"Entahlah, saya pun tak tahulah apa nak buat dengan menantu saya seorang. Tak kuasalah saya nak tegur-tegur ... Saya pun dah tua, duduk seorang dan selalu sakit pulak," mengeluh Toh Puan Rokiah.
Setiap hari Jumaat, ketika orang lelaki pergi sembahyang Jumaat, Toh Puan dan rakan-rakannya Mak Datin-Mak Datin dan Puan Sri-Puan Srinya akan bersembahyang zohor bersama dan beribadat sampai ke waktu asar dipimpin oleh seorang Ustazah Maliha.
Acara kumpulan Yaasin mereka berbeza-beza tiap-tiap minggu. Kadangkala mereka mengaji, adakala buat yaasin dan tahlil, dan ada kala hanya mendengar tazkirah ustazah.
Dah tua-tua, inilah aktiviti mereka.
Kebanyakkan mereka ini janda dan dah banyak kurang majlis-majlis yang perlu dihadiri lagi. Banyaklah masa lapang mereka yang boleh diisi dengan ibadah. Oleh kerana mereka kebanyakkan duduk rumah berseorangan, inilah teman-teman mereka yang dapat mereka uahkan perasaan.
Hari itu, kawan-kawan memberitahu Toh Puan akan gossip yang diberitahu anak masing-masing tentang menantunya Datin Rahimah, isteri Dato Najmi. Selalunya mereka beritahu anak-anak bahawa mereka tidak percaya saja, kali ini mahu tanya sendiri mak mertuanya.
"Rahimah tu memang perempuan bercita-cita tinggi dan kuat semangat. Dia berpendidikan tinggi, ada Masters. Sebelum berhenti kerja, dia pengurus di sebuah syarikat. Jadi ... taklah macam perempuan suri rumah," terangkan Toh Puan.
"Betul tu Toh Puan, saya pun tak faham kenapa anak-anak saya komplen pasal dia selalu keluar di TV," sahut Puan Sri Fatimah.
"Memang ada dah tegur, tapi dia dah malas nak layan kata-kata orang. Baru-baru ini ada keluar akhabar dia sebut "orang dengki dan cemburu padanya.
"Entahlah orang sekarang ni tak macam kita dulu ... banyak nak kena jaga tingkah laku," kata Toh Puan.
"Arwah Tun dulu ... tak kasi dia saya campur sebarang orang dan cakap sesuka hati. Mata dia asyik jeling saja kalau ada tak kena dalam majlis. Saya pun takut nak buat lain dari baisa."
"Saya susah nak percaya Toh Puan, tapi betul ke Datin rahmah tu bershopping di Mekah sampai kedai arab di Zam Zam Tower tutup barang habis?" tanya Datin Asiah.
"Itulah ... saya pulak dengar Datin Rahmah beli selipar Jepun sampai RM30,000 sepasang," sampuk Puan Sri Sharifah.
Toh Puan cuba menerangkan, "Ada betul tetapi bukan perkara sebenar. Ada tu bukan dia punya tapi dihantar ke rumahnya saja. Cerita berbelanja ni ada yang ditokok tambah. Pernah dikatakan shopping sampai guna 6 kereta nak bawak barang. Sebenarnya 6 kereta kongsi guna sama-sama dan dua untuk semua luggage."
Tan Sri Fatimah sampuk, "Tapi puan-puan apa hal pun kita ni perempuan, terpulanglah kepada suami untuk membentuk."
"Eh Puan Sri ... tak baiklah cakap macam gitu terhadap Dato Najmi," Datin Atikah memberi pandangan.
"Maaf, bukan begitu maksud saya. Mungkin memang kehendak Dato Najmi mahukan isteri yang lebih "assertive and articulate". Dia mahu isterinya menjadi "her own woman" dan tidak ada masaalah untuk isterinya bercita-cita tinggi seperti Hillary Clinton," Puan Sri menerangkan.
"Saya bukan bermaksud apa, Pun Sri," Datin Atikah memberi pandangan.
"Takpe, kita kawan-kawan," Puan Sri menjawab.
"Saya harap jangan pula ada antara kita tersalah anggap Dato Najmi di queen control. Dia sangat popular dan tentu sekali pandangan negatif tidak baik buatnya," Ustazah Maliha mencelah.
"Saya rasa Toh Puan dan arwah Tun dah beri dia pendidikan pelajaran dan didikan yang baik hingga dia besar menjadi seorang gentleman. Apa yang dilakukan hanyalah menghormati orang yang lebih tua darinya ..."
Terdiam semua, tak tahu nak cakap. Yang faham, tersipu sendiri.
Jawapan balas Dato' Sri Noh Omar terhadap cabaran MB Selangor supaya Dato' Sri Noh Omar memberi keterangan kepada Transperancy International dalam isu penyelewengan perlombongan pasir di Selangor.
Pengarah strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli dan Ketua Wanita parti itu, Zuraida Kamaruddin diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjawab menjelang 9 Mac ini, saman fitnah yang dikemukakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Shahrizat memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap kedua-dua mereka bulan lalu berhubung isu kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
Hakim Mahkamah Tinggi Vazeer Alam Mydin Meera mengeluarkan perintah itu apabila saman itu didengar di mahkamah terbuka hari ini.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, malam tadi menerima Anugerah Wanita Peneraju Kebajikan Asia, sebagai tanda pengiktirafan terhadap dedikasi dan komitmen beliau dalam pelbagai kerja amal.
Rosmah menjadi penerima sulung anugerah tersebut yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif NASEBA, Sophie Le Ray, pada majlis jamuan malam gala sempena Forum Wanita Dalam Kepimpinan 2012 di Kuala Lumpur.
NASEBA merupakan sebuah syarikat maklumat perniagaan.
Pengacara majlis, Asha Gill, dalam ucapannya berkata anugerah itu adalah sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan Rosmah dalam program asuhan dan didikan awal kanak-kanak (PERMATA) dan kerja-kerja amal, antara lain, Majlis AIDS Malaysia dan Yayasan Institut Jantung.
Katanya pada masa depan, anugerah itu akan dinamakan atas nama Rosmah.
Sementara itu, Pengarah Urusan Monster.Com bagi India, Timur Tengah dan Asia Tenggara, Sanjay Modi berkata anugerah itu akan memberi tenaga kepada golongan wanita supaya aktif dalam kerja-kerja amal serta meningkatkan pencapaian dalam semua bidang.
"Saya percaya kaum wanita boleh berjaya dalam semua bidang termasuk perniagaan dan ini membuktikan wanita sentiasa mempunyai kapasiti yang tinggi," katanya dalam ucapan pada majlis itu.
Forum dua hari yang bermula hari ini dihadiri oleh peserta dari Australia, Bangladesh, Thailand, Filipina, Singapura, Vietnam dan Malaysia. - Bernama.
Golongan belia dari semua peringkat persatuan belia di negeriSelangor mahukan dan menggesa Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Pusat dibawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyelesaikan isu bekalan airbersih di negeri Selangor dengan segera.
TimbalanPengerusi Majlis Belia Selangor, Badrul Hisham Badrudin berkata, dari laporanmedia cetak dan elektronik kami maklum sudah banyak kali kedua-dua pihak telahbermesyuarat akan tetapi gagal membuat sebarang keputusan.
"SemalamEXCO Kerajaan Negeri Selangor Dr Xavier Jayakumar telah memaklumkan bahawaKerajaan Selangor akan menggunakan kaedah proses pengambilan air mentah daribekas-bekas lombong, pengambilan dan penapisan air sungai, penggunaan air hujandan air mentah dari takungan hujan.
Sebelumini perbincangan kedua pihak gagal kerana Kerajaan Negeri Selangor menangguhkankelulusan berhubung 3 perkara berikut iaitu pengambilan balik tanah hak milik, penggunaantanah rizab hutan simpan dan kelulusan arahan pembangunan daripada PihakBerkuasa Tempatan (PBT). Pelaksanaan Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahangke Selangor telah berjalan mengikut jadual yang dirancang, namun pelaksanaanProjek Loji Rawatan Air Langat 2 telah mengalami kelewatan yang sangat kritikal,"ujarnya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online.
Persoalannya sekarang mengapakah Kerajaan Negeri masih berdegil tidak mahumemberi kerjasama kepada Kerajaan Pusat. Malahan mereka telah mencadangkan perkarayang lain pula. Bukankan cadangan mereka ini juga memerlukan jumlah kewanganyang besar menggunakan duit rakyat Selangor?
Bukankan anak syarikat negeri Kumpulan Darul Ehsan (KDEB) yang dipilihuntuk meneraju pemindahan air mentah ini kroni kepada kerajaan negeri? Apakahjaminan Kerajaan Negeri Selangor tidak akan memilih syarikat perunding dariluar untuk membuat kerja-kerja ini seperti yang berlaku di Pulau Pinang dimanasyarikat perunding luar dari Singapura yang dilaporkan menjadi perunding untukmembina rumah kos rendah?
"Jika Kerajaan Negeri betul-betul serius dengan permasalahan air diSelangor mengapakah baru sekarang dicadangkan perkara di atas, sepatutnya dari2008 lagi. Adakah Kerajaan Negeri baru Yakinbahawa tahun 2014 Lembah Kelang termasuk Selangor akan mengalami masalah air,maka cadangan-cadangan ini diunjurkan sekarang. Berapa lamakancadangan-cagangan ini dapat direalisasikan? Berapakah jumlah kos yang akandibelanjakan duit rakyat Selangor?," ujarnya lagi.
Unjuran yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)menunjukkan bahawa permintaan bekalan air terawat pada tahun 2011 di Selangor,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka meningkat kepada 4,631juta liter sehari, iaitu melebihi keupayaan pembekalan sebanyak 4,431 jutaliter sehari dengan defisit bekalan sebanyak 200 juta liter sehari. Menjelangakhir tahun 2014 pula, defisit bekalan dijangkakan meningkat kepada 703 jutaliter sehari dengan permintaan bekalan air terawat dijangkakan meningkat kepada5,349 juta liter sehari berbanding keupayaan pembekalan sebanyak 4,646 jutaliter sehari.
"Kami juga kesal dengan sikap Kerajaan Negeri Selangor kerana memandangrendah kredibiliti, keupayaan dan profesionalisme pegawai-pegawai kerajaan danagensi-agensi kerajaan yang mempunyai kemahiran dalam membuat penyelidikan danlaporan berkenaan permasalahan air ini.
Oleh itu, kami mendesak agar Kerajaan Negeri Selangor tidak lagi berdolakdalih, menuding jari dan menghenti mempolitikkan isu air di Selangor ini. Kami tidak yakin dengan janji KerajaanNegeri Selangor kerana janji pilih raya dahulu pun masih tidak tertunai lagi,apatah lagi isu besar seperti ini dapat diselesaikan," ujarnya yang jugaPengerusi Gerakan Belia 4B Negeri Selangor.
Suara Anak Muda Selangor (SERANG) mencabar kerajaan negeriSelangor kalau berani, tubuhkan Suruhan Jaya Di Raja bagi menyiasat isu pasirdi Selangor.
Pengerusinya, Budiman Haji Zohdi berkata, Menteri Besar, Tan SriKhalid Ibrahim juga tidak berdolak dalik atau mempunyai sikap denial sindrom dengan menyalahkan oranglain dalam kelemahan pentadbirannya.
"Jika sebelum ini, Khalid Ibrahim telah berjanji pihak KumpulanSemesta Sdn Bhd (KSSB) akan menyumbang RM150 juta hasil pasir kepada kerajaannegeri, tetapi sampai sekarang, kita tak tahu berapa jumlah sebenar sumbanganKSSB ataupun tidak ada langsung.
Rakyat nak tahu, apa yang mereka janjikan, adakah benar-benarmereka laksanakan. Begitu juga dengan penglibatan dua orang ADUNnya dalamskandal pasir tersebut, perlu ada siasatan segera sejauh mana penglibatan duaADUN tersebut," ujarnya kepada UMNO-Online sebentar tadi.
Dalam masa yang sama, Budiman mendesak Suruhanjaya PencegahanRasuah Malaysia (SPRM) agar membuat siasatan berhubung skandal pasir Selangorini.
"SPRM tidak harus mendiamkan diri kerana sejak dua tahun lepas,banyak pihak bukan sahaja telah membuat laporan malah menyerahkan dokumen buktipenyelewengan dan salah laku mereka yang terlibat dalam skandal pasir ini.
Takkan dalam masa dua tahun ini, tidak ada siasatan yang dibuat,kami masih setia menunggukan laporan siasatan SPRM dalam kes ini,"tambahnya.
Lelaki yang tak bersalah menjadi sasaran pembangkang.
Ini adalah gambar lelaki yang kepalanya ditukar dengan DS Najib.
Gambar yang telah diedit.
Nampaknya PKR terdesak untuk membersihkan imej Anwar Ibrahim yang semakin tercalar dengan pendedahan-pendedahan yang berfakta dan mempunyai bukti yang kukuh.
Bandingkan gambar super impose di atas dengan yang ini. Gambar di bawah mempunyai bilangan piksel yang tinggi.
Jangan lupa tengok video ini yang membongkarkan di mana Anwar belajar menjadi handal seperti sekarang.
Tahniah Modenas kerana menyahut seruan Kerajaan menawarkan sesuatu yang mampu milik di bawah jenama 1Malaysia.
Motosikal yang diberi nama Motosikal Rakyat 1 (MR1) ditawarkan pada harga RM2948 (kurang RM3k). Harga tidak termasuk insuran dan cukai jalan.
Jom tengok promo MR1.
*Yang tak mampu beli R1, dapat MR1 pun jadilah. Tahniah sekali lagi kepada Modenans. Makin meroyanlah puak pembangkang lepas ni bila tengok banyak sangat produk 1Malaysia.
MALAYSIA terus bersaing untuk merebut Piala Thomas apabila pasukan negara mara ke separuh akhir menewaskan India 3-0 pada suku akhir kelayakan di Macau pada Khamis.
Kecemerlangan negara diperoleh menerusi mata pertama apabila jaguh Datuk Lee Chong Wei dalam perlawanan perseorangan menewaskan Ajay Jayaram dengan 21-12,17-21,21-8.
Mata kedua pula diatasi oleh regu Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong terhadap lawannya, Rupesh Kumar KT dan Sanave Thomas, 21-14, 23-21.
Mengubat kekecewaan pada perlawanan dengan Korea pada Rabu, Muhammad Hafiz Hashim bagaimanapun berjaya mencatatkan kemenangan bagi mata ketiga dengan mengetepikan Kashyap Parupalli, 21-17, 18-21, 21-11.
Pasukan negara akan bertemu Jepun dalam perlawanan separuh akhir pada Jumaat pukul 6.30 petang.
PUCHONG – Mengurut pelanggan secara bogel. Itu tawaran istimewa yang disediakan sebuah premis urut kepada pelanggannya.
Pemilik premis di Bandar Puteri di sini, boleh diibaratkan 'tidak makan saman' kerana pernah diserbu polis, bulan lalu.
Bagaimanapun, kedegilan pemilik premis itu memaksa polis melakukan sekali lagi serbuan, awal pagi semalam.
Ketika serbuan dilakukan, seorang tukang urut wanita warga asing sedang berbogel semasa mengurut seorang pelanggan.
Pegawai Turus Jabatan Anti Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Selangor, Deputi Superintendan Izwan Abd Karim berkata, dalam serbuan itu, lapan wanita warga Thailand, Filipina dan China diberkas.
"Wanita itu menyalahgunakan pas lawatan dengan bekerja sebagai tukang urut. Kita percaya premis ini menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggannya," katanya.
Izwan berkata, sebuah spa di kawasan berhampiran turut diserbu kerana dipercayai menawarkan khidmat pelacuran kepada pelanggannya.
Menurutnya, premis ini menggunakan konsep susun atur dalaman umpama hotel lima bintang untuk keselesaan pelanggan.
"Empat wanita warga asing yang menyalahgunakan pas lawatan juga diberkas," katanya.
Dalam serbuan berikutnya, sebuah pusat karaoke turut diserbu kerana menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) warga asing.
Katanya, tiga lelaki yang bertindak sebagai penjaga premis di ketiga-tiga premis tersebut serta semua tahanan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk siasatan.
*Patutlah Dr. Hasan Ali keluar PAS. Duduk dalam Kerajaan Negeri pun maksiat makin berleluasa. Padanlah sanggup tukar slogan dari negara Islam kepada Negara Berkebajikan. Nak buat macam mana, Penasihat Ekonomi pun kaki urut. Sebab tu pusat urut makin bertambah kat Selangor ni.
Dah lah suratkhabar mingguan yang dibiayai oleh kerajaan negeri itu membayangkan kandungan ala Chinatown Express dengan penulisnya semua Cina belaka (kecuali India seorang) tetapi penerbitan tersebut dibelenggu kronisme juga.
Dalam setiap jilid Selangor Times tahun ini, mesti ada gambar Hannah Yeoh, iaitu Adun DAP yang peminat-peminta setianya bergelar Yeopies (Yeoh + groupies). Malah dalam sesetengah edisi bukan satu sahaja gambar Hannah tetapi dua.
Penerbitan terbaru minggu ini memaparkan Hannah di muka depan dan menunjukkan dia masih lagi berjinak-jinak dengan aktiviti masjid.
Pasti pengarangnya peminat nombor satu Hannah Yeoh — sampai gambar Sultan Selangor pun jarang mendapat tempat di Selangor 'Republik' Times ini.
Asyik-asyik gambar Hannah, kalau bukan Hannah, Teresa lah. Saya rasa isteri-isteri perdana menteri (yang lepas dan yang sekarang) pun tidak segila publisiti macam Adun Subang Jaya ini yang mempunyai 4 orang pembantu peribadi dan seorang setiausaha politik (baca SINI).
Jika skandal NFC dikatakan penggunaan wang Kerajaan untuk kepentingan peribadi dan keluarga, kenapa tindakan Hannah Yeo ni tiada seorang pemimpin pembangkang yang bising?
Mana perginya suara Rafizi 'Jambu'?
*Si Rafizi ni nama je pemimpin Parti Keadilan tapi langsung tak adil. Kalau nak bongkar, bongkar la semua. Dalam negeri sendiri pun banyak salah guna kuasa tapi sibuk kat negeri orang.
Memang tidak dapat dinafikan, Anwar sememangnya pandai mengukirkan kata-kata. Beliau pandai menyembunyikan sokongan kepada kemungkaran dengan berselindung di sebalik perkara yang halal.
Sebagai contoh, dalam pada beliau menyokong hubungan sejenis, beliau menegaskan hubungan rumahtangga di antara lelaki dan perempuan tetap penting.
Dalam pada beliau menyokong kewujudan penjajahan Yahudi, beliau iktiraf pula hak Palestin.
Dan dalam pada beliau mengutuk UMNO memfitnahnya, dipujinya pula Nik Aziz kerana kononnya bersopan ketika menegur. Padahal, nada Nik Aziz jauh lebih keras sehinggakan keluar kata dua kepada sesumpah lahanat ini.
Tetapi, apa yang mungkin Anwar tidak tahu adalah rakyat mulai sedar akan penipuan dan pembohongannya. Kalau tidak percaya, mengapa respon dan komen rakyat di bawah artikel tersebut hampir 100% mengutuk Anwar? Dan kami sangat yakin hampir semua pengkomen tersebut bukanlah siber truper BN kerana setiap satu profil mempunyai maklumat latar belakang dan sejarah yang panjang.
Sesetengahnya boleh kita lihat foto-foto keluarga mereka sekali.
Walau apa pun, ini merupakan indikator kejayaan siber truper BN yang tidak pernah mengenal erti penat lelah selama ini. Kini rakyat lebih sedar dan bersedia menangkis kembali segala dakyah yang ditabur fuckatan dalam alam siber.
Apa-apa sekali pun, tiada siapa akan dapat menandingi kehebatan Anwar menibai lelaki dan perempuan serta menyembah mayat TBH, sehinggakan melayakkan dirinya untuk mendapat pangkat di dahi ketika pesta ponggal baru-baru ini.
* Kami pelik betul dengan Anwar ini, selalu betul berulang alik ke Bangkok. Buat apa ya?
Siapa kata Anwar Ibrahim tiada tok guru yang menurunkan ilmu kepadanya. Kalau takde tok guru, takdelah handal macam sekarang ni.
Cakap apa pun orang boleh percaya.
Dia cakap dia nak mati sebab kena racun arsenik, pengikut dia percaya.
Dia cakap dia kena suntik dengan HIV, pengikut dia percaya.
Dia cakap dia nak tubuhkan Kerajaan 16 September, pengikut dia percaya.
Dia cakap ada orang nak bunuh dia sampai terpaksa lari ke kedutaan Turki pun pengikut dia percaya.
Pendek kata, apa sahaja yang dia bohong, orang akan percaya.
Sebab itulah MyMassa berjaya bongkar siapa tok guru Anwar Ibrahim.
Kalau nak tau siapa tok guru Anwar, sila tengok video ini.
*Lepas korang tengok video ni, korang tak heran sebab apa dia boleh hebat macam tu. Tok guru dia pun boleh tipu lulusan Al Azhar sampai jadi pengikut dia. Samalah macam anak murid yang dia yang berjaya tipu ulama-ulama PAS.
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor memberi jaminan tidak akan berlaku krisis air menjelang 2014.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap, Kesihatan, Pekerja, Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, Dr Xavier Jayakumar mendakwa, krisis air yang dibangkitkan selama ini merupakan propaganda politik kerajaan Barisan Nasional.
"Ini adalah usaha pihak tertentu untuk meracun pemikiran rakyat Selangor dalam usaha mereka untuk merampas kembali negeri ini.
"Kerajaan negeri berpendapat bahawa projek mega pemindahan air dari Pahang ke Selangor serta tindakan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) memaksa kerajaan negeri meluluskan pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat (Langat 2) yang menelan berbilion-bilion ringgit itu tiada tujuan lain.
"Apa yang diketahui ia hanya bertujuan memberi kontrak dan habuan keuntungan kepada syarikat-syarikat kroni yang rapat dengan mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, Rabu.
Menurutnya, kerajaan Selangor dengan menggunakan teknologi rawatan air terkini telah mengenal pasti beberapa punca air yang telah dirawat dan boleh diguna pakai bagi menampung keperluan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
"Bagi menampung keperluan air kita akan mengambil air mentah dari bekas-bekas lombong yang banyak terdapat di seluruh negeri Selangor, pengambilan air bawah tanah, rawatan dan penapisan air sungai, penggunaan air hujan dan juga air mentah dari takungan hujan.
"Malah kerajaan negeri juga bersetuju dengan cadangan Persatuan Pengguna untuk memaksimumkan penggunaan sumber-sumber air tersebut untuk menampung keperluan harian rakyat Selangor," katanya.
Jelas beliau, cadangan tersebut merupakan alternatif yang lebih bermanfaat dan menjimatkan daripada projek pembangunan infrastruktur pemindahan air dari Pahang yang menelan belanja berbilion ringgit wang pembayar cukai.
Mengulas lanjut, Xavier berkata, kerajaan negeri juga sedang mempercepatkan langkah bagi merawat air sungai untuk penggunaan sektor perindustrian di Selangor.
"Bagi tujuan ini kerajaan negeri telah meluluskan lesen pemindahan air mentah kepada anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Konsortium Air Sdn Bhd yang mempunyai trek rekod dan kepakaran teknologi terkini dalam menguruskan dan merawat air.
"Sekali lagi kerajaan negeri memberi jaminan bahawa isu bekalan air tidak akan timbul malah ia mencukupi sehingga tahun 2020," ujarnya.
Justeru, beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri akan meneruskan urus tadbir bekalan air bagi memastikan rakyat Selangor terus mendapat manfaat pemberian 20 meter padu air percuma.
Masalah air di Selangor sebab loji rawatan air tak cukup, sebab tu perlukan Loji Rawatan Air Sungai Langat (Langat 2) yang menelan berbilion-bilion ringgit.
Kalau ambil air dari lombong mestilah ada juga loji rawatan untuk proses air. Bukannya ambil air mentah terus boleh guna. Malah nak proses air lombong lagi la tinggi kos dari air sungai. Silap-silap lagi tinggi kos dari Projek Langat 2.
Rakyat Selangor bukan bodohlah Xavier. Yang tak cukup bukan air mentah tapi air yang diproses. Ambil air dari Pahang sebab air sungai Pahang lebih bersih dari Selangor. Kos nak rawat air pun rendah.
*EXCO kaki tidur ni nak tipu rakyat. Kan dah kantoi.
You are subscribed to email updates from MyMassa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.Kami mohon pada-Mu...Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,Dari sudut hati kami yang paling dalam...
Start-----
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlahdengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harumDan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...
Hidayahmu kepada alam merata meluas,Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....
Wahai Kekasihku, wahai Nabi MuhammadWahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipujaDirimu memiliki kelebihan yang diakuiOleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.
Panglima : keras benarkah hati kita bila sukar menangis membaca dan mendengar kisah cinta baginda SAW kepada umatnya?
Kasih baginda ketika hayat hingga kiamat, namun mana tanda kasih kita kepada Nabi pembawa rahmat ?
Kalaulah nama baginda jarang diucap patut benarlah kita dalam azab dunia hingga akhirat. Kerana tandus cinta Nabi yang jadi kita dicintai jika subur cinta baginda dalam hati.
Mari berselawat kenang Nabi terbaik yang diutus untuk sebaik baik masa dan umat agar kita tidak diharam dari syafaat !
KUALA LUMPUR 16 Feb. - Juruhebah Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Abdul Razak Arbain meninggal dunia dalam kemalangan yang berlaku di Taman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Bukit Jalil, di sini, awal pagi tadi.
Kemalangan tersebut berlaku pada pukul 7.15 pagi ketika motosikal yang ditunggang Abdul Razak bertembung dengan motosikal lain sewaktu beliau dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar anaknya ke sekolah, menurut kenyataan IKIM. Abdul Razak, 46, memulakan tugas sebagai juruhebah di IKIMfm sejak tahun 2006 dan merupakan seorang juruhebah yang disegani ramai melalui slot kendaliannya "Dini Hari" yang ke udara setiap Selasa dan Rabu, pukul 2 hingga 6 petang.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, dan tiga orang anak yang berusia antara 10 dan 19 tahun.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg. Bohol, Kinrara, Puchong, selepas solat Zuhor. — BERNAMA
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Gambar ini disiar oleh Twitter pro PKR bernama Kamal Zakariah. Adakah benar gambar di atas ?
Gambar ini jelas nampak kesan super impose yang dapat dilihat di bahagian leher YAB Perdana Menteri selain di dahi beliau sendiri.
Harap pakar IT dapat cari gambar sebenar sebelum fitnah seperti ini menjadi pegangan pengundi PRU 13 nanti.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
KUCHING 16 Feb. - Program Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia yang setakat ini telah berjaya mengurangkan kos pelaksanaan projek sehingga lebih 70 peratus di Sarawak bukan bertujuan menghalang kontraktor tempatan untuk memperoleh projek-projek berkenaan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata, para kontraktor tempatan masih tetap berpeluang untuk terlibat dalam projek-projek berkenaan sebagai pembekal bahan-bahan binaan serta kerja-kerja sub-kontrak.
Beliau berkata, kerajaan bukan sahaja mengambil kira penjimatan daripada segi kos pelaksanaan dan tempoh penyiapan projek di bawah program ini tetapi turut mengambil kira aspek sosio-ekonomi rakyat di Sarawak secara keseluruhannya.
"Daripada anggaran kos RM700 juta, kita dapat menyiapkannya pada harga kos RM200 juta. Daripada lima tahun, kita dapat menyiapkannya dalam tempoh dua tahun.
"Kita hanya hendak membuktikan tugas tentera dalam keadaan aman ini adalah untuk memasyarakatkan tugas kita," katanya pada sidang akhbar selepas melawat Ordnans 71 Batalion Kor Diraja di Kem Pending di sini. — BERNAMA
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Kata noh omar, "Kenapa saya perlu tampil dan kemuka bukti kepada TI (Transparency International) sedangkan Kerajaan Negeri sendiri tidak meyakinkan rakyat bahawa ada tindakan selepas penyiasatan dilakukan.
"Pada saya, Kerajaan Negeri tidak jujur dan tidak telus kerana sehingga hari ini siasatan Selcat (Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan) dibuat secara tertutup tidak pernah diumumkan keputusannya malah, berhenti separuh jalan," katanya, semalam.
Noh berkata demikian ketika mengulas kenyataan Abdul Khalid semalam yang mahu beliau tampil memberikan maklumat berhubung dakwaan isu penyelewengan pasir kepada ahli panel TI.
Isu pasir kembali hangat apabila pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin mendedahkan Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafie bersama Adun Batu Caves, Amiruddin Shaari didakwa terlibat dengan skandal itu.
Pakcik nie sanggup persetankan fatwa nik ajis yang mana duit BR1M tu haram di ambil, maknanya pakcik ni tak boleh masuk syurga kerana engkar fatwa dan arahan nabi orang pas.
Gambar iti di ambil di majlis penyerahan duit BR1M di parlimen gombak....
Anwar tidak menjawap soalan dan cabaran yang dibuat oleh Nik Aziz. Nik Aziz mahu Anwar tarik balik kenyataan atau saman WSJ, itu cabaran yang dibuat.
Bukan menjawap dengan cara lain. Terbuktilah Anwar ini memang suka putar belit, sampai Nik Aziz pun kena belit sekali. Kekal pendirian, maksudnya Anwar tidak mahu tarik balik kenyataan menyokong Israel.
Anwar Ibrahim perlu menyaman pula The Jerusalem Post. Akhbar tersebut telah menyambut baik sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keselamatan Israel sepertimana yang disiarkan di Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.
"Dan dari politik dunia, saya secara peribadi suka dengan berita yang diberi perhatian bahawa Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim (bersedia) mengiktiraf Negara Israel ketika ditanya sama ada beliau bersedia membuka hubungan diplomatik dengan Israel", kata Ordman.
Ordman adalah penulis blog dari 'Good News From Israel' turut diiktiraf pemikirannya oleh jpost.com kerana usaha gigihnya memberi perhatian terhadap pencapaian terbaru Israel dalam bidang teknologi, kesihatan, perniagaan, kewujudan bersama dan membina sebuah Negara Israel.
Pada 26 Jan lalu, WSJ telah melaporkan kenyataan Anwar yang berbunyi "I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians"
Maksudnya; "Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, kata Anwar, namun apa yang dia katakan itu tidak bermaksud dia akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel, satu langkah yang menurutnya bergantung sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin".
Kalau Anwar Ibrahim tidak sebut dalam Wall Street Journal, buat apa Anwar terhengeh hengeh hendak pergi berjumpa Qardawi dan pemimpin Hamas. Ini bukti Anwar Ibrahim memang telah melakukan kesalahan besar bila menyokong kewujudan negara Israel.
"Anwar menegaskan bahawa perkahwinan laki-laki dengan wanita itu suatu yang mutlak dari agama. Tapi homoseksual itu tidak perlu dihukum oleh negara. Kecuali dia mempamerkannya di tempat publik" kata Anwar Ibrahim dalam sebuah akhbar di Indonesia.
Ini bermaksud memang Anwar mahu halalkan kegiatan homoseksual di negara ini. Membolehkan kegiatan homoseksual dilakukan secara "private", sama seperti yang Anwar sebut pada BBC pada 9 Januari 2012.
Selain itu, Anwar turut mempertikaikan definisi Melayu dan Islam seperti mana yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Kerana cita-cita dan kerakusan hendak berkuasa, Anwar sanggup membenarkan homoseksual dan mempertikaikan tentang bangsa sendiri. Politik sebegini merugikan negara dan bangsa. Rakyat tidak perlu orang sebegini dalam politik Malaysia.
Nik Aziz seperti yang sudah dijangka,menegur Anwar hanyalah sekadar melepaskan batuk ditangga.Telah Pisau katakan teguran Nik Aziz tak lebih kepada usaha damage control akibat keceluparan Anwar menyokong Israel.
Sudah terang lagi bersuluh,Nik Aziz tetap bertahaluf(kerjasama) bersama PKR dan DAP walaupun menyedari kedua parti ini satu cukup anti kepada Islam dan satu lagi pro kepada Israel.Geletek seorang isteri terhadap suaminya makin menambah kemesraan diantara PAS,PKR dan DAP.Selepas ini hubungan PAS pasti akan lebih erat dengan DAP dan PKR.
PAS sebenarnya cuba nak bagi tau orang ramai bahawa mereka pun ada telur jugak,tapi sebenarnya orang ramai dah tau telurnya plastik..tipu jek...
Jika isu Israel tidak meletup,masakan kita dapat lihat wajah sebenar PAS yang munafik dan hipokrit.
Biarpun pemimpin-pemimpin DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara jelas telah 'menghina' Islam namun Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih tetap mempertahankan kerjasama Pas dengan kedua-dua parti itu dalam pakatan pembangkang.
Nik Abdul Aziz ketika ditemui hari ini menegaskan beliau tidak bersetuju sama sekali dengan mana-mana desakan daripada ahli Pas di peringkat akar umbi yang mendesak kepimpinan parti agar kembali ke pangkal jalan dan berjuang mengikut prinsip asalnya.
Beliau sebaliknya berkata, Islam merupakan agama yang bersifat tahaluf (kerjasama), justeru tidak ada keperluan untuk Pas mengkaji semula hubungannya dengan pakatan pembangkang.
"Tak boleh, tak boleh. Agama Islam itu tahaluf yang diguna sendiri oleh Nabi Muhammad SAW. Saya tidak setuju langsung (desakan agar Pas kembali ke perjuangan asal dan mengkaji balik hubungan dengan pakatan pembangkang).
"Malah saya nak minta UMNO ubah dasar dia daripada kebangsaan kepada Islam. Tak pasal-pasal ambil kebangsaan yang bukan cara Nabi Muhammad SAW tetapi ajaran mat salleh Eropah," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kota Darulnaim di sini hari ini.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan diminta mengulas mengenai desakan pemimpin Pas peringkat akar umbi di Pulau Pinang yang meminta parti itu kembali ke perjuangan asal berikutan tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh mempersoalkan pendirian Pas berhubung sambutan Hari Kekasih dan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong keselamatan Israel.
Mingguan Malaysia baru-baru ini melaporkan kenyataan Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang menyelar tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang tidak bersetuju dengan pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih.
Ini berikutan kenyataan Karpal seperti dilaporkan media baru-baru ini yang menggesa Pas menarik balik pendirian membantah sambutan Hari Kekasih semalam kerana ia mempromosikan aktiviti tidak bermoral.
Menurut Karpal, DAP berpendapat pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih bukan satu langkah yang baik dan tindakan Pas juga bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan.
Beberapa tahun lalu, Karpal pernah mencabar Pas supaya melangkah mayat beliau terlebih dahulu sekiranya mahu meneruskan hasrat untuk melaksanakan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.
Kenyataan terbaru yang dikeluarkan Karpal ini merupakan rentetan kepada pelbagai tindakan pemimpin pembangkang yang mencabar orang Islam kerana sebelum ini Anwar sendiri turut mengguris hati penganut agama Islam di seluruh dunia apabila menyatakan kepada The Wall Street Journal (WSJ) bahawa beliau menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel.
Sehubungan itu, Pas melalui Majlis Syuranya mendesak supaya Anwar menarik balik kenyataannya itu secara terbuka atau menyaman WSJ jika kenyataannya telah diputar-belitkan oleh media berkenaan.-utusan
Mengenai skandal RM10 billion tanah yang dijual kepada Ivory Sdn Bhd,Lim Guan Eng dilihat mempunyai kepentingan didalam urusan jual beli tanah ini memandangkan beliaulah yang membuat keputusan mengenai pemberian tanah dan projek tersebut,walaupun PDC sebelum ini telah membuat perancangan untuk melaksanakan projek tersebut.
Lim Guan Eng juga harus jawap,secara teknikal bukan beretorik dengan kenyataan politik,ada banyak perkara yang terselindung disebalik skandal 10billion ini.Jika benar regim ini mengamalkan CAT,sudah pasti ia akan cekap dilaksanakan , telus dan akauntabiliti.
Nampak gaya ciri ciri CAT Guan Eng hanyalah kosmetik.Berikut kenyataan Pemuda Umno Pulau Pinang.
Salam,pemuda umno pp amat kecewa dengan dasar lge untuk tidak menyelesaikan masalah yang timbul dalam pembangunan Bayan Mutiara tetapi terus mempolitikkannya dengan melibatkan pemimpin2 umno.
Untuk makluman lge,pembangunan bayan mutiara bukan masalah UMNO tetapi masalah rakyat pulau pinang tidak kira dari apa golongan samada miskin atau kaya..kolar biru atau kolar putih.
Pemuda berpendapat pengswastaan bayan mutiara adalah satu pengkhianatan kepada rakyat pp berdasarkan fakta2 berikut:
1.pelan pembangunan asal bayan mutiara telah direkabentuk oleh PDC Properties sb dan PDC Consultancy sb yang rata2nya adalah rakyat pulau pinang dan sebahagian besar daripada mereka adalah golongan profesional dan mempunyai pengalaman serta kepakaran yg amat baik berbanding dengan pemaju swasta yg dilantik.
2.pelan kebenaran merancang keseluruhan bayan mutiara telah diluluskan pada 2008/2009 yang mana kepakaran perunding yang digunakan adalah daripada PDC Properties dan PDC Consultancy.Malahan pelan bangunan bagi 1 blok kondominium telah lulus. Pelan pembangunan asal Bayan Mutiara juga mengandungi 5 blok kondominium,kawasan komersial,tapak sekolah dan tapak masjid.
3.Disamping kepakaran dan pengalaman PDC Properties dan PDC Consultancy,kerja2 pembinaan juga boleh dilaksanakan oleh PDC Nusabina yang juga merupakan anak syarikat PDC yang amat berpengalaman dalam melaksanakan pembangunan2 PDC selama ini.
4.Semua hasil kerja dan kepakaran yang ducurahkan oleh PDC Properties dan PDC Consultancy telah musnah sebegitu sahaja apabila keseluruhan pembangunan diberikan Tropicana Ivory SB yakni syarikat usahasama pemaju Ivory Properties Group Berhad dan Dijaya Corporation Bhd.
5.tidakkah lge nampak bahawa semua kepakaran yang akan terlibat dalam pembinaan projek pembangunan ini tidaka akan mendatangkan keuntungan kepada PDC dan tidak akan ada penambaikan pengalaman dan kepakaran kepada kakitangan profesional PDC.
6.Tahukah lge jika nilai pembangunan kasar(gdv) bayan mutiara adalah 10 billion,maka Pemaju akan membuat keuntungan sekurang kurangnya 30% yakni 3 billion.Pada hakikatnya kerajaan negeri telah RUGI sebanyak rm2 billion apabila hanya mendapat keuntungan 1 billion sahaja,itupun setelah 5 tahun.
7.Keuntungan sekurang2nya sebanyak 3billion boleh diperolehi sendiri oleh PDC jika pembangunannya dilaksanakan sendiri oleh PDC memandangkan Pelan Pembangunannya telah lulus.
8.Bolehkah lge mendesak pemaju ivory untuk melantik PDC Properties dan PDC Consultancy sebagai Perunding bagi keseluruhan projek ini.Bolehkah lge mendesak ivory untuk melantik PDC Nusabina sebagai kontraktor bagi keseluruhan projek ini.
Jelas LGE bukan sahaja telah mengadaikan tanah pulau pinang tetapi juga nasib rakyat pulau pinang terutamanya golongan miskin dan sederhana.
Unspinners-It is almost like the title of the above movie. Important thing is we know who paid for LGE's family Christmas holiday to Italy.
China man like Lim Guan Eng with hair comb so belia like that won't spend money like that. They all save save save, never spend one. Never mind if grandchildren later stylo and spend their money. But they wont spend.
Some must have someone pay for the trip which must involve his family of six plus one bodyguard. The cost of the business class trip say to Milan may fetch up to RM100,000. Why Milan and not other destination?
Dangerous ma ... Many Malaysian will bump into them.
But CM said, the land sale by PDC was via open tender.
Aiyeah ... you believe a China Man? Only his hair straight one. Everything else can be made crooked.
First ask, what are the prequalifications to tender. Can be like put high reserve price like RM200 psf. From there you can guess if it is difficult or not to tender.
If get list, much better. One can see if the names are all same kaki one. With high reserve price, you know only few can masuk tender. Easy to cut deal with all.
Then can fix. I put high sikit, and you all turun sikit. Look like real competitive tender.
If some cacai simply enter, how? Win tender also no guarantee ma ...Happen in Penang already where when they see those winning tender not their kaki, they cancel and call for re-tender. Next one, sure la dia punya kaki win.
You must notice first if something peculiar to say ada deal or not.
So who belanja for holiday then?
This deal got JV between Ivory Prop and Dijaya. Ivory Properties are new players and heard owner are pro DAP and PKR already. They may be in to help for campaign fund. Gangerous for LGE to pow.
Must be from Dijaya. Their brother Tan sri Vincent Tan is pro Mahathir last time. Must be difficult for them to get contract in Penang. So they come in by going together with those who will win bid. Before that bayar itu toll ma.
Also we hint last time there is a Tan Sri who belanja?
There is not many Tan Sri to guess lah. Read back here and you can guess it is Vincent Tan's brother, Tan Sri Danny Tan.
Pisau kata " Guan Eng kata kontraktor bumiputra paling banyak dapat kontrak dibawah regim DAP,hehe banyak tapi nilai projek ciput bolehlah untung sekupang dua ...skali tauke cina masuk berbillion untung bhai.."
Baru baru ini Karpal didapati menghina umat Islam apabila mempersoalkan kenapa PAS mahu sambutan hari valentine diharamkan.
Hujah Karpal mudah,hak asasi manusia harus ditegakkan,hukum agama hanyalah persoalan yang dibangkitkan oleh PAS maka ia tidak penting.
Nik Abduh,Nik Aziz,Nasarudin dan juga beberapa pemimpin PAS sekarang ini sudah mendapat arahan daripada DAP agar tutup mulut dan jangan persoalkan hak DAP dalam menegur umat Islam.
Bagaikan menarik handbrake,PAS sudah mula berlembut dengan Karpal,kita sudah mengjangka inilah yang akan berlaku terhadap pelacur agama yang tidak mempunyai pendirian.Karpal bukannya budak budak,dah berpuluh tahun menjadi ahli parlimen dan wakil rakyat,sudah pasti beliau tahu mengenai sensitiviti agama.
PAS seolah cuba melembutkan keadaan kononnya berlaku salah faham. Memang sah kerandut telurnya sudah hilang apabila DAP berdehem.
Karpal keliru, salah faham isu Hari Kekasih
Pas Kelantan menganggap Pengerusi DAP, Karpal Singh keliru dan salah faham sehingga menyebabkan beliau mempersoalkan pendirian Pas berhubung sambutan Hari Kekasih.
Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, pendirian parti itu mengenai sambutan Hari Kekasih hanya ditujukan kepada orang Islam dan perkara itu yang perlu difahami oleh Karpal.
"Mungkin ada kekeliruan di pihak Karpal sebab bila kita bercakap mengenai Hari Kekasih, kita bercakap dari sudut dan perspektif agama serta ditujukan kepada masyarakat Islam sahaja.
"Boleh jadi dia salah faham sebab dia ingat kita tujukan kepada semua orang. Sebenarnya orang bukan Islam kita tidak melarang mereka menyambutnya kerana itu hak masing-masing," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohd. Amar diminta mengulas kenyataan beberapa pihak yang meminta Pas mengkaji balik hubungan mereka dengan pakatan pembangkang disebabkan kenyataan Karpal itu.
Mingguan Malaysia baru-baru ini melaporkan kenyataan Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang menyelar tindakan Karpal yang tidak bersetuju dengan pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih.
Ini berikutan kenyataan Karpal seperti dilaporkan media baru-baru ini yang menggesa Pas menarik balik pendirian membantah sambutan Hari Kekasih semalam kerana ia mempromosikan aktiviti tidak bermoral.
Menurut Karpal, DAP berpendapat pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih bukan satu langkah yang baik dan tindakan Pas juga bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan.
Tambah Mohd. Amar, Karpal perlu tahu bahawa apa sahaja pandangan mengenai sambutan Hari Kekasih sama ada daripada pemimpin Pas, ulama atau Majlis Fatwa Kebangsaan perlu dilihat khusus kepada orang Islam sahaja dan tidak menghalang agama lain.-utusan
Pisau kata " Karpal bukan budak budak,jenis tak faham,ini la buktinya PAS gagal dakwah DAP"
Melayu tak semestinya Islam,Begitulah Anwar memberi pendapat bahawa definisi melayu yang termaktub didalam perlembagaan harus ditukar kerana tidak mengikut akan hak asasi manusia.
Baca sini definisi melayu didalam perlembagaan:Klik sini
Anwar memperlihatkan sikap liberal,pluralisme dan beliau kelihatan bersetuju jika mana mana melayu Islam itu murtad atas hak kebebasan manusia.
Anwar sendiri mengakui Umno membela bangsa dan agamanya,perlembagaan yang sedia ada menurut Anwar menyekat melayu daripada mempunyai kebebasan beragama.Apa yang boleh kita tafsirkan jika satu hari nanti Anwar menjadi PM.Satu hari nanti kita akan ada melayu kristian,melayu buddha,melayu hindu atau pun melayu Islam.Kesemua dibawah pluralisme yang diperjuangkan oleh Anwar.
Sudah pasti definisi melayu akan ditukarkan jika pakatan memerintah dinegara ini.Inilah jadinya jika melayu sendiri memperlekehkan bangsa sendiri sepertimana yang PAS lakukan.
Pisau kata "Anwar nak jadi Gus Dur bapak pluralisme"
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar sedia memberi kerjasama berhubung dakwaan bahawa beliau mempunyai bukti salah laku kakitangan KSSB dalam pengendalian pasir di Selangor.
Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat exco semalam, Khalid berkata kerjasama dari Noh itu sangat penting bagi memastikan dakwaan itu benar-benar wujud atau hanya sekadar tuduhan politik.
Nak bukti ya ?
Nah ambil bukti di bawah ini....
Sumber bukti : selangordaily.com
Harga pasir yang disiarkan dalam laman web KSSB
RM 8.00 per tan untuk syarikat siapa ?
Lebih dari 50 % pengurangan diberikan kepada syarikat berkenaan.
Kenapa syarikat berkenaan dapat harga yang terlalu istimewa ?
Hahahaha...plan awal DS Anwar...ampu dulu Nik Aziz, lepas tu jumpa, confirm dah lembut hati. Puji sikit, meleleh la Nik Aziz..
Senang sahaja jikalau kita mahu mengadap Nik Aziz untuk menegakkan benang yang basah (yakni kesilapan terang-terang yang telah dilakukan). Ampu dan terus ampu..kemudia salahkan pihak lain..tak pasal-pasal?????
Mengadu domba merupakan Ijazah Pertama tak rasmi yang diperolehi oleh beliau jadi kalau setakat diluar negara, dah tahap PHD dah tu..! Nak mengadap Nik Aziz bukan payah, tadak UPSR pun bleh kelentong dia..
Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersikap terbuka untuk mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil menyifatkan teguran Menteri Besar Kelantan itu sebagai "lembut dan sopan."
Anwar berkata, beliau akan bertemu dengan Nik Aziz Isnin depan berikutan jadual kerjanya yang padat.
"Sebelum ini saya di luar negara dan kini baru pulang dari Bangkok (Thailand), Nik Aziz pula di Kelantan. Tetapi isu yang terjadi ini berbeza. Umno memfitnah saya dan padam kenyataan saya yang mengatakan tentang hak rakyat Palestin.
"Nik Aziz tegur saya lembut dan sopan. Beliau mencadangkan kalau saya ada kata, tarik balik, jika tidak, saman," katanya selepas menghadiri majlis perhimpunan mingguan dan sambutan Maulidur Rasul di Majlis Perbandaran Subang Jaya.
Bagaimanapun, Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor, enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai pertemuan itu.
Sebaliknya kata Anwar, beliau akan mengeluarkan kenyataan media petang ini.
Dalam temu bual dengan akhbar Wall Street Journal (WSJ) pada 26 Januari lalu, Anwar menyatakan sokongan terhadap semua usaha bagi menjaga dan melindungi keselamatan negara Israel.
Bagaimanapun, kelmarin, Nik Aziz menggesa Ketua Pembangkang itu, menarik balik kenyataannya berkaitan dengan Israel, yang disiarkan dalam WSJ bulan lalu.
Justeru, bagi menangkis dakwaan bahawa dirinya menyokong Israel, Anwar berkata, kenyataannya mengenai hak rakyat Palestin telah dipadam.
Beliau turut menegaskan, akan memberitahu mengenai pertemuannya bersama pemimpin Hamas, Khalid Mash'ad ketika kunjungan ke Qatar, dalam kenyataan yang akan diberi petang ini.
"Mereka (Umno) memotong kenyataan saya yang menyebut mengenai hak rakyat Palestin. Sama juga seperti bila Menteri Pertahanan kita berjumpa Menteri Pertahanan Israel, Menteri Luar kita berjumpa Menteri Luar Israel, ada media siarkan? Media takkan laporkan benda itu," katanya.
tokwan terkejut tengok di blog keristujuhlok ada gambar kelulusan dia. kerana tokwan tengok macam hebat fakta dia kemuka tentang isu shahrizat. sekarang tokwant engok orang yang Datuk Seri Anwar pilih jadi pengarah strategik rupanya kelulusan second claas lower sahaja. tetapi sayang orang umno juga tutuh shshrizat ketika tidak ada lagi perbicaraan.adakah ada politik dalaman hal ini ? kalau ada selesaikan jangan minta shahrizat berhenti.ramai penyokong dia akan marah dan susahs BN nanti.tokwan fikir macam tu maaf kalau salah. terima kasih dan jenguklah blog tokwan lagi.
You are subscribed to email updates from Tok Wan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Semakin hampir dengan PRU13, semakin nampak ketara nasib mungkin tidak menyebelahi pembangkang.Riak-riak tidak baik yang bakal menimpa pakatan semakin jelas menampakkan bukti.Ada saja kesalahan, kesilapan dan isu-isu tak dijangka muncul satu demi satu yang menyebabkan pakatan semakin tertekan. Kebanyakan kesalahan atau isu "backfire" baru muncul ini semuanya terhasil dari "kesilapan" pemimpin pakatan sendiri.Macam Malaysia lawan Bahrain la. Kalau nasib memang tidak menyebelahi, ada saja kesilapan tanpa dirancang yang berlaku menyebabkan Malaysia kalah, walaupun pada awalnya kita sudah mendahului 2-0.Nasib inilah yang dikatakan ketentuan dan takdir tuhan. Riak-riak dan tanda kekalahan Malaysia sewaktu menentang Bahrain sebenarnya sudah boleh dibaca sejak awal permainan lagi. Walaupun pasukan Malaysia bermain baik, tapi ada saat-saat tertentu pertahan Malaysia begitu mudah dibolosi. Saat-saat berlaku kecuaian inilah yang telah digunakan sepenuhnya oleh Bahrain untuk menambah gol demi gol.Riak-riak kekalahan pakatan pembangkang ini juga boleh kita baca dari kesilapan demi kesilapan yang dilakukan oleh para pemimpin pembangkang.Siapa sangka BN dapat rezeki harimau bila tak semena-mena Anwar keluar kenyataan "akan berbuat apa saja untuk menjamin keselamatan Israel" jika pakatan berkuasa.Siapa sangka mahkamah yang dikatakan dicucuk hidung oleh pemerintah, boleh membebaskan Anwar dari pertuduhan liwat atas alasan teknikal. Segala rancangan meraih simpati jika Anwar dipenjara telah terbatal.Siapa sangka Anwar sanggup dicalit "nandek" di dahi dan meraikan upacara mengusung api dalam majlis Thaipusam. Kelam kabut blogger pakatan superimposed gambar Najib pakai "nandek".Siapa sangka kerajaan pakatan Selangor akhirnya terbukti tidak berani untuk bersikap telus seperti tuduhan yang sering dilabel kepada UMNO, apabila muncul isu curi pasir yang membabitkan yb-yb DAP hingga membawa kepada kematian misteri Patrick Wong. Koordinasi politik pakatan juga semakin bercelaru dan kelihatan sukar untuk melakukan "damage control". Permainan politik keterlaluan yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin DAP, PKR dan PAS telah menyebabkan pemimpin dan penyokong rakan pakatan berlaga ideologi sesama sendiri.Bila Anwar sokong Israel untuk kembalikan kepercayaan Amerika dan rakan yahudi kepada dia, hakikatnya telah menyebabkan PAS tersepit di antara ikatan sesama pakatan dan ideologi perjuangannya.Bila Hasan Ali menunjukkan ketegasan dalam isu DUMC, DAP pula yang melenting. Bila DAP melenting, PKR melompat dan akhirnya PAS juga yang terpaksa buat keputusan pecat Hasan Ali tanda akur. Tindakan DAP merekrut seramai mungkin melayu ke dalam DAP jika berjaya, akhirnya akan memberi kesan langsung kepada pengaruh PKR dan PAS di kalangan orang melayu. Tindakan ini hanya akan menyebabkan berlakunya budaya tarik menarik sokongan melayu di dalam kandang sendiri kecuali jika DAP berjaya menarik melayu yang tidak menyokong mana-mana parti melayu sedia ada.Semua konflik luar jangka yang muncul di kalangan pakatan pembangkang ini akan menyebabkan pengundi atas pagar hilang keyakinan terhadap kemampuan pakatan pembangkang untuk mengambil-alih Putrjaya.Jika pakatan pembangkang gagal menyaingi persefahaman yang terbentuk sekian lama di antara sesama komponen BN, dan pakatan mereka terus bercelaru tidak keruan, besar kemungkinan pengundi atas pagar yang menjadi faktor penentu siapa yang harus menjadi kerajaan akan memberikan sokongan mereka kepada BN secara status quo.Jika ini yang terjadi, maka jelaslah kepada kita bahawa mungkin takdir tuhan akan terus menyebelahi BN pada PRU13 nanti. Di dalam proses penentuan takdir ini, satu demi satu kesilapan dan kelemahan ketara dan tidak dijangka terjadi di pihak pembangkang dan ia semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.Inikah yang dimaksudkan oleh ayat Allah yang bermaksud "Allah memberi kuasa kepada sesiapa yang dikehendaki dan mencabut kekuasaan dari sesiapa yang dikehendakiNya". "Allah berhak memulia dan menghina sesiapa yang dikehendaki".?Golongan yang paling rasional dalam membuat keputusan adalah golongan atas pagar. Penyokong tegar ke dua pihak, BN dan pakatan akan tetap menyokong parti meerka walau apa pun terjadi.Golongan atas pagar ini sedang memerhatikan tingkahlaku ke dua belah pihak. Siapa yang pada penilaian rasional mereka "tak elok laku" pasti tidak akan dapat sokongan mereka.
Datuk Syed Ali Alhabshee meminta semua ahli politik mengambil perhatian terhadap kredibiliti masing-masing sekiranya di kalangan mereka dibelenggu oleh sesuatu isu.
Ketua Umno Bahagian Cheras itu mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Rabu yang menasihatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil agar "jangan sayang kepada jawatan."
Nasihat Dr Mahathir itu ekoran kemelut yang melanda Pusat Fidlot Nasional (PFN) yang membabitkan suami dan anak-anak Shahrizat.
Syed Ali yang menjadikan Shahrizat sebagai contoh berkata, peletakan jawatan bukannya bermaksud diri seseorang anggota kabinet itu bersalah.
"Jika mengikut undang-undang, Shahrizat mungkin tidak bersalah dalam hal ini (PFN) tetapi jika dilihat secara dasar politik, ia melibatkan kabinet.
"Ini kerana beliau masih menjadi menteri dan PFN mempunyai kaitan dengan suami dan anak-anaknya. Beliau patutnya tahu bila perlu meninggalkannya (kabinet)," katanya ketika dihubungi mStar Online, Rabu.
Syed Ali sebelum ini beberapa kali menggesa Shahrizat agar meletakkan jawatan sebagai menteri dan mempersoalkan kenapa Ketua Wanita Umno itu terlalu sayangkan jawatannya itu.
"Orang politik biasanya bila sudah ada jawatan, susah hendak lepaskan. (Sharizat) lepaskanlah jawatan (menteri) itu. Beliau masih ada jawatan sebagai Ketua Wanita Umno kerana masih mempunyai sokongan daripada ahli-ahlinya," katanya.
Syed Ali bagaimanapun berkata, gesaan supaya Sharizat meletakkan jawatan sebagai menteri itu bukan disebabkan terdapat pihak yang hendak menjatuhkan Menteri itu.
Sepasang kekasih ini dikatakan terlalu obses dengan hak kebebasan manusia untuk meluahkan perasaan sehingga tergamak mencetus kontroversi apabila berasmara di dalam keadaan separa bogel di tepi kakil lima yang penuh sesak dengan orang ramai.
Itu di barat dan bagaimana pula dengan negara kita?
Di Malaysia, kita mempunyai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak kebebasan manusia seperti Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Suruhjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Human Rights Watch dan banyak lagi.
Sebahagian dari mereka memang ikhlas memperjuangkan hak kebebasan manusia dan ada pula sebahagian dari pertubuhan itu yang dikatakan memperjuangkan sesuatu demi kepentingan politik pihak tertentu.
Penulis enggan mengulas tentang politik dan lebih tertarik dengan erti hak dan kebebasan manusia yang diperjuangkan NGO-NGO yang gemar mencetus kontroversi di negara ini.
Misalnya, kerajaan dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dikritik teruk oleh beberapa NGO hak asasi manusia kerana mengharamkan program Seksualiti Merdeka yang memperjuangkan hak serta kebebasan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di negara ini.
Dalam konteks pemahaman NGO-NGO yang terbabit, golongan LGBT perlu diberikan hak sebagai manusia untuk menyuarakan dan bebas mengamalkan naluri kemanusiaan yang ada di dalam diri mereka tanpa sebarang diskriminasi dari sudut perundangan mahupun masyarakat.
Pada penulis, kebebasan seperti ini seolah-olah meletakkan perilaku kebebasan itu melebihi dari kebebasan yang dibenarkan menurut Islam.
Memang benar Islam adalah agama yang tidak memaksa dan memberikan kebebasan penuh kepada umat manusia.
Namun, perlu diingat bahawa Allah SWT telah memberi panduan melalui RasulNya, Muhammad SAW untuk menyebarkan garisan dan batasan yang perlu dipatuhi agar umat Islam tidak melampaui hukum hakam yang telah ditetapkan melalui Al-Quran, Sunnah, Qias dan Ijma' Ulama.
Persoalannya, apakah hak dan kebebasan yang dituntut NGO-NGO itu bertepatan dengan kehendak Islam, budaya dan moral masyarakat di negara ini.
Misalnya di kepulauan Canary, Spanyol, yang menyaksikan para pelancong dibenarkan secara sah dari segi perundangan untuk berbogel di tepi pantai kepulauan tersebut seperti di Fuerteventura, Corralejo, Semenanjung Jandia, Lanzarote, Gran Canaria, Tenerife dan sebagainya.
Sanggupkah kita menyaksikan Kak Limah, Nyonya Siew Lan, Makcik Munah, Aci Letchumi, Pakcik Akob, dan Pak Nuar berbogel dan berenang-renang di tepi pantai Chenang di Langkawi sambil menikmati 'mandi matahari'?
Mahukah kita melihat budaya sebegitu menembusi sempadan negara kita yang terkenal dengan amalan Islam, adat sopan, kesusilaan, rasa malu yang tinggi dan budaya ketimuran yang menekankan soal moral yang tinggi?
Penulis yakin bahawa sekiranya budaya LGBT atau mana-mana budaya seumpamanya itu dibenarkan masuk ke negara ini, maka tidak mustahil ia akan menyebabkan budaya berbogel di tempat awam seperti di Eropah juga akan terlepas masuk dan dianggap 'hak dan kebebasan' di Malaysia.
Itukah bentuk kebebasan hak asasi manusia yang diperjuangkan oleh sesetengah NGO-NGO di negara ini?
Jika tidak, mengapa pula perlu menyokong Seksualiti Merdeka dan terkini mereka mengecam pula tindakan kerajaan yang menghantar pulang wartawan, Muhammad Najeed A. Kashgari atau Hamza Kashgari ke negara asalnya?
Hamza didapati bersalah kerana menghina Rasulullah SAW oleh ulama Saudi dan apakah kebebasan hak bersuara itu membolehkan dia menghina kekasih Allah?
Kenapa pula Malaysia harus melindungi Hamza yang menghina Rasulullah SAW dan salahkah kerajaan menghantarnya pulang sebagaimana yang diminta oleh negara asal Hamza itu?
Pada penulis, apalah ertinya kebebasan dan hak asasi manusia sekiranya ia bertentangan dengan Islam, moral atau ketetapan fitrah kejadian manusia.
Apa pula pendapat anda?
Patutkah tindakan segelintir NGO itu memperjuangkan sesuatu yang bertentangan dengan Islam dan akhlak serta berselindung sebalik alasan 'kebebasan dan hak asasi manusia'?
Aku dengar, Anwar akan jumpa Pok Nik pada Isnin depan untuk jelaskan pasal Israel dia tuh. Korang agak-agak, apa yang Anwar akan kencing Pok Nik? Heh?
Antara alasan yang boleh diberikan ialah...
1. TAHALUF SIYASI : Alaaaaa...kalau PAS boleh trade in Islam dengan DAP, takkan la Anwar takleh trade in dengan Israel.
2. MINTA DANA UNTUK PAS SEMPENA PRU13 - Anwar boleh sebut dia mintak dana dari Israel. Sebab tu dia bodek Israel cam tu..kalau tak bodek camana nak kasi fund kat PAS? Heh!
3. ISRAEL NAK BUNUH ANWAR: Hari tu masa Saiful report polis, Anwar bagi alasan macam tu nak lari masuk Kedutaan Turki, kan? Tak mustahil dia akan gunakan alasan Israel nak bunuh dia kalau tak bodek Israel, kan?
4. SAJA JE DIA NAK TEST MARKET: Anwar try nak tengok populariti dia kat Israel. Mana tahu dia boleh jadi PM Israel. Kan ke dia nak jadi PM..? Heh!
5. HANYA PENDAPAT PERIBADI: Tu just pendapat peribadi dia je. Bukan pendirian PKR atau Pakatan Haram. So dia punya suka la nak sebut apa pun...Pok Nik apa sibuk? Nak makan pelempang?
6. AIK? TAKKAN POK NIK TAK TAHU KOT?: Ye laaa...dari dulu orang dok sebut Anwar pro-Israel, kan? Betul la tu. Apa yang Pok Nik nak complain banyak lak? Dah tahu Anwar Israel, kawan dengan dia buat apa?
Dan seperti biasa...Pok Nik hanya akan angguk kepala saja. Lepas tu, Pok Nik balik jumpa puak-puak PAS cakap tak apa. Semua tu TAHALUF SIYASI saja...heh! Lepas tu PAS pun sokong la Israel...dasar baru: Dasar Pandang Ke Israel..!!! Heh!
"Letak telefon kat tempat 'tu'..nak raba...dok telanjang?
"Mah..bau bur*t muka abang...
"Bau benda tu, dok lekat dimuka abang sengaja tak basuh..
"Nak peluk...nak cium...
"Nak isap semua..ok baik...
"Tak nak cium nak isap semua...
Eeeiiiiiii..!!! Apa ni Mat Sabu woiiii..???!!! Apa ni Abang Mat niihhhhh..??? Dah la tak sanggup aku nak transkrip hang punya phone call dengan Normah tuuuu..!!! Eeeeiii...geli geleman aihhhh..!!!!
Korang nak tahu...korang tengok dan dengar sendiri laaahhh.. malas aku nak transkrip!
Aku heran la. Apasal pemimpin pembangkang ni semua gatal-gatal. Semuanya salah laku seks jaaaa...rasuah pun depa juara, betina pun depa juara jugak? Heh! Memang champion!
Tapi rasanya Mat Sabu tak leh lawan Anwar. Anwar lagi champion..! Terkenal sejak di MCKK lagi wehhhh..!!! Heh!
Apabila PKR dan DAP memerintah Selangor mereka telah menubuhkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd bagi menguruskan hasil mineral negeri Selangor termasuk pasir.
Tujuan penubuhan KSSB hanyalah untuk mengabui mata rakyat bagi menunjukkan mereka telus dan pandai menguruskan hasil negeri. Di sebalik itu penuh tipu muslihat yang berlaku.
KSSB menjadi tempat kroni-kroni PKR dan DAP merompak hasil pasir Selangor. Kroni Pas pula merompak di Yayasan Selangor. KSSB hanyalah sebagai alat untuk menghalalkan kegiatan haram.
Harga pasir yang dijual oleh KSSB berbeza-beza bergantung kepada jumlah yang dibeli dan juga lokasi lombong. Harga paling tinggi RM 21.80 dan paling rendah RM 15.00.
Itu harga untuk jualan kepada syarikat-syarikat bukan kroni mereka. Untuk syarikat kroni harga jualannya jauh berbeza. Kami akan tunjukan kepada anda bagaimana modus operandi PKR dan DAP merompak hasil Selangor melalui syarikat kroni.
Adun Batu Caves, Amiruddin Shari salah seorang yang memainkan peranan mengutip dana pilihanraya PKR melalui tauke-tauke pasir
Sebuah syarikat kroni mereka bernama Jendela Teguh telah diberi tawaran untuk membeli pasir dari KSSB dengan harga RM 8.00 setiap metrik tan. Harga yang ditawarkan jauh berbeza dari harga pasaran KSSB.
Maklumat dalaman KSSB yang sampai kepada kami mengatakan diatas kertas harga yang dijual kepada Jendela Teguh adalah RM 8.00, tetapi yang sebenarnya harga jualan RM 12.00 untuk setiap metrik tan. RM 8.00 dibayar kepada KSSB secara sah, RM 2.00 dibayar kepada PKR atas nama tabung pilihanraya, dan RM 2.00 lagi kepada DAP juga atas nama tabung pilihanraya melalui jalan belakang.
Harga RM 12.00 yang dibeli oleh Jendela Teguh masih lagi rendah berbanding dengan harga jualan semasa KSSB. Jendela teguh akan menjual pasir tersebut kepada pembeli-pembeli lain dengan harga RM 15.00 – RM 18.00 per tan metrik.
Harga jualan pasir yang dipamerkan dalam laman web KSSB.
Surat tawaran dari KSSB kepada Jendela Teguh untuk membeli pasir pada harga RM 8.00/tan
Untuk merealisasikan mission aku, aku kena gulingkan mamat nihhh..!!! Hiyyahhhh..!!!
Bila aku baca kat sini, terus rasa teringin nak jadi CM Penang! Mana tidaknya, boleh mewah! Melancong secara percuma ke Milan mewah pulak tu! Free..!!! Maklum la..ada orang tanggung..! Heh!
Naik Singapore Airlines business class pulak tu...mewah! Memang Mewah!
Duduk kat hotel mewah yang berharga Euro 2,000 semalam...mesti la menarik! Heh!
Yang paling best, semuanya ditanggung. Bawak la satu family sampai 6 orang plus bodyguard pun, semua orang lain tanggung! Yahoooo..!!!
Tu yang aku nak jadi CM Penang tu! Heh!
Sapa yang tanggung? Tan Sri ni ke? Adik Vincent Tan? Danny Tan? Heh!
Mungkin benar kenyataan bahawa industri pelacuran merupakan satu industri tertua di dunia dan dikatakan mendapat sambutan tanpa mengira di mana saja ia dijalankan.
Sama ada ia dijalankan di hotel-hotel besar bertaraf lima bintang atau hanya beroperasi di lorong-lorong gelap dan hanyir, industri tidak bermoral ini tetap mendapat sambutan.
Bak kata pepatah ekonomi, 'di mana ada permintaan, di situ ada penawaran'.
Peliknya nafsu manusia ini, mereka sanggup melanggan pelacur di mana saja ia ditawarkan, walau berapa bayaran yang dikenakan atau bahaya penyakit yang menanti mereka.
Lorong Hj. Taib yang terletak di antara Jalan Chow Kit dan Jalan Raja Laut dahulu dikatakan pernah menjadi sarang pelacuran yang terkenal di sini.
Namun setelah lorong yang hanyir itu kerap diserbu pihak berkuasa, diubah suai suasananya untuk menjadi lebih terang dan selamat, kawasan panas itu boleh dikatakan agak 'bersih' dari sindiket menjijikkan itu.
Meskipun begitu, dipercayai masih tertinggal saki baki golongan pondan dan penagih dadah yang berkeliaran di situ kerana masih ada lelaki 'hidung belang' yang melakukan 'permintaan'.
Lain pula halnya di China apabila dikatakan bahawa sindiket pelacuran dijalankan secara berleluasa dan mendatangkan keuntungan lumayan kepada mereka yang menceburkan diri dalam industri tersebut.
Misalnya, seorang lelaki yang pernah ditangkap pihak berkuasa di negara itu sanggup menyamar diri memakai buah dada palsu, rambut palsu dan berpakaian seperti wanita semata-mata untuk mencari sesuap nasi.
Lelaki ini didakwa sanggup menyamar sebagai pelacur wanita di China dan memakai buah dada palsu untuk kelihatan lebih mengiurkan…
Lelaki rupanya..!!!
Paling mengejutkan ialah aktiviti pelacuran di negara-negara Eropah di mana industri itu dijalankan dengan cara lebih menjijikkan.
Contoh terbaik ialah di Itali di mana pelacur-pelacur yang dipercayai berasal dari Nigeria dan penduduk tempatan menjalankan operasi pelacuran mereka di tepi jalan, di belukar kecil, di bawah pokok dan rumpunan rumput secara terang-terangan.
Pelanggannya hanya perlu memberhentikan kenderaan, melakukan proses tawar menawar, bayar, 'ehem-ehem', selesai dan terus 'cabut' dari lokasi tersebut.
Penulis tertanya-tanya, apakah ia melambangkan sebuah ketamadunan atau ia lebih kepada satu budaya yang sangat meloyakan?
Penulis rasa amat bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang Muslim yang diberi garis panduan melalui Al-Quran, Sunnah, Qias dan Ijma' Ulama untuk menjalani hidup di sebuah negara Islam fundemental yang bernama Malaysia.
Meskipun masih sedikit dicacatkan dengan kewujudan aktiviti tidak bermoral itu, pihak berkuasa negara ini kerap melakukan operasi membanteras perniagaan haram itu dan ia dapat dibendung untuk tidak menjadi seburuk yang belaku di China, Itali dan negara-negara lain.
Diharapkan juga golongan lelaki di negara ini untuk tidak berminat dengan aktiviti melanggan dan melakukan 'permintaan' terhadap industri itu memandangkan ia adalah salah sama sekali dari segi agama, moral dan perundangan negara ini.
Firman Allah SWT secara jahrah (jelas dan terang) di dalam Al-Quran yang bermaksud;
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)," surah Al-Isra', ayat 32.
Dan penulis tidak mahu sama sekali industri tertua di dunia itu menimbulkan kerosakan di negara yang kita cintai ini. Wallahua'alam. – Mynewshub.my
'Ehem-ehem' di dalam belukar, ada yang berselera?
Bagaimana pula yang ini?
Di mana ada permintaan, di situ ada penawaran…
Pelacur Nigeria sedang menunggu pelanggan di tepi jalan di Itali…
Ada sedikit bumbung, mungkin khuatir basah ditimpa hujan…
Bawah pokok di tengah kawasan lapang, terbuka…
Selesa dengan tilam dan cadar dengan suasana alam sekitar begini?
Entah apa yang difikirkan pelacur ini…
Mungkin letih melayan pelanggan? Atau tertidur bosan kerana tiada pelanggan?
Entry ni aku khaskan kepada Karpal, Kit Siang, Guan Eng, pemimpin-pemimpin DAP dan mereka-mereka yang sewaktu dengannya yang menyokong sambutan Valentine's Day...
Walaupun kenyataan aku ni agak keras, namun aku punya valid reason yang sangat kukuh iaitu demi Islam.
Korang sedar tak korang tinggal kat mana? Malaysia, kan? Kat negara ni, Islam ada hak istimewa yang tak boleh dipertikai, kan? Korang nak lawan perlembagaan ke?
Memang tak salah bagi korang untuk sambut Valentine's Day. Tapi bagi umat Islam, sambutan itu hukumnya HARAM. Korang faham tak? Atau buat-buat tak faham? Apahal? Nak cari gaduh ke?
Korang nak sambut hari apa pun, lantak korang la! Kitorang tak halang pun. Tapi, jangan la sentuh hal Islam dan kepentingan umatnya. Itu hal kami la..!
Majlis Fatwa kami dah kata haram ia disambut umat Islam. So kami tak boleh la sambut. Yang korang dok persoal tu apahal? Korang nak kena terajang ke?
Macam ni la. Kalau korang rasa nak kurang ajar dengan Islam, baik korang keluar dari negara ni cara baik. Berambus la pegi mana-mana pun. Tapi jangan cuba pertikai Islam kat bumi bertuah ni...
Kalau korang nak menyalak begitu, buat kat luar dan jangan balik-balikmlagi ke negara ni. Kami hidup aman je kat sini, korang pulak nak buat hal! Korang nak parang ke pistol ke apa?
Aku bagi last warning. Kalau korang degil lagi, aku takleh tanggungjawab sekiranya umat Islam negara ni bangkit belasah korang macam 13 Mei dulu.
Aku bukan ugut. Tapi untuk jaga sentimen masyarakat majmuk di negara ni untuk hidup harmoni, kadang-kadang bahasa begini perlu aku suarakan.
Sorry, aku tak maksud nak marah mereka yang bukan Islam yang lain yang tak kacau Islam dan hargai keharmonian agama di Malaysia. My words are for those ridiculous bastards yang cabar Islam...
Korang buat lagi lepas ni, korang akan tahu jawapannya...
Uikkk..?!!! Kengkawan aku kat Kedah dok kecoh pasai satu rakaman video seks yang dikaitkan dengan ADUN PAS Tanjung Dawai, Hamdan Khalib dengan sorang SIAM DOLL..!!! Heh!
Hangpa semua dah tengok ka video tu? Heh!
Dari sok sek sok sek yang aku dengar dan disampaikan ke telinga aku sejak dua tiga minggu lalu, video tu sebenarnya dirakam oleh puak-puak PAS yang rapat dengan Hamdan sendiri...heh! Katanya depa sakit hati dengan Hamdan sebab DIA TAK BUAT KERJA CARA ISLAM..!!! Heh!
Aku tak mau percaya kewujudan video tu sebab aku pun tak tengok lagi! Hahahahaaaa..!!! Dan aku perlukan bukti dulu, baru aku persoalkan...
Selama ni depa dok sebut saja pasai video tu kat aku. Tapi dah depa kata video tu ada...maka mungkin betoi la kot ada...hahahaaaa..!!! Kalau aku dah tengok video tu, baru aku caya...buleh lagu tu? Heh!
Aku dengar, Hamdan dok jenuh bersilat dengan bini dia! Betoi ka Hamdan?Errr..dia tak malu ka kantoi depan anak-anak dia? Sekali tengok, takkan la ADUN PAS nak buat perangai terkutuk tu kannnn...heh!
Tapi bila dikenangkan tentang riwayat seorang ulama yang tewas dengan pujuk rayu setan sampai menyebabkan dia mati dalam kekufuran, maka aku fikir tak mustahil Hamdan juga begitu...
Lagipun, merujuk kepada history dan latar belakang Hamdan, dia masih mampu melakukan hubungan seks.
Kalau Pok Nik tu mungkin payah la sikit "benda" tu nak naik, mungkin monopause. Tapi aku rasa Hamdan still berfungsi..heh!
So, Hamdan camana? Deal dengan orang hang hari tu yang janji takmau bertanding tu camana? Still on? So hang tak jadi bertanding la ni next PRU13?
Takpa la Hamdan, tak bertanding pun takpa asalkan geng-geng hang tu tak publish video hang tu sudah...kan? Heh!
Tapi aku rasa, hang ni rugi la jugak. Bukan apa, aku dengar Anwar tengah kowtim fund dari Israel "nala" punya banyak...mai angka bilion wooo..!!!
Rugi la hang Hamdan weiii...melepas la nak langgan SIAM DOLL lagi lepas ni..heh!
Lima hari yang lepas Mufti Perak telah menegur PM kerana menghadiri sambutan hari Thaipusam di Batu Caves.
Jika kita lihat dengan mata kasar nampak ianya tidak ada sebarang kesalahan kerana Datuk Najib bukannya masuk ke dalam kuil atau melakukan upacara-upacara keagamaan hindu. Beliau hanya hadir di persekitaran kuil untuk mengambil kesempatan bertemu dengan orang-orang india yang berkumpul di sana pada hari itu.
Oleh kerana orang yang pakar dalam hal ehwal agama islam seperti Mufti Perak kata tak boleh , maka kita kena hormat nasihat beliau. Beliau lebih tahu dari kita, sebab itu beliau dilantik sebagai Mufti.
Telah lima hari Tan Sri Mufti Perak menegur PM, sehingga ke hari ini tidak ada seorang pun pemimpin atau ahli-ahli Umno yang bangkit melawan atau mempertikaikan nasihat Mufti. Inilah kelebihan Umno, mereka terbuka menerima teguran atau kritikan. Sebab itu Umno boleh bertahan lama walaupun telah menghadapi pelbagai ujian, cabaran dan dugaan.
Kalaulah yang ditegur tempohari Anwar Ibrahim atau pemimpin-pemimpin Pas, entah berapa banyak fatwa yang telah dikeluarkan oleh ulaRmak-ulaRmak Pas mempertikaikan Mufti Perak.
Kalaulah yang ditegur tempohari Anwar Ibrahim atau pemimpin-pemimpin Pas, entah berapa bakul sumpah seranah, makian dan cacian yang diterima oleh Tan Sri Harussani. Haramsani, haram jadah, ulama duit dan macam-macam perkataan lagi semuanya akan keluar . Sejarah telah membuktikan perkara itu pernah berlaku.
Tetapi apabila Mufti Perak menegur PM, gelagat mereka seperti burung merpati ditabur beras. Zurrrrppppppp.......sepantas kilat , sahut menyahut mereka memuji Mufti yang puak-puak mereka gelarkan haraMsani dan haram jadah.
Ketua Penerangan Pemuda Pas - Sumber berita :harakahdaily
Dewan Pemuda PAS Pusat mahu lebih ramai para ulama, mufti dan golongan agamawan tampil menyatakan pandangan terhadap tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang hadir ke upacara agama di Batu Caves sempena perayaan Thaipusam minggu lalu.
Ketua Penerangannya, Riduan Mohamad Nor berkata, golongan itu perlu berani untuk menyatakan kebenaran seperti yang ditunjukkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang membantah tindakan Najib itu dan menyifatkannya sebagai 'menggadai akidah'.
"Pemuda PAS melihat keberanian inilah yang perlu ditunjukkan oleh para Mufti di negara ini apabil melihat kemungkaran berlaku di depan mata tanpa mengira siapa pun pelakunya.
"Kita minta fatwa yang betul-betul jelas, berani dan telus daripada pihak agama dan jangan jual agama demi kepentingan sendiri," tegas Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan.
Beliau menyatakan ketika diminta mengulas mengenai tindakan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merayakan Hari Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.
Beliau menyokong tindakan itudan berharap lebih ramai agamawan tampil menyatakan pendirian.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menuntut Datuk Seri Jamil Khir Baharom selaku menteri agama agar segera menyatakan pendirian berhubung kehadiran Perdana Menteri ke perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.
Ini kerana, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria telah menyifatkan Datuk Seri Najib Razak "menggadai akidah" kerana hadir dalam upacara keagamaan yang haram di sisi Islam.
Beliau berkata, adalah pelik jika menteri yang sepatutnya menasihati Najib berdiam diri sehingga teguran dan tegahan terpaksa datang dari Mufti Perakpula.
Haramsani atau haram jadah atau ulama makan duit semuanya sudah hilang. Semuanya dah bertukar menjadi Tan Sri Harussani, seorang Mufti yang tegas dan berani menyatakan kebenaran.
Mengulas tindakan Datuk Najib itu Mahfuz Omar juga berkata,
"Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.
"Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain," katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu .
Sekarang saya nak tunjukkan kepada rakan-rakan semua beberapa gambar yang saya janjikan sebelum ini. Gambar-gambar tersebut dikirimkan oleh seorang pembaca kepada saya.
Adakah Tan Sri Harussani akan kembali dipanggil haraMsani atau haram jadah sekiranya beliau mengulas atau menasihati orang yang dalam gambar seperti dibawah.
Kita juga sama-sama tunggu apakah Mahfuz Omar akan komen seperti dibawah ?
"Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.
"Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya Anwar wakilkan pemimpinberagama Hinduuntuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,"
Tuan Guru Nik Aziz atau ulama-ulama Pas sepatutnya menasihatkan Anwar agar tidak hadir dalam perayaan itu .
Dulang Api
CALIT DAHI
Apakah apa yang dilakukan oleh Anwar diatas tidak menggadai akidah ?
Gambar ditas dirakam di Kuil Sri Maha Marriamman, Kinta Valley, Batu Gajah, Perak semasa sambutan perayaan Ponggal pada 29.01.2012.
Sekarang mari kita tunggu komen dari Mahfuz Omar dan pemuda-pemuda Pas.
Apa yang aku dengar tentang keadaan Anwar yang terkini ialah malaun tu sedang berada dalam keadaan sangat tension...
Tapi dia terpaksa cover line tunjuk cool depan orang..tapi orang-orang rapat dengannya bagitahu dia memang tengah tension gila babasss...
Wartawan takyah la pegi tanya dia kenapa dia tension..nanti dah la taknak ngaku, dia bantai marah macam hari tu..naya jaaa..heh!
Aku dengat, dia tengah tension sebab pemimpin-pemimpin Islam seluruh dunia tengah balun dia kaw-kaw...ada yang taknak dah jumpa dia..
Hamas hangin, Fatah hangin, Ikhawanul Muslimin hangin, Iran pun hangin kat diaaa..Indonesia tak payah cakap la kan..heh!
Kat sini, geng-geng pro-ulama Pas memang hangin gila kat Anwar. Depa suruh Pok Nik sampaikan "salam maut" kat Anwar. Tapi berani ka Pok Nik sampaikan salam tu? Heh!
Tu semua pasal kenyataannya bodek Israel baru-baru ni..
Tapi dia tak tarik balik kenyataannya sampai sekarang. Gila ke? Malu la "pemimpin anugerah Tuhan" tarik balik kenyataan. Mana boleh! Dia "Imam Mahdi" laaaa...mesti betul semuanya...
Sebab tu Jerusalem Post puji dia tu...alaaa jangan risau la, Pok Nik tak baca Jerusalem Post. Nak sebut Wall Street Journals pun Pok Nik tak reti..heh!
Sebenarnya, Anwar mungkin sengaja buat kenyataan sokong Israel untuk dapatkan dana PRU13 dari depa. Sepatutnya Pok Nik kena paham, dana dari sumber Israel tu la yang akan sponsor PAS nanti...heh!
So, Pok Nik diam je la. Kalau tak dapat fund dari Israel nanti camana? Anwar tengah adjust tu...jangan la kacau!
Nanti kalau dapat nanti, PAS akan dapat la sikit bahagian..tapi tentu la DAP dan PKR dapat lebih..tu kehendak Yahudi...heh!
Pada 16 September 2012 genap 49 tahun Sabah berada dalam Persekutuan Malaysia. Sabah, Sarawak, Singapura dan Malaya secara rasmi membentuk negara Malaysia pada 16 September 1963.
Perjanjian Malaysia ditanda tangani di London pada 7 Julai 1963 dan sepatutnya pengistiharan Malaysia dimasyurkan pada 31 Ogos 1963. Tarikh 31 Ogos dipilih kerana tarikh kemerdekaan Malaya dari British ialah pada 31 Ogos 1957.
Tarikh kemerdekaan Malaysia tentu tidak bertindih jika tarikh "lahir" Malaysia ialah pada 31 Ogos 1963. Namun atas alasan tertentu, termasuk alasan bantahan daripada Macapagal dan Sukarno, Lee Kuan Yew mencadangkan kepada Setiausaha PBB, U Thant supaya tarikh permasyuran Malaysia ditunda dua minggu.
Tarikh yang dipilih Lee Kuan Yew dan dipersetujui Tunku Abdul Rahman ialah pada 16 September 1963. Mungkin Tunku sedar atau tidak sedar, tarikh 16 September sebenarnya adalah tarikh lahir Lee Kuan Yew. Beliau dilahirkan pada 16 September 1923.
Pada hari Malaysia 16 September 1963 juga merupakan hari ulang tahun Lee Kuan Yew yang ke – 40. Apakah pemilihan tarikh itu merupakan rancangan Lee Kuan Yew?
Saya kerap berhujah, Lee Kuan Yew adalah pemimpin yang bertanggungjawab merealisasikan Malaysia bukan Tunku Abdul Rahman Putra. Diketika pemimpin-pemimpin bukan Islam dari Sarawak dan Sabah menentang gagasan Malaysia atas kebimbangan dominasi Melayu dan Islam, Lee Kuan Yew meyakinkan mereka perkara itu tidak akan berlaku dalam Persekutuan Malaysia yang dicadangkan itu.
Lee Kuan Yew memujuk pemimpin-pemimpin Cina dan bumiputera bukan Islam. Dia yang membawa mereka ke Singapura bersama ketua-ketua suku kaum asli Sabah dan Sarawak untuk melihat kemajuan bandar Singapura dan Kuala Lumpur. Pemimpin dan ketua-ketua kaum dari kawasan pedalaman Borneo itu disediakan penginapan hotel mewah dan dilayan seperti pembesar negara.
Selepas itu rombongan tersebut dibawa ke Kuala Lumpur dan disambut secara besar-besaran Ketua Menteri Malaya, Tunku Abdul Rahman.
Semua ini adalah taktik Lee Kuan Yew melembutkan hati mereka yang akhirnya bersetuju menerima gagasan Malaysia.
Apakah peranan Lee Kuan Yew dan penyertaan Singapura dalam gagasan Malaysia sesuatu yang direncana untuk memujuk pemimpin Sabah dan Sarawak?
Jika YA siapakah yang merancang? British atau Malaya?
Atau barangkali Lee Kuan Yew memang bercita-cita ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana dia melihat peluang lebih baik kerana Tunku seorang pemimpin 'lame duck' dan mudah dipengaruhi?
Ada pendapat mengatakan Lee Kuan Yew punya perancangan tiga S, mengharapkan sokongan Sabah dan Sarawak bergabung dengan Singapura. Tetapi perancangan itu tidak berjaya kerana PAP gagal menyaingi MCA di Malaya dalam pilihan raya umum 1964.
Akibat kegagalan itu, Lee Kuan Yew nampak dominasi Melayu melalui UMNO sukar dibendung dan dia mengambil keputusan membawa Singapura keluar dari Persekutuan pada 1965.
Pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak kehilangan seorang pemimpin yang mereka percayai. Akibatnya Tun Stephens di Sabah dan Stephens Kalong Ningkan di Sarawak, dua pemimpin yang rapat dengan Lee Kuan Yew telah di gulingkan dari jawatan mereka sebagai Ketua Menteri.
Parti UMNO yang sebenarnya paling berkuasa walaupun ada parti-parti kecil mewakili Sabah dan Sarawak! Seperti jangkaan Lee Kuan Yew, politik Melayu terus mendominasi politik negara. Jika ada pemimpin dari Borneo yang kritikal terhadap polisi Persekutuan, mereka akan tersingkir satu demi satu.
Saya selalu berhujah dengan pemimpin-pemimpin dalam PKR negeri Sabah termasuk Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, saudara Ahmad Thamrin Haji Zaini.
"Walaupun sejarah penubuhan Malaysia terlalu pahit ditelan rakyat Sabah, tetapi perjuangan PKR di Sabah mestilah tidak terkeluar daripada kerangka Persekutuan Malaysia. Sebagai parti nasional, PKR tidak boleh sama sekali terikut-ikut dengan rentak parti-parti kecil yang berjuang atas slogan "Sabah for Sabahans".
Slogan seperti itu hanya cuba mempengaruhi emosi rakyat Sabah yang tidak berpuas hati terhadap beberapa polisi kerajaan Persekutuan.
Tuntutan PKR adalah tuntutan yang bertanggungjawab dan tidak diselubungi emosi, kerana itu ia mestilah dalam framework Malaysia. Maka itu tidak timbul isu atau desakan untuk keluar daripada Persekutuan.
Apa pun generasi kita dan generasi hari ini harus berkata TIDAK kepada beberapa polisi kerajaan persekutuan yang tidak adil kepada rakyat Sabah. Kita mesti sampaikan mesej kepada pemimpin Persekutuan kita boleh dapat "deal" yang lebih baik daripada apa yang diberikan kepada Tun Stephens dan Tun Mustapha.
Kita mesti tegas menuntut royalti minyak yang lebih adil daripada 5% yang diperolehi sekarang. Kita mesti berkata TIDAK terhadap polisi kabotaj yang menjadi punca harga barang-barang keperluan lebih mahal di Sabah.
Kita menuntut agar Perjanjian Malaysia 1963 perlu disemak semula supaya syarat-syarat 20 Perkara dapat dipulihkan dan megembalikan status Sabah sebagai sebuah negara yang berdaulat.
You are subscribed to email updates from MUSLI OLI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Setelah blogger-blogger mesra Kerajaan mendedahkan beberapa gambar Anwar Ibrahim berkelakuan dengan perkara-perkara yang boleh menjejaskan aqidah di Kinta Valley Estate, cybertroopers P"Gay"R pula melakukan perkara yang terkutuk dengan cuba membuat "superimpose" gambar DS Najib seperti di bawah. Ini bagi menutup perbuatan keji Ketua Umum mereka dengan membuat fitnah kepada DS Najib.
Niat jahat cybertroopers P"Gay"R untuk menjatuhkan imej keislaman DS Najib ternyata kantoi tahap maksima. Tidak sampai beberapa hari gambar "superimpose" tersebut dikeluarkan, blogger-blogger mesra Kerajaan telah berjaya mendedahkan gambar sebenar. Pesan CTS buat cybertroopers P"Gay"R, cuba lagi di lain kali.
Sebuah video yang memaparkan kesengsaraan Rakyat Terangganu di bawah pemerintahan PAS bermula 1999. Video yang memaparkan juga bagaimana Amanat Haji Hadi disiarkan kembali supaya kita mengambil iktibar agar peristiwa kafir mengkafir tidak akan kembali berulang. Luangkanlah sedikit masa untuk menonton video di bawah.
Apakah ini satu kebetulan? Mana mungkin satu kebetulan apabila seorang wartawan di sebuah akhbar paling berpengaruh di Israel, The Jerusalem Post memuji Anwar Ibrahim di atas sifat keterbukaan Anwar Ibrahim mengiktiraf kewujudan negara Israel. Tanpa berselindung, wartawan berkenaan mengharapkan agar Anwar Ibrahim akan membuka pintu rundingan diplomatik dengan Israel.
Inikah yang majoriti Rakyat Malaysia mahukan. Seorang pemimpin yang mengiktiraf kewujudan negara Israel? Bayangkan apa yang Anwar Ibrahim mampu lakukan sekiranya beliau berkuasa kelak. Sekiranya kita tidak mahu pengorbanan nyawa, darah dan air mata Rakyat Palestine terbuang begitu saja, marilah sama-sama kita jalankan tanggungjawab kita di dalam PRU13. Anwar Ibrahim harus dihalang dari menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Alhamdulillah, amat jarang sekali kita dapat melihat gambar pemimpin-pemimpin mengenepikan keselesaan mereka untuk beriktikaf di masjid. Tanpa perlu hebahan media untuk meraikan kedatangan mereka, pemimpin-pemimpin sebegini tetap menjalankan tanggungjawab mendekati Rakyat. Inilah yang dikatakan benih yang baik kalau dibuang ke laut menjadi pulau.
Gambar di atas adalah gambar MB Perak DS Dr. Zambry Abd Kadir iktikaf di Masjid Jameq Tanjong Malim jam 1.30 pagi dan menunaikan qiamulail serta solat Subuh berjemaah. Selepas itu beliau akan bersarapan bersama qariah dan rakyat di gerai MDTM berdepan Balai Polis Tanjong Malim bermula jam 7.00 pagi. Menteri Besar yang bagaimana lagikah yang Rakyat Perak mahukan?
Acuan Aman Kampus melahirkan pemimpin bertanggung jawab, prihatin, rasional dan pembina negara; Acuan SMM dan Pro-M melahirkan manusia tidak bertanggung jawab, penipu dan pencetus kekacauan
BUTTERWORTH: Jelajah Aman Kampus yang disertai 180 orang dari 19 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan bertindak sebagai mata dan telinga rakyat bagi menyampaikan masalah mereka kepada pemimpin negara.
Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd Shahar Abdullah berkata Jelajah Aman Kampus menjelajah ke seluruh negara komited untuk mengumpul permasalahan rakyat dan mendekati masyarakat di peringkat akar umbi.
"Sejak program ini dilancarkan, kita sudah bertemu lebih 15,000 orang dan dalam masa yang sama kita mendapatkan maklumat balas mereka menerusi soal selidik.
"Menerusi soal selidik itu kita akan tahu permasalahan mereka dan maklumkan kepada kepimpinan negara untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas program Pentas Anak Muda peringkat Pulau Pinang, di sini malam Selasa.
Program anjuran Jabatan Penerangan Pulau Pinang itu mendapat kerjasama Aspirasi yang dalam lawatan ke seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak.
Katanya Jelajah Aman Kampus dilaksanakan bertujuan memastikan suasana keharmonian dan kedamaian di kampus sentiasa dipelihara.
"Program ini juga untuk menyedarkan mahasiswa agar penekanan diberikan sepenuhnya terhadap kecemerlangan sahsiah diri dan akademik.
"Selain itu, ia untuk menyuntik semangat patriotisme kepada mahasiswa agar terus memahami secara rasional tentang dasar-dasar yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan," katanya. - BERNAMA
Memasuki hari ke 10 program ini berlangsung di negeri Pulau Pinang, para peserta telah bergerak ke Taman Chai Leng untuk majlis perasmian pelancaran Jelajah Aman Kampus Peringkat Negeri Pulau Pinang. Sebelum itu para peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan yang mana satu kumpulan telah menjalankan aktiviti program Siswa Prihatin di Kampung Manis yang mana penduduknya majoriti ialah kaum india dan yang satu lagi telah menjalankan Ikon Siswa di SMK Prai.
Selesai kedua-dua program para peserta bergerak ke Taman Chai Leng dimana YB Senator Datuk PK Subaiyyah akan merasmikan majlis pelancaran peringkat negeri Pulau Pinang.
Para peserta telah bertolak dan selamat tiba di negeri Kedah Darul Aman. Ketibaan para peserta disambut oleh wakil dari GPMS UiTM Kedah. Laporan seterusnya akan menyusul kemudian.
Untuk laporan penuh mengenai Siswa Prihatin di Kampung Manis sila klik di blog Harapan Esok
Ini baru di panggil Mahasiswa yang mengunakan akal fikiran,,bukannya Mahasewel yang mengunakan kepala lutut untuk berfikir.tu la mahasewel ni bodoh tak bertempat..pelajaran tinggi tapi akal rendah.
Nota: Seperti yang dijangka, pandangan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria telah diambil luar konteks aqidah. Malangnya umat Islam yang tidak ada asas pendidikan agama akan mengambil pandangan tersebut tanpa melihat kepada asas sesuatu hukum. Sebenarnya menganuti fahaman sosialisme dan menyokong perjuangan sosialisme lebih bahaya kedudukan aqidah mereka berbanding hanya hadir untuk bersama-sama dengan penganut sesuatu agama, dalam perayaan adat dan perayaan agama tanpa sebarang niat untuk meraikan kepercayaan mereka. Tentu sahaja kehadiran Datuk Seri Najib di dalam perayaan adat dan agama bukan kerana beliau yakin dan meraikan kepercayaan yang sama, tetapi disebabkan kedudukan beliau sebagai seorang pemimpin negara berbilang kaum dan agama.
___________________________
Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini tidak menyalahi hukum syarak, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
Beliau berkata sebagai seorang pemimpin tidak salah untuk Perdana Menteri bersama-sama dengan bangsa lain dalam perkara yang berkaitan dengan adat.
"Sekiranya tiada niat untuk merayakan atau redha dengan perbuatan agama lain tidak mengapa tetapi kalau sama-sama merayakan baru tidak boleh," katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Profesionalisme Penceramah Agama Umno Bahagian Pekan 2012 oleh Perdana Menteri di sini hari ini.
Dipetik Bernama hari ini, Harussani yang hadir pada seminar itu berkata, Perdana Menteri memaklumkan kepadanya bahawa beliau hanya berada di dewan untuk menerangkan polisi kerajaan dan tidak terbabit dengan perarakan keagamaan dan tidak masuk ke dalam kuil atau dalam gua Batu Caves.
Mufti Perak itu sebelum ini dipetik sebagai berkata orang Islam yang merestui dan turut serta dalam upacara keagamaan lain melakukan perbuatan syirik.
Mengenai Najib yang memakai Kurta iaitu pakaian tradisional kaum India pada sambutan itu, beliau berkata, ia hanya budaya sahaja kerana orang Islam di India pun memakai pakaian yang sama.
Oleh yang demikian, Mufti Perak itu menasihatkan pihak yang cuba memutarbelitkan isu kehadiran Najib pada sambutan Thaipusam itu supaya menghentikannya kerana mereka membuat tuduhan tanpa usul periksa sehingga boleh menjadi fitnah.
"Masalahnya dalam keadaan sekarang orang Melayu berpecah, masing-masing mencari peluang untuk menghentam orang lain terutamanya menghentam sesama bangsa, pantang silap sikit.
"Saya harap semua orang kita (Melayu) balik pada asal, balik pada musyawarah... soal politik berbeza itu bukan menjadi masalah," katanya.
Sebaliknya, Harussani lebih kecewa dengan tindakan Pas di Perak semasa majlis sambutan Thaipusam dengan mengadakan gerai dan khemah serta mengibarkan bendera Pas seolah-olah menyokong dan redha dengan orang yang melakukan kufur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan