Rabu, 9 Mac 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


KEDAH online

Posted: 09 Mar 2011 03:32 AM PST

KEDAH online


Padahnya PAS Memusuhi Bloggers: Kerdau, Merlimau dsbnya....

Posted: 08 Mar 2011 11:07 PM PST

PUNDEK LU! BERAPA JUTA LU ANGKAT?

Posted: 08 Mar 2011 10:06 PM PST

Kerajaan tak tahu beza notis dengan saman -Jawatankuasa Anti Saman Ekor

Posted: 08 Mar 2011 09:40 PM PST

Kementerian Dalam Negeri Siasat Radio Free Sarawak

Posted: 08 Mar 2011 06:50 AM PST

SPR terlalu mengarut!

Posted: 08 Mar 2011 05:54 AM PST

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Posted: 09 Mar 2011 01:09 AM PST

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


Forum Bicara Rakyat: Buku Jingga

Posted: 08 Mar 2011 08:33 PM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 08 Mar 2011 11:17 PM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Peneroka-Peneroka Jengka 22 dibayar kembali CESS atau ditambah dengan hutang yang baru?

Posted: 08 Mar 2011 04:37 PM PST

Pada 27hb Februari 2011, Dato Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia, telah berkunjung ke Felda Jengka 22 dan telah membuat pengumuman yang diterima dengan gembira oleh peneroka-peneroka Felda disana.

Dato Najib menjanjikan bahawa Kerajaan/Felda akan mengembalikan semula wang cess kepada peneroka-peneroka Felda Jengka 22 dan peneroka-peneroka hendaklah membuat salah satu daripada tiga pilihan.

Pilihan pertama: Peneroka-peneroka boleh memilih untuk menerima bayaran sebanyak RM13,000.00 dengan syarat peneroka-peneroka membayar kembali dalam bentuk BK (Bayaran Kembali) sebanyak RM650.00 setiap bulan kepada Felda;

Pilihan kedua: Peneroka-peneroka boleh memilih untuk menerima bayaran sebanyak RM6000.00 dengan syarat peneroka-peneroka membayar kembali kepada Felda dalam bentuk BK (Bayaran Kembali) sebanyak RM550.00 setiap bulan;

Pilihan ketiga: Peneroka-peneroka boleh memilih tidak mahu menerima bayaran (samada RM13,000.00 atau RM6000.00) dengan syarat peneroka-peneroka membayar kembali kepada Felda dalam bentuk BK (Bayaran Kembali) sebanyak RM400.00 setiap bulan.

Semasa didalam kesibukan kempen Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri Kerdau (PRK DUN Kerdau), kakitangan Felda telah mengunjungi semua penduduk Felda Jengka 22 untuk mendapatkan persetujuan masing-masing samada mahu memilih pilihan pertama atau pilihan kedua dan pilihan ketiga.

Majoriti daripada peneroka-peneroka memilih untuk menerima bayaran kembali cess ini dengan pilihan pertama iaitu sebanyak RM13,000.00.

Pada 7hb Mac 2011, Felda telah menunaikan bayaran itu dengan mengeluarkan cek kepada semua peneroka-peneroka yang bersetuju menerima bayaran tersebut.

Pihak UMNO/BN dan Felda telah mendabik dada mengatakan bahawa janji Perdana Menteri untuk menjelaskan RM13,000.00 kepada peneroka-peneroka telah ditunaikan.

Apakah bayaran RM13,000.00 ini bayaran pengembalian wang cess kepada peneroka-peneroka tidak dijelaskan oleh Kerajaan/Felda.

Wang cess adalah sebahagian dari wang yang dipotong dari setiap harga komoditi bertujuan untuk tanaman semula kepada pekebun-pekebun kecil getah yang mahu menanam semula. Wang yang terkumpul adalah suatu jumlah mengikut keluasan tanah getah masing-masing dan untuk tanah getah seluas 10 ekar seperti yang diperuntukkan kepada peneroka-peneroka getah adalah sejumlah RM18,000.00.

Pada Pilihanraya Umum 2008, Kerajaan UMNO/BN melalui Felda telah membayar kepada peneroka-peneroka sebanyak RM5000.00, dan berbaki lagi sebanyak RM13,000.00.

Maka RM13,000.00 itu dikeluarkan untuk peneroka-peneroka Felda Jengka 22 yang berhadapan dengan Pilihanraya Kecil DUN Kerdau.

Tetapi adakah benar RM13,000.00 itu adalah bayaran dari wang cess. Wang cess adalah dikeluarkan oleh Risda untuk tujuan tanam semula (dari getah ke getah atau dari getah ke kelapa sawit) dan bayaran itu dibuat secara berperingkat-peringkat semasa tanam semula dijalankan; keadaan itu berlaku kepada pekebun-pekebun kecil diluar rancangan Felda dan kepada peneroka-peneroka Felda yang menanam sendiri.

Apabila seseorang peneroka Felda menanam semula melalui Felda, maka wang cess itu dibayar kepada Felda untuk tujuan tanam semula, dan tidak ada lagi wang cess yang perlu dikembalikan kepada peneroka-peneroka, dan wang cess itu ditolak untuk kos tanam semula.

Oleh hal yang demikian itu, adakah bayaran sejumlah RM13,000.00 ini sebagai pengembalian wang cess kepada peneroka-peneroka atau RM13,000.00 itu sebagai tambahan pinjaman yang didahulukan oleh Felda kepada peneroka-peneroka dan dikategorikan sebagai "tambahan hutang".

Persoalan ini telah dikemukakan kepada pihak tertentu di Kementerian berkenaan, dan pihak itu menyatakan bahawa beliau tidak ada jawapan kepada persoalan ini, kerana ini adalah tindakan politik.

Jika wang RM13,000.00 itu sebagai wang cess yang dikembalikan kepada peneroka-peneroka, kenapa pula peneroka-peneroka kena membayar kembali kepada Felda untuk BK sebanyak RM650.00 setiap bulan? Hanya hutang dibayar kembali kepada Felda, dan pengembalian wang cess, apa ada keperluan untuk dibayar kembali?

Ini bererti wang RM13,000.00 itu akan dimasukkan kedalam hutang setiap peneroka Felda. Peneroka-peneroka Felda Jengka 22 sehingga bulan Mac 2011 telah berhutang dengan Felda sebanyak RM72,000.00 (dan jumlah itu sedang bertambah) dan dengan bayaran RM13,000.00 ini maka hutang peneroka-peneroka Jengka 22 akan bertambah menjadi RM85,000.00.

Peneroka-peneroka Jengka 22 kena membayar BK mereka setiap bulan sebanyak RM650.00 berbanding dengan bayaran BK mereka sekarang sebanyak RM250.00.

Didalam tempoh 15 tahun akan datang, peneroka-peneroka Felda Jengka 22 kena membayar sebanyak RM111,000.00 dan ditambah dengan hutang sehingga bulan Mac 2011 sebanyak RM72,000.00, maka hutang peneroka-peneroka Felda Jengka 22 adalah sebanyak RM183,000.00.

Mampukah peneroka-peneroka yang sejumlah besarnya sudah mencapai umur 60 tahun dan keatas itu menjelaskan hutang mereka didalam tempoh hayat mereka?

Jerat atau perangkap BN/UMNO dan Felda ini bukan sahaja kepada mereka yang menerima bayaran RM13,000.00 itu tetapi juga kepada mereka yang tidak mahu menerima bayaran RM13,000.00 atau RM6000.00 iaitu sebanyak RM400.00 sebulan.

Mereka yang tidak mahu menerima pun menanggung beban bayaran RM400.00 setiap bulan berjumlah RM72,000.00 (RM400.00 x 12 bulan x 15 tahun).

Peneroka-peneroka yang tidak mahu menerima RM13,000.00 itu terdiri daripada peneroka-peneroka yang tidak menanam semula melalui Felda (tanam sendiri) atau peneroka-peneroka yang mengambil alih pengurusan ladang masing-masing dari Felda untuk mengelakkan hutang mereka bertambah.

Tetapi mereka juga tidak terkecuali dan melalui sekim UMNO/BN dan Felda ini, mereka juga akan dikenakan hutang baru sebanyak RM72,000.00.

Perbuatan UMNO/BN dan Felda ini adalah helah mereka untuk mencari dana untuk Felda yang kini sudah amat berkurangan kerana wang Felda sudah dibazirkan oleh pimpinan UMNO/BN untuk perbelanjaan-perbelanjaan yang tidak ada kena mengena dengan pembangunan peneroka-peneroka Felda!

Zulkifli Noordin

Posted: 08 Mar 2011 09:06 PM PST

Zulkifli Noordin


D'NA-YA

Posted: 08 Mar 2011 04:16 AM PST

(Saiful mengadu di"kunyitkan" oleh Anwar)

Salam 2 all.

Keputusan YA Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak tiga eksibit dalam kes perbicaraan liwat Anwar Ibrahim pagi tadi tidak mengejutkan teman. YA Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menolak cubaan Pendakwaraya untuk mengemukakan sehelai tuala kecil, Good Morning, sikat rambut dan botol air mineral jenama Cactus yang menjadi sumber DNA perbandingan dengan sampel sperma yang diperolehi daripada dalam dubur Saiful. Ini sekaligus menjadikan keterangan pakar kimia Nor Aidora Saedon yang mengesahkan DNA air mani didalam dubur Saiful dan DNA perbandingan yang diperolehi tersebut adalah bersumberkan daripada orang yang sama tidak boleh digunapakai.

Sebenarnya apa yang mengejutkan teman ialah tindakan Pendakwaraya mengemukakan barangan tersebut sebagai sumber DNA perbandingan, dalam keadaan ujud dakwaan barangan tersebut diperolehi tanpa izin dan pengetahuan Anwar. Sudah pasti ianya tidak patut dibenarkan kerana ianya sekadar akan mengesahkan pengambilan sampel DNA itu dibuat secara salah dan tidak sah.

Mungkin ramai yang tidak berapa faham dengan isu DNA ini. Dalam kes-kes tertentu, saperti kes seksual, bunuh dan banyak lagi, keterangan DNA memainkan peranan yang sangat penting, samada untuk membuktikan pertuduhan, mahupun untuk membuktikan kebenaran. Banyak juga kes berlaku dimana keterangan DNA telah membuktikan seseorang tertuduh itu sebenarnya tidak bersalah (sila rujuk penjelasan ringkas dibawah).

Deoxyribonucleic acid, atau secara ringkasnya disebut DNA adalah metode pembuktian keterangan dimana kesan gene/ sel seseorang didapati ujud didalam sesuatu perlakuan jenayah contohnya. Dan sumber DNA boleh diperolehi samada daripada air liur, peluh, bulu, airmata, kesan kulit, darah, rambut, kuku, air mani dan banyak lagi. Peranan DNA sama saperti cap jari, dimana tahap kesahihannya boleh mencapai hampir 99% ketepatan. Maknanya jika didapati DNA pada air mani yang diperolehi daripada dubur Saiful, adalah sama dengan sampel DNA perbandingan yang diperolehi, maka bukti dan keterangan DNA tersebut akan membuktikan dengan ketepatan 99% berlakunya perlakuan jenayah liwat tersebut.

Jadi untuk mendapatkan DNA perbandingan tersebut, sampel DNA daripada orang yang disyaki, didalam kes ini Anwar Ibrahim, perlu diambil. Sampel itu boleh diambil daripada peluh, bulu, rambut dan lain-lain yang sah kepunyaan tertuduh. Kesilapan yang dibuat oleh Pendakwaraya ialah menggunakan sumber DNA yang diperolehi secara taksah dan illegal. Tetapi keujudan persamaan DNA airmani dan DNA perbandingan tersebut tetap kekal. Dalam bahasa undang-undang- kesilapan ini dipanggil "technical mistake" yang jika yang dituduh dibebaskan adalah kerana "technicality", sebagaimana yang berlaku didalam kes "Liwat Azizan", dimana Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa "walaupun mempercayai kejadian liwat itu berlaku, namun keterangan dan bukti yang dikemukakan oleh Pendakwaraya tidak menepati kehendak undang-undang keterangan yang diterimapakai di Malaysia".

Didalam kes pertuduhan meliwat Saiful ini, yang dipertikai bukan DNA perbandingan itu sendiri. Yang dipertikai ialah sumber DNA perbandingan itu yang diperolehi secara tidak sah. Maknanya menurut Pendakwaraya, DNA air mani yang diperolehi daripada dubur Saiful dengan DNA perbandingan yang diperolehi daripada sampel Anwar Ibrahim (mungkin dari bulu, peluh dan airliur) adalah sama dan bertepatan. Pendekkata, rumusan yang dibuat oleh Pendakwaraya, memandangkan DNA airmani dalam dubur Saiful dan DNA perbandingan yang diperolehi adalah dari sumber yang sama iaitu Anwar Ibrahim, maknanya dakwaan Saiful "dikunyitkan" oleh Anwar adalah 99% betul!

Oleh itu, isu penolakan eksibit sumber DNA perbandingan tersebut iaitu tuala, sikat & botol air mineral tersebut bukan bermakna pertuduhan tidak betul. Tidak sepatutnya mana-mana pihak mendakwa pertuduhan itu tidak benar, apatah lagi mempolitikkannya dan memutarbelitkan penolakan itu. Cuma sumbernya sahaja yang dipertikaikan, dan didalam kes ini ditolak oleh YA Hakim kerana sebab teknikal, ianya diperolehi tanpa izin dan tidak sah.

Malahan jika dilihat dari sudut yang positif, penolakan ini merupakan satu "blessing in disguise", ada hikmahnya tersendiri. Ini kerana samada Anwar mahupun Pendakwaraya mempunyai satu peluang yang luas untuk membuktikan kesahihan DNA airmani yang ditemui didalam dubur Saiful tersebut. Iaitu dengan mana-mana pihak, samada Anwar mahupun Pendakwaraya boleh membuat permohonan kepada Mahkamah untuk memerintahkan supaya satu sampel DNA asal dan baru dikemukakan kepada pihak pakar Forensik melalui Mahkamah. Dan dalam kes ini, Anwar mempunyai dua pilihan, dan kedua-dua pilihan itu akan menentukan nasib dan kredibiliti beliau!

Pilihan pertama, Anwar boleh menolak untuk memberikan sampel DNA itu secara sukarela. Jika ini berlaku, rakyat akan mempertikaikan kredibiliti Anwar. Berani kerana benar, begitu bunyi "hadis Melayu". Jika Anwar menolak memberikan sampel DNA perbandingan, rumusannya sebagaimana yang terkandung didalam Seksyen 114 (g) Akta Keterangan, "ada sesuatu yang mahu disembunyikan, yang jika ianya dikemukakan akan tidak memihak kepada orang yang menyembunyikannya". Teman berharap Anwar tidak mengambil pendekatan menolak untuk bersumpah la'nat menafikan pertuduhan liwat tersebut, sebagaimana yang disarankan oleh Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin. Ini kerana kegagalan Anwar bersumpah, dalam keadaan Saiful telah pun bersumpah, memberikan persepsi Anwar takut kebenaran dibongkar ALLAH!

Sebaliknya, bagi pilhan kedua, Anwar boleh memilih untuk memberikan sampel DNA perbandingan tersebut, dan lebih afdhal diberikan secara sukarela. Ini kerana jika beliau benar, tidak sepatutnya beliau gentar memberikan DNA tersebut. Ini kerana jika sampel DNA yang beliau berikan itu (darah contohnya) tidak sama dengan DNA air mani yang diperolehi daripada dubur Saiful, maka dakwaan beliau dianiaya dan dizalimi kemungkinannya benar (tertakluk kepada keterangan dan bukti lain yang ada).

Berdasarkan itu, teman berpendapat Anwar tidak sepatutnya menunggu Pendakwaraya membuat permohonan kepada Mahkamah untuk sampel DNA perbandingan tersebut. Anwar sepatutnya secara sukarela memberikan sampel DNA perbandingan itu jika beliau yakin beliau benar. Jika beliau berbuat sedemikian, dan terbukti dakwaannya benar, teman cukup pasti kebenaran akan memihak kepada Anwar. Jika Anwar pilih untuk menolak, sebagaimana beliau memilih untuk menolak untuk bersumpah, maka kredibiliti beliau akan menjadi kosong! Ditambah dengan pembohongan 16 Sept yang sudah terbongkar, pengambilan Karpal PooSingh yang pernah mendakwa beliau terlibat dengan kegiatan homoseks & liwat sebagai peguamnya sekarang, semua ini akan sekadar membuktikan pembohongan dan putarbelit Anwar.

Rumusannya, penolakan eksibit tuala, sikat & berus gigi sebagai bahan sumber sampel DNA perbandingan oleh Mahkamah hari ini sebenarnya adalah satu "blessing in disguise - satu hikmah", dan bukannya kemenangan kepada mana-mana pihak, sebaliknya ianya adalah kemenangan kepada yang haq & kebenaran. Oleh itu atas nama haq & kebenaran, teman cabar Anwar supaya memberikan sampel DNA beliau secara sukarela kepada Mahkamah untuk perbandingan dengan DNA air mani yang ditemui didalam dubur Saiful. Dan yakinlah kebenaran tetap kebenaran, yang haq tetap haq. Berserahlah kepada ALLAH Tuhan yang Empunya Haq & Kebenaran! Kecuali jika kita tidak percaya kepada ALLAH Yang Maha Esa!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
03 Rabi'ul Akhir 1432
08 Mac 2011

*Alhamdulillah teman telah selamat sampai ketanah air setelah selesai beberapa misi dan urusan diluar negara sejak 31 Januari - 06 Mac 2011. Terima kasih kepada para sahabat dan teman yang mendoakan teman.

@@@@@@@@@@@@@@@@

Penjelasan ringkas mengenai DNA

Deoxyribonucleic acid (/diˌɒksiˌraɪbɵ.njuːˌkleɪ.ɨk ˈæsɪd/ ( listen)), or DNA, is a nucleic acid that contains the genetic instructions used in the development and functioning of all known living organisms (with the exception of RNA viruses). The main role of DNA molecules is the long-term storage of information. DNA is often compared to a set of blueprints, like a recipe or a code, since it contains the instructions needed to construct other components of cells, such as proteins and RNA molecules. The DNA segments that carry this genetic information are called genes, but other DNA sequences have structural purposes, or are involved in regulating the use of this genetic information.

DNA consists of two long polymers of simple units called nucleotides, with backbones made of sugars and phosphate groups joined by ester bonds. These two strands run in opposite directions to each other and are therefore anti-parallel. Attached to each sugar is one of four types of molecules called bases. It is the sequence of these four bases along the backbone that encodes information. This information is read using the genetic code, which specifies the sequence of the amino acids within proteins. The code is read by copying stretches of DNA into the related nucleic acid RNA, in a process called transcription.

Within cells, DNA is organized into long structures called chromosomes. These chromosomes are duplicated before cells divide, in a process called DNA replication. Eukaryotic organisms (animals, plants, fungi, and protists) store most of their DNA inside the cell nucleus and some of their DNA in organelles, such as mitochondria or chloroplasts.[1] In contrast, prokaryotes (bacteria and archaea) store their DNA only in the cytoplasm. Within the chromosomes, chromatin proteins such as histones compact and organize DNA. These compact structures guide the interactions between DNA and other proteins, helping control which parts of the DNA are transcribed.

Anwar Ibrahim

Posted: 08 Mar 2011 07:08 PM PST

Anwar Ibrahim


Court Rejects DNA In Anwar Case

Posted: 07 Mar 2011 11:27 PM PST

From Aljazeera.net

Malaysian opposition leader wins rare victory in long-running sodomy trial as judge rules DNA evidence inadmissible.

Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim has won a rare victory in his long-running sodomy trial as DNA tests on items taken from his detention cell were ruled as inadmissible.

The High Court’s decision, announced on Tuesday, is a major boost for Anwar, a former deputy premier who was jailed on separate sex and corruption counts a decade ago.

Anwar faces 20 years in jail if found guilty of the new charges.

The court found that a toothbrush, mineral water bottle and a hand towel taken from the cell where Anwar was held after his arrest in July 2008 were improperly obtained. Government lawyers had sought to submit the items as evidence in the trial against Anwar.

“I find that in this case the DNA samples from the three items… were obtained by unfair means from the accused,” Judge Zabidin Mohamed Diah said, adding that they were to be “excluded from evidence”.

Al Jazeera's Veronica Pedrosa, reporting from Kuala Lumpur, said the ruling is seen as a significant blow to the prosecution's case because “the burden was on them to prove a link between Anwar and the young accuser".

"Those three items (of evidence) were taken without consent, according to Anwar and his defence team, while he was in police custody in July of 2008."

‘Persecuted unfairly’

Anwar was in high spirits after the decision, which means the prosecution will now have to rely on the evidence of the accuser, his former aide Mohamad Saiful Bukhari Azlan, who said he was sodomised at an upmarket condominium.

“I am grateful for the verdict and this just further supports what I have said, that I am being persecuted unfairly by the authorities in their bid to silence me,” Anwar told reporters.

DNA evidence from the items taken from the detention cell – which has only been identified as “male DNA” – was intended to be linked with medical tests on 25-year-old Saiful.

At the opening of the trial in February 2011 the prosecution said those tests had found traces of Anwar’s semen.

The trial, which has been punctuated by long delays, recently heard evidence from a government chemist that there were multiple unidentified DNA profiles found in Mohamad Saiful’s anus and trousers.

Anwar has said he is the victim of a plot to prevent him from taking power after the opposition made huge strides in 2008 elections, stunning the ruling Barisan Nasional coalition, which has been in power for half a century.

Human Rights Watch has urged Malaysia to drop the charges, condemning the case as a “charade of justice”.

Sodomy, even among consenting adults, is illegal in Muslim-majority Malaysia.

BN Menang PRK Tidak Sama Pakatan Menang PRU

Posted: 07 Mar 2011 11:15 PM PST

Dari KeadilanDaily

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,pilihan raya umum (PRU) dan pilihan raya kecil (PRK) adalah dua perkara berbeza kerana kemenangan atau kekalahan dalam satu-satu PRK bukan cerminan langsung turun naik sokongan rakyat kepada mana-mana parti.

"Kalau kita lihat pilihan raya umum 2008 sebagai kayu ukur, kita akan sedar sebelumnya kita kalah teruk di Ijok apabila menurunkan Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Dalam masa kurang setahun, kita berjaya mengatasi kekalahan tersebut dan kita bangkit (pada PRU 2008).

"Bukan sahaja Ijok, satu Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat," kata Anwar.

Anwar berkata demikian sebagai reaksi terhadap dakwaan pihak tertentu bahawa siri kemenangan kecil Barisan Nasional (BN) dalam beberapa PRK mutakhir ini menandakan sokongan rakyat sudah kembali kepada BN.

BN baru sahaja memenangi PRK di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau yang diadakan serentak dan sebelum itu PRK Tenang di Johor yang berlangsung dalam suasana banjir.

Mengulas lanjut, Anwar bagaimanapun tetap yakin sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat (PR) akan terus meningkat menjelang PRU akan datang.

"Saya kekal optimis (PR terus mendapat sokongan rakyat)," katanya.

Anwar berkata, cabaran utama PR sekarang ini adalah penyampaian maklumat berkenaan inisiatif Pakatan kepada segenap lapisan masyarakat.

"Kita perlu promosi Buku Jingga dengan lebih berkesan, memastikan pengedarannya sampai ke semua kawasan terutamanya di luar bandar yang masih merupakan satu cabaran," ujarnya.

Tambah Anwar, turut menjadi cabaran adalah keseluruhan proses pilihanraya yang masih perlu diperbaiki.

"Yang menjadi fokus kita adalah keseluruhan proses pilihan raya yang masih lagi sarat dengan ketidaksempurnaan.

"(Contohnya), tiada akses (buat pemimpin Pakatan Rakyat) kepada media,"
kata Anwar.

Fitnah Dari Mahathir Yang Tidak Berkesudahan

Posted: 07 Mar 2011 10:12 PM PST

Dari TV selangor

Kemenangan “awal” Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah hari ini tentunya suram dengan satu lagi pusingan serangan peribadi Tun Mahathir Mohamad terhadap mantan timbalannya, kali ini menerusi buku autobiografinya.

Anwar pagi tadi berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menolak beberapa bahan bukti yang diperolehi oleh polis secara tipu helah namun kini berdepan dengan asakan fitnah Mahathir menerusi buku berjudul “Doktor Dalam Rumah.”

Oleh kerana didokong oleh Umno-Barisan Nasional dan seluruh jentera kerajaan, Mahathir merasakan beliau masih mempunyai hak mutlak membuat tuduhan-tuduhan liar terhadap Anwar walaupun bukan lagi menjadi Perdana Menteri.

Segala percubaan Anwar untuk mempertahankan dirinya di mahkamah daripada serangan-serangan Mahathir sebelum ini tidak berhasil kerana ia berkait dengan tahap kewibawaan sistem kehakiman negara ketika ini.

Dalam membuat tuduhan-tuduhan liar menerusi buku “Doktor di dalam rumah” Mahathir hanya mendedahkan sifat semula jadinya untuk berbohong apabila perlu demi melindungi kredibilitinya sendiri.

Ramai tentunya masih ingat bahawa setelah membuat pelbagai tuduhan terhadap Anwar pada tahun 1998, Mahathir enggan hadir di mahkamah apabila diberi peluang penuh untuk memberi keterangan pada perbicaraan pertama Anwar.

Beliau menggunakan segala pengaruh dan kuasa selaku Perdana Menteri untuk mengelak daripada memberi keterangan atau disoal balas oleh peguam Anwar ketika itu.

Jika Mahathir hadir di mahkamah untuk mempertahankan tuduhan-tuduhannya, seluruh masyarakat – di dalam dan luar negara tentunya akan “tabik” dengan ketelusan beliau.

Sebaliknya beliau memilih untuk terus melontarkan tuduhan-tuduhan liar itu di luar mahkamah dan meneruskannya walaupun setelah Anwar dihumban dalam penjara ketika itu.

Hari ini, walaupun tidak lagi menjadi Perdana Menteri, tabiat buruk berbohong susah dikikis oleh Tun.

Sudah tentu tuduhan-tuduhan terbaru beliau akan didokong oleh pemimpin-pemimpin Umno sekarang, kerana walaupun diaibkan dan dihina dengan pelbagai cara, Anwar masih menjadi saingan politik utama kepada Umno.

Di Johor, polis digunakan untuk melarang Anwar daripada berceramah baru-baru ini. Di PRK Kerdau baru-baru ini, kereta Anwar di serang oleh samseng upahan Umno.

Malah parti itu terpaksa mengitar semula hikayat-hikayat lama berupa fitnah menerusi Umi Hafilda yang secara kebetulan mengisytiharkan dirinya peminat no 1 Mahathir.

Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh Mahathir dalam buku nukilannya kali ini memang pedas dan mengaibkan Anwar serta keluarga termasuk anak-anak beliau.

Namun hakikatnya ialah, Mahathir memecat Anwar bukan kerana isu “moral” tetapi kerana bimbang hayat politiknya sendiri sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno tercabar oleh kemaraan politik Anwar.

Mereka yang arif dengan politik Umno tentunya tahu latar belakang kebimbangan Mahathir pada tahun 1998 susulan kejatuhan Presiden Suharto selepas memerintah Indonesia secara autokratik selama 32 tahun.

Maka bermulalah komplot untuk mengaibkan Anwar dengan tuduhan menghinakan supaya beliau ditolak oleh kaum Melayu yang menjadi tunggak Umno.

Bermulalah proses menyingkirkan pengarang-pengarang kanan media massa yang dilihat sebagai rapat kepada Anwar dan diganti dengan mereka yang “tetap setia” kepada dua Tun – Mahathir dan Daim Zainuddin.

Pada masa sama bermula jugalah proses untuk mencipta dan menyediakan saksi-saksi dalam bentuk pekerja seks yang Mahathir mendakwa “hanya memberi keterangan kepada beliau dan polis.”

Akhirnya tidak seorang pun daripada mereka dibawa ke mahkamah – kerana hakim dan pendakwaraya mempunyai “persefahaman’ begitu baik untuk mensabitkan Anwar.

Percayalah, jika Anwar dibelit dengan isu moral, tidak mungkin Mahathir menyimpan beliau selama 18 tahun dalam barisan penyokong politiknya. “Berita’ dan “bukti” keterlanjuran Anwar, jika benar , sudah tentu sampai lebih awal pada Mahathir untuk diambil tindakan.

Realitinya adalah, Mahathir berbohong dan mendalangi komplot mensabitkan Anwar di mahkamah setelah memecatnya pada 2 September 1998, demi kelangsungan politik beliau sendiri.

Beberapa pembohongan “kecil” Mahathir terdedah ketika itu, umpamanya Anwar “menumbuk” matanya sendiri ketika dalam tahanan sehingga lebam, dan mantan Timbalan Perdana Menteri kononnya adalah agen Yahudi, CIA dan sebagainya.

Namun hari ini jelas, Mahathir menyimpan pembohongan terbesarnya terhadap Anwar untuk buku autobiografinya, dengan tujuan menjamin buku “Doktor dalam rumah” laris jualannya.

Minda Najib Macam JKKK

Posted: 07 Mar 2011 08:00 PM PST

Dari Harakah

Dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa ada pihak yang tidak menggalakkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berceramah semasa pilihan raya kecil (PRK) Kerdau dan Merlimau baru-baru ini adalah suatu pembohongan yang nyata.

Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Yusof Wahab berkata tidak ada suatu keputusan pun dibuat oleh pihak jentera pilihan raya PAS yang menghalang Anwar dari menyampaikan ceramahnya semasa kempen pilihan raya kecil tersebut.

"Saya terlibat sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa Jentera Pilihanraya Dun Merlimau, kita tidak pernah pun berbincang dan mengambil keputusan sedemikian.

"Kalau Najib berkata ada sms yang tidak suka Anwar datang ke Merlimau mungkin itu perang saraf dari jentera Umno sendiri, sesiapa pun boleh hantar sms semacam itu," Yusof ketika dihubungi di Pusat Aduan Rakyat Dun Bukit Baru di sini pagi ini

Yusof berkata semasa kempen PRK Merlimau baru-baru ini, banyak sms yang bersifat provokasi dan fitnah yang dihantar oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

"Takkan seorang yang berjawatan Perdana Menteri sanggup menggunakan sms yang tidak tahu dari mana asalnya sebagai hujah, jatuhlah 'standard'.

"Saya kesal dengan dakwaan ini kerana ianya menggambarkan bahawa minda Perdana Menteri kita lebih kurang sama dengan minda JKKK atau Kemas," tegas Yusof yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil.

Menurut Yusof, rakyat sentiasa dahagakan maklumat terkini dari Anwar kerana mereka tahu pemimpin PKR itu mempunyai banyak informasi sama ada dari orang dalaman Umno atau luar negeri.

"Umno sebenarnya dari dulu lagi mahu melaga-lagakan PAS dengan Anwar supaya perpaduan yang wujud kini hancur dan mereka akan mendapat keuntungan dari kehancuran PR," tegas Yusof.

Wee Choo Keong

Posted: 08 Mar 2011 03:36 PM PST

Wee Choo Keong


Pementasan teater “Gelanggan Tuk Wali” di SMK Wangsa Melawati

Posted: 07 Mar 2011 07:49 PM PST

PEMENTASAN TEATER " GELANGGANG TUK WALI "  SEK MEN KEB WANGSA MELAWATI, WANGSA MAJU. Malam 5 Mac 2011 saya telah dijemput oleh Sek Men Keb  Wangsa Melawati ke pementasan teater "Gelanggang Tuk Wali" oleh kelab teater  sekolah berkenaan. Turut hadir En Mohd Amir B Abdul Ghani, Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid Jabatan Pelajaran Wilayah [...]

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT

Posted: 08 Mar 2011 01:10 PM PST

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT


Racun tengkorak Zul Nordin

Posted: 07 Mar 2011 11:23 PM PST

2 penarik kereta dipenjara 6 bulan

Posted: 07 Mar 2011 04:10 PM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 08 Mar 2011 11:42 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


Kenapa orang Melayu yang berjudi tak nak gi Hawaii?

Posted: 07 Mar 2011 10:28 PM PST


Kenapa orang Melayu yang berjudi sikit-sikit atau yang tahi judi tak nak buat rombongan ke kepulauan Hawaii di Amerika Syarikat? Apakah kasino di Hawaii tidak sebagus kasino di Genting? Atau apakah kedai Ekor di Hawaii tak macam kedai Judi Ekor Berlesen Sah macam di Senawang, Rembau atau Kuala Pilah?

Ketahui RAHSIA kenapa orang Melayu yang minat berjudi tidak gemar melancong ke Hawaii pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/11/di-hawaii-tiada-kasino-tapi-di-malaysia.html

RM30 juta sebuah kereta perisai lebih mahal dari kereta kebal M1

Posted: 07 Mar 2011 04:02 PM PST


Parlimen sedang bersidang sekarang. Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat tak nak bawa ke isu pembelian kereta perisai AV8 negara yang berharga RM30 juta sebuah yang melebihi harga kereta kebal paling canggih di dunia iaitu M1? Di bawah ini satu artikel yang begitu baik untuk di baca dari wartawan penganalisis ketenteraan. Malangnya dalam Bahasa Melayu. Tolonglah editor laman web bebas atau Pakatan Rakyat terjemahkan agar rakyat lebih mudah faham.

Buat gambar dengan RM30 juta ni buat berapa rumah rakyat, boleh beri biasiswa kepada berapa pelajar Melayu, boleh beri pekerjaan kepada berapa ramai siswazah Melayu yang menganggur dan seterusnya.


FOR RM30 MILLION A PIECE IT SHOULD BEAT THE M1!

Written on March 7, 2011 – 10:05 pm
by Marhalim Abas

SHAH ALAM: The statement below is self-explainatory. It is the confirmation of the contract for the AV8. As mentioned in the previous postings, the LOA for the AV8 signified the three mandatory Armed Forces projects for the RMK 10. As a reminder the other two projects are the SGPV/LCS and the Nuri Replacement Programme (Cougar procurement).


AV8 with Sharpshooter turret

The Cougar project has just started while the SGPV/LCS project will be signed, most probably, at Lima 2011 at the end of the year. Again as I had mentioned I am wary of having the government ceiling budget for any project under negotiations as the final price had always been tracked the approved budget. In this case, the LOI was worth RM8 billion and the LOA (contract) is RM7.5 billion, a discount of RM500 million.

Like the SGPV/LCS project I am still of the opinion that this the another Bridge Too Far for MAF. Seriously, of course the Army needs recapitalise its forces but spending RM7.5 billion for just 257 armoured fighting vehicles (AFV) is over the top for our defence budget. Yes, the money spent will be spread out most probably within 10 years or even longer but we can guarantee we spent a billion ringgit a year for these vehicles. The rest of the Army remained in need of recapitalisation and more money is needed for operational and maintenance concerns. Yes, there is even the chance of huge capital outlay in case a shooting war does take place on watch, no matter how remote it is.

Yes, I know the AV8 is an AFV and it was never designed to fight an Abrams. But for that price it should not only fight an Abrams it should tore it to pieces! I will not bore you with numbers but the rest of the 8×8 AFV cost around RM10 million each or cheaper (Western ones) while Russians and Chinese ones goes much, much cheaper.

The Abrams

I understand the argument on transfer technology and such but then again for RM30 million a piece everything on the AV8 should be designed in country and made locally. Instead it will have a Turkish body, a South African turret with gun and ATGW launcher, a German engine and French radios and electronics and assembled here. It was designed in the USA however, the country that bought an AFV from the Swiss, mind you.

By the way, I have no idea how much is cost of the Singaporean 8X8 the Terrex. It may cost as much as our AV8. But with an annual budget of nearly US10 billion, of course it can afford to pay for it.

Revised RMK10 tally (figures in bracket is actual contract price0
Cougar RM1 billion (RM1.6 billion); SGPV/LCS RM3 billion (RM6 billion), AV8 RM2.5 billion (RM7.5 billion) A400M RM1 bilion (RM2.5 billion)

DRB-HICOM BERHAD ("DRB-HICOM" OR "COMPANY")
ACCEPTANCE OF LETTER OF AWARD ("LOA") FROM THE GOVERNMENT OF MALAYSIA TO DRB-HICOM DEFENCE TECHNOLOGIES SDN BHD ("DEFTECH") IN RELATION TO THE MANUFACTURE, SUPPLY AND DELIVERY OF ARMOURED WHEELED VEHICLES

Announcement Details/Table Section :

Further to the announcement dated 20 April 2010, DRB-HICOM is pleased to announce that its wholly-owned subsidiary, DEFTECH had accepted the Letter of Award dated 23 February 2011 from the Government of Malaysia to design, develop, manufacture, commission, supply and delivery of two hundred and fifty seven (257) units of twelve (12) variants of the 8 x 8 Armoured Wheeled Vehicles (AWV) ("Contract"). The Contract valued at RM7.55 billion is for a period of 7 years commencing from 2011.

DEFTECH, via this Contract, will spur and enhance the growth of the Malaysian economy through an economic enhancement program which consists of transfer of advanced defence technologies from its technology partners and original equipment manufacturers ("OEM"), research & development and local vendors development.

DEFTECH will also own its first intellectual property rights on armoured wheeled vehicle systems and sub-systems. Many new local OEMs will be created through direct and indirect foreign investments during the duration of the Contract and this will generate increased employment for the local defence industry.

Close collaboration with its technology partners and principal OEMs will also enhance the capabilities and knowledge of not only DEFTECH's employees but create a knowledgeable workforce for the local defence industry including acquiring competencies in project management, supply chain management particularly defence business processes as well as systems engineering, amongst others.

The Contract will not have any material effect on the earnings, gearing and net assets of DRB-HICOM Group for the financial year ending 31 March 2011. However, the Contract will contribute positively to the future earnings of the Group.

None of the Directors and/or substantial shareholders of DRB-HICOM and persons connected with them have any interest, direct or indirect, in the said Contract.

This announcement is dated 7 March 2011.

–Malaysian Defence

http://www.malaysiandefence.com/?p=1417

s

Posted: 08 Mar 2011 09:48 AM PST

s


LUMBA BASIKAL JELAJAH MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Posted: 07 Mar 2011 06:51 PM PST

TARIKH: 13 MAC 2011
MASA: 8 PAGI - 4 PTG
TEMPAT: PERKARANGAN PUSAT KHIDMAT ADUN BATU CAVES
                 13-A-1, JALAN AMANIAH MULIA 3, TAMAN AMANIAH MULIA, BATU CAVES
PELEPASAN OLEH : YB.AMIRUDIN SHARI
                                     PEMBANTU EXCO BELIA & SUKAN NEGERI

HADIR BERAMAI-RAMAI. PELBAGAI ACARA SAMPINGAN DIADAKAN :

PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK
PERTANDINGAN KERETA KAWALAN JAUH
PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN
BELON GERGASI UNTUK KANAK-KANAK
KAUNTER PENDAFTARAN MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR (MES)
DEMO MASAKAN.

ANDA SEMUA DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI.

JADUAL YB.AMIRUDIN SHARI SEPANJANG MINGGU HINGGA 13 MAC

Posted: 07 Mar 2011 06:42 PM PST

7/3/11 ISNIN 2.30 PM
MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH BUKIT BERUNTUNG GOLF & COUNTRY RESORT BERHAD (BBGC) BIL 01/2011
BILIK MESYUARAT BUKIT BERUNTUNG GOLF & COUNTRY RESORT, WDT NO 14, RAWANG 

8/3/11 SELASA 9.00 AM
MESYUARAT PENILAIAN PERMOHONAN BANTUAN PENDIDIKAN SEKOLAH2 KERAJAAN NEGERI SELANGOR
BILIK MESYUARAT MAWAR, TINGKAT 9, SUK

9/3/11 RABU 10.00 AM
MESYUARAT JAWATANKUASA PILIHAN RANG UNDANG-UNDANG KEBEBASAN MAKLUMAT (NEGERI SELANGOR) 2010 BIL 2 TAHUN 2011
BILIK MESYUARAT, PEJABAT DEWAN N. SEL. 

10/3/11 KHAMIS 5.00 PM
MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH SELAMAN SDN BHD
Bilik Mesyuarat Ahli Perbadanan
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
Tingkat 9, Menara HPAIC, Laman Seri Business Park
No. 7 Persiaran Sukan, Seksyen 13, Shah Alam 

13/12/11 AHAD 10 AM

UPACARA PELEPASAN PERLUMBAAN JELAJAH 1 MALAYSIA 2011
Peringkat 6 : Batu Caves – Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai
Tempat : Batu Caves, Selangor
Tarikh : 13hb Mac 2011 (Ahad) – 10.00 pagi

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党

Posted: 08 Mar 2011 09:15 AM PST

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党


Fitnah II: Penahanan Tak Sah, ‘Bukti Pendakwa Raya’ Perlu Ditolak

Posted: 07 Mar 2011 06:10 PM PST

Dari Keadilan Daily Karpal Singh menegaskan penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim secara tidak sah dan pemerolehan DNA-nya secara tipu muslihat adalah alasan kukuh untuk Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, menolak bukti yang mahu dikemukakan pendakwa raya. Beliau berkata demikian dalam bicara dalam perbicaraan untuk menolak tuala 'Good Morning', botol air mineral 'Cactus' dan berus gigi sebagai bahan [...]

选民剧增飙升恐粉碎人民主权理想

Posted: 07 Mar 2011 06:09 PM PST

(怡保8日讯)务边区国会议员李文材医生提醒民众不要误以为民联将会在下届全国大选稳操胜券,因为最近纵观各个国州选区选民人数出现的巨变,这些暗涌足以粉碎人民主权的理想。 他表示,多个选区选民人数离奇飙升,特别是有系统性的增加新邮寄选民,其中包括务边国会选区也发现选民人数剧增,特别是在巫统藉议员所属的双溪喇叭州选区。 "国家大部分资源被小撮当权者掠夺搜刮,导致国家发展裹足不前以及百姓生活民不聊生,眼看国家改革契机将近,所以我们不能掉以轻心,势必让『政治地震』改写国家政治版图。" 他是在日前人民公正党孟加兰西区支部进行委员会改选后发表文告这么表示。其他出席者包括顾问符标国、前任支部主席骆志辉和新任支部主席吴芎山等党要。 另外,新任孟加兰西区支部主席兼务边区部副主席吴芎山则呼吁民众必须尽快登记成为合格选民,以行动展现推动国家政治改革的意愿,实现国家迈向两线制的新时代。 他呼吁民众积极加入孟加兰西区支部服务团队,任何热心人士欢迎联络吴芎山012-5169394或陈家兴(李文材医生政治秘书)012-677 1788 或上网浏览本支部网站 http://keadilan-pengkalan.san.my 或 http://keadilan-pengkalan.blogspot.com/ 孟加兰西区支部2011年度委员会 顾问: 1. 务边区国会议员李文材医生 2. 符标国 主席:吴芎山 副主席:伍从汉 秘书:江志明 财政:沈丽霞 妇女组组长:温美乔 青年团团长:方福兴 查账: 1. 邝国华 2. 谢文贞

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

Posted: 08 Mar 2011 09:02 AM PST

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Rakyat Makin Gumbira... Bila UMNO Makin Pasti Naik Harga Minyak.

Posted: 08 Mar 2011 07:09 AM PST

Hoooreeyy !!! Rakyat didahulukan untuk membayar kenaikan harga Minyak. Syabas UMNO BN. Sila Klik di Sini

Harga minyak petrol, gas dan diesel bakal pasti naik harga bila kenaikan harga ini dicanang-canang dan disebut-sebut selalu oleh UMNO BN. Tentunya... rakyat yang menyokong UMNO BN terutamanya di Tenang, Merlimau dan Kerdau lah....... di antara rakyat di Malaysia yang palinggggggggg Gumbira mendengar berita ini. Apa taknya...!!! Baru Undi UMNO BN.......pemimpin yang mereka pilih akan jadi kaya....hasil duit kutipan minyak yang tak putus-putus....siang dan malam dari seluruh stesyen minyak negara. Hehehehe

Itu baru citer bab minyak...belum lagi Tol.....yang kutipan nya cukup hebat...satu hari sahaja...keuntungan berjuta-juta. Bisness apakah di dalam dunia ini...yang boleh menandingi keuntungan giler Plaza Tol ??? Tolong jawab. hahahaha.....

Tak lama lagi...rakyat kena bayar cukai pendapatan...Income Tax......Banyaknya duit rakyat kita erk....dahsyat !!!....berebut2 nak gi bayar....macam bayar saman ekor tempohari...ish, ish, ish!!! Memang kaya-kaya rakyat kita.....lebih-lebih lagi orang Melayu. Rakyat Kaya...tapi negara yg diperintah UMNO semakin miskin. Nak bagi subsidi Air macam PR Selangor buat pun tak mampu. Apa sahaja kerajaan UMNO BN naikkan...semuanya sokong...siap bodek lagi. Dahsyat betul. Semuanya mampu rakyat bayar, dan tanggung semuanya.....terutamanya

1. Bayar Tol...dah berpuluh tahun sejak tol pertama negara di dirikan....rakyat masih mampu membayarnya.
2. Kenaikan Harga Minyak. Di Malaysia..Harga Air Mineral lebih mahal dari harga minyak Petrol. Pelikkan, macam negara Arab laaa kita ni......Tapi rakyat Melayu khasnya tak bising......ok ajer.....sokong ajer.
3. Kenaikan Harga Insuran kenderaan dan nyawa dah naik dah tahun nie.....Fuhyoo...tapi rakyat relax ajer. mampu bayar laa katakan.
4. Harga barang-barang naik mencanak-canak...berikutan UMNO BN naikkan harga minyak.....Tapi rakyat tak kisah pun...naik la macam mana pun....makan tetap makan...soru jangan miss. Umno tetap undi.....Bagus rakyatku.
5. Government Service Tax....(GST) dah mula diperkenalkan secara perlahan-lahan oleh syarikat2 perniagaan, supaya rakyat tak terkejut bila dilaksanakan nanti.. Takkan korang tak perasaan... 6% tuuu........murahnya...hehehehehe
6. Kenaikan Tarif Elektrik......apa nak heran......bagilah peluang TNB kaya......dah lama dah harga unit tuu sebanyak tuu....kesian kat pengarah2 mereka, tanpa kenaikkan harga elektrik...gaji mereka tak naik pun...berilah peluang depa beli Estima atau Alphard. kahkahkah!!
7. Air....ermmm...lagi tak heran, Kerajaan PR Selangor dah bagi free...20m padu air.
8. Interest Kad Kredit.....murah ajer....18% sebulan....baru 2 bulan tak bayar.....nanti bayarlah sekaligus.

Panglima7

Beli Kereta - Kereta proton luar negara dijual dengan harga yang cukup-cukup rendah berbanding di negara sendiri. Seolah-olah Kerajaan UMNO sedang melelong kereta Proton di luar negara untuk rakyat asing. Walaupun kereta buatan sendiri lebih mahal di negara sendiri...rakyat sanggup beli. Hidup UMNO BN.

Tiada ulasan:

Pengikut