Isnin, 10 Oktober 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 10 Oct 2011 04:01 AM PDT

MEDIA Rakyat MALAYSIA


MAJLIS PAKATAN RAKYAT HULU SELANGOR BERSIDANG ~ 2 OKT AHAD DEWAN DATO ABD HAMID, BATANG KALI

Posted: 09 Oct 2011 10:22 PM PDT

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Posted: 10 Oct 2011 01:58 AM PDT

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


Ramalan Tarikh PRU 13

Posted: 09 Oct 2011 07:22 AM PDT

9 OKT. 2011: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menyampaikan ucaptama pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Wilayah Persekutuan di PWTC Kuala Lumpur. Telah mengeluarkan kenyataan samada tak senaja atau secara bersahaja. "Tarikh pilihanraya, kita tunggu dua tiga hari lagi".

Kenyataan tersebut menguatkan lagi spekulasi dan ramalan PRU 13 akan berlaku pada November ini.

Anwar Ibrahim

Posted: 09 Oct 2011 08:17 PM PDT

Anwar Ibrahim


Penghakiman Kes Altantuya Yang ‘Tergantung’ Memburukkan Sistem Kehakiman

Posted: 09 Oct 2011 07:10 PM PDT

Malaysia Chronicle

Ketidak upayaan sistem kehakiman Malaysia untuk membawa kesudahan kepada kes pembunuhan Altantuya adalah sangat memalukan dan menunjukkan keburukan yang terdapat dalam sistem kehakiman. Hakikat yang penghakiman untuk perbicaraan pembunuhan ini masih belum ditulis selepas 2 tahun pengumumannya dibuat adalah amat memalukan dan memberi tanggapan yang sangat buruk terhadap mahkamah undang-undang di Malaysia.

Sebagai permulaannya, hakim kes tersebut seharusnya sudah menulis penghakiman itu, ditanda tangani olehnya dan dihantar ke Mahkamah Persekutuan. Ini adalah selaras dengan seksyen 281 (b)(ii) Criminal Procedure Code (Act 593) yang memerlukan dokumen tersebut untuk diserahkan untuk membuat rayuan terhadap hukuman mati itu.

Tetapi sementara dua orang bekas pengawal peribadi Perdana Menteri Najib Razak telah dijatuhkan hukuman gantung kerana membunuh Altantuya, dan sudah pun membuat rayuan, halim Mahkamah Tinggi itu, Mohd Zaki Yasin, yang mendapati bahawa mereka bersalah, masih belum menulis penghakimannya itu sehingga sekarang.

Bagaimana pula rayuan dapat dilakukan di Mahkamah Persekutuan sekiranya penghakiman belum ditulis? kelihatannya seperti mahkamah sengaja melengahkan proses rayuan supaya banyak masa terbuang, tetapi apa kebaikannya untuk kedua-dua pegawai polis ini yang sudah dijatuhkan hukuman mati?

Dan kenapa pentadbiran Najib tidak menyoal Mohd Zaki Yasin tentang ketidak upayaannya untuk menulis penghakiman itu? Atau Mohd Zaki Yasin sedang menunggu orang lain untuk menulisnya bagi pihak dia? Ini bukanlah perkara mengejut, kerana hanya di Malaysia seorang hakim ‘dibenarkan’ untuk mengambil orang lain untuk menulisjan penghakimannya.

Kerjaya undang-undang atau wild, wild West

Dalam pertunjukan korupsi di dalam sistem kehakiman di Malaysia yang amat memeranjatkan, seorang setiausaha undang-undang telah memberikan keterangan pada tahun 2008 kepada Suruhanjaya Penyelidikan DiRaja (SPD) bahawa pada tahun 1994, seorang peguam kepada penuduh telah menulis penghakiman yang dibacakan oleh hakim yang membicarakan kes tersebut, yang kemudian menganugerahkan RM10 juta nilai kerugian yang dialami akibat fitnah kepada seorang kroni kepada bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad terhadap seorang jurnalis dan enam lagi yang terdakwa.

Sesiapa yang mengikuti perkembangan di Malaysia sudah pasti tahu kes yang melibatkan V K Lingam, yang pada September 2006 menjadi pemain utama di dalam skandal kehakiman di mana subuah rakaman video tentang perbualan telefon olehnya dengan Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, yang merupakan hakim ketiga negara, yang bertanggungjawab dalam pemilihan hakim-hakim senior.

Rakaman video itu menunjukkan beberapa orang-orang rapat Mahathir, terutamanya Vincent Tan, terlibat dalam pemastian dan pemilihan hakim-hakim yang boleh ‘diatur’.

Ya ampun, perkara-perkara yang dibiarkan!

Suruhanjaya DiRaja yang dipilih untuk menyiasat tuduhan-tuduhan itu diberitahu oleh G Jayanthi, yang pada waktu itu merupakan setiausaha undang-undang untuk Lingam, bahawa Lingam telah menulis penghakiman untuk kes yang kontroversi itu, di mana Vincent Tan diberikan RM10 juta dalam di atas kerugian akibat empat artikel yang ditulis terhadapnya di dalam majalah Malaysian Industry yang sudah tidak beroperasi lagi. Penghakiman itu ditransfer kepada cakera komputer dan dihantar ke Hakim Mahkamah Tinggi Mokhtar Sidin, yang membacanya di mahkamah.

Di dalam kenyataannya, kebanyakannya bertulis, Jayanthi berkata Lingam dibantu oleh adiknya, seorang peguam dan bekas ketua Mahkamah Industri Malaysia. Dia memberitahu mahkamah bahawa dia telah memberikan pembetulan dalam tulisan tangan bersama dengan penghakiman itu kepada peguamnya, Muhammad Shafee Abdullah.

Lingam, katanya, “membetulkan draf penghakiman itu dengan dakwat merah pada beberapa muka surat. Kemudian Sumanti membuat pembetulan mengikut apa yang sudah dibuat dan membuat salinan di dalam cakera komputer untuk diberikan oleh Datuk Lingam kepada Hakim Datuk Mokhtar Sidin. Kemudian saya mendapati pengahkiman itu diikut bulat-bulat oleh hakim tersebut.”

Penghakiman Altantuya masih ‘tergantung’ – macam mana?

Kelihatannya seperti penghakiman beberapa kes boleh ditulis oleh orang lain yang tidak terlibat pun di dalam kes itu, berlainan daripada kes Altantuya. Jadi apa masalah yang sedang dihadapi oleh Mohd Zaki Yasin yang membuatkan dia belum dapat menulis penghakimannya? Haruskah Suruhanjaya DiRaja diwujudkan untuk memastikan kenapa penghakiman itu belum ditulis?

Terdapat banyak kes-kes masalah undang-undang untuk disebut. Daripada kes perbicaraan sodomi I pada tahun 1998 oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad hinggalah ke krisis Perak oleh Perdana Menteri Najib Razak pada tahun 2009, integriti sistem kehakiman sudah semakin merudum dan belum selesai lagi. Baru sehari lalu, 60 Ahli Parlimen pembangkang memfailkan gerakan di parlimen untuk menuntut pemecatan seorang hakim kerana meniru penghakiman yang ditulis oleh bekas hakim Singapura GP Selvam.

Perkara-perkara seperti inilah yang membuatkan sistem kehakiman Malaysia tidak profesional dan busuk. hakim-hakim yang seharusnya menjadi pelindung rakyat telah gagal, melambat-lambatkan keadilan untuk yang tidak bersalah, dan membenarkan orang bersalah memanipulasi dan menyalah guna sistem untuk kepentingan mereka sendiri.

Dasar perubuhan masyarakat sivil di Malaysia sudah terjejas dan untuk ini, rakyat Malaysia menuntut reform dan perubahan. Jika tidak, Malaysia sudah pastinya akan hancur

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Najib, Rosmah And The Judge: Are They Really Irrelevant Or Is This BN’s Malaysia?

Posted: 09 Oct 2011 06:19 PM PDT

Malaysia Chronicle

There was good reason Anwar Ibrahim wanted the Sodomy II presiding judge disqualified. He was too junior and green to handle a court case of Sodomy II's magnitude. And rightly so, since he was brought in by a system so compromised by the Executive branch of the government, it is an embarrassment.

This can also be said about the court’s dismissal of a summons to Prime Minister Najib Razak and wife Rosmah Mansor to appear as witnesses in the sodomy trial that Anwar has accused them of ‘rigging’.

The reason given was that Najib and Rosmah would not be able to provide relevant information concerning the Sodomy II accusations. Mohd Zabidin Mohd Diah agreed with Najib and Rosmah in that they were not relevant. “Hence, I allow the applications and order the trial to continue,” said Zabidin.

The response from Anwar was one of dismay. “We have evidence to support that the duo was (involved). Our position is that this was planned. Najib should come and deny it. The prosecution offered Najib and Rosmah as witnesses. If they are not relevant, why were they offered?” Anwar told reporters later.

Prosecution would offer ‘irrelevant’ witnesses?

Yes, it was the prosecution who offered the duo as witnesses and yet it is the same prosecution that seems adamant to protect Najib and Rosmah. The argument that the duo is not relevant to the Sodomy II trial is simplistic and dead-wrong.

The very nature of Najib's initial denial and subsequent retraction when confronted with the question, if he knew Saiful Bukhari Azlan, reeks of conspiracy. What was discussed by Najib and Saiful, days before the latter made the police report? What was the nature of the relationship between Saiful and Najib to the extent the former could so easily meet Najib, who was already the deputy prime minister, at his residence to discuss 'scholarship' matters?

Yet, the questions go deeper than just this. What are Najib and Rosmah hiding from public view? Why the allergic reaction to appearing in court? And to compound it all, the courts seem to be colluding with the duo in their wishes to stay away.

Judicial rot

This is the biggest mystery yet and it shows the expanse of the rot within the judiciary. The courts of law are supposed to be independent of the Executive branch of a government. It is the bastion of hope for those who are unable to defend themselves, yet in Malaysia, the courts have made it a standard prosedure to kow-tow to those in the elite section of society. The courts can be bought or bent or pressured and this is exactly what happened in the Sodomy II case.

Should not testimony be first heard and then deemed relevant or irrelevant by the judge? Yet, Mohd Zabidin deemed the testimony irrelevant before even hearing it nor questioning it? Should not the judge have acted in the interests of the public and made Najib and Rosmah, as citizens of Malaysia, defend their innocence in a court of law? It is for the courts to settle once and for all whether the duo is innocent or guilty, but only after their testimony is heard.

In this regard, Mohd Zabidin reacted unprofessionally and brought further embarrassment to an institution that should always put public interest in the foreground, ahead of all other interest. Otherwise, civil society in Malaysia might as welll be dead and gone. It would all be a sham.

Look at the Wall St protest

The very institution that should the cornerstone of liberty and citizen rights is compromised. There are double standards – practiced and enforced by those placed in the seats of justice by an equally corrupt Executive. And the rot is not merely in the judiciary but also within every arm of the justice system.

Why is it that the US Wall Street protest has been going on for days, yet the tear gas canister count still stands at zero? Here in the streets of Kuala Lumpur, on July 9, a peaceful march in support for free and fair elections was attacked by the police who fired 262 tear gas canisters.

They Malaysian police also shot acid water from water canons and threw smoke bombs at their countrymen, who were unarmed and sat on the ground to show they came in peace. This is also the same police force that gave Anwar Ibrahim the black eye in the first Sodomy trial in 1998, what more horrors are in store for Anwar once judgement is passed for Sodomy II.

Time to punch out Najib and Rosmah

It is clear, the rush to keep Najib out of court coincides with the coming 13th general election. Yes, keep Anwar tied up with the Sodomy II trial, call snap general elections, thus ensuring that Anwar and his Pakatan Rakyat coalition are handicapped in contesting.

This is the ultimate goal of Sodomy II, eliminate Anwar from the political landscape at all cost. Yet, Najib has underestimated the nature of Malaysians. Malaysians did not need Anwar to march on July 9, Malaysians did it for Malaysia.

And though Najib thinks he has the upperhand, it will be Malaysia who will finally hand him and wife Rosmah the well-deserved and long-overdue knockout punch.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Bajet Tak Selesai Pengangguran Graduan

Posted: 09 Oct 2011 05:51 PM PDT

Malaysiakini

Pemuda PAS menyelar pembentangan belanjawan kali ini yang didakwa tidak menitikberatkan keperluan anak muda, antaranya bagi bersaing dalam pasaran kerja.

Naib Ketua dewan itu Dr Raja Ahmad Al-Hiss (kanan) berkata, selain tiada peruntukan khas pembangunan insan dan latihan, kerajaan juga dilihat tidak mampu menyediakan alternatif pekerjaan untuk menampung pengangguran graduan di yang semakin meningkat.

“Di saat ekonomi negara yang kurang bermaya, kerajaan hanya menumpukan pengekalan nilai sedia ada di universiti tempatan tanpa cuba mewujudkan kreativiti sosial dan ekonomi,” kata Dr Raja Ahmad.

Dalam kenyataannya hari ini Dr Raja Ahmad juga berkata, dalam sektor perkilangan sekali pun, kebergantungan masih diberikan kepada pihak luar dan bukannya anak tempatan, terutama graduan berkemahiran.

Sementara itu, secara umumnnya, Dr Raja Ahmad mengucapkan syabas kepada Pakatan Rakyat kerana “berjaya” mendorong kerajaan BN memperbanyakkan peruntukan dan bantuan kepada pasukan polis dan tentera.

Katanya, usaha BN memancing undi untuk pilihan raya juga jelas kelihatan apabila banyak ‘gula-gula’ yang yang ditawarkan diambil dari Buku Jingga dan bajet alternatif Pakatan.

“…jelas bahawa idea dan strategi Pakatan telah terbukti baik dan berpandangan jauh,” katanya walaupun dinafikan pemimpin BN.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) semalam berkata, daripada beratus-ratus insentif untuk rakyat dalam Belanjawan 2012, hanya dua perkara kebetulan menyamai belanjawan pembangkang.

Katanya, perkara itu adalah pemberian insentif kepada wanita RM500 yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 dan bantuan pendidikan kepada anak sekolah rendah dan menengah.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Bajet Najib gagal Tawan Hati Semua Lapisan Rakyat – Azmin

Posted: 08 Oct 2011 09:38 PM PDT

Keadilandaily

Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali menyifatkan Bajet 2012 yang dibentang Datuk Seri Najib Razak sebagai 'gula-gula' untuk meraih sokongan pengundi pada pilihan raya umum ke-13.

Beliau menyifatkan Bajet 2012 itu gagal menawan hati semua lapisan rakyat sebagaimana Belanjawan Pakatan Rakyat yang dibentang tiga hari lebih awal.

"Ini bajet pilihan raya tetapi Pakatan Rakyat sudah bersiap sedia dan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dengan melancarkan bajet Pakatan.

"Kita tidak menolak kepentingan kakitangan awam kepada kemajuan negara, sumbangan perkhidmatan awam penting. Namun begitu tumpuan juga harus diselaras kepada semua pihak.

"Dalam pembentangan semalam, tidak ada insentif untuk kakitangan swasta," katanya kepada Suara Keadilan selepas menyampaikan ucaptama di forum bertajuk Malaysia dan Sejarah yang belum berakhir anjuran Akademi Pak Sako di sini, malam tadi.

Untuk menjana ekonomi, Ahli Parlimen Gombak itu berkata, Najib harus beri keadilan kepada kedua-dua sektor, bukan hanya mengutamakan sebelah pihak sebagai gula-gula pilihan raya.

Azmin juga menyifatkan Bajet 2012 yang meneruskan defisit untuk tahun ke-14 berturut-turut sebagai ancaman ekonomi dan memerlukan pengurusan kewangan dalam keadaan bajet berhemah.

"Kerajaan menyasarkan kutipan hasil tahun hadapan berjumlah RM186 bilion tetapi RM181 bilion akan digunakan untuk operasi mengurus manakala baki 50 bilion ringgit akan digunakan untuk pembangunan," katanya.

Beliau berkata, tata kelola yang baik harus meletakkan bajet pembangunan melebihi perbelanjaan pengurusan tetapi Bajet 2012 memperlihat 70 peratus peruntukan pengurusan melebihi pembangunan.

"Masalah defisit tidak akan dapat ditangani disebabkan peruntukan pengurusan melebihi pembangunan.

"Justeru, rakyat melihat secara komprehensif tentang bajet yang dibentangkan dan tidak hanya memfokus kepada satu dua perkara yang dilihat sebagai gula-gula pilihan raya BN," katanya.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Ribuan Hadir Himpunan Hijau Bantah Lynas

Posted: 08 Oct 2011 09:30 PM PDT

Malaysiakini

Kira-kira 2,000 membanjiri pantai Taman Gelora, Kuantan bagi memberikan menyatakan bantahan terhadap pembinaan loji nadir bumi di Gebeng.

Dinamakan “Himpunan Hijau 109″, penhimpunan itu dipendekkan oleh anggota polis yang menghalang penceremah membuat ucapan.

Permit berhimpun dalam program NGO alam sekitar itu ditarik balik malam tadi ekoran terdapat program khidmat negara.

Bagaimanapun pagi ini, mereka tetap berkumpula mulai jam 8.30 pagi di bawah pemerhatian kira-kira 50 anggota polis.

Orang ramai kelihatan enggan berganjak dan membina perisai manusia tetapi selepas ditolak polis polis mereka menjadi marah dan mula mengebu serta meneriakkan slogan “Hidup rakyat”.

Ketua Polis Daerah Kuantan Mohd jasmani Yusof  bagaimanapun tetap menegaskan supaya orang ramai bersurai.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Wee Choo Keong

Posted: 09 Oct 2011 03:05 PM PDT

Wee Choo Keong


7 reasons against the secret MAS – AirAsia share swap

Posted: 09 Oct 2011 08:03 AM PDT

The article by troubleshooter2011@gamil.com 7 REASONS WHY KHAZANAH MUST NOT UNDERTAKE THE SHARE SWAP BETWEEN MAS AND AIRASIA - PART 2 For Part 1 readHERE  1. MAS IS A NATIONAL ASSET JUST LIKE PETRONAS AND TNB MAS' primary purpose aside from performing its aviation role is to, as mentioned in my earlier piece, promote Malaysia as [...]

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 09 Oct 2011 11:37 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Ramai ditipu Linguaphone, kenapa tiada tindakan?

Posted: 09 Oct 2011 04:58 AM PDT



Terlalu banyak aduan dalam internet mengenai para pelajar di IPT yang diperdaya oleh Linguaphone. Agak menghairankan ianya tidak dilaporkan dalam Utusan Malaysia dan TV3 dan tiada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan tersebut. Adakah seseorang yang berpengaruh berada di sebalik Linguaphone dan adakah para pelajar serta mahasiswa juga mahasiwi kita akan terus terpedaya dan teraniaya?

PEMULANGAN LINGUAPHONE
October 7th, 2011

Saya telah membeli produk linguaphone dan saya ingin memulangkannya kembali kerana saya baru tersedar bahawa produk tersebut tidak dapat membawa kebaikan kepada saya. Saya juga merasa seperti ditipu dan dipaksa untuk membeli produk tersebut.

Jurujual yang menjual produk linguaphone ini menahan saya dan rakan-rakan yang lain dengan mengatakan bahawa dia ingin membuat soal selidik sahaja.Tetapi dia tidak pula mengatakan ingin menjual produk. Apabila kami tidak mahu membeli mereka menahan kami dan seperti memaksa kami untuk membeli produk ini sehinggakan kami tidak mampu lagi untuk menolak.

Mereka juga turut menggunakan kata-kata yang sangat manis untuk mempengaruhi kami yang kurang pengetahuan tentang produk ini supaya membelinya. Malangnya, ada diantara rakan-rakan saya yang baru tersedar bahawa mereka ditipu dan ingin memeulangkan produk ini, ada diantara mereka yang dimarahi oleh jurujual. Jurujual tersebut juga tidak mengendahkan panggilan kami untuk bertanyakan tentang kaedah memulangkan produk ini.

Saya dan rakan-rakan yang lain sangat berharap dapat memulangkan produk linguaphone ini dan mendapatkan kembali wang deposit yang telah kami bayar sebanyak RM299. Kami juga sedar bahawa kami tidak akan mampu membayar harga produk ini yang mencecah ribuan ringgit kerana kami masih lagi belajar. Saya sangat berharap agar pihak aduan rakyat dapat membantu untuk menyelesaikan masalah yang kami hadapi.Sekian terima kasih.

By: Amirah http://www.aduanrakyat.com.my/pemulangan-linguaphone

LINGUAPHONE MENIPU DAN MEMAKSA PELAJAR IPTA UNTUK MEMBELI PRODUK MEREKA
October 5th, 2011

Linguaphone mensasarkan pelajar IPTA/IPTS untuk membeli produk bantu belajar bahasa Inggeris dengan memaksa pelajar secara psikologi. Saya bekas pelajar Politeknik Ungku Omar telah terjebak dalam kontrak produk ini.

Perkara ini berlaku pada tahun 2009. Mereka membuka booth dan menunggu pelajar habis kelas untuk menperkenal produk mereka. Ketika itu saya bersama 2 lagi rakan telah dipaksa untuk duduk dan dengar butiran produk tersebut. Saya dan seorang rakan diberi kepada seorang petugas lelaki, manakala seorang lagi rakan dengan petugas wanita.

Saya dan rakan berkeras tidak mahu membeli kerana kami tidak mempunyai wang. Kami dipaksa untuk membayar pendahuluan sebanyak RM110, dimana jumlah keseluruhan produk itu adalah RM2999. Kami meminta untuk menghubungi ibu bapa untuk bertanyakan pendapat mereka namun diherdik oleh petugas terbabit dengan mengatakan 'ibu bapa tak kan tak bagi anak beli benda untuk belajar macam ni, kalau macam tu tak guna jadi mak ayah la' menyebabkan kami berasa sangat tertekan.

Kami cuba lari namun dengan tiba tiba petugas wanita tadi memberitahu bahawa rakan saya yg bersamanya telah membayar deposit untuk kami berdua. Saya tergamam dan tidak dapat berbuat apa apa, dan terpaksa menandatangani kontrak tersebut. Selepas membawa pulang alat tersebut, sangat mendukacitakan apabila alat tersebut langsung tidak berfungsi. Kami berasa tertipu dan membuat aduan kepada pensyarah.

Pensyarah kami meminta untuk deposit kami dipulangkan dan kami memberi semula barang itu, namun kami dimarahi dan petugas mengeluarkan kata kata kesat terhadap kami dan sejak dari itu, mereka kerap telefon dan memaksa kami membuat bayaran setiap bulan sebanyak Rm150. Kami tidak mengendahkannya kerana alat tersebut tidak berfungsi dan ini menyusahkan kami yang terpaksa menanggung hutang semasa baru berumur 18 tahun ketika itu.

Selepas beberapa bulan, mereka menelefon dan meminta kami pulangkan alat tersebut ke main office mereka jika mahu membatalkan kontrak, tetapi wang deposit tidak akan dikembalikan. Kerana tidak mahu disenarai hitam, saya dan rakan menghantar barang tersebut menggunakan pos laju pada penghujung 2009. Selepas itu pihak Linguaphone senyap begitu sahaja dan tiada panggilan telefon mahupun surat seperti dahulu. Saya fikir barang tersebut telah sampai dan kontrak telah ditamatkan sepertimana yang mereka janjikan.

Walaubagaimanapun, pagi ini saya dihubungi pihak mereka dengan menggunakan nombor 012 9882360/ 0125012362 dan 0122367743 yang mengaku mereka dari Linguaphone. Mereka mengatakan saya tidak memulangkan barang tersebut dan akaun saya telah tertunggak. Saya terkejut dengan apa yang berlaku. Sekarang telah masuk penghujung 2011, tetapi baru sekarang mereka menghubungi saya dan mengatakan barang tidak sampai. Saya mengatakan barang tersebut telah dipos sejak 2009 dan mengapa baru sekarang mereka telefon. Petugas tersebut memberitahu saya sepatutnya menghantar terus ke pejabat utama mereka di Kuala Lumpur sedangkan pada 2009 mereka menyuruh saya menggunakan pos laju sahaja.

Mereka seakan akan mempergunakan kuasa mereka untuk menjerat saya dalam perkara ini sedangkan barang telah 2 tahun saya serahkan. Mereka memaksa saya menyemak di pejabat pos untuk mengesan barang tersebut. Saya menghantar barang itu di Ipoh, dan mereka mendesak saya untuk segera berurusan dengan pejabat pos di sana. Ini menyusahkan saya kerana saya berada di Pulau Pinang dan telah tamat belajar di sana.

Mereka juga mengugut untuk 'blacklist' akaun saya di bank sekiranya barang tersebut masih mereka belum terima. Saya bingung kerana barang tersebut saya telah hantar dan bukti slip pos telah hilang kerana perkara ini telah lama berlaku. Mereka memaki hamun saya didalam telefon bila saya mengatakan mereka memaksa saya membeli, sekarang memaksa saya lagi. Saya berang dengan tindakan tersebut dan mahu pihak mereka diambil tindakan sewajarnya kerana saya pasti bukan saya sahaja yang mengalami nasib ini, pasti ramai lagi diluar sana menghadapi masalah yang serupa. Saya berharap pihak aduanrakyat menyemak aduan lain yang banyak mengenai Linguaphone ini kerana ia seperti tiada kesudahan malah semakin ramai yang terkena.

By: noramira http://www.aduanrakyat.com.my/linguaphone-menipu-dan-memaksa-pelajar-ipta-untuk-membeli-produk-mereka


LINGUAPHONE MENSASARKAN PELAJAR YANG MUDAH DIPENGARUHI
June 24th, 2011

Saya ingin melaporkan kepada pihak Kosmo berkenaan tindakan penjualan tidak beretika Linguaphone. Baru-baru ini, adik ipar saya (pelajar kemasukan baru UiTM Puncak Alam yang baru sahaja mencecah umur 18 tahun minggu lepas) telah dipengaruhi oleh penjual Linguaphone yang menyebabkan beliau kehabisan ratusan ringgit sebagai deposit.

Apabila keesokan harinya, setelah beliau berfikir secara tenang, beliau ingin memulangkan produk Linguaphone tersebut kerana mendapati beliau tidak memerlukannya. Akan tetapi, beliau telah dimarahi sehingga menyebabkan beliau tertekan dan menangis.

Pihak penjual telah menggunakan kata2 yang mengguris hati dan menggunakan alasan bahawa beliau telah menandatangani penjanjian yg menyebabkan beliau tidak boleh memulangkan produk tersebut. Ramai pelajar yang sebenarnya telah terperangkap dgn kata2 manis penjual Linguaphone.

Saya tidak terkejut dengan hal ini kerana semasa saya masih belajar di kolej pada tahun 2002 dahulu, seorang rakan saya juga telah tertipu dah membeli produk Linguaphone yang pada saya agak "overprice" – seunit RM 2389 (wow!) – "baik beli iPad je".

Saya sedar bahawa ia adalah tanggungjawab individu utk memastikan mereka faham isi kandungan kontrak. Akan tetapi, strategi penjual Linguaphone mensasarkan pelajar2 baru yang memang mudah dipengaruhi dan ditipu sangat tidak beretika.

Tambahan, mereka peka tentang latar belakang 'customer' yang mudah terpengaruh kerana kurang pendedahan (disadvantage to those from rural area). Apabila saya mempersoalkan kepada pihak Linguaphone berkenaan akta jualan langsung yang memberi 10 hari tempoh bertenang kepada pembeli, mereka menyatakan bahawa, mereka menggunakan pameran / exhibition yang membolehkan akta "tempoh bertenang" diketepikan.

Saya juga telah merujuk perkara ini dengan rakan peguam saya, dan beliau bersetuju bahawa Linguaphone seperti menyalahgunakan penggunaan kontrak. Dalam erti kata lain, menyalahgunakan undang2. Malah, mereka 'provoke' saya utk melaporkan kepada pihak akhbar.

Saya yakin, ramai yang telah terkena dgn Liguaphone. Saya berharap tindakan saya utk mengetengahkan perkara ini dapat membantu lebih ramai pengguna memahami hak & tanggungjawab mereka sebagai pengguna. Tambahan, saya berharap pihak Linguaphone tidak lagi mengamalkan strategi tidak beretika.

Akhir kata, tidakkah kemajuan teknologi seperti penggunaan smartphone dan tablet PC seperti iPad telah menjadikan teknik pembelajaran melalui produk Linguaphone itu antik dan ketinggalan zaman? "For everybody to think, and for us to find out.."

Nota: Nama penjual En Mohd Daud b Zakaria. Pengurusnya yang kasar Pn Rosmawati (tidak mahu memberi nama penuh). Yang menguruskan pameran Linguaphone di UiTM Puncak Alam pada Isnin 13 June 2011 – 15 June 2011 diketuai oleh en Zack (tidak mahu member nama penuh). Puan Sham di HQ tidak setuju untuk memulangkan semula deposit.

Sekian Terima kasih.

By: yaya http://www.aduanrakyat.com.my/linguaphone-mensasarkan-pelajar-yang-mudah-dipengaruhi

Kosmo dedahkan setiap orang ada klon, Siapa klon Anwar Ibrahim?

Posted: 08 Oct 2011 08:51 PM PDT



FENOMENA pelanduk dua serupa atau individu memiliki wajah yang hampir sama sering menarik perhatian orang ramai. Dalam kebudayaan Barat, mereka yang mempunyai wajah hampir seiras atau disebut 'klon' selalunya dikaitkan dengan personaliti hiburan, ahli politik atau kerabat diraja. Apakah Dato Seri Anwar Ibrahim juga mempunyai klonnya di Malaysia?

Sebelum ini klon Presiden Amerika Syarikat ditemui di Malaysia, kisahnya di http://amkns.blogspot.com/2011/06/kembar-presiden-obama-di-malaysia.html

Bahkan ramai individu berwajah seiras dibayar untuk menjadi tetamu dalam majlis awam, menghadiri temu bual televisyen atau berlakon filem kerana wajah mereka seiras personaliti hiburan atau orang kenamaan.

Wajah mereka yang hampir seiras dengan individu terkenal ini boleh dilihat dalam banyak laman Internet termasuk gambar yang disediakan agensi fotografi profesional.

Bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein pula didakwa mengupah beberapa klonnya sebagai taktik politik semasa pemerintahannya.

Menurut program televisyen CBS, 60 Minutes pada Januari 2008, Saddam Hussein menafikan kepada penyiasat tentera Amerika Syarikat (AS) yang dia mengupah kumpulan 'klon' tersebut.

Semenjak tahun 2011, seorang lelaki mirip wajah jurulatih England, Sven Goran-Eriksson bernama Derek William telah diupah oleh pasukan bola sepak negara itu untuk menggantikan Eriksson dalam jemputan rasmi dan perlawanan persahabatan.

Seperti di Malaysia, sesetengah masyarakat Barat percaya terdapat tujuh individu berwajah serupa di dunia ini.

Beberapa tahun lalu, seorang ahli perniagaan dari Pulau Pinang, Lee Peng Hock, 60, mencuri tumpuan kerana wajahnya mirip Abdullah.

Menurut Peng Hock, beliau tiba-tiba menjadi popular sehinggakan ada saja orang memanggilnya Pak Lah ke mana saja beliau pergi.





Pada Januari 2007, orang ramai digemparkan dengan kemunculan klon mirip juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Mawi iaitu Saifulruddin Mohd. Idaham, 21, dari Cheras, Kuala Lumpur.

Saifulruddin yang merupakan seorang tukang masak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pernah diserbu orang ramai yang menyangka dia ialah penyanyi bergelar Raja SMS itu.

Pengarah Institut Perubatan Molekul, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. A. Rahman A. Jamal memberitahu, tidak mustahil setiap individu di dunia ini mempunyai wajah yang hampir serupa.

Katanya, walaupun kini bumi dihuni tujuh bilion manusia yang terdiri daripada pelbagai kaum, mereka berasal daripada Nabi Adam dan isterinya Hawa.

"Sebenarnya, semua manusia berasal daripada Adam dan Hawa. Jika diteliti susur galur dan keturunan, wajah seiras sememangnya boleh berlaku.

Ujarnya lagi, wajah klon kebanyakannya berlaku pada manusia yang mempunyai susur galur keturunan dan bangsa yang sama.

Diolah semula dari http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1009&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

Alahai kesian rakyat Pahang, tak de Bajet jambatan usang

Posted: 08 Oct 2011 08:48 PM PDT



Kesian betul ya rakyat Pahang ni. Selalu betul buat aduan dalam akhbar penderitaan mereka. Kenapa sampai jadi begini, nak ganti jambatan gantung yang agaknya tak sampai RM1 juta pun kena masuk akhbar. Mana pergi wakil rakyat atau ahli parlimen di Pahang ni?

Jangan lupa baca PELBAGAI DERITA RAKYAT PAHANG yang dilaporkan sebelum ini di http://amkns.blogspot.com/2010/06/dah-50-tahun-penduduk-kuantan-tiada-air.html





PENDUDUK DUA KAMPUNG MOHON GANTI JAMBATAN GANTUNG

TEMERLOH 8 Okt.2011 - Seramai 500 penduduk Kampung Mambang Berulang dan Sungai Dingin, dekat sini berhadapan risiko kemalangan berikutan jambatan gantung yang digunakan bagi menghubungkan kampung berkenaan dengan bandar Mentakab kerap mengalami kerosakan.

Seorang penduduk, Arifin Singah, 75, berkata, jambatan gantung yang berusia separuh abad itu sudah tidak lagi sesuai kerana faktor pertambahan penduduk dan kenderaan.

"Negara kita telah merdeka 54 tahun dan jambatan sepanjang 200 meter itu tidak lagi sesuai digunakan zaman sekarang. Tambahan pula, jambatan itu sudah uzur dan mengalami banyak kerosakan.

"Setiap tahun jambatan itu dibaiki dengan kos yang tinggi. Apa salah kiranya kos itu digunakan untuk membina sebuah jambatan konkrit yang lebih selamat dan mampu dilalui oleh kereta," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Marto Marjo, 52, pula berkata, jambatan itu hanya boleh dilalui oleh motosikal manakala kereta pula perlu diletakkan di seberang jika ingin ke bandar Mentakab yang terletak kira-kira empat kilometer.

Katanya, penduduk juga bimbang kereta yang ditinggalkan di seberang dicuri atau dihempap pokok seperti kejadian ribut yang berlaku beberapa bulan lalu.

"Jika jambatan ini diganti dengan jambatan konkrit, ia memudahkan penduduk membawa kereta selain boleh disimpan di pekarangan rumah masing-masing. Kami tidak mahu jambatan yang besar tetapi cukuplah sekadar boleh dilalui sebuah kereta," katanya.

Bukhari Sinin, 56, pula berkata, tali pengikat jambatan itu sendiri sudah tidak kukuh dan kerap terputus menyebabkan mereka berasa tidak selamat menggunakan jambatan itu.

"Penduduk sudah mohon supaya jambatan konkrit dibina. Namun masih belum ada tindakan. Cuma kerja-kerja membaiki jambatan itu dilaksanakan.

''Sampai bila kami perlu mempertaruhkan nyawa terutama murid-murid yang cukup berisiko terjatuh ke dalam sungai ketika menggunakan jambatan itu ke sekolah," katanya.

Tiada ulasan:

Pengikut