Selasa, 15 Februari 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DPP PADANG TERAP

Posted: 15 Feb 2011 09:35 PM PST

DPP PADANG TERAP


HIMPUNAN 30 K KONTINJEN PADANG TERAP

Posted: 15 Feb 2011 08:16 AM PST


PESERTA DARI DUN KUALA NERANG BERKUMPUL DI KOMPLEKS PAS BAROKHAS JAM 8 PAGI
DUN PEDU BERKUMPUL DI HADAPAN SEK MEN KEB NAKA JAM 8 PAGI
KITA AKAN BERKONVOI BERAMAI-RAMAI

PAS Negeri Sembilan

Posted: 15 Feb 2011 09:15 PM PST

PAS Negeri Sembilan


‘Kami mahu penempatan baru’

Posted: 15 Feb 2011 08:37 PM PST

Sinar Harian 16 Feb 2011

GEMAS – Rata-rata penduduk di Taman Sungai Gemas sudah hampir mencapai kata sepakat supaya Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan untuk menyediakan penempatan baru kepada mereka sekiranya kejadian banjir berulang kembali.

Salah seorang penduduk, Ahmad Saiful Osman, 50, berkata, kebanyakan penduduk sudah tidak mampu lagi menampung kerugian apabila terpaksa berhadapan dengan kejadian banjir buruk sehingga menghampiri paras bumbung kediaman mereka.

Malah menurutnya, langkah menyediakan penempatan baru kepada penduduk taman berkenaan itu bagi membolehkan kedua-dua belah pihak melalui win-win situation di mana penduduk tidak rugi dan kerajaan juga tidak perlu mengeluarkan peruntukan besar bagi mengatasi masalah banjir.

"Bagaimanapun, kita kini bagaikan sudah trauma dengan kejadian banjir dan mahupun penempatan baru sekiranya langkah yang dilaksanakan tidak mampu mengatasi banjir buruk," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada sesi tinjauan kali kedua Mohamad ke Taman Sungai Gemas.

Sementara itu, Shaabaddin berkata, buat masa ini, pihaknya menganggarkan kira-kira 90 keluarga menetap di taman berkenaan.

Menurutnya, jika kejadian banjir buruk berulang, penduduk bakal membuat keputusan besar dalam kehidupan mereka iaitu memohon penempatan baru bagi menggantikan penempatan ini.

"Bagaimanapun, kita akan tetap menunggu dan melihat kesan positif perlaksanaan langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah banjir di sini.

"Walaupun begitu, kita tetap berasa gusar dan trauma setiap kali hujan lebat terutamanya bila hujan berterusan," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8760183.asp

Dirompak buat kali kedua

Posted: 15 Feb 2011 08:36 PM PST


Sinar Harian 16 Feb 2011

SEREMBAN – Enam sekeluarga di Taman Warisan Puteri, dekat sini, semalam hadapi saat mencemaskan apabila rumah mereka diceroboh penjenayah bersenjata pisau, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, perompak terbabit dikatakan menyelinap masuk ke dalam rumah mangsa yang merupakan seorang kakitangan awam, selepas memotong pagar dan mengumpil tingkap bilik di tingkat bawah rumah.

Rumah yang terletak bersebelahan Lebuhraya Kajang - Seremban (Lekas) dipercayai menjadi punca memudahkan penjenayah terbabit melarikan diri.

Mangsa dikenali sebagai Ahmad, 37, berkata, ketika kejadian, dia bersama dua anaknya berada di tingkat bawah rumah, manakala dua lagi anaknya bersama isterinya di tingkat atas.

"Saya langsung tidak sedar sebarang bunyi pelik atau umpilan, tetapi tiba-tiba saya terdengar anak bongsu saya berusia tiga tahun menangis.

"Saya seperti dalam keadaan mamai dan tidak boleh bergerak langsung, walaupun mendengar anak bongsu saya menangis," katanya.

Menurutnya, ketika itu, perompak terbabit sudah mengacukan pisau di leher isteri berusia 32 tahun serta anaknya, sebelum mengikat kedua-dua belah tangan isterinya itu menggunakan wayar komputer.

Katanya, kedua-dua perompak bertopeng itu kemudiannya turun ke tingkat bawah dan terus mengacukan pisau kepada dirinya, sebelum tangannya turut diikat dengan tali seluar sukan.

"Salah seorang daripada perompak itu bertanyakan kepada saya di mana letaknya barang berharga sebelum mereka bertindak menyelongkar.

"Mereka kemudian berjaya melarikan dua komputer riba, wang tunai RM1,500 serta barang kemas. Kesemuanya dianggarkan bernilai RM10,000," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di rumahnya, dekat sini semalam.

Ahmad berkata, kejadian rompak itu merupakan kali kedua berlaku terhadap keluarganya di rumah itu dalam tempoh sebulan.

"Januari lalu, rumah ini juga turut menjadi sasaran perompak dan pada waktu itu saya rugi hampir RM6,000. Bagaimanapun, saya bersyukur keadaan ahli keluarga semuanya selamat, meskipun mengalami kerugian besar dalam kejadian kali ini.

Dia juga percaya perompak terbabit merupakan orang tempatan, lingkungan usia 20 hingga 30 tahun dan salah seorang daripada bertubuh besar.

"Mereka juga tidak datang berdua saja kerana saya dengar bunyi pecutan kereta dari arah Lebuhraya Lekas yang terletak di belakang rumah," katanya.

Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban pada hari sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

Menurutnya, kes akan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8760243.asp

6 sekeluarga cemas disamun dua lelaki

SEREMBAN 15 Feb. - Enam sekeluarga terpaksa menempuh detik-detik menakutkan apabila menjadi mangsa samun dua lelaki bersenjatakan pisau di rumah mereka di Bandar Warisan Puteri, Sikamat, dekat sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian pukul 5.30 pagi itu, kedua-dua suspek turut mengacukan pisau ke arah empat anak mangsa yang berusia dalam lingkungan tiga hingga lapan tahun.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 37, berkata, ketika kejadian dia sedang tidur di tingkat bawah bersama dua anaknya manakala isterinya pula tidur dengan dua lagi anak mereka di tingkat atas.

"Saya terjaga dari tidur apabila terdengar anak saya di tingkat atas menangis sebelum muncul dua penjenayah yang terus bertindak mengacukan pisau ke arah saya.

"Suspek kemudian mengikat tangan saya dengan menggunakan tali sebelum menggeledah rumah saya dan melarikan wang tunai RM1,500, dua komputer riba termasuk barang kemas yang dianggarkan bernilai lebih RM10,000," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Menurut kakitangan kerajaan itu, selepas yakin semua suspek sudah melarikan diri, dia kemudian bergegas ke tingkat atas dan membuka ikatan isterinya yang berusia 32 tahun.

"Isteri saya memberitahu kedua-dua suspek turut mengacukan pisau ke dadanya termasuk ke leher anak bongsu kami sebelum turun ke tingkat bawah," ujarnya.

Ahmad menambah, suspek-suspek terbabit memecah masuk ke rumahnya dengan memotong pagar rumah sebelum mengumpil cermin tingkap berhampiran ruang tamu.

"Walaupun kami semua masih trauma dengan kejadian ini tetapi saya bersyukur kerana tiada anggota keluarga yang tercedera," jelasnya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi di sini hari ini mengesahkan telah menerima laporan daripada mangsa.

"Pihak polis kini sedang mengenal pasti kedua-dua suspek kes itu yang akan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_08.htm

Medan selera pekan Johol ‘mati’

Posted: 15 Feb 2011 08:36 PM PST


Sinar Harian 16 Feb 2011

JOHOL – Entah di mana silapnya, suasana sepi menyelubungi medan selera pekan Johol kerana tiada pengunjung malah, beberapa kedai dilihat tutup pada waktu beroperasi dari pagi hingga ke petang.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kedudukan yang kurang strategi kemungkinan faktor utama kawasan itu seperti 'mati' pada waktu siang hari hinggalah lewat petang selain persaingan daripada gerai makan lain di pekan itu.

Malah, sambutan pelanggan hambar walaupun medan selera itu terletak berhampiran kawasan perumahan.

Peniaga, Shamnorliza Samsudin, 38, berkata, keadaan sepi itu memang dirasai oleh peniaga di sini kerana tidak mempunyai pelanggan.

Menurutnya, walaupun mereka sudah lama berniaga di sini tetapi pelanggan memang berkurangan.

"Pendapatan yang diperoleh tidak pulang modal dan hanya pelanggan tetap yang masih datang ke sini.

"Saya seorang tukang jahit dan memang kita sudah ada pelanggan tetap namun, ia masih juga memberi impak kepada perniagaan kerana kawasan persekitaran suram sahaja. Ada beberapa kedai makan minum tetapi yang buka hanya satu sahaja," katanya.

Shamnorliza berkata, dia mengakui kedudukan yang tidak strategik menyukarkan pelanggan untuk datang berikutan gerai mereka tidak menghadap jalan utama selain tiada papan tanda.

"Memang kedai ini berada di tepi jalan dan mempunyai tempat letak kereta tetapi orang luar tidak nampak. Jika orang luar dari arah Kuala Pilah ke Tampin, mereka tidak akan perasan medan selera di sini kerana terlindung.

"Begitu juga dengan orang yang datang dari arah Tampin ke Kuala Pilah, mereka sekadar melihat sahaja. Tiada tarikan untuk mereka datang menjamu selera di sini. Sepatutnya bahagian depan perlu menghadap jalan raya supaya mudah dilihat oleh orang yang lalu lalang," katanya.

Dia berkata, dia sangat kecewa kerana perniagaannya kurang mendapat sambutan dari luar dan hanya mengharapkan pelanggan tetap sahaja.

"Saya bersimpati dengan peniaga lain kerana mereka memerlukan pelanggan untuk mendapatkan pendapatan begitu juga dengan saya. Namun, saya masih ada juga pelanggan tetap kerana saya tukang jahit.

"Jadi apabila pelanggan ada menempah pakaian mereka akan datang lagi dan berpanjangan. Maka kurang sedikit masalah berbanding peniaga lain di sini," katanya.

Katanya, diharap pihak berkaitan dapat mencari alternatif lain untuk menceriakan kawasan itu.

Sementara itu, penduduk kampung Inas, Siti Khadijah Ismail, 24, berkata, kedudukan medan selera yang agak ke dalam dari jalan utama menyukarkan pelanggan datang ke sini.

Menurutnya, hendak pergi ke sana perlu fikir banyak kali kerana medan selara berkenaan terletak atas bukit, jadi kadangkala lalu tidak perasan.

"Bila kita hendak makan di sana, kedai pula tutup jadi terpaksa membatalkan hasrat untuk ke sana.

"Diharapkan pihak berkaitan dan peniaga dapat mencari alternatif lain bagi menarik perhatian pelanggan," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8760088.asp

Tujuh beranak di rumah usang

Posted: 15 Feb 2011 08:35 PM PST


Sinar Harian 15 Feb 2011

SENALING - Sebuah keluarga di Kampung Senaling Ulu, di sini, terpaksa tinggal di sebuah rumah pusaka usang kerana kesempitan hidup.

Lebih menyayat hati apabila setiap kali hujan, keluarga itu hanya berteduh di ruang tengah rumah sebagai pelindung dari air hujan kerana hampir 90 peratus bumbung rumah mereka bocor.

Kamarudin Arifin, 40, yang hanya bekerja kampung berkata, dia tidak mampu untuk membaiki rumah pusaka isterinya, mahupun membina rumah baru demi isteri dan anak-anak kerana kekurangan wang.

"Selama lebih enam tahun saya sekeluarga tinggal di rumah pusaka ini. Hati memang bimbang kerana ada lantai yang sudah berlubang, selain reput dimakan anai-anai. Ibarat menunggu masa untuk roboh.

"Saya juga mempunyai impian memiliki rumah selesa untuk isteri dan anak-anak, tetapi saya tidak mampu membina rumah baru kerana tidak cukup wang. Hasil bekerja kampung hanya cukup untuk membeli barang keperluan harian kami sekeluarga," katanya dekat sini.

Kamarudin yang tinggal bersama isterinya, Zahnariah Zainal, 40, yang menghidap sakit jantung serta lima anaknya berumur antara empat dan 13 tahun berkata, dia bimbang akan keselamatan mereka apabila tinggal di rumah pusaka itu.

"Lantai rumah ini sudah reput, saya bimbang mereka akan terjerlus ke bawah. Hendak jalan pun kena pilih papan yang elok supaya tidak terpijak papan yang sudah reput.

"Keadaan bumbung juga amat menyayat hati kerana semua tempat sudah bocor. Saya tidak larat nak menampal lubang bumbung kerana setelah ditampal pasti ada kebocoran baru di tempat lain pada keesokannya. Bila hujan pula, semua tempat dipenuhi dengan besen mahupun baldi untuk menadah air," katanya.

Kamarudin berkata, dia juga risau apabila cuaca mendung cuaca kerana takut zink rumah yang reput akan diterbangkan angin lagi seperti kebiasaan.

"Baru-baru ini, beberapa keping zink diterbangkan angin dan kami sekadar melihat sahaja.

"Saya mengakui rumah ini sudah terlalu lama tetapi kami tidak mampu untuk menyewa rumah kerana wang hanya cukup makan sahaja. Buktinya, dinding rumah yang reput ini mudah runtuh bila ditolak dengan tangan," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8756750.asp

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 15 Feb 2011 09:04 PM PST

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


KEMELUT MESIR: MOHON JAMINAN KERAJAAN

Posted: 15 Feb 2011 08:03 AM PST

PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 15 Feb 2011 09:03 PM PST

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Pelancaran Kempen Bantah Saman Ekor malam ini

Posted: 15 Feb 2011 07:27 PM PST

GOMBAK, 16 Feb: Pelancaran Kempen Bantah Saman Ekor (Kase) Pakatan Rakyat akan diadakan di Dewan MuhibbahTaman Bolton, Batu Caves, malam ini.

Majlis pelancaran yang bermula jam 9.00 malam itu akan disempurnakan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Pengerusi Jawatankuasa Kase, Datuk Mahfuz Omar.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali turut hadir.

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 15 Feb 2011 08:11 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


ADUN Sura Bergegas Berkongsi Kedukaan Rakyat

Posted: 15 Feb 2011 07:32 AM PST

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita41/IMG_0268.JPGDUNGUN - Khabar tentang sebuah rumah penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura, terbakar dan seorang warga emas meninggal dunia, diterima ketika beliau sedang menyampaikan ceramah di Kampung Tuan, Chukai, Kemaman.(Dengar Ceramah)

Seusai majlis penerangan anjuran Majlis Tindakan DUN Chukai itu, kira-kira jam `12.27 tengah malam, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly segera beredar.


(Gambar atas - Ustaz Wan Hassan mendapat penerangan daripada Haji Zakaria)


Beliau bergegas pulang, untuk sama-sama berkongsi dan merasai 'kedukaan rakyat' yang ditimpa musibah.
Tidak sampai tempoh sejam kemudiannya, kira-kira jam 1.15 pagi, beliau sudah berada di rumah nombor 783 Kampung Lot Comel, Dungun. http://www.buletinonline.net/images/stories/berita41/IMG_0269.JPG

(Gambar kiri - Ustaz Wan Hassan menyampaikan sedikit sumbangan peribadi kepada anak pemilik rumah)


Beliau hanya boleh melihat kerangka kayu-kayu hitam yang telah menjadi arang, tidak lagi berupa sebuah rumah, kerana ia telah hangus keseluruhannya.

Menanti beliau ditempat kejadian adalah sekumpulan anak-anak muda yang memakai 'vast' bertulis 'Unit Bantuan Bencana DUN Sura' (UBBDUNS) yang diketuai oleh Pengerusi Lajnah Kebajikan Haji Zakaria.
Sebuah jentera Bomba dan Penyelamat serta 8 anggota, beberapa anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dan pihak polis turut berada di lokasi.

Bomba memuji kecergasan UBBDUNS
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita41/IMG_0266.JPG

Buletinonline dimaklumkan, pemilik rumah tiada dan anak lelakinya pula keluar untuk minum di gerai berhampiran ketika kejadi berlaku.


Selepas menemui anak pemilik rumah dan menyampaikan sedikit sumbangan peribadi, Ustaz Wan Hassan beralih, menemui para anggota bomba (gambar kanan) yang telah berjaya memadamkan api dari merebak ke rumah sebel;ah menyebelah.


Menurut maklumat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat,kebakaran berlaku sekitar jam 10. 30 malam dan punca kebakaran masih belum diketahui.
"Punca (kebakaran) tu tak tahu, samada elektrik ke (lintar pintas) atau (puntung) rokok ke, berdasarkan maklumat dari jiran-jiran, pukul 10 lebih dia (anak pemilik rumah) tinggalkan (rumah) pergi minum air,"terang Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah, Tuan Mohd Suki Anuar ketika ditanya Ustaz Wan Hassan.

Kata Tuan Mohd Suki, ketika anggotanya sampai di tempat kejadian jam 11.10 malam, api telah 'tebal', namun pasukannya dapat mengawali dan memadamkannya kira-kira 30 minit kemudian http://www.buletinonline.net/images/stories/berita41/IMG_0262.JPG "Kita dapat kawal pada jam 11.40 tu, yang mana (ber)nyala-nyala tu kita padam dah, kita buat pemadaman api yang bernyala,"jelasnya.

Tuan Mohd Suki turut memuji UBBDUNS yang disifatkannya, bersama-sama dengan pihak Bomba, bertungkus lumus memadamkan api.

"Dia orang ni (UBBDUNS) memang baguslah, kita dengan pakaian perlindungan kita, tapi dia orang dengan pakaian gini je (vast sahaja),"katanya yang turut menerima cadangan UBBDUNS dilatih sebagai pasukan bomba sukarela bagi DUN Sura.
(Dengar perbualan Ustaz Wan Hassan dengan pegawai Bomba di Buletinonline Radio)

sumber : buletinonline.net

Khalid Samad

Posted: 15 Feb 2011 07:20 PM PST

Khalid Samad


Pembentukan Masyarakat Islam Menurut Al-Quran

Posted: 15 Feb 2011 06:07 PM PST

Sambil kita menyaksikan pergolakan politik di dunia Arab, khususnya di Mesir, ada beberapa persoalan yang mungkin timbul dalam pemikiran pejuang dan penyokong gerakan Islam. Di antaranya ialah berhubung kenyataan pemimpin-pemimpin Ikhwan, seperti Kamal Al-Helbawy dan Tariq Ramadhan, bahawa pihak Ikhwan tidak ingin mengambil alih tampuk kekuasaan pada masa ini. Bukan sekadar itu, mereka sebaliknya mengaku bahawa peranan Ikhwan tidak begitu menonjol dalam menghasilkan kebangkitan rakyat di Mesir. Ini disebut berkali-kali walaupun ianya merupakan hakikat politik bahawa Ikhwan merupakan parti politik pembangkang yang paling kuat dan tersusun di bumi Mesir ketika ini.

Bagi yang kurang memahami dan ingin mempermudahkan persoalan ini, mereka dengan segera menjawab bahawa itu hanya satu strategi dan tipu helah yang dilakukan Ikhwan supaya dunia Barat tidak menyokong Mubarak dan terus memaksakan kepimpinannya ke atas masyarakat Mesir. Bagi yang memahami proses perubahan masyarakat dari sebuah masyarakat yang tidak berpaksikan Islam kepada yang berpaksikan Islam, mereka memahami bahawa masih ada banyak lagi yang perlu dilakukan sebelum sebuah gerakan Islam boleh mengambil alih kepimpinan masyarakat.

Alasan yang diberikan para pimpinan Ikhwan berhubung pendirian mereka ialah bahawa masyarakat masih tidak memahami Islam dan konsep pemerintahan Islam. Dalam keadaan ketidak-fahaman ini, maka persoalan kepimpinan Ikhwan ke atas masyarakat Mesir dianggap menyulitkan. Apa yang diingini Ikhwan buat masa ini adalah suatu keadaan yang akan menjamin hak mereka untuk menjalankan program-program penerangan mereka, melalui percakapan, tulisan dan juga amalan, sehingga masyarakat memahami apa yang mereka perjuangkan dan menyokong mereka atas sebab mempunyai cita-cita dan wawasan politik yang sama. Dalam erti kata yang lain, perlunya satu tempoh transisi dalam masa mana masyarakat Mesir akan lebih bebas dan terbuka, mengizinkan proses penerangan dan didikan dilakukan tanpa apa-apa halangan dari pihak berkuasa yang mengongkong selama ini. Suasana sebegini, yang boleh dikatakan sebagai lebih demokratik, akan membenarkan setiap kumpulan bergerak untuk mendapatkan sokongan dari rakyat supaya akhirnya mereka akan diterima sebagai pemimpin dan pemerintah secara rela. Ikhwan berkeyakinan bahawa proses sebegini adalah yang terbaik dan oleh itu tidak gopoh untuk mendapatkan kekuasaan dalam suasana masyarakat masih belum memahami risalah yang dibawa mereka.

Sikap Ikhwan yang sebegini sebenarnya tidak menghairankan. Tulisan-tulisan pemimpin-pemimpin mereka, walaupun dari kalangan yang dianggap paling 'ekstrim' oleh dunia Barat, seperti As-Syahid Syed Qutb, menceritakan tentang suatu proses perubahan yang memakan masa, berperingkat-peringkat dan berdasarkan kerelaan masyarakat untuk menghayati perjuangan Islam. Sebagai contoh, tulisan Syed Qutb, di dalam bukunya 'Petunjuk sepanjang Jalan' atau 'Ma'aalim fit Tariiq' dirujuk di sini sebagai bukti.

Di Dalam Bab kedua yang bertajuk 'Tabii'atul Manhaj Al-Quran' atau 'Tabiat Program Al-Quran' Syed Qutb menjelaskan bagaimana Al-Quran membentuk masyarakat Islam melalui satu proses yang ditetapkan Allah sendiri. Beliau menceritakan bagaimana melalui proses yang beransur-ansur, bermula dari kefahaman terhadap Aqeedah Islam yang sebenar, kumpulan manusia beriman telah dibentuk. Bagaimana di bawah kepimpinan Ar-Rasul, orang-orang yang beriman dicorakkan berdasarkan hidayah yang diambil dari Al-Quran, yang diwahyukan Allah secara berperingkat-peringkat, sehingga menjadi satu masyarakat yang luar biasa ketaqwaan dan ketaatan mereka. Syed Qutb menegaskan bahawa proses yang lama dan panjang ini disengajakan dan itulah proses yang perlu diguna-pakai oleh mana-mana golongan yang ingin mencorakkan kembali masyarakat ummat Islam sehingga menjadi masyarakat Islam sebenar.

Perkara ini berulangkali ditegaskan, sehingga apabila dikemukakan cadangan untuk gerakan Islam mengemukakan terlebih dahulu "teori-teori mengenai sistem perundangan yang lengkap, supaya Islam membentuk dasar-dasar penyelesaian masalah-masalah yang mungkin timbul", Syed Qutb menempelak cadangan sedemikian dengan menjawab, "sedangkan di bumi ini tiada lagi sebuah masyarakat yang telah memutuskan untuk patuh kepada perintah Allah dan menolak sebarang peraturan dan undang-undang selain dari syariat Allah, sedang mereka mempunyai kuasa untuk melaksanakannya". Ini jelas membuktikan bahawa pada pandangan beliau, pembentukan manusia yang mempunyai penganggan Aqeedah Islam yang tepat, kukuh dan mantap perlu didahulukan sebelum terlaksananya perundangan dan dasar-dasar Islam diperingkat masyarakat dan Negara.

Ini adalah kerana Islam bukan peraturan dan sistem semata-mata tetapi ianya adalah terlebih dahulu kepercayaan dan keyakinan terhadap wahyu Allah berhubung peraturan dan sistem tersebut.

Prinsip yang sama boleh kita jumpai di dalam beberapa ayat Al-Quran, termasuk ayat 35 Surah Al-Furqan yang bermaksud:
"Dan orang-orang yang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)?" Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu".
Dari ayat di atas jelas bahawa keinginan untuk melihat gerakan Islam bergerak secara gelojoh dan gopoh sememangnya diinginkan oleh musuh-musuh Islam termasuk semasa zaman Rasulullah (SAW) sendiri. Namun Allah inginkan supaya mereka yang beriman disabitkan dan diikat hati mereka dengan Al-Quran itu sedikit demi sedikit, sehingga pendirian dan pemikiran mereka dikukuhkan Al-Quran dan dengan itu pembentukkan masyarakat Islam dilakukan dengan cara yang mantap.

Secara ringkas proses yang dibawa Al-Quran merupakan proses yang bermula dengan menanam Aqeedah, diikuti pula dengan pembentukan Akhlak. Akhirnya apabila Aqeedah dan akhlak itu menjadi cara hidup yang dianuti dengan penuh keyakinan, maka dikuatkuasakan syariat sebagai pagar menjaga supaya Aqeedah dan Akhlak tersebut tidak dinodai.

Kalau dilihat dari perspektif ini, amat menghairankan mengapa golongan Ikhwan pernah dan mungkin masih dilihat sebagai golongan ekstrimis serta pengganas. Kemungkinan besar ianya adalah sikap yang terbawa-bawa dari zaman kumpulan Ikhwan menentang British dengan kekerasan pada masa Mesir masih dijajah. Seterusnya selepas merdeka, persepsi ini dikekalkan dan dikukuhkan golongan Sekular Mesir demi menjamin sokongan Barat terhadap regim mereka yang korup dan zalim.

Begitulah juga yang telah diusahakan, walaupun kurang berjaya, di Malaysia oleh UMNO/BN berhubung persepsi masyarakat dan dunia Barat terhadap PAS. Namun, apabila difahami bahawa apa yang diinginkan oleh semua gerakan Islam ialah peluang untuk bergerak melalui proses demokrasi untuk mendapatkan sokongan rakyat terhadap wawasan politik Islam yang diperjuangkan mereka, adalah diharapkan sikap permusuhan terhadapnya akan semakin luntur. Lebih-lebih lagi apabila difahami pula bahawa wawasan politik Islam yang diperjuangkan membawa mesej keadilan untuk semua dan bukan mesej penindasan satu kelompok manusia ke atas kelompok yang lain.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Jazan, Saudi Arabia

PAS LENGGONG

Posted: 15 Feb 2011 07:11 PM PST

PAS LENGGONG


Posted: 15 Feb 2011 02:44 AM PST

Pemutar dan Pembohong yang maha agong

Posted: 15 Feb 2011 02:39 AM PST

Selasa, 2011 Februari 15

SAYA TAK INGAT MUKA....TUN MAHATHIR MOHAMED

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terus bertegas pemimpin-pemimpin pembangkang yang menemuinya lebih 20 tahun lalu sebelum mereka ditahan di bawah Ops Lalang seharusnya bercakap benar dan mengakui bahawa mereka ada menemuinya sebelum Ops itu dilaksanakan
.
"Ia berlaku lebih 20 tahun lalu. Saya benar-benar ingat perjumpaan dengan mereka, saya tidak ingat wajah-wajah mereka. Saya pasti Karpal bukan salah seorang daripadanya dan saya rasa Kit Siang salah seorang daripada mereka," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) di sini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan pemberita sama ada beliau akan menyahut cabaran oleh pengerusi DAP Karpal Singh untuk menamakan anggota pembangkang yang menemuinya sebelum Ops Lalang dilaksanakan.

Dr Mahathir berkata sekiranya pemimpin pembangkang ikhlas dan tidak cenderung untuk berbohong, beliau merasakan mereka perlu mengakui yang mereka menemuinya sebelum operasi.

Katanya pemimpin-pemimpin pembangkang merayu kepadanya bagi mengelak penahanan mereka di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1987, dan itu adalah sebabnya mengapa beliau menemui mereka supaya mereka tidak ditahan.

Dr Mahathir berkata: "Ia memalukan buat saya, selepas beri jaminan yang mereka tidak akan ditahan, mereka ditahan polis, dan sudah tentu saya terpaksa menandatangani perintah tahanan."

Menyentuh laporan berita mengenai bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan memiliki operasi perniagaan di Amerika Syarikat Dr Mahathir berkata: "Itulah memang kita tahu pun tapi bila kita nak dedah sesuatu kenalah ada bukti".

"Dia kaya bukan miskin sebab itulah dia boleh pergi sana sini cerita karut kepada orang memburukkan nama saya itulah kerja dia," katanya.
"Mungkin selepas ini saya akan terima surat peguam dari Anwar mengancam untuk menyaman saya bagi menutup mulut saya," kata Dr Mahathir.

— Bernama

Perhatian kepada semua. Ketahuilah bahawa mereka itu dari puak Jahiliah moden

Posted: 15 Feb 2011 02:30 AM PST

TUESDAY, FEBRUARY 15, 2011

Persamaan Ben Ali dan Mahathir



Subky Latif
TUN Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun dan Zaine al Abidene jadi Presiden Tunisia selama 25 tahun. Kira-kira sama lama.

Zaine al Abidene sebelum menjadi Presiden adalah Perdana Menteri di bawah Presiden Habib Bourgiba. Keduanya berbalah. Sebelum dia dipecat Presiden, dia merampus kuasa dan menjadi Presiden.

Dr. Mahathir berbalah dengan pemimpinnya Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra. Dia dipecat dari partinya, Umno. Selepas Tunku dipaksa berundur, Dr. Mahathir dapat kembali dalam Umno dan kemudiannya jadi Perdana Menteri.

Kedua-duanya sama-sama keras terhadap orang bawah dan rakyat.

Ada satu lagi persamaan antara keduanya. Dr. Mahathir dikatakan bertanya Presiden Ben Ali bagaimana dia menghadapi kaum muda yang berpelajaran tinggi sehingga mereka menyoal kepimpinannya dan pemerintahannya.

Senang saja. Ben Ali menjadikan mereka orang yang berhutang sepanjang hidup. Sebaik mereka lulus universiti dan mendapat pekerjaan dan yang tidak lulus universiti pun dapat pekerjaan, maka mereka diberi kemudahan untuk membeli kenderaan.

Mereka pun jadi orang yang berhutang. Sebahagian dari pendapatan mereka digunakan untuk membayar ansuran hutang motokar. Menampung perbelanjaan motokar seperti menampung seorang isteri.

Selagi hutang motokar itu tidak selesai, maka tidak banyak memikirkan hal lain selain dari menjelaskan hutang itu. Mereka akan menghadapi masalah kiranya hutung motokar tidak dijelaskan. Biasanya mereka menunaikan beban itu.

Sekali seseorang itu bermotokar, maka dia mesti sepanjang hidupnya bermotokar. Sebaik hutang itu selesai motokar pula tua terpaksa diganti baru. Maka dia menyambung hutang lagi sehingga tua.

Kemudian mereka diberi kemudahan pinjaman membeli rumah. Kadang-kadang sampai usia bersara hutang rumah belum selesai.

Sepanjang hidup rakyat seperti itu sebok menanggung hutang. Justeru itu mereka tidak boleh berfikir untuk berlawan dengan kerajaan kerana ada risiko berlawan dengan kerajaan. Kalau ditakdirkan dia hilang pekerjaan, maka bagaimana dia hendak menjelaskan ansuran hutang motokar dan rumah?

Oleh kerana itu orang cerdik pandai yang berhutang itu tidak banyak memikirkan kerajaan dan pimpinannya baik atau tidak, kerana tanggungjawab utama mereka ialah sebok menjelaskan hutang.

Dr. Mahathir pun berkongsi pengalaman yang sama. Sebelum Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, lulusan sekolah menengah dan lulusan unversiti yang bekerja membeli motokar dulu. Mereka juga ada kemudahan membeli rumah.

Kerajaan menyediakan pinjaman itu.

Kerajaan Dr. Mahathir membuka peluang mudah memiliki motokar. Kerana Malaysia sendiri membina lebih dari satu kilang membuat motokar, bukan saja orang senang membeli motokar, orang juga senang bertukar motokar.

Dr. Mahathir juga menukar sistem biasiswa bagi mahasiswa berjalan sejak di zaman British dulu kepada sistem pinjaman. Setiap pelajar diberi hak untuk membuat pijaman pelajaran.

Maka sebelum pelajar itu keluar universiti, mereka sudah jadi orang yang berhutang. Sebaik saja mereka dapat pekerjaan, maka mereka mula membayar hutang.

Rakyat Tunisia hanya menjadi orang yang berhutang selepas keluar dari universiti. Rakyat Malaysia sudah jadi orang yang berhutang sebaik saja masuk universiti. Beban hutang itu akan bertambah apabila mereka membeli motokar dan membeli rumah.

Oleh itu mereka sebok sepanjang hidup bekerja untuk menyelesaikan hutang. Beban hutang itu mungkin selesai apabila masing-masing bersara. Orang masuk usia bersara tidak lagi banyak memikirkan tentang politik dan kerajaan. Orang yang penat ini biasanya memilih untuk berehat.

Apa yang dibuat oleh Ben Ali itu berjaya menyelamatkan politiknya hingga sampai 23 tahun. Memang pelannya lojik dan menasabah.

Tetapi rakyat Tunisia akhirnya tidak lagi memikirkan mereka berhutang atau tidak. Dimulai oleh orang tidak ada pekerjaan di jalan-jalan bangkit menyoal pemerintahan Ben Ali. Mereka disokong oleh orang-orang yang berhutang, mereka hambat Ben Ali hingga tidak ada negara hendak menerimanya sebagai orang buangan.

Dr. Mahathir lebih cerdik. Sebelum orang berhutang hambat dia, dia berhenti dulu. Ben Ali bukan tidak cerdik, tetapi dia pun tidak sangka rakyat Tunisia rupanya sudah cerdik belaka.

sumber - Harakahdaily

Tahniah YAB Lim Guan Eng

Posted: 15 Feb 2011 02:19 AM PST

Jika perlu saman juga TV1 dan juga TV3- Pengadu-domba termasuk juga astroawani.

Pulau Pinang lantik Karpal saman Farid
Mohd Sabri Said

GEORGETOWN, 15 Feb: Kerajaan Negeri Pulau Pinang melantik Karpal Singh untuk menyaman malu terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong, Mohamad Farid Saad dan Utusan Malaysia kerana menabur fitnah pada 2 Februari lalu kononnya Kerajaan Negeri telah mengedar risalah My Balik Pulau dalam laporan bertajuk 'lupa sejarah hina Melayu'.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menegaskan, Utusan Malaysia sengaja mengadu domba isu berkenaan bagi tujuan menghidupkan sentimen perkauman selain memburukan nama baik Kerajaan Negeri yang dimenang Pakatan Rakyat.

Padahal My Balik Pulau merupakan isu yang diluluskan semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) dulunya sebab ada antara penyumbangnya terdiri daripada tokoh Umno.

"Kita telah memberi masa untuk menarik balik atau memohon maaf tetapi beliau enggan. Maka, tidak jalan lain melainkan menyaman malu terhadap beliau dan Utusan Malaysia, " jelanya.

Menurut beliau lagi, keputusan menyaman itu diputuskan dalam mesyuarat Exco minggu lalu kerana ia sengaja dibuat untuk menjatuhkan maruah negeri kerana Umno sangat kecewa ekoran perancangan Kerajaan Pakatan Rakyat dapat menjalinkan kerjasama yang utuh di kalangan rakyat.

Untuk menghentam Kerajaan Negeri mereka sengaja mendedahkan isu ini tanpa disedari bahawa ianya memakan diri kerana yang mengeluarkan adalah Umno dan Kerajaan Persekutuan.

"Saya telah mendapat nasihat daripada Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri supaya saya berbuat demikian ke atas Mohamad Farid dan Utusan Malaysia," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Puteh, Balik Pulau.

Justeru itu Kerajaan Pakatan Rakyat bertekad akan terus berjuang membasmi kejahatan Umno dan BN yang berterusan merancang kebencian rakyat terhadap Kerajaan Negeri yang bertujuan menutup skandal Pulau Jerejak yang dianggarkan RM30 juta semasa di bawah pemerintahan Ketua Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon

Sememangnya Utusan Pembohong

Posted: 14 Feb 2011 08:01 PM PST

Celakalah utusan
Roboh: AMK dakwa Utusan bohong
Fakhri Ali

BUKIT MERTAJAM,13 Feb: Akhbar Utusan Malaysia sekali lagi dibidas oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang setelah memaparkan berita bertajuk ' MPSP roboh 1,000 gerai' sepertimana yang tersiar pada 8 Februari yang lalu.

Ketua AMK Pulau Pinang, Amir Ghazali semasa ditemui berkata berita dan angka yang dipaparkan tidak benar dan berunsur fitnah untuk mengaibkan kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh Pakatan Rakyat (PR).

Amir juga berkata, statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Direktorat Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menyatakan hanya 10 buah premis sahaja yang dirobohkan oleh pihak penguatkuasa MPSP pada hari kejadian iaitu 7 Februari yang lalu.

"Apa yang cuba ditimbulkan oleh akhbar tersebut adalah untuk mensensasikan isu perobohan gerai yang ternyata dilaksanakan sepertimana yang dinyatakan dalam undang-undang penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan tersebut.

"Dalam operasi yang dilaksanakan MPSP telah bertindak mengikut garis panduan yang diberikan. Mereka juga tidak berpihak kepada mana-mana peniaga. Sebaliknya jumlah gerai yang dirobohkan melibatkan 4 kepunyaan orang Melayu, 2 Cina, 1 India dan selebihnya adalah milik warga asing, " katanya lagi.

Beliau yang juga Ahli Majlis MPSP memberi jaminan usaha sedang dilaksanakan bagi menempatkan semula peniaga yang terlibat di satu lokasi yang akan dikenal pasti dalam kawasan yang sama bagi memberi peluang kepada mereka meneruskan perniagaan.

Namun begitu, katanya, ia memerlukan sedikit ruang sebelum proses pelaksanaannya dijalankan.

Amir juga mengingatkan Umno dan Barisan Nasional khususnya di Pulau Pinang supaya tidak mengeruhkan suasana dengan mengapi-apikan para peniaga melalui penyiaran berita mereka bagi menimbulkan kebencian masyarakat kepada Kerajaan Negeri.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tengah, Ong Chin Wen serta para peniaga yang terlibat dalam perobohan gerai mereka baru-baru ini

11 Feb 11 Bukan Sumpah Tutankhamun, Bukan Salah Jebat Derhaka post info By Anwar Ibrahim Categories: Agenda Baru, Aktiviti, Analisis, Antarabangsa, An

Posted: 14 Feb 2011 07:59 PM PST

11
Feb
11

Bukan Sumpah Tutankhamun, Bukan Salah Jebat Derhaka

Dari Merdeka Review
Oleh Hafiz Zainuddin

Pagi masih awal. Sekumpulan demonstran sedang membuat senaman ringan. Ada yang masih lena tidur, dingin diselimuti hawa pagi. Pihak tentera bertukar giliran mengawal keadaan. Khemah-khemah besar kelihatan merata-rata. Dataran Tahrir telah menjadi tempat tinggal bagi sebahagian besar warga. Begitulah fenomena di Kaherah sekarang ini. Rakyat Mesir sedang menunggu era kegemilangan mereka.

Sejak bermulanya revolusi lebih kurang tiga minggu lalu, ekonomi Mesir telah lumpuh. Kedai-kedai, pejabat dan perusahaan telah ditutup. Sebahagian besar pekerja sibuk membuat kerja baru mereka kepada negara; menurunkan pemimpin melalui jalan raya! Kerajaan Mesir mahu "krisis ini dihentikan segera". Rakyat sudah tidak peduli malah makin seronok berdemonstrasi.

Demonstrasi adalah pesta demokrasi. Seorang teman saya melawak. Beliau berkata bahawa demonstrasi di Mesir ini sudah menjadi sebuah budaya yang dilihat cool dan hip. Walaupun protes ini telah mengorbankan sekitar 300 orang, rakyat Mesir sama sekali tidak gentar malah semakin berani dan bersemangat. Perjuangan untuk membebaskan negara dari cengkaman kukubesi harus diteruskan!

Ruang untuk terus berkuasa semakin suntuk buat regim Hosni Mubarak. Kerajaan Mesir melalui Timbalan Presidennya Omar Sulaiman cuba berkompromi dengan para demonstran tetapi menemui jalan buntu. Malah, lebih ramai rakyat dan kesatuan-kesatuan pekerja turun ke jalan raya bersama yang lain. Mereka terdiri dari pekerja-pekerja sektor elektrik, mekanikal, keretapi, pekerja bas, pekerja kilang tekstil, tidak terkecuali para doktor dan sebagainya.

Menurut agensi berita AP, kehadiran semakin ramai demonstator ke jalan raya adalah disebabkan mereka "termotivasi" dengan maklumat terkini yang menyatakan jumlah harta terkumpul keluarga Mubarak! Mubarak dipercayai manusia paling kaya di dunia. Menurut laporan The Guardian; harta keluarga diktator itu bernilai sekitar USD70 billion! Sekiranya di Malaysia; orang Melayulah yang paling suka pemimpinnya kaya walaupun dia hidup melarat. Katanya "…asal Melayu tak apa…"

Hosni cuba rasuah kakitangan awam

Untuk meredakan kebangkitan rakyat, Hosni Mubarak (gambar bawah) dilihat cuba merasuah sebahagian kakitangan awam dan pesara tentera dengan menawarkan kenaikan bayaran dan gaji sebanyak 15% bermula April ini. Malangnya, tawaran ini tidak mendapat tempat di hati. Apalah sangat 15% dengan kesengsaraan yang dihadapi rakyat selama ini. Rakyat Mesir telah sedar. Pemerintahan kuku besi Mubarak selama 30 tahun bukanlah suatu jangka masa yang pendek.

Sumber Gambar: Reuters
Telah lama kebebasan bersuara disekat. Ramai pejuang dan aktivis ditangkap dan dibunuh. Ramai rakyat Mesir yang menderita akibat kemiskinan dan tekanan hidup. Pengangguran mencatatkan kadar sehingga 30%. Apakah semua ini adalah sebab rakyat malas bekerja? Apakah ramai rakyat Mesir menderita kerana sumpah Tutankhamun ribuan tahun dahulu? Tidak. Ini semua berlaku akibat rasuah, salahguna kuasa dan "bad governance".

Rasuah bermaharajalela di Mesir. Sama halnya yang berlaku di Tunisia, Yaman dan negara-negara Arab yang lain. Duit negara dibazirkan dan diselewengkan sewenang-wenangnya. Berbilion-bilion dolar telah masuk ke poket pemimpin tertentu.

Semakin hari semakin ramai rakyat mesir berhimpun di Dataran Tahrir. Jalan-jalan di sekitar Kaherah-Iskandariah dipenuhi dengan lautan manusia yang terus bangkit mendesak regim Mubarak supaya berundur. Penganut Islam dan Kristian bersatu bergandingan tangan. Malah, sejak akhir-akhir ini, anggota tentera dan polis kelihatan sangat akrab dengan demonstrator. Ini merupakan isyarat kepada regim Mubarak agar turun segera!

Demonstrasi solidariti di Malaysia

Sebagai sokongan kepada Revolusi Sungai Nill ini; Jumaat lalu, Kuala Lumpur disaksikan dengan perhimpunan solidariti yang berarak dari masjid As-Syakirin KLCC ke kedutaan AS. Perhimpunan ini lebih disertai lebih kurang 7000 demonstrator yang terdiri dari rakyat Malaysia dan rakyat Mesir sendiri.

Walaupun ini merupakan sebuah demonstrasi aman, kerajaan Malaysia begitu serius menangani demonstrasi ini (malah demonstrasi-demonstrasi lain). Aksi Polis memukul, sepak dan meludah demonstran tidak kurang sama dengan apa yang berlaku di Mesir bahkan Israel. Sebagai negara dunia ketiga yang sedang membangun dengan pesat, kerajaan sepatutnya bertindak matang dalam menghadapi situasi sebegini. Demonstrasi aman merupakan sebuah hak dalam sesebuah negara demokrasi.

Sumber gambar: Reuters
Apa yang berlaku di Mesir sepatutnya menjadi pengajaran kepada seluruh kerajaan yang ada di dunia. Rakyat Mesir telah keluar dari ketakutan yang menghantui diri mereka selama ini. Ugutan pihak kerajaan sama sekali tidak mematahkan semangat mereka untuk terus teguh mendesak regim Mubarak berundur.

Saya masih ingat ketika zaman reformasi 1998. Masa itu saya baru berumur 17 tahun. Pada waktu itu, kadar penggunaan internet agak terhad. Kebanyakan maklumat yang sampai ke tangan adalah melalui fotostat, kaset-kaset dan VCD. Dan sekarang, situasi telah jauh berbeza (sangat jauh); segalanya diketahui melalui internet dengan mudah dan pantas di manapun kita berada. Rakyat Malaysia tahu apa yang sedang berlaku.

Kerajaan Malaysia perlu sedar bahawa saat ini adalah saat kritikal bagi rakyat dalam menghadapi masalah ketidaktentuan ekonomi. Rakyat sedaya upaya berjuang untuk kehidupan mereka yang lebih baik. Apakah ertinya jika saat kritikal ini tidak dikongsi?

Kerajaan perlu tahu bahawa bukan semua rakyat bekerja sebagai kakitangan awam yang boleh dikatakan berada pada skala kehidupan yang berbeza. Malah ramai rakan-rakan saya yang menjawat jawatan sebagai pekerja kontrak dan sambilan di sektor kerajaan telah tidak disambung kontrak mereka. Apakah makna semua ini? Ya. Kerajaan bertindak begini mungkin sebagai langkah berjimat cermat (kononnya).

Dalam situasi ekonomi dunia yang diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga, saya hairan mengapa kerajaan boleh menamatkan kontrak sebahagian penjawat awam dan berbelanja jutaan ringgit untuk perkara yang membazir? Saya merujuk kepada pendedahan pemimpin pembangkang bahawa pembelian enam kapal tentera laut oleh Kementerian Pertahanan di mana pihak kementerian bersedia membayar RM6 bilion untuk kapal-kapal tersebut. Pada masa yang sama; rakyat mempersoalkan mengapakah pembelian itu 870% lebih mahal dari bayaran negara lain untuk kapal yang sama? Apa yang telah berlaku sebenarnya? Duit rakyat keluar begitu sahaja dengan mudah.

Takkan kita sudah lupa, kerajaan Malaysia dilihat sangat membazir dengan melantik APCO sebagai syarikat perundingan antarabangsa dengan membayar lebih RM76 juta setahun. Isu ini telahpun mendapat liputan meluas. Tak perlulah saya menjelaskan lagi. Ini tidak lagi mengambil kira projek-projek kerajaan yang lain.

Bagaimana pula dengan pendedahan oleh Anwar Ibrahim mengenai "skandal" yang melibatkan RM888 billion yang lesap dalam tempoh sembilan tahun? Selain itu, rakyat juga persoalkan di mana datangnya peruntukan untuk FLOM dan mengapa peruntukan untuk ubahsuai Seri Perdana sehingga RM65 juta?

Duit negara dilihat keluar dengan mudah. Kerajaan mungkin akan berkata bahawa ia adalah satu "pelaburan" untuk masa akan datang. Saya yakin rakyat tahu. Semuanya terang lagi bersuluh. Kita tidak mahu segala penyelewengan ini mengundang kemusnahan untuk Malaysia. Malah kita sebagai rakyatlah yang menanggung beban perbelanjaan oleh kerajaan.

Harga petrol naik beberapa kali dalam satu jangka masa yang dekat. Kenaikan ini disertai dengan kenaikan harga makanan dan barang keperluan yang lain. Kasihan melihat rakyat terutamanya golongan berpendapatan sederhana dan rendah menanggung kesan kenaikan ini. Apabila kadar jenayah semakin berleluasa, apabila tekanan hidup semakin dirasai, apabila rasuah dianggap perkara biasa, apabila pemimpin korup dianggap bersih. Apakah semua ini merupakan petanda kejatuhan sesebuah negara?

Bukan salah kalau Jebat derhaka lagi. Kita berdoa agar Malaysia akan terus aman dan makmur. Kita mahu kekayaan negara dapat dirasai oleh seluruh rakyat. Kita tidak mahu ekonomi Malaysia lumpuh seperti apa yang berlaku di Mesir.

*Hafiz Zainuddin ialah penulis bebas

Perbicaraan DSAI semalam

Posted: 14 Feb 2011 07:55 PM PST

KUALA LUMPUR, 14 Feb: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini didedahkan dengan keterangan yang bercanggah oleh saksi pihak pendakwaan berhubung jumlah hari Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak mandi atau tidak mencuci punggungnya.

Dalam keterangan terdahulu, saksi pihak pendakwaan menjelaskan Mohd Saiful tidak mandi atau tidak mencuci punggungnya selama empat hari, tetapi hari ini hanya dinyatakan selama dua hari sahaja.

Pakar jagaan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Khairul Nizam menjelaskan, Saiful tidak mandi, tidak membuang air besar dan tidak mencuci punggungnya selama dua hari disebabkan kesakitan pada bahagian anusnya.

Beliau menjelaskan demikian ketika menjawab soalan peguambela S N Nair sebagai sebahagian bukti Saiful benar-benar diliwat oleh seseorang yang didakwa oleh Saiful seorang tokoh terkemuka, Anwar Ibrahim, dalam perbicaraan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersambung hari ini

Sementara sebelum itu, peguam pasukan pembela kes liwat Anwar menegaskan tiada bukti air mani dikesan pada Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana tiada ujian yang sewajarnya dijalankan untuk memastikan perkara tersebut.

Salah seorang peguam Anwar, Sankara Nair berkata, meskipun keputusan makmal Hospital Kuala Lumpur (HKL) menunjukkan adanya kesan air mani, tetapi tiada ujian-ujian yang standard dijalankan untuk mengesahkan perkara itu.

Menurut beliau, laporan kimia juga tidak mengambil kira ujian-ujian standard yang harus dijalankan untuk menentukan sebarang kehadiran air mani.

Dalam soalannya kepada ahli patologi forensik HKL, Dr Siew Sheue Feng, beliau berkata, di peringkat antarabangsa terdapat ujian-ujian yang standard seperti itu yang diamalkan seperti PSA 'antigen' dan RSID yang akan memberi gambaran tepat mengenai air mani.

Dengan merujuk kepada laporan kimia, Sankara berkata, laporan kimia juga menunjukkan bahawa kesan air mani sendiri ada ditemui pada seluar dalam dan seluarnya.

"Bagaimanapun perkara ini tidak dicatatkan oleh anda?" soal Sankara yang turut diakui oleh Dr Siew bahawa beliau memang tidak mengambil catatan.

DUN CHINI

Posted: 15 Feb 2011 07:03 PM PST

DUN CHINI


USTAZ ABDUL HARIS ( MAULIDULRASUL )

Posted: 14 Feb 2011 07:23 PM PST

Pagi ini sempena MaulidulRasul Kuliah mingguan diganti pada ceramah dan sembahyang dhuha.
Ceramah berkisar peranan dan sejauh mana kita percaya akan isi kandungan Al Quran itu sendiri.
Peranan kita sebagai umat Muhamad ,sejauh mana kita mengikuti dan patuh suruhanya.
( Video Klip akan menyusul kemudian.)









ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 15 Feb 2011 03:08 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


DUA PENEMUAN MENGEJUT DI SARAWAK !

Posted: 15 Feb 2011 12:56 PM PST


PENEMUAN PERTAMA YANG BAIK TAPI AKAN MEGUJUDKAN KETAMAKAN PADA PEMIMPIN BARISAN NASIONAL IAITU Penemuan minyak, gas di Sarawak.

PETRONAS mengumumkan penemuan terbesar minyak dan gas melalui kerja penggalian telaga NC3 dan Spaoh-1 di Blok SK316 dan SK306 pesisir luar pantai Sarawak.

Petronas dalam satu kenyataan semalam berkata, pada Mac tahun lalu, kerja penggalian NC3 menemukan hasil untuk Petronas di Blok SK316 dengan anggaran awal 2.6 trillion kaki padu standard (tscf) gas di kawasan berkenaan.


"Setiap telaga digali sedalam 4,000 meter di bawah paras laut, malah ujian aliran produksi menyatakan bahawa telaga berkenaan mampu mendatangkan hasil.

"Telaga Spaoh-1 digali sedalam 3,000 meter, terletak di Blok SK306 turut menunjukkan keputusan sama. Ia digali sekitar Disember tahun lalu dan mengandungi minyak dan gas," katanya.

PENEMUAN KE 2 YANG DIKATEGORIKAN TIDAK BAIK UNTUK RAKYAT SARAWAK DAN ORANG ISLAM KHASNYA IAITU SEPERTI DILAPORKAN SARAWAK REPORT TENTANG AKSI MELAMPAU DAN HARAM TENTANG ANAK SAUDARA KETUA MENTERI SARAWAK.

http://arusperjuangan.blogspot.com/2011/02/gambar-dan-aksi-melampau-anak-saudara.html


Selain bergelumang dengan alcohol, Elia juga berani berpakaian menjolok mata di khalayak ramai dan bukannya berpakaian menutup aurat seperti yang diharapkan oleh wanita-wanita Islam yang lain dan juga golongan lelaki yang mentadbir kerajaan BN, termasuk juga bapa saudaranya, Taib Mahmud.

Umat Islam, khasnya kaum Muslimin di Malaysia pernah dikejutkan oleh suatu kes di mana seorang model Muslim yang pernah ditahan kerana meminum bir di sebuah restoran hotel tetapi kemudian telah dikecualikan dari hukuman sebatan, tetapi, sebaliknya tidak bagi Elia.
Selain bergelumang dengan alcohol, Elia juga berani berpakaian menjolok mata di khalayak ramai dan bukannya berpakaian menutup aurat seperti yang diharapkan oleh wanita-wanita Islam yang lain dan juga golongan lelaki yang mentadbir kerajaan BN, termasuk juga bapa saudaranya, Taib Mahmud.

Umat Islam, khasnya kaum Muslimin di Malaysia pernah dikejutkan oleh suatu kes di mana seorang model Muslim yang pernah ditahan kerana meminum bir di sebuah restoran hotel tetapi kemudian telah dikecualikan dari hukuman sebatan, tetapi, sebaliknya tidak bagi Elia.

PEMUDA BESUT

Posted: 15 Feb 2011 01:45 PM PST

PEMUDA BESUT


Video & Gambar : Bendera Besar Pas Tawan Puncak Bukit Keluang Besut

Posted: 15 Feb 2011 07:08 AM PST





















Program dianjurkan Pemuda Pas Cawangan Keluang dengan kerjasama Dewan Pemuda Pas Kawasan Besut dan Pemuda Pas Dun Kota Putera..

Lagi gambar " DISINI "

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 15 Feb 2011 01:30 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


AMK lancar program gerak kerja pertama PRK Merlimau

Posted: 14 Feb 2011 07:03 PM PST

JASIN: Jingga Walk merupakan program gerak kerja pertama KEADILAN Melaka bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau Mac depan.

Ketua Angkatan Muda (AMK) KEADILAN, Shamsul Iskandar berkata, program tersebut telahpun dimulakan pada 29 Januari lalu di sekitar bandaraya Jasin.

"Pertemuan bersama masyarakat Cina bersempena sambutan Tahun Baru Cina Sabtu lalu akan dilanjutkan dengan pelbagai lagi program selepas ini.

"Alhamdulillah, saya dapati sokongan kaum Cina terhadap KEADILAN di Merlimau di luar jangkaan.

"Saya dimaklumkan sendiri oleh peniaga-peniaga di sana, mereka telah diberi RM400 daripada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri (Ali Rustam) semasa lawatannya di lokasi yang sama sehari sebelum itu.

"Bagaimanapun mereka (penduduk) memberitahu 'gula-gula' (RM400) berkenaan sesekali tidak menjejaskan sokongan mereka terhadap Pakatan Rakyat," jelas Shamsul yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Melaka.

Pada kunjungan itu, Shamsul bersama jawatankuasa AMK Melaka mengedarkan 1000 naskhah akhbar rasmi KEADILAN – Suara Keadilan bersama buah limau.

Mereka juga turut memperkenal dan menerangkan kepada penduduk kawasan berkenaan berhubung peranan Buku Jingga yang menggariskan program 100 Hari Pakatan Rakyat.

"Sebab itu kami menggunakan tema warna jingga malah pemilihan nama program adalah bertepatan dengan pelaksanaannya," jelas Shamsul.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada 20 Januari lalu akibat serangan jantung.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari sebagai tarikh penamaan calon dan sekiranya ada pertandingan, pengundian pada 6 Mac.

Keadilan Daily

Bersedia hadapi program "Taqarrub" di Merlimau

Posted: 14 Feb 2011 05:32 PM PST

SAYA tanya seorang ustaz, apa makna perkataan "taqarrub." Katanya, mendekat atau menghampirkan dan dalam konteks agama mendekatkan diri pada Allah. Di Melaka pada bulan Ramadan ada program taqarrub Ramadan di masjid dan surau seluruh negeri.

Dulunya program ini dinamakan Sivik Ramadan. Pada kesempatan ini, penceramah undangan (tentunya yang diluluskan Jabatan Agama Islam negeri) akan memberi panduan, menyuntik semangat keagamaan dan sebagainya. Pada majlis ini juga, Pengerusi JKKK dan pemimpin kampung turut mengambil kesempatan menyampaikan amanat. Dalam program taqarrub ini beberapa penceramah akan bertugas dari sebuah masjid ke masjid lain sehinggalah berakhir bulan Ramadan.

Usaha mendekatkan (taqarrub) ummah kepada masjid dan ibadat bulan Ramadan adalah usaha terpuji tetapi ada satu lagi program taqarrub yang dilakukan pemimpin Umno Melaka sejak sekian lama yang jelas tidak menepati ciri-ciri kemuliaan dalam Islam.

Pada program taqarrub ini, pihak berkenaan akan mengadakan majlis spontan di sebelah program pihak lawan yang telah lama dirancang. Tujuannya adalah bagi mengganggu majlis di sebelah.

Taktik ini dipercayai akan digunakan di Dun Merlimau menjelang pilihan raya kecil 6 Mac depan berdasarkan apa yang berlaku di Tenang di mana ada aktivis melaporkan majlis mereka diganggu oleh pihak lawan yang mengadakan majlis kilat di sebelah.

Mereka sengaja menghalakan corong pembesar suara dan membuat bising bagi menggagalkan majlis berkenaan. Pemimpin mereka kemudian bercakap merapu-rapu termasuk menjawab "secara langsung" apa yang dilontarkan oleh penceramah pada majlis sebelah.

Pemimpin PAS tentu berpengalaman melalui program taqarrub di Melaka ini. Tahun lalu ketika kemuncak perlawanan bola sepak Piala Dunia, pihak berkaitan memasang skrin besar yang menyiarkan perlawanan semata-mata bagi mengganggu majlis ceramah di sebelah yang turut membabitkan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Malah suatu masa dulu, ketika Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berceramah, pemimpin nombor satu negeri membuat bising termasuk berkokok pada majlisnya yang diadakan di premis bersebelahan. Ada kaset dan CD dikeluarkan mengenai majlis ini.

Penulis sudah beberapa kali menghadiri majlis di mana ceramah pemimpin PAS diganggu oleh pemimpin Umno yang mengadakan majlis di premis sebelah. Pada salah satu majlis itu, Umno negeri menugaskan sekurang-kurangnya lima orang - daripada pemimpin negeri, majlis agama negeri, jabatan hal ehwal khas, ustaz dan ahli politik tempatan untuk menenggelamkan suara dua penceramah PAS dari luar.

Tuduhan seperti penyeleweng akidah, anak cucu Dajal, pembohong, siang dia tidur malam dia keluar berceramah untuk membohongi rakyat, bangsat, dia peluk kafir, ini kafir sebenar, dialah kafir, penyangak, penyamun wang..., kau ulama dalam semak, tuhan kau ialah..., 'mencemari' keheningan malam itu.

Penulis bimbang taktik begini akan berleluasa pada pilihan raya kecil N27 Merlimau di mana lebih 10,500 pengundi akan membuat pilihan – mengundi calon Umno-BN atau PAS-Pakatan Rakyat. Kira-kira 65 peratus pengundi adalah Melayu, 21 peratus Cina, 14 peratus India dan bakinya daripada kaum lain. Penamaan calon adalah pada 26 Februari dan jika ada pertandingan pilihan raya pada 6 Mac.

Dun Merlimau dalam Parlimen Jasin mempunyai tujuh daerah mengundi - Ayer Merbau, Chinchin, Jasin Lalang, Ladang Merlimau, Merlimau Pasir, Permatang Serai dan Pengkalan Samak. Antara landmark baru di sini adalah Politeknik Merlimau dan Kolej Komuniti Jasin tetapi pengunjung jangan lupa Rumah Penghulu Abdul Ghani/Mat Nattar yang tersergam indah tidak jauh dari Masjid Al-Rahim yang terletak berhampiran pekan Merlimau.

Rumah Penghulu penuh bersejarah ini "merakamkan" pelbagai peristiwa suka duka anak bangsa, tetapi alangkah eloknya jika dapat "menjadi saksi" kelahiran anak sulung PAS Melaka di bumi bertuah ini!

LanH ,

Harakah edisi 8 - 10 RABIULAWAL 1432 / 11 - 13 FEBRUARI 2011

Agensi Pelancongan Tipu

Posted: 14 Feb 2011 05:30 PM PST

AYER KEROH - Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Melaka mengarahkan sebuah syarikat agensi pelancongan mengembalikan RM689 kepada seorang pelanggannya, Azry Abdullah, 36, dalam tempoh 14 hari daripada tarikh kes itu dibicarakan.

Presiden Tribunal, Masnah Haron menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati Azry tertipu dengan syarikat berkenaan yang juga sebuah agensi pelancongan bergerak sekitar bandar raya ini.

Azri berkata, dia telah membeli pakej promosi pelancongan berjumlah RM689, selain menerima hadiah percutian ke destinasi pilihan.

Menurutnya, dia membayar pakej itu secara tunai pada 2 Disember 2010.

"Saya merancang percutian keluarga dan apabila terlihat promosi berkenaan, saya tertarik dan terus mendaftarkan diri. Ketika itu, saya diminta memilih destinasi percutian secara percuma sebagai hadiah menjadi ahli," katanya.

Bagaimanapun Azry berkata, dia cuba menghubungi syarikat berke�naan dan mendapati tiada sebarang jawapan diterima.

"Keesokan hari, saya ke tempat promosi dijalankan tetapi ia telah dikosongkan.

"Disebabkan rasa tidak sedap hati, saya terus menghubungi mereka selama beberapa hari secara berterusan," katanya.

Menurutnya, pada hari keenam, dia berjaya menghubungi mereka tetapi diberikan alasan dia menghubungi nombor salah.

"Saya kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Bukit Baru dan dinasihatkan mendapatkan bantuan di TTPM.

"Kes difailkan pada 27 Disember 2010 dan sehingga kini pihak berkenaan tidak menghadirkan diri dalam dua perbicaraan yang dijalankan," katanya.

Sumber : Sinar Harian

Merlimau : Gelanggang dakwah ke 15

Posted: 14 Feb 2011 05:15 PM PST

Majdan Dagang

Pilihan Raya Kecil (PRK) telah berlalu dan Umno berjaya mempertahankan kerusi mereka. PAS kalah dari segi angka, namun hakikat sebenar perjuangan dakwah Islam dianggap berjaya. Harus diingat, PAS bukan sekadar parti politik yang berdaftar secara sah mengikut perlembagaan, tetapi juga sebagai jemaah yang memikul tanggungjawab dakwah kepada orang Islam dan bukan Islam.

Hal ini memang jelas diketahui dan didokongi oleh pimpinan, ahli dan penyokong yang faham akan perjuangan PAS. Oleh sebab itu lah parti Islam ini menyertai pilihan raya umum dan pilihan raya kecil sejak belum merdeka lagi walaupun sedar bahawa pertandingan tersebut tidak memihak kepada mereka.

PRK Dun Tenang, Johor misalnya, walaupun sedar bahawa PAS memasuki gelanggang untuk "kalah", namun atas dasar dakwah parti itu tetap memberikan cabaran. Terbukti, walaupun kalah dari segi undi, isu calon PAS yang enggan bersalam dengan lelaki ajnabi (kemudiannya calon memakai sarung tangan) telah menyerlahkan sikap hipokrit Umno dalam menyampaikan kefahaman Islam. Umno bukan sahaja tidak menyampaikan etika Islam kepada rakan-rakan bukan Islam bahkan gagal menyatakan perihal Islam yang sebenar kepada ahlinya yang mengaku beragama Islam.

PAS kini bukan sahaja berjaya mentarbiah kebanyakan ahlinya tentang Islam yang syumul bahkan kini berjaya menyampaikan pula penerangan tentang Islam kepada rakan-rakan bukan Islamnya. Dalam isu bersalam tangan, rakan-rakan bukan Islam yang bersama-sama PAS telah memberi penerangan tentang adab dan budaya agama Islam kepada orang ramai dan meminta mereka menghormati pendirian Islam tentang isu tersebut. Bukankah ini salah satu kejayaan PAS dalam menerangkan Islam?

Kini, PRK Dun Merlimau, Melaka sekali lagi memberi peluang kepada PAS untuk bertemu dengan seramai mungkin rakyat dan menyampaikan dakwah Islam. Peluang sebegini luas hanya datang setiap PRU dan PRK. Hakikat dakwah inilah yang tidak ada dalam Umno dan mereka tentunya berasa hairan kenapa PAS bersusah payah bertanding untuk "kalah".

Umno juga tidak akan faham kenapa ahli-ahli PAS berjuang dan terus berjuang walaupun sedar mereka berada dalam keadaan serba kekurangan sama ada dari segi kewangan, logistik, pentadbiran dan segalanya. Umno perlu sedar bahawa PAS bukan berjuang untuk wang, harta dan pangkat, bukan juga demi individu tertentu atau pemimpin tertentu, tetapi ahlinya berjuang untuk Islam.

Suatu kisah ketika tentera Islam mempertahankan Baitul Muqaddas yang dikepung oleh tentera King Richards the Lionheart. Salahudin al-Ayubi telah menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat memusnahkan "kereta kebal" musuh yang digunakan untuk menembusi benteng pertahanan Baitul Muqaddas.

Salah seorang, juruteranya berjaya mencipta sejenis alat yang dapat membakar dan seterusnya memusnahkan "kereta kebal" tersebut. Apabila ditanyakan kepada jurutera tersebut apakah hadiah yang dimahukan, dia menjawab dengan tegas, "Ucapan terima kasih pun saya tak perlu, inikan pula hadiah. Saya berjuang bukan untuk tuan, tetapi untuk Allah."

Semoga, semangat itu dapat diteruskan pula di Merlimau nanti. Mengikut rekod pilihan raya yang lepas-lepas, kawasan ini merupakan kubu kuat Umno. Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir daripada Umno-BN menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi – menyaksikan kekurangan hampir 3,000 undi berbanding PRU 11 pada tahun 2004. Ketika itu Mohamad Hidhir mendapat 6,332 undi menewaskan calon PKR iaitu Jayathas Sirkunavelu dengan majoriti 5,087 undi. Jayathas mendapat 1,245 undi.

PRK ini nanti bakal memberi peluang kepada 10,643 pengundi biasa dan 36 pengundi pos untuk memilih wakil baru mereka di Dun Melaka. Angka tersebut berdasarkan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010 (bagi bahagian pilihan raya berkenaan) yang telah dikemaskini sehingga 20 Januari 2011.

Di Melaka Umno mempunyai 18 kerusi di Dun, empat kerusi MCA, satu kerusi MIC dan DAP pula lima mendapat kerusi. Sehingga kini PAS masih menantikan anak sulungnya di Melaka setelah kesemua negeri di Semenanjung mempunyai wakil PAS.

Sehingga kini, telah 14 PRK telah berlangsung selepas badai tsunami Pilihan Raya Umum ke-12, 2008 yang lalu. Daripada siri PRK tersebut Pakatan Rakyat (PR) menang di Sibu, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Permatang Pauh, Permatang Pasir, Manek Urai, Penanti dan Bukit Selambau. Manakala Barisan Nasional (BN) pula menang di Tenang, Hulu Selangor, Galas, Tenang, Batu Sapi, Bagan Pinang dan Tenang.

Apakah akan berlaku kejutan di Merlimau pada kali ini? Walaupun secara logiknya, Umno boleh menang walaupun dalam keadaan mata terpejam, namun tidak ada siapa yang tahu kuasa Allah. PAS telah memperoleh anak sulungnya di Johor pada PRU 11 pada 2004 apabila Dr Ramli menang tanpa bertanding akibat calon Umno tersilap mengisi borang.

Tugas PAS hanyalah turun gelanggang untuk bertarung, urusan kalah dan menang terserah kepada Allah SWT.

Sumber : Harakahdaily

Kerajaan PR Selangor bantu mangsa banjir Melaka

Posted: 14 Feb 2011 03:46 PM PST

SHAH ALAM: Sejumlah RM150,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri Selangor bagi disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir yang melanda Johor, Melaka dan Pahang.

Sehubungan itu, satu tabung khas telah diwujudkan bagi kerajaan negeri memberikan bantuan sewajarnya. Justeru Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Rodziah Ismail diberikan amanah mengendalikan tabung tersebut.

Tanggungjawab tersebut diberikan supaya setiap bantuan dapat disalurkan dengan baik, cekap dan cepat kepada mangsa terlibat, jelas Sekretariat Akhbar Menteri Besar.

"Bantuan kemanusiaan ini selaras dengan prinsip kebajikan rakyat yang diamalkan oleh Kerajaan Selangor yang mana sumber kekayaan negeri dikongsi bersama tanpa mengira sempadan terutama kepada mereka yang memerlukan bantuan," kenyataan itu dipetik.

Sumber : Harakah keluaran 4 - 7 RABIULAWAL 1432 / 7 - 10 FEBRUARI 2011

Projek segera mula banjiri Merlimau

Posted: 14 Feb 2011 03:39 PM PST



MERLIMAU: Pelbagai projek segera di Dun Merlimau sudah mula dilihat pada masa ini berikutan pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 6 Mac nanti. Antara projek segera yang dapat dikesan adalah penurapan jalan, pembesaran jalan dan memotong rumput di laluan ke kuala sungai.


Merlimau tak pernah dihiraukan majlis kerajaan tempatan selama ini. Ketua Menteri, Dato' Seri Mohd Ali Rustam juga dilihat sudah berkampung di Merlimau dengan mengadakan pelbagai majlis seperti perasmian jentera BN di Politeknik Merlimau, penyampaian wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bantuan TEKUN, wang zakat, termasuk mengadakan perjumpaan dengan guru-guru Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) baru-baru ini.

Mohd Ali diumumkan sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya BN PRK Dun Merlimau.



HARAKAH • 4 – 7 RABIULAWAL 1432 / 7 – 10 FEBRUARI 2011

PAS bantah BN kibar bendera di Merlimau

Posted: 14 Feb 2011 03:37 PM PST

TEMERLOH, 12 Feb: PAS membantah tindakan Barisan Nasional (BN) yang telah pun menaikkan bendera parti itu dan Umno di simpang-simpang dan sepanjang jalan di Merlimau, Melaka kerana ia jelas bercanggah dengan akta pilihan raya.

Serentak dengan itu, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar bertindak segera menurunkan bendera-bendera tersebut sebagaimana yang dilakukan terhadap PAS pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang yang bulan lalu.

"Proses penamaan calon bagi PRK Merlimau akan diadakan pada 26 haribulan ini dan menurut akta pilihan raya semua parti politik hanya dibenarkan berkempen selepas tarikh itu.

"Kita juga membantah kempen pihak BN di media," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Perhubungan PAS Pahang hari ini.

Pakatan Rakyat memilih PAS meletakkan calon dalam PRK Merlimau 6 Mac depan.

Tuan Ibrahim yang baru dilantik sebagai Pengarah PRK Merlimau bagi PAS berkata, jentera PAS akan mengambil pendekatan mesra rakyat, bersikap sederhana dan tidak akan melayan sebarang provokasi agresif yang dijangka akan dilakukan oleh parti lawan.

Tambahnya, meskipun PAS sedar Dun berkenaan merupakan kawasan tradisi BN namun ia tidak mustahil bagi parti itu untuk membuat kejutan kerana kawasan tersebut memiliki pengundi-pengundi bermaklumat yang bersedia melakukan perubahan dan semua peti undi mempunyai pelbagai kaum.

Menurut Tuan Ibrahim, Dun tersebut mempunyai 10,766 pengundi dengan Melayu 64.69 %, Cina (21.11%), India (14.16%) dan lain-lain (0.04%).

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan selepas mengalami serangan jantung pada 20 Januari lalu.

Dalam pilihan raya umum 2008 itu, Mohamad Hidhir mengalahkan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti 2,154, iaitu pengurangan hampir 3,000 undi majoriti berbanding pencapaian BN sebelumnya.

"Dari segi kempen kita akan menekankan betapa pentingnya dewan Negeri Melaka menghantar wakil yang membawa mesej Islam, keadilan dan mendedahkan penyelewengan-penyelewengan kerajaan BN selama ini.

"Pengundi akan disedarkan bahawa Melaka pernah menjadi sebuah empayar Islam dulu dan pernah mempunyai kanun undang-undang Islam jadi jika kembali kepada Islam imej negeri itu akan lebih baik.

"Pengundi akan diajak berfikir bahawa setelah 13 kali mereka memilih BN, mereka harus mencuba Pakatan Rakyat bagi merasai perbezaan. Umpamanya di Selangor rakyat sudah menikmati air paip percuma dan di Kelantan warga tua diberikan perlindungan Takaful Kifalah," jelasnya.

Harakahdaily

Merlimau realisasikan anak sulung PAS Melaka?

Posted: 14 Feb 2011 03:35 PM PST

***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"...Barangsiapa yang berpegang teguh kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus." (Ali Imran: 101)
***

PILIHAN raya kecil N27 Merlimau yang insya-Allah akan diadakan tidak lama lagi, membuka peluang kepada PAS Melaka melahirkan anak sulung yang diidam-idamkannya sejak sekian lama.

Ini peluang terbaik PAS Melaka merealisasikan impiannya kerana jika ditunggu pilihan raya umum ke-13, PAS bukan saja perlu melahirkan anak sulung tetapi kembar sembilan bagi membolehkan ia menerajui kerajaan negeri.

Perkara ini saya sentuh dalam artikel saya di ruangan ini sebelum ini. Apa yang saya maksudkan dalam artikel itu PAS negeri tidak boleh melakukan gerak kerja seolah-olah mahu melahirkan anak sulung saja sebaliknya perlu bekerja terlalu keras bagi memenangi sekurang-kurangnya sembilan kerusi untuk membolehkannya dengan rakan Pakatan Rakyat - Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP - membentuk kerajaan negeri yang diterajuinya.

Namun dengan adanya pilihan raya kecil Dun Merlimau berikutan kematian penyandang kerusinya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lalu, PAS Melaka tidak perlu melahirkan anak sulung kembar sembilan tetapi cukuplah anak sulung tunggal yang akan menggembirakan penyokong dan pendukungnya.

Jika kerusi Dun Merlimau ini dapat diraihnya, PAS Melaka mencatat sejarah berjaya menghantar wakilnya ke Sidang Dun Melaka buat pertama kalinya sejak 1974. Ketika itu PAS Melaka ada wakil di Dun tetapi parti itu adalah anggota komponen Barisan Nasional (BN). Sudah pasti sejarah ini tidak mahu diingati ahli dan pemimpin PAS, jadi melalui pilihan raya kecil Merlimau ini pulang terbuka luas baginya membuka lembaran baru di Melaka.

Namun begitu laluan PAS Melaka bukan mudah. Dun Merlimau (dalam Parlimen Jasin) yang mempunyai 10,471 pengundi adalah kubu kuat Umno. Peratusan pengundi Melayu di sini adalah 64.69 peratus, Cina 21.11 peratus, India 14.16 peratus manakala kaum-kaum lain 0.04 peratus. Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,827 undi.

Sebahagian besar pengundi Melayu dikenal pasti sebagai penyumbang tetap dan setia kepada kemenangan calon Umno-BN namun dengan peratusan orang bukan Melayu yang tinggi (kira-kira 35 peratus), harapan PAS boleh dicapai jika ia berjaya membolot undi dan sokongan mereka.

Sokongan pengundi bukan Melayu kepada PAS di Melaka ketara di kawasan bermajoritikan Melayu tetapi mempunyai pengundi bukan Melayu yang besar. Pada pilihan raya umum 2008 misalnya, di kawasan pengundinya bercampur-campur seperti Dun Bukit Baru yang pengundi Melayunya hanya kira-kira 55 peratus, Ketua Menteri Mohd Ali Rustam hanya menang dengan majoriti 2,708 undi.

PAS juga mencatat keputusan baik di kawasan pengundi bercampur-campur seperti di Lendu dan Durian Tunggal di mana pengundi Melayunya kira-kira 70 peratus tetapi tidak di kawasan bermajoriti Melayu yang tinggi seperti Tanjung Bidara (pengundi Melayunya 93 peratus), Ayer Limau (89 peratus) dan Serkam (87 peratus).

Berdasarkan hujah ini, jelaslah PAS mempunyai harapan tinggi di Dun Merlimau kerana pengundi bukan Melayunya besar (35 peratus). Jika PAS dapat meraih separuh daripada undi orang Melayu dan tiga perempat undi bukan Melayu, insya-Allah akan lahirlah anak sulungnya di Melaka!

Berikut tersiarnya dengan artikel saya sebelum ini, beberapa pembaca telah membuat komen mengenainya. Pemimpin, ahli serta penyokong Pas Melaka perlu bersedia menerima teguran ini, setidak-tidaknya bagi membantu mereka menghadapi pilihan raya kecil Merlimau yang insya-Allah akan melahirkan anak sulung mereka.

* Perjuangan ikhlas untuk menang pilihan raya dengan PAS menggantikan Umno memerlukan diri sendiri yang mahu berubah. Di samping kita marah dengan sikap sikap Umno mentadbir negeri, pada masa yang sama, kita lihat, perbaiki, perkemaskan, perbaharui sikap kita yang perlu dibaiki.

Kita 'check' (semak) diri kita sama ada amalan solat kita lengkap lima waktu, puasa Ramadan kita bagaimana pula, cara kita mendapat rezeki bagaimana, kecintaan kita kepada dunia bagaimana? Perubahan untuk menukar kerajaan memerlukan kita sendiri seiring perubahan diri yang lebih baik sebab politik itu ialah siasah.

Pengorbanan wang, tenaga, harta, pandangan antara elemen yang perlu untuk menang pilihan raya. Jiwa yang tabah juga perlu ada dalam perjuangan politik.

Kita tak boleh mengharapkan orang mempunyai ketabahan sebagaimana yang kita ada. Dunia sekarang ni pelik, manusia mengejar wang. Saya pernah berpengalaman di Selangor dulu sebelum pilihan raya masuk kampung untuk memberi penerangan, bergaul dengan masyarakat agar pada pilihan raya umum ke-12 lalu Umno ditewaskan.

Pernah sampai tahap duit dalam seluar ada RM3.50, dalam perjalanan, ada pulak orang yang nak meminjam RM10, macam mana tu…terpaksa gagah sekejap berjumpa kawan lain untuk pinjam duit RM10, kemudian dengan duit itu berilah pinjam kepada orang yang hendak meminjam daripada saya.

Melawan Umno seumpama durian melawan mentimun, tentu ada calar balar, dihina biasa, tak ada duit biasa di pihak kita, jika ada duit itu dah jadi luar biasa.

Jika PAS Melaka mampu, ada ketabahan sebagaimana yang pernah saya rasa, insya-Allah bukan satu kerusi sahaja,malah kesemua kerusi yang Umno tandingi melalui BN, insya-Allah Pas akan menang.

Artikel asal : LanH

Rayuan Dana PRK Merlimau

Posted: 14 Feb 2011 03:33 PM PST

MELAKA: Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka mengalu-alukan sumbangan daripada orang-ramai bagi membantu mengisi Tabung Pilihan Raya PAS Melaka untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Merlimau pada 6 Mac kelak.

Menurut Bendahari PAS Melaka, Husni Balis Ali, PAS Melaka telah menyediakan satu akaun khas bagi tujuan tersebut agar dapat melancarkan lagi gerakerja pilihan raya yang seterusnya membantu usaha memenangi PRK tersebut.

Untuk itu, segala sumbangan bolehlah dibuat terus atas nama Tabung Pilihan Raya PAS Melaka di Bank Islam (04015010060272). Husni mengucapkan terima kasih di atas umbangan yang diberikan itu dan mengharapkan segala sumbangan tersebut diterima oleh Allah sebagai amal salih yang akan membantu kita di akhirat kelak.

HARAKAH • 4 – 7 RABIULAWAL 1432 / 7 – 10 FEBRUARI 2011

TBI-PAS KEPALA BATAS

Posted: 15 Feb 2011 01:09 PM PST

TBI-PAS KEPALA BATAS


Tenang..Merlimau dan Kerdau

Posted: 14 Feb 2011 01:35 PM PST

Batu Gajah Mari

Posted: 15 Feb 2011 11:17 AM PST

Batu Gajah Mari


PANAS!!!- Pemuda sertai PAS secara beramai- ramai!!

Posted: 14 Feb 2011 07:30 PM PST


 

Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu Gajah telah menerima sebanyak 60 keahlian baru. Keahlian baru tersebut terdiri daripada pemuda-pemuda dalam kawasan Batu Gajah khususnya kawasan Dun Sungai Rapat. Satu majlis diadakan semalam. Majlis Penyerahan Keahlian Pemuda kepada Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin semalam. Dato' Seri bersama-sama pemuda makan beramai-ramai dan berbual mesra. Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar memberikan kata-kata semangat kepada pemuda pada majlis tersebut. Selepas majlis tersebut, Dato' Seri Nizar Bersama-sama YB V Sivakuamar, YB Dr Lee Boon Chye dan Ustaz Radzi Zainon telah mengadakan ceramah umum di Kampung Seri Jaya.


Tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Batu Gajah kerana mendapat suntikan baru dengan kemasukan pemuda baru. PAS GANTI U!MNO !!!!!




 antara pemuda-pemuda yang menyertai PAS


 Dato' Seri bermesra bersama pemuda

 Kalungan selendang tertera perkataan PAS for ALL tanda simbolik kemasukan pemuda menyertai PAS




 Pemuda bergambar dengan Ustaz Bakar


 bergambar bersama Dato' Seri

 Dato' Seri menaiki motor ke tempat ceramah

 Sdr Razman selaku pengerusi Majlis


Ustaz Radzi Zainon, Calon Pas di kawasan tersebut




 

 Dr Lee Boon Chye wakil daripada PKR

 Ikon Rakyat Perak


Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 15 Feb 2011 11:12 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


CABAR KERAJAAN TRENGGANU LAKSANA HUKUN HUDUD

Posted: 15 Feb 2011 02:28 AM PST

E-mail Print PDF
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita41/hanafiah.JPG(Kemaskini) Chukai, KEMAMAN - Penolong Setiausaha PAS Terengganu mencabar kerajaan negeri Terengganu yang diketuai oleh Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah, Hudud dan Qisas yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas percakapan Ahmad disebuah sekolah disini baru-baru ini, yang menuduh PAS mengamalkan fahaman sekular kerana menghantar anak-anak ahli mereka ke sekolah kebangsaan.

Terdahulu, Hanafiah yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai menolak dakwaan Ahmad yang menuduh PAS adalah parti ajaran sesat.

Katanya,Ahmad Said berceramah di dua tiga tempat mengatakan PAS ajaran sesat, tetapi apabila diajak untuk berdebat bagi menentukan kebenaran, Umno menolak pelawaan PAS.

"PAS berbalah dengan Umno kerana aqidah, MB Terengganu berceramah mengatakan PAS Parti ajaran sesat, tetapi bila kita ajak berdebat, dia tak mahu berdebat,"tegasnya

Beliau mengingatkan kembali seluruh rakyat Terengganu bahawa Ahmad Said lah yang telah meruntuhkan masjid Kampung Bujal.

Menurutnya, ketika pemerintahan PAS Terengganu, PAS yang telah meletakkan al-Quran dan as-Sunnah dan Imak serta qias sebagai hukum tertinggi kerajaan Terengganu.

"Saya cabar Ahmad Said melaksanakan hukum hudud yang telah diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri,"katanya ketika berucap di majlis penerangan di Kampung Tuan, disini, Selasa 14 Februari

Katanya, undang-undang tersebut juga telah direstui oleh al-Sultan negeri Terengganu dan diwartakan

Namun apabila Umno dan Barisan Nasional mengambil alih pemerintahan pada tahun 2004 undang-undang tersebut tidak dikuatkuasa.

Turut menyampaikan ucapan adalah ADUN Sura yang juga Yang DiPertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Ramly dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Presiden ANAK, Mazlan Aliman

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota

Posted: 15 Feb 2011 11:09 AM PST

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota


XPDC Dakwah Malam Valentine

Posted: 15 Feb 2011 01:52 AM PST

Alhamdulillah, pada malam sambutan valentine baru-baru ini Pemuda PAS Pahang telah mengadakan satu XPDC dakwah. XPDC ini mensasarkan tiga lokasi yang terkenal yang menjadi tumpuan golongan muda iaitu Telok Cempedak, Taman Gelora dan Taman Esplanade.

XPDC dakwah ini melibatkan 50 orang sukarelawan pemuda PAS termasuk anggota Jabatan Amal. Ianya juga turut disertai oleh KP DPP Pusat iaitu Ustaz Nasrudin Hasan Thantawi.

Operasi ini bukan untuk menahan atau mengambil tindakan terhadap pasangan yang berdua-duan, sebaliknya menegur mereka dengan berhemah. Ianya juga adalah usaha untuk memberi kesedaran dan keinsafan kepada golongan muda dan remaja Muslim dari terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral sempena sambutan valentine.

Semoga XPDC seumpama ini dapat diteruskan lagi bukan hanya pada malam valentine malahan tahun baru, malam kemerdekaan serta sambutan-sambutan yang lain. Sesungguhnya kami adalah "DUTA PENYELAMAT DAN KASIH SAYANG".

Ustaz Nasrudin Thantawi sedang memberikan taklimat kepada para sukarelawan daripada Pemuda PAS


Pengarah program, Ustaz Fadli Ibrahim sedang menyampaikan ucapan kepada para pemuda PAS yang terlibat dalam XPDC dakwah ini


Pembahagian kumpulan oleh Sheikh Azlan (Pengarah Jab Amal Indera Mahkota)


Taklimat oleh wakil Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)





Ustaz Nasrudin Thantawi sedang ditemuramah oleh wartawan dari akhbar Sinar Harian Pahang berkenaan XPDC ini.


Bacaan doa oleh Ustaz Fadhil Nor memohon keselamatan dan semoga dipermudahkan


"KAMI ADALAH DUTA PENYELAMAT DAN KASIH SAYANG"

Pusat Khidmat N27 DUN Pantai Merdeka

Posted: 15 Feb 2011 09:40 AM PST

Pusat Khidmat N27 DUN Pantai Merdeka


menawarkan pinjaman berlaku sekarang .............

Posted: 15 Feb 2011 06:46 AM PST

Hari yang baik

Selamat Datang kingskey Lender sukacita Pinjaman Lilian

Apakah Anda dalam setiap jenis kesulitan keuangan? membantu Anda
datang sekarang. Apakah Anda
kehilangan tidur di malam mengkhawatirkan bagaimana mendapatkan
pinjaman sebuah? Jangan biarkan impian Anda

mati, Kontak Account Pilihan (kingsleyloanservice@gmail.com) untuk
mudah dan dapat diandalkan
pinjaman.
rincian sebagai berikut:

Peminjam FORMULIR PERMOHONAN
Nama: ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ...
Kontak Alamat: ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ....
Negara: ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ..
Pos: ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ..
Kode: ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ..
Propinsi: ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ..
Country: ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ...
Luas: ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ...
Tanggal Lahir: ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ....
Jumlah yang dibutuhkan: ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ..
Tujuan pinjaman: ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ....
Pinjaman Jangka waktu: ... ... ... ... ... ... ... ... ...
Pinjaman Kondisi: ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ..
Mobile :..........................
Telepon: ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ...
Fax: ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ..

Kami menunggu respons mendesak Anda pada formulir permohonan kredit
sehingga kita
dapat melanjutkan untuk transaksi sepenuhnya.
Terima kasih dan berharap untuk mendengar dari Anda segera.

Mr.Kingsley

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 15 Feb 2011 09:23 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


Selamat menyambut maulidur rasul 365 hari setahun!

Posted: 15 Feb 2011 08:51 AM PST

Ya Allah berikanlah nur cahayaMu daripada keindahan asmaul husna kepada kami insan biasa

RAJA TAN SRI ARSHAD CANSELOR BARU UNIVERSITI SELANGOR

Posted: 14 Feb 2011 09:54 AM PST

Unisel: Pelantikan Raja Arshad bukti Selangor telus
Harakahdaily

SHAH ALAM, 14 Feb: Pelantikan Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda (gambar) sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) bukti ketelusan dan kebertanggungjawab Kerajaan Selangor yang memilih professional berpengalaman luas sebagai peneraju sebuah universiti yang berperanan melahirkan generasi muda berkemahiran tinggi dan berilmu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali berkata, Raja Arshad dilantik Canselor Unisel yang baharu bagi menggantikan Datin Seri Rosmah Mansor manakala Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam dilantik sebagai Pro-Canselor Unisel.

"Pelantikan kedua-dua tokoh ini berkuatkuasa pada 21 Februari 2011. Tempoh pelantikan Rosmah sebagai Canselor Unisel telah tamat pada 5 Februari lalu," ujarnya pada sidang media mengenai pelantikan itu, di sini, petang.

Beliau menambah, Kerajaan Selangor berbangga apabila kedua-dua tokoh ekonomi dan pentadbiran itu menerima pelantikan itu dan berharap Unisel akan terus mencapai kejayaan lebih gemilang pada masa akan datang.

"Kerajaan Negeri yakin dan percaya, gabungan dua tokoh professional dan berpengalaman ini akan memberi manfaat yang besar kepada pelajar dan rakyat Selangor khasnya kerana Unisel adalah milik rakyat negeri ini," ujarnya yang juga Adun Selat Klang.

Raja Arshad berpengalaman luas dalam bidang ekonomi dan pentadbiran. Beliau adalah Pengarah Sime Darby Berhad, anggota Panel Kajian Semula Pencukaian (Tax Panel Review).

Beliau juga adalah Pengarah Pro-Canselor Unisel, Pengerusi Yayasan Raja Muda Selangor, anggota Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Fellow Institut Akauntan Bertauliah England dan Wales, anggota Institut Akauntan Malaysia.

Raja Tan Sri Arshad juga ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah selama 24 tahun termasuk tiga tahun sebagai Presiden. Beliau juga adalah bekas Pengerusi Eksekutif PricewaterhouseCoopers (PwC) Malaysia.

Tan Sri Ismail Adam dilantik sebagai Ketua Pengarah JPA pada tahun 2004 sehingga sekarang. Beliau juga dalah Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia sejak tahun 2000.

Beliau menceburi sektor perkhidmatan awam pada 1972 sebagai Penolong Pengarah Kementerian Perdagangan dan Industri selama tiga tahun.

Sejak itu beliau bertukar ke beberapa jawatan antaranya Penyelaras Program di Institut Pentadbiran Awam (INTAN), Ketua Pegawai Pentadbir di Jabatan Statist

ik Malaysia, Ketua Unit Perancangan JPA dan Timbalan Ketua pengarah JPA.

Pas Kawasan Paya Besar

Posted: 15 Feb 2011 09:17 AM PST

Pas Kawasan Paya Besar


Pas perlu henti gadai maruah, prinsip Islam

Posted: 14 Feb 2011 05:56 PM PST

Utusan Malaysia Online 15 Februari 2011

KLANG 14 Feb. - Pemimpin dan ahli Pas perlu segera menghentikan perbuatan menggadaikan maruah serta prinsip Islam semata-mata mahu berkuasa atau untuk kepentingan sendiri.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor (gambar)berkata, parti itu tidak seharusnya terlibat apatah lagi membiarkan ia dipergunakan untuk menjayakan agenda peribadi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Merujuk tindakannya keluar PKR pada Disember 2006, Mohamad Ezam mendakwa dipelawa untuk menyertai Pas selain pernah mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin parti pembangkang itu.

Jelasnya, beliau bagaimanapun menolak pelawaan tersebut kerana merasakan Pas tidak mampu memimpin negara ini lebih-lebih lagi dalam menegakkan prinsip serta perjuangan Islam.

"Saya keluar PKR pada Disember 2006, selepas itu saya tidak lagi menyertai mana-mana parti politik sehinggalah saya buat keputusan sertai UMNO pada 28 Mei 2008, iaitu selepas Pilihan Raya Umum Ke-12.

"Sebelum saya membuat keputusan itu, saya ada jumpa beberapa pemimpin Pas termasuk timbalan presidennya. Masa itu, ada pelawaan supaya saya bersama-sama dengan Pas ekoran keputusan PRU yang memperlihatkan kedudukan UMNO yang begitu teruk.

"Saya nyatakan kepada mereka (pemimpin Pas), saya sedia sertai Pas sekiranya parti itu boleh lepaskan kerjasama mereka dengan Anwar atas prinsip menegakkan Islam. Namun, mereka tidak boleh beri jaminan itu," katanya.

Beliau berucap pada program Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE) anjuran UMNO Bahagian Kota Raja di Kampung Johan Setia, di sini malam semalam.

Tambah Mohamad Ezam, selain terus bersekongkol dengan Anwar, Pas juga tidak mampu memberikan jaminan bahawa parti itu akan mengetuai pakatan pembangkang selain memastikan pelantikan menteri besar daripada kalangan pemimpin Pas, bukannya PKR.

"Jadi, buat apa saya sertai Pas? Masuk politik, berjuang habis-habisan tetapi Pas tak mampu beri jaminan itu sedangkan Rasulullah SAW ajar kita berpegang kepada prinsip dan menegakkan panji-panji Islam.

"Sekarang ini, Pas nak pertahankan oal larangan arak di Selangor pun tidak mampu dan boleh tunduk kepada Exco Ronnie Liu sehingga menggadaikan prinsip Islam.

"Maka sebab itu saya buat keputusan sertai UMNO. Saya akui bahawa UMNO ini bukan sempurna kerana kita bukannya maksum atau malaikat, tetapi sekurang-kurangnya UMNO tidak pernah mengkhianati prinsip agama, bangsa dan negaranya sendiri," jelasnya.

Beliau turut mengingatkan pemimpin Pas supaya jangan merelakan segala-galanya hanya kerana Anwar memberikan jawatan seperti Exco, ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) dan sebagainya sedangkan kemungkaran terus berlaku di hadapan mata mereka seperti isu arak, rumah urut dan sebagainya.

"Saya bertanggungjawab di atas setiap patah perkataan yang saya keluarkan," tegas beliau.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

i n t a n h i j a u

Posted: 15 Feb 2011 07:08 AM PST

i n t a n h i j a u


PENGARAH MTD DUN PASIR PANJANG MENINGGAL DUNIA

Posted: 15 Feb 2011 02:16 AM PST


LUMUT, 15 Feb: PAS Kawasan Lumut telah kehilangan ahli jawatankuasanya, Zakaria Yassin, 51, yang meninggal dunia jam 1.00 pagi tadi.

Allahyarham juga merupakan Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) N51 Pasir Panjang, Pengerusi Bersama Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Lumut.

Pada malam tadi selepas pergi memancing, beliau mengadu sakit dan meninggal dunia selepas itu.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Siti Zabedah Yasin dan lima orang anak.

Beliau bertugas sebagai pembantu tadbir di Pejabat Orang Besar jajahan Manjong. Jenazahnya akan dikebumikan di kampungnya, Batu Kurau, Taiping.

"PAS Negeri Perak mengucapkan takziah kepada  keluarganya dan berharap ahli keluarga tersebut bersabar menghadapi ujian ini," kata Setiausaha PAS Perak, Misbahul Munir Masduki.

( PAS Kawasan Teluk Intan dan ADUN Changkat Jong merakam ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Zakaria Yasin atau lebih dikenali dengan panggilan mesra Pak Ya. Sesungguhnya pemergian Allahyarham Zakaria merupakan satu kehilangan besar kepada PAS Lumut dan DUN Pasir Panjang - Al fatihah )

RASULULLAH SAW BERI CONTOH TELADAN POLITIK ISLAM / رسول الله بري چونتوه تلدان ڤوليتيک اسلام

Posted: 14 Feb 2011 08:53 AM PST


KUALA LUMPUR, 15 Feb: Pada diri Rasulullah s.a.w. itu adanya teladan politik Islam yang terbukti memberi keadilan kepada semua agama dan kaum, disambung pula oleh pemerintahan Islam selepas itu.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ianya membuktikan sesuatu kaum khususnya Arab tidak selama-lamanya menjadi pemimpin.

"Rasulullah s.a.w. telah membuktikan Islam tidak membenarkan perhambaan sesama manusia, Islam memberikan hak kepada rakyat, hak kepada wanita dan kaum minoriti, dan Islam memberi keadilan kepada seluruh makhluk di atas muka bumi ini.

"Teladan Nabi Muhammad s.a.w. inilah yang sepatutnya kita ikuti dengan menolak perjuangan sempit atas nama perkauman yang terbukti zalim dan tidak memberi keadilan kepada rakyat," ujarnya dalam perutusan sempena Maulidur Rasul 1432H.
Berikut perutusan penuh beliau.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sambutan Maulidur Rasul s.a.w. yang diadakan saban tahun, mestilah diutamakan dengan memulakan azam baru bagi mengikuti teladan Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan oleh Allah SWT, untuk membebaskan manusia daripada belenggu jahiliah.

Jasa besar Nabi Muhammad s.a.w. adalah, membawa Islam yang menerangi manusia, yang memerdekakan manusia daripada diperhambakan sesama manusia, dijajah sesama manusia, dizalimi dan menzalimi sesama manusia, kepada manusia yang merdeka dan mempunyai hak yang dihormati.

Kejayaan besar penjajah barat ialah memesongkan umat Islam daripada politik Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Hasilnya lahirlah umat Islam yang menerima sahaja siapa sekalipun menjadi pemerintah mereka, walaupun zalim kepada rakyat, kerana bagi mereka urusan politik tidak ada kaitan dengan agama.

Sedangkan pada diri Rasulullah s.a.w. itu adanya teladan politik Islam yang terbukti memberi keadilan kepada semua agama dan kaum, disambung pula oleh pemerintahan Islam selepas itu, yang membuktikan sesuatu kaum khususnya Arab tidak selama-lamanya menjadi pemimpin.

Rasulullah s.a.w. telah membuktikan Islam tidak membenarkan perhambaan sesama manusia, Islam memberikan hak kepada rakyat, hak kepada wanita dan kaum minoriti, dan Islam memberi keadilan kepada seluruh makhluk di atas muka bumi ini. Teladan Nabi Muhammad s.a.w. inilah yang sepatutnya kita ikuti dengan menolak perjuangan sempit atas nama perkauman yang terbukti zalim dan tidak memberi keadilan kepada rakyat.

Kita melihat bagaimana kehidupan masyarakat Arab jahiliah sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. yang penuh dengan perhambaan dan kezaliman, tetapi semuanya berubah selepas kedatangan Islam.

Justeru, saya menyeru kepada seluruh umat Islam khususnya, supaya memulakan tekad baru, menolak jahiliah moden yang menjadikan rakyat sebagai hamba, yang harta negara berlegar sesama mereka, yang rasuah dan zalim, kepada perjuangan yang lebih syumul iaitu Islam sebagaimana dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
12 Rabiul Awal 1432H/15 Februari 2011

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 15 Feb 2011 03:35 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


Candid, Islam Penyatuan Ummah

Posted: 14 Feb 2011 07:32 PM PST

Pada pagi ini YB Dr Siti Mariah hadir bersama YB Shuhaimi dan Ahli Majlis MBSA Tn Hj Norhalim dan Ahli Majlis MPK Sdr Azmizam dan Azmi jusoh ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Taman Setia, Klang.

Sambutan pada pagi ini amat meriah dimana sebanyak 22 Lorong dari Taman Setia telah menyertainya termasuk dari PASTI.

Semua kontigen menyediakan banner dengan slogan "Islam - Penyatuan Ummah" termasuk menyediakan pakaian seragam setiap Lorong.

Berucap dalam perasmian majlis ini YB Dr Siti Mariah mahukan pada tahun hadapan agar semua penduduk Taman Setia membeli buku hadith 40 dan menghatamkannya menjelang sambutan pada tahun hadapan. Dengan yang demikian semua akan faham tentang Islam yang dibawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.


Pelajar-pelajar PASTI As Sakinah Taman Setia juga tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam perarakkan kali ini.

Perbarisan serta Perarakkan Maulidur Rasul Kota Raja

Posted: 14 Feb 2011 06:32 AM PST

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah memberikan kita keizinan untuk terus berada di dalam bulan Rabiul Awwal untuk tahun ini. Rabiul Awwal sebagaimana yang kita maklum merupakan bulan di mana umat Islam khususnya di Malaysia menyambut hari kelahiran baginda Rasulullah SAW.

Sekalipun seringkali diulangi bahawa peristiwa kelahiran baginda Rasulullah SAW tidaklah sebesar peristiwa perlantikan baginda sebagai rasul kerana kelahiran adalah peristiwa yang berlaku kepada semua manusia. Namun tidaklah dinafikan bahawa pada bulan inilah umat Islam keseluruhannya memperbaharui kecintaan mereka kepada Rasulullah SAW dengan mengadakan majlis-majlis maulud di sana sini khususnya di negara ini.

Bersempena sambutan pada tahun ini sekali lagi YB Dr Siti Mariah dijemput bersama-sama masyarakat  diTaman Setia, Klang untuk menyambut kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan majlis selawat dan perarakkan beramai-ramai mengelilingi Taman Setia.

Untuk tahun ini julung-julung kalinya Sekretariat Parlimen Kota Raja telah menyediakan hadiah berupa Piala dari Ahli Parlimen Kota Raja ,  ADUN Sri Muda serta Ahli Majlis untuk peserta perbarisan yang menyertai perarakkan esok.

Gambar-gambar dibawah ialah sambutan pada tahun lalu.






DUN BUKIT PAYONG

Posted: 15 Feb 2011 03:05 AM PST

DUN BUKIT PAYONG


PERUTUSAN MAULIDUR RASUL OLEH PRESIDEN PAS

Posted: 14 Feb 2011 09:49 PM PST



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sambutan Maulidur Rasul SAW yang diadakan saban tahun, mestilah diutamakan dengan memulakan azam baru bagi mengikuti tauladan Nabi Muhammad SAW yang diutuskan oleh Allah SWT, untuk membebaskan manusia daripada belenggu jahiliah. Jasa besar Nabi Muhammad saw adalah, membawa Islam yang menerangi manusia, yang memerdekakan manusia daripada diperhambakan sesama manusia, dijajah sesama
manusia, dizalimi dan menzalimi sesama manusia, kepada manusia yang merdeka dan mempunyai hak yang dihormati.



Kejayaan besar penjajah barat ialah memesongkan umat Islam daripada politik Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Hasilnya lahirlah umat Islam yang menerima sahaja siapa sekalipun menjadi pemerintah mereka, walaupun zalim kepada rakyat, kerana bagi mereka urusan politik tidak ada kaitan dengan agama.
Sedangkan pada diri Rasulullah itu adanya teladan politik Islam yang terbukti memberi keadilan kepada semua agama dan kaum, disambung pula oleh pemerintahan Islam selepas itu, yang membuktikan sesuatu kaum khususnya Arab tidak selama-lamanya menjadi pemimpin.
Rasulullah SAW telah membuktikan Islam tidak membenarkan perhambaan sesama manusia, Islam memberikan hak kepada rakyat, hak kepada wanita dan kaum minoriti, dan Islam memberi keadilan kepada seluruh makhluk di atas muka bumi ini. Teladan Nabi Muhammad SAW inilah yang sepatutnya kita ikuti dengan menolak perjuangan sempit atas nama perkauman yang terbukti zalim dan tidak memberi keadilan kepada rakyat.
Kita melihat bagaimana kehidupan masyarakat Arab jahiliah sebelum kedatangan Rasulullah SAW yang penuh dengan perhambaan dan kezaliman, tetapi semuanya berubah selepas kedatangan Islam. Justeru, saya menyeru kepada seluruh umat Islam khususnya, supaya memulakan tekad baru, menolak jahiliah moden yang menjadikan rakyat sebagai hamba, yang harta negara berlegar sesama mereka, yang rasuah dan zalim, kepada perjuangan yang lebih syumul iaitu Islam sebagaimana dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
12 Rabiul Awal 1432 H / 15 Februari 2011

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 15 Feb 2011 01:42 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


4,000 masyarakat India tiada dokumen pengenalan diri

Posted: 15 Feb 2011 01:30 AM PST

12 Rabiulawal 1432H [MOD] -

PUTRAJAYA 15 Feb. - Anggaran 4,000 masyarakat India tempatan dikenal pasti tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr. S. Subramaniam.

Beliau berkata, keadaan itu berlaku disebabkan beberapa faktor antaranya kurang pengetahuan serta beberapa masalah lain.

Sehubungan itu katanya, Kempen Mydaftar peringkat kebangsaan mulai 19 hingga 26 Februari ini mensasarkan untuk mendaftarkan sebanyak mungkin masyarakat India tempatan yang tidak mempunyai dokumen diri yang sewajarnya.

"Kempen ini merupakan platform untuk masyarakat yang mempunyai masalah tampil ke depan dan berusaha menyelesaikan masalah itu," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat persediaan Kempen Mydaftar peringkat kebangsaan di sini hari ini. - Bernama

Risalah Balik Pulau: Pulau Pinang saman Adun Umno, Utusan

Posted: 15 Feb 2011 12:55 AM PST

TERKINI [MOD] -
KUALA LUMPUR, 15 Feb — Kerajaan Pulau Pinang Pakatan Rakyat (PR) memutuskan untuk menyaman Ahli Dewan Undangan Negeri Umno kerusi Pulau Betong Muhammad Farid Saad dan Utusan Malaysia kerana terus membuat fitnah mengenai isu risalah My Balik Pulau kononnya lupa sejarah dan menghina orang Melayu.

Sehubungan itu, Ketua Menterinya Lim Guan Eng (gambar) berkata, beliau telah melantik firma guaman Karpal Singh & Co untuk menguruskan saman fitnah ke atas kedua-dua pihak berkenaan.

"Kerajaan negeri Pulau Pinang akan melantik syarikat guaman Karpal Singh untuk keluarkan saman malu atas Adun Umno Pulau Betong Muhammad Farid Saad dan Utusan Malaysia dengan fitnah mereka pada 2 Februari lalu bertajuk bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengedarkan buku risalah My Balik Pulau.

"Dalam laporan bertajuk Lupa Sejarah, Hina Melayu, kerajaan negeri PR Pulau Pinang didakwa mengedarkan risalah yang memperlekehkan sumbangan dan peranan orang Melayu di Balik Pulau," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Lim berkata, Utusan Malaysia milik Umno telah terus mangadu-dombakan isu itu dengan laporan susulan pada hari berikutnya yang berbentuk menghasut sentimen perkauman terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang kononnya mahu meminggirkan sumbangan orang Melayu.

"Umno, Farid dan Utusan Malaysia telah meludah ke langit kerana yang keluarkan risalah My Balik Pulau tidak lain, tidak bukan adalah kerajaan BN negeri yang lama," katanya, Lim berkata, risalah itu diluluskan oleh kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) sebelum era 8 Mac 2008 dan sebelum PR mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri.

"Maka Farid patut tahu kerana beliau adalah sebahagian daripada pentadbiran kerajaan negeri lama. Lagipun beberapa penyokong kuat Umno beliau adalah penyumbang ke atas keluaran My Balik Pulau ini," katanya lagi.

Lim menambah, sungguhpun kerajaan negeri telah menjelaskan perkara itu dan meminta Farid menarik balik dan meminta maaf atas sifat perkauman antibukan Melayu dengan pembohongan dan fitnah yang menganiayai kerajaan negeri Pulau Pinang atas sesuatu yang bukan salahnya, Farid enggan buat demikian.

Sebaliknya kata beliau, Utusan Malaysia meneruskan laporan palsu yang mendakwa kerajaan negeri mengeluarkan risalah My Balik Pulau yang sebenarnya dikeluarkan oleh Umno dan kerajaan persekutuan.

"Oleh itu kerajaan negeri telah membuat keputusan pada mesyuarat Exco minggu lepas untuk saman malu Adun Umno ini kerana telah menggembar-gemburkan risalah My Balik Pulau dengan sentimen perkauman di Utusan Malaysia yang membuat laporan besar bertajuk 'lupa sejarah, hina Melayu'," kata Lim.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP Kebangsaan berkata, penasihat undang-undang negeri telah menasihatkan agar beliau sebagai Ketua Menteri mengeluarkan saman malu untuk mewakili kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Dalam keghairahan buat serangan hentam-keromo ke atas kerajaan negeri PR Pulau Pinang semua fakta dan kebenaran dilupai dan dibelakangkan.

"Sungguhpun yang bersalah adalah BN/Umno dan kerajaan persekutuan sendiri, serangan bertubi-tubi dijalankan ke atas kerajaan negeri PR Pulau Pinang yang dimangsakan sebagai kembiri hitam," kata beliau lagi.

Lim menambah, kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan berdiam diri dan menanggung lagi kesalahan orang lain, khususnya Umno yang "jahat seribu jahat ini."

"Politik rasis dan benci-membenci Umno dan BN untuk menutup skandal rasuah mereka mestilah dilawan berhabis-habisan, yang jelas sebagai reaksi terhadap pembongkaran skandal RM30 juta Pulau Jerejak yang berlaku di bawah Tan Sri Koh Tsu Koon yang serahkan Pulau Jerejak habis kepada UDA," katanya lagi.(MalaysiaInsider)

Operasi Lalang 1987 - Che' dah lupa..!!

Posted: 15 Feb 2011 12:45 AM PST


12 Rabiulawal 1432H [MOD] -

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kurang mengingati wajah pemimpin pembangkang yang menemuinya supaya tidak ditangkap dalam Operasi Lalang pada 1987 kerana peristiwa itu telah berlaku lebih 20 tahun lalu.

Dr Mahathir berkata, Pengerusi DAP Karpal Singh bukan seorang daripada mereka, sebaliknya Penasihat DAP Lim Kit Siang yang menemuinya supaya dijamin tidak ditangkap dalam operasi tersebut.

"Sekiranya mereka tidak pernah berbohong akuilah bahawa memang ada di antara mereka yang menemui saya supaya dijamin tidak ditangkap ketika itu.

"Mereka merayu supaya tidak ditangkap yang menyebabkan saya menemui mereka kerana surat pembelaan perlu ditandatangani oleh saya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Organisasi Kebudayaan Malaysia Palestin, di sini, semalam.

Hadir sama, isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar.

Dr Mahathir turut melahirkan rasa kesal kerana walaupun telah diberi jaminan mereka tidak akan ditangkap, mereka tetap ditahan polis dalam kejadian itu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Karpal yang mencabar Dr Mahathir dalam tempoh tujuh hari membuktikan pemimpin pembangkang yang menemuinya untuk memberi jaminan tidak ditangkap dalam Operasi Lalang itu.

Operasi Lalang pada 27 Oktober 1987 dilancarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah Kementerian Dalam Negeri untuk menangkap individu yang didakwa mengeruhkan suasana politik 1987 dan Dr Mahathir bertindak sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu.

Seramai 106 ahli politik ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan lesen dua akhbar harian, iaitu The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan, iaitu The Sunday Star dan Watan, dibatalkan.

Sementara itu, ditanya sama ada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, perlu mengundurkan diri sebelum pilihan raya negeri itu, Dr Mahathir berkata ia terpulang kepada rakyat untuk membuat keputusan.

"Mereka lebih tahu sama ada perlu atau tidak, tetapi perlu mencari pengganti yang sesuai untuk jawatan itu," katanya.(SH)

Persiap wanita muda tolak kerajaan tindas rakyat

Posted: 15 Feb 2011 12:30 AM PST

Hazayani Zakaria [MOD] -
KUALA LUMPUR, 14 Feb: Solidariti Wanita Muda Malaysia sedang mendepani cabaran mempersiapkan minda generasi muda untuk menolak kerajaan zalim yang menindas rakyat seperti yang berlaku di Mesir.

Ahli jawatankuasa Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi berkata, generasi muda khususnya wanita harus menyedari isyarat kebangkitan baru ini dan tidak teragak-agak untuk membuat perubahan ke arah kerajaan yang lebih baik di negara ini.

"Bagi kami Solidariti Wanita Muda Malaysia, apa yang menjadi tanggungjawab kita adalah bagaimana nak mempersiapkan minda khususnya pejuang wanita muda di Malaysia dalam pelbagai ideologi politik masing-masing untuk akhirnya bersiap ke arah kebangkitan ini untuk satu kepentingan iaitu kepentingan rakyat dan keadilan," katanya ketika ditemui ditemui selepas penyerahan nota tahniah kepada rakyat Mesir di Kedutaan Mesir hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan, pejuang wanita dalam gerakan Islam Ikhwanul Muslimin, Zainab Al-Ghazali pernah menyebut bahawa kebangkitan baru akan muncul selepas kejatuhan Khalifah Uthmaniah di Turki pada tahun 1921.

Ikhwanul Muslimin bangkit selepas kejatuhan itu dan semangat perjuangannya tersebar sehingga ke rantau Asia.

Kini ujarnya, kebangkitan itu telah terbukti di Mesir dan diyakini akan menular ke seluruh dunia khususnya negara yag mepunyai pemerintah diktator.

"Sepatutnya anggota gerakan Islam dan pejuang Islam mesti ambil perhatian bahawa signal kebangkitan baru yang disebutkan Zainab Al Ghazali muncul kembali di Mesir. dan seluruh dunia mesti faham signal kebangkitan itu.

"Kita percaya mudah-mudahan semangat yang berlaku di Mesir hari ini juga akan tersebar dan juga akan sampai ke Malaysia.

Beliau berkata, kerajaan BN di Malaysia sudah menunjukkan sikap yang sama dengan rejim Hosni Mubarak dan menimbulkan kebencian di kalangan rakyat.

"Kita percaya kebobrorokan yang dilakukan BN sudah melampaui batas dan seperti di Mesir ia berlaku akibat kebangkitan rakyat yang bencikan kezaliman," katanya.

Oleh sebab itu katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak begitu takut dengan kebangkitan rakyat Mesir dan cuba menggambarkan ianya sebagai satu bentuk kejahatan dan keganasan rakyat.

"Sebab itu kita tengok (Datuk Seri) Najib sangat takut dengan kebangkitan rakyat di mesir sehingga mahu memberi justifikasi songsang tehadap kebangkitan rakyat dengan kononnya berlaku rusuhan dan ketidakamanan.

"Tujuannya untuk menampakkan kebangkitan itu jahat. Sebab beliau tahu bila perubahan berlaku di Tunisia, berlaku di Mesir tidak mustahil akan berlaku di malaysia," katanya. (HDaily)

Teladan politik Islam pada diri Rasulullah

Posted: 15 Feb 2011 12:15 AM PST


12 Rabiulawal 1432H [MOD] -

KUALA LUMPUR, 15 Feb: Pada diri Rasulullah s.a.w. itu adanya teladan politik Islam yang terbukti memberi keadilan kepada semua agama dan kaum, disambung pula oleh pemerintahan Islam selepas itu.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ianya membuktikan sesuatu kaum khususnya Arab tidak selama-lamanya menjadi pemimpin.

"Rasulullah s.a.w. telah membuktikan Islam tidak membenarkan perhambaan sesama manusia, Islam memberikan hak kepada rakyat, hak kepada wanita dan kaum minoriti, dan Islam memberi keadilan kepada seluruh makhluk di atas muka bumi ini.

"Teladan Nabi Muhammad s.a.w. inilah yang sepatutnya kita ikuti dengan menolak perjuangan sempit atas nama perkauman yang terbukti zalim dan tidak memberi keadilan kepada rakyat," ujarnya dalam perutusan sempena Maulidur Rasul 1432H.

Berikut perutusan penuh beliau.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sambutan Maulidur Rasul s.a.w. yang diadakan saban tahun, mestilah diutamakan dengan memulakan azam baru bagi mengikuti teladan Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan oleh Allah SWT, untuk membebaskan manusia daripada belenggu jahiliah.

Jasa besar Nabi Muhammad s.a.w. adalah, membawa Islam yang menerangi manusia, yang memerdekakan manusia daripada diperhambakan sesama manusia, dijajah sesama manusia, dizalimi dan menzalimi sesama manusia, kepada manusia yang merdeka dan mempunyai hak yang dihormati.

Kejayaan besar penjajah barat ialah memesongkan umat Islam daripada politik Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Hasilnya lahirlah umat Islam yang menerima sahaja siapa sekalipun menjadi pemerintah mereka, walaupun zalim kepada rakyat, kerana bagi mereka urusan politik tidak ada kaitan dengan agama.

Sedangkan pada diri Rasulullah s.a.w. itu adanya teladan politik Islam yang terbukti memberi keadilan kepada semua agama dan kaum, disambung pula oleh pemerintahan Islam selepas itu, yang membuktikan sesuatu kaum khususnya Arab tidak selama-lamanya menjadi pemimpin.

Rasulullah s.a.w. telah membuktikan Islam tidak membenarkan perhambaan sesama manusia, Islam memberikan hak kepada rakyat, hak kepada wanita dan kaum minoriti, dan Islam memberi keadilan kepada seluruh makhluk di atas muka bumi ini. Teladan Nabi Muhammad s.a.w. inilah yang sepatutnya kita ikuti dengan menolak perjuangan sempit atas nama perkauman yang terbukti zalim dan tidak memberi keadilan kepada rakyat.

Kita melihat bagaimana kehidupan masyarakat Arab jahiliah sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. yang penuh dengan perhambaan dan kezaliman, tetapi semuanya berubah selepas kedatangan Islam.

Justeru, saya menyeru kepada seluruh umat Islam khususnya, supaya memulakan tekad baru, menolak jahiliah moden yang menjadikan rakyat sebagai hamba, yang harta negara berlegar sesama mereka, yang rasuah dan zalim, kepada perjuangan yang lebih syumul iaitu Islam sebagaimana dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
12 Rabiul Awal 1432H/15 Februari 2011

Taib: DUN Swak tak bubar minggu ini

Posted: 15 Feb 2011 12:00 AM PST


12 Rabiulawal 1432H [MOD] -
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini berkata DUN tidak akan dibubarkan minggu ini untuk memberi laluan bagi pilihan raya negeri.

Taib, yang juga pengerusi BN Sarawak berkata adalah tidak benar yang beliau akan menghadap Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng Jumaat ini untuk mendapatkan kebenaran untuk membubarkan DUN yang mempunyai 71 kerusi, yang penggalnya tamat pada Julai ini.

"Saya tidak tahu. Orang-orang ini boleh mereka-reka berita mengikut sesuka hati mereka tetapi saya tidak dapat sahkan perkara itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan dan perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Kota Samarahan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan dalam satu portal berita semalam yang memetik satu sumber di Astana Sarawak yang menyatakan telah dihubungi Pejabat Ketua Menteri pada minggu lepas untuk menetapkan 18 Februari sebagai tarikh perjumpaan dengan ketua negeri bagi tujuan itu.

"Berita adalah berita. Betul atau tidak betul, lihat dulu lah," kata Taib, yang juga menafikan yang beliau telah menghubungi Abang Muhammad Salahuddin semalam kerana seharian beliau tidak berada di pejabat kerana menghadiri mesyuarat jawatankuasa perancang.(Bernama)

Pulau Pinang beri RM150,000 pada guru Kafa

Posted: 14 Feb 2011 11:45 PM PST


12 Rabiulawal 1432H [MOD] -

Kerajaan Pulau Pinang memperuntukan sejumlah RM150,000 untuk kira-kira 1,500 guru Kafa di negeri itu sempena sambutan Maulidur Rasul di negeri itu hari ini.

Ketua menterinya Lim Guan Eng berkata, setiap seorang akan mendapat RM100 seperti dicadangkan dalam mesyuarat exco negeri Khamis lalu.

"Pembayaran ini dapat dibuat kerana kerajaan negeri mengamalkan perbelanjaan berhemah; urustadbir CAT yang cekap, akauntabel dan telus; serta kempimpinan integriti, bersih dan bersih daripada rasuah," katanya sambil memberitahu perkara itu diakui oleh Laporan Ketua Audit Negara 2008 dan 2009 dan badang antarabangsa seperti Transparency International.

Katanya, kerajaan juga memberikan RM100 kepada guru Kafa sempena perayaan Awal Muharam dan duit raya kepada golongan itu sebanyak RM250 pada tahun lepas.

Sementara itu, mengulas sambutan Maulidur Rasul bertemakan "Wasatiah (Kesederhannaan) Tonggak Kecemerlangan Umah", Lim berkata kesederhaan Islam akan menolak dakwaan bahawa agama itu ekstrimis, mundur, miskin, tidak demoktratik dan korup.

Memetik pandangan ulama terkenal Mesir Dr Yusof Al Qaradhawi, Lim berkata, kesederhaan Islam bersumberkan kepada prinsip keadilan, konsisten dan keamanan serta menjadi lambang kepada kebaikan dan tunjang kekuatan.

"Kerajaan negeri percaya amalan kesederhanaan dalam kehidupan rakyat tanpa kira agama dan kaum akan dapat menyatupadukan rakyat untuk menikmati bersama kemakmuran, keamanan dan harmoni serta kamajuan membina modal insan," katanya. (Mkini)

Takziah Buat Keluarga Allahyarham Zakaria Yasin Pengarah Majlis Tindakan DUN Pasir Panjang.

Posted: 14 Feb 2011 09:23 PM PST

12 Rabiul Awal 1432H.

Takziah Buat Keluarga Allahyarham Zakaria Yasin Pengarah Majlis Tindakan DUN Pasir Panjang. PAS Perak ingin merakamkan ucapan takziah buat keluarga Almarhum Zakaria Yasin ( Pengarah Majlis Tindakan DUN Pasir Panjang ) 51 Tahun, diatas pemergiannya kerahmatullah awal pagi tadi.

Beliau merupakan, Pengarah Majlis Tindakan DUN Pasir Panjang juga pernah menjawat jawatan sebagai Setiusaha PAS Kawasan Lumut, Ketua Penerangan PAS Kawasan Lumut dan Pengerusi bersama Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen LumutBeliau telah meninggal dunia jam 1.00 pagi tadi dalam perjalanan ke hospital setelah mengadu sakit dada, Jenazah beliau disembahyangkan di Surau MADAH Fasa 1A Seri Manjung jam 10.00 pagi tadi dan disemadikan di kampung Relau Batu Kurau, Perak.Sesungguhnya pemergian beliau adalah satu kehilangan besar buat PAS Perak.

PAS Perak melihat, walaupun pemergian Almarhum menemui Allah SWT adalah satu kehilangan besar bagi PAS Perak, tetapi Almarhum telah berjaya membuktikan bahawa beliau telah menggunakan kesempatan hidup diatas muka bumi untuk terus berjuang menegakkan perintah ALLAH SWT.

Semoga ALLAH SWT meletakkan rohnya bersama para An'biya, Syuhada' dan Solihin.

Salam Takziah
Ustaz Abu Bakar bin Hussain
( PESURUHJAYA PAS PERAK )

Salam Perjuangan

Posted: 14 Feb 2011 11:32 PM PST

Salam Perjuangan


PERUTUSAN MAULIDUR RASUL TGNA

Posted: 14 Feb 2011 08:15 AM PST

SPR TELAH DIMAKLUMKAN KEKOSONGAN DUN KERDAU

Posted: 14 Feb 2011 07:55 AM PST

Peghelih La...

Posted: 14 Feb 2011 11:24 PM PST

Peghelih La...


Amaran Mat Sabu pada Najib

Posted: 14 Feb 2011 07:52 PM PST

KANGAR - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu memberi amaran kepada pimpinan negara khususnya Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak agar memberikan ruang demokrasi yang lebih baik sekiranya tidak mahu rakyat berdemonstrasi.

Beliau berkata demikian mengulas amaran Najib supaya rakyat di negara ini tidak melakukan demonstrasi seperti yang berlaku di Mesir baru-baru ini.

"Saya pula nak beri amaran kepada Perdana Menteri , kalau kamu tak mahu demonstrasi jalanan, berilah kebebasan demokrasi kepada rakyat. Sebab itulah menjelang pilinahraya umum lalu kita turun ke jalan raya menuntut kebebasan dalam pilihanraya melalui 4 tuntutan yang sampai kini tidak ditunaikan oleh kerajaan.

"Keeselamatan negara terletak kepada keadilan sistem pilihanraya,keadilan ekonomi dan keadilan sosial. Kita kena ingat, bila rakyat dah tak percaya lagi pada sistem pilihanraya, dia akan berlaku tunjuk perasaan di jalanraya, jadi tak payahlah nak beri amaran," katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam ucapannya pada majlis makan malam sempena sambutan Tahun Baru Cina anjuran Dewan Himpunan Penyokong PAS Perlis.

Majlis diadakan di Restoran Seri Petani dekat sini 12 Februari lalu.

Makan Malam Tahun Baru Cina anjuran DHPP Perlis

Posted: 14 Feb 2011 07:43 PM PST

KANGAR - Lajnah Perpaduan Nasional PAS Perlis dengan kerjasama Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Perlis berjaya menganjurkan Majlis Makan Malam sempena Tahun Baru Cina 12 Februari lalu.

Majlis yang diadakan di Restoran Seri Petani dekat sini mendapat sambutan hangat khususnya dari kalangan masyarakat Tionghua yang sekaligus menggambarkan sokongan padu masyarakat bukan Islam kepada PAS/Pakatan Rakyat di negeri ini.





Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir memeriahkan majlis ini iaitu Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu; Timbalan Pesuruhjaya PAS perlis, Mohd Anuar Tahir; Ketua DHPP Pusat, Hu Phang Chow serta Pengerusi Jawatankuasa Penaja DAP Perlis, Thomas Su.

Selain itu, majlis turut diserikan dengan kehadiran Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustaffa; Adun Simpang Empat, Rus'sele Eizan; pimpinan KeADILan Perlis, wakil DHPP Kedah serta ahli-ahli persatuan Tionghua Perlis.

Majlis dimulakan dengan persembahan tarian singa serta pertunjukan bunga api. Sambil menjamu selera, para hadirin mendengar ucapan-ucap dari pimpinan.

Selain itu, para hadirin turut teruja dengan Muslimat PAS yang menjadi juruacara majlis. Kebolehan dan kefasihan beliau menuturkan bahasa Cina mendapat pujian dari pimpinan berangsa Cina yang berucap pada malam itu.

Perutusan Maulidur Rasul Presiden PAS

Posted: 14 Feb 2011 07:35 PM PST

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sambutan Maulidur Rasul SAW yang diadakan saban tahun, mestilah diutamakan dengan memulakan azam baru bagi mengikuti tauladan Nabi Muhammad SAW yang diutuskan oleh Allah SWT, untuk membebaskan manusia daripada belenggu jahiliah. Jasa besar Nabi Muhammad saw adalah, membawa Islam yang menerangi manusia, yang memerdekakan manusia daripada diperhambakan sesama manusia, dijajah sesama
manusia, dizalimi dan menzalimi sesama manusia, kepada manusia yang merdeka dan mempunyai hak yang dihormati.

Kejayaan besar penjajah barat ialah memesongkan umat Islam daripada politik Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Hasilnya lahirlah umat Islam yang menerima sahaja siapa sekalipun menjadi pemerintah mereka, walaupun zalim kepada rakyat, kerana bagi mereka urusan politik tidak ada kaitan dengan agama.

Sedangkan pada diri Rasulullah itu adanya teladan politik Islam yang terbukti memberi keadilan kepada semua agama dan kaum, disambung pula oleh pemerintahan Islam selepas itu, yang membuktikan sesuatu kaum khususnya Arab tidak selama-lamanya menjadi pemimpin.

Rasulullah SAW telah membuktikan Islam tidak membenarkan perhambaan sesama manusia, Islam memberikan hak kepada rakyat, hak kepada wanita dan kaum minoriti, dan Islam memberi keadilan kepada seluruh makhluk di atas muka bumi ini. Teladan Nabi Muhammad SAW inilah yang sepatutnya kita ikuti dengan menolak perjuangan sempit atas nama perkauman yang terbukti zalim dan tidak memberi keadilan kepada rakyat.

Kita melihat bagaimana kehidupan masyarakat Arab jahiliah sebelum kedatangan Rasulullah SAW yang penuh dengan perhambaan dan kezaliman, tetapi semuanya berubah selepas kedatangan Islam. Justeru, saya menyeru kepada seluruh umat Islam khususnya, supaya memulakan tekad baru, menolak jahiliah moden yang menjadikan rakyat sebagai hamba, yang harta negara berlegar sesama mereka, yang rasuah dan zalim, kepada perjuangan yang lebih syumul iaitu Islam sebagaimana dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

12 Rabiul Awal 1432 H / 15 Februari 2011

Tiada ulasan:

Pengikut