DunSemarang Posted: 09 Mar 2011 01:40 AM PST Menteri Sumber KANGANI...bawa 45,000 dari India.. Posted: 08 Mar 2011 05:37 AM PST KANGANI era 2000 di Tanah Melayu.. "Ahad lalu,00 .03.2011 Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, kerajaan bersetuju meluluskan kemasukan 45,000 pekerja asing kebanyakannya dari India, bagi memenuhi permintaan 13 sektor perniagaan kecil di negara ini. Subramaniam mendakwa kelulusan itu dibuat selepas kerajaan melihat masalah dihadapi sektor berkenaan seperti restoran, kedai runcit, dan industri tekstil yang sukar mendapatkan khidmat pekerja tempatan" Mari kta lihat...anatara. INTERLOK dan KANGANI dan HIUNDRAF..dan Subramniam. ..merujuk kepada BUKU ..ASIA DALAM PERUBAHAN, di tulis oleh Gilbert Khoo.. menyatakan pada m/s 21..Seawal tahun 1790an Kerajaan British India telah menghantar BANDUAN BANDUAN ke Pulau Pinang, Perak sekitarnya, bagi tujuan sebagai kuli dan buruh di ladang ladang Kerajaan Negeri negeri Selat(British), dengan upah yang amat murah. tetapi mutu kerja mereka amat rendah dan menimbulkan banyak ancaman kerana mereka adalah dari kalangan BANDUAn... Oleh itu satu polisi baru di ambil iaitu SISTEM KANGANI Melalui sistem kangani ini,pengusaha ladang atau majikan dikehendaki menghantar seorang kangani pulang ke India untuk menarik seramai mungkin mereka yang mahu berkerja di Tanah Melayu.Buruh-buruh ini akan menaiki kapal dan diturunkan di beberapa buah negeri kritikal seperti Pulau Pinang dan Perak,seterusnya akan diagihkan mengikut majikan masing-masing.Setiap kangani akan dibayar mengikut jumlah perkerja yang dapat dicari,menggunakan wang yang diberikan oleh majikan itulah,kangani membiayai tambang dan kos-kos lain untuk membawa masuk buruh dari India.Apabila tiba di Tanah Melayu,pekerja-pekerja ini akan berkerja dibawah kawalan kangani yang membawa mereka, mereka inilah yang sentiasa di peras, tanpa belas ihsan dengan gaji yang terlalu murah oleh Kangani yang terdiri dari Bangsa Mereka sendiri. Mereka bekerja tanpa ihsan selagi hutang kepada Kangani belum selesai, hidup dengan penuh penderitaan dari golongan kasta yang berbeza. Mandor Kangan dari kumpulan Elit India dan mempunyai kuasa penuh dan mereka sebagai buruh tiada kuasa untuk bersuara. Mereka hidup dalam sistem kangani yang menyaksikan mereka diperas oleh elit pekerja daripada golongan mereka sendiri. Dalam sistem kangani yang diperkenalkan oleh British ini orang India yang datang sebagai buruh hidup yang disebut sebagai 'internal colonisation', yakni mengalami penjajahan dalaman dan akhirnya hidup tanpa harapan untuk melebihi apa-apa yang ada pada mereka. Penindasan ini di lakukan oleh kaum mereka sendiri..jauh sekali Melayu atau UMNO. Mereka tidak ada kemudahan asas untuk pendidikan segala bentuk pendidikan di kuasai oleh Kangani dan Kuncu kuncunya,Kangani yang menjadi berjaya,kaya,dan menjadi golongan profisional .Mereka tidak mahu kisah lalu di ungkit..takut menjejaskan kedudukan mereka...kerena merekalah yang membuli,menindas kaum mereka dahulu..justru itu mereka cuba mengalih arah sebagai pembela kononnya..dengan menentang INTERLOk... Lihat siapa mereka....adakah mereka anak dari buruh Estate..Mandor..Kangani "Beberapa orang peguam muda India telah membuat garis kasar tuntutan yang perlu dibayar oleh kerajaan British, terutamanya Ratu Elizabeth II. Peguam-peguam itu ialah M.Manoharan (Pengerusi), P.Uthayakumar, K.Ganghadaran, Waytha Moorthy Ponnusamy dan S.Ganapathi Rao. Pada 30 Ogos 2007 Hindraf telah memfailkan saman di Mahkamah Keadilan Diraja di London terhadap kerajaan British kerana 'dosa-dosa' membawa warga negara India ke Malaysia sebagai buruh ladang getah dan dieksploit selama 150 tahun. Pekerja dari India ini dibawa masuk melalui Sistem Kangani dari tahun 1786 hingga 1957. Kerajaan British dituntut membayar 4 trilion Paun British (RM27.7 trilion) atau RM1 juta bagi setiap orang India yang tinggal di Malaysia"http://ms.wikipedia.org/wiki/Hindraf... fikirlah sendiri...siapa sebenarnya yang berdosa..Kangani..British..Melayu..UMNO... sebenarnya orang MELAYU yanglebih berhak memfailkan saman, di Mahkamah Keadilan Diraja di London, kerana membawa orang India,Banduan India, Buruh India ke Tanah Melayu dan lain bangsa ke Tanah melayu yang hak Kaum mereka sebagai Ketuanan Melayu cuba di hapuskan. Dan sekarang ada KANGANI baru yang akan menjadi agen, mendapat komisyen dengan membawa buruh india seramai 45000 orang...wah..kaya sungguh..mudah...itulah KANGANI...dan satu ketika mereka yang datang sebagai buruh Kangani..yang tiada dokumen dan akan ada kangani memperjuangkan hak mereka sebagai "kenyataan Subramaniam sebelum ini mengenai terdapat kira-kira 4,000 masyarakat India yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri,"..adakah mereka yang datang akan di bela seperti tersebut oleh Kangani atau suadara subra untuk di serap menjadi warga negara dan boleh mengundi dan menjadi ahli bersekutu HINDRAF... PERKASA berkata.. "Kalau yang sudah menjadi warganegara Malaysia pun tidak taat kepada negara, apatah lagi dengan membawa masuk seramai ini jelas ia akan menambahkan lagi masalah sosial," katanya kepada Utusan Malaysia menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.Tidak hairan lah Penjara Simpang Renggam Penuh Penjenayah..antara faktor utama ialah kerajaan negeri negeri selat membawa..nya ke Tanah Melayu sebagai tempat buangan...AGAKNYA. ByM69...kalau pedas jangan bermain API... | |
Razlan's Posted: 08 Mar 2011 11:11 PM PST Menulislah dengan penuh prinsip!! Posted: 08 Mar 2011 10:31 PM PST Menulislah dengan prinsip. Rumah dah siap, pahat pun berbunyi, itu lah yang terjadi pada UMB yang mana mendapat tentangan dari bloger-bloger yang dianggap macam "top" Saya masih ingat didalam satu program yang menghimpun seramai 400 orang pelayar internet, apabila penceramah berkata " adakah kamu kenal "xxx" diam semua orang, kejadian itu seingat saya pada tahun lepas, dan selepas itu, program demi program kita membawa contoh nama-nama blogger yang pro BN. Naiklah alexa rating beliau dengan sedikit sebanyak dibantu oleh program program seperti ini. Sekarang, blog seperti mereka dan banyak lagi blog sudah mendapat tempat mereka hasil dari kerja kuat dan dibantu oleh promosi tak langsung UMB. Dan ada diantaraa logger ini yang tidak tahu menggunakan tweeter pun pada ketika itu. Hari ini, semua itu Telah dilupakan, kerana mereka bangga diri, hasil yang ada pada hari ini adalah hasil kerja sendiri, tidak mungkin ianya di bantu oleh UMB. Tidak mengapa lah, orang tua selalu berpesan, jangan kita kurang ajar dengan guru kita, ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. UMB bukan berperanan untuk mengaji bloggers, kami berperanan untuk menyusun stretegik bagi permudahkan para pemain internet yang sayangkan kerajaan untuk memberi info kepada rakyat, dan struktur dan prinsip kami tidak berubah dari dulu hingga sekarang. Apabila kita sudah di atas, bukan senang untuk kita kekal di atas, oleh itu, ada diantara blogger yang menggunakan apa sahaja isu tanpa ada batas hanya kerana mahu mengekalkan tahap mereka. Walau apa pun, jadilah seorang yang berterima kasih kepada mereka yang membantu kita, tanpa ada bayaran dan semuanya ikhlas. Sifat ini amat penting kerena ini sahajalah yang menentukan kita masih lagi manusia bertamaun atau pun tidak. Peranan besar kita adalah untuk melihat negara kita terus diperintah oleh UMNO, kalau peranan kita menyumbang kepada kekalahan, apakahkah ertinya perjuangan ini!! | |
ahmadmaslan.blogspot.com Posted: 08 Mar 2011 09:20 PM PST |
PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN Posted: 08 Mar 2011 03:04 PM PST Sukarnya Mencari Kebenaran dan Keadilan Posted: 08 Mar 2011 10:01 AM PST Pada hari ini tercipta satu lagi sejarah perundangan dalam proses pembuktian kes jenayah yang sukar di buktikan. Apabila mahkamah menolak bukti yang diambil tanpa kebenaran tertuduh. Walaupun di barat proses pengumpulan bukti di benarkan tanpa kebenaran tertuduh tapi tidak berlaku di dalam sistem kehakiman kita yang di warisi atau di rujuk kepada sistem kehakiman British. Inilah kehebatan sistem kehakiman kita yang telus dan mengikut "rule of law" tapi perbicaraan masih berjalan banyak lagi bukti dan pembuktian yang perlu di buat dan saya percaya air mani yang telah berada di dalam dubur saiful pasti boleh di buktikan. Kalau di lihat rakaman cctv pasti lelaki Y yang terlibat boleh di buktikan. Cuma alasan perbicaraan ini adalah hanya mencari keadilan dengan lunas undang-undang dunia ataupun kebenaran kerana Allah. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. | KEPUTUSAN PENUH PRK N 27 MERLIMAU Posted: 07 Mar 2011 06:07 PM PST UNDI POS BN 46 PAS 2 ROSAK 14 MAJORITI 44 JUMLAH 62
MERLIMAU UTARA SALURAN 1: BN 328 PAS 110 ROSAK 10 MAJORITI 218 JUMLAH 448
MERLIMAU PASIR SALURAN 1: BN 217 PAS 79 ROSAK 6 MAJORITI 138 JUMLAH 306 SALURAN 2: BN 334 PAS 159 ROSAK 5 MAJORITI 175 JUMLAH 498 SALURAN 3: BN 327 PAS 110 ROSAK 2 MAJORITI 217 JUMLAH 467 SALURAN 4: BN 340 PAS 115 ROSAK 3 MAJORITI 225 JUMLAH 458
AYER MERBAU SALURAN 1 : BN 200 PAS 68 ROSAK 7 MAJORITI 132 JUMLAH 275 SALURAN 2 : BN 298 PAS 109 ROSAK 1 MAJORITI 189 JUMLAH 408
CHINCHIN SALURAN 1 : BN 204 PAS 49 ROSAK 17 MAJORITI 155 JUMLAH 270 SALURAN 2 : BN 349 PAS 123 ROSAK 9 MAJORITI 226 JUMLAH 481 SALURAN 3 : BN 291 PAS 135 ROSAK 9 MAJORITI 156 JUMLAH 435 SALURAN 4 : BN 291 PAS 127 ROSAK 5 MAJORITI 164 JUMLAH 423
JASIN LALANG SALURAN 1 : BN 196 PAS 35 ROSAK 10 MAJORITI 161 JUMLAH 241 SALURAN 2 : BN 256 PAS 48 ROSAK 3 MAJORITI 208 JUMLAH 307
PERMATANG SERAI SALURAN 1 : BN 189 PAS 85 ROSAK 1 MAJORITI 104 JUMLAH 275 SALURAN 2 : BN 339 PAS 140 ROSAK 6 MAJORITI 199 JUMLAH 480 SALURAN 3 : BN 305 PAS 126 ROSAK 5 MAJORITI 179 JUMLAH 436 SALURAN 4 : BN 313 PAS 112 ROSAK 2 MAJORITI 201 JUMLAH 487
PENGKALAN SAMAK SALURAN 1 : BN 204 PAS 70 ROSAK 6 MAJORITI 134 JUMLAH 280 SALURAN 2 : BN 314 PAS 177 ROSAK 6 MAJORITI 137 JUMLAH 497 SALURAN 3 : BN 283 PAS 185 ROSAK 6 MAJORITI 98 JUMLAH 474 SALURAN 4 : BN 338 PAS 127 ROSAK 2 MAJORITI 211 JUMLAH 477
JUMLAH KESELURUHAN : PAS - 2319 BN - 5962 BN MENANG MAJORITI 3643 |
| Young Generation Now Keen To Support BN Posted: 07 Mar 2011 05:20 PM PST 0Share
JASIN, Feb 27 – The young generation are now more inclined to support the Barisan Nasional (BN) government which understands and fulfills their needs, said Youth and Sports Minister Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
He said these young people perceived Prime Minister Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak's leadership as one that gave them much inspiration.
"Looking at the results of the last general election in 2008, among the reasons for the defeat of the BN (in certain states and seats) was the lack of support from the young voters," he told reporters after attending a gathering with youth leaders and the promotion of the National Youth Day 2011 at Merlimau Pasir, near here last night.
Ahmad Shabery said the young generation had realised that the opposition pact comprising PAS, the DAP and Parti Keadilan Rakyat (PKR) led by old people did not suit their needs.
He believed the young voters in the Merlimau state constituency would support BN in the by-election on March 6.
"More so because the BN candidate, Roslan Ahmad, 44, was a former youth activist who would certainly have a good understanding of the needs of the young generation. To me, there is no major issue, so there is no reason why the young generation should not be with the BN," he said, adding that 39 per cent of the voters in the Merlimau state constituency were aged between 21 and 40.
Roslan, is facing the PAS candidate, Yuhaizad Abullah, 38, in the by-election for the Merlimau state seat which fell vacant following the death of incumbent Assemblyman Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, from the BN on Jan 20.
|
| Macam sambut hari raya’ Posted: 07 Mar 2011 05:01 PM PST
AYER MERBAU - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau diibaratkan sebagai 'hari raya' buat sebahagian besar penduduk di situ, terutama pengundi.
Pengundi, Maznah Mbam, berkata, selepas kali terakhir situasi sama berlaku pada Pilihan Raya Umum (PRU), kira-kira tiga tahun lalu, pengundi mula bersemangat untuk menunaikan tanggungjawab mereka.
Malah, katanya, dia bangun sewal jam 4 pagi berbanding kebiasaannya untuk melaksanakan tanggungjawab itu di pusat undian dekat Sekolah Rendah Kebangsaan Cina Jasin Lalang, di sini.
"PRK ini memang berbeza berbanding PRU dan begitu meriah seakan-akan seperti menyambut hari raya. Ianya merupakan pengalaman manis biarpun terasa penat, namun seronok sangat hari ini sebab pagi-pagi lagi saya sudah bangun untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pengundi," katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas membuang undi, semalam.
Bagi Lim Lam Seng, semangatnya begitu berkobar-kobar untuk keluar mengundi sejak seminggu lalu sehingga sanggup membeli dan mengenakan pakaian baru semalam.
"Peluang seperti ini bukan mudah untuk ditemui dan seharusnya direbut penduduk kawasan ini.
"Saya memang tak sabar nak mengundi ditambah pula dengan suasana yang meriah seperti berada di pesta," katanya yang mengharapkan pemimpin yang pilih turun padang menyelesaikan masalah di kawasanya.
JKKK Ayer Merbau, Zakaria Abd Hamid, berkata, masa mengundi inilah dinantikan pengundi.
"Seumur hidup saya inilah pertama kali adanya PRK di Merlimau dan memang banyak perbezaan dengan PRU kerana suasana berubah wajah.
"Apa saya harapkan pemimpin yang menang dapat menjalankan tanggungjawabnya dan meneruskan serta menunaikan janjinya," katanya. |
| Majlis pelancaran Buku Jingga yang hambar-mambar Posted: 07 Mar 2011 04:42 PM PST Saya telah menghadiri Majlis Pelancaran Buku Jingga di Stadium Malawati pada malam Sabtu lepas. Majlis tersebut diadakan sempena Karnival Sambutan Tiga Tahun Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang berlangsung pada 5 dan 6 Mac, 2011 di tempat yang sama.
Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang dijadualkan berucap di upacara tersebut ialah Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Lim Kit Siang dan Khalid Ibrahim.
Majlis bermula pada lebih kurang 9.30 malam setelah pemimpin-pemimpin PR, ahli-ahli exco dan SUK negeri Selangor mengambil tempat masing-masing di atas pentas. Kehadiran amat mengecewakan. Hanya kira-kira 1,000 orang berada di stadium ketika majlis dimulakan. Jangkaan hadirin menjangkau 10,000 orang nyata jauh meleset. Alasan yang diberi oleh Hasan Ali, selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, ialah ramai aktivis PR terlibat dengan pilihanraya kecil Merlimau dan Kerdau.
Daripada tinjauan rambang di kalangan para hadirin, majoriti adalah ahli-ahli PAS dari bahagian Sungai Burong yang dipimpin oleh Hasan Ali. Bakinya terdiri daripada kakitangan jabatan dan agensi kerajaan negeri Selangor yang telah dikerah untuk hadir serta penghulu-penghulu mukim yang dilantik oleh PR. Nampaknya tak banyak beza antara PR dan BN dalam cara mereka meramaikan hadirin di sesuatu majlis. Juga terdapat ramai remaja belasan tahun yang ditugaskan untuk mengedar risalah-risalah dan cenderamata.
Tujuan saya menghadiri majlis tersebut ialah untuk mendapat penjelasan terperinci tentang Buku Jingga. Malangnya, hasrat saya tidak tercapai, harapan hampa berkecai. Majlis penerangan Buku Jingga bertukar menjadi majlis pemujaan kepimpinan Khalid Ibrahim. Kejayaan demi kejayaan kerajaan negeri Selangor diomong-omongkan tanpa menyentuh walau sedikit pun kelemahan dan kepincangan pentadbiran negeri. Ucapan-ucapan hanya bersifat "masuk bakul, angkat sendiri".
Yang paling mencuit perhatian saya ialah penjelasan Khalid Ibrahim tentang isu kerajaan negeri Selangor membayar kos penginapan wakil-wakil PKR dari Sabah dan Sarawak semasa Kongres Kebangsaan PKR yang lepas. Menurut Khalid, pembayaran tersebut ialah sumbangan negeri Selangor kepada peningkatan proses demokrasi negara. Wakil-wakil tersebut kononnya telah didedahkan kepada proses pemilihan. Wow! Kata-kata yang sungguh indah, niat cukup murni. Tetapi hakikatnya menggunakan wang rakyat negeri Selangor untuk tujuan politik kepartian ialah satu bentuk rasuah. Tiada beza dengan budaya UMNO. Di mana perubahan yang dilaung-laungkan?
Majlis Pelancaran Buku Jingga tersebut gagal kerana tiada kerjasama ikhlas dari PAS dan DAP dalam mendokongi kempen Buku Jingga. Bilangan orang bukan Melayu yang hadir di majlis tersebut boleh dikira dengan jari. Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menarik diri pada saat-saat terakhir setelah dimaklumkan bahawa Presiden PAS, Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah menolak jemputan ke majlis tersebut. PKR telah diwakili oleh Wan Azizah Ismail, Hasan Ali mewakili PAS dan Tan Seng Giaw mewakili DAP.
Satu petanda amat membimbangkan yang dapat dilihat dari majlis tersebut ialah kecenderungan kerajaan negeri Selangor yang diterajui PKR dalam membazirkan wang rakyat. Majlis pelancaran itu diadakan semata-mata kerana ada peruntukan yang dapat digunakan dari bajet negeri Selangor. Oleh kerana jumlah hadirin yang rendah, banyak nasi bungkus yang dibekalkan terpaksa dibuang begitu sahaja.
Segala kos penganjuran karnival tersebut ditanggung oleh kerajaan negeri Selangor. Jika belanja jamuan menyambut ulangtahun ke-40 Yayasan Selangor mencecah RM800,000.00, bayangkan berapa juta wang rakyat telah dibelanjakan untuk karnival yang berlangsung selama dua hari.
Pembaziran wang rakyat ialah satu manifestasi penyalahgunaan kuasa. PKR sering mengecam UMNO kerana menyalahguna kuasa. Daripada insiden pembaziran kos penganjuran karnival ini, PKR dilihat sebagai "kata dulang, paku serpih; kata orang, sendiri yang lebih". Reformasi yang dijanjikan masih tinggal sebagai janji.
Jika objektif majlis tersebut untuk meraih sokongan rakyat kepada Buku Jingga, nyata majlis yang saya hadiri telah gagal sama sekali. Majlis-majlis sedemikian sepatutnya digunakan untuk menjelas dan mengupas "Janji-janji Reformasi Dalam 100 Hari" supaya rakyat dapat menghayati semangat reformasi yang terkandung dalam Buku Jingga. Setakat in, Buku Jingga hanya wujud sebagai sebuah mitos di awang-awangan kesedaran politik rakyat.
RAJA AZMI BIN RAJA AZMAN |
| INFO PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. Posted: 07 Mar 2011 04:39 PM PST Mengikut Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, seorang wakil rakyat yang dikenakan hukuman penjara lebih daripada setahun atau denda melebihi RM2,000 akan digugurkan dari jawatannya. |
| Penganalisis: BN tak sepatutnya rasa selesa Posted: 07 Mar 2011 04:31 PM PST Kemenangan berganda BN di Merlimau dan Kerdau boleh dijadikan penanda aras sokongan rakyat, namun parti itu harus mengambil iktibar daripada tsunami politik yang diharunginya pada pilihan raya umum 2008, kata penganalisis politik, Datuk Dr Zainal Kling."Ini kerana sokongan sokongan pengundi di kawasan bandar masih belum dapat dipastikan, namun kini sudah ada tanda-tanda sokongan rakyat mula kembali kepada BN," katanya ketika mengulas kemenangan BN itu. Dengan dua kemenangan hari ini, BN menangi lapan daripada 16 pilihan raya kecil yang diadakan sejak pilihan raya umum 2008. Sebelum ini, BN menang pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, DUN Galas, DUN Tenang, DUn Bagan Pinang, DUN Batang Ai dan parlimen Hulu Selangor. Dr Zainal berkata, kemenangan calon BN di Merlimau dan Kerdau dengan majoriti yang besar semalam, dilihat mencerminkan kembalinya 'mood' sokongan dan keyakinan rakyat kepada BN. Katanya, beliau yakin dengan usaha keras kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mewujudkan pelbagai dasar terutama Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), Pelan Transformasi Ekonomi (ETP), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), BN akan diterima baik oleh rakyat, tambah mengukuhkan kembali sokongan terhadap BN. "Apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan BN ialah melipatgandakan usaha bagi mengekal momentum yang sedia ada, kerana pakatan pembangkang sentiasa merangka dan mewujudkan pelan pembangunan dan agenda tersendiri bagi menarik minat rakyat," katanya. Timbalan Naib Canselor INTI International University Prof Datuk Dr Ibrahim Ahmad Bajunid pula berkata dengan kemenangan berganda ini, BN tidak sepatutnya merasakan mereka di dalam keadaan selesa kerana sejarah membuktikan bahawa kesilapan yang kecil, baik dari individu mahupun parti, mampu menimbulkan 'turn-over' sehingga membawa kepada tsunami politik seperti pilihan raya umum 2008. Bagaimanapun menurutnya BN kini berada di atas landasan yang betul dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang. Sementara itu Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) Mohamad Faisol Keling pula berpendapat tsunami politik kini dilihat melanda pembangkang pula apabila sejak akhir-akhir ini mereka sering berhadapan dengan kekalahan. "Mereka kini dilihat berturut-turut menghadapi kekalahan bermula dengan pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 November lepas, diikuti dengan pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari lepas dan kini di Merlimau dan Kerdau," katanya. Beliau berkata ini membuktikan rakyat tidak lagi menerima ideologi PKR-DAP-PAS yang sering berubah-ubah untuk kepentingan segelintir individu dan parti. "Ini yang jadi ukuran kepada masyarakat, di mana nilai perjuangan PAS diburukkan apabila PAS berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR, dan secara tidak langsung menunjukkan PAS langsung tidak konsisten dalam dasar perjuangan mereka. "Orang lebih yakin dengan dasar BN yang konsisten, yang berlainan dengan dasar pakatan pembangkang yang hanya berkisar kepada kepentingan parti atau individu sehingga mengakibatkan mereka kehilangan sokongan pengundi yang pernah menaikkan mereka pada PRU 2008 dahulu," katanya. Mohamad Faisol turut berpendapat, kemenangan di Merlimau dan Kerdau ini turut memperlihatkan kembalinya sokongan pengundi di atas pagar terutamanya pengundi muda. Dalam pilihan raya kecil DUN Merlimau, calon BN Roslan Ahmad menewaskan Yuhaizad Abdullah dari PAS dengan majoriti 3,643 undi, manakala di DUN Kerdau, PAS turut menerima tamparan hebat apabila calonnya Hassanuddin Salim tewas kepada calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad dengan majoriti 2,724 undi. - Bernama |
| Zaid bayangkan ramai lagi dari PKR sertai KITA Posted: 07 Mar 2011 04:28 PM PST Pengasas Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim membayangkan lebih ramai lagi pemimpin dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bertindak meninggalkan parti itu dan menyertai KITA dalam tempoh terdekat ini.
Katanya kebanyakan daripada mereka sudah menyatakan minat menyertai KITA kerana yakin dengan matlamat perjuangan dan hala tuju yang digariskan pihaknya.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan nama pemimpin berkenaan yang menyatakan pendirian untuk berbuat demikian.
Zaid berkata walaupun baru ditubuhkan, KITA mendapat sambutan baik khususnya di kalangan anggota PKR yang merasakan perjuangannya sia-sia kerana mereka hilang kepercayaan kepada pemimpin.
"Saya belum mulakan kempen secara besar-besaran, namun sudah dengar ramai yang berminat. Di Kedah, saya bertemu dengan pemimpin KITA dan dapat lihat kebanyakan daripada mereka adalah daripada PKR.
"Ini menunjukkan KITA makin diterima baik. Mereka mahu bersama-sama KITA dan saya untuk melakukan transformasi politik di negara ini," katanya dalam majlis pertemuan bersama lebih 50 pemimpin KITA peringkat Kedah di sini.
Zaid berkata kebanyakan daripada mereka yang berhasrat menyertai KITA juga yakin dan memahami hala tuju yang dibawa beliau untuk melakukan perubahan dalam arena politik tanah air.
"Hasrat KITA bukanlah menjadi sebuah parti kecil atau parti serpihan. Parti ini mahu menjadi suara besar, suara yang boleh menentukan dasar. Kita mahu memastikan suara ini walaupun tidak berkuasa, boleh sekurang-kurangnya menentukan pihak yang berkuasa itu mentadbir negara atau negeri dengan baik," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Zaid berkata pihaknya akan melebarkan sayap ke negeri ini dengan memmbuka pejabat di Sungai Petani akhir bulan ini.
Beliau juga memperkenalkan Zamil Ibrahim sebagai Pengerusi KITA cawangan Kedah.
- Bernama |
| WELCOME TO NEW REP Posted: 07 Mar 2011 04:21 PM PST WELCOME TO NEW REP: Newly-elected Merlimau assemblyman, Roslan Ahmad, takes his oath in front of the Malacca State Speaker, Datuk Wira Othman Muhamad today (NSTP picture by Nashairi Mohd Nawi). After being sworn in, Roslan is congratulated by Malacca Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam (left) and Malacca Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob (fotoBERNAMA). Mar 7, 2011 6:24 pm |
| DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU... Posted: 07 Mar 2011 04:18 PM PST (TOP) Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin attends the opening of the fourth term of the 12th Parliament session. Also in the picture are Tuanku Nur Zahirah, Datuk Seri Najib Tun Razak and Tan Sri Muhyidddin Yassin. (BOTTOM) Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak (L) delivers the opening speech to the King during the opening of a parliament session at the Parliament House in Kuala Lumpur. -- Pictures by: NST/ Effendy Rashid (TOP); AP/ Lai Seng Sin (BOTTOM) Mar 7, 2011 11:16 am |
| DAP blames lottery fiasco Posted: 07 Mar 2011 04:15 PM PST
PETALING JAYA: The DAP believes that the ban on the sale of lottery tickets and the prohibition against Valentine's Day celebrations affected Chinese votes in the Kerdau and Merlimau by-elections.
DAP Socialist Youth chief Anthony Loke Siew Fook said the approach taken by PAS on the two issues recently had created fear and confusion among the Chinese.
"I do not deny the possibility that the bans would have dampened the number of Chinese votes and affected the results," he said yesterday.
Loke said the blanket ban on the sale of lottery tickets in Kelantan was uncalled for.
"The rights and feelings of non-Muslims must be looked into," he said.
He added that the DAP would bring these issues up at a Pakatan leadership council meeting soon.
DAP national vice-chairman Tan Kok Wai said Pakatan's election machinery was gaining momentum at the two constituencies until the ban on lottery ticket sales was announced – a few days before polling day.
"I think that at a certain level, it affected the by-elections' outcome."
Tan, who is also DAP national elections chief, said PAS' decision violated basic human rights.
"The party should lift the ban because gambling is an individual's personal choice.
"If gambling is against one's religion, then the person should not do it, but don't suppress the freedom of choice of others." |
| Selepas 2008... usah riuh sekampung sebelum bertelur Posted: 07 Mar 2011 04:05 PM PST
Oleh HASSAN MOHD NOOR
ESOK genap tiga tahun 8,161,039 pengundi memilih wakil rakyat mereka bagi Dewan Rakyat dan 7,117,226 memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12. Tarikh 8 Mac 2008 akan diingati terutama oleh parti-parti politik. Barisan Nasional (BN) akan ingat bagaimana parti itu kehilangan Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Pas pula di samping mengekalkan Kelantan berjaya mendapatkan Kedah dan menumpang kemenangan besar DAP di Perak apabila wakil Pas dilantik sebagai Menteri Besar (MB).
Bagaimanapun kerajaan campuran DAP-Pas-PKR di Perak tidak bertahan lama apabila dua ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang ADUN DAP meninggalkan pakatan itu. DAP juga berjaya menguasai kebanyakan kerusi di Selangor dan PKR yang kelebihan satu kerusi berbanding DAP menumpang kemenangan ini dengan mendapat jawatan MB. PRU 2008 merupakan kemenangan besar kepada DAP kerana berjaya menumbangkan ramai calon MCA, Gerakan dan MIC. Lebih bermakna apabila DAP 'menawan' Pulau Pinang. Walaupun usaha menawan Pulau Pinang melalui pelbagai gagasan termasuk Projek Tanjong I, II, III serta mahu menjadi Ketua Menteri paling berkuasa tidak berjaya sebelum itu tetapi 2008 menyaksikan kejayaan paling manis bagi DAP. Lim Guan Eng akhirnya merealisasikan impian bapanya, Lim Kit Siang. Walaupun tidak sempat menjadi Ketua Menteri melalui episod Tanjong, tetapi kehampaan Kit Siang itu terbayar dengan kejayaan Guan Eng.
Ternyata penghijrahan Guan Eng dari Melaka berbaloi apabila beliau diterima oleh kebanyakan pengundi di Pulau Pinang. Begitulah kenangan pahit manis bagi parti-parti politik pada PRU 2008.
Menjelang tiga tahun 'tsunami politik' 2008, apakah sudah tertunai segala janji yang ditaburkan kepada pengundi-pengundi semasa kempen PRU lalu? Atau adakah parti-parti politik masih berkecamuk dengan kemenangan dan kekalahan 2008? Berapa banyak janji manis hanya tinggal janji kosong. Semasa berkempen, ada yang menjanjikan seolah-olah mahu memberi 'bulan dan bintang' kepada rakyat. Akhirnya janji itu ibarat janji sehabis bulan. Lebih malang lagi kerana terlalu kemaruk kuasa dan kedudukan politik, ada juga yang semasa berkempen menggambarkan bahawa parti merekalah yang akan menentukan 'syurga dan neraka' bagi orang Islam. Sungguh malang ada yang terpengaruh.
Isunya, sudah tertunaikah segala janji? Bagaimana mahu mengukur janji yang dilafazkan? Jika janji dunia boleh dilihat dengan mata, mendengar dengan telinga dan berfikir dengan otak tetapi kalau janji bab syurga neraka pula bagaimana?
Selepas hampir tiga tahun pengundi membuat pilihan, parti-parti politik tidak habis-habis berpolitik. Keadaan ini ditambah pula dengan kehadiran begitu banyak pilihan raya kecil (PRK) sama ada yang disengajakan atau disebabkan kekosongan apabila wakil rakyatnya meninggal dunia.
Sebenarnya bukanlah mudah untuk menjadi pemerintah, tidak mudah menunaikan janji seperti yang ditaburkan. Menabur janji tidak semudah bercakap atau tidak seindah menulis di atas kertas yang dinamakan manifesto. Menabur benih padi pun kadang-kadang tidak menjadi.
Menjanjikan sesuatu yang umpama mahu memberi 'bulan dan bintang' tidak 'semudah' orang naik roket ke bulan. Apakah janji-janji itu sekadar untuk mencari kepentingan politik atau lebih tepat sebagai umpan politik?
Menjelang genap tiga tahun PRU 2008, PKR pada Sabtu lalu melancarkan Buku Jingga, satu lagi janji pakatan pembangkang jika mereka berjaya mengambil alih Putrajaya. Pada 26 Mac ini pula akan dilancarkan Pelan Tiga Tahun Selangor yang dipanggil Agenda Selangor Untuk Rakyat atau Arus. Semoga Buku Jingga tidak tinggal janji atau akan hanyut dibawa arus Sungai Klang atau Sungai Gombak.
Berjanjilah selagi ada peluang kerana janji tidak memerlukan modal yang besar. Tetapi janganlah sebelum bertelur sudah riuh sekampung. Rakyat pula harus boleh menilai sejauh mana janji mampu ditunaikan.
Berfikirlah mana lebih baik - menabur janji tetapi semuanya tidak tertunai atau tertunai tetapi sekadar 'telur separuh masak' atau melibatkan puak tertentu sahaja.
Pengundi-pengundi yang sudah memberi undi mereka boleh menyelak semula apakah janji-janji yang dijanjikan semasa kempen PRU lalu ditunaikan atau sekadar cakap kosong?
Mungkin ada yang berjanji untuk memansuhkan tol tetapi sehingga sekarang plaza tol tetap berdiri megah di lokasi sedia ada.
Mungkin alasannya kerana itu bukan di bawah pentadbiran kerajaan negeri sebaliknya di bawah kuasa Putrajaya.
Mengenai tol, pada PRU lalu, BN tidak berani menjanjikan untuk menghapuskan tol sama sekali tetapi beberapa perkembangan yang berlaku selepas PRU 2008 menunjukkan kerajaan BN akan melakukan apa yang difikirkan mampu dilaksanakan untuk rakyat supaya wujud suasana menang-menang. Rakyat senang dan kerajaan pula tidak bankrap.
Dalam isu tol ini, pujian harus diberi kepada BN kerana prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh pengguna.
Antara keputusan kerajaan BN mengenai tol ialah memansuhkan kutipan tol di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 2 Lebuh Raya Pantai Baru (NPE) arah Kuala Lumpur berhampiran Kampung Dato' Harun pada 13 Februari 2009. Sebelum pemansuhan, penduduk terpaksa membayar tol RM1.60 setiap kali berulang alik dari rumah menghala ke Kuala Lumpur sejak April 2004. Ini diikuti pemansuhan kutipan tol untuk kedua-dua arah di Plaza Tol Salak Jaya, Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) bermula 24 Februari 2009. Tol sehala sebanyak RM1.30 dikenakan sejak Mei 1999.
Berkuat kuasa 1 Ogos 2010 pula, pengguna Linkedua di Gelang Patah, Johor menikmati pengurangan kadar bayaran tol sebanyak 30 peratus. Pada 18 Februari, kadar tol di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 2 (PJS 2) Lebuh Raya Pantai Baru (NPE) dekat Kampung Medan, Petaling Jaya dikurangkan daripada RM1.60 kepada RM1
Dan mulai Mei ini, kerajaan BN akan menamatkan konsesi tol Lebuh Raya Hubungan Timur-Barat menghubungkan Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught di Kuala Lumpur. Kerajaan BN juga mengumumkan tiada kenaikan tol untuk tempoh lima tahun akan datang bagi Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1. Semuanya ini tidak dijanjikan dalam PRU tetapi dilaksanakan untuk rakyat. Terima kasih BN!
Tahniah juga kepada pengundi-pengundi Merlimau dan Kerdau yang masih mengekalkan undi kepada BN. Semoga BN dan Pas tahu menunaikan janji. |
| Rombak beberapa portfolio DUN Melaka minggu depan Posted: 07 Mar 2011 04:02 PM PST Rombak beberapa portfolio DUN Melaka minggu depan
MELAKA 7 Mac - Kerajaan negeri akan merombak beberapa portfolio barisan Exco termasuk pelantikan baru bagi jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian yang akan diumumkan minggu depan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, rombakan portfolio itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang pengguguran Exco daripada jawatan yang disandang ketika ini.
Menurutnya, pelantikan Exco baru itu adalah bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan yang meninggal dunia 20 Januari lalu.
"Kita hanya mengubah beberapa portfolio Exco yang ada tetapi rombakan ini tidak melibatkan pengguguran mana-mana Exco.
"Pelantikan Exco baru bagi jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri akan tetap dipilih daripada kuota Parlimen Jasin," katanya kepada pemberita di Seri Negeri Ayer Keroh di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis mengangkat sumpah Roslan Ahmad, 44, sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau dan perasmian persidangan Penggal Keempat DUN ke-12 yang disempurnakan oleh Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob.
Roslan yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin memenangi Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau dengan majoriti 3,643 menewaskan calon Pas, Yuhaizad Abdullah.
Menurut Mohd. Ali, beliau akan mengadakan perbincangan sebelum memutuskan sama ada ADUN dari Rim, Sungai Rambai atau Serkam di bawah Parlimen Jasin akan dilantik sebagai Exco kerajaan negeri yang baru menggantikan tempat arwah Mohamad Hidhir.
Mereka yang disebut-sebut untuk mengisi jawatan Exco baru itu ialah ADUN Sungai Rambai, Hasan Rahman; ADUN Serkam, Datuk Ghazale Mohamad dan ADUN Rim, Mohd. Yazed Khamis.
"Saya akan pilih salah seorang daripada mereka selewat-lewatnya minggu depan. Saya akan umumkan siapa yang akan dilantik sebagai Exco baru kerajaan negeri," katanya.
Sebelum ini, jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri dipangku oleh ADUN Air Molek yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Md. Yunos Husin. |
| Merlimau: BN negeri intai tiga kerusi milik DAP Posted: 07 Mar 2011 03:51 PM PST PPUBJ : Satu tindakan yang kena pada masa dan ketika. Nampaknya kena kerja 2 kali ganda lagi untuk memastikan kerusi DUN-DUN ini milik BN.
MELAKA 7 Mac – Barisan Nasional (BN) negeri ini yakin untuk merampas sekurang-kurangnya tiga daripada lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menjadi milik DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kemenangan BN menerusi calonnya, Roslan Ahmad, 44, yang menang dengan majoriti 3,643 menewaskan calon Pas, Yuhaizad Abdullah memberi petanda awal rakyat sudah dapat menerima arus perubahan yang dibawa oleh BN.
Beliau yang juga Pengerusi BN Melaka berkata, momentum daripada kemenangan dengan majoriti yang cukup besar berbanding pada PRU 2008 itu, memperlihatkan arus perubahan pengundi Cina dan India sudah kembali ke pangkuan BN.
"Sokongan orang Melayu juga semakin meningkat dan ini dapat kita lihat apabila di semua tujuh peti undi, BN tidak kalah satu pun.
"Berdasarkan momentum perubahan rakyat terhadap BN, saya tidak menolak peluang BN untuk merampas sekurang-kurangnya tiga daripada lima kerusi DUN milik DAP adalah cerah,'' katanya kepada pemberita di Seri Negeri Ayer Keroh di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis mengangkat sumpah Roslan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau dan perasmian persidangan Penggal Keempat DUN ke-12 yang disempurnakan oleh Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob.
Katanya, jika trend kemenangan di Merlimau dapat dikekalkan, BN yakin untuk merampas semula DUN Bachang, Ayer Keroh dan Kesidang daripada genggaman DAP.
Mengulas mengenai kemenangan BN di Merlimau kata Mohd. Ali, pengundi daripada masyarakat India telah menyumbang sebanyak 85 peratus dan Cina pula dengan 60 peratus.
Menurutnya, berdasarkan kajian awal yang dilakukan mendapati seramai 1,200 daripada 1,512 pengundi India keluar mengundi manakala orang Cina yang keluar mengundi pula sebanyak 1,600 daripada 2,208 orang.
Sementara bagi pengundi Melayu pula katanya, hanya 1,500 daripada 6,927 telah memihak kepada Pas.
"Hanya 25 peratus tidak keluar mengundi dan saya difahamkan golongan ini adalah mereka yang berdaftar sebagai pengundi di sini tetapi berada di luar kawasan.
"Saya rasa mereka tidak pulang untuk mengundi kerana menganggap pilihan raya kecil ini sebagai tidak penting," katanya.
Begitupun ujarnya, secara keseluruhan prestasi itu menunjukkan satu peningkatan yang cukup baik kerana BN mendapat sokongan penuh daripada seluruh masyarakat berbilang kaum di Merlimau. |
| |
umno bahagian cheras Posted: 08 Mar 2011 01:18 PM PST BN tidak rugi pemimpin Gerakan Wilayah Persekutuan keluar parti Posted: 08 Mar 2011 06:17 AM PST TINDAKAN pemimpin pusat parti Gerakan, Dr. Hsu Dar Ren bertindak keluar daripada parti itu berkuatkuasa hari ini (Selasa) tidak menjadi kerugian besar kepada Barsian Nasional (BN), kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee. Katanya, beliau bukanlah pemimpin utama Gerakan disamping langsung tidak mempunyai pengaruh serta pengikut terutama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
"Jadi, kita tidak berasakan satu kerugian besar bila dia bertindak keluar daripada Gerakan dan turut meletakkan jawatan sebagai pemimpin Gerakan Wilayah Persekutuan," uajrnya.
Bagaimanapun beliau menyelar Dr. Hsu yang menyalahkan UMNO punca beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada Gerakan.
Dr. Hsu dalam kenyataannya yang disiarkan oleh Malaysiakini hari ini menunding jari kepada UMNO yang menurutnya mendominasikan kuasa politik dalam BN.
Dalam hal ini kata Syed Ali, tuduhan tersebut tidak berasas sama sekali dan beliau berbuat demikian kerana ingin mencarin populariti.
Katanya, UMNO sentiasa menghormati kepentingan rakan komponen dalam BN berasaskan kepada perkongsian kuasa yang dipersetujui bersama. "Kadangkala UMNO terpaksa mengalah terhadap sesuatu isu demi kepentingan BN, tetapi kita tidak pernah melatah dan menyalahkan pihak lain," tegasnya.
Beliau mendedahkan bahawa Dr. Hsu yang juga Ketua Gerakan Cheras sebenarnya tidak dikenali ramai terutama dalam kawasan Parlimen Cheras kerana beliau tidak pernah turun padang. Beliau memberitahu, Dr. Hsu juga selama menjadi Ketua Gerakan Cheras tidak pernah membabitkan diri dalam apa jua aktiviti yang dianjurkan oleh BN Cheras, "Malah beliau juga tidak pernah menganjurkan sebarang program Gerakan di peringkat bahagian," katanya.
"Siapa Dr. Hsu ? selama berada dalam Gerakan orang ramai termasuk kaum Cina sendiri tidak mengenali beliau disebabkan tidak pernah mengambil tahu masalah masyarakat setempat," jelasnya lagi.
Sehubungan itu beliau berpendapat BN Wilayah Persekutuan tidak perlu merasakan satu kehilangan beasr dengan tindakan Dr.Hsu keluar daripada Gerakan.
Dalam pada itu, Syed Ali mengingatkan pemimpin komponen supaya tidak membuat tuduhan melulu terhadap UMNO apabila timbul sesuatu isu yang membabitkan kepentingan parti mereka.
"Kita ada saluran dan apa jua masalah dan ketidakpuashatian perlulah dibawa berbincang, bukannya menyalahkan pihak lain," katanya. | GOLONGAN LIBERAL PAS SEMAKIN MELUAT KEPADA NIK AZIZ Posted: 07 Mar 2011 07:47 PM PST Oleh SYED ALI ALHABSHEEMURSYIDUL Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seharusnya belajar untuk menerima realiti bahawa parti itu tidak selama-lamanya mendapat sokongan orang Melayu. Ini kerana orang Melayu dan umat Islam amnya sudah sedar betapa perjuangan PAS selama ini sebenarnya tidak jujur, hanya berselindung disebalik 'membangun bersama Islam' untuk meneruskan agenda politik mereka. Pada hemat saya, jika Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan liabiliti kepada PKR dan Pakatan Rakyat (PR), maka begitu jugalah Nik Aziz yang sejak akhir-akhir ini menjadi duri dalam daging kepada PAS. Pemimpin muda Pas yang berfahaman liberal sememangnya sudah meluat dan bosan dengan telatah 'orang tua' seperti Nik Aziz yang berada dalam kategori 'nyanyuk' kerana tidak boleh ditegur dan pantang menerima pandangan orang lain Golongan kiri dalam PAS sebenarnya sudah tidak lagi menghormati pendirian Nik Aziz yang banyak bersalut dengan emosi kebencian dan bersifat dendam kepada UMNO. Mereka yang berfahaman liberal lebih bersifat terbuka dan boleh berbicara mengenai perpaduan umat Melayu tanpa batasan politik, sedangkan Nik Aziz yang sudah 'nyanyuk' itu menentang sekeras-keranya kerana merasakan gelaran 'tok guru' kepada beliau akan tergugat. Oleh sebab itu, tidak menghairankan apabila Nik Aziz dengan sifat angkuhnya menuduh kemenangan BN / UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di DUN Kerdau dan Merlimau Ahad lalu kerana amalkan taktik kotor. Nik Aziz sukar terima ketentuan Illahi
Nik Aziz yang mengaku tidak menghalalkan kemenangan tersebut mendakwa BN telah menggunakan agensi kerajaan termasuk media arus perdana untuk berkempen. Inilah sikap anggkuh Nik Aziz. Enggan menerima hakikat bahawa sokongan orang Melayu kepada parti itu sebenarnya sudah terhakis dan sal ah satu penyebabnya pengundi meluat dengan cerita retorik Menteri Besar Kelantan itu. Berbeza dengan Pengarah Pilihan Raya PAS di Merlimau, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman yang secara terbuka mengakui punca kekalahannya disebabkan jentera kempen yang lemah. Begitu juag dengan dua lagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub yang menjelaskan kekalahan itu tidak memberi kesan kepada parti dan beberapa pendekatan baru perlu dicari sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang kemungkinan akan diadakan dalam masa terdekat. Sehubungan itu, saya beranggapan pandangan Mahfuz dan Salahuddin lebih waras berbanding dengan Nik Aziz. Mereka tidak dirasuk oleh sifat kebencian dan egoistik melulu. Sepatutnya, Nik Aziz yang sudah 'nyanyuk' itu bermuhasabah diri, mencari di mana punca yang menyebabkan orang Melayu semakin bosan dan benci kepada PAS yang dilihat begitu terserlah dengan permainan sandiwara politik. Sebagai orang yang mendabik dada dengan gelaran 'tok guru' sepatutnya bersyukur dengan qadha dan qadhor Tuhan terhadap apa jua keputusan di Merlimau dan Kerdau. Menteri Besar Kelantan itu perlu sedar bahawa telatah politiknya selama ini telah menimbulkan rasa benci orang Melayu terutama umat Islam. Beliau juga yang bertanggungjawab memecahbelahkan perpaduan umat Islam apabila sewenang-wenangnya memainkan isu syurga dan neraka. Malah pengikut dan penyokong PAS terutama di peringkat akar umbi juga sebenarnya sudah menolak kepimpinan Nik Aziz, tetapi takut untuk dizahirkan secara terbuka demi menjaga kredibiliti parti yang mereka sokong. Penyokong PAS akar umbi tolak kepimpinan Nik Aziz
Pemimpin dan tokoh-tokoh agama di negara ini juga kecewa dengan keangkuhan Nik Aziz yang bila-bila masa dan di mana sahaja boleh mengeluarkan hukum untuk mengkafirkan sesama umat Islam terutama mereka yang menyokong UMNO. Malah amat keterlaluan apabila Nik Aziz yang sudah 'nyanyuk' itu terlalu ghairah membuat perbandingkan dirinya dengan Rasulullah S.W.A. yang seperti cuba memberi gambaran bahawa beliau adalah manusia terpilih yang boleh mengeluarkan apa sahaja fatwa. Dalam pada itu, saya juga tertarik dengan keputusan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan baru-baru ini yang memutuskan segala bentuk perjudian diharamkan manakala aktiviti penjualan arak akan dikawal dan lesen untuk premis perjudian tidak dikeluarkan lagi. Keputusan itu ternyata telah mendapat bantahan daripada Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Ketua Pemuda Sosialisnya, Anthony Loke yang mendakwa boleh menjejaskan sokongan orang Cina terhadap PAS. Isu tersebut sama seperti yang pernah berlaku di Selangor, sebuah negeri yang ditadbir oleh PR tetapi kuasa penuhnya berada dalam genggaman DAP yang menyaksikan Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim sekadar 'patung bernyawa'. Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali pernah dikecam hebat oleh pemimpin PR terutama DAP di Selangor gara-gara menentang penjualan arak secara bebas dan terbuka di negeri berkenaan. Justeru itu, saya tidak fikir Nik Aziz sanggup bertegang leher dengan Karpal Singh kerana sejarah sudah membuktikan bahawa PAS adalah sebuah parti ' bacul' apabila terpaksa tunduk kepada Karpal Singh yang pernah menegaskan : "langkah mayat saya dulu jika PAS ingin tubuhkan sebuah negara Islam".
Di mana pendirian PAS yang sebelum itu begitu lantang mencanangkan akan melaksanakan Hukum Hudud dan pembentukan sebuah negara Islam setelah digertak oleh DAP ?
Golongan sekular PAS jadikan Turki sebagai asas singkirkan pemimpin feudal
Iktibar daripada itu jelas membuktikan bahawa pendirian Nik Aziz dalam banyak perkara yang melibatkan kepentingan umat Islam adalah seperti sifat 'sesumpah' yang boleh berubah mengikut keadaan dan musim.
Sudah berapa kali saya tegaskan bahawa Nik Aziz bukanlah seorang ulama yang konsisten dan berpendirian tegas. Ini kerana apabila berada di dalam kelompok orang Melayu, beliau akan mempertahankan perjuangan berdasarkan al-quraan dan hadis.
Tetapi apabila berada di dalam kandang DAP (Cina), dia dengan bangganya akan berkata bahawa PAS sentiasa bertolak ansur dan tidak mementingkan bangsa atau keturunan. Inilah pendekatan Nik Aziz yang bakal melenyapkan ketuanan Melayu dan raja-raja Melayu di negara ini. Dalam hal ini, gelombang kebangkitan rasa marah dan kecewa golongan liberal dalam PAS seperti sukar dibendung lagi. Golongan muda yang berfahaman sekular mula sedar betapa Nik Aziz bukanlah ulama muktabar yang perlu diagungkan-agungkan lagi. Inilah kebangkitan protes penyokong dan pengikut PAS terhadap Nik Aziz dengan menjadikan reformasi politik di Turki dan beberapa negara di Timur Tengah sebagai aspirasi untuk mereka menyingkirkan golongan feudal dalam PAS. Para pemimpin PAS terutama Nik Aziz cuba menyembunyikan keresahan tersebut daripada diketahui rakyat kerana khuatir, kebangkitan golongan liberal berfahaman sekular dalam PAS akan menyebabkan beliau turut tersungkur. | |
YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri Posted: 08 Mar 2011 11:22 AM PST NIK AZIZ: BELAJARLAH MENERIMA KEPUTUSAN RAKYAT Posted: 08 Mar 2011 06:13 AM PST Assalamualaikum. Bukan sukar sebenarnya untuk menilai kenyataan Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Nik Aziz Nikmat ketika mengulas kekalahan Pas pada PRK Kerdau, Pahang dan Merlimau, Melaka beberapa hari lalu. Beliau antara lain dipetik sebagai berkata bahawa dia tidak halal dengan kemenangan BN pada kedua-dua PRK tersebut kononnya BN telah menggunakan taktik kotor. Memanglah ia satu kenyataan yang sangat keterlaluan, namun apabila ia keluar dari mulut Nik Aziz, ia bukanlah sesuatu yang pelik. Demikian berbezanya UMNO/BN dengan Pas dalam menghadapi pilihan raya. BN, ketika kalah di Kelantan 20 tahun lalu, kalah di Terengganu pada PRU 1999 serta beberapa PRK, kita tidak pernah pun melemparkan apa-apa pandangan yang menunjukkan rasa tidak puas hati selain akur dengan kehendak rakyat. BN menerima kekalahan sebagai sesuatu yang akhirnya boleh membantu parti menilai serta menyemak setiap usaha dan gerak kerja parti untuk rakyat. Lain pula dengan pemimpin Pas, setiap kali mereka kalah dalam PRU atau PRK, mereka akan menuduh BN dengan tuduhan yang bermacam-macam. Menipu, rasuah, penyelewengan, pilihan raya paling kotorlah dan apa sahaja yang tergamak mereka katakan sebagai tanda penerimaan mereka terhadap keputusan rakyat. Mereka akan menuduh, menfitnah BN apabila mereka kalah, tetapi di kerusi atau kawasan yang mereka menang, tiada pula kedengaran tuduhan sedemikian. Inilah tafsiran songsang pembangkang mengenai kalah dan menang dalam setiap pilihan raya. Seperti yang saya katakan semalam, kejayaan BN adalah petanda penerimaan rakyat terhadap parti itu yang selama ini telah bekerja dengan jujur dan ikhlas untuk agama, bangsa dan negara. Rakyat sudah bijak untuk menilai kenyataan Nik Aziz. Dam, saya percaya kenyataan retorik seperti itu akan hanya menyebabkan rakyat makin meluat dengan pembangkang. Hakikatnya, demokrasi di Malaysia masih segar tetapi ia dilihat buruk hanya semata-mata apabila pembangkang tidak boleh menerima kenyataan bahawa partinya telah kalah dalam pilihan raya. Jika pembangkang boleh menerima kekalahan dengan terbuka sebagaimana BN pernah menerimanya, keadaan akan menjadi bertambah baik. Apa yang pasti, demokrasi dikotorkan oleh tangan-tangan dan mulut-mulut yang taksub dan terlalu teruja untuk memperolehi kuasa sedangkan rakyat tidak menyukai mereka. Saya berdoa, rakyat kita akan terus kekal dengan pertimbangan yang bijak dalam menangani hal tersebut. Jangan mudah terpedaya dengan kenyataan yang melucukan mengenai demokrasi. Demokrasi adalah hak rakyat.... jangan ada yang sengaja menfitnah demokrasi kerana rakyat akan membenci. Percayalah!. | |
Apo Kono Eh Jang! Posted: 08 Mar 2011 07:22 AM PST ANALISA PILIHANRAYA KAWASAN FELDA : PENEROKA DAN GENERASI MUDA MENOLAK PEMBANGKANG Posted: 08 Mar 2011 02:06 AM PST Keputusan pilihanraya kecil yang memihak kepada Barisan Nasional semalam di DUN Kerdau dan DUN Merlimau telah menterjemahkan banyak perkara. Sebelum ini, Barisan Nasional juga telah memenangi di DUN Tenang di Johor dengan pertambahan majoriti yang lebih tinggi. Jika kita lihat, pertambahan majoriti yang paling ketara telah di sumbangkan dari kawasan-kawasan Felda. Malaysiakini2 – PAS Mengaku Kalah Di Kawasan Felda.jpg (345 KB)
Ini telah di sahkan oleh PAS sendiri melalui kenyataan pemimpin mereka di dalam laman portal pembangkang. (lihat dibawah) Malah masyarakat Felda telah di gelar dengan bermacam-macam gelaran seperti 'STOK PENIMBAL BN', LEMAH IMAN, KEMARUK DENGAN HARTA BENDA, MENTALITI MUNDUR' dan sebagainya oleh para penyokong pembangkang. Sebelum ini, kita telah melihat usaha-usaha gigih telah dilakukan oleh PAS melalui ANAK dan juga PKR. Kedua-dua parti ini telah turun dengan agresif ke Tanah-Tanah Rancangan Felda di seluruh negara untuk mengedarkan dakyah jahat serta cerita memburukkan kerajaan serta Felda. Susulan dari tindakan mereka meracuni pemikiran peneroka, banyak yang terpedaya hingga akhirnya peneroka terbabit terlibat di dalam menyaman Felda tanpa berfikir panjang.
Peguam-peguam yang mewakili mereka ini pula telah menggunakan peneroka tanpa memberi penjelasan bahawa sekiranya peneroka kalah, segala urusan membawa kes mereka ke mahkamah tetap perlu di langsaikan oleh peneroka terbabit. Isu yang paling terkini di mainkan oleh ANAK semasa pilihanraya kecil DUN Kerdau ialah Felda Plantation yang di katakan pertubuhan haram dan juga pembayaran SES kepada peneroka.
Ini adalah antara beberapa isu yang telah dimainkan oleh pembangkang untuk meraih simpati peneroka serta generasi muda Felda untuk menyokong perjuangan mereka. Sebelum pilihanraya kecil, kita tidak nampak apakah kesan fitnah-fitnah yang telah di taburkan oleh pembangkang terhadap masyarakat Felda. Kini, jelas dapat kita lihat bahawa masyarakat Felda secara keseluruhannya menolak dakyah dan niat jahat pembangkang ini.
Kita kaji keputusan undi bagi kawasan Felda di DUN Kerdau dan DUN Tenang :
PRK DUN Kerdau ( Keseluruhan Undi Kawasan Felda : BN – 70.8% )
Felda Jengka 23 ( Dimenangi oleh BN – 69% ) Saluran 1 : BN – 236 (211), PAS – 95 (110) Saluran 2 : BN – 390 (333), PAS – 133 (128) Saluran 3 : BN – 297 (217), PAS – 177 (137)
Felda Jengka 22 ( Dimenangi oleh BN – 66.9% ) Saluran 1 : BN – 182 (208), PAS – 94 (103) Saluran 2 : BN – 224 (313), PAS – 94 (117) Saluran 3 : BN – 183, PAS – 94 (tiada saluran 3 pada PRU 12 2008)
Felda jengka 25 ( Dimenangi oleh BN – 87.4% ) Saluran 1 : BN – 307 (274), PAS – 43 (41) PRK DUN Tenang ( Keseluruhan Undi Kawasan Felda : BN – 81.4% )
Felda Tenang ( Dimenangi oleh BN – 71.3% ) Saluran 1 : BN – 130 (118), PAS – 90 (98) Saluran 2 : BN – 159 (146), PAS – 128 (169) Saluran 3 : BN – 111 (147), PAS – 118 (154)
Felda Chempelak ( Dimenangi oleh BN – 87.7% ) Saluran 1 : BN – 279 (248), PAS – 21 (38) Saluran 2 : BN – 373 (381), PAS – 61 (80) Saluran 3 : BN – 333 (307), PAS – 53 (88)
Felda Chempelak Barat ( Dimenangi oleh BN – 85.5% ) Saluran 1 : BN – 292 (274), PAS – 33 (38) Saluran 2 : BN – 392 (268), PAS – 57 (54) Saluran 3 : BN – 254 (230), PAS – 52 (84)
Nota : Tulisan Warna Biru – majoriti bertambah, Tulisan warna merah – majoriti menurun
Sekiranya kita lakukan analisa di atas kemenangan BN di kawasan Felda, kita akan melihat, perubahan positif berlaku di semua saluran dan peti undi. Kita juga dapat merungkaikan analisa seperti belikut :-
1) Walaupun terdapat penurunan undi di beberapa saluran BN, namun perkara yang sama juga berlaku terhadap undi PAS. 2) Kesemua peti undi telah di menangi oleh BN dengan pertambahan majoriti. 3) Perbezaan undi di Felda Jengka 2 berbeza di sebabkan oleh pertambahan saluran iaitu saluran 3. 4) Majoriti masyarakat Felda ( lebih dari 70%) mendukung apa yang telah dilakukan oleh kerajaan dan Felda di dalam membantu mereka. 5) Peningkatan undi dikalangan generasi muda Felda terhadap BN. 6) Masyarakat Felda menolak pembangkang terutamanya PAS.
Kemenangan kepada BN juga adalah di disebabkan beberapa faktor. Faktor-faktor tersebut ialah :-
1) Masyarakat Felda terutamanya peneroka dan generasi muda menolak dakyah pembangkang yang memburukkan kerajaan serta Felda. 2) Masyarakat Felda menolak kerjasama PAS, PKR dan DAP 3) Masyarakat Felda menolak Anwar Ibrahim kerana kebenaran 'Siapakah Anwar' telah semakin terbongkar 4) Masyarakat Felda menolak cara pendekatan pembangkang yang menggunakan fitnah untuk meraih undi. Contohnya :- sijil calon BN di Kerdau dan fitnah terhadap imam di Felda Tenang. 5) Segala usaha yang dilakukan oleh Felda dan Kerajaan diiktiraf oleh masyarakat Felda. 6) Kebencian yang timbul terhadap pembangkang apabila mereka dihina dan digelar macam-macam oleh pembangkang seperti 'Stok Penimbal BN' dan sebagainya. 7) Penyebaran maklumat yang tepat melalui media internet seperti blog telah dapat mematahkankan isu-isu yang ditimbulkan pembangkang.
Walaupun keputusan kali ini bertambah baik di kawasan Felda, kerajaan dan Felda tidak boleh memandang ringan dan bersikap lepas tangan terhadap kebajikan masyarakat Felda. Usaha-usaha perlu di pertingkatkan dan segala kelemahan terhadap pengurusan peneroka hendaklah di tangani segera.
Kerajaan dan pengurusan Felda perlu berterusan turun ke bawah (grassroot) dan memberi penjelasan serta penerangan kepada segala permasalahan yang timbul. Disamping itu, usaha untuk mendekatkan diri dengan generasi muda hendaklah ditingkatkan lagi. Insyaallah, masyarakat Felda akan berterusan menjadi kubu yang kuat kepada Barisan Nasional pada PRU ke 13 akan datang.
Akhir sekali, sekalung tahniah dan terima kasih di ucapkan kepada pihak keselamatan terutamanya POLIS di dalam menjaga ketenteraman awam. Tanpa mereka, sudah pasti perjalanan pilihanraya akan terganggu dengan provokasi yang melampau oleh penyokong-penyokong pembangkang. TERIMA KASIH.
Anak Jati Felda warisanfelda.blogspot.com
| Yang Kalah Bukan PAS Tapi Pakatan Rakyat Posted: 07 Mar 2011 03:10 PM PST Puak-puak pembangkang ni kalau menang, heboh Pakatan Rakyat sana Pakatan Rakyat sini tapi bila kalah, PAS kalah, PKR kalah, tak pulak disebut Pakatan Rakyat yang kalah ya. Ni semua perang psikologilah ni, nak menunjukkan kesatuan palsu ini berjaya kononnya.
Hah, sekarang dah kalah, apa lagi, laungla Pakatan kalah, Pakatan ditolak, Pakatan bungkus, Pakatan to the End…apa tak laung? Kata Pakatan sangat tapi ambik yang cantik saja, bab yang buruk pandai pulak guna nama masing-masing…
Seperti biasa, media pembangkang secara halus cuba menidakkan kejayaan BN (walaupun mengaku kekalahan) dengan ayat-ayat seperti benih-benih, butiran butiran dan apa segalalah yang kita tak nampak dimana berkaitannya pun.
Jangan kalau depa menang kang…
Kemenangan berganda di Kerdau dan Merlimau kelmarin bukanlah penamat kepada usaha membenteras penipuan dan harapan palsu pembangkang. Sebaliknya ia perlu dijadikan pembakar semangat untuk merampas kembali negeri dan kerusi yang terlepas dari pembangkang tempoh hari.
Kita layak untuk meraikannya tetapi yang lebih penting kita perlu terus berusaha memantapkan jentera kita untuk menambah bisa.
Sekarang kita tahu, Anwar Ibrahim dan Nik Aziz tidak lagi mampu memberi kesan seperti dulu. Ada dikalangan penyokong mereka sendiri berpendapat harapan dan pembohongan yang disebar pemimpin mereka semakin tidak ada kualiti. Bukti? Jauh sekali.
Isu APCO, rasuah, penyelewengan, buku jingga, air percuma yang seringkali dijadikan modal pilihanraya sudah terbukti tidak lagi berkesan untuk mempengaruhi undi. Fitnah ke atas DS Rosmah juga tidak memberi kesan yang diharapkan. Gambar Nik Aziz berdoa sambil memejamkan mata juga sudah tidak dipedulikan orang.
Pendek kata, rakyat sudah muak dengan propaganda basi pembangkang.
Anwar? Lagilah tak laku. Fitnah konon anak pemimpin BN bawa keluar RM 200 billion yang dilemparkan di Merlimau juga tidak menjadi. RM 200 bilion tu, circulation wang dalam negara pun tak sampai 200 billion tapi Anwar boleh tuduh anak pemimpin BN bawak keluar wang beratus billion!!
Penulis lihat, kempen BN semakin tersusun, dengan strategi yang betul digunakan setiap kali.
Ini yang kita mahu lihat berterusan. Jihad menentang fitnah pembangkang juga perlu diteruskan, jangan berhenti atau hanya aktif setiap kali pilihanraya kecil berlangsung. Bukan nak angkat bakul, tapi laman ini merupakan antara yang aktif dan konsisten menentang dakyah pembangkang, tidak kira ada pilihanraya atau tidak.
Daripada 15 pilihanraya kecil yang berlangsung sejak 2008, BN dah menguasai 8 daripadanya manakala Pakatan Rakyat 7. Kita memang macam hero hindustan, kalah dahulu menang kemudian. Sejak pilihanraya kecil Permatang Pasir, komponen Pakatan Rakyat, PAS, tidak pernah menang dalam sebarang pilihanraya kecil. Yang menang itupun ada majoriti yang merosot begitu teruk sekali seperti di Manek Urai.
Kita tidak nampak petanda lain, melainkan rakyat semakin menerima kepimpinan Perdana Menteri dan menolak cara pembangkang.
Hidup BN!!!
| |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan