Isnin, 21 November 2011

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


ISA: Keluarga serah memo kepada SUHAKAM

Posted: 21 Nov 2011 05:53 PM PST

KOTA KINABALU, 22 Nov: Anggota keluarga mangsa yang ditahanpihak polis di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Sabah baru-baru inimenyerahkan satu memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).

Penyerahanitu dibuat di pejabat suruhanjaya itu di Kota Kinabalu kepada Pesuruhjaya SUHAKAM,Jannie Lasimbang kira-kira jam 9 pagi kelmarin.

Turutmengiringi penyerahan itu AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman, Pesuruhjaya PAS SabahMohd Aminuddin Aling, Ketua Penerangan, Hisammudin Sulaiman serta Ketua PemudaLahirul Latigu.

Dalam pertemuan sejam dengan SUHAKAM itu, anggota keluarga menuntut pihak SUHAKAMcampur tangan dengan mendesak tahanan dibebaskan segera.

"Keluargamahu pihak SUHAKAM jumpa tahanan. Kita dapat maklumat, kemungkinan mereka yangditahan akan dipaksa mengaku bersalah," katanya yang juga Pengerusi LajnahTanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Menurutnya,keluarga juga melahirkan kebimbangan jika mangsa yang ditahan itu dibawa keluardari Kota Kinabalu sama ada ke Kuala Lumpur atau ke luar Sabah.

MenteriDalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam mendakwa kumpulan 13individu yang ditahan pihak berkuasa di Tawau, Sabah awal minggu ini amatberbahaya kepada keselamatan negara dan serantau.

Menurutbeliau, kumpulan 13 individu terbabit termasuk enam warga asing "tidaktakut mati" dan "mahu mati jihad" dan menyifatkan isu penahanan13 individu terbabit sebagai "amat serius" dan berkata, pada ketikaini mereka sedang ditahan di pusat tahanan di Tawau.

Hishammuddinjuga mendedahkan, operasi penahanan 13 individu yang dilaksanakan oleh unitkhas anti keganasan polis turut menemui sejumlah besar senjata api dan bahanletupan.

Tuduhan jahat

Mengulaslanjut, Mazlan berkata tuduhan oleh Hishammuddin itu berniat jahat danmendahului siasatan.

Menurutnya, anggota keluarga dalam pertemuan dengan SUHAKAM juga memaklumkan,mereka yakin mangsa tidak terlibat dengan aktiviti keganasan seperti didakwaoleh pihak KDN.

"Sayayakin mereka ditangkap untuk disiasat, tetapi bagaimana boleh menteri membuatkesimpulan mendahului siasatan polis.

"Bagisaya, ini sangkaan berniat jahat yang memalukan mangsa dan keluargamangsa," katanya sambil mendesak mangsa tahanan dibawa ke mahkamah segerajika dibuktikan bersalah.

Tiada ulasan:

Pengikut