sesetengah pihak dalam masyarakat. Beliau berkata, demi kepentingan politik sempit, mereka sanggup melemparkan fitnah meskipun mengetahui fakta yang dikemukakan tidak benar sama sekali. PAS WP juga, ujarnya kesal kerana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) lambat bertindak dalam memastikan poster dan sepanduk itu diturunkan, seolah-olah usaha yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab ini dibiarkan berleluasa supaya semua rakyat boleh membacanya. "Sepatutnya poster dan sepanduk seperti ini tidak boleh dibiarkan lama di kawasan bandaraya ini. "Ia adalah sampah yang menyemakkan bandaraya dan perlu dibuang segera kerana mencemarkan pemandangan," katanya. PAS WP juga, tambahnya meminta PDRM supaya mengesan dan menjejak individu tidak bertanggungjawab menampal atau menggantung sepanduk-sepanduk ini. PAS WP, katanya membayangkan jika poster dan sepanduk yang sama ditampal atau digantung oleh penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di sekitar ibu negara sudah pasti tidak sampai sehari, kesemua akan diturunkan oleh pihak berkuasa tempatan manakala pelakunya diambil tindakan keras. "Akhirnya, PAS WP menasihati pihak tertentu supaya bersikap berani dalam menghadapi isu ini. "Jika mereka merasakan mereka di pihak yang benar, mereka mesti berani berhadapan dan mengemukakan hujah secara jelas supaya rakyat boleh menilai satu persatu," katanya. | Himpunan Hijau 2.0 tetap diteruskan 26 Feb Posted: 22 Feb 2012 04:43 AM PST KUALA LUMPUR- Perhimpunan aman Himpunan Hijau 2.0 yang dirancang akan diadakan pada 26 Februari ini tetap akan diteruskan pada hari yang sama, Ahad, di Kuantan, Pahang, mulai jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari, tanpa mengira permainan politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. Sekiranya perhimpunan itu tidak dapat diadakan di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) berhadapan Masjid Sultan Ahmad Shah seperti yang dirancang, ia akan diadakan di sekeliling medan MPK. Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Hijau 2.0, Tack Wong berkata, pihaknya bersama lain-lain NGO yang terbabit dalam penentangan pembangunan loji Lynas di Gebeng, Kuantan, tidak akan berundur dari mengadakan perhimpunan itu walaupun ditentang dengan pelbagai cara oleh pelbagai pihak. Menurutnya, perhimpunan tersebut tidak boleh dihalang untuk diadakan kerana ia adalah kehendak rakyat bagi menyatakan pandangan mereka mengenai pembangunan projek Lynas. Katanya, pihaknya amat kesal dan terkejut dengan tindakan MPK kerana telah menolak permohonannya untuk mengadakan perhimpunan itu menerusi sepucuk surat pada 20 Februari lalu. "Surat MPK itu tidak memberi apa-apa sebab-sebab tertentu bagi penolakan itu kecuali hanyalah untuk memeningkan kepala kami, dengan meminta AJK Himpunan Hijau 2.0 mendapatkan surat sokongan/permit dari PDRM terlebih dahulu sebelum permohonan kami itu dipertimbangkan," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini. Keputusan MPK itu, menurutnya, bertentangan dengan kenyataan Perdana Menteri dan Menteri Besar Pahang sebelum ini yang berjanji untuk membenarkan perhimpunan itu diadakan. Katanya, dalam kenyataannya, Perdana Menteri berkata, perhimpunan tersebut hanya mensasarkan penyertaan 20,000 orang sahaja dan ia tidak akan memberikan kesan buruk kepada Umno BN, malah jika Umno BN mengadakan perhimpunan seperti itu, ia boleh menarik penyertaan yang jauh lebih besar daripada jumlah itu. "Dengan keputusan itu, kewibawaan Perdana Menteri dan Menteri Besar Pahang kini jelas dicabar oleh pihak MPK sehingga menyebabkan pelbagai pihak bertanya, siapakah yang lebih berkuasa dalam menentukan hak untuk menggunakan medan MPK, adakah Yang Dipertua MPK, Datuk Zulkifli Yaacob atau Perdana Menteri dan Menteri Besar Pahang?" katanya. Sehubungan itu, Perdana Menteri dituntut menunaikan janjinya berhubung perkara itu selarasnya slogan politiknya "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Sekiranya kelulusan tidak juga diperolehi, pihaknya yakin kemarahan rakyat terhadap pihak Umno BN akan lebih meningkat dan orang ramai yang akan turun menyertai perhimpunan itu nanti bukannya akan berkurangan, malah akan menjadi lebih besar berbanding hanya 20,000 orang seperti yang disasarkan pada peringkat awalnya. Katanya, Keadaan itu samalah seperti yang terjadi ke atas perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lalu yang disertai ratusan ribu peserta dari seluruh negara walaupun dihalang oleh pihak pemerintah. Begitu juga dengan perhimpunan Hindraf pada tahun 2007 lalu, tambahnya, sehingga jumlah yang hadir jauh lebih besar dari jangkaan pihak penganjur sendiri. "Oleh itu, kami menyeru setiap rakyat Malaysia yang prihatin yang merancang untuk menghadiri Himpunan Hijau 2.0 untuk hadir beramai-ramai ke perhimpunan itu nanti dengan menjemput seorang rakan bersama," katanya. Turut hadir pada sidang media itu, Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat yang juga penasihat Badan Bertindak Anti Rare Earth (Badar), Zulkefly Mohamad Omar, AJK Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Abu Samah Jamal dan beberapa orang AJK Himpunan Hijau 2.0. | ISA: Tidak selaras dengan pengumuman Najib Posted: 22 Feb 2012 04:38 AM PST
KUALA LUMPUR: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menyifatkan keputusan kepada 14 individu kerana terbabit dengan perhimpunan membantah ISA tidak selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa ISA dimansuhkan. "Perdana menteri sendiri sudah pun mengumumkan bahawa ISA dimansuhkan dan pada masa sama kerajaan telah membuat pindaan terhadap akta polis. Tapi mereka dijatuhkan hukuman di bawah seksyen 27 Akta polis," kata pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh ketika ditemui di luar kamar Mahkamah Sesyen Jalan Duta, hari ini. Beliau juga berkata, kesemua mereka berjuang menentang akta yang zalim. "Perjuangan mereka ini adalah satu perjuangan yang mulia iaitu untuk memansuhkan undang-undang zalim seperti ISA," katanya. Kekesalan itu turut dikongsi Timbalan Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud. Beliau berkata, meskipun menghormati keputusan mahkamah, pihaknya tetap berpendapat ianya tidak wajar. "ISA kini sudah dimansuhkan dan kita ada akta perhimpunan awam," katanya. Sementara itu, Bad Latif, suami kepada OKT Nashita Md Noor pula berkata, hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti termaktub dalam Perlembagaan ternyat dinafikan. Katanya, penghujahan peguam bela juga juga jelas menyatakan mereka ditangkap sebelum perhimpunan bermula. "Kita menjangkakan yang terbaik, kalau boleh bebas tanpa penjara atau denda. Walau bagaimanapun, hukuman satu hari dan denda 2,000. Kita tak puas hati sebab hak kita untuk berhimpun seperti dalam artikel 10 Perlembagaan yang membenarkan perhimpuan menyuarakan pandangan dinafikan. "Kita tak melakukan apa-apa kesalahan dan dalam hujah tadi peguam bela sebut mereka ditangkap bukan masa perhimpunan," katanya. Terdahulu, 14 daripada 16 tertuduh dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM2,000 oleh Hakim Ainul Shahrin Mohamad. Manakala kes terhadap dua lagi yang tidak hadir hari ini akan diputuskan kemudian. Waran tangkap dikeluarkan kepada tiga lagi yang tidak hadir hari ini. | Islam atasi perjuangan untuk kaum Posted: 22 Feb 2012 04:35 AM PST KOTA BHARU: Mufti Perak Tan Sri Harussani diingatkan lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan khususnya berhubung pendekatan yang digunakan Rasulullah saw berhubung kaum. Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) , berkata pendekatan yang diberikan Mufti Perak itu salah kerana menggunakan agenda perkauman Melayu mengatasi Islam. Katanya, ini kerana Islam sebagai agama suci mengatasi kaum dan tidak terhad kepada satu-satu kaum sahaja. "Islam membawa agenda keadilan, perpaduan, kesaksamaan dan kebajikan mengatasi bangsa. Umno hanya menjadikan Islam sewaktu memerlukan sahaja,"ujarnya. Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco, di pejabatnya tengahari tadi ketika mengulas kenyataan Mufti Perak itu dalam portal Malaysiakini. Husam mengulas pandangan sesetengah pihak mengenai perjuangan kaum. Harussani, dalam ucapannya semasa merasmikan sebuah NGO tiga jalur berkata, berkata Nabi Muhammad sendiri telah menyeru kepada kaum Quraisy pada waktu itu supaya mempertahankan bangsa mereka. "Ada orang kata kalau kita bercakap bangsa Melayu dikatakan kita ini orang yang nasionalis. Nabi juga bercakap tentang kaumnya. "Kita pertahankan bangsa kita bukan bermakna taksub dan memang wajib pun kita pertahankan kerana negara ini adalah kepunyaan orang Melayu," kata Harussani sebagaimana dilaporkan media. Sambung Husam lagi, Malaysia meliputi pelbagai kaum dan sekiranya mahukan kaum lain menerima Islam, maka tidak boleh dihadkan hanya kepada Melayu sahaja. Beliau turut menambah Umno yang memerintah negara ini melalui tempoh 54 tahun merdeka gagal membawa Melayu dalam pembangunan Negara. Jelasnya, kegagalan itu jelas nampak dalam kenyataan Tan Sri Harussani, Datuk Hasan Ali, Datuk Ibrahim Ali, Tun Mahathir dan Datuk Seri Sanusi Junid baru-baru ini. Beliau yang juga anggota exco kerajaan negeri seterusnya berkata, kegagalan beberapa institusi membangunkan Melayu di zaman Tun Razak dapat dilihat setelah ianya digugurkan. "Bagaimana Bernas telah diswastakan, tanah-tanah UDA di tengah-tengah bandar telah dijual malah peranan MARA sendiri semakin mati fungsinya,"ujarnya lagi. | Posted: 22 Feb 2012 04:32 AM PST Baru-baru ini saya post pendapat saya tentang politik di Malaysia di status facebook saya. Salah satu berbunyi; "Kebanyakkan rakyat takut untuk berubah kerana TAKUT hilangnya Melayu." Saya petik sebuah syair Arab menyatakan, "sesebuah bangsa itu tidak akan hilang melainkan runtuhnya akhlak bangsa tersebut". Kemudian saya dapat satu private message di inbox Facebook saya menyatakan ketidakbersetujuan beliau dengan pendapat saya. Pertama kali saya dapat komen private sebegini mungkin juga kerana ini pertama kali saya dengan terang-terangan menyatakan pendapat politik saya yang mentah ini. Saya menulis di sini kerana saya kira ianya tanggungjawab saya sebagai gadis berusia 24 tahun, mengambil jurusan undang-undang yang suka ambil tahu dan mencari maklumat untuk mengetahui kebenaran kerana saya tidak suka menerima apa yang disuap sahaja. Dan semoga, jika Allah menyoal saya di akhirat kelak apa yang kamu lakukan untuk kebaikan Islam? Saya akan menjawab usaha saya yang satu ini untuk menyampaikan apa yang saya tahu supaya yang tidak tahu akan mengetahui dan pengetahuan saya tidak sia-sia. Sekurangnya saya berusaha. Private message tersebut berbunyi berikut: My opinion Salam "gadis", Melayu memerintah Kelantan sebagai sebuah negeri dalam Persekutuan tapi yg menjadi kekhuatiran ialah orang Bukan Melayu (DAP atau parti yang mengikut telunjuk DAP) memerintah Persekutuan...Uncle tak khuatir kalau Melayu memerintah Persekutuan tak kira parti apa asalkan Melayu. DAP akan mengujudkan Malaysian Malaysia jika mereka memerintah, semua sama rata, tidak ada siapa yang mendapat keistimewaan. Orang Melayu lebih-lebih lagi di luar bandar masih belum boleh bersaing dengan bangsa asing seperti orang Cina terutama dalam bidang pendidikan & ekonomi. Uncle tak risau langsung kalau PAS betul-betul kuat, memerintah tanpa perlu kerjasama dengan DAP. Uncle menyokong Hudud... Sebagai orang Islam kita perlu sokong hukum Allah. Keadaan dalam negara kita membimbangkan, orang Cina dah naik kepala, tanpa segan silu mempertikaikan keistimewaan orang Melayu, mengejek-ejek orang Melayu, secara terbuka di fb mengkritik orang Melayu. Uncle takut kita jadi seperti Singapura... Itu pandangan Uncle sebagai orang tua yang makan lebih sikit garam daripada orang muda seperti "gadis".... Uncle memikirkan nasib anak cucu uncle ... Nauzubillah orang Cina memerintah kita ... Jawapan saya: Ya, saya sangat bersetuju dengan pendapat uncle tersebut. Saya juga mempunyai kerisauan yang sama sebelum ini. Tetapi selepas saya lihat semua keadaan, meneliti semua maklumat, kenaikan suara orang Cina memang tidak dapat dibendung lagi. Persoalan utama adalah tentang kebangkitan orang Cina yang akan menganggu gugat kedudukan orang Islam dan Melayu terutamanya. Seperti yang saya katakan tadi kebangkitan orang Cina tak dapat dibendung lagi terutama sokongan kepada DAP. Boleh dikatakan hampir 90 % daripada mereka menentang kerajaan. Oleh itu walau apa cara sekali pun, parlimen akan datang akan dipenuhi dengan orang Cina iaitu melalui kerusi-kerusi DAP dan mereka pasti akan memenangi kerusi tersebut dengan sokongan penuh orang Cina sekarang ini. SATU sahaja cara untuk membendung keberkuasaan orang Cina terhadap orang Melayu, iaitu orang-orang Melayu yang menyokong Umno sebelum ini menyokong PAS. Jika kita menyokong PAS bermakna PAS akan majoriti dalam Pakatan Rakyat. Mengapa saya menyatakan begini? Di dalam Pakatan Rakyat, mereka telah membahagi-bahagikan kerusi antara PAS, PKR dan DAP. Seperti kita tahu kerusi PAS adalah sekitar 80 kerusi PKR sekitar 90 dan dan DAP cuma 42. Mengapa kerusi PAS dan PKR lebih banyak? Kerana penentuan kerusi ini adalah berdasarkan populasi penduduk. Untuk kawasan Melayu, diletakkan calon PAS dan untuk kawasan Cina diletakkan calon DAP manakala pengundi campuran adalah PKR. Kita juga tahu Melayu adalah majoriti di negara ini. Sebab itu saya katakan, dengan satu cara sahaja untuk selamatkan keberkuasaan Melayu iaitu dengan cara semua orang Melayu mengundi PAS. Ini akan menyebabkan secara automatik majoriti kerusi parlimen akan dimenangi oleh orang Melayu melalui PAS. Dengan cara ini, Islam akan mampu mengubah keadaan parah Malaysia, bukanlah semata-mata untuk mencari kekayaan untuk keluarga sendiri seperti berlaku sekarang ini. Bayangkan apa yang akan berlaku apabila orang Melayu terus mengundi Umno (kononnya untuk menjaga kepentingan Melayu) dalam pilihan raya umum nanti ketika orang Cina sudah mengundi Pakatan atau jelas DAP dan PKR. Ketika itu, Umno akan menang sekitar 70 kerusi Melayu yang ditandinginya. PAS pula akan tinggal bawah 10 kerusi. DAP akan menang 40 kerusi yang ditandinginya manakala PKR akan menang 50 kerusi. Selebihnya dimenangi oleh parti-parti di Sabah dan Sarawak. Bayangkan scenario yang berlaku ketika itu. Negara tidak stabil. Kalau BN menangpun dengan kerusi yang majoriti kecil, dan Pakatan pula menjadi pembangkang dengan kekalahan yang kecil. Negara seolah-olah dikuasai oleh Melayu sedangkan pembangkang adalah Cina sepenuhnya. Negara tidak akan stabil. Malaysia akan menjadi sebuah negara yang politiknya bercorak dikotomi di mana kerajaan adalah Melayu manakala pembangkang pula Cina. Perkara ini adalah sangat tidak sihat kerana pentadbiran negara tidak akan fokus kepada mambawa kebaikan kepada semua pihak tetapi sesetengah pihak sahaja. Namun perkara ini boleh diimbangi dengan mengundi PAS yang sudah tentu orang Melayu dan Islam yang betul-betul mahu membela Islam dan juga Melayu. Ketika itu, Cina yang menyokong DAP akan bergabung bersama dengan Melayu yang menyokong PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat. Inilah formula kestabilan Barisan Nasional (BN) sebelum ini. Suasana kestabilan di bawah BN tidak boleh berlaku lagi kerana Cina sudah tidak bersama dengan BN kerana mereka menolak politik Umno. Tidak terfikirkah betapa orang PAS dan saya sendiri sayangkan bangsa saya, Melayu. Semua orang sayang akan bangsa mereka sendiri termasuk Cina, India dan lain-lain. Tetapi saya musykil betul kah Umno sayangkan Melayu itu sendiri atau sekadar gah dengan PERKASA Terlalu banyak pembelotan yang dilakukan Umno kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia sehingga kini. Tidak terfikirkah mengapa Cina begitu tegar menentang kerajaan BN sekarang? Tidak sedarkah kenapa mereka menuntut hak itu? Tidak sedarkah bahawa mereka menuntut hak tersebut KETIKA pemerintahan sekarang yang mengamalkan ketidakadilan, kronisme, penipuan dan rasuah. Sebab mereka sudah muak dengan sikap pemerintahan BN di mana bagi saya sangat melampau cara mereka menggunakan wang negara (sila rujuk laporan audit negara). Malaysia sangat kaya dengan gas, sawit, emas, getah, timah, dan banyak lagi, tetapi masih ramai lagi rakyat yang sangat miskin. Sedangkan negara kita kaya tetapi di sebabkan pemerintah yang tidak menguruskan negara dengan betul, Malaysia menjadi sekadar sebuah negara kroni sahaja. Jika dibandingkan dengan negara Arab Saudi yang jauh lebih berkebajikan walhal sumber hasil mereka cuma petrol dan gas tetapi mereka berjaya memberi pendidikan percuma, air percuma, harga minyak yang murah dan lain-lain keperluan asas rakyat yang wajib di penuhi pemerintah. KENAPA BUKAN MALAYSIA? Tentu Uncle fikir, kenapalah saya beriya sangat dengan politik ini sedangkan saya masih mentah? Sebelum ni saya tidak berapa kisah tentang politik. Bagi saya semua politik sama, ada kepentingan dan kotor. Tetapi tidak perasankah kita betapa teruknya gejala sosial sekarang dan Malaysia kita seperti tiada Islam lagi. Masyarakat sekarang dibentuk dengan hiburan yang berlebihan, sukakan hiburan, sistem pemerintahan yang tiada tarbiyah langsung terhadap masyarakat menyebabkan anak luar nikah dan zina tidak terbendung, terasa tidak selamat di negara sendiri dengan kadar jenayah yang meningkat, dan paling menyedihkan tiada lagi akhlak di kalangan kebanyakan anak muda yang bakal memimpin negara. Saya berfikir, dengan apakah supaya negara ini berubah? Saya mencari punca kenapakah negara ini menjadi sebegini rupa? Cuma satu penyelesaian saya jumpa iaitu dengan BERUBAH. Berubahnya cara pemerintahan negara dengan mengubah pemerintah tersebut. Untuk berubah, hanya dengan mekanisme politik dapat mengubah tampuk pemerintahan tersebut. Tahukah bahawa semua kerusi ibu negeri di setiap negeri sekarang seperti Kuantan, Shah Alam, Alor Star, Ipoh, Seremban, Melaka dan lain-lain ibu sudah dimenangi Pakatan Rakyat kecuali Arau sahaja yang tidak dimenangi? Mengapa mereka yang berada di kawasan membangun ini memilih untuk berubah dan tidak di lain kawasan? Kerana mereka cakna dengan maklumat dan boleh mengakses maklumat dengan menggunakan teknologi yang ada dan tidak menerima bulat-bulat apa yang disampaikan oleh media utama seperti mana yang dimahukan kerajaan. Ketahuilah, kebanyakan masyarakat sekarang mengalami KETAKUTAN disebabkan media. Saya gelar itu sebagai 'media freak' kerana media sering memomokkan betapa Melayu akan hilang dengan berubahnya tampuk pemerintah. Tidakkah anda sedar bahawa sistemnya masih sama di mana di dalam BN, terdapat MCA dan MIC manakala di dalam PR terdapat PAS, PKR dan DAP. Namun keduanya amat berbeza dari segi perjuangan iaitu BN memperjuangkan kronisme manakala PR memperjuangkan kebajikan dan keadilan untuk rakyat. Merujuk kepada buku Jingga iaitu tawaran daripada PR, tiada apa yang berbeza dengan keistimewaan hak orang Melayu di mana mereka masih mengiktiraf hak keistimewaan orang Melayu dan Islam sebagai sebagai agama rasmi, kedudukan raja-raja Melayu dan juga bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi. Kenapa masih takut? Takut bahawa PAS akan ikut telunjuk DAP? Ia akan berlaku kalau PAS minority tetapi jika PAS majority dalam kerajaan berkenaan, DAP akan mengikut telunjuk PAS. Jika anda lihat debat antara DAP dan MCA, anda akan lihat siapa yang mengikut telunjuk siapa selama ini. Kata Chua Soi Lek presiden MCA; "Kita orang Cina berani menentang Umno terutama dalam bab hudud, adakah DAP berani dalam hal ini?" kemudian Lim Guan Eng, Setiausaha DAP menjawab; "Kita orang DAP tidak boleh menghalang kepercayaan orang Islam dalam hal agama mereka, begitu juga orang PAS tidak pernah menghalang dalam bab agama kita". Anda bijak, anda yang menilainya. Bukankah Allah sudah berjanji Islam itu rahmatan lil a'lamin (rahmat untuk seluruh alam) tidak kira bangsa dan agama. Kenapa perlu terlalu takut? Takut dikatakan tidak mengenang jasa? Bukankah sememangnya tanggungjawab kerajaan untuk membina negara? Tapi negara seperti apakah yang sedang di bina sekarang? Negara korupsi dan kronisme? Kata akhir saya, jadilah warga yang CAKNA. Jangan sekadar menerima apa yang disuap, dapatkan juga maklumat lain supaya kita dapat membuat perbandingan dan menilai dengan bijak. Selainnya, terserah pada semua untuk membuat pilihan. Sekian, maaf jika saya yang sekadar memerhati dan masih mentah ini menyinggung mana-mana pihak. Girl in The Green Scarf adalah seorang pelajar sebuah universiti tempatan. Tulisan ini adalah adaptasi dari perdebatan beliau dalam facebooknya ekoran penyataan pada dinding facebooknya tentang isu politik. | Tenaganita selar program 6P penuh rasuah Posted: 22 Feb 2012 04:20 AM PST KUALA LUMPUR: Tenaganita hari ini menyelar proses pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) kerajaan yang terbukti gagal menyelesaikan masalah lambakan warga asing di Malaysia. Presiden Tenaganita Irene Fernandez (gambar) berkata program 6P itu memang dijangka gagal, kerana dengan pendaftaran 1.3 juta warga asing tanpa izin, hanya 300,000 sahaja yang mendapat permit kerja. Manakala bagi sejuta lagi, kata Fernandez, mereka tidak mempunyai permit atau Jabatan Imigresen tidak meluluskan pemberian permit kepada mereka. "…melalui sistem yang dipacu oleh rasuah oleh agen-agen dan majikan, institusi perdagangan tenaga kerja melalui budaya outsourcing dan penipuan berleluasa oleh agen pekerjaaan, realitinya 80 peratus pendatang izin tidak didokumenkan di Malaysia," kata beliau. Selain itu, kata Fernandez golongan pelarian turut terkesan dalam program 6P ini kerana kerajaan masih tidak mengiktiraf Konvensyen Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang menyebabkan golongan ini tidak dilindungi daripada layanan buruk. "Tanpa satu rangka undang-undang untuk mengiktiraf dan melindungi pelarian menyebabkan mereka tidak didokumenkan. Tanpa undang-undang untuk melindungi golongan ini, pelarian yang tidak berdaftar dengan UNHCR akan digolongkan sebagai penjenayah yang melanggar undang-undang imigresen," tambah beliau. Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam berkata proses pemutihan yang mula dilaksanakan secara pentadbiran sejak 11 Januari lalu sepatutnya berakhir esok, akan dilanjutkan sehingga 10 April. "Kerajaan membuat keputusan itu selepas menimbang permohonan majikan, persatuan serta kumpulan peniaga kecil untuk membolehkan mereka menyediakan dokumen diperlukan, khususnya passport perjalanan pekerja asing tanpa izin yang diproses di pejabat kedutaan negara masing-masing," katanya. Operasi penguatkuasaan besar-besaran akan digerakkan di seluruh negara sebaik tamat tempoh nanti di mana pekerja asing yang tidak diputihkan akan dihantar pulang, tambah Mahmood. Difahamkan sehingga semalam, sejumlah 379,020 pendatang tanpa izin membabitkan 33,053 majikan telah diputih dan diampunkan, termasuk 94,856 yang telah pulang ke negara masing-masing. Fernandez menyeru Kementerian Dalam Negeri untuk menghentikan operasi penangkapan pendatang tanpa asing dan pelarian tanpa dokumen kerana ia telah menyebabkan wujudnya suasana ketakutan dan tegang dalam komuniti pelarian dan pendatang tanpa izin. "Mereka tidak tahu mengapa mereka ditahan, tiada ketelusan dalam jumlah yang ditahan dan kita juga tidak tahu di mana mereka ditahan. Kementerian Dalam Negeri pula tidak ke depan untuk menjawab warganegara yang telah dihantar pulang atau sedia dihantar pulang. "Kami menerima laporan yang tidak sahih bahawa ada yang ditahan adalah warganegara dari Myanmar, Sri Lanka, Afghanistan, Lebanan dan Kashmir, sekarang di KLIA depot, adakah mereka ini pelarian sebenar yang ingin dihantar balik?" soal beliau. Fernandez menyoal keperluan untuk menahan dan menangkap mereka yang terbabit sekarang kerana proses pemutihan masih berjalan. "Menteri Dalam Negeri seolah-olah dalam keadaan melumpuhkan diri sendiri dalam isu akauntabiliti dalam menangani isu rasuah dalam sistem pendatang asing. "Kerajaan seolah-olah berpuas hati untuk meneruskan sistem yang opresif dan dipenuhi rasuah ini yang senantiasa meragut keuntungan daripada yang miskin dan tidak bermaya," selar Fernandez. Tenaganita, bersama-sama dengan beberapa NGO hak asasi manusia termasuk Suaram mendesak kerajaan untuk mewujudkan satu undang-undang yang membolehkan pengiktirafan diberikan kepada hak-hak orang pelarian. Mereka juga menuntut agar kerajaan menetapkan satu polisi jelas untuk pekerjaan, penempatan dan penggajian untuk pendatang asing dan pelarian. | Kelantan mahu ambil balik ladang bakal diurus FGVH Posted: 22 Feb 2012 04:14 AM PST KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan hari ini bersetuju melantik satu panel guaman bagi memberi nasihat kepada kerajaan negeri untuk mengambil balik ladang seluas 55,500 ekar tanah Felda yang bakal diurus Felda Global Ventures Holdings (FGVH). Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, pengambilan balik itu perlu memandangkan ianya telah melanggar akta perjanjian GSA (1960) sekiranya ia diurus oleh FGVH. Ia juga, katanya bertujuan untuk memberi keadilan dan hak kepada peneroka mengikut perjanjian yang dicapai sebelum ini di mana Felda Plantation sebagai pemegang saham terbesar iaitu sebanyak 51 peratus ketika ianya diurus oleh Felda berkenaan mengikut perjanjian GSA 1960. Tambahnya, pengambilan tanah itu dibuat secara paksaan dari kerajaan negeri yang tidak difahami secara jelas maksudnya dan ianya menyalahi akta GSA 1960. Beliau berkata, ladang Felda diaktakan di bawah GSA dengan maksud milikan tanah hanya untuk peneroka dan koperasi peneroka. Menurutnya, dalam perjanjian itu hanya dua pihak sahaja yang berhak memiliki ladang seluas 55,500 ekar itu, iaitu peneroka Felda atau Koperasi Peneroka Felda. "Buat masa ini Felda Plaintation dimilik 51 peratus oleh peneroka melalui Koperas Peneroka Felda, namun sekiranya ia dipajak pada Felda Global Ventures Holdings, pihak koperasi peneroka hanya memiliki 37 peratus. "Akibatnya koperasi bukan lagi pemegang majoriti dan ini melanggar Akta DSA 1990," ujarnya kepada media selepas mesyuarat exco, tengah hari tadi. Husam menambah, Kelantan berhak mengambil balik ladang itu untuk diagih pada peneroka baru. "Sekiranya ini berlaku lebih kurang 8,000 peneroka baru akan disenaraikan di negeri ini dengan agihan 4 hektar kepada setiap peneroka baru," ujarnya. | Tidak perlu berbaiah kepada manusia biasa: Dr Mahathir Posted: 22 Feb 2012 04:12 AM PST MALAYSIA CHRONICLE SHAH ALAM- Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata seseorang Muslim tidak perlu berbaiah kepada pemimpin yang hanya orang biasa. Katanya, seseorang Muslim hanya perlu tunduk kepada Allah SWT dan mengiktiraf Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah. "Baiah bermakna kita 'swear loyalty' (sumpah taat setia) kepada pemimpin yang manusia biasa dan boleh buat benda yang salah...bahkan kita dapati banyak pemimpin PAS yang buat salah daripada segi agama. "Tidak ada perlu baiah kepada sesiapa...bukan pun Nabi, jadi nak baiah buat apa?" kata Dr Mahathir pada sidang media selepas menyampaikan syarahan perdana "Transformasi Minda Penyelidik Muda" anjuran Persatuan Pascasiswazah Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA di sini hari ini. Beliau mengulas laporan akhbar hari ini bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata setiap calon PAS yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbaiah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat daripada bersumpah dan sesiapa yang melanggarnya "akan celaka dunia dan akhirat". Dr Mahathir berkata, PAS cuba mengongkong pemikiran penyokongnya dengan tidak membenarkan mereka menerima pendapat yang berlainan daripada parti itu kerana itu mereka mengamalkan baiah di dalam parti itu. Mengenai kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa beliau tidak akan menyaman The Wall Street Journal, Dr Mahathir berkata Anwar memang menyokong Israel. "Jadi Nik Aziz (Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) nak cuba pertahan dia kononnya soalnya kenapa kerajaan Malaysia benarkan kapal Israel masuk pelabuhan? "Ya, itu adalah satu amalan antarabangsa. Kita kalau nak ada sekatan kita mungkin melanggar undang-undang antarabangsa," katanya. Dr Mahathir berkata, Malaysia tidak boleh menyokong Israel sama sekali kerana negara itu ditubuhkan daripada tanah yang dirampas daripada hak orang lain dan ini bukan satu perkara yang betul. "Walaupun dunia mengiktiraf Israel, ia pula cukup ganas dan membelakangkan undang-undang antarabangsa seperti membuat sekatan ke atas Gaza di Palestin. "Inikah manusia yang patut kita jaga keselamatan dia? Orang patut jaga dia daripada serang orang lain, bukan jaga keselamatan dia," katanya. Beliau berkata, beribu rakyat Palestin ditahan di dalam penjara di Israel, kebanyakannya tanpa bicara dan ia adalah satu rejim yang cukup zalim. "Jika Amerika Syarikat hendak menukar rejim pemerintahan sesebuah negara, rejim Zionis Israel perlu ditukar dahulu," katanya. Mengenai pelancaran badan bukan kerajaan JATI semalam, beliau berkata Presidennya, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, menyatakan JATI bukan sebuah parti politik tetapi beliau sepatutnya menerangkan apakah matlamat JATI seperti perjuangannya dalam memperjuangkan Islam. "Saya tidak suka lebih banyak parti lagi ditubuhkan, ia memecah-belahkan orang Melayu yang sudahpun berpecah kepada tiga, kini mereka berpecah kepada empat, lima, enam sehingga menjadi minoriti," katanya. Ditanya mengenai kerajaan perpaduan UMNO bersama PAS, beliau berkata: "Kita dah buat dulu kita masukkan PAS dalam BN tapi dia bukan memperjuangkan Barisan Nasional dia cuma memperkembangkan pengaruh dia sahaja semasa jadi menteri dan sebagainya. "Jadi tak ada keikhlasan untuk bekerjasama sebab itu kita berpecah dan sekarang ni mereka tidak suka nak bekerjasama dengan UMNO, mereka nak kerjasama dengan DAP hingga sanggup gugur bahasa nak dirikan negara Islam pasal nak kerjasama dengan DAP...itulah PAS." Dr Mahathir berkata, apa yang membimbangkan ialah bangsa Melayu masih lagi kaum termiskin di Malaysia dan jika ia terus berpecah menjadi lemah, harta mereka akan jatuh ke tangan orang lain.- BERNAMA | Dr Asri: Perjuangan bangsa boleh menjadi 'asabiyah' yang ditentang Islam Posted: 22 Feb 2012 04:11 AM PST MALAYSIA CHRONICLE KUALA LUMPUR, — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata perjuangan atas nama bangsa boleh menjadi "asabiyah" yang ditentang Islam menambah ia boleh membelakangkan kebenaran dan kezaliman kepada bangsa lain. Bagaimanapun beliau berkata Islam tidak menentang usaha membantu dan memartabatkan bangsa sendiri jika ada keperluan ke arah itu selain tidak mewujudkan permusuhan dengan bangsa lain. "Ada pun asabiyah sebenarnya adalah sikap berpuak yang membawa kepada membelakangkan kebenaran dan kezaliman kepada pihak lain," katanya dalam satu kenyataan. "Sikap fanatik puak itu mungkin menjelma dalam bentuk bangsa, ataupun parti politik, atau mazhab, atau kumpulan atau apa sahaja yang fanatik dan menolak kebenaran orang lain." Asri berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bahawa orang Melayu perlu mempertahankan hak mereka di negara ini selain mengatakan Nabi Muhammad juga berbuat demikian. Harussani berkata Nabi Muhammad sendiri telah menyeru kepada bangsa Quraisy pada waktu itu supaya mempertahankan bangsa mereka. "Ada orang kata kalau kita bercakap bangsa Melayu dikatakan kita ini orang yang nasionalis. Nabi juga bercakap tentang kaumnya. "Kita pertahankan bangsa kita bukan bermakna taksub dan memang wajib pun kita pertahankan kerana negara ini adalah kepunyaan orang Melayu," katanya pada pelancaran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dinamakan "Jati" pimpinan Datuk Dr Hasan Ali semalam. Jati merupakan platform terbaru Hasan selepas dipecat PAS awal Januari lalu untuk meneruskan agenda memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu. Tambah Asri, usaha memartabatkan bangsa bukan prinsip perjuangan Islam namun boleh menjadi keperluan sementara apabila keadaan mendesak. "Sebab itu al-Quran bukan sahaja menyebut membantu kaum kerabat yang susah, tetapi juga membantu golongan miskin, orang musafir yang kesusahan tanpa dikaitkan dengan kaum kerabat atau bangsa," katanya menambah prinsip Islam melampaui semua aspek termasuk bangsa. "Perjuangan bangsa jika bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam adalah diharamkan. Namun, usaha memartabatkan bangsa jika tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti prinsip persaudaraan Islam, keadilan untuk semua dan tidak menghina bangsa lain, maka ia diizinkan, bahkan terpuji." Beliau menambah perjuangan menentang bangsa lain bukan ajaran Islam. Sementara itu Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata kenyataan Harussani itu perlu diteliti dengan sebaik-baiknya kerana ia bertentangan dengan fakta sejarah. "Kenyataan itu perlu teliti dan diteliti. Dari sudut perkataan nabi dan sejarah nabi, memang tidak ada fakta seperti itu. "Tentang pertahan kaum, nabi suruh pertahan yang hak dan yang benar. Kena bela kaum masing-masing tapi bukan atas asas kezaliman," katanya kepada The Malaysian Insider. Beliau juga menambah "asabiyah" ditolak Nabi Muhammad kerana bertentangan dengan ajaran Islam.-Themalaysianinsider | Penyelesaian Tajudin-Danaharta tutup skandal Dr M dan Daim, kata Anwar Posted: 22 Feb 2012 03:35 AM PST Ketua pembangkang Anwar Ibrahim memberitahu berkemungkinan ada satu percubaan untuk menutup sebuah skandal apabila kerajaan PM Najib Razak bersetuju untuk membuat penyelesaian di luar mahkamah terhadap kes tuntutan Tajudin Ramli, seorang protégé bekas menteri kewangan Daim Zainuddin yang juga ada berkait rapat dengan Mahathir Mohamad dan Abdullah Badawi. "Saya rasa mereka takut jika Tajudin meneruskan prosiding kes itu, dia akan mendedahkan korupsi. Perjanjian yanh melibatkan perdana menteri dan menteri kewangan pada masa itu," kata Anwar kepada wartawan pada hari Khamis. Pentadbiran Najib yang membuat keputusan menyelesaikan kes itu diluar mahkamah membuat keputusan itu setelah kes berjalan dengan panjang yang akhirnya pada Disember 2009, Mahkamah Tinggi mengarahkan Tajudin untuk membayar Danaharta RM 589.14 juta berserta 2 peratus faedah setahun bermula 1 Januari 2006. Memang kenyataan Anwar boleh dipercayai kerana pada Ogos 2011, pentadbiran Najib tiba-tiba mengarahkan semua agensi kerajaan termasuk pengurus aset nasional, Danaharta memberhentikan saman terhadap Tajudin. Dalam afidavitnya, Tajudin telah mendakwa Mahathir dan Daim yang mengarahkannya pada tahun 1994 untuk membeli saham terbesar MAS pada harga RM 1.8 bilion untuk menjamin kerajaan. Tajudin juga menerangkan bahawa pembelian itu merupakan "khidmatnya kepada negara" namun ini dinafikan oleh Mahathir. Anak-anak didik Daim
Tajudin telah menjadi pengerusi Sistem Penerbangan Malaysia atau MAS dari 1994 ke 2001. Dia merupakan salah seorang daripada taiko Melayu yang diberi keistimewaan oleh Daim dan Mahathir yang mahu menghasilkan ramai usahawan Melayu dengan segera untuk memecahkan monopoli Cina di dunia koprat Malaysia. Namun, setelah perancangan dilaksanakan, ia telah membiakkan korupsi secara berleluasa dan para pengkritik mula menunding jari pada Mahathir dan Daim kerana merekalah yang banyak mendapat habuan dalam "skim cepat kaya" UMNO ini. Seorang lagi anak didik Daim yang telah mengalami kerugian yang besar ialah Halim Saad yang telah membina Lebuhraya Utara-Selatan. Selain Danaharta, pihak lain yang turut merima tempiasnya juga terpaksa melupakan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Tajudin termasuk Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holdings Bhd, Pengurusan Danaharta Bhd, Malaysia Airlines dan Duta Skyline Bhd. Semua firma ini telah menyaman Tajudin kerana kerugian yang alami oleh MAS yang nilainya mencecah berbilion ringgit. "Ini adalah untuk memberitahu kamu bahawa kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menyelesaikan segala tuntutan yang dibuat keatas Tajuddin Ramli dan mereka yang lain akan menarik balik saman keatasnya serta-merta kerana kerajaan dan kementerian kewangan telah bersetuju untuk menyelesiakan kes ini diluar mahkamah. Untuk pengetahuan anda, kerajaan telah memberi mandat kepada saya untuk bertindak bagi pihak kerajaan dalam perkara ini," umum Nazri Aziz, menteri di pejabat perdana menteri. Pertukaran saham AirAsia dan MAS Kenyataan mengejut Nazri yang menegaskan semua prosiding undang-undang terhadap Tajudin digantung setelah pengumuman termenterainya perjanjian MAS- AirAsia yang diselubungi misteri. Firma pengurus pelaburan nasional, Khazanah telah bersetuju menukar 20.5 peratus kepentingan saham mereka dalam MAS untuk 10 peratus di dalam AirAsia. Para penganalisa memberi pelbagai reaksi dengan ada yang menyatakan bahawa ini menguntungkan AsiaAsia dan ada yang menyatakan bahawa ia adalah untuk menjamin MAS. Apa pun, perjanjian itu tidak telus dan kepentingan AirAsia telah menjunam sementara mata saham MAS naik 18 peratus. Pertukaran saham diumumkan setelah Munir Majid meletak jawatan dari MAS pada 31 Julai 2011. Munir yang lantang telah menjadi ketua eksekutif MAS semenjak 2004 yang juga telah memulakan saman terhadap Tajudin. MAS juga telah membuat aduan sebanyak 7 muka surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah. Laporan itu menyebut, Tajudin merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap kerugian MAS sebanyak RM8 bilion akibat beberapa perjanjian yang menguntungkan keluarga dan proksinya. Adik-beradik Abdullah Badawi juga dilaporkan mendapat habuan daripada kontrak penyediaan makanan kepada MAS.Malaysia Chronicle | Zaid, KITA dan '3rd Force' juga wang dari Umno yang tak masuk-masuk! Posted: 22 Feb 2012 03:27 AM PST Akhirnya, ia sesuatu yang menentang lumah alam – 3rd Force bukanlah untuk Semenanjung Malaysia seperti Zaid Ibrahim dan parti Kita. Zaid akhirnya telah sedar akan jalan politik dan hubungan yang terbaik, walaupun dengan berat mengumumkan pembubaran parti beliau untuk menunjukkan taat setia beliau untuk Pakatan Rakyat, namun bila ia akan berlaku masih lagi belum pasti. Zaid mahu menyingkirkan mereka-mereka yang merupakan pengacau dalam parti yang menyukarkan hasrat beliau untuk membubarkan parti. Adakah PR akan menyelamatkan beliau dan menghidupkan ia semula ataupun membuat kesimpulan bahawa sejarah tidak akan berulang? Mungkin tidak. Zaid berkemungkinan boleh menjadi seperti dalang UMNO dalam PR walaupun beliau telah menyuarakan kekesalan merebut jawatan timbalan presiden PKR semasa beliau belum bersedia. Akhirnya, Zaid telah menjadi musuh diri sendiri tetapi jangaanlah kita terlalu cepat mengenepikannya. Ibarat berita buruk, beliau sering muncul dan kegigihan beliau mungkin akan membawa kepada kejayaan beliau. Masih lagi ada harapan untuk Zaid walaupun berkemungkinan ia adalah lebih kepada pihak Najib dan bukan Anwar. 3 rd Force dan Sistem 3 Parti
Jalan alternatif untuk Zaid adalah bekerjasama dengan 3rd Force Sabah dan Sarawak dan mengekalkan penyokong berpotensi beliau dari Semenanjung Malaysia sebagai sebuah pakatan. Jika beliau mahu kekal dalam politik arus perdana, beliau harus sedar bahawa tiada tempat di Semenanjung Malaysia untuk sistem 3 parti hanya 2 parti yang diilhamkan Pakatan. Di Kota Kinabalu pada 23 Januari dalam sebuah perhimpunan rakyat menyambut sambutan Tahun Baru Cina, ia sangat jelas bahawa Anwar dan Pakatan telah mendapat angin kebangkitan kedua mereka. Dihadapan rakyat yang bersorak, Anwar menegaskan keperluan kepada sistem dua parti yang kukuh. Beliau juga mahu sistem politik berdasarkan perkauman yang ada sekarang (dilaksanakan Umno) diganti dengan sistem yang berdasarkan hak asasi. Anwar membawa pulang mesej tersebut, dengan memetik kata-kata hikmah daripada Mahatma Gandhi, seorang pemimpin terulung India. Sentiasa ada aura demokratik dan terbuka mengenai Anwar, seperti contoh, beliau tidak langsung menutup kekecewaan beliau tehadap pemimpin orang Dusun dan Dayak di Sabah dan Sarawak yang sanggup mengkhianati kaum mereka sendiri untuk 30 keping perak. Sambutan terhadap beliau daripada mereka yang berhimpun sangat memberangsangkan. Zaid mungkin tidak berada di situ untuk melihat apa yang sedang berlaku tetapi beliau sememangnya sedar ke arah manakah angin sedang bertiup. Beliau pernah melihat naik turun dalam kehidupan politik sebelum ini dan sekarang beliau mahu bersama dengan pihak yang beliau rasakan akan menang. Antara RPK, Harris dan Jeffrey
Zaid setelah digesa oleh blogger Malaysia yang melarikan diri di London, Raja Petra Kamaruddin dan rakan-rakan seperjuang; Harris Ibrahim yang pada awalnya menarik perhatian dengan menerajui 3 rd Force dalam Parlimen Malaysia. Teorinya pada masa itu adalah 3 rd Force akan mengambil jalan tengah antara PR dan BN dalam parlimen dan akan menyokong salah satu antara mereka untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan tanpa terlibat dengannya dari awal. Ia tidak mengambil masa yang lama untuk Raja Petra dan Harris untuk menarik balik sokongan terhadapnya. RPK dituduh menjual diri kepada Umno manakala Harris telah berhenti daripada MCLM. 3 rd Force yang diilhamkan oleh rakan baik beliau, Jeffrey Kitingan bermaksud untuk mewujudkan pakatan yang berada di Sabah dan Sarawak untuk bersaing dengan Pakatan dan Barisan Nasional yang diasaskan di Semenanjung Malaysia. Ia bukanlah impian Zaid. Dalam kata lain, 3 rd Force Jeffery ini sebenarnya adalah sistem 3 parti. Zaid juga berhadapan dengan realiti semasa melawat Sabah dan Sarawak tempoh hari apabila beliau tidak mendapat layanan yang begitu baik berbanding semasa beliau masih dalam Parti Keadilan Rakyat. Semasa itu, beliau merasakan diri beliau ibarat seorang wira di kedua-dua negeri tersebut. Jeffrey juga sebenarnya mendapat nasib yang sama selepas beliau keluar parti tidak lama selepas Zaid. Sebenarnya wang tidak masuk
Kita boleh berdebat mengenai Zaid Ibrahim sampai bila-bila. Akhirnya, realiti yang terpaksa dihadapi Zaid adalah dana yang diperlukan beliau untuk politik beliau tidak masuk. Inilah yang dikatakan olehnya menerusi media televisyen baru-baru ini. Perdana Menteri Najib Razak dan bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin serta Mahathir Mohamad dipercayai gagal menunaikan janji mereka. Mereka yang menjanjikan dana untuk Zaid telah berubah fikiran dan mula mencari ayam tambatan lain dikalangan pihak pembangkang. Zaid sendiri sudah cukup terbeban- Ibrahim & Co dan aset lama Umno- tetapi beliau tidak akan memperjudikan nasib dirinya atau membiarkan dirinya menjadi bankrap hanya kerana politik. Beliau lebih rela bersantai dengan menghisap cerut sambil minum whiskey terbaik. Zaid sangat cinta pada kehidupan yang mewah dan cinta beliau tidak akan membawa beliau kepada situasi menjerat dirinya dalam politik. Beliau bukanlah Mahatma Gandhi dan beliau jelas bukan seperti Anwar yang sanggup menghabiskan masa berceramah di mana-mana sahaja atau berkorban demi memastikan Malaysia yang lebih baik di masa akan datang. Bubar atau tak bubar?
Tanpa dana, Zaid ibarat itik mati dalam politik. Lagipun, Zaid telah dilihat oleh Umno sebagai seseorang yang melemahkan PKR dan tidak dapat meletakkan diri beliau sebagai pemimpin 3 rd Force dalam Parlimen yang boleh memberi saingan kepada BN. Terutamanya untuk Umno, adalah tidak menguntungkan untuk bekerjasama dengan 3 rd Force kecualilah ia dalam berdiri sendiri dan bukan merupakan ancaman untuk BN hanya untuk PR. Untuk membelanjakan wang membantu 3 rd Force berdiri sendiri bukanlah sesuatu yang memberangsangkan menurut pemimpin tertinggi dalam parti perkauman tersebut. Jadi, selamat tinggal Zaid dan tidak lama lagi rakyat akan bertanya, siapa Zaid? Zaid juga telah mengadu bahawa beliau dikritik teruk oleh pemimpin partinya dan ahli. Banyak kritikan itu lahir daripada dakwaan berkisar wang dan juga Zaid yang telah gagal untuk mengawal parti dan menunjukkan ciri-ciri kepimpinan. Membunuh parti melalui pembubaran adalah cara Zaid menguburkan pengkritik beliau dan mengakhiri kerjaya politik mereka. Pembubaran itu juga telah memaksa Umno untuk membuat keputusan samaada terus menyalurkan dana untuk parti tersebut demi mengekalkan ia atau tidak. Inilah sebabnya ada pelawaan untuk Hassan Ali dan Ibrahim Ali – dua pejuang perkauman yang disayangi Umno untuk bertanding atas tiket Kita.Malaysia Chronicle | PAS tolak Israel, terserah kepada Anwar untuk terima atau tidak, kata Nik Aziz Posted: 22 Feb 2012 03:21 AM PST Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR— Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan adalah haram bagi mana-mana pihak bersekongkol dengan Israel dalam apa jua bentuk hubungan menambah terserah kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terima atau tidak pendirian parti Islam itu. Dalam satu kenyataan dikeluarkan sebentar tadi, Nik Aziz berkata, beliau berpandangan bahawa Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin. "Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestine. "Oleh kerana itu tidak berbangkit PAS telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan Rakyat," katanya yang mengadakan pertemuan dengan Anwar pagi semalam. Sehubungan itu kata Nik Aziz (gambar), beliau yakin, pihak Pakatan Rakyat tetap sepakat dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan tanah airnya daripada cengkaman Israel yang zalim itu. Kata Menteri Besar Kelantan ini, PAS sebagaimana diputuskan Majlis Syura Ulama tidak mengiktiraf kewujudan Israel menambah terserah kepada Anwar sama ada mahu menerima pendirian parti Islam itu. "Bagi saya, pendirian PAS adalah wajar kerana kewujudan negara haram Israel merupakan suatu kezaliman, tanpa peri kemanusiaan dan menafikan hak umat Islam, malah merampas hak seluruh rakyat Palestin. "Tambahan pula, tindakan penguasa Israel yang tidak habis-habis menzalimi dan membunuh rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua. Justeru, adalah haram menerima kewujudan negara Israel yang haram," katanya. Minggu lalu, Nik Aziz menggesa Anwar, yang juga Ketua Umum PKR, agar menarik balik kenyataannya berkaitan dengan Israel, yang disiarkan dalam akhbar Wall Street Journal (WSJ). Nik Aziz berkata, jika kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman WSJ bagi membersihkan nama beliau. Bagaimanapun Anwar selepas pertemuan semalam berkata beliau tidak akan menyaman WSJ berhubung kenyataannya menyokong segala usaha melindungi keselamatan Israel kerana laporan itu adalah tepat. "Kenapa saya perlu saman WSJ? Mereka letak perkataan 'contingent' (tertakluk pada syarat) dalam laporan itu," katanya menambah Nik Aziz memahami penjelasan mengenai isu Israel itu. | Indeks kebebasan akhbar: M'sia di tangga ke-122 Posted: 21 Feb 2012 04:18 PM PST Malaysia terus mencatatkan prestasi yang buruk berhubung kebebasan akhbar di negara ini meskipun memperbaiki kedudukan dengan mencatatkan tempat di tangga ke-122 di dalam Indeks Kebebasan Akhbar 2011/2012 yang direkodkan oleh Reporters Without Borders. Dalam indeks 2010, Malaysia menduduki tempat ke-141. Indeks terbaru ini menunjukkan Malaysia mendahului negara-negara serantau yang lain seperti Singapura yang menduduki tempat ke-135, Thailand (137), Filipina (140) dan Indonesia (146). Finland dan Norway bersama-sama menduduki tempat teratas dalam kajian kebebasan akhbar yang melibatkan 179 negara, diikuti Estonia dan Belanda yang terikat di tempat ketiga, manakala Austria di tempat kelima. Lima lagi antara 10 negara teratas daripada segi kebebasan akhbar adalah Iceland dan Luxembourg di tempat keenam, Switzerland (lapan), Cape Verde (sembilan), serta Kanada dan Denmark yang terikat bersama di tempat ke-10. Menduduki tempat terbawah dalam senarai adalah Turkmenistan (177), Korea Utara (178) dan Eritrea (179). Menurut laporan itu, Pakistan (151) merupakan negara paling bahaya bagi wartawan untuk tahun kedua berturut-turut. "Somalia (164), yang masih dalam kancah perang saudara selama 20 tahun, tidak menunjukkan petanda akan keluar daripada pergolakan di mana wartawan menanggung risiko tinggi untuk bertugas di negara itu," menurut laporan itu. Laporan itu menyatakan Amerika Syarikat, yang menduduki tempat ke-47, jatuh 27 tempat daripada tahun sebelumnya berikutan penahanan ramai wartawan semasa membuat liputan tunjuk perasaan bantahan "Occupy Wall Street". Mengulas Indeks Kebebasan Akhbar tahun ke-10, Reporters Without Borders berkata: "Indeks pada tahun ini menyaksikan banyak perubahan kedudukan, perubahan yang menggambarkan perkembangan pesat dan drastik terutamanya di dunia Arab." Ia menyatakan banyak media terpaksa menanggung risiko tinggi bagi membuat liputan aspirasi demokrasi. "Tahun yang berlalu juga memperlihatkan peranan yang diterajui pengguna Internet dalam menghasilkan dan menyebarkan berita," menurut pertubuhan, yang turut memaklumi penyertaan Cape Verde dan Namibia dalam kalangan 20 negara teratas. | Hasan Ali akan dedah video 'pembaptisan' Posted: 21 Feb 2012 04:13 PM PST Presiden pertubuhan pro-Melayu JATI Datuk Dr Hasan Ali berkata, badan itu akan mendedahkan satu bukti video berhubung usaha memurtadkan orang Islam yang ditimbulkannya sebelum ini. Katanya, rakaman yang menunjukkan pengakuan yang dibuat oleh sepasang suami isteri itu akan didedahkan dalam beberapa hari lagi. Dalam video tersebut, pasangan berkenaan antara lainnya menimbulkan dakwaan mengenai kegiatan gereja tertentu yang berlaku secara rahsia dan juga secara terang-terangan. "Mereka memang telah pun dibaptis, telah masuk Kristian dan dimurtadkan, mereka kembali semula kepada Islam dengan bantuan Lembaga Zakat Selangor, dengan bimbingan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) dan MAIS (Majlis Agama Islam Selangor). "Siapa yang berkehendakkan (video itu) kita akan dedahkannya," katanya lagi dalam sidang media selepas pelancaran NGO tersebut di Shah Alam hari ini. Video berkenaan akan didedahkan oleh Unit Selamatkan Akidah, satu unit yang sebelum ini diletakkan di bawah portfolio beliau, kata bekas exco hal ehwal agama Selangor itu lagi. Katanya, unit berkenaan kini bebas daripada JAIS namun masih bekerjasama rapat dengan jabatan tersebut dan juga dengan Lembaga Zakat Selangor. "Jadi mudah kita hala tuju bila letakkan di luar sistem JAIS," katanya yang menjelaskan bahawa unit berkenaan sejak awal lagi digerakkan dengan sumbangan individu dan bukannya sumbangan JAIS. Malah, individu yang didakwa telah dimurtadkan itu juga telah dibawa ke lembaga berkenaan untuk diberikan bantuan, katanya lagi. Selain Hasan sebagai presiden, JATI yang didaftarkan minggu lalu turut membariskan beberapa lagi pemimpin dalam jawatankuasa syuranya termasuk pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Datuk Sidek Baba. Turut hadir dalam majlis perasmian program hari ini ialah bekas pemimpin angkatan muda PKR, Senator Ezam Mohd Nor (atas). | Menteri: MB S'gor tak berkuasa rombak MAS Posted: 21 Feb 2012 04:10 PM PST Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tidak mempunyai hak untuk merombak struktur Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) seperti dihasratkan sebelum ini. Ini kerana, kata Raja Nong Chik, Seksyen 6, Akta Perlembagaan (Pindaan) 1973 tidak membenarkannya. "Justeru, segala urusan hak milik tanah hendaklah dibuat mengikut dibuat menurut Kanun Tanah Negara," katanya. Sekysen itu menyebut: "Mana-mana undang-undang bertulis yang sedia ada dan sedang berkuatkuasa dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hendaklah terus berkuatkuasa dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehingga undang-undang bertulis dimansuhkan, dipinda atau digantikan oleh undang-undang yang diluluskan oleh parlimen". Katanya, seksyen itu juga menyebut, fungsi kerajaan negeri berhubung Wilayah Persekutuan hendaklah dijalankan Yang di-Pertuan Agong atau menteri bertanggungjawab bagi kawasan itu. "Bagaimanapun, bagi hak milik tanah-tanah MAS yang belum diberi hak milik hendaklah mengemukakan permohonan terus ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTGWPKL)," kata Nong Chik. Khalid pada 18 Januari lalu berkata, beliau akan melakukan penambahbaikan terhadap MAS, antaranya dengan membuka keanggotaannya kepada pelbagai kelompok masyarakat dan kumpulan profesional supaya ia lebih berkesan memastikan kepentingan pemilik tanah. Ketika ditanya pemberita, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut sama ada akan melakukan rombakan keahlian dalam lembaga itu. Dalam kenyataannya hari ini, Nong Chik turut menempelak hasrat kerajaan negeri Selangor menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Kampung Bharu sebagai "bukan satu langkah yang bijak". Ini kerana katanya, kementeriannya terlebih dahulu mengorak langkah pantas di mana pemilik dan pewaris tanah boleh mendapat maklumat sebarang maklumat dan penerangan lanjut dari Pejabat Urusetia Pembangunan Kampung Bharu pada setiap hari bekerja. Katanya, pejabat urusetia yang beroperasi sejak 11 April tahun lalu, merupakan 'one stop centre' dalam memberi khidmat nasihat kepada pemilik dan pewaris tanah di kampung itu dalam apa jua perkara. Bahkan, katanya, kementerian mengambil langkah awal dengan menempatkan pegawai berpengalamannya dan beberapa agensi lain bagi membantu pemilik pewaris tanah menyelesaikan masalah. | 26 NGO Pahang bantah Himpunan Hijau 2.0 Posted: 21 Feb 2012 04:07 PM PST MALAYSIA KINI Sebanyak 26 badan bukan kerajaan di Pahang membantah Himpunan Hijau 2.0 yang didalangi pembangkang yang menentang operasi syarikat Lynas Advance Material Plants yang telah diberikan lesen beroperasi sementara. Jurucakap semua NGO itu, Wan Emril Nizam Wan Embong, berkata himpunan yang dirancang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 1 di Kuantan pada Ahad ini, akan menimbulkan masalah keselamatan dan ketenteraman awam. "Satu laporan polis dibuat hari ini bagi pihak 26 badan bukan kerajaan di Pahang yang mempunyai keahlian lebih 50,000 orang bagi membantah perhimpunan berkenaan," katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan hari ini. Wan Emril Nizam, yang juga Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang, berkata pelbagai penerangan telah dibuat oleh kerajaan mengenai operasi kilang itu yang telah diakui selamat oleh pakar-pakar dalam bidang berkenaan. "Perhimpunan itu lebih bermotifkan politik dan hanya mahu menggugat soal keselamatan dan ketenteraman awam," katanya. Beliau berkata majoriti penduduk di sekitar Kuantan tidak bersetuju dengan penganjuran himpunan itu kerana ia menimbulkan rasa kurang selesa selain akan turut memberi gambaran negatif kepada pihak luar. Ketua Penerangan PERKASA Pahang Muhammad Faiz Hashim pula berkata perhimpunan berkenaan bermotifkan politik semata-mata. "Kita perlu dengan cakap pakar dan jangan dengar dakwaan oleh pihak-pihak yang kurang mahir mengenai perkara berkenaan," katanya. Muhammad Faiz berkata Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) sebelum ini telah menegaskan bahawa keputusan meluluskan pemberian lesen kendalian sementara kepada syarikat Lynas dibuat selepas mengambil kira semua aspek. Katanya Ketua Pengarah AELB, Datuk Abdul Aziz Raja Adnan telah menjelaskan bahawa antara perkara yang diberi perhatian ialah aspek keselamatan, standard dan peraturan serta garis panduan yang ditetapkan termasuk di peringkat antarabangsa. "Jadi operasi syarikat itu akan dikawal rapi memandangkan lesen itu adalah sementara dan bukannya lesen terbuka kepada Lynas Advanced Materials Plant untuk beroperasi di Gebeng, " katanya. Bernama |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan