Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah |
Jual Pulau: Polis cuba gagalkan kehadiran orang ramai Posted: 03 Nov 2011 04:07 AM PDT KALABAKAN, 3 Nov: Hampir 20 anggota polismenggerumuni kawasan pejabat PAS Kalabakan bagi usaha menghalang orang ramaidari mendengar penjelasan mengenai penjualan pulau-pulau Sabah oleh Ketua DewanPemuda PAS Negeri Sabah, Lahirul Latigu. MenurutNaib Ketua Pemudanya Noryusri Ahmad mendakwa, ini merupakan situasi pertamayang berlaku di Tawau sepanjang sejarah penganjuran ceramah umum termasuk yangmelibatkan tokoh politik PAS dari semenanjung yang hadir berceramah di situ. "Ramaipimpinan PAS dari semenanjung datang sini, termasuk Mohamad Sabu pernah ceramahdi Tawau pun tidak berlaku seperti malam ini. "Duluyang ada hanya 2-3 orang sahaja termasuk specialbranch. Tapi malam ini umpama satu batolion datang menakut-nakutkan orangramai yang nak datang dengar isu pulau," dakwanya. Sementaraitu, Lahirul yang dalam ucapan ceramahnya kepada orang ramai yang hadir menegaskan,kehadiran anggota polis yang begitu ramai bukanlah penyebab utama halangan untukbeliau dari terus mengadakan road showke seluruh pelusuk negeri Sabah bagi memberi kefahaman dan maklumat berhubungisu tersebut termasuklah mengenai isu tanah rakyat Sabah yang gagal ditanganioleh kerajaan Sabah sehingga ke hari ini. "Datanglahberapa puluh ribu sekalipun, saya sama sekali tidak berganjak untuk menoleh kebelakang membelakangi hak rakyat Sabah," tegasnya. Beliaujuga mendakwa, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman sebagai menteri yangpengecut kerana tidak berani menyahut cabaran pemuda PAS berhubung isu tersebutyang sudah melepasi tempohnya. "MusaAman terpaksa menggunakan polis sebagai usaha terdesak beliau mengekang darimaklumat ini sampai kepada rakyat". Beliausebelum ini mengasak Musa Aman untuk turut berada di lapangan politik Sabahsebagai 'anak tempatan' yang bertindak sebagai penjaga amanah dan menghalangdari khazanah negeri tergadai bukan mendiamkan dirinya. KetuaPenerangannya, Mohd Zulfikar Abd. Mijan turut bertindak menghalau keluar tigaanggota polis yang menyamar sebagai orang awam daripada menyertai majlispenerangan tersebut. "Malamini, kebanyakan mat rempit serta penjenayah bersenang-lenang merempit dan merompak apabila polis yang diamanahkan untukmenjaga keselamatan awam bertindak mengawasi perjalanan ceramah PAS," sinisnyasemasa berucap menyampaikan ceramahnya. Walaupunkehadiran polis seramai itu, namun ianya tidak mengentarkan hampir 100 orangyang datang dari Semporna, Tawau serta Kalabakan. Jumlah tersebut bagaimanapundijangka meningkat setelah kebanyakan darinya terpaksa berpatah balik apabilamengetahui kehadiran polis yang begitu ramai. Isupenjualan pulau Sabah kini tersebar luas setelah kenyataan oleh Pengarah JabatanTanah dan Ukur Negeri Sabah, Datuk Osman Jamal yang mengakui terdapatnya pulau-pulauyang ingin dijual. Penjualanpulau-pulau ini bagaimanapun mendapat bantahan serius oleh Dewan Pemuda PASNegeri Sabah yang menjalankan pelbagai usaha menghalang penjualan pulautersebut termasuklah menghantar memorandum bantahan serta yang terbarumelancarkan kempen "Selamatkan Pulau Sabah" dengan mengutip tandatangan rakyatsebagai tanda sokongan bantahan yang disasarkan sebanyak 100 000 tandatangandikumpul dan diserahkan kepada Musa Aman serta Ketua Pembangkang Datuk SeriAnwar Ibrahim untuk dibahaskan di Parlimen. Lahirulbersama Ketua Penerangan dan rombongan kini dalam rangka lawatan kerjapilihanraya dan penerangan pemuda PAS ke kawasan Kudat, Lahad Datu, KotaKinabatangan, Sandakan, Semporna dan Kalabakan termasuk melawat beberapa buahpulau yang diiklankan untuk dijual. |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan