Rabu, 15 Februari 2012

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


Kebangkitan Mahasiswa!!

Posted: 14 Feb 2012 06:42 AM PST

Era 60an dan 70an merupakan era kebangkitan mahasiswa yang memperjuangkan hak rakyat sehinggakan tergugatnya pemerintah ketika itu. Masihkah kita ingat peristiwa Baling sekitar zaman 70an seketika dulu?? Satu gelombang tsunami yang menggegarkan daerah Baling, deretan bas-bas yang di penuhi dengan ribuan mahasiswa menyatakan bantahan kepada kerajaan di atas kesengsaraan rakyat Baling yang kebuluran. Mahasiswa seluruh Negara turun menyeka air mata rakyat Baling, kehadiran ribuan mahasiswa ini tidak lain tidak bukan memberi satu semangat kepada masyarakat sekitarnya untuk sama-sama menyatakan sokongan kepada mahasiswa dalam pembelaan ini, maka momenten ini merupakan ancaman yang amat besar kepada kerajaan ketika itu yang di pimpin oleh Pendana Menteri Dato'Seri Razak.


Kini suara mahasiswa mula kedengaran selepas 40 tahun menyepi. Rentetan daripada gambar PM diturunkan seterusnya yang terbaru ceramah mereka di Klang diganggu oleh pihak yang takutkan kebenaran. Adakah petanda ini mahasiswa mula bosan dengan pemerintah sekarang? Atau petanda BN akan dikuburkan pada PRU13 akan datang. Kita saksikan drama seterusnya.

Tiada ulasan:

Pengikut