Rabu, 15 Jun 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DIALOG RAKYAT

Posted: 15 Jun 2011 03:48 PM PDT

Rakyat dicandui mimpi muluk Umno-BN lagi

Posted: 15 Jun 2011 01:42 AM PDT

Wira Arjuna

Dalam lawatan saya ke India baru-baru ini, saban hari saya membaca iklan-iklan berbayar oleh kerajaan-kerajaan negeri di rantau itu mengenai projek-projek yang mereka telah mulakan untuk kebaikan rakyat.

Iklan itu dihiasi dengan pelbagai slogan, semuanya untuk memberikan mesej bagaimana rakyat bakal menerima manfaat begitu besar hasil pemerintahan kerajaan berkenaan.

india parliament new anti terror law 181208 01Peliknya kerajaan-kerajaan negeri yang membuat janji-janji sedemikian sudah pun lama memerintah. Jadi jika rakyat baru dijanjikan manafaat "yang bakal" dinikmati mereka, tentunya ada sesuatu yang tidak kena.

Di sebalik iklan-iklan yang penuh dengan janji-janji sedemikian, saya hanya perlu melangkah ke luar hotel untuk berdepan dengan realiti hidup di India.

Memang diakui New Dehli, Jaipur dan bandaraya-bandaraya lain seperti Amritsar mempunyai bangunan pencakar langit dan lebuh raya sibuk dengan kereta mewah, namun ia juga penuh dengan pengemis tua, muda dan kanak-kanak.

Menyayat hati

Amat menyayat hati bila melihat ibu mendokong bayi belasan bulan yang berpakaian nipis di musim sejuk dengan suhu 10 darjah Celsius di celah-celah kotaraya, mencari makanan di tong-tong sampah.

Saya tidak dapat mengelak daripada membandingkan iklan-iklan di India itu dengan muka depan akhbar-akhbar arus perdana di Malaysia semalam mengenai kejayaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) membabitkan pelaburan sebanyak RM2.27 bilion.

Utusan Malaysia
melaporkan gabungan semua 15 inisiatif ini dalam tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) mewakili pelaburan RM63.38 bilion dan pendapatan negara kasar sebanyak RM66.13 bilion serta mewujudkan 63,531 peluang pekerjaan.

Berdasarkan laporan media itu semata-mata, nampaknya Malaysia kini memasuki era keemasan di bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mungkinkah ini satu hakikat? Atau, ia sebenarnya sama seperti apa yang berlaku di India?

beggars in Penang during chinese new yearKita bersyukur kerana pengemis-pengemis jalanan yang berkeliaran di negara kita kini kebanyakan mereka adalah rakyat asing; buat masa ini.

Namun siapa yang sanggup menafikan hakikat kita semua semakin merasakan kesempitan hidup.

Kos sara hidup yang melambung, tanpa kenaikan gaji yang selari, penarikan balik subsidi, kenaikan harga hampir semua barangan perlu, dari secawan kopi di gerai kepada bil elektrik – semuanya semakin mencengkam kita.

Bajet tambahan

Sehari selepas Najib mendabik dada memberitahu dunia mengenai manfaat yang bakal dikecapi rakyat daripada NKRA dan ETP tajaannya, timbalan beliau terpaksa berdiri di Parlimen memohon Belanjawan tambahan sebanyak RM13 bilion.

asli capital market summit 131107 awang adek"Ini untuk menampung keperluan perbelanjaan menguruskan negara," kata Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek Hussain (kiri).

Bermakna Belanjawan sebelum ini yang dibentangkan oleh Najib iaitu sebanyak RM162.8 bilion tidak mencukupi.

Ini juga bermakna belanjawan Najib hanya bertahan untuk tempoh begitu singkat, dan segala unjuran oleh pakar-pakar beliau tidak menepati sasaran!

Adakah kita sanggup dibuai dengan janji-janji indah NKRA, ETP dan sebagainya atau berpegang kepada realiti hidup semasa untuk merumuskan bahawa ada sesuatu yang amat tidak kena dengan ekonomi negara kita.

Kenapa subsidi untuk rakyat ditarik balik, manakala subsidi untuk Penjana Eletrik Bebas di kekalkan?

azlanKenapa perlu diadakan projek mega 100 tingkat Menara Warisan bernilai RM5 bilion atau membelanjakan RM65 juta untuk mengubah suai kediaman Perdana Menteri?

Apakah keperluan untuk kerajaan bergabung dengan sektor swasta membelanjakan RM27 juta ringgit untuk mengumpul sejuta pemuda bagi beramah mesra dengan Perdana Menteri, baru-baru ini?

Keperitan hidup

Bagaimanakah Kementerian Perlancongan boleh diberi kelulusan membelanjakan RM1.8 juta untuk mengendalikan laman Facebooknya, sesuatu yang boleh dilakukan dengan belanja jauh lebih murah?

azlanJawapan kepada persoalan-persoalan ini tidak mungkin akan dikupas oleh media arus perdana milik kerajaan, namun ini tidak bererti rakyat tidak boleh memikirkan mengenainya.

Dalam mengharungi keperitan hidup akibat pemotongan subsidi, rakyat kini menyaksikan kerajaan yang sama memohon kepada Parlimen untuk diberikan tambahan RM13 bilion bagi pengurusan negara.

Sudah tentu ia akan memburukkan lagi defisit negara, dan jika defisit negara bertambah meruncing, apakah ini tidak bermakna rakyat akan dijadikan mangsa menerusi pemotongan subsidi yang lebih dahsyat?

Pembaziran, ketirisan dan rasuah mewarnai setiap kerajaan yang memerintah di India sejak kemerdekaan. Prinsip-prinsip yang dijulang oleh Bapa India – Mahatma Gandhi sudah lama diabaikan oleh kebanyakan ahli poltik negara itu dalam mengejar kemewahan untuk diri dan kroni.

NONESegelintir daripada rakyatnya adalah antara yang terkaya di dunia, namun sebilangan besar masih lagi terperangkap dalam kancah kemiskinan tegar yang amat memeritkan.

Di Malaysia, janji-janji NKRA-ETP ialah pusingan mimpi baru yang dijual oleh kerajaan Umno-BN kepada rakyat negara ini.

Ungkapan kroni, kronisme

Kita sudahpun menyaksikan bagaimana pengswastaan Tun Dr Mahathir Mohamad mempopularkan ungkapan kroni dan kronisme.

Duit rakyat beratus billion ringgit disalur untuk membayar syarikat-syarikat konsesi air, elektrik, dan sistem aliran transit ringan dan sebagainya.

NONEHasil jelas pemerintahan beliau, rakyat terpaksa membayar tol tinggi untuk menggunakan lebuhraya, bil elektrik dan air juga meningkatkan manakala kemudahan pengangkutan awam negara ini jauh daripada memuaskan.

Selepas Mahathir, rakyat disajikan pula rancangan-rancangan seperti Koridor Ekonomi wawasan Tun Abdullah Badawi.

Belum pun Koridor itu menjadi realiti, rakyat diminta menerima keindahan NKRA dan ETA oleh Perdana Menteri 1Malaysia Najib Razak.

Maaf jika rasa sinis saya membaca iklan-iklan akhbar berbayar kerajaan di India menyerlah sekali lagi apabila membaca "kebesaran ETP dan NKRA" di muka depan akhbar-akhbar arus perdana semalam.

Saya cuma memikirkan nasib rakyat yang terperangkap dengan segala sara hidup semakin melambung yang cuba dibuai dengan mimpi-mimpi seorang lagi Perdana Menteri Umno-BN.

BERSIH: Amaran polis buat tangkapan pencegahan

Posted: 15 Jun 2011 01:35 AM PDT

Polis akan mengambil tindakan perlu termasuk membuat tangkapan pencegahan sebelum dan semasa perhimpunan BERSIH yang dijadual berlangsung pada 9 Julai depan, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

NONEKatanya, polis tidak akan mengeluarkan permit untuk perhimpunan BERSIH atau kumpulan lain yang menentangnya, kata Khalid, lapor Star online.

Khalid berkata, keputusan itu dibuat kerana perhimpunan itu bukan sahaja akan mengganggu keamanan, tetapi juga mencetuskan kekacauan.

Menurutnya, polis menerima 418 laporan dari para peniaga, ejen pelancongan dan individu yang membantah perhimpunan itu diadakan di Kuala Lumpur pada tarikh 9 Julai.

Bercakap kepada media di Akademi Polis di Cheras hari ini, Khalid berkata polis difahamkan kumpulan lain juga merancang untuk mengadakan perhimpunan di lokasi dan tarikh yang sama dengan perhimpunan BERSIH.

Khalid Samad: Yang tercantas dan yang dicantas

Posted: 15 Jun 2011 01:30 AM PDT

Khalid Samad

Pada tengahari, hari Ahad 12 Jun, setelah selesai mengunjungi beberapa walimah, saya menuju ke Pejabat PAS Pusat di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur untuk menghadiri Mesyuarat AJK PAS Pusat yang pertama bagi sesi 2011–2013. Ini juga merupakan mesyuarat AJK PAS Pusat yang pertama bagi saya selepas hampir 20 tahun. Sekembalinya saya selepas sekian lama mungkin merupakan satu rekod untuk 'PAS Book of Records' - sekiranya wujud sebuah buku seperti itu!

Mesyuarat ini juga merupakan satu mesyuarat yang penting. Perlantikan SUA bersama para penolongnya, KP, Bendahari, Pengarah JPP dan Pesuruh Jaya (PJ) Negeri; semuanya akan dilantik di dalam mesyuarat ini. DS Presiden bersama TP dan 3 NP telah bermesyuarat di sebelah pagi dan cadangan mereka berhubung kesemua pelantikan tersebut akan dikemukakan untuk persetujuan mesyuarat penuh AJK Pusat. Yang pasti, bermacam jenis andaian telah kedengaran, ada yang menggambarkan perubahan menyeluruh bakal berlaku, ada juga yang menggambarkan tiada rombakan sama sekali. Ada juga kedengaran kononnya usaha melobi, termasuk yang membabitkan diri saya sebagai PJ Selangor, dengan munculnya kempen di laman sosial seperti FB.

Sebenarnya saya tidak tahu menahu mengenai perkara seperti itu dan tidak juga berhajat untuk mengetahuinya. Saya sudah lama memutuskan untuk tidak menerima jawatan tersebut sekiranya ditawarkan sekalipun kerana sebenarnya lebih ramai yang yang saya fikirkan berkemampuan. Tambahan pula sekiranya berlaku perubahan dan saya menjadi penggantinya, sudah pasti saya akan dituduh menjatuhkan yang lama untuk menjadi yang baru, sedangkan saya tidak pernah pun bercita-cita sebegitu. Apa yang saya inginkan hanyalah peluang untuk menegur perkara yang saya fikirkan tidak betul.

Saya telah sampai agak lewat pada jam 2.30pm. Walaupun saya telah berusaha untuk menepati waktu, namun terlalu banyak program di Shah Alam pada hari yang sama. Setibanya saya di bilik mesyuarat, persoalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPP) dan Bendahari sedang dibincang. Saya sempat menyokong cadangan supaya ditukarkan Dr. Hatta ke jawatan Pengarah JPP dan Dato' Halim ke jawatan Bendahari. Ini adalah kerana PAS akan berhadapan dengan PRU tidak lama lagi dan Pengarah JPP perlu mampu memanfaatkan teknologi terkini di dalam bidang kommunikasi, media dan 'public relations'. Beliau perlu juga mampu bergegas dari satu tempat ke satu tempat mengikut keperluan dan walaupun saya menghormati Dato Halim dengan segala ilmu 'micro-electionnya', mungkin agak sukar untuknya memenuhi kedua keperluan tadi dengan baik.

Pertukaran berhubung dua jawatan ini yang dicadangkan pimpinan tertinggi diterima dan seterusnya DS Presiden membaca senarai PJ Negeri untuk dibincangkan bersama oleh AJK Pusat. Nama yang disebut sebagai PJ Selangor ialah YB Dr. Rani ADUN Meru. Selangor merupakan salah satu dari lima negeri yang ditukar PJ. Apabila nama Dr. Rani disebut maka ada yang ingin membincang sebab-sebab beliau dipilih dan mengapa pertukaran dilakukan. Pada saat itu, DS Presiden terus meminta saya dan YB Dato Dr. Hassan Ali untuk keluar dari bilik mesyuarat. Kami berdua pun terus bangun dan keluar. Sambil berjalan keluar sempat juga saya bertanya secara berseloka, "Eh, saya bukan calon PJ, kenapa pula saya juga kena keluar?" Soalan saya hanya dijawab dengan gelak ketawa oleh yang lain.

Saya dan Dato tunggu di luar untuk lebih kurang 15 minit. Sekembalinya kami ke bilik mesyuarat maka dimaklumkan Dr. Rani dipersetujui oleh mesyuarat supaya dilantik sebagai PJ Selangor yang baru. DS Presiden menyebut bahawa perkara ini dilakukan supaya Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor boleh menumpukan kepada tugas-tugas Exco mereka dan pada masa yang sama tugas mengukuhkan parti untuk menghadapi PRU ke 13 diserahkan kepada yang lain. Saya menerima penjelasan itu dengan baik kerana sememangnya persoalan PRU merupakan isu yang amat penting. Prestasi Exco juga akan menyumbang ke arah memenangkan calon-calon PAS yang lain dan oleh itu perlu diberikan tumpuan untuk penambah-baikan.

Pada masa yang sama, semestinya persoalan pengukuhan parti juga perlu diberikan tumpuan; dengan harapan agar lebih banyak kerusi-kerusi yang ditandingi PAS akan dapat dimenangi. Untuk perkara tersebut dicapai, tumpuan perlu diberikan di kawasan yang ditandingi oleh PAS tetapi tewas. Mungkin agak berat untuk dilakukan sekiranya tanggung-jawab sebagai Exco Kerajaan Negeri turut disandang pada masa yang sama.

Mungkin ada yang akan berkata, "Di Kedah dan di Kelantan boleh pula?". Ya, di sana mungkin boleh tetapi ini Selangor, bukan Kedah atau Kelantan. Di Selangor PAS bertanding di 20 kerusi dan hanya menang 8 darinya. Di Selangor PAS tetap lemah dari banyak sudut, jumlah ahli, jumlah cawangan, kewangan, aset dan lain-lain. Oleh itu Selangor tidak boleh disamakan dengan Kedah dan Kelantan.

Namun yang penting ialah untuk semua memahami bahawa kesemua ahli dan pemimpin PAS memiliki keistimewaan dan kekuatan masing-masing. Pengurusan parti yang baik akan berusaha untuk menggembleng kekuatan dan keistimewaan ini supaya imej PAS dapat dilonjakkan ke hadapan dengan lebih berkesan sehingga dapat dilihat sebagai pengganti kepada UMNO. Untuk itu dicapai, semua perlu berganding bahu dengan penuh keyakinan bahawa PAS bukan seperti UMNO. Tiada usaha untuk mencantas, meminggir atau menjatuhkan mana-mana pihak. Yang dilakukan bukan atas sebab pertimbangan-pertimbangan seperti itu, tetapi sebaliknya atas pertimbangan kepentingan perjuangan dan parti.

Inilah sebenarnya yang UMNO tidak mampu faham dan mungkin tidak akan faham. Mereka menganggap bahawa budaya cantas mencantas adalah amalan PAS sepertimana ianya merupakan darah daging dalam UMNO. Ini dapat kita lihat apabila sejurus selepas keputusan tersebut dibuat, Ketua Pembangkang Selangor telah segera bertindak untuk menuntut TS Menteri Besar untuk mengugurkan Dato Hassan sebagai Ahli Exco. Ini kerana kononnya, Dato tidak lagi diterima atau mewakili PAS di Selangor. Penjelasan yang diberi DS Presiden dianggap sebagai alasan semata-mata. Sebaliknya, mengikut pemikiran UMNO, ini merupakan amalan cantas mencatas sepertimana yang wujud di dalam UMNO sejak sekian lama.

Saya ingin menyatakan di sini, bahawa jawatan Exco tersebut amat perlu dikekalkan, sepertimana kehendak DS Presiden. Ini kerana mereka akan terus menyumbang ke arah pengukuhan PAS serta kemampuan PAS bersama PR untuk mencapai kemenangan gemilang di dalam PRU ke 13. Sehubungan itu, harapan UMNO untuk memenangi 30 kerusi DUN di Selangor akan turut terkubur apabila rakyat bertindak mencantas UMNO buat kali keduanya di Selangor. Dengan kekalahan tersebut, UMNO akan turut terkubur dengan sendirinya. Maka insyaAllah, pada waktu itu kita akan lihat bahawa yang tercantas dan yang dicantas adalah Ketua Pembangkang Selangor sendiri.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Tercorot: Pemuda PAS sokong serah laporan segera

Posted: 15 Jun 2011 01:26 AM PDT

Harakahdaily

IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak bersetuju dengan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) negeri, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar yang meminta agar kontijen negeri yang menduduki tempat terakhir pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-14 di Kuala Lumpur baru-baru ini menyerahkan laporan secara jujur persiapan secara terperinci dengan kadar segera bagi melihat apakah punca sebenar prestasi negeri kali ini.

"Kami ingin mendapatkan kepastian, apakah punca sebenar yang menimpa Kontijen Perak yang amat memalukan pada Sukma 14 ini.

"Adakah Ketua Kontijen Perak yang diberikan amanah gagal menjalankan tugas beliau dengan berkesan atau kurang pengalaman?" soal ketuanya, Zawawi Hassan.

Beliau juga mempersoalkan adakah semua atlet semasa persediaan kontijen kali ini mempunyai kelemahan dalam konteks pemilihan.

Apapun, katanya bagi Pemuda PAS negeri, kesemua kecuaian pada Sukma kali ini perlu dipikul juga oleh kerajaan negeri.

Pemuda PAS negeri, ujarnya juga merasakan, kemungkinan terlalu banyak membudayakan slogan-slogan baru daripada memikirkan pencarian dan melahirkan atlet sebagai keutamaan.

"Dan akhirnya, pencapaian yang kita perolehi hanya kecundang seperti Sukma kali ini.

"Kita bukan sahaja sekadar gagal mendapat tempat kelima ke bawah, tetapi kita juga turut gagal mendapat pingat emas pada kali ini," katanya kesal.

Bil tertunggak RM60 ribu punca elektrik dipotong?

Posted: 15 Jun 2011 01:24 AM PDT

M Yarisman

KOTA BHARU: Selepas agak lama isu membabitkan Bazar Tok Guru reda, kini Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB kembali kelam kabut apabila menghantar memorandum kepada pelbagai pihak mendakwa kononnya mereka dianiaya.

Isunya bermula apabila bekalan elektrik di pasar tersebut dipotong pada 10 Jun lalu. Ekoran itu peniaga di situ gelabah semula.

Apa puncanya bekalan elektrik dipotong. Persatuan mungkin menyembunyikan fakta bil elektrik berjumlah hampir RM60,000 difahamkan gagal dibayar peniaga di situ sejak beberapa bulan lalu.

Persoalannya sekarang siapa yang tidak menjelaskan bil tersebut, peniaga atau persatuan.

Pemilik bangunan Pasar Lama MPKB, Sensa Timur Sdn Bhd difahamkan mengarah peniaga terbabit mengosongkan bangunan itu 31 Mac lalu, namun hasil campur tangan kerajaan negeri tempoh perpindahan dilewatkan sehingga akhir Jun ini.

Pengurus Pemasaran Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Khalili Abdul Kadir berkata, isu terbaru yang ditimbulkan Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB ada kaitan bekalan elektrik dipotong kerana bil tertunggak begitu banyak.

"Difahamkan peniaga terbabit sudah pun dimaklumkan mengenai tunggakan bil elektrik yang belum dijelaskan," katanya.

Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB, Salim Ahmad semalam dilaporkan mendakwa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam menarik balik deposit di Tenaga Nasional Berhad menyebabkan bekalan elektrik dipotong.

Persatuan itu juga dilapor menyerah memorandum kepada Istana Kelantan dan kerajaan negeri supaya campur tangan bagi menyelesaikan kemelut tersebut.

Salim juga mendakwa peniaga berdepan dengan pemilih lot secara tidak adil di Bazar Tok Guru.

Sebelum ini persatuan terbabit juga mengharap pemimpin Umno termasuk Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed membela mereka.

Namun sehingga kini Umno mendiamkan diri, sebaliknya masalah mereka diselesaikan kerajaan negeri termasuk menawar lot di Bazar Tok Guru secara percuma selama setahun di tingkat bawah dan dua tahun di tingkat satu.

Selain itu juga mengurangkan harga setiap lot sebanyak RM25,000 menjadikan harga ditawarkan RM63,000 jauh lebih rendah berbanding harga asal RM88,000.

Tawaran memiliki lot di tingkat bawah dan tingkat satu dengan harga RM63,000 hanya sah sehingga 31 Mei lalu.

Dan selepas 31 Mei sehingga akhir Jun ini harga setiap lot ditawarkan sebanyak RM70,000 dan setiap peniaga perlu mengurus sendiri pinjaman bank.

Selepas 30 Jun tiada lagi sebarang diskaun diberi dan peniaga ditawar pada harga asal iaitu RM92,000 di tingkat satu dan RM88,000 di tingkat bawah.

PMBK juga memberi peluang mana-mana peniaga yang mendaftar awal boleh memilih lot dan pendaftaran lewat akan diberi lot secara pengundian.

Sebelum ini hampir setahun persatuan terbabit menjaja isu lot ruang niaga di Bazar Tok Guru sempit dan mahal. Mereka menggunakan Umno bagi menghentam kerajaan negeri.

Sedangkan mereka lupa saiz lot dikecilkan berdasar kepada kehendak persatuan kerana mahu kesemua peniaga ditempatkan di tingkat bawah.

Khalili berkata, peniaga yang mendaftar awal iaitu lebih 80 orang akan berpindah dahulu ke Bazar Tok Guru dalam masa terdekat ini.

"Kumpulan kedua iaitu 200 peniaga yang memohon selepas 2 Mei lalu perlu menjalani pengundian bagi menentukan lot masing-masing," katanya.

Menurutnya minggu ini surat tawaran dikeluarkan kepada peniaga berkenaan iaitu berdasar kepada permohonan awal yang diterima PMBK.

Persatuan Peniaga Pasar Lama hanya berbaki hayat 16 hari lagi. Sebelum ini difahamkan mereka menemui beberapa pemimpin PAS memohon maaf di atas kritikan dilempar kepada kerajaan negeri berhubung isu Bazar Tok Guru.

Pada pagi Ahad lalu ada pihak tertentu menaikkan bendera PAS di sekeliling Pasar Lama MPKB sebagai memprotes bekalan elektrik dipotong.

Pemilik bangunan juga sudah memasang tiang besi bagi membina pagar di sekeliling pasar tersebut untuk membolehkan projek pembangunan semula pasar dijalankan selepas peniaga berpindah.

PAS harap Sarawak tidak pinggir atlet berpotensi

Posted: 15 Jun 2011 01:21 AM PDT

Harakahdaily

KUCHING: Pemuda PAS Sarawak akan berusaha untuk memastikan keperluan atlet-atlet berpontensi negeri seperti Jack Ho diambil perhatian oleh kerajaan negeri.

"Saya akan pastikan perkara ini didengari sekali lagi oleh menteri yang terbabit dan diambil perhatian serius oleh persatuan yang berkenaan," kata Ketua Pemuda PAS negeri, Mohammad Arifiriazul.

Katanya, pihaknya akan terus bersama-sama para atlet Sarawak dalam memperjuangkan hak meraka dan memastikan sukan di negeri ini akan terus meningkat kepada pencapaian yang membanggakan.

Beliau menyatakan demikian pada perjumpaan dengan Jack Ho, baru-baru ini.

Jack Ho merupakan seorang atlet triathlon Sarawak yang pernah mengharumkan nama negeri di pentas sukan antarabangsa.

Jack bertemu Pemuda PAS Sarawak kerana ingin berkongsi permasalahan yang dihadapi oleh atlet sepertinya dan serta kurangnya sokongan daripada persatuan di peringkat negeri mahupun dari pihak kerajaan negeri sendiri.

Beliau merupakan salah seorang atlet elit triathlon di Malaysia.

Banyak pencapaian yang membanggakan antaranya menjadi atlet tunggal Malaysia di Kejohanan Sukan Universiti Australia 2009, tempat kedua Kejohanan Xterra Malaysia-Kuantan Triathlon, penyertaan di Kejohanan Triathlon Antarabangsa Port Dickson, Kejohanan Triathlon Antarabangsa OSIM Singapore dan banyak lagi pencapaian yang membanggakan.

Perkara yang menjadi permasalahan kepada atlet seperti Jack Ho dalam usaha membina kerjaya sebagai atlet professional bagi mengharumkan nama Sarawak adalah berkenaan dengan dana bagi membiayai kos-kos penyertaan kejohanan-kejohanan peringkat tempatan dan antarabangsa.

Beliau telah beberapa kali bertemu dengan Persatuan Triathlon Sarawak yang menjadi tulang belakang kepada sukan itu namun alasan yang diberikan adalah tiada dana disalurkan kepada persatuan.

Beliau juga pernah bertemu dengan Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Sarawak namun jawapan yang diberikan cukup mengecewakan.

"Saya telah bertemu dengan persatuan dan menteri muda sukan sendiri berhubung bantuan penajaan dan pembiyaan ini, namun semua jawapan yang adalah sama iaitu tiada dana yang diperuntukkan.

"Datuk Lee Kim Shin juga menyebut bahawa sukan ini tidak termasuk dalam Sukma (Sukan Malaysia) sebab itu kita tiada peruntukan untuk membiayai altet bagi sukan ini.

Tapi saya merasa hairan kenapa pihak negeri hanya memandang Sukma, kenapa tidak menilai bahawa sukan triathlon ini dipertandingkan di peringkat Olimpik," kata Jack Ho pada pertemuan tersebut.

Umno jangan berlagak menyalak di luar rumah

Posted: 15 Jun 2011 01:19 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) merakamkan ucapan tahniah kepada Adun Meru merangkap Yang Dipertua Kawasan Kapar Dr Abdul Rani Osman atas perlantikan beliau sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor yang baru.

Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) berkata, DPPNS selaku sayap kanan parti akan sentiasa komited dalam usaha membantu pesuruhjaya dalam menggerakkan jentera parti di semua peringkat bagi menghadapi segala cabaran dan rintangan politik negeri Selangor khususnya dalam persiapan untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor amat bersetuju dengan kenyataan Ketua Penerangan PKR Selangor yang mengatakan perlantikan Abdul Rani sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor yang baru akan menjadi 'mimpi ngeri yang berpanjangan' kepada Umno BN Selangor," katanya kepada Harakahdaily.

DPPNS turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor merangkap Adun Gombak Setia, Datuk Dr. Hasan Ali atas segala khidmat dan usaha keras beliau dalam memartabatkan perjuangan PAS dan memantapkan Pakatan Rakyat Negeri Selangor sehingga mencapai kemenangan bersejarah memerintah Negeri Selangor di dalam PRU ke 12 yang lalu.

"Khidmat beliau sangatlah dihargai oleh seluruh saf pimpinan Pemuda Negeri dan Kawasan-kawasan," katanya.

DPPNS turut menasihatkan Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor, Datuk Satim Deman supaya menjaga urusan partinya sendiri daripada meminta Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menggugurkan Hasan daripada Kabinet Exco Negeri Selangor selaras keputusan PAS tidak melantik beliau sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor.

"Ingin Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mempertegaskan bahawa jawatan Dr Hasan sebagai Exco Negeri Selangor adalah hasil daripada persetujuan bersama kepimpinan Pakatan Rakyat Negeri Selangor dan tidak membabitkan perubahan kepimpinan di peringkat sesebuah parti.

"Janganlah Umno berlagak seperti anjing yang menyalak di luar rumah cuba mengambil kesempatan mencari publisiti politik murahan dengan mencampuri urusan parti orang lain sedangkan partinya sendiri penuh dengan masalah," tegasnya.

DPPNS yakin PAS dan Pakatan Rakyat Negeri Selangor cukup arif dan berpengalaman dalam mentadbir urus Negeri Selangor dan parti masing-masing tanpa campur tangan daripada pihak luar.

Satim katanya, sepatutnya menasihatkan Ketua Pemuda Umno Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal dan Ketua Pemuda Umno Selayang, Datuk Sohaimi Shahadan supaya tidak gopoh dalam mempertikaikan khutbah Jumaat baru-baru ini yang bertajuk "Jenayah Qazaf adalah berdosa besar.

"Ini adalah kerana Qazaf dan Hudud sama seperti smbahyang, puasa dan perintah-perintah lain yang terdapat di dalam Al-Quran adalah perintah Allah dan wajib dilaksanakan. Janganlah menjadi seperti pepatah Melayu seperti ayam berkokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi," katanya.

Polis harus bertindak terhadap provokasi Perkasa

Posted: 15 Jun 2011 01:17 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Pihak polis dinasihatkan untuk mengambil tindakan terhadap provokasi Perkasa dan juga presidennya, Datuk Ibrahim Ali yang muktahir ini membuat pelbagai kenyataan yang nyata boleh mengancam keselamatan awam dan mencetuskan kemarahan awam dalam bantahan keras mereka terhadap perhimpunan Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

"Tiada tindakan pihak polis membuatkan seolah-olah negara ini tiada undang-undang kerana ada badan NGO yang mengatasi undang-undang sehingga pelbagai kenyataan yang terang-terangan bersifat provokasi boleh dikeluarkan dengan tanpa segan dan bebas," kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini.

Ibrahim, yang juga ahli parlimen bebas Pasir Mas kebelakangan ini telah secara lantang membantah perarakan aman Gabungan Pilihan Raya dan Adil (Bersih 2.0) pada 9 Julai ini dengan mengerahkan ahli-ahli Perkasa-nya turut berarak pada hari yang sama semata-mata untuk menentang dan bertembung dengan kumpulan Bersih 2.0.

"(Jika mereka teruskan) akan ada pertembungan. Jika berlaku, ini demi kebaikan," Ibrahim telah dipetik sebagai berkata sambil menyifatkan perhimpunan BERSIH 2.0 sebagai sesuatu yang kotor.

Bagi PAS, kata Tuan Ibrahim, Bersih 2.0 mempunyai matlamat yang baik dan murni bagi mendesak satu pilihanraya yang adil dan bersih.

"Himpunan ini jelas dengan objektif dan matlamat demi kebaikan negara. Kerana sebarang penyelewengan dalam pilihanraya umum akan datang akan menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat, dan isu ini, kalau tidak diatasi segera akan membawa kepada pemberontakan dalaman rakyat apabila penyelewengan pilihanraya dibiarkan untuk dilakukan secara terang-terangan untuk menjamin kemenangan parti pemerintah," kata Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

PAS, katanya memilih jalan demokrasi bersama Pakatan Rakyat dan pihak yang lain yang menuntut keadilan dalam sistem pilihanraya kerana yakin bahawa hanya dengan satu sistem yang adil sahaja keadilan dan hak rakyat, yang juga termasuk rakan-rakan dan saudara mara pihak polis dapat dijamin.

"Bila mana pelbagai salahguna mula dilakukan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta penyalahgunaan media secara berleluasa; maka penyelewengan ini mesti diperbetulkan," tambahnya.

Disebabkan itu, katanya, PAS menyarankan supaya pihak polis mesti menghalang perhimpunan Perkasa yang dilakukan hanya semata-mata untuk mencetuskan huru-hara untuk bertembung dengan perhimpunan awam Bersih 2.0 yang telah dijadualkan dari awal lagi.

Pertemuan dengan SPR

Menurut Tuan Ibrahim, PAS akan mengadakan dialog dan perundingan dengan pihak SPR sebelum perhimpunan Bersih 2.0 berlangsung.

"Pertemuan ini sangat penting bagi memastikan tuntutan Bersih 2.0 dapat dipenuhi, dan pihak kerajaan perlu faham kenapa rakyat membantah SPR.

Dialog dan pertemuan demi pertemuan yang diadakan membuktikan PAS bukanlah sebuah parti yang suka mencetuskan suasana gawat dengan demonstrasi aman tetapi ianya sebagai jalan keluar terakhir bagi memperlihatkan kepada pihak kerajaan betapa seriusnya kemarahan rakyat kepada ketidakadilan sistem yang sedang berjalan kini," terang Tuan Ibrahim.

Sebagai contoh, katanya tindakan JPN mengeluarkan kad pengenalan kepada warga asing di Selangor, Kedah dan juga Kelantan sebagaimana yang dilaporkan kepada pihak polis bukanlah satu isu kecil dan remeh yang boleh dipandang sebelah mata.

Begitu juga isu pendaftaran pengundi baru yang sangat luar biasa di Selangor, Kedah dan Pahang telah menimbulkan pelbagai bantahan dan kebingungan rakyat.

"Semua usaha ini memperlihatkan seolah-olah SPR dan JPN mempunyai konspirasi bersama Umno dan Barisan Nasional bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka," kata Tuan Ibrahm.

Sehubungan itu, PAS ingin melihat sesuatu tindakan ke atas Perkasa bagi mengelakkan satu provokasi menjelang Bersih 2.0 dapat dielakkan dapat diambil pihak polis, yang juga akan mendapat kebaikan sekiranya pilihanraya umum dapat dilakukan dengan adil.

ETP-EPP hanya jana kekayaan atas kertas

Posted: 15 Jun 2011 01:15 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: PAS menganggap Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga kini hanya mampu 'menjana kekayaan atas kertas'.

"Saya membangkitkan dalam soalan tambahan saya tentang Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang sehingga kini hanya mampu 'menjana kekayaan atas kertas' dan masih belum menggarap 'kekangan utama' atau critical bottle-neck yakni persoalan modal insane atau skilled workforce," kata Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, Najib pada 2 hari lalu, mengumumkan 9 inisiatif baru di bawah ETP bernilai pelaburan RM2.77 bilion dengan jangkaan kesan Pendapatan Negara Kasar (GNI) RM18.67 bilion serta bakal mewujudkan 36,595 pekerjaan menjelang 2020.

Tambahnya, terdahulu PM telah mengumumkan dalam tempoh yang singkat, iaitu dari Oktober 2010 hinggalah April 2011, 70 projek pelaburan yang berpotensi, didakwa bakal memperolehi jumlah pelaburan RM106.4 bilion, mencipta 298,865 peluang pekerjaan dan jumlah pendapatan penduduk (GNI) sebanyak RM153.83 bilion menjelang tahun 2020.

Menurutnya, mutakhir ini berdepan dengan PRU ke-13 yang boleh sahaja beliau umumkan bila-bila masa, Najib semacam terlalu ghairah untuk menyuntik rasa sedap atau feel-good factor di kalangan rakyat Malaysia dan khususnya di kalangan masyarakat bisnes.

"Saya ingatkan PM, sementara saya menyanjungi usaha gigih beliau, saya juga ingin mengingatkan PM supaya tidak keterlaluan dalam membuat pengisytiharan propjek-projek EPP-ETP ini kerana ia bakal memberi kesan sebaliknya khususnya pada pasaran saham yang menjana paper wealth atau kekayaan ke atas seperti yang telah hangus dan lesap berjumlah RM52bilion dari pegangan ekuiti saham bumiputera dari jumlah sebelumnya RM54 bilion!" ujarnya.

Katanya, lebih khusus lagi dan menjadi lebih malang mutakhir ini ialah apabila pengisytiharan demi pengisytiharan yang dibuat Perdana Menteri, apa yang berlaku hanyalah "kekayaan di atas kertas" khususnya kepada syarikat-syarikat yang disebut-sebut, yang masih dalam pelbagai peringkat komitmen bertaraf pelbagai 'bintang'.

Beliau berkata, harga saham GLC atau syarikat besar swasta telah melonjak seandainya namanya tersenarai dalam EPP-ETP.

Malah, ujarnya ada yang dua kali ganda kadar lonjakan harga sahamnya, antara syarikat yang bermodal kecil yang namanya tersenarai dalam ETP, misalnya Tricubes Bhd yang menanggung kerugian sebelum ini, Karambunai CorpBhd, Petaling Tin Bhd dan lain-lain.

Sebagai contoh, katanya harga saham Tricubes Bhd melonjak dari 5.5 sen pada 18 April kepada 32.5 sen pada 22 April, setelah diumumkan bahawa syarikat ini menerima projek Emel 1Malaysia, bersamaan kadar lonjakan 491%.

Katanya, paling mutakhir saham Tricunes merudum kembali ke paras 10.5 sen.

"Umum tahu bahawa syarikat ini tergolong dalam syarikat GN3 atau dengan kata lain, mempunya permasalahan hutang yang perlu di'strukturkan' pembayarannya," katanya.

Warga Singapura dituduh rasuah pemain bola sepak

Posted: 15 Jun 2011 01:14 AM PDT

Harakahdaily

SHAH ALAM: Seorang bookie berhadapan dengan 11 pertuduhan di dua mahkamah yang berasingan hari ini selepas didakwa memberikan suapan wang rasuah kepada pemain bola sepak T Team, Piala Presiden Terengganu.

Rajendran a/l R.Kurusamy, 51, warga Singapura telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi ini atas 6 pertuduhan kerana didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Menurut kenyataan SPRM, tertuduh didakwa kerana memberikan sejumlah suapan berbentuk wang tunai RM200 setiap seorang kepada enam pemain pasukan berkenaan sebagai upah bagi mengatur perlawanan bolasepak di antara pasukan T-Team (Terengganu) dengan Pasukan Selangor bagi Piala Presiden.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di Hotel Grand BlueWave, Shah Alam, Selangor pada bulan Mac 2010, jam 7.00 malam.

Tertuduh mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan dan minta untuk dibicarakan.

Hakim menetapkan wang jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh telah dijamin dengan seorang penjamin warga Malaysia, manakala pasport tertuduh turut diserah kepada mahkamah.

Hakim turut membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya kes ini dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di Terengganu memandangkan kesemua saksi berada di negeri itu dan satu kes membabitkan transaksi yang sama turut dibicarakan di sana.

Hakim menetapkan tarikh sebutan pada 20 Jun 2011.

Pendakwaan telah dijalankan oleh Timbalan Pendakwaraya Fadzillah Mahmud daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di hadapan Hakim Bakri Abd Majid, manakala tertuduh diwakili oleh peguamnya, V. Shanmugam.

Sekiranya disabitkan dengan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 24 Akta yang sama iaitu penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan.

Tertuduh bakal berhadapan lima lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Seremban petang ini.

RM30 juta aliran tunai peserta Bersih 2.0

Posted: 15 Jun 2011 01:13 AM PDT

Aziz Muda

KUALA LUMPURn: Peserta himpunan yang bakal hadir pada Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai nanti adalah seramai 300 ribu orang yang datang dari seluruh negara dengan membawa duit perbelanjaan masing-masing, sekurang-kurangnya RM100 seorang.

Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat (gambar) berkata, dalam masa 3 jam sahaja, aliran tunai paling minima di kalangan peserta himpunan Bersih 2.0 adalah RM30 juta kerana mereka akan berbelanja seperti membeli makanan, minuman, pakaian dan lain-lain.

"Bukan semua mereka berkenderaan ke Kuala Lumpur. Sebahagian besar mereka menaiki kenderaan awam. Oleh itu perkhidmatan bas, teksi, LRT dan lain-lain akan mendapat pulangan yang berganda.

"Kenyataan yang menyatakan bahawa penjaja, peniaga dan pemandu teksi akan mengalami kerugian adalah hujah yang paling dangkal di abad ini," ujar beliau.

Menurutnya, minda anak-anak muda diyakini sudah jauh terbuka terhadap himpunan aman, apabila masyarakat di tanah air kini sudah boleh menerima bahawa himpunan aman adalah satu keperluan kepada negara demokrasi seperti Malaysia.

Katanya, pelancong-pelancong yang datang ke negara ini diyakini turut berpuas hati melihat himpunan yang diadakan itu kerana ia berlangsung dengan aman yang sekali gus menggambarkan keharmonian di tanah air.

Beliau berkata, keadaan itu samalah juga seperti mereka melihat sambutan Maulidur Rasul dan perayaan Thaipusam di Batu Caves yang berlangsung dengan aman.

Menurut beliau, oleh itu, pihak polis perlulah bekerjasama dengan penganjur bagi menjayakan aktiviti itu, dengan membuat reformasi dalam menguruskan himpunan aman tersebut.

Katanya, jika pihak polis bersedia membuat reformasi dalam menguruskan himpunan aman itu, tiada kekacauan akan berlaku dan pihak polis akan dihormati oleh rakyat dan masyarakat antarabangsa.

"Semua pihak hendaklah saling hormat menghormati antara satu sama lain. Pihak kerajaan, Polis, Jawatankuasa Bersih 2.0, Perkasa, Pekida, parti-parti politik dan lain-lain pihak harus menghormati kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.

Sebagai contoh, menurut beliau, mengapa tidak pihak polis membuat reformasi dalam menguruskan peserta himpunan dengan meletakkan anggota polis di sepanjang jalan dari Jalan Chow Kit ke Istana Negara, dengan Ketua Polis Negara memandu Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga ke Istana Negara.

Manakala di laluan yang lain, katanya, Timbalan Ketua Polis Negara pula mengiringi Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menuju ke Istana Negara.

Ketua Penerangan Umno Malaysia, Datuk Ahmad Maslan seperti yang dilaporkan media tempatan baru-baru ini menyatakan bahawa Himpunan Bersih 2.0 akan menyusahkan rakyat, penjaja, peniaga dan pemandu teksi.

Beliau turut menyifatkan himpunan itu adalah ancaman kepada ekonomi negara, khususnya industri pelancongan dan pelaburan asing.

Menurut Suhaizan, perkara pertama yang wajib difahami oleh Datuk Ahmad Maslan adalah himpunan aman tanpa senjata adalah dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Malaysia.

"Ini bermakna bahawa himpunan tanpa senjata adalah halal di sisi undang-undang negara. Semua warganegara Malaysia mempunyai hak yang sama untuk hadir dalam himpunan aman," tegasnya.

Pemuda PAS sedia sertai JK cegah rasuah sukan

Posted: 15 Jun 2011 01:12 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat amat bimbang dengan perkembangan isu rasuah sukan yang kini menjalar daripada bola sepak tanah air kepada sukan lain.

Ini, kata naib ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss seperti mana yang dilaporkan media berikutan berita pertandingan Hoki Piala Sultan Azlan Shah berlaku unsur rasuah dalam Pasukan Hoki Kebangsaan dan pendedahan penglibatan bookie rakyat luar dalam merasuah pemain bolasepak Piala Presiden baru-baru-baru ini.

"Kami tegaskan penyakit rasuah sukan ini yang sudah sampai ke tahap membimbangkan perlu kerjasama semua pihak bagi membanterasnya," ujarnya kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, Pemuda PAS juga telah mencadangkan agar satu badan khas ditubuh oleh setiap persatuan sukan bagi tujuan memberikan kaunseling dan didikan agama agar usaha pencegahan awal dapat dilakukan.

Katanya, selain usaha-usaha menghukum dijalankan, usaha pendidikan atau pembanterasan lebih awal dapat dilakukan oleh pihak-pihak tertentu.

Bagi Pemuda PAS, ujarnya pencegahan rasuah sukan tidak terbatas dengan hanya memberikan pandangan dan juga cadangan tetapi mengharapkan tindakan susulan daripada pihak kerajaan di dalam bentuk pelaksanaan akan diteruskan.

"Kami bersedia jika diberikan kepercayaan daripada persatuan sukan untuk sama-sama duduk di dalam satu jawatankuasa bagi tujuan tersebut pada bila-bila masa sahaja.

"Justeru, kami mengharapkan inisiatif persatuan sukan agar menggerakkan pencegahan awal ini bagi menyelamatkan sukan daripada gejala perosak rasuah ini," ujarnya.

SB siasat sebelum dilantik jadi Senator

Posted: 15 Jun 2011 01:10 AM PDT

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR: Setiap wakil NGO yang dicadangkan untuk dilantik sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) akan disiasat di beberapa peringkat termasuk daripada polis cawangan khas (SB).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, siasatan ini bagi memastikan mereka bebas daripada mana-mana 'kumpulan pengganas' seperti Jemaah Islam (JI).

"Pencalonan yang diterima sudah tentu daripada persatuan atau NGO tertentu dan seseorang itu mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu.

"Cuma dari segi kesesuaian, kerajaan akan membuat siasatan termasuk special branch check takut mereka dari JI dan sebagainya.Ini juga perlu. Apabila dapat senarai nama siasatan akan dibuat atas kesesuaian seseorang itu," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan daripada Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk menambah senator daripada setiap negeri.

Ini katanya, bagi memastikan proses semak imbang di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri berjalan lancar.

"Bagaimanakah kerajaan nak pastikan wakil NGO yang tak berparti mewakili kuasa ketiga sebagai NGO.

"Jika dilihat yang dilantik sebagai senator semuanya ada kepentingan politik. Senator yang dicadangkan kerajaan jauh lebih banyak daripada senator yang dilantik kerajaan negeri yang sekarang ini dua orang setiap negeri.

"Ini menjejaskan check and balance Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri," katanya.

Nazri dalam jawapannya berkata, adalah mustahil perkara itu dapat dilaksanakan kerana melibatkan pindaan perlembagaan.

"Kalau nak tambah lebih daripada dua senator setiap negeri, kerajaan boleh bincang cuma saya tidak fikir ini boleh dilaksanakan kerana ini memerlukan pindaan perlembagaan yang mana kerajaan tak dapat dua per tiga," katanya.

Nasharudin dalam soalan asalanya meminta Perdana Menteri menyatakan adakah pihak kerajaan bercadang melantik wakil-wakil NGO yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik sebagai Ahli Dewan Negara.

Peserta Bersih 2.0 bawa duit, peniaga untung

Posted: 15 Jun 2011 01:08 AM PDT

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR: Peniaga, penjaja dan pemandu teksi sepatutnya menyokong, bukan menyaman penganjur himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini.

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) berkata, ia kerana pihak penganjur iaitu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) akan membawa lebih 800 ribu pelanggan kepada mereka.

"Kami nak bawa pelanggan. PAS sahaja 300 ribu orang. Sepatutnya peniaga sokong bila orang ramai nak datang.

"Mereka yang datang sini bawa duit bukan datang tangan kosong," katanya kepada Harakahdaily.

PAS, katanya seperti usul diluluskan pada Muktamar ke 57 lalu, akan mengerahkan 300 ribu dari ahlinya yang kini mencecah lebih 1 juta orang.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan semalam 'meracuni' penjaja, peniaga dan pemandu teksi agar menyaman penganjur himpunan Bersih bagi menuntut ganti rugi berikutan pendapatan mereka yang mungkin terjejas semasa perhimpunan berkenaan.

Mengulas lanjut, Firdaus yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Pusat berkata, himpunan aman Bersih 2.0 tidak akan menjejaskan perniagaan mereka melainkan diprovokasi oleh pihak polis sehingga menimbulkan kekecohan.

"Kalau polis tembak gas, kami kena lari la, bila lari bertembung tahu-tahu sahajalah.

"Cuba polis jaga dan kawal elok-elok, sudah tentu semuanya akan untung malah berlipat kali ganda," tambahnya lagi.

"Semua tiket bas dari utara dan timur, Air Asia penuh, FireFly habis, jadi apa petandanya tu?" soalnya.

Sehubungan itu katanya, Umno khususnya perlu menerima himpunan Bersih akan datang demi kebaikan mereka apabila menjadi pembangkang selepas PRU ke-13 nanti.

"Kalau mereka (Umno) dah jadi pembangkang nanti, mereka tak perlu buat demo lagi untuk mereformasikan pilihan raya untuk menang semula sebab kita dah buat," tegasnya sinis.

Wang kutu harus jika tiada penyelewengan

Posted: 15 Jun 2011 01:01 AM PDT

Afiq Hizami pelatih UKM

KUALA LUMPUR: Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) berkata, wang kutu adalah harus jika tiada penyelewengan.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu menyatakan demikian sewaktu membahas pindaan Rang Undang-undang Larangan Kumpulan Wang Kutu 2011 di Dewan Rakyat, semalam.

Katanya, isu wang kutu tersebut bukan soal ibadat tetapi soal yang melibatkan muamalat harian manusia serta keperluan sebagainya dan selagi tidak ada unsur penyelewengan, maka ia adalah harus.

Justeru, jelasnya keadaan itu perlu dilihat dari dua bentuk iaitu akta yang diperuntukkan dari sudut agama Islam dalam perkara yang menyebabkan ia dianggap haram.

"Kerana dalam keadaan selain daripada ibadat menyatakan bahawa perkara asal itu seharusnya dalam perkara itu semuanya adalah harus kecuali ianya diharamkan oleh Allah.

"Dalam kes skim kutu ini, kita melihat golongan-golongan seperti surirumah, pelajar sekolah, guru dan orang kampung terlibat dalam permainan kutu ini.

"Ini perlu kita lihat dalam sudut lain yang mana mungkin ada masalah kelompangan atau bebanan yang ditanggung oleh mereka yang terlibat dalam hal ini cuba mencari jalan keluar dengan cara tersebut," jelas beliau ketika membahaskan usul yang dibawa oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

"Ianya adalah sesuatu yang tidak dilarang dalam agama tetapi kita bebankan rakyat dengan pelaksanaan ini," katanya mengakhiri ucapan.

MB: Hasan Ali kekal Exco meskipun digugur pesuruhjaya

Posted: 15 Jun 2011 12:58 AM PDT


SHAH ALAM — Datuk Dr Hasan Ali masih kekal sebagai Exco Kerajaan Selangor buat masa ini walaupun telah digugurkan sebagai Pesuruhjaya PAS negeri itu, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dipetik Bernama Online, Khalid (gambar) berkata, pelantikan sebagai Exco Kerajaan Negeri mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan ia perlu dihormati.

"Saya menerima apa yang dicadangkan oleh rakan-rakan dari PAS tetapi pada masa ini ia bukanlah masa yang sesuai untuk sebarang pembaharuan (pertukaran jawatan Exco)," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pembentangan Kertas Kerja Akta Tanah (Kawalan Penempatan Berkelompok) 1960 di sini hari ini.

Hasan kini Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Ahad lalu, Hasan digugurkan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor sebagai melengkapkan proses pemilihan parti seperti yang diumumkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas seminggu berakhirnya Muktamar Tahunan PAS pada 5 Jun.

Jawatan itu kini disandang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Meru Dr Abdul Rani Osman yang juga Yang Dipertua PAS Kapar.

Terdahulu, mengulas mengenai pembentangan kertas kerja Akta Tanah (Kawalan Penempatan Berkelompk) 1960 atau GSA 1960, Khalid berkata ia merupakan hasil kajian yang dilakukan oleh pasukan khas bagi menasihati kerajaan negeri Selangor mengenai langkah yang boleh diambil untuk membela masyarakat Felda di negeri itu.

Beliau berkata pasukan khas yang terdiri daripada pakar perundangan itu telah beroperasi lebih setahun lepas mengkaji dan meneliti semula Akta GSA 1960 bagi menyesuaikannya dengan situasi pada masa kini.

"Saya perlu menunggu pembentangan dan perbincangan ini selesai sebelum membuat sebarang keputusan. Jika terdapat sesuatu yang tidak kena dan relevan pada akta ini pada masa kini, kita perlu membetulkannya dan mengetahui prosedur untuk melakukannya," katanya.

Khalid berkata pembentangan itu perlu menjurus kepada pelan tindakan bukan perbincangan semata-mata termasuk memberitahu kerajaan pusat mengenai perkara yang perlu dilakukan dalam usaha memastikan hak dan nasib masyarakat Felda terbela.

Terdapat kira-kira 10,000 warga Felda di negeri itu terutamanya di kawasan Hulu Selangor.

Negara kebajikan: PAS putuskan panel pelaksana Khamis ini

Posted: 15 Jun 2011 12:55 AM PDT

KUALA LUMPUR— PAS akan menubuhkan satu panel khas pelaksana untuk membincangkan secara terperinci berkenaan konsep negara berkebajikan Khamis ini.

Pembentukan panel itu akan diputuskan pada mesyuarat khas yang diadakan di ibu pejabat PAS di sini.

The Malaysian Insider difahamkan mesyuarat itu akan dihadiri ahli-ahli jawatankuasa kerja PAS dan kesemua pesuruhjaya negeri.

Mengesahkan perkara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata pihaknya akan memperincikan panel pelaksana konsep negara berkebajikan yang diperincikan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya 3 Jun lalu.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, penubuhan panel khas ini akan memfokuskan kepada konsep negara berkebajikan sebagai agenda utama PAS.

Katanya, pihaknya juga akan menyentuh keanggotaan panel tersebut termasuk pihak dari dalam dan luar PAS.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, beliau menjelaskan ini bertujuan sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Negara berkebajikan akan menjadi tajuk utama dalam mesyuarat bulanan PAS kali kedua ini di samping membincangkan hal-hal lain," ujarnya.

Awal minggu ini, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menggesa PAS agar segera mengadakan jawatankuasa pemandu merangka konsep negara berkebajikan memandangkan kedua-dua kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat berebut-rebut cuba membuktikan mereka berada di depan dalam agenda tersebut.

Juanda mendesak agar PAS segera menubuhkan jawatankuasa pemandu negara kebajikan mereka untuk merealisasikan bentuk dan hala tuju berkenaan agar selari dengan Islam dan jelas kepada rakyat.

Jelas Salahuddin, Hadi juga akan melantik keanggotaan biro-biro baru susulan mesyuarat pertama Ahad lalu.

"Ini merupakan mesyuarat bulanan kali kedua diadakan oleh PAS untuk mengadakan pelantikan baru biro-biro dan lajnah," ujarnya.

Keluarga Sarbaini tolak inkues, mahu Putrajaya tubuh suruhanjaya

Posted: 15 Jun 2011 12:44 AM PDT

KUALA LUMPUR — Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed menolak keputusan Putrajaya mengadakan inkues, yang akan berlangsung bulan depan, bagi menyiasat punca kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu.

Inkues itu akan diadakan dari 4 hingga 15 Julai ini dengan diketuai koroner Aizatul Akmal Maharani.

Anak lelakinya, Shahril Ahmad Sarbaini berkata, pihaknya lebih suka jika Putrajaya terus menubuhkan suruhanjaya diraja siasatan berbanding inkues.

Kata Shahril, keluarga itu percaya inkues yang mahu diadakan sukar untuk mengenal pasti punca kematian selain akan melambatkan proses menuntut keadilan.

"Memang itulah tujuan inkues diadakan... kami nak tahu jawapan kepada kejadian ini tapi kami merasakan suruhanjaya diraja siasatan lebih tepat sebab nampak lebih telus berbanding inkues.

"Kalau diadakan inkues, ia nampak macam buang masa, nanti akan jadi seperti kes Teoh Beng Hock... selepas inkues diadakan pula suruhanjaya diraja siasatan, jadi lebih baik diadakan terus suruhanjaya diraja ini," katanya kepada The Malaysian Insider.

Katanya, suruhanjaya diraja siasatan dilihat dapat mengheret individu yang menyebabkan kematian Sarbaini (gambar) ke muka pengadilan.

"Suruhanjaya diraja siasatan adalah yang terbaik, siapa yang mencadangkan agar inkues diadakan? Tiba-tiba sahaja terus nak buat sedangkan keluarga tidak tahu apa-apa.

"Suruhanjaya diraja ini dapat mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan, malah ahli panel dalam suruhanjaya ini akan terdiri daripada pelbagai individu yang berkelayakan," katanya.

Sebelum ini keluarga Sarbaini mahu polis mendedahkan perkembangan terbaru hasil siasatan kematiannya dua bulan lalu sebelum mengadakan apa-apa tindakan susulan termasuk inkues.

Ditanya mengenai dakwaan terbaru dibuat editor portal Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin, Shahril menegaskan, apa yang dilaporkan itu adalah benar kerana Sarbaini tidak memiliki "kekayaan luar biasa" seperti mana didakwa.

"Memang Allahyarham tidak mempunyai apa-apa kekayaan luar biasa, dia hidup macam orang lain juga," jawabnya ringkas.

Raja Petra dalam tulisan dalam blognya berkata, polis telah menyiasat aset Sarbaini dan mendapati dia tidak memiliki "kekayaan luar biasa" seperti mana didakwa.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat meminta agar Putrajaya terus mengadakan suruhanjaya diraja siasatan daripada mengadakan inkues.

Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat sebuah bangunan SPRM pada 6 April lalu setelah dilapor pergi ke pejabat itu untuk bertemu pegawai penyiasat berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai Kastam.

Kematian Sarbaini merupakan kejadian kedua dalam dua tahun ini membabitkan premis SPRM.

Pemuda PAS: Umno salah faham, Himpunan Bersih 2.0 untungkan peniaga

Posted: 15 Jun 2011 12:39 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra


Ahmad berkata Umno membantah sekeras-kerasnya Himpunan Bersih pada 9 Julai. — gambar fail
KUALA LUMPUR — Pemuda PAS Johor menyifatkan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan tidak memahami Perlembagaan Persekutuan apabila mendakwa Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai akan menimbulkan keadaan huru-hara.

Semalam, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Umno membantah sekeras-kerasnya Himpunan Bersih atas alasan ia akan menimbulkan keadaan huru-hara dan menjejaskan keselamatan serta ekonomi negara.

Bagaimanapun tegas Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat, dakwaan Ahmad tidak benar sama sekali kerana perhimpunan yang menuntut sistem pilihan raya yang telus itu adalah satu himpunan aman tanpa senjata.

Jelas beliau, himpunan aman tanpa senjata dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan selain "halal" di sisi undang-undang negara.

Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tertakluk kepada Fasal 2, 3 dan 4 menyebut tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara, semua warganegara berhak berhimpun secara aman tanpa senjata dan semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan

"Datuk Ahmad Maslan telah menyatakan bahawa Himpunan Bersih 2.0 akan menyusahkan rakyat, penjaja, peniaga dan pemandu teksi dan beliau turut menyifatkan himpunan ini adalah ancaman kepada ekonomi negara khususnya industri pelancongan dan pelaburan asing.

"Perkara pertama yang wajib difahami oleh Datuk Ahmad Maslan adalah himpunan aman tanpa senjata adalah dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Perlembagaan dan ini bermakna bahawa himpunan tanpa senjata adalah halal di sisi undang-undang negara," kata Suhaizan dalam satu kenyataan.

Dalam laporan media semalam, Ahmad juga berkata, perhimpunan itu sebenarnya bukan bertujuan memperjuangkan isu mengenai pilihan raya seperti yang dilaungkan oleh penganjurnya.

"Penganjuran perhimpunan ini jelas berniat jahat dan akibatnya orang ramai seperti peniaga, penjaja dan pemandu teksi yang akan menjadi mangsa," katanya.

Beliau juga mencadangkan supaya lebih banyak NGO membuat laporan polis membantah perhimpunan itu bagi memberi tekanan kepada penganjur membatalkan hasrat mereka.

Tegas Suhaizan, Himpunan Bersih 2.0 tidak akan mengundang perkara yang tidak diingini sebaliknya memberikan pulangan kepada negara termasuk kepada peniaga-peniaga.

Jelas beliau, dalam masa tiga jam sahaja, aliran tunai paling minima di kalangan peserta himpunan Bersih 2.0 berjumlah RM30 juta kerana mereka akan berbelanja seperti membeli makanan, minuman, pakaian dan lain-lain.

Peserta himpunan yang bakal hadir adalah seramai 300,000 orang, mereka datang daripada seluruh negara dengan membawa duit perbelanjaan masing-masing, sekurang-kurangnya RM100 seorang.

"Mereka akan berbelanja seperti membeli makanan, minuman, pakaian dan lain-lain kerana bukan semua mereka berkenderaan ke Kuala Lumpur.

"Sebahagian besar mereka menaiki kenderaan awam, oleh itu perkhidmatan bas, teksi, LRT dan lain-lain akan mendapat pulangan yang berganda dan kenyataan yang menyatakan bahawa penjaja, peniaga dan pemandu teksi akan mengalami kerugian adalah hujah yang paling dangkal di abad ini," katanya.

Suhaizan juga berkata semua pihak termasuk parti politik dan pihak berkuasa harus menghormati antara satu sama lain dengan mengambil kira kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Walau bagaimanapun semua pihak hendaklah saling hormat-menghormati antara satu sama lain... kerajaan, polis, jawatankuasa Bersih 2.0, Perkasa, Perkida, parti-parti politik dan lain-lain pihak harus menghormati kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan.

"Sebagai contoh mengapa tidak pihak polis membuat reformasi dalam menguruskan peserta himpunan dengan meletakkan anggota polis di sepanjang jalan dari Jalan Chow Kit ke Istana Negara di mana Ketua Polis Negara memandu Pengerusi Bersih Datuk Ambiga ke Istana Negara manakala di laluan yang lain pula Timbalan Ketua Polis Negara pula mengiringi Datuk Ibrahim Ali (Presiden Perkasa) menuju ke Istana Negara," katanya.

Selain Himpunan Bersih 2.0, Perkasa juga akan mengadakan perarakan balas serentak pada 9 Julai yang mendapat reaksi kurang menyenangkan banyak pihak.

Ibrahim berkata pihaknya akan menganjurkan protes balas bagi menghalang himpunan Bersih 2.0 selain mendakwa ia akan menimbulkan huru-hara.

Ketua PAS Selangor: Saya ada ditawar tapi diminta tak pertahan DUN Meru

Posted: 15 Jun 2011 12:37 AM PDT

Oleh G Manimaran

KLANG, 15 Jun — Dr Abd Rani Osman yang awal minggu ini dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor mendedahkan beliau juga pernah didampingi dua lelaki yang mendakwa diri mereka mewakili Umno dan memujuknya tidak lagi bertanding mempertahankan kerusi DUN Meru pilihan raya umum ke-13.

Ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam, Dr Abd Rani berkata, kedua-dua mereka datang hanya meminta "saya agar tidak bertanding lagi pilihan raya umum akan datang."

Sambil melahirkan rasa hairan dengan pendekatan itu, wakil rakyat penggal pertama ini memberitahu, kedua-dua mereka tidak memintanya keluar PAS dan menyertai komponen BN sebagaimana pernah disaksikan sejak tiga tahun lalu.

"Mereka tak minta saya keluar PAS, keluar Pakatan Rakyat, mereka tak minta saya menyertai Umno, tetapi hanya mahu saya tidak bertanding lagi pilihan raya umum akan datang... saya pun tidak tahu mengapa," kata beliau dalam temu bual sempena pelantikannya menggantikan Datuk Dr Hasan Ali mengetuai PAS Selangor.

Hasan yang juga Exco Kerajaan Negeri mengetuai PAS Selangor selama lapan tahun atau empat penggal.

The Malaysian Insider difahamkan beliau ada ditawarkan sejumlah wang jika sanggup menerima permintaan tersebut.

"Saya memberitahu mereka nilai saya ialah al-Quran dengan menunjukkan mereka al-Quran, mereka menitiskan air mata dan keluar dari pejabat saya... saya tak jumpa mereka lepas itu... saya pun tak ingat nama mereka," kata doktor perubatan ini yang menceburi politik dengan menyertai PAS akhir 1990-an.

Dengan seringkali kelihatan mengenakan songkok yang berbeza daripada ahli-ahli PAS yang lain, Dr Abd Rani (gambar) yang juga Yang Dipertua PAS kawasan Kapar berkata, beliau didampingi kedua-dua lelaki itu awal tahun ini selepas beliau kembali dari lawatan ke luar negara.

DUN Meru merupakan salah satu kerusi dalam bahagian Parlimen Kapar yang wakilnya adalah dari PKR.

Dr Abd Rani memenangi kerusi Meru dengan menewaskan Md Ghazali Amin dengan memperoleh majoriti 5,513 undi.

Pada pilihan raya umum 2008, Dr Abd Rani memperoleh 14,826 undi manakala Md Ghazali pula 9,313 undi.

PAS yang bergandingan dengan DAP dan PKR membentuk kerajaan negeri mempunyai lapan kerusi di Dewan Undangan Negeri Selangor.

Usaha memujuk wakil rakyat parti komponen Pakatan Rakyat meninggalkan perikatan itu dan menyertai BN menjadi sebahagian 'budaya' politik sejak pilihan raya umum 2008.

Ia juga berlaku di Perak, Kedah dan Pulau Pinang iaitu negeri-negeri diterajui Pakatan Rakyat.

Di Selangor, Adun Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah keluar PKR untuk menjadi wakil rakyat mesra Umno.

Tawar-menawar kepada wakil rakyat agar keluar Pakatan Rakyat menjadi fokus ketika cakap-cakap mengenai idea kerajaan perpaduan antara Umno-PAS turut menjadi perhatian dan banyak diperkatakan.

Mengulas mengenai idea kerajaan perpaduan itu, Dr Abd Rani menegaskan, sudah tidak lagi timbul soal kerajaan perpaduan khususnya selepas parti itu mengambil pendirian tegas.

"Ini soal UG (kerajaan perpaduan) ini jangan dikatakan lagi, bagi saya sudah tidak ada lagi soal UG ini... kami (PAS) akan kekal dalam Pakatan Rakyat, akan bersama dengan Pakatan Rakyat menghadapi pilihan raya umum," kata beliau.

Dr Abd Rani berkata, dengan gandingan dan kerjasama komponen Pakatan Rakyat pihaknya yakin akan meningkatkan kerusi diperoleh parti Islam itu.

"Insya-Allah kami yakin dapat menambah kerusi, ya... sekali ganda... hingga 15 kerusi, berbanding lapan yang ada sekarang," katanya.

Inkues belakangi keluarga Sarbaini, kata peguam hak asasi

Posted: 15 Jun 2011 12:35 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR — Tindakan Putrajaya mengadakan inkues tanpa mengambil kira pandangan keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed, yang masih mahukan suruhanjaya diraja siasatan, satu langkah tidak menghormati mereka, kata peguam N Surendran dari Lawyers For Liberty.

Ini kerana jelas Surendran, pandangan atau pendirian keluarga penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia perlu diambil kira dalam setiap keputusan yang mahu dibuat Putrajaya termasuk mengadakan inkues bagi mencari punca kematian.

"Sudah pasti kerajaan perlu mengambil kira pandangan keluarga Ahmad Sarbaini sebab mereka ada hak dan tindakan kerajaan ini langsung tidak menghormati mereka sebagai keluarga... saya difahamkan mengenai inkues ini juga keluarga tidak tahu.

"Sepatutnya polis perlu memberikan maklum balas kepada keluarga, mereka berhak tahu apa yang berlaku dan pada saya, suruhanjaya diraja adalah lebih baik daripada inkues.

"Dan, apa yang pasti tindakan kerajaan membuat keputusan tanpa memaklumkan kepada keluarga amat tidak wajar dan tidak menghormati mereka... kalau nak buat apa-apa, pandangan keluarga perlu diambil kira sebab mereka yang paling penting," katanya kepada The Malaysian Insider.

Awal pagi ini The Malaysian Insider melaporkan, anak sulung Sarbaini, Shahril, 27, menolak keputusan Putrajaya mengadakan inkues yang akan bermula 4 Julai ini. Ia akan diketuai koroner Aizatul Akmal Maharani.

Jelas Shahril (gambar, kiri), pihaknya lebih suka jika Putrajaya terus menubuhkan suruhanjaya diraja siasatan berbanding inkues.

Kata Shahril, keluarga itu percaya inkues yang mahu diadakan sukar untuk mengenal pasti punca kematian selain akan melambatkan proses menuntut keadilan.

Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat sebuah bangunan SPRM pada 6 April lalu setelah dilapor pergi ke pejabat itu untuk bertemu pegawai penyiasat berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai Kastam.

Mengakui suruhanjaya diraja siasatan lebih baik daripada inkues, Surendran yang juga Naib Presiden PKR menegaskan, sepatutnya kedua-dua tindakan susulan itu harus dibuat selepas polis mendedahkan hasil siasatan yang masih menjadi "rahsia" sehingga kini.

Sambil menyifatkan punca kematian Sarbaini bukan "bunuh diri", beliau berkata, sepatutnya hasil siasatan polis itu sudah cukup untuk membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

"Kes ini sepatutnya disiasat secara profesional, cepat dan pendakwaan dilakukan dengan segera... sebab menurut maklumat yang kita terima kes ini bukan bunuh diri, malah Ahmad Sarbaini juga tidak mempunyai apa-apa kekayaan luar biasa, jadi tiada alasan untuk dia bunuh diri.

"Kalau kita lihat sejak dari kes ini berlaku sehingga kini, tiada tindakan diambil, hasil siasatan juga kita tidak tahu dan tiba-tiba mahu mengadakan inkues seolah-olah macam ada sesuatu yang nak dibuat," katanya

Tegas Surendran, tindakan Putrajaya yang secara tiba-tiba mahu mengadakan inkues tidak wajar selagi hasil siasatan polis yang diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara didedahkan kepada umum, selain boleh menimbulkan persoalan mengenai status sebenar perkara itu.

"Adalah tidak wajar jika terus mengadakan inkues sedangkan hasil siasatan tidak didedahkan... saya nak beritahu inkues bukan tempat dedahkan hasil siasatan tapi tempat mencari punca kematian.

"Saya khuatir inkues yang akan diadakan ini akan dipengarui dengan banyak aspek seperti yang berlaku dalam inkues Teoh Beng Hock, sebab itu saya katakan jika polis tidak dapat buat pendakwaan lebih baik hasil siasatan didedahkan supaya kita tahu apa yang berlaku," katanya.

Surendran sekali lagi menegaskan, polis seharusnya mendedahkan hasil siasatan selain mengambil tindakan lanjut termasuk inkues atau suruhanjaya diraja siasatan.

"Bagi saya suruhanjaya diraja siasatan lebih baik daripada inkues, tetapi apa yang lebih baik sekiranya polis mendakwa mereka yang terlibat dalam kematian Ahmad Sarbaini.

"Jika polis tidak dapat cari punca kematian, dedahkan sahaja hasil siasatan mereka... melalui itu kita boleh tahu mengapa tiada tindakan diambil, tiada pendakwaan dibuat dan mungkin siasatan itu tidak sempurna," katanya.

Kematian Sarbaini merupakan kejadian kedua dalam dua tahun ini membabitkan premis SPRM selepas Teoh.

KDN siasat kes ketuk ketampi bogel libatkan warga Singapura

Posted: 15 Jun 2011 12:32 AM PDT

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR — Kementerian Dalam Negeri akan menjalankan siasatan berhubung laporan media bahawa Jabatan Imigresen di Johor Baru telah memaksa dua wanita Singapura melakukan ketuk ketampi dalam keadaan berbogel minggu lalu selepas ditahan atas alasan memasuki Malaysia secara tidak sah.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata satu inkuiri melibatkan pihak ketiga iaitu polis akan dijalankan.

"Ia bukan setakat inkuiri dalaman. Ia juga akan melibatkan polis. Inkuiri akan dijalankan dengan segera," kata beliau kepada pemberita di sini.

"Ini kali pertama saya melihat perkara ini. Ini bukan amalan biasa," kata beliau ketika ditanya sama ada ketuk ketampi amalan biasa di Jabatan Imigresen.

DUNIACACAMARBA

Posted: 15 Jun 2011 03:38 PM PDT

RON97 Turun RM0.10 Berkuat Kuasa Tengah Malam Ini

Posted: 15 Jun 2011 07:13 AM PDT

Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 15 Jun — Harga petrol RON97 yang mengalami kenaikan berperingkat sejak diapungkan tahun lalu akan turun 10 sen buat julung kali, berkuat kuasa tengah malam ini.

Dengan itu, RON97 akan dijual RM2.80 seliter.

Sejak awal tahun ini ia telah mengalami empat kenaikan untuk mencecah harga semasa RM2.90 seliter.

"Ya, RON97 akan turun 10 sen seliter mulai tengah malam, ini kali pertama ia turun sejak kerajaan memperkenalkan polisi pelarasan subsidi tahun lalu,
" kata sumber industri ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Satu lagi sumber berkata keputusan mengenainya dimaklumkan kepada pengedar petang ini.

Pada Julai lalu, kerajaan mengumumkan pelarasan subsidi petrol, diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan gula mengikut harga pasaran dunia.

Ketika itu kerajaan memutuskan harga petrol RON95 dan diesel diselaraskan lima sen kepada harga baru iaitu masing-masing RM1.85 seliter dan RM1.75 seliter.

Harga LPG pula diselaraskan 10 sen menjadi RM1.85 sekilogram dan petrol RON97 diapung terkawal memandangkan ia hanya membabitkan 13 peratus penggunaan bahan api di Malaysia.
 

Kerajaan menetapkan harga RON97 pada paras RM2.10 seliter dan mengalami kenaikan sehingga RM2.90 termasuk dua kali tahun lalu dan empat kali tahun ini.

P/s: Cuba selidik harga barang, ada yang turun? Apa-apapun teruskan usaha "menekan" kerajaan untuk menurunkan harga minyak!!!

Persatuan Ulama Kecam Karikatur Hina Islam Utusan Malaysia!

Posted: 15 Jun 2011 04:06 AM PDT

Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 15 Jun – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengecam karikatur bertajuk "Kekeliruan Kes Rogol" yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini sambil menyifatkan ia menghina agama Islam.

Yang Dipertuanya Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir berkata, penyiaran karikatur (gambar) itu yang menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada pihak dalam dua situasi berbeza secara jelas menghina golongan ulama dan Islam.

Karikatur itu yang disiarkan pada muka surat 15 Utusan Malaysia, menyaksikan dua situasi berbeza yang terpaksa dialami oleh mangsa rogol.

Dalam situasi pertama, mangsa rogol telah mengemukakan aduan kepada jabatan agama, namun ditolak kerana menurut karikatur itu mangsa memerlukan empat orang saksi sedangkan mangsa hanya mempunyai rakaman video.

Sementara itu dalam situasi kedua, mangsa telah membuat laporan polis dan pegawai yang menguruskan kes itu berkata rakaman video boleh dijadikan bukti.

Dialognya berbunyi "Bagus... Alat itu pun boleh jadi bukti!"

Jelas Sheikh Abdul Halim, tindakan Utusan Malaysia melepaskan karikatur itu adalah tidak wajar dan boleh menyebabkan perpecahan antara umat Islam.

"PUM memandang serius penyiaran kartun dalam Utusan Malaysia disiarkan pada yang secara jelas menghina ulama dan Islam ... perkara ini tidak harus dibiarkan.

"Kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam.

"Sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat," katanya dalam satu kenyataan.

Justeru beliau mahu Majlis Fatwa Kebangsaan memandang serius perkara ini dan mengambil tindakan susulan ekoran keberanian pelukis dan Utusan Malaysia menyiarkan karikatur begitu.

"PUM meminta supaya para mufti juga turut menegur Utusan yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama.

"Sehubungan itu PUM meminta supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara ini," katanya.

Selain itu, tegas Sheikh Abdul Halim, pihaknya juga mahu pelukis dan Utusan Malaysia didakwa kerana menghina Islam.

"Sepatutnya perkara sebegini sepatutnya mereka perlu mendapatkan pandangan cerdik pandai dalam bidang agama sebelum mengeluarkan sesuatu bahan.

"Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini di dakwa atas penghinaan ke atas Islam," katanya yang turut menyarankan agar kerajaan mengadakan lebih banyak program untuk menyelesaikan isu berkaitan agama Islam.

Setiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Mohd Nor pula berkata sepatutnya pelukis karikatur itu perlu tahu bahawa tindakannya akan mengundang rasa marah umat Islam yang lain.

"Kartun ini hina Islam sebab dalam kes zina memang rakaman video tidak boleh dijadikan bukti tapi dalam kes rogol ia boleh dipertimbangkan dengan rakaman video itu disahkan dulu.

"Kes rogol bukan perbuatan zina, saya rasa pelukis ini silap dan tidak faham," katanya kepada The Malaysian Insider.


P/s: Sila baca betul-betul terutamanya pengunjung yang "bermazhabkan" fahaman Islam UMCO!

Apabila ada ulama kata baca Utusan ini haram, saya setuju sangat!!!

[PANAS] Utusan Malaysia HINA Hukum Allah Lagi

Posted: 15 Jun 2011 01:50 AM PDT


12 Jun lalu saya ada menyentuh perilaku Utusan yang menghina hukum hudud melalui sebuah artikel yang disiarkan di akhbar itu. Rujuk artikel tersebut di sini. Hari ini kecoh fasal komik yang disiarkan di akhbar itu mempersenda hukum hudud dan ulama melalui yang senario kes rogol. Tulisan atau persendaan seumpama ini biasa kita baca atau lihat di blog pro-UMCO. Sejak belakangan ini, Utusan pun sudah menjadi "lahanat dan hina" seperti blog pencacai yang menulis apa-apa sahaja demi mengambil hati tuan mereka.
Di mana Perkasa? Di mana NGO? Di mana persatuan Islam? Munafik!!!  Adakah mereka mahu menunggu DAP membuat demonstrasi membantah Utusan Malaysia?

Tuan mufti tolong tegur, sergah Utusan. Jangan sampai rakyat anggap anda semua "syaitan bisu"!!!

P/s: Semoga Allah MELAKNATI mereka yang menghina hukumnya dan pihak yang menyokong orang yang menghina agama dan hukum-Nya.

ETP Hanya Jana Kekayaan Atas Kertas. Setuju!!!

Posted: 15 Jun 2011 12:00 AM PDT

Saya petik:

[HD] Pada persidangan Dewan Rakyat semalam, ahli Parlimen Lenggong minta PERDANA MENTERI menyatakan: 
(a) secara terperinci perkembangan Program ETP Kerajaan, berapa peratuskah pelaksanaannya, dan berapakah jumlah pelaburan serta peluang pekerjaan yang ditawarkan sekarang?

Saya membangkitkan dalam soalan tambahan saya tentang Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang sehingga kini hanya mampu 'menjana kekayaan atas kertas' dan masih belum menggarap 'kekangan utama' atau critical bottle-neck yakni persoalan modal insane atau skilled workforce.

Bernama semalam (14 Jun) hanya melaporkan jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak 2 hari lalu, mengumumkan 9 inisiatif baru di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) bernilai pelaburan RM2.77 bilion dengan jangkaan kesan Pendapatan Negara Kasar (GNI) RM18.67 bilion serta bakal mewujudkan 36,595 pekerjaan menjelang 2020.

Terdahulu PM telah mengumumkan dalam tempoh yang singkat, iaitu dari Oktober 2010 hinggalah April 2011, 70 projek pelaburan yang berpotensi, didakwa bakal memperolehi jumlah pelaburan RM106.4 bilion, mencipta 298,865 peluang pekerjaan dan jumlah pendapatan penduduk (GNI) sebanyak RM153.83 bilion menjelang tahun 2020.

Mutakhir ini berdepan dengan PRU ke-13 yang boleh sahaja beliau umumkan bila-bila masa, PM semacam terlalu ghairah untuk menyuntik rasa sedap atau feel-good factor di kalangan rakyat Malaysia dan khususnya di kalangan masyarakat bisnes.

Saya ingatkan PM, sementara saya menyanjungi usaha gigih beliau, saya juga ingin mengingatkan PM supaya tidak keterlaluan dalam membuat pengisytiharan propjek-projek EPP-ETP ini kerana ia bakal memberi kesan sebaliknya khususnya pada pasaran saham yang menjana paper wealth atau kekayaan ke atas seperti yang telah hangus dan lesap berjumlah RM52bilion dari pegangan ekuiti saham bumiputera dari jumlah sebelumnya RM54 bilion!

Lebih khusus lagi dan menjadi lebih malang mutakhir ini ialah apabila pengisytiharan demi pengisytiharan yang dibuat Perdana Menteri, apa yang berlaku hanyalah "kekayaan di atas kertas" khususnya kepada syarikat-syarikat yang disebut-sebut, yang masih dalam pelbagai peringkat komitmen bertaraf pelbagai 'bintang'.

Harga saham GLC atau syarikat besar swasta telah melonjak seandainya namanya tersenarai dalam EPP-ETP.

Malah ada yang dua kali ganda kadar lonjakan harga sahamnya. Antara syarikat yang bermodal kecil yang namanya tersenarai dalam ETP, misalnya Tricubes Bhd yang menanggung kerugian sebelum ini, Karambunai CorpBhd, Petaling Tin Bhd dan lain-lain.

Sebagai contoh, harga saham Tricubes Bhd melonjak dari 5.5 sen pada 18 April kepada 32.5 sen pada 22 April, setelah diumumkan bahawa syarikat ini menerima projek Emel 1Malaysia, bersamaan kadar lonjakan 491%.

Paling mutakhir saham Tricunes merudum kembali ke paras 10.5 sen.

Umum tahu bahawa syarikat ini tergolong dalam syarikat GN3 atau dengan kata lain, mempunya permasalahan hutang yang perlu di'strukturkan' pembayarannya.

Karambunai Corp Bhd dan Petaling Tin Bhd telah memperolehi satu projek pelaburan Karambunai Integrated Resort City (KIRC) yang bernilai RM9.6 bilion.

Sehingga 29 April, saham Karambunai Corp telah melonjak kepada 22.5 sen, dengan lonjakan 246% berbanding nilainya tahun lalu dan Petaling Tin pula melonjak kepada 39.5 sen, lonjakan 132% berbanding tahun lalu.

Sehingga kini dilaporkan belum ada satu yang lebih konkrit untuk kedua-dua syarikat tersebut membuat apa-apa 'submission' kepada Bursa Malaysia.

Namun pengumuman telah mencetus excitement dalam pasaran.

Walau bagaimanapun, kesemua projek berskala besar ini gagal menangani dan tidak dapat menutup kerapuhan ekonomi Malaysia, iaitu permasalahan struktural dalam ekonomi, misalnya kekurangan modal insan berkualiti dan kreatif, pasaran dalam negara tanpa daya saing, sektor awam yang rendah efisiennya, dasar afirmatif yang disalahgunakan yang berasaskan perkauman dan bukan keperluan.

Kesemua ini tidak dijawab dengan ETP-EPP sebagai langkah mitigasi unsur risiko pada jangka sederhana.

Seterusnya, masalah yang terpampang di depan mata adalah bagaimana EPP-ETP ini dilaksanakan, dan bagaimana pula projek-projek ini dijayakan perlaksanaannya dengan delivery yang sarat dengan 'ketirisan dan kebocoran' yang berakhir dengan projek menanggung kos projek atau cost-overrun sehingga ke paras jutaan ringgit bahkan billion RM seperti Istana Negara dan Projek Empangan Bakun dan lain-lain.

Rakyat mahu ETP-EPP berjaya, tetapi Najib dan kerajaan BN jangan bertindak dengan perhitungan jangka pendek sekaligus mengorbankan kemaslahatan rakyat pada jangka sederhana-panjang!

Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Malaysia, Kuala Selangor.

15 Jun 2011

P/s: Pengumuman ini hanya bersifat pengumuman. Belum tentu semua yang diumumkan itu akan dilaksanakan. Contoh lain, apa sudah jadi dengan pelbagai koridor ekonomi negara? Masa menguar-uarkan koridor ini dahulu, nilai wang yang disebut, nilai pelaburan yang disebut menggegarkan Malaysia!

Hal-hal seperti ini hanyalah candu/retorik politik selagi perkara yang diumumkan itu belum dilaksanakan dan berjaya mencapai matlamatnya!

Himpunan BERSIH 2.0 Boleh Jana RM30 Juta Aliran Tunai?

Posted: 14 Jun 2011 11:10 PM PDT

Saya petik:
 

[HD] KUALA LUMPUR, 15 Jun: Peserta himpunan yang bakal hadir pada Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai nanti adalah seramai 300 ribu orang yang datang dari seluruh negara dengan membawa duit perbelanjaan masing-masing, sekurang-kurangnya RM100 seorang.

Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat (gambar) berkata, dalam masa 3 jam sahaja, aliran tunai paling minima di kalangan peserta himpunan Bersih 2.0 adalah RM30 juta kerana mereka akan berbelanja seperti membeli makanan, minuman, pakaian dan lain-lain.

"Bukan semua mereka berkenderaan ke Kuala Lumpur. Sebahagian besar mereka menaiki kenderaan awam. Oleh itu perkhidmatan bas, teksi, LRT dan lain-lain akan mendapat pulangan yang berganda.

"Kenyataan yang menyatakan bahawa penjaja, peniaga dan pemandu teksi akan mengalami kerugian adalah hujah yang paling dangkal di abad ini," ujar beliau.

Menurutnya, minda anak-anak muda diyakini sudah jauh terbuka terhadap himpunan aman, apabila masyarakat di tanah air kini sudah boleh menerima bahawa himpunan aman adalah satu keperluan kepada negara demokrasi seperti Malaysia.

Katanya, pelancong-pelancong yang datang ke negara ini diyakini turut berpuas hati melihat himpunan yang diadakan itu kerana ia berlangsung dengan aman yang sekali gus menggambarkan keharmonian di tanah air.

Beliau berkata, keadaan itu samalah juga seperti mereka melihat sambutan Maulidur Rasul dan perayaan Thaipusam di Batu Caves yang berlangsung dengan aman.

Menurut beliau, oleh itu, pihak polis perlulah bekerjasama dengan penganjur bagi menjayakan aktiviti itu, dengan membuat reformasi dalam menguruskan himpunan aman tersebut.

Katanya, jika pihak polis bersedia membuat reformasi dalam menguruskan himpunan aman itu, tiada kekacauan akan berlaku dan pihak polis akan dihormati oleh rakyat dan masyarakat antarabangsa.

"Semua pihak hendaklah saling hormat menghormati antara satu sama lain. Pihak kerajaan, Polis, Jawatankuasa Bersih 2.0, Perkasa, Pekida, parti-parti politik dan lain-lain pihak harus menghormati kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.

Sebagai contoh, menurut beliau, mengapa tidak pihak polis membuat reformasi dalam menguruskan peserta himpunan dengan meletakkan anggota polis di sepanjang jalan dari Jalan Chow Kit ke Istana Negara, dengan Ketua Polis Negara memandu Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga ke Istana Negara.

Manakala di laluan yang lain, katanya, Timbalan Ketua Polis Negara pula mengiringi Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menuju ke Istana Negara.

Ketua Penerangan Umno Malaysia, Datuk Ahmad Maslan seperti yang dilaporkan media tempatan baru-baru ini menyatakan bahawa Himpunan Bersih 2.0 akan menyusahkan rakyat, penjaja, peniaga dan pemandu teksi.

Beliau turut menyifatkan himpunan itu adalah ancaman kepada ekonomi negara, khususnya industri pelancongan dan pelaburan asing.

Menurut Suhaizan, perkara pertama yang wajib difahami oleh Datuk Ahmad Maslan adalah himpunan aman tanpa senjata adalah dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Malaysia.

"Ini bermakna bahawa himpunan tanpa senjata adalah halal di sisi undang-undang negara. Semua warganegara Malaysia mempunyai hak yang sama untuk hadir dalam himpunan aman," tegasnya.

Isteri Pergi Kerja, Suami Belasah Anak Sampai Mengandung

Posted: 14 Jun 2011 10:00 PM PDT

Saya petik:

[HM] HULU SELANGOR: Seorang lelaki berusia 44 tahun layak digelar bapa setan apabila sanggup merogol dua anak perempuannya hingga seorang daripadanya kini sarat mengandung lapan bulan.

Lelaki terbabit dikatakan melakukan perbuatan terkutuk itu sejak setahun lalu tanpa pengetahuan isterinya dan difahamkan sering menodai dua anaknya ketika ibu mereka tiada di rumah.

Bagaimanapun, selepas beberapa kali memperkosa kedua-dua anak perempuannya yang berusia 13 dan 15 tahun itu, rahsia lelaki terbabit akhirnya 'dihidu' isterinya berusia awal 40-an.

Tidak tahan dengan tindakan keji suspek selain mahu menamatkan kisah hitam, mereka menceritakan kejadian sebenar kepada ibu mereka.


Terkejut dengan pengakuan kedua-dua anak gadisnya, wanita itu membawa mereka membuat laporan di Balai Polis Kuala Kubu Bharu, di sini, Khamis lalu....

P/s: Macam-macam terjadi kalau syaitan sudah merajai nafsu dan fikiran!!!

Lelaki Serah Teman Wanita untuk Dirogol Bergilir-gilir Ditahan

Posted: 14 Jun 2011 09:00 PM PDT

Saya petik:

[BH] JOHOR BAHRU: Seorang pemuda merogol teman wanitanya sebelum menyerahkan mangsa untuk dirogol secara bergilir-gilir oleh adiknya dan seorang rakan mereka dalam kejadian di pinggir bandar ini minggu lalu, ditahan polis di flet sewaan dekat Taman Perling di sini, malam kelmarin.

Dua beradik terbabit masing-masing berusia 24 dan 22 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara, yang menyerbu flat yang terletak di tingkat empat perumahan dekat Jalan Camar 14, Taman Perling, kira-kira jam 10.30 malam.

Ketika serbuan, dua beradik terbabit yang dikatakan sedang memasak, cuba menyembunyikan diri tetapi tidak berhasil kerana polis sudah mengenal pasti kedudukan mereka di situ.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Mohd Akhir Ishak, berkata kedua-dua mereka kini berada dalam tahanan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

"Polis juga sudah mengenal pasti identiti dan sedang memburu seorang lagi rakan suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian rogol terbabit," katanya.

Difahamkan, dalam serbuan itu, polis merampas tilam, bantal, cadar serta pakaian dalam dua beradik terbabit untuk ujian forensik bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun 

Keseksaan, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Dua beradik terbabit yang berasal dari Kota Tinggi, dikatakan menyewa flet berkenaan berikutan bekerja di sekitar bandar ini sejak beberapa bulan lalu.

Dalam kejadian yang berlaku pada malam Khamis lalu, mangsa berusia 18 tahun berasal dari Pasir Gudang itu, menjadi mangsa rogol selepas keluar bersiar-siar dengan membonceng motosikal teman lelakinya, sebelum dipujuk datang ke rumah suspek.

Setibanya di flet sewaan teman lelakinya, gadis itu dipaksa masuk ke dalam bilik suspek sebelum diarah menanggalkan pakaiannya.

Remaja berkenaan pada mulanya enggan mengikut arahan suspek terpaksa akur kerana ketakutan apabila suspek memaksa dan mengugut akan mencederakan serta meninggalkan mangsa sekiranya tidak mahu mengikut kehendaknya.

Suspek kemudian mengambil kesempatan merogol mangsa sebanyak tiga kali sebelum mangsa diserahkan kepada adiknya dan seorang lagi rakan mereka yang menunggu untuk melakukan perbuatan sama secara bergilir-gilir.

Selepas dikurung dalam bilik berkenaan beberapa jam, teman lelaki mangsa kemudian menghantar mangsa pulang ke rumah dengan menaiki sebuah kereta pada jam 1 pagi pada Jumaat.

Mangsa mengadu kejadian itu kepada ibunya sebelum dibawa untuk membuat laporan di Balai Polis Pasir Gudang.

Bunuh, Tanam Rakan Cuba Perkosa Isteri

Posted: 14 Jun 2011 08:13 PM PDT

Saya petik:

[HM] KINABATANGAN: Seorang suami yang berang melihat rakan sekerja cuba merogol isterinya, membelasah lelaki itu menggunakan tukul besi sehingga maut sebelum menyeret mayatnya sejauh 100 meter dan menanam tubuh berlumuran darah itu di lereng bukit di Kampung Pelangi, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam, mangsa yang hanya dikenali Khail, 20, ditemui dalam keadaan ngeri dengan kesan parah di kepala oleh sepasukan polis sejurus menerima maklumat penduduk kampung yang melihat suspek 'menanam' sesuatu di kawasan berkenaan.

Difahamkan, sebelum kejadian, suspek yang berusia 26 tahun baru balik dari bekerja di tapak pembinaan berhampiran.

Bagaimanapun, sebaik memasuki rumah, dia terkejut apabila melihat isterinya yang berusia 19 tahun bergelut dengan seorang lelaki yang dipercayai cuba merogolnya.


Tanpa berfikir panjang, suspek menghentak kepala mangsa menggunakan tukul besi sebanyak dua kali menyebabkan mangsa menggelupur sebelum meninggal dunia di tempat kejadian....

Kisah "Fanpage FB" Termahal di Malaysia (Mungkin Dunia) Tersiar di CNNiReport

Posted: 14 Jun 2011 04:30 PM PDT

Berita yang dipautkan di iReport ini dipetik dari FMT. Sila ke FMT untuk baca ceritanya.

Tiada ulasan:

Pengikut