Pakatan Rakyat |
Posted: 17 Feb 2012 03:09 PM PST | Rokok Elektronik Meletup: Gigi Tercabut, Muka Terbakar Posted: 17 Feb 2012 06:00 AM PST Berita AFP melaporkan seorang lelaki mengalami kecederaan pada mukanya selepas rokok elektronik yang disedutnya meletup dalam mulutnya. Hal itu berlaku dipercayai berpunca daripada kerosakan kerosakan bateri. Ekoran letupan itu, beberapa batang gigi depan lelaki itu tercabut, secebis lidahnya terputus dan wajahnya turut terbakar teruk, kata pegawai bomba Pensacola, Florida, semalam. "Analogi terbaik adalah hal itu seperti meletakkan botol berisi roket di dalam mulut anda lalu roket itu meletup," kata Ketua Bahagian Jabatan Bomba North Bay, Joseph Parker.
Pegawai bomba tidak mendedahkan identiti mangsa berikutan polisi jabatan itu, tetapi laman Facebook di bawah nama Tom Holloway, 57, dipenuhi dengan pengunjung yang memberikan komen tentang kecederaan itu dan pencarian di pangkalan data menunjukkan alamatnya pada laporan di jabatan bomba berpadanan dengan namanya. Holloway berada di pejabat di kediamannya apabila alat itu meletup menyebabkan kusyen kerusi, gambar, permaidani dan alatan pejabat terbakar. -DCM | Kerana Cemburu, Lelaki Gay Racun 15 Lelaki Posted: 17 Feb 2012 04:30 AM PST Jakarta Post melaporkan pihak polis di Nganjuk, Jawa Timur menyiasat satu kes pembunuhan yang melibatkan seorang lelaki yang mengaku menggunakan racun tikus terhadap 15 lelaki. Tindakannya itu menyebabkan empat kematian. Semuanya gara-gara perasaan cemburu. Ketua Presint Nganjuk, Komisioner Kanan Adjutan Anggoro Sukartono berkata, Mujianto 24, dari Kampung Jatikapus, Terokan, Kediri, Jawa Timur, mengaku melakukan jenayah itu kerana dia cemburu dengan teman lelaki pasangan gaynya. Mujianto menemukan nama rakan-rakan lelaki kekasihnya dalam telefon bimbit kekasihnya Joko.
"Hari ini, dia sekali lagi mengaku di hadapan pihak media yang dia membunuh 15 lelaki kerana dia rasa mereka mempunyai hubungan dengan kekasihnya, Joko," katanya. Tambahnya lagi, pihak polis masih menyiasat pengakuan yang telah dibuat. Pembunuhan yang melibatkan teman lelaki cemburu, pernah berlaku sebelum ini di Indonesia. Very Idham Henyansyah atau Ryan, dijatuhkan hukuman mati pada 6 April 2009 kerana membunuh sekurang-kurangnya 10 orang. Ryan merompak mangsa sebelum membunuh mereka dan menanam mereka di halaman rumah ibu bapanya di Jombang, Jawa Timur. -DCM | Posted: 17 Feb 2012 03:30 AM PST Melayu mudah lupa. Malaysia pernah membenarkan kapal dagang Israel berlabuh di Pelabuhan Klang sekitar Mei dan Jun 2010. Keterangan tentang hal ini seperti yang dilaporkan oleh TV9 dan Bernama ada dinyatakan pada ruang info video di atas. Blog Milo Suam pula hari ini mendedahkan dua buah kapal dagang Israel sedang berlabuh di Pelabuhan Klang. Pada 16 Febuari 2012 (semalam), dua buah kapal milik syarikat perkapalan Israel,iaitu ZIM USA dan ZIM Atlantic dilihat menurunkan ratusan kontena di Pelabuhan Klang (Westport). Aktiviti pemunggahan kargo itu jelas membuktikan hubungan dagang antara Malaysia dengan Israel. Sambung baca di sini. Melayu, terutama Melayu UMNO, jangan mudah lupa! | Kalau "Takut Bini", Mengapa Pergi Premis Hiburan? Posted: 17 Feb 2012 01:00 AM PST Saya petik: [Kosmo] PUCHONG - Seorang pemilik bengkel yang mempunyai perangai 'takut bini' sanggup mencederakan diri dan cuba merasuah polis dengan harapan dia tidak ditahan sekali gus dapat menutup tembelangnya mengunjungi premis hiburan daripada pengetahuan isterinya. Bukan itu sahaja, lelaki itu turut memarahi anggota polis yang membuat serbuan sebelum berlari ke sana sini. Dia juga cuba mencederakan dirinya dengan memecahkan botol-botol arak dan hendak merasuah RM150 kepada polis agar dia dilepaskan kerana bimbang akan dimarahi isteri jika kegiatannya terbongkar. Bagaimanapun, tindakan lelaki berusia 35 tahun itu langsung tidak memberi kesan kepada sepasukan polis dari Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman yang menyerbu premis berkenaan di Bandar Puteri di sini pada pukul 12.30 pagi semalam. Ketua Unit D7 Bukit Aman, Asisten Superintendan Shahrul Nizam Jaafar berkata, untuk meredakan keadaan, pihaknya terpaksa menahan lelaki itu mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam. "Ketika serbuan dibuat, dia sedang minum arak bersama seorang rakannya dan bertindak agresif apabila pemeriksaan dibuat. "Pada awalnya, rakannya cuba menenangkannya namun gagal apabila dia mula hilang kawalan," katanya ketika ditemui di sini semalam. P/s: Macam-macam gelagat manusia! | "Ustaz" Tua Dicekup dengan Wanita Muda Posted: 16 Feb 2012 11:00 PM PST Saya petik: [SH] PERMATANG PAUH – Seorang pengarah syarikat produk makanan yang juga kakitangan awam sebuah syarikat pelabuhan bergelar ustaz dicekup kerana bersekedudukan dengan seorang wanita bukan muhrim di sebuah rumah dekat Pangsapuri Pesona, di sini, petang semalam. Serbuan ke atas rumah yang terletak di Blok A pangsapuri itu dilakukan Biro Keselamatan Persatuan penduduk Pangsapuri Pesona, kira-kira jam 6 petang selepas menerima aduan daripada jiran tetangga. Sinar Harian difahamkan, lelaki berusia lingkungan 50-an itu sudah berkahwin dan mempunyai anak dan tinggal di Lunas, Kedah. Difahamkan juga, rumah di pangsapuri itu dibeli dari seorang doktor kira-kira dua tahun lalu hanya dijadikan sebagai tempat persinggahan. Sementara itu, wakil biro yang hanya mahu dikenali sebagai Lan berkata, intipan sudah dibuat ke atas rumah berkenaan sejak setahun lalu selepas pihaknya banyak menerima aduan daripada jiran lelaki berkenaan. Menurutnya, lelaki itu didakwa menggunakan tiga kenderaan berbeza setiap kali singgah ke pangsapuri itu, selain mendakwa setakat ini kira-kira enam wanita berlainan dibawa masuk ke rumah berkenaan. "Ketika serbuan dilakukan, lelaki itu enggan memberi kerjasama dan hanya membuka pintu selepas kira-kira 20 minit diketuk. Apabila pintu dibuka, dia hanya berkain pelekat dan berbaju, manakala wanita itu pula sudah menanggalkan tudungnya. "Pada mulanya, dia memberitahu bahawa wanita berusia lingkungan 20-an itu adalah anaknya. Tetapi, apabila pemeriksaan dilakukan ke atas kad pengenalan kedua-dua mereka mendapati sebaliknya. Dia kemudiannya menukar kenyataan pula dengan mengatakan wanita itu anak saudaranya dan memberi alasan mahu memberikan gula kepada wanita itu," katanya. Dalam pada itu, ibu wanita berkenaan yang tiba tidak lama kemudian dilihat terkejut dengan situasi yang berlaku dan mengakui lelaki itu adalah anak angkatnya. Pengerusi Kariah Masjid Timah, Ibrahim Talib turut hadir bagi memberi nasihat kepada pasangan berkenaan. Kedua mereka kemudiannya diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya. P/s: Kalau k**** dah gatal, terlebih power, kahwinlah 2,3,4 jika boleh berlaku adil dan mampu dari segi kewangan. | Malek Noor yang Pernah Mengaku 34 Tahun Tidak Beribadat Sebelum Dapat Hidayah, Kini Mahu Berkahwin Posted: 16 Feb 2012 10:07 PM PST Saya petik: [Mstar] PETALING JAYA: Bekas juara bina badan Asia, Datuk Malek Noor akan menamatkan zaman bujangnya dengan seorang doktor pakar.
P/s: Alhamdullilah | Kerana Iktiraf dan Beri Ijazah Kehormat kepada Rosmah, Universiti Curtin Dikritik Hebat di FB Posted: 16 Feb 2012 09:31 PM PST Saya petik: [KD] KUALA LUMPUR 16 Feb: Laman Facebook Universiti Curtin dihujani pelbagai komen tidak puas hati dari sebilangan rakyat Malaysia, ekoran tindakan universiti itu menganugerahkan Ijazah Doktor Kehormat kepada isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Setakat berita ini ditulis, terdapat hampir 28,000 pengguna Facebook menyukai laman berkenaan dan mereka meneruskan kritikan bertalu-talu terhadap Rosmah dan Universiti Curtin. Universiti di Australia yang turut mempunyai cawangan di Sarawak dan Singapura itu sebelum ini menganugerahkan ijazah Doktor Kehormat Persuratan kepada Rosmah, kononnya sebagai mengiktiraf daya usahanya dalam pembangunan pendidikan terutama pendidikan kanak-kanak menerusi program Permata Negara. Program Permata Negara yang baru memasuki usia tiga tahun telah membelanjakan kira-kira RM211 juta wang rakyat. Rosmah, baru-baru ini sekali lagi menimbulkan kemarahan rakyat apabila dikatakan membelanjakan RM323,000 bagi membeli 61 helai pakaian daripada butik eksklusif Carl Kapp semasa percutiannya ke Sydney, Disember tahun lalu. Pendedahan itu dibuat menerusi kolum yang ditulis oleh Andrew Hornery mengenai Rosmah yang disiarkan akhbar Sydney Morning Herald. Selain itu, beliau sebelum ini turut didakwa membeli cincin berlian berharga RM24 juta, dan beg jenama mewah Birkin yang mencecah ratusan ribu ringgit. Berkaitan: Curtin mohon maaf iktiraf Rosmah wanita pertama [MK] Universiti Curtin di Australia memohon maaf kerana merujuk kepada Datin Seri Rosmah Mansor sebagai wanita pertama Malaysia, apabila mengumumkan bahawa isteri perdana menteri itu akan dianugerahkan dengan ijazah Doktor Kehormat Persuratan. Dalam satu kenyataan hari ini naib canselor universiti itu, Jeanette Hacket, berkata Curtin mengambil perhatian berhubung bidasan orang ramai atas pemberian ijazah berkenaan dan juga mengenai penggunaan istilah "wanita pertama". "Kami juga mengakui penggunaan istilah 'wanita pertama' mungkin menyinggung sesetengah pihak dan kami memohon maaf mengenainya. "Kami tidak lagi akan menggunakan istilah itu dan telah menerbitkan semula kenyataan media kami dengan perubahan yang dibuat itu," kata Hacket. Kenyataan itu dipaparkan pada laman web rasmi universiti itu di Facebook. Sebelum ini, warga maya, khususnya dari Malaysia yang tidak berpuas hati telah membuat bantahan dan mencemuh Curtin. Mengenai kritikan sama ada Rosmah layak dianugerahkan ijazah Doktor Kehormat Persuratan, Hacket berkata bahawa universiti berkenaan tetap dengan pendirian mereka. P/s: Amat memalukan! | [KANTOI] Dr Dzulkefly Ahmad Dakwa Najib TEMBERANG Fasal Defisit Negara Posted: 16 Feb 2012 08:30 PM PST Saya petik: (Harakah Daily) - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta tidak temberang kepada rakyat dengan mengatakan defisit negara telah turun kerana inilah salah satu punca kenapa Greek bankrap. Ini kerana, pengumuman Najib bahawa defisit negara turun dari 5.6 tahun 2010 ke 5.0 % dalam tahun 2011 adalah tidak benar. "Suka PAS dan Pakatan ingatkan Najib, negara Greek bankrap kerana berbelanja besar melalui cara off-budget atau off-balance sheet sebegini," kata Dr Dzulkefly Ahmad kepada Harakahdaily. "Kerajaan BN berbelanja bukan sahaja menggunakan peruntukan dalam bajet tetapi juga sebagai perbalanjaan di luar bajet atau perbelanjaan off-balance sheet, dalam bentuk contingent liablities – hutang pihak GLCs (IMDB, SPNB, PTPTN dll) yang dijamin (underwrite) kerajaan Pusat. "Ini tidak termasuk dalam perkiraan defisit tetapi tetap menjadi hutang awam atau hutang kerajaan Pusat ketika mereka gagal membayar dan sekaligus akan di'bailout' oleh kerajaan Pusat," kata Dr Dzulkefly Ahmad yang juga ahli Parlimen Kuala Selangor. Beliau yang juga AJK PAS Pusat dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mengulas kenyataan yang dinyatakan Najib melalui Twitternya hari ini. Beliau yakin, isu ini bakal menjadi laporan utama media BN esok. "Setelah laporan pertumbuhan 5.2% dalam suku-4 tahun 2011 mengisi dada akhbar arus perdana, esok pengumuman PM Najib tentang penurunan defisit fiskal yang dalam Twitternya hari ini akan mengisi muka depan akhbar media-BN esok. "Beliau gembira kerana defisit turun dari 5.6 tahun 2010 ke 5.0 % dalam tahun 2011," kata Dr Dzulkefly kepada Harakahdaily. Dr Dzulkefly mengingatkan agar Najib jangan terlalu gembira kerana penurunan defisit itu 'tidak defisit sebenar. Angka defisit sebenar adalah jauh lebih besar sekaligus angka defisit fiskal juga berada pada peratus lebih tinggi nisbah KDNK, katanya. Beliau merujuk laporan Kementerian Kewangan yang melaporkan hutang 'contingent liabillities' sudah ke paras RM97 bilion. "Pertama hutang awam sebenarnya bukan RM456 bilion atau 53.5 % KNDK tetapi sudah pun melepasi 63 % KDNK atau melepasi had hutang yang dizinkan oleh Akta Pinjaman Kerajaan (1983) yang menghadkan pinjaman kerajaan pusat (dalam negara, bukan hutang luar) terhad pada paras 55 % dari KDNK. "Maka pada hakikatnya Kerajaan BN-Najib sudah melepasi had 55 % KDNK! "Sebab itu, The Eddge FinancialDaily hari Isnin membawa laporan muka depannya dengan tajuk hutang awam sudah tidak lagi 'sustainable' atau tidak mapan (lestari)," katanya dalam kenyataan itu. Bagi beliau, Najib sekali lagi mahu 'mengelabui' mata rakyat dengan defisit fiskal (kewangan). Katanya, memang sudah 13 tahun kerajaan BN terus-terusan berbelanja besar lantas berhutang besar..samada masa mewah dengan tidak menabung dan semasa ekonomi lembap dengan alasan mengepam ekonomi –pump-priming..wirid biasa mereka! "Kini Najib jangan nak temberang rakyat lagi dan perlu segera menguruskan kewangan negara dengan berhemah dan mapan seperti yang ditegur dan dikritik oleh Laporan Ketua Audit Negara!" kata beliau. Beliau meminta Najib menerima hakikat bahawa negara berdepan dengan dunia yang menguncup dan tidak menentu, maka adalah mustahak untuk menentukan keutamaan dalam berbelanja dan meringankan keperitan dan beban rakyat..."dan tak payah nak mengelabui mata rakyat lagi!" | Dr Asri SINDIR Orang Politik Mempergunakan AGAMA untuk Kepentingan Diri, Siapa Lagi Kalau Bukan... Posted: 16 Feb 2012 08:00 PM PST Saya petik: [TMI] KUALA LUMPUR, 17 Feb — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Zainul Abidin menegaskan pemimpin parti politik perlu "memisahkan" agama dari politik agar kesucian sesuatu agama itu terjamin dan dihormati. Dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider, Asri berkata pemimpin politik sering mempergunakan agama untuk kepentingan sendiri semata-mata mahu menyelamatkan diri dan menghalang kebenaran. "Saya tidak menyokong pemisahan agama dari politik tetapi saya menyokong memisahkan agama dari penyalahgunaan golongan politik. "Lebih elok politik yang berpisah dari agama dibandingkan politik yang mempergunakan agama," katanya. Jelas beliau (gambar), sesuatu agama akan dipandang serong sekiranya ia dipergunakan pihak tertentu. "Sebab itu amatlah merbahaya apabila agama itu telah menjadi senjata mereka yang pandai berbicara untuk kepentingan kuasa dan diri. Hakikat Tuhan akan disalahertikan oleh manusia. "Ajaran kebenaran akan dipandang serong. Manusia akan kecewa dengan ajaran Tuhan yang dianggap tidak memenuhi panduan keadilan dan rahmat. Sebab itu agama Islam ini tertegak atas fakta dan hujah. Bukan khayalan dan mimpi," katanya. Tambah Asri, pemimpin politik seharusnya sedar dan tidak lagi menjadikan agama sebagai "mangsa" dan "alat" untuk tujuan peribadi. "Maka tidak hairan jika melihat nama Tuhan sering dipergunakan oleh ahli politik, ahli perniagaan, bomoh, ustaz, penjenayah, perasuah dan segala jenis manusia yang berkepentingan. "Dalil-dalil diputar dan dipusing agar dapat menjelma dalam rupa reka kehendak yang berbicara. Ia bukan hanya berlaku dalam kalangan umat Islam sebaliknya semua agama," katanya. Dalam kenyataan itu, beliau turut menyentuh mengenai seorang pemimpin yang baru dipecat keanggotaan dari sebuah parti — merujuk kepada Datuk Dr Hasan Ali, yang bangkit memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu. "Saya juga lucu apabila ada seseorang berceramah tentang perjuangan murninya setelah dipecat ialah membela Islam, Melayu dan raja-raja Melayu sedangkan Melayu tidak semestinya selari dengan Islam demikian juga raja. "Jika Islam diyakini syumul, membela Islam bererti terbela segala bangsa, raja dan rakyat. Namun apabila Islam dipergunakan, Islam dinodai untuk tujuan tersendiri. Bagaimana dengan rakyat bawahan seperti kita?" katanya. Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat awal Januari lalu, akan menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dinamakan "Jati" untuk meneruskan agendanya memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu. P/s: Hanya orang yang "buta" tidak nampak niat sebenar HA. | Posted: 16 Feb 2012 06:50 PM PST Saya petik: [HM] KUALA LUMPUR: Gara-gara gambar bogel palsunya tersebar di laman sesawang hiburan tempatan, pelakon utama filem Karipap-Karipap Cinta, Noor Melia Aimiellia Zaidi atau Melia, 18, diugut mahu dicederakan. Melia ketika dihubungi di sini, semalam berkata, gara-gara gambar palsu terbabit, ada antara saudara-maranya mengugut mahu memukulnya sekiranya didapati gambar itu benar dirinya. "Saya tidak tahu menahu mengenainya sehinggalah pagi tadi (semalam) ada pihak produksi memberitahu mereka tidak dapat mengambil saya berlakon kerana bimbang digam stesen televisyen gara-gara gambar bogel dan klip video selama 30 minit sudah tersebar. "Kebetulan saya baru habis penggambaran drama Titisan 13 episod untuk RTM, dan sudah tentu kenyataan ada stesen televisyen mahu 'gam' saya cukup membimbangkan," katanya. | Warga Emas Berahi Didakwa Rogol Wanita Balik dari Sawah Posted: 16 Feb 2012 06:15 PM PST Saya petik: [HM] KENINGAU: Seorang wanita yang baru pulang mengerjakan sawah bukan saja diacu parang di leher sebelum dirogol, malah turut diugut akan ditembak mati menggunakan senjata api bakakuk dalam kejadian sebuah kampung di Sook, di sini, 10 Februari lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa berusia 39 tahun yang trauma dengan kejadian itu, akhirnya membuat laporan polis, kelmarin, selepas didesak suaminya.
Secara tiba-tiba suspek terus memeluk mangsa daripada belakang termasuk mengacukan parang ke leher supaya tidak melawan atau melarikan diri.
Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Zahari Mohamed ketika dihubungi mengesahkan mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Keningau, lima hari selepas kejadian itu berlaku.
"Sebaik menerima maklumat, sepasukan polis bergegas ke rumah lelaki terbabit dan suspek berjaya diberkas kira-kira jam 6.35 petang, hari sama," katanya.
| Posted: 16 Feb 2012 05:50 PM PST Saya petik: [HM] KUALA LUMPUR: Lapan jam masa diambil sekumpulan doktor Hospital Gleneagles bagi menyambung semula pergelangan tangan kiri seorang pengurus syarikat insurans yang terputus selepas ditetak seorang lelaki yang cuba menyamunnya dalam kejadian di Jalan Ampang, malam 3 Februari lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam itu, mangsa yang berusia 40-an dalam perjalanan untuk bertemu rakan di sebuah restoran memberhentikan keretanya sebaik tiba di tempat kejadian selepas melihat sebuah kereta Perodua Kancil dinaiki dua lelaki dan seorang wanita mengalami kerosakan dan menawarkan khidmat untuk membantu.
Mangsa sempat melarikan diri dengan masuk semula ke dalam keretanya sebelum memandu ke Hospital Gleneagles sejauh kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian dalam keadaan tangannya berlumuran darah. Pakar Trauma, Bedah dan Mikro Surgeri hospital berkenaan, Dr R Palani yang mengetuai pembedahan itu, berkata dia bersama seorang lagi doktor bersama-sama dua jururawat, seorang pembantu perubatan dan pemandu ambulans mengambil masa setengah jam untuk mencari tangan mangsa yang tertinggal di kawasan kejadian.
Menceritakan kejadian itu, Dr Palani berkata, sebaik menerima panggilan telefon daripada rakan setugasnya di wad kecemasan mengenai keadaan mangsa, dia bergegas ke hospital.
Dia berkata, melihat keadaan itu, mereka menghubungi polis dan meminta pasukan keselamatan itu mengesan tangan mangsa yang terputus di pergelangan tangan.
| Posted: 16 Feb 2012 04:58 PM PST Saya petik: [HM] KUALA LUMPUR: Angkara cemburu buta, seorang pelakon, Balkisyh Semundur Khan, 25, bukan saja ditampar, kepalanya dihentak pada almari malah turut dicekik suaminya berusia 28 tahun di rumah mereka di Wangsa Maju, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, pelakon yang membintangi filem Diva selain tercalon sebagai pelakon harapan wanita pada Festival Filem Malaysia ke-20 itu bernasib baik apabila melarikan diri dari rumah sebelum membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, di sini.
Pelakon berkenaan dikatakan baru menamatkan sesi penggambaran drama bertajuk Landasan Cinta yang akan ditayangkan pada 25 Februari ini menerusi slot Samarinda di TV3.
"Namun, selepas mengetahui kebenaran, suami kembali bertenang dan kami berdua berbaik semula," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai kisah cemburu buta suaminya itu sejak berumah tangga pada 2007.
"Mangsa bertanyakan punca kejadian itu, tetapi dijawab dengan tamparan dan wanita itu cuba menolak suaminya dalam usaha melepaskan diri.
Sumber berkata, mangsa kemudian cuba mengambil telefon bimbitnya namun dicekik suaminya itu.
|
Posted: 17 Feb 2012 03:09 PM PST Fitnah Umno yang mengatakan bahawa harga penjualan tanah Bayan Mutiara pada tahun 2010 kepada pemaju swasta dengan harga RM240 kaki persegi atau harga penjualan keseluruhan berjumlah RM1.07bilion, adalah 50% lebih rendah daripada harga pasaran iaitu RM420 kaki persegi dan dijual tanpa tender terbuka. Malah kedua pemimpin Umno tersebut mendakwa Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memandang rendah kepada rakyat tempatan dengan melantik HDB Singapura sebagai pakar perunding untuk projek perumahan mampu milik Kerajaan Negeri di Batu Kawan. Menurut LGE, apa yang tidak didedahkan ialah harga yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dimana penilaian yang disediakan oleh Jabatan Penilaian sebelum itu adalah RM65 kaki persegi. LGE menjelaskan, apabila Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk menjual tanah Bayan Mutiara seluas 102.3 ekar (67.5 ekar tanah dan 35 ekar tanah tebus guna melalui tambak laut) melalui tender terbuka pada tahun 2010, satu harga rizab sebanyak RM200 kaki persegi telah ditetapkan. Menurutnya lagi, harga rizab sebanyak RM200 kaki persegi adalah tinggi telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri pada 7 April 2010 sungguhpun Jabatan Penilaian Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan pada 5 November 2009 menganggarkan harga penilaian adalah sebanyak RM65 kaki persegi. Keputusan berani Kerajaan Negeri dibuktikan tepat dan benar apabila harga tender terbuka yang diterima apabila tender ditutup pada 31 Disember 2010, yang paling tinggi adalah sebanyak RM240 kaki persegi atau RM1.07 bilion. Dakwaan Umno bahawa harga pasaran adalah RM420 kaki persegi adalah satu pembohongan yang sangat jelas. Lim Guan Eng mencabar Umno supaya membeli 102.3 ekar tanah tersebut dengan harga RM420 jika itu adalah harga pasaran yang dituntut oleh UMNO. Tender terbuka tanah Bayan Mutiara telah diiklankan di dalam akhbar pada tahun 2010. Ini menafikan dakyah Umno yang mendakwa ianya dibuat tanpa tender terbuka. LGE turut menyatakan telah mendapat surat sokongan daripada salah seorang arkitek terkemuka di Malaysia, Raja Dato Kamarul Bahrin Ahmad Shah semalam, menyokong dan bersetuju dengan keputusan Pulau Pinang melantik HDB Singapura sebagai pakar perunding kerana mereka mempunyai trek rekod yang terbaik dalam pembinaan rumah mampu milik Kualiti dan Penyampaian adalah penting untuk perumahan mampu milik. RM500 juta yang diperolehi daripada keuntungan penjualan tanah Bayan Mutiara digunakan untuk perumahan mampu milik di tanah besar dan pulau. Projek pertama di Batu Kawan yang terdiri daripada 12,000 unit di atas tanah 200 ekar yang akan dibina dalam tempoh 10 tahun. LGE sanggup meletakan jawatannya sebagai Ketua Menteri jika Umno mampu membuktikan penjualan tersebut dibuat tanpa tender terbuka. Beliau mencabar Zainal Abidin Osman dan Abdul Rahman Dahlan berundur dari arena politik sekiranya mereka gagal membuktikan dakwaan mereka tersebut. |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan