Rabu, 23 Februari 2011

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


umno bahagian cheras

Posted: 22 Feb 2011 01:18 PM PST

umno bahagian cheras


RAIS YATIM RASMI PERSIDANGAN SERENTAK CAWANGAN-CAWANGAN UMNO BAHAGIAN CHERAS

Posted: 21 Feb 2011 09:43 PM PST

MENTERI Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim akan merasmikan Persidangan Serentak Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada 23 Februari 2011 (Rabu).

Majlis tersebut akan di adakan di Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel, Cheras bermula jam 8 malam.

Selain Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee yang akan menyampaikan ucapan penting, Rais juga difahamkan dalam ucapannya akan mengupas pelbagai isu politik semasa termasuk persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Ketua-Ketua UMNO Bahagian di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dijangka akan turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

Syed Ali bimbang pemikiran mahasiswa diracuni fahaman politik radikal

Posted: 21 Feb 2011 07:48 PM PST

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee mengingatkan mahasiswa di negara ini supaya tidak membiarkan pemikiran mereka diracuni oleh fahaman politik radikal sehingga menjejaskan pengajian mereka.

Katanya, sejak akhir-akhir ini ada segelintir pihak yang berkepentingan cuba merosakkan pemikiran mahasiswa dengan menyerapkan pelbagai dakyah anti-kerajaan termasuk memainkan isu revolusi rakyat di Timur tengah.

"Kumpulan ini dilihat mula memainkan isu demokrasi di kampus-kampus bertujuan mencetuskan kegelisahan di kalangan mahasiswa supaya mereka membenci kerajaan," tegasnya.

Beliau bimbang jika gelora yang berlaku di kampus sekarang ini tidak dipantau dikhuatiri akan mencetuskan satu fenomena di mana mahasiwa lebih mengutamakan agenda politik daripada berusaha memperolehi kejayaan cemerlang.

Dalam hal ini, beliau mendedahkan golongan yang terbabit dalam gerakan anti-kerajaan di kampus-kampus adalah sebahagian besarnya adalah pelajar Melayu.

"Mereka ke universiti sepatutnya mencipta kejayan cemerlang sepertimana harapan ibu bapa dan masyarakat, tetapi malangnya harapan itu diketepikan kononnya mereka mahu memperjuangkan demokarsi dan suara rakyat," tegasnya.

"Apa lagi yang mereka nak perjuangkan ? peluang mereka melanjutkan pelajaran ke manara gading pun kerana dasar kerajaan yang memerintah hari in, sepatutnya bersyukur dan berterima kasih kerana tidak semua orang bernaib baik sepertimana mereka," tegasnya.

Syed Ali menjelaskan, golongan mahasiswa sepatutnya bersyukur kerana amalan sistem demokrasi yang diamalkan oleh kerajaan hari ini yang membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.

"Kerajaan tidak halang mereka berpolitik atau memihak kepada parti pembangkang, tetapi biarlah selepas memperolehi kejayaan dan membuktikan kemampuan sebenar anak Melayu," tambah beliau.

"Hari ini, mereka mendakwa demokarsi di universiti semakin kritikal dan menuduh kerajaan tidak peka terhadap isu-isu mahasiswa. Ini semua persespsi yang sengaja dicetuskan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik.


Beliau mengulas gesaan Gabungan Mahasiswa Islam se-Malaysia (GAMIS) supaya Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd. Khaled Nordin meletakkan jawatan dan digantikan dengan timbalannya, Datuk Saifuddin Abdullah kerana gagal menangani masalah demokrasi kampus yang semakin kritikal.

Apa motif GAMIS desak Khaled Nordin letak jawatan sebagai menteri

Pengerusi Majlis Politik Nasional GAMIS, Ahmad Syukri Ab. Razab dalam kenyataannya yang disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan hari ini menuduh Khaled tidak mengambil pengajaran daripada situasi negara luar yang sedang bergelora dengan revolusi rakyat.

Ahmad Syukri sebaliknya memberitahu bahawa Saifuddin yang lebih prihatin dan rapat dengan mahasiswa dan lebih layak untuk mengetuai kementerian berkenaan.

Mengulas lanjut mengenai isu tersebut, Syed Ali menasihati Ahmad Syukri supaya tidak secara membabi-buta menjadikan pergolakan politik di luar negara sebagai bahan perbandingan dengan situasi di Malaysia.

"Sekarang semua orang bercakap mengenai revolusi politik di Mesir dan di negara-negara Timur Tengah dan perlu ambil iktibar, tetapi apakah mereka faham mengenai perbezaan persekitaran sosio-politik di antara kedua negara," tegasnya.

Mengenai desakan supaya Khaled meletakkan jawatan, Syed Ali menjelaskan kenyataan Ahmad Syukri itu seperti mempunyai agenda tertentu untuk kepentingan satu pihak lain.

"Orang ramai boleh berkata GAMIS mungkin menjadi alat kepada Saifuddin untuk menjawat menteri penuh dengan menyingkirkan Khaled, alangkah tidak sopannya budaya laga-melaga yang diamalkan oleh sekolompok mahasiswa kita," uajrnya.

Beliau mempersoalkan apakah untungnya GAMIS melaga-lagakan Khaled dengan Saifuddin kerana perbuatan seperti itu hanya mencerminkan bahawa GAMIS tidak berfikiran sepertimana masyarakat mahasiswa.

PUTERI UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 22 Feb 2011 11:16 AM PST

PUTERI UMNO BAHAGIAN JASIN


PENYERAHAN SUMBANGAN KEBAJIKAN KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA DTO ROSNAH

Posted: 22 Feb 2011 08:36 AM PST


20 FEBRUARI 2011- Ketua Puteri UMNO Malaysia Dato Rosnah selaku Timbalan Menteri Kesihatan turun padang membuat penyerahan sumbangan kebajikan kepada penerima - penerima bantuan bersama-sama Puteri Negeri Melaka dan Puteri Bahagian Jasin.Disamping itu juga,beliau turut membuat tinjauan di setiap peti undi N27 Merlimau untuk melihat persiapan yang telah dilakukan bagi menghadapi pilihanraya kecil 6 Mac ini.



Majlis Perasmian Mula Kerja di Tapak Projek UiTM Melaka Kampus Jasin dan Pertukaran Dokumen Perjanjian Pinjaman di antara YBK Usahasama Sdn Bhd dan Ba

Posted: 22 Feb 2011 07:36 AM PST

19 Februari 2011- Majlis Perasmian Mula Kerja di Tapak Projek UiTM Melaka Kampus Jasin dan Pertukaran Dokumen Perjanjian Pinjaman di antara YBK Usahasama Sdn Bhd dan Bank Pembangunan Malaysia Berhad telah dirasmikan YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

YAB Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam memaklumkan bahawa penduduk Jasin menerima dengan baik pembinaan UiTM Melaka Kampus Jasin.

Projek yang didirikan diatas tanah seluas 218 ekor bertempat di Seri Mendapat, Merlimau Melaka ini dijangka siap pada pertengahan 2014.


UiTM mensasarkan 250,000 pelajar untuk menyambung pengajian di UiTM seluruh Malaysia dalam masa beberapa tahun lagi.


Plag Batu Sempadan yang ditandatangan oleh Perdana Menteri.

GONG XI FA CAI BERSAMA TIMBALAN PERDANA MENTERI

Posted: 22 Feb 2011 07:17 AM PST

14 Februari 2011- Penduduk-penduduk merlimau tidak mengira bangsa dan agama telah bersama-sama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin di SRJKC Merlimau bagi meraikan Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Tahun Baru Cina.






Semangat 1 Malaysia....Tahniah penduduk merlimau....

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 22 Feb 2011 07:28 AM PST

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Calon DUN Kerdau..

Posted: 22 Feb 2011 02:38 AM PST

Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau pada 6 Mac ini.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bilik Gerakan BN di Kampung Sri Ketumbit, Kerdau dekat sini hari ini. - Utusan
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Pengikut