Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.
Sdr Jailani Abu Bakar, seorang AJK PAS Cawangan Sri Muda DUN Maharani, telah kembali ke rahmatullah pada petang Selasa, 8 Mac 2011 setelah lama sakit. Beliau baru keluar dari Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar beberapa hari nyang lalu. Ramai sahabat handai menziarahi beliau di rumah dan di hospital ketika beliau sakit. Hari ini kami memberi penghormatan terakhir ke atas jenazahnya di rumah beliau di Jalan Sri Muda, Pt Amal, Muar. Ustaz Abu Bakar Lajat, YDP PAS Muar, turut memandikan jenazah dan mengimamkan solat jenazah pada jam 10.00 pagi. Jenazah beliau selamat dikebumikan di Perkuburan Islam, Bakri Batu 6 pada pagi Rabu, 9 Mac 2011.
Moga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya dan isteri serta anak-anaknya bersabar menghadapi ujian ini. Alfatihah........
Allahyarham dan isterinya berniaga di warung di hadapan Sekolah Kebangsaan Parit Bakar Darat, Muar.
Gambar kenangan di rumah allahyarham Sdr Jailani di rumahnya tahun lalu.Selepas itu sahabat-sahabat juga menziarahi beliau di rumah dan di hospital.
Berapakah bilangan CCTV yang dipasang dalam setiap kawasan Pihak Berkuasa Tempatan, kos membeli dan menyelenggara, keberkesanannya dan jumlah yang rosak dan perlu diganti ?
Pihak Berkuasa Tempatan
Peng. Jawatankuasa Kerajaan Tempatan
2.
Nyatakan jumlah dan nilai kompaun salah letak kereta, tiada lesen perniagaan, penguatkuasaan dan kompaun bangunan yang belum dijelaskan mengikut daerah dan adakah tawaran diskaun akan diberi seperti dilakukan oleh Majlis Perbandaran Muar ?
Pihak Berkuasa Tempatan
Peng. Jawatankuasa Kerajaan Tempatan
3.
Berapakah jumlah pulau-pulau dalam wilayah Negeri Johor dan berapa buah yang belum diberi nama ?
Menteri Besar
Menteri Besar
4.
Ahli Dewan Negeri dan Ahli Parlimen mendapat peruntukan sebanyak RM200,000.00 dan RM!.5 juta setahun. Nyatakan projek-projek dan aktiviti yang dijalankan dalam DUN Maharani menggunakan peruntukan tersebut dalam tahun 2010. serta kos setiap satu projek/aktiviti.
Menteri Besar
Menteri Besar
5.
Pelabur Dana Johor yang ditawarkan pinjaman daripada institusi kewangan masih terhutang, walaupun semua saham telah dijual kerana dividen tahunan tidak mencukupi atau tiada untuk membayarnya. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk membantu mereka yang sedang menghadapi tindakan mahkamah ?
Menteri Besar
Menteri Besar
6.
Guru KAFA yang mengambil cuti bersalin pada tahun 2006 hingga 2009 di minta membayar balik elaun yang diberi tetapi bagaimana pula mereka yang belum menerima Imbuhan Tahunan adakah akan dibayar tunggakan Imbuhan ?
DI DALAM PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR OLEH YB DR MOHAMMAD TASLIM, ADUN MAHARANI
PADA 17 MAC 2011
Bil.
Soalan-soalan Bertulis
Jabatan
Portfolio
1.
Menurut ICU JPM, pendaftaran terbuka e-Kasih bukan penentu kelayakan untuk mereka menerima bantuan di bawah program pembasmian kemiskinan .Apakah mekanisma yang dibuat untuk memastikan mereka ini layak diberi bantuan ?
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Peng. Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat
2.
Program Larian Mahkota telah berjaya dijalankan di sekolah-sekolah baru-baru ini.Apakah tujuan murid membayar RM2.00 dan guru-guru RM3.00 dan bagaimana wang tersebut dibelanjakan ?
Jabatan Pelajaran
Peng. Jawatankuasa Pelajaran dan Pengajian Tinggi
3.
Apakah sebensrnys perjsnjisn penduduk Perumahan Paya Mengkuang (penempatan bekas penduduk Kg Tg Pelepas) dengan PTP dan Kerajaan Negeri Johor sehingga lebih kurang 58 orang penduduk akan dihadapkan ke mahkamah untuk diusir keluar dari kawasan perumahan tersebut ?
Menteri Besar
Menteri Besar
4.
5.
NAMA Y.B. : DR MOHAMMAD BIN TASLIM
KAWASAN : MAHARANI
CATATAN : SOALAN-SOALAN YANG BERWARNA MERAH DITOLAK OLEH Y.B. DATO' SPEAKER.
Gambar penduduk kampong Pasir bergambar beramai-ramai bersama rombongan PAS Miri dan bertekad untuk memberi sokongan kepada PAS dan PAKATAN Rakyat dalam pilihanraya umum nanti
Miri 7 Mac 2011- PAS Mirisekali lagi buat kunjungan muhibbah bersama peguam muda PAS pusat seramai 7 orang ke kampong Pasir dalam kawasan Lutong. Rombongan PAS yang diketuai oleh YDP Hj Jofri Jaraieedan TYDP Sdr Nizam bersama Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Miri juga hadir memberi sedikit Penerangan tentang PAS.
Kepercayaan Bukan Islam Pada PAS
SU DHPP Sdr Yeo juga mencerita dan juga memberi tahu tentang kebaikan PAS dan mengapa beliau memilih PAS sebagai tempat perjuangan. Walaupun beliau sorang cina yang bukan muslim tapi semangat serta keyakinan tinggi beliau terhadap pas sungguh tinggi. Beliau juga memberitahu bahawa semua agama menyuruh kita berbuat baik, jangan merompak, jangan mencurihak orang lain dan sebagainya kepada penduduk yang majoritynya masyarakat iban dan bisaya. Sepatutnya orang Melayu yang beragama Islam merasa malu dengan kenyataan yang bukan Islam yang lebih percaya dan yakin akan agama Islam yang dibawa oleh PAS. Masyarakat Melayu patut sedar yang perjuangan yang dibawa oleh PAS adalah berdasarkan ajaran Islam bukan ajaran sesat seperti yang didakwa oleh Umno/BN.Orang bukan Islam mula sedar tentang kebaikan yang dibawa oleh PAS setelah mereka sendiri mendengar penerangandan penjelasan dari pihak pimpinan PAS sendiri. Sekarang masyarakat Cina,Dayak dan Iban boleh menerima PAS sebagai wadah perjuangan setelah mereka sedar yang selama ini mereka ditipu oleh propaganda media yang dikuasai oleh BN.
Pesanan YDP Sebelum itu YDP juga memberi penerangan ringkas kepada penduduk kampong Pasir tentang betapa perlunya ada perubahan yang menyeluruh kalau mahu mendapat kembali hak rakyat yang sudah lama dirampas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan yang menyalahgunakan kuasa. Begitu juga peguam muda PAS turut mengajak penduduk kampung memilih secara betul kalau mahu suatu perubahaan yang lebih besar dan baik untuk semua rakyat.
Sambutan Hangat Perjalanan dan sambutan program PAS bersama rakyat berjalandengan baik tanpa sebarang gangguan. Penduduk kampong Pasir menyambut kedatangan PAS dengan baik dan mesra sekali sehingga ada diantara mereka sempat meluahkan perasaan dan menceritakan tentang masalah mereka untuk mendapatkan kemudahan asas sepertiapi elektrik, gas dan bekalan air bersih sukar didapati dalam sebuah kampong yang terletak betul-betul ditengah bandaraya Miri. Setelah hampir 50 tahun BN memerintah Sarawak tetapi masih terdapat lagi penduduk kampong dipinggiran bandaraya menggunakan 'generator' untuk bekalan api letrik dan belakan air bersih menggunakan sambungan dari luar dan terpaksa berkongsi pula sesama penduduk terbabit. Begitu juga dengan masalah tanah tempat tinggal mereka sekarang belum lagi diberi sebarang 'grant atau land title' atau lot supaya mereka dapat menikmati kemudahaan asas yang diperuntukan untuk penduduk yang kurang berpendapatan. Mereka sudah banyak kali mengadu pada YB-YB BN dalam kawasan Miri untukselesaikan masalah mereka tetapi sampai sekarang pun belum ada tanda atau masalah mereka di selesaikan atau pun hajat mereka dapat dipenuhi, waktu hampir pilihanraya barulah muka-muka YB BN turun padang kununnya hendak menyelesaikan masalah mereka tetapi selepas pilihanraya janji tinggal janji. PAS miri juga berusaha untuk membantu dengan menyuarakan masalah penduduk kampung Pasir kepada pihak yang berwajib agar segera bertindak membaiki jalan kampong, perparitan serta memberi kemudahaan asas kepada penduduk Pasir dengan segera. Jangan tunggu pilihanraya baru nak bagi bantuan itu pun separuh jalan siap sedangkan janji yang bertahun-tahun dulu masih belum ditunaikan. Beginikah yang dikatakan kerajaan yang pandai memerintah sedangkan masalah kecil pun sukar untuk diperbaiki atau diselesaikan
Penduduk kampong Pasir sangat kecewa dengan janji2 YB BN tersebut dan mereka bertekad mahu mengubah nasib mereka dalam pilihanraya umum nanti dengan mengundi Pakatan Rakyat. Mereka juga berjanji akan membantu PAS bersama Pakatan Rakyat untuk menukar kerajaan yang ada sekarang kepada sebuah kerajaan yang lebih baik dan adiluntuk semua.
English edition
Kampung Pasir villagers resolute to Change. Miri March 7, 2011 - PAS Miri with seven (7) PAS central young lawyer once again make a courtesy visit to kampong Pasir Lutong. PAS delegation headed by PAS Chief Hj Jofri Jaraiee and Deputy PAS Chief Mr. Nizam with PAS Supporters Association Board (DHPP) Miri is also present to give a brief explanation of the PAS in Miri. DHPP secretaries Mr. Yeo also recall and told the advantages and why he chose PAS as a political struggle. Despite as a non-Muslim Chinese he has very high spirit and confidence to PAS. He also told the folks that every religion teaches us to be good and do not rob, do not steal the rights of others. Mostly the kampong communities are Iban and Bisaya.
The Malays who are mostly Muslims should be ashamed with the non-Muslims who could accept Party Islam (PAS) as the ally and is good to everybody despite the race, color and belief. The Malay community should be aware that the struggle carried by the PAS are based on Islamic teachings and not deviate as claimed by UMNO / BN. Non-Muslims began to realize the advantages brought by PAS after they listen to a briefing and explanation by his own party leadership. Now the Chinese, Dayak and Iban can accept PAS as a political struggle after they realize that after all they are deceived by the media propaganda controlled by BN.
Before that PAS Miri Chief also briefed the villagers about the need to change overall if people want to get back the rights that have been usurped by the unscrupulous and the power abuser. Similarly, PAS young lawyers also asked the villagers to choose correctly if they want a bigger change and better life in future.
PAS program going on smoothly and the response of the people working well together without any problems.Kampong Pasir villagers welcomed PAS with pleasant and some of them could express themselves and tell about their problems to get the basic facilities such as electricity, gas and water supply is difficult to find in a village that is located right in the middle of Miri city. After nearly 50 years BN rule Sarawak but there is still a citizen using 'generator' for the supply of electricity and supply water using the connection from the outside and had to share among the people occupied. Similarly, the problem of land where they live now still not given any 'land grant or title' or a lot so they can enjoy basic / amenities provided to low income residents. They have been complaining to BN YBs in Miri area to solve their problems, but until now there was not a sign or solve their problems or their wishes can be fulfilled, BN YBs will show their face and come to the people when election is coming to show that they are concern with their problems, but after an election their promise will left behind.
PAS Miri is also trying to help with voice out kampong Pasir residents' problems to the authorities for immediate action and to repair the village roads, drains and providing basic / amenities to the residents of Pasir immediately. Do not wait for new elections to help them which are half-way completed, while the promises of many years ago still have not been cashed. Is this BN government said to be smart but small problem they cannot be improved or resolved?
Kampung Pasir villagers are very disappointed with BN YB promises and they want to change their fate in this coming general election by voting Pakatan Rakyat. They also promised to help PAS and Pakatan Rakyat to change the current government to a better government and give justice to all.
1. Picture of kampong Pasir villagers with PAS Miri and they are determined to give full support to PAS and Pakatan Rakyat in the coming general election.
SEREMBAN: Seorang suri rumah menempuh detik mencemaskan apabila disamun penjenayah bermotosikal yang memecahkan cermin keretanya lalu melarikan wang tunai RM60,000 di pekan Rantau di sini, kelmarin.
Lebih malang apabila wanita berusia 39 tahun itu baru mengeluarkan wang berkenaan yang mahu digunakannya untuk memulakan perniagaan.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa bersama seorang ahli keluarganya selesai membuat pengeluaran wang di sebuah bank di bandar ini.
"Mangsa hanya menunggu di dalam kereta yang berkunci itu sambil memegang beg berisi RM60,000. "Tidak lama kemudian mangsa terkejut apabila seorang lelaki bermotosikal berusia 20-an memecahkan cermin kereta dengan tangannya tanpa menggunakan peralatan lain.
"Penjenayah nekad itu kemudian merampas beg berkenaan dan melarikan diri," katanya di sini, semalam.
SEREMBAN: "Belum sempat menjawab pertanyaannya, lelaki bermotosikal itu terus mengacu parang ke leher saya dan meragut barang kemas lalu melarikan diri."
Begitu kata, warga emas, Rosnah Emby, 66, yang rugi kira-kira RM8,000 apabila disamun penjenayah berparang berpura-pura bertanyakan arah jalan di Rumah Rakyat Panchor, Paroi, di sini, semalam.
Menurut Rosmah, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, dia baru selesai membeli barangan keperluan dapur di kawasan situ.
"Saya dan dua rakan duduk berehat sambil bersembang di sebuah pondok di situ sebelum didatangi seorang lelaki bermotosikal berusia 20-an.
"Kami bertiga pada awalnya langsung tidak mengesyaki apa-apa apabila dia kemudian hanya bertanyakan alamat atau arah sebuah kawasan.
"Namun, apabila mahu menjawab pertanyaannya itu, lelaki itu tiba-tiba bertindak mengeluarkan parang panjang lalu mengacukannya ke leher saya sambil meragut rantai dan gelang tangan," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Ingkar perintah Agong: KEADILAN Rembau lapor polis 9 Mac 2011
SEREMBAN: KEADILAN Rembau dan PAS Paroi hari ini membuat laporan polis menggesa siasatan berkenaan kertas mesyuarat tahunan Umno Cawangan Taman Rasa Sayang, Bahagian Rembau kerana didakwa mengandungi isu perkauman dan fitnah.
Ini juga berikutan ahli Umno di cawangan berkenaan tidak menghormati dan mengingkari titah Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yangmahu rakyat negara ini tidak membangkitkan isu sensitif menyentuh perkauman.
"Antara yang jelas ditimbulkan mereka adalah isu agama dan perkauman. Ini cukup membuktikan mereka ingkar dengan titah Tuanku Mizan supaya menjauhi amalan ini," kata Setiausaha Cabang KEADILAN Rembau, Nor Azizi A Aziz sambil menunjukkan bukti beberapa gambar di dalam kertas mesyuarat itu yang didakwa boleh mencetuskan perbalahan kaum.
Kertas mesyuarat tahunan 2011 tersebut mengandungi lapan halaman yang keseluruhannya menerbitkan perihal sentiviti kaum.
Antara tulisan pada salah satu gambar yang terpampang wajah Penasihat DAP, Lim Kit Siang berbunyi, "Kita hapuskan hak Melayu, kita tolak Islam, mari bersama kami, PAS, PKR dan DAP!!".
Nor Azizi yang mewakili ketuanya, Badrul Hisham Shaharin berkata, perkara itu dipandang serius kerana melibatkan penyuburan budaya politik kotor di kalangan penyokong parti.
"Oleh itu, kami menuntut polis menyiasat supaya tindakan membudayakan fitnah dan adu domba seperti ini dielakkan untuk kepentingan politik pihak tertentu bertujuan melihat perpecahan antara kaum di negara kita," katanya di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban pada sidang media selepas laporan itu dibuat.
"Apa yang kita mahukan adalah politik matang kerana kerajaan Pakatan Rakyat (PR) menganjurkan pengetahuan politik dengan penghujahan untuk membawa rakyat kepada pemilihan parti yang layak disokong.
"Tapi (apa) yang dilakukan Umno itu tidak menggambarkan sikap profesional mereka menghadapi parti pembangkang, sebaliknya menghentam perkara yang mengingkari titah Agong," kata Nor Azizi.
Sementara itu, PAS yang diwakili Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohamad Taufek Ab Ghani turut menyelar tindakan Umno dan menggesa supaya penyiasatan segera dilakukan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Umno Taman Rasa Sayang itu.
"Jika usaha-usaha jahat ini tidak dihentikan, ia akan membawa kepada permusuhan dan kebencian antara kaum yang akhirnya menggugat kestabilan dan keamanan negara.
"Pelbagai tuduhan palsu dan fitnah dilemparkan kepada pemimpin PR untuk menimbulkan kebencian rakyat," kata Taufek.
PAKATAN LEADERS MALIGNED IN UMNO DOCUMENT Zefry Dahalan March 9, 2011
PKR lodges police report against Taman Rasa Sayang Umno branch in Senawang for seditious statements and pictures fanning racial tensions
SEREMBAN: The Taman Rasa Sayang Umno branch in Senawang under the Rembau division earned the ire of Pakatan Rakyat for instigating tensions between the Malays and Chinese.
Rembau PKR secretary, Norazizi Abdul Aziz, said an eight-page document appended to the minutes the Umno's division annual meeting contains seditious statements and pictures maligning Pakatan leaders.
"The contents of the document, dated March 5, is seditious and designed to instigate racial tensions among the Malays and the Chinese in Pakatan," said Norazizi after lodging a police report at the
district police headquarters here.
Titled "Pendedahan Untuk Kesedaran" it has a picture of DAP advisor Lim Kit Siang under a sub-heading heading which reads: "DAP Anti Islam" and the words "Ketuanan Rakyat" (proposed by Pakatan Rakyat) was changed to "Ketuanan Cina".
Another picture shows Kit Siang delivering a speech and the caption reads: "Kita hapuskan hak Melayu, kita tolak Islam! Mari bersama kami, PAS, PKR dan DAP"
PKR's de facto leader Anwar Ibrahim is portrayed as a No 1 liar and branded as a traitor of the Malays, Muslims and the nation.
Disrespecting the King
Kelantan Menteri Besar and PAS spiritual leader Nik Aziz was not spared either.
A caricature depicts Taiping MP and former Perak exco member Nga Kor Ming as an imam leading a prayer session with Nik Aziz and Anwar behind Kor Ming.
The prayer rug used by Muslims called "sejadah" has the DAP logo on it. Nik Aziz and Anwar are caricatured on prayer rugs with their respective party logos.
Rembau PAS chief, Mohd Taufek Abdul Ghani, slammed Umno for showing disrespect to King's speech at the opening of the new parliament session Monday, where he said narrow racial sentiments must be nipped in the bud before they festered in the community.
Mohd Taufek urged Umno not to resort to cheap and dangerous tactics to divide the races.
The Umno meeting was officiated by Negeri Sembilan Menteri Besar who is also the Rembau Umno chief.
Tarikh : 12 Mac 2011 (SABTU) Tempat : Madrasah Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim, Kg Bongek, Rembau Penceramah : Ustaz Zulkifli bin Ahmad - Mudir Tahfiz Laman Mukmin, Kuala Lumpur
ATURCARA 4.33 ptg : Solat Fardhu Asar Berjemaah 5.00 ptg : Bacaan Tahlil untuk al-Marhum Tuan Guru Haji Ibrahim 5.30 ptg : Bacaan Barzanji 7.26 mlm : Solat Fardhu Maghrib berjemaah 7.45 mlm : Solawat Beramai-ramai 8.00 mlm : Ceramah Maulidurrasul oleh Sohib al-Fadhilah Ustaz Zulkifli bin Ahmad 10.00 mlm : Solat Fardhu Isyak berjemaah 6.00 ptg hingga 10.30 mlm : Jamuan makan dan minum
****************************
BIODATA PENCERAMAH Nama : Zulkifli Bin Ahmad Asal : Sg Petani Kedah Pendidikan : Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Universiti al-Azhar Mesir (Jurusan Syariah Islamiah) Pekerjaan : Mudir Tahfiz Laman Mukmin , Penceramah Status : Berkahwin (4 cahaya mata) Menetap : Taman Kencana, Kuala Lumpur Pengalaman : 10 Tahun berceramah (Termasuk rakaman di Klasik FM dan Selangor FM), Mengendalikan Ceramah Motivasi Kuliah : Kuliah Tetap Maybank H.Q, EON Bank H.Q, Celcom, Felda, JKR H.Q., Affin Bank H.Q, Bank Islam, LHDN,Surau dan Masjid sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan
Di Tenang dan di banyak kawasan di Johor amat teruk sekali. Kejadian banjir itu semasa pengundian bermula. khabarnya sampai menenggelami masjid. Selepas PRK Kerdau di Pahang juga banjir iaitu di kawasan felda. Itu semua kebetulan sahaja. Tetapi yang paling pasti selepas PRK Merlimau dan Kerdau harga getah turun merudum. Mewahnya pengundi di Tenang, Merlimau dan Kerdau semasa kempen dan derita semua penoreh getah seluruh negara akibat harga jatuh. Bukan orang pembangkang sahaja yang menderita.
KUALA LUMPUR, 9 Mac: Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria enggan membuat penjelasan kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung tulisan responsnya menyentuh isu 'undi PAS masuk syurga', Ahad lalu.
Menurutnya, tindakan itu tidak perlu kerana beralasan bahawa Menteri Besar Kelantan itu akan tetap dengan sikapnya menggunakan hukum agama dalam politik yang boleh mengelirukan umat Islam.
"Saya tak perlu untuk buat penjelasan terhadap beliau (Nik Aziz), kalau saya jelaskan nanti sama juga apa yang akan beliau katakan.
"Saya tegaskan masalah Nik Aziz kerana mengaitkan hukum agama dalam politik, saya tahu dalam Islam politik dan agama memang tak boleh lari tapi masalahnya apabila ada pemimpin yang gunakan hukum Islam untuk raih undi," katanya seperti lapor The Malaysian Insider.
Tuan Guru Nik Aziz semalam telah menghantar surat rasmi memohon penjelasan Harussani ekoran kenyataan "undi PAS masuk syurga".
Mengulas isu itu, Adun Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim menyifatkan jawapan mufti itu sebagai bercelaru.
Beliau yang juga antara yang 'berperang' kenyataan dengan Harussani dalam isu ancak membabitkan Menteri Besar Perak berkata, mufti itu juga cuba menunjukkan belangnya.
"Harussani semakin bercelaru dan menampakkan belangnya yang sebenar bila menolak mentah-mentah hasrat Tuan Guru Nik Aziz bertemu dengannya," katanya.
Manakala pengendali Facebook Tuan Guru Nik Aziz pula dalam posting terbaru di laman itu melahirkan kekesalan dengan jawapan mufti itu.
"Adakah begini caranya seorang Mufti menjawab pertanyaan yang diberikan kepadanya? Relevankah?" tulisnya.
Bagaimanapun, Harussani tidak menolak bertemu sesiapa termasuk Tuan Guru Nik Aziz yang mahu bertemu dengannya.
Katanya, untuk pertemuan itu juga tidak perlu kepada orang tengah yang mengaturkannya.
KUALA LUMPUR, 9 Mac: Kos keseluruhan lawatan rasmi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.
Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan sama Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook dan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar di parlimen hari ini.
Bagaimanapun,soalan Firdaus sama ada kos itu tersenarai dalam bajet 2011, tidak dinyatakan jawapan.
Dalam penjelasan itu, Nazri berkata rombongan yang diketuai Rosmah itu turut disertai Menteri Wanita, isteri-isteri menteri, menteri besar-menteri besar, ketua menteri serta beberapa pegawai kerajaan.
Rombongan ke bandar Riyadh, Muscat dan Dhaka itu juga mendapat kelulusan Jemaah Menteri.
Isu lawatan Rosmah sebelum ini menjadi pertikaian banyak pihak ekoran didakwa melangkaui bidang kuasa menteri berkaitan yang hanya menjadi peserta rombongan.
Turut dipertikaikan, duit rakyat yang digunakan untuk menanggung kos lawatan tersebut di saat rakyat berdepan pelbagai tekanan ekonomi.
Nazri memberitahu, di Riyadh, Rosmah dijemput menyampaikan ucaptama di Seminar Antarabangsa Pertama, mengenai Pengurusan Kualiti Pendidikan K-12, atas jemputan Timbalan Menteri Pelajaran Arab Saudi.
Di Muscat pula, Rosmah diundang daripada Menteri Pembangunan Sosial Oman manakala di Dhaka, isteri perdana menteri itu diundang Madam Cherie Blair, Penaung Asian University for Women dan menyampaikan ucaptama di Simposium Memikirkan Masa Hadapan Asia.
Berhubung isu jabatan First Lady of Malaysia (Flom) yang sebelum ini dimuatkan dalam web Pejabat Perdana Menteri pula, Nazri berkata ianya dibuang kerana menimbulkan kekeliruan.
Jabatan itu kini kata Nazri sedang dalam proses penyelenggaraan.
You are subscribed to email updates from PAS LENGGONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Gambar: Datin Seri Shanaz A.Majid (kiri), menantu kepada Ketua Menteri Sarawak ditemani peguam Dr Mohd Rafie Mohd Shafie selepas memfailkan tuntutan fasakh sebanyak RM100 juta dan RM300 juta sebagai harta sepencarian daripada suaminya, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur, Rabu.
Datin Seri Shahnaz A. Majid, 48, memfailkan permohonan tersebut terhadap ahli perniagaan, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib Abdul Taib, 48, pada 22 Februari lalu dan kes disebut di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu.
Pasangan tersebut berkahwin pada 9 Januari 1992 di sini dengan berwalikan bapa pengantin perempuan dan dikurniakan seorang anak lelaki, Raden Murya yang berusia 17 tahun.
Shahnaz yang juga kakak kepada penyanyi popular, Sheila Majid memfailkan permohonan itu atas alasan Mahmud Abu Bekir tidak memberikan nafkah batin sejak tahun 2001 menyebabkan beliau digantung tidak bertali yang telah menyusahkan kehidupan beliau.
Selain itu, beliau juga mendakwa defendan telah menunjukkan perubahan bermula tahun 1994 dan 1999 apabila bertindak agresif seperti menumbuk kepala, menendang rusuk dan suka memaki hamun plaintif dengan menggunakan kata-kata kesat.
Plaintif juga mendakwa, suaminya amat jarang pulang ke rumah sejak tahun 1999, tidak boleh ditegur, sukar dihubungi, gemar bersosial dengan perempuan bukan muhrim serta tidak melayan diri beliau dengan adil selepas bernikah dengan seorang wanita Rusia yang berstatus janda yang mempunyai tiga orang anak.
Pada prosiding itu, peguam syarie Dr Mohd Rafie Mohd Shafie yang mewakili plaintif memaklumkan Hakim Syarie Mohd Amirul Adam Ahmad bahawa pihaknya masih belum dapat menyerahkan saman kepada defendan, walaupun percubaan telah dilakukan pada 28 Februari lalu.
"Pihak kami tidak dapat masuk ke rumah defendan yang terletak di Duta Nusantara (di sini), maka kami memohon perintah mahkamah supaya saman berdaftar disampaikan kepada beliau melalui mahkamah," tambahnya.
Justeru itu, Mohd Amirul Adam Ahmad menetapkan kes tersebut disebut semula pada 24 Mac ini. Sementara itu, bagi tuntutan mutaah, Shahnaz menuntut RM100 juta yang dipercayai satu jumlah yang munasabah berdasarkan tempoh perkahwinan mereka selama 19 tahun sebulan selain ia juga berpadanan dengan pendapatan defendan.
Dakwanya, defendan merupakan seorang yang sangat berkemampuan dan memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif Syarikat Cahaya Mata Sarawak yang menjalankan pelbagai perniagaan dan pelaburan yang berjumlah berbilion-bilion ringgit.
Sehubungan itu, Shahnaz mendakwa jumlah yang dituntut tersebut adalah demi keadilan untuk beliau memulakan kehidupan baru dan menutup rasa aib serta membolehkan beliau untuk hidup dengan taraf dan status yang pernah dilaluinya.
Selain itu, beliau turut menuntut supaya RM300 juta diisytiharkan sebagai harta sepencarian, iaitu harta-harta termasuk rumah di mereta-rata tempat, tanah beratus-ratus hektar di Sarawak dan tanah di Bukit Tunku, di sini.
Selain itu, mereka juga didakwa mempunyai kereta Mercedez Benz, Lamborghini Murcielago, Ferrari Spider, Bentley New Continental GT, Maserati Quartoporte, AUDI, dan Van Alphard serta simpanan-simpanan bank.
Harta tersebut juga melibatkan syarikat-syarikat dan saham-saham seperti Titanium Management Sdn Bhd, Sarawak Cable Berhad, Cahaya Mata Sarawak Berhad, Premium Haven, Log Dak Promotions, Dataran Aras, Celebrity Design dan Bella Magic.
Semasa ditemui di luar mahkamah, Mohd Rafie memberitahu, permohonan mutaah dan harta sepencarian tersebut telah ditetapkan untuk menjalani rundingan secara sulh di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 15 Mac ini. -mstar
Skim Rumah Pertamaku dilancar KL 8 Mac - Golongan muda yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan dan belum memiliki kediaman sendiri boleh menarik nafas lega apabila mereka berpeluang untuk membeli rumah melalui Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan hari ini.
Skim tersebut yang memberi kemudahan pinjaman 100 peratus kepada pembeli, tanpa perlu membayar wang deposit sebanyak 10 peratus seperti kebiasaan prosedur pembelian rumah, dilancarkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut Perdana Menteri, Skim Rumah Pertamaku yang berkuat kuasa mulai hari ini membenarkan golongan muda berumur 35 tahun ke bawah, memiliki rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000.
"Skim ini merupakan inisiatif kerajaan yang dilaksanakan melalui Cagamas Berhad dengan kerjasama institusi-institusi kewangan. Ia bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup selain harga hartanah yang tinggi.
"Langkah ini akan membantu golongan muda di Malaysia untuk memiliki rumah pertama mereka dengan lebih cepat, selari dengan objektif kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik," katanya semasa berucap melancarkan Skim Rumah Pertamaku, di sini hari ini.
Ketika pembentangan Bajet 2011 yang lalu, Najib mengumumkan beberapa inisiatif berkaitan perumahan, antaranya Skim Rumah Pertamaku yang memberi kemudahan pinjaman 100 peratus kepada golongan muda yang berpendapatan kurang RM3,000.
Selain itu, kerajaan juga meluluskan peruntukan sebanyak RM568 juta untuk membina 300 unit kediaman di bawah Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit (Program Perumahan Rakyat) dan 8,000 unit (Projek Bantuan Rumah Sewa).
Semua inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada usaha kerajaan bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat agar hasrat untuk muncul sebagai sebuah negara maju serta berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 tercapai.
Mengulas lanjut Perdana Menteri berkata, pelancaran skim berkenaan merupakan salah satu bukti komitmen serta keseriusan kerajaan dalam merealisasi konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Sehubungan itu, beliau berharap melalui skim tersebut, ia akan menggalak pihak pemaju untuk membina lebih banyak rumah mampu milik dan tidak hanya memberi fokus kepada rumah kos mewah dan sederhana mewah semata-mata.
Pada masa yang sama, Najib turut mempelawa bank yang belum menyertai Skim Rumah Pertamaku supaya melibatkan diri, bagi memastikan inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dapat dijayakan sepenuhnya.
Katanya, sehingga kini, skim tersebut berjaya menarik penyertaan lebih daripada 20 buah institusi kewangan termasuk institusi kewangan Islam antara CIMB Bank Berhad; Maybank Berhad; Bank Islam Malaysia Berhad dan Public Bank Berhad.
"Saya berharap segala urusan pinjaman ini akan dipermudahkan oleh institusi kewangan dan bukan sebaliknya. Mungkin skim ini tidak berapa menguntungkan kepada pihak bank, tetapi bagi rakyat, mereka sangat memerlukan," jelasnya.
L(TS) KUALA LUMPUR: Menantu kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud Ismet Ulam Raja memfailkan permohonan bercerai secara fasakh dan menuntut mutaah bernilai RM100 juta dan RM300 juta sebagai harta sepencarian.
Datin Sri Shahnaz A. Majid memfailkan permohonan itu terhadap Datuk Sri Mahmud Abu Bekir Taib Abdul Taib Mahmud Abdul Wahab Ismet Ulam Raja dan kes itu disebut di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu.
Salwa Shaari mStar.
kalu dah harta salah seorang anaknya Abdul Wahab ratus juta... Abdul Wahid dan Abdul Wahud.. mesti bahagiaan ratus juta juga.... jadi kire sendiri le reta Ismet Ulam Raja.....
"Siapa nak jumpa saya, datang jumpa di pejabat saya, saya tak perlu untuk jumpa mereka.
"Bukan saya yang berhasrat untuk mengadakan pertemuan," kata Harussani.
Kenapa perlu kita sombong? Mungkin Dr Harussani lupa akan dialog Iblis dengan Allah ketika mana disuruh Iblis sujut kepada Nabi Adam, kata Iblis : "Engkau ciptakan aku dari api dan Adam dari tanah. Api lebih mulia dari tanah. Itu bererti yang aku lebih mulia dari Adam. Maka tidak sepatutnyalah aku sujud dan hormat terhadap Adam itu."... bukan ana nak kata yang TGNA itu Nabi... tapi sikap sombong itulah yang menyebabkan Iblas dihumbankan kedalam neraka selamanya..
KUALA LUMPUR, 9 Mac — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan beliau tidak perlu membuat penjelasan kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung tulisan responsnya menyentuh isu "undi PAS masuk syurga", Ahad lalu.
Ini kerana, jelas Harussani, sekiranya penjelasan diberikan kepada Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan itu akan tetap mengeluarkan kenyaataan yang bercanggah dengan kehendak agama Islam.
Selain itu, Harussani percaya Nik Aziz akan tetap menggunakan hukum agama dalam politik yang boleh mengelirukan umat Islam.
"Saya tak perlu untuk buat penjelasan terhadap beliau (Nik Aziz), kalau saya jelaskan nanti sama juga apa yang akan beliau katakan.
"Saya tegaskan masalah Nik Aziz kerana mengaitkan hukum agama dalam politik, saya tahu dalam Islam politik dan agama memang tak boleh lari tapi masalahnya apabila ada pemimpin yang gunakan hukum Islam untuk raih undi," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Beliau berkata, Nik Aziz tidak layak untuk menentukan sama ada seseorang individu itu masuk syurga atau tidak.
"Syurga adalah hak Tuhan... bukan hak kita sebagai manusia untuk menentukanya.
"Bukan hak kita untuk cakap macam itu, ini adalah kuasa Tuhan," tegasnya.
Nik Aziz telah menghantar surat rasmi memohon penjelasan Harussani ekoran penyataan "undi PAS masuk syurga" semalam.
Harussani baru-baru ini dilaporkan menasihatkan Nik Aziz, agar tidak menggunakan hukum agama untuk meraih undi kerana dibimbangi mengelirukan umat Islam.
Surat itu dihantar pagi semalam oleh pejabat Nik Aziz.
Mengenai hasrat Dewan Pemuda PAS Perak untuk menjadi orang tengah, Harussani berkata, beliau tidak memerlukan sesiapa untuk mengaturkan pertemuan dengan Nik Aziz.
Sebaliknya, beliau berkata sesiapa sahaja termasuk Nik Aziz jika ingin menemuinya boleh terus datang ke pejabat Mufti Perak.
KUALA LUMPUR, 9 Mac — ust Riduan Mohamad Nor yang juga merupakan Exco Pemuda PAS pusat muncul dengan buku bagi menjawab "Menuju PAS Baru" tulisan Dr Mujahid Yusuf Rawa sambil mendakwa karya Ahli Parlimen Parit Buntar itu "jauh tersasar" dalam mengetengahkan hujahnya mengenai parti Islam tersebut.
Beliau yang menghasilkan buku menjawab tulisan Mujahid dengan tajuk "Menerjang Badai: 60 Tahun Mempersada Perjuangan" berkata, "saya merasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk memberikan pandangan kedua."
"Saya menyemak lembaran demi lembaran yang dituang oleh Dr Mujahid berulang-ulang kali dan merasa agak tersinggung dengan pemerincian sejarah dan cara beliau mempersepsikan setiap aluran sejarah itu dengan tanggapan sendiri, yang cuba dibenarkan dengan tema konflik."
Menurut Riduan, PAS sebagai gerakan massa yang menampung kepelbagaian ahli sudah tentu tidak sunyi dengan konflik.
"Begitulah juga dengan gerakan Islam lain di seluruh belahan di dunia, tetapi wajah konflik ini ditulis dengan begitu kurang berhati-hati oleh sahabat saya itu (Mujahid)," kata Riduan dalam buku setebal 200 halaman, yang kini berada dalam pasaran.
1. Kelihatan UMNO dan BN 'all out' menggunakan isu PAS alat DAP, PAS kuda tunggangan DAP, PAS boneka DAP, PAS menggadai prinsip perjuangan dan 1001 tohmahan dilemparkan kepada PAS dan disogok kepada rakyat khasnya orang - orang melayu untuk menanam rasa benci dan curiga yang mendalam terhadap PAS.
2. UMNO dan BN melengkapkan adu dombanya untuk masyarakat melayu menolak perjuangan PAS secara konsisten dengan "sepanduk" mereka bahawa "PAS berkawan dengan kafir DAP tetapi lawan melayu UMNO". Secara sentimennya, sebahagian masyarakat melayu yang hanya terdedah kepada maklumat sebelah pihak akan terpengaruh dengan dakyah ini.
3. Saya tidak menafikan kemungkinan sebahagian pengundi menolak untuk memberi sokongan kepada PAS atas faktor ini, namun ia bukanlah faktor besar dan sebenar justeru unjuran undi sokong yang diperolehi oleh PAS tidak menunjukkan aras menjunam sebaliknya menurun dengan peratus yang kecil sementelah pula ia diukur nilai dalam saingan pilihanraya kecil.
4. Saya sangat optimis, kiranya PAS diberi laluan serta kemudahan untuk akses dengan media elektronik dan cetak arus perdana bagi menjelaskan segala kekeliruan yang tersimpul, PAS mampu memberi saingan sengit secara sihat kepada UMNO dan BN lalu memenangi pilihanraya secara gentleman. Malang demokrasi negara kita diurus secara pincang oleh UMNO dan BN selaku pemerintah, lalu memaksa kita bersaing tanpa peluang yang seimbang.
5. Insyaallah, jika UMNO dan BN masih gagal membuka peluang untuk PAS dan rakan - rakan Pakatan Rakyat akses dengan media elektronik dan cetak arus perdana menjelang 1 Mei akan datang, Himpunan 500K BERSIH 2 akan menjadi kenyataan pada bulan june akan datang.
6. Menjawab persoalan kenapa PAS sedia berhubung, berkawan dan bekerjasama dengan DAP, saya mulakan dengan mengajak seluruh rakyat khasnya ummat Islam untuk mengkaji kebijakan Baginda Rasul saw bertindak melalui seerah perjuangan Baginda demi menyelamatkan ummah sekaligus menyalakan obor menerangi kegelapan jahiliyyah. Baginda Rasul saw telah bertindak sebagai Rahmatan Lil A'lamin [ rahmat - naungan kasih buat seluruh alam ].
7. Antara tindakan bestari Baginda Rasul saw ialah Baginda telah mengadakan kerjasama sosial dan politik dengan golongan non muslim pada waktu itu untuk tujuan mempertahankan hak dan menentang kezaliman:
Hilful Mutaiyyibin : Nabi saw. pernah menjelaskan mengenai Tahaaluf ini . Sabda Baginda saw : شهدت حلف المطيبين و ما أحب أن أنكثه و أن لي حمر النعم Aku telah menyaksikan berlakunya perjanjian ( tahaaluf ) al Mutayyibin dan aku tidak ingin memungkirinya walaupun diberi kepada aku unta berwarna merah yang terbaik sekali .
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad. al Musnad Jil 1. hlm 190 - 193 Perjanjian atau kerjasama [ tahaaluf ] ini wujud apabila timbul persengketaan dikalangan kabilah dalam merebut kuasa pengawasan Kaabah, hak penyediaan makanan dan ketenteraan serta pengurusan air zam - zam . Lalu mereka berkumpul dan mengadakan perjanjian atau kerjasama [ tahaaluf ] untuk tidak merampas hak masing - masing .
Hilful Fudhul : Urutan Perjanjian Mutayyibin , Perjanjian atau kerjasama Fudhul dimeteri untuk menghentikan kezaliman daripada berleluasa di Kota Makkah . Samaada Kezaliman itu ke atas penduduk asal Makkah , juga kepada orang - orang asing yang berurusan di Kota Makkah . Mereka berkumpul di rumah Abdullah bin Jud'an lantaran beliau seorang yang sangat dihormati dan yang paling tua dikalangan mereka .
Sabda rasulullah saw : Aku telah menyaksikan di Rumah Abdullah bin Jud'an , adanya satu perjanjian atau kerjasama [Fudhul] yang aku tidak akan membatalkannya sekalipun aku diberikan seekor Unta Merah . Dan sekiranya perjanjian atau kerjasama itu diajak semula pada masa Islam , maka aku akan menyetujuinya .
Diriwayatkan oleh Ibn Ishak dari Muhammad bin Zaid bin Muhajir. Hadis ini bertaraf Mursal namun tidak terjejas kerana tadlis Ibn Ishaq . Ibnu Ishaq tidak melakukan kecurangan ( tadlis ) disini melainkan beliau telah menyebutkan sanadnya.
Al Imam Suhaili menyebut bahawa Hilful Fudhul adalah sebaik - baik perjanjian atau kerjasama yang pernah di dengar dan perjanjian yang paling mulia dikalangan bangsa Arab . Ianya tercetus apabila berlaku penindasan yang dilakukan oleh al- Ashi bin Wai'l , seorang yang kaya raya dan ternama di Kota Makkah membeli barang dagang seorang badwi tetapi enggan membayarnya .
8. Kedua, suka saya tarik perhatian semua kepada satu analogi : Saya tinggal di kawasan taman perumahan. Suatu malam rumah saya dinaiki pencuri [ waliyazubillah - sbg contoh ]. Sejurus saya sedar, saya dapati wang saya hilang sebanyak RM 134.000. Pencurinya hanya seorang perempuan tapi lariannya agak licik dan pantas, lalu saya berteriak : Tolong ! Tolong ! perempuan itu curi wang saya ! Tiba - tiba jiran - jiran saya yang terdiri orang India beragama hindu namanya Balendran [sekadar contoh ] dan juga orang cina beragama kristian namanya Vincent [ sekadar contoh ], malah ramai lagi jiran saya turut keluar dan mereka terdiri dari pelbaga bangsa dan agama yang tidak serupa dengan saya.
Hasrat mereka mahu membantu saya untuk mengejar dan menangkap pencuri itu. Rupa - rupanya bulan lepas rumah mereka juga dinaiki pencuri yang sama. Ada yang lesap RM 100.000 satu malam begitulah juga yang lain dengan jumlah yang tidak sedikit. Mereka sama - sama nekad mahu menangkap pencuri itu. Mereka berkumpul dihadapan rumah saya di Jalan Raja Laut [ sekadar contoh ], lalu mereka melafaz ikrar untuk bekerjasama bagi mengejar dan menangkap pencuri tersebut demi memelihara keamanan dan kesejahteraan Taman perumahan kami.
Kendati pun saya seorang muslim dan mereka yang menghulur tangan untuk bekerjasama menangkap pencuri licik itu pula terdiri kalangan non muslim, Islam membenarkan saya memeteri perjanjian kerjasama untuk menangkap pencuri profesional itu. Bodohlah saya yang baru kehilangan RM 134.000 dek kerana pencuri perempuan itu, tiba - tiba saya menolak kerjasama yang dihulurkan oleh non muslim yang juga mahu menangkap pencuri yang sama, semata - mata kerana mereka berbangsa cina, india dan pula tidak Islam. Saya tidak akan belajar sampai ke Mesir untuk jadi sebodoh itu.
9. Kenapa UMNO dan BN marah sangat PAS bekerjasama dengan DAP ? bagaimana pula dengan UMNO sendiri yang berselimut toto dengan MCA dan MIC ? Bukankah MCA itu juga Cina dan MIC itu India ? atau ada yang lebih cina dari MCA dan terlebih India dari MIC ? Perangai UMNO ini tidak ubah sebagaimana kata pepatah arab : ضربني و بكى شتمني واشتكى Dia pukul aku dia yang menangis , dia fitnah aku dia yang mengadu . Begitu juga orang tua - tua pernah bisik pada saya, UMNO ni macam paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Tapi lain pula kata orang muda pada saya mengenai UMNO ini. Kata mereka , paku sana paku sini, serpihnya balik atas dia juga.
10. Siapa sebenarnya menjadi alat dan boneka ? bukankah UMNO menjadi alat dan kuda tunggangan dalam Barisan Nasinal ? : Sekian lama UMNO bertanding di kerusi Parlimen Raub akhirnya menyerahkan kerusi itu kepada MCA, demikian juga kerusi Parlimen Kuantan yang akhirnya UMNO terpaksa gadaikannya kepada MCA.
UMNO pernah menang besar dan memiliki majoriti kerusi berbanding parti Gerakan di Pulau Pinang semasa dahulu kala, tetapi malang UMNO menyerahkan kerusi Ketua Menteri kepada parti Gerakan.
Lebih dari 3 penggal pilihanraya, UMNO yang menjadi kerajaan tidak pernah menambah kerusi melayu di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis pada setiap kali persempadan semuala kawasan pilihanraya dilakukan, sebaliknya menambah kerusi di negeri - negeri lain yang akhirnya mengurangkan peratus majoriti dan penguasaan melayu di Parlimen. Bukankah UMNO menjadi alat dan boneka kepada pihak lain?
Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan di Parlimen hari ini beberapa keping cek ditandatangan oleh seorang ahli parlimen bagi membeli tanah bernilai RM1.5 juta.
Beliau mendedahkan perkara tersebut semasa membahaskan ucapan menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agung petang tadi menjelaskan, cek tersebut ditandatangani oleh seorang ahli parlimen PKR yang baru-baru ini keluar parti tetapi yang menghairankan beliau ialah ahli parlimen tersebut berkemampuan membeli tanah tersebut dalam masa dua bulan sahaja selepas keluar parti.
Beliau menegaskan parti PKR bukanlah tempat untuk menjadi kaya ataupun membuat duit seperti tanggapan segelintir yang keluar parti, maka ahli yang tidak berpuas hati bertindak keluar parti dan mula melontarkan tohmahan yang tidak benar terhadap parti.
"Yang tak dicerita apa dia? Bila berada dalam barisan pembangkang, khususnya PKR ini, bukannya lesen nak jadi kaya. Kalau hidup berpendapatan RM10, jangan berbelanja RM100. Ketidakupayaan untuk menambah RM90 kadang-kadang menyebabkan mereka tewas dengan ujian," kata beliau.
Beliau menjelaskan, ada ahli yang mula membuat pelbagai dakwaan liar terhadap parti selepas keluar parti, bahawa kononnya parti ini telah meninggalkan perjuangan membela rakyat, parti dipimpin pengkhianat, seorang ketua yang mahu menjadi Perdana menteri walau apa cara sekalipun dan bermacam lagi semata-mata sebagai alasan keluar parti.
"Pada saya ini ada salinan cek yang ditandatangani oleh satu daripada enam rakan saya yang keluar parti. Satu cek, RM700 ribu bertarikh 12 Januari, 2011. Satu cek lagi, 15hb Mac, 'post dated'. Tujuannya apa? Bayar harga tanah, nilainya RM1.5 juta," ujar beliau.
Saifuddin kemudiannya mempersoalkan punca pendapatan tersebut sehingga dapat memberi kemampuan luar biasa kepada ahli parlimen tersebut membuat pembelian semewah itu.
"Duduk dalam parti, (dia) tanya tak dapat itu ini. Keluar sahaja, dapat bayar tanah RM1.5 juta. Dari mana dapatnya duit ini? Itu sahaja persoalannya," tegas beliau.
Katanya lagi, beliau ingin tahu samada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan memulakan siasatan atau tidak terhadap ahli parlimen tersebut selepas beliau mendedahkan perkara tersebut.
Pakar dan penganalisa politik negeri Sarawak, Profesor Madya Shaharuddin Badaruddin hari ini member analisa awal bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak dijangkakan kekal berkuasa di negeri itu jika diadakan pilihanraya negeri bagi Dewan Negeri Sarawak. Namun begitu, Shaharuddin yakin bahawa jumlah kerusi yang dipunyai oleh BN Sarawak hari ini akan berkurangan.
Beliau menjangkakan Pakatan Rakyat (PR) mampu merampas sekurang-kurangnya 15 kerusi dewan negeri Sarawak yang kebanyakannya adalah kerusi-kerusi mempunyai majoriti pengundi Cina dan yang ditandingi oleh parti SUPP bagi pihak BN dan DAP bagi pihak PR. Shaharuddin yang juga pensyarah Sains Politik di UITM berkata demikian semasa membentangkan.kertas kerja yang bertajuk "Lanskap Politik Semasa Menjelang PRU Ke-13: Analisis Sabah Dan Sarawak di Universiti Malaya hari ini.
Program tersebut dianjurkan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) di Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Daripada 15 kerusi berkenaan adalah kerusi SUPP yang dilihat masih pro-DAP berdasarkan trend pengundian masyarakat Cina dalam pilihan raya kecil di Sibu tahun lalu yang dilihat berterusan.
Selain dari itu, BN Sarawak dilihat akan gagal merampas kembali tujuh kerusi yang kini dimiliki oleh DAP dan PKR semasa pilihan raya negeri 2006. Bukan itu sahaja beberapa kerusi lain yang nampak memberikan tentangan hebat antara BN dan PR ialah kerusi-kerusi di Repok, Dudong, Pelawan, Batu Kawah dan Bawang Assam.
Dewan Negeri Sarawak mempunyai 71 kerusi dengan BN menguasai 63 kerusi darinya.Setakat hari ini, DAP dilihat mampu terus untuk kekal menguasai Bukit Assek, Pending, Meradong, Batu Lintang, Kidurong dan Kota Sentosa dan PKR pula terus menduduki kerusi Padungan. Manakala bagi kerusi Ngemah pula dimenangi oleh wakil Snap yang kini telah pun keluar parti itu bagi menyertai ke Parti Cinta Malaysia (PCM).
Menurut Shaharudin lagi, beberapa isu tempatan yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat khususnya berkaitan dengan kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud (gambar atas) mula memberi kesan. Antaranya ialah isu pengganti Taib sendiri yang mungkin memberi padah kepada BN jika tidak dijawab dengan baik.
Malah, semasa PRK Sibu pada tahun lepas, di mata pengundi Cina, Taib dilihat sebagai satu liabiliti dan isu ini akan berterusan di dalam pilihanraya negeri nanti. Mengulas tentang kerusi milik kaum bumiputera Islam dan Melayu pula, Shaharudin tidak menolak tiga kerusi kawasan Melayu yang kini dimilik oleh PBB boleh tumbang kepada Pakatan. Kerusi-kerusi yang dimaksudkan itu ialah Beting Maro, Sadong Jaya dan Saribas.
Ini merujuk kepada keputusan pilihanraya negeri yang lepas apabila kerusi-kerusi berkenaan hanya mencatatkan kemenangan PBB-BN dengan majority yang kurang dari 1,000 undi. Tambah Shaharuddin lagi, isu dinasti Taib yang memerintah lebih 30 tahun telah menjadi duri dalam daging kepada BN.
Beliau juga menunjukkan satu slide yang mempamerkan beberapa kain rentang yang muncul ketika pilihan raya kecil Sibu seperti Vote for SUPP =Vote for Taib sebagai contoh isu yang akan terus dimainkan nanti. Beliau turut menjangkakan pilihan raya negeri Sarawak akan berlangsung pada bulan April./KL-Today
PAS menyeru rakyat Malaysia membuka mata dan menilai sendiri sikap kepimpinan Umno yang ditunjukkan melalui kenyataan Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataan yang mempertikaikan tindakan Kerajaan PAS Kelantan mengharamkan judi loteri di negeri Serambi Mekah itu.
"Baru sahaja menang di Merlimau dan Kerdau, Umno terus kembali menegakkan kemungkaran sebagai tanda kesyukuran," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Katanya, sebagai seorang pemimpin Islam dan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin sewajarnya menyokong tindakan itu kerana jelas ianya diterima oleh semua agama di negara ini yang mengharamkan judi.
PAS juga, katanya kesal kerana Umno terlalu suka mengaitkan aktiviti perjudian sebagai aktiviti kesukaan mereka yang bukan Islam.
Menurutnya, mereka yang mempunyai moral yang tinggi memandang judi dalam perspektif yang amat buruk, hanya mereka yang bermoral rendah sahaja menjadikan judi sebagai hiburan mereka yang akhirnya menghabiskan duit poket mereka.
Tambahnya, PAS juga yakin kenyataan Muhyiddin itu dibuat ekoran desakan taikun-taikun perjudian di negara ini yang banyak membantu memberikan sokongan kepada Umno Barisan Nasional untuk menghadapi PAS dalam mana-mana pilihan raya.
Katanya, beberapa pemimpin Umno juga dikenal pasti pernah atau masih mempunyai kepentingan dalam syarikat-syarikat judi berkenaan.
"Maka jelaslah bahawa kenyataan Muhyiddin itu sengaja dilontarkan bagi membela periuk nasi kroni mereka yang telah lama bergelumang dalam industri judi," ujarnya.
Sehubungan itu, ujarnya PAS menyeru Muhyiddin serta pemimpin Umno lainnya bertaubat kepada Allah kerana berjuang dan menghalalkan judi di negara ini dan meminta maaf kepada penganut bukan Islam yang difitnahkannya sebagai kaki judi.
PAS juga, tambahnya memperingatkan Muhyiddin dan Kerajaan Persekutuan supaya menghormati hak perundangan Kerajaan Kelantan dalam menguatkuasakan undang-undang di bawah bidang kuasa mereka.
"Jika tidak ada modal untuk bercakap, baik diam diri sahaja," ujarnya.
PAS, tegasnya menyokong penuh hasrat kerajaan Kelantan dan akan terus berkempen memerangi judi di negara ini.
"Semoga rakyat terus membuka mata dan menolak Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13 akan datang," katanya. -HD
Oleh Khairi Abd Rahim Sebaik sahaja keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kerdau diketahui, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata kekalahan di pihaknya memang telah dijangkakan kerana hakikatnya PAS terpaksa berhadapan dengan kerajaan Malaysia. Bayangkan, pemimpin BN turun bergentayangan dengan kapasiti sebagai menteri, menteri besar, timbalan menteri, pengarah jabatan dan sebagainya berkempen dan [...]
Oleh: Shuhaimi Al-Maniri Keputusan pilihanraya kecil DUN N27 Merlimau, Melaka dan N28 Kerdau, Pahang memang sudah dijangka lebih awal oleh pemerhati-pemerhati politik. BN menang besar di DUN Merlimau dengan majoriti 3,643 undi dimana calon BN, Roslan Ahmad mendapat 5,962 undi, manakala calon PAS, Yuhaizad Abdullah memperolehi 2,319 undi. BN turut menang pilihan raya kecil DUN Kerdau [...]
Kami rasa, masih ramai yang masih kabur dan tidak memahami sepenuhnya hak anda sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara yang menjamin hak setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira agama, kaum, bangsa dan semua fahaman politik.
Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan
Hak terhadap harta.
(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.
Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan.
Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.
Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.
Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau.
Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.
Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.
Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.
Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 09/3/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?
Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu.
Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah.
Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak.
Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.
Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.
Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A.
Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran.
Denda hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.
Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda… TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.
Bagaimana JPJ boleh menghalang pembaharuan cukai jalan?
1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.
Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?
2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI.
3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?
Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:
a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.
b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.
c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.
Berikut di dibawah adalah video berkaitan:
Jadi, selepas ini, kami harap rakyat akan buka mata untuk mengambil tahu tentang apa hak anda dan bagaimana anda boleh menuntut hak anda, lebih-lebih lagi sekiranya anda disabitkan dengan saman ekor.Apa pendapat anda mengenai hak anda ini?
Artikel oleh:
Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti SamanEkor (KASE)
You are subscribed to email updates from ansarullah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ingkar perintah Agong: KEADILAN Rembau lapor polis 9 Mac 2011
SEREMBAN: KEADILAN Rembau dan PAS Paroi hari ini membuat laporan polis menggesa siasatan berkenaan kertas mesyuarat tahunan Umno Cawangan Taman Rasa Sayang, Bahagian Rembau kerana didakwa mengandungi isu perkauman dan fitnah.
Ini juga berikutan ahli Umno di cawangan berkenaan tidak menghormati dan mengingkari titah Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yangmahu rakyat negara ini tidak membangkitkan isu sensitif menyentuh perkauman.
"Antara yang jelas ditimbulkan mereka adalah isu agama dan perkauman. Ini cukup membuktikan mereka ingkar dengan titah Tuanku Mizan supaya menjauhi amalan ini," kata Setiausaha Cabang KEADILAN Rembau, Nor Azizi A Aziz sambil menunjukkan bukti beberapa gambar di dalam kertas mesyuarat itu yang didakwa boleh mencetuskan perbalahan kaum.
Kertas mesyuarat tahunan 2011 tersebut mengandungi lapan halaman yang keseluruhannya menerbitkan perihal sentiviti kaum.
Antara tulisan pada salah satu gambar yang terpampang wajah Penasihat DAP, Lim Kit Siang berbunyi, "Kita hapuskan hak Melayu, kita tolak Islam, mari bersama kami, PAS, PKR dan DAP!!".
Nor Azizi yang mewakili ketuanya, Badrul Hisham Shaharin berkata, perkara itu dipandang serius kerana melibatkan penyuburan budaya politik kotor di kalangan penyokong parti.
"Oleh itu, kami menuntut polis menyiasat supaya tindakan membudayakan fitnah dan adu domba seperti ini dielakkan untuk kepentingan politik pihak tertentu bertujuan melihat perpecahan antara kaum di negara kita," katanya di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban pada sidang media selepas laporan itu dibuat.
"Apa yang kita mahukan adalah politik matang kerana kerajaan Pakatan Rakyat (PR) menganjurkan pengetahuan politik dengan penghujahan untuk membawa rakyat kepada pemilihan parti yang layak disokong.
"Tapi (apa) yang dilakukan Umno itu tidak menggambarkan sikap profesional mereka menghadapi parti pembangkang, sebaliknya menghentam perkara yang mengingkari titah Agong," kata Nor Azizi.
Sementara itu, PAS yang diwakili Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohamad Taufek Ab Ghani turut menyelar tindakan Umno dan menggesa supaya penyiasatan segera dilakukan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Umno Taman Rasa Sayang itu.
"Jika usaha-usaha jahat ini tidak dihentikan, ia akan membawa kepada permusuhan dan kebencian antara kaum yang akhirnya menggugat kestabilan dan keamanan negara.
"Pelbagai tuduhan palsu dan fitnah dilemparkan kepada pemimpin PR untuk menimbulkan kebencian rakyat," kata Taufek.
PAKATAN LEADERS MALIGNED IN UMNO DOCUMENT Zefry Dahalan March 9, 2011
PKR lodges police report against Taman Rasa Sayang Umno branch in Senawang for seditious statements and pictures fanning racial tensions
SEREMBAN: The Taman Rasa Sayang Umno branch in Senawang under the Rembau division earned the ire of Pakatan Rakyat for instigating tensions between the Malays and Chinese.
Rembau PKR secretary, Norazizi Abdul Aziz, said an eight-page document appended to the minutes the Umno's division annual meeting contains seditious statements and pictures maligning Pakatan leaders.
"The contents of the document, dated March 5, is seditious and designed to instigate racial tensions among the Malays and the Chinese in Pakatan," said Norazizi after lodging a police report at the
district police headquarters here.
Titled "Pendedahan Untuk Kesedaran" it has a picture of DAP advisor Lim Kit Siang under a sub-heading heading which reads: "DAP Anti Islam" and the words "Ketuanan Rakyat" (proposed by Pakatan Rakyat) was changed to "Ketuanan Cina".
Another picture shows Kit Siang delivering a speech and the caption reads: "Kita hapuskan hak Melayu, kita tolak Islam! Mari bersama kami, PAS, PKR dan DAP"
PKR's de facto leader Anwar Ibrahim is portrayed as a No 1 liar and branded as a traitor of the Malays, Muslims and the nation.
Disrespecting the King
Kelantan Menteri Besar and PAS spiritual leader Nik Aziz was not spared either.
A caricature depicts Taiping MP and former Perak exco member Nga Kor Ming as an imam leading a prayer session with Nik Aziz and Anwar behind Kor Ming.
The prayer rug used by Muslims called "sejadah" has the DAP logo on it. Nik Aziz and Anwar are caricatured on prayer rugs with their respective party logos.
Rembau PAS chief, Mohd Taufek Abdul Ghani, slammed Umno for showing disrespect to King's speech at the opening of the new parliament session Monday, where he said narrow racial sentiments must be nipped in the bud before they festered in the community.
Mohd Taufek urged Umno not to resort to cheap and dangerous tactics to divide the races.
The Umno meeting was officiated by Negeri Sembilan Menteri Besar who is also the Rembau Umno chief.
Tarikh : 12 Mac 2011 (SABTU) Tempat : Madrasah Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim, Kg Bongek, Rembau Penceramah : Ustaz Zulkifli bin Ahmad - Mudir Tahfiz Laman Mukmin, Kuala Lumpur
ATURCARA 4.33 ptg : Solat Fardhu Asar Berjemaah 5.00 ptg : Bacaan Tahlil untuk al-Marhum Tuan Guru Haji Ibrahim 5.30 ptg : Bacaan Barzanji 7.26 mlm : Solat Fardhu Maghrib berjemaah 7.45 mlm : Solawat Beramai-ramai 8.00 mlm : Ceramah Maulidurrasul oleh Sohib al-Fadhilah Ustaz Zulkifli bin Ahmad 10.00 mlm : Solat Fardhu Isyak berjemaah 6.00 ptg hingga 10.30 mlm : Jamuan makan dan minum
****************************
BIODATA PENCERAMAH Nama : Zulkifli Bin Ahmad Asal : Sg Petani Kedah Pendidikan : Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Universiti al-Azhar Mesir (Jurusan Syariah Islamiah) Pekerjaan : Mudir Tahfiz Laman Mukmin , Penceramah Status : Berkahwin (4 cahaya mata) Menetap : Taman Kencana, Kuala Lumpur Pengalaman : 10 Tahun berceramah (Termasuk rakaman di Klasik FM dan Selangor FM), Mengendalikan Ceramah Motivasi Kuliah : Kuliah Tetap Maybank H.Q, EON Bank H.Q, Celcom, Felda, JKR H.Q., Affin Bank H.Q, Bank Islam, LHDN,Surau dan Masjid sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan
Satu kursus khas SPIES KEPIMPINAN DAN INSAN SEJATI anjuran bersama Exco Pendidikan dan PKM Dun Meru selama 2 hari 1 malam di Hotel Gold Course Klang pada 26 & 27 Mac 2011 secara percuma. Pakej khas ini terhad untuk 100 orang sahaja untuk semua golongan 21 tahun ke atas, termasuk bujang atau berkahwin. Antara ilmu yang akan dipelajari ialah teknik membina minda positif, personaliti unggul, pengukuhan rohani dan kecemerlangan hidup. Kepada yang berminat hubungi PKM Dun Meru Encik Baharom Basiron 017-3255382.
You are subscribed to email updates from KHIDMAT MERU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
TELUK INTAN, 6 Mac - Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan telah berjaya menganjurkan Seminar Pilihan Raya Pemuda dengan tema Mempertahankan DUN Changkat Jong. Seminar bermula pagi dan tamat pada sebelah petang tersebut telah membariskan tiga orang pimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat iaitu Ustaz Nik Muhammad Abduh bin Nik Abdul Aziz, Ustaz Riduan Mohd. Nor dan Ustaz Nazri Din. Seminar telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak dekat sini.
Ustaz Nazri Din menyampaikan kertas kerja pertama pada sebelah pagi.
YB Anuar merasmikan seminar.
Selain daripada dihadiri oleh pemuda-pemuda Teluk Intan, seminar tersebut juga turut dihadiri para pemuda dari kawasan Bagan Datoh dan Pasir Salak. Tiga kertas kerja telah dibentangkan dalam seminar tersebut yang banyak menyentuh tentang peranan pemuda dalam gerak kerja dakwah dan pilihan raya.
Ketua Pemuda PAS Teluk Intan bersama dengan YDP PAS Teluk Intan Ustaz Ismail.
Majlis telah dirasmikan oleh ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar bin Sudin. Turut hadir ialah Yang DiPertua PAS Kawasan Teluk Intan Ustaz Hj. Ismail bin Che Nik.
Ustaz Riduan menyampaikan kuliah Maghrib di Surau Kg. Air Hitam.
Kemudian, ketiga-tiga pimpinan Pemuda Pusat tersebut telah dibawa ke masjid dan surau di sekitar Teluk Intan bagi menyampaikan kuliah Maghrib. Ustaz Nik Muhammad Abduh menyampaikan kuliah Maghrib di Masjid Kg. Sungai Samak, Ustaz Riduan Mohd. Nor di Surau Kg. Air Hitam dan Ustaz Nazri Din di Surau Diri Jumaat Taman Melor.
YB Anuar bersama pimpinan DPP Pusat.
Kehadiran Ustaz Nik Abduh ditunggu-tunggu oleh hadirin.
Selepas Isya', mereka telah menyampaikan ceramah masing-masing di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan. Banyak isu nasional dan antarabangsa telah disentuh oleh ketiga-tiga penceramah. Sebelum itu, YB Anuar telah menyampaikan ceramah beliau.
Politik dalam kebanyakan halnya ialah persepsi. Fakta yang salah tetapi dengan propaganda yang sistematik, boleh menjadikan sesuatu fakta itu suatu kebenaran yang tidak dapat diragui lagi kepada kebanyakan rakyat.
Propaganda UMNO untuk mewujudkan persepsi-persepsi berikut terhadap PAS telah mula dipercayai oleh orang melayu;
PAS dipergunakan oleh DAP.
PAS menggunakan agama untuk capai cita-cita politik.
PAS derhaka kepada Sultan.
PAS dilihat terlalu berlembut dalam mempertahankan hak istimewa orang melayu.
PAS memilih agama, tetapi tidak pedulikan bangsa.
PAS asyik nak bangkang sahaja.
PAS tak langsung sebut kebaikan UMNO.
PAS suka mengutuk orang.
PAS tak sesuai dengan jiwa belia dan beliawanis muda.
PAS tiada kredibiliti kerana menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh melakukan dosa liwat.
Bila UMNO berjaya mewujudkan persepsi-persepsi sebegini, bermakna PAS gagal mengatasi teknik dan sistem propaganda UMNO yang menggunakan seluruh saluran media milik kerajaan dan swasta bagi tujuan tersebut. PAS perlu menjawab dan memberikan fakta-fakta ringkas atau jawapan kepada persepsi-persepsi di atas dengan cara yang diulang-ulang dan ditonjolkan dalam media cetak, elektronik, kenyataan akhbar dan lain-lain saluran maklumat yang menyokongnya pada setiap masa.
Fakta-fakta di bawah perlu disemat dalam pemikiran rakyat secara cermat, berhemah dan berterusan bagi menghilangkan persepsi-persepsi palsu di atas. Isu PAS membela Orang Melayu Islam perlu dipertegaskan kepada pengundi tradisional PAS bagi mengelakkan mereka semakin termakan dengan propaganda UMNO dan BN.
PAS dan DAP bekerjasama dalam bentuk menentang kezaliman dan penyelewengan politik yang melampau-lampau oleh UMNO dan MCA. PAS akan ganti UMNO, DAP akan ganti MCA dan tidak timbul DAP ganti PAS.
PAS menggunakan saluran politik untuk menegakkan agama Islam. Tanpa kuasa politik, agama Islam hanya terbatas di pejabat agama.
PAS hormat dan ada hubungan baik dengan Sultan-Sultan. UMNO nampak saja baik dengan Sultan, tetapi sebenarnya menghapuskan kuasa Sultan dan sampai ada UMNO yang kata 'menatang' kepada Sultan.
PAS bertegas untuk mempertahankan hak istimewa orang melayu sebagaimana 12 janji PAS kepada orang melayu satu dalam konvensyen baru-baru ini. Orang melayulah rakyat yang paling ramai dhaif dan perlu dibantu secara lebih bersepadu. UMNO bukan membantu bangsa Melayu, tetapi mengagihkan projek-projek secara pilih kasih kepada kroni-kroni mereka berbangsa melayu mengikut kaedah 'ali baba'. Sebenarnya UMNO mempunyai siri pengkhianatan yang panjang terhadap bangsa melayu yang kononnya sering dipertahankan.
PAS menekankan agama untuk menguatkan bangsa melayu, kerana dengan menjaga prinsip-prinsip agama Islam, bangsa melayu akan kembali kuat dan dihormati.
PAS membangkang pembaziran seperti monsoon cup, gejala rasuah dan ketidak-cekapan kerajaan yang melampau sehingga stadium, sekolah dan masjid pun boleh runtuh.
PAS sentiasa menghargai inisiatif kebaikan yang dibuat oleh kerajaan tetapi mengecam inisiatif-inisiatif kebaikan itu disalah-gunakan untuk tujuan lain seperti pembahagian dana kebajikan untuk ugut dan tarik undi semata-mata, dan kontrak e-book dengan harga yang sepatutnya jauh lebih murah.
PAS bukan mengutuk tetapi mengecam secara keras semua kezaliman yang dilakukan secara terang dan tanpa berselindung seperti penarikan royalti Terengganu oleh Kerajaan Pusat.
PAS mempunyai aktiviti belia yang lebih sihat dan lebih membina jati diri belia masakini berbanding dengan aktiviti belia UMNO yang hanya bertujuan hiburan dan imbuhan semata-mata.
PAS menyedarkan orang Islam terutamanya bangsa melayu, bahawa menuduh dan terlibat dalam menyebarkan tuduhan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa saksi-saksi yang adil, adalah satu dosa besar yang sangat dimurkai oleh Allah.
Dalam dunia maya pula, blogger-blogger yang terkenal menyokong PAS sudah kurang menjana nilai positif kepada PAS.
Ada blogger yang cuba menghakis kredibiliti Presiden PAS dalam blog masing-masing, dengan alasan untuk mendapat kepimpinan baru yang lebih cekap dan dinamik seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ada blogger yang terus menerus menghentam kerajaan perpaduan yang telah ditutup buku dengan terus-menerus menuduh Timbalan Presiden PAS sebagai anasir yang paling jahat yang akan membawa PAS ke pangkuan UMNO.
Ada blogger yang terlalu banyak menggunakan bahasa kesat kepada pihak lawan di dalam blog mereka, menyebabkan rakyat atas pagar berundur daripada mendapat maklumat bernas daripada blog tersebut.
Hasilnya, persepsi berikut yang timbul;
Presiden UMNO adalah lebih baik, lebih cekap dan lebih amanah daripada Presiden PAS.
PAS juga mempunyai klik-klik tertentu dan pimpinan yang tamakkan habuan dunia yang boleh diberikan secara mudah oleh UMNO. Juga menggambarkan Prinsip Islam PAS setengah pimpinan PAS boleh dijual beli.
PAS yang suka maki hamun, bukan blogger-blogger tertentu, dan blogger PAS dan UMNO tidak ada beza daripada aspek kutukan melampau-lampau. Dengan itu, rakyat awam lebih cenderung untuk menghadkan bacaan berita daripada Malaysiakini, Malaysian Insider dan sumber rasmi parti seperti Harakah dan Buletinonline sahaja. Ini satu kerugian yang sangat besar.
Kesimpulannya, dalam PRU ke 13, PAS daripada sudut isu perlu lebih agresif menjawab 10 propaganda UMNO di atas. Orang melayu tidak boleh dibiarkan tertipu oleh propaganda UMNO bahawa orang melayu lebih baik dijaga oleh UMNO daripada dijaga oleh PAS. Dan satu lagi, perkelahian sesama sendiri oleh para blogger yang menyokong PAS dan PR perlukan satu 'gencatan senjata', sekurang-kurangnya sehingga berlangsungnya pilihanraya Umum ke -13.
KUALA LUMPUR, 9 Mac: PAS menganggap desakan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB-BN) Sarawak, Datuk Fadillah Yusof yang mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh kempen pilihan raya di Sarawak dikurangkan kepada sekurang-kurangnya tujuh hari sebagai tindakan pengecut.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad juga menganggap respon Pengerusi SPR, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof yang mendakwa tempoh kempen terlalu lama boleh mengundang amalan politik tidak sihat dengan mengaitkannya dengan pergolakan politik Timur Tengah sebagai tidak releven.
"Pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau dan Kerdau berlalu dengan aman," ujarnya.
Begitu juga, katanya jika diimbas kembali senario Pilihan raya Umum 2008 yang berlangsung selama dua minggu, berjalan dengan aman.
Katanya, ketakutan pihak SPR sengaja diperbesarkan, malah dianggap mempersendakan peranan polis dan pasukan keselamatan yang bertugas siang malam menjaga ketenteraman awam.
Hakikatnya, ujar beliau tempoh kempen pilihan raya singkat sengaja dituntut berikutan rekod kekalahan teruk BN bila mana kempen pilihan raya diadakan dalam tempoh yang panjang.
Beliau berkata, BN Sarawak ternyata tidak yakin dengan kemampuan mereka untuk mengekalkan majoriti besar dalam Dun sekiranya kempen pilihan raya diadakan selama dua minggu atau lebih.
Justeru, tambah beliau SPR seharusnya menilai tempoh pilihan raya secara realistik kerana tempoh yang pendek menyukarkan calon-calon berkempen untuk menemui semua pengundi-pengundinya.
Tambahnya lagi, tempoh masa yang singkat juga menyukarkan rakyat untuk menerima maklumat yang betul.
"Hal ini juga harus dilihat dalam keadaan negeri Sarawak itu sendiri yang begitu banyak kawasan pendalaman yang mengambil masa panjang untuk calon berkempen begitu juga dengan jentera SPR yang mahu membuat persiapan," ujarnya.
Jelasnya, pilihan raya Dun dan umum di negara ini adalah hak semua rakyat, maka setiap rakyat harus diberikan peluang untuk menyertainya dalam keadaan yang selesa dan tidak tergesa-gesa.
Katanya, SPR adalah badan pengurus pilihan raya negara bukannya organisasi Pengurus Pilihanraya Kampus yang skopnya amat terhad.
Justeru, ujarnya PAS berharap agar SPR tidak membuat keputusan mengikut telunjuk BN.
"Soal keselamatan dan ketenteraman awam adalah tanggungjawab pihak polis, dan tugas SPR adalah untuk memastikan semua rakyat mendapat hak mereka untuk menerima maklumat dan menyertai proses pilihan raya," ujarnya lagi.
KUALA LUMPUR : The Economist, majalah mingguan politik dan bisnes antarabangsa menjangkakan Barisan Nasional (BN) kehilangan lebih banyak kerusi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, khususnya di kalangan pengundi muda dan golongan sederhana Melayu.
Melalui laporan yang dikeluarkan Economist Intelligence Unit, majalah itu menyenaraikan kekecewaan golongan muda terhadap urustadbir negara yang dibelenggu skandal politik dan usaha Islamisasi secara kosmetik Umno sebagai punca kemerosotan.
"Kemungkinan besar keputusan pilihan raya umum akan datang BN akan kalah lebih banyak kerusi memandangkan pengundi muda Melayu yang bersikap sederhana, kecewa dengan skandal politik," kata majalah itu.
Dalam laporan mingguan keluaran Disember, Umno mungkin masih mampu meraih undi di kawasan luar bandar, namun parti itu akan ditolak oleh golongan muda di kawasan bandar.
"Meskipun pengundi muda di luar bandar terus menyokong Umno, sejumlah besar pengundi Melayu yang berpelajaran, dan dari kelas pertengahan akan beralih daripada parti pembangkang," kata laporan itu.
Golongan muda di bandar dijangka menolak Umno kerana kebanyakan mereka tergolong dalam kategori yang perlu membayar cukai pendapatan dan meluat dengan masalah rasuah serta ketirisan dalam pentadbiran Umno BN.
Beberapa siri peristiwa di peringkat nasional seperti pendakwaan Khir Toyo, peletakan jawatan Samy Vellu serta kenaikan harga barang bagi mengisi kantung BN mendorong banyak pihak meramalkan pilihan raya umum akan berlaku dalam Mac 2011.
Namun, majalah The Economist menjangka pilihan raya umum akan hanya diadakan sekitar Julai 20011, sebaik sahaja pilihan raya negeri Sarawak selesai.
"Kami masih percaya bahawa Najib akan menetapkan tarikh pilihan raya selepas pilihan raya negeri Sarawak.
"Keputusan pilihan raya negeri Sarawak akan menjadi kayu ukur penting bagi BN sebagai kerajaan," kata laporan itu lagi.
SHAH ALAM 9 MAC : Suruhanjaya menyiasat kematian Teoh Beng Hock hari ini diberitahu pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPRM yang menyoal pembantu politik kepada Exco Selangor itu beberapa jam sebelum ia dijumpai mati, tidak mempunyai kuasa berbuat demikian.
Peguam yang mewakili Majlis Peguam, Edmund Bon, yang menyoal penolong penguasa SPRM, Mohd Ashraf Mohd Yunus berkata, ia berdasarkan inkuiri dalaman suruhanjaya itu yang menjalankan siasatan terhadap kelakuan pegawainya yang terbabit.
Dalam laporannya, jawatankuasa berkenaan menyatakan Mohd Ashraf dan rakannya Arman Alias tidak mempunyai kuasa untuk menyoal-siasat Teoh seperti yang diperuntukkan mengikut Seksyen 30(8) Akta SPRM.
Maklumat itu didedahkan ketika Suruhajaya Siasatan memulakan sesi paginya hari ini bagi menilai prosedur soal-siasat yang dijalankan oleh SPRM.
Teoh, pembantu politik DAP kepada ADUN Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah, disoal semalaman sebagai saksi berhubung salah guna dana oleh majikannya.
Beliau dibawa ke pejabat SPRM Selangor pada 15 Julai 2009 di Plaza Masalam, Shah Alam tetapi dijumpai mati keesokan harinya di koridor tingkat lima, bangunan yang sama.
Sebuah inkues kemudian diadakan tetapi selepas 18 bulan memutuskan 'penghakiman terbuka' dan merintis jalan kepada penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kematian Teoh.
Suruhanjaya itu sepatutnya mengemukakan laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong pada 25 April.
KUALA LUMPUR 9 MAC : Sebutan tuntutan fasakh Datin Seri Shahnaz Abdul Majid, menantu Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, ditetapkan pada 24 Mac ini oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.
Hakim Syarie Mohd Amirul Adam Ahmad menetapkan tarikh itu selepas peguam syarie Rafie Mohd Shafie yang mewakili Shahnaz selaku plaintif memaklumkan bahawa pihaknya tidak dapat menghantar surat saman tersebut kepada defendan, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib.
Menurut beliau, saman itu telah dihantar ke rumah Mahmud Abu Bekir di No. 8, Duta Nusantara, Jalan Sri Hartamas 1, Off Jalan Duta di sini, pada 28 Februari lalu.
Bagaimanapun, defendan yang merupakan Timbalan Pengerusi Kumpulan Cahya Mata Sarawak itu tidak hadir hari ini.
"Saman tersebut telah dihantar tetapi tidak diserahkan kepada defendan sendiri di mana ketika itu pembantu rumah yang menerimanya.
"Oleh demikian kami memohon supaya saman itu dihantar melalui surat berdaftar yang dikeluarkan oleh pihak mahkamah,
Mohd Amirul Adam bagaimanapun tidak membenarkan permohonan Rafie selagi plaintif tidak memfailkan afidavit berhubung tuntutan perkara itu.
"Sepatutnya failkan afidavit terdahulu, selepas itu baru saya boleh mempertimbangkan apa-apa permohonan," kata hakim itu.
Rafie, kemudian memaklumkan bahawa pihaknya akan memfailkan afidavit itu dalam masa terdekat.
Shahnaz, telah memfailkan tuntutan fasakh tersebut pada 22 Februari lalu dengan mendakwa defendan gagal menjalankan tugas sebagai suami yang tidak memberikan nafkah batin sejak 2001.
Dalam tuntutan itu, Shahnaz yang merupakan kakak kepada penyanyi Datuk Sheila Majid, mendakwa defendan melakukan penderaan secara fizikal dan mental dengan menumbuknya di bahagian muka, kepala dan mata sehingga lebam, selain turut menendang rusuk dan mencekiknya.
Selain itu, Shahnaz mendakwa suaminya suka memaki hamun dengan menggunakan perkataan kesat terhadapnya menyebabkan dirinya tertekan, aib dan mengalami gangguan emosi.
Shahnaz, turut mengemukakan tuntutan mutaah sebanyak RM300 juta dan harta sepencarian bernilai RM100 juta terhadap ahli perniagaan itu.
Plaintif menyatakan jumlah tuntutan tersebut adalah munasabah kerana mereka telah berkahwin lebih 19 tahun dan menyatakan defendan mempunyai pendapatan serta harta-harta yang mencecah berbilion ringgit.
Plaintif juga memohon aset-aset milik defendan seperti tujuh buah kereta mewah, beribu hektar tanah di Sarawak dan saham di dalam 15 syarikat diisytiharkan sebagai harta sepencarian.
Beliau turut menuntut sebanyak 50 peratus ke atas semua harta-harta itu, selain lain-lain perintah atau relief atau apa-apa yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 9 Jan 1992 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Raden Murya Abdul Taib Mahmud, 18.
KUALA LUMPUR, 9 Mac: Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau akan mendedahkan satu persatu bukti yang diperolehinya berhubung seorang ahli parlimen (MP) parti itu yang melompat kerana dibeli.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang ketika ditemui di lobi parlimen hari ini berkata, beliau mempunyai maklumat lengkap berhubung perkara itu dan akan mendedahkan secara berperingkat.
"Kita akan dedah berperingkat-peringkat. Saya pun nak buat macam Datuk Seri Anwar dedah kes VK Lingam," katanya.
Semalam, beliau sewaktu mewakili Ketua Pembangkang membahaskan Titah Diraja, mendedahkan dua salinan cek masing-masing bernilai RM700,000 setiap satu yang didakwa dibayar kepada seorang ahli parlimen PKR untuk lompat parti.
Ditanya lanjut hari ini, beliau berkata cek pertama bertarikh 12 Januari 2010 beralamat di sebuah bank di Ipoh manakala cek kedua pula bertarikh sah laku pada 15 Mac 2011.
"Kita juga mendapat satu salinan perjanjian antara MP ini dengan pemilik tanah.
"Perjanjian itu dibuat Mei tahun lepas yang menuntut MP itu membayar RM1.5 juta dalam masa 60 hari, iaitu Julai tahun lepas," katanya.
Bagaimanapun tiada sebarang bayaran dibuat oleh ahli parlimen itu sehinggalah mendapat cek tersebut pada Januari 2011.
"Memang tak ada duit, MP PKR tak ada duit, Julai tak ada bayaran, dia masih dengan PKR.
"Penghujung 2010 sikap MP ini mula berubah, serangannya kepada PKR mula menggila.
"Tiba-tiba, 12 Januari 2011 dia ada duit RM700,000," katanya lagi.
Dalam perjanjian itu juga katanya, ahli parlimen tersebut menggunakan alamat kediamannya sebagai alamat syarikat.
"Kita pertahankan bahawa alasan mereka tinggalkan parti adalah kerana dibeli.
"Walaupun mereka sanggah, tetapi buat julung kalinya semalam saya menunjukkan dua keping cek itu," tegasnya sambil menunjukkan semula salinan cek tersebut.
LABUAN 9 MAC : Seramai 300 keluarga mangsa kebakaran Kampung Muslim, yang kini ditempatkan di kem penempatan sementara Kampung Kiansam di Labuan, membantah kenaikan tarif elektrik yang dikenakan oleh syarikat swasta yang dilantik oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Mereka mendakwa akibat kenaikan tarif itu, mereka tidak mampu lagi membiayai bil elektrik setiap bulan yang jumlahnya mencecah puluhan ribu ringgit dan tidak lagi menerima bekalan elektrik sejak pertengahan Januari lalu.
Mereka adalah mangsa kebakaran Kampung Muslim pada Mei 2009, iaitu sebuah penempatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR), ketika ditemui Bernama di Labuan, merayu MKN agar dapat menimbang untuk menarik balik pelantikan syarikat swasta, C3 Power (M) Sdn Bhd.
Wakil dilantik MKN, Sahadan Binsuy, 42, berkata hampir semua mereka mendapat taraf kewarganegaraan dan memiliki MyKad.
"Biasanya setiap bulan kami hanya membayar kira-kira RM30,000 melalui satu meter Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan selepas diambil alih pengurusan bil oleh pihak swasta itu, ia berganda 100 peratus dan kini membayar lebih RM60,000 setiap bulan," katanya.
Katanya, apa yang menyebabkan ketidakpuasan hati mereka adalah kenaikan mendadak bil elektrik bulanan berikutan "caj yang dikenakan untuk setiap barangan elektrik" dan bukan berdasarkan penggunaan.
Caj elektrik untuk setiap barangan seperti radio adalah RM11 setiap bulan, telefon rumah (RM11), lampu dan kipas (RM16), mesin cuci (RM26), pemasak nasi (RM41) peti sejuk (RM36) dan lain-lain dengan kadar yang tidak munasabah.
Bernama dalam satu temu bual telefon dengan Setiausaha Keselamatan negeri MKN Labuan Ichwan Fiska Rimaya Musly Thahar, menjelaskan bahawa pihak SESB pada dasarnya enggan untuk "membuat pengurusan" bil bagi kesemua keluarga, tanpa memberi penjelasan lanjut.
Oleh yang demikian, pihak MKN melantik syarikat berkenaan untuk mengurus bil bagi pihak MKN untuk SESB.
Bagaimanapun, pegawai MKN berkata tarif elektrik yang dikenakan oleh pihak syarikat yang dilantiknya adalah berdasarkan kelulusan Suruhanjaya Tenaga.
KUALA LUMPUR, 9 Mac: Kos keseluruhan lawatan rasmi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.
Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan sama ahli parlimen Rasah, Loke Siew Fook dan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar di parlimen hari ini.
Dalam penjelasan itu, Nazri berkata rombongan yang diketuai Rosmah itu turut disertai Menteri Wanita, isteri-isteri menteri-menteri, menteri besar-menteri besar, ketua menteri serta beberapa pegawai kerajaan.
Rombongan ke bandar Riyadh, Muscat dan Dhaka itu juga mendapat kelulusan Jemaah Menteri.
Isu lawatan rosmah sebelum ini menjadi pertikaian banyak pihak ekoran didakwa melangkaui bidang kuasa menteri berkaitan yang hanya menjadi peserta rombongan.
Turut dipertikaikan, kos yang ditanggung kerajaan di saat rakyat berdepan pelbagai tekanan ekonomi.
Nazri memberitahu, di Riyadh, Rosmah dijemput menyampaikan ucaptama di Seminar Antarabangsa Pertama, mengenai Pengurusan Kualiti Pendidikan K-12, atas jemputan Timbalan Menteri Pelajaran Arab Saudi.
Di Muscat pula, Rosmah diundang daripada Menteri Pembangunan Sosial Oman manakala di Dhaka, isteri perdana menteri itu diundang Madam Cherie Blair, Penaung Asian University for Women dan menyampaikan ucaptama di Simposium Memikirkan Masa Hadapan Asia.
Berhubung isu portal First Lady of Malaysia (Flom) pula, Nazri berkata ianya dibuang kerana menimbulkan kekeliruan.
04 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - Keadaan bas ekspress yang terbalik di Pagoh Jaya di sini, Selasa. Lima penumpang cedera ringan apabila bas yang membawa 12 penumpang yang dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu, Kelantan itu terbalik di Kilometer 38, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu pada 11.05 pagi Selasa.-Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR, 9 Mac: Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria enggan membuat penjelasan kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung tulisan responsnya menyentuh isu 'undi PAS masuk syurga', Ahad lalu.
Menurutnya, tindakan itu tidak perlu kerana beralasan bahawa Menteri Besar Kelantan itu akan tetap dengan sikapnya menggunakan hukum agama dalam politik yang boleh mengelirukan umat Islam.
"Saya tak perlu untuk buat penjelasan terhadap beliau (Nik Aziz), kalau saya jelaskan nanti sama juga apa yang akan beliau katakan.
"Saya tegaskan masalah Nik Aziz kerana mengaitkan hukum agama dalam politik, saya tahu dalam Islam politik dan agama memang tak boleh lari tapi masalahnya apabila ada pemimpin yang gunakan hukum Islam untuk raih undi," katanya seperti lapor The Malaysian Insider.
Tuan Guru Nik Aziz semalam telah menghantar surat rasmi memohon penjelasan Harussani ekoran kenyataan "undi PAS masuk syurga".
Mengulas isu itu, Adun Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim menyifatkan jawapan mufti itu sebagai bercelaru.
Beliau yang juga antara yang 'berperang' kenyataan dengan Harussani dalam isu ancak membabitkan Menteri Besar Perak berkata, mufti itu juga cuba menunjukkan belangnya.
"Harussani semakin bercelaru dan menampakkan belangnya yang sebenar bila menolak mentah-mentah hasrat Tuan Guru Nik Aziz bertemu dengannya," katanya.
Manakala pengendali Facebook Tuan Guru Nik Aziz pula dalam posting terbaru di laman itu melahirkan kekesalan dengan jawapan mufti itu.
"Adakah begini caranya seorang Mufti menjawab pertanyaan yang diberikan kepadanya? Relevankah?" tulisnya.
Bagaimanapun, Harussani tidak menolak bertemu sesiapa termasuk Tuan Guru Nik Aziz yang mahu bertemu dengannya.
Katanya, untuk pertemuan itu juga tidak perlu kepada orang tengah yang mengaturkannya.
Berhubung surat rasmi dari SU DUN Perak bertarikh 7 Februari 2011 dan saya diminta hadir untuk memberi keterangan dalam sesi soal jawab kepada Jawatakuasa Hak dan Kebebasan Dewan pada 25 Februari pada jam 10.30 pagi di bilik mesyuarat jawatankuasa kira-kira wang negeri Perak Aras 2, Bangunan SUK Ipoh berkaitan isu bomoh masuk Dewan yang saya dedahkan.
Seperti yang diketahui umum saya tidak hadir dalam sesi tersebut dengan alasan yang saya kemukakan namun JK Hak dan Kebebasan bersidang juga dan dikatakan oleh Speaker Ganesan bahawa nasib saya hanya akan diketahui apabila dewan bersidang , dan untuk sidang akan datang telah ditetapkan pada 5 April akan datang.
Datuk R Ganesan berkata keputusan jawatankuasa itu akan dibentangkan pada Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat DUN Perak ke-12 sebelum dibahas dan dibuat undian dalam dewan sebelum tindakan diambil terhadap saya.
Walaupun saya tidak hadir memberi keterangan pada 25 Februari, Ganesan mengumumkan bahawa keputusan sudah dibuat oleh JK Hak dan kebebasan berkaitan isu tersebut. Sehubungan dengan itu saya suka untuk memberi kenyataan seperti berikut :-
1. Saya mendapati Ganesan tidak menjawab isu asal yang saya kemukakan iaitu tidak sahnya usul yang dikemukakan kepada saya supoaya dihadapkan ke JK Hak dan kebebasan.
2.Usul berkaitan adalah tidak sah dan terbatal apabila Speaker DUN Perak tidak mengembalikan usul itu kepada Dewan bagi mendapat sokongan sebelum memutuskan saya perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
3.Sebelum mendapat sokongan dari Ahli Dewan, Speaker terus mengumumkan "Dewan dengan ini terima usul Titi Serong akan dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan" dan ini melanggar Perintah-perintah Tetap Dewan Perak Perkara 33:-
(1)Apabila sesuatu usul itu telah dicadang dan disokong, jika berkehendakkan disokong. Pengerusi hendaklah mengemukakan kepada Dewan atau Jawatankuasa sebagaimana kandungan usul itu, selepas itu masaalah itu bolehlah dibahaskan dan dan boleh tertakluk kepada peruntukan Perintah-perintah Tetap ini, diteruskan selagi ada ahli yang hendak berucap.
(2)Apabila tidak ada lagi ahli yang hendak berucap, maka Pengerusi hendaklah meminta keputusan Dewan atau Jawatankuasa itu hendaklah menyatakan keputusannya menurut peruntukan-peruntukan Perintah Tetap 45:-
"45. Tertakluk kepada peruntukan perenggan (4) Fasal III Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak bahagian 1. Dewan hendaklah mengambil keputusan mengikut pihak mana yang mendapat undi lebih dan jika sama banyak undi, Tuan Speaker atau sesiapa yang mempengerusikan mesyuarat hendaklah mengeluarkan undi pemutus tetapi ia tidak boleh mengundi di dalam keadaan lain
4.Saya suka mengulangi bahawa keputusan saya untuk tidak hadir dilakukan demi untuk menjaga kesucian DUN Perak dari melakukan sesuatu tindakan dan keputusan dengan melanggar undang-undang dan peraturan yang sedia ada. 5. Saya tegaskan disini bahawa saya tidak takut untuk menghadapi keputusan yang kononnya telah diputuskan dakan JK Hak dan kebebsan yang bersidang pada 25 Februari tersebut.
6. Sesungguhnya semua keputusan yang diambil oleh JK tersebut adalah tidak sah dan terbatal kerana ianya bersidang dengan melaksanakan satu keputusan yang bercanggah dengan Peraturan Tetap Dewan Negeri Perak.
7. Tindakan ini untuk sekian kalinya membuktikan bahawa Ganesan tidak layak lagi menjawat jawatan sebagai Speaker dan dia mestilah dengan segera mengosongkan kerusi tersebut.
8. Segala tindakan yang akan berlaku terhadap diri saya dalam sidang dewan akan datang adalah tindakan yang melanggar undang-undaag yang sedia ada. Kecuali jika Ganesan kembali kepada persoalan asal bahawa usul yang dikemukakan kepada saya tidak sah maka semuanya adalah terbatal.
KUALA LUMPUR, 9 Mac: PAS menyeru rakyat Malaysia membuka mata dan menilai sendiri sikap kepimpinan Umno yang ditunjukkan melalui kenyataan Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataan yang mempertikaikan tindakan Kerajaan PAS Kelantan mengharamkan judi loteri di negeri Serambi Mekah itu.
"Baru sahaja menang di Merlimau dan Kerdau, Umno terus kembali menegakkan kemungkaran sebagai tanda kesyukuran," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Katanya, sebagai seorang pemimpin Islam dan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin sewajarnya menyokong tindakan itu kerana jelas ianya diterima oleh semua agama di negara ini yang mengharamkan judi.
PAS juga, katanya kesal kerana Umno terlalu suka mengaitkan aktiviti perjudian sebagai aktiviti kesukaan mereka yang bukan Islam.
Menurutnya, mereka yang mempunyai moral yang tinggi memandang judi dalam perspektif yang amat buruk, hanya mereka yang bermoral rendah sahaja menjadikan judi sebagai hiburan mereka yang akhirnya menghabiskan duit poket mereka.
Tambahnya, PAS juga yakin kenyataan Muhyiddin itu dibuat ekoran desakan taikun-taikun perjudian di negara ini yang banyak membantu memberikan sokongan kepada Umno Barisan Nasional untuk menghadapi PAS dalam mana-mana pilihan raya.
Katanya, beberapa pemimpin Umno juga dikenal pasti pernah atau masih mempunyai kepentingan dalam syarikat-syarikat judi berkenaan.
"Maka jelaslah bahawa kenyataan Muhyiddin itu sengaja dilontarkan bagi membela periuk nasi kroni mereka yang telah lama bergelumang dalam industri judi," ujarnya.
Sehubungan itu, ujarnya PAS menyeru Muhyiddin serta pemimpin Umno lainnya bertaubat kepada Allah kerana berjuang dan menghalalkan judi di negara ini dan meminta maaf kepada penganut bukan Islam yang difitnahkannya sebagai kaki judi.
PAS juga, tambahnya memperingatkan Muhyiddin dan Kerajaan Persekutuan supaya menghormati hak perundangan Kerajaan Kelantan dalam menguatkuasakan undang-undang di bawah bidang kuasa mereka.
"Jika tidak ada modal untuk bercakap, baik diam diri sahaja," ujarnya.
PAS, tegasnya menyokong penuh hasrat kerajaan Kelantan dan akan terus berkempen memerangi judi di negara ini.
"Semoga rakyat terus membuka mata dan menolak Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13 akan datang," katanya.
KUALA LUMPUR, 9 Mac: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Pro Mahasiswa Nasional akan mengadakan kongres Gerakan Mahasiswa Nasional(KGMN) ke-2 pada 12 Mac ini.
Menurut Jurucakap Majlis Politik Nasional (MPN) Gamis, Ahmad Shukri Kamaruddin, KGMN ke-2 bertujuan menghimpunkan aktivis mahasiswa daripada seluruh negara khususnya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk membincangkan hala tuju dan pergerakan mahasiswa sepanjang tahun 2011.
Selain itu katanya yang juga pengarah KGMN, ianya juga adalah untuk pemilihan kepimpinan dan pembentukan Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) dan juga SMM.
"Kongres ini dijangka akan menghimpunkan kira-kira seribu aktivis mahasiswa daripada hampir dua puluh kampus IPTA.
"Kongres akan turut disertai oleh perwakilan aktivis mahasiswa daripada Indonesia, Singapura dan Thailand sebagai pemerhati," kata beliau dalam satu kenyataan.
Bertemakan Mahasiswa untuk Malaysia, KGMN ke-2 bertujuan KGMN akan berlangsung di Dewan Konvensyen Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Bangi dari jam 8.30 pagi hingga 11 malam.
Ia akan berakhir pada sebelah malam dengan acara 'Pentas Mahasiswa' yang akan menampilkan beberapa orang pimpinan mahasiswa dan juga tokoh politik daripada kerajaan dan pembangkang.
Menurutnya, antara tokoh yang dijangka hadir menyampaikan pidato ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kongres ini juga adalah sebagai kesinambungan kongres pertama yang diadakan pada bulan Mac 2010 di Petaling Jaya.
SERANGAN udara jet kerajaan terhadap kedudukan penentang Gaddafi di bandar Ras Lanuf menyebabkan pemberontak lari mencari tempat perlindungan. Pemberontak tolak syarat beri kekebalan, jamin aset pemimpin Libya selamat
TRIPOLI: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, menawarkan untuk meletak jawatan selepas 41tahun berkuasa tetapi ia segera ditolak penentang selepas tawaran itu memberi syarat pemimpin berkenaan tidak didakwa dan asetnya tidak dirampas selain diberi wang tunai, lapor Al Jazeera.
Pemerintah kuku besi itu dikatakan mencadangkan satu mesyuarat dengan Parlimen Libya untuk bersetuju tempoh peralihan kuasa memberi laluan kepadanya meletak jawatan. Tetapi, beliau juga memberi syarat mengambil langkah itu termasuk kekebalan daripada pendakwaan jenayah dan wangnya dijamin selamat.
Berikutan itu, Majlis Sementara pemberontak berpusat di bandar timur Benghazi menolak tawaran itu kerana jalan keluar itu mungkin menyinggung perasaan mangsa kekejaman Gaddafi.
Beliau dilaporkan menghantar Jadallah Azzouz Talhi, seorang bekas perdana menteri untuk bertemu pemberontak bagi menguruskan perjanjian terbabit.
Tawaran itu menyarankan diktator terbabit akan menyerahkan kuasa kepada satu jawatankuasa yang dibentuk Kongres Rakyat Awam dan diberi wang.
Sumber rapat dengan majlis pemberontak berkata beliau mendengar bahawa 'satu formula dicadangkan pihak lain pula menyaksikan Gaddafi menyerah kuasa kepada pengerusi parlimen dan meninggalkan negara dengan sejumlah wang yang dijanjikan."
Beliau menambah: "Saya diberitahu bahawa isu wang ini adalah satu halangan serius bagi majlis berkenaan menerima tawaran itu."
Namun, Essam Gheriani, seorang pegawai media untuk majlis itu berkata: "Tiada tawaran sebegitu diletakkan kepada majlis setakat yang saya tahu."
Talhi, seorang anggota parti pemerintah pada 1980-an, sebelum itu merayu kepada pemimpin pemberontak untuk mengadakan dialog dalam satu tanda jelas setakat ini bahawa Gaddafi mungkin bersedia berkompromi dengan pembangkang yang mencabar pemerintahannya.
Hakikat bahawa televisyen tempatan menapis rayuan Talhi memberi petunjuk ia diluluskan secara rasmi. Namun, anggota majlis berkata tiada ruang untuk berdialog dengan Gaddafi dan sebarang rundingan memerlukan beliau meletak jawatan.
Ditanya mengenai ucapan Talhi, pegawai pemberontak Ahmed Jabreel berkata: "Talhi adalah rakan rapat saya dan beliau dihormati secara meluas di Libya sebagai seorang lelaki yang mempertahankan Gaddafi.
"Namun, kami membuat penjelasan sebelum ini bahawa sebarang rundingan perlu supaya Gaddafi meletak jawatan. Tiada kompromi berhubung perkara itu."
Dua akhbar berbahasa Arab, Asharq Al Awsat berpusat di London dan akhbar Al Bayan, berpusat di Emiriah Arab Bersatu – kelmarin memberi laporan bahawa Gaddafi sedang cuba melarikan diri.
Seorang daripada anak lelaki Gaddafi turut memberi amaran bahawa Libya akan terjerumus ke kancah perang saudara jika bapanya meletak jawatan.
KES liwat DS Anwar `Siri 2' kini sedang dibicarakan oleh mahkamah. Di dalam kes Liwat `Siri 1' mahkamah akhirnya membebaskan Anwar dari pertuduhan tersebut walaupun pihak tertentu menyebut bahawa pembebasan Anwar hanyalah kerana teknikal sahaja.
Jika mahu disebut soal teknikal, di dalam kes Liwat `Siri 1' dulu terlalu banyak teknikal bahkan fakta yang dipersoalkan. Kita masih ingat bagaimana tarikh kejadian di dalam pertuduhan dipinda beberapa kali kununnya `typing error'. Kita juga tidak lupa keterangan Azizan yang menyebut beliau tidak diliwat oleh Anwar, dan banyak lagi. Oleh itu, pelik apanya Anwar dibebaskan kununnya atas sebab teknikal?
Kini, Anwar diheret lagi di dalam kes yang sama melibatkan seorang pemuda yang kuat dan gagah berani jika dibandingkan dengan Azizan. Tidak cukup dengan itu, kini Mahathir mengeluarkan sebuah buku atau Memoir Dr Mahathir bertajuk "A Doctor In The House' yang menulis juga tentang kisah seks Anwar bersama lelaki dan wanita.
Malaysiakini melaporkan, "Tun Dr Mahathir Mohamad memuatkan 20 halaman dalam memoirnya yang bertajuk - A Doctor In The House - mengenai bagaimana beliau mendapat tahu tentang dakwaan kisah seks Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan lelaki dan wanita, yang membawa kepada pemecatannya pada 1998.
Ia diceritakan di bawah bab bertajuk 'Anwar's Challenge' dalam memoir setebal 800 halaman itu. Mahathir menulis, empat tahun selepas ketua polis negara, Tun Hanif pertamakali memberitahunya tentang dakwaan yang mengaitkan Anwar dengan aktiviti homoseksual, seseorang menghantar kepadanya buku '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri'."
Ertinya, kerja-kerja untuk memusnahkan karier politik Anwar tidak akan terhenti di mahkamah. Mahathir tidak akan berpuas hati selagi Anwar masih memimpin PR untuk ke Putrajaya kerana beliau cukup bimbang rahsia beliau dan kroni-kroninya akan terbongkar sekiranya Anwar berada di Putrajaya. Mahathir cukup ngeri membayangkan apa yang telah terjadi kepada pemimpin Tunisia dan juga Hosni Mubarak di Mesir.
Apa yang ditulis oleh Mahathir di dalam buku tersebut, seolah-olah Mahathir tahu kesemua cerita seks Anwar dan Mahathir akui beliau mempunyai bukti. Hairannya, Mahathir tidak berani tampil ke mahkamah sebagai saksi di dalam kes liwat `Siri 1' ketika itu. Bukan Mahathir sahaja, wanita-wanita yang Mahathir menyimpan fotonya yang dikatakan terlibat dengan seks bersama Anwar juga tidak tampil sebagai saksi ketika itu.
Hanya Umi Hafilda sahaja yang tampil, tetapi wanita ini tidak membawa apa-apa bukti kukuh untuk menyabitkan Anwar di dalam kes tersebut. Berbeza dengan ceramah Umi sejak kebelakangan ini yang mendakwa beliau punyai bukti kukuh, malahan mempunyai pita video rakaman lagi. Mengapa tidak didedahkan di mahkamah dahulu? Kununnya, Umi tidak mahu dedahkan ketika itu kerana mahu beri peluang kepada Anwar untuk insaf. Jika benar ingin memberi peluang, mengapa sanggup jadi saksi ketika itu?
Ini semua kerja-kerja jahat puak yang begitu takut Anwar berada di Putrajaya. Kehebatan Anwar bukan saja ditakuti oleh penguasa sekarang bahkan yang sudah bersara pun takut seperti Mahathir. Mengapa takut jika tidak pernah melakukan penyelewengan? Mahathir sentiasa berdendam dengan Anwar, jika beliau tidak mampu lagi bersuara kerana sudah semakin tua, beliau tetap akan burukkan dan aibkan Anwar melalui tulisan pula.
KUALA LUMPUR, Kegagalan pihak kerajaan khususnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membezakan di antara notis dan saman dianggap sebagai memalukan.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, kerajaan juga gagal mematuhi tafsiran yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuching berhubung Akta Undang-undang Pengangkutan Jalan Seksyen 17 (1) (D).
"Kita agak terkejut bagaimana pihak kerajaan sendiri khususnya Jabatan Pengangkutan Jalan tidak boleh memahami persoalan pokok yang terdapat dalam Akta Pengangkutan Jalan itu sendiri dan mereka tidak boleh membezakan antara saman dengan notis.
"Kalau kerajaan tidak boleh membezakan antara notis dan saman satu perkara yang sangat memalukan apabila dia menganggap notis itu sebagai saman.
"Kerajaan sendiri tak boleh akur kepada tafsiran yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuching berhubung Akta Undang-undang Pengangkutan Jalan Seksyen 17 (1) (D)," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Mahkamah Tinggi Kuching mentafsirkan Akta Undang-Undang Pengangkutan Jalan Seksyen 17(1)(D) merupakan perkara yang dianggap perkara belum selesai, merujuk kepada perkara yang belum diselesaikan di peringkat mahkamah.
Mahfuz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Anti Saman Ekor (Kase) sebelum itu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat.
Sebelum itu, Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) meminta Menteri Pengangkutan menyatakan adakah pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia mempunyai kaedah tertentu atau mencari jalan penyelesaian secara pantas semasa berurusan di kaunter Pembaharuan Cukai Jalan dan Pembaharuan Lesen Memandu dalam kes-kes saman Polis atau JPJ di mana berlakunya pemalsuan nombor kenderaan tanpa pengetahuan pemilik kenderaan - kesalahan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Penasihat Undang- Undang Kase, Zulhilmi Shariff dalam sidang media sama berkata, rakyat perlu faham kuasa menghukum semua pesalah tertakluk pada mahkamah dan bukannya pihak kerajaan.
"Persoalan yang paling besar ditimbulkan dalam isu saman ekor ini, Ketua Trafik Bukit Aman atau Timbalan Menteri menyebut, kita beri peluang untuk rakyat membayar saman sehingga 10 Mac. Persoalannya di sini, siapa yang suruh bayar? Itu yang paling penting," katanya.
KUALA LUMPUR, Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsan (Anak) mengulangi dakwaan bahawa Felda Plantation ialah organisasi haram dan terbatal kerana bertentangan dengan Akta GSA 1960 iaitu status pemilikan hanya individu (seksyen 7 (2) dan koperasi (seksyen 11(1).
Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata dakwaan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan bahawa Felda Plantation tidak tertakluk di bawah GSA adalah alasan semata-mata untuk tindakan kerajaan yang bertentangan dengan matlamat asal menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan.
Beliau berkata, Kerajaan Pusat telah menipu dan mengkhianati Kerajaan Negeri kerana mewujudkan penempatan tanpa peneroka.
"Dasar yang diperkenalkan Tun Dr Mahathir pada tahun 1992, bercanggah dengan hasrat Allahyarham Tun Abdul Razak ketika beliau membentangkan Akta GSA dibentang dan digubal untuk memberikan panduan dan keseragaman kepada semua negeri-negeri di tanah Melayu bagi mencapai hasrat kerajaan untuk membangunkan taraf kehidupan penduduk luar bandar.
"Keluasan 367,710 hektar tanah Felda Plantation adalah datangnya dari kerajaan negeri. Jik tidak tertakluk di bawah GSA, ia bernaung melalui peruntukan apa?" soalnya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Dakwaan Anak berhubung perkara ini sebelum ini dinafikan Ahmad yang mengatakan ianya tidak berasas kerana syarikat itu memiliki surat hak milik ladang berkenaan.
Menurut Mazlan lagi, tanah ialah aset yang berada dalam bidang kuasa kerajaan negeri dan kesediaan kerajaan negeri memberikan sejumlah tanah yang luas kepada Kerajaan Pusat menerusi Felda adalah bertujuan memberikan tanah kepada rakyat yang tidak mempunyai tanah.
Semak semula pemberian tanah untuk Felda Plantation
Beliau turut mendedahkan bahawa pengambilan tanah untuk tujuan Felda Plantation dibuat secara paksaan dari kerajaan negeri yang tidak difahami secara jelas maksudnya.
"Hujah Perdana Menteri yang mengatakan bahawa 51 peratus kepentingan Koperasi Permodalan Peneroka Berhad ada dalam Felda Plantation dan memberi dividen 14 peratus setiap tahun kepada peneroka adalah lari dari realiti sebenar ayahanda beliau, Tun Abdul Razak," katanya.
Sehubungan itu, Anak mencadangkan semua kerajaan negeri meyemak semula pemberian tanah untuk Felda Plantation degan dimulai Kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan, Selangor dan Kedah dan boleh dirujuk melaui seksyen 44(GSA) iaitu kuasa menamatkan GSA.
"Tidakkah kita berasa bangga jika tanah Felda Plantation dikurniakan kepada generasi kedua dan ketiga Felda ia memberi manfaat kepada 79,000 orang dan merangsang sosioekonomi rakyat khususnya bangsa Melayu?" soalnya lagi.
Katanya juga, nasib 45,000 pekerja Felda Plantation ketika ini sedang menderita dengan gaji rendah, diperlaku seperti hamba dan kebajikan mereka yang diabaikan.
Malah peserta Felda Plantation Sagu 4, Kuantan mengadakan mogok dan membuat laporan polis kerana tidak tahan dengan tekanan melampau pihak pentadbiran Felda Plantation.
04 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - YAB Tuan Guru menikmati sedikit jamuan sebelum mempengerusikan mesyuarat Exco pada hari ini. Kelihatan dari kiri Dato Penasihat Undang-undang Negeri, YAB Tuan Guru dan YB Dato Timbalan Menteri Besar.
Empat sasterawan negara hari ini tampil mempertahankan novel Interlok, karya, Datuk Abdullah Huseein dan menganggap tidak ada masalah dilihat pada istilah dan lukisan yang digambarkan oleh pengarang dalam novel berkenaan.
Malah keempat-empat mereka - Muhammad Haji Salleh, Datuk Anwar Ridhwan, Datuk Shahnon Ahmad dan Noordin Hassan - menyifatkan tujuan penulis itu cukup mulia, iaitu melukis gambaran kaum-kaum di negara ini, dengan masalah dalamannya sendiri, dan di akhirnya bersatu menerima negara dan harapan baru.
"Kami juga tidak mengesan tujuan untuk menghina mana-mana kaum. Akhiran karya ini menawarkan harapan dan kecerahan. Itulah tujuan terpenting pengarang," kata mereka dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, keempat-empat sasterawan negara tersebut mengajak rakyat membaca sastera dari pendekatan sastera dan menghormatinya secara wajar dan pintar, supaya dapat dikutip pemikiran dan kearifan sasterawan negara.
"Kami, Sasterawan Negara Malaysia, ingin menegaskan bahawa sebuah teks sastera bukanlah sebuah teks politik, dan bukan juga teks sejarah atau geografi. Sebuah karya sastera ialah sebuah teks yang melukis jiwa manusia, perasaannya, nilai dan kepentingannya dalam konteks zaman dan sejarahnya.
"Yang dilukis didekatkan sehampir mungkin kepada kenyataan di dalam dan di luar diri manusia, kerana karya sastera tidak tercipta daripada kekosongan atau vakum. Peristiwa di luar - peperangan dan kedamaian, kesusahan dan kesenangan, kerusuhan dan ketenangan - dilukis oleh kata-kata dan peribadi pengarang. Ini telah dilakukan sejak beribu tahun oleh semua pengarang, di semua negara," kata mereka.
Tidak selau rapi dan cantik
Mereka berkata sastera bukan dokumen rasmi pemerintah, atau maklumat yang dirapikan serta dicantikkan untuk disebarkan. Sebaliknya, sastera ialah lukisan kehidupan, dan kehidupan tidak selalu rapi dan cantik.
"Inilah bahan sastera, dan untuk berlaku adil kepada bahan ini sastera melukis dengan warna berbagai-bagai - ada yang merah, kuning, kelabu dan hitam. Itulah warna kehidupan yang lebih banyak jalurnya. Malah pengarang- pengarang dari benua kecil India, telah turut menyentuh isu dalam Interlok yang oleh segelintir orang di sini disensasikan, kerana sistem sosial masyarakatnya telah dinormakan dalam perjalanan panjang peradabannya," kata mereka.
Menurut mereka Interlok adalah sebuah novel yang melukis suatu deretan waktu, watak dan latardari 1910 hinggalah sebelum merdeka.
"Tujuan penulis cukup mulia, iaitu melukis gambaran kaum-kaum yang terdapat di negara ini, dengan masalah dalamannya sendiri, dan di akhirnya telah bersatu untuk menerima negara dan harapan baru.
"Inilah tujuan pengarang. Manusia yang dilukiskan juga cukup mulia, terutama Maniam, yang besar hati dan jiwanya, dan masih ingin membantu orang lain, walau pun dia pernah dimangsakan," kata mereka.
Dicairkan
Sehubungan itu, keempat-empat sasterawan negara berkenaan berkata mereka merasa sangat prihatin sekiranya pengarang terus didesak untuk merubah karya mereka sehingga gagasan awal mereka sudah dicairkan.
"Dan sekiranya perubahan pada lukisan satu kaum hanya dibuat, dan tidak pada kaum yang lain, maka akhirnya terdapat suatu lukisan yang tidak lagi berimbang dan benar – hanya cantik pada suatu kaum dan comot pada yang lainnya," kata mereka.
Justeru, mereka meminta masyarakat membenarkan penulis negara ini melukis kenyataan Malaysia, walau betapa pun tidak manis kenyataan itu.
"Kerana mereka juga berfikir bagi pihak kita, dengan sudut pandangan mereka sendiri, yang walau pun berlainan, masih diperlukan di negara yang demokratis, yang memberi kebebasan kepada sasterawannya untuk menulis,berfikir dan berpendirian," kata mereka lagi.
Tuduhan-tuduhan yang dilontar oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam buku 'A Doctor in the House' atau 'Doktor Dalam Rumah' adalah untuk menutup penyelewengan semasa pemerintahan mantan perdana menteri itu dan demi menjamin masa depan politik anaknya, Muhkriz, kata ketua pembangkang itu.
"Sebenarnya apa yang saya lihat ialah ketakutan dia (Mahathir) terhadap perubahan kerana kezaliman yang berlaku semasa pemerintahannya seperti yang didedahkan dalam buku Barry Wain: Malaysia Maverick. Beliau menghabiskan RM100 bilion lebih (duit rakyat), kata Anwar.
"Mahathir juga mahu menjamin masa depan anaknya seperti yang dilakukan oleh Hosni Mubarak terhadap anaknya Gamal. Dia mahu menjamin anaknya dalam golongan terulung di negara. Ini yang menjadi pertimbangan dia," kata Anwar kepada TVSelangor.
Dalam buku mengenai kisah hidupnya itu, Mahathir sekali lagi mengulangi dakwaan fitnah perlakuan moral Anwar.
Katanya, beliau tidak terkejut dengan pusingan terbaru tuduhan liar oleh Mahathir dan menegaskan bahawa masyarakat celik terhadap motif Mahathir untuk terus menyerang beliau.
Ketuan umum PKR itu berkata pembohongan Mahathir terserlah dalam buku Doktor Dalam Rumah, khususnya apabila mendakwa beliau (Anwar) tidak menafikan tuduhan liwat terhadapnya apabila perkara itu dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno sebelum dia di pecat dari parti.
"Nyata satu lagi pembohongan jahat ialah Mahathir mendakwa kononnya saya mengaku (tuduhan) dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno. Saya tidak akan terkejut sekiranya kuncu-kuncu Umno akan mengesahkan (demikian)," kata Anwar.
"Tetapi kita ada rakaman mesyuarat itu. Sepertimana yang saya ingat, perjalanan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno itu telah bocor dan tidak ada sama sekali pengakuan saya kononnya mengesahkan tuduhan." kata Anwar.
Meskipun sering mendakwa Anwar kononnya mengamalkan seks liar, Mahathir tidak sekali pun menghadirkan diri di mahkamah untuk memberi keterangan pada perbicaraan Anwar pada tahun 1998, walaupun atas desakan peguambela mantan timbalan perdana menteri itu.
Sebaliknya Mahathir memilih untuk terus melontarkan tuduhan-tuduhan itu di luar mahkamah, dan di atas kedudukannya sebagai perdana menteri ketika itu.
Selepas berundur dari jawatan itu, Mahathir meneruskan serangan ke atas Anwar dengan sokongan pemimpin-pemimpin Umno yang melihat ketua pembangkang itu sebagai musuh utama parti mereka yang harus ditumpaskan.
Mahathir memuatkan 20 halaman dalam memoirnya mengenai bagaimana beliau mendapat tahu tentang dakwaan kisah seks Anwar dengan lelaki dan wanita, yang membawa kepada pemecatannya pada 1998.
Ia diceritakan di bawah bab bertajuk 'Anwar's Challenge' dalam memoir setebal 800 halaman itu.
Antaranya, Mahathir menceritakan bagaimana beliau menemubual empat gadis yang memberitahunya bagaimana mereka dipujuk untuk bertemu seorang yang sangat berpengaruh, oleh seorang lelaki India yang mereka kenali sebagai Nalla.
Katanya, lelaki itu telah membawa setiap gadis itu secara berasingan ke sebuah rumah di Kenny Hills. Di situ mereka bertemu seorang yang mereka dikenalpasti sebagai timbalan perdana menteri. Mereka diminta menanggalkan pakaian untuk mengadakan hubungan seks.
Kedua-dua mereka, tulisnya lagi, enggan berbuat demikian tetapi yang dua lagi bersetuju. Mereka bersedia bercakap dengan polis dan dengan beliau, tetapi berkeras tidak mahu memberi keterangan di mahkamah.
4 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - PARIT BUNTAR : Prihatin dengan nasib dan kebajikan anak-anak yatim, Sinar Harian dengan kerjasama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim Abdullah telah menganjurkan majlis meraikan anak-anak yatim sekitar Parit Buntar Sabtu lalu, di Parit Buntar Inn, disini.
Seramai 20 anak-anak yatim sekitar kawasan itu diraikan di dalam satu majlis ringkas yang dirasmikan oleh YB ADUN yang turut menyampaikan sumbangan.
Khalil yang berkongsi pengalaman menjadi anak yatim sejak berusia 10 tahun turut memuji langkah Sinar Harian, malah keprihatinan Sinar Harian itu sangat menceriakan anak-anak yatim pada hari tersebut.
"Majlisnya ringkas tetapi bernilai besar disisi Allah swt. kerana kita meraikan anak-anak yatim yang sangat memerlukan.."
Apa yang dianjurkan oleh Sinar Harian wajar dipuji kerana ia mampu menarik minat masyarakat, berjaya memberi kesamarataan dalam setiap berita dan program tanpa melupakan golongan yang memerlukan, " katanya.
Sinar Harian turut mendapat kerjasama penaja-penaja seperti Nasmir Nasi Kandar, ABM Zulaikha Sdn Bhd., Butik Borong Bandar Perda, Kedai Wahab Bandar Perda, Perniagaan Rohaya dan Abu Bakar, Hasan Ibrahim, HNI Enterprise, dan stesyen minyak Petronas Nibong Tebal, yang menyumbangkan barang keperluan.
Penang Cop Bikers turut hadir meraikan dan memeriahkan majlis.
TRIPOLI: Presiden Libya, Muammar Gaddafi hari ini memberi amaran keras agar negara Barat agar jangan mencampuri hal ehwal negaranya.
Beliau berkata demikian dalam perbualan telefon dengan Perdana Menteri Greece, George Papandreou yang dipetik agensi berita Jana. "Greece adalah rakan Libya dan mereka boleh menyampaikan nasihat ini kepada Kesatuan Eropah (EU)," katanya. Gaddafi dilaporkan menghubungi sendiri Papandreou dengan memberi amaran sebarang keganasan yang berlaku di Libya sehingga menggugat keselamatan dan kestabilan akan memberi kesan kepada keamanan di negara utara Afrikan, negara Mediterranean dan Eropah.
Amaran itu susulan keputusan NATO dan EU untuk mengadakan rundingan dengan negara di utara Afrika bagi mencari jalan penyelesaian menghadapi rejim Gaddafi di Brussels, esok dan Jumaat ini.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 4,118 kes bunuh diri dilaporkan sejak 2001 sehingga 2010, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata, antara faktor yang sering dikaitkan dengan kes bunuh diri yang dikategorikan sebagai kes mati mengejut ialah tekanan perasaan akibat kegagalan dalam hidup, masalah keluarga dan kematian orang tersayang.
"Faktor lain ialah mengalami penyakit jiwa seperti kemurungan dan trauma, terlibat dengan jenayah (bagi mengelak hukuman), terlibat dengan dadah dan menghidap penyakit yang tidak dapat dirawat," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Selasa.
Sim ingin tahu jumlah kes membunuh diri dari tahun 2001 hingga 2010 dan punca kejadian serta badan bukan kerajaan (NGO) yang berusaha untuk mencegah kejadian tersebut.
Hishammuddin berkata, masalah kewangan yang kritikal seperti menanggung hutang yang banyak dan terlibat dengan judi juga merupakan penyebab individu membunuh diri.
Beliau berkata, terdapat beberapa NGO yang berusaha menangani dan mencegah kejadian bunuh diri.
"Usaha ini dilakukan melalui program seperti khidmat kaunseling, ceramah, bengkel dan seminar mengenai kemahiran kaunseling dan pencegahan bunuh diri serta kempen kesedaran mengenai kesihatan mental," katanya.
Rabiulakhir 1432H. [MOD] - Mohd Shukri Mohamed Talib
Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, Hindu, Cina dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 BC. Pakar perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua kategori semenjak abad ke lima lagi. Nama lain kencing manis ialah diabetes yang bererti pancur air, dinamakan oleh pakar perubatan Yunani (Greek), Areteus dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu.
Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat samada semut menghurungi tempat tersebut. Bukti kaitan kelenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis dijumpai pada tahun 1897, apabila dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis. Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick G. Banting dan Best menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glukosa dalam darah.
Apakah Insulin ?
Insulin merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh sel kelenjar pankreas yang dikenali sebagai Langerhans islets ( kepulauan kecil ). Insulin bertugas untuk menceranakan glukosa dan bertindak membenarkan glukos dalam darah menembusi dinding sel.
Jenis-jenis Kencing Manis (Diabetes mellitus)
Kencing manis boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu :
1. Diabetes bersandar insulin 2. Diabetes bebas insulin 3. Diabetes ketika Hamil (Gestational diabetes) 4. Diabetes bentuk lain
Diabetes bersandar insulin
Diabetes jenis pertama juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent' ) atau diabetes awal remaja. Pengidap diabetes bersandar insulin boleh hidup seperti normal selagi mereka menerima suntikan insulin, tetapi mereka akan menerima maut sekiranya mereka tidak mendapat suntikan insulin dalam tempoh yang agak singkat. Ini adalah disebabkan penguraian sumber bahan tenaga lain oleh badan seperti lemak bagi menggantikan tenaga dari glukos. Penguraian sumber bahan tenaga lain akan menghasilkan bahan sampingan seperti ketones yang menyebabkan keadaan hiperglisemia (hyperglycemia). Ketones merupakan molekul asid yang mampu menyebabkan kegagalan metabolisma dan sel badan gagal berfungsi. Keadaan ini sekiranya berlarutan akan mengakibatkan pengidap kencing manis menjadi koma dan menemui maut sekiranya tidak dirawat. Diabetes jenis pertama ini terbentuk apabila sistem imunisasi badan memusnahkan sel beta kelenjar pankreas, satu-satunya jenis sel yang menghasilkan hormon insulin yang digunakan untuk penghadaman glukos kepada tenaga. Diabetes ini sering didapati pada golongan kanak-kanak dan remaja yang memerlukan beberapa suntikan insulin setiap hari, atau menggunakan pam insulin, untuk terus hidup. 5% hingga 10% pengidap diabetes merupakan dari jenis kencing manis jenis I. Mereka yang berisiko mengidap kencing manis jenis I adalah serangan sistem imunisasi sendiri (autoimmune), genetik, dan alam sekeliling.
Diabetes bersandar insulin lebih kerap dikesan di masyarakat Barat. Ini mungkin disebabkan oleh genetik, kesedaran yang lebih luas dikalangan masyarakat barat, atau kurang kesedaran dikalangan masyarakat Asia mengenai penyakit diabetes dikalangan kanak-kanak. Lambat mendapatkan rawatan bagi diabetes bersandar insulin boleh membawa maut, oleh itu sekiranya diabetes bersandar insulin tidak dikesan dengan lebih awal, pengidap diabetes tidak berpeluang untuk dirawat. Bagaimanapun peningkatan kes diabetes dikalangan masyarakat Asia mungkin sebahagiannya disebabkan oleh peningkatan kesedaran mengenai penyakit diabetes dikalangan umum. Ini menyebabkan lebih ramai orang sempat mendapatkan rawatan di hospital.
Pengidap diabetes bersandar insulin perlu disuntik sebelum makan dan kadang-kala insulin tambahan perlu disuntik pada waktu malam sebelum tidur. Ibu bapa hendaklah menyimpan rekod bacaan paras gula anak mereka untuk perhatian dan tindakan susulan daripada doktor dan pakar pemakanan. Paras gula yang direkodkan itu amat penting untuk membolehkan doktor mengubah suai pemakanan kanak-kanak terbabit dan mengubah dos insulin. Ini disebabkan kekurangan dan lebihan paras gula dalam darah boleh meninggalkan kesan buruk dan pelbagai gejala kepada pesakit diabetes.
Bagaimanapun sekiranya terlalu banyak insulin diambil atau disuntik, keadaan sebalinnya mungkin berlaku. Keadaan ini yang dikenali sebagai hipoglisemia disebabkan kekurangan glukos dalam darah dan boleh diatasi dengan mudah dengan pengambilan makanan atau minuman yang bergula.
Diabetes bebas insulin - jenis kedua
Diabetes bebas insulin (jenis kedua) juga dikenali sebagai diabetes peringkat permulaan dewasa. 90% hingga 95% daripada pengidap kencing manis mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua). Diabetes bebas insulin (jenis kedua) biasanya bermula dengan ketahanan insulin, dimana badan tidak menggunakan insulin dengan berkesan. Apabila keperluan menggunakan insulin meningkat, kelenjar pankreas tidak lagi mampu mengeluarkan insulin pada kadar mencukupi. Diabetes bebas insulin (jenis kedua) biasanya berlaku seiring dengan faktor usia lanjut, gemuk (obesity), terencat ketahanan glukos, keturunan atau bangsa (genetik) dan kurang bersenam. Diabetes bebas insulin (jenis kedua) juga semakin meningkat dikalangan kanak-kanak dan golongan remaja di Malaysia
Diabetes ketika Hamil (Gestational diabetes)
Diabetes ketika hamil merupakan sejenis alahan glukos yang dikenal pasti pada sebahagian wanita ketika mengandung. Diabetes ketika hamil sering didapati di kalangan orang Amerika keturunan Afrika, Hispanik/Latin, dan Red Indian. Diabetes ketika hamil juga biasa didapati dikalangan wanita kuat makan, atau wanita yang dari keturunan pengidap diabetes. Ketika mengandung, diabetes ketika hamil memerlukan rawatan untuk menurunkan paras gula dalam darah agar tidak memberi kesan kepada kandungan. Selepas mengandung, kebanyakan wanita 90% hingga 95% kembali sembuh. Sebahagian kecil pula antara 5% hingga 10% didapati mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua). Wanita yang mengalami diabetes ketika hamil mempunyai risiko 20% hingga 50% mengidap diabetes dalam tempoh 5 hingga 10 tahun. Diabetes ketika hamil juga meningkatkan lagi risiko bayi mempunyai paras bilirubin yang tinggi (demam kuning) berbanding bayi normal.
Diabetes bentuk lain
Terdapat diabetes yang disebabkan oleh faktor genetik (peringkat permulaan dewasa), pembedahan, dadah, kurang zat permakanan, jangkitan, dan penyakit lain. Diebetes bentuk lain membentuk 1% hingga 5% daripada semua penyakit kencing manis yang dikenal pasti.
PARIT BUNTAR, 9 Mac : Ketua Penerangan PAS Perak, YB Drs. Khalil Idham Lim menjawab ulasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang mana beliau mengatakan bahawa proses pilihan raya di Malaysia adalah adil dan telus dan setanding di Negara luar dengan mangambil contoh keputusan PRU12 dimana BN kehilangan banyak kerusi.
"Saya sendiri tidak pasti Negara luar mana yang dimaksudkan, ayatnya tergantung," katanya ketika ditemui di sini.
"Saya ingin mengatakan bahawa jika benar PRU 12 diurus tadbir mengikut lunas demokrasi yang telus, bermakna media dibebaskan, SPR serta Polis tidak diperkudakan , undi pos dimansuhkan, guna dakwat kekal dan kempen diberi tempoh yang sesuai dengan tiada sebarang halangan ketika ceramah dijalankan, maka ketika itu barulah adil, sekarang tidak," katanya lagi.
Malah menurut Khalil kebebasan berkempen di Malaysia jauh dari yang diharapkan berdasarkan pengalamannya berkecimpung sepenuh masa dalam politik tanahair.
"BN sejak sekian lama mempergunakan seluruh jentera dan agensi kerajaan untuk mempertahankan kuasa. Sedangkan semuanya itu adalah milik rakyat dan tidak sepatutunya digunakan oleh BN" jelasnya.
Khalil juga menegaskan jika Pakatan Rakyat cima berdepan dengan jentera BN, pasti mereka telah lama dapat ditumbangkan.
"Kerana itu saya sifatkan pelanggaran demokrasi dengan menyalahgunakan harta rakyat adalah talian hayat yang masih ada dengan BN untuk terus kekal berkuasa". Katanya
Berdasarkan salah laku BN yang disifatkan punca kepada segala masalah rakyat hari ini, BN bukan sahaja gagal mengurus tadbir Malaysia, malah telah meletakkan seluruh rakyat Malaysia pada tahap yang amat bahawa dalam segenap aspek.
Menurutnya yang juga Ketua Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, kesalahan BN selaku pemegang amanah rakyat tidak boleh dimaafkan lagi, seluruh nasib rakyat telah diperjudi kan BN.
Rakyat dihimpit dengan kenaikan harga barang berikutan peningkatan harga minyak kali yang ke emapt bagi RON 97, terkini saman ekor setiap masa memburu rakyat, tujuannya bukan mendidik, tetapi rakyat dipaksa untuk membayarnya, kalau tidak disenarai hitamkan.
Dalam pada itu Khalil yang juga Adun Titi Serong mengingatkan supaya kerajaan tidak memandang rendah terhadap suara rakyat. baginya juga usara rakyat adalah suara penentu kepada jatuh bangunya sesebuah kuasa dan kerajaan.
Sebagaimana yang disebut oleh Menteri Besar Kelantan perihal suara rakyat yang terpendam, kerajaan diingat supaya jangan cabar rakyat dan Pakatan Rakyat akan terus buktikan fakta penyelewengan BN terhadap rakyat.
"Kerana itu saya menganggap kenyataan Nazri sebagai kenyataan yang lucu dan mempersendakan dirinya sendiri dengan menyembunyikan realiti yang sebenar tentang proses pilihanraya di Malaysia yang berpat sebalh" Jelasnya
"Jika nak banding dari segi indeks kebebasan media, bandinglah dengan finland serta Sweden, indeks kebebasan media 2010 meletakkan Malaysia hampir sama dengan Zambia," katanya.
Pada Persidangan Parlimen penggal keempat (ke-4) selepas Pilihanraya Umum Ke-12, tercatat satu lagi peristiwa hitam yang memburukkan lagi imej negara di arena antarabangsa. Hari ini kita dapat melihat satu persidangan yang cacat yang pasti akan menjadi bahan ketawa seluruh umat manusia yang percaya dan berpegang kepada amalan demokrasi.
Persidangan yang dibuka oleh Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac telah dilangsungkan tanpa adanya Ketua Pembangkang iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perlakuan ini telah menjejaskan amalan demokrasi dan juga dengan jelasnya menggambarkan kekejaman kerajaan Barisan Nasional yang memerintah secara kuku besi.
Apa gunanya ada Parlimen apabila Ketua Pembangkang dinafikan hak untuk berbahas mengenai isi kandungan titah ucapan DiRaja yang akan menjadi landasan dasar-dasar dan arah tuju negara?
Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang telah digantung dari menghadiri persidangan Parlimen selama 6 bulan oleh Speaker Dewan Rakyat. Ini sudah tentu atas arahan kerajaan Barisan Nasional yang zalim. Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Kabinet bersama-sama ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yang lain kecut untuk menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya soalan berkaitan dengan hubungan negara kita dengan APCO.
Parlimen adalah satu-satunya tempat yang mempunyai imuniti untuk Wakil Rakyat membangkitkan apa jua isu berkaitan negara kita ini. Tidak ada sesiapa yang mempunyai kuasa untuk menghalang ahli-ahli Parlimen untuk membangkitkan sesuatu masalah yang melibatkan negara ini. Atas tujuan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bangkitkan isu APCO bersama bukti-bukti yang kukuh. Tetapi beliau telah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di dalam Persidangan Dewan Rakyat lepas.
Jawatankuasa ini telah mengambil keputusan untuk menggantung beliau untuk masa selama 6 bulan. Beliau seharusnya diberi peluang untuk memberikan penjelasan sepenuhnya berkaitan dengan tuduhan beliau yang menyatakan bahawa kerajaan Malaysia menandatangani kontrak dengan syarikat APCO yang juga berfungsi sebagai penasihat bagi Israel.
Kontrak ini telah menelan belanja sebanyak RM70 juta. Wang ini adalah wang rakyat Malaysia yang boleh dipersoalkan oleh Ketua Pembangkang. Apatah lagi, secara langsung, perkara ini melibatkan keselamatan negara kita. Tetapi kerajaan Barisan Nasional yang zalim ini telah menggunakan jalan pintas yang juga boleh sifatkan sebagai taktik pengecut kerajaan Barisan Nasional, untuk menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penjelasan dan menunjukkan bukti-bukti yang kukuh mengenai hujah beliau di Dewan Rakyat.
Kerajaan Barisan Nasional telah mempergunakan Speaker Dewan Rakyat untuk mengambil tindakan menggantungkan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menghadiri persidangan selama 6 bulan. Satu daripada komponen utama Parlimen Malaysia ialah Ketua Pembangkang. Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya diberi ruangan yang secukupnya untuk membahaskan perkara-perkara yang difikirkan perlu untuk kebaikan, kemajuan, kebajikan dan kesejahteraan Malaysia. Tetapi malangnya, beliau tidak hadir ke Parlimen pada persidangan kali ini kerana telah digantung oleh pihak kerajaan untuk melarikan diri daripada kesalahan mereka sendiri
Makluman untuk seluruh Ahli PAS Kawasan Tambun ke Program Ijtima PAS Kawasan Tambun spt butiran berikut:
Naqib Jemputan : AF Ust Nazri Din (bekas Calon Kubu Gajah) Tempat : Dewan Serbaguna MK Land Klebang Putra Tarikh : 6 R'Akhir 1432 - 11 Mac 2011 (jumaat) Jam : Maghrib berjemaah
Dia mengajak berdebat di stadium dan Islam x anjurkan berdebat.. kalau stadium mini manjoi boleh tak? teman tlg ambik permit.
Dia kena tanya mengapa orang mengajak dia masuk badan politik, sebab dia ada potensi untuk menguntungkan rakyat disebabkan kehebatan dia menyampaikan ceramah, sepatutnya dia kena jawab saya ni ahli PAS
Dia kata kalau dia arahkan 160ribu pengikut dia jangan pangkah Nazri Din, nanti Nazri Din nak jadi apa? setahu teman le pengundi di kubu gajah ada 13ribu je mana datang lagi 147ribu (pengundi hantu ke), Nazri Din adalah calon PAS di Kubu Gajah, pada pilihanraya 2008 dia berjaya mengurangkan undi YB Ahmad Zainuddin, apakah dia tidak perasaan yang hampir 80% yang mendengar ceramahnya adalah ahli PAS dan kalau pimpinan keluar arahan kepada ahli-ahli untuk tidak pergi ke ceramahnya apa akan jadi pada dia?
Apakah ceramah yang dilakukan oleh PAS selama ini hanya semata-mata mengutuk dan mengumpat orang (nilai sendiri ceramah yang anda lihat sekarang), apakah dia tidak melihat ceramah Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Abdul Hadi, dan lain-lain penceramah PAS ikhlas menyampaikan kebenaran kepada rakyat, apakah beliau tidak merasakan betapa beliau juga pernah di beri peluang untuk berceramah politik di pentas PAS? apabila sudah terkenal.. jawab sendiri
PAS For All adalah tag line kepada Parti Islam SeMalaysia PAS, yang disyurakan agar menampakkan bahawa Islam yang menjadi dasar kepada PAS boleh diterima oleh seluruh ummat, tetapi bukan orang yang nak menghancurkan Parti ini.
ehhh betul ke? tak bwak dalam mesyuarat pakatan pun.. ke perasan je? Nak uruskan al-barakah pun teruk ni kerajaan negeri..
Kami menjemput seluruh Ahli PAS Kawasan Tambun ke Ijtima PAS Kawasan Tambun yang disampaikan oleh AF Ust Nazri Din (bekas Calon Kubu Gajah) spt butiran berikut:
Tempat : Dewan Serbaguna MK Land Klebang Putra Tarikh : 6 R'Akhir 1432 - 11 Mac 2011 (jumaat) Jam : Maghrib berjemaah
KP : Rasulullah ada mengatakan di akhir zaman nanti, ummat aku akan berasa sukar untuk memilih Islam yang sebenarnya.. Lu fikir le sndili
You are subscribed to email updates from PAS TAMBUN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
GEMAS – Rata-rata pengunjung yang menggunakan laluan antara deretan kedai Pekan Gemas dan Stesen Keretapi Gemas merungut apabila kerap menghidu bau busuk di laluan berkenaan hampir setiap hari.
Pengunjung mendakwa bau busuk itu timbul akibat daripada keadaan sistem saliran longkang yang berhampiran stesen keretapi berkenaan tidak dapat mengalir dengan baik.
Menurut salah seorang orang awam, Mustafa Ramli, 45, masalah sistem saliran sudah lama berlaku iaitu kira-kira setahun yang lalu, hingga menyebabkan air kadang-kala bertakung.
"Keadaan ini banyak menimbulkan rasa kurang selesa terhadap individu yang kerap menggunakan laluan ini. Lebih-lebih lagi bagi pengguna perkhidmatan keretapi di Stesen Keretapi Gemas ini.
"Malah, saya sendiri sudah beberapa kali terhidu bau busuk ini dan isu ini juga sudah menjadi perbincangan antara penduduk setempat memandangkan bau busuk ini begitu ketara, terutamanya pada waktu malam," katanya ketika ditemui di lokasi dimaksudkan.
Sementara itu, Mustafa berkata, dia amat berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) memandang serius masalah itu dan mengambil tindakan segera bagi memastikan masalah penduduk ini dapat diatasi sebaik mungkin untuk kebaikan semua pihak.
Taman Selasih , Kuala Pilah – Kiri-kira 1000 penduduk di taman ini kecewa kerana isu masalah gangguan kemudahan bekalan air yang berlaku sudah lebih setahun, masih belum mendapat kata putus yang sewajarnya daripada pihak berkaitan.
Penduduk tidak mahu janji kosong yang ditabur pihak tertentu, sebaliknya inginkan satu keputusan mutlak dan pembelaan dalam mencari jawapan tentang status pemilikan pam air di taman berkenaan yang masih belum selesai.
Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Selasih, Mazan Maidin, 61, berkata, penduduk taman sudah muak dengan janji kosong pihak berkaitan untuk menyelesaikan masalah pam air di sini.
"Kami sudah menghubungi pihak pemaju tetapi mereka seolah-olah berdalih dan mempermainkan kami.
"Kami juga sudah panjangkan masalah ini kepada pihak pemaju perumahan supaya mereka memberi kuasa kepada pihak Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) tentang status hak milik pam air," katanya kepada Sinar Harian.
Mazan berkata, ini bertujuan memudahkan mereka berurusan dengan pihak Sains sekiranya ada masalah air di sini.
Buat masa ini, katanya, pihak Sains tidak boleh berbuat apa-apa sehingga pihak pemaju menyerahkan pam air itu kepada Sains.
Bagaimanapun, sejak lebih setahun, masalah itu tidak pernah selesai dan yang menjadi mangsa adalah penduduk di sini.
"Sekiranya mengalami gangguan air, kami terpaksa tunggu pihak pemaju mahupun kontraktor yang dipertanggungjawabkan datang ke taman ini untuk membetulkan pam air itu," katanya.
Menurutnya, mereka juga terpaksa hidup tanpa kemudahan bekalan air hingga beberapa hari sekiranya pihak berkaitan datang lewat untuk membaiki pam berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan