Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan |
- ISA: Jawapan Hisham hanya ‘lepas diri’
- Kenapa menyusahkan guru, ibu bapa hanya RM100?
- Himpunan Jentera Pilihanraya DUN Kemuning
ISA: Jawapan Hisham hanya ‘lepas diri’ Posted: 20 Nov 2011 07:57 PM PST KUALA LUMPUR, 21 Nov: Dewan Pemuda PAS (DPP) Malaysia membidas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menggambarkan kumpulan 13 individu yang ditahan pihak berkuasa di Tawau, Sabah awal minggu ini di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai amat berbahaya kepada keselamatan negara dan serantau. "DPP Malaysia menganggap kenyataan Datuk Seri Hishamuddin sebagai jawapan 'melepas diri' dari serangan rakyat pelbagai pihak yang meminta penjelasan beliau," kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar). Katanya, DPP Malaysia berpandangan, jawapan Datuk Seri Hishammuddin tidak konkrit bagi menjustifikasikan kumpulan 13 ditahan di bawah ISA. Menurutnya, sekadar menuduh tanpa proses pengadilan di mahkamah bukan suatu alasan mereka boleh dihukum. Justeru, katanya DPP Malaysia mempersoalkan Hishammuddin, sekiranya benar mereka berbahaya terhadap keselamatan negara dan serantau, mengapa perlu di tangkap di bawah ISA. "Mengapa mereka tidak didakwa di mahkamah terbuka bagi membuktikan mereka benar-benar bersalah dan berbahaya?" soalnya lagi. Tegasnya, buktikan kesalahan mereka satu persatu dan bongkarkan kegiatan mereka agar menjadi teladan kepada golongan seperti mereka. Tambahnya, jika pembunuh bersiri termasuk episod pembunuhan kejam model Mongolia, Altantuya Shaaribu serta Datuk Sosilawati masih diberikan proses pengadilan di mahkamah, mengapa tidak Kumpulan 13 juga didakwa di mahkamah yang sama. "Nampaknya Kumpulan 13 lebih berbahaya daripada pembunuh bersiri, walaupun jenayah yang dituduh masih belum dilakukan lagi," ujarnya. Namun demikian, tegasnya DPP Malaysia tidak pula menyokong sebarang aktiviti keganasan. "Keganasan perlu diperangi, tetapi ISA bukan jawapannya. Banyak lagi jalan penyelesaian yang lebih adil untuk tertuduh," tegasnya lagi. Katanya, Kumpulan 13 pula sekadar disyaki berbahaya, belum tentu mereka melakukan perbuatan tersebut atau terlibat dengan aktiviti tersebut. "Bagaimana sekiranya pengadilan mahkamah membuktikan mereka tidak bersalah, sementara mereka pula telah ditahan di bawah ISA selama bertahun lamanya, bukankah Hishamuddin dan kerajaan Malaysia telah menzalimi rakyat Malaysia yang tidak bersalah?" tanya beliau seterusnya. Ini juga, ujarnya yang telah terjadi kepada mangsa ISA sebelum daripada ini yang akhirnya mereka dibebaskan tanpa mengetahui apakah kesalahan yang mereka lakukan. Justeru, katanya DPP Malaysia mengingatkan Hishammuddin dan kerajaan Malaysia agar konsisten dengan janji yang ditaburkan terhadap rakyat. Tegasnya, jika ISA telah dijanjikan untuk dimansuhkan, ia perlu dikotakan. "Sikap walk the talk adalah sikap terpuji yang diidamkan oleh rakyat terhadap pemimpin negara ini, sebaliknya, beretorik, flip flop dan janji kosong yang tidak tertunai adalah watak yang dibenci oleh rakyat," katanya lagi. DPP Malaysia juga, katanya mengingatkan sikap itulah sebagai pendorong kepada kejatuhan rejim diktator yang zalim sepertimana dialami oleh negara-negara Timur Tengah pada hari ini. |
Kenapa menyusahkan guru, ibu bapa hanya RM100? Posted: 20 Nov 2011 07:56 PM PST KUALA LUMPUR, 21 Nov: "Kalau pun hendak pancing undi janganlah menyusahkan ibu bapa dan guru ketika memberi wang RM100 kepada setiap pelajar," ujar Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Katanya, pada mulanya janji Datuk Seri Najib Tun Razak wang itu akan disalurkan melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) tetapi apa yang terjadi pihak sekolah terpaksa diiringi oleh polis ketika mengambil wang di bank. Justeru, beliau mempersoalkan apa jaminan keselamatan, terhadap wang yang hendak diagihkan kepada pelajar-pelajar. "Jika terjadi suatu yang tidak diingini siapa yang akan menggantikan wang tersebut?" ujarnya kepada Harakahdaily. Menurutnya, pihak sekolah pening kepala memikirkan masalah keselamatan wang yang berada kepada guru-guru sebelum diagihkan kepada pelajar-pelajar. Katanya lagi, ibu bapa juga turut susah, kerana umpan politik BN. Beliau menambah, ada ibu bapa terpaksa pergi ambil di tempat yang jauh daripada sekolah anak mereka belajar kerana di sana ada majlis yang dihadiri oleh wakil rakyat BN. Ujarnya, sebelum ibu bapa diberi wang, mereka akan dengar kuliah yang bertema "bersyukurlah kepada kerajaan BN". "Bukankah kerja ini menyusahkan ibu bapa?" soalnya lagi. Apa yang paling malang, katanya ada ibu bapa yang marah kepada pihak sekolah, kenapa mereka perlu ke tempat lain untuk mengambil wang, sedangkan sebahagian yang lain hanya ambil di sekolah. "Semua ini gara-gara pilihanraya sudah dekat, maka BN akan buat apa sahaja walaupun pada mulanya untuk masuk ke dalam akaun BSN sahaja, kemudian menukar strategi supaya ibu bapa pula datang ambil. "Buatlah apa sahaja, insya Allah ini adalah khidmat terakhir untuk rakyat sebelum PRU 13," ujarnya. |
Himpunan Jentera Pilihanraya DUN Kemuning Posted: 20 Nov 2011 07:55 PM PST |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan