s Posted: 17 Feb 2011 10:18 AM PST |
KEDAH online Posted: 17 Feb 2011 03:26 AM PST |
The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah Posted: 17 Feb 2011 12:53 AM PST Dari Merlimau ke Shah Alam Posted: 16 Feb 2011 06:34 PM PST Sebahagian daripada ribuan yang hadir sebahagian dari ribuan yang hadir Dato Seri Anwar Ibrahim diapit oleh Dr Hatta Ramli (sebelah kiri) dan Shamsul Iskandar (kanan) Haji Suhaimi Said (kiri), Dr Hatta Ramli (tengah) Mohd Sabu (kanan) Mohd Sabu dan Dr Hatta === Saya berada di Merlimau pada 15hb Februari 2011 dan tinggal di Rumah Kak Jamnah Jaafar, kakai Ipar saya, di Permatang Serai, Merlimau. Persiapan untuk ceramah pada malamnya semuanya sudah disiapkan oleh petugas-petugas Parti Keadilan Rakyat, dan pada jam 3.00 petang saya meminta anak buah saya pergi ke Pekan Merlimau untuk mengedarkan poster ceramah dari kedai ke kedai dan dari rumah ke rumah agar lebih ramai kaum Cina mengetahui akan ceramah pada malam itu di rumah Kak Jam.
Seawal jam 6.00 petang, Kg Merlimau telah menyaksikan peniaga-peniaga menaikkan gerai masing-masing dengan bermacam jenis perniagaan. Ini membayangkan kepada saya bahawa ceramah pada malam itu akan dihadiri oleh ribuan manusia.
Selepas solat Isya', Majlis Ceramah sudah dimulakan dengan dipengerusikan oleh Sdr Wahab. Saya mengisi ruang untuk memulakan ceramah sambil menunggu penceramah-penceramah dari PAS, DAP dan PKR.
Jam 9.15 malam, Sdr Mat Sabu dan Dr Hatta sampai ke tapak ceramah diikuti oleh Senator Ramakrishnan dari DAP dan diikuti pula oleh Sdr Shamsul Iskandar, Ketua AMK. Saya memberhentikan ceramah saya jam 9.20 malam diikuti oleh Senator Rama, Dr Hatta, Shamsul Iskandar dan Mohd Sabu. Dato Seri Anwar sampai semasa Dr Hatta menyampaikan ceramah. Sebelum itu Dato Seri menghadiri Majlis Makan Malam PKR Melaka dan kemudian hadir ke Majlis Tazirah di Permatang Pasir sebelum hadir ke Permatang Serai.
Semasa sebelum kehadiran Anwar itu, kehadiran sudah melonjak kepada lebih 4000 orang, tetapi jumlah ini menokok kepada lebih 6000 orang semasa Anwar hadir. Padat. Inilah sejarah bagi Kg Merlimau. Tidak pernah sepadat ini sebelumnya. Ada rakan-rakan menyatakan bahawa jumlah itu menghampiri 10000 orang. Itu tidaklah penting. Yang penting, kehadiran sebegini ramai adalah sejarah yang tidak penah berlaku di Kg Merlimau sebelum ini.
Tidak jauh dari tempat ceramah PKR itu adalah ceramah UMNO. Alahai, nak cakap segan, tak cakap nanti orang tanya juga. Berapa ramai. Bilangannya terlalu kecil, tapi untuk menyedapkan hati UMNO, kita letak ajalah 100 orang, itu pun dah lebih!
Kutipan derma pada malam itu menghampiri RM7000.00.
Jam hampir tepat 12.00 tengah malam, Majlis itu berakhir. Anwar kembali ke Kuala Lumpur dan esuk harinya beliau menghadiri Mahkamah Tinggi dengan pertuduhan Fitnah 2.
Saya berlepas dari Merlimau ke Shah Alam jam 11.00 pagi untuk menemui YB Elizabeth Wong di Pejabat EXCO Kerajaan Negeri Selangor.
Saya sampai ke Pejabat itu jam lebih kurang 2.00 petang dan dapat bertemu dengan YB Elizabeth.
Kami telah bincangkan program-program untuk Task Force Felda Selangor. Saya cukup gembira diberitahu oleh YB Eli bahawa tuntutan peneroka-peneroka Felda Gedangsa yang mengerjakan kawasan lembah di rancangan itu untuk mendapatkan lesen T.O.L telah memperolehi kemajuan dan Pejabat Tanah Hulu Selangor akan mengambil tindakan yang sesuai.
Kerajaan Negeri Selangor juga, kata YB Eli, akan berbincang dengan Felda supaya Felda mengesyorkan kepada Kerajaan Selangor supaya geran tanah bagi peneroka-peneroka Fasa 6 Felda Suharto dapat dikeluarkan kerana mereka telah lama menjelaskan hutang mereka kepada Felda.
Satu perkembangan yang sangat menggembirakan saya ialah pendedahan oleh YB Eli yang mendapat penerangan daripada Pejabat Tanah Hulu Selangor bahawa wujud tanah yang agak luas di kawasan Felda Suharto yang masih menjadi tanah Kerajaan Selangor kerana tidak dipohon oleh Felda. Dan beliau menyatakan bahawa tanah itu akan diproses untuk diserahkan kepada Generasi Kedua Felda Suharto.
Kami juga membincangkan untuk mengadakan Perhimpunan Peneroka-Peneroka Hulu Selangor didalam hujung Mac atau awal April tahun ini, dan menjangkakan lebih dari 500 orang peserta-peserta akan menghadiri Perhimpunan itu terdiri daripada peneroka-peneroka dan 200 orang lagi terdiri daripada Orang Asal seluruh Negeri Selangor.
Satu perjumpaan dengan pimpinan peneroka-peneroka Felda Selangor dan Orang Asal Selangor sedang diaturkan untuk Perhimpunan itu dimingu ketiga bulan Februari ini
Lebih kurang 4.00 petang saya kembali ke Temerloh dan kerja di Temerloh menunggu pula untuk persediaan Ceramah untuk Pelancaran Markas PRK DUN Kerdau di Felda Jengka 22 pada 17hb Februari 2011. Pada 18hb Februari 2011 saya akan membentangkan kertas kerja Perhimpunan Warga Felda Negeri Terengganu di Felda Kerteh 1, pada 19hb Februari akan diadakan pertemuan dengan pimpinan Peneroka-Peneroka dan Orang Asal PKR Pahang di Rest House Temerloh, manakala pada 20hb Februari 2011 meraikan kehadiran Dato Seri Anwar Ibrahim di Majlis Makan Malam anjuran PKR Cabang Temerloh dan sebelah malamnya Ceramah umum di Markaz PAS Pahang di Kerdau.
| |
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Posted: 17 Feb 2011 12:50 AM PST Merlimau: Umno BN mula peralat Jabatan Pelajaran Posted: 16 Feb 2011 12:45 AM PST KUALA LUMPUR, 16 Feb: Umno BN seperti mahu mengulangi episod memalukan seperti di pilihan raya kecil (PRK) Tenang apabila sekali lagi memperalatkan Jabatan Pelajaran Negeri Melaka dan Pejabat Pelajaran Daerah Jasin untuk memenuhi agenda politik sempit mereka. Menurut laman http://pencacai-semalaysia.blogspot.com, jika di PRK Tenang, Pengarah JPN Johor secara terang-terang dan terbuka berkempen dengan menggunakan nama rasmi program JPN dengan meminta guru-guru dalam PRK Tenang supaya mengundi dan menyokong calon Umno/BN. Di PRK Merlimau, episod menjadikan guru sebagai kuda tunggangan iaitu alat kempen Umno/BN seperti di PRK Tenang berulang. Atas nama program Jabatan guru-guru di Merlimau telah dikerah dan dipaksa untuk hadir dalam program kononnya majlis perasmian Bangunan Tambahan SKJ (C) Merlimau. Menurut guru yang hadir dalam majlis yang dihadiri oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak ada langsung agenda perasmian bangunan tambahan seperti dalam surat jemputan. Sebaliknya 'backdrop' majlis pada malam itu terpampang 'Majlis Makan Malam Rakyat Bersama Timbalan Perdana Menteri'. Ramai guru yang hadir pada malam itu kesal dan berasa tertipu kerana terang-terang ia adalah majlis kempen supaya guru-guru menyokong Umno/BN. Lebih menghairankan mereka surat jemputan ke program dibuat pada sebelah malam. Menurut seorang guru yang hadir yang enggan dikenali memberitahu, mana ada orang rasmi bangunan sekolah pada sebelah malam. Apa yang berlaku menunjukkan Umno/BN benar-benar terdesak dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan kerusi N.27 Merlimau yang dimenangi sebelum ini. Apa yang dilakukan oleh JPN ternyata bercanggah dengan etika dan tanggungjawab seorang penjawat awam. Kita tunggu dan lihat apakah reaksi sekiranya terdapat guru dan juga kakitangan kerajaan memihak dan bertugas bersama jentera PAS atau Pakatan Rakyat dalam PRK Merlimau.
Sumber: Harakah Daily | MB: Melayu sokong k'jaan Pakatan Rakyat Selangor Posted: 16 Feb 2011 12:40 AM PST Meskipun kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang mengakui sokongan Melayu mula terhakis, namun bagi Tan Sri Khalid Ibrahim, tiada kejadian seumpama itu di Selangor.
"Saya tak percaya orang Melayu tidak menyokong kerajaan sekarang ini," kata Khalid pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco mingguan di Shah Alam, hari ini.
Katanya, masyarkat Melayu yang merupakan kira-kira 50 peratus daripada penduduk di Selangor menerima baik program dan inisiatif kerajaan negeri.
"Apa yang penting adalah kita memerintah negeri ini untuk semua (kaum)," kata menteri besar itu.
Sebelum ini, kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang mendakwa sokongan masyarakat Melayu di negeri itu mula terhakis kerana propaganda Umno melalui media arus perdana.
Namun, Pakatan Rakyat berkeyakinan di sebalik kemerosotan sokongan Melayu, mereka mampu mempertahankan Pulau Pinang daripada tumbang di tangan Umno. Mereka kini mempergiatkan inisiatif bagi memperbetulkan persepi di kalangan orang Melayu.
Khalid juga menepis soalan berhubung kemungkinan rombakan dibuat ke atas barisan exco sambil menambah tidak ada perkara seumpama itu dan media akan dimaklumkan jika ada rombakan exco.
Pada sidang media itu, Khalid juga menggesa kerajaan persekutuan membantu pelajar, terutama dari Selangor yang dibawa pulang dari Mesir yang ingin kembali ke negara Asia Barat itu bagi menyambung semula pengajian mereka.
Tambahnya, menjadi kewajipan kerajaan bagi memastikan mereka yang dibawa pulang boleh kembali ke universiti masing-masing dan kerajaan seharusnya menubuhkan dana bagi tujuan berkenaan.
"Namun, jika kerajaan persekutuan berpendapat negeri juga harus tanggung bersama kos itu, kita bersedia," kata Khalid.
Sumber: Malaysiakini | Calon DUN Kerdau: PAS Pahang cadang tujuh nama Posted: 16 Feb 2011 12:35 AM PST PAS Pahang telah menyenaraikan tujuh nama untuk dicalonkan bagi bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kerdau.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal berkata mereka yang tersenarai itu dilihat berpotensi untuk menang, selain muda dan berkarisma untuk menjadi calon dan wakil rakyat di kawasan berkenaan.
"Nama-nama berkenaan telah diputuskan pada mesyuarat khas PAS Kawasan Kerdau pada Isnin lepas, senarai itu akan dihantar kepada pucuk pimpinan parti," katanya di Temerloh, hari ini.
Beliau berkata, PAS tidak mempunyai masalah dalam memilih calon kerana ramai yang berkelayakan dan berkelulusan tinggi.
"Berdasarkan perkembanganpolitik semasa serta penambahan pengundi baru, PAS yakin akan dapat memenangi pilihan raya kecil itu nanti sekalipun kerusi DUN Kerdau merupakan kawasan kubu kuat Barisan Nasional (BN)," katanya.
Kerusi DUN kawasan Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63 akibat serangan jantung pada Sabtu lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagaimanapun masih belum memutuskan tarikh pilihan raya kecil di kawasan berkenaan.
Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi.
- Bernama | Kerajaan Negeri Sedia Tanggung Teoh Beng Hock Posted: 16 Feb 2011 12:30 AM PST SHAH ALAM 16 FEB: Kerajaan Negeri Selangor bersedia menanggung perbelanjaan pakar Patologi tersohor dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand bagi membolehkan beliau mengikuti prosiding mendiang Teoh Beng Hock.
Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu sidang media selepas mesyuarat Exco hari ini.
Dr Pornthip sebelum ini tidak tersenarai sebagai seorang saksi dalam kes Siasatan Suruhanjaya Diraja kematian mendiang Teoh Beng Hock, bagaimanapun kerajaan negeri berpendapat beliau berhak dipanggil semula dalam memberikan pandangan beliau untuk membantu menyelesaikan kes tersebut.
"Kerajaan Negeri bersedia untuk membiayai tambang dan juga urusan Dr Pornthip untuk mengikuti Suruhanjaya Diraja mendiang Teoh Beng Hock," katanya.
Difahamkan senarai nama saksi dalam Suruhanjaya itu ditentukan Jabatan Peguam Negara.
Jabatan Peguam Negara membuang nama Dr Pornthip sebagai salah seorang saksi dalam inkues Beng Hock daripada senarai saksi yang disediakan untuk kegunaan Suruhanjaya Diraja menyiasat kematian Beng Hock.
Suruhanjaya tersebut akan menyiasat kematian Beng Hock serta keadaan yang membawa kepada kematiannya.
Suruhanjaya itu ditubuh berikutan bantahan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan pengahkiaman terbuka oleh Inkues Beng Hock yang memutuskan pembantu politik itu tidak membunuh diri mahupun dibunuh.
Teoh Beng Hock, 30, Setiausaha politik anggota Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, selepas memberi kenyataan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.
Suruhanjaya itu antara lain akan menyiasat sama ada terdapat sebarang ketidakwajaran dalam perjalanan siasatan SPRM terhadap Beng Hock berhubung dengan Perintah-perintah Tetap dan amalannya selain mengesyorkan sebarang tindakan yang sesuai, jika perlu.
Sumber: TVSNEWS | Dedah Penyelewengan Kerajaan Melaka- Shamsul Posted: 16 Feb 2011 12:25 AM PST BANDAR MELAKA 16 FEB: Pakatan Rakyat akan mendedahkan segala penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang berlaku sepanjang pentadbiran Umno- Barisan Nasional(BN) sekiranya berjaya menawan negeri Melaka pada pilihan raya umum ke 13 nanti.
Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Melaka, Shamsul Iskandar Md Akin berkata pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan Umno- BN yang diterajui Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai Ketua Menteri yang selama ini banyak melakukan tindakan membelakangkan kepentingan rakyat.
Shamsul berkata demikian jetika berucap di majlis Tahun Baru Cina di sini malam tadi.
Selama ini, katanya segala laporan yang dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPRM terhadap salah guna kuasa dan rasuah melibatkan Mohd Ali tidak pernah diendahkan pihak berkuasa itu.
"Saya buat berapa kali laporan rasuah SPRM ada ambil tindakan…tak ada.Saya buat laporan rasuah pada Ali Rustam………satu pun badan pencegah rasuah tidak ambil tindakan pada Ali Rustam.
"Saya janji malam ini kalau kerajaan Pakatan Rakyat menang….fail Ali Rustam dan dakwa dia," katanya.
Turut hadir, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PKR, Tian Chua, Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat Melaka dalam majlis menghimpunkan lebih dua ribu tetamu itu.
Shamsul Iskandar yang juga Ketua Angkatan Muda PKR berasa yakin negeri Melaka bakal ditawan Pakatan Rakyat dengan sokongan rakyat bermula dengan kejayaan merampas kerusi Dewan Undangan Negeri Merlimau daripada Umno-BN dalam pilihan raya kecil tidak lama lagi.
Katanya, hanya dengan kuasa rakyat negeri Melaka dapat ditawan dan hak rakyat dapat dikembalikan kepada rakyat.
Sumber: TVSNEWS | Pertambahan Luar Biasa 500 Peratus Penduduk Sabah Perlu Disiasat :UPKO Posted: 16 Feb 2011 12:20 AM PST KOTA KINABALU 16 FEB: Pergerakan Pemuda Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) meminta kerajaan pusat supaya menyiasat "pertumbuhan luar biasa" penduduk Sabah yang meningkat secara mendadak sebanyak 500 peratus.
Ketuanya Arthur Sen berkata berdasarkan banci penduduk 1970, jumlah penduduk di Sabah adalah 636,431 orang tetapi meningkat dengan ketara ke angka 3.3 juta pada tahun 2005.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata pertumbuhan luar biasa itu membimbangkan penduduk tempatan yang merasa keselamatan mereka terancam akibat kemasukan "warga negara segera" dan pelarian ke Sabah.
"Orang tempatan juga risau suatu hari nanti golongan pendatang ini akan mengatasi jumlah penduduk asal Sabah," kata Seb.
Beliau meminta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya menyiasat pertambahan luar biasa itu termasuk meneliti sama ada terdapat kaitan dengan pemberian kad pengenalan melalui "pintu belakang".-BERNAMA | Isu Tanah Di Sabah Pada Peringkat Serius, Kata Suhakam Posted: 16 Feb 2011 12:15 AM PST KOTA KINABALU 16 FEB : Pelbagai isu tanah yang dihadapi oleh penduduk tempatan kini pada peringkat serius yang memerlukan penyelesaian segera, menurut Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Jannie Lasimbang.
Beliau berkata berdasarkan statistik Suhakam dari tahun 2005 hingga tahun lepas, Sabah mencatatkan jumlah aduan paling banyak mengenai isu tanah di negara ini dengan 977 kes, diikuti Semenanjung Malaysia, 654 kes dan Sarawak 251 kes.
"Ia adalah isu yang serius kerana ia membabitkan semua masyarakat di Sabah. Penyelesaian terlalu lambat dan mengambil masa...
"Sebagai contoh tahun lepas saja, daripada 92 aduan kita terima di Sabah, kita hanya mampu menyelesaikan dua kes...memang ia memerlukan usaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan semua aduan," katanya selepas menghadiri perbincangan awal mengenai cadangan inkuiri nasional mengenai isu tanah di sini hari ini.
Menurutnya antara isu utama tanah yang dibangkitkan penduduk luar bandar kepada Suhakam ialah percanggahan kepentingan yang membabitkan pembinaan empangan, perladangan dan nasib penduduk yang ditempatkan semula setelah didapati menduduki hutan simpanan buat sekian lama.
Dalam hubungan ini, beliau berkata telah tiba masanya untuk anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) membahaskan isu tanah, khasnya aduan yang diterima Suhakam, dengan harapan untuk mencari penyelesaian yang berkekalan.
Beliau berkata Suhakam akan mengutarakan isu tanah pada inkuiri nasional yang dijangka diadakan pada akhir tahun ini, dan pada masa yang sama, suruhanjaya itu akan menyedarkan orang ramai mengenai tindakan positif kerajaan negeri untuk menangani isu tanah.
Lasimbang berkata ini termasuk tindakan Sabah Parks memperuntukkan sebahagian daripada kawasan tanahnya untuk zon komuniti dan memberikan hak milik berkelompok masyarakat.- BERNAMA | Kecewa.. Keluarga Beng Hock Keluar Dari Prosiding Suruhanjaya Diraja Posted: 16 Feb 2011 12:10 AM PST KUALA LUMPUR 16 FEB : Keluarga mendiang Teoh Beng Hock hari ini memberi tamparan hebat kepada Suruhanjaya Diraja apabila bertindak keluar dari prosiding siasatan kerana keputusan Suruhanjaya yang enggan mengundur diri dari mengendalikan siasatan berkenaan.
Keluarga itu memutuskan demikian selepas panel diraja itu memutuskan pengerusinya Tan Sri James Foong tidak perlu menarik diri walaupun masih merupakan hakim Mahkamah Persekutuan
Suruhanjaya Diraja sebulat suara memutuskan bahawa tiada asas kukuh untuk pengendali mengundurkan diri.
Malah panel Diraja juga tidak akan ditangguhkan untuk menunggu semakan kehakiman yang difailkan Peguam Negara.
Mereka kemudiannya meninggalkan kamar mahkamah bersama-sama peguam Gobind Singh Deo, Karpal dan penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Karpal diawal prosing hari ini memohon pengendali Suruhanjaya Diraja (RCI) mengundurkan diri kerana beliau merupakan hakim Mahkamah Persekutuan.
Pendapat itu turut disuarakan oleh Malik Imtiaz yang berhujah, sekiranya kes itu nanti dibawa ke Mahkamah Persekutuan, ia akan mengakibatkan berlakunya keadaan berat sebelah.
Sementara itu, salah seorang daripada dua Timbalan Pendakwaraya (DPP) yang diminta untuk tidak diserapkan dalam Suruhanjaya Diraja oleh keluarga mendiang Teoh Beng Hock, Amarjeet Singh berkata, RCI sudah memutuskan penglibatan mereka bertiga dan meminta supaya keputusan itu dihormati.
Namun Gobind Singh Deo bertegas akan tetap memfailkan permohonan itu.
Gobind meminta lebih masa untuk berbuat demikian memandangkan berlakunya masalah bekalan elektrik di Kompleks Mahkamah Jalan Duta kira-kira jam 11 pagi tadi.
Sebelum ini RCI menetapkan supaya prosiding diteruskan walaupun semakan inkues yang difailkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail pada awal ini masih belum diputuskan dan menolak permohonan keluarga si mati supaya menyingkirkan DPP yang mengendalikan prosiding tersebut.
Keputusan itu disampaikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen yang mempengerusikan suruhanjaya tersebut.
Sumber: TVSNEWS | Azmin : PKR Senarai Pendek Calon Menjelang PRU-13 Posted: 16 Feb 2011 12:05 AM PST KUALA LUMPUR 16 FEB : Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali memberitahu bahawa kepimpinan negeri parti berkenaan kini sedang menghimpunkan nama-nama yang disyorkan untuk penelitian biro politik sebelum mengadakan perbincangan dengan PAS dan DAP.
"Persefahaman ialah setiap parti akan mengekalkan kerusi yang dimenangi tetapi kami boleh berunding berhubung kerusi-kerusi yang kami kalah dalam 2008," ujar Azmin, lapor portal The Malaysian Insider.
Menurut Azmin, ada kemungkinan pertukaran kerusi ditandingi memandangkan PAS juga juga mahu memberi tumpuan di kawasan-kawasan yang mempunyai pengundi campuran.
Kerusi-kerusi terbabit selama ini ditandingi PKR, yang dilihat sebagai parti kawasan bandar.
Justeru itu, parti itu memutuskan menyenarai pendek kesemua calonnya yang berpotensi menjelang 20 Mac ini untuk memulakan perundingan dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.
Memahami bahawa ketiga-tiga gabungan ini punya kekuatan dan kelemahan masing-masing di kawasan-kawasan yang ditandingi sebelum ini, maka ujar Azmin, adalah penting untuk berbincang mengenainya.
PKR dijangka berhadapan dengan persaingan tiga penjuru memandangkan Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) dan parti Kita pimpinan Datuk Zaid Ibrahim juga akan memfokus kerusi-kerusi ditandingi parti itu.
Semalam, pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin mengesyorkan satu perikatan yang lebih kolektif membabitkan Pakatan Rakyat dan gerakan prorakyat bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.
MCLM mahu menawarkan senarai 30 calon untuk pertimbangan Pakatan Rakyat khususnya PKR.
Spekulasi menyebut bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan memanggil pilihan raya umum pada suku kedua atau keempat tahun ini meskipun mandat Barisan Nasional (BN) hanya akan berakhir 2013.
Bagaimanapun sumber-sumber BN memberitahu portal itu mendakwa, pilihan raya negeri Sarawak, yang mandat kerajaan negeri akan berakhir Julai ini, akan diadakan April ini sebelum pilihan raya umum ke-13.
Kali terakhir pilihan raya negeri Sarawak diadakan adalah pada 2006.
Sumber: TVSNEWS | PKR Sabah Bentuk Jawatankuasa Perkukuh Parti Posted: 16 Feb 2011 12:00 AM PST KOTA KINABALU 16 FEB : Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata pembentukan jawatankuasa dalam kepimpinan PKR negeri itu sebagai langkah memperkukuhkan parti berkenaan.
Jawatankuasa itu yang dipengerusikan oleh beliau sendiri, turut melantik 11 pemimpin utama negeri untuk mengangotai majlis berkenaan.
"Ia adalah langkah pertama untuk membina asas kepimpinan yang lebih kukuh di Sabah dengan memberi penekanan kepada pendekatan konsensus dalam isu-isu utama," kata Wan Azizah.
Menurutnya, setiap jawatankuasa ditugaskan menghasilkan kerangka dasar utama PKR Sabah dalam bidang pentadbiran masing-masing.
"Pimpinan PKR Sabah melalui Majlis Presiden akan memperhebatkan usaha dalam masa terdekat untuk membawa suara rakyat Sabah mengenai isu-isu yang dekat dengan Sabah di peringkat negeri dan pusat," katanya.
Mereka yang dilantik untuk mengangotai jawatankuasa itu ialah :
1. Kewangan, Keselamatan dan Imigrasi – Ahmad Thamrin Jaini 2. Pembangunan Luar Bandar – Datuk James Ghani 3. Pembangunan Infrastruktur – Christina Liew 4. Kerajaan Tempatan dan Perumahan – Saidil Simoi 5. Pembangunan Perindustrian dan Perhutanan – Awang Tengah Awang Amin 6. Pembangunan dan Pengurusan Tanah – Datuk Kong Hong Ming 7. Kesihatan, Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna – Stephen Sandor 8. Belia dan Sukan – Jafery Jomion 9. Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar – Lukiah Indan 10. Pendidikan, Pembangunan Sumber Manusia dan Kemajuan Teknologi Maklumat – Datuk Hallik Zaman 11. Pertanian dan Industri Makanan – Datu Mustapha Hj Tambuyong
Sumber: TVSNEWS | |
Zulkifli Noordin Posted: 16 Feb 2011 10:18 PM PST REVOLUSI NEO - 13 MEI? Posted: 16 Feb 2011 04:28 AM PST Salam 2 all. Nampak gaya ada pihak cuba menangguk di air keruh untuk mengujudkan kekecohan dan kekacauan dalam negara dengan meniru cara rusuhan perkauman 13 Mei 1969. Malah ada yang cuba menyamakannya dengan rusuhan dan kekacauan yang berlaku di Tunisia, Mesir, dan lain-lain negara di Timur Tengah.
Antaranya ialah cubaan bekas pimpinan Hindraf bernama Waytha Moorthy yang melarikan diri ke Britain meninggalkan rakan-rakannya di Malaysia setelah kegagalan cubaan mencetuskan rusuhan di Kuala Lumpur pada bulan November 2007.
Demikian menurut lapuran yang disiarkan dilaman web pro-Anwar dan pro-pembangkang, www.humanrightspartymalaysia.com, www.malaysianmirror.com dan www.malaysiantoday.com yang menyiarkan rancangan demonstarsi revolusi tersebut dan surat W. Moorthy kepada pimpinan Pakatan pembangkang Anwar Ibrahim, Kit Siang & Ustadz Hj. Hadi Awang untuk menyertai himpunan dan demonstrasi bantahan besar-besaran pada 27 Februari 2011 depan.
Waytha bercadang mengadakan himpunan dan demonstrasi besar-besaran tersebut pada hari AHAD 24 Rabi'ul awal 1432, bersamaan 27 Februari 2011. Dibulan Maulidur Rasul ini, dibulan kita umat Islam menyambut peristiwa kelahiran Nabi saw, Waytha mencabar kesabaran umat Islam bangsa Melayu! Dan paling biadap, Waytha mengajak kita untuk turut sama dalam revolusi ciptaan beliau ini. Dan yang paling malang, ada bangsa Melayu yang mengaku umat Islam menyokong seruan revolusi ini!! Dan beliau sedang enak merencanakan ini semua dari bumi Britain penjajah Tanah Melayu sambil menghirup udara musim salju!Isu yang Moorthy bangkitkan kononnya novel " Interlok" yang didakwa menghina kaum India, kerana mengandungi rujukan kepada satu kasta didalam masyarakat India iaitu " kasta pariah". Ini dakwa Moorthy menghina kaum India. Dan beliau cuba jadikan isu Interlok sebagai isu perkauman, isu kebangsaan! Dan dengan licik beliau mengaitkan isu novel ini dengan parti UMNO dan Barisan Nasional, dan mereka cuba " divide & rule", " pecah & perintah" umat Islam bangsa Melayu kekancah pertikaian kepartian. Dengan cara licik itu, Moorthy berharap penyokong PAS PKR (yang berbangsa Melayu) akan menyokong revolusi beliau menentang UMNO! Akhirnya yang akan ranap dan hancur ialah umat Islam bangsa Melayu! Novel " Interlok" ditulis oleh Datuk Abdullah Hussain dan diterbitkan pada tahun 1971 oleh penerbit Angkatan Baru. Ianya sudah menjadi bahan bacaan lebih 40 tahun!! Belum pernah terdengar apa-apa komplen atau rungutan sepanjang 40 tahun itu. Mengapa sekarang? Dan yang peliknya, ada diantara mereka tidak pernah membaca pun novel tersebut!! Tetapi membuat komplen secara emosional dan membabi-buta tanpa tahu hujung pangkal cerita. Selanjutnya, kalau kita membaca novel tersebut, Datuk Abdullah, penulis yang berasal dari Yan, Kedah dan telah menulis lebih daripada 10 novel itu mengkritik bukan sahaja masy arakat India, malah masyarakat Melayu juga dikritik pedas oleh beliau didalam novel tersebut. Tak pernah pulak dengar orang Melayu nak mengamuk. Kerana apa yang ditulis oleh Datuk Abdullah adalah hakikat sejarah, dan cara kehidupan yang diamalkan masa lalu. Gunanya adalah supaya kita mengambul iktibar dari sejarah. Kerana bangsa yang tidak mahu mengakui sejarahnya sendiri adalah bangsa yang sudah mati!Kita perlu ingat bahawa Datuk Abdullah, bekas pelajar St. Michael School dan Anglo Chinese School ini menerima anugerah sebagai Sastrawan Negara pada tahun 1996, lebihkurang 15 tahun selepas novel " Interlok" diterbitkan. Datuk Abdullah juga menerima anugerah Darjah Dato' Setia DiRaja Kedah pada tahun yang sama. DAN SIAPA PENGERUSI PANEL KABINET YANG MEMUTUSKAN UNTUK MEMBERI ANUGERAH SASTERAWAN NEGARA KE 8 ITU KEPADA DATUK ABDULLAH?
Jangan lupa pada masa itu manusia yang ditabal isterinya sebagai anugerah tuhan adalah Timbalan Presiden UMNO, merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia! Dan siapa Pengerusi panel Anugerah Sasterawan Negara ke 8 itu? Cuba tanya Anwar Ibrahim! Kalau novel "Interlok" itu dianggap berbaur perkauman, mengapa Anwar, yang memegang jawatan kedua tertinggi negara tidak berbuat apa-apa? Malahan dizaman beliaulah Datuk Abdullah diberi pelbagai anugerah! Dan yang teman paling pelik, mengapa Moorthy ini tidak berdemonstrasi, atau mengadakan bantahan besar-besaran apabila Ahli Parlimen Padang Serai, YB Gobalakrishnan , rakan satu bangsanya sendiri, mendedahkan bahawa Timbalan Presiden PKR yang juga anak emas Anwar Ibrahim memanggil beliau dengan gelaran "PARIAH!!" MENGAPA TIADA BANTAHAN? MENGAPA DIAM MEMBISU? MENGAPA TIADA PEMBELAAN TERHADAP YB GOBALA? MENGAPA TIBA-TIBA SEMUA NAK MENJADI HERO TAMIL DENGAN MEMPERDAGANGKAN "INTERLOK"?
Pada teman, ini semua adalah cubaan murahan untuk mencetuskan perasaan marah umat Islam bangsa Melayu supaya terjadi rusuhan dan kekacauan serta huruhara. Dengan isu mempertikaikan perkenan Sultan Selangor dalam perlantikan SUK Selangor Datuk Ahmad Khusrin. Diikuti isu mempertikaikan pertahanan negara dengan memutarbelitkan isu pembelian kapal perang, membawa kepada isu Teoh Beng Hock, diselit dengan isu Kugan. Kepada isu terbaru membentuk jawatan "Exco Hal Ehwal Agama Bukan Islam" di Pulau Pinang hari ini, dan banyak isu lain saperti mencemar kesucian surau dan masjid, semuanya pada teman adalah ulangan resepi yang sama untuk mencetuskan rusuhan 13 Mei. Kerana sebenarnya inilah resepi yang diguna oleh kaum cauvinis dan rasis yang mencetuskan peristiwa berdarah 13 Mei. Dan merekalah yang paling lantang tidak mahu sejarah 13 Mei diulang dan diperingati, kerana mereka tidak mahu rakyat mengetahui tembelang mereka!
Malahan, sebenarnya itulah resepi yang digunapakai oleh pimpinan cauvinis di Singapura semasa berada didalam Tanah Melayu. Cetuskan kekacaun, bikin huruhara, timbulkan keresahan, cari pasal, buatkan kemarahan orang Melayu Islam, akhirnya dengan strategi itu umat Islam bangsa Melayu hilang sebuah negara. Kaum cauvinis dan rasis berjaya mendapat sebuah negara yang menjadi duri kepada wilayah nusantara Melayu-Islam. Singapura hilang, Singapore muncul. Sejarah Sang Singa hilang, dan mereka pura-pura dengan lakaran sejarah baru!
Ingatlah wahai umat Islam! Ingatlah wahai bangsa Melayu! Janganlah keghairahan kita untuk berpolitik sehingga menggadai agama, bangsa dan tanah air kita! Janganlah politiking melampau yang kita amalkan sekarang menjadi bahan peruntuh watan kita! Janganlah menjadi politikus kalkatus, yang terpedaya dengan kilauan cahaya pembunuh, yang akhirnya memusnahkan kita sendiri. Ketepikanlah perbezaan fahaman, buanglah perbezaan politik, campaklah pertikaian sesama kita.
Kita wajib bersatu menentang cubaan untuk menghidupkan revolusi neo-13 Mei ini! Kita wajib mempertahankan dan membela agama, bangsa & tanahair kita! Revolusi yang dirancang pada 27 Februari ini mesti dihentikan! Ini bulan Rabi'ul Awal, ini bulan kita umat Islam menyambut peristiwa besar kelahiran Rasulullah saw, Nabi besar junjungan kita. Jangan benarkan bulan ini dicemar dengan seruan revolusi jahat ini!!
Teman berseru kepada seluruh umat Islam bangsa Melayu didalam UMNO, PAS mahupun PKR, ingatlah kita punya Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Qiblat, Satu Aqidah, mengapa kita tidak boleh menjadi Satu Ummah apabila berdepan dengan musuh-musuh Islam? Semoga ALLAH selamatkan agama Islam, semoga ALLAH selamatkan bangsa Melayu, semoga ALLAH selamatkan Persekutuan Tanah Melayu ini! Ameen!
Wallahua'lam & Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin 15 Rabi'ul Awal 1432 16 Februari 2011
#####################################
( Petikan daripada lamanweb www.malaysianmirror.com) Hindraf Invites Pakatan Rakyat To Join Forces www.malaysianmirror.com
| | |
|
|
| Monday, 14 February 2011 11:02 | | Kuala Lumpur - Following the nationwide clampdown against Hindraf, its leader Waytha Moorthy has written to PKR, DAP and PAS to join hands in their planned People's march on February 27 to protest against "racism practiced by UMNO". The letter was addressed to leaders of the respective Pakatan Rakyat parties, namely Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang and Hadi Awang (below, right). Yesterday, the Hindraf car convoy activity, which also involved distribution of leaflets asking the people to rise up against various injustices, was abruptly disrupted by police. It was reported that 59 people were arrested across several states in Malaysia (below, left). "However this has not hindered the spirit of the HINDRAF members and we are geared up for the march.Although we may differ in our opinions and approach, but I believe that our common objectives are the same to ensure human rights & liberty is prevailed for all Malaysian in equality," Waytha Moorthy's letter contained. "The upheaval that we had witnessed in Tunisia and Egypt is the unity of the people irrespective of their race or religion battling for humanity to sustain against oppressive and suppressive governments similar to UMNO.The audacity of the government to move ahead with the INTERLOK novel shows their arrogance and their effort to enhance racism and segregation within its society similar to BTN (Biro Tatanegara)," the letter continued. Although the "Interlok" debacle essentially touches on the sensitivity of the Indian community, Hindraf is basing its struggles on more general issues of justice and oppression. "I trust as a seasoned and genuine leader of the nation, you do understand the insensitivity and racism that is created towards a particular segment of the society and will be glad if you can join us (in the march) to ensure that Malaysian society should not be cowed by such outright racism practiced by UMNO and its mandores", Waytha invited. The Hindraf movement had a new lease of life following the refusal of the Government to ban the controversial "Interlok" novel. The decision by Education Minister, Muhyiddin Yassin to continue with the publication but with ammendments, after having consulted various parties, primarily MIC did not gain traction with the Indian rights movement. |
| |
Anwar Ibrahim Posted: 16 Feb 2011 09:24 PM PST Nik Aziz: Allah Maha Besar, Bukan Melayu, Cina, India Posted: 16 Feb 2011 08:37 PM PST Dari Malaysiakini Penganjuran simposium bertemakan dilema Melayu pada Sabtu lalu yang ucap utamanya disampaikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengundang kritikan keras daripada seteru lamanya, mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Menurut menteri besar Kelantan itu, isu dilema Melayu atau dilema mana-mana kaum tidak timbul apabila persoalan bangsa dan perjuangan kaum itu berteraskan ajaran Islam. “Apa yang penting diamalkan ialah kita semua menjadi hamba abdi kepada Allah SWT. “Sebagaimana seruan azan memanggil solat, disebutkan "Allahu Akbar", maka yang Maha Besar ialah Allah bukannya Melayu atau Cina atau India,” kata Nik Abdul Aziz (kiri). Menurutnya lagi, dalam bacaan tahyat dan salam ketika solat juga terangkum maksud memuliakan Nabi Ibrahim, Nabi Muhammad serta ucapan selamat kepada seluruh bangsa di dunia ini. Dalam simposium di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) lalu, Dr Mahathir antaranya dilaporkan berkata, orang Melayu kini berhadapan dengan dilema besar apabila tidak lagi boleh berkata tentang bangsa sendiri kerana akan dilabelkan sebagai rasis. Katanya, dilema ini bukan disebabkan oleh orang lain tetapi orang Melayu sendiri kerana mereka tidak mampu untuk mempertahankan diri sendiri dan sentiasa mengalah serta mengundur diri apabila berlaku sesuatu krisis. Sambil menggesa Dasar Ekonomi Baru (DEB) diteruskan, Dr Mahathir dilaporkan berkata jika orang Melayu bijak menggunakan peluang yang diwujudkan, mereka akan mendapat lebih 30 peratus kekayaan negara. “Maknanya bila diutamakan kepentingan orang Melayu, sudah tentu orang Cina dan India akan berdendam, kerana inginkan kepentingan yang sama,” kata Nik Aziz. Sementara itu, mengulas tentang DEB, pemimpin popular PAS itu berkata mendakwa “kegagalan” dasar itu sudah tercatat dalam sejarah dan menyebabkan bumiputera tidak ke mana. “Kenapa gagal? Dr Mahathir selaku perdana menteri masa itu ada jawapan sebenar. Habis kenapa Dr Mahathir sembunyi punca?” soal Nik Aziz. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now | Fitnah II: Bungkusan Sampel Bahan Bukti Diubah Posted: 16 Feb 2011 06:36 PM PST Dari Keadilan Daily Perbicaraan kes Fitnah II bersambung hari ini apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendengar keterangan pakar DNA, Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong. Dalam perbicaraan yang bermula pukul 8.54 pagi, mahkamah didedahkan bahawa laporan kimia yang diberi kepada pasukan peguam Anwar berbeza dengan laporan yang dikemuka di mahkamah. Ia berkaitan pembetulan label sampel bahan bukti yang diambil dari pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Dalam borang yang dikemukakan, bungkusan sampel diterima ditanda B12 tetapi hari ini Dr Seah menunjukkan borang dengan sampel yang ditanda sebagai B11. Seah berkata pembetulan dilakukan di hadapannya tetapi Ram Karpal bertanya kenapa pendakwa tidak ada salinan yang sama dengan pakar kimia. Ram Karpal berkata, mahkamah tidak boleh meneruskan perbicaraan itu kerana tidak termasuk ke rangkaian bukti. Pendakwa Raya Mohd Yusof Zainal Abiden bagaimanapun berkata perkara itu tidak penting tetapi yang penting adalah kenyataan lisan dalam mahkamah. Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan borang tersebut tidak boleh diterima mahkamah. Prosiding perbicaraan yang kini sedang berjalan dijangka mendengar lebih banyak keterangan mengejutkan dari saksi pendakwaan. Semalam, mahkamah dikejutkan dengan laporan proforma yang ditulis doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang menyatakan hanya 'cubaan liwat' dan 'cubaan seks oral' pada ketika Saiful berjumpa doktor. Perkara itu didedahkan oleh Pakar Jagaan kecemasan HKL, Dr Khairul Nizam Hassan. Mahkamah juga dikejutkan dengan keterangan Pakar Forensik HKL, Dr Siew Sheue Feng yang tidak mengisi borang proforma berkaitan pemeriksaan di dubur Saiful, rektum dan sejarah perubatan pengadu. Mahkamah semalam turut dikejutkan dengan kenyataan peguam Sankara Nair bahawa botol berisi sampel bahan bukti yang diambil dari tubuh Saiful mempunyai tanda-tanda telah diusik. | Kerajaan ‘Ala Mubarak’ Tidak Akan Gugur Kes Saya – Anwar Posted: 16 Feb 2011 06:00 PM PST Dari Malaysian Insider Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya tuduhan liwat yang dikenakan terhadapnya tidak mungkin akan digugurkan walaupun wujud bukti baru menunjukkan tiada unsur penetrasi sebagaimana didedahkan di mahkamah semalam. Ini kerana menurut Anwar kerajaan pimpinan Barisan Nasional BN menjurus kepada corak pemerintahan bekas presiden Mesir Hosni Mubarak yang akan "mengorbankan" sesiapa sahaja demi kepentingan sendiri. Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata bukti terbaru yang muncul berdasarkan kandungan laporan awal proforma yang diberitahu di mahkamah semalam jelas membuktikan beliau tidak terlibat tuduhan liwat ke atas bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Ketika perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, laporan awal menunjukkan Saiful ada memaklumkan doktor Hospital Kuala Lumpur HKL bahawa Anwar telah "cuba" untuk meliwatnya dan tiada penetrasi. Dr Khairul Hakim salah seorang doktor HKL yang memeriksa Saiful mengakui bahawa laporan proforma menyebut Saiful ada memberitahu doktor-doktor pada 28 Jun 2008 tentang adanya cubaan untuk meliwatnya dan seks oral tetapi bukan penetrasi yang sebenar. "Tapi saya didakwa meliwat bukan cubaan meliwat dunia mana pun kes seperti ini sudah dibuang " kata Ketua Umum Pakatan Rakyat yang mengulangi kesnya harus ditarik balik. "Tapi dalam kes Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor ala Mubarak tidak boleh " kata Anwar pada majlis pelancaran Kempen Penerangan Bantah Saman Ekor di sini malam tadi. Ekoran bukti baru itu Anwar mahu tuduhan liwat terhadapnya digugurkan. Ini kali kedua Anwar berhadapan dengan kes liwat dan beliau seringkali mendakwa tuduhan ke atasnya bermotifkan politik. Perbicaraan disambung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Peguam utama Anwar Karpal Singh berhujah bahawa penemuan bukti baru itu menunjukkan tuduhan ke atas anak guamannya tidak berasas. Semalam Karpal berkata hanya Peguam Negara yang ada kuasa untuk menarik balik tuduhan ke atas anak guamannya. Dalam pada itu Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar pula mendakwa langkah kerajaan menswastakan saman ekor melalui Sistem Penguatkuasaan Secara Automatik AES adalah untuk menampung perbelanjaan Umno-Barisan Nasional BN menghadapi pilihan raya umum ke-13. Beliau berkata pelaksanaan sistem AES yang diserahkan kepada dua syarikat iaitu Commerical Circle M Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd akan memberikan satu tekanan kepada rakyat. "Saya berkeyakinan dua syarikat ini mempunyai kaitan dengan Umno-BN dan sudah pasti hasil keuntungan yang akan diperoleh nanti akan diberikan kepada parti ini sudah pasti keuntungan yang berjuta ringgit ini pasti ada pihak yang dapat keuntungan. "Sudah tentu ada habuan yang akan dibayar kepada Umno-BN untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 sebab itu kita bantah saman ekor dan bantah penswastaan saman ekor " katanya pada majlis pelancaran kempen itu. Tambah Mahfuz pihaknya masih menjalankan siasatan terperinci mengenai dua syarikat yang diberikan kuasa untuk melaksanakan AES itu. Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata tindakan kerajaan pimpinan Najib terpaksa bergantung kepada hasil wang saman ekor berbanding hasil negara. "Kerajaan sekarang begitu kejar rakyat sampai ke lubang cacing semata-mata untuk cekik darah rakyat untuk menampung perbelanjaan negara. "Hasil negara sudah tidak mencukupi kerana ia hilang begitu sahaja disebabkan pembaziran ketirisan dan rasuah yang berlaku " katanya. Sesi penerangan tersebut akan menjelajah ke seluruh negara dengan memberi tumpuan kepada mangsa saman ekor. Sebelum ini PAS telah melancarkan Kempen Anti Saman Ekor KASE yang diketuai Mahfuz dalam usaha membela nasib rakyat yang menjadi mangsa saman ekor. Anwar pula berkata langkah terbaru Umno-BN itu menunjukkan mereka semakin terdesak untuk menambah perbelanjaan negara. "Ini salah satu cara kerajaan untuk memperkayakan syarikat yang ada kaitan dengan Umno-BN dalam pilihan raya umum ke-13 nanti. Umno-BN pasti tumbang sebab itu masa sekarang mereka rompak habis-habisan " katanya Turut hadir sama Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali. | Sampai di Putrajaya, Anwar Akan Memulakan Refomasi Yang Dijanjikan Posted: 16 Feb 2011 05:16 PM PST Dari Kerajaan Rakyat Dalam satu post beberapa hari lalu saya menulis antaranya “Dalam PKR ada syarat wajib yang menjadi dosa besar jika tidak dipatuhi.” Seorang pembaca KR membuat ulasan ringkas yang saya kira bolih dihadam minda. Saya paparkan ulasannya di bawah: “Anwar bukannya malaikat. Dia manusia biasa punya kelemahan. Tetapi untuk mara ke Putrajaya perlu ada Anwar kerana hakikatnya dialah yang melahirkan refomasi ini dan menggerakkan Pakatan yang ada sekarang ini. Sampai di Putrajaya, Anwar akan memulakan refomasi yang dijanjikan kerana di situlah terletaknya kunci utama untuk melalukannya. Tanpa kunci utama ini kunci-kunci kecil yang telah ada di tangan tidak dapat melalukukan refomasi itu kerana dihalang dan diganggu gugat oleh kunci utama itu yang masih di tangan orang. Ini adalah hakikat. Lihat sahaja negeri-negeri yang telah/sedang ditadbir oleh kunci-kunci kecil yang telah dimiliki. Bukankah itu semuanya diganggu dan dihalang oleh pemegang kunci utama yang masih belum dimilikki itu? Setelah itu pastinya ada dasar-dasar mantap dan berfokus yang akan dilaksanakan bagi menggerakkan refomasi itu dan pada masa itulah segala penghalang, penganggu, primadona dan pemalas akan dicantas supaya refomasi dapat bergerak lancar. Dan ketika itu akan jelas kelihatan perbezaan yang diidamkan dan juga pada masa yang sama akan dipupuk dan dilahirkan berdozen-dozen pemimpin yang berkarisma dan bermutu bagi merealisasikan refomasi dan mengganti Anwar apabila tiba masanya untuk meneruskan gerakan refomasi itu. Oleh itu para penggerak refomasi, kenalah bersabar dan yakin bahawa destinasi belum lagi sampai, oleh itu janganlah bercanggah atau termakan sogokan wang ringgit dan keseronokan yang membutakan sehingga menghalang perjalanan ke Putrajaya.” | Program Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Ketereh, Kelantan Posted: 16 Feb 2011 05:12 PM PST 17 Februari 2011 (Khamis) Program 1) 8.30 – 10.00 Mlm – Majlis Jamuan Makan Malam Lokasi : Dewan Putik, Pengkalan Chepa, Penceramah: 1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim 2. YB Dato' Ahmad Yakob Program 2) 9.00 – 12.00 Mlm – Ceramah – Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia Lokasi : Padang Majlis Daerah Ketereh Penceramah: 1. YAB Tuan Guru Dato' Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat 2. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim 3. YB Saifuddin Nasution 4. YB Husam Musa 5. YB Dr. Fadly dato' Hassan 6. YB Abdul Aziz Abdul Kadir | ‘Attempted’ Sodomy, No Actual Penetration of Saiful, Says Report Posted: 16 Feb 2011 12:30 AM PST From Malaysian Insider An initial medical report revealed that Mohd Saiful Bukhari Azlan had told Hospital Kuala Lumpur (HKL) doctors that Datuk Seri Anwar Ibrahim had "attempted" to sodomise him, but no actual penetration had taken place. Dr Khairul Hakim, one of the HKL doctors who had examined him admitted today that the proforma report stated that Saiful had told examining doctors on June 28,2008 that there was "attempted" sodomy and oral sex, but not actual penetration. Khairul however insisted that Saiful did not say this to him when the latter met him, and maintained that Saiful had told him he was sodomised. "Based on the proforma report, it was attempted sodomy and oral sex. But he (Saiful) did not say it was attempted," said Khairul. This led defence counsel Karpal Singh to ask Khairul the merits of the report. "Is the proforma report based on what SP1 (Saiful) said? Based on the proforma report, there could not have been any penetration because it was attempted," said Karpal. Anwar, the 63-year-old PKR de facto leader, is currently facing sodomy charges for the second time in his life. The former deputy prime minister is charged with sodomising a former aide, Mohd Saiful Bukhari Azlan at Unit 11-5-1 of the Desa Damansara Condominium in Jalan Setiakasih, Bukit Damansara here between 3.01pm and 4.30pm on June 26, 2008. Anwar has denied the charge, describing it as "evil, frivolous lies by those in power" when the charge was read out to him. He is charged under section 377B of the Penal Code and can be sentenced to a maximum of 20 years' jail and whipping upon conviction. The trial is taking place 18 months after Anwar was charged in court in August 2008. He was charged with sodomy and corruption in 1998 after he was sacked from the Cabinet and was later convicted and jailed for both offences. He was freed in September 2004 and later resurrected his political career by winning back his Permatang Pauh parliamentary seat in a by-election in 2008, which had been held in the interim by his wife. He had three years ago led the opposition coalition, Pakatan Rakyat, to a historic sweep of five states and 82 parliamentary seats in Election 2008. | Fitnah-2: Karpal Merobek Kes Pendakwaan Posted: 16 Feb 2011 12:07 AM PST Dari Malaysiakini Peguam Karpal Singh dikatakan berjaya merobek hujah pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi ini. Peguam veteran itu berhujah bahawa borang pro forma yang diisi oleh doktor Hospital Kuala Lumpur mempunyai perkataan ‘cubaan meliwat’ dan ‘cubaan seks oral’. Bekas ketua, Unit Kemalangan dan Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur, Dr Khairul Nizam Hassan memberitahu mahkamah Saiful memberitahu pasukan perubatan bahawa dia telah diliwat dan dipaksa melakukan seks oral. “Dia (Saiful) tidak sebut ‘cubaan’ tetapi ‘liwat’ dan ‘seks oral’,” katanya. Apabila ditunjukkan borang pro forma form, Khairul Nizam (kiri), bagaimanapun bersetuju borang itu mencatatkan ‘cubaan liwat’ dan ‘cubaan seks oral’. Sebalik semua ini, beliau mempertahankan bahawa pemeriksaan perubatan yang dijalankan adalah bagi memeriksa mangsa diliwat dan melakukan seks oral. Karpal kemudian bertanyakan kepada Khairul Nizam, berulang kali sama ada borang pro forma itu adalah berdasarkan wawancara dengan Saiful. Saksi bersetuju tetapi menekankan bahawa borang itu hanya sebagai garis panduan. “Bagaiamana anda boleh kata ia liwat atau seks oral apabila laporan menyatakannya sebagai ‘cubaan’?" soal Karpal. Beliau kemudiannya terus mengasak doktor berkenaan dengan cara menyoal yang sama sehingga Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden (kanan) – yang mengetuai pasukan pendakwaan – mencelah dan membantah soalan yang berulang kali itu. Menurut Karpal, maklumat penting yang sepatutnya diisi dalam borang pro forma itu telah tidak diisi oleh doktor-doktor. Dr Khairul Nizam juga mengaku tiada bukti klinikal yang menunjukkan kemasukan berlaku di dubur Saiful Bukhari Azlan. Menurut Khairul Nizam konklusi laporan pro forma hanya dibuat berdasarkan laporan kimia. Ketika menjawab soalan Karpal, beliau akui tidak mengisi borang itu berhubung bukti fizikal seperti kekoyakan otot serta lebam di bahagian dubur seperti yang lazim dilakukan ketika ujian liwat. Mahkamah gamat sedikit apabila ditanya mengenai dakwaan adanya seks oral berlaku ketika kejadian. Karpal juga bertanya adakah Saiful pernah melakukan seks oral, menyebabkan hadirin menahan ketawa, namun menurut Khairul, maklumat itu turut tidak didapati dari Saiful. ‘Maklumat penting’ lain yang tidak dicatatkan itu termasuk keadaan yang menyebabkan dakwaan kejadian; sejarah perubatan pengadu kes; dan pemeriksaan dubur untuk menentukan sama ada mangsa telah membuang air besar ataupun tidak. “Berdasarkan apa yang berlaku pagi tadi, saya lihat pertuduhan ini tidak kukuh..Saya meminta Peguam Negara untuk masuk campur dan menggugurkan dakwaan ini kerana sudah jelas keadaan. “Menyambung kes ini hanya akan menambah lagi kos dan penggunaan wang rakyat,” kata Karpal kepada wartawan di lobi mahkamah. | |
Dari RAKYAT Kepada RAKYAT Posted: 16 Feb 2011 01:07 PM PST |
Anak Muda Kampung Nak Senang Posted: 16 Feb 2011 11:47 AM PST |
Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党 Posted: 16 Feb 2011 09:15 AM PST Jemputan ke Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Posted: 16 Feb 2011 12:03 AM PST Sambutan Tahun Baru Cina KEADILAN Perak Tarikh: 18 Feb. 2011(Jumaat) Masa: 7:30pm – 10:30pm Tempat: Dewan Chin Woo Ipoh Semua dijemput hadir! | 社关局吁响应18日公正党新春文娱晚会 Posted: 15 Feb 2011 11:57 PM PST (怡保15日讯)人民公正党霹雳社会关系局呼吁民众热烈响应《迎春接福,共创民天》春节文娱晚会。该活动将会在本月18日(农历十六),晚上7时30分,假怡保精武礼堂隆重进行。 社会关系局秘书陈家兴表示,这是人民公正党霹雳州理事会别具风格的新春团拜活动,大会除了安排精彩的舞台表演以外,大会也会通过节目表演为友族同胞们阐述我国华族各文化发展背后蕴藏的精神。 "当晚,瑞狮和夜光舞龙表演将会掀开大会序幕,虽然如今该表演经已受到各界高度赞扬,但是我们必须知道该事业曾经在80年代期,没准证的舞狮舞龙表演都属非法,武术界人士都冒着被提控的风险,坚毅的传承和推动这项伟业。" 他表示,大会除了向友族同胞展示中华文化的表演,也必须表达表演背后由先贤承担的辛酸过程和不屈不饶的精神,这样才能够更深入的推动公正党多元路线和打破种族藩篱的任务。 也是该活动总协调,陈氏表示,由新纪元学院学生所呈现的《三个小孩》话剧,将会特别安排播放国中文字幕,让到场的来宾不分肤色都能够了解我国华裔先贤南来的故事,带出华裔刻苦耐劳的经历过程。 "除此之外,二十四节令鼓也会在当天演出,这项被视为我国华族文化产物,享誉国内外以节奏丰富和声量宏伟的表演,势必能够牵动出席者的脉搏。" 他表示,上述活动入场免费,另外现场将开设选民登记柜台,欢迎年满21岁者携带身份证前往登记为选民。任何询问,请联络陈家兴 012-677 1788或黄诗情012-716 77222。 | Anwar Ibrahim: “Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia”, Melaka Posted: 15 Feb 2011 12:06 AM PST | |
s Posted: 16 Feb 2011 09:05 AM PST Posted: 16 Feb 2011 01:04 AM PST Khusrin akhirnya angkat sumpah simpan rahsia Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohamad Khusrin Munawi akhirnya mengangkat sumpah simpan rahsia hari ini. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan bahawa Mohamad Khusrin berbuat demikian di hadapan beliau kira-kira 1.30 tengah hari ini. Pelantikan Mohamad Khusrin pada mulanya menjadi kontroversi apabila Abdul Khalid mendakwa ia tidak sah kerana tidak dimaklumkan kepadanya terlebih dahulu, namun beliau akhirnya menerima pelantikan berkenaan yang mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Mohamad Khusrin mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan pada 6 Jan lalu. Bagaimanapun, majlis angkat sumpah simpan rahsia ditangguhkan sehingga hari ini. Menteri Besar sebelum ini mempertikaikan pelantikan Mohamad Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri berkuatkuasa 1 Jan lepas oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, menyatakan beliau tidak dirundingi sebelum pelantikan itu. Berikutan itu, kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri untuk meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor tetapi gagal memperoleh majoriti dua pertiga yang diperlukan. Kerajaan negeri menyatakan cadangan pindaan itu bagi mengembalikan semula kuasa kepada sultan dan menteri besar dalam pelantikan tiga jawatan awam di negeri itu iaitu setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan negeri dan penasihat undang-undang negeri. | YB.Amirudin di Kursus Kepimpinan Pebt Negeri Selangor Posted: 16 Feb 2011 12:58 AM PST | YB.Amirudin bersama Menyambut Maulidur Rasul di Masjid Kg.Nakhoda Posted: 15 Feb 2011 11:25 PM PST Tarikh : 15 Februari 2011 Tempat : Masjid Kg.Nakhoda Batu Caves Program : Maulidur Rasul | Pusat Komuniti Wanita (PKW) DUN Batu Caves diRasmikan Posted: 15 Feb 2011 10:45 PM PST
Tarikh : 12 Februari 2011 Tempat : Dewan MPS Kg.Laksamana, Batu Caves Dirasmikan oleh : YB.Nurul Izzah Anwar Ahli Parlimen Lembah Pantai | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan