Pengikut

BLOG - BLOG PARTI UMNO

Posted by Admin Direktori Blog | | Posted on 4:10 PG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

BLOG - BLOG PARTI UMNO


ahmadmaslan.blogspot.com

Posted: 08 Nov 2010 09:23 PM PST

ahmadmaslan.blogspot.com


Posted: 08 Nov 2010 03:59 AM PST

BERKEMPEN DI GALAS DAN BATU SAPI

Posted: 08 Nov 2010 03:57 AM PST

Tindakan Nik Aziz bukti Pas semakin terdesak

Posted: 08 Nov 2010 03:56 AM PST

Bahan kempen mesej kepada pengundi

Posted: 08 Nov 2010 03:54 AM PST

Bukti BN laksana pembangunan tak kira musim pilihan raya

Posted: 08 Nov 2010 03:54 AM PST

BN rampas semula kerusi Galas

Posted: 08 Nov 2010 03:50 AM PST

KEMPEN DI BATU SAPI DAN GALAS

Posted: 08 Nov 2010 03:49 AM PST

KEMPEN PRK DAN AKTIVI KAWASAN

Posted: 08 Nov 2010 03:47 AM PST

Tempoh akhir 24 jam amat kritikal - Musa

Posted: 08 Nov 2010 03:47 AM PST

Linda janji lebih bekerja daripada bercakap

Posted: 08 Nov 2010 03:46 AM PST

KEMPEN DI GALAS DAN BATU SAPI

Posted: 08 Nov 2010 03:44 AM PST

Setiap undi penting kepada Barisan Nasional

Posted: 08 Nov 2010 03:43 AM PST

Apa Pas buat 20 tahun perintah Kelantan?

Posted: 08 Nov 2010 03:42 AM PST

Ketandusan isu serang peribadi Ku Li

Posted: 08 Nov 2010 03:40 AM PST

25 Rumah Daif dI DUN Galas dibaikpulih

Posted: 08 Nov 2010 03:37 AM PST

Undi BN nikmati agenda pembangunan

Posted: 08 Nov 2010 03:34 AM PST

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN

Posted: 08 Nov 2010 09:09 PM PST

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN


LAGI ZIARAH PEMUDA...PESAKIT KRONIK..

Posted: 08 Nov 2010 03:49 AM PST

Menyedari bahawa kunjungan dari rumah ke rumah adalah merupakan pendekatan yang paling berkesan maka PPU Bahagian Rompin telah mengambil inisiatif untuk mengunjungi pesakit kronik yang ada di sekitar Keratong.
Hadir sama adalah YB Ketua Pemuda,Naib Ketua,P.Bendahari serta Timb.Peng.Tetap..Kunjungan bertujuan menanyakian khabar di samping menyampaikan sedikit bantuan.
Kebanyakan keluarga pesakit amat terharu dengan kunjungan PPU ini dan berharap program seumpama ini akan dapat diteruskan dari semasa.Semoga kunjungan ini akan meringankan tekanan dan kesedihan yang ditanggung pesakit dan juga ahli keluarga pesakit..Teruskan......

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 08 Nov 2010 03:20 PM PST

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Misi Bantuan Sukarelawan Mangsa Banjir

Posted: 07 Nov 2010 04:34 PM PST

Misi Bantuan Sukarelawan Mangsa Banjir

Monday, November 8, 2010

Salam 1 Malaysia
Dijemput hadir ke majlis pelepasan konvoi bantuan Sukarelawan BN utk misi bantuan banjir ke utara yg disempurnakan oleh YB Dato Razali Ibrahim, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia pd 8hb Nov, jam 1 ptg di Tingkat 4 PWTC dan kepada sesiapa ingin bersama Skuad Penyelamat Sukarelawan BN bolehlah berhubung serta maklum apa2 perkembangan boleh maklum kepada
Zakaria Dullah(Oya) - 0137679000,
Roslee Kapar - 0122427222,
Amryn Malek - 0122343086,
Hairul Ismail(Jen)- 0197125115
Shahnor Samsudin - 0196660777
Fazlie MNasir - 0133053444

ALHAMDULILLAH, PM SIHAT DAN TELAH KELUAR HOSPITl...

Posted: 07 Nov 2010 04:27 PM PST

Datuk Seri Najib keluar hospital Ahad
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Ahad dibenarkan keluar Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah dimasukkan ke situ sejak Khamis lepas."Beliau respon baik terhadap rawatan yang diberikan dan kini boleh mengikuti diet biasa," kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam kenyataan pada hari Ahad. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT.-7/11/2010

PANAS : SIKAP WAKIL RAKYAT PAS ?

Posted: 07 Nov 2010 04:00 PM PST

Ahli Pas Baling kecewa wakil rakyat tak jenguk

SELEPAS pilihan raya umum ke-12 lalu hingga ke hari ini kami penduduk kampung berdekatan Kampung Batu 7, Jalan Baling-Pengkalan Hulu tidak menerima sebarang janji seperti yang dijanjikan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah semasa berkempen dalam pilihan raya umum lepas.

Berbagai janji yang dihamburkan dengan manis kepada kami terutama kepada ahli Pas supaya terus memberikan sokongan kepada calon Parlimen Pas di Baling bagi menegakkan syiar Islam dan pembangunan di daerah Baling.

Tetapi hingga ke hari ini kami ahli-ahli Pas masih tertunggu-tunggu janji yang diberikan kepada kami sebelum ini, malah setiap kali berlaku bencana seperti banjir dan ribut kami kecewa kerana pemimpin Pas di peringkat atasan tidak nampak muka langsung.

Kami amat kecewa kerana tidak ada satu pun janji yang ditunaikan termasuk yang kami kesalkan kerajaan Pas Kedah menaikkan harga air dengan kadar yang begitu tinggi.

Dulu kata nak sejahterakan rakyat, tetapi kini kami yang mengundi calon Pas turut menderita akibat kerajaan Pas Kedah tidak langsung menunaikan apa-apa pun janji yang mereka buat malah setiap kali berlaku bencana, kami terpaksa menadah tangan untuk menerima bantuan daripada wakil rakyat UMNO, walaupun malu tetapi kami terpaksa juga ambil.

Ke manakah perginya pemimpin Pas kawasan Baling seperti Ustaz Taib Azamuddin Mohd. Taib, Cikgu Johari Abdullah dalam lain lain kepemimpinan Pas kawasan ini?

Sambutan hari raya Aidil Fitri lalu kami ahli-ahli Pas yang ditakrif sebagai keluarga susah juga tak dapat apa-apa bantuan, malah duit zakat yang sepatutnya kami terima juga kami tak dapat. Beginikah sejahterakan Kedah kalau kepimpinan Pas mengamalkan sikap pilih kasih seperti ini?

Kepada Ahli Parlimen Baling, kerap-keraplah jenguk kami di kawasan yang memerlukan bantuan YB, bukannya rumah kami jauh sangat dari rumah YB, tetapi YB tak pernah jenguk pun. Masa berkempen dulu YB sanggup berulang kali datang memujuk kami untuk bantu sokong Pas, tetapi hari ini kami sukar sekali nak jumpa YB.

Kami rakyat miskin mudah ditipu, tetapi kami juga mampu mengubah keadaan bila sampai masanya, bila kami sudah tersedar dan merasa kami tertipu.

Kepada Ahli Parlimen Pas Baling, jenguklah kampung kami yang tidak jauh dari rumah YB iaitu Kampung Rambong, Kampung Kaki Bukit, Kampung Batu 7 dan Kampung Padang yang masih ketinggalan jauh berbanding kampung lain yang banyak menerima nikmat dari kerajaan Barisan Nasional kerana mereka tidak tersalah pilih dalam pilihan raya umum lepas.

Untuk pengetahuan YB, kampung Kaki Bukit menderita setiap kali berlaku banjir. Muka YB tak kelihatan. Apabila berlaku ribut pun muka YB tak nampak. Malangnya kami kerana tersalah pilih...

Banjir: TPM minta Kedah jangan lepas tangan
Nov 6, 10 12:56pm
Kongsi 23
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meminta kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS supaya tidak melepaskan tanggungjawab untuk membantu mangsa-mangsa banjir di negeri itu kepada kerajaan pusat semata-mata.

Sebaliknya, kata beliau kerajaan negeri perlu meningkatkan koordinasi dalam usaha melicinkan penyaluran pelbagai bantuan termasuk bekalan air bersih kepada mangsa banjir.

"Kerajaan negeri tidak boleh terlepas daripada tanggungjawab. Dia tidak boleh serah kepada (kerajaan) pusat. Jikalau beban besar, kerajaan negeri perlu bersama melaksanakan tanggungjawab.

"Bidang kuasa negeri seperti bekalan air bersih terletak dalam bidang kuasa negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Keusahawanan Kolej-Kolej Komuniti Wilayah Johor di Pagoh hari ini.

Semalam, ketika melawat mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung yang juga Anggota Parlimen Alor Setar, berkata kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS kurang bersedia untuk menghadapi bencana banjir.

Timbalan Perdana Menteri, yang akan melawat Kedah esok bagi meninjau keadaan terkini bencana banjir di negeri itu, berharap usaha pemberian bantuan kepada mangsa ketika ini yang tidak tersusun, akan menjadi bertambah baik.

Katanya kerajaan negeri perlu mengukuhkan persediaan logistik terutamanya operasi lori dan bot untuk memindahkan mangsa bagi melicinkan operasi menyelamat.

Mengenai pemberian bantuan kepada golongan petani dan pesawah yang terjejas dengan bencana banjir, Muhyiddin berkata kerajaan akan memaklumkan mengenai bentuk bantuan selepas keadaan bencana itu reda.

"Kita (kerajaan) sememangnya memandang berat masalah yang ditanggung oleh petani dan pesawah dan kita akan mencari jalan untuk membantu mereka," katanya.

Tentang persiapan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kementerian berharap bencana banjir itu akan reda sebelum bermulanya peperiksaan terbabit dalam tempoh dua minggu lagi.

"Kita akan lihat situasi dan berharap keadaan (banjir) akan reda, tetapi kita bimbang akan ada gelombang kedua. Kita kena ambil perhatian, tetapi walau apapun kita kena kekalkan persiapan," katanya.

Terdahulu ketika berucap, Muhyiddin meminta setiap rakyat memiliki sekurang-kurangnya satu bentuk kemahiran dan mempraktikkan pembelajaran seumur hidup sebagaimana yang dipraktikkan di negara-negara maju.

Dengan 80 peratus daripada tenaga kerja di negara ini hanya memiliki kelulusan SPM dan ke bawah, beliau berkata usaha 'upskilling' atau 'multiskilling' pekerja negara ini perlu diperhebatkan.

"Kita tidak boleh hanya bergantung kepada kelulusan akademik sahaja, tetapi soal kemahiran dan pembelajaran sepanjang hayat juga penting dalam usaha kita untuk menjadi negara maju," kata Timbalan Perdana Menteri.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Prof Madya Dr Kamaruddin Kasim.

--Bernama

Banjir: BN berlakon, tuduh melulu, kata PAS
Nov 7, 10 8:34pm
 
Kerajaan negeri Kedah telah memperuntukkan hampir RM1 juta untuk membantu mangsa banjir di samping RM500,000 daripada wang zakat yang diumumkan Sultan Kedah semalam.

Exco kerajaan negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, soal kerajaan negeri tidak membantu mangsa banjir tidak berbangkit langsung di negeri ini.

"Yang menjadi masalah adalah media yang tidak membuat liputan untuk kerajaan negeri," kata beliau.

Kerajaan negeri, katanya, telah menubuhkan Bilik Gerakan Banjir peringkat negeri dan daerah.

Di peringkat negeri ia diketuai oleh Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri manakala di daerah di ketuai Pegawai Daerah.

"Memandangkan SUK di Mekah, Timbalan SUK, Datuk Haji Ahmad Mat Isa yang ketuai operasi ini," kata Phahrolrazi kepada Harakahdaily.

Selain jentera kerajaan, NGO dan parti politik khasnya PAS dan Pakatan Rakyat juga terlibat.

"Dakwaan Shahrizat Jabatan Kebajikan Masyarakat agensi pusat tak betul. Pengarahnya staff kerajaan negeri. Ia agensi bersama," katanya.

Beliau mengaku jabatan itu paling banyak membantu magsa di samping kerajaan tempatan, polis, bomba dan juga jabatan kesihatan dan pelajaran.

Hari ini, kata Phahrolrazi, pihaknya bersama JKR akan bersama syarikat yang menjaga konsesi trek berkembar, Gamuda, akan menyiasat kalau projek itu menyebabkan laluan banjir tersekat.
Tuduhan melulu
Dalam perkembangan berkaitan, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata dakwaan Kerajaan Persekutuan bahawa Kerajaan negeri Kedah melepaskan tanggungjawab untuk membantu mangsa banjir di negeri itu adalah tuduhan melulu.

Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata, sejak dari awal banjir melanda negeri itu, kerajaan negeri sudah mengambil tindakan membantu mangsa banjir termasuk memastikan pusat penempatan sementara mencukupi.

"Tuduhan mengatakan kerajaan Negeri Kedah tak ambil tahu masalah mangsa banjir satu tuduhan yang sangat melulu, yang dibuat oleh BN.

"Kerajaan negeri menyediakan bantuan untuk diagihkan kepada mangsa banjir termasuk sumbangan daripada PAS sendiri, wakil-wakil rakyat dan sumbangan orang ramai," kata Mahfuz.
Ujarnya, media hanya membuat laporan berdasarkan kenyataaan pempimpin Umno, tanpa mengikuti sendiri perkembangan dan usaha yang dilakukan kerajaan negeri.

"Media juga memberikan laporan yang tak betul. Kata tak ada pemimpin Pakatan Rakyat yang turun dan sebagainya. Media tak pernah pun ikut kita. Kita pun tak fikir waktu banjir ini nak panggil media, tak sempat nak tunggu media datang untuk kita redah kawasan banjir.
"Kalau nak tunggu media datang baru nak pergi kawasan banjir, bermasalah juga. Mana nak jaga orang media, mana nak bawa bantuan, bot pun tak cukup.

"Kita tak ada masa nak ambil gambar, nak berlakon, jadi kita pergi semata-mata untuk bagi bantuan. Sharizat datang sehari dua sahaja, bukan pergi semua kawasan pun," katanya.
Semalam, Bernama melaporkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS supaya tidak melepaskan tanggungjawab untuk membantu mangsa-mangsa banjir di negeri itu kepada kerajaan pusat semata-mata.

Sebaliknya, kata beliau kerajaan negeri perlu meningkatkan koordinasi dalam usaha melicinkan penyaluran pelbagai bantuan termasuk bekalan air bersih kepada mangsa banjir.

"Kerajaan negeri tidak boleh terlepas daripada tanggungjawab. Dia tidak boleh serah kepada (kerajaan) pusat. Jikalau beban besar, kerajaan negeri perlu bersama melaksanakan tanggungjawab.

"Bidang kuasa negeri seperti bekalan air bersih terletak dalam bidang kuasa negeri," katanya.
Semakin buruk
Sementara itu, keadaan banjir di daerah Kota Setar semakin buruk dengan lebih ramai penduduk di daerah itu dipindahkan sehingga petang ini, namun jumlah mangsa banjir di Kedah keseluruhannya berkurangan.

Jumlah mangsa banjir di daerah Kubang Pasu tidak berubah manakala di daerah Pokok Sena dan Pendang semakin berkurangan.
Sehingga jam 4 petang ini, seramai 31,712 orang daripada 7,856 keluarga masih berada di 83 pusat pemindahan di empat daerah itu. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Majlis Keselamatan Negara ketika dihubungi berkata, di daerah Kota Setar, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan meningkat kepada 21,116 orang dengan jumlah keluarga 5,060 berbanding 21,058 orang pagi ini.

Bilangan mangsa di Kubang Pasu pula masih kekal 9,531 orang daripada 2,591 keluarga manakala jumlah mangsa di daerah Pokok Sena berkurangan kepada 1,003 orang daripada 143 keluarga dan di Pendang seramai 242 orang melibatkan 62 keluarga.

Beliau berkata, daripada 83 pusat pemindahan yang masih dibuka, 45 ialah di daerah Kota Setar, 34 di Kubang Pasu, tiga di Pokok Sena dan satu di Pendang.
Bekalan air hampir pulih

Sementera itu, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Darul Aman (SADA), Datuk Adzmi Din, berkata sehingga kini 75 peratus loji bekalan air di Bukit Pinang telah beroperasi dan Sada sedang berusaha untuk membolehkan loji itu beroperasi 100 peratus.
"Kita jangkakan satu atau dua hari lagi loji akan pulih dan bekalan air dapat disalurkan ke semua kawasan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, 11 kawasan di daerah Kota Setar dan beberapa kawasan di daerah Pokok Sena belum mendapat bekalan air sepenuhnya manakala di Padang Terap, masalah bekalan air pulih sepenuhnya.

"Kami akan berusaha untuk pulihkan bekalan air ini secepat mungkin supaya semua penduduk mendapat bekalan air bersih dengan cepat," katanya.

Sementara itu, Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Jabatan Pelajaran Kedah berkata kira-kira 30 sekolah di daerah Kota Setar masih ditutup kerana dinaiki air dan ada juga yang dijadikan tempat penempatan banjir.

Jurucakap itu berkata, lapan sekolah di Kubang Pasu masih ditutup, empat daripadanya dijadikan pusat penempatan banjir dan empat lagi dinaiki air manakala di Padang Terap, semua sekolah telah dibuka seperti biasa.

Sehingga petang ini, hanya satu jalan yang masih ditutup kepada semua kenderaan iaitu Jalan Jitra-Sungai Korok manakala lima jalan di daerah Kota Setar dan dua jalan di daerah Kubang Pasu masih digenangi air, tetapi tidak ditutup kepada lalu lintas.

Sementara itu, KM28 Lebuhraya Utara Selatan ke utara dan selatan yang ditutup sebelum ini telah dibuka satu lorong ke utara dan satu lorong ke selatan.

Lapangan terbang dijangka beroperasi Sabtu depan

Dalam pada itu, lLpangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di Kepala Batas di alor Setar dijangka kembali beroperasi paling awal pada Sabtu depan, kata Pengurusnya, Azmi Darus.

Beliau berkata, sebelum beroperasi, pihaknya perlu melakukan kerja pembersihan dengan teliti dan memastikan sistem lampu landasan dapat berfungsi dengan baik demi keselamatan pesawat.

"Pada masa ini 60 peratus air dalam kawasan landasan telah surut dan kami memerlukan sekurang-kurangnya lima hari lagi untuk memastikan landasan selamat digunakan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Azmi berkata, kawasan padang berhampiran landasan pula masih ditenggelami air sebanyak 50 peratus.

Lapangan terbang itu ditutup akibat banjir sejak Selasa lalu.

LTSAH mengendalikan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dari Alor Setar ke Kuala Lumpur sebanyak tiga kali sehari, AirAsia dari Alor Setar ke Kuala Lumpur (dua kali) dan FireFly dari Alor Setar ke Subang (dua kali).

Lapangan terbang yang mempunyai landasan sepanjang 2,745 meter dan 45 meter lebar itu terletak 13 kilometer dari Alor Setar dan boleh mengendalikan sehingga 800,000 penumpang setiap tahun.

- Bernama


Politik banjir...

Datuk Johari Baharom (kiri atas traktor) adalah antara yang ligat jaga kawasannya di Kubang Pasu ketika banjir terburuk melanda Kedah sekarang. Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu serta Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani itu dilihat bekerja keras meninjau dan menghulurkan bantuan segera ke kampong dan tempat dalam kawasan parlimennya yang menghadapi bencana itu.
KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT.- 6/11/2010

MAS ERMIEYATI BTE HJ SAMSUDIN

Posted: 08 Nov 2010 03:06 PM PST

MAS ERMIEYATI BTE HJ SAMSUDIN


kalau macam tu, bukan anak jantanlah!!!!!!

Posted: 08 Nov 2010 12:55 AM PST

Pagi tadi berbagai mesej yang saya terima berkenaan dengan Zaid yang telah ,menarik handbrek sebelum berakhirnya pemilihan parti bagi jawatan Timbalan Presiden. Antara calon lain yang turut sama mengintai peluang tIMBALAN Presiden ialah Sdra Azmin Ali. (haaaa mesti dia tengah tersenyum besar dan sedang berangan-anagan nak meraikan sambutan beliau bakal ditabalkan Timbalan Presiden PKR yang baru.

agak2 apa kata gambar ni ek?

(gambar ni pun macam bagus je...macam tau-tau je aku nak tarik diri dari bertanding jawatan no.2...dan aku nak letakk kesemua jawatan yang aku ada dalam parti!!!!.)






katanya dalam blognya http://www.zaiduntukrakyat.com/ ( beliau salah catur...ermm baru nak rasa ke...)

"Saya ditawarkan untuk bergabung dengan parti ini di bawah kepercayaan bahawa saya boleh mempromosikan politik progresif, memelihara dan mengembangkan nilai-nilai politik berprinsip dan budaya yang saya anggap penting bagi perkembangan demokrasi dan tata pemerintahan yang baik di negara ini."

mes: ntah la zaid...
aku tak boleh nak komen banyak-banyak..kalau betul nak jadi pendekar dengan meninggalkan UMNO dan berjuang dalam PKR utk apa jua tujuan yang baik..seperti mana yang beliau nak...pada saya, beliau patut lakukan dulu dalam UMNO. tapi elok jugalah beliau meninggalkan UMNO. tidak sampai berapa lama bersama dengan PKR , kini merajuk pula dengan PKR .(mungkin x boleh nak meninggalkan PKR nanti oang kata asyik macam brahim Ali.lompat sana, lompat sini ,tinggal sana, tinggal sini..walaupun dalam hati sapa yang tau..kan?.hmmm adalah tu, ,.mungkin ada perancangan yang terdekat...kita tgk sajalah!!!

Treingat kata favourite kak aza, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai...kalau takut pada cabaran, jangan digelar diri pejuang....). Dengan sabotaj, karenah yang berlaku dan permainan kotor yang dimainkan oleh pihak tertentu yang mempunyai kepentingan poiltik di dalam PKR, Zaid kini menjadi mangsanya...hahahahahaha......sabau je lah nyah.......(kacau betul... kita baru je nak tengok kerancakan zaid dan kelantangan zaid dalam usaha untuk membetul kan PKR yang tak berapa betul tu....) ..kacau betullah..
itu macam bukan anak jantanlah!!!

umno bahagian cheras

Posted: 08 Nov 2010 01:25 PM PST

umno bahagian cheras


GERAKAN seperti duri dalam daging kepada BN – Syed Ali

Posted: 07 Nov 2010 08:58 PM PST

GERAKAN masih lagi tebal dengan amalan rasis dan secara halus cuba membangkitkan kemarahan antara kaum di negara ini, tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

"Semalam, mereka tuduh UMNO terlalu sombong dan tanggapan karut ini sengaja dibuat supaya berlaku keretakan antara parti komponen Barisan Nasional (BN)," katanya.

Beliau berkata, GERAKAN juga menyelar tindakan kepimpinan 'abang dalam BN' yang didakwanya menyebabkan mereka hilang sokongan.

"GERAKAN tidak rasional menuduh UMNO, sepatutnya mereka sedar kenapa kesemua calon mereka di Pulau Pinang ditolak rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu," ujarnya.

Menurut Syed Ali, tuduhan yang dilemparkan terhadap UMNO dalam persidangan parti itu yang ke-30 semalam disifatkan sebagai serius dan membelakangkan semangat setiakawan BN.

Wakil Melaka, Gan Peng Lam menjadikan contoh tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan mata pelajaran sejarah sebagai wajib lulus pada perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

Peng Lam mendakwa, tindakan Muhyiddin itu menunjukkan hanya satu parti (UMNO) yang berkuasa manakala MCA, MIC, GERAKAN dan PPP hanya penonton.

Beliau menegaskan, wakil GERAKAN itu tidak sepatutnya mempertikaikan kewajaran Muhyiddin berbuat demikian kerana Timbalan Presiden UMNO itu juga memegang potfolio Menteri Pelajaran.

"Inilah yang menjadi duri dalam daging kepada BN, mereka tidak iklhlas dan ada agenda lain untuk kepentingan tertentu," tambahnya.

"Peng Lam terlalu kurang ajar, biadap dan tidak tahu untuk menghormati pemimpin tertinggi parti, mungkin inilah budaya baru di dalam GERAKAN.

Sehubungan itu katanya, Peng Lam tidak perlu untuk mengajar Timbalan Perdana Menteri, sebaliknya tumpukan usaha membaiki segala kepincangan dan kelemahan yang ada dalam GERAKAN.

"Muhyiddin adalah Timbalan Perdana Menteri dan beliau membuat pengumumkan dalam satu Perhimpunan UMNO, parti terbesar mewakili majorirti rakyat di negara ini," ujarnya.

Katanya, walaupun UMNO mendominasikan kerajaan BN tetapi tidak pernah berniat jahat terhadap mana-mana kaum atau rakannya dalam gabungan tersebut.

"GERAKAN sepatutnya memperbetulkan dulu diri mereka, parti kecil yang hilang kesemua kerusi di Pulau Pinang tetapi berkokok seolah-olah mereka paling berkuasa," tegasnya.

Sambil mengecam tindakan Peng Lam itu, Syed Ali menambah UMNO selama ini sentiasa berpegang kepada semangat permuafakatan dan menghormati prinsip tersebut.
"UMNO sentiasa bertolak ansur dan tetap berpegang kepada prinsip BN walaupun ada kalanya mereka masih mempertikaikan hak dan kepentingan Melayu," katanya.
Syed Ali menasihatkan generasi muda dalam GERAKAN supaya memahami sejarah dan tidak terikut-ikut dengan gaya politik pembangkang terutama DAP.

Zaid letak semua jawatan PKR

Posted: 07 Nov 2010 07:44 PM PST

Terkini !
DATUK Zaid Ibrahim, hari ini membuat pengumuman mengejut menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan turut juga meletakkan semua jawatannya dalam PKR.

Punca beliau menarik diri dan melepaskan semua jawatan dalam PKR dikatakan kerana kecewa dengan amalan manipulasi dan penyelewengan dalam PKR.

Bagaimanapun ada pihak mendakwa Zaid mengambil keputusan mengejut itu kerana kecewa dengan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar dikatakan punca segala masalah yang berlaku dalam PKR malah beliau didakwa berkuasa penuh mencorak kepimpinan dalam parti itu.

"Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh membawa politik progresif; memupuk dan memperkembangkan demokrasi dan ketelusan di negara ini. Saya sebenarnya silap," kata Zaid dalam satu kenyataan di blognya.

"Saya yakin mana-mana parti politik dengan sikap hipokrit dan nilai-nilai palsu tidak akan mampu menawarkan sebarang pembaharuan yang bermakna kepada rakyat di negara ini.

"Saya mengambil keputusan ini kerana tidak ada usaha oleh kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil serta penyelewengan dalam pemilihan itu meskipun ia telah berulang-kali ditimbulkan," katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee dalam reaksinya mengenai perkembangan tersebut berkata, kehancuran PKR sudah dijangkakan.

"Sebelum ini, saya sudah katakan bahawa Zaid hanya kayu buruk dalam politik tanahair, apatah lagi di dalam PKR beliau sekadar nasi tambah," tegasnya.

Beliau menjelaskan, PKR bukan parti mewakili kepentingan rakyat tetapi hanya berjuang untuk membersih maruah Anwar yang terbabit dalam kes liwat.

"Anwar menggunakan PKR untuk membalas dendam politik terhadap pemimpin UMNO dan bermimpi untuk menjadi Perdana Menteri," katanya.

www.pemuda-enggang.org

Posted: 08 Nov 2010 11:25 AM PST

www.pemuda-enggang.org


Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran

Posted: 07 Nov 2010 06:20 PM PST

UCAPAN YAB. DATO' SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK SELAKU PRESIDEN UMNO SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO KALI KE-61, 2010 DI DEWAN MERDEKA PWTC "MENDAYA BANGSA MENERAJU KEMAKMURAN" Bismillahirrahmanirrahim Rabbi ish-rah-li sadri wa-yassir-li amri wahlul uq-datan min-lisani yaf-qohu qauli. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Yang Berbahagia Pengerusi Tetap, Yang Berbahagia Timbalan Pengerusi Tetap, Yang Amat Berhormat Timbalan Presiden & [...]

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH

Posted: 08 Nov 2010 03:31 AM PST

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH


LAWATAN KETUA UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH KE BILIK GERAKAN & MESYUARAT BERSAMA AJK PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH

Posted: 07 Nov 2010 07:50 PM PST

Pada 5/11/2010 (Jumaat) Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah, Datuk Wira Abu Seman Bin Yusop telah mengadakan dan membuat tinjaun di Bilik Gerakan Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah. Sekaligus mengadakan perjumpaan bersama AJK Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah. 

Comments (0)