Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil |
Posted: 09 Oct 2011 08:00 PM PDT LONDON: Seorang lelaki tua menipu pejabat pencen sebanyak 90,000 pounds (RM380,000) dengan menuntut pencen ayahnya yang sudah mati selama 21 tahun. David Seal, 78, memberitahu pegawai yang ayahnya, berusia 104 tahun jika masih hidup, berada di luar negara dan dia mengambil wang pencennya setiap minggu. Semalam, dia dipenjara selama 12 bulan selepas megaku menipu dan mencuri wang pencen ayahnya selama 21 tahun. Seal yang menduda, menuntut pencen mingguan ayahnya sejak ayahnya meninggal dunia pada 1989 pada usia 83 tahun. Dia membuka akaun menggunakan nama ayahnya pada 1995 ketika sistem pembayaran ditukar dan wang dimasukkan terus ke dalam akaun. Pendakwaraya Kevin Slack berkata: "Mahkamah terkejut kerana dia berjaya menitup sebegitu lama." - AP |
Posted: 09 Oct 2011 04:20 PM PDT JASIN: Ibarat pesta. Itu suasana aktiviti penjualan daging babi bersalut madu secara terbuka di sebuah kawasan perkampungan di Bandar Merlimau, di sini, apabila lebih 100 pelanggan menyerbu sebuah lori membawa daging haiwan itu yang dijual pada harga serendah RM5 sekilogram. Berbanding RM15 hingga RM18 di pasar basah, aktiviti menjual daging itu berhampiran rumah penduduk beragama Islam menimbulkan keresahan mereka yang mahu perbuatan itu dibendung pihak berkuasa. Justeru, mereka meminta Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) turun padang dan memantau keadaan itu serta mengambil tindakan tegas kepada peniaga sekiranya melanggar undang-undang. Penduduk, Eby, 29, berkata kegiatan itu berlarutan sejak tiga bulan lalu apabila terdapat seorang 'ejen' yang memaklumkan kepada penduduk mengenai penjualan daging babi itu. "Ejen terbabit akan pergi ke setiap rumah penduduk bukan Islam dan memberitahu 'pesta' menjual daging babi bersalut madu akan diadakan pada hari tertentu. "Pelanggan dinasihatkan datang ke lokasi ditetapkan itu setengah jam lebih awal kerana menurut ejen terbabit, bekalan habis sekiranya mereka datang lewat," katanya. Menurutnya, penjualan daging babi bersalut madu itu dilakukan peniaga menggunakan sebuah lori sejuk beku dan makanan berkenaan siap dibungkus selain bahagian tulang dan kaki serta kepala dijual berasingan. "Keadaan ketika itu seperti pesta kerana orang ramai menyerbu lori terbabit untuk membeli bekalan daging babi bersalut madu itu," katanya yang juga pekerja swasta, ketika ditemui di sini, baru-baru ini. Tinjauan ke satu lokasi penjualan daging babi itu, baru-baru ini mendapati, tidak kurang daripada 80 penduduk bukan Islam menunggu lebih setengah jam bagi mendapat bekalan daging itu. Sementara itu, jurucakap MPJ ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan penjualan daging babi secara terbuka itu dan tindakan segera sudah diambil oleh anggota penguat kuasa bagi menghalang kegiatan terbabit. "Kami sudah menghantar anggota penguat kuasa ke lokasi dilaporkan penduduk dan mendapati kegiatan itu berlaku. Kami bertindak menghalang pihak yang cuba menjualnya kepada orang ramai. "MPJ akan sentiasa memantau supaya kegiatan seperti itu tidak berulang dan bersedia dengan tindakan tegas sekiranya ada pihak yang cuba melanggar undang-undang majlis," katanya yang mengesahkan menjual babi secara terbuka salah daripada segi undang-undang pihak berkuasa tempatan. H/metro |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda PAS Bukit Katil To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan