Isnin, 10 Oktober 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Tutup saja Jabatan Audit Negara, bazir duit rakyat je

Posted: 10 Oct 2011 02:38 AM PDT



Dah bulan Oktober 2011, masih belum keluar lagi Laporan Ketua Audit Negara tahun 2010 untuk Persekutuan dan semua negei di Malaysia. Kalau macam ni baik tutup sajalah Jabatan Audit Negara ni, ada, macam tak ada. Ke ada sebab lain laporan tersebut belum dikeluarkan untuk tatapan umum?

Apa ke tidaknya banyak pendedahan dilaporkan semasa Laporan Ketua Audit Negara tahun 2009. Antaranya Bangunan Majlis Agama Islam Melaka yang terjual kepada taukeh Cina seperti laporan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/10/bangunan-majlis-agama-islam-melaka.html

Belanjawan 2012 dibentang tanpa laporan Ketua Audit Negara – Anwar

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2012 yang dikemukakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 7 Oktober lalu dibentang tanpa meneliti laporan Ketua Audit Negara. sepertimana kebiasaan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, belanjawan tersebut juga dibentang tanpa meneliti laporan setengah tahun perbelanjaan dan prestasi kewangan negara.

"Belum pernah berlaku laporan Ketua Audit Negara belum dibentangkan sebelum belanjawan dibentangkan.

"Adakah ini untuk mengelakkan Yang Berhormat (Ahli-ahli Parlimen) membahaskan laporan Ketua Audit Negara itu?" soal Anwar ketika membahaskan belanjawan 2012 di parlimen hari ini.

Menurut Anwar, peruntukan sebanyak RM232.8 bilion juga terlalu membazir ketika negara kini mengalami defisit perbelanjaan untuk 14 tahun berturut-turut.

Justeru itu, beliau mencabar Belanjawan 2012 diunjur semula kepada RM220 bilion sahaja seperti Belanjawan Kesejahteraan untuk Semua yang dibentang PakatanRakyat 4 Oktober lalu.

Potongan dan kajian semula itu juga perlu dilakukan kerana belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri dibuat berdasarkan unjuran defisit dan pertumbuhan yang tidak tepat.

"Perbelanjaan RM232.8 bilion yang diumumkan (Najib) adalah berasaskan angka-angka unjuran yang tidak tepat dengan penambahan beban hutang rakyat dan negara.

"Unjuran defisit pada angka 4.7% ini adalah tidak tepat dan tanpa wibawa kerana ia bergantung kepada pertumbuhan ekonomi tahun 2011 dan unjuran 2012, serta unjuran jumlah pendapatan negara dalam tahun 2012," kata Anwar.

Pendapatan negara yang akan tumbuh pada kadar lima hingga enam peratus yang diumumkan Najib juga, kata Anwar, jauh tersasar daripada jangkaan penganalisa ekonomi tempatan dan dunia.

Beliau mengambil contoh RHB Bank dan Malaysian Institute of Economic Research yang menjangkakan ekonomi Malaysia akan tumbuh pada kadar antara 4.8 ke 5.7 peratus sahaja berdasarkan keadaan ekonomi global yang tidak menentu.

Anwar dalam perbahasan tersebut juga percaya, Najib sengaja mengelirukan rakyat dengan unjuran pertumbuhan ekonomi tinggi agar Kerajaan Persekutuan boleh menuntut dividen lebih tinggi daripada Petronas.

"Begitu juga dengan unjuran pendapatan sebanyak RM186.9 bilion. Berdasarkan unjuran pertumbuhan yang lebih perlahan, unjuran pendapatan mendedahkan niat tersirat Barisan Nasional untuk menuntut dividen yang tinggi daripada Petronas," kata Anwar

http://www.keadilandaily.com/belanjawan-2012-dibentang-tanpa-laporan-ketua-audit-negara-anwar/

BN bina jambatan bahaya untuk penduduk di Johor

Posted: 09 Oct 2011 09:37 PM PDT

10 Okt 2011 - Salam, saya mewakili penduduk Kg.Tembioh, Kota Tinggi Johor ingin membuat aduan tentang pembinaan jambatan yang sedang dijalankan amat membahayakan para pengguna terutamanya bagi yang berkenderaan kerana jambatan tersebut merupakan laluan utama untuk keluar masuk kampung kami.

Kami dapati tiada pemantauan daripada pihak berkuasa terutama Majlis Daerah Kota Tinggi atau jabatan lain yang berkaitan dengan proses pembinaan jambatan tersebut terutama tahap keselamatan pengguna jambatan tersebut.

Pembinaan jambatan tersebut memakan masa yang terlalu lama hampir setahun lebih dan pekerjanya hanya 5 hingga 6 orang sahaja sedangkan kos pembinaan tersebut hampir jutaan ringgit.

Kami kecewa kerana jambatan yang sedang dibina seolah-olah tiada perubahan dan makin merbahayakan kerana jambatan tersebut dibina terlalu tinggi dan serta sehala dan amat menyukarkan sekiranya pertembungan yang mahu naik dan turun.

Untuk pengetahuan pihak tuan, banyak berlaku kenderaan yang hampir terbabas masuk ke dalam sungai kerana tiada penghadang, alat sensor, dan mendapan tanah yang makin kritikal apabila tiba musim hujan.

Selain itu, kami dapati pihak kontraktor hanya menambak tanah merah melebihi daripada batu dan tiba sahaja musim hujan, tanah tersebut akan menjadi mendap dan hampir terbolos dan mereka hanya meletakkan sekeping papan besi sahaja. Sudah pasti papan tersebut licin dan mudah tergelincir.

Besar harapan kami kepada pihak berkenaan terutama Menteri Besar Johor, dan Ahli Parlimen Bahagian Kota Tinggi agar dapat membantu menyelesaikan masalah kami (warga emas,belia,pelajar sekolah) kerana sebelum ini aduan telah dikemukakan kepada pihak berkenaan terutama Majlis Daerah Kota Tinggi tetapi hingga kini tiada maklum balas atau sebarang tindakan.

By: norazlinda http://www.aduanrakyat.com.my/pembinaan-jambatan-yang-merbahaya

Treler 'tersangkut' di Jambatan Sungai Tembioh



ORANG ramai melihat keadaan treler yang terperlus rodanya di lantai jambatan kayu Sungai Tembioh, Kota Tinggi.

KOTA TINGGI 21 Dis. 2010 - Jambatan kayu yang uzur merentangi Sungai Tembioh di sini hampir runtuh apabila sebuah treler yang membawa muatan berat 'tersangkut' semasa melaluinya semalam.

Semasa kejadian, treler tersebut membawa batang cerucuk konkrit dan akibatnya, roda kenderaan itu 'terperosok' di lantai jambatan yang reput.

Ini menyebabkan treler tersebut menghalang kenderaan lain daripada melaluinya.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati struktur tiang kayu jambatan selebar empat meter itu telah uzur dan reput serta berisiko jika kenderaan berat melaluinya.

Kampung Tembioh yang terletak di pinggir bandar ini mempunyai 300 penduduk dan jambatan berkenaan merupakan satu-satunya laluan penghubung bagi penduduk untuk keluar masuk.

Menurut penduduk, jambatan kayu itu pada asalnya dibina oleh pengusaha sebuah kilang papan yang beroperasi di kampung berkenaan pada tahun 1960-an, namun kilang itu telah berpindah ke Jalan Mawai di sini sejak dua tahun lalu.

Pemandu treler, Shahrin Abdul Rahman, 48, memberitahu, dia diminta untuk menghantar cerucuk konkrit berkenaan untuk memudahkan kerja menanam cerucuk tapak jambatan baru di situ.

"Ketika memandu atas jambatan itu, treler itu menyenget ke kiri, saya turun untuk menyiasat dan mendapati kesemua 12 batang cerucuk itu telah terjatuh ke Sungai Tembioh yang menghubungi Sungai Johor di sini sebaik roda kiri treler itu termasuk ke lantai kayu jambatan," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama, Asiah Md. Ariff yang meninjau keadaan jambatan itu bersama ahli Majlis Daerah Kota Tinggi berkata, jambatan itu akan digantikan dengan sebuah jambatan konkrit selebar 11.9 meter yang dibina dengan kos RM1.7 juta Oktober lalu dan jangka siap Mei tahun depan.

Asiah berkata, sebelum ini terdapat satu papan tanda pemberitahuan kenderaan yang melebihi lima tan tidak dibenarkan melalui jambatan itu.

"Usaha mengalihkan treler itu dan kerja membaiki lantai jambatan sedang dijalankan bagi membolehkan penduduk meneruskan urusan harian mereka," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_02.htm

Berita sedih ribuan bakal guru dalam Bajet 2012

Posted: 09 Oct 2011 09:16 PM PDT



Nampaknya tiada berita gembira untuk ribuan bakal guru lepasan KPLI, TESL, UPSI yang masih lagi menganggur dalam Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 7 Oktober 2011. Yang ada berita baik hanyalah guru sedia ada , boleh kerja sampai umur 60 tahun. Nasib kaulah ribuan bakal guru, tunggulah Bajet 2013 atau PRU-13 nanti.

Berita sebelum ini ribuan bakal guru lepasan KPLI, TESL, UPSI yang masih lagi menganggur di http://amkns.blogspot.com/2011/10/hanya-mat-sabu-boleh-selamat-ramai.html

GURU KECEWA MENANTI 'POSTING'
October 10th, 2011

Saya mewakili mereka-mereka yang seangkatan dengan saya, merupakan graduan lepasan sebuah universiti tempatan dalam bidang pengajaran bhs inggeris sbg bhs kedua (TESL). Aduan dan ketidakpuasan hati saya ialah tentang penempatan kami di sekolah. Walaupun telah hampir 4 bulan kami menamatkan pengajian kami, tetapi sehingga hari ini, kami masih belum di beri apa-apa maklumat berkaitan penempatan kami di sekolah. Kami ternyata amat kecewa dengan apa yang berlaku kepada kami ini – PENGANGGURAN BERAMAI-RAMAI.

Hal ini amatlah memberi tekanan kepada kami. persoalannya, setelah belajar selama 4 tahun di dalam bidang ini, adakah kami akhirnya hanya akan menjadi graduan menganggur? Menghabiskan masa kami bertahun2 untuk belajar, sayangnya kami tidak dapat mempraktikkan apa yang kami pelajari dahulu di tempat yang sepatutnya.

Perkara ini juga memberi tekanan kepada kami kerana kami perlu membayar wang pinjaman yang kami gunakan ketika belajar dahulu. Walaupun masih belum bekerja, tetapi, kesemua kami yang telah mendapat surat daripada PTPTN yang meminta kami menjelaskan pinjaman kami. Masalahnya, bagaimana kami mampu membayar pinjaman sebanyak RM26,000 tersebut sekiranya kami masih belum bekerja seperti sekarang ini? Sekiranya kami ingin bekerja di tempat lain, ini juga menyukarkan kami kerana kami tidak tau bila kami akan di panggil posting dan pihak majikan tidak menerima pekerja yang bekerja dengan tempoh yang tidak tetap begitu.

Adalah tidak adil pada kami apabila golongan lepasan KPLI dan GSST, yang hanya mempunyai sedikit asas dalam bidang perguruan ini mendapat tempat terlebih dahulu sedangkan kami yang bertungkus lumus belajar segala aspek perguruan dengan sebetulnya, DIKETEPIKAN sewenangnya. Adakah golongan lepasan KPLI dan GSST diberi peluang untuk mendapat penempatan terlebih dahulu kerana mereka mempunyai lebih pengalaman berbanding kami? Jika begitu, BERILAH kami peluang menimba pengalaman seperti mereka. TENTUKAN PENEMPATAN KAMI KE SEKOLAH SECEPAT MUNGKIN!

Diharap luahan ini dapat disiarkan dan saya memohon kepada pihak yang berwajib supaya mengambil PERHATIAN sepenuhnya tentang perkara ini.

GURU KECEWA MENANTI POSTING.

By: misscik
http://www.aduanrakyat.com.my/guru-kecewa-menanti-posting

Rakyat tak ada tanah, tak dapat Rumah Mesra Rakyat

Posted: 09 Oct 2011 07:11 PM PDT



Bajet 2012 memperuntukan pembinaan 10,000 Rumah Mesra Rakyat (RMM) . Di Malaysia ada 222 Parlimen dan 576 DUN, bermakna secara purata setiap Parlimen hanya akan dapat 45 buah RMM atau purata setiap DUN hanya akan dapat 17 RMM saja.

Helo brader, setiap DUN ada berapa kampung , ada berapa ketua kampung, berapa Pengerusi JKKK? 17 buah RMM nak direbutkan untuk setiap kampung dalam DUN, akhirnya siapa yang dapat? Yang dapat Rumah Mesra Rakyat ini mereka yang ada tanah, rakyat miskin papa kedana yang tak ada tanah, minta maaflah ya, tiada Rumah Mesra Rakyat untuk anda.

Pekerja kilang yang gaji bawah RM 1,500 yang tak ada tanah pun, minta maaflah ya, tiada Rumah Mesra Rakyat untuk anda.

Petikan Bajet 2012 - Selain itu, Program Rumah Mesra Rakyat yang dikendalikan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan diteruskan bagi membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah lebih selesa. Di bawah program ini, mereka yang mempunyai tanah persendirian dan tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usang, boleh mendapatkan pembiayaan untuk membina rumah sendiri. SPNB akan diberikan peruntukan tambahan untuk membina 10 ribu unit Rumah Mesra Rakyat pada tahun 2012. Kos rumah yang berharga 65 ribu ringgit ini, akan dijual dengan harga 45 ribu ringgit sahaja. Di sini, bagi setiap unit rumah, Kerajaan akan memberi subsidi sejumlah 20 ribu ringgit. Sebanyak 200 juta ringgit akan diperuntukkan untuk program ini.

********
Pemohon yang layak memohon Rumah Mesra Rakyat adalah:
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah berumur 18 hingga 65 tahun.
- Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM1,500 sebulan.
- Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang / tidak sempurna.
- MEMPUNYAI TANAH / TAPAK YANG BERSESUAIAN DAN TIADA SEKATAN / CAGARAN KE ATASNYA.
- Jika tanah bukan kepunyaan pemohon, Surat Akuan / Kebenaran Berkanun dari tuan tanah diperlukan untuk membina dan menggadai tanah tersebut kepada SPNB.
- Berkahwin atau, ibu / bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
http://www.spnb.com.my/

Bajet 2012, mana janji Hospital Rembau sejak 2008

Posted: 09 Oct 2011 06:40 PM PDT



Nampaknya orang Rembau melopong lagi. Pembinaan Hospital Rembau yang dijanjikan semasa Pilihanraya Umum ke 12 , Mac 2008 hanya tinggal janji serta batu asas yang jelas kelihatan dari jalan utama Seremban - Rembau. Yang dapat hospital ialah di Kuala Krai di Kelantan, bukannya di Rembau, Negeri Sembilan.

Hantam sajalah Labu ! Apo nak buek, dah Melayu mudah lupo.

15 Oktober 2011, Muhyiddin akan jelajah Negeri Sembilan, tak tahulah samada dia akan melawat Batu Asas Hospital Rembau.

Baca dan tengok sendiri asas Hospital Rembau yang didirikan oleh Kerajaan BN semasa PRU ke 12 tahun 2008 yang lalu di http://amkns.blogspot.com/2011/02/siapa-yang-menjanjikan-hospital-kepada.html

Petikan Bajet 2012 - Bagi tahun 2012, sektor perkhidmatan kesihatan akan diperuntukkan 15 bilion ringgit untuk perbelanjaan mengurus dan 1.8 bilion ringgit bagi perbelanjaan pembangunan. Ini melibatkan antaranya pembinaan dan menaik taraf hospital termasuk di Bera, Kuala Krai, Dungun, Sri Aman dan Tuaran serta menambah baik blok bersalin di Hospital Putrajaya.

Tiada ulasan:

Pengikut