Rabu, 15 Jun 2011

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Persatuan Ulama kecam karikatur Utusan Malaysia, dakwa hina Islam

Posted: 15 Jun 2011 04:24 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengecam karikatur bertajuk "Kekeliruan Kes Rogol" yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini sambil menyifatkan ia menghina agama Islam.

Yang Dipertuanya Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir berkata, penyiaran karikatur (gambar) itu yang menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada pihak dalam dua situasi berbeza secara jelas menghina golongan ulama dan Islam.

Karikatur itu yang disiarkan pada muka surat 15 Utusan Malaysia, menyaksikan dua situasi berbeza yang terpaksa dialami oleh mangsa rogol.

Dalam situasi pertama, mangsa rogol telah mengemukakan aduan kepada jabatan agama, namun ditolak kerana menurut karikatur itu mangsa memerlukan empat orang saksi sedangkan mangsa hanya mempunyai rakaman video.

Sementara itu dalam situasi kedua, mangsa telah membuat laporan polis dan pegawai yang menguruskan kes itu berkata rakaman video boleh dijadikan bukti.

Dialognya berbunyi "Bagus... Alat itu pun boleh jadi bukti!"

Jelas Sheikh Abdul Halim, tindakan Utusan Malaysia melepaskan karikatur itu adalah tidak wajar dan boleh menyebabkan perpecahan antara umat Islam.

"PUM memandang serius penyiaran kartun dalam Utusan Malaysia disiarkan pada yang secara jelas menghina ulama dan Islam ... perkara ini tidak harus dibiarkan.

"Kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam.

"Sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat," katanya dalam satu kenyataan.

Justeru beliau mahu Majlis Fatwa Kebangsaan memandang serius perkara ini dan mengambil tindakan susulan ekoran keberanian pelukis dan Utusan Malaysia menyiarkan karikatur begitu.

"PUM meminta supaya para mufti juga turut menegur Utusan yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama.

"Sehubungan itu PUM meminta supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara ini," katanya.

Selain itu, tegas Sheikh Abdul Halim, pihaknya juga mahu pelukis dan Utusan Malaysia didakwa kerana menghina Islam.

"Sepatutnya perkara sebegini sepatutnya mereka perlu mendapatkan pandangan cerdik pandai dalam bidang agama sebelum mengeluarkan sesuatu bahan.

"Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini di dakwa atas penghinaan ke atas Islam," katanya yang turut menyarankan agar kerajaan mengadakan lebih banyak program untuk menyelesaikan isu berkaitan agama Islam.

Setiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Mohd Nor pula berkata sepatutnya pelukis karikatur itu perlu tahu bahawa tindakannya akan mengundang rasa marah umat Islam yang lain.

"Kartun ini hina Islam sebab dalam kes zina memang rakaman video tidak boleh dijadikan bukti tapi dalam kes rogol ia boleh dipertimbangkan dengan rakaman video itu disahkan dulu.

"Kes rogol bukan perbuatan zina, saya rasa pelukis ini silap dan tidak faham," katanya kepada The Malaysian Insider.



Sumber: The Malaysian Insider

Facebook "Curi-curi Wang Malaysia" bantah pembaziran RM1.8 juta

Posted: 15 Jun 2011 04:16 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Ekoran pendedahan bahawa Kementerian Pelancongan membelanjakan RM1.8 juta untuk mengendalikan laman peminat Facebooknya, satu lagi akaun laman peminat Facebook atas nama "Curi-curi wang Malaysia" diwujudkan.Menurut maklumat yang terpapar di laman peminat itu, ianya diwujudkan bertujuan membolehkan rakyat Malaysia menyuarakan bantahan terhadap Kementerian Pelancongan Malaysia yang membelanjakan RM1,758,432 untuk membuka dan menjaga laman peminat kementerian itu."Facebook adalah percuma. Jangan curi duit kami dengan cara bodoh ini dan cuba buat kami seperti orang jahil."Beri balik duit kami!", tulis pengendali laman itu.Setakat berita ini ditulis, laman peminat Curi-curi Wang Malaysia ini sudah mendapat 19,044 peminat.Jumlah itu dijangka akan terus meningkat apabila pautan ke laman peminat itu turut dipromosikan beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat melalui Facebook dan Twitter mereka.Dalam beberapa respon kepada peminatnya, pengendali laman peminat ini yang diwujudkan secara percuma, menjelaskan mahu bersaing dengan laman peminat kementerian pelancongan.Mereka juga mahu membuktikan mereka boleh mendapat jumlah peminat lebih tinggi dari laman kementerian itu tanpa sebarang kos."Ubah Sekarang untuk Selamatkan Malaysia! Kita selamat, kita jimat", seru laman itu.Sementara itu, laman peminat 'Tourism Malaysia- Cuti-cuti Malaysia' setakat berita ini ditulis juga mendapat 26,082 peminat.Persidangan Dewan Rakyat semalam 'dikejutkan' dengan penjelasan Timbalan Menteri Pelancongan, James Dawos Mamit bahawa kementeriannya memperuntukkan RM1.8 juta mewujudkan laman peminat Facebook kementerian itu.Projek itu diberikan kepada agensi pengiklanan yang dilantik, Impact creations sdn Bhd bermula 2011 sehingga 2013.Anthony Loke (DAP-Rasah) bagaimanapun mempersoal kenapa begitu besar jumlah wang 'dibazirkan' untuk Facebook itu yang sebenarnya hanya boleh dibuat secara percuma.Pandangan bahawa jumlah itu sebagai 'pembaziran' juga turut dipersetujui Khairy Jamaludin (BN Rembau).


Sumber: Harakah Daily

Isu IPP : Najib Di Pihak Rakyat Hanya Retorik

Posted: 15 Jun 2011 04:09 AM PDT


KUALA LUMPUR 15 JUN : Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan berada di pihak rakyat berhubung isu melibatkan pengeluar tenaga bebas (IPP) hanyalah retorik semata-mata.

Rata-rata ahli parlimen PR yang ditemui TV Selangor di lobi parlimen bersependapat dalam isu itu dan menganggap ianya hanya untuk mengaburi mata rakyat demi meraih sokongan yang kian terhakis.

Ahli Parlimen Kuantan, Fauziah Saleh berkata kerajaan perlu bertindak telus dalam membentangkan mengenai perjanjian bersama IPP dan ianya juga perlu dikaji semula.

Malah katanya adalah jelas ketika ini kerajaan membenarkan pihak IPP menggunakan dan mengeluarkan tenaga berlebihan melangkaui tahap piawaian di peringkat antarabangsa.

Akibat dari itu katanya, rakyat terpaksa menanggung kadar tarif elektrik yang tinggi sehingga menjejaskan perbelanjaan.

"Saya bagi satu contoh kita bercakap tentang akses kapasiti. Akses kapasiti sekarang ini kita punya 40 peratus sedangkan tahap antarabangsa mengatakan maksimum 20 hingga 25 peratus. Akan tetapi Malaysia membenarkan IPP mengeluarkan tenga berlebihan sebanyak 40 peratus," katanya kepada TV Selangor.

Tambah beliau,tindakan kerajaan yang dilihat berdolak- dalik berhubung gesaan supaya perjanjian di antara kerajaan dan syarikat IPP didedahkan,jelas menunjukkan pemerintah hanya mengutamakan kroni semata-mata.

"Saya menegaskan segala tindakan kerajaan itu menunjukkan ianya satu usaha menjaga kroni semata-mata," katanya.

Sementara itu, ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata sememangnya apa dinyatakan Najib itu tidak boleh diterima dan tinggal kata-kata sahaja kerana setakat ini apa dituturkan gagal diterjemahkan menjadi satu realiti.

Katanya, pemimpin PR dan rakyat khasnya mahu melihat sekiranya benar kerajaan berpihak kepada rakyat, maka kerajaan sewajarnya mendedahkan segala perjanjian PPA dengan pihak IPP itu.

Awal bulan ini, Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) mengumumkan kenaikan tarif elektrik sebanyak tujuh peratus mulai 1 Jun, sekali gus memberi kesan kepada kadar inflasi yang semakin meningkat.

Harga gas asli juga dinaikan kepada RM3 mmBtu setiap enam bulan sehingga mencapai paras pasaran menjelang 2016 setelah diapung sepenuhnya.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapha Mohamad mendakwa kenaikan itu hanya akan memberi kesan minima kepada kadar inflasi negara yang kian tertekan ekoran kenaikan harga minyak dan barangan seperti gula baru-baru ini.

Menteri Tenaga Teknoloji Hijau dan Air Datuk Peter Chin pula mendakwa kenaikan kadar elektrik itu hanya memberi kesan kepada 25 peratus daripada pengguna yang menggunakan lebih daripada 300KW tenaga setiap bulan.


Sumber: TVSNEWS

Selangor Sedia Perancangan Naik Taraf Hidup Peneroka

Posted: 15 Jun 2011 04:07 AM PDT


SHAH ALAM 15 JUN : Golongan peneroka Felda di Selangor kini bakal menikmati manfaat daripada usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan taraf hidup rakyatnya melalui perancangan utamanya dalam pembentangan kertas kerja Akta Tanah (Kawalan Penempatan Berkelompok) 1960 atau GSA 1960, semalam.

Tiga perancangan utama terbabit adalah pemberian hak milik tanah kepada peneroka, pembinaan rumah mampu milik dan juga penamatan status GSA 1960.

Menurut ahli panel Dialog-Diskusi, Suhaimi Said,usaha Kerajaan Negeri Selangor ini mampu dilaksanakan dibawah peruntukan GSA 1960 sekali gus memberikan kuasa kepada kerajaan negeri untuk mengambil alih Felda Plantation untuk mengurus sendiri pentadbiran tanah berkenaan.

Suhaimi yang juga pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR berkata, melalui ruang undang-undang berkenaan dibawah Seksyen 44 membolehkan kerajaan negeri menamatkan rancangan berkelompok dan mengambil semula ladang di bawah kuasa Felda.

Jelasnya lagi, peruntukkan GSA 1960 itu juga memberikan kerajaan negeri kuasa untuk mengeluarkan geran mengikut Seksyen 10 akta berkenaan.

"Macam mana hendak keluarkan daripada akta GSA 1960? Kerana Felda Plantation menggunakan senjata ini (Akta Penempatan Berkelompok) untuk mengikat peneroka-peneroka Felda dengan kontrak yang berat sebelah.

"Walau kawasan yang sudah diberikan hak milik juga mesti dijual kepada pembeli yang telah ditetapkan Felda. Dan untuk keluarkan mereka dari akta GSA 1960 ia mesti dikaji bawah kuasa 44 untuk tamatkannya,"katanya.

Suhaimi berkata demikian ketika membentang kertas kerja Akta Tanah (Kawalan Penempatan Berkelompok) 1960 atau GSA 1960 di Dewan Annex, Shah Alam.

Suhaimi berkata, melalui jawatankuasa yang ditubuhkan ini kerajaan negeri juga perlu mengambil peluang untuk mengumumkan perancangan bagi membina rumah mampu milik, khususnya untuk anak-anak peneroka Felda dari Generasi kedua dan seterusnya.

Jelasnya lagi, kerajaan negeri juga telah memperuntukkan kawasan tanah seluas lebih 30 ekar di kawasan Felda Suharto untuk dijadikan tapak bagi membina rumah mampu milik berkenaan.

Tambah Suhaimi, pihaknya juga telah mengemukakan satu kertas cadangan bagi membolehkan tanah berkenaan diambil alih oleh kerajaan negeri sekali gus dipersetujui Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, melalui akta GSA 1960 ini juga kerajaan negeri bersedia untuk mengeluarkan geran tanah kepada para peneroka.

"Felda Plantation ada hak untuk membantah keputusan kerajaan negeri, namun kuasa kerajaan negeri terhadap tanah-tanah rancangan Felda sangat besar dan luas sekali gus mempunyai hak untuk mengeluarkan geran," katanya lagi.

Sementara itu, menurut salah seorang lagi ahli panel Dialog-Diskusi, Mazlan Aliman, usaha yang dilakukan bagi golongan peneroka ini berkenaan sepatutnya ditawarkan dalam pakej seperti manisfesto Buku Jingga Pakatan Rakyat.

"Ini akan jadi isu utama yang kita akan jadikan peluru pilihan raya. Oleh itu, untuk pilihan raya akan datang Felda bukan lagi talian hayat BN dan tidak mustahil kubu-kubu kuat mereka inilah yang akan menjadi kubu terakhir yang runtuhkan BN," kata pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan itu lagi dalam majlis perbincangan sama.

Hadir sama dalam pembentangan kertas kerja Akta Tanah (Kawalan Penempatan Berkelompok) 1960 ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pakar perundangan, barisan exco Kerajaan Negeri dan lebih 60 orang ahli majlis serta peneroka.

Pada majlis Dialog-Diskusi Akta Tanah (Kawalan Penempatan Berkelompok) 1960 Felda Selangor itu juga satu jawatankuasa khas Felda Negeri Selangor telah ditubuhkan bagi menasihati kerajaan negeri Selangor mengenai langkah yang boleh diambil untuk membela masyarakat Felda di negeri itu.

Bagaimanapun, jawatankuasa yang telah ditubuhkan sejak lebih setahun itu sebelum ini dikepalai oleh Datuk Zaid Ibrahim sebelum bertindak keluar daripada PKR dan kini mengetuai parti baru KITA.



Sumber: TVSNEWs

Zuraida : Yayasan Selangor Poket Umno-BN

Posted: 15 Jun 2011 04:03 AM PDT


PETALING JAYA 15 JUN : Pelbagai kritikan dan kesalahan yang cuba dicetuskan oleh pihak tertentu untuk memburukkan imej Yayasan Selangor mengundang perhatian ahli parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Prihatin dengan tohmahan yang dilemparkan kepada anak syarikat kerajaan negeri itu, Zuraida tampil dengan senarai projek-projek yang jelas menunjukkan amalan ketirisan dilakukan oleh kerajaan Umno-BN semenjak 1993 sehingga 2008.

" Jadi di sini kita boleh lihat bagaimana sambil lewanya mereka memberikan projek dan bagaimana mereka tidak mengambil balik wang yang sepatutnya mereka ambil dalam perjanjian dan biarkan sahaja kes seperti ini berlalu tanpa mendapat pulangan yang sepatutnya,"katanya.

Malah menurut Zuraida, Umno-BN pada zaman pemerintahan mantan menteri besar, Dr Mohamad Khir Toyo menggunakan sepenuhnya Yayasan Selangor untuk kepentingan parti itu.

" Dan kalau kita lihat Yayasan Selangor ketika di bawah Umno-Barisan Nasional telah dijadikan sebagai satu poket untuk pihak mereka ambil, untuk mereka belanjakan tanpa ketelusan. Ini jelas dapat kita lihat bagaimana Yayasan Selangor dahulu diperkudakan oleh Umno-BN,"tambah beliau.

Dalam perkembangan terbaru, Utusan Malaysia melabelkan Yayasan Selangor sebagai sebuah syarikat yang membebankan rakyat di negeri ini.

Kelmarin Utusan Malaysia dalam laporan bertajuk "Kerajaan Selangor amal diskriminasi-Firdouz" menggambarkan seolah-olah kerajaan negeri Selangor 'merampas' kawasan perniagaan penduduk di Kampung Melayu Subang Tambahan dan diserahkan kepada Yayasan Selangor.

Walau bagaimanapun,menurut Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki, pihaknya tidak pernah memohon atau menerima sebarang Lot Tanah di Kampung Melayu Subang Tambahan seperti yang didakwa Penolong Setiausaha Pemuda Umno, Datuk Megat Firdouz Megat Junid.

Namun apa yang berlaku pada zaman pemerintahan Khir Toyo jauh menunjukkan dana awam digunakan sewenang-wenangnya untuk kepentingan kerajaan yang berkuasa ketika itu.

Zuraida semalam mendedahkan,lebih kurang 15 projek yang berlaku ketirisan semenjak 1993 hingga 2008 di bawah kerajaan Umno-BN.

"Ketirisan aset Selangor selama 1993 hingga 2008, kita dapat lihat ada beberapa projek di bawah pentadbiran Khir Toyo yang tidak ada kebertanggungjawaban, tidak ada komitmen bagi memastikan semua projek-projek dilaksanakan dapat dijadikan tabung kepada Selangor untuk membantu rakyat miskin.

"Contohnya, pembangunan tanah di Jalan Lapangan Terbang Subang seluas 31.8 ekar. Kontrak ini diberikan kepada Puncak Dana Sdn Bhd, anggarannya RM987 juta tapi semasa Umno memerintah mereka hanya pungut RM 127 juta, selebihnya dibiarkan sahaja dan mereka laporkan sebagai projek tergendala, terbengkalai dan sebagainya," ujarnya yang juga Ahli Palimen Ampang.

"BN Umno semasa menguruskan Yayasan Selangor, mereka menguruskan dengan sikap tidak bertanggungjawab sambil lewa, tidak ada amanah dalam melaksanakan tugas mereka untuk membantu rakyat negeri Selangor," ujarnya lagi.

Sebelum ini Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan banyak perbelanjaan yang tidak telus dan tidak munasabah oleh Yayasan Selangor sehingga membawa kepada defisit RM7.41 juta.

Kata Khalid, perbelanjaan tanpa perancangan menyebabkan kedudukan kewangan Yayasan Selangor sehingga November 2010, defisit RM7.41 juta.

Rakyat dicandui mimpi muluk Umno-BN lagi

Posted: 15 Jun 2011 03:58 AM PDT

Dalam lawatan saya ke India baru-baru ini, saban hari saya membaca iklan-iklan berbayar oleh kerajaan-kerajaan negeri di rantau itu mengenai projek-projek yang mereka telah mulakan untuk kebaikan rakyat.

Iklan itu dihiasi dengan pelbagai slogan, semuanya untuk memberikan mesej bagaimana rakyat bakal menerima manfaat begitu besar hasil pemerintahan kerajaan berkenaan.

india parliament new anti terror law 181208 01Peliknya kerajaan-kerajaan negeri yang membuat janji-janji sedemikian sudah pun lama memerintah. Jadi jika rakyat baru dijanjikan manafaat "yang bakal" dinikmati mereka, tentunya ada sesuatu yang tidak kena.

Di sebalik iklan-iklan yang penuh dengan janji-janji sedemikian, saya hanya perlu melangkah ke luar hotel untuk berdepan dengan realiti hidup di India.

Memang diakui New Dehli, Jaipur dan bandaraya-bandaraya lain seperti Amritsar mempunyai bangunan pencakar langit dan lebuh raya sibuk dengan kereta mewah, namun ia juga penuh dengan pengemis tua, muda dan kanak-kanak.

Menyayat hati

Amat menyayat hati bila melihat ibu mendokong bayi belasan bulan yang berpakaian nipis di musim sejuk dengan suhu 10 darjah Celsius di celah-celah kotaraya, mencari makanan di tong-tong sampah.

NONESaya tidak dapat mengelak daripada membandingkan iklan-iklan di India itu dengan muka depan akhbar-akhbar arus perdana di Malaysia semalam mengenai kejayaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) membabitkan pelaburan sebanyak RM2.27 bilion.

Utusan Malaysia
melaporkan gabungan semua 15 inisiatif ini dalam tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) mewakili pelaburan RM63.38 bilion dan pendapatan negara kasar sebanyak RM66.13 bilion serta mewujudkan 63,531 peluang pekerjaan.

Berdasarkan laporan media itu semata-mata, nampaknya Malaysia kini memasuki era keemasan di bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mungkinkah ini satu hakikat? Atau, ia sebenarnya sama seperti apa yang berlaku di India?

beggars in Penang during chinese new yearKita bersyukur kerana pengemis-pengemis jalanan yang berkeliaran di negara kita kini kebanyakan mereka adalah rakyat asing; buat masa ini.

Namun siapa yang sanggup menafikan hakikat kita semua semakin merasakan kesempitan hidup.

Kos sara hidup yang melambung, tanpa kenaikan gaji yang selari, penarikan balik subsidi, kenaikan harga hampir semua barangan perlu, dari secawan kopi di gerai kepada bil elektrik – semuanya semakin mencengkam kita.

Bajet tambahan

Sehari selepas Najib mendabik dada memberitahu dunia mengenai manfaat yang bakal dikecapi rakyat daripada NKRA dan ETP tajaannya, timbalan beliau terpaksa berdiri di Parlimen memohon Belanjawan tambahan sebanyak RM13 bilion.

asli capital market summit 131107 awang adek"Ini untuk menampung keperluan perbelanjaan menguruskan negara," kata Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek Hussain (kiri).

Bermakna Belanjawan sebelum ini yang dibentangkan oleh Najib iaitu sebanyak RM162.8 bilion tidak mencukupi.

Ini juga bermakna belanjawan Najib hanya bertahan untuk tempoh begitu singkat, dan segala unjuran oleh pakar-pakar beliau tidak menepati sasaran!

Adakah kita sanggup dibuai dengan janji-janji indah NKRA, ETP dan sebagainya atau berpegang kepada realiti hidup semasa untuk merumuskan bahawa ada sesuatu yang amat tidak kena dengan ekonomi negara kita.

Kenapa subsidi untuk rakyat ditarik balik, manakala subsidi untuk Penjana Eletrik Bebas di kekalkan?

azlanKenapa perlu diadakan projek mega 100 tingkat Menara Warisan bernilai RM5 bilion atau membelanjakan RM65 juta untuk mengubah suai kediaman Perdana Menteri?

Apakah keperluan untuk kerajaan bergabung dengan sektor swasta membelanjakan RM27 juta ringgit untuk mengumpul sejuta pemuda bagi beramah mesra dengan Perdana Menteri, baru-baru ini?

Keperitan hidup

Bagaimanakah Kementerian Perlancongan boleh diberi kelulusan membelanjakan RM1.8 juta untuk mengendalikan laman Facebooknya, sesuatu yang boleh dilakukan dengan belanja jauh lebih murah?

azlanJawapan kepada persoalan-persoalan ini tidak mungkin akan dikupas oleh media arus perdana milik kerajaan, namun ini tidak bererti rakyat tidak boleh memikirkan mengenainya.

Dalam mengharungi keperitan hidup akibat pemotongan subsidi, rakyat kini menyaksikan kerajaan yang sama memohon kepada Parlimen untuk diberikan tambahan RM13 bilion bagi pengurusan negara.

Sudah tentu ia akan memburukkan lagi defisit negara, dan jika defisit negara bertambah meruncing, apakah ini tidak bermakna rakyat akan dijadikan mangsa menerusi pemotongan subsidi yang lebih dahsyat?

Pembaziran, ketirisan dan rasuah mewarnai setiap kerajaan yang memerintah di India sejak kemerdekaan. Prinsip-prinsip yang dijulang oleh Bapa India – Mahatma Gandhi sudah lama diabaikan oleh kebanyakan ahli poltik negara itu dalam mengejar kemewahan untuk diri dan kroni.

NONESegelintir daripada rakyatnya adalah antara yang terkaya di dunia, namun sebilangan besar masih lagi terperangkap dalam kancah kemiskinan tegar yang amat memeritkan.

Di Malaysia, janji-janji NKRA-ETP ialah pusingan mimpi baru yang dijual oleh kerajaan Umno-BN kepada rakyat negara ini.

Ungkapan kroni, kronisme

Kita sudahpun menyaksikan bagaimana pengswastaan Tun Dr Mahathir Mohamad mempopularkan ungkapan kroni dan kronisme.

Duit rakyat beratus billion ringgit disalur untuk membayar syarikat-syarikat konsesi air, elektrik, dan sistem aliran transit ringan dan sebagainya.

NONEHasil jelas pemerintahan beliau, rakyat terpaksa membayar tol tinggi untuk menggunakan lebuhraya, bil elektrik dan air juga meningkatkan manakala kemudahan pengangkutan awam negara ini jauh daripada memuaskan.

Selepas Mahathir, rakyat disajikan pula rancangan-rancangan seperti Koridor Ekonomi wawasan Tun Abdullah Badawi.

Belum pun Koridor itu menjadi realiti, rakyat diminta menerima keindahan NKRA dan ETA oleh Perdana Menteri 1Malaysia Najib Razak.

Maaf jika rasa sinis saya membaca iklan-iklan akhbar berbayar kerajaan di India menyerlah sekali lagi apabila membaca "kebesaran ETP dan NKRA" di muka depan akhbar-akhbar arus perdana semalam.

Saya cuma memikirkan nasib rakyat yang terperangkap dengan segala sara hidup semakin melambung yang cuba dibuai dengan mimpi-mimpi seorang lagi Perdana Menteri Umno-BN.



Sumber: malaysiakini

Pemuda PAS saran satukan kaunter tol, imigresen

Posted: 15 Jun 2011 03:48 AM PDT

Bagi mengelak insiden penahanan dua wanita Singapura - yang dilaporkan diarah berbogel dan ketuk ketampi - daripada berulang, Pemuda PAS Johor mencadangkan Jabatan Imigresen Johor meletakkan besi palang penghalang masuk ke Malaysia di kaunter imigresen Tambak Johor.

Berbanding sekarang, besi penghalang tersebut diletakkan di kaunter bayaran tol, tidak jauh dari kaunter imigresen.

pas johor youth suhaizan kayat meeting with johor immigration 15062011 on nude squat"Saya difahamkan melalui laporan berita, dua wanita itu masuk, tetapi pegawai imigresen tidak ada. Jadi mereka terus ke depan dan (buat bayaran tol) touch and go, besi penghalang itu terbuka dan mereka terus bergerak.

"Penghalang itu sepatut ada di (kaunter) imigresen, bukannya di (kaunter) tol," kata Ketua pemuda PAS Johor Suhaizan Kayat.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Suhaizan menyifatkan insiden itu berlaku ekoran "kesilapan teknikal" ekoran daripada kesilapan manusia.

Sehubungan itu, dalam pertemuannya dengan Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Johor Amran Ahmad hari ini, Suhaizan mencadangkan supaya diikut jejak langkah negara jiran itu di mana kaunter pemeriksaan imigresen dan kutipan tol disatukan.

"Di situlah imigresen dan di situlah tol, tidak perlu (orang luar) berhenti dua kali," kata Suhaizan yang juga exco Dewan Pemuda PAS pusat. Pertemuan itu diadakan pada jam 2.30 petang tadi selama setengah jam.

singapore customs nude squat 130611Sebelum ini, akhbar harian berbahasa Cina Singapura -Lianhe Zaobao,melaporkankejadian berlaku pada awal pagi 9 Jun lalu apabila dua wanita terbabit memandu menyeberangi Tambak Johor dari republik itu.

Mereka menuju ke Johor Bahru untuk makan malam tetapi melalui kaunter imigresen Malaysia tanpa mengecop pasport masing-masing.

Ekoran itu mereka ditahan dan didakwa masuk secara haram dan dikurung di lokap di Pontian, Johor. Akhbar itu melaporkan mereka kemudiannya diarahkan menanggalkan pakaian dan melakukan 10 kali ketuk ketampi.

johor singapore causeway 070905Mengulas lanjut mengenai reaksi terhadap cadangan tersebut, Suhaizan berkata, Amran akan memanjangkannya kepada pihak atasan.

Katanya, mereka juga turut membangkitkan dakwaan dua wanita itu diarah berbogel dan ketuk ketampi, tetapi Amran tidak mempunyai kuasa untuk memberikan komen.

Dalam pertemuan itu juga, Suhaizan turut membangkitkan isu kesesakan di tambak Johor ekoran penggunaan kaedah biometrik yang merekodkan cap jari warga asing yang pertama kali masuk ke Malaysia sejak awal bulan ini.

Suhaizan berkata pegawai kanan imigresen itu mengakui perkara tersebut, dan memaklumkan bahawa keadaan kini semakin pulih.


Sumber: malaysiakini

Pengusaha kereta terpakai terus berdemo

Posted: 15 Jun 2011 03:44 AM PDT

Persatuan Perniagaan Kenderaan Negeri Melaka meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengkaji semula pindaan terhadap Akta Sewa Beli 1967 yang berkuatkuasa hari ini.

used car dealers demo in protest, melakaMereka mendakwa ia akan mendatangkan kesan terhadap pengguna dan juga industri penjualan kenderaan di negara ini.

Menurut Naib Presidennya, Raymond Choo, akta berkenaan akan mengakibatkan pengguna terpaksa menanggung kos jauh lebih tinggi bagi perlaksanaan peraturan baru itu.

Katanya, mengikut pindaan itu, semua kereta terpakai terpaksa melalui pemeriksaan tambahan 14 perkara sebelum sesuatu kenderaan itu dibolehkan dipindah milik kepada pembeli baru.

"Pemeriksaan tambahan 14 perkara itu atau dikenali sebagai B7 tidak termasuk pemeriksan wajib 4 perkara iaitu disebut B5.

"Sebelum ini hanya bayaran RM30 untuk pemeriksaan B5 namun ia meningkat kepada RM90 untuk pemeriksaan B7 sebaik akta itu berkuatkuasa," katanya ketika menyertai demonstrasi aman bersama lebih 100 pengusaha kenderaan terpakai bagi menbantah pindaan itu di Melaka hari ini.

Pendingan udara

NONEBeliau berkata, sebelum ini B5, hanya membabitkan pemeriksaan enjin, badan, cermin dan penyambungan kenderaan tetapi dengan terlaksananya B7 akan melalui syarat yang lebih ketat.

"Perlaksanaan syarat tambahan itu antaranya turut mewajibkan semua kenderaan terpakai di pasang pendingin udara sebelum membolehkan ia dipindah milik.

"Untuk memenuhi semua syarat berkenaan, sudah pasti akan melibatkan kos lebih tinggi sehingga akan menjejaskan harga kenderaan terbabit.

"Jikalau sebelum ini, kami perlu memperuntukkan masa sekurang-kurang 3 hingga 4 jam di Puspakom tetapi dengan pemeriksaan tambahan ini akan mengambil masa yang lebih lama," katanya.

Raymond mendakwa, perlaksanaan tersebut sudah pasti akan menyebabkan harga kereta terpakai menjadi lebih rendah sehingga pengguna akan lebih suka memilih untuk terus menggunakan kereta berkenaan daripada ditukar baru.

chery cars 191004"Yang turut menerima kesan, sudah pasti industri perbankan kesan dari kelembapan penjualan kenderaan terbabit.

"Malah kalangan pengusaha yang kekurangan modal juga akan merasa lebih terimpit apabila perlaksaan akta tersebut turut mensyaratkan kedai kereta melangsaikan segala baki pinjaman kenderaan terpakai dalam tempoh tujuh hari sebelum dijual kepada membeli baru," katanya yang mendakwa ramai pengusaha akan gulung tikar selepas ini.


Sumber: malaysiakini

Sebelum berhimpun, PAS mahu runding dulu

Posted: 15 Jun 2011 03:41 AM PDT

PAS berhasrat berdialog dan berunding dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terlebih dahulu sebelum mengadakan perhimpunan BERSIH kedua pada 9 Julai ini.

NONEKetua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (kanan) berkata pertemuan itu sangat penting bagi memastikan tuntutan gabungan itu dapat dipenuhi.

"Pihak kerajaan perlu faham kenapa rakyat membantah SPR. Dialog dan Pertemuan demi pertemuan yang diadakan membuktikan PAS bukanlah sebuah parti yang suka mencetuskan suasana gawat dengan demonstrasi.

"Tetapi ia jalan keluar bagi memperlihatkan kepada pihak kerajaan betapa seriusnya kemarahan rakyat kepada ketidakadilan sistem yang sedang berjalan kini," katanya.

Tuan Ibrahim bagaimanapun tidak menyatakan tarikh tepat bila pertemuan itu akan diadakan dan butiran terperinci tentang perkara itu.

Dalam kenyataan medianya pertamanya setelah dilantik sebagai ketua penerangan PAS yang baru minggu lalu, Tuan Ibrahim mempertahankan perhimpunan BERSIH bulan depan yang mempunyai matlamat yang baik.

Ini kerana, katanya, sebarang penyelewengan dalam pilihan raya akan menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat dan kalau tidak diatasi akan mengundang pemberontakan.

Biarkan provokasi

Sementara itu, beliau juga membidas tindakan Jabatan Pendafaran Selangor (JPN) yang didakwanya mengeluarkan kad pengenalan kepada warga asing di Selangor, Kedah dan Kelantan sebagaimana yang dilaporkan kepada polis.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu menyifatkan perkara tersebut "bukan isu kecil yang boleh dipandang sebelah mata".

"Begitu juga isu pendaftaran pengundi baru yang sangat luar biasa di Selangor, Kedah dan Pahang talah menimbulkan pelbagai bantahan rakyat.

"Semua ini memperlihatkan seolah-olah SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara mempunyai konspirasi bersama Umno/BN bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka," katanya.

ibrahim ali perkasa ceramah in gombak 3Tuan Ibrahim juga kesal dengan polis yang didakwa membiarkan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali (kiri) membuat pelbagai kenyataan yang didakwanya boleh mengancam keselamatan awam dan mencetuskan kemarahan rakyat.

"Tindakan pihak polis seolah-olah negara ini tiada undang-undang dan ada badan NGO yang mengatasi undang-undang sehingga pelbagai kenyataan yang terang-terangan bersifat provokasi dikeluarkan dengan bebas.

"Sehubungan itu PAS ingin melihat sesuatu tindakan ke atas PERKASA dapat dilakukan bagi mengelak satu provokasi menjelang BERSIH 2.0 dapat dielakkan," katanya.


Sumber: malaysiakini

Dewan Rakyat tolak usul bantah himpunan BERSIH

Posted: 15 Jun 2011 03:33 AM PDT

Persidangan Dewan Rakyat hari ini menolak usul bagi mengecam tindakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai depan bagi menuntut reformasi dalam pelaksanaan pilihan raya di negara ini.

zahrain hashim parliament 180310Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengambil ketetapan menolak usul yang dibawa Datuk Seri Zahrain Hashim (Bebas-Bayan Baru) mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) itu selepas berpuas hati bahawa usul itu tidak perlu disegerakan.

"Kementerian Dalam Negeri melalui Polis Diraja Malaysia telah mengambil langkah perlu sebagai persediaan untuk menangani perhimpunan BERSIH itu dan akan sentiasa memantau aktiviti-aktiviti yang dijalankan agar dapat dibanteras dan dipastikan tidak berlaku perkara yang tidak diingini yang boleh mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara," katanya.

Terdahulu, Zahrain yang mengemukakan usul itu sebaik sesi soal jawab selesai, meminta dewan mengambil ketetapan untuk mengecam sekeras-kerasnya segala tindakan BERSIH, terutama menghasut rakyat agar merusuh di jalanan sepertimana yang berlaku di beberapa negara Timur Tengah, termasuk Tunisia dan Mesir.

bersih rally 271207 03Beliau juga mahu persidangan mendesak BERSIH supaya membatalkan cadangan mengadakan demonstrasi baik di Kuala Lumpur, mahupun di mana-mana negeri demi keselamatan rakyat dan negara.

Zahrain berkata tindakan BERSIH tidak mencerminkannya sebagai sebuah badan yang benar-benar memperjuangkan pilihan raya yang bebas dan telus, sebaliknya bermotifkan politik kepartian.

"Kegiatan lampau BERSIH membuktikan kumpulan ini mempunyai agenda politik sempit dan berhasrat mengelirukan rakyat demi mencapai matlamat politik mereka," katanya.

bersih rally 271207 01Pada 2007, BERSIH menggunakan slogan 'Gelombang Kuning' telah menganjurkan perhimpunan aman bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di Jalan Tuanku Syed Putra, atas alasan sama.

Perhimpunan yang bermula di Dataran Merdeka itu berjaya mengumpulkan 40,000 peserta.

Perhimpunan kedua BERSIH pada bulan depan antara lain untuk menuntut pembersihan senarai undi, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal dan akses media bebas dan adil.

- Bernama

Ancaman Anonymous: M'sia pertingkat keselamatan

Posted: 15 Jun 2011 03:28 AM PDT

Malaysia mempertingkatkan keselamatan di alam siber berikutan ancaman sekumpulan pengodam tanpa nama yang mahu menyerang portal kerajaan berikutan tindakan kerajaan menyekat beberapa laman web perkongsian fail, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Dengan menamakan kumpulan mereka sebagai Anonymous, mereka berkata tindakan kerajaan Malaysia yang menyekat beberapa laman web berkenaan dianggap sebagai satu bentuk penapisan.NONESerangan yang diberi nama "Operation Malaysia", kata Anonymous akan dilancarkan pada jam 1930 GMT (3 pagi esok waktu tempatan) bagi memberi pengajaran kepada sesebuah negara yang menapis laman web Wikileaks."Kami menerima berita mengenai ancaman ini. Pelbagai agensi yang terlibat dan kita akan siasat," kata Ismail kepada Reuters."Siasatan perlu dijalankan dan kita perlu melindungi sistem kita pada masa yang sama."Malaysia adalah negara terbaru yang menjadi perang siber oleh aktivis berkenaan yang sebelum ini melumpuhkan laman web MasterCard dan Paypal kerana menghentikan perkhidmatan kewangan kepada Wikileaks.Mereka juga pernah menggodam laman web di Syria, Tunisia, Mesir dan India.


Sumber: malaysiakini

Zunar saman kerajaan kerana tangkapnya

Posted: 15 Jun 2011 03:04 AM PDT

Pelukis kartun dan satira Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih popular dengan nama Zunar hari ini memfailkan saman ke atas kerajaan Malaysia berhubung tahanannya tahun lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dalam saman itu, Zunar menuntut bayaran pampasan yang tidak dinyatakan jumlahnya. Beliau menamakan pegawai yang menahannya ASP Arikrishna Apparau, pegawai penyiasat ASP Marina Hashim, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, kementerian dalam negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.NONEZunar memfailkan saman itu melalui Tetuan Daim & Gamany di Mahkamah Tinggi Sivil di Kuala Lumpur.Dalam pernyataan tuntutan itu Zunar mendakwa pada 24 Sept 2010, pukul 4 petang sepasukan polis yang diketuai ASP Arikrishna telah menyerbu pejabatnya dan bertindak menangkap beliau serta merampas 66 buah buku bertajuk "Cartoon-0-phobia" dan sebuah lukisan kartun.Katanya selepas tangkapan itu beliau telah dibawa ke beberapa balai polis di Kuala Lumpur dan Selangor sebelum lewat malam untuk direman sehari dan terpaksa bermalam di Balai Polis KLIA atas dakwaan menghasut.Zunar mempertikaikan asas-asas penangkapan dan penahanannya, rampasan terhadap karyanya dan menyatakan bahawa tindakan itu adalah salah di sisi Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang serta berniat untuk mengagalkan pelancaran buku tersebut.Berikutan itu Zunar menuntut gantirugi am termasuk gantirugi teladan dan teruk, perintah supaya buku-buku yang dirampas dikembalikan kepadanya atau gantirugi sebanyak RM1,650, perintah supaya lukisan kartun dikembalikan atau gantirugi khas dan lain-lain.

Sumber: malaysiakini

Tiada ulasan:

Pengikut