Ahad, 16 Oktober 2011

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


JUHAM tempelak kerajaan, gagal pertahan kedaulatan negara

Posted: 16 Oct 2011 02:55 AM PDT

KOTA KINABALU, 16 Okt: Jabatan Undang-undang dan Hak AsasiManusia (JUHAM), Dewan Pemuda PAS Malaysia, hari ini menempelak kerajaanMalaysia kerana gagal menghalang kedaulatan dan khazanah Negara daripada terusdicerobohi.

Pengarahnya,Saudara Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata, kerajaan seharusnya mengambilpendirian tegas terhadap sebarang pertindihan, perebutan, penjualan serta apajua aktiviti yang membabitkan kedaulatan negara.

"Kitamerasa kecewa kerana kedaulatan dan khazanah negara terus dicerobohi tanpacampur tangan yang serius dari pihak kerajaan", katanya semasa sidang media sempenapelancaran kempen Protes Barang Naik (Protes BN) dan kempen SelamatkanPulau-pulau Sabah.

Beliaumendakwa bahawa, isu penjualan tiga buah pulau di Sabah adalah rentetankegagalan pihak kerajaan menyelesaikan isu hak dan kedaulatan negara denganbaik.

Tambahnya,beliau juga menyokong penuh usaha Pemuda PAS Sabah dalam menyuarakan isu tersebutke peringkat nasional.

Jual Pulau: Pemuda PAS Sabah lancar kempen

Posted: 16 Oct 2011 01:26 AM PDT

KOTA KINABALU, 16 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) yang komited dan serius terhadapisu penjualan pulau Sabah ke pihak asing, hari ini melancarkan kempenSelamatkan Pulau-pulau Sabah.

KetuaDewan Pemuda PAS Sabah, Saudara Lahirul Latigu berkata, Pemuda PAS Sabahbersama-sama dengan Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) PemudaPAS Malaysia menganjurkan kempen bagi mengutip tandatangan rakyat Sabah bagimemberi sokongan membantah penjualan Pulau Montokud, Pulau Pandanan dan PulauMengalum.

"PemudaPAS Sabah akan membuat satu petisyen bantahan untuk dihantar kepada KetuaMenteri selain membawa isu ini ke Parlimen untuk dibahaskan," katanya pada satusidang media sempena pelancaran kempen Protes Barang Naik (Protes BN) dan kempen Selamatkan Pulau-pulau Sabah di Pejabat PAS Putatan, Kota Kinabalu pagi tadi.

Beliaujuga mendedahkan bahawa, masih terdapat hampir 500 buah pulau di Sabah yang masih tidakbernama.

Pada30 September yang lepas, DPPNS beserta Pemuda DAPSY dan Angkatan Muda Keadilan(AMK) Sabah telah menghantar memorandum bantahan kepada Ketua Menteri Sabah,Datuk Seri Musa Aman.

Bagaimanapunmemorandum tersebut hanya dapat diserahkan kepada Setiausaha kepada SetiausahaPolitik Ketua Menteri berikutan ketiadaan Musa Aman ketika itu.

Sebelumini, pendedahan oleh sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa ketiga-tiga pulauterbabit, Pulau Mengalum terletak di luar pantai Kota Kinabalu seluas 101hektar ditawarkan pada harga US$18 juta, Pandanan dekat Semporna (empat hektar)US$2 juta dan Montukod, kira-kira satu kilometer di luar Kinarut (kira-kiratujuh hektar) dengan harga US$11.266 juta.

Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Negeri Sabah, Datuk Osman Jamal berkatakerajaan negeri sememangnya mengetahui iklan penjualan tiga pulau berkenaan,tetapi tidak boleh menghalangnya kerana pulau-pulau berkenaan milikpersendirian.

Pelancarantersebut turut dihadiri Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Malaysia, Mohd SanyHamzan; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Saudara Abang AhmadKerdee Abang Masagus; Pengarah Perpaduan Nasional dan Hubungan NGO, Pemuda PASMalaysia, Yusni Md. Piah; Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia(JUHAM) PAS Malaysia, Ahmad Zamri Asa'ad Khizaimi; barisan peguam PAS Malaysiadan kepimpinan Pemuda PAS Sabah.

Pemuda PAS Sabah lancar kempen Protes BN

Posted: 15 Oct 2011 09:48 PM PDT

KOTAKINABALU, 16 Okt:Ekoran bebanan kos hidup yang tinggi yang terpaksa ditanggung rakyat, Dewan Pemuda PAS Sabahmengajak seluruh warga di negeri ini bersama mereka dalam kempen membantahkenaikan harga barang.

Kempen Protes Barang Naik atau singkatannya Protes BN tersebut dilancarkan olehLajnah Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Dewan Pemuda  PAS Malaysia (DPPM) pagi tadi di Pejabat PASPutatan, Kota Kinabalu.

Pengerusinya, Saudara Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus berkata, Protes BNadalah sebagai usaha memberikan kesedaran kepada masyarakat berhubungpeningkatan kos hidup khususnya kenaikan harga barangan keperluan.

"Saya pasti bahawa semua rakyat merasai bebanan kenaikan harga barang ini,"katanya.

Selain itu, kempen tersebut juga akan diperluaskan ke seluruh pelusok negeriSabah termasuk dengan mengadakan ekspo, road show dan penyebaran risalah.

Mengulas mengenai caj tambahan 6% terhadap pembelian tambah nilai perkhidmatanprabayar dan pek permulaan kad SIM  bagisemua syarikat telekomunikasi, Ahmad Kerdee memaklumkan kemungkinan besar cajtambahan tersebut akan berkuatkuasa awal tahun hadapan.

Sehubungan itu rakyat ujarnya diseru untuk bersama dalam usaha menyatakan rasatidak puas hati mereka kepada kerajaan melalui kempen ini.

Turuthadir majlis pelancaran tersebut ialah Pengarah Pilihanraya Pemuda PASMalaysia, Mohd Sany Hamzan; Pengarah Perpaduan Nasional dan Hubungan NGO,Pemuda PAS Malaysia, Yusni Md. Piah; Pengarah Jabatan Undang-undang dan HakAsasi Manusia (JUHAM) PAS Malaysia, Ahmad Zamri Asa'ad Khizaimi; Ketua PemudaPAS Sabah, Saudara Lahirul Latigu; barisan peguam-peguam PAS Malaysia, wakilPemuda PAS Putatan dan ahli PAS Sabah.

Tiada ulasan:

Pengikut