Khamis, 3 November 2011

Barisan Nasional

Barisan Nasional


tun faisal dot com

Posted: 02 Nov 2011 01:22 PM PDT

tun faisal dot com


#AUKU: Hakim terkhilaf bila putuskan AUKU menyalahi perlembagaan?

Posted: 02 Nov 2011 10:57 AM PDT



[Nota: Artikel di bawah di petik dari blog Celah Gelegar. Saya pernah menulis mengenai mahasiswa dan politik kepartian. Dalam tulisan Mahasiswa dan Politik Kepartian saya mengulas tentang realiti mahasiswa dan keutamaan mereka. Bagi saya, kerajaan perlu menjadi kerajaan yang bertanggung jawab; dan dalam keadaan mahasiswa mempunyai pelbagai keutamaan, melibatkan diri dengan parti politik seharusnya menjadi perkara yang terakhir dalam senarai pelajar. Jika kita mahu mahasiswa memberi pandangan yang bebas, tanpa berpihak kepada mana-mana parti politik, maka seksyen 15 ini wajar mahasiswa sendiri pertahankan. Lagi pun bukan semua mahasiswa mahu menjadi pemimpin politik. Pegawai Kerajaan Kumpulan A, Polis dan Tentera tidak dibenarkan untuk terlibat dalam politik dan tidak dibenarkan menubuhkan parti politik atas tujuan yang baik dan Seksyen 15 juga mempunyai niat yang serupa dan bersifat melindungi mahasiswa. Atas sebab itu ada kemungkinan Hakim mungkin terkhilaf apabila menyatakan Seksyen 15 tidak mematuhi Perlembagaan Persekutuan.]

AUKU - ramai yang tidak faham

[Akta A1342]Akta universiti dan kolej universiti (pindaan) 2009
Tarikh Perkenan Diraja ... ... 6 Januari 2009
Tarikh penyiaran dalam Warta ... 8 Januari 2009

Pindaan seksyen 2

2. Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30], yang disebut "Akta ibu" dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2 -

(d) dengan menggantikan takrif "pelajar" dengan takrif yang berikut: ' "pelajar" ertinya seseorang pelajar berdaftar, selain pelajar di suatu institusi yang bersekutu dengan Universiti atau Kolej Universiti, yang mengikuti kursus pengajian, pengajaran, latihan atau penyelidikan daripada apa-apa perihalan pada peringkat persediaan, praijazah, lepas ijazah atau lepas kedoktoran secara sepenuh masa atau sambilan dalam, oleh atau dari Universiti atau Kolej Universiti itu, dan termasuklah pembelajaran jarak jauh, luar kampus, pertukaran dan pelajar tidak berijazah;';

Penggantian seksyen 15

8. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 15 dengan seksyen yang berikut:

"Pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar bersekutu dengan persatuan, dsb.

15. (1) Seseorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, sama ada ia di dalam atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam atau di luar Malaysia, selain—

(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
(b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau
(c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang telah ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding dengan Lembaga, secara bertulis kepada Naib Canselor sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.


(2) Suatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan boleh mempunyai apa-apa penggabungan, persekutuan atau urusan lain dengan mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, sama ada ia di dalam atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam atau di luar Malaysia, selain—

(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
(b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau
(c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang telah ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding dengan Lembaga, secara bertulis kepada Naib Canselor sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.


(3) Menjadi tanggungjawab Naib Canselor untuk menyampaikan kepada pelajar Universiti, dan pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti, nama pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan (1)(c) dan (2)(c) sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.


(4) Naib Canselor boleh, atas permohonan seseorang pelajar Universiti, mengecualikan pelajar itu daripada peruntukan perenggan (1)(a), tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.


(5) Tiada seorang pun pelajar Universiti dan tiada pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan, boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap—


(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
(b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau
(c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan (1)(c) dan (2)(c) sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.


(6) Walau apa pun subseksyen (5), seseorang pelajar Universiti tidak boleh dihalang daripada—


(a) membuat pernyataan mengenai sesuatu perkara akademik yang berhubungan dengan perkara yang pelajar itu terlibat dalam pengajian atau penyelidikannya; atau
(b) menyatakan sendiri mengenai perkara yang disebut dalam perenggan (a) pada sesuatu seminar, simposium atau majlis seumpamanya yang tidak dianjurkan atau ditaja oleh mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, atau mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan (1)(c) dan (2)(c) sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.


(7) Mana-mana pelajar Universiti yang melanggar subseksyen (1) atau (5) boleh dikenakan tindakan tatatertib.


(8) Mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang melanggar subseksyen (2) atau (5) hendaklah diuruskan mengikut seksyen 16.".


Soal Jawab Tentang AUKU

1. Kenapa Kerajaan tidak mansuhkan AUKU agar pelajar boleh berpolitik?

Jawapan:

AUKU merupakan punca kuasa bagi sesebuah IPTA yang merangkumi perkara berkaitan tadbir urus universiti, autonomi, status badan berkanun dan sebagainya. Hanya Seksyen 15 yang berkaitan dengan isu pelajar berpolitik. Jika diminta agar AUKU dimansuhkan maka ia menunjukkan seseorang itu buta undang-undang.


2. Kenapa Kerajaan tidak pinda Seskyen 15 bagi membolehkan pelajar berpolitik?

Jawapan:

Pindaan AUKU 2009 telah melalui proses yang panjang bermula tahun 2005 dengan penubuhan Jawatankuasa Meminda AUKU yang terdiri daripada pakar-pakar perundangan. Disamping sesi brainstorming antara ahli, mereka turut mendapatkan pandangan banyak pihak seperti ibubapa/orang ramai, SUHAKAM, pegawai Kerajaan, wakil parti politik Kerajaan, wakil parti politk pembangkang dan sebagainya. Keputusan yang diambil adalah tepat pada masa itu walaupun sudah tentu tidak dapat memenuhi kehendak semua orang.


3. Pelajar menjadi tidak kreatif jika aktiviti mereka dalam politik dikongkong.

Jawapan:

Kegiatan bersifat politik masih dibenarkan diadakan di IPT dengan syarat ianya haruslah berbentuk akademik dan tidak menjurus kepada parti-parti politik tertentu. Sebagai contoh program pengajian Sains Politik telah lama diperkenalkan di beberapa IPT di Malaysia yang menawarkan kursus-kursus berkaitan politik. Selain itu beberapa forum yang membincangkan isu politik semasa secara ilmiah telah banyak diadakan di beberapa IPT, di samping memperkenalkan sudut pidato di setiap IPT yang memberi peluang kepada pelajar mengasah bakat pidato mereka.

4. Kenapa pelajar luar negara (Kelab UMNO luar negara) boleh terlibat politik?

Jawapan:

AUKU hanya terpakai kepada pelajar IPTA dan tidak terpakai kepada pelajar luar negara. Penubuhan persatuan di luar negara adalah tertakluk kepada undang-undang di negara tersebut. Kalau nak tubuh Kelab PAS luar negara atau Kelab PKR/DAP luar negara pun boleh.

5. Jika AUKU hanya terpakai kepada pelajar IPTA, adakah pelajar IPTS dibenar menjadi ahli parti politik?

Jawapan:

AUKU tidak terpakai kepada pelajar IPTS tetapi mereka tertakluk kepada Akta IPTS [Akta 555] yang juga terdapat seksyen yang melarang pelajar menjadi mana-mana parti politik.

6. Adakah AUKU menghalang semua pelajar berpolitik?

Jawapan:

AUKU tidak menghalang secara total mana-mana pelajar untuk berkecimpung dalam arena politik. Ini berdasarkan peruntukan di bawah subseksyen 15(4) AUKU yang memberi kuasa budi bicara kepada Naib Canselor untuk mengecualikan pelajar itu daripada sekatan yang disebut dalam perenggan 15(1)(a) AUKU. Ini akan membolehkan seseorang ahli politik yang bergiat dalam mana-mana parti politik mendaftar bagi sesuatu kursus di Universiti tanpa perlu melepaskan kerjaya politiknya.

Majlis Peguam sokong perkahwinan gay, lesbian di Malaysia? #saveMsia

Posted: 02 Nov 2011 01:48 AM PDT

Press Release 

If Malaysia wants to be respected as a democracy, it must stop persecuting sexual minorities

The Malaysian Bar welcomes the statement by Prime Minister Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ("PM Najib Razak") that he is the Prime Minister of "a progressive, liberal nation".  Writing in an opinion piece published in the Sydney Morning Herald on 27 October 2011, PM Najib Razak went on to state that, "We are a multi-cultural, multi-ethnic society that has a long and proud history of social harmony and welcoming outsiders."  

In Malaysia, the lesbian, gay, bisexual and transgender ("LGBT") community has long been treated as "outsiders", even though they are citizens.

Members of the LGBT community in Malaysia face numerous hardships, including a lack of personal safety due to harassment by civil and Syariah authorities, living in fear of prosecution for the private acts of consenting adults, and constantly facing public discrimination and denigration.  They are perennially at the receiving end of negative innuendo and hate speech in the mainstream media, which is seemingly tolerated by the authorities.
The Malaysian Bar encourages PM Najib Razak to follow up on his words that Malaysia is a "progressive, liberal nation" and to alleviate the suffering of members of the LGBT community in Malaysia.  He can do so by quickly introducing laws to remove legislation that impose unwarranted restrictions on the individual liberties of the LGBT community in Malaysia.

From 1-13 Nov 2011, the Malaysian Bar is proud once again to support the annual Seksualiti Merdeka series of events, with this year's theme of "Queer Without Fear".  We recognise the LGBT community in Malaysia as one facing persecution on the basis of sexual orientation and gender identity.

No doubt there are those amongst us who do not agree with the sexual orientations and gender identities of the LGBT community's members.  But it is precisely because of this that sexual minorities, and indeed other minority communities, need to be protected.  Individual freedoms and liberties mean very little if they are only extended selectively, or to those who agree with the majority view. 
  
PM Najib Razak wrote in the Sydney Morning Herald that "Malaysia is not some repressive, backward nation that persecutes refugees and asylum seekers."  The Malaysian Bar calls on PM Najib Razak to apply the same thinking with respect to the LGBT community in Malaysia.  If PM Najib Razak seriously wishes to convince his audience in Australia – and elsewhere in the Commonwealth and the world at large – that Malaysia is a "progressive, liberal nation", he must act immediately to end repression, persecution and prosecution of sexual minorities in Malaysia.

Lim Chee Wee
President
Malaysian Bar
2 Nov 2011

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selepas @chegubard kantoi fitnah isteri PM @NajibRazak, sekarang anak beliau pula? PR #GutterPolitics

Posted: 01 Nov 2011 05:16 PM PDT

Politik kotor pembangkang sehingga sanggup memalsukan Utusan Malaysia


Tidak cukup dengan memfitnah PM dan isteri, pembangkang sekarang memfitnah dan manganiayai anak PM yang tidak berdosa dan tiada sangkut paut dengan politik


[Nota: Mula-mula kantoi kisah cincin RM 24 juta; sekarang kantoi cerita serang anak PM dengan berita palsu? Apa punya politik kotor dimainkan pembangkang? Inilah sifat pembangkang yang suka menipu, memfitnah dan cakap tidak serupa bikin.]

SELASA, 01 NOVEMBER 2011 13:47
ROSLI ISMAIL

Setelah kantoi dalam isu untuk fitnah dakwa isteri Perdana Menteri,Datin Seri Rosmah Mansor beli cincin berharga RM24 juta,puak pembangkang terus tak boleh tidor malam mengigau nak cari apa lagi 'cerita' yang boleh buat orangramai geram dan terbakar hati dengarnya.

Terbaru blog-blog pembangkang tidak pandang kiri kanan lagi dan main rempuh saja bila tersebar satu keratan akhbar Australia yang melaporkan DIPERCAYAI anak perempuan Perdana Menteri berbelanja sakan sampai dekat RM200,000 di sebuah pusat beli belah terkemuka di Perth semasa ikut serta Datuk Seri Najib menghadiri Persidangan Kemuncak Ketua-ketua Kerajaan Komenwel (CHOGM) di situ minggu lalu.

Sekalipun kesahihan berita itu yang disiarkan dalam akhbar The Western Australian itu belum dapat disahkan, puak-puak pembangkang termasuk calon yang kalah dalam pemilihan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Badrul Hisham Shahrin (Chegu Bard) sudah melenjit menghentam Perdana Menteri seolah berita itu benar dah sahih.

Isu utama di sini betulkan ada mana-mana anak Perdana Menteri ikut serta ke sidang CHOGM di Perth?

Tolong minta puak-puak ini check fakta itu dulu sebelum melenjit nak kenduri belasah hanya berasaskan laporan akhbar berkenaan yang terang-terang menulis WHILE MALAYSIAN PRIME MINISTER' S DAUGHTER IS BELIEVE TO HAVE SPENT AUD 60,000 IN DAVID JONES (pusat beli belah) .

Che Gu Bard & geng kenalah cepat-cepat cari tempat untuk sorok muka. Ini kerana satu sumber yang rapat dengan pejabat Perdana Menteri memberitahu Agendadaily petang Isnin tidak ada seorang pun anak Perdana Menteri yang ikut serta ke CHOGM di Perth.

Sumber itu sendiri hairan bagaimana fitnah ini boleh direka.

"Memamg tidak ada...baik anak lelaki atau perempuan PM yang ikut ke Perth...ini penipuan dan fitnah serta bukti ada laporan akhbar negara itu tidak boleh dipercayai ," katanya.

Che Gu Bard yang galak bising dulu mengenai isu cincin 24 juta awal-awal lagi dalam blognya komen untuk sakitkan hati orangramai dengan berkata "ketika rakyat terus dibayah payah meneruskan kehidupan seharian keluarga pemimpin negara terus bermewah".

"Rakyat makin terhimpit dengan kos kehidupan yang makin menggila. Regim penguasa semakin gagal mengawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan malah dalam pada masa yang sama pelbagai cukai diperkenalkan terus menjerut rakyat. Rasuah dan pemborosan semakin menggila.

"Masih tidak mampu menjawab isu cincin RM 24.45 juta yang terkait dengan Rosmah Mansor kini muncul pula anaknya dengan imej begitu juga."

Isu cincin RM24 juta yang tidak betul itu sudahpun dijawab sendiri oleh Najib semasa dalam interbiu dengan sebuah akhbar Indonesia baru-baru ini.

Agendadaily difahamkan semasa timbul isu cincin itu dulu,pejabat Perdana Menteri asalnya 'malas' nak layan kerana sudah menjadi kebiasaan bila nafi ia diputar oleh pembangkang dakwa itu tandabya betullah.

Dalam dakwaan terbaru ini anak perempuan Perdana Menteri dikatakan menyertai rombongan isteri-isteri dan anggotai delegasi CHOGM lain pergi membeli belah dan bersiar-siar disamping di luar jadual sidang berkenaan. -1/11/2011

Kedah Ke KL - MctHeory

Posted: 02 Nov 2011 01:11 PM PDT

Kedah Ke KL - MctHeory


PANAS!! Bob Lokman Kena Tangkap??

Posted: 02 Nov 2011 10:08 AM PDT



Bob Lokman ni cari penyakit sebenarnya. Atau pun dia ni dah tersampuk gila penyakit gila glamor. Kita hormati hak dia nak mengajar orang jadi baik, bercakap pasal Islam. Tapi tengoklah keadaan dan tempatnya. Kalau nak beri tazkirah atau ceramah pada orang ramai, kita kena pastikan diri kita benar2 layak untuk bercakap pasal Islam.

Kalau kita tak layak dan takdak tauliah, takut nanti menyongsangkan akidah umat Islam yang lain. Berat tu.. sebab tu JAIS menetapkan perkara ini. Cuma ada baghal2 yang tak faham bahasa, dan memutar belitkan niat suci JAIS yang mahu menjaga kesucian agama Islam dari tercemar!

Kalau takdak tauliah, jangan pandai2 nak beri tazkiran kalau tak, jadi macam Bob Lokman ni..


Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan menangkap penulis lirik, pelakon dan pengacara terkenal, Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman pada bila-bila masa.

Pengarahnya, Marzuki Hussin berkata, Jais sedang mengesan bekas artis berusia 47 tahun itu dan akan menahannya untuk membantu siasatan berhubung kes menyampaikan ceramah tanpa tauliah.

"Kita akan tahan Bob Lokman jika didapati beliau berada di Selangor dan kita yakin dapat menahannya dalam tempoh terdekat," katanya.

Terdahulu Bob yang popular dengan lirik lagu Isabella nyanyian kumpulan Search yang ditulisnya ditahan ketika menyampaikan tazkirah dan ceramah agama tanpa tauliah di sebuah masjid di Sungai Lui, Hulu Langat.

Bob Lokman sepatutnya hadir memberi keterangan ke pejabat Jais keesokannya, tetapi beliau gagal berbuat demikian sehinggalah waran tangkap terhadapnya dikeluarkan.

Bob Lokman kemudiannya dalam satu kenyataan berkeras tidak akan hadir ke pejabat Jais untuk memberi keterangan malah rela menunggu waran tangkap dikeluarkan terhadapnya dan sanggup menerima hukuman yang bakal dikenakan sekiranya tindakannya itu dianggap sebagai satu kesalahan besar.

Dalam pada itu, Bob Lokman ketika dihubungi berkata, dia tidak dihubungi Jais untuk dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

"Bagaimana saya hendak pergi beri keterangan sedangkan saya tidak dihubungi Jais, malah nombor telefon bimbit saya juga tidak diambil mereka (Jais).

"Malah sekiranya dihubungi sekalipun, saya memang tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan lain pada hari tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Menurutnya, dia kini berada di Kemaman, Terengganu untuk berdakwah sebelum dijangka pulang ke rumahnya di Sungai Buloh, Selangor hari ini.

Ketika ditanya berhubung reaksinya sekiranya ditahan Jais, Bob Lokman berkata, semuanya bergantung kepada keadaan.

"Semua itu bergantung pada keadaan kerana saya tidak tahu nak kata macam mana, tetapi semuanya bergantung pada kehendak Tuhan," katanya. - SH

McTheory:
Ni la payahnya bila diri dah rasa terlebih ISLAM dari orang lain..

RANKING BLOGGER PRO KERAJAAN TOP 20!!

Posted: 02 Nov 2011 07:19 AM PDT



Ranking ini di ambil dari ALEXA, ni pun Mc cilok dari blog House Pk. Jangan pula ada yang mempertikaikan kebenarannya. Apa pun terima kasih pada pembaca Kedah Ke KL yang masih memberi sokongan, walaupun pelbagai rintangan dan gosip yang kami terima.

Pada penyokong pro kerajaan, berikan sokongan padu pada blogger2 pro kerajaan ini. Hargai sumbangan blogger2 yang bersusah payah dan penat lelah memberi info terkini dan sulit kepada rakyat Malaysia.

Sesungguhnya kami juga manusia yang ada perasaan dan mahu dihargai.

Apa pun Tahniah rakan-rakan blogger yang lain!! Teruskan perjuangan anda, You Are The Best Bro!!..

McTheory:
Kepada Papagomo.. comel baby girl..tahniah!

GEMPAR!! Bila Pakatan Haram Tak Mengaku Sokong Israel!!

Posted: 02 Nov 2011 05:35 AM PDT


Belit pi belit mai, kena kat kerajaan pusat jugak.

Khalid Gereja ni menafikan dengan pelbagai penipuan. Sebagai penganjur yang mengeluarkan wang RM5 Juta, apakah Kerajaan Selangor tidak diberi detail peserta terlebih dahulu? Takkanlah senang sangat nak keluarkan duit hinggakan proposal dan detail progam tak diberitahu. Nampak sangat la menipu!

Sebenarnya cerita peninju dari Israel ni dibawa oleh media pembangkang dengan isu asalnya 'peninju Israel di Malaysia' kemudian di bongkarkan oleh blogger pro kerajaan dengan mengatakan program itu dibawah anjuran kerajaan Selangor. Kelepek! kena muka mereka balik.

Dorang pun taktau nak pusing macam mana, tuduh balik kata kementerian pula yang luluskan peninju Israel tu.

Kiranya main tuding2 jari lanie. Hang tuduh aku, aku tuduh hang. Tapi kita ni rakyat Malaysia, fikirlah dengan logik. 5 juta tu bukan sikit nilainya. Program Muay Thai tu pun peringkat antarabangsa. Kerajaan Selangor ada exconya, ada syaratnya. Bukan mudah dorang nak percaya dengan kerajaan BN ni.

Rasa-rasa logik ka kalau dorang kata taktau langsung pasal peninju Israel ni?

Atau Dap yang menyuruh kerajaan Selangor meluluskan segalanya?

Cerita macam2 boleh buat.. namun hakikatnya berpeganglah pada logik dan akal!


McTheory:
Mana ada orang bagi duit tanpa usul periksa?

BONGKARR!! Blogger Pas Dedahkan, Blogger pro UMNO Kedah Di Bayar!!

Posted: 02 Nov 2011 02:05 AM PDT


Bila baca pendedahan dari sebuah blog Pas Kedah, Mc nak tergelak pun ada, nak menangis pun ada. HH blogger yang ubah pendirian sokong Pas tu dibayar RM2000 - RM3000 sebulan oleh UMNO Kedah? kah kah kah.. betui ka?

Di sini Mc nak buat pengakuan, Mc mengaku kami semua blogger dan Facebookers pro UMNO Kedah menerima bayaran yang sangat lumayan dari UMNO Kedah. Silap-silap boleh sampai RM10,000 sebulan.

Mc akan sertakan list nama blogger dan Facebookers Kedah.

Det Guaq (blog Pelantaq Hujah) dibayar rm8000 sebulan.


Aloq Staq (Aloq Staq blog) dibayar rm5000 sebulan.


Aktivis UMNO Pekan Naka (FB dan sumber blog) dibayar rm6000 sebulan.


Pisau Kedah (Media Kedah) dibayar rm5000 sebulan.


Pak Teh (blog Pak Teh kata) dibayar rm4000 sebulan.


Kedah Times (blog Kedah Times) dibayar rm6000 sebulan.


Pemuda Melayu Kedah (Kedah Ke KL) dibayar rm4000 sebulan.


Sungguhka (blog Sungguhka) rm3000 sebulan.


GMC (blog Gunung Mat Cincang) rm4000 sebulan


Duke (blog Duke Of UMNO) rm6000 sebulan


Malah McTheory (Kedah Ke KL & Media Kedah) sendiri di bayar rm7000 sebulan.

Kami blogger2 Kedah ni semuanya kaya2, banyak duit UMNO Kedah bayaq kami. Hidup kami senang lenang, semua naik kereta besaq2. Hidup kami cuma buat blog dengan FB saja, tak payah kerja lain.

Selama ni kami hidup pun makan duit hasil blog saja la. Mana ada makan duit hasil lain.

Terima kasih HH, kerana bagitau blogger UMNO Kedah di bayar. Bayar celah mana pun Mc taktau la.

Kesimpulan yang Mc dapat, puak Pas ni main bubuh cerita blogger Kedah dibayar.. fitnah-fitnah.. apa nak jadi la dengan puak Pas ni. Dok mengaku Islam terlebih, tapi fitnah macam haram.


McTheory:
Kalau ada bukti dibayar, minta Pas Kedah dedahkan..

PANAS!! Teruknya Rosmah Habiskan Duit Rakyat Kat Australia!!

Posted: 01 Nov 2011 11:08 PM PDT



Baca berita dan keterangan ni baik-baik..

Ketika berita mengenai anak Datuk Seri Najib Razak dilapor berbelanja mewah di Australia, laman blog dan sosial seperti Facebook menyiarkan gambar isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memakai rantai mutiara.

Ia dikaitkan dengan laporan akhbar Australia, The West Australian yang mendedahkan perbelanjaan delegasi yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Perth, Australia minggu lalu.

Rombongan itu mengambil kesempatan untuk membeli belah di negara itu ketika menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM).

Akhbar The West Australian melaporkan, seorang Wanita Pertama membelanjakan kira-kira A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara di David Jones- sebuah gedung mewah terkemuka di Australia Barat.

Namun akhbar itu tidak menamakan wanita terbabit.


Spekulasi bertiup kencang apabila blogger dan peminat politik mengaitkan wanita berkenaan dengan Rosmah- yang sebelum ini menggelarkan dirinya sebagai First Lady Of Malaysia atau Wanita Pertama Malaysia.

Selain itu, akhbar yang sama turut melaporkan anak gadis perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak membelanjakan sekurang-kurangnya RM195,000 untuk membeli belah di David Jones.

Bagaimanapun ini bukan kali pertama keluarga Najib dikecam kerana mengamalkan gaya hidup mewah ketika negara dibebani dengan hutang sebanyak RM437 juta dan rakyat menderita akibat kenaikan kos hidup.

Rosmah sebelum ini turut dikaitkan dengan pembelian cincin berlian berharga RM24 juta yang dibeli dari syarikat Jacob & Co- sebuah syarikat berlian terkemuka di London.

Beliau juga gemar mempamerkan kemewahan termasuk memakai beg tangan jenama mewah Birkin, yang kebiasaan dipakai oleh golongan kenamaan dan artis antarabangsa.

Minggu lalu, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin meminta Rosmah menjelaskan dari mana beliau memperoleh wang bagi membeli sekurang-kurangnya 11 beg tangan mewah berkenaan.

Beliau berkata, sekiranya anggaran kasar, Rosmah membelanjakan minima RM638,000 hingga maksima RM5,192,000 untuk membeli beg tangan itu.

Sementara itu, sumber yang rapat dengan Pejabat Perdana Menteri memberitahu Mynewshub.my, berita yang disiarkan Keadilan Daily itu amat spekulatif dan nyata sengaja diadun untuk membakar sentimen rakyat.

Katanya, akhbar milik pembangkang mengambil kesempatan sepenuhnya daripada laporan media Australia itu mengenai seorang First Lady yang dikatakan berbelanja A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara di David Jones- sebuah gedung mewah terkemuka di Australia Barat.

"Tidakkah laporan Australia itu memang banyak salah, umpamanya anak Perdana Menteri yang tidak ikut rombongan dikatakan membeli barangan bernilai ratusan ribu ringgit, ini kali pertama dalam hidup saya melihat perkara seperti ini yakni membeli-belah tanpa ada jasad.

"Dan bila akhbar itu menyebut mengenai seorang First Lady, akhbar Keadilan Daily tahu kalau ia dikaitkan nama Rosmah dan dicampur aduk sedikit perencah dan perasa, ramai yang akan tertipu," katanya.

Jelas beliau, apa yang berlaku kini adalah pihak pembangkang menumpukan sepenuhnya kepada usaha menjatuhkan Najib melalui Rosmah.

"Kini menjelang pilihan raya umum, mereka mahu meraih hasil serangan sistematik ke atas imej Rosmah selama bertahun-tahun.

"Mereka tahu, dengan kejayaan membentuk rasa benci dan kurang senang orang ramai ke atas Rosmah, maka tulis apa sahaja, janji ia bersifat negatif terhadap Rosmah, orang ramai akan terus terima tanpa usul periksa," katanya.

Kata sumber itu, semua pihak yang menuduh secara membabi-buat harus tampil dengan bukti yang kukuh.

"Mutiara yang diletakan dalam gambar itu adalah mutiara yang sudah teralu kerap dipakai Rosmah, sedap hati sahaja mereka kata ia dibeli di Australia," katanya. -mynewshub

Bila kita serang anak dan bini mereka. Mereka marah, melenting kata kita ni blogger tak sekolah, bodoh la itu la ini la. Bila mereka serang dan fitnah DS Rosmah dan anaknya bertubi-tubi. Apa pula yang patut kita panggil pada mereka ini?

Blogger Pakatan yang mulakan serangan keatas keluarga pemimpin. Kitaorang cuma mengikut jejak langkah permainan korang.

Kes ramas nenen pun belum sejuk, nanti akan ada skandal lain pulak yang melibatkan anak pemimpin pembangkang. he he.. tunggu saja la.

McTheory:
Siapa yang mula dulu? .. heh..

PANAS!! Bila Orang Pas Sendiri Kata MB Kedah 'Beruk'?

Posted: 01 Nov 2011 08:36 PM PDT


Ha ha ha.. siapa la yang buat papan iklan ni. Tak dak orang Pas yang lebih cerdik untuk buat benda alah ni. Kesian Ustaz Zizan, tiba-tiba kena panggil Mabruk! Bunyinya lebih banyak bunyi beruk dari Mabrur.

Tu la, dulu orang suruh pi sekolah, ponteng, terjun sungai. Lani suruh buat papan tanda pun fail. Macam mana la puak-puak ni boleh jaga Kedah kalau benda kecik macam ni pun gagal untuk melaksanakanya.

Nak harap pada Pas Pusat? rasanya Pas Pusat lagi banyak masalah dari negeri.

Apa pun Mc nak ucap Selamat mengerjakan haji Ustaz Azizan, semoga mendapat Haji Mabrur.. bukan Mabruk.


McTheory:
Yang Mabruk tu puak Pas saja. heh.. sebab perangai lebih kurang macam beruk.

TUDIAA!! Siapa Nak Tengok Muka Blogger pro UMNO yang belot masuk Pas?

Posted: 01 Nov 2011 05:37 PM PDT

Husaini Harun.. masa ni sokong UMNO lagi..
Ni dah confirm masuk Pas..


cuba perhatikan apa si Zul kata dalam kotak merah tu..

Mc tak kisah sangat dia nak masuk Pas. Lantak pi kat dia la, dia bukan bagus mana pun. Tapi cara dia membongkarkan semua identiti blogger pro kerajaan, terutamanya blogger Kedah, Mc rasa terpanggil untuk mendedahkan identiti sebenar si Husaini Harun atau lebih glamor di panggil HH.

Banyak rahsia pasal UMNO dia dedahkan. Satu pun dia tak simpan. Kiranya dia nak bagitau, masuk Pas, serupa dia serahkan jiwa dan raganya la. Bagus la tu, orang macam HH ni memang sesuai masuk Pas.

Dari mula Mc kenal dia ni, sememangnya penuh dengan masalah. Mc malas nak dedahkan perangai buruk mamat HH ni. Kalau dia main lebih, baru kita lebih-lebihkan lagi.

Dulu dia guna blog http://husaini.name.my .. sekarang ni tah la, blog tu pun asyik down saja, mereng macam tuan dia la jugak.

Tapi ada puak Pas kata dia nak setup blog baru pro Pas. 

He he.. kalau betul pun, ada aku kisah? he he..

Mc harap puak Pas Kedah bergumbiralah dengan segala 'rahsia' yang dia akan dedahkan tu. Tah betul tah tidak!

Apa pun Mc ucapkan selamat maju jaya HH, semoga perjuangan baru hang tu, kekal untuk selamanya. Terima kasih sebab belot sebelum PRU ke 13, kalau tak lagi banyak benda yang akan terpecah.

Lagipun, hang ada ka, takdak ka, sama saja.

McTheory:
Ada tak menambah, takdak alhamdullilah..

Apa Yang Tersirat

Posted: 02 Nov 2011 01:07 PM PDT

Apa Yang Tersirat


Pengaruh Anwar cukup kuat, sehingga Majlis peguampun sokong kegiatan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender

Posted: 02 Nov 2011 04:10 AM PDT

BENARLAH apa kata mantan Ketua Polis Negara semasa perhimpunan Perkasa minggu lalu, bahawa Hak Asasi Manusia yang berkumandang kini, akan mengugat kontrak sosial dalam negara.

Kini, suara majoriti semakin tenggalam, sebaliknya suara minoriti semakin bergema kerana prinsip hak asasi. Berdasarkan gema itu, kedudukan Lesbian, Gay, Bisexsual, trangander (LGBT)kini mendapat sanjungan, malah majlis peguam mahu perdana menteri memberi jaminan agar aktiviti golongan LGBT dilindungi.

Aktiviti LGBT sekarang ini mengadakan pesta, sehingga 13 November, dan akan dirasmikan oleh pengerusi BERSIH Ambiga pada 9 November.

Jika sekiranya kedudukkan LGBT diiktiraf, maka kedudukkan agama akan kuncar kacir, kerana tiada agama yang membenarkan hubungan sejenis.
 

THE FLYING KICK

Posted: 02 Nov 2011 01:06 PM PDT

PEJUANG BANGSA

Posted: 02 Nov 2011 11:43 AM PDT

PEJUANG BANGSA


Awat pengantin seksi sangat bila nak Akad Nikah ?

Posted: 02 Nov 2011 11:31 AM PDT


Ini  nak pi jalan  ke  nak akad nikah ?  Tali hitam itu nak tunjuk kat cik Abang ke supaya tak nervous bila salam Tok Kadi nanti  .

Atau pun saja nak bagi bakal suami geram sebelum menaiki bahtera malam pertama ? ..

GPB minta Pak Imam ke atau pun bapak pengantin , tolong la tegur kalau ada yang gatai  dok pakai macam ni lagi .  Dalam masjid wajib menutup aurat .

Pengalaman diliwat di asrama sekolah, seorang suami mengaku dirinya GAY !

Posted: 02 Nov 2011 10:05 AM PDT



"Selepas hampir tujuh tahun berkahwin dan dikurniakan dua anak, saya langsung tidak menyangka akan berdepan badai yang amat dahsyat apabila suami berubah cinta dengan menyintai kaum sejenisnya.

"Hati isteri mana yang tak remuk kerana suami yang disanjung rupa-rupanya gay," rintih isteri yang hanya mahu dikenali sebagai Liza.

Ibu berusia 29 tahun itu berkata, pada mulanya dia mengesyaki suaminya yang berusia 30-an menjalin hubungan sulit dengan perempuan lain selepas mengesan beberapa petanda mencurigakan.

"Suami saya seorang yang lembut, begitu juga dengan tingkah laku dia, tetapi saya tak sangka sampai ke tahap dia melakukan hubungan songsang dengan kaum sejenisnya," katanya yang juga kakitangan sebuah hospital swasta di ibu kota.

Liza berkata, perkahwinannya dengan suami diatur keluarga, namun dia mencintai dengan sepenuh hati lebih-lebih lagi selepas mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki berusia enam dan tiga tahun.

Menurutnya, perubahan sikap suaminya mula dikesan Mac lalu apabila sering marah tanpa sebab munasabah, panas baran dan sering memaki-hamunnya.Liza semakin curiga apabila menemui kondom di bawah pelapik kaki di dalam kereta, namun apabila ditanya, suaminya memberi alasan ia milik rakan.

"Selepas kejadian itu, saya nekad untuk mengintip setiap perlakuan suami. Pada Ogos lalu, saya membohongi suami kononnya terpaksa bekerja sehingga lewat petang, padahal saya sengaja ingin memerangkapnya.

"Tanpa diketahuinya, saya pulang awal ke rumah dan sejurus tiba saya nampak ada lelaki lain yang tidak berbaju bersama suami di dalam bilik tidur kami. "Apabila saya masuk ke rumah secara mengejut, muka suami pucat dan menggelabah, namun masih cuba berselindung dengan memberi alasan lelaki itu rakannya yang datang ke rumah untuk berehat," katanya.

Selepas kejadian itu, perasaan Liza semakin kuat mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena terutama apabila membaca SMS berunsur lucah di dalam telefon bimbit milik suami dan perbualan di laman sosial facebook suaminya juga ada banyak perkataan lucah.

"Saya juga menemui e-mel berunsur lucah selain gambar bogel lelaki dan perempuan. Lebih mengejutkan, semua gambar dan e-mel lucah yang diterima suami datangnya daripada lelaki.

"Saya sungguh sedih, lebih-lebih lagi bila terbaca perbualan kotor suami saya dengan pasangan gaynya," katanya.

Bagi mengatasi masalah dihadapinya, Liza mendapatkan nasihat daripada jabatan kaunseling di tempat kerjanya dan dia dinasihatkan banyak berdoa serta melakukan solat hajat supaya suaminya diberi petunjuk oleh Allah. "Saya nampak ada perubahan pada sikap suami. Dia tidak lagi panas baran, tetapi saya tetap kecewa kerana perasaan suami terhadap pasangan songsangnya yang dia panggil 'adik' masih tidak berubah.

"Malah, suami saya mengaku dia melakukan hubungan sejenis dengan ramai lelaki dan memberi alasan pengalaman diliwat ketika zaman sekolah menengah menyebabkan dia jadi begitu," katanya.

Berikutan itu, Liza meminta suaminya menjalani ujian mengesan virus HIV kerana bimbangkan risiko dijangkiti penyakit kelamin itu.

"Alhamdulillah, keputusannya negatif, tetapi saya tetap berasa tidak tenang kerana suami kini kembali kepada perangai lamanya selepas saya terbaca mesej lucah di telefon bimbitnya.

"Saya sayangkan keluarga, tidak mahu bercerai, tetapi saya keliru dengan keadaan ini," katanya.



** Adakah Al Juburi juga sepert  suami Liza ini ??  pernah diliwat di asrama dulu ? 

Kantoi !! Kerajaan regim DAP P.Pinang menipu isu cat lagi

Posted: 02 Nov 2011 08:40 AM PDT

Ini lah kerajaaan DAP yang dikatakan sentiasa & selalu berjiwa RAKYAT oleh Guan Eng.  Menipu rakyat sudah sifat hakiki dan terbaru  nak mengecat flat Kg Melayu pun nak juga ditipu mereka .

Apa kejadahnya mengecat sebahagian blok je ??  Kalau nak cat , buat la semua blok hingga siap.  Mungkin inilah kaedah yang diamalkan CAT hingga akaun kerajaan negeru surplus dan mempunyai lebihan wang .

Ini membuktikan kerajaan DAP tidak efisyen dalam menjaga kebajikan rakyat yang membayar cukai kepada kerajaan . Wang yang diperuntukan tidak digunakan sebaik mungkin untuk faedah rakyat .

Yang ruginya adlaah RAKYAT !!




Bagi menunjukkan DAP tunaikan janji, satu majlis perasmian olok-olok telah dibuat.





Malangnya, majlis tersebut juga tidak dihadiri oleh ADUN tersebut dan hanya menghantar wakil.
Untuk menunjukkan kerja-kerja mengecat blok akan dibuat, hanya sedikit sahaja bahagian blok yang berkenaan di cat.


Bahagian yang dicat. Itupun separuh.

Menurut pengadu kepada MyMassa, sehingga sekarang tiada kerja-kerja mengecat tak dibuat walaupun perasmian majlis tersebut dibuat pada minggu lepas.

Lihatlah taktik pembangkang menipu rakyat. Macam ayam bertelur sebiji riuh sekampung.


*Buatnya sikit, bisingnya lebih. Sama macam PAS Kelantan. Buat batu asas dah berpuluh tahun. Sampai sekarang jambatan tak siap.



sumber-mymassa

Tak belanja wang peruntukan : bukan lebihan tapi kerugian untuk rakyat P.Pinang

Posted: 02 Nov 2011 12:01 AM PDT





Seorang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) hari ini menyifatkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai seorang yang pandai bermain silap mata dalam membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2012.

Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) berkata, kepandaian Lim bermain silap mata itu ialah dengan menunjukkan defisit yang tinggi dan kemudiannya menyatakan bahawa kerajaan telah berjimat dan mengurus kewangan dengan baik untuk mendapatkan lebihan.

"Mana ada lebihan? Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri ialah tidak membelanjakan wang yang diperuntukkan dalam bajet sehingga menurut Laporan Audit, Pejabat Ketua Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri hanya membelanjakan sebanyak 54 peratus daripada bajet yang diluluskan," katanya ketika membahas Rang Undang-Undang itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN)Pulau Pinang, di sini.

Katanya, apabila wang yang diperuntukkan untuk faedah rakyat itu tidak dibelanjakan, maka ia bukannya satu penjimatan malah ia adalah satu kerugian kepada rakyat.

"Jika wang yang diperuntukkan tidak dibelanjakan, maka ia menunjukkan kerajaan negeri tidak cekap dan tidak telus dalam menguruskan kewangan negeri," katanya.

Jasmin berkata, apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri ialah mengaburi mata rakyat Pulau Pinang dengan bantuan RM100 untuk warga emas dan anak emas sedangkan pada hakikatnya peruntukan sebenar untuk rakyat tidak dibelanjakan.

"Apabila rakyat memohon bantuan daripada JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) mereka akan menjawab tiada peruntukan, kerajaan negeri tidak beri peruntukan", katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga tidak mengatasi masalah kemudahan awam di kawasan luar bandar dan membiarkan jalan-jalan kampung berlopak.

Jasmin berkata, walaupun peruntukan untuk pembangunan infrastruktur itu terkandung dalam belanjawan negeri, namun kerajaan negeri tidak melaksanakannya dan ini bermakna rakyat di negeri ini telah disia-siakan. — BERNAMA

Ranking terbaru Blogger Pro Barisan Nasional

Posted: 01 Nov 2011 11:01 PM PDT



Bukti keratan akhbar Guan Ming Daily ,Guan Eng kantoi lagi !

Posted: 01 Nov 2011 08:52 PM PDT

Bila Guan Eng menerusi pegawainya membuat laporan polis terhadap UMNO Online tentang kenyataan beliau dalam Guan Ming Daily  , apek rasis ini mesti yakin beliau tak pernah cakap langsung tentang gejala dadah .

Tapi sekali lagi Raja Penipu P.Pinang ini kantoi juga apabila  blog Sahabat Gunung dedahkan keratan akhbar menunjukkan muka Guan Eng dan kenyataannya .  Penafiannya sebelum ini kononnya akhbar berkenaan tak pernah tulis seperti itu telah kantoi !



muka sapa tu ? 




pasal artikel inilah Guan Eng celaka ini buat report poli 





Pegawai Khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini membuat laporan polis terhadap laman web Umno kerana didakwa memetik laporan palsu dan memfitnah majikannya.Zairil Khir Johari berkata, sehingga hari ini, terdapat sembilan laporan dimuatkan dalam Umno-Online yang mendakwa anak Lim mencabul seorang pelajar perempuan dan beliau dikatakan membayar RM200,000 kepada keluarga pelajar itu.


"Yang paling teruk sekali, laporan-laporan tersebut terus disiarkan dan dimainkan dengan semberono walaupun bukti sudah pun dikemukakan oleh pelbagai pihak untuk membidas tuduhan-tuduhan yang liar itu," katanya.Sebelum ini, beberapa penulis blog pro-Umno mendakwa anak remaja Lim mencabul kehormatan rakan sekelasnya dan dan akibat itu terpaksa dipindahkan sekolah.

Bob Lokman takut beri keteranngan kepada JAIS

Posted: 01 Nov 2011 07:02 PM PDT



Bob oh Bob ....cakapnya berdegar-degar  tapi bila  diminta hadir ke pejabat JAIS untuk beri keterangan  pun dah takut .

Hinggakan   Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terpakjasa   mengeluarkan waran tangkap terhadap pelakon Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman berikutan kegagalannya hadir di pejabat agensi agama itu untuk memberi keterangan berhubung tindakannya menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Apa yang Bob takut sangat ??  Orang buat salah biasalah akan cuba lari ...

Pengarah Jais Marzuki Hussin berkata waran tangkap itu telah dikeluarkan oleh jabatan itu Jumaat lalu.


"Pihak kami sedang menjejakinya supaya dia boleh ditahan untuk disoal siasat bagi membantu siasatan kes yang melibatkan dirinya," katanya dipetik Bernama Online.


Jabatan itu kini dalam proses melaksanakan tindakan undang-undang bagi membolehkan Bob Lokman hadir di mahkamah, dan kemudian dilepaskan dengan jaminan serta membolehkan proses mengambil keterangan dibuat.


Beliau berkata demikian mengenai Bob Lokman yang ditahan Jais bulan lepas di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat ketika sedang menyampaikan ceramah agama kepada kira-kira 70 jemaah di masjid itu.


Bob Lokman disiasat mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah dan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider 13 Oktober lalu, Bob Lokman menegaskan beliau tidak akan "menyerah kalah" dengan hadir di pejabat Jais.

Bob Lokman memberitahu bahawa beliau tidak akan pergi ke pejabat Jais atas alasan agensi agama itu tidak melaksanakan dasar Islam secara keseluruhan, tetapi lebih memihak kepad dasar pemerintahan Umno-BN.

Pada 19 Februari lalu, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman menyerahkan borang menjadi ahli PAS.

Nizar kata belanjawan 2012 hina rakyat & beri rasuah !

Posted: 01 Nov 2011 05:02 PM PDT

Hero Aku Bukan Tomboy ada tak puas hati ?

Posted: 01 Nov 2011 12:00 PM PDT

Tiada ulasan:

Pengikut