Khamis, 3 November 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full content generated by Get Full RSS.

ALHUSSEYN

Posted: 03 Nov 2011 03:39 PM PDT

Penghakiman Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti adalah tidak sah bukan "semata-mata pendapat mahkamah", kata Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno.

Beliau menyanggah pendapat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang berkata keputusan itu belum muktamad dan ia kekal sebagai undang-undang.

Malah, kata Khairi, penghakiman mahkamah itu bersifat mengikat di sisi undang-undang, dan ia bukan sekadar "pendapat".

Demikian katanya kepada media selepas perjumpaan dengan tiga daripada empat bekas pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang memenangi kes mereka itu ke atas kerajaan.

Turut hadir pada perjumpaan ini adalah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Sieu.

Menurut Saifuddin pula, beliau telah bertemu dengan beberapa menteri kabinet untuk merayu kepada mereka supaya kes berkenaan tidak dibawa untuk rayuan di Mahkamah Persekutuan kerana ia akan kalah dari segi moral, meskipun jika berjaya dengan rayuan di Mahkamah Persekutuan nanti.

Kita tidak mampu kalah sebegitu banyak pertarungan sebelum bertanding pada pilihan raya umum," kata Saifuddin lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

DIALOG RAKYAT

Posted: 03 Nov 2011 03:28 PM PDT

Seksualiti Merdeka: Pemuda PAS batal demo

Posted: 03 Nov 2011 06:32 AM PDT

Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR: Ekoran pengharaman program Seksualiti Merdeka oleh pihak polis, Dewan Pemuda PAS membatalkan rancangan mereka untuk mengadakan demonstrasi di seluruh negara esok.

Perkara itu dimaklumkan Ketuanya Nasruddin Hassan ketika menghubungi Harakahdaily malam ini.

"Ekoran pengisytiharan haram oleh pihak keselamatan itu, kita membatalkan hasrat membuat laporan polis dan mengadakan himpunan di seluruh negeri selepas solat Jumaat esok.

"Kita juga mengucapkan terima kasih kepada pihak keselamatan yang telah mengambil tindakan sedemikian," katanya.

Pada satu sidang media petang tadi, Timbalan Ketua inspektor-polis Khalid Abu Bakar mengisytiharkan pengharaman semua aktiviti penganjur 'Seksualiti Merdeka' yang dijadual akan diadakan pada 9 hingga 13 November.

Menurutnya, tindakan itu dibuat atas faktor menjaga ketenteraman awam ekoran bayak aduan yang telah diterima pihak mereka.

Sehubungan itu juga, Nasruddin menasihatkan penganjur program tersebut agar mematuhi arahan pihak polis tersebut.

Beliau juga mengingatkan, Dewan Pemuda PAS tidak teragak-agak untuk terus mengadakan bantahan jika penganjur masih bertegas mahu melaksanakan program itu.

"Kita harap penganjur akur arahan tersebut.

"Jika mereka berdegil, dewan pemuda akan mengambil tindakan selanjutnya," katanya.

Sebelum ini Dewan Pemuda PAS merancang akan membuat laporan polis serentak jam 10 pagi esok dan himpunan aman selepas solat Jumaat di seluruh masjid negeri.

Seksualiti Merdeka 2011 dengan temanya Queer Without Fear akan berlangsung sehingga di The Annaxe Gallery.

Program itu kononnya berteraskan perjuangan hak asasi, menuntut hak dan kebebasan golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka.

Banyak pihak berpandangan, ianya sama sekali tidak sesuai dengan kehidupan masyarakat di Malaysia apatah lagi sangat bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Ianya juga adalah festival tahunan yang meraikan hak asasi manusia rakyat yang terdiri daripada pelbagai orientasi seksual dan identiti jantina.

Ia dianjurkan oleh sekumpulan gabungan longgar NGO, artis, aktivis dan individu sejak 2008.

Muslihat politik tidak lulus daftar Pakatan

Posted: 03 Nov 2011 06:30 AM PDT

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mengesyaki terdapat 'muslihat politik' apabila Pendaftar Pertubuhan (ROS) enggan meluluskan permohonan pendaftaran mereka untuk menjadi satu parti.

Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke berkata, ROS sengaja tidak mahu meluluskan pendaftaran Pakatan Rakyat kerana takut mereka menjadi satu gaubungan yang kuat dalam pilihan raya umum ke-13.

Mereka (ROS) sengaja tidak mahu mendaftarkan Pakatan Rakyat kerana takut kita akan menjadi satu entiti yang kuat untuk mencabar BN.

"Untuk pilihan raya akan datang, kita tidak boleh letak calon Pakatan tapi letak calon PAS, DAP dan PKR kerana belum berdaftar. Saya lihat ini ada muslihat politik," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Rasah pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution menyelar jawapan Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Osman baru-baru ini bahawa pedaftaran Pakatan Rakyat tidak diluluskan kerana mereka tidak membuat permohonan baru selepas pengerusi Pakatan waktu itu, Datuk Zaid Ibrahim keluar parti.

"Majlis Presiden Pakatan kesal dengan kenyataan tersebut kerana Pakatan telah ambil langkah yang perlu sejurus Datuk Zaid tinggalkan Pakatan.

"Kita lantik pengerusi Pakatan Rakyat yang baru iaitu Ahli Perlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaffar menggantikan Datuk Zaid," katanya yang juga Ahli Parlimen Machang.

Beliau berkata, dalam tempoh dua tahun lalu, mereka sering mengadakan pertemuan dengan pihak ROS untuk mengetahu perkembangan mengenai permohonan tersebut tapi gagal mendapatkan sebarang jawapan.

ROS, katanya masih memberi alasan bahawa permohonan lama Pakatan Rakyat iaitu sewaktu Zaid masih bersama PKR masih belum diluluskan dan Pakatan tidak membuat permohonan baru.

"Mengikut perlembagaan Pakatan Rakyat, sesiapa yang keluar parti, kedudukannya sebagai pengerusi akan terbatal. Jadi tiada masalah dalam hal itu," katanya.

Sehubungan itu katanya, Majlis Presiden Pakatan yang bermesyuarat petang semalam memutuskan untuk membuat keputusan baru sekiranya permohonan mereka masih tergantung.

"Sekarang kita buat keputusan untuk teruskan permohonan tapi kalau tidak ada jawapan juga, kita akan putuskan tindakan baru," katanya.

Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Dr, Hatta Ramli pula berkata, tindakan ROS itu menggambarkan kelemahan pegawai-pegawai kerajaan menjalankan tugas.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai, ROS sepatutnya memaklumkan kepada Pakatan sekiranya terdapat kesalahan dalam borang permohonan atau sebagainya.

"Kalau ada sebarang kesilapan dalam permohonan atau perlu maklumat biasanya mereka akan hubungi pemohon tapi tiba-tiba kata tak hantar permohonan baru sedangkan pertukaran individu dalam jawatankuasa penaja adalah perkara biasa.

"Ini memberi gambaran yang tidak baik kepada pegawai kerajaan dan ada orang yang dijadikan mangsa," katanya.

Anwar ramal 'kebangkitan Malaysia', Pakatan ganti BN PRU-13

Posted: 03 Nov 2011 05:57 AM PDT

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan satu "kebangkitan Malaysia" pada pilihan raya umum ke-13 sambil dengan yakin memberitahu agensi berita Amerika Bloomberg, Pakatan Rakyat (PR) akan mengambil alih Putrajaya daripada penguasaan Barisan Nasional (BN).

"Melihat pada kadar kami sedang bergerak sekarang, kami akan mengambil alih kerajaan," kata beliau dalam satu temu bual dipetik agensi berita itu hari ini.

Ketua Pembangkang itu yang kini berhadapan dengan kemungkinan sabitan kesalahan buat kali kedua dalam kerjaya politiknya merujuk kepada perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu sebagai tanda sokongan besar kepada perikatan tersebut.

Kempen itu menarik ribuan hadirin di ibu negara di sebalik tindakan keras diambil pihak kerajaaan. Pihak polis juga menahan lebih 1,500 orang ketika itu.

Susulan perhimpunan itu, kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan beberapa pembaharuan politik termasuk pembentukan jawatankuasa pilihan khas Parlimen bagi mengkaji sistem pilihan raya awal Ogos lalu.

Sebulan kemudian, Najib mengumumkan pemansuhan beberapa akta termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang lain.

Tambah Anwar, dengan sokongan yang ditunjukkan oleh penunjuk perasaan ketika perhimpunan Bersih 2.0, meskipun beliau disabitkan kesalahan pembangkang akan memperoleh keputusan yang lebih baik kali ini.

Sehubungan itu kata beliau, keputusan kes melibatkan dirinya merupakan satu rumusan yang "sudah pun pasti."

Pemerintahan kerajaan BN lebih lima dekad, katanya, akan berakhir dalam pilihan raya umum ke-13.

Anwar memberitahu Bloomberg bahawa PR akan memperoleh lebih 40 peratus undi di kubu-kubu kuat BN, Johor dan Pahang, memperoleh balik majoriti di lima negeri yang ia menang pada 2008 selain mencatatkan kedudukan lebih baik di Negeri Sembilan dan Terengganu.

"Trend ke arah kebebasan dan demokrasi tidak boleh dielak. Kita sepatutnya boleh melakukan lebih baik (kali ini)," kata Anwar yang juga Ketua Umum PR.

Bloomberg membangkitkan bahawa tiada sebarang peristiwa yang pemimpin Asia Tenggara digulingkan daripada kuasa sedangkan gerakan sivil semakin kuat di rantau ini.

Anwar menjawab: "Ketika negara-negara Timur Tengah berhadapan dengan Kebangkitan Arab, negara jiran Singapura menyaksikan rekod peralihan undi kepada pembangkang pada Mei (lalu), dan Myanmar membebaskan beberapa pesaing politik dari penjara bulan lalu."

"Bila akan ada Kebangkitan Malaysia? (Ketika) pilihan raya umum akan datang," kata Anwar.

"Harap-harap, kami akan melakukan (giliran) kami menerusi proses demoktratik yang aman," katanya lagi.

Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno pada 1998 dan kemudian menghadapi tuduhan liwat dan salah guna kuasa.

Beliau dibebaskan pada September 2004 dan mengetuai kerjasama PR pada pilihan raya umum Mac 2008 dan memperoleh balik kerusi Parlimen Permatang Pauh menerusi pilihan raya kecil pada tahun yang sama.- Malaysian Insider

Muslimah PAS turut bantah Seksualiti Merdeka

Posted: 03 Nov 2011 05:54 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY

Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusof berkata program yang bertujuan untuk menghalalkan hubungan sejenis di negara ini tidak patut diadakan.

KUALA LUMPUR: Selepas Pemuda, Dewan Muslimat PAS turut membantah Program Seksualiti Merdeka 2011 yang dianjurkan bagi mendapatkan hak kebebasan individu dalam isu pergaulan seksual di dalam negara.

Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusof berkata program yang bertujuan untuk menghalalkan hubungan sejenis di negara ini tidak patut diadakan.

"Walaupun kita mahukan kebebasan untuk berhimpun, perlu ada garis panduan yang tidak melampaui tabii di negara yang agama rasminya adalah agama Islam," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Rantau Panjang berkata, umat Islam tidak seharusnya terpengaruh dengan gaya kehidupan Barat yang memperjuangkan hak kebebasan hubungan sama jenis.

Sementara itu, Anggota Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mahu tindakan segera diambil oleh pihak bertanggungjawab dalam hal ini.

Program yang dianjurkan buat kali keempat itu berlangsung di Galeri Annexe, Pasar Seni bermula Selasa lepas sehingga 13 November ini dan dilaporkan akan dirasmikan oleh Penganjur Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan.

Antara penaja dan penyokong program itu adalah Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dengan beberapa aktiviti diatur seperti bengkel, perbincangan, filem, pameran dan persembahan.- Bernama

Jenayah siber: 'Indah khabar dari rupa'

Posted: 03 Nov 2011 05:52 AM PDT

Pada realitinya jenayah yang dimaksudkan oleh Rais ialah selagi ianya menguntungkan Umno-BN ianya bukanlah satu kesalahan.


PETALING JAYA: Seorang wakil rakyat tidak yakin kerajaan Umno-Barisan Nasional mampu bersikap adil setelah satu mekanisme jaringan antarabangsa dibentuk bagi menangani masalah jenayah siber seperti diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

"Saya tidak yakin Umno-BN boleh bersikap adil apabila mekanisme jaringan antarabangsa dilaksanakan kelak kerana apa yang berlaku di Malaysia jauh langit dari bumi, seperti apa yang dihasratkan," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Seorang, Drs Khalil Idham Lim dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam Persidangan London mengenai Ruang Maya di bandar kosmopolitan itu semalam, Rais berkata, persidangan ini berjaya membuka mata dunia supaya menentukan bahawa jenayah siber harus ditangani secara bersekutu sama ada di peringkat nasional, wilayah atau antarabangsa.

Khalis Idham berkata, kenyataan Rais kononnya jenayah siber harus ditangani secara bersekutu sama ada di peringkat nasional, wilayah atau antarabangsa adalah 'indah khabar dari rupa' dan merupakan usaha untuk perbodohkan rakyat.

"Bayangkan apabila kumpulan yang memfitnah (Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan klip video lucah dengan menyerahkan satu salinan asli kepada pihak polis namun tidak beberapa lama sesudah itu disiarkan dalam blogger pro Umno tanpa henti dan batasan, apa lagi dihalang.

Klip video

"Dari situlah beredarnya klip video dan menjadi tayangan umum di tempat awam dan kursus serta majlis resmi kerajaan termasuk di Kuala Kangsar baru-baru ini," terang beliau.

Beliau mempertikai ketulusan Rais untuk membanteras jenayah siber di peringkat antarabangsa sedang di negaranya sendiri dalam keadaan porak peranda dan tidak ada tindakan yang serius.

"Apa lagi kita punya bukti bahawa Umno sanggup mengupah sekumpulan blogger dan melakukan berbagai fitnah terhadap pimpinan Pakatan Rakyat serta menghalalkan jenayah siber yang dikatakan," ujar beliau.

Khalil Idham berkata, Rais nampaknya cuba berbohong kononnya sumbangan Malaysia dalam menangani keganasan dan masalah keselamatan siber turut mendapat perhatian masyarakat antarabangsa sedangkan realiti yang berlaku di Malaysia yang ditangani hanya sebelah pihak sahaja walaupun ianya berasas dan punya fakta.

"Kalaupun berupa fitnah dan rekaan blogger pro Umno demi menjatuhkan dan memburukkan pimpinan Pakatan ianya dibiarkan dan semacam bukan jenayah siber yang dilaungkan.

"Pada realitinya jenayah yang dimaksudkan oleh Rais ialah selagi ianya menguntungkan Umno-BN ianya bukanlah satu kesalahan, tetapi kalau ianya menggugat kuasa dan kedudukan Umno dan pemimpinnya ianya adalah jenayah siber.

Piket MTUC berjalan lancar

Posted: 03 Nov 2011 05:49 AM PDT

Mat Sabu berkata piket ini sebagai isyarat kepada kerajaan untuk memberi perlindungan kepada para pekerja tidak kira dalam mahu pun luar negara.


SHAH ALAM: Piket anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bagi membantah pindaan Akta Kerja 1955 berjalan dengan lancar petang tadi.

Walaupun hujan renyai, kira-kira 200 pekerja daripada pelbagai kesatuan sekerja dan pimpinan politik bersama-sama berhimpun di bulatan Persiaran Selangor, Seksyen 15, di sini sejak jam 5.00 petang.

Mereka membawa kain rentang dan kad tertulis seperti 'Union basting', 'Jangan perkosa hak kami' 'Jangan lupa pekerja swasta pengundi terbesar' dan 'Akta Kerja 1955 wujudkan kunta kinte Malaysia'.

Mereka turut melaungkan 'hidup pekerja' dan 'tindas pekerja'.

Tindakan itu menarik perhatian orang ramai yang melalui kawasan tersebut, sambil kedengaran bunyi hon kenderaan masing-masing ketika mereka melalui kawasan piket.

Berlaku kesesakan lalu lintas di kawasan terbabit namun kehadiran pihak polis berjaya memastikan keadaan lebih terkawal.

Antara pemimpin yang hadir termasuklah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu @ Mat Sabu, bekas presiden MTUC Syed Shahir Syed Mohamud dan Exco Selangor Dr Xavier Jeyakumar.

Mat Sabu yang ditemui berkata piket ini sebagai isyarat kepada kerajaan untuk memberi perlindungan kepada para pekerja tidak kira dalam mahu pun luar negara.

"Ini isyarat kepada kerajaan agar tarik semula akta ini dan beri perlindungan kepada para pekerja tidak kira dalam atau pun yang berada di luar negara," katanya.

Peninju Israel: Eli mengaku sajalah, kata Shabery

Posted: 03 Nov 2011 05:46 AM PDT


Salhan K Ahmad
Menteri belia dan sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kerajaan Selangor tidak boleh semudahnya mencuci tangan dalam isu kemasukan peninju Israel, Ilya Grad ke negara ini untuk satu rakaman program untuk stesen TV AXN.

shabery chikAhmad Shabery juga berkata beliau mempunyai bukti untuk menyokong dakwaannya sebelum ini bahawa kerajaan Selangor memperuntukkan RM5 juta untuk program The Challenger Muay Thai itu.

Oleh itu, katanya, wakil pembangkang tidak seharusnya bersikap "talam dua muka, double standard dengan menuduh saya dengan macam-macam tetapi pada masa sama mereka terlibat".

Beliau berkata demikian dengan merujuk kenyataan exco pelancongan Selangor, Elizabeth Wong semalam yang menafikan penglibatan kerajaan negeri itu dalam penganjuran program realiti itu.

Elizabeth juga berkata, kerajaan negeri itu tidak menjemput mana-mana ahli sukan ataupun menandatangani sebarang dokumen sokongan untuk membolehkan warga Israel memasuki negara ini.

Ahmad Shabery pula berkata, walaupun Selangor tidak terlibat dalam jemputan, kerajaan negeri itu masih boleh mengenakan syarat untuk memastikan tiada warga Israel memasuki negara ini.

Ilya Grad, Israeli Muay Thai boxing champion"Ini wang dia, jadi dia boleh kenakan syarat – 'saya boleh bagi kalau tidak ada (warga) Israel (sertai). Ataupun bila episod melibatkan peninju Israel saya tidak akan beri sokongan.'

"Macam-macam dia boleh buat tapi saya lihat logo Tourism Selangor itu ada dalam semua episod termasuk yang melibatkan (Ilya Grad).

"Ertinya kalau dia kata tak terlibat langsung, tak betul. Mengaku sajalah dia terlibat. Kementerian saya pun tak mampu nak beri sebanyak itu sebab banyak lagi perogram lain yang boleh kita bantu.

"Mungkin juga kalau tiada wang daripada mereka, program itu susah nak dijalankan," katanya lagi dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini.

Banjir di barat Bangkok semakin buruk

Posted: 03 Nov 2011 05:44 AM PDT

Kawasan di barat Bangkok sekali lagi diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga peringkat tinggi berikutan keadaan banjir di kawasan itu semakin buruk ekoran Sungai Chao Phraya melimpah dan kerosakan pada dinding tebatan banjir.

Perdana Menteri Yingluck Shinawatra berkata paras air adalah satu meter lebih tinggi daripada dinding tebatan banjir di situ.

Beliau berkata pihak berkuasa juga mengesan kerosakan di 11 tempat pada dinding tebatan banjir dan kerja-kerja membaik pulih keseluruhan kerosakan itu dijangka siap pada 10 Nov.

Banjir di beberapa daerah di barat Bangkok iaitu Thawi Wattana, Taling Chan dan Bang Phlad telah merebak ke Bang Kae dan Thon Buri, semalam.

Pengarah Pusat Operasi Bantuan Banjir Plodprasop Suraswadi yang juga Menteri Sains dan Teknologi hari ini memberi amaran bahawa keseluruhan barat Bangkok boleh dilanda banjir dalam tempoh 15 hingga 20 hari kerana terdapat kira-kira tiga bilion meter padu air banjir di kawasan itu.

NONEYingluck berkata pihak berkuasa berdepan masalah untuk mengalirkan keluar air banjir di kawasan barat Bangkok akibat terusan yang tersumbat dan sempit.

Dalam langkah yang mengejutkan, Yingluck semalam mengubah keputusannya Selasa lalu mengenai menaikkan paras di pintu air sluis di Klong Sam Wa.

"Kami akan kurangkan pembukaan pintu air," katanya tanpa menyatakan secara spesifik paras baru dan alasan berbuat demikian.

Dua hari lalu, beliau mengarahkan Dewan Bandaraya menaikkan pintu air kepada satu meter daripada 80sm ekoran bantahan keras penduduk di situ.

Pada awalnya, penduduk di daerah Klong Sam Wa di timur Bangkok mendesak pihak berkuasa membuka pintu air daripada 0.6 meter kepada 1.5 meter kerana kawasan mereka telah ditenggelami banjir kira-kira tiga bulan.

Mereka mengadakan protes di pintu air sluis itu pada Isnin dan bersetuju dengan paras 0.8 meter selepas berunding dengan pihak Dewan Bandaraya pada Isnin.

Bagaimanapun, penduduk mengadakan satu lagi protes Selasa lalu dan mendesak paras dinaikkan kepada 1.5 meter, mendorong campur tangan daripada Perdana Menteri yang mengarahkannya dinaikkan lagi kepada 1 meter.

Beberapa penduduk malahan merosakkan pintu air itu dalam protes semalam yang dikawal oleh kira-kira 200 anggota polis.
Tindakan Yingluck itu telah dikritik oleh pentadbiran Bangkok Metropolitan dan pembangkang.

Timbalan Gabenor Bangkok Thirachon Manomaipiboon berkata menaikkan pintu air sluis itu kepada 1 meter akan mendedahkan seluruh Bangkok kepada ancaman banjir walaupun 19 daerah lain di tengah kota Bangkok terselamat daripada bencana alam itu buat masa ini.

NONEParti Demokrat menyelar tindakan Yingluck kerana kerajaan tidak sepatutnya tunduk kepada tekanan semasa mengendalikan krisis banjir.

Jurucakap parti pembangkang itu, Chavanond Intarakomalyasut mahu kerajaan melaksanakan dekri darurat bagi memudahkan usaha kerajaan menangani banjir serta mengawal penunjuk perasaan.

Konfrontasi antara pihak berkuasa dan penduduk mengenai isu pintu air sluis turut dilaporkan berlaku di wilayah-wilayah lain tetapi situasi keseluruhannya adalah terkawal.

Dalam kes tertentu, pekerja telah meminta perlindungan polis semasa membaik pulih dinding tebatan banjir dan pintu air sluis dan dalam satu kes, tembakan amaran dilepaskan di udara oleh seorang penduduk yang cuba menghalang pekerja menjalankan kerja mereka.

Kira-kira satu pertiga daripada negara ini masih ditenggelami banjir dengan 2.1 juta orang dari lebih 10,000 kampung di 26 wilayah terjejas oleh banjir yang melanda negara ini secara berperingkat bermula 25 Julai. Angka kematian meningkat kepada 427 orang hari ini.- Bernama

Permohonan Utusan batal saman Mat Sabu 23 Nov

Posted: 03 Nov 2011 05:41 AM PDT


MALAYSIA KINI

Mahkamah Tinggi akan mendengar 23 Nov ini permohonan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad bagi membatalkan saman fitnah yang difailkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berhubung penyiaran artikel mengenai isu komunis Bukit Kepong.

Permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk John Louis O'Hara.

NONEBeliau menetapkan tarikh itu selepas berjumpa peguam Azhana Mohd Khairudin yang mewakili Mohamad dan Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu semasa kes itu disebut bagi pengurusan kes dalam kamarnya hari ini.

Dalam permohonan yang difailkan 27 Okt lalu, kedua-dua defendan mahu membatalkan saman itu atas alasan ia mengaibkan, remeh dan menyusahkan selain ia suatu penyalahgunaan proses mahkamah.
Pada 14 September lalu, Mohamad, 57, memfailkan saman itu dengan mendakwa kedua-dua defendan dengan niat jahat telah menerbitkan satu artikel fitnah pada 27 Ogos lalu dan dua lagi artikel pada keesokan harinya iaitu pada 28 Ogos.

Timbalan Presiden PAS itu mendakwa penerbitan ketiga-tiga artikel itu adalah berhubung isu Tragedi Bukit Kepong.

mingguan malaysia 280811 mat sabu dikecamMohamad mendakwa penyiaran artikel itu secara tidak langsung menunjukkan bahawa dirinya menyokong komunis, telah terkeluar daripada ajaran dan akidah Islam kerana menyokong komunis dan mengiktiraf Muhammad Indera sebagai pengganas komunis yang bekerjasama dengan Goh Peng Tun dan 200 lagi angggota komunis.

Beliau mendakwa dirinya terasa malu dan aib serta sengsara dari segi maruah, kredibiliti dan juga reputasinya, serta menanggung penderitaan akibat menerima khidmat pesanan ringkas yang mengandungi ugutan jenayah terhadap dirinya dan keluarga serta ancaman supaya dirinya ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau juga mendakwa menerima ancaman agar kewarganegaraan beliau dilucutkan di samping didakwa di mahkamah atas dakwaan menghasut atau menghina Yang di-Pertuan Agong.

pengukir nama johor mat sabu pas pc 060911Mohamad mendakwa tindakan defendan-defendan menerbitkan semua artikel tersebut bertujuan untuk mensensasikan berita, melariskan penjualan akhbar bagi mendapatkan faedah kewangan dan bagi mendatangkan keuntungan politik kepada parti politik Umno.

Beliau menuntut ganti rugi am, teladan dan melampau yang tidak ditetapkan jumlahnya serta satu perintah mahkamah agar kesemua defendan memohon maaf serta menarik balik artikel fitnah itu.- Bernama

Mahasiswa berdemo tuntut jaminan penempatan

Posted: 03 Nov 2011 05:33 AM PDT

Abdul Rahim Sabri

Hampir 1,000 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan demonstrasi sebagai tanda protes agar kerajaan memberi jaminan penempatan kepada bakal graduan universiti itu seperti yang diberikan kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).

NONEPiket semalam yang berlangsung selama lebih kurang empat jam itu menyaksikan ucapan-ucapan menuntut hak penempatan guru untuk graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan oleh UPSI.

Polemik isu ini bermula dengan kenyataan timbalan perdana menteri yang merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengarahkan graduan UPSI "cari kerja lain".

Beliau juga mengesahkan kekosongan jawatan guru di sekolah seluruh negara akan diisi oleh 7,000 guru lepasan GSTT

NONEKenyataan berkenaan telah menimbulkan kemarahan ribuan graduan dan bakal graduan di UPSI dan kampus-kampus lain.

"Mengapa kekosongan tersebut diberikan kepada lepasan GSTT yang pada hemat kami tiada kelayakan sebenar untuk bergelar guru?

"Sepatutnya kekosongan itu diisi oleh graduan ISMP yang ternyata telah dilatih untuk menjadi guru sebenar," kata Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI, Afiq Fikri Mislan.

Menurutnya lagi, pengambilan graduan UPSI akan sekali gus mengurangkan masalah isu guru tidak profesional, berkualiti serta berkelayakan.

NONEPiket tengah hari semalam anjuran Gabungan Bertindak Mahasiswa itu dicetus oleh wakil LMP,sebuah front Solidariti Mahasiswa Malaysia. Ia turut digerakkan bersama wakil Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), serta front-front mahasiswa UPSI yg lain.

Piket ini kemudian diakhiri dengan penyerahan memorandum tujuh tuntutan oleh Afiq Fikri yang diserahkan kepada timbalan naib canselor, penyelidikan dan inovasi universiti itu.

NONEAntara tuntutan mereka, termasuklah mendesak Muhyiddin menyediakan penempatan yang mencukupi kepada graduan universiti itu, mengurangkan pengambilan guru GSTT serta DPLI, dan memperincikan bajet pendidikan yang lebih telus dalam menyediakan penempatan guru.

Gabungan mahasiswa ini juga berhasrat untuk menyerahkan 10,000 tanda tangan kepada Muhyiddin dalam masa terdekat.

Ibu pejabat MCA disimbah cat merah

Posted: 03 Nov 2011 05:32 AM PDT


Lee Long Hui

Ibu pejabat MCA di Jalan Ampang, Kuala Lumpur disimbah dengan cat merah hari ini.

wisma mca buildingTempat yang disimbah cat itu adalah dinding dan lantai berhampiran pintu masuk bersebelahan sebuah restoran di tingkat bawah.

Ketika dihubungi, setiausaha akhbar kepada Presiden MCA, Giam Say Khoon berkata seorang pengawal keselamatan mendapati kawasan itu cuba dicemarkan sekitar jam 7 pagi tadi.

Beliau berkata ini adalah kali pertama ibu pejabat MCA disimbah dengan cat.

Kata Giam, beberapa anggota polis kemudiannya datang untuk memeriksa tempat kejadian.

Walau bagaimanapun, beliau tidak dapat menentukan siapa di sebalik kejadian itu dan motif berbuat demikian.

NONESementara itu, prsiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang ditemui pada satu majlis di Serdang, hari ini, berkata beliau telah mengarahkan pentadbiran parti itu bagi membuat laporan polis.

Walaupun tidak menuding jari kepada mana-mana pihak, katanya terdapat spekulasi bahawa tindakan berkenaan ada kaitan dengan penentangan MCA terhadap saranan supaya hukum hudud dilaksanakan di negara ini.

"Saya tidak kata ia ada kaitan... ini kali pertama dalam sejarah MCA, perkara ini berlaku," katanya.

Chua, yang lantang menentang pelaksanaan udang-undang Islam, juga menggesa DAP dan PKR supaya menyatakan pendirian mereka mengenai hudud.

Suhakam, Majlis Peguam perlu 'balik ke pangkal jalan'

Posted: 03 Nov 2011 05:25 AM PDT


Jimadie Shah Othman

Exco pendidikan Selangor, Datuk Hasan Ali menyeru pelbagai pihak, termasuk Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) dan Majlis Peguam "balik ke pangkal jalan" daripada menyokong aktivisme lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

NONEKatanya, bukan sahaja Islam, malah pelbagai lagi agama menentang amalan yang menyalahi hukum fitrah itu.

"Mana-mana agama pun tak boleh (amalan ini).

"Saya seru teman-teman di Suhakam, Majlis Peguam supaya balik ke pangkal jalan," katanya ketika ditanya penyertaan bekas pemimpin Majlis Peguam S Ambiga dalam program "Seksualiti Merdeka" yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur.

"Kalau sesat di Ipoh boleh cari jalan (pulang), kalau (sesat) akidah (macam mana)?"

Beliau bagaimanapun mengakui percaya penyokong LGBT masih mempunyai "jiwa agama" kerana isu itu bukan sekadar berkaitan moraliti.

Sementara itu, menjawab soalan pemberita, Hasan juga menyifatkan konsert penyanyi gay Elton John di Genting Highlands akan menyemarakkan lagi "api" gerakan itu.

NONE"Ia seolah-olah simbah minyak. (Jadi) hak Pemuda PAS (kalau) nak berdemonstrasi atau apa bentuk bantahan pun.

"Bagi peminat, cukuplah dengar cakera padat dan CD sahaja," katanya disambut gelak ketawa pemberita.

Bercakap dalam sidang media selepas merasmikan seminar berkaitan prinsip Islam dalam perubatan alternatif, Dr Hasan berkata, beliau difahamkan beberapa masjid di Lembah Klang akan mengadakan demonstrasi esok.

"Saya sendiri tak minta, terpulanglah pada mereka (hendak terlibat)," katanya.

Menurut Dr Hasan lagi pelbagai program memantapkan akidah, syariah dan akhlak umat Islam telah dan akan dilaksanakan.

Bagaimanapun, katanya, program khusus untuk menangani gejala LGBT itu memerlukan pakar khusus dalam pelaksanaannya.

"Ia perlukan pendekatan batiniah, bukan sekadar lahiriah. Kalau tak ada pengetahuan, bukan positif, tapi negatif jadinya," katanya.

Justeru, Dr Hasan mencadangkan dikumpulkan tenaga fikir untuk menjalankan penguatkuasaan berkaitan.

Pemuda PAS WP demo bantah 'Seksualiti Merdeka'

Posted: 03 Nov 2011 01:40 AM PDT

Abdul Rahim Sabri

Pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan mengadakan demonstrasi membantah program 'Seksualiti Merdeka' selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Baru esok.

Sehubungan itu, ketua penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah, Herman Samsudeen menjemput umat Islam, termasuk NGO yang membantahnya hadir menyertai demonstrasi tersebut.

Sehingga ini, program tersebut dibantah oleh Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (ACCIN), yang membuat laporan polis semalam.

ACCIN dianggotai 17 NGO Islam termasuk Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Al-Hidayah, Darul Fitrah, MACMA, IIS, MUAFAKAT, ISMA, AL-Hunafa, IMAN, Jam'iyah, Darusshifa, WAMY, GEPIMA dan PERKIM.

Turut membantah program itu ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali dilaporkan berkata Seksualiti Merdeka 2011 yang memperjuangkan kesaksamaan gender untuk golongan homoseksual dan lesbian boleh mengancam keselamatan negara.

Mengulas lanjut, Herman berharap PERKASA juga akan hadir menyertai demonstrasi membantah program itu di Masjid Kampung Baru esok.

Katanya, bantahan itu dibuat dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS pusat.

"Ketua Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan telahpun meminta semua Pemuda PAS negeri supaya turut mengadakan bantahan selepas solat Jumaat," katanya.

Menurut Herman, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan merupakan yang pertama menyahut permintqaan Nasrudin itu, dengan mengadakan bantahan esok.

Antara pemimpin yang dijangka hadir esok termasuk Nasrudin; ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad dan barisan kepimpinan Pemuda PAS wilayah.

Menjawab soalan, Herman berkata pihaknya tidak memohon permit polis kerana bantahan itu akan diadakan dalam kawasan perkarangan masjid.

Seksualiti Merdeka adalah festival tahunan yang meraikan hak asasi manusia rakyat yang terdiri daripada pelbagai orientasi seksual dan identiti jantina.

Ia dianjurkan oleh sekumpulan gabungan longgar NGO, artis, aktivis dan individu sejak 2008.

Program festival itu, termasuk forum, ceramah, bengkel, pelancaran buku, pameran seni dan persembahan.

Ia akan berlangsung dari 9 hingga 13 November dan dijangka dirasmikan oleh Ketua BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.

PROGRAM PR DI MELAKA MALAM TADI HEBAT, DI MANA ZUL KULIM MENYOROK?

Posted: 03 Nov 2011 01:33 AM PDT

wfauzdin.blogspot.com

Zulkifli Noordin Terkicit..

Lebih dari 1,000 orang hadir pada Majlis Makan Malam anjuran PAS Negeri Melaka sempena ulang tahun ke 60 PAS malam tadi. Walaupun hujan turun dengan lebat tetapi orang ramai tidak berganjak dari menjamu selera dan mendengar amanat dari pimpinan PAS dan PR yang terdiri dari Timbalan Presiden Haji Mohamad Sabu; AJK PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dan pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Melaka.


Orang ramai mula memenuhi khemah jamuan sebelum jam 8.00 lagi. Suasana basah dan becak di kawasan jamuan tidak sedikit melemahkan semangat mereka untuk memberikan sokongan terbuka kepada PAS dan PR. Pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama bersama-sama khusyuk mendengar ceramah pimpinan PAS dan PR.

Berbeza dengan program anjuran Perkasa Melaka yang dijalankan kira-kira 100 meter, hanya kira-kira 80 orang yang hadir. Program Perkasa yang dianjurkan secara adhoc bagi menganggu program makan malam tersebut dilihat hambar di mana penceramah jemputan mereka Zulkifli Nordin pun tidak hadir.


Orang ramai menyifatkan program Makan Malam ini berjaya mencapai matlamatnya walaupun keadaan tidak selesa disebabkan hujan turun sejak awal petang lagi. Ramai berpendapat bahawa jika tiada hujan lebih ramai rakyat akan memeriahkan program tersebut. Program ini berakhir kira-kira jam 12.00 malam dengan tiada sebarang gangguan dari mana-mana pihak./mutaligat

Addin:

Zulkifli Noordin mungkin terkicit sebab dengar cabaran berani dari PJ Melaka, Hj. Adly Zahari.. kah..kah.. kah..

PERJUANGAN S.AMBIGA SALAH, KAMI TETAP MENENTANGNYA

Posted: 03 Nov 2011 01:29 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

JIKA dahulu saya menyokong S.Ambiga kerana perjuangannya menuntut Pilihanraya yang adil di negara ini sejajar dengan sokongan yang diberikan oleh Pakatan Rakyat terhadap BERSIH 2.0, tetapi kali ini di dalam isu `Seksualiti Merdeka' yang mahu diperjuangkan oleh tokoh yang sama saya samasekali tidak menyokongnya malahan akan terus membantahnya.

Bersetuju dengan pandangan Dewan Pemuda PAS Pusat yang membantah keras program yang bakal diadakan tidak beberapa hari lagi, saya berharap S.Ambiga memikirkan kembali sensitiviti semua masyarakat yang bertamaddun di dalam negara ini. Walau apa jua bangsa dan ugama, apa jua fahaman politik yang ada di negara ini, mereka semua pasti menentang budaya barat yang jijik dan kotor itu dan tidak harus diperkenalkan di negara ini.

Kononnya, program itu untuk meluahkan hati dan perasaan golongan gay dan lesbian tetapi bukan dengan cara sedemikian. Mereka tidak perlu mengadakan program yang lebih bersifat mempromosikan budaya jijik berkenaan, dan tidak perlu hati dan perasaan mereka diluahkan secara itu. Tersembunyi di sebalik program itu adalah budaya kotor yang mahu diresapkan ke dalam jiwa anak bangsa di bumi Malaysia ini.

Ada di antara puak-puak Umno yang mendakwa mengapa kali ini kita menentang S.Ambiga sedangkan di dalam Perhimpunan BERSIH 2.0 kita bersamanya, jawapannya mudah iaitu kita menyokong BERSIH bukan kerana S.Ambiga tetapi adalah berdasarkan isu yang diperjuangkan oleh BERSIH. Buktinya, di dalam BERSIH 1.0 bukan S.Ambiga yang mengetuainya tetapi Sdr Syed Shahir dan kita tetap menyokong BERSIH waktu itu. Ertinya, kita pertahankan BERSIH yang kebetulan sekarang di bawah S.Ambiga adalah kerana isu yang dibawa oleh BERSIH iaitu untuk membersihkan Sistem Pilihanraya di negara ini.

Kali ini atas isu juga, maka kita menentang S.Ambiga. Beliau cuba untuk membawa satu program yang kurang sihat dengan budaya rakyat di negara ini, apatah lagi yang bertentangan dengan Islam maka atas isu itu kita akan menentang beliau. Itulah beza kita dengan Umno dan pemimpin mereka.

Di dalam Umno, apabila Pembangkang mendesak hapuskan Akta ISA tetapi pemimpin Umno tetap mempertahankannya atas alasan keperluan keselamatan negara, maka kesemua pemimpin dan pengikut Umno bersetuju dengan pemimpin utama mereka. Namun, apabila pemimpin mereka baru-baru ini berkata akan menghapuskan Akta ISA, mereka kesemuanya bersuara bahawa memang wajar Akta ISA dihapuskan. Itu adalah standard Umno yang terus menjadi `burung belatuk'.

Kita berbeza samasekali. Kita sokong jika ianya benar, tetapi jika tidak benar dan bersalahan kita tetap akan bantah. Kita sokong S.Ambiga jika beliau berjuang atas landasan yang betul, tetapi pada ketika beliau berjuang di landasan yang salah kita pasti bangun menentangnya. Tidak timbul soal kenang budi atau sebagainya, benar tetap benar dan salah tetap salah./wfauzdin.blogspot.com

Panas: Perlantikan Datuk Nalakaruppan Sebagai Senator, Satu Lagi Penghinaan Kepada Pemimpin UMNO BN Yang 'Setia Pada Parti' Itu Sebenarnya !

Posted: 03 Nov 2011 01:17 AM PDT

PAHANG DAILY

Sungguh mengejutkan bila tersebar cerita sensasi bahawa "sahabat karib" dan rakan tenis Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Datuk S.Nalakaruppan (foto) tiba-tiba dilantik ke jawatan Senator.

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), itu adalah antara tiga individu yang mengangkat sumpah sebagai senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang, hari ini.

Nalakaruppan, 65, dilantik buat pertama kali bersama Bendahari MIC Datuk Jaspal Singh, 49, dan Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan, Chiew Lian Keng, 47.

Ditemui pemberita kemudian, Nalakaruppan berkata, amanah yang diberikan itu akan digunakan sebaiknya bagi memastikan hak dan kebajikan rakyat di negara ini didahului.

Persoalannya sekarang, atas kapasiti apa yang menyebabkan beliau dilantik ke jawatan setaraf "Menteri" itu?. Dengan perlantikkan ini, maka lengkaplah seorang lagi "pengkhianat kerajaan BN" yang diberi penghormatan setinggi itu. Sebelum ini, org kuat Anwar yang juga Ketua AMK Keadilan iaitu Ezam Md Noor.

Nampaknya, kini sudah menjadi budaya baru dan "trend" sesiapa sahaja yang menentang dan kemudian kembali "menjilat ludah" akan diberi "layanan istimewa" seperti itu?. Jika ini keadaannya, maka tidak lama lagi ramai pemimpin UMNO BN pasti akan keluar parti itu, kemudian menentang kerajaan dan akhirnya masuk semula.

Bagaimana perasaan pemimpin dan mereka yang sudah lama berjuang dan setia kepada parti?. Bayangkan, orang yang khianat dilayan sebegitu tetapi mereka sekian lama bersusah payah bersama parti dipinggirkan. Apakah budaya ini adil untuk mereka?.

Malah, paling mengejutkan bila pemimpin khianat dan sanggup "bakar jambatan" seperti Rais Yatim, Shabery Chik yang khianat kepada UMNO dan bersama Semangat 46 dulu kini diangkat pula sebagai Menteri Kabinet Kerajaan Barisan Nasional. Bukankah ini satu penghinaan kepada mereka yang setia kepada parti sebenarnya. Apakah ia harus dibiarkan?.

[Jika inilah keadaannya, maka sepatutnya pemimpin UMNO BN perlu bangkit menyuarakan bantahan mereka. Maruah mereka dimalukan oleh pemimpin atasan dengan semudah itu.
Bukankah mereka adalah pejuang sejati yang sepatutnya diberi penghormatan sedemikian rupa.

Sebelum ini, ramai proksi kepada pemimpin itu sendiri telah diangkat ke kabinet dengan melantik mereka sebagai "Senator". Inilah yang berlaku kepada Raja Nong Chik, Jamil Khir Baharom, Mashitah Ibrahim dan ramai lagi.

Bayangkan, mereka yang tidak dipilih oleh rakyat itu diangkat ke jawatan besar dalam kabinet Najib, sedangkan ramai lagi pemimpin berwibawa untuk dipilih. Jika amalan ini terus dibiarkan, maka akhirnya perjuangan yang dilakukan oleh mereka yang setia kepada parti terus akan diperlekehkan sedemikian rupa.

Maka, kepada ahli dan pemimpin UMNO BN berfikirlan secara rasional apa yang berlaku ini. Apakah anda terus rela pemimpin anda dihina seperti ini agaknya.

Lakukan perubahan sekarang jika tidak mahu maruah terus dipermainkan oleh pemimpin atasan. Maka fikir-fikirkanlah].

Para Serigala Sudah Mendapat Habuan

Posted: 03 Nov 2011 01:13 AM PDT

malaysiadaily
http://malaysianewsnetwork.net/portal/wp-content/uploads/2011/03/dn1-150x150.jpgSEORANG demi seorang para pengampu dan oportunis politik sudah mendapat upah dan habuan masing-masing. Ternyata kesediaan mereka menjadi serigala pemburu kononnya atas nama untuk menyelamatkan maruah agama, bangsa dan negara telah mendatangkan hasil buat mereka.

Salakan dan pekikan meleking leking mereka bagaikan serigala tidak sia-sia, akhirnya berhasil walaupun ia bersifat sementara

Sama ada habuan itu diberi dengan penuh keikhlasan atau dengan terpaksa dan menyampakah, mereka peduli apa. Bagi mereka soal tembolok harus diutamakan. Soal apakah kaedah mereka itu halal atau tidak, tidak menjadi perhitungan. Politik matlamat menghalalkan cara ada budaya mereka.

Semuanya mendapat habuan mengikut sais perut dan juga sekuat mana mereka meminjam suara serigala untuk mendokong individu tertentu dan menyala individu tertentu lain untuk membolehkan mereka mendapat upah.

Serigala yang menjaga pintu pagar rumah diberikan roti kering, sekadar untuk membolehkan mereka mengeluarkan suara dan membuat kenyataan akhbar. Yang menjaga peribadi tokoh tertentu diberikan ayam dan daging supaya fizikal mereka kuat, sanggup melakukan aksi-aksi ganjil dan berani sehingga menggerunkan orang lain.

Serigala yang menjadi tukang merancang dan mengatur strategi diberikan pil-pil menguatkan minda berupa projek. Mereka inilah yang mengemukakan apa-apa strategi dan tektik bagi menjatuhkan pihak lawan dengan cara tidak bermoral.

Manakala serigala yang sedia sudah tidak ada moral sanggup menggunakan bahan lucah untuk memburuk lawan diberikan kedudukan di GLC ataupun jawatan berupa senator. Yang kecil pula diberikan jawatan untuk menjadi setiausaha kepada tokoh-tokoh tertentu. Paling kecil ialah jawatan peon di pejabat pengarah GLC.

Di satu pihak menganggap usaha mereka ini sebagai usaha pejuang dan pembela negara. Kononnya merekalah penyelamat negara dan bangsa dari dikhianti yang orang yang satu masa dulu merekalah yang mendolornya. (Dolor ertinya mengangkat punggung tokoh yang mereka jadikan idola itu, kandati dalam keadaan punggungya belengah kerana najis). Walhal tahi mereka ini pun ayam tidak sudi patut lagi.

Bagi saya mereka ini tidak ada guna dan sampah kepada negara. Dalam kata lain mereka juga boleh disifatkan musuh dan bandit kepada negara. Para oportunis politik inilah sebenarnya yang menimbulkan masalah dan sekaligus menjadikan kredibiliti dan moral politik hancur. Gelagat mereka menyebabkan orang akan hilang kepercayaan dan rasa hormat terhakis.

Cuba teliti dan tilik diri mereka ini satu persatu. Tenguk latar belakang mereka dan apakah asas perjuangan mereka. Mereka menyertai sesuatu parti politik bukan bertolak dari prinsip perjuangan. Mereka tidak ada prinsip dan matlamat yang jelas. Mereka masuk menyokong batang tubuh seseorang dan bukan berlandaskan nilai perjuangan.

Apa ertinya, mereka mengharap orang yang mereka sokong itu boleh memberi upah dan kedudukan kepada mereka dengan kuasa. Mereka menanti setelah orang itu berkuasa, jadi menteri dan perdana menteri ia diharap akan memenuhi mereka.

Jadi nilai mereka lebih kurang penarik kereta sakit saja. Mereka tarik kemudian minta duit upah untuk diberikan kepada anak isteri dan selebihnya untuk mabuk dan berpoya-poya mencari keseronokan.

Sebab itu mereka seperti ini tidak akan tahan berada dalam perjuangan mereka. Mereka akan mudah cemas dan mudah dipengaruhi. Mereka tidak ada teras akan hanyut dan tenggelam bila dilanda arus cabaran dan dugaan. Paling dahsyat mereka muda 'terpana' dengan wang ringgit dan pangkat. Mereka akan tidak peduli kepada maruah. Kepada pengikut dan penyokong sebegini yang penting tembolok bodoh mereka penuh.

Kewujudan kelompok ataupun serigala ini dominan sejak berlakunya krisis politik Melayu ekoran pemecatan Anwar Ibrahim dari Umno. Krisis pemimpin Melayu ini memberi ruang untuk mereka timbul dan mencari rezeki. Mulanya mereka berarak bagaikan awan biru di kala petang menyokong Anwar.

Selepas Anwar kelihatan kabur untuk menjadi pemimpin untuk mereka 'rukahi' maka mereka beralih kiblat menyokong orang yang mereka keji dan kecam sebelum ini. Kekosongan perut yang masuk angin sejak Anwar tidak berkuasa menyebabkan mereka mudah untuk berpaling arah.

Sebenarnya golongan serigala oportunis inilah yang merosakan politik negara ini. Merekalah yang membawa kucir kacir. Mereka juga menjadi penyebabkan moral politik kita musnah dan kepercayaan kepada orang politik terhakis. Merekalah yang merupakan virus kepada dunia politik kita.

Kenapa tidak gara-gara mereka yang boleh tukar sokongan dan sanggup mengkhianti penyokong, meninggalkan rakyat di kawasan menjadikan orang benci kepada politik dan sistem demokrasi.

Awasilah dengan golongan ini dan hendaknya tidak akan ada serigala baru selepas ini. Sucikan politik negara daripada dihidap wabak serigala oportunis ini. http://msomelayu.blogspot.com/

PRU 13 pada 9 Disember 2011?

Posted: 03 Nov 2011 01:09 AM PDT

MALAYSIA DAILY

Spekulasi bertiup kencang bahawa pilihan raya umum Malaysia akan diadakan dengan tergesa-gesa pada 9 Disember nanti. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang kini berada Mekah mengerjakan haji, dijangka akan membubarkan Parlimen sebaik sahaja dia kembali pada 9 November.

"Satu bulan adalah cukup untuk SPR menyediakan segala-galanya . Mereka seharusnya sudah pun bersedia . Itu pun jika Najib mendapat inspirasi selepas mengerjakan haji. Jika tidak, maka PRU akan diadakan pada tahun depan," kata pemerhati Umno kepada Malaysia Chronicle.

Kepada mereka yang mengikuti teka-teki mengenai tarikh PRU ke 13, ini adalah sesuatu yang mengejutkan. Ramai yang menjangka ia akan berlaku pada bulan November kerana Disember selalunya musim hujan lebat. Dan apabila jelas PRU tidak mungkin berlaku pada bulan November, jangkaan seterusnya adalah bulan Mac atau April 2012.

Sebuah kejutan yang basah untuk Pakatan?

Tetapi ada yang mengatakan bahawa terdapat beberapa isyarat yang dinantikan oleh Najib. Yang paling penting adalah unsur kejutan terhadap musuhnya Anwar Ibrahim dan parti pembangkang Pakatan Rakyat . Yang kedua adalah hujan yang boleh menjadikan jumlah mengundi rendah dan ini akan memihak kepada BN yang tidak popular.

Pakatan jauh lebih bersedia kali ini, berbanding dengan tahun 2008 apabila mereka menyapu bersih 5 daripada 13 negeri di negara ini. Walau bagaimanapun, Pakatan menjangkakan penipuan undi besar-besaran dan dengan ini mereka tidak berupaya memeriksa di kebanyakkan tempat seperti yang merka mahu sebelum pergi mengundi.

Pakatan juga boleh membuat keputusan menentang kemahuan Najib dalam membubarkan dewan undangan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan supaya dapat memberi fokus dengan lebih kepada negeri-negeri lain.

Secara teknikalnya, mandat untuk memerintah tidak berakhir sehingga selepas Mac 2013.
"Kami harus bersiap sedia kalau tidak, ia ibarat membunuh diri. Tetapi secara peribadi, saya masih fikir Najib akan menunggu sehingga 2012 selepas sogokkan daripada Bajet dan wang tunai telah diedarkan sebelum membubarkan Parlimen," kata Naib Presiden PKR Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.Malaysia Chronicle

JPAM Kelantan Tempatkan 1,000 Anggota Di Kawasan Mudah Dilanda Banjir

Posted: 03 Nov 2011 01:07 AM PDT

KOTA BAHARU: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kelantan akan menempatkan 1,000 anggotanya di lokasi yang mudah dilanda bah sebagai persediaan menghadapi kemungkinan banjir besar tahun ini.

Pengarahnya Kamaruddin Hussin berkata antara kawasan terbabit ialah Rantau Panjang, Tumpat, Kota Baharu, Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai.

"Kita sediakan 26 buah kenderaan pelbagai jenis bagi memindahkan mangsa-mangsa yang terlibat dengan banjir," katanya kepada pemberita selepas taklimat persiapan akhir kepada anggota JPAM Kelantan, di sini, Khamis.

Selain itu katanya, JPAM Kelantan juga mempunyai 22 bot penyelamat yang sedia dihantar keluar jika banjir berlaku.

Di samping itu, JPAM Kelantan mempunyai 27,000 anggota sukarela yang sedia berkhidmat pada bila-bila masa, bagi membantu menangani bencana di Kelantan daripada segi keselamatan dan kesihatan.

Beliau berkata anggota terbabit terlatih dan mampu menjalankan tugas dengan baik dan berkesan dalam membantu pasukan keselamatan lain menghadapi sebarang bencana. -BERNAMA

Johor Lakukan Persediaan Rapi Hadapi Banjir - Ghani

Posted: 03 Nov 2011 01:06 AM PDT

JOHOR BAHARU: Kerajaan Johor sedang membuat persediaan rapi bagi menghadapi bencana banjir yang dijangka melanda beberapa bahagian negeri ini bulan depan, kata Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman.

Katanya kerajaan negeri menggunakan pengalaman menghadapi banjir pada 2006, 2007 dan awal tahun ini, dalam merangka persediaan tersebut.

"Kita telah menggerakkan semua jentera bagi membolehkan kita berada di dalam keadaan bersedia," katanya kepada pemberita selepas pelancaran rumah kos rendah Johor Land Berhad, di sini, Khamis.

Beliau berkata pusat pemindahan banjir di seluruh negeri juga telah diminta bersedia untuk menerima mangsa, manakala jentera penyelamat serta bantuan bekalan makanan telah diselaras untuk digerakkan apabila bencana melanda.

Abdul Ghani berkata maklumat menunjukkan bencana banjir akan melanda kawasan utara dan timur Semenanjung pada bulan ini, diikuti Johor bulan depan.

Pakar kajicuaca dilapor berkata bencana banjir kali ini lebih buruk dengan kadar taburan hujan pada tempoh terbabit meningkat sehingga 40 peratus daripada keadaan biasa.

Pada 2006, Johor dilanda bencana banjir besar yang telah mengakibatkan lebih daripada 100,000 penduduknya dipindahkan ke pusat pemindahan di seluruh negeri.

Daerah paling teruk terjejas ialah Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kota Tinggi.

Mengenai lawatannya ke kawasan Parlimen Tebrau hari ini, beliau berkata pembangunan perumahan dan perindustrian pesat di kawasan itu telah menyebabkan penduduknya berhadapan masalah banjir kilat.

Katanya 154 penduduk dari Taman Melati dan Taman Kiambang yang sering dilanda banjir kilat, akan dipindahkan ke kawasan perumahan kos rendah di Taman Bukit Tiram yang sedang dibina oleh Johor Land Berhad, anak syarikat Johor Corporation.-BERNAMA

Peniaga Tidak Patuhi Garis Panduan Menu Rakyat Akan Disingkirkan

Posted: 03 Nov 2011 01:05 AM PDT

MELAKA: Peniaga makanan yang mengikuti Program Menu Rakyat 1Malaysia diingatkan supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan kerana kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan mereka disingkirkan daripada program itu.

Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna negeri Datuk Ghazale Mohamad berkata antara syarat ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) ialah menyediakan makanan berkualiti pada harga RM2 bagi sarapan pagi dan RM4 bagi makan tengah hari.

"Perlu mengikuti program sekurang-kurangnya selama enam bulan, seandainya di dalam tempoh tersebut mereka gagal mematuhi atau melanggari syarat-syarat yang ditetapkan, penglibatan mereka dalam program tersebut akan dibatalkan," katanya ketika melancarkan Program Menu 1Malaysia peringkat negeri di Restoran Berkat, Plaza Pandan Malim di sini, Khamis.

Ghazale berkata pengguna dinasihatkan membuat aduan kepada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Melaka sekiranya mendapati terdapat perlanggaran syarat atau peraturan dilakukan oleh peniaga yang mengikuti program tersebut.

Beliau berkata pemantauan akan dilakukan oleh pegawai PPDNKK dari semasa ke semasa bagi menerangkan konsep program tersebut kepada para peniaga dan pengguna agar dapat memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Katanya sehingga kini sebanyak 40 buah restoran dan kafetaria di Melaka telah menyertai program tersebut sejak ia dilancarkan di peringkat kebangsaan pada 7 Julai lalu. "Kita lihat sambutan daripada pelanggan amat memuaskan dan ini adalah antara usaha kerajaan untuk menyediakan menu makanan yang berharga patut dan bersesuaian dengan kualitinya untuk dinikmati oleh rakyat," katanya.

Beliau berkata PPDNKK Melaka menyasarkan penyertaan sebanyak 80 premis restoran dan kafetaria dalam Program Menu Rakyat 1Malaysia di seluruh negeri sehingga penghujung tahun ini.

Katanya peniaga yang berminat untuk menyertai program tersebut diminta berhubung dengan PPDNKK Melaka di talian 06-2345822, 06-2345825 atau 1-800-886-800.-BERNAMA

AUKU: Rayu Atau Tidak Diketahui Esok - Khaled Nordin

Posted: 03 Nov 2011 01:04 AM PDT

PUTRAJAYA: Keputusan sama ada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan merayu atau tidak berhubung keputusan Mahkamah Rayuan terhadap peruntukan Seksyen 15 (5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), dijangka diketahui esok.

Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata penelitian terhadap keputusan penghakiman sudah dibuat, kini bergantung kepada cadangan serta pendapat kabinet sama ada wajar atau tidak untuk merayu.

"Buat masa ini, saya tidak ada apa yang nak ditambah mengenai isu AUKU, kita tunggu sahaja keputusan Kabinet esok," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi peringkat kementerian di sini, Khamis.

Mahkamah Rayuan Isnin lepas, memutuskan Seksyen 15 (5)(a) AUKU yang melarang pelajar menyatakan sokongan dan simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik dalam dan luar negara, adalah tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Mengenai pandangan banyak pihak termasuk beberapa Naib Canselor, yang menyatakan bahawa adalah tidak salah pelajar berpolitik, Mohamed Khaled berkata, memang tidak salah tetapi masyarakat umum seharusnya memahami secara mendalam tujuan Fasal 10 (2) Perlembagaan Persekutuan diwujudkan.

"Fasal itu menyatakan bahawa hak-hak kebebasan itu boleh disekat jika ia bertujuan bagi maksud pendidikan. Jadi, apakah yang ada dalam pemikiran mereka yang melahirkan Fasal 10 (2), itu yang perlu diterjemahkan," katanya. -BERNAMA

Keputusan Mansuhkan PPSMI Muktamad - Muhyiddin

Posted: 03 Nov 2011 01:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah muktamad, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, beliau akan membuat penjelasan terperinci bagaimana kedudukan PPSMI dan bagaimana pelaksaan Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI) akan dilaksanakan, khususnya yang berkaitan peralihan berikutan keputusan kerajaan untuk memansuhkan dasar itu.

"Kabinet pada 2009 sudah buat keputusan PPSMI tidak akan diteruskan. (Esok)kita akan jelas satu persatu 'concern' ibu bapa dan bagaimana untuk menangani masalah ini di masa hadapan," katanya selepas merasmikan majlis perjumpaan dengan Guru-Guru Bahasa Inggeris:SMR HR Group di sini, Khamis.

Justeru katanya, beliau mahu semua polemik berhubung isu itu dihentikan kerana kementerian tidak akan tunduk lagi pada sebarang desakan daripada mana-mana pihak memandangkan keputusan pemansuhan PPSMI sudah muktamad.

Mengenai desakan beberapa pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (Page) yang mahu kerajaan mempertimbangkan semula pelaksanaan PPSMI secara pilihan di sekolah, Muhyiddin berkata, terserah kepada rakyat untuk menilai mereka.

"Bagi kerajaan dan majoriti rakyat faham, sejak diumum pemansuhan dasar itu pada 2009 kita tidak menerima reaksi negatif, sebahagian besar terima baik termasuk apabila saya bawa perkara ini ke Parlimen untuk dibincang dan dibahaskan, semua pihak setuju termasuk pembangkang, pada waktu itulah," katanya.

Muhyiddin menegaskan, pemansuhan PPSMI tidak dilakukan secara terburu-buru atau berdasarkan politik, sebaliknya dilaksanakan berdasarkan apa yang difikirkan terbaik untuk rakyat dan negara. "Kementerian Pelajaran mempunyai cukup data dan maklumat tentang bagaimana PPSMI dilaksana, apa 'outcome' pelaksanaannya yang kita nilai dan kemudiannya memutuskan untuk memansuhkan dasar itu," katanya.

Timbalan Perdana Menteri itu turut menyifatkan bantahan pihak-pihak berkenaan sebagai "sudah lepas tempoh" dan "ketinggalan zaman" memandangkan keputusan mengenainya telahpun dibuat sejak 2009 manakala dasar MBMMBI juga telah dilaksanakan.

Lebih penting, kata Muhyiddin, adalah soal peralihan dasar dan pelaksanaannya yang akan diumumkan esok.

Pemuda PAS gesa Seksualiti Merdeka dibatal

Posted: 02 Nov 2011 05:00 PM PDT

TERKINI

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR — Dewan Pemuda PAS mahu penganjur dan penyokong program Seksualiti Merdeka 2011 — acara tahunan diadakan sejak 2008 — agar tidak meneruskan perjuangan dan kempen mereka ke arah menuntut kebebasan gaya dan cara hidup barat yang salah dengan norma, tatasusila, budaya dan agama.

Justeru Ketuanya Nasrudin Hassan (gambar) berkata, sayap parti Islam itu juga sedia berdialog ke arah itu bagi menangani perkara ini yang menjadi polemik sekarang.

"Usah lari dari fitrah dan meninggalkan kehidupan beragama kerana jiwa tidak tenteram dan tidak pun boleh menyelesaikan masalah," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Seksualiti Merdeka adalah festival tahunan yang meraikan hak asasi manusia rakyat yang terdiri daripada pelbagai orientasi seksual dan identiti jantina. Ia dianjurkan oleh sekumpulan gabungan longgar pertubuhan bukan kerajaan, artis, aktivis dan individu sejak 2008.

Program festival itu, termasuk forum, ceramah, bengkel, pelancaran buku, pameran seni dan persembahan berlangsung mulai semalam hingga 13 November di The Annexe Gallery di sini. Ia dijadualkan akan dirasmikan oleh bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan pada 9 November.

Nasrudin berkata program itu kononnya berteraskan perjuangan hak asasi manusia menuntut hak dan kebebasan golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka.

"Sekilas pandang, mereka sedang memperjuangkan hak dan kebebasan dengan gaya hidup pilihan mereka dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia.

"Justeru, mereka tidak lagi teragak-agak untuk mengiklan, memperjuang dan menganjurkan programnya secara terbuka," katanya.

Kata beliau, sungguhpun mereka tampil dengan prinsip perjuangan hak asasi, Islam mempunyai pandangannya yang tersendiri mengenai perkara itu.

"Sementara Dewan Pemuda PAS berpaksi teguh kepada ajaran Islam, justeru Islam adalah agama petunjuk dari Allah swt, Tuhan yang mencipta manusia," kata beliau.

Malah kata beliau, kebebasan bukan bermakna manusia bebas melakukan apa sahaja sehingga bertentangan dengan fitrah dan agama.

"Kalaupun seseorang tidak beragama sekalipun, akal yang masih dimiliki tidak mungkin membenarkan manusia melakukan apa sahaja di atas tiket kebebasan.

"Sebaliknya manusia mesti hidup berasaskan peraturan - peraturan tertentu yang mengikat komitmen dirinya agar tidak terbabas dari kebaikan dan kemuliaan," kata beliau lagi.

SPRM: Beli bot 'all weather' tiada unsur seleweng tapi langgar Arahan Perbendaharaan

Posted: 02 Nov 2011 04:59 PM PDT

TERKINI

Oleh Mohd Farhan Darwis

PUTRAJAYA — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tidak wujud elemen penyelewengan dalam urusan pembelian bot aluminium 'all weather' oleh Jabatan Taman Laut merangkumi beberapa peralatan termasuk binokular yang dilaporkan 177 hingga 2,805 peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran.

Sebaliknya, menurut agensi antirasuah itu, perolehan tersebut telah dilaksanakan tanpa membuat kajian pasaran bagi memastikan perolehan dibuat adalah yang paling menguntungkan kerajaan dengan mengambil kira aspek kualiti, harga, kegunaan, kos penyelenggaraan dan faktor lain yang berkaitan sehingga mewujudkan perbezaan harga pasaran dan harga kontrak sebanyak RM172,501.00.

"Meskipun harga pakej keseluruhan syarikat yang berjaya adalah rendah, terdapat keadaan di mana harga peralatan tententu dalam pakej tersebut tidak munasabah.

"Kegagalan membuat kajian pasaran adalah tidak mematuhi Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Pengurusan Perolehan Kerajaan Secara Tender," kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull pada sidang media di sini hari ini.

Shukri berkata, siasatan yang dijalankan suruhanjaya tersebut mendapati kes berkenaan berlaku ekoran kecuaian dan kesilapan pegawai Jabatan Taman Laut kerana tidak melakukan kajian pasaran terhadap harga tender yang dibuat Syarikat Kejuruteraan Kapal Masai Sdn Bhd.

"Berdasarkan laporan dan siasatan kami, tidak berlaku sebarang pelanggaran undang-undang SPRM, tetapi terdapat penyelewengan daripada pihak syarikat, dan kecuaian pegawai Jabatan Taman Laut kerana tidak melakukan kajian pasaran terhadap sebut harga di dalam tender tersebut," kata Shukri.

"Pihak syarikat telah mengambil kesempatan dengan memanipulasi harga barangan dalam pakej pembelian bot tersebut dengan meletakkan harga yang tidak munasabah.

"Bot tersebut dibeli secara pakej termasuk peralatan seperti teropong, komputer riba, mesin pencetak, dan TV LCD dengan harga RM7.51 juta," katanya.

"Walaupun mereka mengeluarkan tender dengan harga terendah berbanding tender dikeluarkan kerajaan sebanyak RM10 juta, tetapi dari segi harga unit peralatan tertentu dilihat tidak munasabah," jelasnya.

Menurutnya, harga pasaran bagi teropong malam itu hanya berharga sekitar RM5,000 tetapi syarikat tersebut meletakkan harga sebanyak RM100,000 untuk pembelian dua unit barangan tersebut.

Jelas beliau, harga itu adalah 177 hingga 2,805 peratuslebih tinggi berbanding harga pasaran.

Sehubungan itu, SPRM akan menghantar surat kepada Jabatan Taman Laut memintanya mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai yang terlibat kerana cuai dalam menjalankan tugas.

Selain itu, SPRM juga akan menggesa syarikat tersebut disenaraihitamkan oleh kerajaan kerana melakukan penyelewengan dan mengambil kesempatan terhadap kerajaan.

"SPRM mencadangkan Jabatan Taman Laut supaya mengambil tindakan tegas terhadap pegawai terbabit kerana gagal mematuhi Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Pengurusan Perolehan Kerajaan Secara Tender dan menyenaraihitamkan syarikat tersebut kerana merugikan kerajaan," katanya.

Tiada ulasan:

Pengikut