Sotong Paul muncul kembali, kali ini pilihannya Malaysia sebagai Juara bola sepak sukan SEA kali ini..
Mengikut ramalannya perlawanan malam ini Harimau Muda akan membaham Garuda dengan jumlah jaringan 2-1.
Yang pasti bomoh Indon akan sibuk jampi satu padang malam ni! Hahaha!
Walaupun Malaysia dibelenggu kecederaan tonggak menjelang final bola sepak Sukan SEA XXVI hari ini, namun 'semangat 1979' menjadi azimat skuad Harimau Muda untuk menumbangkan Garuda.
Tiga puluh dua tahun lalu, gol tunggal Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari membantu Malaysia mencatat kemenangan paling masyhur 1-0 ke atas Indonesia untuk membawa pulang kejuaraan di Jakarta.
Biarpun kita kalah 1-0 dalam pertemuan final Sukan SEA terakhir dengan negara itu, juga di Jakarta 1987, namun moral pemain amat tinggi ketika ini selepas menumpaskan tuan rumah 1-0, Khamis lalu.
Namun, kecederaan tiga tonggak, Izzaq Faris Ramlan; sayap kanan, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria dan sayap kiri, Mohd. Fandi Othman sedikit merencatkan persiapan.
Izzaq cedera lutut kiri ketika bertemu Myanmar kelmarin dan terpaksa menggunakan topang.
Penjaring gol kemenangan Malaysia ketika mengalahkan Indonesia, Syahrul Azwari Ibrahim juga belum pasti dapat diturunkan.
Ong Kim Swee kini terpaksa mengatur strategi baru dengan harapan disandar kepada A. Thamil Arasu dan Yong Kuong Yong, selain Mohd. Zubir Azmi.
Apa-apa pun aku yakin Harimau Muda mampu membaham Garuda!!!
Belum pun bermulanya pertandingan di Pilihanraya ke 13, anak kepada ketua pembangkang yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar awal-awal lagi sudah menyerah kalah.
Izzah juga mengakui bahawa Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Senator Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin lebih prihatin dalam membantu rakyat di kawasan Lembah Pantai.
Selain daripada itu Izzah sangat yakin bahawa Umno akan menurunkan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Senator Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin akan bertanding di kerusi itu dalam pilihanraya ke-13.
Nurul Izzah Anwar kini dikatakan amat rungsing dan takut kehilangan kerusinya di Lembah Pantai!
Itulah YB Izzah ni buat kerja tak nak... tak habis-habis nak cari kesalahan orang lain, bila YB Umno masuk tawan kawasan dia, baru nak gelabah canai cerita yang bukan-bukan...
Izzah tak perlu memburukkan orang lain jika mahu mempertahankan kerusinya.. Sebaliknya sebagai seorang Ahli Parlimen Izzah harus memperbaiki mutu berkhidmat kepada rakyat...
Sebelum ini pembangkang beria-ia mahu pilihan raya awal. Macam tak sabar-sabar nak ambil alih Putrajaya selepas kegagalan pelan 16 Sept 2008.
Agaknya, mereka fikir rakyat mahu menyokong mereka sepenuhnya. Sebab itu juga banyak pemimpin pembangkang congak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan bubar parlimen 11 November lalu -kerana 11 nombor favouritenya - bagi adakan pilihan raya umum ke 13.
Bagaimanapun, dalam dok gempak nak pilihan raya umum awal, rasa gementar pembangkang sukar disorok.
Sebab itu mereka desak supaya peraturan baru proses pilihan raya yang sedang dikaji Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung pembaharuan sistem pilihan raya diluluskan terlebih dahulu sebelum adakan PRU ke 13.
Hakikatnya kuasa penentu tarikh pilihanraya peringkat nasional,tak kira siapa yang berkuasa, adalah hak Perdana Menteri.
Pembangkang sengaja mahu 'mengikat' tarikh pilihan raya supaya tidak diadakan dalam tempoh terdekat kerana mereka rasa tidak boleh mengulangi tsunami PRU ke 12 pada kali ini.
Sentimen yang terasa ialah ramai yang sudah celik dan muak dengan gelagat politik pembangkang yang keterlaluan dengan pelbagai ' drama' mereka termasuk demo Bersih.
Sudahlah janji-janji PRK ke 12 tidak dikota, mereka janji macam-macam lagi termasuk menerusi Buku Jingga yang tidak praktikal itu.
Kalau kita rajin pasang telinga sebenarnya para pimpinan PKR, DAP dan PAS makin gabra kerana mendapat signal suasana politik ketika ini tidak memihak kepada mereka. Populariti kerajaan BN dan Najib sendiri terus meningkat dan Bajet 2012 pada awal bulan lalu, ibarat paku yang menutup keranda pembangkang.
Atas sebab kebimbangan itu pembangkang antara lain galak mengecam pemberian RM100 kepada murid dan pelajar sekolah dengan cerita kononnya wang itu bukan dari sumber betul kerana kerajaan tidak boleh beri duit sebab Bajet 2012 belum lulus lagi.
Beberapa ahli parlimen pembangkang sanggup bertegang leher di Parlimen pada petang Rabu lalu mengkritik sumber wang digunakan kerajaan lebih RM53 juta bagi membantu murid-murid dan semula pelajar yang mula menerima bantuan minggu ini.
Sepatutnuya pembangkang tidak perlu politikkan isu ini kerana anak sesiapa sahaja layak terima RM100 termasuk anak wakil rakyat parti pembangkang.
Tetapi kerana sudah kering modal, itu pun nak dijadikan isu.
Berbalik soal pilihan raya, kerana takut juga maka Kerajaan PKR Selangor sudah umum tidak akan bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) jika PRU ke 13 diadakan sebelum Jun tahun depan.
Ini semua taktik pembangkang kerana fikir kerajaan BN takut nak bubar parlimen awal sebelum PSC selesai memastikan sistem pilihan raya baru digunapakai dalam pilihan raya umum nanti.
Pembangkang bukan sahaja di Selangor malah Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang mungkin ikut cara sama untuk paksa Najib tidak bubar parlimen sebelum sistem atau peraturan baru pilihan raya itu siap.
Ada juga yang beritahu Agendadaily pembangkang sengaja nak lewatkan PRU ke 13 kerana jangka ekonomi negara terjejas selepas Jun tahun depan kerana kesan ekonomi dunia ketika ini.
Jangkaan mereka apabila ekonomi terjejas, harga barangan dan cukai akan naik.
Apabila semua naik, mereka ingat rakyat akan marah. Apabila rakyat marah, mereka akan undi pembangkang macam 2008.
Betul juga kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar bahawa tindakan kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang itu jelas menunjukkan mereka takut dengan bayang-bayang sendiri dan tidak yakin mampu mempertahankan kemenangan di Selangor.
"Apabila tiada pilihan raya tahun ini, mereka canang tidak akan bubar DUN tahun depan. Jika sampai pertengahan tahun depan masih tidak berlaku pilihan raya, mereka akan kata pula tidak akan bubar (DUN) sampai lima tahun.
"Kalau nak buat dua kali pilihan raya, kos akan lebih tinggi dan menyusahkan rakyat untuk mengundi," katanya seperti dilaporkan Bernama Jumaat.
Pembangkang tak perlu nak atur Najib bila patut bubarkan Parlimen.
Jika Selangor tidak mahu bubar DUN, begitu juga Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang, mungkin Perdana Menteri boleh timbang adakan pilihan raya Parlimen sahaja atau di negeri di kuasai BN.
Andai kata pilihan raya itu dilaksanakan dan BN kekal menguasai kerajaan dengan majoriti lebih besar atau menguasai dua pertiga, pembangkang boleh terus bermimpi nak tawan Putrajaya.
Tidak ada makna juga kalau mereka lewat bubarkan DUN kerana cita-cita pembangkang hanya mahu jadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri yang boleh dicapai melalui pilihan raya Palimen bukan DUN.
Kalau emas sudah di jari, apa guna lagi cincin suasa!
Kita tengoklah nanti retak kerajaan PKR Selangor yang cuba acah-acah saja tak mahu bubar DUN.
Kalau berani, sama-samalah masuk gelanggang biar sama rata.
Jangan nanti sudah kalah, salahkan padang kononnya tak rata. -Agendadaily
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin berkata Amanat khas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang julung kali diadakan khas bagi sayap Pemuda dan Puteri, semalam merupakan permintaan khusus kedua-dua sayap parti untuk memberi suntikan motivasi memandangkan pengundi muda adalah faktor penentu dalam pilihan raya umum akan datang.
"Selama ini amanat Presiden hanya diberi kepada ketua bahagian atau pemimpin atasan (peringkat) bahagian saja.
"Jadi hari ini kita dapat suntikan semangat sendiri daripada Presiden, dan ini menunjukkan bahawa jentera yang akan keluar untuk mendapatkan lima juta pengundi muda dihargai dan diberi semangat oleh Presiden parti," katanya.
Beliau berkata Najib turut memberikan pengiktirafan terhadap semua program yang dilaksanakan pergerakan itu, seperti Karnival Kerjaya Pemuda BN, cuma Presiden UMNO mahukan beberapa tambahan dibuat untuk memastikan bahawa peralihan pengundi muda kembali kepada BN.
Jelas beliau lagi Pemuda dan Puteri UMNO turut mengambil berat saranan itu dan yakin hasrat yang dikehendaki Presiden parti mampu ditunaikan berdasarkan sokongan daripada generasi muda terhadap BN semakin baik dalam dua pilihan raya kecil terakhir, katanya.
Pada majlis itu, Pemuda dan Puteri melancarkan slogan baru 'BN Pilihan Orang Muda' sebagai identiti baru pergerakan itu dalam usaha memberi lebih pilihan kepada pengundi sasar menjelang pilihan raya umum akan datang.
"Mulai hari ini semua gerak kerja tertumpu kepada slogan itu, di mana identiti baru itu akan menjadi teras kepada kita. Dari dulu kita ada 'Undilah Barisan Nasional' sekarang kita segarkan semula bahawa generasi muda ada pilihan, kuasa ada di tangan mereka, pilihan setelah mereka lihat apa yang telah BN buat dan ditawarkan selama ini," katanya.
Amanat itu yang julung kali diadakan bermula pada 4.30 petang berakhir satu jam setengah kemudian dengan dihadiri oleh hampir 5,000 orang terdiri daripada seluruh peringkat kepimpinan jawatankuasa tertinggi Pemuda dan Puteri UMNO bahagian.
Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) 2011 (BNYJF) telah berjaya menarik kira-kira sejuta pengunjung sejak edisi pertama diperkenalkan Mac lalu sehinggalah edisi terakhir Ahad, semalam.
Pengerusi program itu, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, sambutan yang diterima daripada orang ramai sejak edisi pertama begitu menggalakkan dan untuk edisi terakhir sahaja kira-kira 400,000 pengunjung telah menyertai karnival tersebut.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir menyempurnakan penutupan rasmi karnival tersebut yang diiringi Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.
Karnival BNYJF ini merupakan salah satu daripada usaha Pemuda BN untuk membantu rakyat terutama golongan muda dalam mencari peluang pekerjaan termasuk perniagaan.
Majikan yang menyertai karnival ini juga hanya dikenakan bayaran yang cukup minimum dan ada yang menyertai secara percuma.
Datuk Seri Najib Razak berkata antara kriteria "winnable candidates" (calon boleh menang) Barisan Nasional (BN) adalah mereka yang diterima oleh generasi baru yang merupakan penentu pilihan raya umum akan datang.
Perdana Menteri berkata selain itu, calon BN juga perlu memanfaatkan teknologi baru untuk menyampaikan mesej kepada rakyat, terutama golongan generasi muda ini yang menggunakan saluran alam maya untuk menerima maklumat mengenai perkembangan semasa baik di dalam atau di luar negara.
Pengerusi BN dan juga Presiden Umno itu berkata pemimpin dan calon BN yang aktif dalam menggunakan teknologi baru ini serta saluran alam maya akan diberikan markah bonus.
"Kita kumpulkan bonus poin ini. Kita hendak 'winnable candidates' jadi calon, termasuk yang diterima generasi baru, kerana generasi baru penentu pilihan raya," kata Perdana Menteri dalam ucapannya semasa melancarkan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia, yang julung kali diadakan di Kuala Lumpur, semalam dan dihadiri lebih 2,000 pengamal media sosial.
Pada majlis itu, Najib turut melancarkan Kelab Sukarelawan Media Sosial 1Malaysia MyVoice yang dianggotai oleh para pengamal media sosial yang diiktiraf beliau "sebagai para pejuang dan bala tentera baru BN, yang bergerak di alam maya".
Najib berkata pemimpin BN perlu manfaatkan teknologi baru untuk menyampaikan mesej kepada rakyat.
"Saya ada blog sendiri, facebook dan twitter. Sebahagian besar saya tweet sendiri, dan ada orang sangsi. Kerana apa? Kerana saya hendak sampaikan dari hati saya kepada rakyat. Saya hendak berhubung terus dengan rakyat.
"Kalau dulu kita terpaksa turun padang, tetapi hari ini, di mana saja kita berada, kita boleh berhubung dengan rakyat. Hatta semasa saya mengerjakan ibadat haji pun, saya berhubung dengan rakyat, kerana saya rindu (dengan rakyat Malaysia)," katanya.
Beliau berkata zaman ini, "Kalau kita tidak tahu bagaimana hendak meniti gelombang, kita akan dipukul gelombang dan akan tenggelam".
Untuk itu, pemimpin BN perlu melakukan perubahan, terutama dari atas ke bawah, dimana mereka dapat merasai denyutan nadi rakyat yang telah menyuarakan ingin melihat perubahan dalam negara, katanya.
Najib juga berkata kerajaan telahpun menggunakan pendekatan dari atas ke bawah ini untuk membawa perubahan kepada negara terutama melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP), Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) dan Pelan Transformasi Politik (PTP).
"Apabila sudah muktamad nanti, akan berlaku perubahan yang besar pada negara kita dimana daripada sebuah negara yang dikatakan negara pertengahan, Malaysia akan muncul dan dinobatkan sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi," katanya.
"Selain itu, dari sebuah negara yang demokratik kepada sebuah negara yang boleh dilihat lebih progresif dalam amalan demokrasi, lebih terbuka, inklusif, melalui transformasi politik yang kita perjuangkan.
"Inilah agenda perubahan yang diperjuangkan kerajaan hari ini. Semua ini mestilah bersandarkan pada sokongan rakyat. Kita tidak mungkin berjaya kalau rakyat tidak sokong," katanya.
Seorang bekas ustazah dicekup berkhalwat oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) bersama teman lelakinya di sebuah bilik hotel bajet di Jalan Tun Ali, di sini, awal pagi, semalam.
Dalam kejadian jam 1 pagi itu, Jaim menunggu 15 minit sebelum pintu bilik hotel berkenaan dibuka lelaki berusia 36 tahun terbabit.
Ketika pemeriksaan, bekas guru agama berusia 24 tahun yang berasal dari Johor itu ditemui lengkap bertudung labuh dan jubah duduk di katil, manakala teman lelakinya iaitu seorang peniaga berbaju kemeja, seluar panjang dan berkopiah.
Lelaki berstatus duda tanpa anak itu berasal dari Pahang turut berperwatakan sebagai lelaki warak dengan berjanggut.
Soal siasat pegawai Jaim turut mendapati wanita berkenaan seorang hafizah yang menuntut di sebuah pusat tahfiz di selatan tanah air sebelum bergelar ustazah.
Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata ketika ditahan kedua-dua pasangan terbabit mendiamkan diri.
Katanya, apabila keluarga wanita itu dihubungi pihaknya bagi memaklumkan mengenai tangkapan itu, Jaim mendapat maklumat mengejutkan apabila diberitahu tujuannya anaknya datang ke sini untuk menziarahi neneknya.
"Mereka tiba di negeri ini dengan menaiki bas pada lewat petang semalam (kelmarin) sebelum bermalam di hotel berkenaan," katanya, di sini, semalam.
Pasangan terbabit antara tiga pasangan yang dicekup dalam operasi bersepadu membabitkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), polis, Jabatan Imigresen, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Melaka Invest.
Operasi selama enam jam bermula 11 malam itu disertai 50 pegawai dan anggota daripada agensi kerajaan berkenaan dengan memeriksa menyerbu tiga lokasi di Sungai Melaka, Jalan Tun Ali dan Taman Melaka Raya.
Rahimin berkata, pasangan terbabit ditahan untuk diambil keterangan lanjut dan wanita itu sudah dijamin keluarganya tengah hari, semalam, dan lelaki terbabit masih menunggu warisnya sehingga petang.
Sementara itu, katanya, dalam tangkapan di hotel bajet sama, dua lagi pasangan berusia 25 dan 51 tahun dicekup kerana berkhalwat.
Katanya, pasangan membabitkan lelaki berusia 51 tahun dan pasangannya berusia 35 tahun yang juga ibu tunggal itu datang dari Johor untuk ke Kuala Lumpur, singgah di negeri ini untuk bermalam sebelum meneruskan perjalanan.
"Pasangan berkenaan membawa dua sepupu perempuan kepada wanita berkenaan, bagaimanapun lelaki terbabit tidur bersama temannya itu.
"Manakala, satu pasangan membabitkan lelaki berusia 29 tahun dan wanita 25 tahun ialah warga Indonesia yang bekerja secara sah di negeri ini, mendakwa sudah berkahwin dengan dinikahkan oleh rakan mereka baru-baru ini.
"Dakwaan lelaki itu tidak dapat diterima kerana dia gagal membuktikan pernikahan mereka," katanya. -hmetro-
Terdesak sangat Izzah ni... Kerana mahu publisiti murahan, Izzah sanggup pertahankan pengganas yang merbahaya di seluruh rantau Asia Tenggara... Izzah sengaja mainkan isu ini untuk meraih simpati, kononnya Pakatan Pembangkang prihatin dengan rakyat!
Izzah tidak fikir ke, bagaimana pula dengan keselamatan rakyat di negara ini??? Jangan fikir pasal kepentingan politik saja lah Izzah! Tanggungjawab keselamatan kepada rakyat dan negara perlu dijaga!
Mungkin bila dah ada letupan bom sana, sinun baru Izzah nak tangkap pangganas tersebut agak, tapi masa tu semuanya sudah terlambat...
Jangan jadi gadaikan negara untuk kepentingan politik semaata-mata Izzah!
Terdahulu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah berbohong apabila menjanjikan pembaharuan politik sedangkan pada masa yang sama menahan 13 individu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
September lalu Najib berjanji akan memansuhkan ISA.
"Ia (apa yang diperkatakan) hanya kerja perhubungan awam di pihak perdana menteri. Anda telah berbohong kepada rakyat Malaysia," kata beliau selepas melancarkan Program Sumbangan Yayasan Aman di pejabat Pusat Perkhidmatan Ahli Lembah Pantai di sini hari ini.
Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia pada 15 September lalu, Najib berkata akan memansuhkan ISA dan akan digantikan oleh dua akta baru.
"Jika ada bukti yang membuktikan mereka (13 tahanan) amat berbahaya kepada masyarakat, maka dakwa mereka di mahkamah terbuka," kata Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kumpulan 13 individu yang ditahan pihak berkuasa di Tawau awal minggu lalu sebagai amat berbahaya kepada keselamatan negara dan serantau.
Menurut beliau, kumpulan 13 individu terbabit termasuk enam warga asing "tidak takut mati" dan "mahu mati jihad" amat berbahaya bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi seluruh rantau Asia Tenggara.
"Kumpulan ini tidak takut mati dan sememangnya mereka mahu mati dalam jihad," katanya.
Menteri Dalam Negeri itu turut mendedahkan operasi yang dilaksanakan oleh 13 individu yang ditahan tersebut melibatkan tiga negara, tetapi beliau tidak mendedahkan ketiga-ketiga negara terbabit.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan slogan baru Barisan Nasional (BN), 'BN Pilihan Orang Muda' khusus untuk menarik sokongan golongan muda kepada parti itu.
Pelancaran itu disempurnakan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN selepas menyampaikan Amanat Presiden kepada Pemuda dan Puteri UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, slogan berkenaan akan digunakan sayap muda parti termasuk Pemuda dan Puteri UMN0 untuk meraih undi golongan muda pada pilihan raya umum ke-13.
Peningkatan sokongan golongan muda selepas beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini terutama pada pilihan raya kecil Bagan Pinang dan beberapa pilihan raya kecil lain selepas itu telah mencetuskan idea kepada sayap UMNO untuk memperkenalkan slogan tersebut.
Pengalaman mengacarakan rancangan Salam Baitullah 2011,TV1, selama 20 malam berturut benar-benar mencabar minda. Keluar kerja seawal pagi, balik lewat malam, menunaikan tanggungjawab. Namun, hati ini merasa puas, kerana rancangan agama ini mendapat sambutan yang amat baik dari penonton. Banyak perkara yang boleh dimanfaatkan, terutama dalam menyampaikan makna ibadah haji yang sebenar. Ini kerana ramai yang masih keliru akan makna yang tersurat dan tersirat di sebalik ibadah mulia ini.
Ada yang beranggapan bahawa tujuan hajilah adalah untuk 'mencuci dosa', tempat menyesali segala dosa yang dilakukan selama ini. Jika begitulah keadaannya, sudah tentu kemuncak mengerjakannya ketika usia tua, kerana banyak dosa yang telah dikumpulkan. Usia muda disia-siakan dengan melakukan dosa. Seolah-olah melakukan dosa seharian adalah sesuatu yang dibenarkan. Sebelum itu, kita jarang menyesali atau menghisab dosa yang telah dilakukan. Kenapa pergi ke Mekah, barulah segalanya bermula, yakni bertaubat. Namun, tidak kurang juga yang tidak berubah, walaupun telah pergi ke Baitullah Suci berkali-kali, kerana mereka beranggapan akan berpeluang lagi ke Mekah untuk mencuci dosa atau bertaubat lagi.
Tindakan ini seolah-olah mempermainkan-mainkan Islam. Bila timbul rasa berdosa, atau menghadapi masalah, maka Baitullahlah tempatnya untuk mencari ketenangan dan pengampunan. Persoalannya, apakah sebelum ke Baitullah kita tidak perlu bertaubat? Kita terus membiarkan diri berdosa? Kita tahu salah, kita terus buat dan lakukan kesalahan yang sama, kerana ada tempat untuk menyucikannya. Saya tidak menafikan ada yang telah berubah selepas ke sana.
Tetapi jangan letakkan dalam kepala kita bahawa mengunjungi adalah titik tolak untuk berubah. Seolah-olah haji ini bertujuan menjadikan kita insan tidak berdosa. Perlu diingat, ibadah haji adalah puncak kepada segala kebaikan. Seperti kata Dr Shariati, "is a show of creation, a show of history, a show of unity, a show of the Islamic ideology and a show of the Ummah". Islam adalah agama yang terbaik. Umat Islam sepatutnya menjadi baik sejak mengenali Islam. Tidak timbul pergi haji baru boleh jadi baik.
Tidakkah umat Islam perlu sentiasa menjadi baik sepanjang masa? Lagi pula tidak semua mampu mengerjakan fardu haji. Adakah mereka yang tidak berkesempatan ke baitullah, maka dosa mereka tidak terampun? Jika demikian, maka rugilah menjadi umat Islam yang berada jauh dari Baitullah. Yang beruntung adalah orang Arab Saudi atau yang tinggal berdekatan dengan Baitullah, kerana mereka dapat menatap dan mengerjakan umrah dan haji berkali-kali atau sepanjang tahun. Merekalah yang akan memenuhi syurga berbanding kita di sini.
Perlu diingatkan, bahawa mengerjakan haji dan umrah adalah tanggungjawab individu, sedangkan membantu orang Islam antara hidup dan mati adalah satu kewajipan yang mesti dilaksanakan kerana ia melibatkan masyarakat atau orang ramai. Kewajipan mengerjakan haji menjadi tidak wajib, jika ada umat Islam yang lebih memerlukan wang haji kita itu, misalnya membantu umat Islam yang kelaparan di Somalia. Sebab itulah haji diwajib sekali seumur hidup. Bukannya pergi berkali-kali sehingga peluang orang lain tertutup.
Lucu sekali membawa berita seorang artis berkata, hidupnya tidak akan sempurna jika tidak menunaikan umrah di bulan Ramadan. Ternyata ilmu kita terhadap Islam amat cetek. Pergilah umrah beratus kalipun sama ada di bulan Ramadan atau tidak, pahala sunat tidak akan dapat memadamkan dosa meninggalkan kewajipan fardu, misalnya menutup aurat, meninggal solat lima waktu dan sebagainya, kecuali kita jahil dan tidak faham akan kewajipan kepada Allah SWT.
Lebih baik lagi jika wang untuk menunaikan fardu haji tersebut digunakan untuk membantu mereka yang pergi mencari bantuan daripada gereja. Pahalanya sudah pasti lebih besar daripada pahala mengerjakan umrah beratus kali. Sama seperti membantu umat Islam di Somalia dan Palestin, jauh lebih besar pahalanya daripada mengerjakan umrah. Yakinlah bahawa haji dan umrah tidak dapat membeli syurga, sedang syurga di depan mata, yakni membantu mereka yang memerlukan dilupakan begitu sahaja. Sebanyak mana pun wang yang dibelanjakan, tidak akan sama pahalanya membelanjakan untuk kepentingan diri dengan kepentingan umat.
Ini kerana menyelamatkan akidah umat Islam adalah wajib. Sudah tentu kewajipannya mengatasi ibadah individu seperti mengerjakan haji apatah umrah yang sunat. Sebab itu antara syarat mengerjakan haji adalah jika mampu (fizikal dan material). Umat Islam sewajarnya dapat membezakan kewajipan sunat dan fardu. Misalnya solat sunat edul adha, kita berebut-rebut ke masjid mendirikan solat sunat, sedangkan solat fardu jumaat dan solat fardu seharian kita tidak ambil pusing. Bila tiba yang sunat, kita bersungguh-sungguh.
Yusuf al-Qaradawi mengatakan jika keadaan umat Islam mendesak, wang yang dikumpulkan untuk menunaikan haji, lebih baik disedekahkan kepada mereka yang memerlukan daripada menunaikan haji. Isunya di sini bukan ibadah haji itu, tetapi soal survival umat Islam secara keseluruhan. Apa guna jika semua umat Islam telah menunaikan tetapi pada masa sama maruah Islam diinjak-injak.
Apabila Ibn Abbas ditanya mengenai ibadat haji, beliau menjawab di dalam ibadat haji itu dipenuhi dengan hikmah yang dalam, nikmat yang besar, rahsia yang tidak terungkap oleh lidah yang bertutur. Ingatlah peristiwa Haji Perpisahan atau Hujjatul Wida' yang penuh dengan kenangan detik-detik terakhir Rasulullah menyampaikan wahyu al-Quran. Ini adalah kali terakhir Rasulullah mengunjungi Mekah dan Kaabah. Pada waktu itu, Tuhan menyempurnakan agama Islam kepada umat manusia dan mencukupkan nikmat-nikmatNya.
Rasulullah menyampaikan pesanan-pesanan penting kepada umatnya. Baginda menyampaikan beberapa pesan yang memperingatkan kepada kita berkaitan kesempurnaan agama. Di antara pesanan baginda adalah, pertama, sesiapa telah diamanahkan, maka tunaikanlah amanah itu kepada yang berhak menerimanya. Kedua, berpegang teguh padanya, kita tidak akan sesat selama-lamanya. Ianya adalah Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnah Rasulullah (Hadis). Ketiga, setiap muslim adalah saudara muslim yang lain. Seseorang tidak dibenarkan (mengambil hak) saudaranya, kecuali dengan pemberian yang senang hati.
Ingatan Baginda amat jelas akan betapa perlunya kemaslahatan umat diberikan prioriti utama dalam kehidupan berbanding individu. Apa guna darjat diri terangkat, jika maruah umat dan Islam dipijak-pijak.
Justeru, adalah baik untuk kita memahami serba sedikit tentang falsafah di sebalik ibadah Haji. Profesor Hitti, seorang sarjana terkemuka di German, pernah berkata, tidak pernah ada dalam sejarah manusia, boleh mengumpulkan sejumlah manusia yang begitu ramai, berlainan bangsa dan darjat, melakukan ibadah yang sama pada satu masa dan ketika, melainkan agama Islam. Namun, Hitti merasa amat hairan kenapa falsafah haji yang sebegitu besar tidak diterjemahkan dalam bentuk realiti. Umat Islam masih berpecah belah, seolah haji tidak meninggalkan kesan apa-apa. Maka, ingatlah para haji dan hajjah, kemuncak kepada haji yang mabrur adalah kita mengamalkan segala kebaikan yang selama ini kita dilakukan berada di Baitullah. Janganlah menjadi orang lain pula apabila telah pulang ke tanah air. Ingatlah walaupun Baitullah jauh di mata, tetapi ia tetap dekat di hati.
Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
You are subscribed to email updates from RIDHUAN TEE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Berikutan dengan kenyataan Khalid the Flinstone MB Selangor yang hanya akan membubarkan DUN Selangor selepas Jun 2012 membuktikan bahawa Pakatan Rakyat Selangor sudah nak mampus dijijak-jijak oleh rakyat Selangor.
TERBUKTI ! ... MB Selangor penakut dan hanya mahu bertarung cara tak gentleman ! ...
Manakala, aku percaya dan yakin bahawa DUN Kedah akan dibubarkan serentak dengan pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri. Pasai apa aku kata macam tu ??
Ini kerana bagi aku, MB Kedah yang selama ini kononnya pandai berjimat cermat tu , pasti cuba untuk tidak akan merugikan wang rakyat Malaysia untuk membiayai elaun & OT (kerja lebih masa) kepada para petugas SPR untuk buat kerja dua kali (pengasingan pilihanraya Parlimen & Negeri).
Bukankah Kerajaan PAS Kedah asyik dok mendabik dada mengatakan selama mereka memerintah Kedah pasca PRU12 dahulu, mereka mengamalkan perbelanjaan berhemah dan mengurangkan aktiviti-aktiviti merugikan?
HAAA ! Kali ni kenalah tunjuk bukti ! Kalau berani, bubarkan DUN Kedah serentak dengan Parlimen ... supaya perbelanjaan mengurus pilihanraya tak jadi dua kali kerja ...
Pedulikan apa Khalifah Lim Guan Eng Penang tu nak bubar lewat 2012 ... Pedulikan saja MB Selangor nak bubar selepas JUN 2012 ... Pedulikan Serambi Mekah Kelantan nak bubar bila-bila dia suka ...
PASTIKAN DUN KEDAH DIBUBARKAN MENGIKUT KERAJAAN PUSAT. DEMI MEMBUKTIKAN BAHAWA PAS KEDAH KERAJAAN BERHEMAH.
Kalau dalam bab macam ni (Bubarkan DUN) pun PAS Kedah nak jugak ikut telunjuk DAP di Penang dan PKR di Selangor, memang sah terbukti PAS memang lekeh dan bodoh bangang !
PAS Kedah mesti berani untuk menongkah arus di dalam puak Pakatan Rakyat.
Jika tidak, kami rakyat Kedah akan melihat bahawa MB Kedah cakap tak serupa bikin (kononnya pandai berbelanja berhemah & Menjimatkan Wang Rakyat) !
AloQStaQBlog dengan ini mencabar Kerajaan PAS Kedah untuk membubarkan DUN ikut tarikh pembubaran Parlimen ... kita lawan secara gentleman ! ...
Apa sudah jadi? Angkara penonton, imej Indonesia sebagai penganjur Sukan SEA ke26 tercalar .... Bayangkanlah kalau malam nie Harimau Muda sekali lagi memBAHAM Garuda? Adakah insiden sebegini akan akan berlaku, tidak setakat bakar JALUR GEMILANG sahaja seperti yang mereka lakukan baru-baru ini ....
Walaupun tak terlewat, aku nak meraikan juga kemenangan Liverpool pagi tadi ke atas Chelsea dengan jaringan 1-2 ..... Kenapa bila lawan pasukan pasukan-pasukan besar, Liverpool boleh bermain mantap tetapi bila lawan dengan pasukan-pasukan kerdil, Liverpool hanya mampu mencatat keputusan seri....?
Maxi Rodriguez dan Glen Johnson menjadi WIRA Liverpool pagi nie, yang pastinya membawa mimpi ngeri buat Torres dan Meireles yang sudah pun berhijrah ke kem sebelah sana ....
Ramainya Ketua Jabatan populis yang simpati kepada Anwar Ibrahim walaupun belum lagi tersingkir daripada arena pengurusan pentadbiran Negara. Apabila seorang Ketua Jabatan tersebut, pernah berkawan rapat, kenal benar dengan Anwar Ibrahim, maka tindakan fikir mereka ialah "berdiam diri".
Sudah masanya, Call A Spade A Spade menjadi pendekatan "Blue Ocean Strategy" YAB Dato' Seri Haji Mohd Najib. Rakyat sudah matang mendengar hujah Ketua Penerangan UMNO yang diminta berdagang dalam gelanggang 1 Malaysia. Namun, setiausaha Politik 1 kepada YAB Perdana Menteri, Tuan Shahlan Nasution Ismail masih mengambil pendekatan berdiam diri tanpa berita untuk menyatakan pendiriannya tentang Anwar Ibrahim dan Komplot Pembangkang. Abang kepada Saifuddin Nasution ini dilihat sebagai sympathizer Anwar, dan adalah menghairankan dia yang kini SETPOL Perdana Menteri tidak pernah bicara mengkritik Anwar atau pembangkang. Adakah selama ini Shahlan Nasution adalah musuh dalam diam, api dalam sekam terhadap kebocoran maklumat tanpa kawalan kepada komplot pembangkang di Pejabat Perdana Menteri Malaysia selama ini?
Fenomena yang hampir serupa kepada Raja Arif Raja Ali yang baru beberapa bulan berpayung di BTN, JPM yang dilihat tidak cocok mengetuai sebuah jabatan yang sangat digeruni oleh pembangkang. BTN kini tampak kelam kabut, dari segi pengurusan yang tidak menepati ISO-nya, logo umpama kepala takuk, & penentangan secara senyap oleh hampir keseluruhan jentera operasi tetap jabatan itu..bla..bla..bla! RARA perlu diminta dengan tegas dan sekerasnya untuk menyatakan pendiriannya terhadap gejolak usaha pluralisme yang dibawa Anwar Ibrahim dan Komplot Pembangkang kerana beliau dahulunya dikhabarkan sangat akrab dengan Atuk Peliwat Negara itu. Mungkinkah ada agenda untuk merosakkan BTN dari dalam?
Ada beberapa orang lagi, namun mereka ini tidak qadin benar seperti mereka berdua ini.
Saifuddin Nasution Ismail, Mustafa Kamil Ayub, Kamaruddin Jaafar, Roslan Kassim, Mohd Ezam Mohd Noor, Azmin Ali (guru MRSM Terendak-guru matematik Razali Ibrahim (MP Terendak), Annuar Shaari, dan ramai lagi dulunya protege Anwar. Ada yang kekal dengan Anwar, ramai yang telah keluar diri jiwa dan raga daripada kepompong Anwar.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak terkecuali daripada menjadi mangsa fitnah serta kepalsuan media-media sosial di negara ini. Antaranya, beliau dituduh melakukan tawaf secara berseorangan bersama rombongan sambil diiringi oleh pasukan keselamatan Arab Saudi ketika mengerjakan haji baru-baru ini dan disebabkan itu jemaah lain telah dihalang untuk melakukan ibadah berkenaan.
Tegas beliau, dakwaan tersebut bukan sahaja tidak benar dan tidak berasas malah ia merupakan satu fitnah yang amat besar.
''Saya pergi buat ibadah haji mendapat taraf tetamu diraja. Bukan kita minta tetapi ditawarkan oleh Raja Arab Saudi. Antara kemudahan diberikan apabila kita melakukan tawaf ada beberapa anggota tentera menjaga keselamatan kita.
''Apabila keluar dalam media sosial mereka padamkan jemaah haji yang lain seolah-olah saya dikepung dan diberikan keistimewaan hingga jemaah lain tidak boleh buat tawaf kerana saya buat tawaf. Ini satu kepalsuan dan fitnah besar,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. Perdana Menteri berkata, mereka yang melakukan fitnah itu langsung tidak takut kepada dosa-dosa besar ekoran daripada perubatan tersebut.
''Dosa besar mereka tidak takut, dosa kecil lagi mereka tidak takut,'' katanya lagi.
Begitu juga katanya, fitnah terhadap anak perempuannya yang dikatakan telah berbelanja di Perth ketika beliau menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM), baru-baru ini.
''Walhal anak saya berada di negara lain untuk menjalankan pekerjaannya dan tidak ada di Perth,'' katanya. Sungguhpun begitu, beliau mengakui media sosial banyak memberi manfaat terutama dalam usaha merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat.
''Saya ada blog sendiri, Facebook dan Twitter sendiri. Kebanyakannya saya twit sendiri dan ada kala pegawai menjalankan tugas ini bagi pihak saya. Saya mahu berhubung dengan rakyat. Saya mahu meletakkan hati saya dengan rakyat,'' katanya. Dalam pada itu Perdana Menteri turut menceritakan bagaimana beliau telah menggunakan iPhone 4 untuk merakamkan mesejnya untuk rakyat Malaysia pada sambutan Aidiladha di Padang Arafah, baru-baru ini.
''Disebabkan urusan peribadi, tiada peruntukan jurukamera RTM dan TV3 untuk mengikut saya. Namun saya teringatkan dan rindukan rakyat Malaysia dan berhasrat untuk menyampaikan mesej Aidiladha kepada mereka.
''Akhirnya, saya terfikir untuk mengggunakan iPhone 4. Dengan iPhone 4, video dirakam dan ketika itu saya memakai ihram di Padang Arafah. Selepas selesai rakaman, ia dihantar menerusi e-mel dan kemudian disiarkan di RTM dan TV3. Gambarnya cukup jelas. Inilah manfaatnya kita gunakan teknologi baru,'' jelasnya.
PAS kata rakyat benci pemimpin yang mungkir janji. Memang betul..kami pun setuju. Pemimpin yang mungkir janji harus dibenci.
Tapi PAS hanya nampak kelemahan pihak lain. Kelemahan di pihak sendiri dia buat-buat tak nampak.
Tak pernah pulak PAS tegur kepimpinan Pakatan Rakyat yang jelas mungkir janji. Ambil contoh Kampung Buah Pala. Lihat apa janji Anwar Ibrahim kepada penduduk-penduduk di situ. Sekarang apa sudah jadi? Dalam isu ini, PAS nampaknya double standard, hipokrit dan berpura-pura.
Setiausaha politik lim guan eng mengulangi fitnah yang dibuat oleh malaysiakini walau pun portal fitnah itu telah memohon maaf, soalnya kenapa zairil mengulangi fitnah yang dibuat oleh malaysiakini??? sudah tentu ada agenda jahat dalam hati pemuda kacukan cina ini.
Lihatlah sendiri bertapa rasis nya kaum cina, sehinggakan perkerja di NFC yang berbangsa cina pun mereka gelarkan sebagai anjing kerana dia berkerja dengan NFC, sebuah syarikat milik orang melayu.
Apa yang malaysiakini laporkan pasal skandal NFC memang satu pembohongan dan fitnah, sebenarnya diladang NFC cuma ada seekor sahaja lembu yang duduk di luar kandang, selebihnya, di anggarkan hampir 2 ribu ekor lagi diletakan dalam kandang.
Bodoh punya malaysiakini, kalau nak fitnah pun buat la real sikit, ni boleh kata ada sekor je lembu di kandang lembu yang luasnya beribu ekar... malah ada makhluk yang bodoh boleh percaya bulat-bulat pada laporan malaysiakini tu...
Kenapa aku tunjukan surat khabar harian metro? ini membuktikan gambar ini bukan yang di ambil 2-3 tahun dulu, ini gambar terbaru, macam mana malaysiakini laporkan hanya ada seekor lembu sahaja???
Pada satu ceramah politik di Batu Pahat baru-baru ini, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim tampil seperti biasa - membakar sentimen rakyat.
Strateginya juga sama, membangkitkan kebencian bukan Melayu kepada kerajaan dan UMNO. Selain itu, tidak habis-habis beliau menggambarkan Malaysia ini negara yang begitu buruk seolah-olah tidak layak dihuni. Beliau turut menggunakan ceramah seperti itu untuk mengheret rakyat agar bersimpati dengannya yang kini menghadapi perbicaraan kes liwat.
Seperti biasa, akan ada kambing hitam. Beliau menyalahkan UMNO dan kerajaan kononnya kerana membawa aib dan kezaliman. Diri sendiri yang menjadi punca dan melakukan perbuatan tidak bermoral, mengapa pihak lain yang dipersalahkan. Kita sudah tak larat nak geleng kepala.
Hendak cakap berlapik dan berkias, ada yang tidak faham-faham. Waktu 'sedap' melakukan aktiviti songsang, pernah orang seperti itu teringatkan rakyat atau UMNO. Apabila untuk menyelamatkan diri, baru mencari simpati rakyat dan tohmah pula UMNO.
Tetapi Allah Maha Kuasa. Rakyat juga semakin sedar dan dapat menilai siapa sebenarnya Anwar. Majlis-majlis beliau tidak lagi mendapat sambutan hangat sebagaimana dulu. Isu moral yang serius menghakis kepercayaan rakyat terhadap Anwar.
Ada info yang mengatakan bahawa jika beliau hadir program pembangkang, sudah ada kalangan pemimpin dan aktivis pembangkang, yang tidak selesa. Dalam diam mereka melihat beliau sebagai liabiliti.
Sampai hari ini Anwar masih gagal menjawab banyak persoalan berkaitan isu-isu salah laku seks termasuk bersama pelacur dan dakwaan aktiviti biseksual. Pun begitu, beliau ghairah mahu menjadi Perdana Menteri. Belum pernah dalam sejarah, rakyat Malaysia mengizinkan pemimpin yang menghadapi isu moral yang serius untuk diangkat sebagai ketua kerajaan.
Rakyat Malaysia tidaklah miskin moral dan masih kuat berpegang kepada nilai murni. Inilah kebimbangan ramai pemimpin pakatan pembangkang termasuk DAP dan Pas. Namun kedua-dua parti itu sudah bersedia mencari pemimpin alternatif bagi menggantikan Anwar sekiranya pakatan pembangkang berkuasa.
Isu moral Anwar bukan sahaja menyebabkan populariti beliau jatuh malah pemimpin pembangkang lain terpalit sama.
Kajian Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) terhadap populariti personaliti lima pemimpin mendapati bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad terus kekal popular dan sokongan semua kaum ke atas Najib meningkat. Sebaliknya, tiga pemimpin pembangkang, Anwar, Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng merosot.
Anwar juga hari demi hari makin keruh air mukanya dan tidak lagi jernih, seperti dulu. Apakah itu suatu petunjuk, untuk direnungkan oleh insan-insan kerdil seperti kita?
Suara Politik Taminsari
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Terbaru 4 Negeri dibawah Kera Jagaan Pembangkang cuba tidak membubar DUN supaya kerajaan Pusat dilihat akan akur dengan tarikh PRU 13 yang menjadi pilihan Pembangkang nanti. Sedikit demi sedikit pembongkaran sudah bermula dengan izin Allah. Setiap hari kita dibongkarkan dengan pelbagai helah dan taktik bagaimana mereka cuba menyediakan gula-gula rasuah untuk rakyat demi mahukan undi di PRU 13 nanti. Di Sidag dun baru-baru ni nyata si gagap menyuarakan seolah tidak akan membubar DUN sehingga March Tahun depan. Bukan setakat itu dia juga menyatakan pendapat ini datangnya sepakat dari negeri-negeri Pakatan pembangkang. Apakah ini semua kehendak Rakyat? sebagaimana nama RAKYAT yang digunakan oleh Pakatan rakyat, disetiap ceramah-ceramah RAKYAT juga dipergunakan, dan setiap kali ada perancangan samada bagi negeri atau individu pemimpin Pakatan rakyat termasuk Aljubri sendiri, Perkataan Rakyat digunakan bagi mengaburi Rakyat kononya perjuangan mereka hanya untuk rakyat walaupun sehingga kita hampir ke PRU13 belum lagi kita dengar mereka belum lagi bercerita soal perjuangkan Rakyat Miskin, Rumah PBR, Naik Taraf kehidupan Rakyat, bela ekonomi rakyat, bela nasib rakyat miskin tegar dan lain-lain. Sebaliknya yang kita tahu sepanjang PRU 12 hingga sekarang, yang pastinya Rakyat disumbat dengan Ceramah-ceramah yang menabur fitnah dan memburukan Kerajaan Malaysia yang sedia ada sekarang.
Di Selangor beberapa pembongkaran telah kita ketahui, antaranya bila rumah-rumah untuk rakyat sehingga kini tidak diberikan hak milik bagi tujuan simpan sebagai modal bila PRU 13 nanti, dengan memberikan hakmilik kepada mereka semasa PRU 13 nanti memperlihatkan bagaimana perihatinnya mereka terhadap rakyat. Dalam masa yang sama pembeli rumah tertanya-tanya kenapa belum boleh diduduki sedangkan rumah sudah siap yang dibiarkan lusuh begitu sahaja? Tak puas dengan itu juga beberapa Kawasan padang yang menjadi tempat kegunaan Riadah, Reakrasi dan aktiviti penduduk setempat akan dibangunkan dengan rumah mewah tanpa memperdulikan pendapat rakyat. Bertambah pelik pulak bila terfikir kenapa rumah yang sudah siap tak diserahkan dek kerana menunggu PRU 13, tetapi bila nak bina rumah mewah dibuat dengan terburu-buru. Semacam kelam kabut menyamun selagi boleh sebelum PRU 13 yang kian hampir. lebih menjijikan bila Pembayaran Elaun dan gaji Pengurus Besar PKNS di bawah pentabiran Negeri Kera Jagaan Parti Kencing Rakyat dipertikaikan rakyat. Mana tidaknya jumlah RM 1.4 juta dibayar kepada Pengurus Besar selama dua tahun ini mengatasi gaji Perdana Menteri Kita sekarang, bukan setakat itu sahaja malah bagi menyediakan Teks Ucapan pembentangan juga dibayar sebanyak RM 7,000.
Disidang dun pun baru-baru ini usaha melewatkan PRU13 dan nampak mahu memaksa supaya tarikh PRU terpaksa bergantung dengan kelewatan pembubaran Negeri Kera Jagaan Pembangkang! Untuk apa semua ini? Adakah takut menghadapi pilihanraya dengan kehilangan kuasa ataupun belum puas menyamun.
Di Penang pulak, LGE tersentak bila ada pembongkaran yang tidak ada lansung walaupun sebuah rumah untuk rakyat Miskin terbina sepanjang DAP mentadbir Pulau Pinang. Memang tidak hairan memang Melayu terutama rakyat Miskin untuk membeli rumah yang bernilai RM tiga ratus ribu keatas sebagaimana Bangsa Cina dan India. sekalipun diberi potongan 5% untuk bumiputera. sekaligus Rancangan Halus sebagaimana Yahudi atau Israel lakukan untuk menyingkiran rakyat bumi asal Palastin. Dalam diam kita dapat lihat betapa rassis nya LGE dan DAPig menyingkirkan terutama hak Orang-orang melayu itu sendiri.
Pembongkaran semasa sidang dun juga memperlihatkan bagaimana lebih RM300 juta lebihan dari pemberian kerajaan pusat tidak dipergunakan bagi mengadakan rumah rakyat miskin. Terdesak denga itu LGE memberi alasan kononnya hasil penjimatan Kerajaan pentairan Khalifah LGE. Cuba kita bayangkan jika tidak didedahkan, Siapa sangka mungkin telah di rancang untuk disamun ataupun disimpan unutk kegunaan pilihanray nanti! soal rakyat bukan isu besar sangat sebab kita pun tahu kemampuan bangsa Melayu dan India yang sememangnya mengharapkan rumah PBR sebagai tempat tinggal berbeza dengan Kaum Cina yang mampu milik rumah mewah.
Di Kedah lagilah Lawak! ada ker kera jagaan Negeri umum dengan bangganya menyediakan sebanyak 16 buah bot (sampan) sebagai persediaan banjir nanti. Macan sebanyak bot itu digunakan bagi tujuan menyelamatkan Orang PAS jer! Apakah Rakyat Kedah cuma ada kurang 200 orang sahaja untuk diselamatkan. Atau memang potong budget dan simpan untuk kegunaan PRU nanti? Tidak kah terfikir betapa sebelum ini bila Kedah diLanda Banjir begitu ramai yang disisihkan banuan dan diutamakan dikawasan penyokong PAS. Jadi untuk apa guna perkataan Rakyat.
Di Kelantan, TGNA lansung senyap dan semakin menghilang, Mana tidaknya... Yang lebih berkuasa bukan lagi dia tetapi SiJubri dan Mat Syabu dilihat semacam MB Kelantan ler pulak.Buktinya bila apa sahaja perancangan dibuat dan sekalipun bagi tujuan peribadi SiJubri ini, maka Orang PAS termasuk rakyat kelantan diarahkan untuk dipaksa hadir, seperti bersih... nampaknya kerahan atau arahan supaya dipaksa ikut datang nya dari SiJubri dan bukan lagi TGNA, malah setiap perancangan demi kepentingan Sijubri Orang PAS teruttama dari kelantan yang jadi hamba suruhannya. Apa sangkut paut PAS pada Kes liwat Sijubri ni? Malah Ambiga sendiri lagi berkuasa dari TGNA bila dia mencacaikan Orang-orang PAS termasuk kelantan untuk kempen bersih dan Seks Merdeka anjurannya. Semacam Ambiga, Sijubri dan Mat sabu Pulak menteri Besar Kelantan maupun Mursyidul PAS.
Apa-apa pun, Rakyat sebenarnya cuma protes dengan calon-calon BN yang idak disenangi di PRU12 lalu menafsirkannya diatas kertas undi. sekadar protes dan masih berharap BN menang. Sebaliknya untuk PRU13 nanti jika sebagaimana PM DS Najib perkattakan Winning Candidate yang diutamakan, Rakyat semakin lega dan insyallah akan lebih berhati-hati di PRU13 nanti. Apakah masih mahu memilih Pakatan Rakyat lagi setelah sehingga sekarang penyamun bermaharajalela mengumpul harta dan terbahak-bahak dengan harta samunan ' Peduli Apa Soal Rakyat! Janji aku senang sekalipun tak menang nanti,' Jadi Menyamun selagi Boleh, Pegi Mampus lah Rakyat!
P/s Orang PAS dan PKR nampaknya paling awal pegi kutip RM100 kat sekolah-sekolah. Alasannya Ini duit Rakyat, Duit yang kita bayar LHDN atau cukai. disekolah anak teman teman jumpa geng-geng ni dan itulah alasan yang diberi kononnya itu duit datangnya dari cukai rakyat. Macam teman tak tahu muka mamat dua ekor orang PAS ni mana pernah bayor income tax pun. Apa... tak berkeroja pun kena bayor income tax ker? Kompom memang lahabau-lahabau ni teman cukup tau memang tak peronah bayor income tax pun
You are subscribed to email updates from sekupangdua To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
1. Krisis ini bermula sejak 1990, apabila PAS berjaya menguasai Kelantan. Ketika itu,Nik Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan telah bersetuju bekerjasama dengan "Thames Water" sebuah syarikat dari United Kingdom untuk memaju dan membangunkan air di Negeri Kelantan, bertujuan menangani masalah air di negeri berkenaan.
2. Projek mega tersebut gagal dan yang anehnya segala beban hutang terpaksa ditanggung oleh kerajaan Negeri Kelantan, bukannya tanggungjawab bersama dengan syarikat dari UK itu.
3. Ini kerana memorandum yang ditandatangani tidak memihak kepada kerajaan Negeri Kelantan yang di ketuai oleh Nik Aziz. Manakala Exco yang mentadbir Kelantan yang dilantik oleh Nik Aziz ketika itu tidak ada seorang pun di kalangan mereka yang mempunyai latar belakang di bidang undang-undang.
4. Walaupun ada penasihat undang-undang negeri tetapi Nik Aziz dan Exconya tidak ada pengalaman dan kemahiran mengurus dan gagal membuat keputusan yang tepat dan akhirnya rakyat dan Negeri Kelantan menjadi mangsa menanggung beban hutang sehingga kini.
5. Disebabkan keegoan pemimpin PAS yang enggan mendapat khidmat undang-undang dari kerjaan Pusat menyebabkan kerajaan Kelantan muflis dan akhirnya, Nik Aziz tanpa rasa bersalah mewakili kerajaan Negeri Kelantan memohon bantuan daripada kerajaan pusat dengan menemui Tun Mahathir ketika itu sebagai Perdana Menteri untuk menyelesaikan beban hutang.
Orang lain yang berhutang tapi orang lain yang diminta membayarnya.
Tun Mahathir bersetuju membantu kerajaan Negeri Kelantan dengan memberi pinjaman mudah sepertimana yang diberikan kepada National Feedlot Corporation (NFC) yang dimainkan oleh pembangkang iaitu sebanyak RM600 juta dengan pemberian secara berperingkat,bermula dengan RM200 juta hingga RM600 juta dalam tempoh 3 tahun.
6. Keputusan tersebut telah mengecewakan ahli UMNO dan tidak bersetuju dengan tindakan Tun Mahathir membantu Negeri Kelantan kerana orang-orang PAS yang di ketuai oleh Nik Aziz dan pemimpin yang lain ketika itu telah memberi pelbagai gelaran termasuk FIRAUN dan MAHA FIRAUN ketika berceramah di pentas-pentas politik.
7. Tun Mahathir merasionalkan penyokong UMNO dengan mengatakan beliau bukan PM kepada UMNO dan BN tetapi PM kepada rakyat Malaysia. Pemberian RM600 juta itu adalah untuk rakyat Kelantan sebab Kelantan di bawah Persekutuan Malaysia dan bukan RM600 juta untuk Nik Aziz dan orang-orang PAS tetapi untuk membantu rakyat Kelantan. Terpulang kepada Nik Aziz dan kerajaan yang dipimpinnya untuk mengurus tadbir RM600 juta itu sebab duit ini diberi oleh kerajaan pusat terus ke perbendaharaan kerajaan negeri Kelantan tanpa dipantau.
Etika yang perlu ditunaikan oleh kerajaan negeri ialah membayar kembali kepada kerajaan pusat mengikut perjanjian. Terma yang sama diberikan kepada NFC.
8. Apa yang mengecewakan, selepas kerajaan Pusat membantu kerajaan PAS Kelantan, Menteri Besarnya Nik Aziz sebagai pemimpin negeri Kelantan tidak pernah mengucapkan terima kasih kepada Tun Mahathir dan tidak pernah buat kenyataan akhbar tentang pertolongan kerajaan pusat kepada kerajaan negeri Kelantan.
9. Apabila ditanya mengapa tiada satu pun ucapan terima kasih diucapkan oleh pemimpin dan penyokong PAS,mereka menjawab di pentas-pentas politik dengan mengatakan PAS tidak perlu berterima kasih kepada manusia tetapi cukup mengucapkan syukur kepada Allah Subhanahuwata'ala sahaja.
Begitu sekali sikap pemimpin dan penyokong PAS. Adakah ajaran Islam mengajar umatnya bersikap sedemikian, atau adakah itu ajaran pemimpin parti berkenaan?
10. Episod beban hutang ini berlanjutan apabila Nik Aziz tanpa rasa bersalah meminta pertolongan Tengku Razaleigh Hamzah menjadi orang tengah untuk berjumpa dengan Tun Mahathir sebelum beliau meletak jawatan sebagai PM pada 2003. Pertemuan itu adalah atas permintaan Nik Aziz yang mewakili kerajaan negeri Kelantan yang merayu supaya sebahagian hutang kerajaan negeri Kelantan (RM500 juta) dapat dilupuskan oleh kerajaan pusat.
Harapan Nik Aziz dan kerajaan Kelantan supaya diterima oleh Tun Mahathir seperti mana beliau membantu Nik Aziz dan kerajaan Kelantan pada pertengahan dan akhir tahun 1990an (isu air) dahulu hampa, kerana Perdana Menteri tidak dapat menunaikan permintaan tersebut dengan alasan jika RM500 juta hutang kerajaan Kelantan dihapuskan oleh kerajaan pusat, maka ada 13 buah negeri di bawah Persekutuan Malaysia, termasuk Wilayah Persekutuan akan meminta perkara yang sama dan adalah tidak adil jika hanya Kelantan diberi keistimewaan seperti itu.
Selepas Tun Mahathir meletakkan jawatan sebagai PM Malaysia barulah Nik Aziz mengakui kerajaan Kelantan pernah mendapat bantuan dari kerajaan pusat berjumlah RM600 juta berhubung isu air di Kelantan.
Nik Aziz dalam wawancara dengan akhbar arus perdana itu mengakui bahawa Tun Mahathir seorang yang baik dan hatinya putih kerana pernah membantu kerajaan Kelantan yang pada masa itu menghadapi krisis kewangan.
Persoalannya, kenapa selepas Tun Mahathir meletakkan jawatannya sebagai PM baru Nik Aziz menghargai jasa-jasa beliau dan sekali gus mengakui bahawa kerajaan pusat pimpinan Tun Mahathir pernah membantu kerajaan Kelantan ketika susah dahulu dengan sejumlah wang yang banyak (RM600 juta) walaupun kerajaan Kelantan parti pembangkang dan tidak satu aspirasi dengan kerajaan pusat (BN).
Jawapannya, mungkin anda semua dah tahu.
Inilah fakta-fakta yang cuba dipadamkan oleh pemimpin dan penyokong PAS, supaya mereka boleh mengambarkan UMNO yang mengetuai kerajaan pusat adalah zalim dan perlu ditukar.
Itu sebab PAS mengunakan slogan 'PAS GANTI UMNO', tetapi mereka lupa bahawa sebenarnya 'DAP yang akan GANTI PAS'.Bukankah Mat Sabu Al-Komuniz sekarang ini Pencinta DAP!!!
Siapa Arahkan Blogger PASGereja Serang Dato' Dr. Hassan Ali?
Adakah Puak-Puak YB Khalid Gereja!
Hassan Ali Semakin Murka!!!
1. Nampaknya tahap benci dan meluat geng KhalidGereja kepada Dato' Dr. Hassan Ali sudah semakin berlebih-lebihan. Episod kini memasuki gerbang famili Hassan Ali pula. Mymassa turut menerima sesalinan emel gambar kononnya anak perempuan Hassan Ali tanpa tudung di atas itu.
2. Sebagai pejuang Islam sederhana, bukannya PASGereja, tindakan tersebut jelas untuk menjatuhkan reputasi Hassan Ali sebagai seorang yang warak, Muslim dan addin. Apakah salah Hassan Ali mempertahankan Aqidah umat Islam di Selangor, apakah salah beliau menyokong JAIS dan Sultan Selangor yang sama-sama mempertahankan kesucian agama Islam dan Umat Islam di Selangor?
3. Nampaknya, kumpulan PAS kini tidak lagi satu jamaah, selain daripada PASGereja yang menyokong penggunaan nama suci Allah oleh penganut Kristian, juga wujud kumpulan Erdogan yang gila dunia, selain puak Khawarij, masing-masing membawa ideologi masing-masing. PASGereja ini langsung tidak mengkiritik, tidak menghalang dan tidak berdemo pun jika umat Islam Selangor dikristiankan, tetapi mereka berdemo jika Hassan Ali menyokong UMNO dan Sultan Selangor!
4. Kepada Hassan Alli dan Ustaz Nasha, tak perlu tunggu lama-lama, keluarlah segera daripada PAS yang semakin di DAPiq kan. Dengan adanya Mat Sabu Al-Komuniz, PAS hari ini semakin hari semakin berwajah DAPiq...
Bukan setakat Bil Hospital Mat Sabur dibayar oleh DAPiq, malah hiburan. Apakhabar Mat Sabu di Medan yang disponsor oleh DAPiq, selamat berhibur di Medan...? Siapa pernah pergi Medan bolehlah kongsi gambar-gambar menarik di malam hari...
AMPANG, 20 NOV : Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) hari ini tampil membela nasib 14 peniaga jalanan yang dinafikan hak niaga oleh Kerajaan Negeri Selangor di Taman Muda di sini hari ini.
Pengerusi Ikhlas, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, Selangor dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat dilihat seolah-olah cuba meminggirkan pengusaha Melayu di Dewan Undangan Negeri Teratai yang kini dipegang ADUN DAP, Jenice Lee.
Katanya, ini kerana deretan gerai yang ada di DUN Teratai kini secara keseluruhanya dimonopoli oleh peniaga berbangsa Cina.
Malah, deretan kedai terbabit terletak hanya beberapa meter sahaja daripada tapak gerai peniaga Melayu yang dirobohkan itu.
"Kita boleh lihat cara DAP mahu wujudkan sentimen perkauman. Kita lihat di sebelah sana kalau ikut specifikasi Bomba ia tidak boleh dibina, tetapi ia tetap wujud?
"Saya mintak ADUN Teratai, Jenice Lee yang juga wakil rakyat DAP gar memberi penjelasan mengapa pengusaha terbabit tidak dibenarkan untuk meniaga selama 4 tahun ini. Ada peniaga yang nak saman. Dan kita ada bukti surat Jenice Lee arahkan kontraktor buka gerai tersebut.
Mohd Ridzuan turut mendakwa Pejabat ADUN Teratai telah mengeluarkan surat arahan kepada CCK Renovations and Decoration Works yang bertarikh 8 Januari 2011 untuk mengindahkan kawasan dan jalan terbabit.
Tegas Mohd Rizuan, ia merupakan bukti kukuh dimana Jenice secara sengaja menidakkan hak peniaga Melayu yang telah sekian lama berniaga di kawasan tersebut.
Justeru, Mohd Ridzuan menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Jenice, Bomba dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya(MPAJ) kerana sengaja melakukan 'rancangan' jahat itu.
"Saya harap SPRM siasat Jabatan Bomba dengan MPAJ. Dua jabatan ni saya nak SPRM siasat sekiranya dalam seminggu tiada siasatan, pihak Ikhlas dengan semua peniaga ramai-ramai akan pergi pejabat SPRM untuk serah memorandum. Kita kena siasat mengapa di sana gerai Cina tak roboh, gerai kaum Melayu saja diroboh," tegas Ridzuan.
Ekoran perbuatan khianat itu, Ridzuan serta beberapa peniaga asal kawasan terbabit menuntut agar mereka diberi pampasan sewajarnya oleh Kerajaan Selangor serta menyediakan satu kawasan baru untuk mereka menjalankan aktiviti perniagaan.
Deretan kedai yang terletak di pinggir jalan persimpangan lampu isyarat Taman Muda ini menempatkan seramai 14 orang peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan secara kecil-kecilan sejak awal 1993, namun ia dirobohkan pada 2007.
Bagaimanapun, kerajaan negeri dibawah pimpinan Dr Muhammad Khir Toyo sebelum ini telah mengarahkan Yap Soo Sun ADUN Teratai ketika itu untuk mencari lokasi perniagaan baru kepada peniaga terbabit.
Namun, ia hanya janji tinggal janji apabila Barisan Nasional kalah dalam pilihan raya umum ke 12 lalu.
Seorang peniaga, Asmah Beebi Yusoff yang ditemui Antarapos.com hari ini menyatakan kekesalanya diatas kegagalan Jenice dan MPAJ dalam usaha membela nasib rakyat sekaligus beranggapan cogankata 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' yang dicanang kerajaan Pakatan Rakyat hanya retorik semata.
"Mereka robohkan gerai kami pada 2007. Kemudian (dibawah pentadbiran) Khir Toyo, dibina gerai baru dikatakan bakal disewa kepada kami. Tengok sekarang gerai kami dirobohkan tanpa pampasan atau lokasi baru. Adakah ini adil? Melayu cuma 13 orang saja di sini lain semua Cina. Jadi, kami bantah cara DAP yang tak bantu kami," kata Asmah.
Sementara itu, seorang lagi peniaga yang ditemui, Abdul Rahman Mohd Salleh merayu agar pemimpin yang dipilih rakyat pada pilihan raya umum lalu dapat membela nasib mereka dari terus diabaikan.
"Kami dah berniaga selama 17 dan 18 tahun di sini tanpa hal, tapi bila Parti Pemerintah bertukar naik, gerai kami tak sempat diberi oleh UMNO tanpa apa-apa pampasan sekalipun. Kami teraniya. Kami harap MPAJ, pemimpin serta wakil rakyat dapat bantu kami,"katanya.
MALAYSIA merangkul pingat emas ke-50 menerusi acara renang berirama pada hari ke-10 Sukan SEA di Indonesia.
Pasukan duet rutin bebas wanita negara, Katrina Ann Abdul Hadi dan Png Hui Chuen berjaya mengumpul mata tertinggi 76.051 mengatasi pesaing Singapura yang membawa pulang pingat perak dengan 72.476 mata.
Pasukan tuan rumah Indonesia sekadar memperoleh gangsa dengan kutipan 71.563 mata.
Tahniah sekali lagi dari MyMassa.
*Harap-harap Malaysia boleh menang Mother Of All Medal, acara bola sepak esok.
Mungkin agak lambat untuk BN mengiktiraf medan siber sebagai satu lagi medan perang yang perlu dikuasai untuk menang dalam pilihan raya.
Ketika Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO, media baru ini dipandang sepi oleh pihak pemerintah walaupun dirinya sendiri menjadi bahan tohmahan yang melampau ketika itu. Bagi Tun Abdullah, polisi elegance silence yang diamalkan dapat mengatasi kebisingan yang keluar dari mulut busuk pemimpin pembangkang yang kemudian disebarkan melalui media baru. Pada masa itu, dua orang panglima di pihak pembangkang yang paling top adalah Raja Petra dan Kickdafella. Raja Petra adalah pembekal cerita-cerita palsu manakala Kickdafella membekalkan poster-poster yang mengutuk Pak Lah. Dan kedua-dua panglima ini bukannya 'berjihad' secara percuma tetapi mereka dibayar untuk kerja profesional mereka.
Tahniah MyMassa ucapkan kepada YAB PM kerana menyedari perkara ini dan tidak mengulangi kesalahan pemimpin sebelumnya. Cuma MyMassa nak tambah bukan sahaja pemblog dan pengguna media sosial sahaja penting, media portal juga penting untuk memenangi perang di medan siber. Oleh itu, MyMassa ingin mengajak semua penyokong Kerajaan untuk menyokong media portal pro Kerajaan seperti KLPOS, MNN, Utara News, Agenda Daily, MYKMU, Umno Online, SEL13, Selangordaily dan lain-lain portal selain daripada menyokong blog pro Kerajaan.
*Sokong jangan tak sokong. Tapi yang penting, sokong Harimau Muda lawan Garuda esok.
(AP) CAIRO - A woman activist who posted nude pictures of herself on her blog to protest limits on free expression has triggered an uproar in Egypt, drawing condemnations from conservatives and liberals alike.
Some liberals feared that the posting by 20-year-old university student Aliaa Magda Elmahdy would taint them in the eyes of deeply conservative Egyptians ahead of Nov. 28 parliamentary elections in which they are trying to compete with fundamentalist Islamic parties.
Tindakan gadis tersebut, Aliaa Magda mengundang kritikan dari pelbagai pihak termasuk pihak liberal.
MyMassa tidak terkejut dengan tindakan 'berani bogel' Aliaa. Cuma MyMassa terkejut kerana pihak liberal pun turut mengkritik tindakan tersebut.
Ianya berbeza dengan kes Elizabeth Wong di mana para Muslimah PAS sanggup mempertahankan Elizabeth Wong. Sampai menangis demi mempertahankan Elizabeth Wong dan merayu supaya Exco tersebut tak letak jawatan.
Kalau bab bogel dan skandal, semua negara atau bangsa tidak boleh terima. Yang peliknya adalah hanya di Malaysia sahaja boleh diterima pemimpin yang ada gambar bogel. Bukan sahaja yang ada gambar, yang ada video tengah menutuh pun sampai sekarang disebut-sebut sebagai calon Perdana Menteri.
Kepada pihak yang belum sedar tentang perkara ini, mungkin ceramah agama ini boleh membuka mata anda.
*Di Malaysia, bukan sahaja penzina disokong. Seksualiti Merdeka pun puak-puak ni pertahankan.
Artikel ini mungkin pembaca MyMassa dah baca di blog lain.
MyMassa cuma nak peringatkan semula betapa kejinya PKR yang menyerang projek pembekalan makanan halal secara besar-besaran (NFC).
Dalam masa yang sama mempromosi kedai menjual daging babi di masjid-masjid seluruh negeri.
Kenapa MyMassa kata promosi ini dilakukan di masjid di Selangor? Kerana akhbar Selangor Times adalah akhbar propaganda PKR yang menggunakan wang rakyat Selangor. Akhbar ini diedarkan bersama akhbar Selangor Kini di masjid-masjid pada hari Jumaat.
Kepada pembaca MyMassa, pilih sama ada yang haram atau yang halal.
*Celaka punya PKR. Sanggup promosi makan babi di masjid-masjid. Mana pergi pejuang PAS?
You are subscribed to email updates from MyMassa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
'Shahrizat tak pernah campur urusan NFC' Oleh Ziauddin Sharuddin dan Nazura Ngah bhnews@bharian.com.my 2011/11/18
BERIBU-RIBU lembu yang ditempatkan dalam kandang ternakan NFC di Gemas Negeri Sembilan diasingkan mengikut jenis dan baka sebelum disembelih untuk dipasarkan.
KAKITANGAN NFC membungkus daging yang dipotong untuk dipasarkan.
Menteri tidak terbabit lulus pinjaman mudah RM250j
GEMAS: Pengerusi Eksekutif Nasional Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail menafikan isterinya, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, mempunyai pengaruh dalam pengurusan syarikat, termasuk kelulusan pinjaman mudah bernilai RM250 juta daripada kerajaan untuk menguruskan projek Pusat Fidlot Nasional (PFN).Mohamad Salleh berkata, isterinya yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak pernah mencampuri urusan syarikat, malah mereka berdua meletakkan 'tembok' dalam isu yang berkaitan dengan projek ladang NFC."Kami tidak memaklumkan perkembangan syarikat kepada beliau, malah jika saya mula membuka mulut untuk membincangkan perkara itu, saya akan diminta diam.
"Antara saya dan isteri hanya membincangkan soal berkaitan anak dan pendidikan. Soal lain, terutama projek dan politik tidak pernah menjadi keutamaan kepada saya walaupun saya menyokong isteri 100 peratus dalam politik," katanya.
Beliau turut menafikan Shahrizat menyertai rombongan pengurusan syarikat ke luar negara yang didakwa menelan belanja RM827,579.
"Kami jarang mengunjungi luar negara bersama keluarga. Sebagai menteri, isteri saya mengunjungi banyak negara atas urusan kerja kerana menunaikan tanggungjawab sebagai pemimpin negara," katanya.
Ditanya mengenai tindakan beberapa pihak termasuk daripada Barisan Nasional (BN) yang meminta Shahrizat melepaskan jawatan kerana projek NFC dikecam pembangkang yang mendakwa wujud penyelewengan dana kerajaan, Mohamad Salleh berkata beliau tidak boleh menjawab bagi pihak isterinya.
"Biar Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Shahrizat sendiri yang menjawab dan memutuskan perkara itu. Saya hanya suaminya. Dia tidak bincang soal politik dengan saya walaupun kami sudah hidup bersama selama 31 tahun. Apapun tindakan beliau, saya sentiasa menyokong 100 peratus," katanya.
NFC pertimbang ambil tindakan mahkamah
PENGURUSAN National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa pemimpin pembangkang jika terus membuat tuduhan tidak berasas berhubung operasi dan kewangan syarikat berkenaan.
"Saya perlu berunding dulu dengan peguam serta mendapat pandangan ahli keluarga berhubung perkara ini. Kita tidak perlu tergesa-gesa. Secara jujur, saya tiada rasa hendak marah, cuma kasihan dengan pihak berkenaan terutama (Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat) Rafizi Ramli yang membuat tuduhan seperti itu.
"Jika tuduhan itu diteruskan (selepas penjelasan syarikat), kita mungkin meneliti mengambil tindakan undang-undang," kata Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail. Sidang media turut dihadiri Peguam NFC, Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah; Perunding Korporat dan Kewangan NFC, Zakaria Mohamed dan Pengarah NFC, Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh.
Mohamad Salleh berkata, pada awalnya mereka sekeluarga terkejut dengan tuduhan pembangkang kerana tidak mengenali Rafizi, tetapi akhirnya beliau dan keluarga menyedari semuanya bermotif politik.
"Saya kasihan pada dia, kalau hati perut tidak baik, anda akan sengsara... bagi kami... kami tidak buat salah dan kami menggunakan semua sumber menjalankan projek ladang ternakan ini.
"Projek ini tidak gagal kerana kami baru tiga tahun beroperasi dan ada 27 tahun sebelum disambung 30 tahun lagi... mungkin Rafizi pandai tetapi tidak tahu mengenai pengurusan perniagaan," katanya.
Sementara itu Wan Shahinur Izmir yang juga anak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, ketika diminta mengulas, berkata beliau tidak marah kerana dakwaan itu tidak tepat.
Sebaliknya, beliau sedih kerana masyarakat dikelirukan dengan maklumat yang salah sehingga memberi persepsi negatif terhadap syarikat dan keluarga mereka.
"Saya mahu jemput Rafizi datang melawat dan meneliti perkembangan ladang kami, bukannya menjerit dan memekik di luar sana," katanya.
Sementara itu Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique menjelaskan pusat khidmatnya tidak berhutang dengan NFC kerana semua pembelian lembu korban tiga tahun lalu sudah dibayar sepenuhnya.
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, kenyataan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail bahawa pihaknya masih berhutang RM70,000 dengan NFC adalah palsu.
Beliau juga menyifatkan kenyataan itu berniat jahat dan manipulasi fakta yang cuba menimbulkan keresahan politik kononnya beliau seorang yang tidak amanah.
"Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Setiawangsa ada membeli 25 ekor lembu bernilai RM70,000 sempena sambutan Aidiladha pada 2008. Lembu itu diserahkan oleh NFC pada 6 Disember 2008. "Bagaimanapun, invois harga pembelian itu hanya dikeluarkan pada 17 Disember 2008 menerusi faks ke pusat khidmat pada 28 Januari 2009," katanya dalam kenyataan semalam.
Panglima : kelembutan tutur bicara suami DS Shahrizat iaitu Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dalam isu fitnah ini memperlihatkan kepada kita bagaimana sikap sebenar beliau yang tidak melatah dan matang dalam menghadapi fitnah pembangkang.
Kata-katanya yang begitu tenang seperti :
Secara jujur, saya tiada rasa hendak marah, cuma kasihan dengan pihak berkenaan terutama (Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat) Rafizi Ramli yang membuat tuduhan seperti itu.
"Saya kasihan pada dia, kalau hati perut tidak baik, anda akan sengsara... bagi kami... kami tidak buat salah dan kami menggunakan semua sumber menjalankan projek ladang ternakan ini.
"Projek ini tidak gagal kerana kami baru tiga tahun beroperasi dan ada 27 tahun sebelum disambung 30 tahun lagi... mungkin Rafizi pandai tetapi tidak tahu mengenai pengurusan perniagaan," katanya.
Sikap ini juga dituruti anak beliau yang mahu menjemput Rafizi Ramli untuk melihat perkembangan syarikat dari dekat bukan sebaliknya.
Bagi Panglima : serangan kepada suami DS Shahrizat membuktikan kecelaruan minda pembangkang yang akan menggunakan apa sahaja untuk membolehkan anak Anwar Ibrahim iaitu Nurul Izzah menghadapi laluan selesa pada PRU akan datang. Namun tindakan ini tidak sepatutnya dibuat di saat Anwar Ibrahim mengkritik tindakan pihak yang menelanjangkan skandalnya walhal ia adalah tindakan yang sama dibuat oleh Pakatan sejak dahulu hingga sekarang.
Ibarat kata meludah ke langit terpercik muka sendiri !
Sebagai rakyat kita gembira jika penyalahgunaan kuasa dibongkarkan tetapi mestilah atas fakta yang benar. Namun jika disandarkan kepada manipulasi fakta dan separuh benar, maka rakyat akan merasa mereka diperbodohkan dan sudah tentu akan menjadikan mereka makin meluat dengan gaya politik Pakatan Haram.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
- Tanpa perlu bayar duit cybertrooper Pakatan menyerang (baca:mempopularkan) isteri Perdana Menteri.
- Setengah orang juga perlu membayar duit jika ingin nama mereka popular.
- Tetapi Datin Rosmah nampaknya bertuah mendapat liputan hangat samada dari blog,portal, fb dan twitter.
- Jika tidak dibayar untuk iklankan diri, biasanya mana-mana individu akan diketepi dari list utama media sosial.
- Panglima pula berpendapat, asal je orang tu patut dipuji kita perlu sebut walau tak bergaji atau diganjari.
- Begitu juga sesiapa yang mahu berkawan dengan kita,apa salahnya kita promosi seikhlas hati.
- Hidup jangan ditambah lawan tetapi carilah seramai mungkin kawan.
- Jika kita sedia menerima pujiaan, maka terimalah juga kata-kata keji manusia.
- Blog jika makin hebat makin ramai mahu dekat mendapat khidmat.
- Tetapi ada juga orang guna kuasa pena hentam seseorang untuk dapat wang.
- Perkara ini tidak sihat dan tidak bermoral.
- Ada juga jenis tak pandai menulis cuma pintar mencipta wang mengguna peluh keringat orang.
- Macam macam jenis manusia dan kita tahu semuanya ada agenda.
- Terbaru penyakit manusia bertambah lagi apabila manusia yang bijak ini membuat keuntungan dari program yang dijalankan dengan mengemukakan proposal yang sama kepada pihak atau agensi yang berbeza.
- Cuma satu je perlu ingat, dunia ada hujungnya.
- Jangan fikir anda hebat, mana mungkin anda akan kekal selamanya.
- Bila mati jasad akan menjadi makanan ulat dan ketika itu amalan mulia akan memberi syafaat.
- Jangan mendabik dada meninggi diri, tetapi rendahkan diri serta bersyukurlah atas apa yang kita dapat sekarang ini.
- Jangan ingat rahsia kekal rahsia kerana, Allah boleh bocorkannya sekelip mata di alam maya.
- Kepada Ds Rosmah, bersabarlah atas ujian fitnah. Isteri Nabi juga difitnah berzina dan begitulah juga fitnah berulang kepada isteri Perdana Menteri.
- Kebenaran tetap kebenaran dan jika Allah tidak izin maka ia tidak akan mampu mengancam kedudukan Perdana Menteri.
- Nasihat di atas untuk diri Panglima dan kepada pembaca budiman sekelian.
Pasca pilihan raya umum 2008 adalah detik hitam dalam sejarah politik masyarakat India apabila pelbagai siri pengkhianatan dilakukan oleh pembangkang terhadap mereka.
Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Senator Datuk S. Nallakaruppan (gambar) berkata, nasib masyarakat India di tangan pembangkang ibarat 'habis madu sepah dibuang' sedangkan peralihan undi mereka pada pilihan raya umum lalu menyumbang kemenangan besar pembangkang di 81 kerusi Parlimen dan merampas empat kerajaan negeri.
Justeru katanya, masyarakat India mesti diberi kesedaran mengenai penipuan oleh pembangkang yang hanya mahukan undi tetapi tiada agenda pembelaan terhadap nasib mereka.
"Sebagai seorang pemimpin sebuah parti yang mewakili masyarakat India, saya akan turun padang dan mengadakan pertemuan dengan masyarakat India semoga mereka lebih faham dan tidak terpedaya dengan hasutan dan tipu helah pembangkang.
"Sasaran saya adalah mendapatkan kembali sepenuhnya sokongan masyarakat India terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut Nallakaruppan berkata, walaupun pola sokongan masyarakat India kepada pembangkang dilihat menurun setelah satu per satu keburukan pentadbiran kerajaan pembangkang Pulau Pinang dan Selangor didedahkan selain tampuk kepimpinan BN diambil alih Najib, perkara itu tidak boleh diambil mudah.
Katanya, proses untuk mengembalikan sokongan masyarakat India harus dijalankan secara berterusan dan bersungguh-sungguh.
"Sokongan masyarakat India amat penting bagi memastikan kemenangan besar buat BN pada pilihan raya umum akan datang," tegasnya.
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Penasihat PKR, si Anwar mungkin bakal mencatat sejarah tersendiri sekiranya Karpal Singh disapina sebagai saksi Pendakwaraya dalam kes liwatnya dengan Saiful Bukhari.
Zulkifli Noordin berkata, sapina itu boleh berlaku sekiranya pihak pendakwa raya memohonnya kepada mahkamah kerana Karpal pernah mendakwa beliau mempunyai bukti kukuh mengenai keterlibatan Anwar dalam kes liwat pertamanya pada 1997.
Karpal juga boleh diambil tindakan menghina Parlimen atau sumpah bohong (perjury) sekiranya dalam keterangannya sebagai saksi nanti, beliau menafikan mempunyai bukti aktiviti liwat Anwar seperti yang didakwanya dalam sidang Dewan Rakyat pada 1997.
Benarlah kata YB Zulkifli Noordin, agak pelik juga, manusia macam Karpal yang pernah menyatakan dia mempunyai bukti bahawa memang Anwar ada terlibat dengan kegiatan homoseks dan liwat seperti yang didakwanya di dalam Parlimen dan kini si Karpal Singh juga menjadi peguam bela kepada Anwar.
Tidak salah kalau diandaikan bahwa si Karpal Singh selaku Pengerusi DAP ini bukan semata-mata untuk hendak membela Anwar, tetapi dalam masa yang sama juga untuk jadikan Anwar sebagai anjing suruhan atau boneka untuk memecahkan kekuatan Melayu sebagaimana yang diidam-idamkan puak-puak DAP selama ini.
Kalau tidak, masakan si Karpal ini bersunguh-sunguh menawarkan diri menjadi peguam membela kepada si Anwar dalam kes liwat terhadap terhadap Saiful Bukhari Azlan…..
Macam kata YB Zulkifli juga, yang paling pelik atau menghairankan tok guru, para ulama, ilmuwan, yang mendokong kepimpinan PAS seolah-olah membutakan mata, memekakkan teliga, membisu di atas segala kemungkaran Anwar sebagai raja liwat nombor satu dalam Negara.
Bukan itu sahaja, puak-puak PAS yang kononnya berjuang berlandaskan Islam ini sedia menjadikan si peliwat ini Perdana Menteri jika dapat berkuasa dan sedia pula meletakkan kepimpinan DAP yang jelas dan terang telah menentang perlaksanaan sebuah Negara Islam sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Seperti kata YB Zulkifli juga, dengan maklumat serta pertunjuk yang begitu jelas, tidakkah mereka puak-puak PAS sedar telah wujud satu 'pakatan syaitan' yang bakal menjahanamkan Islam, rakyat, negara sekiranya DAP berjaya menghapuskan kuasa-kuasa, hak-hak Melayu-Bumiputera serta Raja-Raja Melayu……
Amat malang orang Melayu juga umat Islam dalam Negara jika ada lebih ramai kepimpinan PAS yang secara terbuka menyatakan sanggup mati untuk mempetahankan akan Karpal Singh yang secara terbuka menyatakan, "langkah mayat dia dulu, kalau ada umat Islam di Malaysia mahukan jadikan Negara ini sebuah Negara Islam".
Amat malang lagi, kalau ada penyokong Melayu PAS-PKR masih tidak sedar dan terus bersekongkol dengan perjuangan PAS yang terang-terang telah meninggalkan perjuangan Islam demi kuasa dan jawatan..!!!
Sumber : Aku Yang Gambi
Penang Wasabi..
You are subscribed to email updates from PenangWasabi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Anjing anjing pakatan yang berkhidmat kepada DAP jauh lebih baik daripada yang digunakan oleh Anwar. Barangkali sudah kehabisan modal khidmat anjing pencen digunakan untuk menghentam kawan yang kini sudah menjadi lawan.
Anjing pencen Anwar berkata Yb Zul Nordin meminta RM60 ribu untuk kosongkan parlimen KKB, perghhh! Awat sikit sangat?nak beli kereta pun tak lepas..Nak bohong biaq la logik sikit kalau 2-3juta tu kira logik la jugak kan.
Wan Jijah yang terkenal dengan drama air mata pun sedih dek kerana terpaksa menggadai kerusi parlimen Permatang Pauh disebabkan dipaksa oleh Anwar.
Menarik jugak cerita dalam kain PKR yang semua orang sebelum ini anggap bagaikan maksum...Puiii! busuk dari atas sampai ke bawah...Ikuti pendedahan Yb Zul Nordin..
Teman menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Syed Husin tesebut. Sebaliknya teman ingin menegaskan bahawa Syed Husin sepatutnya lebih tahu apa yang dikisahkan beliau itu satu pembohongan kerana sebenarnya Syed Husin sendiri yang berjumpa dengan teman mewakili Anwar Ibrahim untuk menawarkan teman supaya mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu dengan menyatakan bahawa jika teman bersetuju mengosongkannya, Anwar berjanji akan menawarkan jawatan tinggi kepada teman didalam mana-mana GLC Kerajaan Selangor dengan imbuhan bulanan antara RM50,000—00 sehingga RM60,000-00 sebulan!
Malahan Syed Husin meyakinkan teman Anwar akan mengotakan janji tersebut kerana dia juga mendapat janji yang sama untuk mengosongkan jawatan Timbalan Presiden PKR kerana Anwar mahukan Azmin Ali menjadi Timbalan Presiden. Syed Husin memberitahu teman kalau dia mengosongkan kerusi Timbalan Presiden PKR untuk memberi laluan kepada Azmin Ali, Anwar menjanjikan dia jawatan Senator.
Syed Husin kata dia juga teringin nak menjadi Yang Berhormat tetapi bila bertanding asyik kalah, malah nak dicalonkan bertanding di Parlimen Kota Bharu pun ditolak kerana dilabel sebagai "anak kominis" oleh kepimpinan PAS pada masa itu. Jadi menjadi Senator adalah jalan mudah untuk dia menjadi Yang Berhormat melalui "pintu belakang!".
Teman memberitahu Syed Husin bahawa walaupun teman memang bersedia mengosongkan kerusi Parlimen KBB, teman tegas menolak tawaran jawatan CEO GLC Selangor tersebut kerana perjuangan teman bukan untuk imbuhan. Kalau itu yang teman cari, lebih baik teman menjalankan khidmat sebagai seorang peguam.
Malahan teman menegaskan kepada Syed Husin Ali selama lebih 10 tahun teman menjadi antara peguam utama Anwar, sehingga disumbat dalam tahanan ISA, teman tidak pernah meminta atau dibayar walau satu sen pun daripada Anwar sebagai imbuhan fee khidmat guaman teman! Semuanya percuma dan pro-bono!
Sebenarnya teman tidak ada masalah dengan petisyen pilihanraya yang dikemukakan oleh calon Barisan Nasional Datuk Aziz Sheikh Fadzir kerana pembelaan teman mantap dan "water-tight". Walaupun ada cubaan untuk sabotaj pembelaan teman oleh Anwar Ibrahim dan beberapa kepimpinan Pakatan pembangkang pada masa itu (yang akan teman dedahkan bila tiba masanya nanti insyallah), namun alhamdulillah teman diberi perlindungan oleh ALLAH dan berjaya akhirnya dengan izin ALLAH didalam kes tersebut.
Walaupun mempunyai pembelaan yang baik bagi kes itu, teman memang sudah bersedia mengosongkan kerusi Parlimen KBB pada masa itu kerana teman sudah mula meluat dengan sikap hipokrit dan pura-pura mereka dalam isu berkaitan Islam. Ini jelas pada peringkat awal lagi selepas 08.03.2008apabila teman mengambil sikap mempertahankan dan membela Islam apabila rakan sekutu Anwar iaitu Bar Council & Ambiga Sreenavasan mahu mengadakan Forum Masuk Islam.
Forum yang menerima bantahan keras dari pelbagai pihak termasuk Raja-Raja Melayu, NGO-NGO, pertubuhan-pertubuhan dan tokoh-tokoh masyarakat termasuk beberapa kepimpinan pembangkang sendiri. Tindakan teman mengetuai umat Islam menghalang Forum tersebut sangat tidak disenangi, malah Anwar Ibrahim telah membentuk satu Jawatankuasa Disiplin yang dipengerusikan oleh Syed Husin untuk mengambuil tindakan disiplin terhadap teman.
Teman masih ingat kata Syed Husin yang menyatakan bahawa Anwar mengarahkan dia supaya meminta teman meminta maaf secara terbuka kepada Ambiga Sreenavasan dan Bar Council, kerana mereka penyokong Pakatan. Mereka bagi undi kepada kita, kata Syed Husin. Tidak apakalau meminta maaf sekarang, kerana nanti bila kita berkuasa Anwar kata "taulah kita apa nak buat dengan mereka".
Teman menolak untuk meminta maaf, malah menegaskan kepada Syed Husin Ali bahawa bukan sahaja teman tidak kesal dengan tindakan teman mengetuai bantahan tersebut, malah kalau Bar Council buat lagi teman akan mengambil tindakan yang lebih keras dan tegas. Syed Husin menyatakan kepada teman bahawa "awak ini tidak sealiran dengan pemikiran Pakatan yang liberal", dan beliau memberi amaran bahawa Anwar akan pastikan teman akan membayar harga yang mahal untuk sikap tegas teman mempertahankan Islam saperti ini!
Teman menjawab dengan tegas, "I am a Muslim first, Member of Parliament second. I may not be the best of Muslim, but I will do my utmost best to defend Islam!!! "Teman mengutamakan Islam dahulu, Ahli Parlimen kedua. Teman mungkin bukan Muslim yang terbaik, tetapi teman akan buat yang terbaik untuk Islam!!!.
Walaupun teman memang sudah bersedia mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim, namun Anwar begitu terdesak mahu pengosongan itu dibuat segera sebaik sahaja Saiful Bukhari Azlan membuat lapuran polis pada 28 Jun 2008 mengadu dia diliwat oleh Anwar Ibrahim.
Anwar sendiri selepas itu berjumpa dengan teman dan menawarkan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah beberapa GLC ternama Kerajaan Selangor dengan tawaran gaji puluhan ribu dengan pelbagai kemudahan, syaratnya teman mesti mengosongkan kerusi Ahli Parlimen KBB dengan segera. Teman menolak tawaran jawatan dengan imbuhan lumayan tersebut, sebaliknya menyatakan teman bersedia untuk tidak membela kes petisyen tersebut dan membiarkan Mahkamah mengisytiharkan kerusi Parlimen KBB kosong untuk membolehkan satu Pilihanraya Kecil diadakan.
Namun rancangan ALLAH mengatasi segalanya. Mahkamah yang sepatutnya membicarakan kes tersebut telah menangguhkan perbicaraan atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Ini menyebabkan Anwar menjadi berang dan makin terdesak, kerana kata Anwar dia mahu menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang bila Pendakwaraya membawa kes pertuduhan meliwat stafnya Saiful.
Kata Anwar, kalau mereka membawa juga pendakwaan terhadapnya kerana meliwat stafnya Saiful, sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang, dia akan gunakan sepenuhnya Parlimen dan Inter Parliamentary Union (IPU) dan badan antarabangsa lain untuk menekan Kerajaan Malaysia supaya tidak meneruskan pendakwaan terhadapnya!
Apabila Mahkamah menangguhkan kes tersebut, teman dipanggil oleh Anwar menyatakan bahawa dia membuat keputusan untuk mengarahkan Wan Azizah mengosongkan kerusi Permatang Pauh supaya Pilihanraya Kecil dapat diadakan segera. Lagipun kata Anwar, dia kurang yakin boleh menang di Parlimen Kulim Bandar Baharu, sebaliknya yakin boleh menang di Permatang Pauh. Jadi Anwar kata tidak perlu teman kosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu!
Teman juga dipanggil oleh Wan Azizah yang memaklumkan kepada teman bahawa dia dipaksa oleh Anwar untuk mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh. Jelas Wan Azizah berada dalam keadaan tertekan semasa perjumpaan itu kerana beliau bersedih dan menangis semasa memaklumkannya kepada teman bahawa dia dipaksa oleh Anwar untuk mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh!
Malah Wan Azizah membuat komen "apa yang I dapat berkorban macam-macam untuk Bang Non". "Kalau I yang kena macam dia you ingat Bang Non nak berkorban macam I ke? Kata Wan Azizah sambil mengalirkan airmata! Wan Azizah memanggil Anwar dengan nama "Bang Non". sumber:zul4kulim.blogspot.com
Pisau kata " Kak Wan dah dapat "anugerah tuhan" tak bersyukur ker? haha"
Tuduhan pertama- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, didakwa tidak bercakap benar apabila menyatakan NFC hanya memperoleh dana RM181 juta.
Mengulas perkara ini, Mohamad Salleh berkata, pengeluaran dana itu mempunyai dua tahap dan kedua-dua pemimpin itu berkata benar bahawa NFC hanya mendapat RM181 juta pada 2009.
Katanya, jumlah RM250 juta dimasukkan dalam Akaun Pinjaman Khas (SLA), tetapi proses pengeluaran baki dana memerlukan pengesahan dan perakuan daripada beberapa pihak sebelum NFC memperoleh keseluruhan pinjaman.
Tuduhan kedua– harga seekor lembu NFC RM4,481, berbanding lembu yang dijual di negara ini antara RM2,500 hingga RM2,700.
Katanya, tuduhan itu berikutan kegagalan memahami prinsip pengurusan akaun yang menggabungkan modal dan kos operasi (OPEX) dalam harga seekor lembu. Ini menyebabkan perbelanjaan perjalanan dan utiliti juga dimasukkan dalam harga ternakan.
"Berikutan pengurusan akaun, lebih banyak lembu dijual, harga semakin rendah. Ini menyebabkan pada peringkat awal harga seekor lembu NFC adalah mahal," katanya.
Bagaimanapun, perbandingan tidak boleh dibuat dengan lembu tempatan kerana ternakan NFC adalah antara 70 hingga 100 peratus lebih berat berbanding lembu tempatan.
Tuduhan ketiga– rangkaian Restoran Meatworks menerima diskaun RM2.9 juta daripada RFC (Realfood Company Sdn Bhd) iaitu syarikat pemasaran NFC.
Katanya, diskaun tiada kaitan sepenuhnya kerana Meatworks bersama 70 pembeli lain juga menerima diskaun sama daripada RFC dan jumlah RM2.9 juta itu sebenarnya diskaun dan promosi RFC kepada semua pembeli berdaftar.
Tuduhan keempat– NFC mencatat kerugian antara RM7 juta hingga RM11 juta pada 2009 dan akan menghadapi masalah menyebabkan kerajaan melupuskan pinjaman itu.
Menjawab tuduhan itu, Mohamad Salleh berkata, pandangan itu adalah rumusan tidak matang kerana perjanjian pinjaman tidak menyatakan jadual pembayaran balik dan syarikat masih dalam tempoh yang membenarkan bayaran balik dalam tempoh tertentu menyebabkan NFC tidak melanggar perjanjian pinjaman.
"Perniagaan NFC sedang berkembang dan ini membolehkan harga seekor lembu diturunkan dan keuntungan meningkat. Dijangka syarikat akan mencatat keuntungan pada 2015 atau 2016. Oleh itu, menuduh NFC gagal adalah tidak adil pada peringkat ini," katanya.
Tuduhan kelima– dakwaan Rafizi dana disalurkan dari NFC kepada National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC) dan RFC.
Beliau berkata, NMLC diwujudkan bagi membolehkan pengimportan lembu, penyembelihan dan pemprosesan diasingkan dari fungsi pengedaran dan peruncitan yang diuruskan RFC.
"Tiada dana yang masuk dalam poket individu, terutama secara langsung dikaitkan dengan Shahrizat. Tuduhan berlaku penyelewengan dan ketirisan dana adalah fitnah kerana semua pelaburan dibuat atas nama NFC dan NMLC," katanya.
Tuduhan keenam – pembelian dua unit kondominium One Menerung di Bangsar berharga RM13.8 juta, bagaimanapun dakwaan mengatakan RM9.8 juta diseleweng untuk tujuan itu yang tiada kena mengena dengan industri ternakan lembu.
Katanya, pembelian kondominium itu dibuat Lembaga Pengarah kerana ada dana yang tidak digunakan untuk projek pusat penyembelihan yang tertangguh disebabkan faktor bukan kesalahan NFC.
"Sebenarnya menempatkan dana itu dalam simpanan tetap adalah kurang kontroversi, tetapi tidak memberi hasil sepatutnya kepada syarikat melalui dana sebanyak itu.
"Kondominium itu diberi diskaun 20 peratus dengan jaminan sewa sebanyak RM30,000 sebulan yang dikreditkan dalam kumpulan NFC. Katakan memasukkan RM13.8 juta dalam simpanan tetap pada kadar 2.75 peratus akan memberi pulangan sebanyak RM379,500.
"Sewa pula memberi pulangan RM360,000 setahun. Oleh kerana hartanah ini dibeli 20 peratus lebih rendah berbanding nilai pasaran maka diandaikan jika hartanah ini dijual semula pada harga pasaran, maka akan ada tambahan RM2.76 juta bersama sewa setahun RM360,000," katanya.
Ini bermakna, jumlah keuntungan adalah RM3.12 juta, iaitu lebih tinggi 22.6 peratus dalam tempoh setahun berbanding simpanan tetap pada kadar 2.75 peratus.
Selain itu, katanya hartanah itu adalah atas nama syarikat dan tidak akan memberi kelebihan atau kekayaan kepada individu persendirian.
Tuduhan ketujuh– dakwaan NFC mendapat pinjaman mudah dan tanah sedangkan ribuan penternak berpengalaman lain layak mendapat geran itu.
Mohamad Salleh berkata, sebenarnya NFC mendapat pinjaman bukan geran dengan pinjaman mesti dibayar balik seperti mana-mana pinjaman komersial lain.
Selain itu katanya, NFC mempunyai tanggungjawab sosial mewujudkan ladang kontrak untuk industri penternakan di negara ini yang tidak semestinya menguntungkan.
Tuduhan kelapan – perbelanjaan perjalanan sebanyak RM827,579 sedangkan hanya 1,618 lembu disembelih pada 2009. Oleh itu, kos perjalanan bagi setiap ekor lembu adalah RM511 atau 11 peratus daripada harga lembu sebanyak RM4,481.
Katanya, setakat ini perbelanjaan itu hanya kira-kira 0.3 peratus daripada RM250 juta, iaitu suatu jumlah kecil berbanding nilai projek.
"Pada peringkat awal NFC, pengurusan syarikat perlu pergi ke Australia untuk berjumpa perunding dan juga membeli lembu. Perbelanjaan begini memang dijangka dan dimasukkan dalam bajet," katanya.
Tuduhan terakhir– Rafizi mendakwa bertemu pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang menentang projek itu seawal 2006, tetapi pegawai berkenaan tidak mampu menyuarakan pandangannya kerana keputusan dibuat pihak atasan.
Katanya, NFC tidak wujud pada 2006 dan jika tentangan itu adalah berdasarkan daya maju syarikat itu, mereka tidak sepatutnya terlalu banyak merujuk kepada personaliti, tetapi terhadap daya maju syarikat.
"Ini menunjukkan secara terang-terangan serangan terhadap menteri, malah keluarganya," katanya.
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tun M, "Undi cina hanya tambahan. Undi melayu yang utama".
Syabas Tun. Sekali lagi Tun M memberi kenyataan yang tepat pada sasaran. Saya dan ramai lagi melayu UMNO dan bukan UMNO yang setuju dengan pandangan Tun M.
Saya telah nyatakan banyak kali dalam entry saya yang lepas-lepas. Tapi siapa nak dengar pandangan ahli melukut tepi gantang dalam UMNO.
UMNO perlu dapatkan sokongan majoriti besar orang melayu terlebih dulu, sebagai syarat untuk UMNO mahu menang besar dalam PRU13.
MCA, MIC dan Gerakan juga wajib akur dengan hakikat ini terlebih dulu, barulah mereka juga akan turut menang dalam PRU13 nanti! Parti-parti ini boleh dikira parti ayam mati, jika melayu tak sokong.
Tetapi, PM Najib dan seluruh kepimpinan UMNO adalah lebih-lebih wajib lagi untuk akur dengan hakikat, bahawa undi melayu adalah undi asas terpenting yang perlu pertingkatkan sebelum PRU13 akan datang.
Jika UMNO gagal menaikkan sokongan melayu terhadap UMNO sekurang-kurangnya pada tahap 70 ke 75%, maka ketika itu barulah undi cina akan menjadi penting. Undi cina akan secara otomatik menjadi undi penentu hidup dan matinya UMNO/BN pada PRU13 nanti. Ketika itulah survival UMNO akan berada dihujung jari dakwat kekal cina.
"Undi cina hanya tambahan" seperti yang dinyatakan oleh Tun M hanya akan menjadi benar jika 70% lebih undi melayu mampu diperolehi oleh UMNO.
Lulus jarum lulus kelindan (benang).
Jika pembangkang mampu membolosi dan mendapat undi melayu lebih 30%, maka undi cina akan menjadi undi penentu kemenangan kepada mana-mana parti yang mereka kehendaki.
Sebaliknya, jika UMNO yang mampu membolosi sokongan dan undi melayu melebihi 70%, maka undi cina tidak mampu menjadi undi penentu lagi. Undi cina hanya akan menjadi sekadar undi tambahan seperti yang dimaksudkan oleh Tun M. Di saat ini, seorang yang opportunist(kaum kiasu) pasti akan terhegeh-hegeh menyokong kita tanpa dipaksa atau pun dirayu.
Untuk itu, PM Najib dan seluruh kepimpinan tertinggi UMNO harus baca dengan teliti wawancara Tun M di Mingguan Malaysia hari ini.
Jika kuda-kuda dan otot kita lemah, kita tidak akan dapat memikul beban yang berat.
Undi melayu bagi UMNO adalah ibarat kuda-kuda dan otot pada badan. Jika kuda-kuda dan otot pada badan lemah, maka beban yang mampu dipikul adalah terhad hanya setakat kekuatan yang ada.
Untuk itu, PM Najib dan seluruh kepimpinan UMNO harus berhenti dari mengikuti jalan songsang. Jangan besar hontak. Lebih lenggang dari langkah.
Cukup-cukuplah memilih jalan susah. Jalan mudah ada, kenapa mesti ikut jalan susah? Kenapa susah payah suap nasi pakai chopstik sedangkan suap nasi pakai tangan jelas lebih baik.
Kenapa desperado sangat untuk dapatkan undi cina hingga sanggup korbankan segala prinsip dan dasar yang selama ini telah terbukti dan selamanya baik untuk semua bangsa, hanya kerana mahu memastikan cina menyokong BN?
Kenapa tak faham-faham lagi mesej jelas yang telah diberi oleh kaum cina dalam banyak PRK? Kenapa pemimpin BN bersikap hidung tak mancung pipi tersorong-sorong?
Dah lebih 5 PRK, pinangan ditolak. Dah ratusan juta duit habis. Pelbagai dasar kerajaan turut dikorbankan. Dah pelbagai tawaran diberi hingga ramai dara sunti dan bini tua melayu yang jauh hati melihat PM terus juga menyorong-nyorongkan pipi untuk dicium, tapi akhirnya mereka masih juga mencium orang lain.
Takut nanti PM dan kepimpinan UMNO menerima nasib seperti lebai malang.
Jangan jadi lebai malang PM! Tolonglah. Jangan jadi lebai malang.
Kami pengundi melayu! Pengundi fixed deposit UMNO dah berbuih mulut bercakap ni. Jangan bangkitkan rasa cemburu kami melihat PM berkasih pada yang tak sudi hingga kami merasa tersisih dan jauh hati!
Kami boleh terima kalau PM tak bertepuk sebelah tangan. Tapi apa yang kami lihat itulah yang berlaku.
Kami melayu-melayu yang jauh hati ini, seolah-olah sudah terbayang bagaimana satu hari nanti, pemimpin-pemimpin melayu yang tergila-gila merebut kasih orang tak sudi ni, akhirnya bila sakit pening akan balik juga mengadu dan menompang kasih dalam menghabiskan sisa-sisa hidup mereka.
Dikala itu, tiada siapa pun kalangan mereka yang telah dimandi dan disintuk limau dengan penuh kasih sayang selama ini akan datang menjengukkan muka.
Kami si bini tua kerepot ni jugaklah yang menyuapkan nasi dan menguruskan berak kencing mereka!
E-Coli Di Kelantan. Mana Pergi Tony Pua? Mana Pergi Nurul Izzah? Tak Nak Buat Sidang Akhbar?
Beberapa minggu yang lepas kecoh sekejap kononnya dakwaan oleh Nurul Izzah yang mengatakan bahawa susu yang dijual di KR1M mengandungi bakteria E-Coli... Kenyataan semberono yang main hentam keromo itu bakal menjadi satu masalah bagi Nurul Izzah dan Tony Pua kerana bakal disaman oleh syarikat yang mengeluarkan produk yang didakwa mereka mengandungi bakteria E-Coli itu...
Bila ditanya makmal manakah ujian dibuat, mereka seolah-olah mahu merahsiakan atau takut terkantoi sekiranya makmal tersebut menafikan ada membuat uji-kaji tersebut... Serupa jugalah halnya dengan jam Omega Papa Hebat... Apabila ditanya mana jam tersebut, akan dikatanya ada di rumah... Apabila mintak ditunjuk, mengelak pula... Ha ha ha ha ha... Inilah sifat orang yang menipu... Apabila berkata-kata tak boleh nak membuktikannya... Maka sentiasa berdolak-dalik dan menacri alasan...
Akan tetapi selain di KR1M, mengapa Nurul Izzah dan Tony Pua tak mahu buat sidang akhbar mengenai penemuan bakteria e-coli di dalam air paip di Kelantan? Oh ya, eXception lupa bahawa Kelantan di bawah PAS, bukan di bawah Kerajaan BN... Jika Kelantan di bawah Kerajaan BN akan habis satu dunia dijajanya mengatakan Kerajaan BN tak menjaga kebajikan dan kesihatan rakyat... Mereka juga akan kata Kerajaan BN kejam kerana mahu membunuh rakyat Kelantan...
Seperti kita sedia maklum bahawa sikap Pakatan Bodoh ini yang akan sentiasa melindungi antara satu sama lain... Tak kiralah perkara tersebut kecik atau besar... Ataupun membahayakan kesihatan rakyat... Kerana bagi mereka Kerajaan Berkebajikan yang diwar-warkan adalah retorik semata-mata...
Jika benar mereka Kerajaan Berkebajikan, mengapa penduduk Kg Buah Pala dihalau dari tanah mereka duduki? Mengapa penduduk Kg Sg Kerandang dihalau dari tanah mereka? Mengapa madrasah yang berusia 100 tahun hendak dirobohkan untuk memberi laluan pembinaan pusat membeli belah? Inilah sikap sebenar Pakatan Laknat ni... Jika boleh hal ini mereka tidak akan ulas sehingga ianya menjadi angin... Malah blogger-blogger anjing Pakatan Laknat ini sedikit pun tak mengutuk tindakan pemimpin mereka...
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau meminta RM60,000 untuk mengosongkan kerusinya bagi membolehkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.
Sambil menyifatkan dakwaan veteran Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Syed Husin Ali menerusi buku Memoir Perjuangan Politik sebagai pembohongan, Zulkifli berkata, Syed Husin sendiri yang berjumpanya mewakili Anwar untuk menawarkan supaya kerusi itu dikosongkan.
Malah tambah beliau, Syed Husin juga ada menyebut jika beliau bersetuju mengosongkan kerusi itu, Anwar berjanji menawarkan jawatan dalam mana-mana anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Selangor dengan imbuhan bulanan antara RM50,000 hingga RM60,000 sebulan.
"Malah Syed Husin meyakinkan saya, Anwar akan mengotakan janji tersebut kerana dia juga mendapat janji yang sama untuk mengosongkan jawatan Timbalan Presiden PKR kerana Anwar mahukan Azmin Ali menyandang jawatan tersebut.
"Syed Husin memberitahu saya kalau dia mengosongkan kerusi Timbalan Presiden PKR untuk memberi laluan kepada Azmin, Anwar menjanjikan dia jawatan Senator," katanya dalam entri terbaru bertajuk Anjing-Anjing Pencen dalam blognya di http://zul4kulim.blogspot.com
Tak habis-habis dengan isu "radioaktif", Fuziah Salleh buat hal lagi dengan menghina makanan. Kali ini, Fuziah yang kononnya ingin menyindir projek nadir bumi, Lynas, Ahli Parlimen Kuantan ini menzalimi beberapa bahan mentah makanan di dalam video yang telah dimuat turun di laman Youtube.
Video tersebut yang bertajuk "Masakan Cinta" memaparkan Fuziah beraksi sebagai "Chef Wani" dan menunjukkan cara-cara menyediakan makanan, ala-ala chef terkenal di kaca televisyen. Video tersebut boleh ditonton di sini.
Menggunakan bahan-bahan mentah seperti ayam, kepala kambing, ikan, udang, karot dan sedikit bawang, Fuziah meluahkan kemarahannya terhadap "rezeki Allah" itu. Dipukul-pukulnya bahan-bahan mentah itu bagaikan kerasukan syaitan. Dihentamnya bahan-bahan mentah itu bagaikan orang hilang akal.
Saya tahu Fuziah memang berniat mahu menghentam projek Lynas, tapi wajarkah dia melepaskan kemarahannya terhadap makanan tersebut? Apa dia sudah hilang akal sebagai seorang manusia, kah? Tidakkah dia tahu bahawa rezeki itu "menangis" diperlakukan sebegitu rupa?
Sebenarnya, Fuziah Salleh cuba menonjolkan dirinya dengan isu Lynas itu untuk mengekalkan dirinya sebagai calon PKR di Parlimen Kuantan. Dipercayai, dia juga cuba mengambil hati Anwar Ibrahim dan Azmin Ali untuk merampas kedudukan Zuraidah Mak Lampir yang tidak disukai hampir keseluruhan ahli PKR.
Meskipun tahu isu Lynas itu tidak laku dan mengakibatkan dia dihentam teruk oleh pelbagai pihak, dia tetap mahu teruskan juga isu tersebut.
Ahli Parlimen Hulu Langat dari parti PAS misalnya pernah membidas pedas Fuziah Salleh dengan mendakwa isu Lynas itu telah teruk diputar belitkan oleh Fuziah. Paling melucukan, Fuziah mendakwa projek tersebut adalah sebuah projek pembinaan sebuah loji nuklear seperti di Jepun! Sedangkan ia hanyalah sebuah kilang memproses bahan mentah yang diberi nama "rare earth" atau nadir bumi tidak mengancam kesihatan manusia!
Menurut kajian dan pemantauan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IEAE), Lynas adalah selamat untuk beroperasi di negara ini dan kadar pengeluaran radioaktifnya adalah kurang berbanding peratusan radioaktif yang dikeluarkan oleh sebuah telefon bimbit!
Lagipula, siapa Fuziah Salleh untuk berbicara mengenai atom dan nuklear? Dia bukan ahli dalam bidang tersebut! Fuziah adalah lulusan Psikologi Kaunseling dan Pentadbiran Perniagaan. Tak ada kena mengena pun dengan atom, apatah lagi nuklear!!!
Justeru itu, saya sememangnya lebih suka jika Fuziah Salleh terus menerus memperlihatkan kebodohannya dengan memutar belitkan perihal Lynas. Biar semua rakyat di Parlimen Kuantan tahu betapa bodohnya mereka memilih Fuziah Salleh sebagai wakil rakyat mereka. Silakan Fuziah…kebodohan anda sememangnya dialu-alukan…!!!
Kelab sukarelawan Media Sosial 1Malaysia (MyVoice) mengumpulkan lebih 2,000 pengamal media sosial seluruh negara dilancarkan hari ini dalam mengintegrasikan perjuangan menentang kepalsuan dan pembohongan pihak pembangkang di alam maya.
MyVoice dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis konvensyen Media Sosial 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Pengerusi konvensyen Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin berkata penyertaan dalam MyVoice terbuka kepada semua pengamal media sosial yang menolak politik fitnah dan menyokong politik berasaskan maklumat dan fakta sebenar.
"Pengamal media sosial yang menyertai MyVoice ini bermula daripada kalangan akar umbi hinggalah kepada blogger-blogger terkenal yang akan menjawab segala tohmahan dilemparkan pembangkang melalui blog, Facebook, Twitter dan sebagainya," katanya kepada Bernama.
Mohd Sharkar berkata walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk memakmur dan memajukan negara, namun segala usaha tersebut terganggu dan terhalang akibat fitnah dan permainan politik yang melampaui batas.
Mohd Sharkar berkata MyVoice akan mempromosikan agenda transformasi politik dan ekonomi yang telah dan sedang dilaksanakan kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan