Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil |
Konvoi Lujnah Penerangan PAS Pusat Ke Melaka siri 2 Posted: 22 Feb 2012 06:16 PM PST Alhamdulillah, untuk sesi petang, konvoi lujnah penerangan PAS pusat telah menghadiri program Hi-Tea di pekan Durian Tunggal. Konvoi petang ini disertai sekali oleh konvoi bermotosikal ARC. Selepas asar, Dato Tuan Ibrahim Tuan sempat meluangkan masa bersama PAS kawasan Bukit Katil untuk bertemu rakyat dan mengedar Risalah di pasar malam Paya Ikan. Dalam masa yang sama, Ust Misbahul Munir meluangkan masa bersama rakyat di Pantai Kundor. Berikut adalah gambar-gambar yang yang sempat dirakam semasa program hi tea ini.. ![]() Semasa ketua penerangan, Tuan Ibrahim Tuan Man hadir ke pasar malam Paya ikan untuk beramah mesra dengan rakyat, beliau bertembung dengan ketua menteri melaka Dato Ali Rustam yang juga beramah mesra dengan rakyat. Video ini sempat dirakam: http://www.youtube.com/watch?v=rao8PwrBO58&feature=youtube_gdata ini adalah gambar-gambar yang sempat dirakam: Ketibaan Tuan Ibrahim Tuan Man di pasar malam Paya Ikan ![]() ![]() Untuk sesi malam, kami akan memberi laporan di dalam siri 3 nanti. Moga Islam akan berdaulat di melaka. Takbir. |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda PAS Bukit Katil To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan