Syukur masih ada yang tahu berterima kasih. Adik ini menulis sajak kepada PM ketika dia sakit. Semoga ia dapat disebarkan apatah lagi, ia sesuatu yang baik pada pandangan Awekz.
Awekz: Kalau sebelum ini ada satu surat buat isteri PM kita dan ketika itu ramai juga yang menyebarkan kerana dilihat sebagai amat negatif dan tidak baik buat PM dan boleh menambahkan dosa, apa kata kali ni, kita ramai-ramai sebarkan sesuatu yang baik. Setidak-tidaknya dapat pahala bukan. Fikir-fikirkan...
Tahniah kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak 2012 di atas KONVENSYEN UMNO PERAK 2012, yang telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar pada 19 Feb 2012 yang lalu. Awekz dengar-dengar sambutannya amat menggalakkan apatah lagi dengan ucapan YAB DS Diraja Dr. Zambry Abd Kadir yang dilihat memberikan impak yang cukup besar kepada peserta-peserta.
Lebih terkesan apabila YAB MB Perak dilihat hampir menitiskan air mata ketika memberikan ucapan apatah lagi mengulangi serta mengingati cabaran - cabaran yang telah dilalui sepanjang bergelar MB Perak. Segala cacian dan makian yang dilemparkan kepada beliau jika difikirkan mampu meruntun naluri dan perasaan sesiapa sahaja. Puak - puak Perosak Rakyat begitu mudah berkata apa saja dan lebih menyatakan masih ada pengikut setia yang bodoh menerima apa sahaja yang diperkatakan. Fikir sejenak, andai kita diperlakukan sebegitu rupa. SAKIT dan MENYEDIHKAN bukan???
Kata YAB DS Dr. Zambry Abd Kadir ~ TIADA MAKNA PERJUANGAN UMNO ITU JIKA KITA TINGGALKAN AGAMA KITA, DAN TIADA MAKNANYA PERJUANGAN UMNO ITU JIKA KITA TINGGALKAN PERJUANGAN BANGSA KITA...
Awekz: Seharusnya semua ahli serta kepimpinan UMNO berfikir sejenak dan cuba selama intipati ucapan YAB DS Diraja Dr. Zambry Abd Kadir tempohari, tiada guna berselisih faham, tiada guna berdendam, tiada guna pangkat dan darjat kerana semua itu hanya akan membunuh PERJUANGAN dalam menegakkan Agama, Bangsa dan tanahair. Fikir - fikirkan...
Ketika perhimpunan yang Husin hadhiri pada hari minggu, salah satu sesi adalah bersama Prof. Mahmood Zuhdi.
Lupa tajuk sesi tersebut dan apa yang dibincangkan. Yang pasti ulamak-ulamak ini semua tidak boleh bezakan antara dialog, forum, workshop dan ceramah, malah majlis ilmu untuk bertukar fikiran dan ceramah yang monolog pun tidak boleh dibezakan.
Semua dia bantai macam tebas rumput nak cari ular. Depa dok bantai stail ceramah dan tahulah mereka dalam ceramah kerja bantai orang. Isu yang dibincangkan semua berdasarkan contoh dan peristiwa tertentu. Depa saja betoi dan orang lain salah.
Husin hanya ingat Prof Mahmood kata, bila dia balik ke Kelantan, dia sering serba salah. Bilapakai kopiah, orang ingat dia sokong PAS dan orang UMNO larikan diri darinya. Bila pakai songkok, orang PAs tak berkawan denggan dia.
Jadi tujuan dia nak kata, dia dibantai dua-dua belah pihak. Dia tak bantai orang dan neutral dalam memberi pandangan.
Rasanya Prof Mahmood lupa bahawa orang Melayu ada satu lagi parti yang berbilang bangsa iaitu PKR. Manalah tahu mereka pun ada tutup kepala mereka sendiri. Prof Mahmood perlu tahu supaya tidak dilihat pilih kasih kepada PKR pula.
Kalau pemimin dijadikan contoh pun, rasanya tidak mungkin orang Melayu PKR pakai kippah. [Lihat sini.] Entah apa diguna untuk tutup kepala?
Selepas kecelaruan program KMS1M yang dihadiri oleh PM di PWTC tempoh hari, berlangsung pula KMS1M peringkat negeri yang sudah diadakan di 2 negeri; iaitu Kelantan & Pahang.
Masalahnya; tidak nampak objektif jelas KMS1M dalam perjuangan media sosial untuk membantu kerajaan/BN selain usaha sesetengah individu/pihak mentekedarah bajet dari sebuah agensi untuk menebalkan poket peribadi.
Ketua Pengarah agensi berkenaan mungkin belum sedar... Ada baiknya bajet ratusan ribu tersebut disumbangkan secara terus kepada blogger2, facebookers dan pejuang media sosial lain sebagai inisiatif penghargaan bagi menyuntik semangat mereka untuk terus istiqamah dalam saf perjuangan ini.
Selama mana golongan2 opportunis sebegini harus diberi peluang sedangkan ada hal yang lebih besar harus kita tangani sebelum segala-galanya hilang selepas keputusan PRU13...
TM NOTE Semalam seorang sahabat telah menghantar link blog jendelamaya.
TM mengucapkan terima kasih kepada penulis blog jendela maya yang membangkitkan isu ini.
TM bagi masa lagi kepada sesiapa yang ingin mengulas isu ini sebelum TM menjawabnya.
TM adalah Timbalan Presiden 1 Agenda dan konvensyen media ini adalah harta intelek dan hasil R&D 1 Agenda.
Ia mendapat sokongan dan pengiktirafan, sebab itu lah Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak sudi hadir untuk merasmikan pelancaran konvensyen tahun lalu.
"Siapa Manjungmari ?" Itu lah soalan yang sering diajukan kepada TM . Mereka menyatakan antara TM dan Manjung mari (MM) adalah rakan sebab MM selalu membahasakan TM sebagai rakannya.
Sebenarnya TM tak kenal dan tak pernah jumpa atau bersembang dengan dia. Mungkin dia pernah skodeng atau terlihat TM bila dia balik ke Taiping , sebab tu dia selalu balun TM dalam blog dia.
Oleh kerana kuatnya MM membelasah TM, ada rakan menyuruh TM membuat report polis, tetapi TM tak sampai hati untuk buat report. biarlah dia berkokok dalam blog dia. Sebabnya puak-puak Pas Asobiah yang dok balun Dr Zambry dan Najib lagi teruk, tetapi Zambry dan Najib cool sahaja.
Menurut rakan dari Lumut, bahawa MM pernah bekerja sebagai laskar berpangkat koperal, rekod perkhidmatan dia tidak berapa bagus menurut beliau, nama sebenar MM ialah Mat Desa, berusia 50an dan kini bekerja di Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd yang berpangkalan dalam TLDM base.
Seorang yang fanatik Pas dan menjadi orang kanan kepada Laksamana Pertama Bersara yang bercita-cita untuk menjadi ADUN Pangkor. MM adalah orang penting yang menjadi penghubung kepada warga TLDM agar menyokong Laksama Pertama untuk melawan Dr Zambry di Pangkor.
Menurut rakan lagi, beliau mempunyai isteri yang bekerja sebagai guru di sekolah kerajaan. TM menganggap MM ditugaskan oleh Pas Perak untuk memantau dan melemahkan kekuatan blog Taipingmali. Ini ternyata kerana hanya blog dia sahaja yang menyerang tidak kepada blog lain.
YB Dato Dr Hasan Ali bersama Ust Kazim Elias akan menggegarkan pekan Batu Kurau bulan depan. Pas bukan memperjuangkan agama Islam, Pas adalah parti yang sesat dan perlu ditolak oleh umat Islam di Malaysia.
PAS makin galak dalam menyebar faham Syiah dan Wahabi mereka di kalangan bakal calon wakil rakyat PAS. Sesiapa kalangan calon wakil rakyat PAS yang ingkar bai'ah PAS, maka, Celaka DUNIA AKHIRAT! Inilah penangan Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.
Ternyata PAS makin diresapi epidemic purba zaman Firaun. PAS lebih membusung sifat nafsu retorik berpolitik dalam kancah KUASA POLITIK MELAYU di ALAM MELAYU.
Tanah Melayu ini sudah hilang sebuah parti yang diasas secara murni penuh misteri oleh Haji Ahmad Fuad. Dulunya, 100% Ahli Sunnah Wal- Jamaah dalam PAS, kini selepas 1974, setelah kembalinya Nik Aziz, Hadi Awang yang menjadi kepala keretapi PAS, fenomena menSYIAHkan P.A.S. makin memuncak.
Klimaksnya bilamana, Anwar Ibrahim dikhabar telah diampunkan kesilapannya dek mulut parti binasa, kerana bersekongkol dengan Yahudi Zionis, melalui sokongan terbuka kepada Israel dengan syarat-syarat. Mana ada orang apik pun, jika Anwar dah bertaklik sokong penuh Israel bersyarat mahu pun pura-pura disyaratkan, nahu bahasa yang PASTI ialah ANWAR proksi Israel.
ANWAR dilabel dalam Harakah sebagai Field Marshall Israel di Alam Melayu...
Moga Bai'ah PRU-13 memihak kepada Melayu dan Islam jua.
MyMassa ulang tayang artikel yang dikeluarkan pada 26 Januari 2012. Di akhir artikel tersebut, MyMassa ada nyatakan mahu tunggu respon dari Malaysiakini dan Malaysian Insider. Selepas hampir sebulan artikel MyMassa keluar baru Malaysiakini mengulas perkara yang sama. Cuba bandingkan artikel MyMassa dengan Malaysiakini.
Artikel MyMassa.
Ini betul-betul bukan cobaan.
Satu berita gembira untuk para penyokong transformasi yang dilakukan oleh DS Najib.
Tahniah kepada DS Najib atas transformasi yang dibuat oleh beliau membuatkan ranking indeks kebebasan media di Malaysia meningkat naik begitu tinggi berbanding tahun yang lalu.
Tahun lalu Malaysia diranking ke 141.
Tahniah juga kepada DS Hishamuddin (KDN) dan DSU Dr. Rais Yatim (KPKK) yang berjaya 'membebaskan' media. Kepada seluruh warga KDN dan KPKK terutamnya Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran dan SKMM yang mengambil tindakan yang bijaksana dalam mengendalikan media di Malaysia, tahniah juga MyMassa ucapkan.
MyMassa nak tunggu adakah pembangkang akan mainkan isu ranking kebebasan media atau tidak. Jika tidak, tiap-tiap tahun pembangkang terutamanya PKR akan 'bising' mengenai isu ini. Kononnya Malaysia mengamalkan pemerintaha kuku besi termasuk terhadap media. Lebih membanggakan, kedudukan Malaysia pada tahun ini adalah antara terbaik di Asia Tenggara berbanding Singapura, Thailand dan Indonesia yang sering dibangga-banggakan oleh pembangkang. Malah Turki yang menjadi rujukan Anwar Ibrahim juga tewas teruk kepada Malaysia.
Nah! Setelah SISTEM KEHAKIMAN dibebaskan kini giliran MEDIA pula bebas di bawah kepimpinan transformasi DS Najib Tun Abdul Razak. Kita tunggu apa kata pembangkang selepas modal politik mereka telah tidak laku lagi.
*Tak sabar nak baca ulasan portal pro pembangkang seperti Malaysiakini dan Malaysia Insider mengenai perkara ini. MyMassa harap berita ini dapat jadi muka depan Utusan dan Berita Harian. Biar semua rakyat tahu bahawa di bawah kepimpinan DS Najib, satu dimensi baru pentadbiran negara akan tercipta.
Malaysia terus mencatatkan prestasi yang buruk berhubung kebebasan akhbar di negara ini meskipun memperbaiki kedudukan dengan mencatatkan tempat di tangga ke-122 di dalam Indeks Kebebasan Akhbar 2011/2012 yang direkodkan oleh Reporters Without Borders.
Dalam indeks 2010, Malaysia menduduki tempat ke-141.
Indeks terbaru ini menunjukkan Malaysia mendahului negara-negara serantau yang lain seperti Singapura yang menduduki tempat ke-135, Thailand (137), Filipina (140) dan Indonesia (146).
Finland dan Norway bersama-sama menduduki tempat teratas dalam kajian kebebasan akhbar yang melibatkan 179 negara, diikuti Estonia dan Belanda yang terikat di tempat ketiga, manakala Austria di tempat kelima.
Lima lagi antara 10 negara teratas daripada segi kebebasan akhbar adalah Iceland dan Luxembourg di tempat keenam, Switzerland (lapan), Cape Verde (sembilan), serta Kanada dan Denmark yang terikat bersama di tempat ke-10.
Menduduki tempat terbawah dalam senarai adalah Turkmenistan (177), Korea Utara (178) dan Eritrea (179).
Menurut laporan itu, Pakistan (151) merupakan negara paling bahaya bagi wartawan untuk tahun kedua berturut-turut.
"Somalia (164), yang masih dalam kancah perang saudara selama 20 tahun, tidak menunjukkan petanda akan keluar daripada pergolakan di mana wartawan menanggung risiko tinggi untuk bertugas di negara itu," menurut laporan itu.
Laporan itu menyatakan Amerika Syarikat, yang menduduki tempat ke-47, jatuh 27 tempat daripada tahun sebelumnya berikutan penahanan ramai wartawan semasa membuat liputan tunjuk perasaan bantahan "Occupy Wall Street".
Mengulas Indeks Kebebasan Akhbar tahun ke-10, Reporters Without Borders berkata: "Indeks pada tahun ini menyaksikan banyak perubahan kedudukan, perubahan yang menggambarkan perkembangan pesat dan drastik terutamanya di dunia Arab."
Ia menyatakan banyak media terpaksa menanggung risiko tinggi bagi membuat liputan aspirasi demokrasi.
"Tahun yang berlalu juga memperlihatkan peranan yang diterajui pengguna Internet dalam menghasilkan dan menyebarkan berita," menurut pertubuhan, yang turut memaklumi penyertaan Cape Verde dan Namibia dalam kalangan 20 negara teratas.
*Jelas Malaysiakini adalah ejen pembangkang yang nyata kerana walaupun transformasi YAB PM berjaya membuahkan hasil, mereka tetap cuba mencipta persepsi negatif terhadap Kerajaan.
Penyokongnya telah memulakan provokasi supaya PM sahut cabaran Anwar.
Malah debat antara Guan Eng dan Chua Soi Lek turut dijadikan panduan.
Sebelum Anwar nak berdebat dengan PM, jom tengok macam mana Anwar tertewas bila berdebat dengan pemimpin UMNO.
Dey Anwar, tak payah la nak berdebat dengan PM. Tugas sebagai Ahli Parlimen pun kau tak buat. Asyik ponteng hadir sesi Parlimen sebab nak pergi melancong ke luar negara. Bila ada platform rasmi macam Sidang Parlimen untuk pemimpin Kerajaan dan Pembangkang berdebat, Anwar langsung tak gunakan peluang yang ada. Sibuk ceramah politik di luar tetapi tak berani berhadapan dalam Dewan yang mulia.
Kalau penyokong Anwar nak suruh YAB PM berdebat, tanya diorang balik berapa kali Anwar hadir ke Sidang Parlimen. Mesti kantoi punya penyokong pembangkang.
*Best tengok video YB KJ balun Ketua Pembangkang. First time tengok Anwar Ibrahim kelu tak terkata.
Oh, patutlah apabila ada orang baling KEPALA BABI dalam masjid, Khalid Ibrahim boleh arahkan Ronnie Liu yang pergi jenguk-jengukan. Rupa-rupanya Exco Agama Islam Selangor ini sudah bukan Islam lagi. Kesian umat Islam Selangor...pemimpin bukan Islam pula yang jaga hal ehwal agama mereka.
Kalau zaman penjajah dahulu, bukan setakat hendak sibuk hal-ehwal orang Islam, naik rumah orang Melayu pakai kasut pun boleh kena tikam masa tengah mandi. Kini anda fikirkan sahajalah di manakah letaknya kedudukan maruah kita sebagai umat Islam.
Eh, nanti...nanti dulu, kami bukannya suka-suka hendak kata Khalid Ibrahim telah KAFIR. Kami hanya mengulang kembali apa yang telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Oktober 2009.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
- Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.
- Umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.
Lebih menyedihkan, bukan setakat pemimpin kanan negeri sahaja yang sudah kucar-kacir akidah mereka, bahkan mereka yang di peringkat akar umbi juga sudah tidak tentu hala lagi kiblat dan syahadah mereka ketika ini.
Jadi, macam manalah agaknya kelompok Melayu-Islam fuckatan ini hendak mempertahankan Islam sekiranya diasak oleh kafir harbi DAP kelak ya?
* DAP lebih mudah memerintah negara jika lebih ramai Melayu keliru dalam akidah.
Berdasarkan apa yang ditegaskan Nik Aziz selepas pertemuan dengan agen Yahudi No 1 Asia semalam, kami dapat merumuskan dua perkara:
1) Nik Aziz tidak menerima pendirian Anwar yang meyokong segala usaha bagi memastikan keselamatan negara Israel. Tetapi, seperti biasa, Anwar akan kata Nik Aziz terima penjelasan beliau bagi mengelakkan air muka dan egonya jatuh. Terima penjelasan bukan bermakna sokong.
2) Anwar cuba merasionalisasikan sokongannya itu dengan memfitnah pula Kerajaan BN membenarkan kapal-kapal Israel berlabuh dan berdagang di Malaysia. Sebab itulah, dalam pada Nik Aziz menolak pendirian Anwar, beliau sempat menempelak BN sebagai tidak layak untuk bercakap soal mempertahankan Palestin dan menentang Yahudi.
Antara Guru Besar SJKC dengan guru-guru Melayu yang berlebihan
Penulis: Hong Chu Chew
Bermula berlakunya ketandusan guru sambilan dengan kelayakan guru yang mengajar, di bawah tadbir urusoleh timbalan menteri Pelajaran Wee Kah Siong, kementerian pelajaran telah memberi kuasa kepada pejabat-pejabat pelajaran negeri untuk menyelaraskan dan pengambilan guru-guru sambilan, supaya dalam masa 2 minggu persekolahan dapat tenteramkan keadaan kekurangan guru-guru yang berkelayakan di SJKC dan SJKT.
Apabila semua orang dengar berita ini agak rasa lebih lega, dimana masalah kekurangan guru sambilan dan guru-guru kelayakan dapat diatasi semuanya. Hari ini apabila dapat campur tangan oleh timbalan menteri pelajaran, dengan mudah kelihatan masalah itu dapat diselesaikan sepenuhnya, hanya kebanyakan daripada guru-guru itu tidak faham bahasa Mandarin dan agak berlebihan guru-guru Melayu yang dihantar ke SJKC.
Setelah beberapa lama naik sekolah sehingga hari ini, kita nampak sebelum ini Dong Zong pusat dengan Dong Zong negeri Johor bersama-sama mengangkat sepanduk kain rentang, secara keras mahu pihak kementerian pelajaran selesaikan masalah guru sambilan dan kekurangan guru-guru yang layak di SJKC, tetapi akhirnya; kementerian pelajaran telah hantar guru-guru yang telah mencapai kelayakan ke setiap daerah, separuh daripadanya adalah guru-guru saudara berketurunan Melayu, yang paling teruk di daerah Pontian, kekurangan sebanyak 40 orang guru, hanya diberi 3 orang guru Cina yang layak mengajar, selainnya adalah guru-guru Melayu, dimana guru-guru sambilan dan kekurangan guru-guru yang layak, masih belum dapat perbaiki keadaan itu lagi.
Berpegang Teguh Kepada Peraturan Kuota Yang Ditetapkan Kekurangan guru di SJKC masih terbiar begitu sahaja, bukankah itu sangat pelik. Walaupun badan-badan amal dalam bidang pendidikan masyarakat Cina serta parti-parti Cina dan parti pembangkang boleh dikatakan setiap tahun ajukan perkara yang sama berteriak sehingga tekak rasa kering, sehingga ada perdebatan yang hangat, tetapi tidak pernah mendapat perhatian dari pihak-pihak yang berkenaan, masalah ini berlarutan sehingga puluhan tahun, ada sesetengah pegawai-pegawai dari kalangan Cina juga masing-masing rasa tidak puas hati dan berkata, ini kerana suara di peringkat bawah tidak sampai ke atas, ataupun di dalamnya ada napolean kecil yang sedang mendalanginya, mereka secara terang menutup kebenaran, sedangkan di SJKC kekurangan guru-guru, akhirnya mereka menghantar guru-guru Melayu yang berlebihan ke SJKC namun masalah tetap berlaku, dengan cara itulah mereka hantar guru-guru itu ke SJKC.
En. Lee sebagai Nazir sekolah-sekolah SJKC pernah secara terbuka menyeru, guru-guru besar di SJKC perlu pertahankan kesinambungan sistem Kuota yang sedia ada, pihak jabatan pelajaran dan guru-guru besar di SJKC perlu selaraskan bilangan guru-guru yang tidak tahu berbahasa Mandarin mencapai kuota bilangan yang telah ditetapkan oleh jabatan pelajaran, dan kuota guru-guru yang tidak tahu berbahasa Mandarin di SJKC di negeri Johor telah mencapai kuota maksima. Beliau berkata sistem kuota itu telah tertulis dengan jelas, iaitu mata pelajaran bahasa Melayu tahun 1 dan tahun 2, guru-guru yang tahu dwibahasa boleh mengajar di kelas-kelas itu; bahasa Melayu untuk darjah 3,4,5, dan 6 guru-guru yang hanya tahu bahasa Malayu boleh mengajar di kelas-kelas itu.
En. Lee menegaskan, sistem kuota ini tidak boleh dirosakkan, jika tidak ia akan mengundang kesusahan bagi guru-guru besar untuk menyusun kelas kepada guru-guru. Beliau menjelaskan, bahasa pengantaran di SJKC ialah bahasa Mandarin, jika bilangan guru-guru yang tidak tahu bahasa Mandarin berlebihan, pihak sekolah terpaksa atur guru-guru ini untuk mengajar subjek kemahiran,senaman dan lukisan,jika mereka semua tidak tahu berbahasa Mandarin, bermakna kualiti SJKC akan berubah. Beliau anggap, pihak guru besar di SJKC perlu pertahankan sistem kuota yang telah digariskan oleh jabatan pelajaran, terutama sekali SJKC yang bersaiz kecil, tidak sepatutnya terima guru-guru yang tidak tahu berbahasa Mandarin.
Guru Besar Tidak Dapat Bahagi-Bahagikan Tugas Sepenuhnya
Sebelum ini pihak sekolah menghantar guru-guru tidak tahu berbahasa Mandarin ini ke kelas-kelas subjek kemahiran, senaman, lukisan dan muzik, melebihi bilangan guru-guru dwibahasa, menyebabkan menjadi isu besar, sama ada disengajakan beri guru-guru dwibahasa untuk mengajar bahasa Melayu itu semua perlu guru-guru yang mempunyai pengalaman, bahasa Melayu diberikan kepada guru-guru dwibahasa untuk mengajar biasanya amat berkesan dalam pembelajaran, dan pada saat ini jabatan pelajaran sedang menitik berat tentang markah dan keputusan murid-murid, banyak sekolah-sekolah lebih rela berbuat demikian,dan keputusan yang diperolehi amat memberangsangkan. Pada masa itu ramai pertubuhan dan NGO rasa risau kerana membiarkan guru-guru tidak tahu bahasa Mandarin mengajar subjek kemahiran, bukankah nanti kualiti itu akan berubah? Tetapi isu itu telah reda secara cepat.
Sebelum ini pembahagian guru-guru mengikut kuota pembahagian, tetapi di depan mata kelihatan pihak jabatan pelajaran ambil guru-guru Melayu yang berlebihan dihantar ke SJKC, dimana kuota guru-guru Cina telah dimonopoli, seterusnya pihak sekolah seperti diikat kaki dan tangan dan tersekat-sekat dalam pembahagian tugas-tugas untuk guru-guru. SJKC yang bahasa pengantarannya bahasa Mandarin, subjek kemahiran yang dalam keadaan terhad itu jika terlalu banyak dan berlebihan guru-guru Melayu, guru-guru besar SJKC terutama sekali di SJKC yang bersaiz kecil, dalam pembahagian tugas untuk guru-guru, akan dapat dirasai bahawa kualiti SJKC telah berubah, sebelum ini SJKC memang kekurangan guru-guru, berkemungkinan ataupun tidak sebelum guru-guru Melayu itu hadi ke sekolah-sekolah SJKC kita sudah dapat selesaikan kekurangan guru-guru itu?
Sebab itu kita kena mendukung dan setuju sepenuhnya seruan dari pada En. Lee nazir SJKC, menolak guru-guru Melayu yang melebihi kuota yang dibenarkan. Perdana menteri jelajah ke seluruh negara mengibarkan konsep 1Malaysia di setiap sudut dalam masyarakat Cina, masyarakat Cina semakin terdesak untuk timbulkan isu tentang masalah sekolah-sekolah Cina, apabila PM menitik beratkan keutamaan untuk rakyat, pasti isu ini ditimbulkan oleh napolean-napolean kecil, dikhuatiri ini menjadi duri dalam daging BN.
Rumusannya mudah, Dong Zong yang terkenal dengan kritikannya kepada kerajaan, pada masa yang sama mengambil apa sahaja yang kerajaan berikan. Satu titik pun mereka tidak mahu ada kerugian. Dong Zong menghentam apa sahaja berkaitan kerajaan, guru tak cukup, sekolah tak cukup,murid tak sampai 10 orang di SJK (C) bila nak tutup marah, nak dipindahkan ke sekolah lebih baik marah. Pokoknya satu inci tanah, satu titis keringat, mereka akan pertahankan. Bagaimanakah dengan kita? Untuk mempertahan kerajaan DAP Selangor dan kerajaan DAP Penang, Dong Zong sudah pun berkempen secara senyap. Maka itu, NGO-NGO Melayu dan Islam harus sedar dan peka akan hal ini.
Hari ini Malaysiakini memaparkan cerita yang sama iaitu kempen ABAI.
ABAI - Asalkan Bukan Anwar Ibrahim pula muncul
Selepas grafiti Asalkan Bukan Umno (ABU) menjadi popular dan diangkat sebagai kempen oleh kumpulan NGO, kini muncul pula contengan "Asal Bukan Anwar Ibrahim" atau ABAI.
Dalam insiden yang dikesan kelmarin, contengan yang dianggap sebagai vandalisme itu dikesan di pusat khidmat DAP DUN Ayer Keroh di Melaka, lapor blog pemimpin PAS negeri.
Berdasarkan gambar yang dikirim kepada Malaysiakini, kelihatan tulisan bersaiz besar berwarna merah dan hitam itu disembur, dipercayai menggunakan penyembur aerosol.
Ianya satu kempen yang bagus untuk meneutralkan pengaruh ABU. Cuma MyMassa harap ianya berterusan.
Jangan hangat-hangat tahi ayam. Nanti menghabehkan boreh jo. Bukan senang nak mulakan kempen macam ni.
*Mula-mula ABU. Lepas tu ABAI. Lepas ni BABAI kepada PAS-DAP-PKR.
Kenapa kita perlu mencurigai dan memusuhi Yahudi-Zionis-Israel. Bukankah lebih baik kita mengiktiraf sahaja kewujudan negara tersebut atau kita menyokong dan mempertahankan segala keselamatannya demi mewujudkan keamanan dunia? Bagi umat Islam terutama sekali bagi para mujahid Palestine, seruan tersebut merupakan satu tindakan kurang ajar dan boleh dikenakan hukuman bunuh kerana ia merupakan satu ucapan yang mengkhianati perjuangan jihad mereka.
Yahudi memang tidak boleh dipercayai sejak zaman berzaman. Ini ditegaskan oleh Allah di dalam surah Ali Imran ayat 118 bermaksud; "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang di luar kalanganmu (kerana) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya."
Yahudi dan sekutu-sekutunya memang licik menipu dan menindas bangsa Palestine dan Arab. Mereka sentiasa bermanis muka namun menyimpan dendam kesumat terhadap umat Islam. Masyarakat Arab sering terpedaya sehingga segala harta mereka dibolot Yahudi. Bermula dengan memajak dan menyewa tanah-tanah masyarakat Arab Palestine, pendatang-pendatang Yahudi kemudiannya membeli tanah-tanah tersebut dengan taktik menipu. Ada juga tanah-tanah masyarakat Arab dirampas oleh tokey-tokey Yahudi kerana tidak mampu membayar hutang pinjaman dengan riba yang tinggi.
Penguasaan tokey-tokey Yahudi ke atas tanah-tanah milik Arab sedikit demi sedikit menimbulkan kemarahan masyarakat Arab. Namun tokey-tokey Yahudi ini bijak memanipulasikan undang-undang sehingga tuan-tuan tanah Arab ini kalah dalam perbicaraan. Yahudi-yahudi ini juga merasuah pegawai-pegawai Arab untuk menukar status tanah tersebut kepada tanah komersial yang kononnya menjanjikan pekerjaan kepada masyarakat Arab. Sedangkan golongan bangsawan dan berpengaruh Arab pula diberi pelbagai ganjaran agar mereka sentiasa berasa selesa dengan jawatan yang diberikan oleh puak-puak Yahudi.
Puak-puak Yahudi juga menggunakan pelbagai taktik licik mempengaruhi masyarakat Arab agar menjual tanah-tanah mereka dengan habuan yang lumayan. Kawasan-kawasan pertanian Arab yang dahulunya subur telah ditukar menjadi kawasan-kawasan penempatan Yahudi yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, pos kawalan dan rumah ibadat. Manakala kawasan berhampiran yang berpendudukan padat masyarakat Arab-Islam mula dibeli dan jadikan kawasan perkuburan Yahudi. Ini menyebabkan masyarakat Arab terusir secara sistematik dan kawasan tersebut diambil alih oleh golongan-golongan pendatang Yahudi.
Pendatang-pendatang Yahudi dari Soviet Union, Eropah, Ethopia, Turki, Iran, Iraq dan Maghribi terus dibawa masuk oleh imperialis Inggeris sejak 1940an secara besar-besaran untuk menduduki penempatan-penempatan baru ini. Tanpa rasa malu, para pemimpin Yahudi mendakwa kepada dunia bahawa mereka berjaya membasmi kemiskinan hanya dalam beberapa tahun memerintah tanah-tanah Palestine. Masyarakat asal Palestine terus dinafikan hak mereka sebagai masyarakat pribumi dan dituduh pula sebagai golongan pendatang. Hujah-hujah dari kitab-kitab Yahudi terus digunakan untuk menghalalkan apa jua tindakan Yahudi merampas tanah-tanah umat Palestine.
Yahudi juga sering berjanji dan merancang untuk membasmi kemiskinan di kalangan penduduk Arab bagi mematahkan kritikan masyarakat tersebut terhadap penguasaan bangsa Yahudi. Namun program pembasmian kemiskinan dilakukan Yahudi adalah dengan cara membina penempatan mahal yang hanya mampu dimiliki golongan kaya Yahudi sementara penduduk miskin Arab diusir ke kawasan-kawasan tandus di Gaza dan Tebing Barat. Keadaan ini menyebabkan masyarakat Arab Palestine bangkit melakukan intifada (perlawanan). Namun sehingga kini ia masih gagal menghancurkan Yahudi kerana Zionis-Israel terus mendapat sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) .
Zionis-Israel tidak pernah padam keinginannya mewujudkan Israel Raya. Tindakan ini hanya akan tercapai melalui gerakan merampas tanah-tanah negara Arab sekelilingnya samada melalui peperangan atau pembelian tanah dan aset bagi tujuan pembangunan. Israel turut menaja pelbagai gerakan anti kerajaan menghuru-harakan kerajaan-kerajaan Arab sekitarnya agar mereka bermusuh sesama sendiri kerana perbezaan ideologi. Faktor ini menjadi sebab kenapa banyak kerajaan Arab tidak begitu serius membela perjuangan rakyat Palestine, sebaliknya sibuk dengan urusan dalam negeri dan menganggap isu Palestine sebagai bebanan kepada mereka. Dalam masa yang sama, para pemimpin Arab ini juga selesa menjadi boneka kepada sekutu-sekutu Israel iaitu AS dan EU kerana mendapat bantuan kewangan yang besar setiap tahun dengan syarat tidak akan memusuhi negara Israel.
Kini ramai pemimpin-pemimpin boneka Arab telah tumbang di Tunisia, Mesir dan Yaman. Namun setelah 100 hari berlalu, nampaknya pemimpin-pemimpin baru di negara-negara ini tetap disibukkan dengan huru-hara yang tidak berkesudahan. Sesungguhnya ini adalah sebahagian perancangan Yahudi agar isu Palestine dilupakan oleh regim-regim baru Arab tersebut sebagai syarat jaminan bantuan ekonomi dan keselamatan yang berterusan dari Barat. Hakikatnya, banyak hasil bumi Arab seperti petroleum dan gas asli lama dikuasai oleh syarikat-syarikat proksi Yahudi-Barat dan negara-negara Arab sekian lama bergantung pada import barang makanan, peralatan, jentera bahkan pakaian dan senjata dari negara-negara bukan Islam!
Beberapa negara Islam seperti Iraq, Afghanistan dan Libya telah tersungkur dimusnahkan Amerika dan sekutu-sekutunya kerana keberanian mereka menentang Yahudi. Tidak mustahil suatu masa nanti umat Islam di Syria, Iran, Pakistan bahkan Indonesia dan Malaysia juga akan dihapuskan kerana berani menentang Israel. Justeru adakah faktor tersebut mewajarkan kita mengiktiraf kewujudan Israel dengan mempertahankan keselamatannya demi keselamatan negara kita dari diserang oleh mereka? Atau 'kita' sengaja mengiktiraf Israel agar terus mendapat dana-dana demi mengapai kuasa? Isu Palestine tetap menjadi agenda utama perjuangan umat Islam sedunia, walaupun puak-puak kafir harbi membencinya.
Hakikatnya musuh-musuh Islam tidak pernah redha kepada umat Islam selagi kita tidak tunduk menuruti kehendakan mereka. Memang banyak persamaan kelicikan Yahudi menipu bangsa Arab dengan apa yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam ke atas segala kepentingan umat Melayu-Islam di Malaysia kini. Persoalannya adakah ia kebetulan ada persamaan atau ia merupakan satu perancangan yang besar dilakukan oleh mereka untuk mengambil alih negara ini. Israel kecil berada di kalangan kita, tentera upahan Dajjal juga ada sekeliling kita. Mereka terus dan terus dengan usaha mereka untuk menguasai kita. Berwaspadalah ummah!!!
Demi meraih undi, Kerajaan Selangor sanggup buat cadangan bodoh semata-mata untuk menyekat loji rawatan air Sungai Langat.
Kerajaan Selangor terlupa walaupun mereka tak buat loji rawatan air Sungai Langat, mereka terpaksa buat loji untuk merawat air lombong dengan kos yang lebih tinggi.
Walaupun air lombong boleh didapati secara percuma dan tidak perlu membeli air dari Pahang, namun kos untuk merawat air yang mempunyai kandungan logam adalah lebih tinggi daripada membeli air dan merawatnya dengan proses yang minimum.
Satu lagi yang menjadi persoalan, sanggupkan orang Selangor minum air lombang???
*Kalau orang Selangor tak sanggup, sila salurkan air ini ke rumah Menteri Besar. Nak tengok boleh ke tak dia hidup dengan air lombong ni walaupun dirawat.
Hari ini MyMassa nak sambung sikit. Ingatkah pembaca betapa marah dan mengamuknya Guan Eng bila anaknya menjadi mangsa politik?
Kali ini Guan Eng pula memangsakan isteri pihak lawan yang juga bukan ahli politik seperti anaknya. MyMassa ulang kenyataan Guan Eng dalam Malaysiakini.
Guan Eng berang anaknya dijadikan mangsa politik
3:12PM Okt 18, 2011
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berang dengan tindakan penulis blog pro-Umno yang cuba menamatkan kerjaya politiknya dengan mengheret kehidupan anak remajanya dengan segala pembohongan yang "keji serta tidak bertamadun".
Dalam satu kenyataan media, Lim menuntut bahawa Umno bertindak ke atas mereka yang bertanggungjawap melakukan perbuatan itu bagi membuktikan bahawa parti itu tidak menggunakan taktik "terdesak, berbahaya dan kotor" untuk terus berpaut pada kuasa. "Dalam zaman moden ini, adalah sangat sukar bagi anak-anak muda yang membesar, terutamanya apabila ayahnya merupakan seorang Ketua Menteri yang setiap hari menjadi sasaran media pro-Barisan Nasional," kata Lim.
Isteri PM bukan seperti isteri Guan Eng yang juga ahli politik. Ahli politik memang menjadi tabiat mereka untuk menyerang pihak lawan. Tetapi tidak gentleman jika ahli politik menyerang keluarga pihak lawan yang langsung tiada kaitan dengan politik.
Tambahan pula, Datin Seri Rosmah walaupun bukan ahli politik, dia juga bukan memegang jawatan dalam GLC. Cuba lihat siapa yang MyMassa maksudkan.
Isteri kepada PM Singapura adalah CEO kepada GLC antara paling besar di Singapura iaitu Temasek Holdings.
Bila MyMassa perasan perkara ini, MyMassa nampak bahawa amalan kronisme dalam PAP telah dihalalkan bila mereka memerintah. Isteri Perdana Menteri Singapura (PM yang menerima gaji paling tinggi di dunia) pula menjawat jawatan yang juga menawarkan gaji lumayan. Seperti tiada rakyat Singapura lain yang bijak-bijak selain dari keluarga Lee Kuan Yew.
Apa yang berlaku di Singapura sama seperti di Malaysia. DAP yang merupakan anak kandung PAP melantik ahli keluarga Lim Kit Siang dan Karpal Singh sebagai pemimpin parti dan calon pilihan raya. Tidak ada calon lain dalam DAP yang lebih berkarisma sehingga 'amalan kronisme' dihalalkan?
Jika diteliti dalam pakatan pembangkang, hanya PAS sahaja yang tidak ketara amalan kronismenya dalam parti. Jika dilihat dalam PKR lagi teruk. Satu parti yang berketua umumkan Anwar Ibrahim, berpresidenkan istenya Wan Azizah dan anaknya Nurul Izzah sebagai Naib Presiden. Tidak hairanlah jika PKR dan DAP memerintah, Petronas mungkin akan diserahkan kepada menantu Anwar (suami Izzah) sebagaimana yang dilakukan oleh PAP di Singapura. Amalan ini sebenarnya telah didahului oleh Nik Aziz bila dia melantik menantunya, Arif Fahmi sebagai CEO PMBK.
MyMassa tegaskan sekali lagi bahawa Datin Seri Rosmah bukanlah orang yang berkepentingan dalam politik (seperti keluarga Anwar, Lim dan Karpal) mahupun orang yang menguruskan GLC seperti isteri PM Singapura dan Arif Fahmi. Beliau hanya isteri PM yang banyak melibatkan aktiviti sosial terutamanya dalam badan kebajikan. Adakalanya beliau dijemput untuk merasmikan majlis makan malam seperti mana yang dilakukan oleh PERKASA.
Namun apa yang pembangkang lakukan terhadap Datin Seri Rosmah adalah sesuatu yang amat melampaui batas. Lim Guan Eng pandai bercakap bila anaknya sendiri menjadi mangsa pihak lawan tetapi dia sendiri melakukan perkara yang sama bila berpeluang. Benarlah Lim Guan Eng seorang yang cakap tak serupa bikin dan bikin tak serupa cakap.
*Dalam diam tak diam, Khalid Ibrahim telah lantik ahli keluarganya menjadi pegawai kanan Yayasan Selangor. Itu maklumat yang MyMassa masih simpan. Sebab itulah isu Yayasan Selangor sampai sekarang tak selesa. Siapa kata pakatan pembangkang bersih dari amalan kronisme?
You are subscribed to email updates from MyMassa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Seperti dijangka, Anwar Ibrahim tidak akan menyaman The Wall Street Journal (WSJ) berhubung kenyataannya mengenai sokongan terhadap keselamatan Israel sebagaimana disiarkan pada 26 Januari lalu meskipun Majlis Syura Ulama Pas sebelum ini menggesa Ketua Pembangkang itu berbuat demikian jika kenyataannya diputar-belitkan oleh media berkenaan.
Sambil mendakwa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendengar dan memahami penjelasannya dalam pertemuan selama satu jam semalam, beliau berkata, WSJ tidak melakukan kesalahan kerana ia turut menyiarkan kenyataannya mengenai syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh rejim zionis dalam memenuhi aspirasi rakyat Palestin.
Berbanding laporan media arus perdana, beliau mendakwa kesemuanya hanya menyentuh kenyataannya mengenai sokongan untuk melindungi keselamatan Israel sahaja tanpa menyiarkan syarat yang perlu dipatuhi oleh negara zionis tersebut.
''Saya terangkan kepada Nik Abdul Aziz bahawa kenyataan saya dalam WSJ turut memberi penekanan mengenai contingent yang perlu dipatuhi oleh Israel dan bukan seperti mana yang disebut dalam akhbar arus perdana.
''Saya faham pendirian Pas dalam soal Palestin-Israel ini yang mana mereka cukup tegas dan keras. Saya juga beri penjelasan jangan ada salah tafsiran tentang pengiktirafan Israel kerana perkara itu tidak harus berbangkit selagi syarat-syarat tidak dipatuhi,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan kira-kira satu jam bersama Nik Abdul Aziz serta Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di sebuah hotel di sini.
Pada pertengahan bulan ini, Nik Abdul Aziz meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat kenyataan terbuka sama ada mahu menarik balik sokongan terhadap Israel atau pun menyaman WSJ.
Desakan tersebut merupakan ketetapan yang dibuat selepas ahli jawatankuasa tertinggi parti itu dan Majlis Syura Ulama Pas mengadakan mesyuarat di sini baru-baru ini. Nik Abdul Aziz berkata, rakyat mahu mengetahui perkara sebenar kerana ia telah menjadi isu yang diketahui umum selepas disiarkan WSJ baru-baru ini.
Menjawab satu soalan sama ada wujud perbezaan antara beliau dan Pas mengenai isu Palestin, Anwar mengakui terdapat sedikit perbezaan.
"Cuma sedikit sahaja iaitu dari segi penekanan. Pas sentiasa konsisten bahawa mereka sama sekali tidak akan mengiktiraf kewujudan Israel sama ada dalam sudut pandangan, fikiran malah dalam bentuk rundingan sekalipun.
''Saya pula menyokong keputusan yang diambil Hamas dan Fatah untuk bertegas terhadap syarat-syarat yang dikenakan dan seterusnya menyambung rundingan,'' katanya.
Berhubung contingent yang dimaksudkannya seperti mana disiarkan oleh WSJ itu Anwar berkata, terdapat empat perkara iaitu pengunduran tentera Israel daripada wilayah Palestin dan Arab; hentikan keganasan; hentikan kepungan terhadap Gaza dan iktiraf Baitul Muqaddis.
Sementara itu Nik Abdul Aziz dalam status terbaru Facebooknya hari ini menegaskan bahawa pendirian Pas dalam isu Palestin jelas iaitu parti tersebut tidak sesekali mengiktiraf walaupun seinci hak Yahudi terhadap bumi Palestin yang telah dirampas.
''Berbeza atau tidak dengan sesiapa, Pas tetap dengan pendirian ini,'' ujarnya.
Hahaha..nampaknya sandiwara mereka berdua berjaya lagi...hamPAS!!!!
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
YB Dr Zambry Abd Kadir di Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke 228 di Istana Negara Jalan Duta, yang bermula semalam hingga esok hari iaitu dari 21- 23 Feb 2012
Lihat juga gambar 7 ribu hadir di Konvensyen BN Perak dari twitter beliau di bawah :
Nampaknya peluang cerah BN pada PRU 13 akan datang melihat sambutan seperti ini.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Sebelum ini Panglima ada menyiar artikel tentang Hantu Raya Moden oleh blog Umno-Reform bertajuk : Pemimpin bela blogger hantu raya moden perlu berhenti atau dihentikan - di sini
Dalam tulisan tersebut Umno-Reform menulis tentang hantu raya moden ini katanya :
Mereka menulis mengikut kehendak dan cita-cita tuan mereka. Mereka dibela bukan sahaja untuk menyerang pembangkang tetapi lebih menyerang sesama untuk kepentingan politik. Lantas – mereka lebih mencederakan INSTITUSI UMNO itu sendiri dari membantu. Mereka sudah dilabel sebagai Tukang Carut dan mereka akan menggunakan didikan carut mencarut sebagai senjata untuk menentang lawan – khususnya dalam kem penulis blog sendiri.
Malangnya ada kepimpinan yang dikatakan terlibat dalam membaja tukang carut ini untuk subur tumbuh dalam kalangan penulis blog UMNO untuk tujuan tertentu. Mereka tidak sedar kalau orang lain mereka boleh carut dan gigit – tidak mustahil mereka juga akan jadi mangsa setelah gagal memberi makan. Mereka akan membiak dalam kelompok virus besar dan akan menjadi punca UMNO diserang luas.
Hari ini strategi perang saraf dalam UMNO semakin tergugat. Penulisan carut-mencarut ini tidak diterima oleh pengundi atas pagar. Mereka yang dalam kem lawan juga tidak akan terpancing untuk melihat budaya yang dipancarkan oleh mereka. Mereka menjahanamkan refleksi transformasi dalam UMNO. Mereka seakan meludah – tetapi jatuh atas nama UMNO sendiri.
Semua itu – taktik perang saraf lama yang sudah terselit dalam lipatan sejarah. Rakyat yagn sudah terdedah dengan media Internet sekarang sudah dewasa. Mereka tahu dan mereka membuat penilaian sendiri. Kita tidak mahu kita sama kita berseronok tetapi impak pada pengundi menyorot.
Hari ini mereka masih ghairah mencarut – dari mencarut kepada pihak pembangkang kini mencarut terhadap blog pro UMNO yang formal seperti Unit Media UMNO. Mereka rasa gah mereka membantu dengan menjayakan partisipasi dalam media web tetapi tidak sedar bahawa kelangsungan hayat UMNO akan bertambah pendek sekiranya HANTU RAYA ini tidak halau.
Berikut pula tulisan Pena-KSJ tentang perkara yang telah dilakukan oleh Blogger Hantu Raya Moden seperti mana yang disebutkan di atas yang jelas membahayakan keselamatan negara kerana melibatkan dokumen rahsia besar :
Wow! Hangat Malaysiakini menampilkan dokumen yang dikira rahsia besar mendakwa mereka berjaya mendedahkan kes salahguna kuasa oleh VC UiTM, Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar melibatkan pemilihan calon biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) lima tahun lalu dengan memberikan biasiswa berkenaan kepada dua orang anaknya.
Apa yang berlaku lima tahun lepas telah di korek kembali oleh Blogger PAU PAU ( Blogger Pau kiri kanan) yang dikira mempunyai niat yang agak pelik dalam merancang strategi untuk menjatuhkan karier Datuk VC UiTM dengan bermatlamat kedudukan jawatan sekarang harus diberi kepadaorang pilihan seperti kemahuan bos yang membayar blogger terbabit untuk membuat kerja-kerja menjatuhkan VC terbabit.
Tiada bukti mengaitkan mereka dengan pendedahan di Malaysiakini,namun cara gerakan saraf dan strategi mereka dengan memberi dokumen paling rahsia untuk siaran artikel di Malaysiakini telah merumuskan bahawa dipercayai dokumen yang melibatkan surat dalaman yang dikeluarkan oleh pihak UiTM kepada Sahol sebagai TNC ketika itu telah didedahkan membabitkan penglibatan orang dalam di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) sendiri.
Masakan tidak, Malaysiakini mempunyai salinan surat dari Badan Pencegah Rasuah (BPR-ketika itu) terhadap siasatan dan keputusan melibatkan isu yang dibangkitkan.
Terlintas di fikiran kita beberapa sebab mengapa ketirisan dokumen paling rahsia itu telah didedahkan di Malaysiakini dan kemudian beberapa blogger Pau Pau turut menyambut isu VC UiTM dalam masa yang sama secara serentak.
Kemungkinan dikalangan Blogger Pau Pau telah menyalurkan maklumat ke Malaysiakini untuk didedahkan kemudian mereka pura-pura tidak tahu dan memuat naik artikel kemudianya di blog masing-masing untuk mendesak siasatan dibuat sedangkan jelas ini satu perancangan yang dibuat untuk mengugut VC UiTM mendapatkan ganjaran sebagai galakan tidak menyiarkan kembali cerita yang telah ditutup lama dan mengugat reputasi.
Tunggu pendedahan beberapa blogger yang membuat analisa dan siasatan terhadap isu ini dan mendedahkan siapa dalang mengeluarkan dokumen kepada blogger Pau Pau ini.
K-MPM said: Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar- ternyata dibebaskan sebarang tuduhan menyalahgunakuasa untuk kemudahan dua orang anaknya…tunggu pendedahan siapa dalangnya…
Harap perkara ini diteliti oleh pegawai di Pejabat YAB Perdana Menteri untuk memastikan tidak ada blogger yang tidak beretika menjadi harapan Umno atau BN kerana mereka ini boleh membahayakan negara dan juga parti tulang belakang Kerajaan sedia ada dengan perbuatan mereka yang dapat kita lihat di atas.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
KUALA LUMPUR 21 Feb. – Sebuah blog, AnwarAIDC hari ini mendedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menandatangani surat lobi pada 2007 supaya kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengutamakan konsep two state solution atau penyelesaian dua negara bagi menyelesaikan konflik Israel-Palestin.
Melalui konsep itu, dunia perlu mengiktiraf penubuhan negara Israel yang sah dan juga Palestin di mana Jerusalem menjadi ibu kota kedua negara dengan kawasan kejiranan Israel akan menjadi milik Israel manakala kawasan kejiranan Arab jatuh di bawah kedaulatan Palestin.
Menurut blog dengan entri bertajuk Bukti Sokong Israel: Annapolis Summit – Anwar Jadi Tali Barut Presiden Bush itu, ketika itu, Anwar merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa International Crisis Group (ICG), sebuah badan antarabangsa tajaan George Soros.
"Dalam mesyuarat ICG di Vancouver, Kanada, pada Mac 2007 yang turut dihadiri Anwar, organisasi itu meluluskan resolusi two state solution dan menggesa negara-negara Islam khususnya dunia Arab membuka hubungan diplomatik dengan Israel sebagai jalan penyelesaian terbaik menamatkan konflik Israel-Palestin.
"Menurut ICG, inilah cara penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan krisis Israel-Palestin seperti mana yang diperakui oleh UN Security Council Resolutions 242 (1967) & 338 (1973), the Camp David Peace Accords (1978), The Clinton Parameters (2000), the Arab League Initiative (2002), dan the Roadmap (2003), the Quartet (UN, US, EU and Russia) iaitu mengiktiraf negara Palestin yang merdeka dan dalam masa sama dunia Islam mengiktiraf negara sah Israel," kata blog AnwarAIDC.
Kata blog itu, resolusi ICG ini dipersetujui oleh kesemua anggota ahli mesyuarat yang hadir termasuk Anwar dan Soros.
Panglima : semalam baru sahaja Panglima bercakap dengan penulis blog AnwarAidc hampir setengah jam. Jarang orang kenal penulis sebenar AnwarAidc dan jarang orang yang hebat seperti beliau boleh merendah diri dan tidak gila harta atau gila pengaruh walau blog beliau menjadi rujukan hampir keseluruhan blogger pejuang alif ba ta.
Kesusahan beliau yang pernah diwar-warkan dalam alam maya membuktikan kecekalannya menempuh ranjau perjuangan walau dihimpit kesempitan kewangan. Alhamdulillah ketika itu ramai blogger menyiarkan kempen membantu AIDC dan ada hasil yang diperolehi. Sehingga ia masih mampu untuk meneruskan perjuangan mencurah minda hingga kini.
Kerana itu Datuk Ahmad Maslan ada sebut blog ini semasa ceramah di Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya minggu lepas di Seri Pacific PWTC. Dengan menyiarkan video dari blog tersebut di hadapan khalayak ramai. Ternyata blogger AIDC terharu dengan penghargaan tersebut kepada blog beliau dalam perbualan kami semalam.
Mari kita jadi blogger yang tidak khianat, jujur, setia, integriti, tabah, rendah hati seperti yang ada dalam konsep gagasan 1Malaysia. Orang hebat akan kekal hebat bila sentiasa mengikut kehendak Allah yang Maha Hebat lagi Maha Kuat.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
1. Pagi ini didedahkan isu VC UiTM yang didakwa salahguna kuasa sehingga anak-anak beliau layak mendapat biasiswa oleh blogger PapaGomo disambut oleh blogger Parpukari. Beberapa dokumen dilampirkan bagi menyakinkan pembaca walaupun kes ini berlaku 5 tahun lalu dan pihak UiTM
2 Ironinya, isu ini mula-mula dibangkitkan oleh portal pro-pembangkang Malaysiakini dan dipercayai bahawa sumber maklumat yang sama juga diperolehi oleh PapaGomo. Ini bermakna wujud PENGKHIANATAN dari kalangan warga UiTM mendedahkan maklumat kepada Malaysiakini DAHULU sebelum disampaikan kepada blogger.
3. Sebenarnya isu pemberian biasiswa ini telah jelas dijawab dan diketahui umum. Setiap biasiswa yang diberikan mesti bersandarkan kepada kelayakan. Jika layak, tiada masalah. Malah kedua-dua anak VC UiTM LAYAK ketika itu.
4. Menurut sumber yang boleh dipercayai, isu ini pun timbul disebabkan oleh sabotaj dalaman UiTM yang berkaitan dengan CMWIS. Tidak perlu disebut nama, tetapi sebenarnya ramai tahu SIAPA yang berbulu gila dengan VC UiTM dan gila kuasa mahukan kembali tampok pemerintahan CMWIS. DAN DIPERCAYAI SALURKAN MAKLUMAT kepada MALAYSIAKINI !!!
5. Kita berharap pihak berkuasa menyiasat pembocoran maklumat yang berlaku kepada Malaysiakini. Ini adalah pengkhianatan kepada kerajaan dan tindakan wajib dilakukan. Takkan nak simpan lagi BIAWAK HIDUP dalam UiTM yang akan rosakkan negara?
Nantikan lagi pendedahan dalang disebalik isu ini :)
Berikut mesej yang disampaikan oleh kawan bernama Azam jika berminat sertai program ini.
Salam.
Pejabat Penyandang Kursi Za'ba UPSI dengan kerjasama Biro Tatanegara JPM dengan ini menjemput tuan/puan ke Sesi Persidangan Meja Bulat: "Tamadun Melayu Pasca Modenisasi" yang akan di pengerusikan sendiri oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohammad spt berikut :
Tarikh: 27 Febuari 2012 Masa : 2.30-5.30pm. Tempat : Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya.
Sila sahkan kehadiran tuan/puan terus kpd saya Azam di talian 0129770412.
Mohon di panjangkan jemputan ini. Terima kasih.
Tempat terhad 300 sahaja.
Keterangan gambar :
Tan Sri Nordin Kardi Penyandang Kursi Za'ba UPSI merangkap penulis tetap di Utusan Malaysia setiap Jumaat (kanan) bersama KP BTN Datuk Raja Arif bin Raja Ali (kiri) dalam satu pertemuan makan tengah hari di Bangi.
Nota : kotak rokok warna merah dalam gambar bukan milik mana-mana tokoh di atas. Harap maklum
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Sebagai rakyat Kelantan Panglima sangat berharap agar Kelantan dapat dimajukan selepas 21 tahun 'menderita' tanpa sebarang hubungan antara Pusat dan Negeri dari sebuah parti yang sama.
Harap kali ini rakyat Kelantan akan TUKAR untuk pastikan tidak ada lagi kemunduran dan pengangguran di negeri paling ramai Melayu Islam di Malaysia itu.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
AIDC – Pada 1 Disember 2006, Condoleeza Rice, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) menyeru kepada semua reformis di dalam dan luar negara bersama-samanya membina satu institusi yang berkesan untuk negara demokratik.
Rice menyatakan perbincangan tentang reformasi di konteks serantau (Timur Tengah dan Afrika Utara) dan penyelesaian konflik Israel-Palestin merupakan agenda terpenting kepada dirinya dan Presiden Bush.
Di samping itu, Rice turut menyebut nama bekas Hakim Mahkamah Agung, Sandra Day O'Conor dan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim sebagai tokoh penting dalam FFF yang akan bekerjasama dengan reformasi-reformasi di kawasan rantau untuk menjayakan agenda pembaharuan.
Catatan matlamat dan hala tuju FFF seperti di atas merupakan salah satu daripada 267 dokumen-dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara AS kepada Government Accountability Project (GAP), yang bertanggungjawab menjaga akauntabiliti pentadbiran kerajaan di AS.
Shelley Walden, pegawai antarabangsa GAP menggunakan saluran Akta Kebebasan Maklumat AS (U.S. Freedom of Information Act – FOIA) dan dia mengambil masa hampir tiga bulan untuk mendapatkan dokumen-dokumen serta menulis laporan tentang badan FFF yang ditaja oleh Jabatan Negara AS itu.
Dokumen-dokumen tentang FFF boleh dilihat di sini
Tentang FFF, baca selanjutnya, artikel bertajuk, "Bukti Sokong Israel : FFF – Anwar Jadi Tali Barut Presiden Bush "
Annapolis Summit 2007
Sebagai mengotakan janji di atas, Rice kemudiannya telah mengendalikan satu persidangan yang dinamakan 'Annapolis Summit atau Annapolis Conference' untuk menyelesaikan konflik Israel dan Palestin.
Persidangan Annapolis itu diadakan pada 27 November 2007, di Akademi Tentera Laut, Annapolis, Maryland, AS yang dipengerusikan oleh Presiden AS, George W. Bush.
Israel diwakili Perdana Menterinya, Ehud Olmert manakala Palestin pula diwakili Presidennya, Mahmoud Abbas.
Menariknya, laman presstv.ir lapor Presiden Abbas adalah proksi AS yang melakukan coup d'etat (rampasan kuasa) apabila Ismail Haniya dari Hamas menang pilihanraya Palestin.
Namun begitu, draf dokumen 'Road map for peace' anjuran Presiden Bush yang bertemakan 'two state solution' telah dibocorkan oleh akhbar Israel, Haaretz, 10 hari lebih awal daripada tarikh sebenar persidangan tersebut.
Bagaimanakah akhbar Israel mendapat maklumat lebih awal berkenaan dokumen sulit resolusi 'two state solution' itu ?
Menurut wikipedia, 'two state solution' merujuk kepada "two states for two peoples…solution envisages the establishment of an independent Palestinian state alongside the State of Israel.
Maksudnya, 'Solusi untuk membentuk Negara Palestin yang merdeka bersama dengan Negara Sah Israel'.
Pembentukan dan pengiktirafan 'Negara Sah Israel' yang menjadi faktor majoriti rakyat Palestin yang diwakili Hamas dan Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei memboikot persidangan tersebut.
Rakyat Palestin bangkit memprotes dan berdemonstrasi menentang agenda 'two state' itu di Semenanjung Gaza.
Manakala Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, mengutuk persidangan itu, dengan berkata "Sokong Annapolis bermakna Sokong Agenda Zionis".
"Kami tidak mengiktiraf wakil yang mengadakan perbincangan di Annapolis, dia tidak mewakili rakyat Palestin, " kata Ismail Haniyeh, Ketua Hamas.
Menurut wikipedia, Annapolis Summit 2007 adalah kesinambungan daripada 'Camp David Accords' yang diusahakan oleh Presiden Jimmy Carter pada tahun 1979, antara Anwar Al Sadat (Presiden Mesir) dengan Menachem Begin (Perdana Menteri Israel), namun usaha ini menemui kegagalan apabila Anwar Sadat telah ditembak mati oleh beberapa kelompok tertentu yang tidak bersetuju gagasan idea tersebut.
Orang yang memainkan peranan di sebalik Camp David Accords ini adalah Zbigniew Brzezinski, yang ketika itu memegang jawatan sebagai Penasihat Majlis Keselamatan Presiden Carter.
Brzezinski yang juga mentor kepada Madeline Albright adalah antara tokoh utama bersama Anwar Ibrahim dalam International Crisis Group (ICG) dan antara pelobi utama Annapolis Summit yang diusahakan Presiden Bush.
Anwar Tandatangan Lobi 'Two State Solution'
Selain terlibat dalam FFF, Anwar juga turut terlibat dalam badan antarabangsa tajaan George Soros, ICG (International Crisis Group).
Anwar dilantik sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa ICG sekitar Jun 2006.
Dalam mesyuarat ICG di Vancouver, Kanada, pada Mac 2007 yang turut dihadiri Anwar, organisasi itu meluluskan resolusi 'two state solution' dan menggesa negara-negara Islam khususnya dunia Arab membuka hubungan diplomatik dengan Israel sebagai jalan penyelesaian terbaik menamatkan konflik Israel-Palestin.
Menurut ICG, inilah cara penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan krisis Israel/Palestin sepertimana yang diperakui oleh UN Security Council Resolutions 242 (1967) & 338 (1973), the Camp David Peace Accords (1978), the Clinton Parameters (2000), the Arab League Initiative (2002), dan the Roadmap (2003), the Quartet (UN, US, EU and Russia) iaitu mengiktiraf Negara Palestin yang merdeka dan dalam masa sama dunia Islam mengiktiraf Negara Sah Israel.
Resolusi ICG ini dipersetujui oleh kesemua anggota ahli mesyuarat yang hadir, antaranya; Lord Patten (Pengerusi bersama), Thomas R. Pickering (Pengerusi bersama), Gareth Evans (Presiden), Morton Abramowitz, Kenneth Adelman, Anwar Ibrahim, Shlomo Ben-Ami, Kim Campbell, Maria Livanos Cattaui, Wesley Clark, Carla Hills, Stephen Solarz, George Soros dan lain-lain.
Rentetan daripada mesyuarat itu, pada 10 Oktober 2007, ICG sekali lagi meneruskan usaha apabila bergabung dengan dua lagi badan pemikir AS iaitu United States Middle East Project (USMEP) dan New America Foundation/American Strategy Program, menghantar surat lobi menyokong usaha Presiden Bush dan Condoleeza Rice supaya diadakan satu rundingan di antara Israel dan Palestin, yang kemudiannya dikenali sebagai Annapolis Summit.
Menurut sourcewatch, USMEP adalah organisasi yang dibentuk oleh Council on Foreign Relations (CFR) pada tahun 1994 untuk membuat kajian khusus tentang Timur Tengah.
Manakala New America Foundation pula merupakan badan pemikir yang berpengkalan di Washington DC yang mendapat tajaan yayasan-yayasan dana Yahudi termasuk Open Society Institute (OSI), Ford Foundation, Rockefeller Foundation dan lain-lain.
Steve Clemons, dari New America Foundation yang turut sama terlibat menandatangani surat sokongan kepada Presiden Bush turut mendedahkan satu-satunya tokoh Islam dari Asia Tenggara yang menyokong Annapolis Summit itu adalah Anwar Ibrahim dari Malaysia.
Bukti pembabitan nama Anwar yang didedahkan oleh Steve Clemons itu, klik di sini dan di sini dan di sini
Nama Anwar Ibrahim diletakkan sebaris dengan JOHN McLAUGHLIN, bekas Timbalan Pengarah CIA.
Kandungan Surat Lobi
Menurut laman prospectsforpeace.com dan druckversion.studien-von-zeitfragen.net. pelobi-pelobi Annapolis Summit (termasuk Anwar Ibrahim) telah menghantar surat lobi kepada Presiden Bush dan Setiausaha Negara Condoleezza Rice yang memuji usaha menjayakan agenda 'two state solution' itu.
Selain itu, pelobi yang diwakili tiga badan, ICG, USMEP dan New American Foundation turut mengesyorkan garis panduan untuk menjayakan agenda tersebut :
1. Matlamat Dua Negara (two-state solution), berdasarkan garis panduan yang pernah dibuat pada 4 Jun 1967, dengan proses pindaan kecil, antara satu sama lain dan dipersetujui bersama seperti yang dinyatakan dalam pertukaran tanah 1:1
2. Jerusalem sebagai rumah kepada dua ibu negara, dengan kawasan kejiranan Israel jatuh di bawah kedaulatan Israel manakala kawasan kejiranan Arab jatuh di bawah kedaulatan Palestin
3. Penyusunan semula The Old City of Jerusalem dengan memberikan hak kepada setiap pihak penguasaan berdasarkan tepat suci masing-masing dan laluan tanpa halangan kepada setiap penduduk tempat tersebut. Nota : Old City merujuk the Temple Mount and its Western Wall for Jews, the Church of the Holy Sepulchre for Christians, and the Dome of the Rock and al-Aqsa Mosque for Muslims.
4. Penyelesaian masalah pelarian secara konsisten dengan penyelesaian dua negara, mengutarakan rasa ketidakadilan mendalam terhadap pelarian Palestin, dan juga memberikan mereka pampasan kewangan dan bantuan penempatan semula
5. Mekanisme keselamatan yang mengemukakan kebimbangan penduduk Israel dan dalam masa sama menghormati kedaulatan Palestin
Persidangan antarabangsa itu perlu termasuk perkara-perkara berikut:
1. Dalam usaha untuk mempertingkatkan keyakinan Israel dalam proses tersebut, negara-negara Arab yang pada masa ini tidak menikmati hubungan diplomatik dengan Israel perlu menghadiri persidangan tersebut.
2. Kami memuji pentadbiran Amerika kerana keputusannya untuk menjemput Syria ke persidangan tersebut; ia perlu diikuti dengan penglibatan sebenar. Kejayaan laluan ini amat penting untuk mengubah landskap serantau. Secara minimum, persidangan tersebut perlu melancarkan rundingan Israel-Syria di bawah naungan antarabangsa.
3. Tentang Hamas, kami percaya bahawa kaedah dialog dengan pertubuhan ini jauh lebih baik daripada pengasingannya ; ia boleh dianjurkan oleh utusan PBB dan Kuartet Timur Tengah. Mempromosikan gencatan senjata di antara Israel dan Gaza mungkin merupakan titik permulaan yang baik.
Penandatangan :
1. Zbigniew Brzezinski, Bekas Penasihat Keselamatan Negara kepada Presiden Jimmy Carter
2. Lee H. Hamilton, Bekas Ahli Kongres dan Pengerusi Bersama Iraq Study Group (Kumpulan Kajian Iraq)
3. Carla Hills, Bekas Wakil Perdagangan A.S. di bawah Presiden George H.W. Bush
4. Nancy Kassebaum-Baker, Bekas Senator (R-KS)
5. Thomas R. Pickering, Bekas Pembantu Utama Setiausaha Negara di bawah Presiden Bill Clinton
6. Brent Scowcroft, Bekas Penasihat Keselamatan Negara kepada Presiden Gerald Ford dan Presiden George H.W. Bush
7. Theodore C. Sorensen, Bekas Perunding Khas dan Penasihat kepada Presiden John F. Kennedy
8. Paul Volcker, Bekas Pengerusi Lembaga Gabenor Sistem Rezab Persekutuan A.S.
Penandatangan Baru pada 10 Oktober 2007
(Penandatangan menandatangani dalam kapasiti individu lebih daripada kapasiti insititusi)
1. Fouad Alghanim, Ahli Lembaga Antarabangsa, USMEP
2. Jodie Allen, Senior Editor Pusat Penyelidikan Pew; Bekas Editor , Outlook Section, Washington Post
3. Harriet Babbitt, Bekas Duta A.S. ke Persatuan Negara-negara Amerika; Bekas Pengarah National Democratic Institute for International Affairs (Institut Demokrasi Kebangsaan untuk Hubungan Antarabangsa)
4. Birch Bayh, Bekas Senator A.S. (D-IN)
5. Shlomo Ben-Ami, Bekas Menteri Luar Israel
6. Stephen Bosworth, Dekan, The Fletcher School at Tufts University; Bekas Duta ke Korea, Filipina dan Tunisia
7. Lincoln Chafee, Felo Pelawat di Institut Kajian Antarabangsa Watson, Brown University; Bekas Senator A.S. (R-RI)
8. Steven Clemons, Felo Kanan dan Pengarah, Senior Fellow & Director, New America Foundation/American Strategy Program (Yayasan Amerika Baru/Program Strategi Amerika)
9. Harvey Cox, Profesor Pengajian Teologi Hollis, Sekolah Teologi Harvard
10. Michael Cox, Professor di London School of Economics dan Pengarah Pusat Kajian Perang Dingin
11. Edward Djerejian, Pengarah, Institut untuk Dasar Awam James A. Baker III, Rice University; Bekas Penolong Setiausaha Negara untuk Hubungan Timur Dekat; Bekas Duta A.S. ke Israel
12. James Dobbins, Bekas Penolong Setiausaha Negara
13. Joseph Duffey, Pengarah Agensi Maklumat A.S.(1993-1999); Penolong Setiausaha Negara untuk Pendidikan dan Budaya, 1977
14. Peter Edelman, Profesor Undang-Undang dan Pengarah Bersama, Ijazah Undang-Undang dan Dasar Awam; Bekas Penolong Setiausaha untuk Perancangan dan Penilaian
15. Gareth Evans, Presiden & CEO, International Crisis Group (Kumpulan Krisis Antarabangsa); Bekas Menteri Luar Australia
16. Leon Fuerth, Bekas Penasihat Keselamatan Negara kepada Naib Presiden Al Gore
17. Philip H. Gordon, Felo Kanan untuk Dasar Luar A.S., Brookings Institution
18. Morton Halperin, Pengarah Eksekutif, Open Society Policy Center; Pengarah Sokongan A.S. , Open Society Policy Center ; Bekas Pengarah Staf Perancangan Dasar, Jabatan Negara A.S., 1998-2001
19. Gary Hart, Kerusi Wirth di University of Colorado; Pengerusi, Council for a Livable World and the American Security Project (Majlis untuk Dunia Yang Sesuai Didiami dan Projek Keselamatan Amerika) ; Bekas Senator A.S. (D-CO)
20. Rita E. Hauser, Bekas Ahli, President's Foreign Intelligence Advisory Board (Lembaga Penasihat Perisikan Luar Presiden)
21. William J. vanden Heuvel, Pengerusi, Emeritus of the Franklin & Eleanor Roosevelt Institute; Bekas Timbalan Wakil Tetap A.S. ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
22. Samuel M. Hoskinson, Naib Presiden Eksekutif , Jefferson Waterman International; Bekas Naib Pengerusi, National Intelligence Council (Majlis Perisikan Negara); National Intelligence Officer for the Middle East (Pegawai Perisikan Negara untuk Timur Tengah) dan Senior National Security Council Staff Officer under three National Security Advisors (Pegawai Staf Kanan Majlis Keselamatan Negara di bawah tiga Penasihat Keselamatan Negara)
23. Joseph Hotung, Pengerusi dan Pengarah Urusan, Ho Hung Hing Estates Ltd., Hong Kong and United Kingdom; Ahli Lembaga Antarabangsa , USMEP
24. Amory Houghton, Bekas Ahli Muda Kongres A.S. (R-NY)
25. Robert E. Hunter, Penasihat Kanan, RAND Corporation; Bekas Duta A.S. ke NATO
26. Robert Hutchings, Diplomat Tamu, Woodrow Wilson School at Princeton University; Bekas Pengerusi Majlis Keselamatan Negara
27. Anwar Ibrahim , Bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia
28. Michael Intriligator, Profesor Ekonomi di UCLA; Bekas Pengarah, UCLA Burkle Center for International Relations (Pusat Burkle UCLA untuk Hubungan Antarabangsa)
29. Robert Jervis, Profesor Hubungan Luar Adlai E. Stevenson di Columbia University; Bekas Presiden, American Political Science Association (Persatuan Sains Politik Amerika)
30. Herbert C. Kelman, Profesor Etika Sosial Richard Clarke Cabot, Emeritus, Harvard University; Bekas Pengarah, Program Analisis dan Resolusi Konflik Antarabangsa, Weatherhead Center for International Affairs (Pusat Weatherhead untuk Hubungan Antarabangsa)
31. Said Khoury, Presiden, Consolidated Contractors International Company S.A.L., Greece; Ahli Lembaga Antarabangsa, USMEP
32. Lawrence Korb, Felo Kanan, Center for American Progress (Pusat Perkembangan Amerika); Penasihat Kanan kepada Pusat Maklumat Pertahanan; Bekas Felo kanan & Pengarah Pengajian Keselamatan Negara di Majlis Hubungan Luar; Bekas Penolong Setiausaha Keselamatan
33. Flynt Leverett, Pengarah, Geopolitics of Energy Initiative and Senior Fellow, New America Foundation (Inisiatif Geopolitik Tenaga dan Felo Kanan, Yayasan Amerika Baru) ; Bekas Pengarah Kanan untuk Hubungan Timur Tengah, Majlis Keselamatan Negara; Bekas Pakar Timur Tengah untuk Setiausaha Negara – Staf Perancangan Dasar; Bekas Penganalisis Kanan, Central Intelligence Agency (Agensi Perisikan Pusat)
34. Daniel Levy, Pengarah, Inisiatif Dasar Timur Tengah, New America Foundation (Yayasan Amerika Baru); Felo Kanan, Century Foundation; Perancang Utama Israeli, Inisiatif Geneva; Ahli Delegasi Israeli, Rundingan Taba
35. Anatol Lieven, Profesor Pengajian Peperangan, Kings College London; Felo Penyelidik Kanan, New America Foundation
36. Fouad Makhzoumi, Pengerusi Parti Dialog Kebangsaan, Lubnan; Ahli Lembaga Antarabangsa, USMEP; Pengerusi, Future Pipe Group; Pengasas Yayasan Makhzoumi
37. Robert Malley, Pengarah Program Timur Tengah dan Afrika Utara, International Crisis Group; Felo Kanan Bukan Residen di USMEP
38. John R. Malott, Bekas Duta A.S. ke Malaysia; Bekas Timbalan Penolong Setiausaha Negara untuk Hubungan Asia
39. Lenore Martin, Profesor Sains Politik, Emmanuel College; Rakan Sekutu, Pusat Weatherhead untuk Hubungan Antarabangsa, Harvard University
40. John McLaughlin, Bekas Timbalan Pengarah Central Intelligence Agency (CIA)
41. John Mearsheimer, Profesor Sains Politik, University of Chicago
42. Everett Mendelsohn, Profesor Emeritus untuk Sains Sejarah, Harvard University
43. Diana Villiers Negroponte, Pengajian Dasar Luar, Brookings Institution
44. William Nitze, Presiden The Committee for the Republic (Masyarakat untuk Republik)
45. Augustus Richard Norton, Profesor Hubungan Antarabangsa dan Anthropologi, Boston University
46. Ayo Obe, Pengerusi Jawatankuasa Pemandu, World Movement for Democracy (Gerakan Dunia untuk Demokrasi); Bekas Naib Presiden, Civil Liberties Organisation (Organisasi Kebebasan Awam), Nigeria
47. Adnan Abu Odeh, Bekas Penasihat Politik kepada Raja Abdullah II dan kepada Raja Hussein Jordan; Bekas Wakil Tetap Jordan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
48. William E. Odom, Leftenan Jeneral (Bersama) Tentera Darat A.S. ; Felo Kanan, Hudson Institute; Profesor Sains, Yale University; Bekas Pengarah Agensi Keselamatan , 1985-1988
49. Hutham Olayan, Presiden & CEO, Olayan America Corporation; U.S.A. Ahli Lembaga Antarabangsa USMEP
50. Christopher Patten, Pengerusi Bersama International Crisis Group; Canselor, University of Oxford; Bekas Pesuruhjaya untuk Hubungan Luar; Bekas Panglima Besar Gabenor British Hong Kong
51. Edward L. Peck, Bekas Ketua Misi A.S. ke Iraq; Bekas Duta ke Mauritania
52. Paul R. Pillar, Profesor Pelawat, Program Pengajian Keselamatan, Georgetown University; Bekas Pegawai Keselamatan Negara untuk Asia Tekat dan Asia Tenggara, Central Intelligence Agency
53. Larry Pressler, Bekas Senator A.S. (R-SD) & Ahli Jawatankuasa Hubungan Luar Senat; Ahli, Majlis Hubungan Luar
54. William B. Quandt, Profesor Politics Edward R. Stettinius, University of Virginia
55. Felix Rohatyn, Bekas Duta A.S. ke Perancis
56. Theodore Roosevelt IV, Pengarah Urusan, Lehman Brothers
57. Richard J. Samuels, Profesor Sains Politik Ford International & Pengarah, Center for International (Pusat untuk Pengajian Antarabangsa) di Massachusetts Institute of Technology
58. Pierre Schori, Ketua Pengarah FRIDE; Bekas Wakil Khas Setiausaha Agung PBB; Bekas Duta Sweden ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa; Bekas Timbalan Menteri Luar, Kerajaan Sweden
59. J. J. Sheehan, Jeneral (Bersara), Kor Marin A.S.
60. Eric Shinseki, Jeneral (Bersara), Tentera Darat A.S.; Bekas Ketua Staff, Tentera Darat A.S.
61. Henry Siegman ,Presiden, US/Middle East Project, Inc.
62. Dimitri K. Simes, Presiden, The Nixon Center ; Penerbit, The National Interest
63. Anne-Marie Slaughter, Dekan, Sekolah Hubungan Awam dan Antarabangsa Woodrow Wilson, Princeton University
64. Stephen J. Solarz, Bekas Ahli Kongres A.S. (D-NY)
65. Henry Steiner, Jeremiah Smith, Profesor Muda Undang-Undang, Emeritus, Harvard Law School
66. Richard Vague, Pengerusi dan CEO Adagio Partners
67. Stephen Walt, Profesor Hubungan Antarabangsa Robert and Renee Belfer Sekolah Kerajaan John F. Kennedy, Harvard University
68. Phil Wilcox,Presiden, Foundation for Middle East Peace (Yayasan Keamanan Timur Tengah); Duta Besar Tugas Khas A.S. ; Bekas Pembantu Khas kepada Setiausaha Rendah untuk Pengurusan untuk Jabatan Negara A.S.; Bekas Pengarah untuk Hubungan Serantau, Biro Hubungan untuk Timur Tengah dan Asia Tenggra, Jabatan Negara A.S.
69. Lawrence B. Wilkerson, Kolonel (Bersara) Tentera Darat A.S. ; Profesor Pamela C. Harriman, Kolej Kerajaan William Mary; Pensyarah Profesor, George Washington University; Bekas Ketua Staf, Jabatan Negara A.S.; Bekas Pengarah, Kolej Perang Kor Marin A.S.
70. Joseph Wilson, Duta dalam Pentadbiran Presiden George H. W. Bush; Penolong Khas kepada Presiden Clinton; Pengarah Kanan untuk Hubungan Afrika, Majlis Keselamatan Negara
71. Timothy Wirth, Presiden, U.N. Foundation (Yayasan PBB); Bekas Senator A.S. (D-CO)
72. Frank Wisner, Bekas Duta A.S. ke Zambia, Mesir, Filipina dan India; Bekas Setiausaha Rendah Pertahanan untuk Dasar; Bekas Setiausaha Rendah untuk Hubungan Keselamatan Antarabangsa; Naib Pengerusi Hubungan Luar , American International Group
73. John S. Wolf, Bekas Ketua Pemantau, Middle East Roadmap, Jabatan Negara; Bekas Duta A.S.
Pisau kata " PAS dah angkat Ehud Barak jadi mursyidul am "
Anwar memang sah mengiktiraf negara Israel dan mahukan keselamatan negara itu terjaga.Manusia sesumpah ini didepan masyarakat barat menyokong Israel,didepan masyarakat Islam dia berlakon semata mata mahukan sokongan.
Akhbar Wall Street Journal yang kononnya telah membuat fitnah terhadap Anwar tidak pula mahu disamannya,jika dilihat daripada trend saman menyaman,pasukan peguam Anwar akan cepat cepat menyaman untuk menutup pihak yang mengancam kedudukannya.
Sokong Israel satu kemestian buat Anwar untuk mendapatkan dana pilihanraya,proksi Yahudi Amerika ini berasakan rakyat Malaysia tidak semuanya yang tahu mengenai sokongan beliau terhadap Israel,maka senang untuk beliau putar belit dan bohong.
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak akan menyaman The Wall Street Journal (WSJ) berhubung kenyataannya mengenai Israel yang disiarkan oleh akhbar itu bulan lalu .
Beliau berkata, ini kerana akhbar itu turut menyiarkan kenyataannya mengenai 'kontinjen' iaitu syarat-syarat sebelum sokongan untuk melindungi keselamatan Israel dibuat. - UTUSAN
Pisau kata " ada video tayang dia tutuh china doll terang terangan dia kata bukan,apa lah sangat dengan kenyataan di wall street tu"
Sebelum ini Azmin Ali telah mengesahkan Umno Bahagian Wall Street terlibat didalam memfitnah Anwar hingga tersiarnya berita di Wall Street Journal.:klik sini
Tindakan Umno menyebabkan Anwar dikritik teruk seluruh dunia kerana fitnah yang jahat tersebut,dalam perkembangan terkini Anwar turut mendakwa tindakan Nik Aziz mengkritik beliau juga berpunca daripada Umno.
Penyokong PKR mengaitkan Nik Aziz dengan Umno apabila Menteri Besar Kelantan ini bersama majlis syura khawarij PAS sepakat untuk meminta penjelasan daripada Anwar. Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Umno sengaja melaga-lagakan hubungan beliau dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila mensensasikan kenyataan kontroversinya yang menyokong sebarang usaha memastikan keselamatan negara Israel.
Menurut Ketua Pembangkang itu, Umno menggunakan media arus perdana untuk menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan penyokong PAS dan umat Islam terhadapnya.
Inilah perangai Anwar,semua dia salahkan Umno,hingga kes tutuh bontot budak pun dia kata perangkap Umno,dia yang nak sedap dia salahkan Umno.
"Mereka hentam Anwar besar-besar dan sekarang mereka nak laga-lagakan saya dengan Tok Guru Nik (Abdul) Aziz.
"Mereja nak laga-lagakan saya buat apa? Saya pergi ke Johor, ada kain rentang tulis kononnya Anwar tak sokong Nik Aziz. Pemuda Umno kata begitu," katanya di sini Isnin malam.mstar
Pisau kata " Pak Anwar,mana jam omeganya?"
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Anwar Ibrahim yang mengadakan pertemuan kira-kira sejam dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sini pagi ini berkata, Mursyidul Am Pas menerima penjelasan beliau berkenaan pendiriannya mengenai kedudukan Israel, yang disiarkan oleh akhbar Wall Street Journal (WSJ), bulan lalu.
Ketua Pembangkang itu tiba di apartmen PNB Darby Park di sini kira-kira jam 9.15 pagi dan keluar sejam kemudian. Turut hadir pada pertemuan itu ialah Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
"Saya menjelaskan kenyataan saya di Wall Street Journal dan saya turut menyebut tentang reaksi Ketua Hamas, Khaled Mashal. Nik Aziz dengar dan faham pendirian saya. Saya sendiri pun faham pendirian Pas yang tegas tentang Israel, " katanya selepas pertemuan Nik Abdul Aziz.
Sejurus selepas pertemuan itu, Anwar menuju ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur. Nampaknya jika benar Nik Aziz menerima penjelasan Anwar sebagai wajar, maka ia sebenarnya sudah memperlekeh kewibawaan Majlis Syura Pas.
Apakah Majlis Syura Pas akan menolak penjelasan Anwar mengenai isu ini! Jika ya, maka ini adalah sesuatu yang serius bagi hubungan Pas dan PKR apalagi Pakatan Rakyat. Isu mengenai Israel dan nasib umat Palestin adalah sesuatu yang menyentuh hati orang Pas kerana perjuangan Pas selama ini adalah menyokong umat Palestin dan menentang kehadiran Israel di bumi Palestin.
Minggu lalu, Nik Abdul Aziz menggesa Anwar, yang juga Ketua Umum PKR agar menarik balik kenyataannya berkaitan dengan Israel, yang disiarkan dalam akhbar WSJ.
Nik Aziz berkata, jika kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman WSJ bagi membersihkan nama beliau.
Selain itu, Anwar menegaskan, dalam kenyataan beliau dalam WSJ, penekanan terhadap syarat-syarat tertentu perlu bagi pembebasan Palestin.
"Saya juga sebut tentang reaksi Ketua Hamas apabila dia melihat kenyataan saya itu. Saya ingin memberi penekanan di sini iaitu prasyarat, pertama undurkan tentera Israel dari Palestin; kedua, hentikan keganasan; ketiga, hentikan kepungan di Gaza dan keempat, Iktiraf Baitulmaqdis.
"Ini syarat-syarat yang saya sebut tetapi media di sini hanya gunakan bahagian pertama iaitu kesediaan mengiktiraf keselamatan Israel tetapi tidak letak kontinjen dan prasyarat," katanya.
Kalau Pas bersetuju dengan pandangan Anwar bermakna hilang lagi agenda perjuangan parti itu terhadap isu keadilan dan kemanusiaan seperti hilangnya perjuangan negara Islam yang beralih kepada negara berkebajikan.
Sebelum ini, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat kenyataan keras tentang haramnya menyokong Israel. Haram menyokong Israel memberi implikasi sebarang kenyataan dari tokoh-tokoh Islam adalah haram. Wallahuallam.
Penang Wasabi..
You are subscribed to email updates from PenangWasabi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pas kata pemecatan Hassan Ali tidak akan memberi kesan yang buruk kepada mereka.
Tetapi dalam masa yang sama geramnya pada Hassan Ali sungguh keterlaluan sehinggakan laman web islam milik mereka menyamakan logo NGO yang diterajui Hassan Ali macam logo setan.
Itu tandanya Pas betul-betul geram kepada Hassan Ali.
Nampaknya Pas sudah mula panas dengan Jati di hari kelahiran NGO itu. Ini kerana Pas tahu kemunculan NGO itu akan memberi kesan yang sangat-sangat tidak baik kepada Pas.
Saya difahamkan NGO itu akan menjadi platform kepada golongan-golongan profesional, ilmuwan, cendiakawan serta ulama-ulama. Dipendekkan cerita, hanya mereka yang berkualiti sahaja yang akan menjadi peneraju utama NGO tersebut. Mereka hendak bina sesuatu yang lain daripada biasa. Tidak akan ada orang-orang yang seperti Mahfuz Omar.
Daripada sosek.....sosek.....yang kedengaran mengatakan beberapa nama besar dalam Pas juga bakal menyertai NGO tersebut. Itulah sebabnya Pas bengang sangat dan awal-awal lagi mereka dah perlecehkan NGO itu.
Hi....hi....hi.....semakin hari saat kehancuran Pas semakin dekat.
Hari ini berlangsung Mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke 114 di Putrajaya.
Mesyuarat dipengerusikan oleh PM. Turut hadir TPM dan KSN.
Tujuan mesyuarat bagi menyeleras dan melicinkan urusan pentabbiran antara pusat dan negeri-negeri.
Tetapi mengapakah tidak ada seorang pun menteri-menteri besar dan ketua menteri pak-khatan rakyat yang menghadiri mesyuarat tersebut pagi tadi ?
Kemana mereka menghilang ? Adakah mereka sudah hilang semangat untuk memerintah ?
Mereka boleh keliling negara untuk berceramah, tetapi tidak boleh hadir mesyuarat bagi membincangkan hal negara, negeri serta rakyat.
Bagaimana nak mentabir negara jika mentadbir negeri pun tak boleh datang mesyuarat ?
Nik Aziz berada di KL dan boleh meluangkan masa untuk berjumpa dengan Anwar Ibrahim pagi tadi. Jumpa Anwar untuk urusan politik boleh pula. Nak datang mesyuarat tak boleh.
Di belakang bukan main lagi tuduh kerajaan Najib zalim,tindas rakyat dan sebagainya. Tapi bila diajak berdepan dalam mesyuarat bayang pun tak nampak.
Malaysiakini semalam melaporkan kenyataan Mahfuz Omar yang mengatakan Haji Hadi bersedia untuk berdebat dengan Datuk Najib.
Seperti yang kita tahu,puak-puak PKR sedang mencanang cerita debat Najib-Anwar.
Tup....tup....tiba-tiba Haji Hadi pula kata dia sedia berdebat dengan PM.
Jika begitu gayanya, ia adalah sesuatu yang tidak kena. Sepatutnya Haji Hadi beri sokongan supaya Anwar berdebat dengan Najib. Bukannya potong jalan untuk dia berdebat pula.
Nampak sangat Haji Hadi tak sukakan Anwar dan nak cantas Anwar.
Berhubung isu debat, sebelum Anwar berdebat dengan Najib apa kata jika diadakan debat di peringkat negeri-negeri yang diperintah DAP, PAS dan PKR terlebih dahulu. Habis peringkat negeri baru dibawa ke peringkat pusat untuk perdebatan Anwar-Najib.
Untuk permulaan kita mulakan di Selangor terlebih dahulu untuk perdebatan antara Khalid Ibrahim dengan Noh Omar.
Setuju ?
You are subscribed to email updates from RBF Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Anwar Ibrahim mendakwa Umno sengaja melaga-lagakan hubungan beliau dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila mensensasikan kenyataan kontroversinya yang menyokong sebarang usaha memastikan keselamatan negara Israel.
Menurut Ketua Pembangkang itu, Umno menggunakan media arus perdana untuk menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan penyokong PAS dan umat Islam terhadapnya.
"Mereka hentam Anwar besar-besar dan sekarang mereka nak laga-lagkan saya dengan Tok Guru Nik (Abdul) Aziz.
"Mereja nak laga-lagakan saya buat apa? Saya pergi ke Johor, ada kain rentang tulis kononnya Anwar tak sokong Nik Aziz. Pemuda Umno kata begitu," katanya di sini Isnin malam.
Beliau berkata demikan dihadapan kira-kira 1,500 penyokong pembangkang pada ceramah penjelasan isu Israel-Palestin di Dewan Beringin, Taman Seri Gombak, di sini.
Baru-baru ini Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menggesa Anwar menarik balik kenyataan menyokong sebarang usaha menjaga keselamatan Israel dalam The Wall Street Journal (WSJ) atau mengambil tindakan undang-undang.
Bagaiman Anwar sekali lagi menegaskan pendiriannya berhubung isu Israel-Palestin adalah selari dengan suara rakyat Palestin mutakhir ini melalui Hamas dan Fatah dengan syarat tentera Israel perlu berundur dari tanah Arab, keganasan dihentikan serta aspirasi dan kewujudan rakyat Palestin dihormati.
"Pendirian saya selari dengan pendirian Hamas dan Fatah. Kalau nak iktiraf Israel, saya katakan prasyaratnya berat. Adakah Israel nak undur, nak serah Baitulmuqaddis?
"Kalau tidak, tak boleh ada hubungan (dengan Israel)," katanya.
Tun Dr. Mahathir Mohamad menolak sebarang keperluan untuk mengadakan sesi perdebatan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, perdebatan itu hanya membuang masa dan tidak mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat negara ini.
"Tiada faedah debat dengan Anwar kerana kita tahu pendiriannya dan dia seperti sesumpah yang boleh bertukar warna pada bila-bila masa saja.
"Apabila dia bersama kaum Cina dia akan menjadi segala-galanya, apabila bersama kaum India, dia akan menjadi seperti orang India dan apabila bersama orang Islam, dia akan bercakap mengenai Islam.
"Apa yang dia dan pengikutnya mahu ialah menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri, jadi saya berpendapat tiada guna dan tak ada faedah (berdebat)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan Perkasa Bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.
Beliau mengulas desakan pembangkang yang mahu Najib berdebat dengan Anwar seperti Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berdebat dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Sabtu lalu.
Turut hadir Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.
Dalam pada itu, ditanya debat antara MCA-DAP itu, katanya, rakyat Malaysia belum bersedia untuk berdebat kerana masih diselubungi sentimen prejudis pada pemikiran masing-masing berbanding rasional sesuatu isu.
"Debat bolehlah seronok orang tengok, tetapi kesan tidak ada. Kalau lakukan tiada kesan ia hanya memburukkan lagi keadaan kerana masing-masing berpegang pada pendirian masing-masing.
"Rakyat Malaysia tidak matang seperti rakyat Amerika. Tetapi di Amerika sekali pun, apabila debat diadakan pada pemilihan Presiden ia hanya menunjukkan kebodohan calon itu," katanya.
Sementara itu, ketika mengulas pertemuan bersama Perkasa, beliau melahirkan rasa kesal dengan keadaan orang Melayu sekarang yang tidak boleh bercakap soal Melayu secara terang-terangan kerana khuatir dicap rasis.
"Jadi, kita kena buat perjumpaan secara rahsia apabila hanya mahu bercakap tentang masalah Melayu.
"Agak menyedihkan dalam negara yang bercakap mengenai kebebasan bersuara dan liberal, tetapi kita tidak boleh cakap langsung mengenai kita sendiri sebab rasis," katanya.
Ditanya kepentingan perbincangan di kalangan orang Melayu setelah berpecah kepada tiga parti, katanya, perkara tersebut sukar direalisasikan kerana ia akan dituduh sebagai rasis.
"Ada sesetengah kata pasal Islam mungkin tidak rasis tapi tidak boleh cakap satu subjek iaitu Melayu," katanya.
Kenapa kamu dipecat? AI : Mahathir takut dengan saya. Kenapa kamu meliwat? AI : Ini semua fitnah UMNO. Apakah benar pelaku dalam video itu kamu? AI : Itu semua kerja UMNO. Tak henti-henti nak malukan saya. Bagaimana kamu boleh berada dalam hotel bersama Eskay? AI : Siapa Eskay? Saya tak kenal. Betul ke apa yang kamu cakap dalam interview dengan WSJ? AI : saya dah saman Utusan Malaysia. Aku tanya betul atau tidak kamu cakap? AI : Masalahnya, Utusan tidak keluarkan apa yang saya cakap sepenuhnya. Aku tanya betul atau tidak? AI : saya cakap lain tapi WSJ lapur lain. Tak sama. Aku tanya, sila jawab ya atau tidak! AI : Umno nak laga saya dengan Nik Aziz. Jawab soalan ringkas saya! Ya atau tidak? AI : Umno samseng. Kereta saya pun umno tendang. Pecah, kemek. Umno hina saya, keluarga saya. Islam menggalakkan perkahwinan lelaki dan wanita. Kalau nak juga buat sama jenis, buat sembunyi-sembunyi sudahlah. Itu hak peribadi. Yang umno dok suka aibkan orang pasai apa? Mereka ada maruah. Saya amat memahami naluri semua manusia. Umno tidak sensitif dengan perkara seperti ini. Sebab itu saya korbankan diri saya. Saya terbuka menerima siapa saja. Cina, india, melayu tiada beza. Barat dan timur sama. Semua agama dan kepercayaan membawa keadilan sejagat. Tiada dikriminasi. Umno jahil. Mereka tidak faham ini semua. Hak asasi individu adalah hak semua penganut agama. Ia tidak boleh dikompromi sama sekali. Apa yang penting kita mesti adil dan perjuangkan hak semua pihak.....
cukup...cukup....cukup... Kata tuhan.
Inilah gambaran perbicaraan mahkamah Ilahi di yaumil-mahsyar kelak, JIKA, Allah jalankan perbicaraan dengan memberi peluang kepada lidah dan mulut manusia sebagai saksi alibi.
Perbicaraan ini pasti tidak akan selesai, jika mulut dan lidah tidak dikunci. Itu sebab tuhan beri peluang kepada mata, telinga, tangan, kaki dan lain-lain untuk jadi saksi mutlak tanpa perlu akuan bersumpah saksi.
Kepada AI, kami rakyat Malaysia memahami masalah saudara!
Gunakanlah kesempatan di dunia ini sebaik mungkin dengan kebolehan lidah kamu untuk membelit, membohong dan merekayasa kerana kemudahan lidah dan mulut ini tidak relevan dan ia akan dianggap kolot dan ketinggalan zaman di padang mahsyar kelak.
Kecoh di kalangan cai-cai PR yang mendakwa Malaysia mempunyai hubungan dagang dengan Israel apabila dua buah kapal dagang iaitu ZIM Atlantic dan ZIM U.S.A. berlabuh di Pelabuhan Kelang...
Mereka seolah-olah cuba menutup pekung Anwar yang membuat kenyataan menyokong Israel baru-baru ini dengan menimbulkan fitnah ini... Mereka berterusan mendakwa bahawa Malaysia menjalankan hubungan dagang dengan Israel dan mendakwa dua kapal tersebut datang terus ke Malaysia dari Israel...
Di sini eXception ingin memberitahu... Memang benar dua kapal dagang itu milik syarikat perkapalan ZIM. Dan memang benar syarikat ZIM itu merupakan sebuah syarikat yang dipegang oleh syarikat Ofer Group yang merupakan pemegang syer terbesar Israel Corporation... Hakikatnya ZIM BUKAN DIMILIKI OLEH KERAJAAN ISRAEL... Walaupun Ofer Group berpangkalan di Haifa, Israel...
Malah...
Dua buah kapal dagang itu bukanlah terus dari Israel menuju ke Malaysia... Hakikatnya... Kapal dagang tersebut hanya membawa barangan dagangan dari negara-negara pengeksport dan dihantar ke negara-negara pengimport... Sebagai contoh Kapal ZIM Atlantic adalah dari Xiamen, China kemudian singgah di beberapa negara termasuklah India, Jerman, United Kingdom, Belgium, Belanda, Cyprus dan termasuklah Israel sebelum kembali semula ke Xiamen...
Hakikatnya kapal ini membawa barang dagangan dari negara lain singgahannya selain dari Israel yang dieksport ke Malaysia...
Jadual perjalanan ZIM Atlantic bagi urusan Import
Jadual perjalanan ZIM U.S.A. bagi urusan Export
Ini sangat jelas blogger-blogger hanjing PR seperti Milo Suam dan Anak Sungai Derhaka memutar belitkan fakta sebenar... Baca sendiri antara kenyataan Anak Sungai Derhaka di dalam blognya...
"Lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana media propaganda United Malays No Otak, Umno menyerang Anwar Ibrahim kononnya beliau menyokong Israel, sepatah kenyataan beliau diputar belitkan siang dan malam.
Namun hakikatnya, ini semua sekadar sandiwara untuk menutup hubungan dagang mereka dengan Israel. Depan rakyat mereka berlagak jadi hero Palestin, berlagak anti Israel untuk meraih undi Melayu, tapi di belakang? Ptuih!"
Anak Sungai Derhaka dengan sengaja cuba memfitnah Kerajaan Malaysia atas niat yang jahat kononnya Kerajaan Malaysia menjalinkan hubungan dagang dengan Israel... Sedangkan hakikatnya kapal dagang tersebut hanyalah sebagai vessel atau pengangkutan barangan yang dieksport dari negara lain selain dari Israel ke Malaysia...
Malah Milo Suam juga tanpa segan silu turut memutar belitkan fakta sebenar...
"Buat pengetahuan anda, kedua-dua kapal Israel ini berlayar terus dari Haifa, Israel ke Pelabuhan Klang. Apa maknanya?"
Malah ZIM Atlantic dan ZIM U.S.A. menggunakan bendera Liberia... Bukan jalur gemilang seperti didakwa oleh Tranungkite...
Bendera Israel kah ini?
Malah jelas sekali dua kapal ini didaftarkan di Monrovia... Adakah Monrovia terletak di Israel??
Di manakah letaknya MONROVIA?? Monrovia terletak di dalam negara Liberia... Bukan Israel... Malah... penggunaan bendera Liberia pada kapal bukanlah satu 'decoy' atau penyamaran... Walaupun menggunakan bendera Liberia, pendaftaran kapal itu masih boleh kita dapati dengan mudah dan mendapatkan negara daftarnya yang sebenar...
Pasti Milo Suam dan Anak Sungai Derhaka akan TERKANTOI apabila eXception tunjukkan jadual perjalanan kapal dagang ini... Seperti mana terkantoinya mereka apabila terbukti tiada penyelewengan berkaitan dengan NFC...
Apapun... Kepada Anak Sungai Derhaka dan Milo Suam, teruskanlah memfitnah... Kerana setiap fitnah anda... Bakal dikantoikan berulang-ulang kali oleh KAMI blogger-blogger pro BN...
Soalan untuk Milo Suam dan Anak Sungai Derhaka... Pelabuhan Kelang tu kat mana? Perak? Pahang? Johor?
1. Ustaz Hassan Basri, mantan Ketua Penerangan Pas Negeri Selangor (2001 - 2003) dijemput hadir berceramah oleh satu badan bebas NGO pada 16hb Februari 2012 di Stadium Mini, Bandar Pusat Jengka, Pahang.
2. Kehadiran sungguh sangat membanggakan yang terdiri dari sama ada penyokong kerajaan dan penyokong pembangkang juga.
3. Oleh kerana beliau telah meninggalkan parti Pas, maka sembutan yang diterima oleh ahli-ahli dan penyokong Pas adalah dengan mengoyakkan dan menjatuhkan poster dan banner yang meraikan kedatangannya.
4. Apakah UMNO, BN lakukan begini kepada poster dan bendera mereka selama ini? Siapakah yang taksub, fanatik dan kurang akal dalam berpolitik? Inikah ajaran Islam yang diajar oleh Pas?
5. Ustaz Hassan Basri sindir Pas supaya jangan butakan hati dan butakan jiwa mereka.
Pada 16 dan 17 Februari 2012, Perdana Menteri melawat negeri Sabah. Semasa merasmi projek mini estate di Lahad Datu, Najib berkata Sabah bukan negeri termiskin tetapi di tengah-tengah antara negeri terkaya dan termiskin.
Sukar untuk Najib menyatakan status sebenar negeri Sabah, miskin atau kaya? Kerana ia kedua-duanya, negeri yang kaya tetapi rakyatnya miskin.
Kata Najib Sabah tidak miskin. Yang miskin ialah Kelantan – kebetulan di perintah parti pembangkang! Itu gimik Najib di Sabah.
Menurut ucapannya, pada 1963, 70% rakyat Sabah masih miskin dan daif. Kenapa 1963? Tahun 1963 adalah tarikh kemerdekaan Sabah setelah tertubuhnya Malaysia.
Negara yang baru merdeka sudah tentu miskin, begitu juga dengan Malaya pada 1957!
Paras Garis Kemiskinan (PGK) di Sabah ialah rakyat yang berpendapatan RM960 sebulan. Lebih kurang 68% rakyat Sabah berada di bawah PGK, menurut Penolong Pengarah Kanan, Unit Bantuan Sosial, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am dalam satu Majlis Sejenak Bersama Media di Ming Garden Hotel, Kota Kinabalu beberapa bulan lalu.
Bermakna selama 49 tahun Sabah berada dalam kerajaan Persekutuan dan pemerintahan BN, kemiskinan Sabah setakat berkurang 2% iaitu daripada 70% kepada 68%!!
Benarkah Kelantan miskin? Saya selalu melawat negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Semasa pilihan raya kecil Manek Urai, selama dua seminggu saya berulang alik dari Kota Baharu ke Manek Urai.
Tanggal 18hb Februari 2012, sehari selepas Najib kata Kelantan negeri yang miskin, saya membuat keputusan untuk melihat dengan mata saya sendiri keadaan rakyat Kelantan.
Saya memandu dengan kereta sewa Proton Waja dari KL ke Kuantan. Saya bertolak sebelah pagi dan sampai Kuantan jam 2 petang. Saya menjemput kawan penulis Zabidi Saidi, sebagai pemandu jalan.
Zabidi kenalan rapat saya. Dia pernah menjadi pemberita Watan selama 3 tahun di Sabah pada 1980an. Dia berasal dari Kemaman.
"Kami suka lepak di Kuantan, kerana setengah jam saja dari Kemaman banding dua jam kalau ke bandar Kuala Terengganu" jelas Zabidi.
Saya terus memandu ke Kemaman, melalui jalan kampung Teluk Kalong, kampung asal MB Terengganu, Datuk Ahmad Said. Di kampung itu, kami singgah sekejap rumah sahabat lama, Haji Khalik.
Rumah atau bungalow Haji Khalik masih baru, dibina di tepi pantai. Besar dan cantik rumah itu. Menurut Zabidi, Hj Khalik dapat balak dari MB dan sekarang kaya raya.
Alhamdulillah.
Di rumah Hj Khalik, saya dijamu makan buah-buahan tempatan. Buah duku dari Terengganu memang manis, lemak dan sedap.
Sebelum sampai ke Kuala Terengganu, kami singgah sekejap di sebuah kilang batik milik sahabat Zabidi di Chendering. Nama pengusaha batik itu, Othman.
Saya mengambil keputusan bermalam di Kuala Terengganu dan mulakan perjalanan ke Kota Baharu esok pagi. Zabidi balik ke Kemaman dengan kereta sewa saya.
Ahad tanggal 19 Februari 2012, jam 11 pagi kami bertolak dari Kuala Terengganu menuju ke Kuala Besut melalui jalan pantai.
Kata Zabidi, jalan pantai bukan jalan utama, dan tidak sibuk sangat.
Saya langsung tidak terasa letih memandu malah menyeronokkan kerana keadaan jalan raya sepanjang sempadan Terengganu dan Kelantan amat baik dan lurus. Kalau memandu di jalan raya antara Kota Belud dan Kudat, kita seperti berada di tengah-tengah lautan dilambung ombak!
Kira-kira jam 1 tengah hari kami tiba di Jertih. Saya singgah di sebuah kilang batik di kampung Dengir, tak jauh dari rumah Datuk Idris Jusoh.
Selepas membeli beberapa helai baju batik, kami teruskan pengembaraan melalui jalan-jalan kampung menuju ke sempadan Kelantan. Berbeza dengan keadaan jalan raya di Sabah, jalan-jalan kampung di sini semuanya bertar dan tidak sempit. Jalan kampong disini sama taraf dengan jalan menuju keSandakan dan Tawau.
Jika ada sesiapa yang pernah memandu di kawasan pedalaman Sabah pasti akan dapat buat perbandingan keadaan jalan rayanya. Kalau tidak menggunakan kenderaan 4WD di kawasan kampong di Sabah pasti akan berkubur kerana jalan raya yang teruk!
Tapi di kawasan Pedalaman Semenanjung, saya tidak pernah jumpa jalan-jalan tanah merah. Atau jalan raya yang rosak teruk. Sepanjang perjalanan melalui sempadan, saya tidak pernah nampak kawasan-kawasan perumahan setinggan atau sebuah rumah yang daif.
Apa yang menarik bila kami tiba di Kelantan, sepanjang jalan itu, rumah-rumah penduduk kampung begitu cantik dan besar.
"Mana orang miskin di Kelantan kata Najib tu Zabidi?"
"Kelantan negeri miskin tetapi rakyatnya kaya" kata Zabidi secara spontan.
Tidak lama kemudian kami tiba di Ketereh. Kami melalui pekan Melor untuk menuju ke sebuah kampung bernama kampung Kedai Piah. Sepanjang jalan kampong hampir semua rumah tepi jalan kampung itu bertaraf bungalow.
"Orang Kelantan ni rajin berniaga, terutama jual makanan, hari-hari dapat cash" Jelas Zabidi lagi.
Di Kampung Piah ada sebuah kilang batik "Yee Batik" yang diusahakan, Mohd Shukri Said, seorang pemuda tempatan. Kilang batik itu agak besar dan moden.
Menurut Shukri dia mula dengan modal RM200 sahaja.
"Masa tu tak ada bank nak bagi pinjam duit. Sekarang hari-hari bank tawar pinjaman. Ada yang nak bagi OD sampai satu juta!. Tapi saya tolak. Cukup modal sendiri"
Selepas menempah beberapa helai baju batik lelaki dan wanita,Shukri jemput saya dan Zabidi minum di sebuah gerai di kampung Serendah Sekebun Bunga. Kampung itu kira-kira 100 meter dari kilang batik Yee.
Pengembaraan seterusnya melalui jalan raya kampung-kampung di kawasan Kok Lanas, Kuala Krai dan Machang begitu mengasyikkan. Hati saya terus berbisik, " Kenapa Najib kata Sabah kaya dan Kelantan Miskin!? PERNAH kah Najib rasa hidup sebagai orang miskin?"
(dipetik dari buku KENAPA SAYA TINGGALKAN UMNO?)
You are subscribed to email updates from MUSLI OLI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Bila Anwar Ibrahim buat kerja bodoh, pengikut bawahannya yang terpaksa cuci segala kekotoran yang tertinggal. Menjadi kewajipan pengikut bawahan, biar betapa busuk sekalipun taik yang dibuat oleh Anwar, mereka tetap akan cuci tanpa soal. Seingat Pakteh, tidak ada taik yang dibuat Anwar dapat dicuci dengan baik malah semuanya gagal dicuci bersih. Mungkin atas faktor itu, BERSIH 2.0 dibuat untuk membersih taik yang Anwar buat. Pakteh dah acapkali sebut taik-taik yang Anwar buat cuma kali ni..fokusnya berbeza kerana pengikut bawahan Anwar cuba memalitkan taik yang Anwar buat kepada UMNO. Betul-betul busuk lagi membusukkan...memang dasar peminat lubang taik
Dek kerana sokongan jitu malah ba'ah setia Anwar kepada Israel, UMNO kini turut dipalit kononnya bersongkol dengan Israel. UPCO mula dimainkan semula walaupun Anwar dah kena hukum kes tipu parlimen, dan terbaru ZIM yang kerjanya berbisnes diputar-belitkan oleh media pro PR. Isu ZIM ini sudah diperjelaskan sekitar tahun 2011 namun disegarkan semula untuk menipu rakyat.
Ada dikalangan rakan blogger memberikan hujah untuk menafikan ZIM U.S.A dan ZIM ATLANTIK itu milik syarikat Yahudi. Carian Pakteh menemukan fakta/data seperti berikut:
Jadi terimalah hakikat ZIM ni ada kaitan dengan Israel.
Sehubungan itu, Pakteh mencabar Jingga 13 untuk membongkar beberapa lagi syarikat yang ada hubungan dengan Israel yang secara terang-terangan beroperasi di Malaysia.
Anda cari fakta dan nilaikan sendiri produk dalam gambar yang Pakteh sertakan dan lihatlah betapa PR kini terdesak untuk mencucui taik yang dibuat oleh Anwar. Sebenarnya Pak menakan sebelah mak saudara adik pupu paklong ayah jiran Pakteh juga mungkin bekerja di salah satu syarikat di atas...apa salah mereka?
Bila rakyat mempertikai isu Israel.....habis segala Syarikat israel dicari...sedangkan asas awalnya...soal politik...soal pengiktirafan kepada kedaulatan Israel........taik yang benar-benar busuk telah dibuat oleh Anwar kali ni...cucilah sebersih manapun....cucilah selama manapun....taik yang busuk itu tetap takkan hilang.....
p/s: Setiap fakta/data perlukan kajian secara terperinci oleh pembaca sendiri dan Pakteh hanya menyenaraikan mengikut fakta/data dari link yang turut pakteh sertakan.
Pakteh ada jiran.... Jiran Pakteh ada anak.... Anak jiran Pakteh yang sulung mesra dipanggil Faris....
Pakteh ada kawan... Kawan Pakteh hari-hari tolong Pakteh... Kawan Pakteh tolong Pakteh meniaga..... Kawan Pakteh tak tolong Pakteh tebang buluh... Kawan Pakteh ada anak... Anak kawan Pakteh yang bongsu mesra dipanggil Faris....
Tapi kali ini... Bukan anak jiran Pakteh yang ingin pakteh kongsikan... Bukan anak kawan Pakteh yang ingin Pakteh ceritakan...
Kali ini Pakteh ingin kongsikan cerita tentang FARIS.. Faris seorang anak kecil yang tabah Faris seorang anak kecil yang kuat semangat
Faris kini derita.. Derita Faris tidak mampu diungkapkan dengan suara...
Dulunya anak kecil ini begitu riang dan ceria Itu dulu... Kini Faris terlantar dihospital.... Mungkin sedikit kisah tentang Faris boleh Pakteh kongsikan..
"Walaupun doktor kata keadaan Faris masih tak byk berubah & paru2 nya masih lagi kritikal namun saya bersyukur kepada Allah kerana masih boleh berinteraksi bersama anak saya Faris.... Selepas saya bancuh susunya & beri pada nurse utk dimasukkan kedalam tiub utk faris, dia membukakan matanya... Kemudian saya pun cuba berinteraksi ngannya
Ayah : Farisss, faris nampak ayah tak? Faris : *angguk (walaupun terlalu lemah anggukkan dia) Ayah : Faris rindu ayah dgn ibu?... Faris : *angguk Ayah : Faris sakit tak? Faris : *diam Ayah : nanti nurse bagi susu supaya faris kuat & sihat ok? Faris : *angguk Ayah : ayah tunggu kat luar dulu ye? Nanti nurse bg susu, lap badan & tukar pampers tau.. ayah datang balik nanti. Kejab je ok? Faris : *diam
Alhamdulillah, faris tunjuk reaksi positif walaupun doktor kata keadaan dia masih membimbangkan.... Bersyukur sgt2 kepada Allah bila dpt berkomunikasi dgn Faris.....
""Sejak 1 Februari, masa itu dia kena sawan dan ada kesan kepada otak. Hari ke empat doktor ambil air tulang belakang dan dia dilaporkan dijangkiti penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH. Ringkasnya, barah darah. Semalam ketika terlantar, dia nampak berupaya menggeleng-gelengkan kepala walaupun doktor kata paru-paru tidak begitu berfungsi dan hati dia bengkak. Doktor hendak dia berehat dan kemudian diberikan ubat tidur," ujar anak kelahiran Jawi, Seberang Prai, Pulau Pinang itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pagi tadi mempengerusikan mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri di Putrajaya. Mesyuarat kali ke-114 itu yang pertama diadakan tahun ini. Turut hadir Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Mesyuarat yang bermula jam 10 pagi itu dihadiri Menteri Besar dan Ketua Menteri serta Ketua Setiausaha Negara dan beberapa menteri kabinet.
Tindakan ini boleh dianggap tindakan biadap sesebuah Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan. Tanpa jawapan yang munasabah ke atas ketidakhadiran Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri ini, CTS menyarankan Kerajaan Pusat mengkaji kembali bentuk tindakan kerjasama di antara negeri-negeri Pakatan Haram ini. Mereka lebih suka berpolitik dan tidak langsung mahu menghiraukan agenda pembangunan Rakyat!
Pertemuan 4 mata di antara Ketua Umum P"Gay"R, Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Dato Nik Aziz Nik Mat berlangsung lebih kurang sejam di Darby Park, Kuala Lumpur. Pertemuan yang disaksikan oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak mencapai apa-apa keputusan seperti yang dijangkakan.
Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak akan menyaman The Wall Street Journal berhubung kenyataannya mengenai Israel yang disiarkan bulan lalu. Anwar Ibrahim juga mengakui bahawa The Wall Street Journal meletakkan kesemua kenyataan yang disebutkan olehnya.
Dato Nik Aziz Nik Mat dan Dato Tuan Ibrahim Tuan Man masih memerlukan masa untuk membuat kenyataan rasmi. Anwar Ibrahim sudah memberi kata dua kepada dua orang "lembu" PAS tersebut. PAS sekarang berada di persimpangan. Mahu tidak mahu terpaksa menjilat kembali kata-kata tegas yang dilemparkan oleh Mursyidul Am PAS dan beberapa orang tokoh PAS yang lain. Itulah PAS. Yang tinggal kenangan hanyalah nama Parti Adat & Sukan.
Anwar Ibrahim telah tiba di Darby Park sebuah hotel dan kondominium mewah pagi ini untuk pertemuan 4 mata. Ini berikutan usaha kedua-dua pihak untuk menjernihkan keadaan berikutan tindakan Dato Nik Aziz Nik Mat yang membuat kenyataan keras meminta Anwar Ibrahim menarik kembali kenyataan beliau yang di buat di dalam Wall Street Journal mengenai sokongan ke atas keselamatan Negara Israel.
CTS menjangkakan pertemuan ini hanyalah sebagai satu babak drama daripada kedua-dua tokoh berkenaan. Dato Nik Aziz pastinya selepas ini mengeluarkan kenyataan sama ada kenyataannya telah dimanupulasi oleh pihak media ataupun UMNO cuba melaga-lagakan beliau dan Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim semalam di dalam MStar, telah menyatakan bahawa UMNO sengaja melaga-lagakan hubungan beliau dengan Mursyidul Am PAS berkenaan apabila mensensasikan kenyataan kontroversinya yang menyokong sebarang usaha keselamatan Israel. Kita layan sajalah drama mereka ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan