Jumaat, 17 Februari 2012

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Razlan's

Posted: 16 Feb 2012 11:35 PM PST

Razlan's


Nik Aziz : Jilat Air Liur Sendiri?

Posted: 16 Feb 2012 05:06 PM PST

Nik Aziz akrab dengan Sekutu yang sanggup mati kalau
"Malaysia Negara ISLAM"
Beberapa hari yang lepas, Nik Abdul Aziz telah memberika kata dua kepada Anwar Ibrahim agar menarik kembali kata-kata "Menyokong Israel" atau "Menyaman WSJ".

Hari ini, kedua-dua kata itu telah di tolak oleh Anwar,

Anwar tidak mahu menarik balik kata-kata beliau dan juga tidak mahu menyaman WSJ.

Setakat artikel ini ditulis, tidak ada apa-apa kenyataan dan Musridul Am Pas ini berkaitan dengan KATA DUA yang telah diberikan kepada Anwar Ibrahim.

Adakah Nik Abdul Aziz akan menjilat air liur beliau sendiri ataupun mengambil tindakan terhadap Anwar Ibrahim ?

Apakah yang kamu jangkakan?

Jangkaan saya, Nik Abdul Aziz akan menjilat semula kata dua beliau dan juga akan berbaik semula dengan Anwar Ibrahim yang telah terluka hati akibat dari kata dua Nik Abdul Aziz tempoh hari.

Masa depan politik beliau dan Anak beliau hari ini bergantung kepada Anwar Ibrahim. bukan lagi bergantung kepada PAS.

bersama kita nantikan apakah wayang kulit PR dalam isu ini... penjualan MURAH maruah ISLAM akan berlaku lagi ...





Petikan Artikel dari AgendaDaily....



Harap Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak marah kalau kita nobatkan beliau sebagai Maharaja Lawak minggu ini.

Ini kerana ramai yang gelak sampai naik bengong bila membaca komentar terbarunya mengenai kata dua Datuk Nik Aziz Nik Mat pasal isu kenyataannya mengenai keselamatan Israel di akhbar Wall Street Journal baru-baru ini.

Anwar sifatkan kata dua Menteri Besar Kelantan itu sebagai "lembut dan sopan."

Ketua Pembangkang itu guna ayat itu masa ditemui wartawan selepas menghadiri majlis perhimpunan mingguan dan sambutan Maulidur Rasul di Majlis Perbandaran Subang Jaya pagi Khamis.

Bab beliau nak tunjuk Nik Aziz begitu sayang dan manja padanya satu hal.

Lawak besar di sini bila beliau kata 'UMNO memfitnah saya dan padam kenyataan saya yang mengatakan tentang hak rakyat Palestin."

Kalau kita baca balik berita Wall Street Journal,akhbar itu tulis sebiji.terang dan jelas :  "[I]I support all efforts to protect the security of the state of Israel[/I]," said Mr. Anwar.

Kata-kata itu yang membuatkan ramai orang marah.Beliau nampaknya terbelit simpul mati dengan ayat nak sokong semua usaha untuk lindungi keselamatan negara Israel.

Soalnya dimana yang UMNO potong kenyataannya?

Kalau betul Wall Street Journal silap lapor kenyataannya...kenapa takut sangat nak cakap akhbar itu salah?

Atau seperti kata Nik Aziz saman saja akhbar itu kerana salah lapor.

Soalnya apa kena mengena UMNO dengan kenyataan  "[I]I support all efforts to protect the security of the state of Israel[/I]," kerana itulah yang dipetik akhbar berkenaan dari kata-katanya sendiri.

Tidak ada ayat lain ditulis lepas ayat yang kontroversial itu kecuali....[I]although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians. Malaysia has consistently refrained from establishing diplomatic relations with Israel, although limited commercial ties exist between private companies in the two countries.[/I]

Isunya di sini ialah kenyataan Anwar sebiji disebut kata "I support all efforts to protect the security of the state of Israel".

Ini yang Anwar sedang bersilat sakan sekarang...dan seperti biasa tidak menghairankan  UMNO jadi kambing hitam untuk lepas tengkoknya.

Semua orang nampak dalam isu ini tidak ada jalan depan ..tidak ada jalan belakang  kecuali tarik balik atau saman saja.

Andaiannya ialah kalau Anwar tarik balik jelas bermaksud beliau mengaku ada kata ayat itu...dan kalau saman pula tentu nanti timbul masalah dalam hubungan dengan akhbar itu.

Kata Anwar beliau nak jumpa Nik Aziz Isnin ini.

"Nik Aziz tegur saya lembut dan sopan. Beliau mencadangkan kalau saya ada kata, tarik balik, jika tidak, saman," katanya.

"Sebelum ini saya di luar negara dan kini baru pulang dari Bangkok , Nik Aziz pula di Kelantan. Tetapi isu yang terjadi ini berbeza. Umno memfitnah saya dan padam kenyataan saya yang mengatakan tentang hak rakyat Palestin.

Siapa tahu Musyridul Am PAS itu akan cair dan berlinang air mata mendengar ayat belai manja Anwar dan anggap kenyataannya yang menguris hati itu  "[I]I support all efforts to protect the security of the state of Israel[/I]," - cuma satu senda gurau lawak jenaka seorang Maharaja Lawak.-16/2/2012 - OLEH ROSLI ISMAIL



Puteri Bahagian Segambut

Posted: 16 Feb 2012 11:18 PM PST

Puteri Bahagian Segambut


Imam Muda Asyraff & Ustazah Sharifah Khasif gegarkan Orang Muda Segambut

Posted: 15 Feb 2012 11:47 PM PST

Antara hadirin yang membanjiri ruang Padang Awam Taman SPPK Segambut sewaktu Forum Perdana


Wajah-wajah ceria Segambut Princess selepas selesainya majlis

Program Forum Perdana "Soal hati : Antara Tuntutan & Idaman" dibarisi penceramah-penceramah muda iaitu Imam Muda Asyraff dan Ustazah Sharifah Khasif. Moderator pada malam itu Puan Farah Deeba (Bekas pengacara rancangan Nasi Lemak Kopi O). Penonton bukan sahaja terdri daripada golongan yang berusia tetapi juga anak-anak muda, remaja, keluarga, ibu-bapa yang tidak berganjak dari kerusi masing-masing walaupun keadaan hujan yang renyai-renyai pada awalnya.

Ustazah Sharifah Khasif mempelbagaikan pengisian dengan memperdengarkan bacaan al-quran di tengah-tengah forum dengan penggunaan taranum yang meruntun hati penonton bersesuaian dengan gelaran beliau sebagai Juara Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa.


Walau tanpa kehadiran VVIP atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan seperti yang dirancangkan pada awalnya namun kehadiran penonton melebihi 1,000 orang. Buat julung-julung kalinya juga forum malam tadi boleh diikuti secara langsung melalui laman web http://www.ustream.tv/channel/forum-perdana


Memetik sebaris ayat daripada Imam Muda Asyraff "Tak salah nak kahwin dengan suami orang hukum tak haram tapi fikir-fikirkan semula adakah perkahwinan itu akan sejuk mata selepas perkahwinan atau akan lebih menyakitkan".

Sekalung tahniah buat warga kerja Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Segambut yang telah bertungkus-lumus memastikan kelancaran program ini. Begitu juga buat keluarga besar Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan yang telah sudi bersama-sama kami menjayakan program ini.

Puteri UMNO Bahagian Pandan

Posted: 16 Feb 2012 07:08 PM PST

Puteri UMNO Bahagian Pandan


Sumbangan ceriakan 250 keluarga Tionghua

Posted: 16 Feb 2012 12:45 AM PST

Sumbangan ceriakan 250 keluarga Tionghua

AMPANG 12 Feb. – Kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina masih dirasai apabila 250 keluarga kaum Tionghua menerima sumbangan wang tunai daripada Ahli Parlimen Pandan pada majlis yang diadakan baru-baru ini.
Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, sumbangan itu diharap dapat meringankan beban keluarga terbabit dalam menyambut perayaan tersebut.
Menurutnya, Parlimen Pandan dengan kerjasama parti komponen MCA, MIC dan UMNO Bahagian Pandan telah memilih 250 keluarga yang layak menerima sumbangan itu.
"Mereka terdiri daripada golongan kurang upaya (OKU), ibu tunggal, warga emas dan golongan miskin yang berpendapatan kurang daripada RM1,500," katanya dalam ucapan pada majlis penyampaian sumbangan tersebut.
Hadir sama, Ketua Puteri UMNO Pandan, Zahida Zarik Khan dan Yang Dipertua Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Gabukas), Datuk Mad Aris Mad Yusuf.

Arkib: Utusan Malaysia 13 Feb 2012.

Keratan Akhbar: Sumbangan Ceriakan 250 Keluarga Tionghua .

Posted: 16 Feb 2012 12:44 AM PST

Keratan Akhbar: Sumbangan Ceriakan 250 Keluarga Tionghua.

Bersama menjayakan majlis Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat, Ketua Puteri UMNO Bahagian Pandan Puan Zahida Zarik Khan dan Yang Dipertua GABUKAS Dato' Mad Aris Bin Mad Yusof.



Keratan Akhbar: Puteri Pandan Sumbang Angpow

Posted: 16 Feb 2012 12:41 AM PST

Keratan Akhbar: Puteri Pandan Sumbang Angpow.

Bersama menjayakan majlis Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat, Ketua Puteri UMNO Bahagian Pandan Puan Zahida Zarik Khan dan Yang Dipertua GABUKAS Dato' Mad Aris Bin Mad Yusof.


Keratan Akhbar: Puteri UMNO Pandan Kota Janji

Posted: 16 Feb 2012 12:20 AM PST

Keratan Akhbar: Puteri UMNO Pandan Kota Janji.

Bersama menjayakan majlis Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat, Ketua Puteri UMNO Bahagian Pandan Puan Zahida Zarik Khan dan Yang Dipertua GABUKAS Dato' Mad Aris Bin Mad Yusof.


Keratan Akhbar: Majlis Penerangan Perdana Puteri UMNO Malaysia

Posted: 16 Feb 2012 12:09 AM PST

Keratan Akbar: Majlis Penerangan Perdana Puteri UMNO Malaysia.


Majlis Penerangan Perdana Puteri UMNO Malaysia

Posted: 12 Feb 2012 09:00 AM PST

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Pada 12 Feb 2012 bertempat di PWTC Dewan Tun Dr. Ismail, telah berlansungnya Majlis Penerangan Perdana Puteri UMNO Malaysia. Ketua Penerangan Puteri UMNO Bahagian Pandan Puan Noor Arzura Bt. Dato' Haji Mad Aris turut sama dalam semasa majlis berlangsung bersama-sama exco dan puteri bahagian pandan.







PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 16 Feb 2012 03:24 PM PST

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


BELAJAR MEMERINTAH DENGAN MAJORITI MUDAH

Posted: 16 Feb 2012 06:20 AM PST



 



BN peroleh majoriti mudah


2011/04/16

KUCHING: Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah apabila sudah memenangi 36 kerusi daripada 71 kerusi yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-10. 

Sehingga jam 9 malam tadi, BN memenangi 36 kerusi, DAP (5), PKR (3) dan Bebas (1).

Persoalan apa kesannya kepada pemerintahan sesebuah negara jika ini berlaku ?

Tunjuk sikap mengalah satu kesilapan besar
KUALA LUMPUR 29 Nov. - Pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) membuat kesilapan besar apabila bersikap mengalah walaupun parti itu menang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) lalu.

Penyandang Kursi Za'ba, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tan Sri Dr. Nordin Kardi (gambar) berkata, sikap mengaku kalah dan tidak yakin pada pencapaian adalah faktor yang menjadikan parti itu lemah.

"Kesilapannya kerana pemimpin kita mengaku kalah padahal UMNO menang dalam PRU12. Tindak-tanduk mereka selepas PRU12 itu sebenarnya kurang cerdik.

"Di dalam ceramah dan forum mereka mengaku kalah dan lebih menyedihkan ada pemimpin tertinggi juga mengaku kalah," katanya pada Seminar Agenda Melayu Ketujuh sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011, di sini hari ini.

Seminar anjuran Pertubuhan Alumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara bertajuk Islam dan Melayu Pasca Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) itu dirasmikan oleh Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Selain Nordin, panel seminar terdiri daripada Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin, bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr. Asri Zainul Abidin dan Prof. Madya Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah sebagai moderator.

Nordin berkata, tindakan mengalah secara tidak bertempat itu secara tidak langsung telah menunjukkan kelemahan semangat parti.

"Sedangkan di Sweden, kerajaannya menang kurang daripada separuh kerusi tetapi mereka masih memerintah penuh yakin.

"Saya rasa jika sekali lagi pemimpin UMNO buat tindakan yang sama, keadaan dan kesannya akan lebih buruk,'' katanya.

Sehubungan itu, tegasnya, pemimpin UMNO perlu memiliki sikap berani kerana pada masa sekarang mereka berdepan dengan parti lawan yang tidak lagi mengamalkan politik beretika.

Hujah Nordin turut disokong Zulkifli yang menyifatkan sikap sesetengah pemimpin UMNO yang meletakkan diri seperti kalah dalam menang.

Sebagai penyelesaian katanya, pemimpin perlu melihat dan mengkaji semula penerimaan rakyat terhadap UMNO dan BN suatu ketika dahulu.

"Kekuatannya dahulu hanya satu iaitu persepsi UMNO itu mewakili orang-orang Melayu dan bumiputera,'' katanya.

Selain mengkritik pemimpin-pemimpin yang takut untuk bercakap mengenai kepentingan orang Melayu, Zulkifli turut menempelak segelintir pemimpin yang bertindak atas kepentingan sendiri.

"Tindakan mereka tidak ubah seperti membeli insurans, seolah-olah kalau UMNO kalah dia masih boleh beralih arah kepada pembangkang kerana tidak begitu taksub memperjuang UMNO,'' katanya.

Persoalannya adakah sikap ini telah dihakis dari minda dan jiwa pemimpin Melayu?

Jangan was-was cerita jasa UMNO

PEMBANGKANG sering menggunakan perkataan ini "asalkan bukan UMNO". Kata mereka, semua parti boleh dan berhak mentadbir Malaysia tetapi asalkan jangan diberikan kepada UMNO.
Mudah dan angkuh benar kempen mereka. Kalau di Pulau Pinang sekitar Februari 2008 di Ibu pejabat sebuah parti yang pernah terbakar tempoh hari, kata seorang pemimpin kanannya semasa kempen pilihanraya umum ke-12, kita cuma hendak kurangkan majoriti UMNO.
Kata dia lagi, 'parti kita' tidak bemusuh dengan Gerakan dan MCA tetapi tidak mahu UMNO perintah Pulau Pinang. Sedangkan Barisan Nasional (BN) tidak pernah terfikirkan perkara itu meskipun semua maklum kerusi UMNO lebih banyak dari Gerakan sejak sekian lama.
Tetapi licik sungguh si chauvinis ini. Habis dijajanya di seluruh Pulau Pinang kononnya UMNO hendak merampas Pulau Mutiara. Bukankah itu kempen yang dahsyat yang jika diselami tentu sekali ketara sentimen perkaumannya.
Namun ketika itu tidak ada kempen yang strategis dan dinamik digerakkan oleh kepimpinan UMNO. Reverse psychology parti terbabit dianggap tidak ada apa. Hasilnya semua maklum. Pulau Pinang jatuh ke tangan parti berkenaan.
Realitinya, UMNO berjaya "dikambing hitamkan" oleh parti berkenaan. Asalkan matlamat menghalalkan cara.
Di Sarawak April tahun lalu, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang diketuai Tan Sri Abdul Taib Mahmud cuba dijadikan 'senasib' UMNO seperti mana 2008. Di persimpangan lampu-lampu isyarat di Miri, Sibu, Bintulu dan Kanowit, habis dibubuhnya parti berkenaan gambar-gambar Abdul Taib yang monyok, nampak stres bersebelahan foto menarik seorang pemimpin kanan parti pembangkang terbabit yang tampak ceria dan aksinya seperti melambai-lambai tangan kepada pengundi.
Memang kempen parti terbabit 'sangat interaktif' sampaikan penulis percaya mampu menimbulkan rasa meluat terhadap Abdul Taib setiap hari oleh pemandu yang saban hari berhenti di lampu isyarat hijau memandang wajah gambarnya yang terpampang di papan tanda besar dekat situ.
Taktik dan sentimen inilah yang sentiasa dimainkan oleh parti DAP, PKR dan Pas. Itulah yang disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin. Apa sahaja yang buruk, tidak kiralah kes melibatkan masalah dalaman parti-parti terbabit, semuanya 'angkara' UMNO.
Opss! kes pemecatan Datuk Dr. Hasan Ali juga 'angkara' UMNO, kata Pas. Meskipun kepimpinan Pas Pusat berperilaku seperti pengecut dengan tidak membela langsung Hasan ketika beliau memperjuangkan isu murtad dan membantah penjualan arak di sebuah kedai 24 jam di Shah Alam yang terletak di komuniti Melayu dan serta beberapa lagi, namun UMNO jugalah yang 'dikambing hitamkan'.
Hendak lari daripada tanggungjawab menegakkan hukum Islam, walhal awak itu meletakkan Islam pada parti-Parti Islam SeMalaysia, kononnya. Mana dia singa-singa Pas seperti Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Husam Musa dan lain-lain lagi dalam membela nasib umat Islam di Selangor. Jawapannya, menikuslah.
Nak diharapkan kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memang jauh panggang dari api. Tiada nada langsung membela Hasan sebaliknya membisu seribu bahasa. Orang Melayu kata 'haprak'.
Memang kalau dilihat rekod Pas pun, pentadbirannya selama lebih 20 tahun di Kelantan tidak memberangsangkan. Kalau kita di Kelantan sekarang, sebutlah kedai runcit mana yang tidak menjual air bersih bersaiz tong kecil.
Cubalah anda singgah di jajaran lebuh raya menghala Air Lanas dekat sempadan Jeli dan Tanah Merah, harga air bersih setong boleh mencecah RM5. Bukan satu atau 10 tong dijual dan bukan juga 20 tong. Tetapi 50 ke atas dan ada ketikanya mencapai 100tong.
Semua ini gara-gara bekalan air paip di Kelantan masih keruh dan bekarat. Tetapi bila disuakan kepada Nik Abdul Aziz, tentu sekali jawabnya 'ini semua kerana UMNO dan Kerajaan Pusat. Jawapan untuk melepaskan tengkuk.
Ia umpama penceramah yang bercakap tentang pakej menunaikan umrah. Dan bila tiba di Mekah nanti jangan merungut, anggap itu ketentuan-Nya. Tetapi bagaimana pula dengan jemaah yang tiba di Mekah atau Madinah dan ketiadaan bilik yang ditempah dengan agensi umrah terbabit yang tidak profesional.
Bukankah perkara itu boleh dirungutkan jemaah dan sewajarnya agensi terbabit tidak wajar menggunakan takdir-Nya dan berserah sahaja kepada Tuhan untuk 'menghalalkan' tindakan tidak bertanggungjawabnya.
Tetapi yang lebih pelik lagi pula rakyat Kelantan merungut kepada kerajaan Pas macam-macam, bila mengundi pangkah Pas juga. Itulah yang terjadi, adakah faktor kenegerian menjadi kekangan BN Pusat untuk menguasai negeri itu?
Justeru, mengapa UMNO tetap dipersalahkan sedangkan di Kelantan, isu air berkarat bukankah di bawah tanggungjawab Nik Abdul Aziz?
Dengan MCA dan Gerakan kelihatan lesu ketika ini, UMNO sama sekali tidak boleh mengharapkan mereka untuk membela parti Melayu pejuang kemerdekaan Malaysia ini.
Barangkali MCA dan Gerakan sudah tidak mampu membontoti DAP yang sentimen kempennya lebih garang dan mudah sekali komen dan pandangan pemimpin kanannya diterima dan dipaparkan dalam Sinchew Daily setiap minggu.
Orang UMNO jangan khuatir atau ragu-ragu menjelaskan kepada rakyat bahawa siri pembangunan negara yang digerakkan sejak merdeka lagi adalah hasil air tangan parti itu dengan gandingan rapat semua kaum. Perdana Menteri sendiri adalah Presiden UMNO.
Nak harapkan Pas pun, parti yang sering menguar-uarkan diri pejuang Islam umpama cakap tak serupa bikin. Hendak dikatakan membela umat Melayu kalaulah menang pada PRU13 nanti, tentulah mustahil kerana ia hanya bertanding sekitar 60 hingga 65 daripada 222 kerusi Parlimen.
Siapa yang lebih berkuasa kelak. Tepuk dada, tanyalah selera. Mungkin juga jawatan Timbalan Ketua Menteri II akan menjangkit ke jawatan nombor dua kerajaan kelak apabila Pas membontoti DAP dan PKR dalam 'kabinet' yang mereka bentuk. Tidak mustahil.
Orang UMNO kena berani. Jangan bimbang memberitahu jiaran tetangga sumbangan dan jasa besar UMNO memerintah negara. Jangan takut dipulaukan atau khuatir diasingkan jemaah apabila bersolat Subuh atau Maghrib di surau atau masjid berhampiran rumah.
Tidak ada apa pun sumbangan pembangkang kepada Malaysia. Titipkanlah sumbangan pembangkang, yang keluar di atas tinta atau internet nanti, hanyalah kerja keras kepemimpinan kerajaan yang ada

Persoalan adakah mereka ada keberanian?

Mampukah BN menerima hakikat?
Sekiranya wakil-wakil rakyat atau ahli-ahli parlimen ini diberikan ruang, saluran, peruntukan dan kemudahan yang selaras bagi memainkan peranan mereka dengan lebih berkesan, ianya tidak akan lagi melibatkan soal politik wang, suapan ataupun pembelian undi, tetapi akan lebih menitikberatkan soal mutu perkhidmatan, pentadbiran dan cara belanjawan dilaksanakan. Maka dengan ini, akan tidak ada lagi pembelian undi, suapan, akan tidak ada lagi kata-kata manis seperti "you help me, I help you" sewaktu pilihanraya umum.
Jika sekiranya kerajaan BN masih enggan menerima hakikat bagaimana cara dan proses demokrasi itu berinteraksi, maka terpaksalah kita beralih kepada gabungan PR pula bagi memastikan agar kemajuan berterusan negara kita ini tidak terbantut. Malaysia Chronicle.

Bagaimana pula dengan komponen BN juga ? Masih dengan npltagia lama atau sudah transform?

Tiada ulasan:

Pengikut