Khamis, 17 Februari 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Salam Perjuangan

Posted: 17 Feb 2011 11:19 PM PST

Salam Perjuangan


PRK KERDAU - DETIK MAKIN HAMPIR

Posted: 17 Feb 2011 06:09 AM PST

PAS KAWASAN KUBANG PASU

Posted: 17 Feb 2011 11:07 PM PST

PAS KAWASAN KUBANG PASU


Ayuh Pemuda, Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS.

Posted: 17 Feb 2011 06:55 PM PST

Oleh nik mohamad abduh

Selamat datang ke Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS. Saya mendoakan kejayaan cemerlang program perdana anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat yang akan berlangsung seharian di Kompleks PAS Kedah pada Sabtu ini, 19 Febuari 2011 bersamaan 16 Rabiul Awwal 1432 Hijriah.

Tahniah saya ucapkan kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah yang menjadi tulang belakang dan penggerak utama program besar ini yang tidak mungkin berjaya kecuali dengan semangat juang yang tinggi yang ditunjukkan oleh anak-anak muda Islam yang mahukan cita-cita agama menjadi realiti dan terlaksana.

Kepada seluruh anak-anak muda yang telah lama bersiap siaga memasang niat dan azam untuk bergerak dari semua arah menuju ke destinasi jihad dan kemenangan, saya ucapkan syabas, tahniah dan doa yang berterusan agar kalian dirahmati Allah dengan kesihatan, keselamatan dan keseronokan menikmati apa yang tidak dinikmati oleh selain para pejuang Islam yang ikhlas untuk ugamanya.

Semua tahu kalian tidak diupah dan dibayar untuk ke sana. Jika kalian dibayar, itu tidak lebih dari sumbangan ikhlas para pejuang lain yang menginginkan seluruh anak-anak muda daripada segenap pelusuk dan aras agar berhimpun seteguhnya di dalam majlis zikruLlah yang agung nanti. Mereka tidak mengharapkan apa-apa selain apa yang kalian juga inginkan; ganjaran besar daripada Allah, tuhan agama Islam yang diredhainya untuk kita umat Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam.

Bergeraklah dengan hati yang murni, tulus dan luhur. Hayatilah setiap detik suasana yang akan terhidang. Lihatlah rakan-rakan pejuang yang ramai. Dengar amanat dan takbir yang meninggikan kalimat suci demi kemenangan ugama dan umat.

Saya begitu teruja untuk bersama dengan kalian anak-anak muda. Semoga saya juga dapat menikmati apa yang Allah sediakan untuk para pencinta ugamaNya di dunia perjuangan ini.

Saya dimaklumkan kesanggupan rasmi kehadiran seluruh anak muda seluruh negara direkodkan telah mencecah lebih 20 ribu orang. Antara yang melebihi atau menghampiri seribu orang setiap negeri. Ini pastinya didahului negeri Kedah yang menjangkakan kehadiran mencecah 1000 orang setiap kawasan!! Nah, itu tidak lagi dikira warga pejuang tua dan anak muda sukarela yang tidak direkodkan!!

Dan jangan lupa kesanggupan para pejuang muslimat yang turut sama menyahut panggilan jihad menuju perhimpunan besar ini. Adakah anda sangsi dengan rekod berani dan istiqamah para muslimat PAS? Jika begitu, anda belum mengenal mereka dengan sebenar-benarnya.

Inilah perhimpunan kesatuan umat di atas tali Allah. Penghiasnya
adalah anak-anak muda yang hangat sekali semangat perjuangan
mereka. Semoga roh jihad yang sentiasa ditiup oleh para ulama dan para pejuang yang istiqamah akan melangsaikan segala tanggung jawab dan kewajiban yang tertangguh dek kealpaan dan kelalaian masa lalu.

Ayuhlah, rakan-rakan. Bergeraklah ke medan juang. Kita bina negara dengan reka bentuk nabi kita, ikutan kita sepanjang zaman. Allahu Akbar!!

http://nikabduh.wordpress.com/

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 17 Feb 2011 07:21 PM PST

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


TG Nik Aziz VS Che Det

Posted: 17 Feb 2011 05:45 AM PST


Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua.

Heboh sejak akhir-akhir ini pertelagahan antara dua pemimpin dan bekas pemimpin ini semakin menjadi-jadi. Ianya menjadi lebih kacau apabila diapi-apikan oleh akhbar Melayu yang tidak bertanggungjawab. Apakah faedah dari pertelagahan ini semua. Apakah yang akhbar harian ini dapat dengan mengadudombakan orang Melayu dan pemimpin-pemimpinnya?

Orang UmNo suka menuduh ikut sedap mulut terhadap PAS. Begitu juga hujah Che Det dalam blognya. Mereka ini bercakap seperti mereka sahaja tahu dan orang lain bodoh-bodoh belaka. Hujah Che Det lebih banyak mengikut perasaan dari mengikut fakta. Mungkin ada sedikit sebanyak hujah yang disampaikan...namun dengan menyembunyikan sebahagian lagi fakta yang penting tidak menjadikannya nampak ikhlas.... bahkan ianya lebih menyerlahkan kejahilannya.

Bila agaknya kita boleh melihat pemimpin-pemimpin Melayu ini duduk semeja dan membincangkan masalah yang membelenggu seluruh masyarakat kita. Dan seluruh rakyat melihat hujan dan buah fikiran mereka melalui hujah atau debat. Namun ianya tinggal impian dan harapan. Pelbagai perancangan dan perbincangan pernah dilakukan namun akhirnya UmNo selalu tarik diri atau memberi pelbagai alasan yang akhirnya ianya tidak menjadi kenyataan.

UmNo selalu mengecam perjuangan dan pendirian PAS dalam pelbagai perkara terutamanya berhubung dengan Islam. Namun sehingga kini UmNo masih gagal mengutarakan Islam apakah yang diperjuangkannya. Cuba kita cermin Islam dengan UmNo.... sejauh mana Islam dan UmNo itu sepadan.... Cuba kita lihat Wanita UmNo dan Puteri UmNo.

Kemanakah akhirnya pertelingkahan ini?

PAS akan terus berjuang untuk memertabatkan Islam dalam muka bumi ini walaupun UmNo menyerang tanpa henti melalui Tv, radio dan akhbar harian mereka. PAS akan meneruskan perjuangan ini walaupun tinggal seorang diri.

Bukan bangsa atau kelompok atau puak yang diperjuangkan. Tetapi Islam itu yang lebih utama. Politik boleh datang dan pergi, pemimpin boleh datang dan pergi tetapi Islam kekal hingga akhirat. Sebab itulah sekiranya UmNo itu membuang dasar kebangsaannya dan menggantikan dengan Al-Quraan, Hadith, Ijma' dan Qias maka perjuangan PAS tidak lagi relevant... itulah janji TG Nik Aziz.

PAS LENGGONG

Posted: 17 Feb 2011 07:20 PM PST

PAS LENGGONG


Nasib seorang yang digulingkan.

Posted: 17 Feb 2011 04:20 PM PST

A Shukur: Mubarak trauma lepas digulingkan
Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com

Ramai orang ingin mengetahui nasib bekas diktator Mesir, Hosni Mubarak yang telah digulingkan baru-baru ini yang bermula dari laman sosial, facebook dan twitter.

Menurut berita-berita dari on-line di Eropah dan di Asia Barat sendiri bahawa Hosni Mubarak kini masih di Sham el-Sheikh, sebuah bandar peranginan di Laut Merah, Semenanjung Sinai. Keadaan kesihatannya sangat merosot dan kini dijaga rapi oleh para doktornya dengan kawalan ketat oleh tentera elite di kediamannya itu.

Diberitakan bahawa beliau masih trauma dengan peristiwa kejatuhannya di mana berjuta-juta orang berdemonstrasi di pelbagai tempat di Mesir. Dikatakan dalam keadaan sekarang bila-bila masa saja beliau boleh diterbangkan keluar negeri sama ada ke Israel, negara Arab atau ke Eropah untuk rawatan.

Tetapi nampaknya bukan ke Amerika kerana Amerika dikatakan 'tidak mengalu-ngalukannya'. Namun, khabarnya, Mubarak mahu mati di tanah airnya sendiri.

Mubarak diterbangkan ke bandar peranginan itu bersama keluarganya setelah menyampaikan ucapan terakhirnya, di mana ia menyerahkan
kekuasaan eksekutif kepada mantan Wakil Presiden Omar Suleiman dan kini kuasa itu diambil alih oleh Majlis Tentera.

Belum pasti sama ada beliau akan menjalani rawatan di rumah sakit atau hanya dirawat di rumahnya di Sharm al-Sheikh itu.

Sumber menyatakan bahwa Mubarak telah pengsan dua kali sebelum merakamkan ucapan terakhirnya, yang disiarkan di seluruh negara.

Diberitakan, telah terjadi ketegangan di Istana Presiden sebelum Mubarak menyampaikan ucapan perletakan jawatannya. Menurut sumber on-line lagi, sepatutnya Mubarak berundur beberapa hari sebelum itu. Tetapi baru kemudian dia meletakkan jawatan.

Orang yang paling bertanggungjawab terhadap penangguhan beberapa hari Mubarak dari berhenti itu ialah Gamal Mubarak, anak kedua Mubarak.

Tentera sebenarnya sudah menyiapkan ucapan perletakan jawatan Mubarak dan beliau tinggal membacakannya. Tetapi beberapa jam sebelum pengumuman itu disiarkan di TV pukul 11 malam Jumaat waktu Mesir, Gamal mengubah isi ucapan ayahandanya beberapa kali.

Di istana itu selain Mubarak dan Gamal, ada pula Omar Suleiman, Menteri Penerangan, Anas al-Fiqqi, beberapa pegawai tinggi dan Alaa Mubarak, abang Gamal.

Di Mesir Al Akhbar melaporkan, sebelum 'mengubah' isi ucapan ayahnya, Gamal terlebih dulu bertengkar dengan Alaa. Pertengkaran keduanya begitu keras sehingga hampir setiap orang di dalam istana mendengarnya. Beberapa pegawai tinggi bahkan ikut campur menenangkan keduanya.

Dalam bertengkaran itu, Alaa menyalahkan Gamal yang katanya telah mendorong negara ke dalam kancah rasuah dengan membantu rakan- rakan terdekatnya masuk ke pusaran kekuasaan.

"Kamu bukan membantu ayah supaya tetap dihormati hingga akhir hidupnya, tetapi kamu memusnahkannya," kata Alla. Bagaimanapun akhirnya Mubarak menyampaikan ucapan perletakan jawatannya.

Campur tangan Gamal di saat-saat terakhir itu tidak diketahui oleh Rumah Putih, Amerika yang beberapa jam sebelumnya sangat yakin Mubarak akan meletakkan jawatan malam itu.

Pengarah CIA, Leon Panetta bahkan memastikan Mubarak akan berhenti segera. Presiden Barack Obama memberitahu mahasiswa di Michigan bahwa "kita akan menyaksikan sejarah baru di Mesir hari ini."

Tapi beberapa jam setelah itu Obama mendengar pernyataan yang simpang siur dari Kaherah.

Langkah Mubarak untuk meletakkan jawatan malam Jumaat itu telah menyebabkan Hussein Badrawi, Setiausaha Agung Partai Demokratik Nasional, partai yang memerintah, memutuskan berhenti segera.

Dialah orang pertama yang membocorkan berita Mubarak akan berhenti malam itu. Badrawi hairan kerana ia hanya tahu beberapa jam sebelum Mubarak telah memenuhi desakan tentera agar meletakkan jabatan. Menteri Penerangan juga turut berhenti.

Sementara itu, setelah beberapa waktu lalu Ikhwan Mesir menyatakan bahwa mereka tidak akan mendirikan atau menjadi partai politik, namun berita terbaru tidak begitu jadinya.

Ikhwanul Muslimin menyatakan pada hari Isnin lalu bahawa mereka akan membentuk kelompoknya sebagai partai politik setelah perlembagaan Mesir dipinda yang membolehkannya menjadi parti politik dan bertanding.

Dalam sebuah kenyataannya, Ikhwanul Muslimin menyatakan keyakinannya bahwa Dewan Tertinggi Angkatan Tentera Mesir akan menghormati semua janji-janjinya yang dinyatakan dalam lima pernyataannya minggu lalu.

Ikhwan meminta pihak tentera mengumumkan jadual untuk meminda perlembagaan dan mengadakan pilihan raya umum baru yang bebas, disusul oleh pemilihan presiden baru. Ikhwan juga menuntut supaya dibebaskan semua tahanan politik.

Ikhwanul Muslimin, diharamkan sejak tahun 1954 hingga zaman Hosni Mubarak. Ketika demonstrasi besar-besaran di Mesir baru-baru ini Ikhwan mengambil bahagian penting dan orang-orangnya menyediakan para doktor dan makanan serta pakaian untuk para penunjuk perasaan.

Nik Aziz - Dr. Mahathir Gagal

Posted: 16 Feb 2011 09:27 PM PST

Difowardkan kerana media Tok Guru yang terbatas.
Nik Aziz: Allah Maha Besar, bukan Melayu, Cina, India

Penganjuran simposium bertemakan dilema Melayu pada Sabtu lalu yang ucap utamanya disampaikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengundang kritikan keras daripada seteru lamanya, mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut menteri besar Kelantan itu, isu dilema Melayu atau dilema mana-mana kaum tidak timbul apabila persoalan bangsa dan perjuangan kaum itu berteraskan ajaran Islam.

"Apa yang penting diamalkan ialah kita semua menjadi hamba abdi kepada Allah SWT.

"Sebagaimana seruan azan memanggil solat, disebutkan "Allahu Akbar", maka yang Maha Besar ialah Allah bukannya Melayu atau Cina atau India," kata Nik Abdul Aziz (kiri).


Menurutnya lagi, dalam bacaan tahyat dan salam ketika solat juga terangkum maksud memuliakan Nabi Ibrahim, Nabi Muhammad serta ucapan selamat kepada seluruh bangsa di dunia ini.

Dalam simposium di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) lalu, Dr Mahathir antaranya dilaporkan berkata, orang Melayu kini berhadapan dengan dilema besar apabila tidak lagi boleh berkata tentang bangsa sendiri kerana akan dilabelkan sebagai rasis.

Katanya, dilema ini bukan disebabkan oleh orang lain tetapi orang Melayu sendiri kerana mereka tidak mampu untuk mempertahankan diri sendiri dan sentiasa mengalah serta mengundur diri apabila berlaku sesuatu krisis.

Sambil menggesa Dasar Ekonomi Baru (DEB) diteruskan, Dr Mahathir dilaporkan berkata jika orang Melayu bijak menggunakan peluang yang diwujudkan, mereka akan mendapat lebih 30 peratus kekayaan negara.

"Maknanya bila diutamakan kepentingan orang Melayu, sudah tentu orang Cina dan India akan berdendam, kerana inginkan kepentingan yang sama," kata Nik Aziz.

Sementara itu, mengulas tentang DEB, pemimpin popular PAS itu berkata mendakwa "kegagalan" dasar itu sudah tercatat dalam sejarah dan menyebabkan bumiputera tidak ke mana.

"Kenapaa gagal? Dr Mahathir selaku perdana menteri masa itu ada jawapan sebenar. Habis kenapa Dr Mahathir sembunyi punca?" soal Nik Aziz.

Antara kalimat dalam sumpah itu

Posted: 16 Feb 2011 09:26 PM PST

WALLAHI
WATALLAHI
WABILLAHI



SUK: Khusrin angkat sumpah simpan rahsia hari ini

SHAH ALAM, 16 Feb — Datuk Mohd Khusrin Munawi mengangkat sumpah simpan rahsia selaku Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, enam minggu selepas dilantik ke jawatan itu dan di sebalik krisis berhubung pelantikannya.

"Datuk Mohd Khusrin Munawi mengangkat sumpah simpan rahsia hari ini... di depan saya dan anggota Exco Kerajaan Negeri yang lain," kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim kepada pemberita di sini hari ini.

Khalid mengesahkan bahawa Mohd Khusrin berbuat demikian di hadapan beliau kira-kira 1.30 tengah hari ini

Wajib Baca!! Kisah Ustaz Kazim

Posted: 16 Feb 2011 09:23 PM PST

Dalam isu doa dulu di TV dia menamakan dirinya KAZAM.

5:30 AM with 13 ulasan » https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEil0atTQfC9gRPpCDRghtQ5Txeui79O0KHcmLxZSvdEihEncpd5yLB5TGXZroQ-DkDBDjP4V4aXGHVoUfsm0rb5wEZZmldYhQzVHmt6Mkys2AN1xmD91meH2c5NFhAiaKWCubxKQonI_zl0/s1600/ustaz+kazim.jpg

Saya menerima maklum balas tentang Ustaz Kazim di posting sebelum ini (
klik sini) Ada seorang memberi komen tentang Ustaz Kazim ini. Dan merasakan orang lain perlu mengetahui tentang cerita ini. Memang ramai yang tidak berpuas hati dengan beliau. Banyak masjid masjid, surau-surau dan tempat pengajian menamatkan khidmatnya dan tidak memanggilnya berceramah.. Ramai sudah tahu siapa beliau.

mari kita baca komen ini..

Assalamualaikum...
Saya dh lama ikut ceramah ustaz kazim ni..kekadang terasa juga bila dia lebihkan soal melayu dari bicara tentang islam dlm ceramahnya..

Tapi baru baru ni..setelah ada 2-3 surau menamatkan khidmatnya..beliau seolah-olah sangat tidak berpuas hati..disana sini ceramah beliau mesti dimasukkan rasa tidak puas hati beliau kerana ditamatkan khidmatnya..ahli politik dan ajk surau diperkatakan guna kuasa dan tentang ajaran Allah..saya jadi pelik..kenapa begini ustaz yg saya puji dahulu bertukar perwatakannya sekarang..bukan kah menuduh AJK surau menggunakan kuasa utk menamatkan khidmat beliau itu juga berunsur fitnah??menuduh org lain tentang ajaran allah itu juga fitnah jika tidak terbukti??dahulu beliau marah jika org lain menabur fitnah...

Apakah beliau rasa hanya beliau saja kah yg layak untuk memberi kuliah diMalaysia ini...sepengetahuan saya..khidmat beliau ditamatkan dan khidmat ustaz lain pula digunakan untuk menyambung kuliah beliau..jadi..saya rasa, kuliah agama islam ini tidak terhenti...memberi pelajaran tentang AGAMA ISLAM tidak akan terhenti..mereka BEBAS dan BERHAK utk memilih siapa saja ahli agama yg mereka rasa sesuai utk memberi kuliah kepada mereka...ramai lagi ustaz-ustaz yg berkelayakan selain dari beliau..


Didalam kuliah beliau selalu menegur supaya kita redha dgn apa yg Allah beri..kalau tidak redha maka kita tolak hukum Allah..tolak rukun iman..dia kata orang yg redha akan disayangi Allah..tinggi peluang utk ke syurga..

Tapi bila terkena pada beliau..lain pula jadinya..apakah benar beliau ini punya agenda lain dlm kuliah beliau??

katanya beliau bukan ahli politik..
kalau bukan politik..maka tujuan kuliah adalah tentang agama..kami ni kurang agama..ingin tambah ilmu agama..bukan ilmu sejarah melayu..kalau nk cerita tentang melayu..naiklah pentas politik..bukan di KULIAH AGAMA..lupakah beliau ada pendengar ceramah beliau bukan saja dari keturunan melayu..cina muslim..india muslim..islam tidak akan bersatu kerana melayu...islam cuma akan bersatu jika semua umat islam bersatu...

Bila kita yakin pada Allah dan agamanya..bila semua umat bersatu kerana allah dan agamanya..maka itu lebih kuat dari ketuanan melayu..apakah beliau tidak tahu perkara ini??apakah mesti disebutkan melayu mesti bersatu baru islam itu bersatu??

Ya Allah ya tuhan kami..kami mohon agar kamu beri petunjuk kepada kami dan beliau...kerana kami masih lagi memerlukan khidmat beliau..yg baik kami ambil dan laksanakan..yg kurang kami tinggalkan..kami mahukan islam..bukan melayu..bantulah kami Ya Allah....

harap beliau atau sesapa saja orang2 beliau baca komen ni..tk tau nk komen kt mana tentang beliau ni..Wallahu alam..

Takziah kepada Hj Mohammad Sabu

Posted: 16 Feb 2011 09:14 PM PST

Ibu Mohamad Sabu meninggal dunia
Mohd Sabri Said
TASEK GELUGOR, 17 Feb: Ibu kepada AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu, Halijah Mat, 91, meninggal dunia pada jam 1.30 pagi tadi di kediamannya di Kampung Guar Petai, Tasek Gelugor, Seberang Perai.

Menurut Mohamad, ibunya meninggal kerana sakit tua dan pernah diserang angin ahmar sebanyak tiga kali sebelum ini.

Kali terakhir serangan angin ahmar ialah pada minggu lalu dan dimasukkan ke hospital swasta di Bukit Mertajam.

Allahyarhamuha meninggalkan tujuh orang anak iaitu Fatimah, Abdullah, Zainab, Sofiah, Mohamad, Kasim dan Zaleha.

Jenazahnya akan disembahyangkan di Masjid Padang Menora dan dikebumikan selepas Zohor nanti di Tanah Perkuburan Islam di tempat yang sama.

Sementara itu Yang Dipertua PAS Tasek Gelugor, Ustaz Khalid Man ketika dihubungi berharap Haji Mohamad dan keluarganya bersabar terhadap dugaan yang diterimanya.

Semoga rohnya tambah beliau, senantiasa dilimpahi rahmat dan diletakan bersama orang-orang yang beriman.

Antara dua watak

Posted: 16 Feb 2011 08:55 PM PST


Mahathir bekas PM meneruskan kata-kata kejinya terhadap Tok Guru. Kata-kata tersebut ditulis dalam blognya dan disiarkan pula oleh utusan dan akhbar lain. tak cukup dengan itu berita tv juga menyiarkan cemuhan mahathir terhadap tok guru. Sekurang-kurangnya cemuhan mahathir terhadap Tok Guru di semburkan oleh 3 media. Bagaimana pula kalau di antarabangsa kalau wikileak pun sambung juga maka benang yang basah pastinya boleh ditegakkan.
Tok Guru hanya ada dua media sahaja itupun tersembunyi. iaitu media elektronik dan cetak media cetak hanya terhad kepada harakah. Namun mulianya hati Tok Guru beliau terus mendoakan semoga mahathir yang dah lanjut umur itu mendapat hidayah. Dan Tok Guru menjawab segala tohmahan itu dengan fakta dan nas. Beranikah mahathir berhujah dengan Tok Guru serta membawa nas-nas ?
Kalau mahathir juga orang yang baik akhlaknya pastinya dia akan berhujjahdengan tok guru berpandukan nas. Tetapi kalau sekadar membawa loyar buruk nyatalah bahawa mahathir itu dalam kepalanya ialah hujjah jahiliah. dan sememangnya dia dari puak jahiliah. Kembalilah kepada islam hei mahathir.

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 17 Feb 2011 07:08 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


Simpan Data Mudah Alih

Posted: 17 Feb 2011 01:38 AM PST

SELAIN menyimpan data dalam pemacu simpanan data mudah alih (USB Pen Drive), apakah lagi fungsi lain yang boleh dilakukan?

*Puan N, Australia

PADA hari ini USB Pen Drive atau Cakera Flash USB mengambil alih peranan disket yang suatu ketika dahulu digunakan sebagai tempat simpanan data luaran yang mudah di bawa ke mana-mana.

Malah, ia mempunyai kapasiti yang lebih tinggi daripada disket dan bentuk fizikalnya juga lebih kecil dan ringan berbanding disket.

Dalam dunia teknologi maklumat hari ini, ia merupakan alat yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita sama ada untuk pekerjaan atau sebagainya.

Malah dengan rupa bentuk yang pelbagai dan menarik, ia dijadikan sebagai sebahagian fesyen kepada seseorang.

Apa yang lebih menarik ialah peranan Cakera Flash USB ini bukan sahaja untuk penyimpanan data semata-mata tetapi terdapat kegunaan-kegunaan yang lain.

Antaranya adalah seperti berikut:-

* Ia boleh digunakan untuk melarikan program-program komputer secara terus daripadanya seperti OpenOffice, Mozilla Firefox dan lain-lain.

Program-program komputer ini boleh dipilih oleh anda untuk memasangkannya kepada Cakera Flash USB tersebut.

Sila lawati laman web PortableApps.com untuk mengetahui faedah ini.

* Sekiranya anda mahu Cakera Flash USB ini berfungsi lebih daripada melarikan program-program komputer, maka ia perlu berupaya melarikan sistem pengoperasian.

ini boleh dilakukan sama ada anda mahu larikan sistem pengoperasian Windows atau Linux.

Konfigurasinya agak rumit tapi anda boleh dapati manualnya di Internet.

* Cakera Flash USB juga boleh dijadikan alat untuk sambungan tanpa wayar dengan menggunakan fungsi konfigurasi sambungan tanpa wayar yang ada dalam Windows dan menyimpan salinan konfiguasi sambungan wayar itu ke dalamnya.

* Ia juga boleh digunakan untuk dijadikan sebagai alat mereset kata laluan bagi Windows.

sumber : utusan.com

PAS Kawasan Miri

Posted: 17 Feb 2011 07:04 PM PST

PAS Kawasan Miri


Wang Peruntukan Hilang?

Posted: 17 Feb 2011 02:39 PM PST

'KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN' KEMANAKAH WANG ITU PERGI?
Thursday, February 17th, 2011 GMT This post is also available in: English, - Petikan Dari Sarawak Report

Ketika Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud dan kroni-kroni pembalakannya memanipulasi tanah-tanah NCR milik masyarakat rumah panjang dan kampung, mereka juga menaburkan janji-janji yang sama. Mereka menjanjikan 'kemajuan dan pembangunan'. Kebanyakan orang tempatan tidak mendapat apa-apa dari pokok-pokok yang ditebang dan juga dari tanah-tanah NCR yang telah diasingkan dari kawasan yang telah dibuka oleh nenek-moyang mereka. Bagi mereka yang menerima pampasan beberapa ringgit, mereka hanya boleh membeli beras sekilo-dua sahaja. Namun, mereka diberitahu bahawa Taib akan memperbaiki hidup mereka dengan memberikan segala kemudahan yang harus ada di zaman moden ini seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik 24-jam, jalan-jalan raya yang baik dan berturap, sekolah yang kondusif untuk anak-anak mereka, hospital dan klinik yang dikendalikan oleh para pakar, peluang-peluang yang luas untuk melanjutkan pengajian dan juga peluang untuk mendapatkan pekerjaan.

Namun, setelah 30 tahun, apakah yang dapat kita lihat dan nikmati? Apa yang kita tahu adalah Taib dan rakan-rakan penyangak pembalakannya telah menebang sebanyak satu setengah juta hektar hutan kayu keras tropika bernilai berbilion-bilion dollar US di Sarawak. Mahkamah-mahkamah di Malaysia pula sedang membantu orang-orang tempatan ini mendapat kembali tanah-tanah NCR mereka. Tetapi orang-orang tempatan ini masih hidup serba kekurangan dan daif. Orang-orang tempatan ini tiada lagi hutan untuk membekalkan buah-buahan, makanan dan haiwan-haiwan buruan untuk membolehkan mereka menjalani hidup berterusan, dan sungai-sungai mereka yang jernih dan indah pula telah dirosakkan dan dicemari. Ikan-ikan sungai banyak yang mati dan hampir pupus, dan air sungai pula tidak lagi selamat untuk diminum dan memasak makanan ataupun kerja-kerja mencuci dan pembersihan. Pengangkutan melalui sungai tidak lagi selamat kerana dipenuhi oleh rumpair yang hidup subur oleh baja-baja dari kawasan-kawasan perladangan. Sementara itu, pendatang-pendatang dari negera-negara jiran pula dibawa masuk untuk bekerja di ladang-ladang kerana sanggup diupah dengan murah, mana kala kaum lelaki orang-orang tempatan yang tidak berpeluang bekerja hanya duduk sepanjang hari dan ramai yang terlibat dalam kegiatan pengambilan alcohol yang tidak terkawal, yang mudah didapati dari kedai-kedai dengan tiada sekatan undang-undang kerajaan pimpinan Taib Mahmud.

Sarawak merupakan negeri yang terkaya di Malaysia dengan bilangan penduduknya yang kecil, dan penduduknya juga adalah di antara yang termiskin di negara yang telah merdeka selama lebih 40 tahun. 30 tahun dipimpin oleh Taib, Sarawak masih lagi tidak mempunyai akses jalan yang baik, tiada bekalan air bersih, tiada bekalan elektrik 24 jam untuk semua penghuni rumah panjang dan perkampungan. Anak-anak mereka yang baru berusia 7 tahun dipaksa berdikari dengan menghuni asrama di sekolah-sekolah yang berada jauh dari kediaman mereka – ada di antara kanak-kanak itu diperkosa oleh para pembalak dalam perjalanan mereka ke sekolah. Kemudahan kesihatan dan perubatan di negeri Sarawak juga sukar diperolehi atau dikunjungi oleh rakyatnya, seperti yang telah kami dedahkan dahulu. Kadar kematian di kalangan kaum ibu semasa bersalin adalah 3 kali ganda dari kalangan ibu-ibu di negeri-negeri lain di Malaysia, dan 10 kali ganda berbanding dengan di UK dan Australia. Ke manakah pergi semua wang itu? Siapakah sebenarnya yang menikmati kemajuan dan pembangunan? Ketika Taib Mahmud akan meraikan ulangtahun ke-30 sebagai Ketua Menteri, kami mengambil keputusan untuk menerbitkan beberapa gambar dan imej yang telah dihantar oleh pembaca-pembaca setia kepada Sarawak Report. Taib bersaudara terdiri dari 10 orang , dan beliau mempunyai 4 orang anak dan ramai lagi ahli keluarga yang lainnya yang turut mendiami rumah-rumah mewah seperti beliau.
Keluarga-keluarga para kroni politik dan perniagaannya pula, di mana gambar-gambar rumah mewah mereka juga kami terbitkan di sini, adalah golongan individu yang paling bertuah yang telah menerima dan menikmati hidup hasil dari pemberian tanah-tanah NCR yang diasingkan dari NCR orang-orang asal, oleh Taib Mahmud sebagai ketua Menteri, juga selaku Menteri Sumber dan Perancangan, juga selaku Pengerusi Perbadanan Pembangunan Industri Perkayuan Sarawak (STIDC), juga selaku Pengerusi LCDA, dan jawatan-jawatan utama yang lain yang memberikan beliau segala kuasa ke atas Kerajaan Sarawak dan sumber-sumber asli negeri ini.

'Progress and Development' Where Did The Money Go?
Thursday, February 17th, 2011 GMT -
Next Taib's house and second house House of someone who missed out on 'wealth and development' Daughter Jamilah's Kuching House House of another 'shirker'? Taib brother Ali Mahmud's house - DUN Assemblyman for Muara Tuang No palm oil concessions for these natives clearly! Narodeen Majais, Assistant Minister in Chief Minister's Department's house. A recipient of thousands of hectares of alienated lands Less grand.... YB Hamden's house - Sarawak Plantations Manager, Assemblyman Belawi No eagles to guard the gates? Taib's brother Tufail Mahmud's house, 27 bedrooms..... One room... Taib's sister Zainab's beach house... as opposed to her town house Poor person house, no gates YB Daud's house - Assemblyman for Tupong, Kuching A bit broken down - do we detect some broken promises as well from Taib's BN government? Sister Raziah's beach house... as opposed to town house .. or luxury jungle resort hotel.. Daughter Hanifah's beach house... as opposed to her other town house... Ordinary Sarawakian house Through the key hole - Hanifah's informal style appropriate for a beach house... Zainab's walled compound to keep out hungry or curious outsiders Deputy Chief Minister Alfred Jabu's Kuching house - the older wing - has been the recipient of numerous native lands Jabu's Kuching house - from the new side! A poor person's house - the east and west wings are included in same photo... Taib brother Ibrahim Mahmud house - fruits of a career as a policeman? Poor person's house... Sister Raziah - another house.... daughter in foreground Collapsed poor house..... Taib brother Arip Mahmud's family house Taib's house with optional water transport Chris Chung, business partner with Taib's son Mahmud Taib (beneficiary of native lands) and his two brothers' houses - three mansions in a row New top Taib favourite Awang Tengah is starting to build his house. He is 2nd Minister for Resource Planning Perhaps this person is not related to Taib Mahmud? Or maybe they are not a crony who is in Parliament and received native lands? Taib's garden accomodation - separate from main house... Brother in law, State Secretary Aziz Hussein and Taib sister Fredeham's house Unimportant person's house. No one related to the Chief Minister. Deputy Chief Minister, George Chan's house... golf course next door! Asfia's house - he is the Speaker of the DUN State Parliament This post is also available in: Iban, Malay

When Sarawak's Chief Minister, Taib Mahmud and his logging cronies strong-arm the longhouse communities out of their Native Customary Lands they always promise the same thing. They promise the people 'progress and development'. Most of the local people have received nothing for their valuable wood and lands. Those who did get some compensation received just a few ringgit to buy some rice. However, in return they were told that Taib would transform their lives and bring them into the modern world with roads and running water and electricity, schools, hospitals, further education and jobs as well, so they could afford modern lifestyles. However, 30 years on, what do we see? We all know that Taib and the logging gangs have cut down one and a half million square kilometers of valuable hardwood jungle worth billions and billions of US dollars in Sarawak. Malaysia's courts have ruled time and again that these were rightfully the Native Customary Rights territories of the local communities. Yet these people are now poorer than ever. They no longer have their forests with fruits and animals to sustain them and their wonderful rivers have been destroyed. The fish have died and the water is polluted and unsafe to drink or wash in. River transport has been made dangerous by clogging weeds, which have grown because of the fertiliser from the oil palm plantations. The waters are brown with the earth that is being washed away now that the trees have gone. Meanwhile, it is immigrants who have been brought in to work on the plantations, while the local men get drunk on the virtually free rice wine that has been promoted by Taib. Sarawak is Malaysia's richest state with a tiny population, yet it has some of the country's poorest people. 30 years on there are still no proper roads, no running water, no electricity for so many of the longhouse communities. Their children have to be sent away aged 7 to boarding schools because there are no local teachers – many as we know have been raped on their journeys by loggers. There are scarcely no medical facilities for these communities where, as we have exposed, the deathrates among women in childbirth are 3 times as high as the rest of Malaysia and 10 times as high as in the UK or Australia.

So where did all that money go? Who has enjoyed all that progress and development? As Taib Mahmud looks forward next month to the 30th anniversary of his position as Chief Minister, we have decided to publish some of the pictures which have been sent in by readers to Sarawak Report. Taib of course has 10 siblings and 4 children and numerous family members, who all like to live in the same grand style as the small selection of homes that we have featured in this photo-gallery. All the fortunate wealthy family members and political and business cronies, whose homes we have featured, have been the recipients of generous handouts of 'alienated' Native Customary Rights Lands or State Lands, by Taib Mahmud personally in his joint multiple capacities as Chief Minister, Minister for Resources and Planning, Chairman of the Sarawak Timber Industry Development Corporation, Chairman of the Land Custody and Development Authority and all the numerous other key positions that give him total control over Sarawak's government and resources.

PS: Kemana perginya wang peruntukan pembangunan yang bernilai berbilion-bilion ringgit untuk rakyat? Adakah wang tersebut digunakan hanya untuk projek rakyat atau digunakan oleh kroni-kroni BN? Pemimpin BN kena jawab persoalan tersebut. Jadi sebagai rakyat kita berhak mengetahui kemana perginya peruntukan untuk rakyat tersebut. Untuk mengetahui kita perlu pakat-pakat menyokong dan menumbangkan kerajaan BN yang korup dan telah menyalahgunakan wang rakyat. Bah sokonglah PAS dan PAKATAN Rakyat demi kesejahteraan rakyat. InsyAllah pasti ada perubahan.

SURAT TERBUKA KEPADA TIMBALAN PERDANA MENTERI TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

Posted: 17 Feb 2011 03:25 AM PST

Jangan bebankan Rakyat
MIRI 17 Februari 2011 - Mutakhir ini, bandaraya Miri sering dikunjungi dengan lawatan rasmi menteri-menteri Kabinet dan baru-baru ini Perdana Menteri hadir ke Majlis Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri yang merangkap Menteri Pelajaran hari ini akan ke pedalaman daerah Limbang menghadiri majlis pengiktirafan salah sebuah sekolah cemerlang, SK Ulu Lubai (syabas dan tahniah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort II).

Dasar Pendidikan Negara Bantu Ringankan Beban Ibubapa
Memang diakui sudah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak-anak memperoleh yang terbaik terutama dalam pendidikan. Ibubapa terutama yang mempunyai ramai anak perlu bijak berbelanja agar mereka tidak dibebani kos perbelanjaan persekolahan anak. Ada juga pihak yang berpendapat bahawa beban dipikul ibubapa oleh kos persekolahan anak-anak disebabkan ibubapa tidak bijak membuat perancangan.
Tetapi dasar kerajaan terhadap pendidikan negara juga memainkan peranan yang penting untuk memastikan lahirnya modal insan berilmu tinggi yang bakal menerajui kepimpinan negara. Dasar inilah yang sepatutnya membantu ibubapa di negara ini dalam menanggung beban pendidikan anak-anak mereka.

Saban tahun rakyat disajikan dengan bajet dan peruntukkan dalam Rancangan Malaysia (RMK) khususnya sumbangan tenaga pengajar iaitu guru dengan imbuhan demi imbuhan baik yang bertugas di kawasan bandar atau pedalaman. Ianya tidak dinafikan dan guru berhak mendapatkannya. Namun berjuta dan berbilion juga peruntukkan serta perbelanjaan oleh kerajaan samaada dalam soal bantuan makanan dan sokongan lain seperti pakaian dan buku teks, tetapi setiap kali sesi persekolahan bermula, ibubapa masih juga dibebankan dengan bayaran tambahan dari pihak sekolah.

Mansuh Bayaran Tambahan
Setiap kali sesi persekolahan bermula, kedengaran rintihan ibubapa mengenai bayaran tambahan yang dikenakan pihak sekolah samada ianya telah ditetapkan dalam mesyuarat PIBG sesebuah sekolah atau adakah mengikut garis panduan perkeliling Kementerian Pelajaran atau tidak, ternyata kos bayaran tambahan ini membebankan ibubapa.

Ketika masyarakat kini sedang berhadapan dengan siri kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan asas, ditambah lagi dengan yuran tambahan yang tinggi dikenakan pada awal sesi persekolahan anak-anak ada kemungkinan ibubapa yang berpendapatan rendah khususnya di pedalaman Sarawak mempunyai masalah kewangan dan tidak mustahil ada yang menanggung hutang.

Secara puratanya, ibubapa akan menyediakan perbelanjaan untuk seorang anak berjumlah RM200.00 ke RM300.00 bagi menyediakan pakaian sekolah, daftar yuran, buku-buku dan peralatan lain. Setelah masuk beberapa minggu persekolahan, ibubapa menerima lagi surat menuntut pembayaran tambahan yang umum faham sesebuah sekolah perlu sedikit sumbangan ibubapa untuk menambahbaik lagi pembelajaran di sekolah. Apa yang dikhuatiri ialah bayaran-bayaran tambahan tersebut tidak diselaraskan dan bergantung kepada sesebuah sekolah untuk mengenakan jumlah bayaran. Bagi mereka yang berkemampuan, ia bukan satu masalah tetapi bagaimana pula dengan ibubapa keluarga (anak) yang ramai, berpendapatan rendah, tiada pekerjaan tetap, perbelanjaan isi rumah yang tinggi?
Rakyat menuntut agar Tan Sri Muhyiddin Yassin MANSUH SEMUA BAYARAN TAMBAHAN SEKOLAH

masalahrakyat

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 17 Feb 2011 03:21 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


Musa londehkan Hisham, Hisham telanjangkan Musa. Auww!

Posted: 17 Feb 2011 09:32 AM PST

Tidak ramai rakyat yang sedar apa yang telah dan sedang berlaku nun di puncak kuasa Bukit Aman. Rupa-rupanya peralihan kuasa daripada Musa Hassan kepada penggantinya, Ismail Omar, yang pernah dicercanya sebagai 'pegawai polis bodoh, tak tau apa-apa', turut merobah keseluruhan cawangan elit PDRM, D7 - Cawangan Jenayah Berat, Maksiat dan Kongsi Gelap.

Segala-gala ini telah diatur oleh Sindiket 1Malaysia yang diketuai oleh Tan Sri Ta Kin Ya. Kin Ya yang merupakan rakan niaga Norian Mai memainkan peranan penting menaikkan Ismail Omar di kedudukannya sekarang.

Sebagai balasan, Ismail Omar dikehendaki menukarkan keseluruhan - en bloc / kesemua sekali gus - Cawangan D7 - daripada Bukit Aman hinggalah ke kesemua Cawangan D7 di 14 Kontinjen-kontinjen Negeri. Ini bagi mempastikan muka-muka baru yang mengambil-alih Cawangan D7 adalah mesra kepada kegiatan rangkaian kongsi gelap yang diketuai Kin Ya.

Ikuti sedikit ulasan yang disediakan oleh Penarik Beca yang mengulas mengenai siapa yang nak londehkan siapa. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Ops Tukar D7, sila baca daripada pautan Malaysia Today yang disertakan:

Musa bogelkan Hisham, Hisham telanjangkan Musa. Auww!

Mula-mula, saya ghairah membaca "The warlords and the de facto IGP" yang disiarkan Malaysia Today hari ini. Baca punya baca, saya terasa macam ada orang di belakang artikel itu. Saya rasa macam bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Tapi tak berani la nak tuduh dia. Nak tuduh lagu mana, tak ada bukti.

Memang, Musa dikaitkan dengan pelbagai cerita negatif. Watak-watak seperti BK Tan dan Tengku Goh dikaitkan dengannya. Pemangsaan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Ramli Yusoff juga dikaitkan dengannya.

Saya masuk lokap kerana bubuh logo kepala anjing yang saya copy paste dari tempat lain juga amat berkait rapat dengan rasa tidak puas hati terhadap Musa yang begitu dikaitkan dengan dunia jenayah. Saya tidak benci semua polis. Tapi, takkan nak duduk diam jika pelbagai cerita disiarkan tentang hubungan ketua polis dan dunia jenayah. Si ketua polis pula buat bodoh ja dan tak mahu membersihkan namanya.

Saya dah sebut masa saya ditangkap, saya benci polis jahat ja. Polis baik pula, berdosa kalau saya benci.

Balik kepada artikel tu. Katakanlah benar Musa di belakang artikel itu untuk melepaskan apa yang didakwa sebagai dendamnya kepada Menteri Dalam Negeri Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Adakah kita akan kata, ah tak betullah, Musa di belakang artikel itu. Nak kata gitu?

Benarkah semua yang ditulis dalam artikel itu tak betul semuanya? Sama seperti kebanyakan orang lain, saya tak tahu.

Tetapi yang pasti rasanya, Hishammuddin dan pak yet-pak yetnya tidak akan berdiam diri. Kalau dia pun terasa Musa yang bogelkan dia, mungkin dia akan londehkan Musa pula.

Hishammuddin memang kelihatan menjadi belasahan pelbagai pihak. Ada orang kata, bukan Musa sahaja yang tak puas dengannya. Budak-budak Tun Dr Mahathir Mohamad pun tak henti-henti serang Naib Presiden Umno itu - dengan intensity yang sama seperti mereka bela Tan Sri Tajuddin Ramli.

Sebut fasal Tajuddin, teringat pula waktu makan tengah hari tadi, seseorang yang dulunya dikenali sebagai Daim boys memberitahu saya, "Actually, they are protecting Mahathir, not Tajuddin". Saya tak nak kacau orang yang dah pencen. Lagi pun, banyak sumber melaporkan, termasuk seorang bekas menteri kanan, bahawa Dr Mahathir kini merasa amat jengkel dan sakit hati sangat terhadap kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak.


- Penarik Beca

DR M CADANG MANSUH ISA, POLIS TOLAK... SAH MABUK

Posted: 16 Feb 2011 11:23 PM PST

...rasanya Mahatdir nie nak kena daun ketum ... tue yang bercakap memalut tak tentu hala... masa di jadi PM sapa yang bagi arahan kat sape?... tak pun mabuk pil kuda....

KUALA LUMPUR, 17 Feb — Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau sebenarnya mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika memegang tampuk pemerintahan negara selama 22 tahun.


Bagaimanapun, menurut Dr Mahathir, usaha itu gagal kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) menolak cadangan tersebut.

"ISA harus digunakan ikut keperluan tapi bila saya jadi perdana menteri saya mahu ia dimansuhkan tetapi polis menentang.

"Bila saya cadangkan usul itu, ia ditolak," kata beliau pada Forum Cabaran Semasa Demokrasi dan Perlembagaan ke Arah Pencapaian Wawasan 2020 di bangunan Parlimen di sini.

Sebelum ini Dr Mahahir menyalahkan polis yang ekoran penangkapan besar-besaran di bawah ISA pada 1987 yang turut membawa kepada penahanan lebih 100 orang termasuk Penasihat DAP Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng yang kini Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dalam penangkapan dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh polis, agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri bagi menangkap mereka yang mengeruhkan suasana politik ketika itu.

Lebih dikenali sebagai Ops Lalang, seramai 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah ISA dan penggantungan dua akhbar harian dan dua akhbar mingguan.

Selain kedua-dua Lim, turut ditahan ialah Dr Chandra Muzaffar, Karpal Singh, Kua Kia Soong, Datuk Ibrahim Ali dan Mohamed Fahmi Ibrahim.

ISA merupakan satu akta yang ditubuhkan untuk menahan mana-mana individu tanpa perbicaraan dan diperkenalkan pada 1960 sebagai undang-undang pencegahan untuk menentang pemberontakan komunis ketika itu.

SAYPOL BANGGA TUNJUK SELUAR DALAM

Posted: 16 Feb 2011 11:09 PM PST

Apa yang menarik dalam perbicaraan hari ini adalah seluar dalam Saiful yang berjenama Levi's dikenal-pasti. Seluar dalam ini telah dikemukakan sebagai salah satu bahan bukti.

Ketika ditunjukkan seluar dalam Sepol itu, DS Wan Azizah kelihatan menundukkan kepalanya, manakala DSAI sedang membaca sesuatu di kandang tertuduh.

Selepas itu sehelai lagi seluar dalam jenama yang sama yang juga dipercayai kepunyaan Saiful turut dikenal pasti. Semua bahan berkenaan kemudiannya dimasukkan ke dalam sebuah sampul.

... memang jenis tak tau malu punye muka...

DSAI : KERAJAAN UMNO 'MUBARAK' TAKKAN GUGUR KES LAH

Posted: 16 Feb 2011 05:01 PM PST

GOMBAK, 17 Feb — Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya tuduhan liwat yang dikenakan terhadapnya tidak mungkin akan digugurkan walaupun wujud bukti baru menunjukkan tiada unsur penetrasi sebagaimana didedahkan di mahkamah semalam.


Ini kerana menurut Anwar, kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) menjurus kepada corak pemerintahan bekas presiden Mesir Hosni Mubarak, yang akan "mengorbankan" sesiapa sahaja demi kepentingan sendiri.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, bukti terbaru yang muncul berdasarkan kandungan laporan awal proforma, yang diberitahu di mahkamah semalam, jelas membuktikan beliau tidak terlibat tuduhan liwat ke atas bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ketika perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, laporan awal menunjukkan Saiful ada memaklumkan doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) bahawa Anwar telah "cuba" untuk meliwatnya dan tiada penetrasi.

Dr Khairul Hakim, salah seorang doktor HKL yang memeriksa Saiful mengakui bahawa laporan proforma menyebut Saiful ada memberitahu doktor-doktor pada 28 Jun 2008 tentang adanya cubaan untuk meliwatnya dan seks oral tetapi bukan penetrasi yang sebenar.

"Tapi saya didakwa meliwat bukan cubaan meliwat, dunia mana pun kes seperti ini sudah dibuang," kata Ketua Umum Pakatan Rakyat yang mengulangi kesnya harus ditarik balik.

"Tapi dalam kes Najib dan Rosmah ala Mubarak tidak boleh," kata Anwar pada majlis pelancaran Kempen Penerangan Bantah Saman Ekor di sini malam tadi.

Ekoran bukti baru itu, Anwar mahu tuduhan liwat terhadapnya digugurkan.

Ini kali kedua Anwar berhadapan dengan kes liwat dan beliau seringkali mendakwa tuduhan ke atasnya bermotifkan politik.

Perbicaraan disambung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

TERIMA KASIH ZAFRUL... DEDAH KEBODOHAN NAJIB

Posted: 16 Feb 2011 04:51 PM PST

KUALA LUMPUR 14 Feb. - Pelbagai pihak hari ini mendesak Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Bhd., Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (gambar) supaya meletak jawatan selepas 'menyerang' syarikat milik kerajaan (GLC) lain dalam satu forum terbuka baru-baru ini.


Tindakan Tengku Zafrul mengeluarkan kenyataan bahawa pelantikan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda telah memberi isyarat salah sehingga menyebabkan kebimbangan pasaran dilihat seolah-olah mempertikai keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Desakan tersebut timbul hanya beberapa hari selepas desakan yang sama dilakukan ke atas Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr. Zainal Aznam Mohd. Yusof kerana mengeluarkan kenyataan senada dengan Tengku Zafrul dalam forum yang sama.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, selaku orang yang dilantik untuk mengepalai sebuah GLC lain, Tengku Zafrul perlu berundur jika dia tidak bersetuju dengan keputusan Perdana Menteri kerana jawatannya sekarang juga adalah atas ihsan Najib.

"Jangan jadi kaduk naik junjung dan perasan hanya dia seorang sahaja yang mahir dalam ekonomi dengan mempertikaikan pengalaman orang lain yang sudah 22 tahun mentadbir sebuah negeri dengan pelbagai cabaran lebih rumit daripada menguruskan sebuah GLC.

"Dia sepatutnya bersyukur kerana kedudukannya hari ini atas perjuangan orang politik malah, ahli keluarganya sendiri adalah orang politik. Jangan nak hipokrit kerana saya yakin dan percaya tanpa sokongan politik Tengku Zafrul tidak akan memiliki kedudukan seperti hari ini.

"Orang seperti ini tidak layak untuk mengkritik Mohd. Isa apatah lagi dibuat secara terbuka atas kapasitinya sebagai peneraju GLC, ini perbuatan tidak beretika dan sepatutnya dia meletakkan jawatan," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Serangan terhadap Mohd. Isa itu dilakukan oleh Tengku Zafrul dan Zainal Aznam dalam satu forum anjuran sebuah badan pemikir tempatan dengan bersandarkan alasan bahawa, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan tersebut pernah terpalit dalam isu rasuah.

... cayalah Tengku Zafrul... jangan takutlah... selama ni Maybank jadi Top bank kat Malaysia bukan sebab UMNO pun... wakakakaka

YE KE LRT NIE UNTUK WANITA???

Posted: 16 Feb 2011 04:40 PM PST

"Anda boleh tanya kebanyakan penumpang wanita betapa malu dan terseksanya mereka bila menggunakan bas dan LRT, tetapi kerana mencari rezeki dan tambangnya murah mereka terpaksa menerima keadaan yang cukup tidak selesa itu," kata Ahli Dewan Negara Senator Wan Ubaidah.

....meraka ini sama ada tak paham apa yang tertera pada koc lrt tersebut atau memang jenis tak paham bahasa....

KELANTAN PERUNTUK RM1.5 JUTA UTK ANAK MUDA KAHWIN

Posted: 16 Feb 2011 04:29 PM PST

KOTA BARU, 16 Feb — Kerajaan PAS Kelantan melancarkan "Gerbang Az-Ziwaaj" dengan peruntukan RM1.5 juta tahun ini bertujuan menggalakkan 1,500 pasangan muda kurang berkemampuan untuk berkahwin.


Semasa melancarkannya, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata program bertemakan "Anda Bijak Kerana Berkahwin" itu bertujuan mengelakkan golongan muda dari terjebak dalam perzinaan dan menghalang kejadian buang anak luar nikah.

Melalui program itu, setiap pasangan diberi RM1,000 dalam bentuk cek dan peserta boleh mendapatkan borang permohonan di pejabat kadi, pejabat Anggota Dewan Undangan Negeri, kaunter khidmat pelanggan Setiausaha Kerajaan Negeri atau muat turun borang dari laman facebook "Gerbang Az-Ziwaaj" (Gerbang Perkahwinan). — Bernama

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 17 Feb 2011 03:19 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


SIAPA TAK RISAU DUN TENANG BELUM TENANG

Posted: 17 Feb 2011 12:36 PM PST

Pilihan Raya N.05 Tenang baru sahaja berakhir dalam masa kurang dari tiga minggu yang mana menyaksikan calon dari UMNO/BN, Azhar Ibrahim atau dikenali sebagai Tok Ai telah memenangi pilihan raya tersebut dengan majoriti 3707 undi menewaskan calon dari PAS/PR Normala Sudirman.

Kemenangan Tok Ai sudah diduga dikala banjir telah melanda Labis. Labis hampir lumpuh digenangi air ketika proses pembuangan undi yang mana UMNO/BN telah menggunakan jentera kerajaan untuk mengangkut mangsa banjir ke tempat pembuangan undi.

Namun ia tidak semudah yang disangkakan kerana hari ini Tok Ai telah dimasukkan ke hospital akibat serangan jantung. Kemungkinan disebabkan oleh tidak terdaya mengharungi bajir yang melanda hampir dua minggu di daerah Labis.

Pada masa yang sama, lebih 200 petugas UMNO/BN telah datang ke rumah Tok Ai untuk menuntut bayaran semasa kempen pilihan raya namun ia tidak dilayan. Kemarahan petugas tersebut membuktikan bahawa UMNO/BN hanya menggunakan jentera untuk kepentingan peribadi tetapi petugas telah dianjingkan dengan duit yang belum entah menjelma.

ALHAMDULILLAH , 80% BUKAN ISLAM MENYOKONG PAS

Posted: 17 Feb 2011 12:27 PM PST


FRIDAY, 18 FEBRUARY 2011 01:56 WARTAWAN BULETIN
KUALA TERENGGANU - Hanya tinggal kira-kira dua puluh peratus bukan Islam yang masih tidak menyokong PAS dan Pakatan Rakyat, selebihnya sudah mula mempelajari Islam yang dibawa PAS.

Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Kuala Terengganu berkata, Umno kini sudah menjadi 'ekstremis' berbanding dengan PAS yang dilihat sebagai 'moderate' dikalangan orang bukan Islam.

"Kita nampak Umno tidak ikut apa yang ada dalam Islam, kezaliman tidak ada dalam Islam, rasuah tidak ada dalam Islam,'penyangak' tidak ada dalam Islam,

"Umno sudah jadi sebaliknya, Umno sudah menjadi 'ekstremis' dan PAS sudah menjadi moderat, 20% (bukan Islam) masih terkonkong pemikirannya bersama Umno-BN, 80% sedang mempelajarai (Islam) tetapi dia tak nak BN,

"Bagi kita (bukan Islam) kita nak Islam, satu cara untuk Islam didirikan hanya cara PAS kerana itu PAS mesti ganti Umno, "jelasnya ketika bercakap kepada media, Rabu 16 Februari.

Beliau berkata, Umno-BN yang telah memerintah negara Malaysia tidak dapat memberikan keadilan, namun sebelum ini, bukan Islam dan bukan Melayu tidak ada 'platform' (saluran) untuk menyuarakan hasrat mereka.

"Sekarang sudah ada Pakatan Rakyat dan PAS di Terengganu, sudah tiba masnya kita betul-betul (berubah), kita bukan mahu mendengar apa orang kata,

"kita rujuk kepada Islam dan apa yang kita tahu, apa yang Umno lakukan memperlekehkan Islam,"ujarnya.

Menurutnya Umno akan menggunakan pelbagai taktik kotor, umpamanya memutarbelitkan dan mengelirukan masyarakat bukan Islam dengan hukum Hudud.

Bagi Dr. Bala, hukum Hudud adalah pilihan kepada orang Islam itu sendiri.

"hukum Hudud, bagi kita, pilihan kita, kalau kita jahat, kita kenalah (hukuman), dan orang yang takutkan hukum hudud ialah orang Umno,

"dia orang memang takutkan hukum hudud sebab dia otrang yang 'penyangak' dia orang yang rasuah,"katanya.

PAS KOTA TINGGI

Posted: 17 Feb 2011 02:34 PM PST

PAS KOTA TINGGI


Perutusan Maulidur Rasul oleh Presiden PAS

Posted: 16 Feb 2011 03:54 PM PST

Sambutan Maulidur Rasul s.a.w. yang diadakan saban tahun, mestilah diutamakan dengan memulakan azam baru bagi mengikuti teladan Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan oleh Allah SWT, untuk membebaskan manusia daripada belenggu jahiliah.

Jasa besar Nabi Muhammad s.a.w. adalah, membawa Islam yang menerangi manusia, yang memerdekakan manusia daripada diperhambakan sesama manusia, dijajah sesama manusia, dizalimi dan menzalimi sesama manusia, kepada manusia yang merdeka dan mempunyai hak yang dihormati.

Kejayaan besar penjajah barat ialah memesongkan umat Islam daripada politik Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Hasilnya lahirlah umat Islam yang menerima sahaja siapa sekalipun menjadi pemerintah mereka, walaupun zalim kepada rakyat, kerana bagi mereka urusan politik tidak ada kaitan dengan agama.

Sedangkan pada diri Rasulullah s.a.w. itu adanya teladan politik Islam yang terbukti memberi keadilan kepada semua agama dan kaum, disambung pula oleh pemerintahan Islam selepas itu, yang membuktikan sesuatu kaum khususnya Arab tidak selama-lamanya menjadi pemimpin.

Rasulullah s.a.w. telah membuktikan Islam tidak membenarkan perhambaan sesama manusia, Islam memberikan hak kepada rakyat, hak kepada wanita dan kaum minoriti, dan Islam memberi keadilan kepada seluruh makhluk di atas muka bumi ini. Teladan Nabi Muhammad s.a.w. inilah yang sepatutnya kita ikuti dengan menolak perjuangan sempit atas nama perkauman yang terbukti zalim dan tidak memberi keadilan kepada rakyat.

Kita melihat bagaimana kehidupan masyarakat Arab jahiliah sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. yang penuh dengan perhambaan dan kezaliman, tetapi semuanya berubah selepas kedatangan Islam.

Justeru, saya menyeru kepada seluruh umat Islam khususnya, supaya memulakan tekad baru, menolak jahiliah moden yang menjadikan rakyat sebagai hamba, yang harta negara berlegar sesama mereka, yang rasuah dan zalim, kepada perjuangan yang lebih syumul iaitu Islam sebagaimana dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
12 Rabiul Awal 1432H/15 Februari 2011

Gelombang Merah Baru Tahu Hukum Loteri dan Pelacur Haram

Posted: 16 Feb 2011 03:46 PM PST

Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengucap tahniah kepada Datuk Mustapa Mohamed kerana baru sedar loteri dan pelacur adalah haram di sisi agama. Apakah sejak gelombang merah dilancarkan beliau baru berjumpa dengan hukum loteri dan pelacur adalah haram di sisi agama? Kenyataan Datuk Mustapa Mohamed seolah-olah isu ini hendak dipolitikkan. Jika benar ada kegiatan seperti begini di Kota Bharu beliau tidak boleh untuk berdiam diri. Jika ada mana-mana pihak yang melindungi kegiatan ini sila laporkan kepada pihak berkuasa. Kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS, tidak pernah berkompromi dalam soal ini. Jika terbukti, ada di kalangan ahli PAS yang bersekongkol dengan kegiatan ini, PAS akan mengambil tindakan.

Jika benar kenyataan Datuk Mustapa Mohamed, secara tidak langsung beliau telah memperlekehkan kewibawaan polis yang berkhidmat di Kelantan, kerana tidak bertindak. Mustahil polis Malaysia yang cekap tidak dapat menghidu kegiatan yang tidak bermoral dan menyalahi sisi undang-undang. Datuk Mustafa mungkin lupa bahawa polis di bawah dagu kerajaan pusat. Bertindaklah segera jangan berkompromi kerana perkara jahat tidak perlu hendak dipolitikkan.

PAS mengharapkan kesedaran gelombang merah, boleh juga menyedarkan Datuk Mustapa Mohamed dan Datuk Dr Awang Adik bahawa kedua-dua perbuatan ini salah di sisi Islam. Walaupun baru-baru ini kerajaan BN telah meluluskan judi bola sepak, akhirnya dibatalkan kerana bantahan daripada PAS dan Pakatan Rakyat serta pemimpin agama bukan Islam. Perkara yang sama bolehlah di bawa dalam kabinet 1Malaysia untuk diharamkan kegiatan judi dan perbuatan yang tidak bermoral di negeri-negeri yang Barisan Nasional perintah.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 17 Feb 2011 01:12 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Jom tawan Merlimau

Posted: 17 Feb 2011 05:32 AM PST

Ali Rustam sudah merasakan bahang PRK di Merlimau. Suasana tidak lagi berpihak sangat kepada Umno. Umno seperti kapal selam buruk. Boleh menyelam tapi banyak sangat bocoq. Di Tenang bocoq sampai semua sekali. Di Labis hampir habis dibaham pengundi. Saluran tiga begitu mengangumkan. Chua Soi Lek terpaku. "Ingatkan filem aku laku di Labis rupanya aku sendiri hampir habis kena libas". Itulah hakikat yang berlaku di Tenang.

Di Merlimau keadaan yang sama akan dilalui oleh PAS, suasana hampir sama kecuali ketiadaan masyarakat Felda tetapi perkampungan melayu begitu membimbangkan Pakatan Rakyat. Tiada apa pun yang menakutkan untuk PAS terus berjuang berdakwah dan memenangi kawasan Dun Merlimau. PRK jika dikaji dengan baik akan mendatangkan kebaikan kepada PAS, PAS dapat mengenalkan siapa sebenar PAS yang wujud bukan hanya untuk memenangi Dun tetapi juga menyampaikan dakwah islam kepada masyarakat bukan islam dan juga islam.

Politik islam bukan setakat memenangi dun tetapi menyampaikan bagaimana politik islam ke dalam masyarakat islam yang telah dipesongkan oleh Umno. Selama ini PAS tidak berpeluang menyampaikan dengan tepat kepada sasaran tetapi dengan adanya PRK di mana mana jua akan dapat disampaikan dengan berkesan.

Merlimau dijadikan saksi bahawa PAS akan terus subur di bumi Melaka bersejarah. Di bumi ini islam didaratkan oleh pedagang, dan tidak mustahil PAS juga akan "mendarat" di bumi Melaka. Penyebaran islam yang dibawa oleh pedagang juga mengambil masa untuk islam tersebar ke bumi Melaka. Oleh itu PAS perlu bersabar dalam menyebarkan dan melebarkan pengaruhnya di bumi Melaka. PAS perlu hadir untuk dilihat sebagai satu parti yang boleh menggantikan Umno dan Barisan Nasional.

Jika pengkritik pas mengatakan PAS mendapat undi kerana kebencian pengundi kepada Pak Lah dan menantu, PAS patut bersikap lebih terbuka untuk menyebarkan pengaruhnya. Terbuka tetapi tidak sampai menggadaikan prinsip perjuangan islam. Dan prinsip ini tak akan gugur dari PAS, jika PAS gugurkan prinsip ini bermakna PAS di seluruh Malaysia hanya akan menjadi kenang kenangan.

Bersama sama kita tawan Merlimau daripada Umno. Jangan dihiraukan sangat kepada pencacai pencacai Umno dan blog yang mencari hit sahaja. Pas perlu segera bertindak, sebelum 26 ini PAS kawasan Jasin sudah bersiap sedia menerima tetamu. Penamaan dan penjumlahan undi akan dilakukan PAS, cuma yang gagal memerhati cuba masih lagi mencari kelemahan demi kelemahan yang sengaja diujudkan untuk menjatuhkan semangat PAS.

Kehadiran PAS bukan sebagaimana dikatakan menjadi penumpang. Ayuh semua petugas petugas seluruh Malaysia. Datang dan berkempen di sini. Jika sanggup berdemo dan makan asap, minum air FRU, di sini keadaan amat amat berbeza. Kita hanya berhadapan dengan pengundi tiada semburan gas, cuma di malam hari berhadapan dengan agas dan nyamuk yang menggangu lena tidur. Dengan izin Allah solat subuh berjemaah akan sentiasa bersama. Tiada yang ketinggalan dalam solat berjemaah subuh hari. Itulah yang dijanjikan di sini. Jom tawan Merlimau.

Sumber : FZT

Jambatan dibina terlalu tinggi

Posted: 17 Feb 2011 05:15 AM PST

BUKIT KATIL - Seorang suri rumah mendakwa jambatan yang dibina terlalu tinggi di Sungai Tebing Tinggi, menghadkan pandangan pengguna hingga menyebabkan berlakunya kemalangan maut.

Fatimah Atan, 61, berkata, sudah banyak aduan masyarakat dibuat kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri dan membuat laporan polis berhubung masalah itu.

Katanya, kenderaan yang melalui jalan terbabit sering dipandu laju sehingga mengundang kebimbangannya sekeluarga dan juga penduduk sekitar kampung kerana sukar melihat kenderaan yang lalu serta terpaksa menggadai nyawa untuk menyeberang.

"Jambatan yang dibina terlalu tinggi sehingga terlindung pandangan mata, sama ada kenderaan dari kiri mahupun kanan dan lebih 50 keluarga berdepan risiko kerana sering keluar masuk menggunakan laluan sepanjang tebing sungai berkenaan sebelum keluar ke jalan utama.

"Saya sendiri trauma dengan apa yang terjadi, lebih-lebih lagi suami saya sendiri, Md Dan Taib, 64, nyaris ditimpa kemalangan ketika keluar dari persimpangan di hadapan rumahnya beberapa bulan lalu," katanya ketika ditemui sejurus kemalangan yang meragut nyawa seorang warga emas, Seman Bujang, 67, dari Kampung Paya Ikan, Bukit Piatu, semalam.

Mangsa yang dalam perjalanan dari rumah dikatakan cuba menyeberang jalan bersebelahan jambatan terbabit sebelum dilanggar sebuah motosikal lain yang datang dari arah Bukit Katil.

Akibat kemalangan itu, mangsa cedera parah di beberapa anggota badan dan mangsa mati di tempat kejadian.

Patimah berkata, sejak jambatan berkenaan siap dibina awal tahun lalu, sudah lebih 20 :kemalangan berlaku, termasuk dua melibatkan maut dan dia berharap Kerajaan Negeri mengambil tindakan sewajarnya sebelum lebih ramai lagi yang terkorban.

Sumber : Sinar Harian

Umno sedang rosakkan anak muda

Posted: 17 Feb 2011 05:12 AM PST


MELAKA: Pemuda PAS digesa meningkatkan usaha bagi menyelamatkan anak muda Malaysia yang sedang dirosakkan oleh Umno-BN, tegas Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani ketika melancarkan jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Pemuda PAS Melaka.

"Umno sedang merancang untuk rosakkan anak-anak muda kerana anak muda adalah aset penting kepada perjuangan Islam. Mereka rosakkan sahsiah, peribadi dan jatidiri pemuda, sebab itu pemuda Pas jangan jadi pemuda Umno! leka seperti mereka!

"Sejarah di Bosnia asalnya mereka ketagih arak hingga bila diserang Kristian Serbia mereka tak bersedia, begitu juga pemuda di Palestine yang akhirnya Israel menguasainya."


Beliau menjelaskan perjuangan PAS bukan hanya untuk memenangi PRK Dun Merlimau sahaja tetapi juga ingin memenangi di seluruh negara disebabkan negara sedang dilanda masalah besar contohnya hutang negara yang semakin meningkat.

"Seperti Mesir hutangnya besar hingga tak mampu bayar akhirnya terpaksa tunduk kepada kuasa barat dan Yahudi, di mana ketika ditanya Mubarak kenapa tak buka sempadan di Gaza dia kata Israel tak beri lampu hijau.

"Kita pemuda PAS kena berjuang sama ada menang atau pun syahid sebagaimana mereka yang syahid di Memali 80 peratus daripadanya adalah golongan pemuda yang berumur di bawah 40 tahun," ujarnya.

Di samping itu, beliau mengingatkan pemuda PAS supaya berjuang dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh bagi menghadapi PRK Dun Merlimau berikutan cabaran yang akan dihadapi PAS dan Pakatan Rakyat sangat hebat.

Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; Ketua Pemuda PAS Negeri, Ustaz Kamarudin Sidek; Ahli Jawatankuasa PAS Negeri dan Ahli Jawatankuasa Pemuda Negeri.

Ustaz Azman kemudiannya menyampaikan bendera PAS kepada wakil Pemuda PAS Kawasan sebagai simbolik pelancaran gerakerja dan majlis turut diserikan dengan penyampaian beberapa buah lagu perjuangan oleh Azhan Atan.

HARAKAH 11 - 14 RABIULAWAL 1432 / 14 - 17 FEBRUARI 2011

Merlimau : peluang PAS perhebat dakwah

Posted: 17 Feb 2011 05:08 AM PST

***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Hai orang-orang yang beriman! Siapa saja antara kamu yang keluar daripada agamanya, Allah akan mendatangkan satu kaum yang dicintai-Nya dan mereka pun mencintai Allah." (Al-Maidah 5:54)
***

PENULIS berpeluang menemui dan mewawancara seorang imam dalam kunjungan ke Merlimau baru-baru ini. Percakapannya syahdu, mengandungi pengharapan agar PAS dapat memperhebatkan dakwah, menunjukkan cara hidup dituntut Islam termasuk akhlak Islamiah dalam menghadapi pilihan raya kecil N27 Merlimau yang akan diadakan pada 6 Mac nanti.

Beliau percaya PAS dapat melakukannya; dakwah Islam dapat berkembang, menyegarkan minda penghuni bumi yang sudah lama gersang kerana disirami hitam pekat kebendaan. Apabila kebendaan, kedudukan dan kuasa menjadi ukuran, matlamat untuk mencapai kejayaan duniawi akan dilakukan tanpa mengira batas halal dan haram termasuklah menindas, menyakiti dan memakan harta dan hak orang lain.

Menurut beliau satu isu saja yang dipertahankan PAS dalam pilihan raya Dun Tenang tempoh hari sudah cukup untuk beliau melihat cahaya kebenaran itu. Calon PAS, Cikgu Normala Sudirman yang tetap istikamah berpegang kepada hukum tidak bersalaman dengan lelaki bukan mahram atau berlapik tangan (bersarung tangan) jika terpaksa berbuat demikian, membuktikan wujud ketaatan dan kepatuhan kepada Allah SWT pada bila-bila masa, tidak kira senang atau susah; menang atau kalah.

"Jika perkara 'sehalus itu' (sebenarnya persoalan aurat tersangat penting bukan remeh) seperti masalah persentuhan lelaki-perempuan diambil berat, tentulah persoalan lebih besar yang membabitkan hukum hakam dijaga sebaik-baiknya. Inilah yang kita dahagakan. Kita mahu melihat Islam didaulatkan dalam semua segi kehidupan," katanya.

Menurut beliau sebagai imam, ada satu insiden yang begitu menyayat hatinya. Katanya: "Suatu hari dalam satu perjumpaan dengan imam-imam, ada seorang pemimpin tertinggi Umno memberitahu bahawa bersalaman lelaki-perempuan bukan mahram tidak salah tetapi membatalkan air sembahyang saja. Jelaslah pengetahuan agama pemimpin ini dangkal tetapi apa yang bahaya dia mahu orang lain mengikutinya sedangkan hal babitkan hukum bukan boleh dibuat main-main."

Imam itu berkata, dengan adanya pilihan raya kecil Dun Merlimau, terbukalah peluang bagi PAS untuk melanjutkan kerja-kerja dakwahnya di Melaka. "Merlimau akan dikunjungi orang ramai dari seluruh negara, jadi gunakanlah kesempatan ini untuk menunjukkan cara hidup Islam. Insya-Allah, kawan dan lawan akan hormati," katanya.

Beliau memberitahu sebagai contoh, orang PAS yang datang dari seluruh negara, makmurkanlah masjid-masjid yang ada di Merlimau. Tentunya tidak ada siapa yang boleh melarang jika orang PAS datang berbondong-bondong ke masjid untuk solat berjemaah pada setiap waktu. Tentu sesiapa saja akan terpegun melihat disiplin orang PAS tetapi janganlah duduk bersembang lama-lama atau tidur dalam masjid.

Beliau bimbang kelakuan kurang elok ini akan menyebababkan orang ramai terutama penduduk tempatan meluat kepada orang PAS.

"Oleh itu jagalah tata tertib, insya-Allah apabila orang Melaka terpandang budi bahasa orang PAS lambat laun mereka akan tertarik," katanya.

Menurut beliau pilihan raya kecil ini akan memberi peluang kepada orang PAS menyampaikan mesej perjuangan. "Kalah menang bukan soalnya, itu ketentuan Illahi. Apa yang penting lakukan tugas dakwah kita untuk menyampaikan walaupun satu ayat," katanya.
Penulis juga sempat berborak dengan beberapa penduduk di sebuah kedai kopi. Seorang daripadanya mengingatkan agar PAS memilih calon yang benar-benar komited kepada agama. "Kami juga mahukan anak tempatan, orang Merlimau sendiri. Kalau calon orang sini, kami tahu latar belakang dan kerja-kerjanya. Dia orang masjid ke, orang bukan masjid ke, kami sudah tahu," katanya.

Seorang lagi menyampuk: "Betul, kalau dia orang sini, kami boleh tahu dia berlakon ke atau benar-benar jujur. Ada orang berlakon baik depan orang ramai tapi kat (di) rumah pukul bini."

Seorang lelaki lain pula berkata: "Orang Umno pun bagus letakkan orang tempatan (Merlimau) sebagai calonnya. "Ini kerana kami sudah tahu latar belakang dan perangai setiap orang daripada mereka. Saya tahu ada pemimpin ini yang pernah pukul orang masjid, ada yang banyak hutang; sebenarnya ramai yang bermasalah.

"Jadi sangat elok orang PAS dan Umno letakkan orang tempatan. Akan mudahlah orang kampung nilai siapa baik dan siapa kaki temberang sebenarnya," katanya.

Sumber : LanH

Dupahang's Weblog

Posted: 17 Feb 2011 12:04 PM PST

Dupahang's Weblog


Lima tokoh PAS di muka depan Sinar Harian

Posted: 17 Feb 2011 08:15 AM PST

Mencipta rekod. Akhbar Sinar Harian edisi Pahang hari ini di muka hadapannya memuatkan lima gambar tokoh PAS sekali gus, sehingga mencuri perhatian banyak pihak kerana belum pernah terjadi sepanjang kewujudan akhbar berkenaan. Pada head-line tertera gambar tiga orang 'calon' PRK Kerdau yang menjadi spekulasi editor akhbar berkenaan dengan tajuk 'PAS pertaruh tiga tokoh berkaliber' iaitu [...]

PRK Kerdau jawapannya Ahad

Posted: 17 Feb 2011 08:08 AM PST

SPR Tetapkan Tarikh PRK DUN Kerdau Ahad Ini KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan tarikh bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau pada Ahad ini di Kuching semasa ia mengadakan perjumpaan dengan parti-parti politik di Sarawak sebagai persediaan untuk pilihan raya negeri. Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata [...]

Batu Gajah Mari

Posted: 17 Feb 2011 12:04 PM PST

Batu Gajah Mari


Tok Ai dah masuk hospital

Posted: 17 Feb 2011 09:18 AM PST


Pilihan Raya N.05 Tenang baru sahaja berakhir dalam masa kurang dari tiga minggu yang mana menyaksikan calon dari UMNO/BN, Azhar Ibrahim atau dikenali sebagai Tok Ai telah memenangi pilihan raya tersebut dengan majoriti 3707 undi menewaskan calon dari PAS/PR Normala Sudirman.

Kemenangan Tok Ai sudah diduga dikala banjir telah melanda Labis. Labis hampir lumpuh digenangi air ketika proses pembuangan undi yang mana UMNO/BN telah menggunakan jentera kerajaan untuk mengangkut mangsa banjir ke tempat pembuangan undi.

Namun ia tidak semudah yang disangkakan kerana hari ini Tok Ai telah dimasukkan ke hospital akibat serangan jantung. Kemungkinan disebabkan oleh tidak terdaya mengharungi bajir yang melanda hampir dua minggu di daerah Labis.

Pada masa yang sama, lebih 200 petugas UMNO/BN telah datang ke rumah Tok Ai untuk menuntut bayaran semasa kempen pilihan raya namun ia tidak dilayan. Kemarahan petugas tersebut membuktikan bahawa UMNO/BN hanya menggunakan jentera untuk kepentingan peribadi tetapi petugas telah dianjingkan dengan duit yang belum entah menjelma.

Tok Ai dah masuk hospital

Posted: 17 Feb 2011 09:18 AM PST


Pilihan Raya N.05 Tenang baru sahaja berakhir dalam masa kurang dari tiga minggu yang mana menyaksikan calon dari UMNO/BN, Azhar Ibrahim atau dikenali sebagai Tok Ai telah memenangi pilihan raya tersebut dengan majoriti 3707 undi menewaskan calon dari PAS/PR Normala Sudirman.

Kemenangan Tok Ai sudah diduga dikala banjir telah melanda Labis. Labis hampir lumpuh digenangi air ketika proses pembuangan undi yang mana UMNO/BN telah menggunakan jentera kerajaan untuk mengangkut mangsa banjir ke tempat pembuangan undi.

Namun ia tidak semudah yang disangkakan kerana hari ini Tok Ai telah dimasukkan ke hospital akibat serangan jantung. Kemungkinan disebabkan oleh tidak terdaya mengharungi bajir yang melanda hampir dua minggu di daerah Labis.

Pada masa yang sama, lebih 200 petugas UMNO/BN telah datang ke rumah Tok Ai untuk menuntut bayaran semasa kempen pilihan raya namun ia tidak dilayan. Kemarahan petugas tersebut membuktikan bahawa UMNO/BN hanya menggunakan jentera untuk kepentingan peribadi tetapi petugas telah dianjingkan dengan duit yang belum entah menjelma.

Jom doakan Mahathir dapat hidayah

Posted: 16 Feb 2011 10:12 PM PST

14 Rabiul Awal 1432 H.

KUALA LUMPUR, 17 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat hidayah Allah SWT.

"Saya tidak berhasrat setakat ini untuk mengulas jawapan Tun Mahathir terhadap saya seperti yang tersiar di muka hadapan akhbar Utusan pada hari ini," tulis beliau yang juga Menteri Besar Kelantan di laman Twitter.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan Mahathir berkata, tujuan hidup Mursyidul Am PAS itu hanyalah untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, Nik Abdul Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam Umno, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya.

Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan itu juga sanggup bekerjasama dengan pihak yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS di samping mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya umat Islam melonggarkan pegangan mereka terhadap ajaran Islam.

''Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya di dalam pilihan raya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah tetapi kemenangan dalam pilihan raya.

''Orang Umno beragama Islam. Walaupun bagi Nik Abdul Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong PAS namun dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli Umno dan ahli PAS juga adalah orang Islam,'' ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian di dalam entri terbarunya bertajuk 'Jawapan Kepada Nik Aziz' di blognya http://chedet.co.cc/chedetblog hari ini.

"Cukuplah saya berkata, saya simpati dengan beliau, semoga beliau mendapat hidayah Allah SWT," kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Bulu, seluar dalam, cadar dikemukakan!!!

Posted: 16 Feb 2011 09:36 PM PST

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/185908_164779970239978_100001239293594_369825_5691571_n.jpg

Liwat II: Bulu, seluar dalam, cadar dikemukakan

Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menempuh saat genting hari ini apabila mahkamah mendengar keterangan daripada ketua unit jenayah berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hong.

Semalam, Seah hanya berada di kandang saksi selama beberapa minit sebelum perbicaraan ditangguhkan akibat gangguan bekalan elektrik di mahkamah.

Beberapa pendedahan memeranjatkan berlaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, melibatkan borang pro-forma oleh doktor yang mengendalikan kes berkenaan.

Doktor berkenaan menyatakan dalam borang tersebut bahawa pengadu dalam kes ini – Mohd Saiful Bukhari Azlan – hanya terlibat dalam "cubaan liwat" dan "cubaan seks oral."

NONEDoktor Hospital Kuala Lumpur Dr Khairul Nizam Hassan sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa Saiful mendakwa telah diliwat dan diminta melakukan seks oral.

Bagaimanapun, pihak pembelaan yang diketuai peguam Karpal Singh berjaya menimbulkan keraguan berhubung kenyataan berkenaan.

Turut hadir di mahkamah hari ini ialah wakil daripada Kedutaan Australia.

Dua orang pakar daripada negara itu turut hadir hari ini – ahli patologi forensik Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald.

11.14am: Seluar dalam Saiful yang berjenama Levi's pula dikenal-pasti. Seluar dalam ini telah dikemukakan sebagai bahan bukti.

Ketika ini, Wan Azizah dilihat menundukkan kepalanya, manakala Anwar sedang membaca sesuatu di kandang tertuduh.

11.17am: Satu lagi seluar dalam yang juga dipercayai kepunyaan Saiful turut dikenal pasti. Semua bahan berkenaan kemudiannya dimasukkan ke dalam sebuah sampul.

http://www.malaysiakini.com/news/156222

===========================

Teka teki: BERAPA HELAIKAH SAIFUL MEMAKAI SELUAR DALAM SEMASA KEJADIAN??

PAS KAWASAN KENINGAU

Posted: 17 Feb 2011 11:18 AM PST

PAS KAWASAN KENINGAU


Program Dialog rakyat bersama YB.Dr.Mujahid bin Hj.Yusof Rawa

Posted: 16 Feb 2011 11:37 PM PST






                     







                        Program Dialog rakyat bersama YB.Dr.Mujahid bin Hj.Yusof Rawa






Sook,16 Feb –Penduduk kampung Batu Luriyan Sook yang mengalami masalah pencemaran air di sebabkan pembalakan haram diziarahi oleh tetamu istimewa iaitu YB.Dr.Mujahid bin Hj.Yusof Rawa,ahli Parlimen Parit buntar,Perak.Masalah penduduk Batu Luriyan itu telah mendapat liputan meluas melalui akhbar harakah sebulan yang lalu.

Mujahid yang juga AJK Pas Pusat turun ke daerah kecil Sook,Sabah untuk memenuhi jemputan program Dewan Himpunan Penyokong Pas(DHPP)yang dianjurkan oleh Pas kawasan Keningau.

Turut bersama dalam program tersebut ialah YDP Pas kawasan Keningau,Hisammuddin Sulaiman dan beberapa pimpinan kawasan dan cawangan.

Selain itu,Dr.Mujahid sempat mendengar permasalahan penduduk dalam program dialog bersama pemimpin di kampung tersebut.Yang menariknya ialah,sambutan daripada penduduk yang beragama Kristian amat menggalakkan dengan mereka sendiri menyertai Dewan Himpunan Penyokong Pas(DHPP)Pas Kawasan Keningau.Mereka mahu bersama Parti Islam Se-Malaysia(Pas) atas dasar menegakkan keadilan dan menolak agenda mungkar yang dibawa oleh Barisan Nasional.

Program bersama pemimpin PAS itu membincangkan perkara-perkara penting termasuklah isu tanah,pencemaran air,pembalakan haram dan keadilan sosial mengikut agama Islam.

Hisammuddin Sulaiman yang merupakan YDP Pas kawasan Keningau amat berpuas hati dengan sambutan rakyat di atas kehadiran YB.Dr.Mujahid bin Hj.Yusof Rawa.

Ketua Cawangan Pas di Kampung Batu Luriyan,Abdul Hairun mengatakan bahawa "mereka amat berbangga dengan kehadiran YB.Dr.Mujahid bin Hj.Yusof Rawa dan mereka amat berpuas hati dengan persetujuan YB Dr Mujahid yang ingin membawa permasalahan mereka ke Parlimen Malaysia .

i n t a n h i j a u

Posted: 17 Feb 2011 11:04 AM PST

i n t a n h i j a u


NGO PAKAT TUMBANGKAN BN

Posted: 17 Feb 2011 01:43 AM PST

PETALING JAYA, 17 Feb: Berpuluh-puluh NGO di Malaysia mencapai kata sepakat semalam untuk menjadikan agenda menjatuhkan  Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke 13 ini sebagai agenda bersama mereka.

Kata sepakat itu dicapai dalam pertemuan tertutup mereka di sebuah hotel dekat sini bersama para pemimpin Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan juga DAP.

PAS katanya diwakili oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, PKR oleh Setiausaha Agungnya, Saifudin Nasution Ismail manakala DAP diwakili oleh Ketua Pemudanya, Anthony Loke.

Menurut sumber, pertemuan tertutup itu dibuat atas jemputan Parti Sosialis Malaysia (PSM). Ia telah dihadiri oleh pelbagai NGO di Malaysia bagi membincangkan peranan Kuasa Ketiga (Third Force) dalam politik negara ini.

Sebelum ini, pelbagai pihak membincangkan peranan Kuasa Ketiga di samping BN dan Pakatan Rakyat dalam politik Malaysia.

Ia dipelopori oleh Raja Petra Kamarudin melalui laman webnya Malaysia Today bersama dengan apa yang dinamakan sebagai Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM)

MCLM telah dilancarkan oleh beliau dan rakan-rakannya pada 30 Oktober tahun lalu.

Menurut sumber, persidangan meja bulat semalam cuba membincangkan peranan Kuasa Ketiga.

Sumber itu berkata, selepas berbincang, mereka mencapai kata sepakat paranan mereka yang utama sebenarnya adalah menjatuhkan BN bukannya memecahkan Pakatan Rakyat.

Ini kerana, para NGO ini bimbang kalau-kalau kekeliruan berlaku di kalangan rakyat jika isu Kuasa Ketiga ini diperbesarkan sedangkan kewujudan kuasa atau pun power base mereka pun dipertikaikan.

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 17 Feb 2011 10:29 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


Thank you ALLAH...from all of us MALAYS, CHINESE, INDIANS,ENGLISH..

Posted: 17 Feb 2011 07:36 AM PST

You give us everything. We belong to you. You are the greatest!

PERPUSTAKAAN NEGERI BUAT PERSIAPAN UNTUK PINDAH

Posted: 17 Feb 2011 04:50 AM PST

Perpustakaan TUN UDA SHAH ALAM akan berpindah ke seksyen 9 SHAH ALAM

Untuk melicinkan proses perpindahan dan keselamatan bahan-bahan yang terlibat lembaga pengarah PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR memutuskan untuk membenar perpustakaan ini di tutup sementara untuk orang awam.
Kerajaan negeri telah membina sebuah perpustakaan yang baru yang bernilai RM70 juta dan sudah fasa terakhir untuk siap sepenuhnya. Justeru, perpustakaan Tun Uda perlu menumpu perhatian untuk proses perpindahan yang dijangka akan berlangsung tidak lama lagi.
Orang ramai digalakkan untuk mengunjungi perpustakaan daerah atau perpustakaan yang ada di PIHAK BERKUASA TEMPATAN seperti MBPJ dan lain-lain.
Baki 93 buah perpustakaan beroperasi seperti biasa di seluruh Selangor.

http://www.ppas.gov.my/v3/

zikir ubat hati

Posted: 16 Feb 2011 09:10 AM PST

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 17 Feb 2011 03:01 AM PST

:: cina islam | 2011 ::

CINA ISLAM (林川興)


Jejantas: Surat terbuka Nurul Izzah kepada Datuk Bandar KL

Posted: 17 Feb 2011 12:51 AM PST

14 Rabiul Awal 1432 H.
Oleh : Nurul Izzah.

Yang Berbahagia Datuk Seri Ahmad Fuad Bin Ismail

Datuk Bandar Kuala Lumpur

Tingkat 27, Menara DBKL 1

Jalan Raja Laut

50350 Kuala Lumpur

Assalamualaikum w.b.t Yang Berbahagia Datuk Seri Ahmad Fuad ,

PENJELASAN BERKENAAN DENGAN PROJEK JEJANTAS YANG MENGHUBUNGKAN PUSAT KONVENSYEN KL DAN HOTEL IMPIANA KLCC

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Buat pengetahuan pihak Yang Berbahagia Datuk Seri Ahmad Fuad, saya telah melawat projek Jejantas yang menghubungkan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan Hotel Impiana KLCC, yang telah membawa saya kepada persoalan-persoalan berikut:

1. Merujuk kepada laporan Bernama (terbitan The Star bertarikh 8hb September 2010), yang menyatakan, "Petronas telah menyumbangkan RM100 juta kepada pembangunan kemudahan dua-fasa ini yang menyokong usaha kerajaan bagi menggalak dan merangsang pertumbuhan industri pelancongan. KLCC (Holdings) Sdn Bhd (KLCC), sebuah subsidiari milikan-penuh Petronas telah ditugas mengurus peruntukan tersebut bersama DBKL sebagai penyelaras projek utama untuk laluan pejalan kaki di KL.";

Adakah DBKL dikecualikan dari meluluskan reka bentuk projek tersebut? Dan jikalau ya, megapakah Sunway Construction Sdn Bhd telah dilantik untuk meneruskan projek jejantas (fasa kedua) dan adakah tender terbuka dilaksanakan sebelum mereka dipilih?


2. Merujuk kepada laporan The Star bertarikh 9 Februari, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail dan ketua pegawai eksekutif KLCC (Holdings) Sdn Bhd telah "menandatangani surat perjanjian untuk penyerahan jejantas ini dari KLCCH ke DBKL."; 


Berapakah kos penyelenggaraan kemudahan ini (dan juga jejantas fasa kedua) pada tahun-tahun akan datang, dan siapa yang akan menanggung beban penyelenggaraan tersebut?

Saya amat berharap agar Yang Berbahagia Datuk Seri Ahmad Fuad dapat memberikan respon segera di atas persoalan dan permasalahan yang saya bangkitkan di dalam projek jejantas ini.

Segala kerjasama daripada pihak Yang Berbahagia Datuk Seri Ahmad Fuad, saya dahului dengan ucapan terima kasih dan mudah-mudahan segala kerja kita diberkati Allah S.W.T..

"Bersama Menegakkan Keadilan"

Sebuah Harapan Kepada Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau

Posted: 17 Feb 2011 12:40 AM PST

14 Rabiul Awal 1432 H.
Oleh : DR. RAJIEE HADI.

SEORANG anak jati Merlimau di perantauan memberitahu saya bahawa beliau turut merasakan dengung gendang pilihan raya kecil (PRK) kian bergema di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka. Yang menang akan dituntut melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat. Setiap omong-omong kosong akan dinilai rakyat dari semasa ke semasa.

Sehubungan ini, kita akan menyaksikan beberapa peruntukan dan bajet pembangunan mengejut akan mencurah-curah datang; terutamanya fenomena mahu menambat hati pengundi bukan Melayu, pengundi atas pagar dan pengundi yang pandai bermain silap mata.
Apa yang kita tidak mahu, pihak yang menaburkan projek jangan terpedaya dengan kelicikan pengundi minoriti yang muncul secara tiba-tiba menangguk di air keruh. Keadilan bukanlah bermakna konsep kesamarataan tetapi keadilan hendaklah kena pada tempatnya.

Kita tidak mahu, masjid Kampung Simpang Pantai yang berusia hampir 100 tahun terbiar reput kerana dimamah usia. Kita juga tidak mahu sekolah agama rakyat yang masih berdinding kayu akan rebah menyembah bumi. Dan kita juga tidak mahu sepanjang jalan antara pekan Merlimau ke bandar Jasin, keadaannya bergelap pada malam hari dan membahayakan penggunanya.

lnilah senario yang patut difokuskan dan antara permintaan penduduk DUN Merlimau untuk kesejahteraan mereka. Usahlah mewawarkan berlebih-lebihan bantuan pembinaan dan penyediaan tapak SJK Tamil yang kelak menikam diri sendiri. Walhal anak-anak kaum lndia yang sekitar ratusan sahaja; biarlah dibantu mengikut peruntukan yang sederhana berdasarkan atas keperluan.

Kita tidak mahu projek jutaan ringgit yang ditaburkan akan lebih terarah kronisme dan korupsi. Kita tahu dan sedia akur dalam apa jua PRK usaha menambat hati pengundi menjadi agenda utama. Namun kita tidak mahu umpama 'ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan'.

Justeru adalah lebih baik kempen dan janji diberikan untuk kesejahteraan rakyat yang menghadapi beban kenaikan harga barangan, minyak dan desakan hidup. Dan berusaha memberi jaminan kepada ribuan graduan menganggur mengisi peluang-peluang pekerjaan di sektor kerajaan dan swasta.

Dan tidak lupa memfokuskan usaha membela nasib anak-anak Melayu/lslam dan bumiputera selaras dengan hak-hak mereka dalam Perlembagaan Persekutuan. Apatah lagi lebih 60 peratus pengundi Merlimau terdiri pengundi Melayu/lslam.

Seperkara yang harus diingat, dalam sibuk-sibuk projek ditaburkan dan tender-tender mula dirangka, pernahkah para pemimpin Melayu /lslam dan bumiputera memikirkan sejenak betapa anak-anak pribumi di menara ganding terpaksa mengikat perut kerana wang pinjaman PTPTN terpaksa ditolak dengan bayaran yuran dan sewa asrama IPT yang mahal sekarang?

Apakah ini kesan dasar penswastaan yang menolak kebajikan rakyat? Jawapannya ada di tangan rakyat. Ketahuilah bahawa dengan wang pinjaman PTPTN yang berbaki kecil itulah digunakan oleh para pelajar yang tidak berkemampuan untuk perbelanjaan makan minum dan buku-buku yang tidak mencukupi.

Apalah salahnya memberi biasiswa kepada semua pelajar bumiputera IPTA dengan beberapa syarat sebagai dorongan motivasi kerana kejayaan mereka mengangkat maruah agama dan bangsa. Pada mulanya ramai antara kita tidak percaya akan keluhan para pelajar di IPT sekarang dan menuduh mereka tidak mahu berdikari.

Tetapi apabila saya sendiri meneliti bayaran-bayaran caj yang dikenakan oleh lPT sekarang, barulah saya akur akan penderitaan mereka. Harapan mereka walau tanpa biasiswa pun, paling kurang jika bayaran asrama dihapuskan atau diminimumkan cajnya sudah memadai.
Ketahuilah anak-anak bumiputera bakal di kelilingi beban hutang dan tekanan hidup pada masa mendatang. Bahkan mereka juga menghadapi pelbagai cabaran kehidupan era ICT ini sama ada yang terpaksa diterima atau ditolak.

lnilah salah satu bahagian episod kehidupan yang tidak pernah pun disentuh dalam PRK! ltu belum lagi masalah keruntuhan akhlak anak-anak remaja Melayu-lslam. Apakah ini kerana para pemimpin kini terlalu banyak politiking. Sebenarnya banyak masalah besar lagi di hadapan kehidupan kita!

Kemarahan Arab kini berpusat di Bahrain

Posted: 17 Feb 2011 12:26 AM PST

14 Rabiul Awal 1432 H.

MANAMA - Selepas Tunisia dan Mesir, penunjuk perasaan antikerajaan di Bahrain pula memenuhi sebuah dataran di ibu negara itu, semalam, pada hari ketiga protes ganas yang menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang maut.

Penduduk negara itu menuntut Perdana Menteri, Sheikh Khalifa bin Salman al-Khalifa berundur selepas memegang jawatan itu selama empat dekad bermula semasa kemerdekaan Bahrain pada 1971.

Orang ramai juga enggan bersurai walaupun selepas pemimpin negara itu memohon maaf atas kematian dua penunjuk perasaan yang ditembak oleh polis.

Selain itu, terdapat laporan awal mengenai jaringan internet di Bahrain mula disekat oleh kerajaan bagi menghalang penunjuk perasaan menganjurkan protes, sama seperti yang berlaku di Mesir, akhir bulan lalu.

Ribuan penunjuk perasaan memenuhi Bulatan Mutiara di Manama yang berfungsi serupa dengan Dataran Tahrir di Kaherah, Mesir sebagai pusat protes.

Raja Bahrain, Sheikh Hamad Isa Al-Khalifa mengucapkan takziah atas kematian dua penduduk negara itu dan berjanji akan menyiasat pembunuhan mereka, Selasa lalu.

Sementara itu, Amerika Syarikat menyuarakan kebimbangan berhubung protes di Bahrain, iaitu sekutu kuat Washington.

Ribuan penduduk Bahrain mula memenuhi jalan raya di negara kecil itu sejak Isnin lalu selepas mendapat inspirasi daripada kejayaan kebangkitan rakyat di Tunisia dan Mesir.

Sinar Harian/-

Mahkamah tetapkan 28 Februari keputusan kes Aminul Rashid

Posted: 17 Feb 2011 12:17 AM PST

14 Rabiul Awal 1432 H.

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 28 Februari ini sebagai tarikh keputusan di akhir kes perbicaraan kematian Aminul Rashid Amzah. Hakim Latifah Mohd Tahar membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, pagi tadi.

Sinar Harian/-

Hanya 3 Melayu antara 20 individu terkaya di M'sia

Posted: 16 Feb 2011 11:56 PM PST

14 Rabiul Awal 1432 H.

Jumlah kekayaan terkumpul 40 individu terkaya di Malaysia meningkat 30 peratus disebabkan oleh pasaran saham yang aktif dan pengembangan ekonomi negara, lapor majalah perniagaan
Malaysian Business.

Menurut majalah terbitan 16 Februari itu, jumlah kekayaan terkumpul mereka pada 21 Januari tahun ini RM206.27 bilion berbanding RM156.7 bilion setahun lalu.

Peningkatan itu selaras dengan kenaikan 20 peratus di FBM KLCI.

Jumlah bilionaire bagi tahun ini juga meningkat iaitu 27 orang - lima lebih ramai berbanding tahun lalu.

Daripada 20 individu terkaya itu, hanya tiga adalah golongan bumiputera.

Mereka adalah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary Foundation yang menerajui Kumpulan DRB-Hicom. Beliau menduduki tangga ketujuh dengan kekayaan RM8.84 bilion.

Di tangga kesebelas adalah Tan Sri Azman Hashim daripada Kumpulan Arab-Malaysian dengan kekayaan RM3.9 bilion manakala anak mantan perdana menteri, Datuk Mokhzani Mahathir (kanan) dari Kenchana Petroleum di tangga ke-19 dengan RM1.6 bilion.

Terus mendahului senarai itu adalah Tan Sri Robert Kuok, dengan kekayaan RM50.04 bilion manakala Tan Sri T Ananda Krishnan di tangga kedua dengan RM45.78 bilion.

Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank pula naik ke tangga ketiga dengan kekayaan diramalkan pada RM12.77 bilion. Tempat keempat adalah pemilik IOI Corporation Bhd - Tan Sri Lee Shin Cheng dengan kekayaan RM12.74 bilion.

Kedudukan Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting kekal pada tangga kelima pada nilaiRM10.89 bilion manakala pemilik Kumpulan Hong Leong - Tan Sri Quek Leng Chan menduduki tangga keenam pada RM10.75 bilion.

Malaysiakini/-

Semakan keputusan kes Beng Hock 23 Mei

Posted: 16 Feb 2011 09:44 PM PST

14 Rabiul Awal 1432 H.

SHAH ALAM, 17 Feb: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menetapkan 23 Mei depan sebagai tarikh pendengaran semakan kehakiman terhadap keputusan terbuka Mahkamah Koroner membabitkan kematian setiausaha politik exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki menetapkan demikian berikutan permohonan oleh pihak pendakwaan yang diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Dzulkifli Ahmad.

Peguam Karpal Singh yang mewakili keluarga Teoh pada pagi ini tidak mengemukakan sebarang bantahan selepas Mohtarudin menetapkan tarikh itu.

Di luar mahkamah, Karpal memberitahu pemberita bahawa pendengaran semakan keputusan koroner itu adalah berlainan daripada siasatan yang sedang dijalankan oleh Suruhanjaya Diraja mengenai punca kematian Teoh.

Beliau berkata sepatutnya siasatan Suruhanjaya Diraja tidak berjalan serentak dengan semakan kehakiman berkenaan.

Semakan kehakiman itu dibuat oleh Pejabat Peguam Negara yang tidak berpuas hati dengan penghakiman keputusan terbuka yang dibuat pada 5 Januari lalu.

Koroner Azmil Muntapha Abas dalam penghakiman terbuka berhubung inkues Teoh, yang ditemui mati pada 16 Julai 2009 memutuskan punca kematian pembantu politik itu bukan kerana bunuh diri mahupun dibunuh.

Sementara itu, anggota suruhanjaya berkenaan melawat tempat Teoh ditemui mati di Plaza Masalam, dekat sini pagi tadi.

Pengerusinya Tan Sri James Foong Cheng Yuen dan empat anggota lain tiba di bangunan itu pada 9.50 pagi.

Ini merupakan lawatan pertama anggota suruhanjaya ke lokasi kejadian sejak ia memulakan prosidingnya Isnin lalu.

Anggota lain suruhanjaya ialah bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk T. Selventhiranathan serta Pakar Perunding Patologi Forensik, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik dan Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Harakahdaily/-

Semoga Mahathir dapat hidayah

Posted: 16 Feb 2011 09:27 PM PST

14 Rabiul Awal 1432 H.

KUALA LUMPUR, 17 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat hidayah Allah SWT.

"Saya tidak berhasrat setakat ini untuk mengulas jawapan Tun Mahathir terhadap saya seperti yang tersiar di muka hadapan akhbar Utusan pada hari ini," tulis beliau yang juga Menteri Besar Kelantan di laman Twitter.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan Mahathir berkata, tujuan hidup Mursyidul Am PAS itu hanyalah untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, Nik Abdul Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam Umno, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya.

Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan itu juga sanggup bekerjasama dengan pihak yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS di samping mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya umat Islam melonggarkan pegangan mereka terhadap ajaran Islam.

''Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya di dalam pilihan raya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah tetapi kemenangan dalam pilihan raya.

''Orang Umno beragama Islam. Walaupun bagi Nik Abdul Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong PAS namun dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli Umno dan ahli PAS juga adalah orang Islam,'' ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian di dalam entri terbarunya bertajuk 'Jawapan Kepada Nik Aziz' di blognya http://chedet.co.cc/chedetblog hari ini.

"Cukuplah saya berkata, saya simpati dengan beliau, semoga beliau mendapat hidayah Allah SWT," kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Harakahdaily/-

NGO jadikan jatuhkan BN agenda bersama

Posted: 16 Feb 2011 09:07 PM PST

14 Rabiul Awal 1432 H.

PETALING JAYA, 17 Feb: Berpuluh-puluh NGO di Malaysia mencapai kata sepakat semalam untuk menjadikan agenda menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke 13 ini sebagai agenda bersama mereka.

Kata sepakat itu dicapai dalam pertemuan tertutup mereka di sebuah hotel dekat sini bersama para pemimpin Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan juga DAP.

PAS katanya diwakili oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, PKR oleh Setiausaha Agungnya, Saifudin Nasution Ismail manakala DAP diwakili oleh Ketua Pemudanya, Anthony Loke.

Menurut sumber, pertemuan tertutup itu dibuat atas jemputan Parti Sosialis Malaysia (PSM). Ia telah dihadiri oleh pelbagai NGO di Malaysia bagi membincangkan peranan Kuasa Ketiga (Third Force) dalam politik negara ini.

Sebelum ini, pelbagai pihak membincangkan peranan Kuasa Ketiga di samping BN dan Pakatan Rakyat dalam politik Malaysia.

Ia dipelopori oleh Raja Petra Kamarudin melalui laman webnya Malaysia Today bersama dengan apa yang dinamakan sebagai Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM)

MCLM telah dilancarkan oleh beliau dan rakan-rakannya pada 30 Oktober tahun lalu.

Manurut sumber, persidangan mejabulat semalam cuba membincangkan peranan Kuasa Ketiga.

Sumber itu berkata, selepas berbincang, mereka mencapai kata sepakat paranan mereka yang utama sebenarnya adalah menjatuhkan BN bukannya memecahkan Pakatan Rakyat.

Ini kerana, para NGO ini bimbang kalau-kalau kekeliruan berlaku di kalangan rakyat jika isu Kuasa Ketiga ini diperbesarkan sedangkan kewujudan kuasa atau pun power base mereka pun dipertikaikan.

Harakahdaily/-

Pilihan raya Mesir dalam tempoh enam bulan

Posted: 16 Feb 2011 07:36 PM PST

14 Rabiul Awal 1432 H.

KAHERAH - Angkatan tentera Mesir mula merangka jadual peralihan kuasa kepada kerajaan yang akan dipilih rakyat dan menegaskan institusi itu tidak mahu mentadbir politik di negara yang diperintah secara kuku besi selama enam dekad.

Tentera Mesir yang dipuji kerana membantu revolusi kekal aman kini berada di bawah tekanan supaya membentuk kerajaan demokrasi baru selain masalah subsidi dan gaji pekerja.

Perarakan menuntut demokrasi di Mesir hampir tamat selepas bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletak jawatan, Jumaat lalu, tetapi ribuan pekerja bank, kilang, syarikat minyak dan kerajaan melancarkan mogok minggu ini.

"Majlis Tertinggi Tentera berharap dapat memindahkan kuasa kepada kerajaan baru yang dipilih rakyat secara adil dan aman dalam tempoh enam bulan dari sekarang," menurut kenyataan pasukan tentera, kelmarin.

Satu jawatankuasa yang diketuai oleh seorang hakim bebas ditubuhkan dan diberikan tempoh 10 hari untuk menggariskan pembaharuan yang perlu dibuat kepada perlembagaan negara itu sebelum pungutan suara rakyat diadakan.

Sinar Harian/-

Pas minta tolak jahiliah moden

Posted: 16 Feb 2011 07:15 PM PST

14 Rabiul Awal 1432 H.

SENAI – Umat Islam diminta memulakan tekad baru sempena sambutan Maulidur Rasul, dengan menolak jahiliah moden.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, jahiliah moden itu adalah pemimpin yang jadikan rakyat hamba.

Jahiliah moden, katanya, adalah mereka yang menentukan harta negara berlegar sesama mereka sahaja, yang terlibat dengan rasuah dan zalim.

Beliau berkata umat Islam perlu mengamalkan perjuangan Islam sebenarnya, iaitu yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Dalam perutusannya sempena sambutan Maulidur Rasul semalam. Abdul Hadi umat Islam perlu ikuti teladan Rasulullah yang diutus Allah SWT, untuk membebaskan manusia daripada belenggu jahiliah.

"Kita melihat bagaimana kehidupan masyarakat Arab jahiliah sebelum kedatangan Rasulullah yang penuh dengan perhambaan dan kezaliman, tetapi semuanya berubah selepas kedatangan Islam," katanya.

Abdul Hadi berkata, jasa besar Rasulullah adalah membawa Islam yang menerangi manusia, yang memerdekakan manusia daripada diperhamba, dijajah, dizalimi dan menzalimi sesama manusia di mana manusia yang merdeka mempunyai hak untuk dihormati.

Katanya, kejayaan besar penjajah barat pula ialah memesongkan umat Islam daripada politik Islam di zaman baginda.

"Hasilnya lahirlah umat Islam yang menerima sahaja siapa sekalipun menjadi pemerintah mereka, walaupun zalim kepada rakyat, kerana bagi mereka urusan politik tidak ada kaitan dengan agama.

"Politik Islam terbukti memberi keadilan kepada semua agama dan kaum, disambung pula oleh pemerintahan Islam selepas baginda, yang membuktikan sesuatu kaum, khususnya Arab, tidak selama-lamanya menjadi pemimpin.

"Rasulullah telah membuktikan Islam tidak membenarkan perhambaan sesama manusia, Islam memberikan hak kepada rakyat, kepada wanita dan kaum minoriti, dan Islam memberi keadilan kepada seluruh makhluk di atas muka bumi ini.

Teladan inilah yang sepatutnya kita ikuti dengan menolak perjuangan sempit atas nama perkauman yang terbukti zalim dan tidak memberi keadilan kepada rakyat," katanya.

Sinar Harian/-

Kompaun : Makin Lambat, Makin Tinggi Bayar

Posted: 16 Feb 2011 06:45 PM PST

14 Rabiulawal 1432H [MOD]-
PUTRAJAYA 17 FEB : Mulai 1 Mac ini, pengguna jalan raya akan berhadapan dengan kadar kompaun baru saman kesalahan lalu lintas berikutan penyusunan semula kesalahan lalu lintas, yang dipersetujui Kabinet semalam.

Kadar kompaun baru itu akan dikenakan kepada empat kategori kesalahan berbanding tiga kategori sebelum ini dengan kompaun minimum sebanyak RM40 dan maksimum RM300 bagi kelas kenderaan jenis motosikal 250cc dan ke bawah; dan kelas semua jenis kenderaan lain.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha (gambar) berkata kadar kompaun baru itu ditetapkan mengikut kelas kenderaan; tahap keseriusan dan jenis kesalahan.

"Ia juga akan menyaksikan nilai kompaun bertambah mengikut tempoh pembayaran kompaun berdasarkan kepada prinsip 'The More You Delay, The More You Pay' (Makin Lewat, Makin Banyak Perlu Dibayar)", katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Tahun Baru Cina di kementeriannya di sini, semalam.

Tempoh pembayaran dibahagi kepada tiga peringkat iaitu pembayaran pada hari pertama hingga hari ke-15, pada hari 16 hingga hari ke-30 dan pada hari ke-31 hingga hari ke-60.

Bagi saman-saman yang tidak diselesaikan selepas hari ke-60, saman-saman itu akan didaftarkan sebagai kes di mahkamah.

Kong berkata kompaun berganda akan dikenakan terhadap pemandu yang melakukan mana-mana kesalahan lalu lintas secara berulang.

"Kompaun berganda itu melibatkan kesalahan dalam kategori pertama, kedua dan ketiga atau kombinasi daripada mana-mana kesalahan daripada kategori tersebut sebanyak tiga kali atau lebih dalam tempoh dua bulan daripada tarikh melakukan kesalahan pertama," jelasnya.

Kong berkata kadar kompaun bagi kategori pertama dikekalkan maksimum RM300 kerana ia melibatkan kesalahan-kesalahan yang menyumbang kepada kadar kemalangan jalan raya, kesesakan lalu lintas dan kesalahan berkaitan dengan perkhidmatan teksi.

Kadar sama dikenakan kepada kesalahan memandu melebihi daripada had laju, gagal mematuhi peraturan lampu isyarat, memotong di garisan berkembar, mengekori kenderaan dengan rapat, memotong barisan, memandu di lorong kecemasan dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

"Kesalahan tersebut adalah serius dan perlu dikenakan kompaun yang lebih tinggi, berbanding dengan kesalahan-kesalahan kecil lain dan ia melibatkan semua jenis kenderaan termasuk motosikal," kata menteri itu.

Bagi kategori-kategori yang lain, kadar kompaun adalah berdasarkan tempoh pembayaran dan mengikut tahap keseriusan sesuatu kesalahan.

Kong berkata kerajaan memberi pertimbangan kepada penunggang motosikal di bawah 250cc di mana mereka diberi kadar kompaun lebih rendah berbanding dengan lain-lain kenderaan kecuali bagi kesalahan kategori pertama.

Antara lain, Kong berkata Orang Kena Saman (OKS) tidak dikenakan mata demerit di bawah Sistem KEJARA sekiranya mereka menyelesaikan saman tertunggak dalam tiga bulan.

Kong berkata kadar kompaun baru dipersetujui oleh semua pihak berkepentingan termasuklah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan agensi-agensi berkaitan.

"Ia akan diselaraskan oleh semua agensi penguatkuasa termasuk Pihak Berkuasa Tempatan," katanya.

Mesyuarat yang diadakan bagi penyusunan semula kesalahan-kesalahan lalu lintas turut melibatkan Badan-badan Bukan Kerajaaan (NGO) dan syarikat insurans, katanya. -BERNAMA

Ibu Mohamad Sabu meninggal dunia

Posted: 16 Feb 2011 06:34 PM PST

14 Rabiul Awal 1432 H.
Oleh : Mohd Sabri Said.

TASEK GELUGOR, 17 Feb: Ibu kepada AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu, Halijah Mat, 91, meninggal dunia pada jam 1.30 pagi tadi di kediamannya di Kampung Guar Petai, Tasek Gelugor, Seberang Perai.

Menurut Mohamad, ibunya meninggal kerana sakit tua dan pernah diserang angin ahmar sebanyak tiga kali sebelum ini.

Kali terakhir serangan angin ahmar ialah pada minggu lalu dan dimasukkan ke hospital swasta di Bukit Mertajam.

Allahyarhamuha meninggalkan tujuh orang anak iaitu Fatimah, Abdullah, Zainab, Sofiah, Mohamad, Kasim dan Zaleha.

Jenazahnya akan disembahyangkan di Masjid Padang Menora dan dikebumikan selepas Zohor nanti di Tanah Perkuburan Islam di tempat yang sama.

Sementara itu Yang Dipertua PAS Tasek Gelugor, Ustaz Khalid Man ketika dihubungi berharap Haji Mohamad dan keluarganya bersabar terhadap dugaan yang diterimanya.

Semoga rohnya tambah beliau, senantiasa dilimpahi rahmat dan diletakan bersama orang-orang yang beriman.

Harakahdaily/-

365 maut sepanjang demonstrasi selama 18 hari di Mesir

Posted: 16 Feb 2011 06:30 PM PST


14 Rabiulawal 1432H [MOD]-

KAHERAH 17 Feb. - Sekurang-kurangnya 365 orang terkorban dalam insiden tunjuk perasaan yang yang berlaku selama 18 hari sejak 25 Januari lalu, menurut kementerian kesihatan Mesir hari ini.

Itu adalah jumlah menyeluruh pertama yang diberikan oleh kerajaan dalam pemberontakan yang menggulingkan pemimpin lama Hosni Mubarak.

Menterinya, Ahmed Sameh Farid berkata jumlah tersebut hanya bilangan awal orang awam yang terbunuh dan tidak termasuk polis dan tahanan. - Agensi

10 Waktu Mustajab Untuk Berdoa

Posted: 16 Feb 2011 06:15 PM PST

14 Rabiul Awal 1432 H.
Oleh : Ustaz Zahazan.

Anda sentiasa berdoa tapi masih tak dimakbul kan lagi? Kenapa? Mungkin juga sebab anda berdoa tak kena pada tempat @ masanya.

Berikut ini saya kongsikan info mengenai 10 waktu yang paling sesuai atau waktu yang paling mustajab untuk kita berdoa.

Mudah-mudahan, bila kita berdoa waktu yang mustajab ini, doa kita akan mudah di makbul kan oleh Allah Ta'ala. InsyaAllah.

10 Waktu Mustajab Untuk Berdoa

1. Ketika hujan.

2. Hendak memulakan solat dan selepas solat.

3. Ketika menghadapi musuh dalam peperangan.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah iaitu pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan."

(Hadis mursal yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab al-Azkar)

4. Antara azan dan iqamat.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Tidak ditolak doa yang dimohonkan antara azan dan iqamat." (Riwayat al-Tirmizi)

5. Ketika iktidal yang akhir dalam solat.

6. Ketika sujud dalam solat.

7. Ketika khatam al-Quran (30 juzuk).

8. Sepanjang malam, terutamanya pada sepertiga yang akhir dan pada waktu sahur.

9. Sepanjang hari Jumaat.

Kerana mengharapkan bertemu dengan saat ijabah (saat diperkenankan doa) yang terletak antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.

10. Antara waktu Zuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib.

Kerajaan ‘ala Mubarak’ tidak akan gugur kes saya, dakwa Anwar

Posted: 16 Feb 2011 05:45 PM PST

TERKINI
14 Rabiulawal 1432H.[MOD]-
GOMBAK, 17 Feb — Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya tuduhan liwat yang dikenakan terhadapnya tidak mungkin akan digugurkan walaupun wujud bukti baru menunjukkan tiada unsur penetrasi sebagaimana didedahkan di mahkamah semalam.

Ini kerana menurut Anwar, kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) menjurus kepada corak pemerintahan bekas presiden Mesir Hosni Mubarak, yang akan "mengorbankan" sesiapa sahaja demi kepentingan sendiri.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, bukti terbaru yang muncul berdasarkan kandungan laporan awal proforma, yang diberitahu di mahkamah semalam, jelas membuktikan beliau tidak terlibat tuduhan liwat ke atas bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ketika perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, laporan awal menunjukkan Saiful ada memaklumkan doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) bahawa Anwar telah "cuba" untuk meliwatnya dan tiada penetrasi.

Dr Khairul Hakim, salah seorang doktor HKL yang memeriksa Saiful mengakui bahawa laporan proforma menyebut Saiful ada memberitahu doktor-doktor pada 28 Jun 2008 tentang adanya cubaan untuk meliwatnya dan seks oral tetapi bukan penetrasi yang sebenar.

"Tapi saya didakwa meliwat bukan cubaan meliwat, dunia mana pun kes seperti ini sudah dibuang," kata Ketua Umum Pakatan Rakyat yang mengulangi kesnya harus ditarik balik.

"Tapi dalam kes (Datuk Seri) Najib (Razak) dan (Datin Seri) Rosmah (Mansor) ala Mubarak tidak boleh," kata Anwar pada majlis pelancaran Kempen Penerangan Bantah Saman Ekor di sini malam tadi.

Ekoran bukti baru itu, Anwar mahu tuduhan liwat terhadapnya digugurkan.

Ini kali kedua Anwar berhadapan dengan kes liwat dan beliau seringkali mendakwa tuduhan ke atasnya bermotifkan politik.

Perbicaraan disambung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh berhujah bahawa penemuan bukti baru itu menunjukkan tuduhan ke atas anak guamannya tidak berasas.

Semalam, Karpal berkata hanya Peguam Negara yang ada kuasa untuk menarik balik tuduhan ke atas anak guamannya.

Dalam pada itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar pula mendakwa langkah kerajaan menswastakan saman ekor melalui Sistem Penguatkuasaan Secara Automatik (AES) adalah untuk menampung perbelanjaan Umno-Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata pelaksanaan sistem AES yang diserahkan kepada dua syarikat iaitu Commerical Circle (M) Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd akan memberikan satu tekanan kepada rakyat.

"Saya berkeyakinan dua syarikat ini mempunyai kaitan dengan Umno-BN dan sudah pasti hasil keuntungan yang akan diperoleh nanti akan diberikan kepada parti ini, sudah pasti keuntungan yang berjuta ringgit ini pasti ada pihak yang dapat keuntungan.

"Sudah tentu ada habuan yang akan dibayar kepada Umno-BN untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13, sebab itu kita bantah saman ekor dan bantah penswastaan saman ekor," katanya pada majlis pelancaran kempen itu.

Tambah Mahfuz, pihaknya masih menjalankan siasatan terperinci mengenai dua syarikat yang diberikan kuasa untuk melaksanakan AES itu.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, tindakan kerajaan pimpinan Najib terpaksa bergantung kepada hasil wang saman ekor berbanding hasil negara.

"Kerajaan sekarang begitu kejar rakyat sampai ke lubang cacing semata-mata untuk cekik darah rakyat untuk menampung perbelanjaan negara.

"Hasil negara sudah tidak mencukupi kerana ia hilang begitu sahaja disebabkan pembaziran, ketirisan dan rasuah yang berlaku," katanya.

Sesi penerangan tersebut akan menjelajah ke seluruh negara dengan memberi tumpuan kepada mangsa saman ekor.

Sebelum ini PAS telah melancarkan Kempen Anti Saman Ekor (KASE) yang diketuai Mahfuz dalam usaha membela nasib rakyat yang menjadi mangsa saman ekor.

Anwar pula berkata langkah terbaru Umno-BN itu menunjukkan mereka semakin terdesak untuk menambah perbelanjaan negara.

"Ini salah satu cara kerajaan untuk memperkayakan syarikat yang ada kaitan dengan Umno-BN, dalam pilihan raya umum ke-13 nanti Umno-BN pasti tumbang sebab itu masa sekarang mereka rompak habis-habisan," katanya.

Turut hadir sama Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.(MInsider)

Kampung Bakam masih mundur, Mana janji Adun BN?

Posted: 16 Feb 2011 05:40 PM PST

14 Rabiul Awal 1432 H.
Oleh : Norhadie Sahari.

Kerajaan bangunkan Tamu Bakam dalam RMK-10

MIRI: Tamu Bakam yang juga dikenali sebagai Bakam Point bakal
dibangunkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) di kawasan
perkampungan nelayan Bakam bagi merancakkan lagi ekonomi dan sosial
masyarakatnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Datuk Aidan Wing berkata
perkampungan nelayan di Bakam itu juga bakal dijadikan kampung angkat
oleh Persatuan Melanau Miri (PMM) bagi merealisasikan hasrat tersebut.
"Kita sekarang memberi fokus untuk memajukan Bakam sebagai pintu masuk
bagi kawasan Lambir berikutan kedudukannya yang strategik dalam
memajukan dan meningkatkan pendapatan penduduk setempat," katanya pada
majlis Hari Keluarga PMM semalam, Aidan menjelaskan, Bakam Point
berkenaan bakal dibina di tapak sedia ada dan dijangka meningkatkan
lagi sumber pendapatan penduduk yang kebanyakan bekerja sendiri
sebagai nelayan dan petani.

Menurutnya, Tamu Bakam akan dibina di atas
sebidang tanah berkeluasan 0.86 ekar dengan kos pembinaan dianggarkan
berjumlah RM400,000. "Kita juga telah memohon peruntukan berjumlah
RM4.9 juta daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
bagi memperkembangkan sector ekonomi penduduk Lambir terutamanya di
Bakam," tambahnya.

Sehubungan itu, Tamu Bakam kelak bakal menjadi simbol ekonomi penduduk Lambir, seterusnya merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan rakyat berpendapatan tinggi. Dalam majlis yang sama, beliau juga menyarankan supaya ibu bapa mengutamakan
pendidikan anak-anak mereka kerana mereka juga bakal menerajui
kepimpinan negara pada masa akan datang.

"Pendidikan adalah penting pada masa ini kerana kerajaan memerlukan guna tenaga kerja berkemahiran dan berpengetahuan untuk membangunkan Koridor Tenaga
Diperbaharui Sarawak (SCORE)," katanya.

Menurutnya, pada tahun 2030,kerajaan memerlukan sekurang-kurangnya 2.3 juta pekerja berkemahiran dan berpengetahuan untuk diserapkan dalam SCORE.

Ulasan Dari PAS Miri

Mengulas kenyataan yang dibuat oleh Adun Lambir pada tahun lalu (2010)
untuk memberi fokus untuk memajukan Bakam sebagai pintu masuk bagi
kawasan Lambir berikutan kedudukannya yang strategik dalam memajukan
dan meningkatkan pendapatan penduduk setempat. Kita dapati Kampung
Bakam masih lagi terpinggir dari arus pembangunan.

Kampung Bakam adalah sebuah perkampungan yang berhampiran dengan pantai laut cina
selatan, kebanyakan penduduknya bekerja sebagai petani dan juga nalayan. Kampung Bakam jarak perjalanan ke bandaraya Miri lebih kurang setengah jam ke pusat Bandar.

Jalan masuk ke dalam kampung Bakam terlalu sempit dan tidak sesuai untuk kenderaan besar. Sudah hampir bertahun-tahun lamanya penduduk kampung Bakam memohon jalan yang lebih luas dan bertar kedalam kampung tetapi sehingga kini hanya ada
sebahagian kecil sahaja ada jalan bertar itu pun sempit dan kecil
hanya sesuai untuk motorsikal saja dan jalan yang terdapat diluar atau
sekitar jalan kampung pun separuh bertar, Apabila masuk kedalam
pendalaman sedikit jalan masih teruk seperti yang terdapat dalam
gambar ini.


Jalan berlumpur dan becak apabila waktu hujan. Sukar bagi petani atau
perkebun menjalankan aktiviti pertanian serta membawa hasil kebun
mereka ke Bandar.

Bukan saja itu masih ada lagi rumah penduduk yang belum mendapat
bakalan air bersih dan masih menggunakan air perigi dan juga bakalan
api elektrik pun belum semua yang dapat menikmatinya disebabkan kos
pemasangan yang terlalu mahal buat keluarga yang miskin.

Kita memohon agar pihak yang berkenaan jangan hanya pandai berjanji
tetapi tidak dapat melaksanakan janji mereka apabila tiba waktu janji
tersebut dinanti-nantikan oleh penduduk kampung sampai sekarang pun
tidak kelihatan. PAS dan PAKATAN Rakyat sangat perihatin tentang nasib
penduduk kampung yang sudah lama ketinggalan dalam arus pembangunan.
Selama ini nasib penduduk kampung terabai tanpa dipedulikan oleh Adun
yang berkenaan kecuali apabila musim pilihanraya barulah muncul muka
pemimpin Bn merayu undi dari penduduk kampung.

Mereka akan berjanji seperti biasa kepada penduduk dimana akan diberi peruntukan kemudahan asas serta naik taraf jalan di kampung tersebut tetapi bila habis
pilihanraya semuanya tinggal janji saja. Penduduk kampung dengan penuh
kesabaran menunggu bila lagi kampung mereka akan dinaik tarafkan.

Begitulah nasib penduduk dan rakyat Sarawak yang setia dengan BN.
Mereka hanya dijadikan alat untuk meraih undi dan mereka tidak dapat
apa yang mereka hajati kerana hanya segelintir saja yang ada kepentingan dengan pemimpin BN saja yang akan mendapat hasil tersebut.

Kita selalu mendengar BN berjanji memberi peruntukan yang
berbilion-bilion ringgit untuk kemudahan asas rakyat tetapi siapa yang
dapat hasil tersebut adakah rakyat atau pemimpin BN? Kita mohon agar
peruntukan tersebut hendaklah disalurkan dengan segera tanpa sebarang
alasan lagi kerana apa yang penduduk mahu adalah kemudahan asas
bukannya janji-janji kosong saja.

Tepuk dada tanya iman masing-masing semasa mengundi kelak fikirlah
baik2 sebelum menyesal di kemudian hari. Kita sudah memberi peluang
kepada BN memerintah hampir 50 tahun di Sarawak tetapi rakyat Sarawak
tetap masih ramai yang hidup dalam kemiskinan. Ubahlah sekarang demi
kesejahteraan ummah. Kita adalah tuan yang sebenarnya bukannya wakil
rakyat.

Kerana kitalah yang menentukan siapa yang layak menjadi wakil
kita dalam Dun atau parlimen. Jadi kita ingatkan wakil rakyat
janganlah sombong dan menyalahgunakan kuasa apabila sudah dilantik
jadi wakil rakyat. Laksanakan tugas kamu dengan adil dan amanah demi
kebajikan rakyat semua tanpa mengira agama,bangsa dan fahaman politik
masing-masing.

Kalau kamu sudah tidak mampu melaksanakan tugas dan
amanah kamu bagilah peluang pula pada PAS dan PAKATAN Rakyat untuk
memerintah, Isya-Allah pasti ada perubahan yang lebih baik untuk
rakyat semua.

MPKB-BRI jelaskan tuduhan lindungi premis maksiat

Posted: 16 Feb 2011 05:09 PM PST

14 Rabiul Awal 1432H.
Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 16 Feb: Tuduhan kononnya Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) melindungi premis maksiat termasuk sarang pelacuran oleh media masa termasuk blog peribadi pihak tertentu bertujuan untuk memburukkan imej Pihak Berkuasa Tempatan.

Ianya juga bertujuan untuk memburukkan imej kerajaan negeri di bawah pentadbiran Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sehingga mendakwa MPKB-BRI bersekongkol dengan pihak yang tidak bermoral itu.

Ketua Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Ustaz Ropein Hassan, berkata pihaknya mengadakan operasi hampir setiap malam khususnya di kawasan yang disyaki berlakunya perkara terbabit.

Menurutnya, bukan itu sahaja pihaknya turut mengadakan operasi bersepadu dengan Jabatan Halehwal Agama Islam, Imigresen dan polis bila difikirkan perlu.

"Jadi tidak timbul pihak MPKB hanya berdiam diri apa lagi bersekongkol kerana kita sejak sekian lamanya mengadakan operasi demi operasi untuk menghalang tindakan ini termasuk penjualan toto sebagaimana yang didakwa.

"Apa yang dilaporkan oleh pihak media tidak benar sama sekali dan ianya bertujuan untuk memburukkan imej MPKB-BRI terutama kerajaan negeri sendiri," ujarnya.

Pada masa yang sama, tambahnya pihaknya juga sedang mempergiatkan rondaan khususnya di premis perniagaan bagi memastikan peniaga wanita menutup aurat.

"Tindakan akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi syarat MPKB-BRI," ujarnya ketika dihubungi. Harakahdaily/-

Ceramah Maulidur Rasul,

Posted: 16 Feb 2011 04:39 PM PST

14 Rabiul Awal 1432H.

ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim akan menyampaikan ceramah Sempena Maulidur Rasul di Mesjid al Muhsinin Kg. Raja Sg. Petani, Kedah pada 18 Feb ini. Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.

10 Individu Terkaya Di Dunia.

Posted: 16 Feb 2011 02:05 PM PST

14 Rabiul Awal 1432H.
No. 1--- Carlos Slim Helu & Keluarga

Nilai Kekayaan : USD 53.5 bilion ( RM 169.06 bilion )
Sumber kekayaan : Telekomunikasi
Umur : 70 Tahun
Warganegara : Mexico


No. 2 --- William Gates III

Kekayaan : USD 53 bilion ( RM 167.48 bilion )
Sumber pendapatan : Microsoft
Umur : 54 tahun
Warganegara : Amerika Syarikat

No 3 --- Warren Buffett

Jumlah kekayaan : USD 47 bilion ( RM 148.52 bilion )
Sumber kekayaan : Berkshire Hathaway (Pelaburan)
Umur : 79 tahun
Warganegara : Amerika Syarikat

No. 4 --- Mukesh Ambani

Jumlah kekayaan : USD 29 bilion ( RM 91.64 bilion )
Sumber kekayaan : Petrokimia, minyak & gas
Umur : 52 tahun
Warganegara : India

No. 5 --- Lakshmi Mittal

Jumlah kekayaan : USD 28.7 bilion ( RM 90.692 )
Sumber kekayaan : Baja
Umur : 59
Warganegara : India

No. 6 --- Lawrence Ellison

Jumlah kekayaan : USD 28 bilion ( RM 88.48 bilion )
Sumber kekayaan : Oracle
Umur : 65 tahun
Warganegara : Amerika Syarikat

No. 7 --- Bernard Arnault

Jumlah kekayaan : USD 27.5 bilion ( RM 86.9 bilion )
Sumber kekayaan : LVMH (Louis Vutton)
Umur : 61 tahun
Warganegara : Perancis

No. 8 --- Eike Batista

Jumlah kekayaan : USD 27 bilion ( RM 85.32 bilion )
Sumber kekayaan : Perlombongan, Minyak
Umur : 53
Warganegara : Brazil

No. 9 --- Amancio Ortega

Jumlah kekayaan : USD 25 bilion ( RM 79 bilion )
Sumber kekayaan : Zara ( Fashion, Pelaburan )
Umur : 74
warganegara : Sepanyol

No. 10 --- Karl Albrecht

Jumlah kekayaan : USD 23.5 bilion (RM 51.7 Bilion)
Sumber kekayaan : Aldi (peruncitan)
Umur : 90 tahun
Warganegara : Jerman

Robert Kuok Dahului Senarai 40 Individu Terkaya Malaysia

Posted: 16 Feb 2011 04:36 AM PST

13 Rabiul Awal 1432H.

KUALA LUMPUR: Robert Kuok, "Raja Gula" yang memiliki rangkaian hotel lima bintang di rantau ini, mengekalkan kedudukannya sebagai individu terkaya di Malaysia dengan aset bernilai RM50.04 bilion, disusuli taikun telekomunikasi T. Ananda Krishnan, yang bernilai RM45.78 bilion.

Di tempat ketiga ialah Pengerusi Public Bank Tan Sri Teh Hong Piow, yang meningkat satu tangga dengan jumlah kekayaan sebanyak RM12.77 bilion, demikian menurut majalah Malaysian Business berdasarkan kepada kajian 40 individu terkaya dalam negara.

Sebagaimana tahun sebelumnya, kekayaan 40 individu terkaya negara dinilai berasaskan kepada pegangan mereka dalam syarikat tersenarai.

Kajian itu juga mendedahkan 40 individu terkaya Malaysia secara kolektifnya bernilai RM206.27 bilion sehingga pada 21 Jan, naik 30 peratus berbanding dengan RM156.7 bilion tahun lepas, dirangsang oleh pasaran saham yang memberangsangkan dan pengembangan ekonomi.

"Kenaikan keseluruhan seiring dengan peningkatan 20 peratus dalam penanda aras FBM KLCI," katanya.

Menurut majalah tersebut, kekayaan Ananda Krishnan melonjak hampir 70 peratus berikutan peningkatan penilaian Maxis dan langkah beliau mejadikan persendirian tiga syarikat tersenarainya.

Di tempat keempat ialah Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation Bhd, yang bernilai RM12.74 bilion, disusuli dengan Tan Sri Lim Kok Thay dari Genting Group, kekal pada kedudukan kelima dan bernilai RM10.89 bilion.

Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong Group pada kedudukan keenam dengan jumlah kekayaan sebanyak RM10.75 bilion, manakala di tempat ketujuh ialah usahawan Bumiputera, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary, yang bernilai RM8.84 bilion.

Balu Tan Sri Lim Goh Tong iaitu Puan Sri Lee Kim Hua, kembali ke tempat kelapan dengan jumlah kekayaan dianggarkan pada RM7.43 bilion manakala Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group tidak berganjak pada kedudukan kesembilan dengan RM4.77 bilion.

Taikun yang tinggal di Singapura, Ong Bee Seng berada di kedudukan ke-10, dengan aset bernilai RM3.98 bilion, diikuti dengan Pengerusi AmBank Group Tan Sri Azman Hashim dengan RM3.93 bilion.

Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group di tempat ke-12 dengan aset bernilai RM2.43 bilion.

Individu lain yang dalam senarai 20 individu terkaya dalam negara ialah Datuk Lee Yeow Chor dan Lee Yeow Seng dari IOI Group, Datuk Seri Lee Oi Hian dan Datuk Lee Hau Hian dari Batu Kawan, Tan Sri Yeoh Tiong Lay dari YTL Group, Tan Sri Lau Cho Kun dari Hap Seng Consolidated, Datuk Mokhzani Mahathir dari Kencana Petroleum dan Tan Sri Jeffrey Cheah dari Sunway Group.

Terdapat tiga muka baharu dalam senarai, dengan dua nama pertama kali dalam senarai iaitu Tan Sri Leong Hoy Kum dari Mah Sing Group Bhd, Datuk Seri Stanley Thai dari Supermax Corporation Bhd dan Datuk Tan Heng Chew dari Tan Chong Holdings Bhd.

Senarai penuh 40 taikun dan butir mengenai kekayaan mereka disiarkan dalam majalah terbitan 16 Februari yang turut menyenaraikan 10 individu terkaya dalam pasaran ACE. - BERNAMA

Lebih 7.5 juta telefon mudah alih dijual di Malaysia tahun lalu

Posted: 16 Feb 2011 04:32 AM PST

13 Rabiul Awal 1432H.

KUALA LUMPUR: Lebih 7.5 juta telefon mudah alih bernilai lebih RM4.5 bilion dijual di Malaysia tahun lalu.

Menurut kenyataan syarikat penyelidikan pemasaran, GfK Malaysia, ia adalah peningkatan 24 peratus unit telefon dan peningkatan 30 peratus nilai keseluruhan industri berbanding 2009. Pengurus Besar GfK Malaysia, Jennifer Chan, berkata telefon pintar adalah penyumbang utama kepada peningkatan prestasi industri itu.

Katanya, sejak awal tahun lalu, nilai jualan telefon pintar meningkat setiap bulan dan menguasai 72 peratus daripada keseluruhan jualan telefon menjelang Disember.

"Pergerakan yang lebih meluas dan keperluan untuk berhubung bagi melaksanakan kerja dan tujuan lain adalah sebab peningkatan pemilikan telefon pintar. Kami menjangka jualan telefon pintar terus meningkat tahun ini dan seterusnya," katanya.

Khusrin angkat sumpah.

Posted: 16 Feb 2011 04:26 AM PST

SETIAUSAHA Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohamad Khusrin Munawi mengangkat sumpah simpan rahsia di depan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (kanan) pada satu majlis ringkas di sini, hari ini. Pada 6 Januari lalu, Mohamad Khusrin mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan. - Foto BERNAMA

13 Rabiul Awal 1432H.

SHAH ALAM: Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohamad Khusrin Munawi akhirnya mengangkat sumpah simpan rahsia hari ini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan bahawa Mohamad Khusrin berbuat demikian di hadapan beliau pada kira-kira jam 1.30 tengah hari ini. Pelantikan Mohamad Khusrin pada mulanya menjadi kontroversi apabila Abdul Khalid mendakwa ia tidak sah kerana tidak dimaklumkan kepadanya terlebih dahulu, namun beliau akhirnya menerima pelantikan berkenaan yang mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Mohamad Khusrin mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan pada 6 Januari lalu.

Bagaimanapun, majlis angkat sumpah simpan rahsia ditangguhkan sehingga hari ini.

Menteri Besar sebelum ini mempertikaikan pelantikan Mohamad Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri berkuatkuasa 1 Januari lalu oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, menyatakan beliau tidak dirundingi sebelum pelantikan itu.

Berikutan itu, kerajaan negeri Selangor pimpinan pakatan pembangkang mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri untuk meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor tetapi gagal memperoleh majoriti dua pertiga yang diperlukan.
Kerajaan negeri menyatakan cadangan pindaan itu bagi mengembalikan semula kuasa kepada sultan dan menteri besar dalam pelantikan tiga jawatan awam di negeri itu iaitu setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan negeri dan penasihat undang-undang negeri. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Pengikut