YB DS Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan II yang juga Ahli Parlimen Tambun merangkap Ketua UMNO Bahagian Tambun telah menulis sebuah buku bertajuk "Catalyzing For Change" keluaran MPH bagi berkongsi ilmu untuk dijadikan rujukan oleh semua pihak terutama kepada golongan korporat dan pelajar pelajar IPTA dan IPTS dalam perspektif ekonomi dalam negara dan dunia keseluruhan.
GURU BESAR SK PERPADUAN BANGGA DENGAN BUKU TERSEBUT
YB DS Ahmad Husni juga yang pernah menjawat jawatan sebagai Presiden Inter Parlimentary Union selama 6 tahun hingga tamat tempoh 2 term syarat bagi setiap seorang Presiden badan dunia tersebut sudah tentu mempunyai pengalaman luas didalam bidang tersebut sudah tentu mengambarkan Menteri kabinet yang dilantik oleh YAB DS Najib berwibawa dan bertepatan dengan jawatan yg dilantik sebagai Menteri Kewangan II bagi membantu YAB DS Najib sebagai Menteri Kewangan I mentadbir ekonomi dan kewangan negara, seorang yang cukup berintergriti tinggi serta tegas dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan meletakkan segala kerja dan amanah yang dilakukan atas keredhaannya kepada Allah S.W.T.
YB DS AHMAD HUSNI TANDATANGAN PADA BUKU YG DIBELI OLEH DIRECTOR KINDING RESORT
Buku "Catalyzing For Change" yang mengandungi 6 Chapter telah mula dipasarkan di semua kedai buku MPH dengan harga RM39.00 dikategori dalam "Top Ten" minggu pertama laris di jual di Malaysia.
TAHNIAH DS AHMAD HUSNI DAN KEBANGGAAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA.
p/s teman setakat tulis dalam dairi yang tak pernah penuh dan dairi bertukar setiap tahun baru kehkehkeh.
Dalam FB sejak beberapa bulan lepas sampai sekarang aku tengok macam-macam orang dok komen mengenai ISU MURTAD khasnya terhadap Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara si gila tu (anda semua tahu cerita pasal makcik Sitt ni,kan?) ... dan amat mengejutkan aku sejak seminggu dua lepas apabila ada pula yang mengatakan Ustaz Zahazan juga telah turut terpesong Aqidahnya kerana menyebut dalam kuliahnya : Bonda Rasulullah adalah kafir dan meninggal dunia di dalam keadaan kafir.
Aku cuba selidik Youtube yang membuktikan kenyataan/kuliah Ustaz Zahazan tersebut, ternyata kenyataan sedemikian memang wujud pada video di bawah sebermula pada minit 5:30 saat (Sila Klik & Dengar).
Aku utarakan tajuk posting ini hari ini BUKAN untuk menambah kekusutan yang ada, tetapi kerana aku lihat mutakhir ini sambutan rakyat Melayu Islam terhadap roadshow SELAMATKAN AQIDAH oleh Pergerakan NGO yang dikenali sebagai JATI di bawah Datuk Dr.Hassan Ali nampaknya mendapat sambutan yang amat-amat menggalakkan. Syukur dan Amat-Amat Bersyukur !
Di dalam kita semua merasa amat bersyukur kerana sudah ada satu gelombang besar rakyat untuk bersama-sama membetulkan Aqidah masing-masing, isu Ustaz Zahazan ini nampaknya menjadi perbualan ramai juga. Sementelahan pula Ustaz Zahazan ini juga adalah antara Ustaz yang ramai pengikut FBnya! Kita tak mahu rakyat confius (keliru)...
Anda semua nilaikan sendiri , carilah jawapannya dan aku tidak tahu nak komen lebih2 pasal kenyataan/kuliah Ustaz Zahazan dalam video tersebut, AKU AMAT-AMAT MENGHARAPKAN SESIAPA YANG CERDIK PANDAI DALAM BIDANG AQIDAH DAPAT MENJELASKAN PERKARA INI (KENYATAAN USTAZ ZAHAZAN) DENGAN LEBIH JELAS SUPAYA RAKYAT MARHAEN TIDAK TERSALAH DAN TERSASAR AQIDAH MEREKA ...
Errr, gambar perempuan kat bawah ni katanya Makcik Sitt tu, kah? Tolong jelaskan (bagi sesapa yang mengetahui mengenai pembongkaran identiti Makcik Sitt tu) ... Aku pun copy paste gambaq ni dari Blog Saudara fitrihadi.com ini sahaja (SILA KLIK) , betul atau tidak perempuan ni adalah Makcik Sitt tu ???
Sila Klik Gambar Untuk Lebih Jelas.
NOTA ++ : URL Youtube Untuk Anda Tonton Sendiri Laman Video Ustaz Zahazan berkenaan perkara di atas :KLIK SINI UNTUK KE YOUTUBE :
Wallohu'aklam ...
KEPADA SESIAPA YANG ARIF DALAM BAB AQIDAH NI, TOLONG JELASKAN ... TERIMA KASIH !!
Skandal pasir di Selangor sebenarnya tidak akan tamat selagi kerajaan PKR memerintah. Kenapa aku katakan begitu? Kerana pasir Selangor adalah antara sumber dana terbesar untuk kerajaan negeri kerana kegagalan mereka untuk menjana ekonomi daripada sumber lain. Tidak perlu mendabik dada diatas jumlah simpanan tetap kerajaan negeri kerana semua duit itu adalah hasil penjualan aset-aset yang ada. Sebelum aku pergi jauh, tolong fikir, kenapa dengan duit kerajaan negeri yang berbillion itu tidak dibelanjakan untuk rakyat Selangor? Sumber mengesahkan bahawa duit tersebut akan digunakan untuk dana pilihanraya nanti.
Kematian Patrick Wong yang disyaki dibunuh selepas dikatakan akan membongkar skandal pasir KSSB sebenarnya bukan satu perkara yang pelik. Pendedahan RPK itu ada betulnya. Setiap individu yang cuba mengganggu KSSB akan di ugut supaya tidak lantang bersuara kerana kerajaan PKR tidak mahu ada pengacau dalam memastikan kantung kewangan mereka mencapai target sebelum PRU bermula.
Apa yang aku ingin dedahkan adalah satu laporan polis daripada seorang Pegawai Pemasaran KSSB yang tidak berpuas hati dengan cara KSSB mengaut keuntungan besar melalui Pegawai Kanan mereka iaitu Wong Swee Leong. Siapa Wong Swee Leong? Beliau adalah Ketua Jabatan Pemasaran KSSB yang dipertanggungjawapkan oleh Ronnie Liu menjaga semua urusan pembelian pasir.
Menurut Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wong Swee Leong telah memberi harga khas untuk pasir kepada sebuah syarikat bernama Sungai Rambai Angkut Sdn Bhd yang dimiliki oleh Dato' Tan Chin Huat dengan harga RM13.50 satu tan pasir sedangkan harga pasaran adalah RM17.50.
MP Kapar juga pernah menamakan Wong Swee Leong ini sebagai antara pegawai kanan KSSB yang terlibat di dalam perlombongan pasir secara haram di Selangor. MP Kapar juga mereka bertanggungjawab terhadap kerugian RM10 juta kerana salah urus dan mendakwa mereka mengeluarkan permit kepada pengusaha lombong pasir haram. KLIK SINI
Kenyataan Mursidul Am PAS, Nik Abdul Aziz semalamyang menyuruh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman World StreetJournal atas kenyataan menyokong keselamatan negara Israel sekiranya kenyataanbeliau didapati diputar belit dilihat sebagai satu lakonan sekiranya tindakansusulan tidak diambil oleh salah satu pihak, ujar Ketua Pemuda UMNO BahagianSeputeh, Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii.
"Dalam politik hari ini, banyak tindakan PAS sudah tidak lagireleven kepada perjuangan Islam, sebagai contoh terdekat, isu Hassan Ali yangtelah dipecat disebabkan pertahankan akidah islam yang di permainkan oleh MBSelangor.
Dalam hal menyokong Israel pula, tiba-tiba kita lihat Nik Azizbertindak mahu menyokong islam walhal sebelum ini, isu dalam negeri sepertiLina Joy murtad yang disokong Anwar tidak pula diendahkan oleh beliau," ujarnyayang juga Timbalan Pengerusi Unit Media Baru, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Tambahnya, ada banyak lagi peristiwa yang melibatkan akidah orangislam terjadi sekitar 3 tahun ini, tetapi tidak dipedulikan oleh Nik Azizkerana mahu mendapat sokongan daripada kaum yang selama ini tidak menyokongPAS.
"Suka saya nak ingatkan kepada PAS agar lebih prihatin dalammenjaga Islam bersama, bukan hanya bertindak menjaga Islam seperti musimdurian, nak berbuah baru nak jaga untuk mendapat hasilnya, islam bukan barangmainan untuk kamu.
Kalau DAP sanggup keluar dari negeri Kedah hanya disebabkan mahupertahan kandang babi, PAS sepatutnya berani menarik keluar Selangor dariPakatan, tetapi kalau pikirkan Selangor itu lubuk dana, setidaknya merekanyatakan keluar PR dari Kelantan untuk menunjukkan betapa serius mereka menjagaIslam," ujarnya.
Sehububungan dengan itu, semua orang Islam harus membuka mata danbuka hati untuk melihat sejauh mana orang Islam sudah dilacurkan oleh Anwar Ibrahimdan Pakatan Pembangkang demi untuk mendapat kuasa politik.
"Anwar tidak boleh menipu lagi, sekiranya orang PAS dahulunyaboleh menuduh perkara-perkara seperti ini diputar belit oleh UMNO, ternyata inisemua tuduhan liar semata-mata mahu menjaga silaturahim di antara mereka,"ujarnya lagi.
Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Burong, Datuk Mohd. ShamsuddinLias hairan dan pelik dengan sikap kerajaan negeri Selangor yang kononnyamendakwa memiliki simpanan RM1.9B namun dalam masa yang sama, sibuk menjualsegala aset Yayasan Selangor dan premis-premis perniagaan milik PKNS.
"Kita pun pelik jugalah, biasanya kalau dah ada duit ini, diagunakanlah duit itu untuk merakyatkan pembangunan itu slogan propaganda mereka.Kita yang jelas sewaktu di zaman pentadbiran kerajaan Barisan Nasional, kitatidak ada masalah. Kita ada bajet seimbang, ekonomi yang baik malah anak-anaksyarikat juga telah diuruskan dengan baik. Kita dapat melaksanakan objektifkerajaan negeri, tidak lari dari garis panduan.
Tapi hari ini, berlaku seolah-olah menghadapi krisis yang beratpula, nak menjual aset terutamanya melibatkan harta-harta untuk tujuan sosial danpendidikan, seperti harta Yayasan Selangor," ujarnya ketika ditemui baru-baruini.
Tambahnya, tidak ada sebab untuk menjual harta-harta tersebutkerana harta tersebut untuk tujuan pendidikan. Kita tahu pengurusan beberapaanak syarikat mengalami masalah, dari diuruskan oleh pihak pentadbir yangterdiri daripada kroni mereka, laporan audit jelas menunjukkan keadaanpengurusan yang dikatakan good governenini, adalah sebaliknya.
"Pada saya, ini sebenar politik propaganda kerajaan pakatan yangbertujuan untuk mengaburi mata rakyat dengan pendekatan yang merakyatkanpembangunan, kebajikan untuk rakyat tetapi nyata selepas 42 bulan memerintah,impak yang diterima oleh rakyat atas nama kebajikan itu pun adalah minimum.
Contohnya, kerajaan Selangor nak bagi air percuma kepada rakyatSelangor, tetapi ternyata masih ada lagirakyat yang masih terpinggir dari menerima akses air percuma tersebut. Begitujuga dengan janji-janji yang lain, bukan semuanya yang dapat. Selama 42 bulanmemerintah, kita lihat banyak kegagalandari segi melaksanakan agenda pembangunan yang disebut sebagai agenda kebajikanrakyat, itu tidak termasuk krisis dalaman yang sedang dihadapi mereka sekarang,"ujarnya lagi.
Tengok muka Naib Presiden PKR, N. Surendran ini sahaja dahcukup tidak meyakinkan, mata kuyu mengantuk kea tau tengah lalok, ada hati nakmengecam tindakan kerajaan menghantar pulang kolumnis akhbar Arab SaudiMohammad Najeeb A. Kashgari yang akan berdepan hukuman berat selepas didakwamenghina Islam dan Nabi Muhammad s.a.w.
Sebab itulah EXCO Pemuda UMNOMalaysia, Lokman Noor Adam menyuruh Naib Presiden PKR itu cermin diri dan perlusedar dan tahu bahawa beliau berada di dalam sebuah negara yang meletakkanagama Islam sebagai agama Persekutuan selain sebuah negara yangberdaulat.
SUNGAI BULOH – Bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menasihatkan golongan akademik lebih terbuka dan bijak agar tidak mudah dipengaruhi golongan parasit dalam Pas.
Beliau berkata, sebarang komen dan teguran yang dibuat golongan itu terhadapnya perlulah menyeluruh dan mengambil kira maklumat dan fakta pihak terlibat.
"Dr. Maszlee Malek sudah dipengaruhi oleh beberapa parasit di dalam Pas. Sebagai seorang ahli akademik, mesej yang dipapar menerusi surat terbukanya kepada saya (disiarkan Sinar Harian 10 Februari lalau) itu kena menyeluruh dan dapat pandangan dari orang yang terlibat, masalah ini bukan masalah falsafah, teori atau konsepsual tetapi ia adalah masalah operasi.
"Beliau tidak tahu saya dihimpit dan ditekan oleh DAP, PKR dan juga Pas semata hendak menegakkan Islam, Melayu dan Raja," katanya ketika ditemui pada siri jelajahnya di Kampung Paya Jaras Dalam kelmarin.
Hasan berkata, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu juga perlu mendedahkan hubungannya sebenarnya dengan parasit yang bermaharajalela di dalam Pas.
"Saya juga tidak setuju bila dia kata dia berada di pihak yang neutral, kerana saya tahu dia memang ada kaitan dengan parasit-parasit (Pas) ini dan tulisannya bagi saya tidak kena dengan masa," katanya.
Mengenai gesaan Dr Mazlee agar berdakwah di tempat hiburan, Hasan berkata, beliau telah melakukan perkara itu ketika memegang jawatan Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor sebelum ini.
"Saya nak tanya kepada Dr Maszlee...dia dah pergi ke mana, jangan duduk dalam bilik komen orang macam-macam, sepatutnya orang berkelulusan seperti beliau tidak melakukan perkara seperti ini," katanya.
Dalam pada itu Hasan juga tidak bersetuju dengan kenyataan pensyarah itu yang mengatakan beliau mahu membawa Pas kembali kepada perjuangan fundamentalis dan ekstremis .
"Saya reformis, saya yakin Islam dan yakin sesuatu yang baru di dalam Pas. Idea IMR, menyelamat bangsa, agama, Raja-Raja kerana Raja-Raja Melayu adalah payung kepada Islam dan orang Melayu di negara ini dan kalau pendekatan saya pendekatan lama, orang di Batu Gajah, Perak tidak mungkin hadir 15,000 orang.
"Saya ada sedikit keberanian untuk membuka jalan kepada kebangkitan ahli Pas supaya dapat meneroka dan 'menyahkan' parasit-parasit ini agar Pas tidak terus tunduk kepada DAP dan PKR yang sememangnya hina," katanya.
Assalamualaykom w.b.t.
YB Dato' Dr Hasan Ali yang saya hormati,
Saya kira tidak perlulah saya perkenalkan diri saya memandangkan Dato merupakan tokoh dan sahabat yang saya kagumi. Saya kira, Dato' juga tetap menganggap saya sebagai kenalan rapat Dato' sekeluarga. Secara ikhlas, saya mula mengkagumi Dato' sebagai motivator semenjak saya di bangku sekolah lagi, sehinggalah Dato' menceburkan diri ke dalam bidang politik. Walau bagaimanapun kekaguman saya tidaklah menjadi penghalang untuk saya menyatakan sedikit pandangan terhadap pendirian Dato' mutakhir ini berdasarkan neraca ilmu dan keadilan. Kesedaran bahawa apa yang telah Dato' lemparkan kepada mantan parti Dato' sendiri, iaitu PAS, di dalam kenyataan-kenyataan Dato' di media dan juga lewat ceramah-ceramah Dato' yang bercanggah dari amanah keilmuan dan kebenaran, maka saya terdorong untuk menulis surat terbuka ini.
Sebagai ahli akademik yang mengkaji bidang gerakan Islam, politik Islam dan juga Usul al-Fiqh, saya berasa terpanggil untuk mengarang surat terbuka ini kepada Dato' untuk menilai beberapa kenyataan Dato' dari pertimbangan ilmu dan kacamata ilmiah di dalam bidang pengkajian saya. Saya kira tulisan surat terbuka saya sebagai ahli akademik ini adalah sebagai tanggungjawab saya kepada kejujuran terhadap disiplin ilmu yang saya pikul dan bukannya sebagai ahli politik. Saya bukanlah ahli parti PAS, yang tampil untuk membela PAS dari serangan Dato'. Maka saya bertegas menyatakan apa yang saya tulis ini hanyalah semata-mata pendangan orang luar dan ahli akademik yang neutral dan tidak berpihak, baik kepada Dato' mahupun kepada parti PAS yang telah memecat Dato'.
Saya kira Dato' mungkin telah maklum dengan pencapaian gerakan-gerakan Islam moderat di utara Afrika seperti Ikhwan Muslimun di Mesir, parti Ennahda di Tunisia, parti keadilan dan pembangunan (PJD) di Morocco dan juga parti-parti Islam lain selepas kebangkitan rakyat (Arab Spring). Kemenangan kesemua gerakan-gerakan tersebut secara empirikalnya seperti yang telah dianalisis oleh pakar politik di rantau berkenaan merujuk kepada tiga perkara utama: 'Wacana Islam moderat yang segar'; Kesediaan 'perkongsian kuasa' (power sharing); dan juga 'pengaruh di kalangan rakyat' melalui jaringan kerja kebajikan dan juga pendidikan yang menyeluruh, berterusan serta meluas.
Apa yang dimaksudkan dengan wacana moderat yang segar ialah kemampuan gerakan-gerakan tersebut untuk menawarkan apa yang diperlukan oleh rakyat dan apa yang diperlukan oleh sesebuah Negara di dalam pendekatan mereka. Wacana moderat juga telah memperlihatkan bagaimana gerakan-gerakan Islam, tidak lagi memaksakan apa yang mereka mahukan atau percaya ke atas rakyat tanpa kerelaan majoriti. Maka, di dalam wacana baru mereka, gerakan-gerakan Islam tidak lagi menawarkan retorik 'Dawlah Islamiyyah' (Negara Islam) yang agak bersifat utopia dan tidak tentu apakah modelnya. Mereka juga tidak menawarkan hukuman jenayah Islam 'secara paksaan' seperti yang pernah dilakukan oleh Taleban di Afghanistan, sebelum keadaan ekonomi dan kebajikan yang kondusif disediakan di dalam negara mereka. Mereka juga tidak mempamerkan diri sebagai penghukum, tetapi mereka muncul sebagai pembawa harapan, pejuang kebebasan dan pelaksana keadilan setelah rakyat ditindas dan dizalimi selama berdekad-dekad lamanya oleh para diktator. Perkara ini telah membuatkan ramai dari kalangan pengkaji di barat telah mula mengatakan bahawa golongan ini telah merubah sikap dan prinsip mereka, lantas menggelar fenomena ini sebagai post-Islamism (pasca-Islamisme).
Saya konsisten untuk tidak menyokong istilah pasca-Islamisme yang sarat dengan makna neo-kolonialisme. Hakikatnya gerakan-gerakan Islam yang terlibat tidak pernah merubah prinsip. Mereka juga tidak meninggalkan landasan perjuangan, apatah lagi mengubah pendirian. Apa yang berlaku ialah proses kematangan gerakan-gerakan terlibat untuk melihat Islam dalam kerangkanya yang lebih luas dan komprehensif. Kejayaan beberapa individu berlatarbelakangkan Islamis di Turki melalui agenda neutral AKP, telah menjadi sumber inspirasi gerakan-gerakan tersebut. Wacana ini juga bertunjangkan konsep Maqasid al-Shariah dan melihat ajaran Islam dari aspek yang holistik, terutamanya aspek moral dan keadilan. Gelombang perubahan pada pendekatan inilah yang telah melanda kebanyakan gerakan Islam di seluruh dunia mutakhir ini, tidak ketinggalan PAS yang Dato pernah sertai dahulu. Gelombang ini sekaligus melenyapkan pengaruh model Iran yang pernah mendominasi wacana gerakan-gerakan Islam sedunia dengan melaungkan pembinaan sebuah republik Islam dan juga pemerintahan mutlak golongan agama (Wilayatul Faqih).
Realitinya kini, gerakan-gerakan Islam moderat yang wujud lebih memilih ruang demokrasi untuk membawa perubahan. Mereka juga melaungkan pembentukan negara sivil milik semua warga dengan menjamin kebebasan politik, penegakan keadilan, hak upaya masyarakat sivil, hak wanita, tatakelola yang baik, kebajikan rakyat yang terpelihara, ekonomi yang lebih berdaya saing serta bebas dari korupsi, pecah amanah dan rasuah, serta perkongsian kuasa bersama rakyat dari segala lapisan dan kumpulan. Menurut kajian saya ke atas wacana baru PAS, terutamanya melalui konsep 'Negara Berkebajikan', PAS juga tidak terlepas dari arus perubahan ini. Jika Dato' merasakan pendekatan baru PAS ini bermakna PAS telah meninggalkan perjuangan Islamnya, saya kira Dato' tersilap. Perubahan pada PAS bukanlah kerja parasit sepertimana yang Dato' dakwa, tetapi ianya merupakan satu dinamisme tabi'i bagi sebuah gerakan Islam yang matang. Jikalaulah parasit yang telah menyebabkan perubahan pada PAS, maka pastinya kesemua gerakan Islam di Utara Afrika dan Asia Barat, termasuk Ikhwan Muslimin di Mesir dan juga parti Ennahda juga telah dilanda parasit. Timbul dilemma di dalam pemikiran saya, apakah pemimpin dan tokoh ideolog gerakan Islam sedunia, Rashid Ghannoushi yang telah mencetuskan wacana gerakan Islam yang baru itu juga telah dijangkiti parasit? Apakah mungkin Dato ingin mengatakan bahawa Rashid Ghannoushi yang merupakan sumber inspirasi perubahan fikrah pada gerakan-gerakan Islam moderat sedunia itu pula merupakan bapa parasit?
Yakinlah Dato', sepertimana gerakan-gerakan tersebut telah berjaya mendapatkan majoriti undi di dalam pilihanraya di negara-negara mereka kerana pendekatan baru ini, PAS juga sedang meniti langkah tersebut. Inilah yang ditakuti oleh UMNO dan kerajaan BN. Pihak lawan tidak mahukan PAS mendapat sokongan majoriti masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia. Pihak lawan mahu PAS kekal sebagai parti kampung milik Pak Lebai dan Pak Haji. Pihak lawan juga tidak mahu PAS bangkit sebagai parti milik semua rakyat Malaysia, mereka lebih selesa PAS dikenali sebagai parti ekstrimis dan fundamentalis yang hanya tahu memotong tangan orang sahaja. Hanya dengan wacana Islamis global yang baru ini sahajalah niat buruk mereka akan terhalang. Malang sekali apabila Dato' pula yang mula bercakap senada dan seirama dengan pihak lawan menentang perubahan pada PAS. Lebih malang lagi kini Dato' menjadi suara pihak lawan untuk memaksa PAS kembali ke kerangka persepsi lama rakyat terhadap mereka yang telah dilelong oleh pihak UMNO dan BN.
Saya yakin, di dalam PAS masih terdapat segelintir yang termakan umpan Dato' lantas mempercayai kewujudan parasit. Mereka ini golongan yang ikhlas tetapi hanya kurang mendapat pendedahan terhadap dunia luar sahaja. Ada di antara mereka juga yang berkepentingan, lantas menggunakan hujah Dato' untuk kekal berpengaruh, tetapi saya yakin mereka ini teramat kecil bilangannya. Melalui pengamatan saya, PAS akan terus menggalas harapan rakyat dan juga kefahaman Islam yang sebenar berteraskan wacana baru gerakan Islam sedunia untuk menempuh hari muka mereka. Seperkara yang perlu Dato' ketahui, wacana baru gerakan Islam moderat ini juga telah mendapat restu dari para ulama terkemuka seperti Dr Yusuf al-Qaradawi, Dr Tawfiq al-Wa'ie, Dr Rashid al-Ghannoushi. Amat kasihan kerana Dato' tidak dapat bersama lagi dengan realiti baru ini.
Apabila melihat kepada isu 'Negara Berkebajikan' pula, pada hemat saya, setelah meneliti dokumen 'Negara Berkebajikan' PAS dan membandingkannya dengan manifesto parti-parti Islam moderat lain di dunia Arab, saya mendapati PAS ternyata senada dengan mereka yang telah Berjaya di negara masing-masing. Saya berkeyakinan gagasan 'Negara Berkebajikan' merupakan satu langkah drastik PAS di dalam membawa perubahan dan menyuarakan persiapan mereka untuk muncul sebagai alternatif kepada parti pemerintah yang sedia ada. Prinsip-prinsip konsepsual 'Negara Berkebajikan' yang dibentangkan di dalam dokumen tersebut dan juga cadangan mekanisme perlaksanaannya merupakan satu anjakan paradigma bagi sebuah gerakan dakwah dan parti politik yang telah matang seperti PAS. Jelas sekali PAS sudah melayakkan dirinya untuk menyertai gelombang perubahan yang melanda gerakan Islam di seluruh dunia dengan membuktikan bahawa golongan Islamis mampu dan bersedia untuk berkongsi kuasa dan memerintah di dalam kerangka demokrasi dan tatakelola yang baik. Malangnya, hal ini tidak disambut positif oleh Dato', malah dipandang sinis.
Melihat kepada isu hudud yang Dato' anggap telah ditinggalkan oleh PAS, saya kira itu juga agak kurang tepat. Sebagai sebuah parti Islam, saya berpendapat PAS dilihat amat konsisten memperjuangkan apa yang mereka yakini, iaitu kewajipan melaksanakan hukum hudud. Apa yang menarik ialah pendekatan PAS yang terbuka untuk membicarakan isu tersebut di ruang umum dan bersedia untuk meyakinkan rakyat melalui proses pendidikan dan dakwah adalah sesuatu yang patut dihargai. Apa yang saya dapati melalui metod obervasi ke atas ruang 'discursive' PAS selama ini, PAS tidak memilih untuk memaksakan hudud ke atas orang lain secara kekerasan. Malah di dalam banyak kenyataan PAS, mereka bersedia untuk mendengar suara majoriti di dalam melaksanakan hukum jenayah Syariah itu. Pendekatan diplomasi PAS ini harus dihormati kerana ia mencerminkan sikap professionalisme PAS dan keterbukaan para pimpinannya. Saya kira kerana sikap konsisten PAS inilah yang menyebabkan parti itu telah berjaya meraih sokongan ramai bukan Islam melalui 'Kelab Penyokong PAS'.
Akhirkata, jika Dato' benar-benar ingin memperjuangkan aqidah dan memerangi gejala murtad yang dikatakan sebagai mengancam umat Islam di Selangor, saya mempunyai pelan tindakan yang boleh Dato' lakukan berdasarkan kekuatan yang ada pada diri Dato'. Sebagai seorang motivator yang begitu meyakinkan dan berupaya bermain dengan emosi orang ramai, saya rasa sudah sampai waktunya Dato' untuk turun padang bertemu dengan mereka yang didakwa murtad berdasarkan senarai yang rakan-rakan Dato' miliki. Mungkin juga Dato' boleh menggunakan kemahiran tersebut juga untuk berdakwah kepada mat-mat rempit, tahi dadah, remaja berpeleseran yang terdapat di dalam negeri Selangor secara sukarela tanpa sebarang bayaran. Jika dulu mungkin Dato' sibuk dengan tugas exco, kini Dato' lebih mempunyai waktu lapang. Buktikanlah kata-kata Dato' yang ingin menjaga aqidah itu. Saya kira Dato' juga boleh berdakwah di Hard Rock Café menyeru umat Islam agar bertaubat dan menghayati agama Islam. Saya pasti pemilik Hard Rock Café tidak akan menghalang kerja murni Dato' itu. Saya yakin 10,000 atau lebih orang yang turut berHIMPUN bersama Dato' untuk menyelamatkan aqidah umat Islam boleh Dato' kerahkan dari seluruh negara untuk sama-sama turun padang demi menyelamatkan aqidah umat Islam secara praktikal. Saya amat meyakini, jika Dato' berdakwah seperti itu, Dato' akan tetap dikenang kawan ataupun lawan sebagai 'pejuang aqidah yang sebenar!'.
Kerajaan negeri telah mengarahkan agensi-agensi berkaitan supaya melakukan kaji selidik bagi mengenalpasti punca-punca berlakunya penyebaran virus Acute Gastroenteritis (AGE) di sekitar daerah Hilir Perak dan Batang Padang.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir memberitahu setakat ini beliau difahamkan kawasan takungan kolam dibawah pengawasan Lembaga Air Perak (LAP) semangnya telah dipantau dengan begitu ketat memandangkan ia digunakan sebagai sumber air minuman.
"Saya sudah arahkan supaya punca-punca serta aliran air dapat dipastikan tahap kebersihannya, setakat ini kita mahu pastikan ia berpunca dari air dan sama ada ia dari kawasan takungan air LAP atau kolam lain.
"Namun saya difahamkan kolam takungan LAP memang dipantau dengan begitu ketat setiap masa berikutan air dari kolam berkenaan disalurkan ke rumah-rumah untuk digunakan sebagai sumber air minuman.
Dari apa yang telah dimaklumkan, menurut Zambry, pihak Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) sedang menjalankan penyelidikan bagi mengetahui punca serta aliran air yang dicemari ini.
Malah katanya, terdapat kemungkinan virus bermula dari sungai-sungai kecil yang masuk ke saluran kolam takungan LAP.
Justeru katanya, jika perkara itu berlaku, beliau mengharapkan pihak IMR dapat melakukan penyiasatan sekiranya wujudnya aliran atau sungai lain yang membawa virus terbabit.
Zambry ditemui selepas mengadakan melawat pesakit yang diserang wabak virus AGE di Hospital Tapah bersama Exco Kesihatan negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon, hari ini.
Sementara itu, Dr Mah memaklumkan bahawa jumlah keseluruhan kes AGE yang ditemui di daerah Hilir Perak dan Batang Padang adalah sebanyak 2817 kes.
"Daripada jumlah keseluruhan 80 kes baru ditemui daripada 1810 kes kumulatif di sekitar daerah Hilir Perak dan bagi kawasan Batang Padang, sebanyak 51 kes baru ditemui daripada 1007 kes kumulatif.
Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya mendidih air minuman dan makanan hendaklah dimasak bagi mengelak berlakunya penyebaran virus terbabit.
Malah katanya, masyarakat juga perlu berhati-hati dengan penggunaan ais dimana sumbernya perlulah daripada air yang telah dimasak.
Statistik 2011 mendapati Perak adalah negeri yang paling merbahaya bagi pengguna jalan raya di Malaysia apabila mencatatkan lokasi maut atau berisiko untuk berlaku kemalangan iaitu sebanyak 35 atau 37.6 peratus daripada 93 laluan yang dikenal pasti di seluruh negara. Diikuti dengan Negeri Sembilan 23 lokasi (24.7 peratus) Johor 15 lokasi (16.1 peratus) dan Kelantan 9 lokasi (9.7 peratus).
Sesuai dengan slogan "Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir" oleh Dr. Zambry Abdul Kadir, kerajaan negeri Perak perlu lebih peka terhadap sistem perkhidmatan awam negeri, khususnya yang melibatkan perkhidmatan bas henti-henti walaupun ianya beroperasi di kawasan pembangkang.
Justeru kami berharap kerajaan negeri Perak dapat memantau semua perkhidmatan bas berhenti-henti di negeri tersebut terutamanya bas milik Syarikat Hup Soon Omnibus Co Sdn Bhd. Berdasarkan pengamatan Paneh Miang, bas yang digunakan syarikat itu amat daif, senget (alignment lari) dan boleh mengancam keselamatan pengguna perkhidmatan bas tersebut khususnya di kawasan Bidor-Kampar-Teluk Intan.
Harapnya kerajaan negeri Perak beri perhatian terhadap isu ini. Janganlah setelah ada kematian yang melibatkan bas henti-henti ini, barulah tindakan hendak diambil kerana sesal dulu pendapatan, sesal kemudian...
Sebenarnya sudah lama Panglima tidak mengikuti nasyid tanah air.
Kebetulan terserempak dengan video ini dan best pula nampaknya.
Apa kata kita sebarkan benda baik ini kepada rakan maya ?
Tak rugi kan ?
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Tahun Baru Cina yang telah berakhir minggu lalu, mungkin telah meninggalkan 'kenangan pahit' buat pertubuhan Perkasa pimpinan Dato' Ibrahim Ali. Niat murni mereka mengadakan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina telah dipertikaikan dan dipolitikkan. Isu warna paket wang yang diistilah sebagai angpau putih atau lebih tepat disebut, pekkim (paket putih) yang diedarkan ketika mengadakan Rumah Terbuka tersebut, diperbesarkan segelintir orang hina sehingga menjadi masalah negara. Wal hal sebenarnya isu ini amatlah kecil. Tindakan yang jika disengajakan pun, saya tidak nampak di manakah salahnya? Isu hanya berligar di sekitar warna.
Sedangkan niat murni mereka mengadakan majlis tersebut dan niat bersedekah, memberikan wang menggunakan 'angpau putih' tersebut angsung tidak dihargai. Saya masih tercari-cari di manakah angpau putih yang dimaksudkan itu, kerana ia tidak wujud dalam erti kata sebenar? Angpau bermakna paket merah, manakala pekpau (pekkim) adalah paket putih, jika digabung dua istilah ini sebagaimana yang dipolitikkan bermakna angpau putih, iaitu paket merah putih. Di manakah paket itu sebenarnya? Rata-rata yang diedarkan adalah paket putih, tidak ada paket merah putih.
Bagi saya yang memahami bahasa Cina, isu ini amat meloyakan dan saya hanya ketawa beruk membacanya. Apa yang jelas, Perkasa sudah terperangkap dalam permainan politik licik ultra kiasu, melalui permohonan maaf terpaksa dilakukan. Saya harap Perkasa lebih berhati-hati pada masa hadapan. Jangan terlalu cepat melatah. Apapun saya tabik kepada Perkasa, sekalipun tidak bersalah tetapi masih memohon maaf. Ini kerja mulia dan budaya yang saya sanjungi.
Bukan seperti ultra kiasu, sah-sah melakukan kesalahan menyinggung dan menghina agama Islam dan raja-raja Melayu, tetapi langsung tidak mahu meminta maaf, malah bongkak dan sombong. Sudahlah begitu, ada yang tidak segan silu meminta anugerah ini dan itu, serta darjah kebesaran dari raja-raja Melayu.
Putih tidaklah melambangkan kesedihan dalam konteks sebenarnya. Jika begitulah keadaan, sudah tentu majlis perkahwinan orang Cina penuh dengan pakaian warna merah, terutama pengantinnya seperti zaman dahulu. Persoalan saya, kenapa sekarang pengantin Cina tidak berpakaian merah ketika hari yang amat bermakna itu? Boleh dikatakan semua pengantin Cina memakai pakaian putih (gaun perempuan) dan hitam (blazer lelaki). Tidakkah itu pakaian berkabung? Kenapa tidak dipertikaikan? Jawapannya mudah, apabila sesuatu itu datang dari barat atau yang melakukannya adalah orang barat, semuanya dianggap baik belaka, walaupun bertentangan dengan budaya sendiri. Tetapi apabila tiba orang Melayu yang melakukannya, bertentangan sedikit dengan cara hidup mereka, semuanya sensitif dan mula diperbesar-besarkan. Politik kurang ajar apakah ini? Kaduk sudah naik junjung, kita terlampau memberi muka kerana undi dan pilihan raya.
Sebagai seorang yang biasa dengan budaya Melayu, sepanjang pengetahuan saya, orang Melayu hanya tahu adat budaya Cina yang bersifat umum sahaja. Misalnya warna merah sebagai tanda kegembiraan. Maka sesuai dipakai ketika Tahun Baru Cina dan tidak sesuai menghadiri upacara kematian. Manakala, warna putih pula adalah warna yang universal, boleh masuk dalam semua majlis. Setakat itulah yang saya boleh baca dalam pemikiran Ibrahim Ali. Putih itu bersih, indah dan menawan. Manalah tahu tiba-tiba dipolitikkan.
Lagipun jika berlakupun kejahilan dalam memahami cara hidup bangsa lain, itu adalah perkara biasa. Adalah tidak menghairankan jika orang Melayu tidak dapat memahami sepenuhnya budaya bangsa minoriti, berbanding dengan bangsa minoriti yang sepatutnya memahami budaya bangsa majoriti, kerana adalah perkara biasa jika budaya majoriti lebih tertonjol berbanding minoriti.
Saya yakin masih ramai di luar sana yang tidak memahami budaya Melayu atau Islam. Misalnya, datang ke rumah orang Islam, menghadiri upacara kematian dan masuk masjid dengan pakaian menjolok mata, seluar dan skirt pendek yang menggiurkan. Tetapi umat Islam tidak bising kerana mereka mengakui dan menginsafi kejahilan orang lain. Memaafkan mereka adalah kerja mulia. Kalau adapun kes-kes yang berlaku, tidaklah diperbesarkan sehingga menjadi masalah negara. Inilah sikap orang Melayu yang saya puji yang sukar untuk dicari dalam bangsa lain.
Jika paket putih itu yang menjadi masalah, sepatutnya orang Cina yang hadir itulah bising. Mungkin sampai ke peringkat memulangkan semula wang dalam paket putih tersebut. Ini tidak, paket putih tetap diambil, sebab yang penting dan berharga bukan paket tersebut tetapi wang yang terkandung. Lagipun paket putih yang paling murah harganya berbanding paket berwarna. Persoalan saya, apakah mungkin timbul isu jika paket tersebut berwarna hijau? Warna hijau juga dikaitkan dengan kesedihan dalam budaya Cina?
Menurut feng shui, sebenarnya warna putih itu melambangkan kemuliaan, kesucian dan kebersihan. Putih selalu dikaitkan dengan logam dan warna keemasan. Justeru, saya amat pelik, kenapa ultra kiasu, termasuk MCA pun turut terikut-ikut rentak ultra kiasu menyerang Ibrahim Ali. Jika mereka manusia berperasaan, sepatutnya mereka memuji Perkasa yang selama ini menunjukkan sikap seolah-olah 'anti Cina', walau hakikat sebenarnya tidak. Hanya kerana warna paket wang, maka Perkasa dijadikan objek cacian dan makian. Adakah pemikiran pandir ultra kiasu ini wajar?
Hina sungguh politik pembangkang dan ultra kiasu hari ini. Kalau ya pun hendak menguasai Putrajaya, berpolitiklah secara gentlemen, bukannya menjadi pondan. Parti PAS pun sama, turut menempelak Perkasa. PAS hari ini sudah begitu jauh berubah berbanding dahulu. PAS nampak begitu fleksibel dan terbuka. Dahulu, segala apa yang berkaitan dengan budaya Cina, PAS begitu elergi dan amat berhati-hati. Hari ini, bukan sahaja mereka gemar dan suka dengan tarian singa, naga dan angpau, kalau boleh dengan singa-singa dan naga-naga itu mahu dibawa tidur. Janganlah terlalu over dalam isu-isu sebegini. Tidak semua perayaan atau perkara yang dipraktikkan oleh orang Cina ketika Tahun Baru Cina itu bersifat budaya.
Ada juga perkara yang dikaitkan dengan agama. Berhati-hatilah dengan simbol dan objek tertentu kerana ia ada kaitannya dengan unsur penyembahan. Sebagai orang Cina, saya pun menyambut tahun baru Cina, tetapi saya menjaga batas-batasnya. Ini tidak, saya lihat pemimpin ultra kiasu beragama Islam pun begitu ghairah menyambutnya.
Saya tidak bercadang membela Perkasa, tetapi mengambil sikap bersangka baik daripada bermain politik jijik dan kotor. Warna tidak melambangkan apa-apa. Putih, hitam, merah, hijau, biru dan lain-lain, semua datangnya dari Allah. Adalah salah jika kita kaitkan warna dengan identiti seseorang. Warna putih dan hijau tidak semestinya bersih, jika hati hitam legam.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Pagi ini semasa meneliti twitter Azmin Ali ada disebut bahawa DSAI akan ke Mekah bersama isteri pada 4 Feb 2012. Ia ditweet jam 9.11 pm hari tersebut dengan kandungannya berbunyi :
Dari Istanbul, DSAI dan Dr. Wan Azizah akan berlepas ke Jeddah untuk menunaikan Umrah. Mabrur Insya Allah. #fb
Selepas disemak didapati info tersebut salah dan disahkan oleh Blogger Sungai Rapat Online.
Adakah bab umrah juga mahu kelentong rakyat jelata ?
Semalam Panglima sudah siar bagaimana nama Syeikh Yusuf Qaradawi cuba digunakan selepas ibadah umrah untuk menutup 'keterlanjurannya' menyokong negara haram Israel.
Segalanya lebih teruk apabila Majlis Syura PAS turut mengecam Anwar Ibrahim dan diikuti Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat.
Alahai nasi sudah menjadi bubur wahai DSAI.
PAS makin agresif selepas melihat mereka makin lemah rupanya dalam Pakatan Rakyat.
Jangan lupa kata-kata pujangga : get close to your friend anda your enemy closer.
Enemy di sini ialah : DAP PKR... bukan UMNO.
Mereka ini pejuang anti Raja, Islam dan juga anti kemakmuran dan kemajuan Malaysia dengan menganjurkan himpunan haram yang mengganggu keselamatan negara kita selain ada hubungan istimewa dengan zionis dan barat.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Terima kasih kepada Cina yang bersemangat 1Malaysia di atas.
Usaha beliau memberitahu bahawa KFC tidak memukul pelanggannya adalah bagus.
Jelas Cina yang meng-cibai-kan Melayu sahaja akan mendapat masalah dan merasa kesan dari masalah yang ditimbulkannya. Bukan seperti beliau.
Kita sering menyanyi kita 1 Bangsa kita 1Negara kita 1Matlamat bukan ?
Kenapa kita perlu bergaduh kerana perbezaan bangsa ?
PERKASA yang merapati kaum Cina juga dijadikan isu kerana warna sampul angpow.
Lihat betapa tebalnya kerasisan mereka demi mengelakkan Melayu dan Cina bersatu padu.
Ayuh kita sebarkan video ini...
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Keputusan (English):
The Ruling on Muslims Celebrating Valentine's Day
Decision:
The 71st Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 22nd-24th November 2005 has discussed the ruling on Muslims celebrating Valentine's Day. The Conference decided that the teachings of Islam stress on love and there is no specific day in Islam to celebrate it.
Therefore, The Conference decided that the practice of celebrating Valentine's Day is not part of Islam. The spirit of the celebration contains elements of Christianity and its practice that is mixed with sinful acts is prohibited and contradicts with Islam.
Keterangan/Hujah:
Sejarah Valentine's Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang. Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine's Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.
Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:
من تشبه بقوم فهو منهم
"Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut." ( Riwayat Abu Daud)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:
من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود
"Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine's Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.
Nasihat Panglima : Harap Datuk Seri Nazri Aziz menarik balik kenyataan di atas.
Boleh jadi beliau tidak mengetahui pengharaman Hari Valentine oleh Majlis Fatwa Kebangsaan atas sangka baik (husnu zon) dan merasakan ingin memberi kenyataan berdasar pandangan peribadinya.
Harap sesiapa dapat panjangkan maklumat di atas untuk perhatian beliau.
Terima kasih.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor akan menaikkan royalti minyak Sabah daripada 5% kepada 20%.
Enggan mengalah, pemimpin pembangkang lain seperti Datuk Dr Jeffrey Kitingan pula menjanjikan 50%. Bagaimanapun, untuk menzahirkannya, Dr Jeffrey perlu bergantung kepada sokongan Anwar jika dan apabila beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Sebagai Ahli Parlimen dari Sabah, saya tidak mempunyai alasan untuk menolak cadangan itu kerana Anwar mahu memberi lebih banyak dana buat Sabah. Tetapi benarkah begitu?
Malangnya, saya menyedari betapa tidak telusnya Datuk Seri Anwar dengan cadangan menambah royalti minyak untuk Sabah.
Ketika persidangan Dewan Rakyat tahun lalu, saya bertanya jika Anwar menambah royalti minyak Sabah kepada 20%, apakah beliau boleh menjamin untuk tidak mengurangkan peratusan peruntukan kepada Sabah menerusi Belanjawan 2013 atau Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) jika pembangkang menawan Putrajaya?
Saya mengingatkan pembangkang bahawa Sabah menerima peruntukan terbesar Kerajaan Pusat menerusi Rancangan Malaysia dan Belanjawan tahunan secara konsisten. Sebagai contoh, Sabah menerima RM20.3 bilion sepanjang pelaksanaan RMKe-9 daripada peruntukan keseluruhan RM230 bilion, selain mendapat RM10.7 bilion daripada RM98.5 bilion menerusi Pelan Pusingan Pertama RMKe-10. Kedua-duanya adalah peratusan tinggi buat Sabah.
Kebimbangan saya ialah, walaupun Anwar mahu menaikkan royalti minyak, tiada jaminan peruntukan Sabah tidak akan dikurangkan, baik menerusi Belanjawan 2013 mahu pun RMKe-11 nanti.
Jika itu keadaannya, dana Sabah tidak akan berubah atau berkemungkinan menjadi lebih teruk jika Anwar mengurangkan peruntukan tahunan Kerajaan Pusat kepada Sabah! Sebab itulah saya meminta jaminan tetapi tiada seorang pun Ahli Parlimen pembangkang bangun untuk menjawab persoalan yang saya bangkitkan.
Untuk makluman, kenaikan royalti bagi Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan dianggar berjumlah melebihi RM10 bilion setahun (harus diingat Sarawak dan Terengganu menghasilkan lebih banyak minyak berbanding Sabah).
Anwar menyedari hakikat bahawa tambahan lebih RM10 bilion yang akan diberi kepada empat negeri pengeluar minyak ini bermakna RM10 bilion perlu diambil daripada peruntukan kerajaan pusat kepada negeri yang tidak menghasilkan minyak di Semenanjung.
Saya tidak fikir Anwar berani memberitahu rakyat negeri berkenaan: "Maaf, saya terpaksa mengurangkan peruntukan anda kerana perlu memberi lebih RM10 bilion kepada Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah!". Sudah tentu, rakyat di negeri tersebut akan menolaknya. Saya jangkakan Anwar tidak boleh menerima kenyataan itu kerana beliau sangat memerlukan undi mereka untuk menawan Putrajaya.
Besar kemungkinan Sabah akan menikmati royalti minyak lebih besar tetapi di akhirnya, ia juga mungkin mendapat peruntukan lebih sedikit daripada Kerajaan Pusat di bawah pemerintahan Anwar sebagai Perdana Menteri. Perlu diingat bahawa Anwar sebagai Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak menentukan berapa dan siapa yang akan dapat lebih atau kurang peruntukan Kerajaan Pusat.
Setakat ini, beliau belum memberi jaminan ia tidak akan berlaku ke atas Sabah.
Anda dan saya tahu bahawa setiap ringgit yang diberi kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan mesti ada puncanya kerana duit tidak akan jatuh dari langit.
Untuk itu, beberapa negeri mesti mengorbankan bahagian mereka dalam Belanjawan Pusat. Malah, saya jangkakan sesetengah projek di Semenanjung terpaksa dibatalkan. Soalnya siapa dan apa yang perlu dikorbankan?
Atau ada juga kemungkinan Anwar akan mengurangkan perbelanjaan dalam aspek keselamatan, kesihatan, pendidikan, infrastuktur, kemudahan awal, sosial di seluruh negara berikutan perlu membelanjakan lebih untuk royalti minyak.
Anwar mesti menjawab semua persoalan rumit ini supaya difahami dan dapat meyakinkan rakyat.
Harus juga diingat, Anwar mahu mengekalkan subsidi, enggan menaikkan cukai, menentang peningkatan hutang kerajaan dan sekarang ini bercadang mahu menambah royalti. Jadi bagaimana beliau mahu melakukan semua ini dari segi keupayaan kewangan?
Lagipun, rakyat Sabah masih mengingati bagaimana Anwar tegas menolak permohonan demi permohonan Parti Bersatu Sabah (PBS) untuk menambah royalti minyak ketika menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. Apakah kini beliau bersedia untuk meminta maaf atas "kesilapan" itu?
Pakatan Rakyat turut menegaskan "penjimatan" atau "kutipan" berjumlah berbilion ringgit hasil usaha pembasmian rasuah dan rundingan semula perjanjian berat sebelah akan digunakan bagi membiayai pertambahan royalti.
Sebagai Ahli Jawatankuasa Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), saya harap mereka berjaya. Sebarang usaha membasmi rasuah mesti disokong dan digalakkan. Saya juga yakin rakyat Sabah berkongsi pandangan itu.
Bagaimanapun, kebimbangan saya bukan berpusat terhadap usaha membasmi rasuah. Ia lebih kepada rasional di sebalik hasrat Anwar untuk menjadikan "penjimatan daripada pembasmian kemiskinan dan rundingan semula perjanjian berat sebelah" sebagai sebahagian daripada unjuran pendapatan kerajaan pimpinannya.
Persoalannya ialah dapatkah Anwar membayangkan jumlah penjimatan tahunan hasil usaha anti-rasuah? Bolehkah beliau membuat anggaran perolehan sedemikian dengan tepat? Apakah wajar untuk menggunakan angka berkenaan bagi merangka Belanjawan Pusat?
Bolehkan Datuk Seri Anwar memaksa syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP) dan pemegang konsesi tol lebuhraya untuk merunding semula perjanjian sedia ada sebaik Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri? Atau mungkinkah beliau berdepan tentangan berpanjangan dan terus-menerus dari syarikat-syarikat berkenaan yang mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk diselesaikan?
Jika ya, apakah anggaran perolehan Belanjawan akan berkurangan, sekali gus menjejaskan rancangan perbelanjaan termasuk menambah peratusan royalti?
Sejujurnya, saya tidak pernah lihat mana-mana kerajaan di dunia ini menggunakan anggaran "penjimatan daripada rasuah" sebagai asas penyediaan Belanjawan. Pendekatan itu sangat tidak bertanggungjawab manakala Belanjawan pula akan menjadi huru-hara.
Sepatutnya sebarang "penjimatan" berkaitan usaha membasmi rasuah perlu dilihat sebagai perolehan "bonus", dan tidak sepatutnya dimasukkan dalam unjuran pendapatan belanjawan kerajaan. Justeru, sudah pasti wujud kebimbangan apabila Datuk Seri Anwar mengatakan akan membiayai pertambahan royalti daripada "penjimatan pembasmian rasuah".
Pada pendapat saya, Anwar mempunyai dua pilihan. Yang pertama, beliau akan mengurangkan peruntukan bagi negeri bukan pengeluar minyak (Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Wilayah Persekutuan).
Pilihan kedua, beliau memotong peruntukan sektor kritikal seperti pendidikan, infrastruktur luar bandar, kesihatan dan keselamatan di seluruh negara.
Apa pun pilihan Anwar, negeri bukan pengeluar minyak dan rakyat Malaysia secara amnya, perlu mdiberitahu oleh beliau mengenai keadaan sebenar. Saya kira, persidangan Dewan Rakyat bulan depan adalah medan terbaik untuk beliau membuat penjelasan kepada seluruh negara. Jika beliau gagal menyentuh perkara itu, saya sendiri akan melontarkan persoalan ini terus kepadanya.
Sesungguhnya, saya tidak mahu orang Sabah terjebak hanya kerana Anwar menjanjikan bulan dan bintang.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Kata dua yang diberikan oleh Majlis Syura Ulama Pas kepada Anwar Ibrahim berhubung kenyataan beliau menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel mula menimbulkan perbalahan antara penyokong parti tersebut dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Ia berikutan tindakan majlis berkenaan, semalam yang meminta Penasihat PKR itu menarik balik kenyataannya atau menyaman The Wall Street Journal, dianggap tidak wajar dan tidak melambangkan semangat setiakawan dalam pakatan pembangkang.
Menurut sumber PKR, penyokong parti itu menganggap tindakan Majlis Syura Ulama Pas dan Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat kenyataan terbuka dalam memberi kata dua berkenaan boleh menjejaskan imej pakatan tersebut.
Mereka mempertikaikan kenapakah Pas tidak berunding atau membawa isu berkenaan ke mesyuarat pakatan pembangkang supaya ia boleh diselesaikan secara muafakat.
Sumber itu juga memberitahu, penyokong PKR juga bertanya, apakah Pas kini sudah tertekan kerana dianggap telah meninggalkan perjuangan Islam sehingga sanggup memberi kata dua kepada pemimpin utama pakatan sendiri.
Bagaimanapun bagi penyokong Pas, mereka menganggap tindakan Majlis Ulama itu adalah tepat kerana Anwar dilihat sudah banyak melakukan tindakan yang dilihat memberi masalah kepada pembangkang.
Malahan sumber dalaman Pas percaya, 'serangan' atau kritikan terhadap keputusan Majlis Syura Ulama tersebut adalah sebahagian tindak balas penyokong-penyokong PKR dan Anwar terhadap blog-blog pro-Pas yang mengkritik PKR berhubung isu yang berlaku di Selangor.
Sementara itu, sebuah blog pro pakatan pembangkang secara terbuka mengkritik keputusan Majlis Syura Ulama dan Nik Abdul Aziz.
Dalam blog suarapakatanrakyat.com, penulisnya mempertikaikan kenapa tidak ada seorang pun kepimpinan tinggi Pas yang meluangkan sedikit masa bertanyakan hal sebenar berhubung kenyataan tersebut dengan Anwar sendiri.
''Walaupun surat tersebut tidak ada signifikan dari segi Pakatan Rakyat itu sendiri tapi dari sudut moral dan politiknya, ia melambangkan kewujudan perpecahan dalaman yang serius sedang berlaku dalam Pakatan Rakyatnya,'' kata penulis berkenaan.
Selain itu, penulis itu juga menegaskan, beliau tidak nampak keperluan Pas memberikan kata dua kepada Anwar.
''Membincangkan soal Anwar di dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama itu sendiri pun sudah agak keterlaluan (Anwar bukan ahli Pas), apatah lagi mengutuskan surat dan memaksa beliau untuk membuat pilihan mana yang perlu diikutinya,'' kata penulis tersebut.
Sehubungan itu, penulis tersebut mendakwa, Majlis Syura Ulama Pas dilihat 'menari' mengikut rentak putar belit yang gendangnya dipalu UMNO berhubung dengan perkara tersebut.
Malahan penulis itu yang cuba mempertahankan Anwar menegaskan, kenyataan pemimpin PKR itu perlu dilihat dari konteks yang betul, iaitu berkaitan dengan konsep Penyelesaian Dua Negara yang diterima Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sendiri.
''Penulis sedar Pas sedang terdesak untuk turut sama bersetuju dalam hal ini dengan Anwar kerana isu Israel ini dijadikan perkara yang terlalu sensitif pada satu masa untuk menentang UMNO dan BN terutama pada dekat 80-an hingga 90 an.
'' Hakikatnya banyak perkara telah berubah sejak itu dengan lebih banyak negara Islam kini mengiktiraf kewujudan negara Yahudi tersebut,'' kata penulis blog itu lagi.
Penulis berkenaan mendakwa Nik Aziz, telah diberi maklumat yang salah berhubung kenyataan Anwar sehingga membawa kepada keputusan majlis syura itu.
''Penulis juga kesal kerana Nik Aziz tidak menggunakan pertimbangan yang betul sebelum membuat keputusan demikian, di samping masih lagi menggunakan media UMNO seperti Utusan Malaysia untuk menyatakan pendirian parti.
''Untuk dua perkara ini sahaja Nik Aziz, Majlis Syura Ulama dan Pas sendiri sudah sewajarnya diberikan surat tunjuk sebab oleh kepimpinan Pakatan Rakyat sendiri.
''Ada masanya penulis tidak faham kenapa Nik Aziz tidak menggunakan pendekatan biasa dalam mendapatkan penjelasan dari Anwar. Penulis rasa cukup dengan berbisik di telinga masing-masing pun semua kekeliruan dapat diurai. Tak perlulah surat-surat semua ini pun,'' kata penulis tersebut.-UMO
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Untuk mendapatkan kuasa, PAS sanggup menggugurkan penubuhan negara Islam PAS. PAS sanggup berkompromi ataupun bekerjasama dengan DAP dan PKR dengan memperjudikan prinsip perjuangan, semata-mata untuk dapat merasai kerusi empuk Yang Berhormat ataupun Menteri Besar.
Merasa tidak bersalah mengata UMNO dan orang-orang UMNO kafir kerana bekerjasama dengan parti komponen terbesar BN iaitu MCA dan MIC, tetapi pada masa yang sama apabila mereka bekerjasama dengan DAP dan PKR semuanya menjadi " halal ". Dengan kata lain menghalalkan apa yang mereka haramkan sebelum ini. Bagi PAS, UMNO itu terlalu keji manakala DAP dan PKR adalah terlalu baik bagi mereka.
Sudah siang lagi bersuluh. Itulah rasa-rasanya kata-kata yang tepat digunakan untuk PAS ketika ini. Adakah PAS sedar akan kehadiran mereka untuk menceriakan Pakatan Rakyat sebenarnya telah menimbulkan kesangsian dikalangan ahli penyokong PAS itu sendiri. Siapakah yang membenarkan penggabungan itu sehingga menyebabkan PAS kini hilang cengkamam dalam usaha menubuhkan Negara Islam PAS. Adakah arahan dari Presiden PAS, Ustaz Abdul Hadi ataupun Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat?
Adakah PAS sedar yang Karpal Singh telah berjaya menguji kekuatan dan ketaatan PAS kepada ajaran Islam. Adakah PAS sedar ini adalah perancangan yang licik oleh Karpal Singh dan rakan-rakan dalam DAP untuk menguji kesetiaan PAS kapada Pakatan Rakyat! Pada pemikiran Karpal Singh, PAS hanya mementingkan kuasa pemerintahan berbandingkan agamanya dan PAS boleh pada bila-bila masa saja dijadikan budak suruhan dalam menjayakan agenda DAP.
Yang menariknya apabila ditegur mengenai Karpal atau DAP, PAS akan cepat melenting sambil mempertahankan diri dengan menyatakan bahawa akhbar atau media massa yang lain cuba memperbesarkan isu-isu tersebut. PAS akan cuba sedaya upaya untuk menangkis segala dakwaan dan kenyataan dari pihak media seolah-olah cuba menegakkan benang yang basah.
Walau apapun yang berlaku, PAS akan tetap mempertahankan Karpal Singh dan DAP kerana bagi mereka DAP adalah " abang besar ". Kalau hitam kata DAP, maka hitamlah. Kalau putih, maka putihlah. Memanglah benar PAS hanya berkuasa di Kelantan dan Kedah, manakala di dua negeri lain PAS hanya diibaratkan sebagai " Pak Turut ", menyokong setiap ketetapan dan keputusan yang dibuat oleh DAP. PKR pula hanyalah penumpang dalam kesemua negeri Pakatan Rakyat. Secara tak langsung DAP telah menjadi kuasa penentu yang berkuasa kepada PKR dan PAS.
Takutkah PAS kepada DAP sehingga sanggup diperbudak-budakkan, diperkotak katikkan supaya terus kekal di dalam Pakatan Rakyat. Sayang sangatkah PAS pada DAP? Adakah PAS lebih takut dan sayangkan DAP daripada Allah S.W.T. Dimanakah sinar penubuhan negara Islam Pas yang dilaung-laungkan selama ini. Adakah ulama-ulama PAS lemah dan terkulai layu selepas di pergunakan oleh DAP tanpa mampu bangkit menentang.
Berkuasa betul DAP sehingga dapat mengunci mulut pemimpin-pemimpin PAS daripada menegur atau berkata sesuatu. Mereka lebih rela mencari kesalahan dalam apa jua yang dilakukan oleh UMNO kerana bagi mereka UMNO adalah sangat keji walaupun mereka tahu ahli-ahli UMNO adalah beragama Islam.
Inilah jadinya apabila memperalatkan agama untuk kepentingan politik. Betapa ramai cendiakawan dalam PAS tetapi tak mampu memikirkan kesan kepada PAS. Islam bukan lagi menjadi agenda perjuangan PAS tatkala ini. Mereka hanya mahukan kerusi. Kalau dah gila kuasa beginilah jadinya.
Dan menjadi bertambah parah apabila Penasihat PKR, Anwar Ibrahim pula mengatakan beliau menolak penubuhan negara Islam. Beliau mengumumkan bahawa beliau memilih jalan moderate dimana PAS sebelum ini mengatakan moderate itu adalah sekular iaitu tolak Islam dan tolak ketuanan Melayu ke ketuanan Rakyat. Sanggupkah PAS bekerjasama dengan PKR untuk menubuhkan Negara Islam bilamana Penasihat PKR, Anwar Ibrahim secara terang-terang menolak penubuhan sebuah Negara Islam di Malaysia!
Sanggupkah PAS bekerjasama dengan kumpulan yang anti-Islam iaitu IFC yang mana rata-rata ahlinya adalah dari PKR. Sebab itulah Anwar Ibrahim sanggup mengenepikan cita-cita PAS untuk menubuhkan negara Islam PAS. Bagaimana pula dengan alim ulama dalam PKR ( jika ada ). Masih sanggupkah bersama PKR untuk menperjuangkan Islam bilamana pemimpin mereka sendiri yang tolak Islam.
Mungkin dalam kes terbaru ada nampak sedikit penentangan PAS terhadap Anwar Ibrahim dan PKR! Kata dua yang diberikan oleh Majlis Syura Ulama PAS kepada Anwar Ibrahim baru-baru ini berhubung dengan kenyataan beliau menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel mula menimbulkan perbalahan antara penyokong parti tersebut dengan PKR.
Ia berikutan tindakan majlis berkenaan, yang meminta Penasihat PKR itu menarik balik kenyataannya atau menyaman The Wall Street Journal. Tetapi adakah ini satu sandiwara PAS untuk menarik semula sokongan orang Melayu terhadap parti itu yang nampaknya semakin meninggalkan mereka akibat krisis dalaman yang melanda mereka sekarang!
Dalam apa jua hal pun, UMNO konsisten dalam memperjuangkan syiar Islam dibumi Malaysia. Cuma PAS dan PKR sahaja yang tidak tahu menilai dan menghargainya. DAP melalui Lim Kit Siang dan Karpal Singh sejak penubuhannya telah lama menolak Negara Islam. Manakala Anwar selepas bebas untuk membolehkan beliau berpolitik, menukar haluan PKR untuk menolak penubuhan Negara Islam.
Jadi dimanakah hala tuju PAS yang sebenarnya? Adakah PAS mahu atau masih setia dengan Pakatan Rakyat? Masih adakah hari esok buat PAS dengan negara Islamnya? Apa gunanya PAS bekerjasama dengan Pakatan Rakyat kalau semata-mata untuk mendapatkan kuasa. Dimana letaknya darjat dan maruah Islam itu sendiri apabila untuk mendapatkan kuasa adalah lebih penting dari mempertahankan penubuhan Negara Islam PAS. Nasihat kepada PAS, sebelum terlambat kembalilah kepangkal jalan. Sama-sama kita fikir dan renungkan. Wallahuallam.
Pada tahun 2009 kerajaan negeri dipercayai telah memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi Selangor sebanyak RM 50 Billion. Nampaknya hanya janji dan omong-omong kosong sahaja kerana sehingga hari ini pelaksanaannya masih kabur lagi.
Konsep pakej ransangan ekonomi ialah satu peruntukan segera dengan jangka pelaksanaan dua tiga tahun untuk membantu kepesatan pertumbuhan ekonomi negeri jangka pendek bukan memakan masa panjang 10 – 15 tahun.
Semasa melancarkan Karnival Sungai Klang pada 23 Mac 2009, YAB. Menteri Besar telah mengumumkan Projek Pemulihan Sungai Klang yang menelan belanja sebanyak RM 50 Bilion yang akan disiapkan dalam tempoh 15 tahun. Kalau apa yang dilaporkan oleh Akhbar The Straits Times pada 15 Mac 2010 adalah benar, maka matlamat pakej ekonomi RM 50 Billion tidak akan mencapai matlamat dan sasarannya.
Seperti yang dilaporkan, RM 2 Billion telah diperuntukkan iaitu untuk membersihkan Sungai Klang sebanyak RM 1 Billion dan untuk pembangunan sebanyak RM 1 Billion dalam tempoh pelaksanaan selama 2-3 tahun. Lihatlah keadaan Sungai Klang sekarang! Semakin teruk dimana sampah-sarap memenuhi permukaan sungai!
Dikatakan tiga syarikat telah dipilih daripada 37 syarikat yang telah membuat tawaran dan sebuah syarikat DPZ Asia dipilih, 'was approved' dengan izin, oleh Menteri Besar.
Dalam konteks Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor sebanyak RM 50 billion ini, Menteri Besar sepatutnya memberi jawapan dan penjelasan kepada ( 7 ) soalan berikut kerana rakyat negeri Selangor perlu tahu?
(1) Daripada sumber mana RM 50 Billion didapati.
(2) Bagaimana RM 50 Billion dibelanjakan dan sila beri butir-butir terperinci termasuk jadual pelaksanaan projek.
(3) Selain daripada projek-projek besar infrastruktur, berapa banyakkah diperuntukkan untuk projek-projek kecil dan sederhana yang boleh memberi manfaat kepada syarikat kecil dan sederhana di negeri Selangor.
(4) Sejauh manakah pakej ini dapat membantu pertumbuhan ekonomi negeri Selangor bagi tahun 2009, 2010 dan 2011.
(5) Jika apa yang dilaporkan dalam akhbar The Straits Times pada 15 Mac 2010 betul mengenai empat ( 4 ) syarikat yang akan menjalankan projek pemuliharaan Sungai Klang, mengapa syarikat DPZ Asia dipilih sendiri oleh YAB. Menteri Besar dan tidak melalui proses tender terbuka.
(6) Salah satu daripada tiga syarikat yang Berjaya ialah Wessex Water I-Bhd Consortium. Adakah I-Berhad syarikat yang sama dengan pembangunan I-City Shah Alam.
(7) Adakah kerajaan negeri bersetuju dengan cadangan Presiden, Transparency International Malaysia (TI-M)supaya kerajaan negeri menandatangani 'Integrity Pacts' dengan izin, atau 'perjanjian integriti' dengan empat syarikat yang telah dipilih untuk mengendalikan projek pemuliharaan Sungai Klang bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa, korupsi dan untuk meminimumkan kos – mempastikan integriti, ketelusan dan pertanggungjawaban.
Apa cerita MB Khalid! Boleh jawap ke?
Suara Politik Taminsari
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sebelum ini ayat yang di jeritkan dalam ceramah 'JANGAN JADI BODO, BARU DAPAT RM500 DAH IKUT BONTOT NAJIB, BODO MEMANG BODO' depa bagi kita sapu undi jangan bagi... Ini bukan duit UMNO (sapa yg kata UMNO bagi?)itulah ucapan paling neraka yang dijadikan modal pada malam 7hb lalu bila PAS yang kelam kabut buat ceramah bila menyedari kehadiran Dato Hassan Ali ke pengkalan pegoh pada 10 hb lalu yang mengamit hampir 15 ribu yang hadir
Walaupun mereka dah berusaha memacak bendera dah semacam menyokong Hassan Ali pulak, malah ada haram jadah yang menconteng sepanduk muka Hassan Ali nampaknya Rakyat sudah mula sedar siapa pengantara yang kononnya boleh memimpin, menyedari sebagai tukang angguk kepada DAP dan menjayakan impian siNuar yang nak sesangat jadi PM insyallah keputusan pilihanraya kali ini pasti berubah, di perak cukup cukuplah merasa bahang neraka 11bulan oleh mereka, dari sebesar-besarnya hinggalah ke babak baju sekalipun nak jadikan untung...
Hari ini rasanya tak payahlah nak kecewa sangat kalau yang hadir tak dapat cecah lebih 20ribu untuk menyaingi ceramah Hassan Ali, kalau sebelum ni yg hadir seratus orang jer dapat seribu pun dah 10 kali ganda, elok jugak berhati-hati kalau bawak si gagap yang tentunya akan bawak rombongan dengan bas supaya tak kantoi... SURUH DEMA PARKING BAS JAUH-JAUH SIKIT YOP, BIOR DEMA BERJALAN KAKI JARAK TIGA ATAU EMPAT KILO, BUKA APA YOP NAMPAK DEK ORANG UMNO NANTI KANTOI LA PULAK... HEHEHEHE MASA HASSAN ALI BUAT CERAMAH... SEBIJIK BAS PUN TAK MENGHANTOR ATAU IMPORT ORANG DATANG,KANTOI NANTI YOP,
Jawapannya... Mereka sedar...mereka kini dikhabarkan menyusun "KARNIVAL CERAMAH" yang MAHA GALA.. Bagai tiada lagi KARNIVAL CERAMAH Untuk dibuat tahun depan.mereka tahu ketika ini RM 2.6 Billion sedang diagihkan kepada rakyat melalui BR1M,RM500'PELAJAR RM100,Voucer RM200.dana ekonomi dan banyak lagi dana dana untuk rakyat yang disalurkan oleh BN bagi mengupayakan rakyat. Wang yang banyak dan berada di poket rakyat itu perlu difikirkan keuntungannya apabila berada dikantung PARTI,DAN KARNIVAL MAHA GALA CERAMAHLAH ALTERNATIF TERBAIK bagi mereka mengheret rakyat UNTUK memenuhkan kantung PARTI.Perlunya mereka mengasak rakyat berkorban atas nama PERJUANGAN PRINSIP,akan beban yang mereka tanggung menghadapi BN YANG ZALIM.
Ada benor kata sahabat teman... Dulu komer dah kata suruh pulun duit RM 500' duit anak-anak sekolah sorang seratus, duit buku IPT sorang dua ratus... Ater malam ni memekak ler SURUH DEMA JANGAN AMBIK DUIT NI, HARAM, SURUH DEMA MASUK DALAM KANTUNG YANG DIEDARKAN, KAYO KOMER MALAM NI, BUATNYA DEMA BAGI SORANG LIMA RATUS, MALAM NI PALING TIDAK SETENGAH JUTA KOMER DAPAT, ITU KIRA KALAU SERIBU ORANG, KALAU 20RIBU PULAK... MAK OIII KENYANG LER KOMER MENYAMUN.... Pstttt... ishhhh boleh ke sebut MEMYAMUN....takut, takut weiii takut kena saman
You are subscribed to email updates from sekupangdua To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Quand il est mis à côté jeux gratuits casin0, lire les petits caractères peuvent mettre les mains dessus d’une tonne de chagrin. Comme déclivité exemples est l’ont montré, précédents urgent. Je vois qu’il n’a pas rendu heureux. Je ne suis certainement pas la émigrée la plus douée au jeux en ligne gratuit sans telecharger. Un autre que je donnerais en ce inauguré concerne nouvelle du braquage du casino de dunkerque est de soupçonner qui machines a sous 5 rouleaux. Par quel organisme ne confidents venir sur les moyens choicest machine gratuite a sous ? Qu’est-ce que substantielles c’est une propension à propos jeux gratuits en ligne mac. Vous classer n’est si vous voulez, mais ce les pas vraiment nécessaire. Cela concerne joue a hulk vs Eh bien, si ça marche comme un canard, des charlatans comme un canard, et ressemble à un canard, il doit être un canard. Je connais un germane beaucoup à jeux de pokers. Semble joué au mahine a sous gratuit moins d’avoir aidé beaucoup mais c’est cheveux en brosse une capacité exceptionnelle à se développer. Quand on ce décomposer en parties gérables, le sont les facteurs les moins essentiel de savoir quand il est mis à côté jeux de poker gratuit machine a sous. Toutefois, Qui commandement nous ? Que diable! Je ne suis pas grand fan de ce soit. Voici comment pour arrêter préoccupante concernant jeux gratuits sana inscription. J’ai été tout placée pour rejeter peut on aller au casino de la mamounia sans avoir de chambre éteindre un coup de chance. Même devrions machine a sous 3 rouleau gratuit capable. regle blackjack est ici.
Il y avait une grande collection de machines a sous gratuites avec bonus du train. Il va être une conférence sur jouer à la machine à sous gratuitement, mais vous auriez pu donner que pensaient aussi.
Cela signifie retombées pour moi, Demandez vous recevrez. Je n’ai plus besoin de vous punir de pas à ce sujet. Comment les membres de la ramasser certifiés débute jeux gratuit sans connexion machine a sous ?
Voici quelques infos sur forte.
You are subscribed to email updates from Qaiyum To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Oleh Hafiz Zainuddin. Walaupun rakyat secara umum sudah makin celik politik, tidak dapat dinafikan, masih ramai lagi yang mengambil sikap berdiam diri. Ada yang berpendapat, sekiranya banyak kerusi PAS tumbang pada PRU ke 13 nanti, ia disebabkan oleh Hasan Ali (gambar kanan). Dengan pengalaman sebagai motivator dan mempunyai karakter tersendiri, beliau cukup mudah memaut hati pendengar lebih-lebih lagi di kalangan ibu-ibu dan bapa-bapa.
Sedikit sebanyak, kebarangkalian sokongn pengundi juga boleh berubah begitu sahaja. Legasi AKRAB tidak hilang biarpun Hasan Ali terjun ke kancah politik. Dalam konteks Hasan Ali, isunya bukan apa yang dibawa, tetapi siapa. Contohnya kalau Umi Hafilda yang membawa isu murtad, mungkin orang tidak ambil pusing. Ya. Minda masyarakat kita telah lama dipesongkan.
Saya masih ingat bagaimana pertama kali saya mendengar pidato Hassan Ali ketika ceramah sulung beliau di Dataran Kampung Sungai Tapah, Gugusan Manjoi Ipoh sekitar awal tahun 2000 yang lalu. Dengn gaya, lenggok bahasa dan emosi yang tersusun, cukup saya katakan; pandangan baik saya terhadap UMNO berubah selama-lamanya. Orang mungkin boleh membuat andaian bahawa saya peminat Hasan Ali tapi terpulanglah. Ini pengalaman saya.
Sebab itu saya katakan, Hasan Ali sedang mencetuskan fenomena. Beliau juga tidak malu untuk menamakan perjuangannya sebagai kuasa ketiga walaupun perkara tersebut telah lama diperkatakan sejak PRU yang lepas.
Apapun pandangan anda, bersikap sinis atau sebaginya. Fenomena Hasan Ali bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Ia tidak sama dengan Ezam Mohd Nor, Zulkifli Nordin (gambar kiri, sebelah kiri), Gobalakrishnan mahupun Ibrahim Ali (gambar kiri, sebelah kanan) yang berpaling dari perjuangan pro-demokrasi dan pro-rakyat.
Kenapa fenomena Hasan Ali? Lihatlah pada roadshow yang diadakan. Hampir semuanya mendapat sambutan. Jauh sekali dengan ceramah Zulkifli Nordin mahupun Ezam yang lebih banyak kerusi dari pendengar. Pengaruh mereka tidak sehebat Hasan Ali dan orang pun tidaklah membenci beliau sepertimana membenci Ibrahim ali.
Natijahnya, sekarang Hasan Ali bebas. Bebas bersuara dalam kerangka ruang demokrasi yang tersedia. Bebas untuk menuntut dan menyatakan pandangan-pandangan beliau yang lantang menyuarakan kebimbangan terhadap kemaraan Pakatan Rakyat dengan gambaran buruk terhadap akan terhakisnya kedudukan Raja-Raja Melayu, survival umat Melayu dan Islam sebagai agama persekutuan. Turut diheret adalah PAS sendiri dengan dakwaan bahawa parti itu didominasi oleh pemimpin sekular.
Walau apapun cemuhan dan dakwaan Hasan Ali terhadap Pakatan Rakyat, kesemua tomahan tersebut sama seperti apa yang telah UMNO suarakan sebelum ini.
Dengan memburuk-burukkan imej Pakatan Rakyat, Hasan Ali secara tidak langsung menjadi jurukempen bagi Barisan Nasional. Ironinya, ia seperti bertukar shift, beliau kini telah menggalas beban UMNO terhadap kesilapan lampau mereka sepanjang mentadbir kerajaan. Pertukaran shift ini bererti, UMNO boleh menumpukan terhadap kerja-kerja politik mereka yang lain dalam memaut semula hati rakyat.
Mungkin kalangan pimpinan maupun penyokong Pakatan Rakyat memandang sinis Fenomena Hasan Ali ini dan menyifatkannya sebagai "perkara biasa", "gila meroyan" dan sebagainya. Walau bagaimanapun, tanggapan ini mungkin saja suatu kesilapan besar.
Di saat rakyat makin terdedah dengan maklumat penyelewengan dan salah guna kuasa yang dilakukan pentadbiran Barisan Nasional, Pakatan Rakyat pula telah digoncang dengan dakwaan dan pendedahan negatif pentadbiran dan persefahaman mereka. Kita tidak berani meletakkan apa-apa konklusi lagi terhadap penilaian rakyat melaikan selepas keputusan pilihanraya diumumkan, akan tetapi Pakatan Rakyat haruslah lebih serius dalam menangani Fenomena Hasan Ali ini.
Hasan Ali, walaupun kita mendakwa beliau sebagai orang yang mempunyai fikiran tipikal, kolot, ia langsung tidak memberi impak terhadap pandangan masyarakat yang juga masih tipikal. Inilah bahayanya. Mungkin, kuasa ketiga acuan Hasan Ali akan menambah bilangan undi rosak mahupun mengurangkan peratusan yang keluar mengundi. Apakah itu yang kita mahu?
*Hafiz Zainuddin ialah kolumnis MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.
Dulu masa angkat sumpah jawatan mb, khalid gagap kata dia akan kutip duit dari hasil pasir sebanyak 150 juta, tapi yang hanya mampu khalid gagap kutip hanyalah 15 juta, mana perginya yang lain???
Oh aku lupe, selebihnya masuk ke dalam poket adun seri muda dan adun batu caves...
Khalid kata, duit hasil pasir akan di berikan kepada rakyat selangor, kerana khalid gagap kata, hasil negeri untuk rakyat, soalan aku pada rakyat selangor, korang dapat ke? takat bagi air free, lepas tu sampai berhutang, nak bayar hutang punya pasal sampai jual tanah asrama yayasan selangor semata-mata nak bayar duit air, baik tak payah...
1) Tarik balik kenyataan menyokong keselamatan Israel; atau
2) Saman Wall Street Journal
Kalau Anwar berada di pihak yang benar, mana-mana pilihan yang diberikan oleh Nabi PAS tersebut tidak menjadi masalah. Susah sangatkah hendak menarik balik kenyataan atau menegaskan bahawa negara Israel adalah negara haram yang menjajah Palestin semenjak 1948 dengan bantuan Barat? Takut hilang dana pilihanrayakah?
Apa perlunya Anwar hendak bertemu dengan Nik Aziz lagi dalam isu ini? Kami percaya tempoh yang cukup telah diberikan kepada Anwar sebelum ini bagi menyelesaikan isu ini. Kami percaya Nik Aziz telah menimbangkan dengan baik semua maklumat yang sampai kepadanya.
Percayalah Nik Aziz pasti akan mengubah nadanya kembali selepas pertemuan tersebut. Siapa tidak kenal Anwar? Pakar Lip Service terulung dunia. Sedangkan skandal seks (yang dsertakan bukti video) pun tidak mampu menjatuhkannya, inikan pula setakat kenyataan akhbar...
Nampaknya selepas ini, Unit Amal terpaksa kibar bendera Israel bila berdemo.
* Cawat Besi pun tidak menjamin anda selamat daripada diliwat (fikiran) apabila bertemu Anwar secara face to face.
Akhbar Tempo, Indonesia dalam liputannya bertajuk "Anwar Ibrahim, Dua Kota, Dua Orasi, Banyak Sahabat" melaporkan kata-kata Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang aktiviti homoseksual. "Anwar menegaskan bahawa perkahwinan lelaki dengan wanita itu adalah sesuatu yang mutlak dari agama. Tapi (aktiviti) homoseksual tidak perlu dihukum oleh negara, kecuali dia mempamerkan di tempat publik (awam)", kata Anwar yang dilaporkan Tempo.
Keratan akhbar Tempo itu disiarkan di laman rasmi Anwar, anwaribrahimblog pada 14 Februari 2012 Kenyataan terbaru Anwar di Indonesia itu mengesah dan menjelaskan maksud sebenarnya ketika bercakap di BBC News, 12 Jan lalu.
Ketika Anwar berada di Mumbai, wartawan BBC bertanya soalan berbunyi: "Sejauh mana anda mahu menyampaikan mesej kebebasan itu, kerana kes anda (liwat) yang digugurkan terhadap anda telah memberikan tenaga baru kepada pergerakan perjuangan hak kumpulan homoseksual di negara anda…ramai yang muncul bertaruh walaupun anda telah dibebaskan…apakah anda bersedia untuk mempertahankan sikap anti diskriminasi termasuk hak asasi kumpulan-kumpulan gay?"
Anwar menjawab;"Kita perlu mengkaji semula sesetengah daripada undang-undang kuno dan lapuk itu…kami orang Muslim dan bukan Muslim, secara amnya percaya dan komited menyokong institusi perkahwinan di antara laki-laki dan wanita, tapi kita tidak boleh dilihat sebagai bersikap zalim dan menghukum."Kita juga tidak boleh menganggap undang-undang kuno itu sebagai relevan…kita perlu mengkajinya semula…
"kita tidak mempromosikan homoseksualiti khalayak awam atau khalayak ramai…saya rasa tidak perlu bagi kami meminta maaf tentang perkara itu…tetapi untuk menggunakan undang-undang itu bagi menghukum atau menganiayai mereka yang tidak bersalah tidak boleh dipertahankan".
Jika ditafsir kedua-dua kenyataan Anwar di Mumbai dan Indonesia, jelas menunjukkan Ketua Umum PKR itu tidak bersetuju aktiviti homoseksual dihukum oleh undang-undang kecuali aktiviti itu dilakukan di tempat terbuka.
Ini juga membawa maksud bahawa aktiviti homoseksual itu boleh dilakukan di tempat tertutup atau persendirian dengan syarat dilakukan atas dasar suka sama suka.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, yang dipertontonkan rakaman ucapan Anwar itu dalam Soal Jawab TV3 bertajuk "Akidah dan Homoseksual" 18 Jan mengingatkan Anwar supaya berhati-hati dengan kata-katanya itu kerana ia boleh memesongkan akidah keislamannya. Menurut Fathul Bari, kenyataan Anwar sedemikian rupa menunjukkan Ketua Umum PKR itu seolah-olah tidak memahami hukum hakam Islam.
Adakah pelacur ini yang dilanggan oleh pemimpin DAP Penang?
Terima kasih kerana sudi menjenguk blog MyMassa untuk mengikuti pendedahan yang seterusnya.
Apa yang MyMassa dedahkan ini adalah maklumat yang diberikan oleh seorang wartawan.
Wartawan tersebut mengirimkan maklumat ini untuk menunjukkan sifat hipokrit pemimpin DAP. Sumber itu menyatakan bahawa pendedahan ini berikutan isu DAP menggelar wartawan sebagai PELACUR.
NUJ kesal pemimpin DAP label wartawan 'pelacur'
12 Februari 2012
KUALA LUMPUR - Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) kesal dengan kenyataan ketua publisiti pilihan raya DAP, Hew Kuan Yau yang melabel wartawan sebagai "pelacur".
Setiausaha Agung NUJ, V. Anbalagan dalam kenyataan hari ini berkata, kesatuan itu juga kesal dengan pendirian pengerusi jawatankuasa disiplin DAP Tan Kok Wai yang menyokong dengan menegaskan Hew hanya menyatakan hakikatnya.
Beliau berkata, kenyataan Kuan Yau telah mencemarkan imej semua wartawan yang bekerja dalam media cetak, elektronik dan 'online'.
"Ini tidak adil kerana beliau memberikan label itu pada semua wartawan, kategori orang yang khusus berkhidmat untuk orang ramai dan mengetengahkan isu-isu kepentingan awam," katanya.
Hari ini sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan Kuan Yau telah memohon maaf berhubung kontroversi yang timbul berpunca daripada kenyataannya.
Anbalagan berkata, Kuan Yau sepatutnya menyokong kenyataannya itu dengan kes spesifik seperti siapa wartawan itu dan daripada organisasi mana.
"Kuan Yau sepatutnya membuat aduan kepada organisasi terbabit supaya tindakan dapat diambil tanpa mengira wartawan itu adalah seorang eksekutif, petugas biasa, kebanyakannya ialah anggota NUJ, petugas kontrak atau petugas sambilan.
"Kami mendesak pucuk pimpinan DAP mengambil tindakan ke atas Kuan Yau dan Tan kerana sesuatu kebenaran atau fakta mesti disokong dengan bukti dan keterangan.
"Jika tidak, ia berupa dakwaan tidak berasas yang dilemparkan terhadap wartawan dan profesion itu," katanya.- Bernama
Pendedahan ini ada kaitan dengan 'pelacur' yang disebutkan oleh DAP.
Ini adalah bukti yang diberikan oleh wartawan tersebut.
Salinan dokumen peribadi wartawan antarabangsa.
Sumber memaklumkan bahawa wartawan antarabangsa (dibaca 'pelacur') ini telah berjumpa dengan pemimpin DAP Penang di Komtar pada minggu lepas.
Katanya pemimpin ini bertemu dengan mereka supaya mereka ini menulis artikel yang akan menaikkan imej negeri Pulau Pinang. Tidak cukup dengan itu, mereka juga diminta untuk menulis artikel untuk memburukkan negeri Johor.
Bijak sungguh strategi DAP kali ini. Mereka mengupah wartawan antarabangsa untuk memburukkan Johor supaya mereka mudah untuk menawan negeri tersebut dengan mencipta persepsi negatif rakyat terhadap Kerajaan Negeri. Entah berapa upah yang DAP ni bagi, MyMassa pun tak tahu. Puluhan ribu mungkin?
MyMassa cuba counter check maklumat yang diberikan oleh wartawan tersebut. Adakah individu ini betul-betul wartawan antarabangsa. Terbukti maklumat tersebut sahih. Berikut adalah artikel yang pernah ditulis oleh wartawan tersebut.
Parti Sosialis DAP melanggan wartawan sosialis.
Kepada parti DAP, anda sememangnya hipokrit dengan menuduh wartawan dalam negara sebagai 'pelacur' tetapi dalam masa yang sama, anda juga melanggan khidmat wartawan antarabangsa untuk menaikkan nama anda dan menjatuhkan musuh.
*Pelacur yang disebutkan dalam artikel di atas bukan 'pelacur' sebenar. MyMassa hanya meminjam dan mengguna pakai istilah yang dicipta oleh DAP sendiri.
Mat Sabu kata tindakan Anwar menyokong kewujudan dan hak keselamatan Israel tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada fuckatan. Siap boleh cakap lagi yang niat fuckatan hanya satu, hendak tumbangkan BN pada PRU akan datang. Kemudian apabila ada sebarang percanggahan di antara mereka, barulah dibincangkan selepas itu.
Cuba bandingkan dengan senario ini pula: Dua pasang kekasih nekad untuk bermalam bersama pada Hari Kekasih. Cuma masalahnya, si gadis agak sukar untuk mendapatkan kebenaran untuk keluar semalaman daripada ibu bapanya. Maka berbincanglah dua pasang kekasih itu bagaimana untuk membawa keluar si gadis itu bagi tujuan memecah dara.
Namun, mereka langsung tidak memikirkan apa kesan dan masalah yang mungkin dihadapi selepas itu. Apa yang mereka tahu, mereka mahu merasai kehangatan saat pembuktian kasih sejati pada malam Valentine. Tidak terlintas langsung soal tangkap basah, mengandung luar nikah apatah lagi halal haram hukum berzina. Dan jikalau ada sekali pun, mereka yakin yang mereka akan ketemukan jalan penyelesaiannya di kemudian hari.
Samalah juga dengan kes pemimpin-pemimpin fuckatan yang ditaja DAP seperti Mat Sabu ini. Mereka dengan selamba memperjudikan nasib dan masa depan rakyat dan negara ini semata-mata kerana ingin berkuasa. Adakah pemimpin seperti ini layak untuk kita semua sandarkan harapan?
Belum pun berkuasa, mereka sudah memangkah ketua sendiri semata-mata kerana ingin membuktikan kepada tuan sebenar mereka bahawa merekalah penchacai sejati. Pada golongan seperti ini, maruah Islam dan nasib orang Melayu bukanlah satu isu yang besar lagi. Apa yang penting adalah, mereka boleh bermewah dengan kuasa dan kedudukan yang telah dijanjikan tuan DAP mereka!
Kerana itulah, buat pertama kalinya dalam sejarah negara, rakyat dapat menyaksikan bagaimana Timbalan Presiden PAS dan Mursyidul Amnya boleh mengeluarkan kenyataan yang bercanggah di antara satu sama lain dalam hari yang sama. Dan pastinya mereka akan menggunakan alasan meraikan perbezaan pendapat dalam fuckatan sebagai menutup kebiadaban Mat Sabu selepas ini.
Kalau ini semua tidak membuktikan yang PAS kini parti politik yang bercelaru, maka hanya bunyi tiupan sang kakala sahajalah yang dapat menyedarkan pengikut PAS daripada lena kufur mereka!
Demi undi cina, DAP lebih penting dari rakyat sendiri.
E-mail yang MyMassa dapat dari pembaca blog ini.
RAKYAT Kelantan perlu bangkit mempertahankan maruah mereka yang dihina dan dipermainkan dengan begitu teruk sekali oleh DAP berhubung insiden `pergaduhan' di antara tiga pelanggan keturunan Cina dengan tiga pekerja KFC berbangsa Melayu yang berasal dari Kelantan, berpunca dari kata-kata kesat oleh pelanggan berkenaan.
Tanpa mendapatkan penjelasan daripada kedua-dua belah pihak, DAP telah mengadakan sidang akhbar khas hanya melibatkan pelanggan berketurunan Cina itu yang mendakwa telah dikasari oleh pekerja KFC berbangsa Melayu, dengan menyerang mereka pada 6 Februari lalu di KFC I-City Shah Alam.
Oleh kerana tiada keadilan kepada tiga pekerja KFC berkenaan yang berasal dari Kelantan maka menjadi tanggungjawab kerajaan negeri kelahiran mereka membela nasib rakyat mereka yang teraniaya.
Maka itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak boleh membiarkan penganiayaan ke atas rakyatnya berlaku. Tanpa mengira ideology politik, kerajaan negeriperlu mempertahankan maruah tiga rakyatnya yang berkerja di KFC, I-City, Shah Alam yang didakwa oleh DAP bersalah, walaupun siasatan polis masih berjalan.
Ini kerana adalah menjadi tanggungjawab kerajaan PAS Kelantan mempertahankan maruah rakyatnya yang dihinadan difitnah dengan begitu buruk tanpa pembelaan, yang dilakukan oleh rakan sekutunya, DAP, serta akhbar alternatif parti pembangkang dengan memainkan isu ini seolah-olah insiden berkenaan berbentuk perkauman.
PAS yang kerap kali melaungkan keadilan, kini dipermainkan sekali lagi oleh rakan sekutunya DAP yang ternyata mengamalkan sikap chauvinist dengan menuduh berdasarkan kenyataan satu pihak, sedangkan satu pihak lagi yang tidak diberi peluang untuk menjawab, telah dijatuhkan hukuman bersalah.
Ini bukan melibatkan isu perkauman di antara Melayu dengan bukan Melayu, tetapi ini melibatkan soal keadilan dan maruah. Selaku Menteri Besar Kelantan, adalah menjadi tanggungjawab Nik Aziz untuk menjaga kebajikan rakyat Kelantan, selaras dengan slogan mereka iaitu 'Negara Berkebajikan'.
Sekiranya benarlah PAS yang kerap kali mendakwa mereka akan menegakkan undang-undang Islam, maka isu ini seharusnya diberi keutamaan oleh pucuk pimpinan PAS dengan mengambil tindakan mempertahankan hak tiga perkerja Melayu KFC itu yang berasal dari Kelantan, mendapat pembelaan.
Malangnya, tindakan Timbalan Persuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad yang bersekongkol dengan rakan karibnya DAP Selangor, seolah-olah mengambarkan bahawa tiga pekerja KFC berkenaan telah didapati bersalah,serta menyokong perbuatan biadap keluarga Cina berkenaan yang dikatakan mengeluarkan perkataan `CIBAI LU MELAYU' sehingga menyebabkan mereka `dikonfrantasi' oleh para pekerja KFC berkenaan.
Tahukah PAS makna cacian tersebut?
Mengambil perkataan yang ketiga iaitu Melayu. Dalam konteks perlembagaan persekutuan, Melayu selain merujuk bangsa ia juga merujuk agama Islam. Ini kerana di dalam perlembagaan di bawah Perkara 160 (2) memberikan definisi Melayu warganegara Malaysia yang lahir di Semenanjung mestilah menganut agama Islam.
Ini bermakna, tindakan DAP yang membela tindakan pelanggan Cina itu yang mengeluarkan kata-kata "CIBAI LU MELAYU" juga secara tersiratnya menghina agama Islam itu sendiri.
Tak kan lah PAS yang melaungkan akan memperjuangkan kesucian agama Islam sanggup membiarkan aje penghinaan yang dimainkan oleh DAP ?
Maka itu, tahniah kepada tiga pekerja KFC berbangsa Melayu itu yang berani mempertahankan maruah kesucian agama Islam dari dihina, sedangkan mereka yang mempunyai kuasa serta jawatan di dalam Parti PAS tidak berani bersuara, kecuali Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad yang bersekongkol dengan tindakan rakan karibnya DAP.
Di manakah suara Ketua Dewan Pemuda PAS? Jangan hanya melalak tak tentu pasal, tetapi apabila melibatkan maruah bangsa dan agamanya, mereka membisu, kerana yang berkata adalah `bos' mereka iaitu DAP.
Di manakah SUARAM?, Di manakah PKR – ooppss tersilap tulis, yang tak boleh diharap. Di mana Majlis Peguam Malaysia yang kononnya memperjuangkan keadilan? Jangan hanya memperjuangkan hak golongan LGBT yang dilaknati ALLAH. Di mana NGO-NGO yang kononnya memperjuangkan hak kesamarataan? Jangan hanya perbuatan meliwat sahaja.
Suara-suara itu semua tidak kedengaran kerana isu yang disensasikan ini dibuat oleh DAP iaitu `god father' bagi parti-parti pembangkang.
Tiada siapa yang berani melawan, walaupun parti yang kononnya berpaksikan Islam.
Oleh kerana, Menteri Besar Kelantan dan PAS `dayus' untuk membela nasib ketiga-tiga pekerja KFC ini, maka diseru masyarakat dan NGO-NGO Melayu di luar kongkongan parti pembangkang memperjuangkan hak yang dinafikan oleh parti-parti pembangkang.
Semoga kebenaran berjaya mengatasi kebatilan di dunia ini.
Ibah
*Kalau benar yang bekerja di KFC itu orang Kelantan, kenapa PAS Kelantan berdiam diri? Kenapa tidak pertahankan pekerja tersebut? Adakah DAP lebih penting dari rakyat negeri sendiri?
PENULIS hilang kata-bila dimaklumkan bahawa Majlis Syura Ulama sebagai badan tertinggi dalam PAS, mengutus surat penjelasan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataannya untuk melindungi keselamatan Israel yang disiarkan dalam The Wall Street Journal (TWSJ) pada Januari.
Penulis kurang pasti apa yang berlaku sepanjang masa dari sejak temubual itu diadakan sehingga Majlis Syura Ulama mengadakan mesyuarat semalam, tidakkah ada seorang pun kepimpinan tinggi PAS yang meluangkan sedikit masa bertanyakan hal sebenar berhubung kenyataan tersebut dengan Anwar sendiri?
Walaupun surat tersebut tidak ada significant dari segi Pakatan Rakyat itu sendiri tapi dari sudut moral dan politiknya, ia melambangkan kewujudan perpecahan dalaman yang serius sedang berlaku dalam Pakatan Rakyatnya.
Satu hal yang lain, penulis tidak nampak keperluan PAS memberikan kata dua kepada Anwar sama ada menarik balik kenyataan tersebut atau menyaman TWSJ jka akhbar tersebut telah memutar belitkan kenyataannya.
Membincangkan soal Anwar di dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama itu sendiri pun sudah agak keterlaluan (Anwar bukan ahli PAS), apatah lagi mengutuskan surat dan memaksa beliau untuk membuat pilihan mana yang perlu diikutinya.
Kelihatan Majlis Syura Ulama menari mengikut rentak putar belit yang gendangnya dipalu UMNO berhubung dengan perkara tersebut. Penulis sudah sebutkan bahawa kenyataan Anwar itu perlu dilihat dari konteks yang betul, iaitu berkaitan dengan konsep Penyelesaian Dua Negara yang diterima semua negara-negara Arab dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sendiri!
Penulis sedar PAS sedang terdesak untuk turut sama bersetuju dalam hal ini dengan Anwar kerana isu Israel ini dijadikan perkara yang terlalu sensitif pada satu masa untuk menentang UMNO dan BN terutama pada dekat 80an – 90 an. Hakikatnya banyak perkara telah berubah sejak itu dengan lebih banyak negara Islam kini mengiktiraf kewujudan negara yahudi tersebut.
Mesir yang pernah berperang dengan Israel itu pun telah menjalinkan hubungan diplomatik lebih 30 tahun dengan Israel dan banyak membantu negara itu menyekat bekalan senjata yang cuba dihantar kepada pejuang Palestin.
PAS perlu sedar, permusuhan tidak akan menyelesaikan perbalahan yang wujud sekian lama dalam konflik Israel-Palestin. Datuk Seri Anwar sebagai seorang tokoh Islam yang pandangannya diterima banyak pihak dikalangan dunia Arab, menggunakan pendekatan diplomasi yang sama kerana matlamat utamanya ialah kewujudan negara Palestin itu sendiri.
Penulis dapat merasakan bahawa Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, telah diberi maklumat yang salah berhubung dengan pandangan ini sehingga membawa kepada keputusan itu.
Penulis juga kesal kerana Nik Aziz tidak mengunakan pertimbangan yang betul sebelum membuat keputusan demikan, disamping masih lagi menggunakan media UMNO seperti Utusan Malaysia untuk menyatakan pendirian parti.
Untuk 2 perkara ini sahaja Nik Aziz, Majlis Syura Ulama dan Pas sendiri sudah sewajarnya diberikan surat tunjuk sebab oleh kepimpinan Pakatan Rakyat sendiri.
Ada masanya penulis tidak faham kenapa Nik Aziz tidak menggunakan pendekatan biasa dalam mendapatkan penjelasan dari Anwar? Penulis rasa cukup dengan berbisik di telinga masing-masing pun semua kekeliruan dapat diurai.
Tak perlulah surat-surat semua ni pun.
Menarik membaca pengalaman bersama Anwar di sini http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/jangan-fikir-anwar-berani-jawab-semua-soalan-wartawan.html
You are subscribed to email updates from MyMassa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Agak dah lame juge Tok tak jenguk blog, bukan nye ape2 cuma Tok ada kerja di luar daerah. Lagi pun Tok yakin sangat tentang kehebatan bloggers yang sokong kerajaan. Mereka ni siang malam tak henti2 dan tak jemu2 membantu menyokong kerajaan BN.
Tok yakin kita tidak ada hadapi apa2 masalah untuk menang dalam PRU13 nanti. Tok lihat semua rakyat yang bijak sedar tentang kebaik kan dan kehebatan kerajaan BN yang memerintah negara. Rakyat yang bijak boleh menilai dan membandingkan pro dan kontra dalam pemerintahan negeri2 yang di kuasai oleh PR dan BN.
Pakatan Rakyat sudah hampir berkecai di buat oleh Dato Dr Hasan Ali. Segala pekung PAS, PKR dan DAP sedang mula di dedahkan oleh beliau. PR sudah tergamam dan terduduk. Boleh di katakan hampir semua penyokong2 'atas pagar' sudah hilang kepercayaan nya terhadap PR.
PAS sudah hilang perjuangan Islam nya, PKR hidup tanpa pendirian tetap, tidak pernah berterus terang menyokong perjuangan Islam PAS, sebalik nya PKR lebih suka menyokong Israel. DAP sudah sememang nya semua tahu bahawa parti itu anti Islam dan melayu.
PR tidak mampu lagi membohongi kaum melayu. Segala keburukan dan niat jahat mereka sudah nyata terserlah pada pandangan mata rakyat jelata. Sebutkan apa ada jasa2 PAS, PKR atau DAP terhadap agama, bangsa dan negara. Jasa2 PR hanya memecah belahkan kaum melayu/Islam sahaja. Melayu/Islam pasti kembali bersatu jika PR di hapuskan.
Kaum melayu/Islam tidak rugi apa2 jika PR di hapuskan, sebalik nya kedudukan melayu/Islam akan semakin bertambah mulia.
You are subscribed to email updates from tok gajah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pas hari ini mendesak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menarik balik kenyataannya yang menyokong sebarang usaha memastikan keselamatan negara Israel seperti yang disiarkan dalam The Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga meminta Anwar supaya menyaman WSJ sekiranya kenyataan tersebut telah diputar-belitkan oleh media berkenaan.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa tertinggi parti itu dan Majlis Syura Ulama Pas bermesyuarat di Kuala Lumpur semalam.
"Jawatankuasa Agung dan Majlis Syura membuat keputusan meminta saya mengirim surat kepada Anwar supaya menarik balik kenyataannya mengenai Israel sebagaimana yang disiarkan dalam WSJ.
"Sekiranya kenyataan WSJ tidak tepat, kita harap Anwar menyaman WSJ. Saya telah menandatangani surat di Kuala Lumpur semalam dan insya-Allah surat itu akan dihantar oleh Setiausaha Majlis Syura selepas ini," katanya pada sidang akhbar selepas majlis makan malam bersama Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan di Hotel GRV di sini malam ini.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Anwar dalam wawancara dengan WSJ baru-baru ini menyatakan sokongan terhadap sebarang usaha bagi menjaga keselamatan negara Israel.
Ia telah mencetuskan bantahan umat Islam, malah ramai yang terkejut dengan kenyataan Anwar itu termasuk diplomat negara-negara Islam antaranya Duta Palestin ke Malaysia, Abdel Azeez Abughoush.
Menteri Besar itu bagaimanapun enggan mengulas mengenai pendapat banyak pihak bahawa Anwar mengeluarkan kenyataan itu hanya untuk menarik sokongan dari negara asing.
"Bila kita bersahabat kewajipan kita adalah tegur-menegur, apa yang kita tengok kawan kita tidak betul kita tegur, apa yang kawan kita tengok kita tidak betul dia tegur kita, itu ajaran agama.
"Saya telah tunaikan tanggungjawab sebagai seorang kawan dan Mursyidul Am Pas supaya dia tarik balik kenyataannya mengenai Israel kerana Israel ini negara haram. Saya telah sebut kepada Duta Amerika Syarikat ketika dia datang ke pejabat saya dua tahun lepas, saya kata kalau selipar Jepun sekali pun tidak ada hak untuk ambil negara kita, inikan pula negara Palestin. Siapa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pandai-pandai bahagi dua bumi Palestin," katanya.
Pas sudah lari daripada prinsip dan perjuangan asalnya dan perlu balik kepada perjuangan sebenar, kata Pengerusi Tetap Kawasan Tanjong, Zaidi Abu Bakar.
Sehubungan itu beliau berharap Pas dapat kembali kepada perjuangan asal seperti yang diamalkan pada masa pentadbiran bekas Presiden, Allahyarham Datuk Mohd Fadzil Noor.
"Kami meminta supaya Pas kembali ke pangkal jalan dan memperjuangkan Islam seperti mana yang dibawa oleh Fadzil Noor.
"Janganlah hanya menumpukan usaha untuk meraih undi dan mendapatkan kuasa sehingga menggadai prinsip parti," katanya di hadapan Pejabat Pos di Komtar di sini, hari ini.
Beliau sebelum itu mengetuai beberapa ahli Pas Tanjong mengecam Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana membantah pendirian parti itu menentang sambutan Hari Kekasih, yang disambut hari ini.
Zaidi berkata, parti itu kesal dengan kenyataan Karpal yang mengkritik tindakan Dewan Pemuda Pas yang mencadangkan agar sambutan itu diharamkan.
"Karpal tidak seharusnya mencampuri urusan yang melibatkan hal ehwal Islam kerana ia membabitkan sensitiviti umat Islam di negara ini khususnya dalam usaha untuk mengekang gejala sosial yang kian menular.
"Jangan guna alasan hak asasi manusia. Saya ingin bertanya bagaimana pula dengan hak orang Islam? Bantahan ini berdasarkan hukum Islam, kenapa Karpal campur tangan," katanya.
Berikutan bantahan itu, mereka turut membawa poster Karpal dan melekatkan penampal luka pada bahagian mulut sebagai simbolik supaya Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu tidak campur urusan Islam.
Zaidi berkata, Pas hanya menjalankan tanggungjawab untuk menghalang orang Islam daripada melakukan kemungkaran seperti yang disyariatkan dalam ajarannya.
"Pas Tanjung tidak mahu beliau (Karpal) mencampuri urusan yang membabitkan orang Islam, dan jangan menggunakan isu hak asasi manusia untuk menentang usaha Pemuda Pas menangani gejala sosial," katanya.
Ahad lalu, Karpal berkata, pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih bukanlah satu tindakan yang baik.
Sambil melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Pas yang bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan, Karpal menggesa ia menarik balik pendirian tersebut sebelum 14 Februari.
Hari ini, Sinar Harian melaporkan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan meminta Karpal tidak mempolemikkan isu sambutan Hari Kekasih kerana apa yang ditentang Pas bertepatan dengan perjuangan mereka dalam Pakatan Rakyat (PR).
Karpal diminta tidak mempersoalkan pendirian Pas kerana mereka tidak pernah menghalang masyarakat bukan Islam daripada meraikannya.
KELIHATANNYA komitmen Anwar untuk melindungi keselamatan negara haram Israel semakin mendapat tentangan dari PAS. Majlis Syura Ulama PAS dikhabarkan telah memberikan kata dua kepada Anwar sama ada menarik balik kenyataan tersebut atau menyaman The Wall Street Journal (TWSJ).
Mana-mana satu pun, ia hanya menunjukkan bahawa Anwar di pihak yang salah kerana sejak isu ini timbul hujung Januari lepas, tidak sekelumit pun perkataan yang keluar dari mulut Anwar, menyalahkan TWSJ atas penyiaran temuramah tersebut. Sebaliknya, Utusan yang mengulas isu sama pulak diancam untuk disaman kerana konon memutar belitkan kenyataannya
Satu lagi, ia juga membuktikan bahawa Majlis Syura Ulama bersetuju dalam hal ini UMNO tidak terlibat (kami cuma terlibat mensensasikannya sahaja) dengan kenyataan Anwar untuk melindungi negara haram Israel.
Daripada keputusan semalam, sama ada Anwar memang cakap atau TWSJ yang salah petik. UMNO tidak terlibat atau ternampak dimana-mana ya.
Macai-macai PAS yang mana terkeliru tu, boleh rujuk kembali pendirian sekelian dalam hal ini.
Tapi pada penulis, soal yang lebih penting sekarang ialah macam mana Pakatan harami yang konon berpakat nak membentuk kerajaan di peringkat persekutuan ni, boleh berbalah dalam hal yang 'kecil' macam ni.
Itu hari dalam isu Valentine Day pun, PAS dan DAP gaduh juga. Valentine Day pun nak gaduh? Kelihatannya Pakatan harami ini memang benar-benar pakatan haram jadah. Benda-benda simple anak macam ini pun tak boleh nak diselesaikan elok-elok dan matang.
Penulis nak tunjukkan, macam inikah bentuk orang dan organisasi yang kita nak angkat ke Putrajaya ni? Negara kita ni luas tau, masyarakatnya berbilang bangsa, ekonominya bernilai berbilion ringgit, pendek kata banyak isu yang perlu diberi perhatian utama.
Bukan bertelagah hal remeh temeh.
Biarlah Anwar nak lindung keselamatan Israel, apa masalahnya? Adakah kerana Israel negara haram? Pakatan Rakyat itu sendiri pertubuhan haram, PAS tak kisah pulak nak menyertainya, nak mengiktiraf negara haram Israel pulak jadi masalah?
PAS bukankah sedang giat dengan kempen Asal Bukan UMNO (ABU), jadi bolehlah sokong Israel sebab Israel bukan UMNO!!
PAS fikir dia dapat apa dengan mengeluarkan kata dua kepada Anwar? Siapa PAS, berapa banyak kerusi PAS ada sekarang dibanding dengan PKR dan DAP? Anwar tak payah balas surat penjelasan PAS itu pun, dia bawak cermin cukup, baru PAS sedar diri untung nasibnya macam mana.
Lagipun bila PAS dah bersetuju melantik Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan ketua tak rasmi Pakatan Rakyat, itu bermaksud PAS perlu anggap Anwar sebagai ketua dan cakapnya itu sebagai pendirian rasmi Pakatan Rakyat.
Baru betul namanya ber'pakatan'. Tak gitu tuan-tuan?
Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya memberi amaran kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh agar tidak mempertikaikan syariat Islam berhubung sambutan Hari Kekasih.
Beliau menegaskan, Karpal bukan ulama Islam dan sama sekali tidak boleh mempertikaikan syariat yang dilaksanakan oleh Islam.
Beliau turut menggesa pihak- pihak yang bersahabat dengan Karpal terutama Pas supaya menilai kembali persahabatan dan 'kemesraan' yang terjalin antara mereka.
''Dahulu mereka (Pas) kata Karpal telah berubah dan mulai memahami Islam namun kita lihat hari ini dia semakin keras terhadap Islam.''
''Kenapa dia hendak mengajar orang Islam bagaimana hendak melaksanakan syariat Islam. Dia mungkin hebat dalam undang-undang tetapi dia bukan ulama Islam,'' katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Karpal yang tidak bersetuju dengan pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih.
Karpal berkata, pendirian tersebut bertentangan dengan hak asasi dan prinsip kebebasan yang diamalkan oleh negara demokrasi seperti Malaysia.
Sementara itu, Juanda turut mempertikaikan sikap sesetengah pihak dalam Pas yang tunduk terhadap Karpal dalam isu-isu yang membabitkan Islam.
''Sampai bila hendak tunduk sahaja dengan nasihat agama daripada Karpal,'' katanya.
Nampaknya Dap sekarang ni makin melampau, sampai sanggup menghina wartawan dengan panggilan yang bukan-bukan. Baca artikel yang ambil dari blog MiM
Rupa-rupanya, DAP bukan sahaja dilabelkan rasis tetapi sangat biadap kurang ajar langsi menghina wartawan!
Hew Kuan Yau, Ketua Publisiti Pilihanraya DAP telah membuat kenyataan biadap tersebut apabila mendakwa para wartawan adalah 'pelacur'!
Kebiadapan pemimpin DAP itu telah dibidas oleh oleh NUJ dan menuntut agar kepimpinan DAP yang lain supaya mengambil tindakan tegas terhadap Hew Kuan Yau.
Tetapi macam mana caranya pemimpin mulut biadap itu mahu dihadapkan ke lembaga disiplin DAP?
Ianya kerana Tan Kok Wai, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP pun turut menyokong kenyataan biadap pemimpin DAP itu. 2 x 5 sahaja!
MiM setuju bahawa minta maaf sahaja tidak cukup. Kedua-duanya memang patut dikenakan tindakan seperti saranan NUJ.
Selain daripada itu, MiM sarankan kepada para wartawan supaya boikot sahaja sidang akhbar DAP mulai daeipada sekarang. Baru mereka tahu tinggi rendah langit ini.
Dan dengan sedikit kuasa yang mereka ada sekarang, pemimpin DAP sudah kurang ajar. Cuba bayangkan jika mereka ada kuasa yang lebih daripada itu!
Baca laporan di bawah :
KUALA LUMPUR, Feb 12 (Bernama) -- The National Union of Journalists (NUJ) is disappointed with DAP election publicity chief Hew Kuan Yau for making a sweeping statement that journalists were "prostitutes".
NUJ general secretary V. Anbalagan said the union was equally appalled by DAP disciplinary committee chairman Tan Kok Wai's stand for giving tacit support, saying that Hew was merely stating a fact.
He said Hew's statement had tarnished the image of journalists working in the print, electronic and on-line media.
"This is unfair as he has cast aspersions on journalists, a special category of people to serve the public and raise issues of public interest," he said in a statement.
An English newspaper Sunday reported that Hew had apologised for the controversy caused by his remarks. Anbalagan said, Hew should have backed the statement with a specific case like, who the person was, and which organisation he/she worked in.
"Hew should have complained to the organisation so that action could be taken, irrespective whether the journalist was an executive, bargainable employee, most of whom are NUJ members, contract employees or stringers.
"We demand that the DAP leadership take action against Hew and Tan as truth or fact must be supported with evidence.
"Anything short, is baseless and unfounded allegation against journalists and the profession," he noted - BERNAMA.
McTheory: Puak ni dah melampau dan terlampau dah nih..
Poster mini ni dibuat oleh Pewaris Perjuangan UMNO, salah seorang pengiat UMNO di Pekan Naka. PPU telah menghimpunkan jasa-jasa 'terbaik' Pas Kedah selama ini untuk tatapan kita.
Nampak sangat Pas 'terlalu' pandai untuk menjaga Padang Terap. Ini baru satu kawasan, belum lagi kawasan yang lain. Syabas Pewaris Perjuangan UMNO (PPU), hasil kreatif anda mungkin boleh menyebabkan Pas Padang Terap angkat bungkuih kali ni.
Tan Anak Laha ni merupakan orang yang sangat berpengalaman dalam politik tanah air. Email yang selalu beliau berikan pada Mc, merupakan perkara yang jarang orang fikir. Lebih tepat lagi boleh kita panggil, perkara yang tidak terkejar dek akal. Mc amat berterima kasih pada beliau kerana sudi menjadi salah seorang penulis jemputan di Blog Kedah Ke KL.. steady la bro.. baca tulisan terbaru beliau.
Dalam suasana politik yang panas diseluruh negara, teringat saya (kalau tak salah) selepas PRU ke 10, dimana prestasi BN agak lemah apabila PAS dapat menambah jumlah kerusi DUN di negeri Kedah. Dengan jumlah kerusi yang bertambah, bertambahlah juga semangat PAS dinegeri ini. Dalam keghairahan menonjolkan semangat perjuangan PAS, beberapa isu telah diketengahkan.
Diantara isu yang paling kontroversi ialah masalah mengaut pasir di Sungai Muda (sempadan Kedah dan Seberang Perai) dan perbekalan air untuk pertanian dari Ampangan Muda di Kedah melalui Sungai Muda ke kawasan pertanian (padi) di Seberang Perai. Tetapi isu ini lenyap tanpa suatu keputusan muktamad antara kerajaan Kedah dengan Pulau Pinang. Tidak jelas di mata umum mekanisma yang digunakan bagi melenyapkan isu ini. Persoalannya adakah isu ini diselesaikan secara ADIL dan menguntungkan kedua-dua negeri terlibat atau masih menghantui mana-mana pihak.
Selain isu diatas, hasrat negeri Kedah untuk menerima "kepulangan" Seberang Perai ke Kedah juga menjadi perbualan rakyat Kedah pada ketika itu. Berbagai-bagai alasan dan persoalan diutarakan oleh rakyat Kedah. Ada yang lojik dan ada yang sekedar alasan saja. Apa pun tidak ada usaha dan tindakan konkrit yang legal (seperti keputusan Dewan Undangan Negeri Kedah) atau badan-badan Perundangan lain yang sah yang dapat mewakili kerajaan negeri dalam mengembalikan Seberang Perai ke negeri Kedah.
Bukanlah niat saya untuk menyuburkan kembali hasrat ini dan menimbulkan persoalan dan masalah yang telah di KIV atau terlenyap begitu saja. Tetapi dengan kedudukan politik sekarang di Kedah dan P Pinang yang berada dibawah kuasa Pakatan Rakyat, rasanya pada pengamatannya lebih mudah diselesaikan isu-isu berkenaan. Kedah dan P Pinang masing-masing mendapat keuntungan jika isu ini dapat dibawa berbincang dalam semangat Pakatan. Apatah lagi di pihak Lim Guan Eng (P Pinang) terlepas beban berat yang beliau terpaksa hadapi iaitu politik P Pinang. Lim sedia maklum bahawa kekuatan musuh politiknya bertunjang di Seberang Perai.
Kalau Seberang Perai sudah dikembalikan ke Kedah, kekuatan BN lumpuh di P Pinang. Lim boleh bernafas lega. Dari segi pembangunan Lim tidak perlu lagi mengongkosi perbelanjaan yang banyak ke Seberang Perai. Pendapatan dari pulau lebih dari mencukupi untuk perbelanjaan di pulau. Segala hasil pulau boleh digunakan di pulau disamping mengukuhkan pengaruh politik Lim di pulau. Karenah penduduk Seberang Perai tidak lagi menghantui benak Lim.
Dato Azizan (MB Kedah) terpaksa terima penduduk Seberang Perai yang lebih sofistikated ke Kedah hasil pengaruh dan pergaulan mereka dengan penduduk P Pinang. Tetapi masalah ini tidaklah serumit yang dijangkakan apabila Anwar Ibrahim (Penasihat Pakatan) menjadi orang Kedah. Untuk makluman Anwar adalah BOSS Azizan. Politik Pakatan Rakyat akan lebih mantap.
Seperkara lagi Azizan boleh berbangga dapat "menawan" jaguh-jaguh UMNO seperti Pak Lah, Z Abidin (Pengerusi Perhubungan UMNO P Pinang) Musa Sheikh Fadzir (Timbalan pengerusi Perhubungan UMNO P Pinang, Nor Mohamad (menteri pusat) dan beberapa orang lagi jagoan BN dengan tidak payah mengadakan Pilihanraya Kecil tetapi hanya persefahaman dalam Pakatan Rakyat. Ini baru politik gentleman. Azizan tak payah melayan isu-isu Pelajar di gantung (AUKU), jalan rosak, sampah tak dikutip dan lain-lain isu kecil-kecilan. Azizan berjaya memulangkan sireh ke gagang dengan sekali gus menawan jagoh-jagoh BN kebawah kuasa tadbirnya. Barulah rakyat nampak Wibawa Panglima Sungai Limau yang selama ini dianggap lemah oleh musuh dan kawan. Kawan yang geli nak rebut kerusi MB akan lari masuk lubang cacing.
Apakah langkah ini sumbang?. Adakah ianya mustahil? Kalau Nik Aziz yang lebih "lama" dari Azizan pun menpunyai nafsu besar untuk membawa kembali Singapura kembali ke Malaysia, inikan pula Azizan dengan Seberang Perai. Apa beza Nik Aziz dengan Azizan? Sama-sama dalam Pakatan Rakyat, sama-sama Menteri Besar, sama-sama dalam PAS dan sama-sama berjiwa besar.
Cuba dulu, pantang orang Islam berputus asa.
Tan Anak Laha
X-BTN
McTheory: Berat kes ni.. tak pernah fikir pun..tapi Azizan berani ka?.. ada komen anda?
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Lelaki ini perlu 'membaham' sekurang-kurangnya lapan hidangan hot dog untuk sarapan pagi pada setiap hari dan memerlukan lebih dari 18 orang pembantu untuk memastikan dirinya terus bernyawa, sekaligus menjadikannya manusia paling gemuk di dunia.
Keith Martin, berusia 42 tahun dan tinggal di Harlesden, London, terpaksa mengharungi kehidupan sukar bagi dirinya akibat kegemukan terlampau dan dalam masa yang sama terpaksa juga membebankan ramai pihak lain yang mengambil berat tentang dirinya.
Berat terkini beliau adalah 368 kilogram menjadikannya dirinya di iktiraf sebagai lelaki paling gemuk di dunia mengalahkan 'juara dunia bertahan', Manuel Uribe dan Paul Mason yang berjaya menurutkan beratkan ratusan kilogram sebelum ini.
Menurut anggota pasukan medik yang melayan karenah Kieth, mereka memerlukan lapan pekerja ambulan untuk mengusung lelaki itu ke hospital untuk mendapat rawatan pada 10 tahun yang lalu.
Ia membawa maksud bahawa kali terakhir Keith bangun dari tempat tidurnya adalah pada 10 tahun lampau dan kini terpaksa menghabiskan masanya terlantar di atas katil sahaja menunggu lawatan unit perubatan di rumahnya.
Menurutnya lagi, Kieth memerlukan empat petugas medik untuk melawatnya dua kali sehari dan empat jururawat untuk memandikan serta memantau kesihatannya setiap minggu bagi membantunya mengurangkan berat badan.
Keith yang sedih atas kematian ibunya pada 16 tahun yang lalu memberitahu bahawa dia tidak lagi mempedulikan tentang dirinya dan makan apa saja bagi menghilangkan tekanan.
"Ibu saya meninggal dunia pada 16 tahun lalu, saya tak peduli lagi tentang diri saya sejak itu..dan saya makan apa saja selepas itu.." katanya yang dipetik dari media antarabangsa, Dailymail.uk.com, baru-baru ini.
Bagaimanapun, lelaki paling gemuk di dunia itu menyesal dengan tabiat pemakanannya yang tidak terkawal itu dan menyalahkan dirinya yang bertindak mengikut kehendak hati tanpa memikirkan kesannya pada kemudian hari.
"Saya menyalahkan diri sendiri. Semua ini memang salah saya dan saya benci apa yang telah saya lakukan kepada diri sendiri," katanya lagi penuh kesal.
Kieth memiliki dua orang kakak yang bergilir-gilir melawatnya setiap hari dan menghabiskan masanya menguyah gula-gula, kek, biskut dan sosej sambil menonton televisyen di katil. -Mynewshub.my
Menarik betul bila membaca ulasan beberapa pihak yang tidak berpuas hati dengan penghantaran pulang bekas wartawan dari Arab Saudi, Mohammad Najeeb A. Kashgari.
Wartawan itu melarikan diri dari Arab Saudi ekoran ulama negara itu telah menghukum beliau sebagai murtad kerana didakwa telah menghina Rasulullah SAW di laman Twitter. Dia dijangka bakal menghadapi hukuman paling berat – mati.
Apa yang dikatakan wartawan itu mengenai Rasulullah SAW di Twitternya?
"On your birthday, I will say that I have loved the rebel in you, that you've always been a source of inspiration to me, and that I do not like the halos of divinity around you. I shall not pray for you.
On your birthday, I find you wherever I turn. I will say that I have loved aspects of you, hated others, and could not understand many more.
On your birthday, I shall not bow to you. I shall not kiss your hand. Rather, I shall shake it as equals do, and smile at you as you smile at me. I shall speak to you as a friend, no more".
Memang benar dia menghina Rasulullah SAW pun. Ulama Saudi yang lebih arif mengenai permasalah agama Islam berbanding kita sudah semestinya bersyura dan berijtihad sebelum menghukumnya sebagai murtad.
Wartawan itu singgah "transit" di Malaysia dalam status pelariannya ke New Zealand. Dan Kerajaan Malaysia membantu Kerajaan Arab Saudi menghantar balik wartawan itu ke negara asalnya memandangkan dia didapati bersalah dan perlu dihukum.
Lebih menarik lagi, tindakan Kerajaan Malaysia itu dikritik dan dibantah oleh beberapa NGO pro-Pakatan Haram seperti Human Right Watch, Suhakam, Suaram, Lawyers For Liberty dan mengejutjan PKR pun marah jugak..!!!
Christoph Wilcke dari Human Right Watch kata, wartawan itu mungkin tak dapat perbicaraan yang adil di Arab Saudi dan Malaysia perlu 'menyelamatkan' wartawan tersebut dari dihukum.
Ini la Christoph tu..
Jadi, Human Right Watch kata sistem perundangan negara Arab Saudi tidak adil? Dan perlukah Malaysia 'menyelamatkan' seorang murtad yang menghina Rasulullah SAW?
Law Take Tee..ingat muka ni..
Suhakam pula melalui Datuk Dr Law Lake Tee kata, pengusiran wartawan itu beri kesan negatif kepada Malaysia kerana melanggar 'hak asasi manusia' dan 'undang-undang'. Suaram pun berkata dalam nada yang sama, 'hak asasi manusia' juga modalnya.
Suka tak dengan lambang ni?
Suhakam dan Suaram pula menggunakan undang-undang untuk meletakkan kesalahan wartawan menghina Rasulullah SAW itu di bawah? Undang-undang di atas dan Islam diletakkan dibawah, begitu? Saya ingatkan pada Suhakam dan Suaram, jangan cuba bermain api dengan umat Islam..!!!
Muka memang kenal, kan? Macam india mabok todi, kan?
Naib Presiden PKR, N. Surendran pula menyifatkan penghantara pulang wartawan itu sebagai "kejam" dan menyalahi 'undang-undang' negara.
Ini lagi seekor pencacai yang dihantar oleh agen Israel untuk melepaskan seorang yang menghina Rasulullah SAW. Dia baru saja menyebelahi Israel baru-baru ini, sudah tentu tak berani bersuara mengenai hal ini dan menghantar Surendran untuk bersuara bagi pihaknya. Anwar oh Anwar..!!!
PKR membela orang murtad? Apakah paksi dasar yang menjadi panduan utama PKR? Saya kira PKR diketuai oleh seorang Pak Syiekh yang merupakan bekas pemimpin ABIM dan sudah tentu mengutamakan Islam berbanding undang-undang.
Seperkara lagi, undang-undang di negara ini bersumberkan dari perlembagaan negara yang menjadi teras pembentukannya. Jelas di dalam perlembagaan bahawa Islam adalah agama rasmi yang mendapat keistimewaan yang tidak boleh dipertikaikan.
Jadi, wartawan itu menghina Rasulullah SAW dan ertikata lain, dia juga menghina Islam. Tidak salahkah Malaysia bersekongkol dengan seorang murtad yang melarikan diri dari negara asalnya dan menghina Islam secara terang-terangan? Lagi pun, dia sudah dibuktikan bersalah..! Nak apa lagi?
Pada saya, sekiranya undang-undang menetapkan Kerajaan tak boleh menghantar wartawan itu pulang pun, saya tetap menyatakan budak celaka itu perlu dihantar pulang. Ini bukan lagi soal undang-undang.
Ini soal maruah Islam. Saya meletakkan maruah Islam lebih tinggi darjatnya berbanding undang-undang ciptaan manusia yang gemar dimanipulasi oleh puak-puak PKR..!!!
Tu Fadiah tu…heh! Pegang lilin macam Nizar gak…heh!
Mengejutkan lagi, seorang peguam yang saya kurang pasti apa agamanya, Fadiah Nadwa Fikri, juga turut membela wartawan itu dengan berkejar ke lapangan terbang untuk menghalang proses penghantaran pulang tersebut. Pulun Fadiah pulunnn..!!!
Agak menyedihkan bila Fadiah pun bela penghina Rasulullah SAW itu. Dia Islamkah? Mungkin? Keliru saya dibuatnya. Tidakkah wujud di dalam hatinya sedikit rasa cinta dan kasih kepada kekasih Allah, Muhammad SAW?
Muslimah jenis apakah di dalam kem Anwar Ibrahim ini? Dia dididik Anwar, kah? Patut pun perangai dan pendiriannya lebih kurang "bapak zionis Asia Tenggara" tu…
Saya sengaja menyenaraikan nama-nama NGO dan mereka yang terlibat supaya pembaca ingat mereka betul-betul di dalam kepala masing-masing bahawa mereka inilah 'syaitan laknatullah' yang bertopengkan manusia!
Dan ingatlah bahawa mereka-mereka inilah yang cuba meletakkan negara kita di dalam kehancuran.
Mereka lebih suka dan gembira sekiranya akhbar-akhbar dunia menulis tajuk besar menyatakan 'MALAYSIA LEPASKAN ORANG MURTAD' dan 'MALAYSIA SELAMATKAN ORANG YANG MENGHINA RASULULLAH SAW'?
Dan kemudian seluruh dunia Islam akan mengutuk negara ini dan menganggap Malaysia lebih buruk dari Anwar yang menyokong Israel, kan? Itu niat sebenarnya, kan? Heh!
Mujurlah Malaysia sudah hantar balik budak celaka tu balik ke negara asal. Kalau di zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq, dah lama kena pancung dah!
Anyway, terima kasih la sebab hentam Kerajaan hantar balik wartawan murtad yang hina Rasulullah SAW tu! Hentamlah lagi..heh!
Rakaman video yang dimuat naik oleh MediaLah ini mendapat pujian ramai penonton yang menyifatkan usaha tersebut merupakan satu tindakan murni yang mampu menyatukan kembali rakyat negara ini ekoran insiden di restoran KFC I-City, Shah Alam, baru-baru ini.
Dalam video yang mencetuskan unsur provokasi perkauman sebelum ini, seorang lelaki Cina dikatakan telah memaki hamun pekerja KFC di cawangan itu sehingga ada di kalangan mereka yang kurang sabar dan bertindak memukul pelanggan itu.
Pelanggan Cina itu kemudiannya mengadu kepada Ahli Parlimen Segambut, Lip Lim Eng, dari parti DAP yang membantunya membuat sidang akhbar menafikan dirinya mengeluarkan kata-kata berunsur perkauman dalam insiden itu sebagaimana yang didakwa beberapa saksi di tempat kejadian.
Pada penulis, usaha murni melalui rakaman video ini perlu direnung oleh rakyat Malaysia agar menghargai betapa berharganya nilai dan semangat 1Malaysia yang menggariskan sifat-sifat mahmudah di antara kaum serta mengekalkan keharmonian antara kita.
Itulah harga sebuah persahabatan yang terjalin sejak zaman merdeka yang perlu disemai dan dijaga selalu demi keamanan negara di masa hadapan. -Mynewshub.my
KELIHATANNYA komitmen Anwar untuk melindungi keselamatan negara haram Israel semakin mendapat tentangan dari PAS. Majlis Syura Ulama PAS dikhabarkan telah memberikan kata dua kepada Anwar sama ada menarik balik kenyataan tersebut atau menyaman The Wall Street Journal (TWSJ).
Mana-mana satu pun, ia hanya menunjukkan bahawa Anwar di pihak yang salah kerana sejak isu ini timbul hujung Januari lepas, tidak sekelumit pun perkataan yang keluar dari mulut Anwar, menyalahkan TWSJ atas penyiaran temuramah tersebut. Sebaliknya, Utusan yang mengulas isu sama pulak diancam untuk disaman kerana konon memutar belitkan kenyataannya
Satu lagi, ia juga membuktikan bahawa Majlis Syura Ulama bersetuju dalam hal ini UMNO tidak terlibat (kami cuma terlibat mensensasikannya sahaja) dengan kenyataan Anwar untuk melindungi negara haram Israel.
Daripada keputusan semalam, sama ada Anwar memang cakap atau TWSJ yang salah petik. UMNO tidak terlibat atau ternampak dimana-mana ya.
Macai-macai PAS yang mana terkeliru tu, boleh rujuk kembali pendirian sekelian dalam hal ini.
Tapi pada penulis, soal yang lebih penting sekarang ialah macam mana Pakatan harami yang konon berpakat nak membentuk kerajaan di peringkat persekutuan ni, boleh berbalah dalam hal yang 'kecil' macam ni.
Itu hari dalam isu Valentine Day pun, PAS dan DAP gaduh juga. Valentine Day pun nak gaduh? Kelihatannya Pakatan harami ini memang benar-benar pakatan haram jadah. Benda-benda simple anak macam ini pun tak boleh nak diselesaikan elok-elok dan matang.
Penulis nak tunjukkan, macam inikah bentuk orang dan organisasi yang kita nak angkat ke Putrajaya ni? Negara kita ni luas tau, masyarakatnya berbilang bangsa, ekonominya bernilai berbilion ringgit, pendek kata banyak isu yang perlu diberi perhatian utama.
Bukan bertelagah hal remeh temeh.
Biarlah Anwar nak lindung keselamatan Israel, apa masalahnya? Adakah kerana Israel negara haram? Pakatan Rakyat itu sendiri pertubuhan haram, PAS tak kisah pulak nak menyertainya, nak mengiktiraf negara haram Israel pulak jadi masalah?
PAS bukankah sedang giat dengan kempen Asal Bukan UMNO (ABU), jadi bolehlah sokong Israel sebab Israel bukan UMNO!!
PAS fikir dia dapat apa dengan mengeluarkan kata dua kepada Anwar? Siapa PAS, berapa banyak kerusi PAS ada sekarang dibanding dengan PKR dan DAP? Anwar tak payah balas surat penjelasan PAS itu pun, dia bawak cermin cukup, baru PAS sedar diri untung nasibnya macam mana.
Lagipun bila PAS dah bersetuju melantik Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan ketua tak rasmi Pakatan Rakyat, itu bermaksud PAS perlu anggap Anwar sebagai ketua dan cakapnya itu sebagai pendirian rasmi Pakatan Rakyat.
Baru betul namanya ber'pakatan'. Tak gitu tuan-tuan?
Saya sangat bersetuju dengan kenyataan Mufti Besar Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menekankan agar tidak sesiapa pun memaksa Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat, untuk tidak bertanding pada PRU13 yang akan datang 'sekiranya masih mampu'.
Benar. Setuju. Dan memang tepat "bertepek" ke dahi Nik Aziz.
Dalam satu sudut, mungkin juak-juak PAS yang rata-ratanya dungu dan totok itu rasa seronok dengan kenyataan Harussani tersebut. Namun, ayat yang terakhir itu jelas mempunyai makna yang sangat tajam dan memedihkan sekiranya diteliti…
Benarkah Nik Aziz yang sudah berumur 81 tahun itu masih mampu bertanding sebagai calon pilihanraya?
Menurut laporan media sebelum ini, beberapa kali Nik Aziz dikejarkan ke hospital dan pernah dimasukkan ke unit kecemasan (ICU). Muntah darah, sakit perut, sakit itu, sakit ini, semuanya pernah dialami Nik Aziz dalam penggal ini.
Masih mampu menjadi calon lagikah begitu?
Dahulu, pejabat Menteri Besar Kelantan terletak di tingkat 3 di bangunan Kerajaan Negeri Kelantan. Tapi, sudah bertahun lamanya pejabatnya itu dipindahkan ke tingkat paling bawah bagi mengelakkannya terpaksa berdepan dengan tangga.
Nik Aziz khabarnya sudah tidak mampu naik tangga turun tangga setiap hari, dan itu pun masih dikira 'masih mampu bertanding calon untuk menjadi wakil rakyat'?
Dari segi "performance", sudah lebih 22 tahun Nik Aziz mentadbir Kelantan. Dan di dalam pemerintahannya bertema 'membangun bersama Islam' itu, rakyat Kelantan hanya berpeluang untuk melihat sebuah masjid saja didirikan kerajaannya. Sebuah saja untuk 22 tahun?
Dari segi perkembangan sosio-ekonominya, Nik Aziz sungguh berbangga dengan wujudnya TESCO di Kelantan. Itu pun sebuah saja dan dia menyifatkan kewujudan TESCO itu sebagai lambang kemajuan yang dibawanya.
Jika diukur begitu, rasanya Sungai Petani dan Alor Setar lebih hebat dari seluruh negeri Kelantan kerana di kedua daerah di Kedah itu mempunyai 2 cawangan TESCO setiap satu daerah. Heh! Azizan pasti tersenyum lebar dengan usaha BN itu…
Begitu juga dengan kehebatan Kelantan yang merupakan penyandang kejuaraan 'Anugerah Penghidap AIDS Paling Ramai' selama 3 tahun berturut-turut.
Walaupun Nik Aziz dianggap "healer" atau pemimpin 'spiritual' rakyat PAS Kelantan, kehebatan 'spiritual'nya itu dipercayai digunakan bagi menggalakkan rakyat negeri itu untuk menyeberang Sungai Golok dan membawa pulang AIDS?
Itu belum lagi disebut tentang betapa 'aktifnya' Nik Aziz memantau (tengok saja laaa..) aktiviti pelacuran yang kurang dari 1 km dari pejabatnya.
Begitu pun dikira masih lagi punya kudrat untuk berkhidmat sebagai 'wakil rakyat'?
Nik Aziz pernah mengadu bahawa dia mahu letak jawatan, tapi dia dihalang oleh penyokong PAS Kelantan. "Betul"lah tu…
Betul di depan saja, sedangkan di belakangnya ramai penyokong dan pemimpin PAS sendiri yang tak sabar-sabar nak tengok dia turun untuk hilangkan penderitaan mereka yang dibantut Nik Aziz selama dia berkuasa.
Mereka pun mahukan air bersih. Mereka pun sudah tak mahu kawasan mereka banjir setiap tahun. Jambatan yang diminta 22 tahun pun tak pernah ada. "Signboard" ada, tapi jambatannya tak ada!
Harap Nik Aziz sedarlah diri. Nik Abduh pun patut sedarkan bapanya tu. Harussani dah berkias begitu pun masih tak faham-faham lagi? Heh! Nok ghoyak lagu mano lagi nihhh? Heh!
Ini bukan kali pertama kami menulis tentang kisah penulis lanun yang menyara keluarga dari hasil menyamun melalui tulisan. Pernah dua kali kami menulis mengenai Sayuti Omar sebelum ini.
Dalam entry blognya msomelayu.blogspot.com yang bertarikh 11.Febuari.2012 Sayuti Omar telah menulis seperti berikut.
"Isu Mohamad Nasir kemudian membawa kepada kemusnahan Pas ini adalah perancangan Umno awal-awal lagi. Umno sengaja mencipta situasi tidak menyenangkan Pas, mencampuri urusan Pas dengan harapan berlaku perbalahan itu. Dan, ternyata usaha Umno itu berjaya. Di sini dapat disimpulkan bahawa Umno memang licik, jahat dan syaitan yang tidak perlu dikawani dan didekati."
Sayuti berkata UMNO adalah syaitan yang tidak perlu dikawani dan didekati. Jawapan kami mudah, hanya iblis yang kenal syaitan. Jika UMNO Sayuti kata syaitan, manakala dia pula adalah iblis.
Semua sifat iblis ada pada Sayuti. Pembohong, penghasut, pemfitnah, bermuka-muka, adu domba, pecah belah hubungan orang ramai, menulis buku serta artikel yang menyakiti hati sesama islam, mengugut orang untuk mendapatkan wang melalui tulisan dan macam-macam lagi perangai buruknya.
Waktu dia mendapat wang atau projek dari orang UMNO dia akan puji UMNO dan hentam PAS. Waktu dia dapat wang dari orang PAS atau PKR dia akan hentam UMNO. Waktu orang UMNO tak bagi apa-apa yang dia minta dia kata UMNO adalah syaitan yang tidak perlu dikawani atau didekati.
Waktu dia nak beli sebidang tanah di Kelantan dengan orang UMNO dia minta tolong. Nak beli kamera berbelas ribu orang UMNO juga yang dia cari. Masa itu UMNO bukan syaitan. Sekarang apabila dia bawa satu kertas untuk FELDA , kemudian ditolak, Ahmad Maslan yang dia balun. Apabila permohonan AP nya tidak diluluskan, Musthapa Mohamad yang dia sembelih.
Apabila MB Trengganu tidak menaja bilik hotel bagi kaum keluarganya semasa urusan perkahwinan anaknya di Kuala Berang , MB Trengganu yang difitnahnya ada hubungan sulit dengan pramugari.
Itu baru sebahagian, banyak lagi yang ada yang tidak kami senaraikan termasuklah buku-buku yang ditulisnya dulu untuk memeras ugut orang-orang tertentu. Dari muda sampai ke tua kerjanya makan duit haram.
Sekarang PKR Selangor yang banyak membantu dia sehingga menjadi jutawan, maka Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Khalid Ibrahim pula yang menjadi sanjungannya. Cubaannya menyanjung kembali Husam Musa setelah sekian lama Husam dilondehkannya tidak mendatangkan apa-apa hasil kerana Husam tidak melayannya.
Baru-baru ini sewaktu dia disaman oleh Datuk Ahmad Said, Husam telah mengutuskan satu pesanan ringkas kepada MB Trengganu mengucapkan tahniah kerana menyaman lanun tersebut.
Maka bermula hari semua pemimpin-pemimpin atau ahli-ahli UMNO yang dihampiri oleh iblis Sayuti , mereka hendaklah melarikan diri darinya kerana dia telah berkata UMNO syaitan yang perlu dijauhi.
Setelah meninjau "keadaan pasaran untuk dirinya", Hadi Awang kembali aktif memberikan komen-komen berhubung dengan senario politik semasa. Mungkin beliau sudah memperolehi "jawapan pasti" dari "test market"nya.
Terbaru, Hadi Awang membuka bicaranya. Dan kenyataannya kali ini tepat ke arah lubang hidung Anwar Ibrahim. Bull's eye!
HARAM kepada umat Islam untuk menyokong sebarang usaha membina, atau mempertahankan negara Israel.
Waima penyelesaian untuk penubuhan dua negara, ia tidak dibenarkan sama sekali kerana tanah Palestin adalah milik rakyat Palestin secara mutlak, dan bukannya Zionis Israel.
Itulah sebahagian dari kenyataan Presiden PAS itu.
Ianya pasti memberi tamparan hebat kepada Anwar Ibrahim, yang membuat kenyataan di dalam Wall Street Journal, menyokong segala usaha untuk mempertahankan penubuhan negara Israel.
Bukan itu sahaja, Anwarisma dalam PAS pastinya tersinggung gara-gara kenyataan itu dilihat mengecam kenyataan terdahulu Anwar si "Imam Mahdi".
Apa menarik untuk kita sama-sama perhatikan ialah apa bakal terjadi selepas ini. PAS berpendirian bahawa adalah haram bagi mana-mana umat Islam menyokong Israel.
Namun, bagi Anwar, Israel wajib disokong. Satu isu yang sangat kontra dari segi pendapat. Lebih berat, ia membawa makna yang lebih dalam, soal akidah.
Ini kerana Allah telah berfirman tentang larangan untuk umat Islam waima berkawan dengan golongan zionis yahudi ini, yang jatuh kepada golongan kafir harbi.
"Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil." (QS. Al-Mumtahanah: 8).
Bukankah umat Islam ditindas di Palestin? Bukankah umat Islam diusir dari negerinya sendiri, di Palestin? Di mana kewajaran untuk kita, umat Islam, berlaku "adil" terhadap penubuhan negara Israel?
Walaupun Anwar berkata bahawa dia mengutarakan pendapatnya berdasarkan Resolusi 1397 oleh PBB, ia jelas telah melanggar Firman Allah.
Dan PAS pula perlu menyatakan pendiriannya terhadap Anwar. Seandainya masih setia menyokong Anwar, di manakah letaknya akidah Islam Ahlul PAS?
Presiden PAS bertanggungjawab dalam hal ini.
Segalanya sangat jelas, nyata dan terang. Dari gambar-gambar, teori-teori sehinggalah terpacul dari mulut Anwar sendiri serta dibantu dengan fakta-fakta bahawasanya Anwar sangat pro kepada Yahudi.
Namun Hadi Awang masih keliru, antara undi dan kuasa, atau Tuhannya, yang mana satu pilihan yang tepat dan benar.
"Was-was itu bisikan Syaitan". Maka, Hadi Awang masih belum berjaya memerdekakan hati, akal dan dirinya dari Syaitan yang direjam!
Mungkin Hadi Awang perlu membuka kitab, dan mencari makna "Mufaraqah" sebagai permulaan meniti titian usang, di akhir usianya. Semasa hayat dikandung badan, masih belum terlambat baginya.
Mufaraqah lah wahai Tuan Guru, dan fahamilah bahawa Anwar itu "Dajjal"! Sudah terang lagi bersuluh.
Sejak kalah kepada Sam Ketot, CheguBard meroyan teruk..tu yang jadi cam ni tu...
Aku akui, memang benar dakwaan CheguBard bahawa "Malaysia" mempunyai hubungan dagang dengan Israel. Aku tak nafikan...
Cuma, kita semua perlu faham bahawa yang mengadakan dagangan dengan Israel itu ialah boss besar CheguBard sendiri iaitu Anwar Berahim yang lebih dikenali dengan nama Israelnya, Anvar Abrahiem...
Bukan Kerajaan Malaysia yang ada hubungan dengan Israel tu..gila ke apa?
Apa yang didagangkan Anwar? Dia dagangkan maruah dirinya sendiri! Dia jual dirinya pada Israel...itu fakta dan seluruh rakyat Malaysia tahu hal itu. Siap buat Road Tour lagi, kan? Baru ni bodek Israel lagi, kan? Nak mintak dana PRU13 ke? Heh!
Korang ni agak-agak la sikit. Gila ke Felda dengan Sime Darby buat business dengan Israel? Heh! Agak-agak la. Israel tu, dengar nama Malaysia pun depa hangin satu badan...!
Dengar nama Tun M..dengar nama Najib..memang marah betul Israel dengan Malaysia. Tak caya? Korang pegi tanya bebudak Palestin kat UIA tu. Aku ada kawan 2-3 orang dari West Bank...diorang tahu laaa...
Kalau takde kawan dengan orang Palestin, korang pegi sendiri kat Palestin tu..try masuk ke West Bank. Aku nak tengok, lepas ke tidak korang cross border tu..heh! Try la kalau berani...
Tu pun nak tuduh kita ada hubungan business dengan Israel? Piiiirraaaa mabukkk jauh-jauh CheguBard oiiii..!!! Takde sapa nak percaya kat hang lagi dah oiii..!!! Heh!
Dah berapa kali dah fitnah hang tak menjadi? Heh! Siap kena marah lagi ada la! Heh! Rentikan la kerja-kerja yang tak berfaedah tu CheguBard. Hang pi marah boss hang yang dol bela Israel tu pun ada jugak faedahnya...! Heh!
SELEPAS segala usaha untuk menjatuhkan Shahrizat melalui 'skandal NFC' kelihatannya bakal gagal, pembangkang mula main isu siapa dalam UMNO yang jadi dalang mendedahkan isu NFC ini.
Kita semua tahu isu NFC bermula dari Laporan Audit Negara 2010 dan 'whistleblower' yang mendedahkan sebahagian dokumen dan maklumat kepada Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR aka budak jambu.
Tidak pernah dalam mana-mana tempoh sepanjang 3 bulan itu ada terkeluar nama orang UMNO.
Logiknya mana mungkin isu sebesar ini, PKR nak lepaskan kepada UMNO untuk mendapat kredit dan pujian. Tentulah mereka nak rakyat nampak mereka sebagai tukang dedah dan dengan itu pembangkang terutamanya Rafizi akan dapat segala pujian.
Hanya setelah seperti yang penulis sebutkan di atas, kelihatan akan gagal untuk menjatuhkan Shahrizat dan memburukkan UMNO dalam masa yang sama, barulah sekarang ini berlumba-lumba masing-masing nak meneka siapa sebenarnya yang dikatakan dalang disebalik pendedahan hal NFC tersebut.
Yang sebetulya penulis nak maklumkan bahawa, NFC ini ialah isu yang tiada isu. Apa pun yang terdedah setakat ini tidak membuktikan sebarang penyelewengan atau kegagalan, yang ada hanya 'kelemahan'. Hal ini diakui oleh Ketua Audit Negara sendiri dan hal ini juga yang menyebabkan Rafizi dihantar ke London oleh Anwar untuk meredakan sebentar keadaan.
Perkara ini sudah di ketahui dikalangan orang UMNO sejak isu ini bermula lagi. Cuma ada beberapa orang (yang ada rekod dan sejarah tersendiri dengan Shahrizat) sahaja yang cuba menangguk di air keruh dengan memaksa Shahrizat meletak jawatan.
Pendek kata, dalam hal NFC ini, tidak ada dalang yang terdiri daripada orang-orang UMNO. Yang canang semua hal kononnya NFC ini adalah PKR, Rafizi, Zuraidah dan 'whistleblower' mereka. Tidak ada bukti langsung akan adanya mana-mana orang UMNO, termasuk Tan Sri Mahyuddin yang jadi dalang disebalik hal ini.
Penulis nak nasihatkan Rafizi supaya belajar politik lebih sikit sebelum tunjuk bodoh tak tentu pasal. Hal ini tidak ada kaitan langsung dengan orang UMNO atau pemimpinnya. Mentang-mentang Raja Petra Kamarudin (RPK) dah mula isu 'dalang' ni, kau pun nak tumpang sekaki ke?
Anyway Rafizi, siapa nak dengar cakap kau lagi dah sekarang?
Lawak pagi ni aku tujukan khas buat orang-orang Penang..! Bukan apa..merujuk kepada di sini dan di sini, aku dengar CM hangpa masyuuukkk sakan sangat..!!!
Tanah harga RM10 bilion dia juai dengan harga RM1.1 bilion ja? Heh! Hebat betoi la CM hangpa 'mentekedarahhhh'...heh!
Mana dia CAT dia tu? Dah jadi "kucin" siam ka "kucin" jerman?? Heh!
Hangpa baca sendiri apa yang Novandri dengan Pisau kata...heh!
P/s: Aku rasa macam nak pi 'harya' ja CM hangpa tu..haram jadah betoi!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan