Khamis, 17 Februari 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Salam Perjuangan

Posted: 17 Feb 2011 01:14 AM PST

Salam Perjuangan


MOGA TUN M MENDAPAT HIDAYAH ALLAH...

Posted: 16 Feb 2011 09:29 PM PST

'PRODUK' BARU INDUSTRI PELANCONGAN NEGARA

Posted: 16 Feb 2011 07:14 PM PST

PAS KAWASAN BAKRI

Posted: 16 Feb 2011 10:57 PM PST

PAS KAWASAN BAKRI


Sekitar Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Muar

Posted: 16 Feb 2011 06:03 AM PST

Selamat Menyambut Maulidur Rasul. Diperingkat daerah Muar, ia diadakan di Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Muar.

Pengisian ceramah amat menarik bertajuk Bantuan Allah (Nasrunminnallah).

Semoga para pendengar mengambil ikhtibar.




Batalkan konsesi air....

Posted: 16 Feb 2011 05:40 AM PST

Tarif Air Johor adalah yang tertinggi di Malaysia

Jika negeri Selangor boleh beri 20 liter air percuma sebaliknya Johor menaikkan tarif air. Itulah konsep Rakyat Didahulukan untuk dikenakan..



Batalkan konsesi Syabas - Khalid Ibrahim

Shah ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata hari ini bahawa kerajaan Persekutuan harus membatalkan konsesi yang diberikan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), mendakwa syarikat telah melanggar perjanjian konsesi.
Bercakap kepada wartawan di sini hari ini, katanya petugas bahagian perkhidmatan air di negari itu, Datuk Nordin Sulaiman, yang juga pengarah perancangan unit ekonomi negari, telah menulis secara rasmi kepada kerajaan persekutuan tentang ini dan bahawa kerajaan negeri sedang menunggu jawapan.

Beliau mendakwa bahawa syarikat (Syabas) telah melanggar perjanjian konsesi melalui penubuhan dana amal (Tabung Budi), yang dikumpul daripada subsidi pelanggan yang disediakan oleh kerajaan negari untuk 20 meter padu pertama air yang digunakan setiap bulan.

Ketika ditanya apa akan dilakukan jika kerajaan Persekutuan belum meluluskan permintaan (membatalkan konsesi Syabas '), Abdul Khalid berkata: "Kami akan pergi ke mahkamah."

Beliau juga mengatakan bahawa Syabas telah mengemukakan tuntutan terhadapnya dan Tony Pua , Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara atas laporan yang mereka buat mengenai Tabung Budi.

"Namun, tuntutan ini tidak akan membuat kita mengubah pendirian kami. Syabas tidak ada hak untuk mengumpul wang (subsidi diberikan oleh kerajaan negara bahagian) untuk Tabung Budi," katanya.

Pua, yang juga hadir, berkata tuntutan diajukan di Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur kelmarin.

Abdul Khalid lebih lanjut menyatakan bahawa perjanjian konsesi air dengan empat syarikat - Syabas, Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Konsortium Sdn Bhd dan ABBAS Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) - harus diakhiri sehingga industri air di Selangor dapat diambil alih oleh kerajaan negeri.

Terhadap keengganan empat syarikat tersebut bagi menamatkan konsesi kerana tawaran pembelian terhadap syarikat tidak cukup menarik, kerajaan negeri berkata mereka boleh membawa masalah ini ke timbangtara.

Beliau mengatakan kerajaan Selangor telah meminta kerajaan Persekutuan untuk memutuskan masalah seperti di bawah Perkhidmatan Air Industri Act 2006, kerajaan Persekutuan mempunyai hal unggul untuk menentukan harga pengambilalihan aset air, yang tidak boleh dicabar di mahkamah.

Beliau menambah bahawa kerajaan negeri berharap bahawa masalah tersebut dapat diselesaikan pada akhir bulan ini.

Sumber: Al-Husseyn

Cerita dari Merlimau

Posted: 16 Feb 2011 04:44 AM PST

Assalamualaikum,

Semalam ceramah Pakatan Rakyat diadakan di Permatang Serai dengan penceramahnya terdiri dari wakil DAP Senator Rama, YB Dr.Hatta, Hj.Muhammad Sabu, sdr. Shamsul dan DS Anwar Ibrahim.

Beberapa perkara yang boleh diambil ikhtibar dan pengajaran

1. Pilihanraya di Mesir

Kisah penyelewengan undi oleh pihak Suruhan Pilihanraya.

Dipendekkan cerita, terdapatlah seorang pengundi yang mengundi Ikhwanul Muslimin lalu pemuda ini bercerita pada sahabat handai dan keluarganya. Lalu dimarahi oleh mereka kerana disebabkan dia mengundi Ikhwanul Muslimin kampung mereka tidak dapat peruntukan...

Lalu dengan rasa bersalah pemuda ini kembali ke pusat membuang undi dengan tujuan untuk membetulkan undinya. Pemuda ini minta pegawai SPR untuk mengambil semula kertas undi beliau dengan alasan dia telah tersalah mengundi Ikhwanul Muslimin.

Lalu pegawai SPR itu berkata, " itulah lain kali jangan salah pilih tapi tak mengapa saya dah uruskan kertas undi awak..."

Moral: Undi Ikhwan ke atau lain-lain parti, bila kira Parti Hosni juga akan menang

Contoh: Sibu kira undi sampai pukul 10 malam baru dapat keputusan... sbb Pakatan Rakyat menang.

2. Nilai wang yang dibawa keluar dari Malaysia 2000-2008 bernilai USD291 Billion bersamaan RM885 Billion

Malaysia berada tempat ke-5 dari 10 buah negara.

Sumber Global Financial Intergrity

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 16 Feb 2011 09:46 PM PST

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


ALFATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM EN. EHWAN TUGIMIN

Posted: 16 Feb 2011 09:21 AM PST

EN. EHWAN TUGIMIN  KEMBALI KE RAHMATULLAH.

Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.Sahabat kita En. Ehwan Tugimin, seorang Pegawai FAMA yang tinggal di Kg Pt Amal Jalan Seri Muda Muar kembali ke rahmatullah petang ini, Rabu 16 Februari 2011. Sudah beberapa ketika beliau menghidap penyakit barah dan beberapa kali mendapat rawatan Chemotherapy daripada Hospital. Majikannya sungguh prihatin memberi beliau cuti untuk mendapatkan rawatan.


Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.Moga mereka tabah menghadapi ujian Allah.


Malam ini YB  Dr Mohammad Taslim bersama sahabat-sahabat termasuk Sdr Abdul Razak, Sdr Hamidun, Sdr Fuad, Sdr Salihan dan ramai lagi  telah menziarahi jenazah beliau dirumahnya.Majlis Yasin dan tahlil juga diadakan oleh jiran dan kenalan serta ahli-ahli pakatan kampong ini
Jenazahnya akan dikebumikan esok pagi.


YB Dr Mohammad Taslim bersama-sama AJK DUN Maharani dan HALWA Maharani pernah menziarahi beliau  pada petang hari Khamis 5 Ogos 2010  (tahun  lalu).




Kenangan ketika menziarahi allahyarham tahun lalu. Turut bersama  Sdr Salehan (kiri) dan Sdr Adam (kanan).



Sedikit sumbangan YB kepada En. Ehwan (Gambar Kenangan)

Marilah kita bersama mendoakan agar beliau 
dihimpunkan bersama orang soleh, para syuhada' dan ahli syurga. AMIN. ALFATIHAH............

ALFATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM EN. EHWAN TUGIMIN

Posted: 16 Feb 2011 09:19 AM PST

EN. EHWAN TUGIMIN  KEMBALI KE RAHMATULLAH.

Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.Sahabat kita En. Ehwan Tugimin, seorang Pegawai FAMA yang tinggal di Kg Pt Amal Jalan Seri Muda Muar kembali ke rahmatullah petang ini, Rabu 16 Februari 2011. Sudah beberapa ketika beliau menghidap penyakit barah dan beberapa kali mendapat rawatan Chemotherapy daripada Hospital. Majikannya sungguh prihatin memberi beliau cuti untuk mendapatkan rawatan.


Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.Moga mereka tabah menghadapi ujian Allah.


Malam ini YB  Dr Mohammad Taslim bersama sahabat-sahabat termasuk Sdr Abdul Razak, Sdr Hamidun, Sdr Fuad, Sdr Salihan dan ramai lagi  telah menziarahi jenazah beliau dirumahnya.Majlis Yasin dan tahlil juga diadakan oleh jiran dan kenalan serta ahli-ahli pakatan kampong ini
Jenazahnya akan dikebumikan esok pagi.


YB Dr Mohammad Taslim bersama-sama AJK DUN Maharani dan HALWA Maharani pernah menziarahi beliau  pada petang hari Khamis 5 Ogos 2010  (tahun  lalu).





Kenangan ketika menziarahi allahyarham tahun lalu bersam Sdr Salehan (kiri) dan Sdr Adam (kanan).





Sedikit sumbangan YB kepada En. Ehwan (Gambar Kenangan)

Marilah kita bersama mendoakan agar beliau 
dihimpunkan bersama orang soleh, para syuhada' dan ahli syurga. AMIN. ALFATIHAH............

PAS Negeri Sembilan

Posted: 16 Feb 2011 09:07 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Kelantan sedia RM1.5 juta galak pasangan muda kahwin

Posted: 16 Feb 2011 05:15 PM PST

KOTA BARU, 16 Feb 2011 — Kerajaan PAS Kelantan melancarkan "Gerbang Az-Ziwaaj" dengan peruntukan RM1.5 juta tahun ini bertujuan menggalakkan 1,500 pasangan muda kurang berkemampuan untuk berkahwin.

Semasa melancarkannya, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar), berkata program bertemakan "Anda Bijak Kerana Berkahwin" itu bertujuan mengelakkan golongan muda dari terjebak dalam perzinaan dan menghalang kejadian buang anak luar nikah.

Melalui program itu, setiap pasangan diberi RM1,000 dalam bentuk cek dan peserta boleh mendapatkan borang permohonan di pejabat kadi, pejabat Anggota Dewan Undangan Negeri, kaunter khidmat pelanggan Setiausaha Kerajaan Negeri atau muat turun borang dari laman facebook "Gerbang Az-Ziwaaj" (Gerbang Perkahwinan).
- Bernama

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=564104

DUN CHINI

Posted: 16 Feb 2011 08:49 PM PST

DUN CHINI


VIDEO MAULIDUR RASUL OLEH USTAZ ABDUL HARIS

Posted: 15 Feb 2011 10:46 PM PST








PAS Kawasan Miri

Posted: 16 Feb 2011 07:57 PM PST

PAS Kawasan Miri


CM Yang Sombong Menempuh Maut Tanpa Memperdulikan Kesalamatan!!!

Posted: 16 Feb 2011 06:20 PM PST

Arrogant Chief Minister Diced With Death!
Wednesday, February 16th, 2011 GMT – From Sarawak Report

Safely on the ground - the defects in the Chief Minister's HS125 jet's engine could have had fatal results!


Sarawak Report has uncovered astonishing information that the Chief Minister, Taib Mahmud, unknowingly risked his own death for months by flying in an unsafe plane! Tellingly, the reason he did not realise his peril was that he thought he knew better than the qualified experts and had put crony politicians in charge of the aircraft. We have discovered that over several months in 2004 Taib, along with several family members, ministers and favoured associates were flown about in a jet that pilots and engineers had warned was unsafe. Memos have been uncovered which show that qualified staff were warning of the problems, but were ignored because of the rivalry and chaos that existed in the company Hornbill Skyways, which supplied the jet. It is common knowledge that shortly after no less than 4 Hornbill aircraft crashed in the course of just one year, killing over ten people, including one Minister. Hornbill had its operating licence removed.

Personal jet!

Taib's current jet - a US $19.5 million Cessna 750 Citation Jet, boasted to be the fastest private jet in the world. It has been seen in Europe and Australia where it could only be flown at enormous expense.

The corruption surrounding Taib's acquistition of his own personal jet service has been widely documented, however the extent to which this put his own safety at risk and that of others has not. One of the numerous key jobs that the Chief Minister has awarded himself is Chairman of the Sarawak Timber Industry Development Corporation (STIDC). In 2004 this state-controlled organisation owned a 70% share of Hornbill Skyways with the remainder owned by another state organisation, the Sarawak Foundation. Insiders say there is no argument that Taib was the 'effective CEO' of Hornbill (several of the airline's Board Members were also found to be his junior Board Members at STIDC) and he has used his authority to provide himself with highly costly jet transport at the expense of the Sarawak taxpayer. The timber corporation needs helicopters; however the jets belonging to the company are for the sole purpose of providing exclusive travel for the Chief Minister and his family and guests. Senior executives have confirmed that Taib currently keeps a Cessna Citation Jet and a helicopter expensively on standby for his own exclusive use 24/7 every day of the year. A monthly cheque is paid by the State to Hornbill cover the cost!

Risk from ignorance
However, it would seem that the Chief Minister, who is used to getting his way on so many things, likewise assumed he could call the shots when it came to key management and safety issues in an airline where lives were at risk, including his own! Airline industry professionals tell us they were horrified to discover that the key top managers at Hornbill are all ignorant politicians and not industry experts. "The top management of Hornbill knew nothing about aviation at all" one has confided. Another has confirmed "The culture was one of putting deference towards politicians before safety" Industry standards demand that the accountable managers in an airline ought to be professionally familiar with aviation. However Taib and his subservient board have chosen instead to appoint politicially reliable 'yes men'. The Chairman of Hornbill Airways is the former banker and Assemblyman Aidan Wing, who knows nothing about the airline business or safety issues. Taib may like to run his country using cronies, many of them unqualified, however such practices when applied to aeroplanes will soon spell disaster. The professionals who spoke to Sarawak Report have told us they were not in the least surprised that there were 4 serious crashes in 2004 before Hornbill finally lost its public operating licence!

Top management of Hornbill Skyways - Aidan Wing (seated centre), the Executive Chairman is also a BN State Assemblyman and extremely close to Taib Mahmud.

Taib's jet was a disaster waiting to happen at any moment
We have exclusive information that this incompetence resulted in the Chief Minister flying for several months in a jet that was seriously unsafe. there is clear evidence that a top engineer had approached Hornbill Management with a written dossier expressing their concerns over the maintenance of the HS125 jet being used by the Chief Minister. However, the engineer was sidelined and removed from active service, leaving less qualified ground staff taking care of the jet as it started to develop a serious problem. Later, It was only a chance service of the aircraft in Singapore, according to our inside information, that picked up the the HS125 was flying with bent blades in one of its jet engines! The jet had been sent over to check on a separate earlier repair. Experts have told Sarawak Report that this damage could have caused the engine to stop at any moment and this could well have resulted in the Chief Minister or his guests falling out of the air.

Bent Blades also ignored by pilots
Further worrying evidence of the dangerous culture of subservience before safety that had developed at Hornbill has been pointed out in the attitude of the pilots. Our sources tell us that the pilots were aware there was a problem with the plane in the months leading up to the discovery of the bent blades, but had got used to doing what they were told. "They said they had learnt to compensate while flying the aircraft" explains one of our sources.


Pilots too subservient to politicians?


All properly trained pilots should know that safety is paramount in flying, however at Hornbill it is alleged that deference to political masters led by the most important person in the company, who was effectively Abdul Taib Mahmud, came first. However, ATM knows nothing about flying or the aviation business. "Ministers would come into the helicopters and sit there smoking and the pilots would be too scared to say anything about it, even though these idiots were inches away from the fuel tanks" remarked one qualified observer. An insider explained that t he culture at Hornbill needed a complete overhaul it was not being run properly. We were told people were putting careers and rivalries before proper practice and safety. "Paperwork was not being properly done, there were no proper procedures, no proper governance or safety". One engineer we have spoken to insists that "This culture really impacted on flight safety and resulted in malpractices that should have been corrected. If such things happen too often it becomes disastrous"


Taib was in charge
It is a damming indictment of Taib and his airline that engineers and managers who were known to be trying to improve the management of Hornbill were removed and sacked instead of being listened to. As a result, not only his life was put directly at risk but so were the lives of others. The Chief Minister cannot therefore escape personal implication in the tragic deaths of those who did die in the series of crashes that occurred in Hornbill helicopters in 2004. Altogether there were four, of which 3 were fatal. Even one of his own government ministers were killed. The culpability of Hornbill was made plain by the removal of its operating licence by the civil aviation authorities.

Hornbill Skyways helicopter - ministers are said to have even been allowed to smoke on board!

Hornbill has been taken to court by one former top executive, for unfair dismissal. He claims it was because he had tried to reform the company.







Taib's brother Tufail Mahmud, his nephew Yakoub and his Bomoh Ustaz enjoying a free flight on the Citation Jet, paid by the taxpayer


The Chief Minister has cost Sarawak millions by choosing this form of transport. His latest acquisition for his own use, his Cessna Citation jet, cost US $20 million and is the fastest private jet in the world and is put aside for his personal use. The passenger list shows that it has been frequently used on non-government business, including flying friends, family and even Taib's Bomoh (witchdoctor) both around Sarawak and abroad. Taib is believed to be looking to buy a new fancier jet at this point of time, also to be funded through Hornbill and the STIDC at the taxpayer's expense. However, it would seem his wealth and power have gone to an old man's head. In 2004 the 'Chief Executive of Sarawak' nearly ended up crashing in flames in his own aircraft.


KETUA MENTERI YANG SOMBONG BERGELUT DENGAN KEMATIAN!
Wednesday, February 16th, 2011 GMT This post is also available in: English

Sarawak Report telah membongkar suatu maklumat yang mengejutkan di mana Ketua Menteri Taib Mahmud, tanpa disedarinya sedang mempertaruhkan nyawanya sendiri terbang menaiki pesawat yang kurang selamat! Ini mungkin sikap bongkak dan sombongnya di mana dia sentiasa menganggap dirinya lebih mengetahui daripada para pakar penerbangan, dan dia telah meletakkan ahli politik kroninya mengawasi pesawat peribadinya itu.

Kami telah menemui bukti-bukti di mana selama beberapa bulan dalam tahun 2004, Taib dan ahli-ahli keluarganya dan juga menteri-menteri dan rakan-rakan kroninya diterbangkan di dalam pesawat yang diakui oleh para juruterbang dan jurutera sebagai tidak selamat. Beberapa pucuk memo telah kami temui yang menunjukkan bahawa staf-staf yang bertauliah telah mengeluarkan amaran-amaran mengenai masalah-masalah yang telah dikenalpasti, tetapi telah tidak dihiraukan kerana lebih mengutamakan permusuhan dan persengketaan yang timbul dalam syarikat Hornbill Skyways, yang membekalkan pesawat jet berkenaan.

Tidak lama kemudian setelah 4 buah pesawat Hornbill jatuh terhempas dalam masa setahun sahaja, yang telah meragut lebih sepuluh nyawa, termasuk seorang menteri. Lesen operasi syarikat berkenaan pun digantung.

Pesawat persendirian!
Rasuah yang menyelubungi pemerolehan Taib ke atas pesawat persendiriannya telah didokumentasikan secara meluas. Sebagai Pengerusi dalam Sarawak Timber Industry Development Corporation (STIDC), Taib telah menganugerahkan dirinya sebuah pesawat persendirian berkenaan. Dalam tahun 2004, perbadanan yang dikawal oleh Kerajaan Negeri itu memiliki 70% saham dalam Hornbill Airways, dengan baki saham selebihnyha dimiliki oleh sebuah lagi pertubuhan Kerajaan Negeri, Yayasan Sarawak.

Orang dalaman menyatakan bahawa Taib yang menjawat jawatan sebagai 'Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)' dalam Hornbill dan dia telah didapati membekalkan diri sendiri dengan pesawat yang mahal dan mewah yang dibiayai oleh wang pembayar cukai Sarawak. Perbadanan pembalakan itu memerlukan helicopter, tetapi jet-jet milik perbadanan itu hanya dikhaskan untuk kegunaan Ketua Menteri sekeluarga termasuk juga tetamu-tetamunya. Pegawai-pegawai eksekutif yang lebih senior menyatakan bahawa Taib kini memiliki sebuah pesawat Cessna Citation dan sebuah helicopter yang diletakkan dalam keadaan bersedia digunakan pada bila-bila masa sepanjang 24/7 setiap hari untuk sepanjang tahun. Sekeping cek akan dikeluarkan oleh kerajaan Negeri untuk membiayai kos perkhidmatan berkenaan!

Sikap acuh-tak acuh yang berisiko
Namun, Ketua Menteri dilihat sebagai seorang yang sentiasa menguruskan banyak perkara dengan caranya sendiri, dan dalam pada itu sentiasa menganggap dirinya boleh mengatasi sebarang masalah termasuk menguruskan isu-isu keselamatan di mana nyawa-nyawa orang lain dipertaruhkan, termasuk nyawanya sendiri! Para professional dalam industri penerbangan memberitahu kami bahawa mereka amat terkejut setelah mereka mengetahui bahawa barisan pengurus dalam Hornbill adalah terdiri daripada ahli-ahli politik yang kurang berpengetahuan dalam soal penerbangan, dan bukannya para pakar dalam industri tersebut.

"Pihak pengurusan Hornbill langsung tiada pengetahuan tentang penerbangan" kata seorang dari pakar yang memberikan maklumat kepada kami.

Manakala seorang lagi mengesahkan, "Kini sudah menjadi suatu budaya di kalangan mereka untuk mengutamakan soal politik dari keselamatan"

Piawaian-piawaian industri menuntut bahawa sebarang syarikat penerbangan haruslah diuruskan oleh seseorang yang professional dan bertauliah dalam bidang penerbangan. Tetapi Taib dan lembaga pengarahnya telah memilih untuk melantik mana-mana ahli politik yang bersifat 'ya, tuan'. Pengerusi Hornbill Airways merupakan seorang bekas pegawai bank dan ahli politik Aidan Wing, yang tidak mengetahui apa-apa dalam bidang penerbangan atau isu-isu keselamatan. Dengan kegemaran Taib menggunakan khidmat kroni-kroninya untuk mentadbir sesuatu, kebanyakannya tidak berkelayakan, suatu masa nanti, tanpa dapat kita duga, akan berlakunya malapetaka. Para professional yang memberikan maklumat kepada Sarawak Report mengatakan, masalah-masalah dalam pentadbiran dan pengurusan telah sedikit sebanyak menjadi penyumbang kepada 4 kejadian buruk yang berlaku dalam tahun 2004, dan akhirnya mengakibatkan lesen operasi mereka terpaksa dihentikan!

Pesawat Taib hanya menunggu masa untuk menemui kemalangan
Kami telah menerima maklumat yang ekslusif yang mengatakan bahawa kecuaian yang berlarutan dan tanpa disedari sesiapa di mana Ketua Menteri kerap menaiki pesawat yang tidak selamat selama beberapa bulan. Seorang jurutera utama telah mengutuskan surat kepada pihak pengurusan Hornbill dengan menyatakan kebimbangan pasukannya terhadap soal pembaik-pulihan pesawat HS125 yang digunakan oleh Ketua Menteri. Tetapi, luahan kebimbangan jurutera berkenaan telah tidak dihiraukan dan akhirnya dia diberhentikan bekerja dengansyarikat berkenaan, meninggalkan para staf yang kurang mahir mengambil alih tugasnya ke atas pesawat yang semakin hari semakin menjadi serius.

Beberapa ketika selepas itu, setelah pesawat itu menjalani pemeriksaan keselamatan di Singapura, menurut sumber dalaman, telah mengatakan bahawa pesawat berkenaan telah selama ini diterbangkan dengan bilah-bilah kipas yang bengkok pada salah sebuah enjin jetnya! Para pakar penerbangan telah memberitahu Sarawak Report bahawa kerosakan tersebut, jika tidak dihiraukan, boleh menyebabkan pesawat itu rosak di udara dan jatuh terhempas bersama-sama Ketua Menteri dan penumpang-penumpangnya.

Bilah-bilah kipas yang bengkok juga tidak dihiraukan oleh juru-juruterbang
Bukti-bukti yang kami terima berkenaan dengan budaya mengenepikan soal-soal keselamatan ini juga telah merebak kepada para juruterbang yang bekerja dengan syarikat Hornbill. Pemberi maklumat kami menyatakan bahawa para juruterbang mereka sedar akan kerosakan-kerosakan yang mereka alami, tetapi mereka terpaksa akur dengan segala perintah dan arahan yang mereka terima daripada pihak pengurusan syarikat.

Semua juruterbang terlatih harus tahu betapa pentingnya mereka mengutamakan hal-hal keselematan, tetapi dalam syarikat Hornbill, terutama dengan Taib yang bertindak sebagai tuannya, hal-hal keselamatan diketepikan. Namun Abdul Taib Mahmud sendiri langsung tidak mengetahui tentang seloh-belok penerbangan. "Menteri-menteri akan menaiki helikopter-helikopter berkenaan, duduk sambil merokok di dalam pesawat, dan juru-juruterbang pula terlalu sopan untuk menegur mereka, walaupun menteri-menteri yang bodoh itu berada hanya beberapa inci jaraknya dari tangki minyak", kata seorang lagi pemerhati.

Taib sebagai pentadbir
Adalah terlalu daif bagi Taib dan syarikat penerbangannya untuk mengenepikan pendapat dan kepakaran para jurutera dan juruterbang mereka yang sentiasa cuba membantu memperbaiki hal-hal pentadbiran dalam syarikat. Kedaifan seperti ini bukan hanya menyebabkan Taib menemui ajalnya, tetapi juga para penumpangnya. Syarikat Hornbill telah didakwa di dalam mahkamah oleh salah seorang bekas eksekutifnya, Asharat Ali, kerana telah dilayan dengan tidak adil. Asharat mendakwa dia cuba memberikan pandangan untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan dalam syarikat berkenaan. Kes berkenaan yang didengar semula sekitar bulan Mei ini nanti. Ketua Menteri Sarawak telah menyebabkan Sarawak mengeluarkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit untuk membiayai sistem pengangkutan ini. Pemilikannya yang terkini merupakan jet Cessna Citation, bernilai USD19.5 juta dan merupakan pesawat persendirian yang termahal di dunia hanya dikhaskan untuk kegunaan peribadinya sahaja. Senarai para penumpang yang pernah bersama-samanya menaiki pesawat tersebut terdiri daripada ahli-ahli keluarganya, rakan-rakannya dan juga bomohnya di sekitar Sarawak dan juga ke tempat-tempat lain di luar negara, bukan atas sebarang urusan rasmi.

Taib dipercayai akan membeli sebuah lagi pesawat yang lebih baik, yang juga akan dibiayai menggunakan wang pembayar-pembayar cukai Sarawak menerusi syarikat Hornbill dan STIDC. Namun pertimbangannya kali ini sudah dipengaruhi oleh nafsunya. Dalam tahun 2004 orang tua itu hampir-hampir terkorban dalam pesawatnya sendiri.


PS: Dari tanah hingga ke sungai dan udara kalau boleh semuanya akan dibolot oleh CM, keluarga dan kroni2nya. Tanpa menghirau akan keselamatan diri dan orang disekeliling mereka seolah-olah tidak takut akan kematian. Kalau nyawa boleh dibeli sudah pasti merekalah yang akan membolot semua nyawa dimuka bumi ini.
Dengan adanya kemudahan pengangkutan udara maka dengan mudah mereka melihat dari atas udara tanah mana lagi yang masih kosong dan akan dirampok dari rakyat dan dibagi-bagi sesama mereka sendiri. Rakyat yang setia menyokong mereka terganga-ganga mulut melihat kekayaan dan kemewahan kehidupan pemimpin mereka sedangkan rakyat hidup dalam kemiskinan umpama kais pagi makan pagi kais petang makan petang macam ayam kampung yang mencari makanan untuk mengisi perut dan meneruskan kehidupan seharian. Malang sungguh nasib rakyat Sarawak yang miskin bertambah miskin yang kaya bertambah kaya. Bila lagi rakyat Sarawak mahu sedar??? Adakah menunggu tanah mereka kena rampas dan dihalau dari tanah sendiri baru nak bangkit.

Bah kita kena ubah sekarang dengan menyokong PAS dan PAKATAN Rakyat dalam pilihanraya umum nanti, Insya-Allah pasti ada perubahan yang lebih baik lagi buat rakyat semua.

Kampung Bakam Masih Mundur - Mana Janji Adun BN?

Posted: 16 Feb 2011 04:57 AM PST

Kerajaan bangunkan Tamu Bakam dalam RMK-10
by Mohd Norhadie Sahari. Posted on July 26, 2010, Monday – Utusan Borneo
MIRI: Tamu Bakam yang juga dikenali sebagai Bakam Point bakal dibangunkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) di kawasan perkampungan nelayan Bakam bagi merancakkan lagi ekonomi dan sosial masyarakatnya. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Datuk Aidan Wing berkata perkampungan nelayan di Bakam itu juga bakal dijadikan kampung angkat oleh Persatuan Melanau Miri (PMM) bagi merealisasikan hasrat tersebut. "Kita sekarang memberi fokus untuk memajukan Bakam sebagai pintu masuk bagi kawasan Lambir berikutan kedudukannya yang strategik dalam memajukan dan meningkatkan pendapatan penduduk setempat," katanya pada majlis Hari Keluarga PMM semalam, Aidan menjelaskan, Bakam Point berkenaan bakal dibina di tapak sedia ada dan dijangka meningkatkan lagi sumber pendapatan penduduk yang kebanyakan bekerja sendiri sebagai nelayan dan petani. Menurutnya, Tamu Bakam akan dibina di atas sebidang tanah berkeluasan 0.86 ekar dengan kos pembinaan dianggarkan berjumlah RM400,000. "Kita juga telah memohon peruntukan berjumlah RM4.9 juta daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memperkembangkan sector ekonomi penduduk Lambir terutamanya di Bakam," tambahnya. Sehubungan itu, Tamu Bakam kelak bakal menjadi simbol ekonomi penduduk Lambir, seterusnya merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan rakyat berpendapatan tinggi. Dalam majlis yang sama, beliau juga menyarankan supaya ibu bapa mengutamakan pendidikan anak-anak mereka kerana mereka juga bakal menerajui kepimpinan negara pada masa akan datang. "Pendidikan adalah penting pada masa ini kerana kerajaan memerlukan guna tenaga kerja berkemahiran dan berpengetahuan untuk membangunkan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE)," katanya. Menurutnya, pada tahun 2030, kerajaan memerlukan sekurang-kurangnya 2.3 juta pekerja berkemahiran dan berpengetahuan untuk diserapkan dalam SCORE.


Ulasan Dari PAS Miri
Mengulas kenyataan yang dibuat oleh Adun Lambir pada tahun lalu (2010) yang memberi fokus untuk memajukan Bakam sebagai pintu masuk bagi kawasan Lambir berikutan kedudukannya yang strategik dalam memajukan dan meningkatkan pendapatan penduduk setempat. Kita dapati Kampung Bakam masih lagi terpinggir dari arus pembangunan. Kampung Bakam adalah sebuah perkampungan yang berhampiran dengan pantai laut cina selatan, kebanyakan penduduknya bekerja sebagai petani dan juga nalayan. Kampung Bakam jarak perjalanan ke bandaraya Miri lebih kurang setengah jam ke pusat Bandar. Jalan masuk ke dalam kampung Bakam terlalu sempit dan tidak sesuai untuk kenderaan besar. Sudah hampir bertahun-tahun lamanya penduduk kampung Bakam memohon jalan yang lebih luas dan bertar kedalam kampung tetapi sehingga kini hanya ada sebahagian kecil sahaja ada jalan bertar itu pun sempit dan kecil hanya sesuai untuk motorsikal saja dan jalan yang terdapat diluar atau sekitar jalan kampung pun separuh bertar, Apabila masuk kedalam pendalaman sedikit jalan masih teruk seperti yang terdapat dalam gambar ini.

Jalan berlumpur dan becak apabila waktu hujan. Sukar bagi petani atau perkebun menjalankan aktiviti pertanian serta membawa hasil kebun mereka ke Bandar.

Bukan saja itu masih ada lagi rumah penduduk yang belum mendapat bakalan air bersih dan masih menggunakan air perigi dan juga bakalan api elektrik pun belum semua yang dapat menikmatinya disebabkan kos pemasangan yang terlalu mahal buat keluarga yang miskin.
Kita memohon agar pihak yang berkenaan jangan hanya pandai berjanji tetapi tidak dapat melaksanakan janji mereka apabila tiba waktu janji tersebut dinanti-nantikan oleh penduduk kampung sampai sekarang pun tidak kelihatan. PAS dan PAKATAN Rakyat sangat perihatin tentang nasib penduduk kampung yang sudah lama ketinggalan dalam arus pembangunan. Selama ini nasib penduduk kampung terabai tanpa dipedulikan oleh Adun yang berkenaan kecuali apabila musim pilihanraya barulah muncul muka pemimpin Bn merayu undi dari penduduk kampung. Mereka akan berjanji seperti biasa kepada penduduk dimana akan diberi peruntukan kemudahan asas serta naik taraf jalan di kampung tersebut tetapi bila habis pilihanraya semuanya tinggal janji saja. Penduduk kampung dengan penuh kesabaran menunggu bila lagi kampung mereka akan dinaik tarafkan. Begitulah nasib penduduk dan rakyat Sarawak yang setia dengan BN. Mereka hanya dijadikan alat untuk meraih undi dan mereka tidak dapat apa yang mereka hajati kerana hanya segelintir saja yang ada kepentingan dengan pemimpin BN saja yang akan mendapat hasil tersebut. Kita selalu mendengar BN berjanji memberi peruntukan yang berbilion-bilion ringgit untuk kemudahan asas rakyat tetapi siapa yang dapat hasil tersebut adakah rakyat atau pemimpin BN? Kita mohon agar peruntukan tersebut hendaklah disalurkan dengan segera tanpa sebarang alasan lagi kerana apa yang penduduk mahu adalah kemudahan asas bukannya janji-janji kosong saja.

Tepuk dada tanya iman masing-masing semasa mengundi kelak fikirlah baik2 sebelum menyesal di kemudian hari. Kita sudah memberi peluang kepada BN memerintah hampir 50 tahun di Sarawak tetapi rakyat Sarawak tetap masih ramai yang hidup dalam kemiskinan. Ubahlah sekarang demi kesejahteraan ummah. Kita adalah tuan yang sebenarnya bukannya wakil rakyat. Kerana kitalah yang menentukan siapa yang layak menjadi wakil kita dalam Dun atau parlimen. Jadi kita ingatkan wakil rakyat janganlah sombong dan menyalahgunakan kuasa apabila sudah dilantik jadi wakil rakyat. Laksanakan tugas kamu dengan adil dan amanah demi kebajikan rakyat semua tanpa mengira agama,bangsa dan fahaman politik masing-masing. Kalau kamu sudah tidak mampu melaksanakan tugas dan amanah kamu bagilah peluang pula pada PAS dan PAKATAN Rakyat untuk memerintah, Isya-Allah pasti ada perubahan yang lebih baik untuk rakyat semua.

Perutusan Sambutan Maulidur Rasul s.a.w. - President PAS

Posted: 16 Feb 2011 03:49 AM PST


Sambutan Maulidur Rasul s.a.w. yang diadakan saban tahun, mestilah diutamakan dengan memulakan azam baru bagi mengikuti teladan Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan oleh Allah SWT, untuk membebaskan manusia daripada belenggu jahiliah.Jasa besar Nabi Muhammad s.a.w. adalah, membawa Islam yang menerangi manusia, yang memerdekakan manusia daripada diperhambakan sesama manusia, dijajah sesama manusia, dizalimi dan menzalimi sesama manusia, kepada manusia yang merdeka dan mempunyai hak yang dihormati. Kejayaan besar penjajah barat ialah memesongkan umat Islam daripada politik Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Hasilnya lahirlah umat Islam yang menerima sahaja siapa sekalipun menjadi pemerintah mereka, walaupun zalim kepada rakyat, kerana bagi mereka urusan politik tidak ada kaitan dengan agama.Sedangkan pada diri Rasulullah s.a.w. itu adanya teladan politik Islam yang terbukti memberi keadilan kepada semua agama dan kaum, disambung pula oleh pemerintahan Islam selepas itu, yang membuktikan sesuatu kaum khususnya Arab tidak selama-lamanya menjadi pemimpin.Rasulullah s.a.w. telah membuktikan Islam tidak membenarkan perhambaan sesama manusia, Islam memberikan hak kepada rakyat, hak kepada wanita dan kaum minoriti, dan Islam memberi keadilan kepada seluruh makhluk di atas muka bumi ini.
Teladan Nabi Muhammad s.a.w. inilah yang sepatutnya kita ikuti dengan menolak perjuangan sempit atas nama perkauman yang terbukti zalim dan tidak memberi keadilan kepada rakyat.Kita melihat bagaimana kehidupan masyarakat Arab jahiliah sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. yang penuh dengan perhambaan dan kezaliman, tetapi semuanya berubah selepas kedatangan Islam.Justeru, saya menyeru kepada seluruh umat Islam khususnya, supaya memulakan tekad baru, menolak jahiliah moden yang menjadikan rakyat sebagai hamba, yang harta negara berlegar sesama mereka, yang rasuah dan zalim, kepada perjuangan yang lebih syumul iaitu Islam sebagaimana dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)12 Rabiul Awal 1432H/15 Februari 2011

PAS LENGGONG

Posted: 16 Feb 2011 07:16 PM PST

PAS LENGGONG


Selamat hari jadi YDP PAS Lenggong.

Posted: 16 Feb 2011 02:38 AM PST



Razman Zakaria
Hari ini adalah hari lahirnyaTelah bekerja di Royal Malaysia Customs (Penolong Kanan Pengarah Kastam Malaysia)Jurusan Mathematic di Universiti Kebangsaan MalaysiaBerkahwinBerasal dari Lenggong

Mahkamah Di Kuala Lumpur Bekalan lektrik Putus?

Posted: 16 Feb 2011 12:35 AM PST

Sesuatu yang boleh mengundang pelbagai soalan
sistem wiring problemkah atau sabotaj

Elektrik terputus ganggu perbicaraan kes liwat Anwar
Perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terganggu berikutan berlaku gangguan bekalan elektrik di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun bekalan elektrik pulih pada 11.10 pagi dan perbicaraan disambung semula pada jam 2 petang.

NONEBekalan elektrik terputus kira-kira jam 11 pagi sejurus selepas saksi kelima pihak pendakwa, Dr Seah Lay Hong dari Jabatan Kimia mengangkat sumpah.

Terdahulu, Pakar Penjagaan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur Dr Khairul Nizam Hassan semasa memberikan keterangan berkata beliau tidak mengisi beberapa maklumat perubatan penting dalam borang "pro-forma" (laporan protokol perubatan) semasa beliau menjalankan pemeriksaan ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau bersetuju dengan cadangan peguam utama pihak pembelaan Karpal Singh bahawa antara maklumat yang tidak diisi ialah mengenai sejarah seksual pengadu, pemeriksaan fizikal, keadaan yang membawa kepada insiden itu dan sama ada mangsa telah membasuh mulutnya selepas dakwaan "seks oral".

NONESemasa laporan pro-forma itu dirujuk kepadanya oleh Karpal, Dr Khairul bersetuju bahawa tiada paksaan digunakan semasa perbuatan itu.

Bagaimanapun, katanya pesakit (Mohd Saiful) telah memaklumkan kepadanya bahawa dia telah cuba melawan.

Anwar, 63, anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd saiful, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 6 Jun, 2008.

Kepada soalan Karpal seterusnya, Dr Khairul menjelaskan borang laporan itu hanya sebagai panudan dalam merekodkan sejarah daripada pesakit dan menurutnya dalam kes itu, Mohd Saiful dengan jelas memberitahunya yang dirinya telah diliwat dan diminta melakukan seks oral oleh seorang tokoh berprofil tinggi.

Kepada soalan lain Karpal, Dr Khairul mengakui sebelum menyediakan laporannya itu pada 13 Julai, 2008, beliau sudah membaca laporan kimia yang diterima jabatannya dua hari sebelum itu.

Bagaimanapun, katanya pada masa itu beliau tidak tahu tempat sebenar empat spesimen itu diambil.

NONE"Hanya selepas dimaklumkan mengenai kehadiran air mani pada palitan B5, B7, B7 dan B9 dan lokasi sebenarnya semasa pemeriksaan utama, ketika itu saya mengesahkan ada berlaku kemasukan," jelas Dr Khairul.

Pakar HKL itu menafikan berlaku percanggahan dalam keterangan beliau di mahkamah berbanding dengan apa yang dicatatkannya dalam laporan yang disediakannya bersama-sama dengan dua lagi pakar HKL iaitu Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Siew Sheue Feng.

Doktor berkenaan dalam laporan mereka menyatakan tiada penemuan klinikal yang konklusif mengenai kemasukan pada dubur dan tidak terdapat kesan luka yang ketara pada badan pesakit.

- Bernama

Dari Dun Perak lama dah

Posted: 16 Feb 2011 12:26 AM PST

Khalil bertegas bomoh masuk Dun Perak
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 16 Feb: "Saya tetap bertegas dengan mengatakan bahawa Dun Perak telah dimasuki bomoh sebelum 7 Mei 2009 dan Dewan Negeri Perak telah dijampi oleh bomoh tersebut," tegas Adun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim.

Beliau telah menerima surat rasmi daripada Setiausaha Dun Perak bertarikh 7 Februari lalu dan diminta hadir untuk memberi keterangan dalam sesi soal jawab kepada Jawatakuasa Hak dan Kebebasan Dewan pada 25 Februari, jam 10.30 pagi di bilik mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri Perak aras 2, Bangunan SUK Ipoh.

"Saya dikhendaki memberi keterangan dalam sesi soal siasat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan berhubung dengan isu bomoh yang saya bangkitkan pada persidangan ketiga mesyuarat ketiga pada penggal ketiga Dewan Negeri Perak yang kedua belas pada 2 Disember 2010," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS negeri dipanggil kerana dikaitkan dengan usul mengikut standing order di bawah fasal 36(3)(b) ke atasnya kerana sewaktu berbahas di Dun Perak telah membuat pendedahan bahawa terdapat pihak yang telah membawa masuk bomoh ke dalam Dun Perak sebelum sidang 7 Mei 2009 yang menyaksikan kerusi Speaker Sivakumar dirampas.

Dalam sidang tersebut, beliau menyebut terdapat seorang Adun yang telah membawa bomoh untuk masuk ke dalam dewan.

"Apabila saya enggan mendedahkan nama Adun berkenaan lalu saya diusulkan untuk disiasat oleh jawatankuasa berkenaan," jelasnya.

Beliau akan mengadakan sidang media khusus berkenaan surat panggilan tersebut dan akan memberi reaksi mengenai surat itu

Rembau Hari Ini

Posted: 16 Feb 2011 07:10 PM PST

Rembau Hari Ini


Anjing liar ganggu penduduk

Posted: 15 Feb 2011 08:39 PM PST


Sinar Harian 16 Feb 2011

REMBAU - Penduduk Taman Sri Rembau, di sini menggesa pihak berkuasa mengatasi segera masalah anjing liar yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Penduduk mendakwa kehadiran sekumpulan anjing liar yang sering berkeliaran di kawasan perumahan itu mengganggu kehidupan mereka.

Yusri Md Isa, 35, berkata, anjing liar itu bukan sahaja berkeliaran di sekeliling kawasan taman perumahan dan rumah lot banglo, malah masuk ke laman rumah untuk mencari makanan.

Menurutnya, malah kasut yang diletakkan di atas rak juga rosak kerana digigit dan digonggong anjing liar itu.

"Anjing ini tidak dapat mencari makanan di kawasan rumah sehinggakan kasut pun menjadi mangsa," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Yusri berkata, bilangan yang banyak menyebabkan anjing itu tidak takut kepada penduduk di sini.

"Mungkin jika satu atau dua ekor, kita boleh menghalau anjing ini tetapi dengan jumlah yang banyak, ia tidak berkesan," katanya.

Dia berkata, kehadiran anjing itu juga mengundang bahaya kepada kanak-kanak.

"Anjing liar ini sangat aktif pada sebelah pagi dan malam tetapi sepanjang pengetahuan saya belum ada penduduk yang digigit haiwan berkenaan," ujarnya.

Katanya, diharap pihak berkenaan dapat menangkap anjing liar itu sebelum berlaku perkara yang tidak diingini.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8760209.asp

Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang

Posted: 16 Feb 2011 03:39 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang


Program Sumbangan Fakir Miskin dan Ibu Tunggal di Taman Cendana

Posted: 16 Feb 2011 10:30 AM PST






Program Sumbangan Untuk fakir Miskin dan Ibu Tunggal diTaman Cendana Pasir Gudang.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 16 Feb 2011 03:36 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


DR KHAIRUL NIZAM MENGAKU TIADA BUKTI KLINIKAL !

Posted: 16 Feb 2011 03:19 PM PST

Peguam Karpal Singh dikatakan berjaya merobek hujah pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi ini.

Peguam veteran itu berhujah bahawa borang pro forma yang diisi oleh doktor Hospital Kuala Lumpur mempunyai perkataan 'cubaan meliwat' dan 'cubaan seks oral'.

Bekas ketua, Unit Kemalangan dan Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur, Dr Khairul Nizam Hassan memberitahu mahkamah Saiful memberitahu pasukan perubatan bahawa dia telah diliwat dan dipaksa melakukan seks oral.

"Dia (Saiful) tidak sebut 'cubaan' tetapi 'liwat' dan 'seks oral'," katanya.

Apabila ditunjukkan borang pro forma form, Khairul Nizam (kiri), bagaimanapun bersetuju borang itu mencatatkan 'cubaan liwat' dan 'cubaan seks oral'.

Sebalik semua ini, beliau mempertahankan bahawa pemeriksaan perubatan yang dijalankan adalah bagi memeriksa mangsa diliwat dan melakukan seks oral.

Karpal kemudian bertanyakan kepada Khairul Nizam, berulang kali sama ada borang pro forma itu adalah berdasarkan wawancara dengan Saiful.

Saksi bersetuju tetapi menekankan bahawa borang itu hanya sebagai garis panduan.

"Bagaiamana anda boleh kata ia liwat atau seks oral apabila laporan menyatakannya sebagai 'cubaan'?" soal Karpal.

Beliau kemudiannya terus mengasak doktor berkenaan dengan cara menyoal yang sama sehingga Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden (kanan) - yang mengetuai pasukan pendakwaan - mencelah dan membantah soalan yang berulang kali itu.

Menurut Karpal, maklumat penting yang sepatutnya diisi dalam borang pro forma itu telah tidak diisi oleh doktor-doktor.

Dr Khairul Nizam juga mengaku tiada bukti klinikal yang menunjukkan kemasukan berlaku di dubur Saiful Bukhari Azlan.

Menurut Khairul Nizam konklusi laporan pro forma hanya dibuat berdasarkan laporan kimia.

Ketika menjawab soalan Karpal, beliau akui tidak mengisi borang itu berhubung bukti fizikal seperti kekoyakan otot serta lebam di bahagian dubur seperti yang lazim dilakukan ketika ujian liwat.

Mahkamah gamat sedikit apabila ditanya mengenai dakwaan adanya seks oral berlaku ketika kejadian.

Karpal juga bertanya adakah Saiful pernah melakukan seks oral, menyebabkan hadirin menahan ketawa, namun menurut Khairul, maklumat itu turut tidak didapati dari Saiful.

'Maklumat penting' lain yang tidak dicatatkan itu termasuk keadaan yang menyebabkan dakwaan kejadian; sejarah perubatan pengadu kes; dan pemeriksaan dubur untuk menentukan sama ada mangsa telah membuang air besar ataupun tidak.

"Berdasarkan apa yang berlaku pagi tadi, saya lihat pertuduhan ini tidak kukuh..Saya meminta Peguam Negara untuk masuk campur dan menggugurkan dakwaan ini kerana sudah jelas keadaan.

"Menyambung kes ini hanya akan menambah lagi kos dan penggunaan wang rakyat," kata Karpal kepada wartawan di lobi mahkamah. - Malaysiakini

DR KHAIRUL NIZAM MENGAKU TIADA BUKTI KLINIKAL !

Posted: 16 Feb 2011 03:19 PM PST

Peguam Karpal Singh dikatakan berjaya merobek hujah pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi ini.

Peguam veteran itu berhujah bahawa borang pro forma yang diisi oleh doktor Hospital Kuala Lumpur mempunyai perkataan 'cubaan meliwat' dan 'cubaan seks oral'.

Bekas ketua, Unit Kemalangan dan Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur, Dr Khairul Nizam Hassan memberitahu mahkamah Saiful memberitahu pasukan perubatan bahawa dia telah diliwat dan dipaksa melakukan seks oral.

"Dia (Saiful) tidak sebut 'cubaan' tetapi 'liwat' dan 'seks oral'," katanya.

Apabila ditunjukkan borang pro forma form, Khairul Nizam (kiri), bagaimanapun bersetuju borang itu mencatatkan 'cubaan liwat' dan 'cubaan seks oral'.

Sebalik semua ini, beliau mempertahankan bahawa pemeriksaan perubatan yang dijalankan adalah bagi memeriksa mangsa diliwat dan melakukan seks oral.

Karpal kemudian bertanyakan kepada Khairul Nizam, berulang kali sama ada borang pro forma itu adalah berdasarkan wawancara dengan Saiful.

Saksi bersetuju tetapi menekankan bahawa borang itu hanya sebagai garis panduan.

"Bagaiamana anda boleh kata ia liwat atau seks oral apabila laporan menyatakannya sebagai 'cubaan'?" soal Karpal.

Beliau kemudiannya terus mengasak doktor berkenaan dengan cara menyoal yang sama sehingga Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden (kanan) - yang mengetuai pasukan pendakwaan - mencelah dan membantah soalan yang berulang kali itu.

Menurut Karpal, maklumat penting yang sepatutnya diisi dalam borang pro forma itu telah tidak diisi oleh doktor-doktor.

Dr Khairul Nizam juga mengaku tiada bukti klinikal yang menunjukkan kemasukan berlaku di dubur Saiful Bukhari Azlan.

Menurut Khairul Nizam konklusi laporan pro forma hanya dibuat berdasarkan laporan kimia.

Ketika menjawab soalan Karpal, beliau akui tidak mengisi borang itu berhubung bukti fizikal seperti kekoyakan otot serta lebam di bahagian dubur seperti yang lazim dilakukan ketika ujian liwat.

Mahkamah gamat sedikit apabila ditanya mengenai dakwaan adanya seks oral berlaku ketika kejadian.

Karpal juga bertanya adakah Saiful pernah melakukan seks oral, menyebabkan hadirin menahan ketawa, namun menurut Khairul, maklumat itu turut tidak didapati dari Saiful.

'Maklumat penting' lain yang tidak dicatatkan itu termasuk keadaan yang menyebabkan dakwaan kejadian; sejarah perubatan pengadu kes; dan pemeriksaan dubur untuk menentukan sama ada mangsa telah membuang air besar ataupun tidak.

"Berdasarkan apa yang berlaku pagi tadi, saya lihat pertuduhan ini tidak kukuh..Saya meminta Peguam Negara untuk masuk campur dan menggugurkan dakwaan ini kerana sudah jelas keadaan.

"Menyambung kes ini hanya akan menambah lagi kos dan penggunaan wang rakyat," kata Karpal kepada wartawan di lobi mahkamah. - Malaysiakini

INI KES BERAT , SIASAT PEMBEKAL TERLIBAT, LAMBAT RAKYAT TERIMA AKIBAT !

Posted: 15 Feb 2011 08:14 PM PST

Beras China mengandungi logam berat?

BEIJING: Sehingga 10 peratus beras yang dikeluarkan China dicemari logam berat berbahaya daripada pencemaran yang dikaitkan dengan proses perindustrian pesat negara itu, menurut satu laporan.

Laporan majalah New Century edisi minggu ini melaporkan satu kajian menunjukkan bahawa sejumlah besar beras China dicemari logam berat seperti kadmium sejak beberapa tahun lalu tetapi tiada banyak usaha diambil bagi mendedahkan bahaya itu.

"Ketika proses pesat perindustrian China, aktiviti seperti melombong muncul di merata tempat, sekali gus melepaskan unsur kimia seperti kadmium, arsenik, raksa dan logam berat berbahaya lain.
"Logam berat berbahaya ini tersebar menerusi udara dan air dan mencemar kawasan tanah yang luas...pencemaran rantaian makanan sudah wujud sejak beberapa tahun lalu," menurut laporan itu.

Laporan itu merujuk kajian sejak 2007 yang tertumpu pada beberapa kampung pedalaman di selatan China berhampiran lombong dan kawasan perindutsrian di mana masalah kesihatan seperti penyakit tulang muncul, terutamanya di kalangan warga emas.

Di kalangan bijiran, beras paling kuat menyerap kadmium yang sering meresap dalam air yang digunakan untuk pengairan sawah berhampiran lombong seperti plumbum, timah dan tembaga. - AFP

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 16 Feb 2011 03:11 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


INNALILLAHI WA INNAILAIHIRAJI'UN BUAT BLOGGER DUNIACACAMARBA

Posted: 15 Feb 2011 09:55 PM PST

Kami dppwm mengucapkan takziah atas apa yang menimpa dan mendoakan agar kesejahteraan serta kesihatan ke atas blogger duniacacamarba. Aminnn

CELAKA!! KOSMO & UTUSAN FITNAH KERAJAAN KELANTAN

Posted: 15 Feb 2011 09:13 PM PST

... memang jahat akhbar kosmo apabila memfitnah kerajaan Kelantan dengan memfitnah bahawa kegiatan pelacuran dah berlaku sejak 20 tahun lagi (yg dibulatkan)... padahal berita kosmo sendiri di cedok daripada berita BERNAMA.... yang xde sebut pun pasal berapa tahun dah beroperasi...dan lebih celaka meletakkan tajuk 'gedung'... seolah-oleh ada 600 org pelacur kat situ...apa ignat di gedung beli belah ka??  memang celaka!!!

Berita asal BERNAMA

Pusat pelacuran runtuh dalam serbuan
KOTA BAHARU, 15 Feb - (Bernama) Bahagian atas sebuah rumah papan dua tingkat yang dipercayai menjadi pusat pelacuran di Lorong Limau Manis, dekat sini runtuh ketika serbuan oleh pihak penguatkuasa, semalam.

Runtuhan itu menyebabkan seorang wanita disyaki pelacur dan beberapa penguatkuasa yang menjalankan operasi bersepadu itu cedera ringan.

Wanita itu yang cedera di kaki kiri dihantar untuk rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini manakala beberapa penguatkuasa hanya cedera kecil ekoran ditimpa sepihan kayu yang runtuh.

Setiausaha MPKB-BRI Mohd Anis Hussin berkata serbuan pada pukul 10.30 malam itu dijalankan oleh Majlis Perbandaran Kota Baharu – Bandar Raya Islam (MKPB-BRI), polis, Imigresen dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik).

"Lapan rakyat Malaysia berketurunan Siam ditemui di dalam dan luar rumah itu iaitu dua kanak-kanak, tiga lelaki dan tiga wanita," katanya kepada pemberita hari ini.– Bernama

KORANG NAK COPY.. COPY LAH TAPI JANGAN LUPA CREDIT KEPADA DPPWM.

RAKYAT MARAH BILA KJ OXFORT KELUARKAN FATWA

Posted: 15 Feb 2011 08:25 PM PST


Marilah kita baca apa yang ditulis oleh seorang rakyat Malaysia yang sangat marah dengan perilaku atau fatwa keluaran Oxfart oleh si ' Kitol Jamban' (gelaran yg diberi oleh blogger pencacai UMNgOk) tentang valentine Day:
SAYA amat terkejut dengan kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada 12 Februari 2011 mengenai sambutan Hari Kekasih (Hari Valentine).



Menurut beliau, tidak menjadi kesalahan untuk menyambut hari tersebut selagi tidak melakukan dosa. Malah beliau juga menyambutnya dengan memberi isterinya bunga dan membawa isterinya makan malam pada hari tersebut.


Saya pasti beliau sebagai seorang pemimpin parti terkemuka negara sedia maklum bahawa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-71 yang bersidang pada 24 November 2005 telah memutuskan bahawa sambutan Hari Kekasih adalah haram di sisi Islam dan tidak membenarkan orang Islam meraikannya.


Malangnya beliau dengan sinis pula menyatakan bahawa hari kelepasan am menyambut Tahun Baru pada setiap 1 Januari setiap tahun sepatutnya diharamkan kerana ia menandakan permulaan Kalendar Gregorian yang diperkenalkan oleh Pope Gregory.


Saya sangat tidak bersetuju dengan kenyataan beliau kerana menunjukkan teladan yang tidak baik kepada masyarakat Islam.

MOHD. ZUBIR ZAKARIA

Taman Melawati, Kuala Lumpur

LENSA DPPWM : PELANCARAN 'KAWAN' MPKj OLEH TGHA

Posted: 15 Feb 2011 05:21 PM PST

Majlis Pelancaran SUKALERAWAN PENDIDIKAN RAKYAT( KAWAN) pada 12 Februari 2011 di Dewan Majlis Perbandaran Kajang, MPKj yang dirasmikan oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang(Presiden PAS)



(anak ana.... bakal pelapis masa hadapan)

SUKALERAWAN PENDIDIKAN RAKYAT( KAWAN) merupakan NGO yang telah ditubuhkan kira-kira setahun yang lalu. Penubuhan KAWAN merupakan satu anjakan dan transformasi tarbiyyah dan dakwah dalam memenuhi tanggungjawab gerak kerja Da...kwah Islamiyah yang lebih luas.

KAWAN tampil sebagai satu pembaharuan dalam bidang pendidikan komuniti dan rakyat yang lebih terang dan terurus berpaksikan motto:

"Agama adalah Nasihat"

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI KELANTAN... UMNO MAKIN SAKIT JIWA

Posted: 15 Feb 2011 05:01 PM PST

Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama MAIK - Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul, Peringkat Negeri Kelantan 1432 H di Masjid Muhammadi Kota Bharu pada 14 Februari 2011, dimulakan dengan solat Maghrib/Isyak berjemaah, cemarah khas Maulidur Rasul, Bacaan Selawat dan jamuan rakyat.


Turut berangkat ke Sambutan Maulidur Rasul tersebut adalah KDYMM Sultan Muhammad V, Dato Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan, Dato Mohammad Yaakod (Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato Haji Husam Musa (Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan) serta exco-exco / saf kepimpinan kerajaan negeri Kelantan dan seluruh rakyat negeri Kelantan dari seluruh pelusuk negeri Serambi Mekah.

Ceramah khas sempena Maulidur Rasul disampaikan oleh Ustaz Hassan Mahmud A-Hafiz. Bacaan Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W turut diadakan. Majlis berakhir dengan jamuan rakyat.





PEJABAT MPP UIA (PRO-M) DISIMBAH CAT OLEH PRO-K?

Posted: 15 Feb 2011 04:44 PM PST

Sekitar 1 petang 24 Januari 2011, salah seorang urus setia program Mesyuarat Agung Tahunan terkejut terdapat kesan simbahan cat apabila sampai di pintu masuk pejabat operasi Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa (MPP UIA).


Insiden itu amat membimbangkan beliau sehingga memanggil Exco MPP yang lain. Setelah itu, laporan kepada pihak keselamatan UIA dibuat dan pentadbiran Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Dr Asiah selaku Ketua HEP amat terkejut tindakan tersebut dan menganggap insiden itu sabotaj kepada MPP UIA.

Lebih mengejutkan dan menyedihkan apabila terdapat juga tulisan diconteng di dinding pintu masuk pejabat.

Kata-kat yang ditulis berupa carutan yang melampaui dihambur kepada MPP UIA.

Perkataan 'f*ck' dan 'babi' disembur dengan spray di atas dinding dengan mengutuk MPP UIA amat menyedihkan kerana tidak mencerminkan peribadi yang baik kepada warga UIA serta konsep Islamisasi yang diwar-warkan kepada semua komuniti.

Perbuatan menyimbah cat itu tidak ubah menyerupai 'along' yang menagih hutang kepada pemiutang dan amat memalukan jika dilakukan oleh golongan terpelajar.

Selain itu, kejadian ini juga disyaki berlaku apabila rentetan poster-poster makluman tentang Mesyuarat Agung Tahunan MPP UIA turut menjadi mangsa sabotaj juga.

Poster-poster yang ditampal di sekitar UIA diconteng dengan tulisan 'anti WUFI'. WUFI merupakan singkatan 'We Unite For Islam' yang menjadi trademark kepada Pro-M UIA.

Kedua-dua insiden itu dikaitkan dengan perasaan 'kurang senang' oleh pihak tertentu dengan prestasi yang memberangsangkan oleh MPP UIA yang diterajui oleh Pro-Mahasiswa.

Selain itu, insiden itu juga dikaitkan dengan 'iri hati' pihak tertentu kepada kumpulan Pro-M yang akan mengadakan mesyuarat agung pada hari ini yang mana akan mendapat sambutan baik dari seluruh mahasiswa UIA.

IBU MENTAL BERI ANAK MINUM RACUN

Posted: 15 Feb 2011 04:32 PM PST

KAJANG, 15 Feb — Sepasang adik beradik perempuan ditemui mati di rumah mereka di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, dekat sini, malam tadi, selepas dipercayai dipaksa minum racun oleh ibu kandung mereka yang mengalami sakit mental.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Supt Azman Ayob, berkata ibu mereka, yang turut meminum racun itu, kini dilaporkan dalam keadaan kritikal dan dirawat di Hospital Serdang.

"Dua adik beradik malang itu, S.Rashmeka, 4, dan adiknya, S.Neeharika Laxami, setahun, serta ibu mereka berusia 30 tahun ditemui di dalam bilik rumah mereka kira-kira pukul 8.30 malam oleh nenek dua beradik itu.

"Nenek mangsa yang curiga selepas mendapati pintu bilik tersebut berkunci dari dalam, terus menghubungi bapa mangsa yang sedang bekerja di sebuah kedai gunting rambut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Azman berkata apabila bapa kanak-kanak itu, yang berusia 33 tahun, memecah pintu bilik tersebut, dia mendapati kedua-dua anak dan isterinya terbaring bergelimpangan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Beliau terus membawa mereka ke klinik berhampiran, dan doktor mengesahkan kedua-dua adik beradik tersebut meninggal dunia, kata Azman.

"Hasil siasatan, kita mendapati ibu kedua kanak-kanak itu pernah menerima rawatan psikatri dan pernah cuba membunuh diri pada 2006," katanya, sambil

masanya memilih jalan yang lurus

Posted: 16 Feb 2011 03:10 PM PST

masanya memilih jalan yang lurus


kelantan dan maksiat

Posted: 16 Feb 2011 09:33 AM PST

Salam Palestin, Jika mereka bertanya saya, apakah yang paling manis sepanjang 8 tahun saya sebagai ahli majlis Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI)? Saya akan menjawab, bersama menikmati usaha-usaha ke arah memantapkan perlaksanaan Islam di perbandaran Kota Bharu bersama para ahli majlis dan pegawai kerajaan di peringkat atasan dan bawahan yang begitu ikhlas, [...]

selamat datang ke himpunan 30 ribu pemuda pas

Posted: 16 Feb 2011 05:17 AM PST

Salam Palestin. Selamat datang ke Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS. Saya mendoakan kejayaan cemerlang program perdana anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat yang akan berlangsung seharian di Kompleks PAS Kedah pada Sabtu ini, 19 Febuari 2011 bersamaan 16 Rabiul Awwal 1432 Hijriah. Tahniah saya ucapkan kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah yang menjadi tulang belakang dan [...]

PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT MERBAU PULAS N 33

Posted: 16 Feb 2011 01:29 PM PST

PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT MERBAU PULAS N 33


YB Di Majlis Penutup Sambutan Maulidurrasul

Posted: 15 Feb 2011 05:05 PM PST

YB Ustazah Hjh. Siti Aishah berkesempatan memenuhi jemputan untuk merasmikan Majlis Penutup Sambutan Maulidurrasul, anjuran BIRO HAWA Masjid Darululum Merbau Pulas. Dalam Ucapannya, YB mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Biro HAWA dan Jawatankuasa Masjid kerana berjaya menganjurkan majlis sambutan dengan begitu meriah.
YB seterusnya mengingatkan para ibu bapa agar mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak dan berusaha untuk mengambil peluang daripada pembangunan yang bakal tiba hasil daripada terbinanya Kolej Universiti INSANIAH di Kuala Ketil.
Majlis sambutan ini dimulakan dengan perarakan oleh seramai 200 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Merbau Pulas beserta para waris yang bermula dari sekolah ke masjid.
Ucapan terima kasih juga kepada para sukarelawan dan anggota keselamatan yang bertugas.



PAS KOTA TINGGI

Posted: 16 Feb 2011 01:20 PM PST

PAS KOTA TINGGI


Cerita Nazim, Hasbi dan Daim

Posted: 15 Feb 2011 07:11 PM PST


I.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi membiayai pengubahsuaian Masjid Kampung Baru di Kuala Lumpur. Najib berkata peruntukan tersebut akan disalurkan melalui syarikat pembang
unan strategik milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad. Turut hadir di ...dalam majlis tersebut adalah Timbalan Pengerusi Masjid Jamek Kg Bharu, Mohamed Nazim Abd Razak, yang juga adik Najib.

Menurut maklumat yang diperolehi, cadangan pengubahsuaian Masjid Jamek Kampung Baru itu telah diberikan kepada NRY Architect Sdn Bhd, yang mana pemiliknya adalah Nazim sendiri. Seorang penduduk Kampung Baru menelefon saya untuk meluahkan pandangannya: "Memandangkan Nazim adalah timbalan pengerusi masjid, SPRM diminta menjelaskan sama ada terdapat percanggahan kepentingan di mana sebagai sebagai pemilik fir
ma arkitek NRY Architect Sdn Bhd, beliau tentu sedar bahawa perlantikannya mungkin atas kapasitinya sebagai timbalan pengerusi masjid ataupun sebagai adik Perdana Menteri sendiri."

Selain Nazim, tiga lagi saudara Najib terbabit aktif dalam perniagaan berprofil tinggi, iaitu Nazir, Johari dan Mohamed Nizam.


Nazim pernah disebut namanya oleh penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, dalam akaun bersumpahnya, pada 3 Julai 208, yang cuba mengaitkan nama Najib, Timbalan Perdana Menteri ketika itu dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, yan
g dibunuh secara kejam. Sehari selepas membuat pendedahan itu, Bala secara tergesa-gesa menarik balik akuan sumpah awalnya dan menghilang keluar negara. Bala, bekas seorang anggota polis Cawangan Khas.

Ekoran itu, tiga pemimpin atasan Pemuda Pakatan Rakyat dalam satu aduan menggesa SPRM menyiasat dakwaan P Balasubramaniam berhubung pembabitan adik Perdana Menteri itu dalam isu pertukaran akuan sumpahnya.



II.

Cerita projek-projek besar kerajaan yang dibuat secara rundingan terus tanpa tender seperti pembinaan universiti, hospital dan projek jalan dijadikan seumpama skim cepat kaya oleh para pemimpin Umno-BN bukan kisah baru. Mungkin ramai sudah muak mendengarnya disebabkan tiada langkah berkesan diambil bagi memb
anterasnya. Dana awam dikaut bagi keuntungan peribadi dan sebahagiannya disalurkan kepada tabung parti, yang digunakan untuk membeli undi semasa kempen pilihan raya.

Kos projek ditingkatkan berkali ganda bagi memungkinkan mereka dan kroni membolot keuntungan secara mudah. Ada yang dirundingkan di "bawah meja" lebih awal dan ia menjadi semacam perkara yang ditetapkan semasa proses rundingan harga dibuat. Para pelobi projek dan kontraktor arif benar tentang siapa perantara bagi pihak menteri dan Umno yang perlu dihubungi.

Kementerian Kewangan dikenali sebagai lubuknya. Disebabkan Perdana Menteri sendiri yang mengetuai Perbendaharaan, tugas "mengutip komisyen" itu selalunya diserahkan kepada pihak lain. Tidak pasti apakah ia termasuk anak, menantu dan isteri PM sendiri?

Ada pihak mendakwa jawatan Menteri Kewangan II juga sering diperhatikan. Peluang boleh diintai termasuk daripada setiausaha sulit ataupun setiausaha politik menterinya. Di antara nama menteri yang disebut-sebut adalah Nor Mohamed Yakcop (2004-2009), kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Justeru, nama orang kanannya, Hasbie Satar, 38 cukup popular di kalangan pelobi.

Hasbie ditahan SPRM, di pangsapurinya di Teluk Air Tawar, Pulau Pinang, bersama penemuan wang tunai yang diikat mengikut nilai RM5, RM10, RM50 dan RM100 berjumlah kira-kira RM2 juta. Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

Saya tidak begitu arif mengapa SPRM memilih pertud
uhan di bawah akta berkenaan. Mungkin penemuan fakta kes dalam siasatan hanya menjurus ke arah itu. Cuma, ramai kenalan saya, yang terbabit dalam dunia perniagaan dan biasa berhubung dengan "perantara" menteri bagi melobi projek, mengharapkan lebih banyak kisah menarik tentang "dana politik Umno" tersingkap semasa perbicaraan nanti.

Bagi saya harapan kawan-kawan saya itu terlalu tinggi dan agak mustahil tercapai. "Segalanya akan ditutup nanti," balas saya.



III.

Semenjak Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dipinda pada 1975, kampus institusi pengajian tinggi tempatan memang bagai penjara. Suara penghuninya dibisukan, gerakan mereka terbatas, dan mungkin angan-angan pun tidak dapat mencecah awan; segala-galanya memerlukan kebenaran naib canselor. Tradisi ilmu dan budaya cendekia dipasung.

Malah, kakitangan akademik yang menyuarakan pendapat dalam hal-hal berkaitan kepakaran mereka juga ditegur jika ia menyinggung "wilayah sensitif" yang sempadannya semakin diperluaskan. Mengambil jalan mudah dan untuk mengelak risiko, maka majoriti warga kampus lebih asyik dengan hal-hal remeh-temeh. Tidak terkecuali yang mengambil kesempatan untuk "membodek" pihak atasan, dan berlumba-lumba "menangkap peluang" untuk kepentingan peribadi.

Pelajar dan pensyarah seolah-olah dipisahkan jauh di menara gading, sedangkan rakyat dan pemerintah amat memerlukan idea serta sumbangan golongan intelektual. Gerakan mahasiswa sekadar berperanan seperti persatuan pelajar sekolah menengah atas. Autonomi yang sudah lama dicabut menjadikan masyarakat terpelajar itu tempang dan cacat. Anehnya, selepas itu bertalu-talu pula kritikan kedengaran, yang mendakwa bahawa perwatakan, keperibadian dan penampilan siswazah kita begitu lemah dan tidak meyakinkan.

Walhal, yang "mencacatkan" mahasiswa secara sengaja, sehingga potensi mereka lumpuh atau tidak dapat dikembangkan dengan baik, adalah pihak universiti sendiri, yang tentunya direncanakan elit pemerintah. Bagi regim yang korup dan menindas, suara independen masyarakat terdidik begitu digeruni. Penguasa seumpama itu hanya mahu memperalatkan orang lain untuk kepentingan diri dan kelompok.

Kini tiba musim pilihan raya kampus bagi memilih kepemimpinan pelajar sesi 2011/12. Proses PRK sejak lama berjalan penuh kepincangan. Ruang untuk anak-anak muda berpatisipasi dalam politik pelajar juga diganggu dengan cukup dahsyat. Pihak universiti jarang bertindak adil melayani semua calon atau kumpulan yang bertanding. Mahasiswa yang dilihat tidak cenderung dengan pemerintah dianggap seperti musuh dan terpaksa berdepan kesukaran yang sengaja dicipta Urusetia Hal Ehwal Pelajar. Masa sama, universiti "menternak" kumpulan yang mendokong aspirasi kerajaan BN.

Tujuh tahun lalu, saya pernah mendedahkan penglibatan aktif Kementerian Pengajian Tinggi -- termasuk melibatkan naib-naib canselor -- melakukan sabotaj terancang bagi mengalahkan kumpulan mahasiswa yang tidak terikat dengan Umno-BN. Mereka mengadakan mesyuarat tetap di ibu pejabat Umno, di PWTC. Peruntukan kewangan universiti diambil bagi membiayai kempen kumpulan pro-BN.

Sungguh menyedihkan apabila pegawai-pegawai universiti sanggup merendahkan (menghina) diri mereka ke tahap menjadi "barua Umno". Apa salahnya dibiarkan mahasiswa bereksperimen dengan bebas dan kreatif bagi memilih pemimpin mereka? Mengapa perlu dikhianati cita-cita, aspirasi dan idealisme luhur pelajar? Sepatutnya disediakan ruang secukupnya agar mahasiswa dapat mengembangkan bakat kepimpinan dan mengungguli idealisme perjuangan tanpa sekatan.

Lebih mengejutkan apabila saya terbaca laporan yang mendedahkan insiden memalukan di Universiti Malaya, 10 Februari lalu. Sekumpulan 20 mahasiswa dihalang secara tidak bertamadun daripada mengadakan sidang media berkaitan peraturan PRK. Cuba bayangkan, seorang pengawal keselamatan universiti bertindak menekap mulut seorang aktivis pelajar pro-Mahasiswa ketika mahu memberikan ucapan!

Keadaan kemudiannya menjadi tegang apabila pihak keselamatan enggan bertolak ansur dan membunyikan siren kereta perondanya yang diletakkan berhampiran kawasan tersebut. Kumpulan mahasiswa tadi dapat juga meneruskan sidang media selama 10 minit.

Kes "tutup mulut" yang mengaibkan ini perlu diberi perhatian serius. Reaksi Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah, yang terkenal dengan kelantangannya mahu melakukan reformasi di IPT, amat ditunggu-tunggu. Dalam suasana dunia menyaksikan perubahan menyeluruh ke arah pemerintahan lebih demokratik dan regim autoritarian tergugat diasak tuntutan anak muda, malangnya situasi di negara kita begitu mengecewakan.


IV.

Bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin jarang bersuara tetapi sesekali beliau membuat ramalan politik, agak menarik juga untuk disorot. Setahun sebelum PRU12, beliau menjangkakan BN akan menghadapi tentangan cukup sengit di beberapa kawasan panas, iaitu Kedah, Pulau Pinang, dan Selangor. Hasilnya BN tersungkur di tiga negeri berkenaan, ditambah satu lagi Perak.

Baru-baru ini, dalam wawancara dengan akhbar China Press, Daim meletakkan Kelantan dan Pulau Pinang sebagai negeri selamat buat Pakatan Rakyat. Meskipun media yang dikontrol BN sering menggambarkan pentadbiran Lim Guan Eng tidak henti-henti berdepan masalah dan rungutan rakyat, Daim melihat kerajaan Pulau Pinang tetap kuat dan tiada petanda akan berlaku peralihan kuasa dalam PRU13.

Begitu juga dengan situasi di Kelantan. Bagi Daim, kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz begitu disayangi rakyat. Bagaimanapun, pertembungan BN dan Pakatan tetap mendebarkan di Selangor, Kedah dan Perak. Keputusan akhirnya dilihat bergantung kepada calon yang dipilih dan kualiti menteri besarnya.

Daim, bekas Ahli Parlimen Merbok turut memandang tinggi Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak, yang juga katanya, disukai rakyat. Ustaz Azizan, tambahnya peramah dan senang didekati. Selain Daim, secara terbuka, bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad juga menghormati gaya pentadbiran Ustaz Azizan.

Keupayaan Pakatan mempertahankan Selangor dipersoal Daim. Sasarannya lebih tertumpu kepada cara Abdul Khalid Ibrahim menerajui kerajaan negeri, yang didakwanya lebih mirip seperti seorang CEO sebuah syarikat. Rakyat, katanya, mahu melihat sebuah kerajaan yang berkhidmat untuk rakyat, bersih dan cekap. Peranan Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi negeri juga dikritik.

Saya tidak pasti mengapa Daim tidak merangkaikan Terengganu sebagai negeri yang juga cukup berpotensi untuk direbut Pakatan. Negeri yang pernah ditadbir PAS (2004-2008) kini menghadapi masalah besar daripada segi kewangan dan juga politik dalaman Umno. Pentadbiran Ahmad Said goyah dan menerima banyak kritikan khususnya daripada penyokong Umno sendiri. Rasanya jika Pakatan berupaya menampilkan calon-calon terbaik, dalam keadaan wibawa menteri besar sekarang dipertikai, Daim perlu memasukkan Terengganu dalam senarai "kawasan panas".

Di mana-mana pun, sifat politik cukup dinamik. Tekaan hari ini boleh meleset atau diperkukuhkan lagi jika situasi politiknya berubah. Ramalan Daim tidak terkecuali. Kebijaksanaan rakyat dan kesungguhan parti-parti bertanding bakal menentukan keputusan akhirnya.

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 16 Feb 2011 01:12 PM PST

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Nik Aziz: Kelantan sedia RM1.5 juta galak pasangan muda kahwin

Posted: 16 Feb 2011 09:55 AM PST



KOTA BARU, 16 Feb — Kerajaan PAS Kelantan melancarkan "Gerbang Az-Ziwaaj" dengan peruntukan RM1.5 juta tahun ini bertujuan menggalakkan 1,500 pasangan muda kurang berkemampuan untuk berkahwin.
Semasa melancarkannya, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar), berkata program bertemakan "Anda Bijak Kerana Berkahwin" itu bertujuan mengelakkan golongan muda dari terjebak dalam perzinaan dan menghalang kejadian buang anak luar nikah.
Melalui program itu, setiap pasangan diberi RM1,000 dalam bentuk cek dan peserta boleh mendapatkan borang permohonan di pejabat kadi, pejabat Anggota Dewan Undangan Negeri, kaunter khidmat pelanggan Setiausaha Kerajaan Negeri atau muat turun borang dari laman facebook "Gerbang Az-Ziwaaj" (Gerbang Perkahwinan). 

Mahathir gesa Nik Aziz henti salah tafsir Islam kerana politik diri sendiri

Posted: 16 Feb 2011 09:54 AM PST



KUALA LUMPUR, 16 Feb — Tun Dr Mahathir Mohamad sambil mengakui pengetahuan agama Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang "dalam", tetapi menggesa Menteri Besar Kelantan itu berhenti daripada menyalah guna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri.
"Saya akui pengetahuan agama Nik Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika Nik Aziz berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri.
"Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.," kata bekas perdana menteri ini dalam jawapan panjang lebar menjawab tulisan Nik Aziz awal bulan ini.
Justeru kata bekas presiden Umno ini, "bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hentikanlah mengeliru umat Islam di Malaysia kerana ingin menang pilihan raya."
Awal bulan ini, Nik Aziz menjawab tuduhan Dr Mahathir ke atasnya dengan menegaskan, Umno yang selama ini "menzalimi orang-orang Melayu" dan menafikan beliau menjadi punca perpecahan orang Melayu Islam negara ini.
Sehubungan itu Nik Aziz berkata, Dr Mahathir sudah mula dijangkiti penyakit "Melayu Mudah Lupa" yang pernah disebutnya satu ketika dahulu, ketika menjadi perdana menteri dan presiden Umno.
"Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti Umno diharamkan pada 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46.
"Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat timbalan presiden Umno pada 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu," katanya.
Dalam entri terbaru di blognya hari ini, Dr Mahathir berkata, percubaan Nik Aziz untuk memperingatkannya bahawa beliau akan berdiri di hadapan Allah satu masa nanti sedikit sebanyak membuktikan keangkuhannya seolah-olah dirinya tidak tahu akan agama Islam.
"Saya juga beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan dan diperbuat di dunia ini akan diadili di akhirat nanti," kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir berkata, Nik Aziz yang Mursyidul Am PAS juga akan berdiri di hadapan Allah satu masa nanti dan segala yang dipertutur dan dilakukan olehnya di dunia ini akan diadili di akhirat nanti dan lidah, tangan dan kaki Nik Aziz akan jadi saksi.
"Bukan bagi Nik Aziz untuk mengadili saya atau sesiapa dan bukan Nik Aziz yang akan mengadili dirinya sendiri," kata bekas perdana menteri.
"Sehingga kita diadili di akhirat, kita tidak boleh dengan angkuhnya merasa kita tidak berdosa dan orang lain yang berdosa.
"Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui segala dosa yang dilakukan oleh sesiapa, termasuk Nik Aziz," kata Dr. Mahathir sambil menambah, dakwaan Nik Aziz yang dianya beriman, setelah mengkafir dan memecahbelah orang Islam, membuat berbagai-bagai tuduhan, akan ditentukan oleh Allah s.w.t."
"Tidak memadai dengan pengakuan Nik Aziz yang dianya beriman," kata beliau lagi.
Dr. Mahathir juga berkata beliau tidak suruh sesiapa menyokong atau mengundinya kononnya akan menjamin mereka akan ke syurga di akhirat.
"Yang membuat dakwaan seperti ini ialah Nik Aziz," kata Dr Mahathir.
Oleh itu jelas beliau, dalam Islam tidak ada paderi yang boleh ampunkan sesiapa atau menjamin balasan di akhirat kelak.
"Di Tenang Nik Aziz secara terbuka menghukum orang Umno sebagai jahiliah," kata beliau dengan merujuk kepada kempen pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung bulan lalu.
Katanya, orang Umno adalah orang yang beragama Islam walaupun bagi Nik Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong PAS.
"Dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli Umno dan ahli PAS juga adalah orang Islam.
"Umno tidak mendakwa bahawa hanya orang Umno yang Islam atau dengan mengundi Umno menjadi Islam dan akan ke syurga," katanya lagi.
Dr Mahathir juga berkatam oleh kerana orang Umno beragama Islam, maka perjuangan Umno ialah untuk bangsa, agama dan negara.
"Demikianlah pegangan Umno kepada Islam sehingga Perlembagaan ciptaan Umno mensyaratkan seseorang itu adalah Melayu jika dianya beragama Islam.
"Nik Aziz tidak akan memasukkan syarat ini kerana Melayu boleh jadi jahiliah dan tidak Islam kerana tidak sokong PAS," katanya.
Sehubungan itu kata Dr Mahathir, asas Islam mungkin tidak sama dengan nasionalisme memandangkan penganut-penganut agama lain juga boleh jadi nasionalis.
"Ini tidak bermakna nasionalis Islam tidak Islam. Nasionalis yang terdiri daripada orang Islam memang berjuang untuk menegakkan agama Islam, memelihara negara Islam dan menjaga kehormatan agama Islam," kata beliau lagi.
Beliau menambah, tidak ada keangkuhan yang lebih daripada seorang yang memikir dia sahaja Islam dan orang Islam lain tidak Islam dan tidak beriman kepada Allah.
Sambil bertanya apakah nasionalis Melayu Islam tidak pernah menyatakan tujuan hidup, Dr. Mahathir berkata, jika Nik Aziz membuka mata dan telinga, mungkin beliau akan melihat perjuangan Umno untuk Islam secara yang terpampang di hadapannya dan mendengar segala yang diperkatakan oleh pemimpin dan ahli Umno berkenaan perjuangan untuk Islam, orang Islam dan negara Islam.
"Saya tidak perlu ulang tujuan hidup nasionalis Islam Melayu ialah mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dengan membuat ibadah tertentu, memelihara orang Islam dan agama islam bukan sahaja di Malaysia tetapi dimana sahaja orang Islam ditindas.
"Tuhan yang akan menilai pengabdian nasionalis Melayu Islam dan bukan Nik Aziz," katanya lagi.
Malah Dr Mahathir terus mengkritik dengan berkata, sebaliknya apa yang keluar dari bibir Nik Aziz sebagai tujuan hidupnya ialah untuk memenangi pilihan raya dan menjadi pemerintah bersama DAP dan PKR.
"Untuk ini Nik Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam Umno, bersedia untuk bekerjasama dengan syaitan untuk menjayakan perjuangannya, bekerjasama dengan orang yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS, mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran agama Islam.
"Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya dalam pilihan raya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah, tetapi kemenangan dalam pilihan raya," katanya lagi.

Terima kasih Lokman, ramai lagi la yang benci Rosmah

Posted: 16 Feb 2011 09:51 AM PST



Tak berapa hari selepas Lokman Nor Adam merajuk dari PKR, saya menemani seorang aktivis PAS menemuinya. Dalam pertemuan itu dia mengadu kesusahan hidupnya. Dia juga mendebik Azmin Ali, Senator Mohamad Ezam Mohd Noor dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana "hidupan mewah". Mohamad Ezamlah yang paling teruk didebiknya. Sampai ke peringkat tuduhan penggelapan wang. Mengenai Dr Wan Azizah pula, dia mendakwa baju-baju yang dipakai oleh Presiden PKR itu "harga beribu-ribu".

Saya sebagai peneman aktivis PAS tersebut, mendengar sahaja. Kadang-kadang melopong. Nak kata betul saya tak ada maklumat. Nak kata tak betul pun tak ada maklumat. Biasanya, saya malas menjadi lawyer tak berbayar. Memang, kalau kawan-kawan dari Umno menghentam pemimpin pembangkang, biasanya saya diam ja. Saya tak nak jadi lawyer tak berbayar kepada mereka. Tetapi, time aku hentam pemimpin-pemimpin Umno BN, mula la depa buat tergeliat telinga. 'Asabiyyah parti kuat nak mampoih, tak kira orang parti mana pun.

Semalam, Lokman tibai lagi 'gaya hidup mewah' Dr Wan Azizah. Hari ni orang jawab dalam Malaysiakini, "Who is high maintenance - FLOM or Kak Wan?"

Saya juga selalu mendengar kisah gaya hidup mewah tahap melampau Datin Seri Rosmah Mansor (sila klik gambar di atas supaya lebih cantik). Saya dengar ja. Saya tak tahu. Datuk Mumtaz Jaafar mungkin lebih tahu. Tetapi, bila banyak sangat orang bercerita, saya tak berani nak menolak cerita-cerita itu.

Malah, orang-orang veteran dalam Umno yang mengecam cara Rosmah berbelanja siap bercerita pesanan ayah Datuk Seri Najib, Tun Abdul Razak Hussein kepada isterinya, Tun Rahah Mohd Noah supaya berbelanja mengikut peruntukan. Abdul Razak tak nak malu kepada pegawai-pegawai jika isterinya berbelanja berlebihan, kata mereka. Mereka juga memberitahu, Rahah setia kepada pesanan suaminya dan tak pernah berlebihan.

Bagi saya, Rosmah seorang yang unik. Bukan senang nak jumpa seseorang yang dibenci oleh hampir semua orang - dari veteran Umno, orang Umno sampailah kepada budak-budak. Saya melihat sendiri budak yang berpaling dari TV dan minta TV ditutup apabila keluar muka Rosmah. "Kami tak ajar," kata ayahnya.

Apa pun, terima kasih Lokman kerana membuka peluang kepada lebih ramai rakyat untuk mengenali dan membenci Rosmah.
 
PB.

SMS, tweets spekulasi rombakan kabinet tersebar

Posted: 16 Feb 2011 09:48 AM PST


Spekulasi mengenai pengumuman rombakan kabinet tersebar secara meluas melalui tweets dan SMS hari ini.

Bernama menerima banyak pertanyaan selepas khabar angin mengenainya mula tersebar melalui tweets dan SMS.

Malah, portal berita mStar Online melaporkan bahawa dua timbalan menteri akan dilantik sebagai menteri penuh, manakala presiden sebuah parti, juga akan turut dilantik sebagai menteri.

Portal itu menyebut bahawa kenyataan berhubung rombakan kabinet itu dijangka dikeluarkan.

Sebuah krew TV telah berkampung di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya menunggu pengumuman tersebut.

Seorang pembantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika dihubungi kira-kira jam 6 petang tadi, berkata bosnya tidak membayangkan apa-apa mengenai rombakan kabinet selepas mengadakan wawancara dengan sebuah organisasi berita Turki lewat petang ini.

Dan seorang menteri kabinet MCA, ketika dihubungi, berkata perkara itu juga tidak dibangkitkan dalam mesyuarat kabinet hari ini.
Sementara itu, malam ini, mStar menyiarkan sebuah lagi berita bahawa rombakan kabinet yang disebut-sebut akan berlaku petang ini, nampaknya tidak menjadi kenyataan.

Menurutnya, sehingga lewat petang ini, Pejabat Perdana Menteri (PMO) tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi sebagaimana yang dijangkakan oleh ramai pihak.

Pada tengah hari tadi, mStar Online melaporkan terdapat desas-desus yang mengatakan Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein dan Presiden MIC, Senator Datuk G. Palanivel akan dilantik sebagai menteri penuh dalam rombakan kecil kabinet yang khabarnya bakal diumumkan pada lewat petang Rabu.

Palanivel adalah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan pada 6 Disember tahun lalu diangkat sebagai presiden MIC menggantikan Datuk Seri S. Samy Vellu yang mengundurkan diri selepas 31 tahun menerajui parti itu.

Seorang lagi yang disebut-sebut bakal dilantik ke jawatan menteri penuh ialah Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mukhriz Mahathir.

Mukhriz baru sahaja dilantik sebagai timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah.

Hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mempengerusikan mesyuarat mingguan Jemaah Menteri di Kompleks Seri Perdana, Jabatan Perdana Menteri.

'Rekrut pelampau Wahabi, andaian tak baik'

Posted: 16 Feb 2011 09:46 AM PST


Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata, dakwaan segelintir pihak kononnya Universiti Antarabangsa Al-Madinah (Mediu) di Shah Alam merekrut pelampau-pelampau Wahabi adalah satu andaian yang tidak baik.

Beliau berkata Mediu yang beroperasi di Plaza Masalam di Shah Alam bukan sahaja menawarkan pengajian agama tetapi dalam bidang lain seperti bahasa, teknologi komunikasi dan maklumat, pendidikan, sains kewangan, pengurusan serta kejuruteraan.

abdullah ahmad badawi at bn meeting with najib"Jangan terlalu cepat membuat andaian akhirnya merugikan kita," katanya kepada pemberita selepas melawat kampus Mediu hari ini ketika diminta mengulas dakwaan penulis blog tertentu kononnya universiti itu merekrut pelampau Wahabi.

Abdullah berkata beliau amat gembira dengan perkembangan Mediu yang kini mempunyai 3,000 pelajar daripada 90 bangsa di seluruh dunia sejak ia beroperasi pada tahun 2007 semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

Rektor Mediu, Prof Dr. Muhammad Khalifa Al Tamimi berkata pula, berkata Mediu turut menarik pelajar-pelajar dari luar Malaysia untuk mengikuti pengajian secara online sepenuhnya.

Mediu mempunyai pejabat dan pusat pembelajarannya di Madinah, Kaherah, Kuwait, London, Yogyakarta, Makassar, Bangkok, Singapura dan Maghribi.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 16 Feb 2011 01:04 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Merlimau - Jangan Jadi Hulu Selangor

Posted: 16 Feb 2011 06:41 AM PST

Sebentar tadi (10.2.11 jam hampir 6.00 petang) saya terima panggilan talipon dari Sdr Yusof (Ketua Parti Keadilan Rakyat Cabang Selandar) memberitahu saya bahawa rumah yang disewa oleh Parti Keadilan Rakyat Negeri Melaka di Permatang Serai, Merlimau telah dikacau oleh seorang lelaki Melayu yang mendabik dada bahawa beliau akan menjadi calon untuk DUN Merlimau mewakili Barisan Nasional.

Rumah yang disewa oleh KEADILAN itu adalah kepunyaan kakak ipar saya. Lelaki Melayu itu adalah juga penduduk Permatang Serai dan saling mengenali kakak ipar saya dan anak-anak buah saya didalam rumah itu.

Lelaki itu telah datang ke rumah kakak ipar saya dan berjumpa dengan anak buah saya dan bertanya secara kasar seperti: "Dengar awak sewakan rumah awak kepada PKR, betul ke?" Anak buah saya menjawab: "Betul."

"Kenapa bodoh sangat sewakan rumah kepada PKR? Dah, batalkan sewa itu, ambil duit dari UMNO, kita bayar sekali ganda dari PKR, dan saya pastikan UMNO akan hantar batu dan lain-lain untuk membaiki laman rumah." katanya, sombong.

Anak buah saya kata: "Tak boleh buat begitu sebab saya dah terima bayaran sewa dari PKR."

Melayu sombong itu bertanya: "Awak orang PKR ke?"

Anak buah saya jawab: "Kat rumah ni, macam-macam parti ada, PKR, PAS dan UMNO. Kami anak-beranak boleh hidup serumah walaupun berbeza parti. Rumah ini kepunyaan emak saya dan terserah kepada dia nak sewakan kepada siapa."

Ketua Wanita PKR Melaka juga menalipon isteri saya, Hendon Jaafar, adik kepada tuan rumah, memita isteri saya menalipon kepada anak buah kami di Merlimau tu.

Isteri saya sudah pun bercakap dengan anak buahnya, dan anak buahnya itu telah memberikan jaminan bahawa dia tidak akan menyewakan rumah tersebut kepada UMNO. Dia faham tujuan UMNO itu supaa orang-orang Pembangkang tidak mendapat kemudahan menyewa rumah.

Isteri saya menceritakan juga pengalaman dia semasa di Hulu Selangor. Setiap rumah untuk disewa oleh PKR didatangi oleh wakil-wakil UMNO dengan menawarkan sewa berkali-kali ganda yang ditawarkan oleh PKR.

Namun setelah PKR tidak mengambil rumah-rumah itu untuk disewa, UMNO juga tidak menyewa rumah-rumah itu. War-war UMNO mahu menyewa rumah-rumah itu hanyalah untuk menghalang rumah-rumah itu dari disewa oleh PKR, akhirnya rumah-rumah itu samapai siap PRK Hulu Selangor itu tidak disewa pun oleh UMNO.

Ini bermakna UMNO hanyalah khianat kepada pemilik-pemilik rumah yang terdiri daripada orang-orang Melayu daripada mendapat rezeki semasa PRK itu.

Anak buah isteri saya itu faham, bahkan melahirkan perasaan menyampah dengan sikap sombong wakil dari UMNO itu.

Sumber : Selatan Online

Merlimau: Umno BN mula peralat Jabatan Pelajaran

Posted: 16 Feb 2011 06:35 AM PST

KUALA LUMPUR, 16 Feb: Umno BN seperti mahu mengulangi episod memalukan seperti di pilihan raya kecil (PRK) Tenang apabila sekali lagi memperalatkan Jabatan Pelajaran Negeri Melaka dan Pejabat Pelajaran Daerah Jasin untuk memenuhi agenda politik sempit mereka.

Menurut laman http://pencacai-semalaysia.blogspot.com, jika di PRK Tenang, Pengarah JPN Johor secara terang-terang dan terbuka berkempen dengan menggunakan nama rasmi program JPN dengan meminta guru-guru dalam PRK Tenang supaya mengundi dan menyokong calon Umno/BN.

Di PRK Merlimau, episod menjadikan guru sebagai kuda tunggangan iaitu alat kempen Umno/BN seperti di PRK Tenang berulang. Atas nama program Jabatan guru-guru di Merlimau telah dikerah dan dipaksa untuk hadir dalam program kononnya majlis perasmian Bangunan Tambahan SKJ (C) Merlimau.

Menurut guru yang hadir dalam majlis yang dihadiri oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak ada langsung agenda perasmian bangunan tambahan seperti dalam surat jemputan. Sebaliknya 'backdrop' majlis pada malam itu terpampang 'Majlis Makan Malam Rakyat Bersama Timbalan Perdana Menteri'.


Ramai guru yang hadir pada malam itu kesal dan berasa tertipu kerana terang-terang ia adalah majlis kempen supaya guru-guru menyokong Umno/BN. Lebih menghairankan mereka surat jemputan ke program dibuat pada sebelah malam. Menurut seorang guru yang hadir yang enggan dikenali memberitahu, mana ada orang rasmi bangunan sekolah pada sebelah malam.

Apa yang berlaku menunjukkan Umno/BN benar-benar terdesak dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan kerusi N.27 Merlimau yang dimenangi sebelum ini. Apa yang dilakukan oleh JPN ternyata bercanggah dengan etika dan tanggungjawab seorang penjawat awam.

Kita tunggu dan lihat apakah reaksi sekiranya terdapat guru dan juga kakitangan kerajaan memihak dan bertugas bersama jentera PAS atau Pakatan Rakyat dalam PRK Merlimau.

Harakah Daily

Hujan emas di Merlimau

Posted: 16 Feb 2011 06:10 AM PST

Untung jadi pengundi Merlimau. Mintak apa saja pasti diberi. Kalaulah nyawa boleh diberi mesti ada jugak mungkin terjadi. Umno akan cuba memenuhi apa saja permintaan penduduk Merlimau. Sebut aje di mulut pasti sampailah ia. Jangan sebut nak berbini mau berperang seluruh Merlimau. Bengkak kepala. Projek dicurahkan begitu banyak sepertimana air hujan mencurah di Tenang.

Bimbangnya Merlimau menjadi tenang yang kedua. Banyak sangat projek mencurah kemudian datang hujan lebih banyak mencurah daripada projek yang dibuat oleh Umno. Sampai sekarang Tenang mungkin masih ada lagi yang duduk di tempat pemindahan.

Tak apalah asal kroni dapat wang untuk biayai kempen Umno. Kalau tak ada projek untuk kroni maka tak adalah sumbangan kroni untuk Umno. Kelepuk Umno berbuih pengsan. Tak ada sumbangan rokok, tak ada sumbangan duit, tak ada sumbangan Umno pasti cepat m*mp*s.

Di Merlimau projek dijalankan siang dan malam. Turap jalan dari pagi sampai ke malam. SAMB pun siang malam pasang paip air. Yang tak ada kepala paip pun diberi kepala paip secara percuma. Kalaulah semua YB mati, mahu menangis jabatan kerajaan nak jalankan semua projek sekaligus. Siang malam pegawai kerajaan dijadikan hamba abdi demi survival Umno di bumi Malaysia. Semua pegawai dibolehkan claim overtime dan yang pasti beruk gelekek le sampai pagi.

Hampir seluruh jabatan di Melaka diarahkan untuk menolong Umno memenangi dun Merlimau. Kalau ada rumah senget, pasti jabatan perumahan negara datang membaikinya. Kalau nelayan sampan bocoq ada yang akan menampalnya. Kalau petani bocoq seluar pasti ada tukang jahitnya. Pokok pisang yang mati lemas banjir baru ni dah mula diganti dengan anak pisang awak. Dulu tanam pisang saya. Pisang yang lemas air dulu untuk pasaran tempatan, selepas ini projek pokok pisang akan dieksport ke negara monyet, beruk dan Mesir.

Jabatan Kebajikan Masyarakat sudah buat kajian tentang kemiskinan, yang mana tak dapat lagi duit kebajikan diberi awal selama 3 bulan, selepas ini payah le penerima wang kebajikan nak hadap 3 bulan hidup tanpa bantuan. Hidup hidup ditipu penerima wang kebajikan, ingatkan wang itu untuk sebulan tapi sebenarnya 3 bulan dan akan dihabiskan dalam bulan ini.

Selepas ini bulan Mac penerima wang kebajikan akan berkepuk menahan lapar. Dulu arrr pakcik kerajaan sulah bagi untuk 3 bulan pasai apa pakcik belanja semua sekali, lahabau kau orang aku ingat kan duit pilihanraya rupanya duit hantu raya rupanya. Menangis le pakcik menahan azab sengsara duit diberi awal dan dihabis pun awal. Nyawa pun akan habis awal nak menahan lapar dengan kenaikan harga barang.

Malam malam sekarang di Merlimau tidak sunyi langsung. Ada je deruan kenderaan jabatan. Nasib baik Jabatan Alam Sekitar tak datang jugak. Perhilitan pun masih tidur lagi gamaknya. Yang aktif sekarang adalah JKR, SAMB, jbtn kebajikan, jbtn pertanian, jbtn perikanan, jbtn jentera dan kilang pun aktif gila, yang seronok Ali Rustam tidur kat rumah.

Yang meriah sekarang di Anjung Batu dan Umbai, setiap malam penuh pelanggan kerana Umno sedang membahagikan harta rakyat. Makan gelak minum gelak nasib baik tak mati tercekik tulang ikan siakap. Duit apa nak heran, banyak mana dihabiskan dah nampak di depan mata yang akan diganti. Tak dapat merana seperti kontraktor Kuala Terengganu sampai sekarang bayaran tak dapat dapat.

Menangis lagu Umno pun belum tentu dapat bayaran. Ada yang dah kena kerja dengan orang jadi kuli sebab nak bayar hutang angkara mempercayai Umno. Masa pilihanraya ambik semua kalau tanya siapa nak bayar; YB bayar. Lepas menang, menang kalah Umno duit tak ada sebab mana ada hitam putih, ambik tanpa PO ( Purchase Order ). Ada PO pun tak dibayar.

Umno Merlimau tengah sibuk melobi sampai malam semalam masih duk melobi. Siapa yang ada kelapangan datang le ke Tenang, ada majlis dengan Cikgu Normala calon Pas Tenang. Sementara nak berperang di Merlimau jom kita raikan petugas di Tenang. Orang Pas, kalah menang prk tak kisah punya. Apa nak dikisahkan sangat tentang kalah. Yang tak biasa kalah je jadi Mat Jenin.

Sumber : Selatanonline

SAJAK : SEHARUSNYA BILA TERBUKA TABIR TAHUN BARU

Posted: 16 Feb 2011 05:51 AM PST

Seharusnya bila terbuka tabir tahun baru
kita sudah memenuhi dewan berasa sesal
dan pilu; 40 hari
suasana berkabung dihirup
atas usia yang tergelincir semalam
diselubungi sejuta asap
lihat saja sekumpulan kerbau
bergelumang dengan lumpur kelabu
menyembunyikan rupa yang sebenar.

Berlarilah sejauh-jauhnya daripada terpalit
aktiviti
meraikan kedatangan tahun baru
dengan perbuatan tak berkualiti
atau menghidupkan program
membangkai
yang ketara membabi buta melanggar
batas hukum
dan mencalar wajah ketimuran
yang mulus sebagus gadis manis
masih meniti permatang bening
embun bersiul-siul
di jendela dinihari.

Seharusnya bila terbuka tabir tahun baru
kita sama-sama sepakat mengisi petak
sangat bersyukur
atas diberi-Nya peluang sekali lagi
untuk hidup menuju pengabdian sejati.

Mohd Adid Ab Rahman,
Selandar, Melaka

Dipetik daripada Harakah keluaran 1 – 3 RABIULAWAL 1432 / 4 – 6 FEBRUARI 2011

Muslimat PAS bantu mangsa banjir di Melaka

Posted: 16 Feb 2011 04:07 AM PST

MELAKA: Dewan Muslimat PAS Pusat turut turun padang menziarahi mangsa banjir di sekitar Merlimau dan menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian oleh Ketuanya, Ustazah Nuridah Salleh, di sini, baru-baru ini.

Menurut Setiausaha Muslimat Melaka, Kintan Man melalui kerja-kerja kebajikan seperti ini kita dapat menyantuni pelbagai golongan masyarakat dan mampu menterjemahkan mesej Islam yang kita bawa.

"Kita harap program sebegini menjadi penghubung antara kita dan masyarakat dan seterusnya dapat menarik hati mereka untuk menyokong dasar perjuangan kita.



"Program ini berjaya menemui hampir kesemua mangsa banjir di Chincin dan Sungai Rambai sama ada melalui mangsa sendiri ataupun wakilnya di mana kita berjaya sampaikan kepada hampir 50 keluarga yang mengalami banjir baru-baru ini.

"Malah ada mangsa banjir yang sebelum ini tidak menerima apa-apa bantuan pun daripada mana-mana pihak yang bertanggungjawab kerana pelbagai alasan," katanya.

Beliau menambah, sumbangan yang diberikan itu amat bermakna kepada mereka kerana banjir yang melanda pada kali ini agak menjejaskan mereka berikutan hujan lebat dan air yang naik secara mendadak tanpa diduga seperti tahun-tahun sebelumnya.

Banjir yang berlaku kali ini di Jasin, Alor Gajah dan Sungai Rambai turut mengakibatkan satu kematian dan menyebabkan kerugian harta-benda kepada mangsa yang terlibat.

HARAKAH 11 - 14 RABIULAWAL 1432 / 14 - 17 FEBRUARI 2011

Merlimau, Melaka negeri bersejarah

Posted: 16 Feb 2011 04:04 AM PST

Merlimau di Jasin di dalam negeri bersejarah, apakah PAS sekali lagi akan meletakkan calon muslimat untuk bertanding di DUN Merlimau? Di Melaka banyak sejarah diukir, dan PAS perlu mengukir lagi sejarah di negeri bersejarah. Calon PAS telah dipilih oleh majlis syura dan dalam senarai pendek calon PAS Melaka telah mengemukakan seorang calon muslimat sebagaimana di Tenang. PAS telah melihat bagaimana muslimat PAS telah memanopoli perarakan calon di Tenang.

Muslimat PAS telah ke depan dan lebih maju dari wanita UMNO yang dikatakan akan terus kempunan kerana ketua wanita UMNO sekarang hanya seorang senator menjawat jawatan menteri second hand. Muslimat PAS, wanita DAP dan srikandi PKR telah bersatu semasa menjalankan kempen bersama bertemu pengundi. Jika ini digembelingkan lagi bermakna kuasa wanita akan lebih bersemangat untuk menang di Merlimau walaupun tewas di Tenang. Tenang tetap menang dalam kalah. UMNO tetap kalah di Tenang sampai sekarang tak tenang tenang.

Apakah muslimat di Merlimau juga dijadikan calon, hanya 24 Februari nanti akan diketahui. Jika diambil kira semangat di Tenang, PAS pasti akan mengukir lagi sejarah di bandaraya bersejarah. Yang pasti muslimat PAS sudah bersiap sedia untuk datang dan bertempur lagi di Merlimau.

Satu daerah berjiran dengan Tenang, Cikgu Normala pasti datang menambahkan tenaga dan sengat di depan serangan kempen. Kali ini muslimat pasti lebih hebat. Pengalaman pertama mematangkan mereka untuk terus berhujah dengan wanita UMNO di Merlimau.

Merlimau bukan lagi kubu kuat UMNO. Walaupun Ali Rustam dan Majidin terus melaungkan amaran. Kalau kubu kuat tak lah sampai Majidin terpaksa buat walkabout, gila ke apa tpm jalan kaki cari pengundi, kalau kuat tak buat macam tu, letak aje tunggul pun pasti menang. Kalau kuat tak perlu paksa JKR kerja sampai malam, SAMB terpaksa cari banyak kepala paip nak sambung air, tak perlu kerah Jabatan Pertanian tanam pisang awak.

Kasihan kepada pegawai kerajaan di Melaka. UMNO terus memaksa semua jabatan dan agensi supaya terus bekerja demi mempertahankan kuasa UMNO di Melaka. Kubu mereka di Tenang telah bocor dan dirobek robek oleh muslimat PAS, ego UMNO makin dikelabukan, tiada apa yang boleh dibanggakan sangat oleh UMNO Tenang.

Kubu kuat UMNO hanyalah kubu maut menanti mereka. Tenang kubu kuat UMNO dan kubu yang mengapungkan air banjir dan boleh menghanyutkan apa saja termasuk Toyota Hilux yang berat bertan-tan. Kubu kuat bermakna selamat untuk penghuninya, kalau kubu kuat kita rasa damai dan tenteram dari segala ancaman tapi di Tenang kubu kuat UMNO menjadi perangkap maut kepada pengundi UMNO.

Hampir 60 ribu terpaksa pindah dari kubu kuat, kuatnya kubu dulu terpaksa dihantar kuda troy untuk menakluknya. tapi UMNO berkubu alamat tak selamat le penduduknya. Di Merlimau kubu UMNO perlu diruntuhkan agar rakyat selamat dunia dan akhirat.

FZT

Dupahang's Weblog

Posted: 16 Feb 2011 11:52 AM PST

Dupahang's Weblog


Ustaz Nasaruddin Mat Isa patut di tonjolkan

Posted: 15 Feb 2011 05:44 PM PST

Oleh: PolisPencen “Membaca tulisan W.Fauzdin NS yang bertajuk “Tuan Ibrahim Tuan Man Patut Diganti” membuatkan saya terfikir. Terlintas pula kenapa Timbalan Presiden PAS seolah-olah tidak begitu menonjolkan diri sedangkan sebelum ini beliau adalah antara kepimpinan muda PAS yang berkalibar. Sebelum ini Ustaz Nasarudin Mat Isa adalah antara tokoh ulama campuran profesional dengan kebolehan dan kepetahan pelbagai berbahasa yang agak baik. [...]

Najib sanggup label orang agama sebagai pelampau

Posted: 15 Feb 2011 05:13 PM PST

PM Malaysia mulai cemas dan cuba menenangkan hatinya yang gundah gulana. Apakah sudahnya hajat hati mahu memeluk gunung apa kan daya tangan tak ke sampaian. Beliau nampak tidak selesa, ini kerana waktu beliau sedang naik menduduki kerusi atau tahkta PM ia sering terganggu dan diganggu. Beliau tersentak dari buaian mimpi ngeri situasi Mesir yang bagai [...]

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 16 Feb 2011 11:49 AM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Posted: 15 Feb 2011 08:40 PM PST

Batu Gajah Mari

Posted: 16 Feb 2011 11:48 AM PST

Batu Gajah Mari


Wajib Baca!! Kisah Ustaz Kazim

Posted: 16 Feb 2011 05:30 AM PST

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEil0atTQfC9gRPpCDRghtQ5Txeui79O0KHcmLxZSvdEihEncpd5yLB5TGXZroQ-DkDBDjP4V4aXGHVoUfsm0rb5wEZZmldYhQzVHmt6Mkys2AN1xmD91meH2c5NFhAiaKWCubxKQonI_zl0/s1600/ustaz+kazim.jpg

Saya menerima maklum balas tentang Ustaz Kazim di posting sebelum ini (
klik sini) Ada seorang memberi komen tentang Ustaz Kazim ini. Dan merasakan orang lain perlu mengetahui tentang cerita ini. Memang ramai yang tidak berpuas hati dengan beliau. Banyak masjid masjid, surau-surau dan tempat pengajian menamatkan khidmatnya dan tidak memanggilnya berceramah.. Ramai sudah tahu siapa beliau.

mari kita baca komen ini..

Assalamualaikum...
Saya dh lama ikut ceramah ustaz kazim ni..kekadang terasa juga bila dia lebihkan soal melayu dari bicara tentang islam dlm ceramahnya..

Tapi baru baru ni..setelah ada 2-3 surau menamatkan khidmatnya..beliau seolah-olah sangat tidak berpuas hati..disana sini ceramah beliau mesti dimasukkan rasa tidak puas hati beliau kerana ditamatkan khidmatnya..ahli politik dan ajk surau diperkatakan guna kuasa dan tentang ajaran Allah..saya jadi pelik..kenapa begini ustaz yg saya puji dahulu bertukar perwatakannya sekarang..bukan kah menuduh AJK surau menggunakan kuasa utk menamatkan khidmat beliau itu juga berunsur fitnah??menuduh org lain tentang ajaran allah itu juga fitnah jika tidak terbukti??dahulu beliau marah jika org lain menabur fitnah...

Apakah beliau rasa hanya beliau saja kah yg layak untuk memberi kuliah diMalaysia ini...sepengetahuan saya..khidmat beliau ditamatkan dan khidmat ustaz lain pula digunakan untuk menyambung kuliah beliau..jadi..saya rasa, kuliah agama islam ini tidak terhenti...memberi pelajaran tentang AGAMA ISLAM tidak akan terhenti..mereka BEBAS dan BERHAK utk memilih siapa saja ahli agama yg mereka rasa sesuai utk memberi kuliah kepada mereka...ramai lagi ustaz-ustaz yg berkelayakan selain dari beliau..


Didalam kuliah beliau selalu menegur supaya kita redha dgn apa yg Allah beri..kalau tidak redha maka kita tolak hukum Allah..tolak rukun iman..dia kata orang yg redha akan disayangi Allah..tinggi peluang utk ke syurga..

Tapi bila terkena pada beliau..lain pula jadinya..apakah benar beliau ini punya agenda lain dlm kuliah beliau??

katanya beliau bukan ahli politik..
kalau bukan politik..maka tujuan kuliah adalah tentang agama..kami ni kurang agama..ingin tambah ilmu agama..bukan ilmu sejarah melayu..kalau nk cerita tentang melayu..naiklah pentas politik..bukan di KULIAH AGAMA..lupakah beliau ada pendengar ceramah beliau bukan saja dari keturunan melayu..cina muslim..india muslim..islam tidak akan bersatu kerana melayu...islam cuma akan bersatu jika semua umat islam bersatu...

Bila kita yakin pada Allah dan agamanya..bila semua umat bersatu kerana allah dan agamanya..maka itu lebih kuat dari ketuanan melayu..apakah beliau tidak tahu perkara ini??apakah mesti disebutkan melayu mesti bersatu baru islam itu bersatu??

Ya Allah ya tuhan kami..kami mohon agar kamu beri petunjuk kepada kami dan beliau...kerana kami masih lagi memerlukan khidmat beliau..yg baik kami ambil dan laksanakan..yg kurang kami tinggalkan..kami mahukan islam..bukan melayu..bantulah kami Ya Allah....

harap beliau atau sesapa saja orang2 beliau baca komen ni..tk tau nk komen kt mana tentang beliau ni..Wallahu alam..

*terima kasih kepada yang memberi komen

UMNO di memang dasar tengin!!

Posted: 16 Feb 2011 04:37 AM PST

Tidak pernah didengari bahawa Non-Goverment Organisation (NGO) itu adalah sebuah badan kerajaan. Non itu sendiri melambangkan bukan tetapi UMNO/BN semakin hari semakin bodoh dalam membezakan istilah dalam Bahasa Inggeris.



Adakah mereka tahu apa itu Non dalam Bahasa Inggeris sehinggakan terlalu jahil mengatakan NGO itu adalah Barisan Nasional. NGO ialah pertubuhan bukan kerajaan dan bukan parti politik serta ia bergerak bebas. Tetapi di Merlimau, NGO itu ada sebuah bilik gerakan yang ditaja oleh Barisan Nasional.

Melihat kepada situasi sekarang, UMNO/BN seperti ketiadaan jentera tambahan sehinggakan NGO turut dipolitikkan sama. Lebih baik tukar sahaja NGO itu kepada Barisan Nasional Government Organisation (BNGO).

Bilik gerakan itu juga adalah untuk blogger dan NGO sebagai medan untuk mereka berkempen di DUN Merlimau. Antara NGO Barisan Nasional ialah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Perkasa, MAYC, Silat selendang Merah dan Gerak Insan yang bertempat di KM 24 Jalan Melaka Muar, Merlimau.

Ali Rustam juga menaja blogger-blogger untuk Barisan Nasional dengan jumlah RM20,000. Pasukan blogger tersebut adalah dikalangan blogger-blogger UMNO yang ditugaskan untuk PRK di DUN Merlimau ini.

Tiada bukti kemasukan pada dubur Saiful !!

Posted: 15 Feb 2011 08:50 PM PST

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjZUR0aKULrML7rszUWCcT37KdFfuBpc1sFwPiymg3XIfeEcEk6S27Trpv-Yl4lF9UQ4OTWvtL5uKmu_sFL6cwL6gbNDdjdQRlxpo53MmdDO65Mqy4NQjnsfKnHmdVO2i_pXOo8WB9wHXM/s1600/saifulbontot.jpg

KUALA LUMPUR 16 Feb: Ketua unit kemalangan dan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Khairul Nizam Hassan hari ini mengaku tidak menemui bukti wujudnya kemasukan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau memberitahu demikian ketika menjawab soalanp eguambela Karpal Singh dalam perbicaraan kes fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah hari ini, lapor TV Selangor.

Dr Khairul Nizam merupakan individu yang bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan ke atas Mohd Saiful yang juga pengadu kes tersebut.

Beliau mengaku tidak mengisi borang pro-forma mengenai bukti fizikal seperti kekoyakan otot serta lebam di bahagian dubur seperti yang biasa dilakukan ketika ujian liwat.

Beliau juga turut mempertahankan bahawa Saiful tidak menyatakan sama ada percubaan meliwat atau percubaan mengadakan seks oral tetapi borang pro-forma menyatakan sebaliknya.

Menurut Khairul konklusi laporan pro-forma hanya dibuat berdasarkan laporan jabatan forensik dan soalan dalam dokumen itui diisi oleh seorang lagi doktor HKL, Dr Siew Shueu Feng.

Dalam keterangannya pada Isnin lalu, Dr Khairul Nizam memberitahu mahkamah bahawa beliau telah mengambil sampel daripada mulut Saiful kerana pemuda itu mendakwa telah dipaksa melakukan seks oral.

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota

Posted: 16 Feb 2011 11:28 AM PST

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota


Sinar Harian 15 Februari 2011

Posted: 16 Feb 2011 02:31 AM PST


Keratan akhbar Sinar Harian Pahang (15 Februari 2011)

DUN Lembah Jaya

Posted: 16 Feb 2011 11:26 AM PST

DUN Lembah Jaya


DUN Lembah Jaya, Parlimen Ampang Rai Majlis Sambutan Maulidur Rasul Surau Ehsaniah, Lembah Jaya Utara

Posted: 15 Feb 2011 05:07 PM PST


12 Rabi'ul Awwal 1432 / 15 Februari 2011, Lembah Jaya Utara - Bersempena ulang tahun kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W., hampir semua masjid dan surau di sekitar DUN Lembah Jaya mengadakan sambutan Maulidur Rasul bagi meluahkan rasa cinta kepada Baginda S.A.W.

Tidak ketinggalan mengadakan program sambutan secara besar-besaran ialah Surau Ehsaniah, Lembah Jaya Utara. Program bermula dengan perarakan dan selawat Nabi pada jam 8:30 pagi dan acara kemuncaknya Ceramah Maulidur Rasul oleh Al-Fadhil Ustaz Mazlan Bin Awang, seorang pendakwah dan guru di Sekolah Islam ILMI, Taman Rasmi Jaya.

Program dirasmikan oleh wakil kepada YB Tuan Hj Khasim iaitu Saudara Khairolbazli Bin Hussin. YB Hj Khasim tidak dapat bersama kerana menghadiri program yang sama di peringkat Negeri Selangor di Shah Alam. Di dalam ucapannya Saudara Khairolbazli menyeru agar institusi masjid dan surau meneruskan usaha mendidik masyarakat dalam mengenali dan mencintai Rasulullah S.A.W. Program sambutan Maulidur Rasul adalah salah satu kaedah terbaik dalam melonjakkan kecintaan kepada Baginda S.A.W.

Turut berucap pada majlis tersebut ialah Encik Isa Bin Saidi yang mewakili Ahli Parlimen Ampang YB Puan Hjh Zuraida Kamaruddin dan Pengerusi Surau Ehsaniah Tuan Hj Zamri Bin Hj Mohamad.

Dari Kiri: Saudara Khairolbazli, Tuan Hj. Samad Sapari (Bendahari), Tuan Hj. Zamri

Kumpulan Kompang yang menyemarakkan suasana dengan lagu-lagu Selawat dan puji-pujian untuk Rasulullah S.A.W.


Bacaan Selawat yang dipimpim oleh saf AJK surau

Para hadirin bangun berdiri menghormati bacaan Selawat


Doa oleh Tuan Imam, Tuan Hj. Jamari Bin Abdullah


Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Encik Nadrah Mak Mak

Pengerusi Surau Tuan Hj. Zamri Bin Hj. Mohamad

Encik Isa Bin Saidi, wakil Ahli Parlimen Ampang

Saudara Khairolbazli Hussin




Gotong Royong JKP MPAJ Zon 14 & Alam Flora

Posted: 15 Feb 2011 04:35 PM PST

PROGRAM GOTONG ROYONG JKP MPAJ ZON 14 & ALAM FLORA

Tarikh: 13 Februari 2011
Hari: Ahad
Masa: 8:30 pagi
Dirasmikan Oleh: YB Tuan Hj Khasim Abdul Aziz
Dengan Kerjasama: JKKK Kg. Ampang Campuran
Kawasan Terlibat: Avenue Ampang & Kg. Ampang Campuran









Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 16 Feb 2011 11:21 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


SINAR HARIAN 15 FEBUARI

Posted: 15 Feb 2011 03:26 PM PST

Usaha menyelamat diteruskan


KAMPUNG GELIGA BARU – Selepas masuk hari ke-11 murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Geliga, Zainal Ikmal dikhuatiri hilang di laut, usaha mencari disambung semula apabila bapa kandung mangsa, Zainal Abidin Amir, 39, tidak puas hati dan mahu usaha mencari difokuskan di sebuah tongkang hanyut yang terdampar dekat pesisir pantai tidak jauh dari pada lokasi anaknya ditarik ombak.

Misi mencari mangsa diteruskan selama dua hari lagi bermula semalam selepas usaha menyelamat secara besar-besaran sebelum ini ditamatkan pada Khamis lalu apabila pasu-kan penyelamat gagal mengesan mangsa sehingga hari ketujuh misi dilancarkan.



Zainal Abidin yang turut menyertai misi mencari dan menyelamat anaknya itu sejak 4 Februari lalu berkata, meskipun usaha sebelum ini turut dilakukan di sekitar tongkang yang memuatkan arang batu itu, tetapi dia masih tidak berpuas hati kerana mahu usaha menyelam dan mencari di kawasan itu dilakukan di segenap sudut.

"Mungkin jasad anak saya tersangkut di bawah tongkang, sebab itu saya rasa tidak puas hati selagi usaha mencari dalam dan di bawah tongkang ini tidak dilakukan di semua sudut.

"Bagaimanapun, jika usaha ini gagal menemui anak saya, saya reda dan terima ketentuan Allah SWT," katanya yang mengetahui insiden malang menimpa Zainal Ikmal kira-kira jam 7 malam pada hari kejadian, sebelum bergegas dari Kuala Lumpur ke Kemaman dan menginap di rumah adiknya di Dungun.

Operasi mencari berkenaan dilakukan oleh polis, bomba dan Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah Tiga selain dibantu Pejabat Khidmat Masyarakat Pas Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai dengan menyediakan bot, kanopi, lampu limpah dan makan serta minum kepada anggota penyelamat.

Sementara itu, operasi menyelam di bawah tongkang berkenaan oleh 10 anggota Unit Skuba Balai Bomba dan Penyelamat Kemaman dimulakan kira-kira jam 8.30 pagi sebelum operasi selaman di dalam tongkang dilakukan sejam kemudian dan setiap blok di dalam tongkang berkenaan turut diperiksa tetapi gagal menemui sebarang objek.

Zainal Abidin yang juga Pegawai Khas kepada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras yang turut berada di atas tongkang menyaksikan usaha menyelam itu berpuas hati dan berterima kasih kepada pasukan penyelamat yang terlibat, termasuk Pengarah Pas DUN Chukai, Hanafiah Mat yang membantu menyediakan kelengkapan pusat gerakan yang dibina di tebing pantai itu, selain turut turun padang sepanjang operasi dijalankan.

Berikutan itu, Zainal Abidin turut berharap semua nelayan sekitar kawasan berkenaan memberi kerjasama agar segera melaporkan kepada pihak berkuasa jika mereka terlihat objek terapung ketika keluar ke laut.

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Posted: 16 Feb 2011 09:38 AM PST

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM


Pilihan Raya Kecil DUN 'Kerdau', Pakatan Rakyat (PAS) Ada Peluang Tetapi Kekuatan BN Jangan Di Nafikan Untuk Terus Mempertahankan Kerusi Itu

Posted: 16 Feb 2011 05:12 AM PST

Pilihanraya Kecil DUN Kerdau dijangka tiba tidak lama lagi. Sesuatu yang tidak dijangka, kerana masing-masing kini tertumpu ke Merlimau sebenarnya. Inilah yang dikatakan takdir. Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Sesungguhnya desas-desus pilihanraya di Kerdau ini sudah lama kedengaran sejak ADUN Kawasan terbabit, Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim sakit dan keluar masuk hospital tahun lalu. Cuma masing-masing tidak menjangka Allah menjemputnya secepat ini, tambahan pula beliau baru saja melangsungkan perkahwinannya. Semalam, krew kami menjengok ke majlis pengkebumian jenazah arwah di Tanah Perkuburan Islam Kg.Paya Taram Kerdau. Tidak ramai pemimpin UMNO BN yang menjejakkan kaki hingga ke tanah perkuburan. Apa yang jelas dapat dilihat masing-masing hanya menunjukkan muka tatkala mendengar kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Apabila PM berangkat pulang maka masing-masing meninggalkan Kerdau dengan kepuasan. Apa yang puas?. Kerana dapat menunjukkan muka kepada pemimpin besar negara itu. Manalah tahu jika berpeluang lagi untuk jadi calon dalam Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Inilah politik namanya. Dapat dilihat, hanya yang berada di tanah perkuburan ketika jenazah dikebumikan ialah Speaker DUN Pahang, Dato' Seri Wan Razali Wan Mahussin dan Exco Pahang Dato' Safri (ADUN Ibam). Mungkin yang lainnya terpaksa balik awal akibat ada urusan penting gamaknya.


Pekan Kerdau mengamit pembangunan, rezeki buat rakyat sebenarnya

Namun, apa yang menarik untuk diperkatakan ialah kawasan ini dilihat masih menjadi kubu kuat UMNO BN. Ini berdasarkan fakta terdapat tiga buah kawasan Felda dalam kawasan DUN Kerdau. Kesemuannya adalah Felda kawasan Jengka (jika tidak silap Jengka 22, Jengka 24 dan Jengka 25). Senario ini sama dengan apa yang berlaku di DUN Tenang baru-baru ini. Undi kawasan Felda telah berjaya memenangkan BN dengan majoriti cukup besar. Kini senario yang sama bakal berlaku di DUN Kerdau. Cuma tinjauan kami ke Pekan Kerdau mendapati ia agak sepi dan daif daripada lain-lain pekan kecil di Pahang. Insfrastrukturnya agak ketinggalan. Mungkin dek kerana lokasinya yang tidak sesuai atau sebaliknya. Agak menarik untuk diperkatakan ialah di simpang masuk ke Kerdau (jalan utama Temerloh-Kuala Krau-Jerantut) kelihatan beberapa buah deretan kedai. Terdapat sebuah sekolah di situ dan beberapa pembinaan lain. Ternyata Kerdau masih ketinggalan dari segi pembangunan sebenarnya.


Markas PAS dilihat begitu strategik dekat pintu masuk ke pekan Kerdau

Biar pun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum menetapkan hari pencalonan dan pengundian, namun kelebihan sebenarnya terletak ditangan Pakatan Rakayt. Ini kerana Markas PAS Kerdau tersergam indah di persimpangan masuk ke pekan itu. Kelihatan bendera PAS dan PKR yang berkibar, seolah-olah menggamit orang ramai yang akan berkampung ke situ tidak lama lagi. Kelihatan pentas PAS yang mengadap jalan utama masuk ke pekan Kerdau. Difahamkan, kawasan itu dibeli daripada orang UMNO. Ia agak strategik kerana terletak bersebelahan dengan sebuah restoran dan beberapa kemudahan lain. Tidak kelihatan markas BN di lokasi terbabit setakat ini. Memandangkan senarionya begitu, maka harapan besar untuk PAS merampas kerusi DUN Kerdau mungkin menjadi kenyataan jika kena caranya. Tambahan pula kemenangan BN dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (2008) lalu hanya sekadar 1,615 undi sahaja.

Pemuda Guchil

Posted: 16 Feb 2011 09:26 AM PST

Pemuda Guchil


Saat Saat Terakhir Rasulullah Yang Memilukan

Posted: 15 Feb 2011 06:04 PM PST

Mesir: Ikhwanul Muslimin Akan Daftar Sebagai Parti Politik

Posted: 15 Feb 2011 06:02 PM PST

UMNO/BN PERALATKAN GURU DI MERLIMAU

Posted: 15 Feb 2011 05:58 PM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 16 Feb 2011 09:21 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


ADUN Port Dickson akan saman MPPD

Posted: 15 Feb 2011 08:38 PM PST

Wednesday February 16, 2011
Assemblyman to sue MPPD over parking summonses

PORT DICKSON: An assemblyman who assumed he could park for free anywhere in the state is fuming over two parking summonses issued to him by the Port Dickson Municipal Council (MPPD).

Port Dickson assemblyman M. Ravi now wants to take the MPPD to court for issuing him two summonses if they do not apologise to him within three days.

Each summons carries a RM100 fine and was issued to Ravi for failing to display parking coupons.

"They (MPPD) have three days to apologise or I will take them to court," he said.

"When they issued me a summons on Jan 27, I thought it was a mistake.

"However, the MPPD issued another one on Feb 9, although I had explained to the officer that being an assemblyman, I was entitled to park for free."

Ravi said the officer then told him that he should have the words "YB Port Dickson" displayed prominently on his vehicle to park for free.

"That was the most ridiculous remark that I have ever heard. I go to Seremban five times a week and as many times to other districts but never encountered such a problem," he said, adding that it was unfortunate that some council officers were not aware of the ruling.

When contacted, several assemblymen said that although they were exempted from having to pay parking charges, this was not mentioned in the state by-laws.

Ravi said he had discussed the matter with his lawyer, who advised him to initiate legal action against the MPPD.

MPPD president Abd Wahab Shamsuddin could not be reached for comment

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2011%2F2%2F16%2Fnation%2F8074721

Anjing liar ganggu penduduk

Posted: 15 Feb 2011 08:38 PM PST


Sinar Harian 16 Feb 2011

REMBAU - Penduduk Taman Sri Rembau, di sini menggesa pihak berkuasa mengatasi segera masalah anjing liar yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Penduduk mendakwa kehadiran sekumpulan anjing liar yang sering berkeliaran di kawasan perumahan itu mengganggu kehidupan mereka.

Yusri Md Isa, 35, berkata, anjing liar itu bukan sahaja berkeliaran di sekeliling kawasan taman perumahan dan rumah lot banglo, malah masuk ke laman rumah untuk mencari makanan.

Menurutnya, malah kasut yang diletakkan di atas rak juga rosak kerana digigit dan digonggong anjing liar itu.

"Anjing ini tidak dapat mencari makanan di kawasan rumah sehinggakan kasut pun menjadi mangsa," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Yusri berkata, bilangan yang banyak menyebabkan anjing itu tidak takut kepada penduduk di sini.

"Mungkin jika satu atau dua ekor, kita boleh menghalau anjing ini tetapi dengan jumlah yang banyak, ia tidak berkesan," katanya.

Dia berkata, kehadiran anjing itu juga mengundang bahaya kepada kanak-kanak.

"Anjing liar ini sangat aktif pada sebelah pagi dan malam tetapi sepanjang pengetahuan saya belum ada penduduk yang digigit haiwan berkenaan," ujarnya.

Katanya, diharap pihak berkenaan dapat menangkap anjing liar itu sebelum berlaku perkara yang tidak diingini.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8760209.asp

Tiada ulasan:

Pengikut