Peniaga bimbang gerai diroboh Sinar Harian 23 Feb 2011
Sungai Layang, Rembau - Peniaga gerai Majlis Daerah Rembau (MDR) di sepanjang jalan Kampung Sungai Layang berasa bimbang apabila dimaklumkan bangunan yang ditambah tanpa kebenaran akan dirobohkan.
Peniaga lemang, Johari Ishak berkata, dia menambah atap di bahagian belakang kerana ruang gerai yang sedia ada sempit dan tidak selesa, terutama pada waktu hujan.
Menurutnya, gerainya sering terkena tempias air hujan dan keadaan itu menjejaskan perniagaannya.
"Oleh sebab itu, peniaga di bangunan ini terpaksa membina beberapa bahagian seperti dapur dan tempat menyimpan barang kerana ruang yang ada begitu terhad. Walaupun menyedari tindakan kami salah tetapi kami tiada pilihan," katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Johari berkata, beberapa hari lalu, Bahagian Penguatkuasaan MDR datang dan memaklumkan bahawa tindakan mereka adalah salah kerana membina bangunan tambahan tanpa kebenaran.
"Saya sebagai wakil kepada peniaga di sini, memohon supaya pihak MDR dapat mempertimbangkan semula supaya tidak merobohkan bangunan yang dibina dan memberi kami peluang untuk berniaga seperti biasa," katanya.
"Tinjauan yang dilakukan ke beberapa gerai di sini menunjukkan ada peniaga terpaksa membina bahagian dapur dan tempat menyimpan barang kerana keadaan gerai yang kecil," katanya.
CERAMAH UMUM Sempena Pelancaran Kempen Bantah Swasta Saman Ekor Peringkat N.Sembilan Tarikh : 6 Mac 2011 , AHAD Masa : 9 mlm Tempat : Lot 13015, Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam) Penceramah : YB Dato' Mahfuz Omar Shamsul Iskandar Mohd Akin Zulkefly Mohamad Hj Omar
CERAMAH PERDANA Ahad 27 Feb 2011 9 malam Bersama : Zulkefly Mohamad Hj Omar Dr Badrul Amin Bahron Ustaz Kamal Ashaari Tempat : Lot 13015, Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam) Semua dijemput hadir
Bagan Serai-22 Februari 2011-ADUN Selinsing telah berkesempatan menziarahi dua rumah mangsa kebakaran sekitar Bagan Serai.Lokasi kejadian pertama ialah rumah Munusamy A/L Munusamay di Ladang Sungai Bogak Bagan Serai dimana rumah beliau terbakar disyaki akibat litar pintas.Kejadian berlaku pada jam 9.00 malam semalam mengakibatkan rumah beliau ( Munusamy) hangus dijilat api.Bagaimanapun kesemua ahli keluarga beliau selamat.
Lokasi kejadian kedua ialah di Kampung Parit Haji Amin Alor Pongsu juga berlaku kebakaran akibat litar pintas mengakibatkan separuh rumah tersebut hangus dijilat api.Kejadian berlaku sekitar jam 6.15 petang semalam, namun begitu, tiada nyawa yang terkorban.berikut ialah rakaman foto ditempat kejadian :-
YB Tuan Haji Husin bersama wakil wartawan akhbar India semasa sesi temuramah di lokasi kebakaran di Ladang Sungai Gogak
YB bersama tuan rumah mangsa kebakaran Encik Munusamy
Rumah encik Munusamy yang musnah dalam kebakaran semalam
orang ramai yang datang membantu dan melihat lokasi kebakaran di Parit Haji Amin.
Bahagian atas rumah tersebut hangus dijilat api
ADUN Alor Pongsu YB Sham yang turut hadir ke lokasi kebakaran di Parit Haji Amin
You are subscribed to email updates from n12selinsing To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
ANCAMAN KEGANASAN...Saif al-Islam ketika berucap melalui televisyen Libya di Tripoli, semalam.
TRIPOLI: Anak pemimpin Libya, Saif al-Islam Gaddafi, memberi amaran negara itu berdepan dengan perang saudara dan 'sungai darah' ketika keganasan pihak berkuasa masih gagal mengekang kebangkitan rakyat, semalam.
Ketika Saif al-Islam menjanjikan pelaksanaan reformasi di Libya dan menuduh kebangkitan rakyat didalangi kuasa asing, bunyi tembakan berterusan di jalan raya Tripoli.
Pertubuhan hak asasi manusia, Human Rights Watch (HRW), menyatakan jumlah korban protes antikerajaan meningkat kepada 233 orang.
Kata Saif al-Islam, 38, Libya kini berada di persimpangan.
"Jika kita tidak bersetuju mengenai reformasi hari ini, sungai darah akan mengalir di seluruh Libya," katanya melalui ucapan disiarkan stesen televisyen.
Tindakan itu dilihat usaha terdesak rejim Gaddafi meredakan kemarahan rakyat yang bosan dengan pentadbirannya sejak 41 tahun lalu.
Kata Saif al-Islam, kerajaan tidak akan berdiam diri dan akan berjuang 'sehingga peluru yang terakhir.' "Kita akan menghancurkan elemen penghasut. Jika semua orang bersenjata, perang saudara akan tercetus dan kita saling berbunuhan. "Libya bukan Mesir atau Tunisia," katanya. Tanpa diberikan peranan dalam politik Libya, dia dianggap mempunyai pengaruh besar dalam pentadbiran negara.
Sementara itu, Kementerian Luar Korea Selatan berkata, kira-kira 500 rakyat Libya menyerbu dan menjarah sebuah pusat pembinaan negara itu berhampiran Tripoli, menyebabkan 15 pekerja Bangladesh cedera. Turut menjadi mangsa, tiga pekerja warga Korea Selatan.
Di London pula, syarikat petroleum gergasi Britain, BP, berkata pihaknya mengadakan persiapan mengeluarkan sesetengah pekerjanya dari Libya.
Negara kesatuan Eropah dilaporkan bekerjasama menyelaraskan kemungkinan membawa rakyat masing-masing meninggalkan Libya, terutama yang ada di Benghazi. - AFP
236 pulau di Malaysia belum ada nama: Kurup 2011/02/21
KUALA LUMPUR: Sebanyak 236 daripada 642 pulau yang berada dalam perairan negara ini masih belum ada nama dan langkah segera perlu dilakukan untuk memberi nama kepada pulau berkenaan sebelum ia menjadi isu apabila dituntut oleh negara lain. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup, berkata apa yang membimbangkan ialah kesemua pulau tanpa nama itu terletak di Sabah. Kurup berkata, entiti milik negara, khasnya pulau yang belum ada nama, perlu dinamakan dan diwartakan segera supaya ia tidak mudah dituntut sewenang-wenangnya oleh negara lain.
"Tindakan ini sangat signifikan kerana sesebuah negara boleh menuntut sempadan perairan sehingga 200 batu nautikal dari pulau tersebut termasuk sumber ekonomi di persekitarannya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar mengenai Nama Geografi dan mesyuarat bahagian ke-18 Kumpulan Pakar-pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Nama Geografi, Asia Tenggara dan Barat Daya Pasifik (UNGEGN ASEPSW) di sini, hari ini.
Justeru, Kurup berharap kerajaan negeri Sabah terutamanya serta agensi di bawah kementeriannya bertindak lebih pro-aktif dan segera dalam mengenal pasti kawasan dan entiti di negara ini yang belum diberi nama.
"Untuk itu, usaha perlu ditumpukan kepada penentuan serta pemilihan nama yang terbaik dengan mengambil kira, jika ada, nama yang telah digunakan oleh penduduk sekitar sejak sekian lama," katanya. Beliau berkata, menurut statistik Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Malaysia menpunyai 878 buah pulau dan 510 entiti geografi luar pesisir seperti batuan, beting, terumbu, permatang, tompok dan alur. - BERNAMA __________________________________________________
ISU DI ATAS telah dibangkitkan oleh YB Dr Mohammad Taslim dalam Persidangan Dewan Negeri Johor pada 6 Julai 2010 yang lalu.Hingga sekarang Kerajaan Johor belum menjawab persoalan tersebut. Inilah petikan ucapan beliau:
TEKS UCAPAN
YB DR MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI
DALAM
MESYUARAT PERTAMA BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA
DEWAN NEGERI JOHOR KE-12
PADA 6 JULAI 2010
Keperihatinan Kerajaan dalam hal kedaulatan negeri amat diambil berat.Dalam persidangan yang lalu contohnya kita diberitahu kita mempunyai banyak pulau,beratus buah pulau yang belum bernama di serata Negeri Johor.Apakah tindakan kerajaan negeri untuk memastikan pulau ini masih milik kita?Kita kena peka supaya kita tidak kehilangan kedaulatan negeri kita.
Beliau hanya dikenali di layar TV tetapi beliau seorang yang berjiwa murni. Tahniah kepadanya. Syukur kepada Allah atas rahmatan kepada manusia. Kunjungi blog Lokman atau klik
Semasa solat hajat memohon pertolongan Allah di selangor wajahnya telah kelihatan. Sebagai Penyokong PAS PR kita semua perlu doakan semoga Allah berikan kekuatan kepadanya.
Tahniah Bob Lokman kerana menyertai PAS sebagai wadah membentuk diri dan bersama-sama jemaah PAS untuk mengubah masyarakat Malaysia secara umumnya. Sebenarnya Wak ada sedikit cerita peristiwa yang berlaku pada tahun 1998.. Wak dulu pernah dimarahi Bob Lokman tengah buat setting bunyi semasa sukan komangwell sedang berlangsung tika itu. Mungkin kerana sifat ingin tahu Wak semasa itu, terlupa sudah masuk kat ruangan kerja saudara Bob Lokman nih..
Takperlah, kisah lama tuh... Sekarang nih, Bob Lokman sedang cuba-cuba buat blog untuk garapan mindanya pula. Wak lihat, ramai sudah yang menziarah blog beliau dan sempat gak sebutir dua komen dari Wak di sana. Penulisan beliau lebih berbentuk peribadi dan membentuk masyarakat juga. Wak harap, beliau teruskan berkarya selalu untuk membentuk golongan muda dan tua seperti Wak jugak..hehehehehe
Wak sebenarnya meminati karya Bob Lokman dari dulu lagi. Bila beliau berhijrah ke dunia milik Allah SWT ( cebisan dari ucapan beliau di youtube.. ), Wak bertambah suka lagi.. Nampak kejujuran dalam penulisannya disana dan kekesalan beliau jalani sebelum ini.. Wak harap beliau sentiasa maju jaya dan dipermudahkan perjalanan hidupnya. Harap-harap, lepas ni, ramai lagi selebriti mengikut jejaknya.. Jangan artis masuk UMNO udah ler..hehehehehe.. Teringat Wak, Erra Fazira jadi Puteri UMNO..hehehehehe.. Uih kisah lama jugak nih.. hahahahaha.. Wak nih bising jer lebih, masuk parti politik pun idak.. ~ngee~ngee~
Okaylah, sebagai penutup entri ini... Wak harap pembaca pun jenguk-jenguklah blog beliau disana.. Walaupun baru 3 entri disana.. Dah ramai pembaca disana.. Korang pakat-pakat sokonglah beliau disana.. Tak sokong blog Wak pun takperlah..hahahaha.. Itu sahaja merapu Wak kali ini.. Sekian terima kasih sudi membaca entri Wak nih...
You are subscribed to email updates from PAS LENGGONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Meskipun pemimpin Libya, Muammar Gaddafi enggan akur kepada tekanan dalam dan luar negara, pemerintahannya ditafsirkan goyah berikutan penyokong setianya mula belot selepas diarahkan menembak rakyat yang menunjuk perasaan disusuli arahan supaya media kerajaan menafikannya.
Menteri Keadilan Libya, Mustapha Abdeljalil, membantah penggunaan kekerasan terhadap penunjuk perasaan disusuli laporan bahawa dua juruterbang pesawat pejuang berpangkat kolonel membawa pesawat Mirage F1 ke Malta dan belot selepas diarahkan menembak pembantah di Benghazi, kata sumber tentera Malta.
Di Stockholm, tiga kakitangan tempatan di Kedutaan Libya di Stockholm meletakkan jawatan sebagai membantah serangan terhadap orang ramai oleh pihak berkuasa Libya.
Di New Delhi, Duta Libya ke India, Ali al Essawi meletakkan jawatan dan mendesak masyarakat dunia menghentikan keganasan terhadap penunjuk perasaan di negara itu.
Beliau melepaskan jawatannya kerana tidak setuju keganasan digunakan terhadap orang awam di negara itu.
Pegawai Kedutaan Libya di Beijing, Hussein El-Sadek El-Mesrati, turut meletakkan jawatan selepas melihat rakyat dibunuh menyifatkan Gaddafi sebagai 'Hitler.'
"Saya mahu beritahu, tolong hentikan, permainan berakhir, keluar, pergi ke Israel. Rakyat kamu di Israel bukan orang Arab," kata El-Mesrati yang tidak memberitahu kedudukannya ketika bersama-sama menyertai penunjuk perasaan di kedutaan Libya.
Duta Libya ke Amerika Syarikat, India, Malaysia, Indonesia dan Bangladesh turut mendesak Gaddafi meletak jawatan dan memprotes pembunuhan orang awam.
Di Kuala Lumpur, kedutaan Libya mengeluarkan kenyataan mengutuk apa yang dikatakan tindakan tidak bertamadun Tripoli membunuh orang awam. Kira-kira 200 warga Libya di Malaysia mengadakan protes secara aman di kedutaan.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, berkata beliau dapat bercakap dengan Gaddafi menerusi telefon selama 40 minit kelmarin dan mendesak beliau menghentikan keganasan terhadap penunjuk perasaan.
Saksi di Tripoli melaporkan pembunuhan beramai-ramai berlaku di sesetengah kejiranan, bagaimanapun anak lelaki Gaddafi, Saif al-Islam menafikan laporan itu.
Warga asing sudah mula dikeluarkan dari negara itu, sumber keselamatan di Mesir berkata tentera dikerah untuk ditempatkan di sempadan Libya bagi memantau kemasukan pelarian.
Antara negara memulakan operasi membawa keluar warga mereka termasuk Jerman, Itali, Greece, Belanda, Turki, Amerika Syarikat, Yaman, Russia dan Norway.
Pertempuran senjata api berlaku sepanjang malam di Tripoli, apa bila penunjuk perasan menyerang stesen polis dan pejabat penyiaran kerajaan dan membakar bangunan awam.
Selain itu, landasan lapangan terbang Benghazi musnah dalam keganasan yang melanda Libya menyebabkan pesawat tidak dapat mendarat, kata Menteri Luar Mesir, Ahmed Aboul Gheit.
Ulama' terkenal Syeikh Yusof Al Qaradhawi dilaporkan mengeluarkan satu kenyataan keras dengan fatwa yang menggesa supaya Gaddafi dibunuh. Gaddafi pemimpin yang terkenal dengan kegilaannya dan gaya hidup pelik antaranya beliau satu-satunya pemimpin menugaskan pengawal peribadi semuanya dari kalangan wanita berwajah menarik untuk menjaga keselamatannya. Tinggal dalam khemah juga antara hobi peliknya.
Sekarang, beliau tampil dengan satu lagi kegilaan, membunuh rakyatnya sendiri...
K'jaan cari opsyen elak petrol RON 95 naik lagi Feb 22, 11 6:26pm Kerajaan sedang mengkaji semua opsyen bagi membolehkan kerajaan tidak menaikkan harga petrol RON95 dalam waktu terdekat walaupun berlaku kenaikan harga minyak global.Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian itu sedang bekerjasama dengan Kementerian Kewangan bagi memastikan impak kenaikan global tidak terlalu menekan rakyat."Kita perlu ada keseimbangan sebab kita bimbang kalau harga minyak naik, harga barangan turut meningkat dan bebanan kepada rakyat akan menjadi semakin tinggi."Sebab itu, Kementerian ini bersama Kementerian Kewangan sedang mengkaji opsyen-opsyen tertentu untuk menstabilkan harga minyak bagi mengelak kenaikannya dalam masa terdekat," katanya ketika menjawab pertanyaan berhubung dakwaan akan berlaku kenaikan harga RON95 dalam masa terdekat pada sidang media di Pusat Latihan Harta Intelek di Kuala Lumpur, hari ini.Hadir sama Timbalannya Datuk Tan Lian Hoe dan Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Mohd Zain Mohd Dom.Ismail Sabri berkata, setakat ini kerajaan belum berhasrat menaikkan harga petrol itu kerana pihaknya berpendapat untuk menjimatkan perbelanjaan, ia bukan sekadar dengan menaikkan harga minyak."Siapa kata RON95 nak naik...siapa cakap? Khabar angin?...jadi itu khabar anginlah. Biarlah sekadar khabar angin. Tak, setakat ini tidak (naik).Katanya, walaupun terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM14 bilion bagi menampung kenaikan harga minyak dunia tahun ini, kerajaan masih mencari alternatif bagi menstabilkan harga minyak tempatan biarpun kos itu telah meningkat RM4 bilion berbanding tahun lalu."Terdapat beberapa buah negara di dunia telah menaikkan harga minyak sebanyak dua kali dalam tempoh tiga bulan, tetapi sebaliknya bagi kita, kerajaan masih tidak berhasrat menaikkannya kerana kita akan melihatnya secara keseluruhan."...Dan kita tengah berbincang dan mencari opsyen itu," katanya yang enggan mendedahkan butiran opsyen tersebut.Petrol RON95 telah diperkenalkan pada penghujung Ogos 2009 bagi menggantikan RON97 sebagai produk petrol utama dan kini dijual di stesen minyak di seluruh negara dengan harga RM1.90 seliter. Terdahulu, Ismail Sabri dan Tan menyaksikan majlis pertukaran dokumen perjanjian persefahaman pelaksanaan Pemodenan Bengkel Automotif (ATOM) antara Mohd Zain dengan wakil daripada lima konsultan yang menjadi pelaksana projek tersebut. - Bernama
PS: Katanya siapa kata harga RON95 akan naik? Itu khabar angin katanya. Khabar angin tengoklah sendiri nanti....semua kita akan naik angin. Boleh cayakah cakap menteri BN yang seorang ni,? tentu kita masih ingat lagi janji beliau dulu yang harga RON95 tidak naik, tetapi selang berapa hari atau minggu kemudian tiba2 aja harga RON95 naik secara mendadak. Sekarang menteri yang sama berjanji seperti biasa tidak akan menaikan harga RON95 tapi awas dalam berberapa hari atau minggu lagi pasti harga RON95 akan naik atau selepas pilihanraya kecil di Melaka dan Pahang. Alasan standard mereka disebabkan harga petrol dunia naik maka kesannya terkena ke negara kita tapi kalau harga petrol dunia turun tidak pula mereka menurunkan harga petrol mengikut harga pasaran dunia. Inilah Malaysia dibawah kerajaan BN/Umno mereka hanya penting diri sendiri tanpa memikirkan nasib rakyat bawahan yang setia menyokong mereka selama ini. Inilah yang dikatakan "Rakyat kena dulu, pemimpin BN diberi keistemewaan". Bah jangan bagi muka lagi dengan janji2 BN ni sebab mereka suka berbulak@berbohong kata orang Sarawak. Kita kena ubah sekarang sebelum semuanya terlambat kalau tidak kita semua akan menerima akibatnya. Bah pakat2 kita semua undi PAS dan PAKATAN Rakyat dalam pilihanraya umum nanti semoga semuanya selamat. InsyAllah sudah pasti akan ada perubahaan yang lebih baik lagik. PAS for ALL.
Dengan bertiupnya angin perubahan di institut pengajian tinggi tempatan maka bermulalah wajah baru politik tanah air. Rakyat yang selama ini berkiblatkan UmNo kini telah mula beralih arah. Rakyat kini telah mula sedar bahawa negara ini bukan hakmilik UmNo yang diwarisi dari Tunku Abdul Rahman. Bahkan bumi ini adalah waris nenek moyang kita yang meneroka Tanah Melayu.
Yang lebih utama lagi bumi ini adalah amanah Allah yang kita dipertanggungjawabkan untuk menjadi khalifah didalamnya. Kita hidup didunia ini dengan sebab dan matlamat..... Menjadi hamba Allah dan melaksanakan segala perintah dan larangannya.
Cuma yang saya masih hairan kenapa orang Islam (dibaca orang Melayu) tidak menyokong perjuangan Islam (dibaca melaksanakan segala perintah dan larangan Allah). Adakah orang Melayu masih tidak faham agama yang selama ini mereka anuti? Mungkin PAS perlu mengiatkan usaha bagi memberi kesedaran masyarakat Melayu tentang Islam..... Sehingga orang Melayu memahami dan dapat membuat keputusan manakah yang sebenarnya ajaran Islam dan yang mana satu sebaliknya.
Ataupun orang Melayu masih percaya setiap apa yang dikatakan oleh UmNo kerana kenyataan itu keluar di TV dan akhbar. Mereka beranggapan segala yang keluar tersebut adalah benar belaka..... Maka UmNo akan terus bernyawa dengan berpaut dan menguasai media ini..... ________________________________________
KUALA LUMPUR, 22 Feb: Pro-Mahasiswa (Pro-M) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya menafikan dua pertiga majoriti Pro-Aspirasi (Pro-A) meskipun kalah secara keseluruhannya.
Pro-M tewas selepas mendapat 13 daripada 30 kerusi yang dipertandingkan iaitu enam dari sepuluh kerusi umum dan tujuh daripada 20 kerusi fakulti.
Manakala pro-A mendapat 17 kerusi.
Mengulas kekalahan yang disifatkan 'kalah bergaya' itu, jurucakap Pro-M UTHM, Muhammad Syafiq Abdul Rahman berkata, pihaknya berpuas hati kerana berjayameningkat dua kali ganda dari sebelum ini. Sebelum ini kami hanya menang tujuh kerusi, tetapi sekarang 13 sementara Aspirasi 17.
"Kami sudah berjaya menafikan dua pertiga majoriti. Kami berpuas hati dengan peningkatan momentum ini," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily.
Muhammad Syafiq menambah, kekalahan itu berpunca daripada gangguan pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang mengganggu proses kempen.
Ini berikutan pembatalan keseluruhan proses penamaan calon yang telah berlangsung pada 17 Februari lalu.
Kesemua 56 calon-calon yang layak bertanding merebut 30 kerusi yang ditawarkan dalam kabinet MPP UTHM telah dibatalkan pencalonan mereka atas alasan masalah teknikal.
"Episod pembatalan kesemua calon pada 18 Februari lalu sedikit sebanyak telah merencatkan gerak kerja kempen kami.
"Antara faktor kekalahan yang lain adalah jumlah calon yang tidak mencukupi," katanya lagi.
Namun ujarnya, Pro-M menjadikan keputusan tersebut sebagai semangat untuk menawan UTHM pada sesi akan datang.
Sementara itu di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), pro-M mengekalkan kemenangan sebelum ini dengan menguasai 23 daripada 26 kerusi yang dipertandingkan.
Hanya satu kerusi dimenangi pro-A. Dua dimenangi calon bebas.
Kemenangan ini juga menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu di mana mereka menang 15 kerusi.
Note :Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)86400 Parit Raja, Batu PahatJohor, Malaysia
Sekitar liputan foto dan video penyertaan Dewan Pemuda PAS Hulu Langat ke Himpunan 30 ribu Pemuda PAS. Alhamdulillah penyertaan besar kali ini melibatkan kira-kira 140 orang pemuda dari Hulu Langat meliputi DUN Kajang, Semenyih dan Dusun Tua.
Penyertaan kali ini menampakkan kemajuan besar dengan bilangan peserta yang meningkat berbanding kira-kira 90 orang pada Himpunan 15 ribu Pemuda PAS 2007 lalu di Kelantan.
Apa yang menarik , walaupun lokasi himpunan sepatutnya diadakan di Negeri Selangor dan diubah di Kedah, namun penyertaan seluruh Selangor tetap dominon dan paling ramai antara negeri-negeri yang lain.
Apa pun tahniah semua Pemuda DUN Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor dan Malaysia umumnya serta seluruh dunia, Mesir, Libya, Yaman, yang sedang gigih berjuang hari ini !!!
Ucapan Sdr. Mohd Shahmior Kosim (Ketua Dewan Pemuda PAS Hulu Langat DPPHL) sebelum konvoi bergerak ke Himpunan 30 ribu Pemuda PAS
Ucapan dari YDP PAS Hulu Langat
Para Pemuda menyanyikan lagu rasmi PAS dan Amal
Bersama melaungkan doa wehdah
Doa penutup dari pemidato terakhir Al-Fadhil Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
Satu yang menarik dalam PAS, ahlinya faham sebahagian kerja tanpa diarah seperti mengutip sampah, hatta Sdr. Shamsul Pengarah MTD Semenyih turut bersama mengutip sampah... sekecil-kecil amal turut dihayati sebagai amal yang soleh, apatah lagi berjihad mempertahan agama Allah...
Warga Pemuda DUN Dusun Tua melangkah menaiki bas menuju ke Kajang bagi acara pelepasan konvoi Pemuda Hulu Langat sebelum ke Kota Sarang Semut Kedah
Sebahagian wajah-wajah mujahidin muda Dusun Tua
Tuan Haji Razaly Hassan, YDP PAS Kawasan Hulu Langat dalam ucapannya sekaligus melancarkan konvoi DPPHL
Sebahagian teman-teman Pemuda Hulu Langat yang memenuhkan 3 buah bas ke Kota Sarang Semut
Pemuda Hulu Langat mencatat sejarah dengan penyertaan 2 sahabat OKU, bukan Org Kuat Umno tau...! mereka yg kurang upaya namun semangat juangnya melampaui orang yang lebih upaya dari mereka, Mabruk tahniah!
Rakan-rakan Pemuda dari DUN Dusun Tua
Saya fikir ratusan malah ribuan motosikal yang hadir dari Pulau Pinang, semoga menjadi terjemahan semangat untuk mempertahankan kerajaan PR di sana
Tidak kurang hebat bagi peserta himpunan dari Selangor yang semua merasakan sebagai kontinjen teramai dan terhebat... Mudah-mudahan juga menterjemah semangat Pemuda untuk teguh mempertahan Islam dan Kerajaan PR Selangor..
Peniaga bimbang gerai diroboh Sinar Harian 23 Feb 2011
Sungai Layang, Rembau - Peniaga gerai Majlis Daerah Rembau (MDR) di sepanjang jalan Kampung Sungai Layang berasa bimbang apabila dimaklumkan bangunan yang ditambah tanpa kebenaran akan dirobohkan.
Peniaga lemang, Johari Ishak berkata, dia menambah atap di bahagian belakang kerana ruang gerai yang sedia ada sempit dan tidak selesa, terutama pada waktu hujan.
Menurutnya, gerainya sering terkena tempias air hujan dan keadaan itu menjejaskan perniagaannya.
"Oleh sebab itu, peniaga di bangunan ini terpaksa membina beberapa bahagian seperti dapur dan tempat menyimpan barang kerana ruang yang ada begitu terhad. Walaupun menyedari tindakan kami salah tetapi kami tiada pilihan," katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Johari berkata, beberapa hari lalu, Bahagian Penguatkuasaan MDR datang dan memaklumkan bahawa tindakan mereka adalah salah kerana membina bangunan tambahan tanpa kebenaran.
"Saya sebagai wakil kepada peniaga di sini, memohon supaya pihak MDR dapat mempertimbangkan semula supaya tidak merobohkan bangunan yang dibina dan memberi kami peluang untuk berniaga seperti biasa," katanya.
"Tinjauan yang dilakukan ke beberapa gerai di sini menunjukkan ada peniaga terpaksa membina bahagian dapur dan tempat menyimpan barang kerana keadaan gerai yang kecil," katanya.
Ulama Muslim berpengaruh Mesir, Yusuf al-Qaradawi, telah mengeluarkan fatwa yang menegaskan bahwa setiap tentara Libya yang memiliki kesempatan untuk menembak pemimpin Muamar Gaddafi harus melakukan itu 'demi membebaskan Libya dan rakyatnya dari kejahatan'.
"Saya disini memfatwakan siapapun di dalam angkatan bersenjata Libya yang mampu dan memiliki kesempatan menembakkan peluru ke Gaddafi harus melakukannya," kata Qardhawi yang sebelumnya bermukim di Qatar, kepada Al Jazeera....link
KUALA LUMPUR: Projek gajah putih. Itu gelaran yang diberikan penduduk sekitar Keramat terhadap kompleks pasar dan perniagaan moden, Keramat Mall yang siap dibina pada penghujung 2008 apabila sehingga kini ia masih gagal beroperasi.
Malah, tinjauan Metroplus mendapati kompleks berharga lebih RM56 juta kira-kira setengah kilometer dari pasar lama dilengkapi pelbagai kemudahan antaranya teknologi tinggi tenaga solar, dewan serba guna selain menempatkan 448 gerai itu masih ditutup kepada orang awam dan beberapa kawasan di sekelilingnya terbiar dan dipenuhi semak-samun.
Lebih menyakitkan pandangan apabila dinding zink yang dibangunkan di hadapan pasar itu roboh dan tidak diselenggara sehingga berbahaya kepada orang ramai khususnya pejalan kaki dan kanak-kanak.
Bukan itu saja, rata-rata peniaga yang ditemui di Pasar Datuk Keramat masih enggan berpindah ke kompleks berkenaan berikutan kegagalan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyediakan kemudahan dan memenuhi tuntutan mereka.
Kemelut yang melanda kompleks itu bermula apabila peniaga membuat keputusan sebulat suara mahu DBKL memenuhi semua tuntutan mereka sebagai syarat 'wajib' untuk berpindah antaranya meminta DBKL menyediakan peti sejuk besar untuk penyimpanan barangan basah, menyediakan lif bersesuaian untuk kemudahan mengangkut barang selain kadar sewa bulanan lebih rendah. Pada Jun 2009 Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar serta DBKL bersetuju membina bangunan tambahan yang dikhususkan untuk lebih 124 peniaga barang basah dengan menambah peruntukan RM15 juta.
Bagaimanapun, difahamkan bangunan tambahan itu belum dibangunkan sehingga kini bagi menunggu persetujuan berpindah dari semua peniaga, malah difahamkan satu sesi dialog yang diadakan Oktober lalu turut menemui jalan buntu apabila peratusan persetujuan masih rendah.
(Bahagian pertama menjelaskan kejahilan adalah faktor pertama mengapa akal manusia gagal berfungsi di dalam mengenal Allah) Kedua, kesombongan. Maksud firman Allah: ‘Dan berkatalah orang-orang yang tidak yakin terhadap hari pertemuan dengan Kami (hari akhirat); ‘Kalaulah diturunkan para malaikat ke atas kami atau kami dapat melihat tuhan kami.’ Demi sesungguhnya mereka telah begitu sombong daripada dalam [...]
"Sikap SPR Selangor timbulkan tanda tanya" PAS Kawasan Pandan tidak berpuas hati dengan senarai pemilih baru yang dipamerkan oleh SPR dari 9 hingga 15 Februari yang baru lalu. Perkara-perkara yang menimbulkan kekeliruan adalah,
1) Pemilih-pemilih yang didaftarkan pada alamat yang tanpa nombor rumah.
2) Pemilih-pemilih yang didaftarkan pada alamat yang tidak wujud.
3) Pemilih yang dikenalpasti tidak wujud di alamat yang didaftarkan.
Kami tidak faham kenapa masih terdapat alamat pemilih tanpa nombor rumah kerana terdapat pemilih-pemilih yang cuba didaftarkan oleh Penolong Pemilih kami tetapi telah ditolak kerana alamat tidak lengkap. Siapa yang telah mendaftarkan mereka?
Kami juga ingin menyatakan rasa kesal di atas sikap pegawai-pegawai SPR di pejabat mereka di Shah Alam yang bersungguh-sungguh enggan menerima bantahan-bantahan kami.
Kami dapati mereka bertindak kasar dan tidak profesional mahu menolak bantahan-bantahan itu tanpa alasan kukuh. Bantahan-bantahan itu dibuat sebelum tarikh akhir yang ditetapkan oleh SPR.
Sikap SPR ini seolah-olah terdapat muslihat tertentu. Kenapa SPR begitu bersungguh-sungguh hendak menolak bantahan-bantahan yang dibuat? Apa yang SPR cuba sembunyikan?
Hanya setelah didesak dengan keras oleh pihak kami, SPR telah menerima bantahan-bantahan kami.
Oleh itu, pihak kami menggesa agar satu penyiasatan yang terperinci dilakukan ke atas SPR. Kami bimbang SPR telah dijadikan satu alat oleh Barisan Nasional untuk menawan Negeri Selangor dari Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum yang akan datang.
Setelah kecewa dengan penerimaan rakyat tehadap kempen-kempen mereka di Selangor, Barisan Nasional akan menggunakan apa saja cara untuk mencapai matlamat mereka.
Iskandar A. Samad Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan / ADUN Chempaka
"Wahai orang-orang yang beriman, mengapa apabila dikatakan kepada kamu, berangkatlah ke jalan Allah, kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu lebih menyayangi kehidupan dunia daripada kehidupan akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan) dengan akhirat hanyalah sedikit"
Surah At-Taubah : 38
Para Pemuda Ansoorullah sekelian
1. Saya percaya kita mampu dan utuh berdepan dengan cabaran musuh yang sentiasa menunggu peluang untuk menyerang. Namun, saya khuatir dan takut jika kita sebagai pejuang Pemuda PAS ditundukkan dengan godaan syahwat yang sentiasa merayu untuk dituruti meskipun ia adalah sekecil-kecil jihad di sisi Allah. Akhirnya, ia menyebabkan kita longlai, berjiwa tua, malas dan tidak merasai kemanisan berkorban dalam perjuangan.
2. Saff pejuang yang hadir dalam Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS di Kedah pada hari ini sewajarnya dikalungkan dengan jutaan terima kasih dan tahniah kerana sanggup menyahut seruan jihad meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran. Tanamkanlah sepenuh keikhlasan semoga Allah SWT memberikan ganjaran yang setimpal atas pengorbanan kecil yang telah kita dilakukan.
"Beberapa darjat daripadaNya, keampunan serta rahmah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" –
Surah An-Nisa' : 96
3. Saya mengambil kesempatan ini juga untuk menyampaikan setinggi penghargaan kepada seluruh jentera PAS Negeri serta pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Kedah, terutamanya kabinet kerajaan yang dipimpin oleh Menteri Besar, Yang Amat Berhormat Al-Fadhil Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak. Tidak dilupakan juga kepada saf seperjuangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah yang diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Yahya atas komitmen dan pengorbanan untuk merealisasikan himpunan yang bersejarah ini.
4. Meskipun pusat pentadbirannya jauh di Utara Semenanjung, namun maslahah dan kebaikan yang dilakukan oleh pihak kerajaan negeri tetap dirasai oleh seluruh rakyat di negara ini. Pendekatan politik muafakat, berkebajikan, berhikmah, bingkas, berwawasan, mengutamakan rakyat dan diam-diam berisi adalah antara wajah politik yang digambarkan dalam kepimpinan Ustaz Azizan.
5. InsyaAllah, kita berharap agar kepimpinan seorang alim yang dibantu oleh sekumpulan pakar profesional dalam bidang masing-masing ini mampu untuk terus mengembangkan dan menampilkan keadilan Islam disegenap jiwa rakyat.
6. Tatkala demografi sosio-politik nasional pada hari ini menggusarkan kita, Pemuda PAS harus tangkas meluruskan krisis keyakinan rakyat terhadap Islam. Apabila ruang demokrasi itu dibuka seluas-luasnya, maka inilah peluang yang terbaik untuk kita terus melebarkan agenda politik PAS kepada seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik yang dianuti.
7. Tarbiyah, siyasah dan dakwah adalah nadi gerakan. Pemuda PAS sebagai tiang seri perjuangan akan sentiasa melazimi perkara ini tanpa jemu dan henti. Malah, kita merasa bangga kerana ia merupakan budaya kerja para rasul yang diutuskan Allah sepertimana firmanNya yang bermaksud,
"Dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau berada pada jalan yang lurus" –
Surah Al-Haj : 67
8. bMenurut Imam An-Nawawi, "Tanggungjawab melaksanakan amar ma'ruf dan nahi mungkar tidak akan gugur daripada seorang mukallaf walaupun pada pandangannya ia tidak membawa faedah. Malah ia tetap wajib dilaksanakan kerana memberi peringatan itu memberi faedah kepada orang-orang yang beriman. Tanggungjawabnya ialah menyuruh dan melarang dan bukannya memastikan manusia menerimanya"
Oleh yang demikian, Pemuda PAS akan memastikan risalah kebenaran ini disampaikan. Kita tegar berjuang untuk memastikan bahawa Syari'at Allah SWT itu mesti didaulatkan.
9. Matlamat perjuangan yang jelas mestilah disusuli dengan pendekatan yang betul. Ketaqwaan, penyerahan tekad yang total kepada Allah, ikhlas, tidak riya', tidak mengejar pangkat dan nama, tidak mencari keredhaan manusia sehingga sanggup menggadaikan prinsip adalah antara pendekatan yang mesti diiltizamkan. Marilah kita bersama-sama merenung firman Allah SWT yang mengisahkan keadaan Nabi Nuh A.S terhadap umatnya (bermaksud);
"Sekiranya kamu membelakangkan peringatanku, maka tidak menjadi hal kepadaku kerana aku tidak meminta sebarang balasan daripada kamu, balasanku hanyalah dari Allah, dan aku diperintahkan menjadi orang-orang yang menyerahkan diri kepada Allah" –
Surah Yunus : 72
10. Kejatuhan regim pemerintahan zalim di Tunisia dan Mesir baru-baru ini dan kini kebangkitan ummah merebak ke Yemen dan Algeria, telah memetakan satu lagi sejarah kemenangan revolusi di tangan rakyat. Kita juga tidak pernah lupa bagaimana Shah Mohammed Reza Pahlawi, Ferdinand Marcos, Boris Yeltsin, Suharto dan ramai lagi pemimpin negara rebah digulingkan oleh kebangkitan rakyat.
Mengapakah perkara ini boleh berlaku?
11. Di Iran, meskipun rakyat berdepan dengan gerombolan-gerombolan tentera antara yang terhebat di dunia, namun disebabkan oleh kesempitan hidup, lonjakan inflasi, amalan sekularisme, rasuah dan dalang perisikan tajaan Amerika (SAVAK), akhirnya rakyat menolak pemerintahan diktator.
12. Rakyat Iran terpaksa membayar harga revolusi itu dengan selaut pengorbanan termasuklah para mahasiswa, anak muda dan tokoh disegani, Ali Shari'ati dibunuh dengan penuh kontroversi. Meskipun terpaksa melalui dua fasa getir revolusi, akhirnya panji kezaliman berjaya ditumbangkan pada tahun 1979.
13. The 1986 People Power Revolution di Filipina juga mencatat sejarah revolusi yang getir. Pembunuhan misteri pemimpin pembangkang, Benigno Aquino menjadi kemuncak pemusatan kuasa rakyat untuk meniarapkan Marcos.
14. Selain itu, ironisnya, Emelda Marcos (isteri Ferdinand Marcos) menjadi salah satu punca kejatuhan regim tersebut kerana dia sibuk mencampuri urusan kerajaan, berbelanja terlalu boros dan memegang beberapa jawatan dalam kerajaan termasuklah menjadi seorang ahli Parlimen.
15. Negara jiran kita, Indonesia juga pernah mengharungi nasib yang sama. Tahun 1998 telah bergoncanglah ibu kota Jakarta dengan rantaian beberapa siri reformasi yang digerakkan oleh saff mahasiswa, anak muda dan golongan marhaen iaitu Tragedi Trisakti, Tragedi Semanggi 1 dan Tragedi Semanggi 2.
16. Apabila Krisis Kewangan Asia 1997 mendekam Indonesia, rakyat melarat kepayahan. Rupiah Indonesia menjunam teruk, hutang negara melambung tinggi, kronisme dan kapitalis bertempiaran sehingga rakyat berani turun ke jalan raya menghentam Suharto dan menolak Orde Baru. Akhirnya, regim Suharto juga tersungkur!
17. Semangat revolusi rakyat Indonesia masih lagi dapat dirasai sehingga ke hari ini. Dendangan sajak reformasi yang dideklamasikan oleh WS Rendra, seorang penyajak utama Indonesia yang diberikan jolokan Burung Merak dan terkenal dengan drama Kasidah Berzanji masih lagi menjadi siulan mereka,
"Saudara-saudara sebangsa dan setanah air,
Saat ini kita masih terperangkap dalam lingkaran setan,
Kemiskinan, ketidak pedulian, korupsi
Kerja asal-asalan,
Ayuh, kita tidak mahu lagi dijajah oleh kemiskinan dan kesusahan,
Kini saatnya Revolusi Kebangsaan"
18. Revolusi, reformasidan perubahan adalah satu sunnatullah. Tidak ada satu kerajaan zalim pun dalam dunia ini yang akan memerintah untuk selama-lamanya. Gahnya tirani Fir'aun tenggelam jua. Teguhnya Konstantinopel ditembusi jua oleh Sultan Mahmud Al-Fateh. Benarlah firman Allah SWT,
"Katakanlah (wahai Muhammad), 'Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Kau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki, dan Kau cabut kerajaan daripada orang yang Engkau kehendaki. Kau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Kau hinakan orang yang Engkau kehendaki. DitanganMu segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau berkuasa atas tiap-tiap sesuatu"
– Surah Ali-'Imran : 26
19. Kita mesti meyakini bahawa masa depan dunia adalah di tangan Islam. Agama yang paling tinggi martabatnya adalah Islam. Inilah yang diungkapkan oleh Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam bukunya 'Al-Mubasyyiraat bi Intisaaril Islam'. Antara sunnah Ilahi itu ialah Sunnah Al-Mudawalah (Sunnah Pertukaran Kuasa). Beliau mengistinbathkan dalam satu ayat yang diturunkan selepas Peperangan Uhud.
"Jika kamu (dalam Peperangan Uhud) mendapat luka maka sesungguhnya kaum (musyrik) itu juga telah mendapat luka yang sama (dalam Peperangan Badar). Dan demikianlah hari-hari Kami tukar gantikan antara manusia"
– Surah Ali-'Imran : 140
Manakala, dalam satu ayat yang lain pula, Allah SWT berfirman (bermaksud),
"Dan demi sesungguhnya, Kami telah menulis dalam Kitab Zabur (semua kitab yang Allah turunkan kepada nabi-nabinya) selepas tertulis di Az-Zikr (Luh Mahfuz), bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh"
– Surah Al-Anbiya' : 105
20. Inilah motivasi (taghrib 'aqidah) yang kita imani sehingga kita tidak gentar dan terus istiqamah dalam jalan dakwah ini. Benar, jalannya payah, jerih, jauh dan berliku. Namun, Pemuda PAS tidak akan sekali-kali berundur daripada jalan yang dipilih ini, insyaAllah.
Ayuh, saya ungkapkan kata-kata keramat Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi,
"Sekiranya kurun ke-19 adalah kurun untuk Kristian, kurun ke-20 adalah kurun untuk Yahudi dan terbinanya negara haram Israel serta penjajahan mereka ke atas lebih 20 buah negara Arab, maka kurun ke-21 adalah kurun untuk Islam!"
Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS di Kedah pada hari ini adalah manifestasi kepada dua perkara, iaitu;
a) Misi "PAS Ganti UMNO"
b) Misi persiapan pusingan terakhir Pemuda PAS berdepan dengan Pilihanraya Umum Ke-13
21. Hari ini, rakyat ditakut-takutkan dengan kehilangan kuasa politik Melayu. UMNO mengancam orang Melayu dengan gambaran sekiranya mereka kalah dalam pilihanraya nanti, hak keistimewaan Melayu dibuang, maruah orang Melayu diperlekehkan, Islam digugat, raja-raja Melayu dihina dan tanah-tanah Melayu digadai kepada bangsa lain. Ini semua adalah KHURAFAT UMNO dan BARISAN NASIONAL!
22. Tidak cukupkah segala bukti ini menunjukkan bahawa UMNO telah mencabul bangsanya sendiri. Kini, sudah tidak ada apa-apa lagi sumbangan yang boleh dibangga-banggakan oleh UMNO kepada orang Melayu melainkan mereka hanya cuba untuk membaiki labu yang telah rosak. Untuk mereka : Enough is enough!
Amanah Perjuangan dari Dewan Pemuda PAS Malaysia
23. Melihat kepada situasi ini, saya ingin melontarkan beberapa tindakan penting untuk Pemuda PAS berikan perhatian yang sepenuhnya.
a. Hubungan dengan Allah SWT mestilah semakin intim dan manis. Kemenangan Islam yang kita dambakan hanya akan tiba setelah kita benar-benar meletakkan kecintaan kepada Allah dan Rasul sepenuhnya. Marilah kita sama-sama terus melazimi solat berjemaah, bertahajjud dan solat hajat. Mudah-mudahan kekuatan ini mampu meneguhkan derap perjalanan kita di medan perjuangan ini.
b. Rapatkan saff dan ikatkanlah ukhuwwah antara kita sekuat-kuatnya. Jangan biarkan jarum halus fitnah, berburuk sangka, dengki dan dendam menyuntik dalam hubungan kita ini. Saya bimbang terutamanya menjelang musim permilihan parti menjadi gelanggang untuk melonggarkan ribath tentera Pemuda dan akhirnya lemah sehingga mudah dilapah musuh.
c. Pastikan semua gerak kerja pemuda diperingkat kawasan dan cawangan terus fokus kepada sasaran pengundi boleh menang. Markaz operasi pilihanraya Pemuda PAS mestilah dibuka sekurang-kurangnya 20 jam sehari dengan hasil-hasil kerja yang memberansangkan.
24. saudara sekelian .... Sesungguhnya kemenangan yang kita impi-impikan umpama detik kedatangan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda meninggalkan Marru Dzahran menuju Ummul Qura' (Makkah) pada 17 Ramadhan tahun kelapan hijrah.
25. Piagam kemenangan kita adalah :
keadilan yang digariskan oleh Islam,
membimbing dan menyelamat rakyat,
berkasih sayang,
tidak berdendam,
keamanan dan
mengangkat kemerdekaan yang sebenar.
Hari ini kita bersaksi bahawa Pemuda PAS akan bersedia menjadi teras kemenangan yang dinanti-nantikan.
Tan Sri Muhyiddin Yassin membelasah PAS di Sarawak menandakan PAS menjadi ancaman kepada BN di Sarawak. PAS tidak menyangka Timbalan Presiden begitu gerun dengan kewujudan PAS di Sarawak sehingga membuat tuduhan liar kepada PAS sebagai parti yang mengarut dan membawa pecah belah kepada masyarakat. Beliau memberi amaran kepada rakyat Sarawak supaya menjauhi PAS.
PAS merasa bangga dengan kenyataan Tan Seri Muhyiddin, secara tidak langsung mengiktiraf kekuatan PAS di Sarawak.
Taktik Timbalan Presiden Umno menghentam PAS hanya sebagai strategi untuk menutup kelemahan BN yang memerintah Sarawak. Sebagaimana beliau mendedahkan 600 buah sekolah di seluruh negara berada di dalam keadaan yang dhaif, sebahagiannya sekolah berkenaan terletak di Sabah dan Sarawak sehingga ada yang mahu sujud ke bumi.
Siapa yang memerintah Sarawak dan Sabah sehingga bangunan sekolah begitu dhaif sekali. Hampir pilihanraya maka pemimpin BN sibuk menyelami masalah rakyat. Selama 53 tahun apa pemimpin BN buat untuk membangun Sabah dan Sarawak. Ke mana hasil balak, minyak Sarawak? Tan Seri Muhyiddin kena malulah sikit.
Tuduhan Tun Mahathir yang mengatakan PAS telah longgar pegangan agama sejak berkawan dengan Pakatan Rakyat adalah tidak benar. Tolong buktikan di manakah kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang menyalahi syariat dan merugikan perjuangan Islam. PAS mempunyai bukti kenyataan Tun yang mengguris Islam dan umat Islam selama ini. PAS boleh buktikan dengan tahalluf siyasi Pakatan Rakyat lebih baik daripada Umno bersama Barisan Nasional dalam program Islamisasi. Masjid di negeri Pakatan Rakyat makmur dengan majlis ilmu sedangkan di waktu yang sama, di negeri Umno memerintah masjid mati sebelum penduduk mati. MCA berkawan dengan Umno 53 tahun gagal untuk memahami hukum salam lelaki dengan perempuan. Puncanya pemimpin orang seperti Tun gagal menunjukkan watak sebagai seorang Muslim yang hakiki.
Kenyataan Tun agak kelakar, kerana menuduh Tuan Guru Nik Aziz hanya hendak menang pilihanraya. Mana ada parti politik yang bertanding tidak mahu menang. Parti tupperware saja yang tidak mahu menang. Sepanjang Tun memimpin Umno, bermati-matian melanggar segala undang-undang dan mencabul demokrasi, semuanya kerana hendak menang pilihanraya.
Memang PAS hendak menang pilihanraya, supaya Islam dihayati. Bukan dapat kuasa supaya Islam dimatikan dan syiar Islam dipadamkan. Perjuangan PAS berbeza dengan umno. Umno menjadikan Islam sebagai alat, bukan matlamat. Sepanjang PAS bertahalluf dengan parti yang berlainan ideologi, tidak ada yang rugi kepada Islam dan PAS di negara ini. Malah PAS mengambil peluang untuk berdakwah dan menjelaskan keadilan Islam. Selama ini mereka kabur, membuktikan 53 tahun Umno gagal menjelaskan Islam yang sebenar.
Tun juga mengatakan PAS tidak bela penindasan umat Islam di luar negara. Mungkin Tun buat-buat lupa atau sengaja membuat tuduhan jahat kepada PAS. Seolah-olah PAS parti bawah tempurung sahaja, tanpa memperdulikan umat Islam lain yang tertindas. Tun tidak sedarkah peranan yang dimainkan oleh PAS dalam isu Pelestin, perang teluk, perang Afghanistan, Selatan Mindanou, Acheh. PAS membantu dengan sekadar kemampuan sebagai parti yang tidak memerintah negara dengan memberi nasihat dan menghantar barang-barang keperluan kepada mereka yang memerlukan ketika misi kemanusiaan ke negara tersebut.
Jangan ketinggalan mendapatkan maklumat penting tentang Skim Mikro Kredit Kerajaan Negeri Selangor.. Hadirlah beramai-ramai! Anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Lembah Jaya Dengan Kerjasama Masjid Al-Ubudiah, Kg. Tasik Tambahan
TEMERLOH: Penasihat Agama Menteri Besar Pahang yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, diumum sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau 6 Mac ini.
Pemilihan anak jati tempatan untuk membawa cabaran BN pada pilihan raya kecil ke-16 itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini, sebentar tadi.
Berusia 44 tahun, Syed Ibrahim adalah juga Penasihat Agama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Pemilihan anak jati tempatan berkelulusan dari Universiti Al-Azhar itu dipercayai mampu mempertahankan kerusi BN pada pilihan raya kecil ke-16 negara selepas pilihan raya umum 2008.
Muhyiddin ketika mengumumkan calon BN itu, berkata pemilihan Syed Ibrahim dibuat selepas melalui beberapa saringan di peringkat bahagian Umno dan badan perhubungan Umno negeri sebelum diputuskan pucuk pimpinan.
"Selepas melalui beberapa saringan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah memutuskan calon berkenaan dua hari lalu," kata Muhyiddin.
Kerusi DUN Kerdau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, dari BN pada 12 Februari lalu.
Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS, Hassanuddin Salim, dengan majoriti 1,615 undi.
Tulus ikhlas dari kerajaan Barisan Nasional menyatakan akan ada kenaikkan minyak selepas kedua-dua Pilihan Raya Kecil di DUN Merlimau dan di DUN Kerdau. Rakyat telah diberikan habuan wang ringgit di DUN Merlimau supaya mereka tidak kecoh untuk kenaikkan minyak selepas PRK nanti.
Kenaikkan harga minyak itu adalah dari RON 95. Kerajan berkata mereka tidak lagi dapat menampung subsudi kerana telah banyak menghabiskan wang di PRK Merlimau ini. Bagi mendapatkan kembali duit, kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak tersebut.
Kerajaan turut menyatakan kenaikkan harga minyak itu adalah paling rendah jika dibandingkan dengan negara bukan pengeluar minyak. Minyak terpaksa dinaikkan untuk menampung kos operasi pihak Barisan Nasional yang masih berhutang bahan kempen pilihan raya sebanyak RM218 juta dari syarikat Elegance Advisory.
Rakyat sepatutnya melenting kerana kenaikkan tersebut hasil dari khidmat kerajaan Barisan Nasional yang mendahulukan rakyat. Maka rakyat tidak sepatutnya derhaka kepada Barisan Nasional. Rakyat kena undi Barisan Nasional demi kepentingan kroni. Jika harga minya tidak naik, siapa lagi mahu naikkan harga tersebut kecuali Barisan Nasional.
Selain itu, kemenangan Barisan Nasional adalah titik mula kenaikkan harga minyak. Minyak terpaksa dinaikkan kerana selaras dengan kenaikkan air di DUN Tenang. Rakyat harus terima hakikat. Barisan Nasional berbuat demikian untuk menyeimbangkan kos kerugian di Tenang.
Adakah mahu mengundi Barisan Nasional selepas diumumkan akan ada kenaikkan harga minyak selepas PRK? Jangan jadi bodoh untuk memangkah Barisan Nasional. Sebagai tanda benci akan parti yang menentang Barisan Nasional maka pangkahlah Pakatan Rakyat demi protes Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada Stesen TV Al-Jazeera Dr. Yusuf Al-Qaradawi (gambar kiri ) mewajibkan agar Gaddafi dibunuh dan ianya adalah jihad. Fatwa terbaru beliau ini dikeluarkan rentetan daripada laporan yang menyatakan bahawa Gaddafi melancarkan serangan dengan menggunakan jet pejuang untuk untuk mengebom mereka yang terlibat dalam demontrasi yang berterusan di Libya sekarang.
Syeikh al-Qaradawi berkata:وقال القرضاوي " أصدر الآن فتوى بقتل القذافي. أي ضابط أو جندي أو أي شخص يتمكن من أن يطلق عليه رصاصة فليفعل، ليريح الليبيين والأمة من شر هذا الرجل المجنون وظلمه". وأضاف "لا يجوز لأي ضابط أن يطيع هذا الرجل في المعصية والظلم والبغي على العباد".
maksudnya :
"Aku mengeluarkan fatwa sekarang supaya Gaddafi dibunuh ! Barangsiapa samada pegawai tentera, atau tentera biasa atau mana-mana individu yang mempunyai peluang untuk membunuhnya .. maka janganlah teragak-agak untuk membunuhnya! ianya adalah semata-mata untuk menyelamatkan rakyat Libya daripada kejahatan dan kezaliman lelaki yang gila ini! "...beliau seterusnya menambah " Haram kepada pegawai dan askar biasa untuk mentaati lelaki ini (Gaddafi) dalam perkara yang maksiat, kezaliman dan kerakusan terhadap rakyatnya sendiri!"
Bahang pilihan raya dua serangkai di Merlimau, Melakadan Kerdau, Pahangkian terasa. Tinggal beberapa hari saja lagi untuk hari pencalonan dan pastinya esok lusa semua parti yang bertanding akan mengemukakan nama calaon masing-masing. Paling menarik untuk diperkatakan ialah, pertembungan kali ini sekali lagi menyaksikan parti PAS (Pakatan Rakyat) akan bertemu UMNO (Barisan Nasional).Biarpun ada desas-desus mengatakan PKR berminat untuk bertanding di salah satu kerusi Kerdau atau Merlimau, namun nampaknya ia mungkin tidak menjadi kenyataan. Malah besar kemungkinanPengarah Pilihan Raya PAS di Merlimau, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man juga akan balik ke Pahang untuk menumpukan perhatian sepenuhnya di kawasan beliau. Harus diingat bahawa DUN Kerdau terletak dalam kawasan Parlimen Kuala Krau di mana Dato' Tuan adalah Yang Dipertua PAS kawasan itu. Makanya, amat wajarlah beliau balik ke Pahang untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap kempen pilihan raya kecil di Kerdau nanti. Malah terdapat maklumat dalaman mengatakan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkemungkinan cerah akan dipilih sebagai calon di DUN Kerdau ini. Tambahan pula beliau adalah Yang Dipertua PAS Kawasan, Pesuruhjaya PAS Pahang dan Naib Presiden PAS Pusatsekarang ini. Maka, namanya lebih menonjol daripada calon-calon lain sebenarnya. Jika benar telahan ini, maka PAS berpeluang untuk menang jika mereka melipat gandakan usaha ke arah itu. Harapan nampak cerah!
Dua tokoh pilihan di Kerdau, Tuan Ibrahim (kiri) dan Syed Ibrahim (kanan)
Difahamkan juga, bagi pihak UMNO pula kemungkinan besar meletakkan calonnya Syed Ibrahim Syed Mohamad al Yahya. iaitu Pegawai Agama Kepada MB Pahang. Tambahan pula beliau adalan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kuala Krau sekarang. Malahan terdapat sumber mengatakan Syed Ibrahim sudah pun berkempen sekarang termasuk mewakili Menteri Besar Pahang berucap dan menyampaikan sumbangan komputer riba kepada wakil cawangan-cawangan di majlis anjuran Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Negeri Pahang.Program itu diadakan di Dewan Tun Razak, Temerloh dan dirasmikan oleh Presiden PBTM Datuk Muhammad Abdul Ghani. Syed Ibrahim yang berucap mewakili Adnan itu dikatakan sempat 'berkempen' secara isyarat kepada bekas-bekas tentera itu. Makanya memang sah yang beliau bakal menjadi calon BN di Kerdau nanti. Jika ini berlaku maka pertembungan dua nama yang hampir sama bakal berlaku iaitu Syed Ibrahim dengan Tuan Ibrahim. Ini pastinya akan mengelirukan para pengundi di situ nanti sebenarnya. sumber
KOTA BHARU 21 Feb. - Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah (gambar) menyifatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terlalu pandai 'bermuka-muka' apabila cuba menarik perhatian orang Melayu dengan menyatakan parti itu mengutamakan perjuangan kaum pribumi tersebut.
Beliau berkata, keadaan itu jelas kerana Menteri Besar Kelantan tersebut tidak pernah menyesal atau menarik balik kenyataan menghina orang Melayu yang dibuatnya sebelum ini. "Terlalu banyak penghinaan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz terhadap orang Melayu malah terlalu banyak kenyataannya bertentangan dengan ajaran Islam, perkara ini harus disedari supaya orang Melayu tidak terpedaya dengan kata-katanya.
"Dia tidak pernah menyesal dengan kenyataan yang dibuatnya, tidak pernah untuk menarik balik. Tiba-tiba hari ini keluar kenyataan bahawa Pas mengutamakan perjuangan untuk orang Melayu, untuk apa kalau bukan menarik sokongan orang Melayu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang mengakui perjuangan terhadap masyarakat Melayu perlu diutamakan memandangkan statusnya sebagai bangsa pribumi di negara ini.
Abdullah berkata, sekiranya benar Nik Abdul Aziz memperjuangkan hak orang Melayu dan ingin menegakkan Islam di negara ini, Pas sepatutnya bekerjasama dengan UMNO, bukannya terus bersekongkol dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Apabila DAP mengganggu-gugat hal ehwal agama Islam di Selangor dan Pulau Pinang, di mana suara Nik Abdul Aziz? Tidak kiralah ia berlaku di negeri lain, sebagai orang yang ada jawatan besar dalam parti yang kononnya memperjuangkan Islam, dia wajib bersuara.
"Kalau begitu cara Pas untuk menegakkan Islam, lebih baik cara UMNO, biarpun tidak ada perkataan Islam pada nama parti itu tetapi jelas selama 50 tahun UMNO telah sedaya upaya menyebarkan Islam di negara ini, lihat pondok-pondok dan sekolah agama terus berkembang tidak ada sebarang halangan malah ditubuhkan agensi atau jabatan khusus untuk menjaga hal ehwal Islam dengan peruntukan yang besar," katanya.
Katanya, sebagai contoh, Nik Abdul Aziz tidak membenarkan sambutan Maulidur Rasul di negeri ini kerana menganggapnya bidaah sedangkan ulama-ulama di seluruh dunia berpendapat ia wajar disambut secara besar-besaran bagi mengingati sirah Rasulullah SAW dan sebagai pengajaran kepada umat Islam hari ini.
"Apakah Nik Abdul Aziz boleh memberikan jaminan bahawa apabila Pas bersama DAP dan PKR memerintah, agama Islam dapat dipertahankan? Lihat saja di Selangor, Exco DAP boleh mengganggu hal ehwal Islam, di Pulau Pinang sudah ada Exco untuk agama lain.
"Apakah kita lupa kata-kata Karpal Singh tentang hasrat Pas untuk melaksanakan dasar Islam di negara ini, lebih malang ada pula pemimpin Pas sanggup memberi nyawa mempertahankan Karpal," katanya.
Pada masa sama, beliau yang juga ahli Pas yakin parti itu tidak akan melaksanakan dasar perjuangannya untuk menegakkan Islam sekiranya memerintah kerana ia telah dibuang ke tepi dan menjadikan kuasa atau kemenangan pada pilihan raya sebagai matlamat utamanya.
"Nik Abdul Aziz sememangnya berbohong apabila mengatakan tujuan Pas bekerjasama dengan DAP adalah untuk berdakwah. Pas tidak pernah berdakwah kepada DAP, Pas hanya menjadi pengikut DAP," katanya.
Sumber Utusan Malaysia Online 22 Februari 2011 (Selasa) http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm
KUALA LUMPUR 21 Feb. - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) kesal dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mempunyai ulat dalam otaknya.
Setiausaha Agungnya, Tengku Amalluddin Sani Raja Ahmad Sufian (gambar) berkata, ini kerana belum pernah seseorang yang mendakwa dirinya ulama mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai tindak balas apabila ditegur.
Menurutnya, oleh itu, jika Nik Abdul Aziz menegaskan tidak boleh menerima saranan Zulkifli maka JMM menyeru beliau merujuk kepada surah Abasa yang menuntut kerjasama sesama Islam didahulukan sebelum bekerjasama dengan bukan Islam.
''Nyata Nik Abdul Aziz seorang ahli politik yang menggunakan agama untuk kepentingan diri kerana cakap tidak serupa bikin.
''Mursyidul Am Pas itu juga tidak layak untuk bercakap tentang demokrasi kerana jawatan yang disandangnya tidak boleh dipertandingkan dan Nik Abdul Aziz sendiri memang suka ia berterusan begitu,'' katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Semalam, Nik Abdul Aziz menyifatkan Ahli Parlimen Bebas itu mempunyai ulat di dalam otaknya ketika mengulas saranan Zulkifli yang mahukan Menteri Besar Kelantan itu merujuk surah Abasa.
Pada perkembangan berasingan, Tengku Amalluddin Sani mendesak Nik Abdul Aziz menjelaskan tindakan yang bakal diambil ke atas menantunya, Abdul Ariffahmi Ab. Rahman berhubung beberapa kes penyelewengan yang kini dalam siasatan pihak berkuasa.
Tengku Amalluddin Sani berkata, sekiranya Nik Abdul Aziz seorang tok guru tulen yang beramal mengikut prinsip Islam, sudah pasti Mursyidul Am Pas itu tidak perlukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk bertindak.
''Nik Abdul Aziz sepatutnya dengan sendiri bertindak terhadap Ariffahmi sebab beliau berkuasa penuh di Kelantan. Namun JMM melihat Nik Abdul Aziz sebaliknya terus mempertahankan Ariffahmi seolah-olah menantunya itu proksi kepada beliau.
''Kita minta Tok Guru mengambil tindakan terhadap menantunya, jika tidak, JMM berpendapat Nik Abdul Aziz tidak perlu melaungkan mengenai agama dan Rasulullah.
''JMM juga menyifatkan Nik Abdul Aziz sama tarafnya seperti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Oleh itu JMM meminta Nik Abdul Aziz segera bertaubat,'' tegasnya.
SPRM Kelantan minggu lalu memaklumkan telah melengkapkan kertas siasatan beberapa aduan membabitkan Ariffahmi yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Sumber Utusan Malaysia Online 22 Februari 2011 (Selasa)http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_08.htm
KUALA LUMPUR 21 Feb. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta menjawab lima soalan yang dikemukakan terhadapnya oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin sebelum membuat pelbagai tuduhan ke atas UMNO berkaitan agama Islam di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, ramai yang ternanti-nantikan jawapan Menteri Besar Kelantan itu terutama mengenai penubuhan negara Islam.
"Kalau Nik Abdul Aziz kata akan lakukan apa yang dikehendakinya berhubung agama Islam, macam mana pula beliau mahu berdepan dengan pemimpin DAP yang kata mahu mayatnya di langkah terlebih dahulu?
"Kita pun mahu tengok juga caranya. Tapi, setahu saya ada pemimpin Pas dalam satu forum kata mereka tidak akan tubuh negara Islam. Mungkin itu yang DAP mahukan agaknya," katanya.
Jamil Khir berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan di Dewan Muktamar, Pusat Islam di sini, hari ini.
Turut hadir timbalannya, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali.
Beliau mengulas tuduhan Nik Abdul Aziz dalam wawancaranya bersama Utusan Malaysia baru-baru ini bahawa UMNO menolak Islam dan gagal memperkenalkannya kepada MCA dan DAP. Sebaliknya, kata Nik Abdul Aziz, kerjasama Pas dan DAP merupakan rahmat kepada Cina Malaysia kerana Pas berjaya berbuat demikian sehingga serangan DAP terhadap Islam telah bertukar.
Jamil Khir menambah, berbanding tentangan diterima oleh Pas daripada DAP untuk mewujudkan negara Islam, MCA dan MIC serta parti komponen lain menerima baik konsep Islam yang dibawa UMNO sejak sekian lama.
"Kalau pemerintahan Pas selama 20 tahun di Kelantan menjadi ukuran, kita jelas lebih jauh ke hadapan.
"Apatah lagi kalau berbincang mengenai pembinaan masjid, surau, penegakkan undang-undang Islam melalui Mahkamah Syariah. Memang kita mendahului," katanya.
Sumber Utusan Malaysia Online 22 Februari 2011 (Selasa)http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm
TEMERLOH: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ahli Jawatankuasa Kuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu antara pimpinan yang akan hadir pada Majlis Pengisytiharan Calon PAS bagi pilihanraya kecil Dun Kerdau yang akan diadakan pada 24 Februari ini.
Majlis pengisytiharan calon tersebut akan dilakukan di Tapak Kompleks PAS Pahang, Darul Hikmah, Kerdau bermula jam 9 malam.
Setiausaha Penerangan PAS Pahang, Hashim Abdullah dalam kenyataannya berkata, pihak penganjur menjemput orang ramai terutamanya dari kalangan penyokong Pakatan Rakyat hadir bagi memeriahkan suasana.
Selain dari dua tokoh popular PAS tersebut, malam pengisytiharan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat itu akan turut dihadiri pimpinan PR Pusat dan negeri. Sementara itu dua ekor lembu akan dikorbankan untuk jamuan orang ramai pada hari tersebut bagi tujuan mengumpul dan pilihan raya.
Dalam pada itu, petang tadi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Penasihat Agama Menteri Besar Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44 tahun, sebagai calon BN bagi PRK Kerdau 6 Mac ini.
Pemilihan anak Kuala Tekal, Kuala Krau yang berkelulusan dari Universiti Al-Azhar itu diumumkan oleh di Dataran Sri Ketumbit, Kerdau, petang tadi.
Muhyiddin ketika mengumumkan calon BN itu, berkata Umno meletakkan Syed Ibrahim itu kerana percaya beliau mampu mempertahankan kerusi yang dimenangi BN pada pilihan raya umum (PRU) 2008 yang lalu.
Kehadiran MB Kelantan, YAB TG Nik Abd Aziz Nik Mat ke Masjid AsSyariff Meru telah memeranjatkan sesiapa sahaja yang lalu lalang di Persiaran Hamzah Alang kerana kehadiran jamaah yang begitu ramai pada malam itu.
Menurut YB Dr Abd Rani Osman, walaupun beliau di maklumkan akan kehadiran TG Nik Aziz pada jam 2 petang hari itu, beliau telah cuba memberitahu orang ramai hanya dengan pesanan khidmat SMS sahaja.
Dr Rani sendiri tidak menyangka kehadiran muslimin dan muslimat yang begitu ramai pada malam tersebut.
YAB TG Nik Aziz dalam tazkirahnya mengupas tentang kepentingan solat dan peranan besar yang di mainkan solat dalam membentuk syaksiah, integriti dan keunggulan peribadi seorang muslim.
Pusat Khidmat Masyarakat DUN Meru akan melancarkan PTRS dan akan mengadakan program Motivasi keibubapaan sempena Program Tuisyen Rakyat Selangor 2011 pada 27 Feb. 2011 (Ahad) jam 2.00 ptg-5.00 ptg di Dewan Hambali Masjid As Syariff Meru. Seramai 120 pelajar calon SPM di DUN Meru bersama ibubapa akan hadir dalam majlis tersebut untuk mereka mendapat manafaat produk yang disediakan oleh Kerajaan Selangor melalui Exco Pendidikan. Program ini akan dirasmikan oleh ADUN Meru. Semua pelajar yang berjaya dijempiut hadir atau menghubungi KPMI Encik Baharom Basiron 017-3255382 untuk keterangan lanjut.
You are subscribed to email updates from KHIDMAT MERU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
CERAMAH MAULID NABI Tarikh : 26 Februari 2011 , Sabtu Masa : 7.45 mlm , selepas Maghrib Tempat : Surau Taman Matahari Height, Senawang Penceramah : Ustaz Mohd Khairil Anuar bin Mohd Wafa
"Kelebihan BN ialah mereka mampu menguasai mekanisma penyebaran propaganda dengan baik dan berkesan. BN menguasai media perdana, samada dalam bentuk bercetak, elektronik, mahupun secara maya, yang mana semua mekanisma ini dimanfaat sepenuhnya oleh mereka untuk menyebarkan propaganda gabungan parti nasionalis sekular ini. Media propaganda yang mereka kuasai ini dilihat dapat dipergunakan oleh BN secara berkesan untuk menarik sokongan masyarakat, khususnya para pengundi kepada mereka.
BN juga nampaknya amat memanfaatkan kelebihan mereka sebagai kerajaan yang tentunya menguasai jentera-jentera kerajaan yang sepatutnya bebas dari kepentingan kepartian, di mana jentera-jentera ini turut diperkudakan sebagai media propaganda mereka. Pendekatan propaganda yang lebih berbentuk mendekati dan memikat hati dan jiwa pengundi melalui agenda bantuan materi dipergunakan sepenuhnya oleh BN, bukan sahaja melalui jentera-jentera ini malah melalui institusi-institusi kemasyarakatan seperti masjid, badan-badan kebajikan, pertubuhan belia dan sebagainya.
Pakej yang digunakan BN untuk menguasai minda dan jiwa pengundi melalui penguasaan saluran informasi atau maklumat dan pendekatan menabur bantuan materi, sebenarnya telah banyak mendatangkan keuntungan kepada mereka. Pakej ini nampaknya berkesan di sepanjang masa dan keadaan. PR (Pakatan Rakyat) kelihatan belum mampu menandingi BN dalam menguasai mekanisma menarik sokongan pengundi seperti itu.
Banyak isu, samada di peringkat nasional atau tempatan yang secara jelas memihak kepada PR dan dilihat mampu digunakan untuk menarik sokongan pengundi. Contohnya isu-isu Felda yang dibangkitkan oleh ANAK di kalangan para penoroka sendiri. Tetapi realitinya isu tersebut masih gagal menarik sokongan padu para peneroka kepada PR. Yang nyata bukan soal isu itu tidak menarik atau tidak berimpak tinggi, tetapi ianya lebih kepada keberkesanan media propaganda BN kelihatannya telah mampu menangani isu itu dan sekaligus mengagalkan agenda PR.
PR masih gagal memperkukuh dan mengefektifkan media propaganda mereka untuk menguasai bukan hanya minda pengundi malah turut menguasai jiwa dan emosi mereka. Penulis merasakan bahawa PR wajar meningkatkan lagi usaha dan mengkaji secara tuntas berkaitan dengan mekanisma atau media-media yang mereka perlu garap dan terokai untuk berdepan dengan strategi propaganda BN yang semakin mengancam itu. Pendekatan dan strategi yang berkesan perlu dikenalpasti dan diperkukuhkan. Samada ianya pendekatan atau strategi baru atau yang lama diberi nilai baru, perlulah diberi perhatian, pemantauan dan penilaiaan keberkesanan yang rapi. Pendekatan yang telah lasak dan kelihatan berkesan yang digunapakai hari ini, seperti pendekatan ceramah, blogging, sebaran risalah, program kebajikan, ziarah, dialog, rekreasi dan sebagainya rasanya amat perlu dibedahsiasat secara rapi untuk diberi nafas baru atau ditambah nilai agar ianya dapat mendatangkan impak yang lebih besar kepada sasaran. Perhatian juga perlu diberi kepada pendekatan menguasai jiwa dan emosi pengundi, bukan semata-mata menguasai minda dengan asakan-asakan isu yang kadang-kadang tidak langsung mempedulikan sensitiviti jiwa atau emosi sasaran. Dalam usaha untuk menguasai minda dan jiwa sasaran atau pengundi, pendekatan yang lebih menyeluruh, yang meliputi propaganda intelek dan sentuhan ruhani dan jiwa amat perlu diberi penekanan.
Pada PRU ke 10 yang lalu, PAS khususnya, telah meraih undi Melayu yang amat memberangsangkan. Bagaimana ini berlaku ? Apakah faktor-faktor yang membawa kepada perubahan itu ? Perbahasan berkaitan dengan faktor-faktor yang mendatangkan impak kepada pola undi PRU10 itu telah banyak diketengahkan oleh pelbagai pihak. Namun sewajarnya kita turut menkaji dan meneliti apakah bentuk mekanisma pada masa itu, samada dirancang atau tidak terancang, yang membolehkan maklumat sampai kepada pengundi secara berkesan, dan apakah pendekatan yang dilakukan pada masa itu, sehingga kita dapat kuasai jiwa dan emosi pengundi untuk memberi undi kepada kita? Dan yang paling mustahak, apakah penambahbaikan berterusan yang perlu kita usahakan agar mekanisma atau pendekatan itu tetap releven dan berkesan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan