Khamis, 23 Februari 2012

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Anwar, pimpinan utama PKR hadir ke Himpunan Hijau 2.0

Posted: 23 Feb 2012 06:13 PM PST


Majoriti barisan kepimpinan PKR yang akan diterajui oleh ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan hadir ke perhimpunan membantah projek nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) di Kuantan Ahad ini.

Setiausaha agungnya Datuk Saifuddin Nasution berkata, bagi tujuan itu mereka mengubah lokasi temurapat atau pemukiman yang sepatutnya diadakan di Lumut ke bandar itu.

"Kita juga kosongkan aktiviti pemukiman pada waktu perhimpunan itu bagi membolehkan mereka (peserta pemikiman) turut serta (berhimpun)," katanya ketika ditanya sokongan PKR pada perhimpunan hijau itu.

PAS – rakan gabungannya dalam Pakatan Rakyat – sebelum ini mengerahkan kira-kira 10,000 ahlinya daripada 14 kawasan seluruh Pahang bagi membantah projek itu. Mereka dijangka diketuai Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Naib Presiden Salahuddin Ayub.

Malah, PAS Terengganu – negeri bersebelahan Pahang – memberitahu Malaysiakini, kepimpinan tertinggi negerinya akan hadir bersama kebanyakan penyokong daripada daerah berdekatan seperti Kemaman dan Dungun.

Saifuddin juga memberitahu Malaysiakini semalam, sebahagian besar daripada kira-kira 130 peserta pemukiman, terdiri daripada kepimpinan tertinggi parti akan turut serta.

Katanya, arahan juga telah diberikan kepada semua ahli PKR, khususnya di Pahang dan sekitar Kuantan untuk turun bagi memeriahkan perhimpunan itu.

Temurapat atau permukiman tiga hari PKR bermula esok akan disertai semua anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP), wakil rakyatnya dan ketua-ketua cabang terpilih daripada seluruh negara.

Himpunan Hijau 2.0 dijadual berlangsung di padang Majlis Perbandaran Kuantan pada 26 Februari mulai jam 9.30 pagi, meskipun semalam pihak berkuasa mula mendirikan pagar sekeliling padang berkenaan.

Ketika dihubungi, pengerusi jawatankuasa penganjur Wong Tack memberitahu Malaysiakini pagar yang didirikan tidak akan menghalang rakyat daripada berhimpun.

Apabila diberita bahawa majlis perbandaran Kuantan juga akan menganjurkan pertanding futsal pada hari yang sama, Wong sekadar menyambut baik dan berkata mereka boleh merancang bersama.

"Kami 100 peratus pasti akan menggunakan padang itu untuk berhimpun. Kami hanya ada pelan A, tidak ada pelan B," katanya dalam nada yang cukup tegas.

Di tanya sama ada hadirin akan merobohkan pagar dan merempuh ke padang, Wong tidak memberikan jawapan secara langsung.

Katanya, rakyat yang hadir mungkin terpaksa menukar rancangan dan turun ke jalanan kerana didesak berbuat demikian oleh kerajaan.

"Harapan kami, hanyalah benarkan kami berhimpun secara aman selama dua jam setengah di padang itu," katanya lagi.

Selain di Kuantan, pelbagai lagi program serentak di beberapa bandar raya besar, termasuk Kuala Lumpur akan diadakan pada Ahad ini sebagai solidariti membantah kilang memproses nadir bumi itu.


Sumber: Malaysiakini

Sembrong: Jangan lepas diri dengan alasan teknikal

Posted: 23 Feb 2012 06:12 PM PST


PKR menyifatkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein cuba melepaskan diri terhadap insiden serangan terhadap ceramah Pakatan Rakyat dan kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dekat Sembrong Ahad lalu.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata, penafian Hishammuddin yang juga anggota parlimen Sembrong bahawa tempat kejadian tidak terletak di kawasannya merupakan alasan yang sangat naif.

"Dia bolehlah gunakan alasan sempadan polis atau sempadan pilihan raya untuk melepaskan diri. Tetapi isunya yang sebenar, bagaimana cara Umno menghadapi rakyat dengan mengupah samseng untuk mengacau dan mengganggu," katanya.

Hishammuddin, semalam menafikan dakwaan serangan ke atas ahli PKR di Batu 4 Jalan Mersing oleh kira-kira 100 orang yang didakwa diupah Umno pada hari minggu lalu berlaku dalam kawasan parlimennya.

Beliau bagaimanapun berjanji bahawa polis akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Ketika dihubungi Malaysiakini, petang semalam, Saifuddin berkata, menteri dalam negeri patut menggesa polis melengkap siasatannya segera kerana kes itu yang didakwa straight forward atau mudah.

"Tak perlu ambil masa berbulan-bulan untuk kenal pasti (suspek). Orang kampung sendiri kenal siapa terlibat. Apa yang susah sangat. Saya rasa seminggu sahaja boleh selesai. Paling lama pun dua minggu," katanya.

Pada serangan Ahad lalu, selain kereta Anwar dipecahkan, PKR juga mendakwa seorang cedera ringan di dahi dipercayai akibat dilastik, lelaki tua cedera dibaling kayu dan bendera PKR dibakar.

Sumber: Malaysiakini

Tiada ulasan:

Pengikut