Selasa, 9 November 2010

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Idris Ahmad

Posted: 09 Nov 2010 11:24 PM PST

Idris Ahmad


Awas Pemimpin Rakyat 5 Tahun Sekali.

Posted: 09 Nov 2010 10:57 PM PST

Tan Sri Muhyidin Yasin  menggesa semua pimpinan parti komponen Bn diminta supaya sentiasa turun padang untuk bertemu rakyat agar mereka tahu bahawa Bn merupakan satu-satunya parti yang terus berjuang untuk kepentingan rakyat. Pas berpandangan inilah jenis pemimpin 5 tahun sekali,   dekat dengan rakyat apabila hampir  dengan pilihanraya, apabila lepas pilihanraya muka tidak nampak. Sepatutnya mereka menjadi pemimpin bukan hanya hendak mendapat undi sahaja tetapi kena memikirkan bagaimana hendak membawa rakyat dan negara ini hidup selesa dan bahagia. Perlu diingat  bahawa menjadi pemimpin bukan satu kemulian tetapi satu tanggungjawab.

Pas berpandangan pemimpin Bn hanya memperkudakan rakyat untuk dapat undi sahaja. Selepas pilihanraya penderitaan rakyat tiada siapa yang peduli. Tekanan hidup rakyat semakin teruk , kerana kuasa membeli semakin berkurangan. Belanjawan 2011 sebagai bukti, menunjukkan bahawa pemimpin masih berbelanja seolah-olah macam berada di dalam lubuk emas. Pembinaan Menara Warisan 100 tingkat dengan kos RM5 bilion, ketika masih ramai rakyat yang tidak ada rumah, walaupun dibantah ia tidak dipedulikan. Mereka buat tuli sahaja, kerana mereka memiliki media untuk mempropagandakan kepada rakyat. Peruntukan Sekolah Agama Rakyat hanya RM 95 juta berbanding dengan Permata milik isteri tersayang RM111 juta.  Begitu juga peruntukan untuk Koridor Ekonomi Pantai Timur  (ECER) yang boleh dimanfaatkan hampir 3 juta rakyat di tiga negeri hanya RM178 juta iaitu 3.6% daripada kos pembinaan Menara Warisan.

Maka tidak peliklah komen Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Bhd., Alsetdek Al Haj Ali, mengenai kuasa beli di kalangan rakyat semakin merosot di tengah-tengah kejatuhan dolar Amerika Syarikat.  Tambahnya lagi, kerana penurunan kuasa beli itu menjadi petunjuk kepada ketidak seimbangan ekonomi, kemajuan dan kemakmuran dalam sebuah negara. Jadi, mengapa kita perlu gembira apabila kejatuhan nilai mata wang, walhal nilai ringgit semakin tidak dirasai.

Persoalannya adakah pemimpin negara ini mengambil berat hal ini? Apakah mereka hanya hendak  berlakon menjadi pemimpin yang cakna rakyat apabila dekat musim pilihanraya. Pas menyeru rakyat bangkit menolak pemimpin BN dan berilah mandat baru kepada Pas dan Pakatan Rakyat untuk mentadbir urus dengan baik, kerana terbukti dan teruji.


Filed under: Ekonomi, Pilihanraya

PemudaSikDaily

Posted: 09 Nov 2010 09:26 PM PST

PemudaSikDaily


Banjir Semakin Pulih.

Posted: 09 Nov 2010 08:07 PM PST

Alor Setar, 10 Nov 2010 ~ Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim yang ditutup sebelum ini akibat banjir yang melanda sejak 1 November lepas kini sudah mula beroperasi. Kaunter penjualan tiket di lapangan terbang tersebut sudah mula beroperasi seperti biasa. Tinjauan mendapati air di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim sudah surut dan khemah didirikan di sepanjang Jalan Anak Bukit oleh penduduk di situ akibat banjir sebelum ini sudah kosong. Kerja-kerja mengemas rumah dan kawasan sekitar menyebabkan banyak kelengkapan rumah yang mengalami kerosakan diletakkan di luar rumah di sepanjang jalan Anak Bukit kepala Batas. Jalan-jalan utama di bandar ini sudah boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan selepas ditutup akibat banjir melanda negeri ini baru-baru ini.

Maran Daily - Bila NoteBookKu Dibuka... Benar, Berani & Berinformasi

Posted: 09 Nov 2010 09:25 PM PST

Maran Daily - Bila NoteBookKu Dibuka... Benar, Berani & Berinformasi


PR MENANG JIKA RAKYAT KUASAI ICT...

Posted: 09 Nov 2010 07:48 PM PST

Jabatan ICT (JiCT) Pas Negeri Pahang akan merangka pelbagai program kemasyarakatan dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran dan minat masyarakat terhadap penggunaan teknologi maklumat terutamanya mendapatkan maklumat menggunakan internet yang lebih pantas.

JiCT merupakan salah satu Jabatan yang ditugaskan oleh badan Perhubungan Pas Negeri Pahang (BPPNP) untuk merangka dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kemasyarakat yang berkaitan penggunaan teknologi maklumat.

"JiCT telah merangka pelbagai aktiviti dalam tempoh lima tahun terutamnya berkaitan dengan kefahaman dan kepentingan ICT dalam memberi maklumat yang benar dan cepat kepada masyarakat serta akan memberi kemenangan yang besar kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU13 akan datang" kata setiausaha JiCT Pas Pahang, Mohd Shamsuri Hussin semasa pelancaran penstrukturan semula Jabatan ICT Pas Pahang di Bangunan BPPNP.

Jabatan ICT kini dipimpin oleh En. Maktar Hashim yang merupakan aktivis PAS yang sangat dikenali ramai terutamanya di era 90-an. Kesungguhan beliau menerima dan memegang jawatan Pengarah JiCT mengambarkan bahawa perjuangan dalam sesebuah jemaah tiada penghujungnya. Apa yang pasti, syurga menanti bagi golongan yang berjuang dengan ikhlas kerana Allah.

JiCT akan memantapkan seluruh jentera di peringkat kawasan dan Dun dengan harapan memberi maklumat yang benar dan pantas melalui media altenatif kepada rakyat dan InsyaAllah akan memberi kelebihan kepada PR dalam PRK/PRU yang akan datang.

Maklumat yang jelas dan tidak bergantung kepada surat khabar & TV semata-mata akan meningkatkan tahap intelektual masyarakat dalam menentukan masa depan diri sendiri dan keluarga.

KU LI...?

Posted: 09 Nov 2010 07:33 PM PST

Ku Li: Sebelum PRK disanjung, selepas menang ditenggelamkan

Petang semalam secara kebetulan, saya sempat duduk sambil minum-minum dengan seorang ahli Umno. Tapi dia bukan sembarangan ahli Umno kerana pada satu masa dulu pernah menjawat Ketua Pemuda Semangat 46 negeri Pahang, iaitu sebelum parti itu dikuburkan sendiri oleh presidennya, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li).

Sampai sekarang pun dia mengaku masih menjadi pengikut setia dan memuja Ku Li.

Dalam bersembang-sembang itu saya amat tertarik dengan kenyataan kecewanya yang dibuat oleh Umno sendiri terhadap bosnya itu.

Katanya, manakan tidak, semasa memujuk Ku Li menjadi pengarah atau calon dalam pilihan raya kecil (PRK) Galas dulu bukan main lagi bekas Menteri Kewangan itu dipuja dan diangkat kembali sebagai seorang tokoh bahkan negarawan.

Bukan main lagi akhbar-akhbar lidah rasmi Umno mencanangkan bahawa" "Umno tidak pernah pinggirkan Ku Li". Pendek kata, Ku Li diangkat sehingga menenggelamkan nama Ketua Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapha Mohamed.

Highlight luar biasa itu dibuat dipercayai bagi memujuk Ku Li mengambil alih teraju utama dalam PRK Galas yang berlangsung 4 November lalu.

Sudah tentu keputusan Umno Pusat itu ialah setelah merasakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mempunyai kemampuan untuk merampas kerusi tersebut daripada PAS.

Sudah tentu Muhyiddin sendiri tidak 'makan cekak' atau cuak untuk memimpin tentera pilihan raya BN di Gua Musang itu, walaupun tugas tersebut sepatutnya tergalas di bahunya. Kebetulan pula, janji-janji bohongnya di PRK Manek Urai tahun lalu masih segar dalam ingatan penduduk Kelantan dan ini menghantuinya.

Lalu dalam keadaan begitu, 'aura' Ku Li pun dipertaruhkanlah. Dan pada ketika itulah nama bapa saudara bekas permaisuri Kelantan itu dipuji dan dipuja. Walaupun beliau hanya berstatus Ketua Bahagian Umno Gua Musang, labelnya diletakkan seolah-olah berjawatan menteri pusat dan saban hari gambar dan beritanya terpapar di skrin televisyen seluruh negara.

"Tapi demi diumumkan saja kemenangan Abdul Aziz sebagai calon BN di Galas, semua media difokuskan sebagai kemenangan (Perdana Menteri) Najib. Kononnya tanda rakyat telah kembali kepada Najib dan BNlah, dasar Najib diterimalah rakyatlah, hadiah untuk Najiblah, petanda Najib akan umum PRU lebih awallah...

"Semuanya Najib walaupun beliau terlantar demam (cengkering) di hospital. Mana Ku Linya? Mana terima kasih kepada Ku Li? Mana puji-pujian dan sanjungan kepada Ku Li sebelum PRK," herdik kawan saya bekas Ketua Pemuda Semangat 46 Pahang itu dalam nada pura-pura geram.

Maknanya, Ku Li hanya dijadikan seperti terompah kayu, apabila perlu untuk ke jamban maka Umno akan sarung di kakinya dan apabila sudah beres lantaklah kamu nak tertonggek kat mana.

Saya hanya mengangguk-angguk perlahan membenarkan kenyataannya. Saya fikir, tentu sebelum memujuk Ku Li menerajui PRK Galas dulu beliau dijanjikan pelbagai habuan, mungkin termasuk dilantik menjadi menteri pusat!

Dalam hati saya... "aikkk, takkan baru ini kenal fiil perangai Umno? Aku yang tak pernah masuk Umno pun tau buruknya fiil perangai Umno. Bak kata pepatah, ibarat anjing yang suka menghidu tahi, maka perangainya walau macam manapun akan tetap gemar menghidu tahi!
http://selamatkanpahang.blogspot.com/

{Pemimpin UMNO-BN memang bersikap tak senonoh... janji setinggi gunung... bila dah dapat, menyepi seribu bahasa... kita lihat apa yang dia boleh buat kat Galas setelah bertebaran najis ditabur di Manik Urai seketika dulu... Harap rakyat faham bahawa generasi @ spesis UMNO-BN sudah tidak rileven lagi masa kini. Tumbangkan UMNO-BN dalam PRK & PRU13 akan datang... pilihlah Parti islam... Islam AdilUntuk Semua}

WANITA KE NERAKA - Renungan

Posted: 09 Nov 2010 07:29 PM PST

WANITA KE NERAKA

بسم الله الرحمن الرحيم

(gambar hiasan)
Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di zaman Rasulullah, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita.

Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana, dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamualaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?'

Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:
1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, harta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis."

Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan suami'. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"

(Terjemahan langsung dari Arab).
[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut: "Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.'

Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak.

Sedekah

Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga
termasuk:

1. Tuturkata/percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri.

Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami.

Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu di kalangan isteri-isteri baginda.

Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya".

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.

Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah."

Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi : "Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah."

Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan muhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

"SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"

- mawardahsuci



Ka'ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae'i dan Hakim.

misbahul munir

Posted: 09 Nov 2010 09:22 PM PST

misbahul munir


SIDANG DUN PERAK : GANESAN TIDAK PERLU UGUT ADUN PR

Posted: 09 Nov 2010 06:44 PM PST

JANGAN GUNAKAN 300 RIBU ANGGOTA RELA UNTUK TAWAN SELANGOR

Posted: 09 Nov 2010 12:41 AM PST

Khalid Samad

Posted: 09 Nov 2010 08:13 PM PST

Khalid Samad


Drama Tragis Politik Negara: PRK Galas dan Batu Sapi

Posted: 08 Nov 2010 08:44 PM PST

Tidak perlu disebut lagi, semua telah tahu, UMNO/BN sedang berseronok dengan kemenangan mereka di Galas dan di Batu Sapi. Oleh itu, biarkan mereka. Biarkan mereka dibuai keseronokan, sedangkan yang bermaklumat di kalangan mereka sendiri sedar bahawa tiada yang perlu dibanggakan dengan kemenangan tersebut.

Ini kerana, kemenangan di Galas adalah hasil dari kejayaan BN mengerahkan pengundi orang asli khususnya untuk keluar beramai-ramai mengundi calon BN. Maka sememangnya itulah apa yang dilakukan oleh pihak orang asli. Untuk PRK kali ini, hampir 90% dari orang asli keluar mengundi. Apa tidaknya, mereka dijamu dan dilayani sepanjang tempoh pilihan raya siang dan malam. Pihak ATM dikerahkan ke tempat-tempat mereka dan dianjurkan bermacam-macam kegiatan untuk menghiburkan orang asli. Di antara kegiatan yang diadakan ialah sukaneka, pertandingan karaoke dan sebagainya. Dari lebih kurang 1,600 pengundi orang asli, hanya 300 yang mengundi calon PAS. Ini bererti hampir 1,300 orang asli mengundi calon BN. Sedangkan majoriti BN hanya 1,190.

Kesimpulannya, kemenangan BN di Galas adalah hasil undi orang asli. Namun persoalannya adakah mampu BN melayan dan menghibur mereka sebegini rupa pada Pilihan Raya Umum yang akan datang? Sudah pasti tidak; dan pada masa itu, insyaAllah dengan bantuan 300 pengundi orang asli yang istiqamah ini, kita akan mampu menyampaikan penerangan kita kepada mereka secara lebih berkesan. Pihak ATM pada masa itu di mana pula? Mereka akan dikerah pemimpin BN untuk 'berkhidmat' di kawasan mereka pula, kerana takut kalah. Galas akan dilupakan dan dengan itu akan kembali pada kita.

Di Batu Sapi pula, keadaannya berbeza. Orang asli tiada tetapi yang ada hanyalah orang Melayu. Kebanyakan mereka dari keturunan Bajau dan Bugis. Mereka merupakan golongan yang daif dan bergantung kepada pembesar-pembesar BN. Ada yang saya temui bekerja di kilang papan dengan gaji hanya RM 7 sehari! Anak anak mereka tidak ke sekolah kerana mereka tidak mampu. Mereka hidup di kampung air. Rumah rumah papan yang dibina atas tiang di dalam kawasan air, samada laut ataupun sungai. Tiada geran untuk rumah-rumah ini, ianya boleh dirobohkan pada bila-bila masa. Kedai runcit di kampung air ini menjual beras dalam plaktik kecil berharga RM 1, minyak masak dalam plastik lagi kecil berharga 50 sen. Hidup mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Pembangunan Kampung Melayu yang di banggakan UMNO/BN

Golongan inilah yang menjadi sasaran UMNO yang datang dengan 'bantuan' dan wang. Mereka datang mendengar ceramah yang dianjurkan PR tetapi pulang dalam keadan kecewa kerana tiada buah tangan untuk mereka bawa pulang. Mereka gembira apabila mendapatnya dari pimpinan BN. Bagi mereka pemimpin BN 'kaya' dan mampu menolong mereka. Pemimpin PR miskin maka tiada makna menyokong PR!

Sedangkan hakikatnya, kemiskinan mereka hasil dari dasar-dasar BN yang menghimpit mereka. 45 tahun berlalu dan golongan ini tetap dengan kedaifan mereka. Hanya pemimpin BN terus bertambah kaya. Dan duit yang diagihkan pula bukan dari kocek kocek UMNO/BN, tetapi dari sumber negara. Wang di saku pemimpin mereka tetap bertambah dan tidak berkurangan!

Tiada kedengaran seruan 'hidup Melayu' atau 'ketuanan Melayu' di Batu Sapi. UMNO turun berkempen untuk calon BN, Linda dari PBS. Siap mengadakan solat hajat di Masjid Karamunting sepertimana yang disiarkan di RTM 1. Hmm… kemana pergi si YB yang galak berkokok tempohari?

Linda yang tidak boleh bercakap bahasa melayu dipilih oleh Melayu Batu Sapi untuk mewakili mereka di Parlimen. Syabas diucapkan pada UMNO. Kemenangan Linda hasil kegigihan UMNO mempertahankan hak-hak orang Melayu (UMNO). Orang Melayu diwakili oleh seorang yang tidak mampu bercakap Melayu. Bagaimana mereka mengadu hal? Bagaimana dia mampu memahami keperitan hidup orang Melayu di kampung air? Bagaimana dia hendak berucap di Parlimen? Maka kemiskinan golongan Melayu ini akan berterusan, sepertimana ianya berterusan selama 45 tahun di bawah UMNO/BN.

Melalui Galas dan Batu Sapi; UMNO telah mengenal pasti formula kemenangan. Tumpu pada golongan miskin dan terdesak, yang tidak mampu menimba ilmu pelajaran. Lagi ramai yang begitu, maka lagi kuatlah sokongan untuk UMNO. Bila Melayu menjadi pandai dan berdikari, sokongan terhadap UMNO akan turut terjejas. Sepertimana yang terjadi di bandar-bandar di semenajung Malaysia. Maka kekalkan Melayu miskin dan tidak berpelajaran seperti di Batu Sapi. Jadikan mereka seperti orang asli di Galas. Atau jadikan mereka orang-orang yang boleh disogok dan dibeli. Inilah arah tuju yang ingin UMNO bawa untuk bangsa Melayu.

Drama tragis politik Negara, Melayu memusnahkan Melayu. Melayu miskin bukan kerana DAP, Melayu miskin kerana UMNO.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 09 Nov 2010 08:03 PM PST

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


Hari Arafah

Posted: 09 Nov 2010 04:37 PM PST

Arafat Day on Nov. 15, 2010

By ARAB NEWS

The Day of Arafat, when pilgrims stand in prayer on Mount Arafat near Makkah, will be on Monday Nov. 15, the Supreme Court announced Saturday.

Eid Al-Adha will be on Nov. 16.

Menara Warisan vs KLCC

Posted: 09 Nov 2010 06:20 AM PST

Che Det dengan bangganya membuat kenyataan bahawa sekiranya keputusan Che Jib membina Menara Warisan salah maka keputusannya membina KLCC juga salah. Mungkin cerita ini telah agak lama berlalu namun ianya masih lagi menjadi impian pemimpin UMNo untuk membina Menara Warisan. Mari kita nilai secara waras cadangan ini.

Sengaja saya lambat mengutarakan pandangan bagi memberikan sedikit ruang untuk meredakan emosi dan mengelak dari mengulas berdasarkan nafsu semata-mata. Namun setelah beberapa ketika apa yang terdetik dihati selepas pengumuman oleh PM ketika itu dan sekarang masih sama. Saya masih tidak setuju.

Adakah pembinaan KLCC itu satu pembaziran. Mungkin benar dan juga mungkin salah bergantung dari sudut mana kita melihat sesuatu perkara itu. Sekiranya kita melihat kepada nilai hartanah dan pembangunan sekitar KLCC, mungkin kita kata pembinaan KLCC membantu memberi keyakinan kepada pelabur untuk membina bangunan yang sepadan dengan KLCC. disekitarnya.... Yang mana harganya apartmentnya sekitar RM1,000.00 satu kaki persegi. Saiz sebesar tile kat rumah saya. Apa yang pasti orang tidak membeli satu kaki persegi.... paling kurang 10 x 10 kaki persegi dan dicongak secara direct harganya adalah RM100,000.00. Berapa ramai orang kita orang Melayu yang mampu beli?

Kita biarkan seketika manfaat kepada hartawan. Kita lihat kepada rakyat biasa seperti saya dan rakan-rakan yang seangkatan. Apa manfaat KLCC kepada saya? Adakah setakat mulut melopong ketika mendongak kelangit... Sesekali membawa keluarga dan berlagak seperti orang kaya meronda di taman dan pusat membeli-belah. Kemudian balik tanpa membeli apa-apa namun terpaksa membayar berbelas ringgit untuk pakir di basement. Fuh satu pelaburan yang menguntungkan katanya!

Semasa meronda-ronda tidak nampak jenama tempatan yang memenuhi ruang niaga di KLCC. Ataupun kita sudah memecah tembok jenama dan kita memiliki jenama antarabangsa. Namun rata-rata adalah jenama yang ku kenali berasal dari luar dari Malaysia. Pastinya harga beg tangannya sahaja mencecah ribuan ringgit. Mak datok..... mampu ke anak bangsaku memiliki ini semua? Mungkin anak orang UMNo mampu.

Setelah ditelek dan disukat masih aku tidak faham dimanakah manfaat yang anak bangsa ku dapat dari pembinaan KLCC. Adakah mereka belum bersedia ataupun mereka telah menguasai perniagaan di KLCC tanpa kusedari. Pastinya anak bangsaku kini ramai yang melepak di sekitar KLCC sambil menghirup udara yang masih lagi percuma.

Sekali lagi aku cuba menjawab pertanyaan Che Det.... Adakah pembinaan KLCC satu keputusan yang silap? Dan sekali lagi aku melihat jawapan yang sama.... apa faedah yang anak bangsaku dapat dari pembangunan KLCC dan sekitarnya..... hasilnya:
  1. Kulihat anak bangsaku masih tidak lagi mampu berniaga di KLCC.
  2. Kulihat anak bangsaku masih tidak mampu memiliki apartment disekitar KLCC.
  3. Kulihat anak bangsaku masih tidak mampu menguasai pusat konvension KLCC untuk membuat pameran perdagangan di KLCC.
  4. Kulihat anak bangsaku hanya menjadi pekerja kepada orang lain yang kaya-raya di KLCC.
  5. Kulihat tiada jenama Malaysia yang gagah menguasai ruang niaga KLCC.
  6. Kulihat anak bangsaku hanya melepak di kaki lima KLCC.
  7. Kulihat anak bangsaku hanya berkepit mundir mandir di taman KLCC.
  8. Kulihat anak seni bangsaku tidak mampu masuk dewan Philharmonik KLCC.
  9. Kulihat anak bangsaku masih lagi melopong kagum dengan bangunan KLCC.
  10. Kulihat orang lain kaya-raya kerana membina KLCC.
  11. Kulihat hanya Petronas yang gagah menguasai ruang pejabat KLCC.
  12. Kulihat tuan Maxis... Ananda Krisnan.... tuan tanah lumba kuda sahaja yang boleh duduk di KLCC.
  13. Cuba kau lihat apa yang anak bangsaku dapat manfaat dari pembinaan KLCC......
  14. Kulihat anak bangsaku masih kagum dengan UMNo sebagaimana mereka kagum dengan KLCC.
Aku bimbang kalau satu lagi binaan seperti KLCC dibuat hasilnya juga sama..... Mungkin yang untung dan kaya raya sekelompok kecil pemimpin UMNo yang suara berdegar-degar mahu membela nasib orang Melayu..... Namun akhirnya mereka juga yang kaya-raya sedangkan orang Melayu terus terpinggir, merempat papa kedana dan tiada arah nak dituju.

Maka orang Melayu balik kampung dan tinggal ditepi sungai kerana tanah dikampung pun habis dijual..... Mana hendak dituju oh anak bangsaku.

....akan datang.... UMNo sesat dan hilang arah panduan.

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 09 Nov 2010 07:43 PM PST

DUN PENGKALAN KUNDOR


Banjir: MB Kedah bidas publisiti murahan Muhyiddin

Posted: 09 Nov 2010 02:11 AM PST


Harakahdaily

ALOR SETAR, 9 Nov: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini membidas perangai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa kononnya Kerajaan Kedah lepas tangan dan menyerahkan tanggungjawab membantu mangsa kepada Pusat.

Beliau menyifatkan, Muhyiddin dan Umno hanya menginginkan publisiti murahan dalam melakukan misi kemanusiaan.

"TPM kata saya lepas tangan. Pernah pejabat saya hantar surat ke KL (Kuala Lumpur) minta selesaikan masalah? Tak ada. Saya tak pernah tulis kepada PM (Perdana Menteri) tolong saya. Saya tak pernah tulis surat Shahrizat mai tolong saya.

"Dia turun pun pi Tunjang bukan tempat banjir. Kaki kasut dia pun tak basah. Nak cakap apa ..." katanya dalam satu interbiu bersama akhbar rasmi PAS, Harakah.

Minggu lepas, seramai 50,000 penduduk Kedah terpaksa dipindahkan apabila rumah mereka ditenggelami air akibat bencana banjir terburuk dalam sejarah negeri. Rumah Azizan sendiri turut ditenggalami air.

Terdahulu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil turut mendakwa bahawa kerajaan negeri 'lembap' dalam memberikan pertolongan kepada mangsa banjir.

Kenyataan Shahrizat dibidas oleh ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang mengatakan bahawa kenyataan Shahrizat itu bersifat melampau tatkala semua agensi kerajaan negeri tengah bertungkus lumus menyelamatkan mangsa banjir, kehadiran Shahrizat hanya bertujuan untuk bermain politik.

Di samping itu, Azizan turut mempersoalkan kelewatan Muhyiddin untuk mengunjungi kawasan banjir di Kedah.

"Setelah tujuh hari bencana berlaku, baru (beliau) datang meninjau mangsa banjir. Air banjir pun sudah surut dan sebahagian (mangsa) balik ke rumah masing-masing. Sepatutnya datang lebih awal, baru nampak situasi sebenar," kata Azizan, sambil menambah bahawa timbalan perdana menteri telah pergi ke tempat yang salah untuk mendapatkan maklumat yang betul.

"Kita ada Jawatankuasa Bencana Alam peringkat negeri diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, bilik gerakan banjir peringkat daerah termasuk semua agensi terlibat seperti polis, tentera, sektor awam bekerjasama dengan baik. Tiada sentimen politik langsung.

"Saya terkilan kerana apa yang disebarkan tidak betul. Sepatutnya datang negeri orang, kenalah tanya saya dulu mengenai perkembangan terkini. Bukan buat andaian semata-mata," katanya lagi.

Selain itu, Azizan turut mengkritik kehadiran Muhyiddin ke negeri itu yang disambut dengan bendera-bendera Barisan Nasional di Stadium Sultan Abdul Halim.

"Pasang bendera BN di Stadium Sultan Abdul Halim ketika Muhyiddin nak turun. Maka jadilah lebih publisiti daripada misi kemanusian. Saya datang tak ada bendera PAS atau Kedah iring saya," bidas Azizan

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 09 Nov 2010 03:49 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


PUNYE LE PENJIMAT PM KITA... RAWATAN KAT HKL JE...

Posted: 09 Nov 2010 12:44 AM PST

Perdana Menteri yang dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Sabtu lalu, masih lagi menjalani rawatan lanjut di hospital berkenaan, menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Perdana Menteri semakin sembuh dan menunjukkan respons baik terhadap rawatan, bagaimanpun, beliau masih perlu ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani beberapa rawatan lanjutan," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata Najib hanya boleh mula bertugas selepas mendapat laporan kesihatan dan perakuan daripada pakar-pakar perubatan mengesahkan bahawa beliau sihat sepenuhnya.

"Pakar-pakar perubatan sentiasa mengawasi keadaan kesihatan beliau, beliau akan mula bertugas selepas laporan kesihatan beliau dikeluarkan oleh pakar ini," kata Liow.

(Kenangan Tun Dr Mahathir bersama isteri semasa menerima rawatan di Epworth Hospital Melbourne Australia tempoh hari)

EPISOD PRK GALAS MUNGKIN SAMA DENGAN PRK PENGKALAN PASIR 2005!

Posted: 09 Nov 2010 12:18 AM PST

Kepada BN dan wakil rakyat BN galas Sdr. Abdul Aziz Yusof. 

Masih ingatkan ketika mana berlangsungnya PRK Permatang Pasir pada Disember 2005 dahulu diantara Calon Barisan Nasional (BN) Hanafi Mamat dan Calon PAS, Hanifa Ahmad (Ayah Pa yang juga merupakan Pak Sedara zaujah ana) juga seorang calon Bebas, Ibrahim Ali. Jalan ceritanya hampir sama dengan pada yang berlaku di PRK Galas tempoh hari cuma mungkin ada perubahan dari segi skripnya. Dengan segala jentera BN dikerahkan, setelah segala media diperkudakan, setelah segala wang ringgit ditaburkan, setelah segala projek segera dijanjikan kepada para pengundi DUN Pengkalan Pasir maka akhirnya kemenangan berpihak kepada BN dengan majoriti kecil iaitu 134 undi.

Pada ketika itu, Hanafi, 51, yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Mas mendapat 7,422 undi menewaskan calon Pas, Hanifa Ahmad yang memperoleh 7,288 undi. Manakala calon Bebas Datuk Ibrahim Ali menerima 415 undi dan hilang wang pertaruhan apabila undi yang diterima kurang daripada yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Namun pada PRU 12 yang lalu, pertarungan diantara PAS dan BN yang tidak dibekalkan segala jentera kerajaan, projek segera, wang ringgit, media untung mengokongnya akhirnya PAS berjaya menawan kembali Pengkalan Pasir dengan majoriti yang begitu besar iaitu 2348 undi dimana Calon Barisan Nasional (BN) Hanafi Mamat memperoleh 8029 undi manakala Calon PAS, Hanifa Ahmad memperoleh 10377 undi.




Apakah ini mungkin berlaku di PRU 13 Galas???

APAKAH WUJUD BAYANG-BAYANG UMNO DIBELAKANG MEREKA???

Posted: 08 Nov 2010 10:42 PM PST

Dua calon merebut jawatan Timbalan Presiden PKR, Zaid Ibrahim dan Mustaffa Kamil Ayob (gambar) menggesa pimpinan tertinggi dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) membatalkan semua keputusan serta mengadakan pemilihan baru yang lebih adil dan telus.

Dalam sidang media di kediaman beliau di Tropicana dekat sini, Zaid berkata tindakan melepaskan semua jawatan serta protes yang dilakukan terhadap parti bukan disebabkan oleh undi yang tidak memihak kepada beliau.

"Saya sangkal tuduhan Dato Seri Anwar Ibrahim yang menuduh saya bertindak melepaskan semua jawatan dalam parti disebabkan saya kurang mendapat undi di Sabah.

"Saya telah membuat pelbagai aduan dan bantahan termasuk menghantar surat kepada JPP pada 5 Oktober lalu berhubung pelbagai kelemahan dan penyelewengan yang berlaku ketika pemilihan tetapi tiada satu pun tindakan di ambil.

"Bagaimana nak diteruskan pemilihan sedangkan segala kelemahan dan penyelewengan tidak diperbaiki malah dibiarkan berlaku secara berleluasa," kata Zaid.

Menurutnya, tindakan sesetengah pihak yang menganggap beliau cuba 'menggagalkan' proses pemilihan yang sedang berlangsung juga tidak benar.

"Saya sentiasa konsisten dalam menegur parti dan mana-mana pemimpin yang saya rasa tersasar dari perjuangan parti.

"Dalam isu ini bukan saya dan Mustaffa sahaja yang membantah malah ramai lagi calon-calon yang menyatakan sokongan terhadap kami membantah ketidakadilan dalam pemilihan dan mahukan pemilihan dibuat dalam situasi lebih adil.

ZAID DESAK ANWAR & AZMIN KELUAR PARTI

Posted: 08 Nov 2010 10:29 PM PST

Hari ini Datuk Zaid Ibrahim mendesak Azmin Ali dan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar melepaskan kepimpinan parti.

Pada sidang media di rumahnya pagi ini yang menjadi tumpuan wartawan, bekas menteri itu menyalahkan kedua-dua Azmin dan Anwar berhubung penyelewengan dan penipuan dalam proses pemilihan yang sedang berlangsung.

"Saya ingin berkata, jika mahu PKR bergerak ke depan, Anwar dan Azmin mesti pergi (tinggalkan parti)... kerana mereka adalah punca (kepada kesemua) masalah," kata Zaid.

Kini, Anwar merupakan penasihat PKR manakala Azmin, salah seorang naib presiden, bertanding jawatan timbalan presiden.

WANITA & PUTERI TAK PUAS HATI DENGAN PEMUDA & LELAKI UMNO

Posted: 08 Nov 2010 08:14 PM PST

Nampaknya wanita & puteri UMNgOk tidak berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan oleh Pemuda & Lelaki UMNgOk yang tidak berapa berkempen semasa PKR Dun Galas yang lalu. Sambil mendakwa bahawa kemenangan besar di Galas tempoh hari adalah hasil kerja kuat Wanita & Puteri UMNO.

Apa yang menariknya ada dikalangan wanita & puteri OMNgOk yang rasa kecil hati berkata "bila berkempen cari kita, bila menang orang lain yang ke hadapan".

Sejak bermula kempen di Galas wanita & puteri begitu bersungguh-sungguh hampir setiap hari ada sahaja program mereka mendekati pengundi dari pagi hingga ke malam (sehingga mengabaikan nafkah si suami).

Mereka dakwa yang mereka tak kira, kawasan putih ke, kawasan hitam ke, kawasan kelabu ke, dia orang main redah aje, maju tetap maju, mara tetap mara, gempur tetap gempur malah rumah pemimpin PAS pun mereka masuk.

Gangguan dan ugutan ni jangan cakaplah, bermacam-macam mereka tempuhi sepanjang berkempen sehingga ada yang dihempuk dengan kayu oleh seorang muslimat PAS (mujur tak mati aje).

(tak nampak pun wanita & puteri... disisihkan mereka???)

ADAKAH MUSLIMAT & NISA' PAS PUN ADA RASA TIDAK PUAS HATI DENGAN PARA PEMUDA & LELAKI PAS SEMASA KEMPEN PILIHANRAYA????

MOHD NOR DERIS 'MAKI' BUAT LAPORAN POLIS... KATA PAS SAMSENG

Posted: 08 Nov 2010 06:27 PM PST

Yang ko 'maki' Tok Guru tue bukan perbuatan orang samseng ke???

+++++++++++++++++++++++
Bekas Pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya, Mohd. Nor Deris 'maki' hari ini membuat laporan polis selepas menerima ugutan dalam laman sosial Facebook dan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) ekoran tersiarnya rakaman video makian beliau terhadap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Internet baru-baru ini.


Mohd. Nor 'maki' membuat laporan itu di Balai Polis Nilam Puri kira-kira pukul 3.30 petang kerana bimbang dengan keselamatan diri dan keluarganya serta berharap pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas mereka yang membuat ugutan tersebut.

Beliau berkata, ancaman itu jelas menunjukkan Pas mengamalkan budaya samseng sedangkan ia amat bertentangan dengan ajaran Islam.

"Ini (ugutan) menunjukkan budaya Pas ala samseng, Islam di mana? Perangai samseng, Nik Aziz sendiri pun pernah terjemah Allah pun samseng, ini contoh yang diberikan oleh pemimpin Pas kepada ahli-ahlinya.

JANGAN LUPA PUASA ARAFAH 16 NOV INI!!!

Posted: 08 Nov 2010 05:00 PM PST

Puasa hari Arafah untuk umat Islam di negara ini, ialah pada 16 November bersamaan 9 Zulhijjah, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.
Beliau berkata ini berikutan penetapan Hari Raya Aidiladha pada 17 November dan permulaan 1 Zulhijjah, hari ini.

Katanya pada tahun ini Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada tarikh yang sama.

Mengenai penentuan Hari raya Aidiladha tahun ini, katanya cawangan falak jabatan itu telah menggunakan kaedah rukyah atau cerapan dan hisab berpandukan kriteria imkanur rukyah iaitu kebolehnampakan, yang turut diterima oleh Menteri-Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura sejak 1992.

"Berdasar rekod cerapan anak bulan Zulhijjah 1431 Hijrah di sebanyak 30 tempat cerapan rasmi di negara ini oleh Jabatan Mufti Negeri-Negeri di Malaysia pada Sabtu lepas, telah mendapati anak bulan tidak kelihatan di kesemua tempat cerapan tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

"Hasil data cerapan tersebut kedudukan hilai atau anak bulan telah tidak memenuhi kriteria ketetapan Imkanur rukyah atau kebolehnampakan," katanya sambil menambah semalam telah ditetapkan sebagai hari genapnya bulan Zulkaedah dan hari ini sebagai permulaan Zulhijjah.

"Kriteria imkanur rukyah adalah ketika matahari terbenam, ketinggian hilal di atas ufuk tidak kurang daripada dua darjah dan jarak lengkung (hilal dan matahari) tidak kurang daripada tiga darjah," katanya.

Wan Mohamad berkata satu lagi kaedah ialah ketika hilal terbenam apabila umur hilal tidak kurang daripada lapan jam (kaedah ini diambil kira selepas ijtimak berlaku).

Beliau berkata orang ramai boleh mengakses dan merujuk Info Kriteria Imkanur-rukyah di Malaysia dan data-data berkaitan melalui laman web jabatan itu di islam.gov.my. — Bernama

+++++++++++++++++++++++++++++++++
Daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi).

Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datanag." (Diriwayat oleh Muslim)

(PANAS) PEMIMPIN MCA HINA ISLAM

Posted: 08 Nov 2010 04:51 PM PST

Dilaporkan bahawa bekas ADUN MCA Subang Jaya, Lee Hwa Beng telah menulis dalam Twitternya bahawa negara Islam seperti dicanangkan oleh PAS akan mengharamkan semua agama.
Katanya, "Sebagai penganut Kristian, kita seharusnya takut akan negara Islam daripada perkara yang lain. Mengapa DAP menolong PAS mencapai tujuan itu." soal Lee kepada penyokong DAP dalam laman sosial itu.

Bekas ADUN itu menambahkan kejahilannya dengan menyatakan bahawa agama selain Islam tidak akan diberi tolak ansur di bawah negara Islam tersebut, sambil menambah undang-undang Islam akan dilaksanakan terhadap orang bukan Islam.

Atas alasan itu, Lee menulis di Twitternya dengan mengatakan "Salah satu Perintah Tuhan ialah menentang negara Islam." Dia menambah dengan menegaskan bahawa UMNO tidak berhasrat menubuhkan negara Islam seperti yang diimpikan oleh PAS.

Apabila menyedari keceluparan tulisannya, Lee dengan pantas menyatakan bahawa kenyataan itu merupakan pendapat peribadinya. Dia menegaskan bahawa "Saya tidak pernah mengatakan bahawa saya menentang Islam. Malah saya menerima Islam sebagai agama rasmi negara ini."

Tulisan bekas ADUN MCA ini jelas merupakan suatu hasutan untuk memecahbelahkan antara penganut Kristian dengan Islam yang selama ini hidup harmoni di negara ini.Kenyataan bahawa Tuhan memerintahkan orang Kristian menentang negara Islam juga suatu penyelewengan yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan penganut agama itu.
P/s: Bayangkan jika kenyataan ini dibuat oleh pemimpin DAP, saya berani potong jari, sudah bergema pelbagai kutukan dan desakan agar pemimpin itu memohon maaf dan sebagainya. Sudah pasti jalan raya di sekitar tanah air dibanjiri oleh ahli UMCO dan NGO sekepala dengan mereka.

Pemuda PAS DUN Kemasik

Posted: 09 Nov 2010 03:29 PM PST

Pemuda PAS DUN Kemasik


Terima Kasih Kerana Undi BN

Posted: 09 Nov 2010 01:04 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 09 Nov 2010 03:11 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


PULAU BANGGI PROJEK RUGI , WANG MASUK BERATUS JUTA TAPI HAMPA

Posted: 09 Nov 2010 02:16 AM PST



SPRM digesa siasat dakwaan penyelewengan Felcra

PUTRAJAYA, 9 Nov: Satu laporan dakwaan penyelewengan Felcra dalam perlaksanaan Projek Pembangunan Pulau Bangi, Sabah diserah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Laporan diserahkan Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman di pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya hari ini.

"Kita menggesa SPRM menubuhkan special Task Force untuk siasat projek ini.

"Ianya bukan sahaja melibatkan kos besar, tapi penyelewengan menteri dan pengurusan kanan Felcra," katanya yang juga Pengerusi Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak).

Beliau mendakwa, Projek Agropolitan Pulau Bangi yang dibangunkan pada 2006 dengan kos RM167 juta, untuk penanaman getah di atas tanah seluas 2000 ekar dibuat tanpa kajian awal sehingga merugikan wang rakyat.

Projek tersebut dilancarkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Badawi dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ketika itu, Datuk Seri Aziz Shamsuddin.

Ianya termasuk faktor cuaca panas 7 hingga 8 bulan setahun di pulau tersebut, kadar kemasinan tanah yang tinggi dan ombak besar yang berisiko merosakkan tanaman.

Selain itu, Lembaga Getah Sabah juga didakwa menolak syor menanam getah tersebut, manakala anak syarikat SEDC Sabah juga menolak syor untuk penanaman kelapa sawit namun tidak dipedulikan Felcra.

"Kerajaan mesti membuat perisytiharan rasmi tentang status projek tersebut agar wang rakyat tidak dibazirkan sesuka hati," katanya lagi.

Selain itu, Felcra juga didakwa membazirkan sejumlah RM40 juta untuk membina Empangan Air dan RM25 juta untuk membina 100 buah rumah peserta sedangkan tiada apa-apa hasil selepas 3 tahun projek itu berjalan.

Malah terdapat juga dakwaan bahawa kontrak membina empangan tersebut dibuat secara runding terus.

Sehingga kini katanya, kemajuan tanaman getah tersebut hanya statik, dan Felcra juga telah membayar gaji hari kepada peserta antara RM 18 hingga RM20 bermula 2007.

Beliau juga mahu kebenaran, sama ada benar sejumlah RM200 juta telah diperuntukkan untuk projek tersebut untuk 2008, 2009 dan 2010.

"Kita juga mahu siasatan menyeluruh dibuat terhadap mereka yang bertanggungjawab dan mengheret mereka ke muka pengadilan," katanya sambil menunjukkan senarai nama mereka yang didakwa terlibat.

JOM MOTIVASI ANAK KITA

Posted: 09 Nov 2010 01:57 AM PST

STANDARD LOW CLASS !

Posted: 08 Nov 2010 11:13 PM PST

Kalau Prof Aziz Bari kata BN punya pencapaian dalam Galas adalah standard ke belakang, teman pula kata Standard low class macam citer P Ramlee dalam masam-masam manis. Sebab apa teman kata gitu ? Sebab dah lebih 50 tahun memerintah dengan parti karat nie namun bila PRK semua jentera mereka pakai ,asal membujur melintang patah.Semua mereka bedal dan langgar samada guna Government instrument atau tidak semua dibalun.
Kalau BN atau UMNO dah tinggi kelas mereka , setakat PRK Galas atau mana-mana Pilihan Raya Kecil(PRK) tak perlu hantar Ketua Polis Negara atau Pengerusi Pilihan Raya atau PM waima TPM pun tak perlu. Apa guna hulubalang2 dan memanda menteri yang banyak tu?
Itu semua rakyat perlu teliti.

SEBAGAIMANA yang diduga Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi kedua-dua pilihan raya kecil di kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah dan DUN Galas di Kelantan yang diadakan Khamis lalu.

Bagaimanapun saya fikir dengan standard atau pun prestasi biasa BN sendiri, khususnya sebelum PRU Mac 2008, tidak ada apa yang terlalu hebat dengan kemenangan itu. Ini kerana kedua-dua kerusi itu adalah kawasan pedalaman: di Batu Sapi contohnya penduduk di sebuah kampung yang begitu miskin menganggap mengundi BN satu tugas mulia. Ini tidak berbeza dengan di Terengganu apabila orang-orang di situ menganggap stadium atau bangunan runtuh sebagai perkara biasa. Dengan kata lain orang-orang seperti ini memang layak untuk terus miskin dan mundur kerana mereka sendiri tidak mahu mencari jalan untuk berubah. Lebih teruk lagi kumpulan manusia ini menentang perubahan. Perubahan yang dimaksudkan ialah keadilan, ketelusan dan pertanggungjawaban. Kerajaan yang memerintah perlu dipertanggungjawabkan bila stadium runtuh. Di sisi perlembagaan ini bermaksud diturunkan dari kerusi kuasa.

Walaupun menang di dua kerusi itu BN masih tewas dengan Pakatan Rakyat. Ini kerana ia hanya menang di lima kerusi dari sejumlah 13 pilihan raya kecil yang diadakan sejak Ogos 2008. Selain itu DUN Galas tidak berbeza dengan Batu Sapi. Walaupun Galas dimenangi Pas dalam PRU yang lalu ia adalah sebahagian daripada kawasan Parlimen Gua Musang, yang merupakan kubu UMNO sebagaimana juga Parlimen Hulu Selangor yang dimenangi BN pada April lalu. Apa pun BN pernah kalah di kawasan yang boleh dianggap kubu sebagaimana di Sibu pada Mei lalu. Dengan sumber yang BN ada serta kelebihan yang SPR berikan BN sepatutnya menang di semua 13 pilihan raya kecil yang diadakan selama ini.

Sebab itu tidak jelas apakah kemenangan di kedua-dua kerusi itu boleh dianggap kebangkitan semula BN yang hampir tersungkur pada Mac 2008. Apa pun pilihan raya negeri Sarawak mesti diadakan pada 2011. Ramai yang mengatakan bahawa BN akan mengadakan PRU ke-13 lebih awal berikutan daripada perkembangan di Sarawak. Negeri-negeri yang Pakatan Rakyat perintah boleh terus kekal kerana di sisi undang-undang mereka tidak perlu membubarkan DUN masing-masing. Pembubaran Parlimen tidak ada kaitan dengan pembubaran DUN. Saya ingin mencadangkan supaya Pakatan Rakyat tidak memohon pembubaran kepada ketua negeri masing-masing; biarkan DUN mereka bubar secara automatik sebaik sahaja ia genap lima tahun. Pakatan Rakyat perlu bekerja mengotakan manifesto mereka dalam tempoh lima tahun itu. Mereka perlu mengajar BN bagaimana mengadakan pilihan raya yang adil dan tidak mengejut.

SPR memang cuba mencari jalan untuk menghujah mengapa semua DUN perlu dibubarkan dan PRU diadakan serentak. Hujah SPR ini adalah hujah politik dan bukan hujah undang-undang. Sebab itu di atas tadi saya katakan BN menikmati kelebihan yang SPR berikan dan sepatutnya menang di semua 13 pilihan raya kecil yang diadakan. Dalam pilihan raya kecil di Batu Sapi dan Galas itu pun kita lihat tanda-tanda yang sama. Dari tarikh pengundian hinggalah kepada cara menangani dakwaan rasuah pilihan raya BN sentiasa mendapat kelebihan.

Pilihan raya yang bebas dan adil adalah sesuatu yang cuba hendak diwujudkan oleh perlembagaan. Selain pelantikan SPR dan perlindungan yang disediakan untuk ahlinya perlembagaan menyediakan peruntukan untuk menjamin pelbagai hak dan kebebasan untuk rakyat; baik sebagai individu mahupun sebagai kumpulan. Malangnya ini semua masih tinggal ideal yang belum kita dapat nikmati. Kita perlu ingat bahawa hanya kerana BN kalah di lapan pilihan raya kecil dan hampir tersungkur dalam PRU 2008 tidak bermakna sistem kita ini adil dan tidak ada cacat celanya.

Selagi wujud perkara yang berat sebelah tadi kalau Pakatan Rakyat menang semua pilihan raya pun tidak bermakna bahawa sistem kita, termasuk SPR, adil dan tidak perlu direformasikan.

Tetapi itu semua tidak mudah untuk berlaku kerana sepertimana yang berlaku di Perak, Wilayah Persekutuan dan Kedah ia turut membabitkan badan kehakiman. Saya tidak mahu menyebut Jabatan Peguam Negara atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana kedua-dua agensi ini adalah sebahagian daripada eksekutif atau kerajaan yang memerintah. Ini diperuntukkan oleh perlembagaan. Bagaimanapun badan kehakiman dan SPR perlu bebas dan ini diperuntukkan oleh perlembagaan.

Saya tidak nampak kebebasan itu akan menjadi kenyataan selagi BN memegang kuasa. Ini kerana mereka, sejak zaman Tunku Abdul Rahman lagi, sentiasa mencari jalan untuk menyekatnya. Kedua-dua agensi yang sepatutnya bebas itu setakat ini lebih rela untuk menjadi pak turut seperti orang kampung di pedalaman di dua buah negeri yang saya katakan tadi. Di negara-negara lain, termasuk India, hakim dan anggota SPR mereka melihat bahawa mewujudkan sebuah sistem yang adil dan telus sebagai tanggungjawab.

- Profesor Dr Abdul Aziz Bari mengajar undang-undang selama lebih 21 tahun.

UNDI PUNYA PASAL UMNO TAK RASA KESAL

Posted: 08 Nov 2010 10:10 PM PST


Bekas Adun MCA Subang Jaya, Lee Hwa Beng memohon maaf hari ini ekoran dakwaan beliau, Tuhan mengarahkan orang Kristian agar menentang negara Islam.

"Saya dengan jujur memohon maaf jika kenyataan saya tentang negara Islam teokrasi telah menyinggung perasaan mana-mana pihak," kata Pengerusi Lembaga Perlabuhan Kelang dalam twiternya hari ini.

Semalam Harakahdaily English menyiarkan berita kenyataan Lee yang mendakwa, negara yang berasaskan Islam akan mengharamkan semua agama lain.

"Sebagai orang Kristian, kita mesti takut negara Islam teokrasi lebih dari segala-galanya. Kenapa DAP membantu PAS mencapai hasrat itu?" tulis beliau melalui twitternya ketika menjawab serangan terhadap beliau ekoran kenyataannya tentang negara Islam.-MCA boleh bercakap apa saja tentang Islam nak kutuk , nak hina , nak dajalkan agama Islam , termasuk Presiden MCA sendiri yang yang kata negara umat Islam paling ramai makan rasuah kerana 'abang besarnya' Umno tak berani nak jentik sikit pun dengan sikap MCA yang semakin berani celupar dan kurang ajar tentang Islam.

Umno merestui tindakan MCA itu kerana bagi Umno undi Cina lebih penting daripada segala-galanya sebab tu MCA nak kata apa pun tentang Islam Umno tak berani lawan.Lepas ni MCA maki hamun agama Islam puas-puas sebab 'abang besar' Umno ada di belakang pertahan MCA hina Islam. Yang penting undi Cina kembali kepada Umno-Bn.

Lagi kuat MCA hina Islam lagi banyak orang Cina akan sokong Umno-Bn. Teruskan MCA, teruskan...Nak heran apa sebab 'abang besar' MCA juga parti yang suka hina Islam termasuk bunuh para ulama , tangkap ulama dan kenakan ISA.

HOSPITAL SEGAMAT AKUI KESILAPAN DAN BERI PAMPASAN

Posted: 08 Nov 2010 07:51 PM PST


Remaja terima darah HIV kini hidap AIDS

Gambar: MUHD. KHAIRUN memeluk remaja lelaki malang yang kini dijangkiti AIDS di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Penderitaan seorang remaja yang dijangkiti virus HIV sejak 11 tahun lalu gara-gara kecuaian kakitangan Hospital Segamat, Johor semasa melakukan pemindahan darah ke atasnya berterusan setelah dia kini disahkan menghidap AIDS.

Remaja lelaki berusia 14 tahun itu dikesan menghidap AIDS sejak empat bulan lalu.

Dia dijangkiti virus HIV ketika mendapatkan rawatan di Hospital Segamat sewaktu diserang penyakit kuning ketika umurnya 3 tahun.
Datuk Muhd. Khairun Aseh berkata, pemindahan darah tersebut dilakukan tanpa mendapat sebarang persetujuan daripada keluarga remaja itu.
"Pihak hospital mengakui kesilapan yang mereka lakukan dan memberi pampasan sebanyak RM100,000 bagi meringankan beban pesakit. Bagaimanapun, ia jumlah yang amat kecil dan dianggap tidak berpatutan dengan kesalahan yang mereka lakukan.

"Lebih malang, remaja itu sekarang hidup menderita apabila disahkan menghidap AIDS oleh pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana sel darah putihnya semakin berkurangan.

Menurutnya, remaja tersebut kini terpaksa menjalani rawatan yang terperinci di HKL akibat implikasi penyakit berbahaya tersebut kerana terdapat jangkitan kuman pada limpanya.

TRAGEDI BURUK TIMPA 1BATANG HIDUNG MENTERI PERUMAHAN BN

Posted: 08 Nov 2010 06:58 PM PST

MENTERI BARISAN NASIONAL SALAHKAN PROJEK LANDASAN KERETAPI BERKEMBAR PUNCA BANJIR TERBURUK LANDA KEDAH/PERLIS.

PROJEK landasan berkembar yang menjadi antara projek kesayangan bekas Perdana Menteri yang seorang itu, akhirnya disahkan sebagai punca banjir terburuk melanda Kedah dan Perlis sejak minggu lalu.
Dan paling mengejutkan dakwaan itu bukan datangnya daripada parti pembangkang, tetapi daripada menteri kabinet sendiri, Datuk Chor Chee Heung!
Chee Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata projek landasan keretapi berkembar itu diakui menjadi punca banjir buruk kali ini, terutama kerana pelaksanaannya tidak diseiringkan dengan pelan kecemasan jika bencana seperti banjir berlaku.
Beliau mendedahkan bahawa kepincangan yang dicetuskan oleh projek mega itu, telah menyebabkan air menenggelami sebahagian besar kawasan yang tidak pernah dilanda banjir sebelum ini. Dan termasuk dalam kawasan dimaksudkan beliau ialah taman di mana beliau tinggal kini!
"Saya telah tinggal di taman ini sejak 1985 dan tidak pernah air naik sehingga ke dalam rumah. Sekarang air naik empat kaki dalam rumah saya dan kawasan berdekatan," katanya.
Dakwaan Chee Heung yang juga Ahli Parlimen Alor Setar memang ada rasionalnya kerana beliau memahami kawasan terbabit dan rumahnya pula dinaiki air.
Turut didedahkan Chee Heung ialah kegagalan pihak berkenaan menyediakan pelan kecemasan sehingga air banjir tersekat oleh landasan berkembar yang dibina. Aliran air itu kemudian melanda kawasan lain yang tidak sepatutnya banjir.
Beliau yang kecewa dengan keadaan banjir paling buruk berlaku itu bagaimanapun berkata telah memaklumkan masalah yang ditimbulkan oleh projek landasan keretapi berkembar kepada Menteri Pengangkutan, datuk Seri Kong Cho Ha.

DAH 20 TAHUN SIFAR PEGAWAI RASUAH ! ALHAMDULILLAH !

Posted: 08 Nov 2010 06:54 PM PST

Tiada pegawai Kelantan rasuah sejak 1990
Sejak PAS menerajui Kelantan pada Oktober 1990 sehingga sekarang tidak ada pegawai kerajaan yang didapati terbabit dengan kesalahan rasuah.


Nombor sifar itu diberitahu Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob (gambar) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini.

Pegawai terbabit dari golongan profesional dari gred N41 hingga N54.

Bagaimanapun menurutnya bilangan kakitangan sokongan dari gred N1 hingga 28 yang terbabit dengan kesalahan rasuah dicatat sebanyak 15 kes.

"Bagi kes jenayah pula hanya mencatat lima kes membabit pegawai profesional negeri sejak 1990 sehingga 2010.

"Manakala bagi kakitangan sokongan pula sebanyak 14 kes bagi kesalahan jenayah," katanya menjawab soalan Zulkifli Mamat (PAS-Pulai Chondong).

Timbalan Menteri Besar berkata, kejayaan itu adalah hasil daripada dasar Membangun Bersama Islam yang diterap kerajaan negeri kepada kakitangan awam sejak 1990 sehingga sekarang.

Katanya, dasar itu berjaya diselami dalam jiwa setiap kakitangan kerajaan negeri sehingga mengelakkan diri daripada kegiatan rasuah dan jenayah.

Menjawab soalan tambahan Mohamed Mustapha (PAS-Demit) katanya, buku panduan dasar Membangun Bersama Islam akan ditambah baik dari semasa ke semasa.

"Kita lakukan selaras dengan tuntutan agama," katanya.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Posted: 09 Nov 2010 01:45 PM PST

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


DENGAR PENJELASAN MB KAMI , JANGAN PERCAYA MEDIA UMNO PENIPU

Posted: 09 Nov 2010 11:20 AM PST

PENJELASAN ISU BANJIR OLEH YAB MENTERI BESAR KEDAHby Kedah Lanie on Wednesday, 10 November 2010 at 01:02



Antara perkara yang disentuh oleh YAB Menteri Besar dalam wawancara oleh WARTA DARUL AMAN adalah seperti berikut:

- Kerajaan Negeri tidak gagal atasi masalah banjir
- Mengapa kelam kabut di peringkat awal?
- Semua pegawai dan kakitangan Kerajaan Negeri bertungkus lumus, Muhyidin nak tuduh kita berlepas tangan?
- Kalau mahu maklumat datang Bilik Gerakan Banjir Negeri, bukan kutip dari Umno tepi jalan
- Kerajaan tempatan perlu kaji semula kelulusan Double Tracking Gamuda
- Pegawai Kerajaan Negeri 'boikot' lawatan TPM

Berikut adalah transkrip penuh penjelasannya:

Untuk makluman Kerajaan Negeri sudah menyalurkan bantuan pada hari pertama banjir dengan mengambil tindakan segera di mana kita memberi fokus tiga perkara dalam mengendalikan mangsa banjir dari segi penempatan mangsa iaitu Pengarah Operasi Peringkat Negeri ialah Setiausaha Kerajaan, Peringkat Daerah ialah Pegawai Daerah dan Penempatan ialah Penghulu-Penghulu Mukim.

Kita mengkoordinasi dengan semua agensi kerajaan termasuklah pihak PDRM, ATM, Bomba dan Penyelamat dengan Pertahanan Awam, Pasukan Relawan, JKR, perubatan dengan semua sekali serentak naik. Itu operasi kita dari hari pertama kita menghadapi banjir dan Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan bekalan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Semua penempatan peringkat awal ditanggung oleh Kerajaan Negeri sehingga pihak lain datang memberi bantuan termasuklah NGO dalam negeri dan luar Kedah. Pada peringkat awal sehingga hari ini pun memang Kerajaan Negeri sediakan peruntukan dan semua tu disalur melalui Pejabat Daerah.

Bagaimanapun pada peringkat awal memang kita hadapi sedikit masalah kerana air naik cepat dan kita bertindak berdasar kepada nasihat dari pihak agensi tertentu daripada Jabatan Pengairan dan Saliran, PDRM dan dan beberapa agensi lain seperti Bomba dan seumpamanya.

Tentang kejadian banjir kali ini air naik dengan pantas di tempat-tempat rendah dan bahaya. Berdasarkan maklumat inilah, kita sediakan tempat pemindahan. Keduanya kita maklumkan kepada penduduk supaya meninggalkan rumah mereka supaya datang ke tempat pemindahan


Bagi yang dapat menerima nasihat tapi terdapat juga yang masih berdegil tidak mahu berpindah. Mereka ini masih berat hendak meninggalkan rumah dan akhirnya air naik tinggi terpaksa juga berpindah. Dalam keadaan seperti ini beberapa masalah timbul bagi anggota penyelamat menjalankan tugas. Jalanraya sudah terputus. Jalan raya menjadi sungai kenderaan tidak boleh dilalui, kenderaan ringan tidak boleh pergi kenderaan beratpun tidak boleh sampai.

Maka kita kena pergi dengan motorbot Tentera atau Bomba. Tapi bila sampai separuh jalan tidak boleh pergi kerana tempat itu sudah tidak air. Di sebelah sana ada air jadi macam pulau. Jadi ini melambatkan. Itu yang mengatakan kita lambat memberi pertolongan. Kita memerlukan kerjasama dari semua penduduk. Kita nasihat. Tapi sudah usaha membantu. NGO dan orang ramai ikut membantu untuk bawa mereka yang terkandas.

Kemudian bila sampai ke tempat penempatan berlaku masalah lain pula. Kita buat persiapan untuk 3,000 tiba-tiba yang datang 4,000. Mulanya tidak mahu datang tetapi keadaan memaksa datang. Bila sampai kita hendak sediakan makan tengahari dan malam. Alhamdulillah semua nya kita dapat atasi dengan cepat. Ini masalah pada peringkat awal sahaja.

Akhirnya berlaku masalah bekalan elektrik terpotong. Air bersih tidak boleh dapat kerana air mentah ketika itu air tidak boleh dirawat lagi. Kita terpotong air bersih.

Pihak berkenaan tidak boleh pergi ke loji kerana jalanraya sudah jadi laut. Jadi dengan sebab itu kita terpaksa cari bantuan air. Ini kerana Sada tidak cukup lori dan peralatan. Dari sinilah terjadi sedikit masalah. Tapi selepas dua hari kita mendapat bantuan daripada Perak, Pulau Pinang dan Selangor.

Mereka hantar air bersih dan edar ke semua tempat penempatan dan hospital. Semua tangki berkerja 24 jam. Lebih 100 tangki di tempatkan di pusat-pusat pemindahan dan sekarang bila kebanyakan mangsa banjir pulang, mungkin mereka akan balik ke negeri mereka.

Di sinilah ada pihak-pihak tertentu kata kita tak buat kerja. Sebenarnya kita tidak gagal. Kita berjaya atasi masalah ini. Banjir satu kejadian yang tidak diduga. Tapi semua agensi Kerajaan Negeri dengan kerjasama dengan Kerajaan Pusat telah berjaya mengatasi masalah yang timbul dan bantuan dapat disalurkan seperti dijadualkan.

Ini yang kita buat. Makanan kita boleh masak tidak ada masalah. Makanan Kerajaan Negeri salurkan ke semua penempatan. Cumanya ada tempat-tempat yang lambat menerima kerana tak boleh keluar dia tak dapat makanan kita tak boleh hantar pasal jalanraya terputus. Itu saja. Sekarang ini masih kita menerima bantuan-bantuan dan kita meningkatkan peruntukan kita daripada RM 600 ribu kepada RM 2 juta bagi tujuan beri bantuan semasa mangsa berada di tempat pemindahan.

Selain itu kita menerima bantuan zakat sebanyak RM 500 ribu yang diserahkan oleh KDYMM Tuanku Sultan dan RM100 ribu sumbangan peribadi baginda.

Dakwaan Menteri Kebajikan Masyarakat yang menuduh kita hanya mengharap bantuan pusat adalah silap. Dia silap. Dia datang satu jam sahaja. Kita duduk 60 jam. Bagaimana dia boleh buat kenyataan tanpa datang ke Bilik Gerakan bencana Alam negeri. Dia tak hubungi pihak autoriti negeri. Bilik Gerakan utama negeri. Sama ada peringkat Setiausaha Kerajaan Negeri atau pejabat Daerah. Dia hanya melawat tempat tertentu sambil mendengar laporan daripada Ketua Umno seorang dua.

Dia timbulkan mengenai kanak-kanak yang lemas. Itu kerana emak bapa dia tak jaga dia jatuh sungai. Itu kenyataannya. Kita kerja. Semua pegawai berjaga siang malam. Dia buat kenyataan sedap-sedap kononnya Kerajaan Negeri lepas tangan. Menteri itu dapat maklumat dari tepi jalan. Sepatutnya dia mai dengar di bilik Gerakan Negeri. Di situ ada Polis dan Tentera. Ada Jenderal yang duduk bersama kita. Ketua Polis, Ketua Bomba serta semua pengarah-pengarah berada bersama kita dalam Jawatankuasa Bencana Alam. Kenapa buat kenyataan yang tak cerdik.
Itu kenyataan politik. Hari ini (mereka dakwa) banjir disebabkan air datang dari Hatyaai. Itu tak betul. Kita cakap masalah banjir berdasar laporan dan kajian daripada pihak agensi yang terlibat. Agensi yang bertanggungjwab. Kepakarannya yang ada. Pengarah JPS dia tahu pergerakan air dan JKR kita dengar maklumat hari itu baru kita buat kenyataan.

Hujan bermula di Padang Terap bukan dari Hatyaai. Kemudian melimpah di Padang Terap dan tradisinya akan mengalir ke Daerah Pokok Sena. Dan mengalir ke Dehrang dari situ turun ke Wang Tepus, Jitra dari Dehrang turun ke Sungai Tajar dan akan pergi ke Sungai Haji Deris. Sebahagian pergi ke kawasan Pendang tapi tahun ini air tidak pergi ke kawasan Pendang. Tapi air pergi ke Dehrang terus Wang Tepus tembus sampai Changlon. Air memenuhi kawasan rendah di Jitra, Pekan Jitra barulah mengalir ke kawasan sebelah barat memenuhi Kubang Pasu, Pulau Kerengga, Pulau Timbul dan kawasan Tunjang, Megat Dewa dan kawasan sekitar Gunung
Daerah Pendang sikit sahaja. Masalah perjalanan air diganggu oleh landasan keretapi double tracking. Air tertumpu di Alor Setar. Landasan keretapi yang sedang dibina sepatutnya ada saluran yang lebih besar. Tapi saluran itu bilangan sikit dan kecil. Maka air lambat keluar memakan masa. Itulah sebabnya berlaku banjir di tempat-tempat yang tak pernah banjir rumah saya telah tenggelam kali ini. Ada yang sampai ke dada.

(Ada yang) Tinggal selama 20 tahun ada yang sudah 30 tahun tidak pernah banjir. Laporan pihak JPS mengatakan air tidak boleh bergerak kerana terhalang oleh landasan keretapi ini. JPS yang juga hak Kerajaan Pusat dan Krajaan Negeri. Pengarahnya Kerajaan Negeri yang bayar gaji walaupun dia pegawai persekutuan dia kerja di Kedah. Adakah TPM bercakap dengan Pengarah JPS atau Pegawai Mada?

Jadi kita sebut kita minta supaya jalan air yang sempit ini diperbesarkan. Kita panggil hari itu supaya (Gamuda) datang bincang. Petang baru datang dia mesyuarat dan dia setuju nak luaskan saluran air supaya mudah air mengalir ke laut. Dia memang korek hari itu. Kalau dia tak korek saya arahkan JPS buka saluran kepada orang awam. Bila dia buka saluran sekarang banjir cepat kering. Lepas buka (baru) kering. Memang saluran kecil.

Dalam hal ini dia kata dia rugi. Gangguan . Kenyataan KTM Berhad kata dia rugi. Ini cakap tak bertanggungjawab. Dia rugi kerana pentingkan keuntungan. Rakyat rugi dia tak sebut. Yang tak berniaga beratus juta punah wang habis. Rosak harta benda. Rakyat rugi ratusan juta. Terganggu kerja sampai sekarang. Kenapa tak cakap macam tu. Kenapa nak simpati dengan pihak Gamuda dan keretapi ini yang tak buat kerja dengan cara betul. Ini kerugian rakyat biasa yang setiap bulan kenak potong gaji bayar sewa rumah. Ada yang RM 700- 800 sebulan. Dapat gaji hanya hanya seribu atau lebih. Sekarang lepas banjir terpaksa baiki sana sini rumah rosak kerana tenggelam sampai lima hingga enam hari.

Ini tidak termasuk kemusnahan harta benda. Kenapa tak bercakap kerugian rakyat dia bercakap kerugian dia. Maka tak peliklah bila nanti rakyat akan saman dia lepas ni. Saya difahamkan rakyat akan buat tuntutan di mahkamah. Biar mahkamah putuskan air daripada mana. Kesilapan (dipihak) dia, memanglah banjir kerana hujan lebat. Landasan ini salah satu faktor yang menyebabkan lambat air nak turun.

Bila saya bercakap mula-mula pihak Keretapi Tanah Melayu menafikan. Bila petang pihak yang bina landasan iatu Gamuda datang baiki. Jadi dia dok ulang. Makna dia bercakap atas maklumat yang tak betul.

Saya bercakap fasal rakyat saya. Maka sebab itu saya arahkan semua kerajaan tempatan supaya kaji semula tentang kelulusan yang kita bagi kepada Gamuda tentang kelulusan landasan keretapi ini supaya disemak semula pesetujuan kita yang benarkan dulu. Ini kerana telah membebankan rakyat. Eesok ada mesyuarat saya akan arahkan semua PBT terlibat iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Padang Terap supaya semak semula tentang kelulusan yang kita bagi ini. Kita tidak akan benarkan lagi sehingga mereka selesaikan masalah ini.

Pasca dari segi kerugian harta benda, rumah dan kereta. Keduanya kerosakan tanaman kita serahkan kepada pihak Mada. Memang Mada bertanggungjawab kerana yang ini kita tidka ada peruntukan. TPM akan minta senarai.

Pegawai dia bila datang Kedah tidak jumpa kita. Mai rumah kita kenalah tanya kita. Demokrasi dia laung-laungkan. Dia patut kena tanya saya. Maka sebab itu tak pelik tidak ada seorang pun pegawai Kerajaan Negeri pergi sambut dia di stadium. Yang ada cuma seorang iatu Pengurus Stadium. Ini kerana dia hendak dengar ucapan Umno bukan laporan Kerajaan Negeri.

Sepatutnya sebagai Negeri Persekutuan dia kena datang jumpa saya atau hubungi Kerajaan Negeri. Saya hubungi Menteri Besar negeri lain minta tolong. Kerana kami tak cukup peralatan. Minta lori air dari Perak, Selangor bawa lori air. Air kita ada di paip-paip yang kita telah baiki tapi kita tidak ada tangki. Yang ada tidak cukup. Terima kasihlah kepada Kerajaan Negeri Selangor, Perak dan Pulau Pinang.

Kerajaan Pusat ada duit banyak dia datang tolong. Kerajaan negeri tidak ada duit. Tapi tak payah ajar kita. Kita tahu apa nak buat. Dia mengatakan kita sensasikan cerita. Kita bagi bantuan tak tanyapun dia orang tu Umno atau Pas. Peruntukan diambil dari Kerajaan Negeri. Itu saja.

Saya tak tunggu bantuan Kerajaan Pusat. Sekalipun saya tak minta. Siapa kata saya minta?Sapa kata saya lepas tangan? Tan Sri Mahyudin kata saya lepas. Pernahkah pejabat saya hantar surat ke Kuala Lumpur minta selesaikan masalah. Tak ada. Saya cuna merayu NGO. Kalau berlaku gempa bumi di Pakistan, di Afghanistan dan Indonesia berduyun-duyun pergi tolong di sana. Kenapa tidak tolong rakyat di Kedah yang ditimpa bencana. Itu saja itu saya minta kepada NGO. Saya tak pernah tulis surat kepada PM tolong sat saya. Saya tak pernah tulis surat kepada Shahrizat mai sat tolong saya. Dia turun pun pi Tunjang bukan tempat banjir. Kaki kasut dia pun tak basah. Nak cakap apa.

Saya sangat simpati dengan penduduk yang terkena banjir. Tempat pertama saya pergi di Padang terap. Semua pusat pemindahan saya pergi. Masjidnya, surau dan sekolah. Saya beramah mesra dengan mereka. Saya pergi Bilik Gerakan. Mereka yang bertugas gembira saya datang. Kanak-kanak nampak saya datang bersalaman. Kanak-kanak biasalah tetap gembira Cuma ibu dan bapa nampak runsing. Masa itu kita sediakan keperluan makan minum, selimut. Masalah makanan lambat siap dan tidak cukup bantal dan selimut adalah.

Tempat lain begitu juga. Alhamdulilah. Mereka nampaknya tenang. Layanan dari kita begitu baik dan para sukarelawan menolong mereka. Kadang-kadang makanan lambat. Itu biasalah kerana hendak siapkan makanan dengan jumlah yang banyak. Nak masak, nak bungkus sedikit terlambat pada hari pertama.

Ada yang pindah ke sekolah. Di Jitra ada yang pindah ke sekolah ingatkan selamat tiba-tiba malam air naik terpaksa pindah pula. Jadi terpaksa gunakan jentera-jentera kenderaan berat. Saya menghargai semua jasa dan kerjasama pegawai-pegawai kerajaan negeri. Saya waktu siang keluar pukul 4 petang balik 11 malam. Keluar 10 pagi balik petang. Malam pergi pula. Saya pindah dari satu Bilik Gerakan ke satu Bilik Gerakan saya hubungi Setiausaha Kerajaan dan DO-DO apa yang diperlukan atau ada apa kekurangan. Semua cukup tapi kita standby arah keluarkan duit Kerajaan Negeri.

Pelik juga tang mana saya lepas tangan. Itu political statement tapi pihak BN mengeksploit untuk kepentingan politik.

Mereka pasang bendera BN di stadium Sultan Abdul Halim tunggu TPM turun. Makanya itu lebih mencari publisiti daripada untuk kemanusian. Saya pergi tak bawa bendera Pas tak bawa bendera Kedah. Saya pergi nak jumpa bertanya khabar ada pihak Umno sendiri nak control dan Puteri-puterinya menafikan bantuan Kerajaan Negeri. Ini menghalang orang nak melawat. Itu tak bertamadun. Otak tamadun sempit. Politik sempit. Kita tak boleh buat begitu. Termasuklah Menteri yang dibodohkan oleh pemimpin Umno di Kedah. Dan rakyat akan menilai mereka nanti.
Saya ucapkan terima kasih kepada semua sukrelawan dan pihak-pihak yang membantu. Saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang datang membantu. Saya ucapkan selamat datang. Bagi mangsa banjir Alhamdullilah kita selamat walaupun hilang harta benda tapi tidak hilang keluarga. Kita bersyukur.
Habis 4.30 Petang

Pejabat Menteri Besar Tingkat 3 Blok A.

DUN Bakar Bata

Posted: 09 Nov 2010 11:12 AM PST


DR HJ HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB

Posted: 09 Nov 2010 01:18 PM PST

DR HJ HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB


Posted: 09 Nov 2010 07:00 AM PST


... Menziarahi ke pusara Arwah Syazmin, Al-Fatihah ...


23 Oktober 2010 - Perlawanan Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia 2010, Kedah vs Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bahru. Kedah kurang bernasib baik tewan di tangan Kelantan dengan jaringan 0 - 1. Walaubagaimanapun tahniah kepada para pemain yang telah berjaya sampai ke peringkat ini. Untuk makluman cuma terdapat 24 orang sahaja penyokong kedah yang berpakaian hijau kuning termasuk YAB Dato' Seri Ustaz.


20 Oktober 2010 - Perlawanan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2010, Kedah vs Kelantan di Stadium Darul Aman, yang berkesudahan dengan perlawanan seri tanpa jaringan. Stadium penuh sesak dibanjiri oleh penyokong-penyokong Kedah dan Kelantan, namun tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.


19 Oktober 2010 - Lawatan Di Raja ke Majlis Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kedah. KDYMM Tuanku Sultan menyampaikan pelbagai anugerah kepada Peladang Jaya peringkat Negeri Kedah.


19 Oktober 2010 - Menghadiri Majlis Konvokesyen ke-12 Kolej Universiti Insaniah di Dewan Muadzaam Shah, Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar. Tahniah diucapkan kepada semua graduan-graduan.


18 Oktober 2010 - Menghadiri Majlis Perasmian Hari Peladang, Penternak dan Nelayan di perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar.


17 Oktober 2010 - Menghadiri Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 Peringkat Negeri Kedah di Dewan Sri Mentaloon, Alor Setar.


16 Oktober 2010 - Perlawanan Suku Akhir ke-dua Piala Malaysia 2010, Kedah vs Terengganu di Stadium Darul Aman, Alor Setar. Kedah menang 3 - 0 dan melayakkan diri ke peringkat separuh akhir menentang Kelantan.


16 Oktober 2010 - Kejohanan Futsal Kebangsaan FAM - FELDA pusingan ke-6 di Stadium Sultan Abdul Halim Suka Menanti, Alor Setar.


15 Oktober 2010 - Taklimat Pengurus Pasukan Futsal sempena Kejohanan Futsal Kebangsaan FAM - FELDA pusingan ke-6 di Alor Setar.


14 Oktober 2010 - Menyampaikan sumbangan Tangkul Ketam kepada nelayan-nelayan di Kampung Sg Gelam dan Kampung Pengkalan Langgar, Bujang.


12 Oktober 2010 - Perlawanan Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 2010, Kedah vs Terengganu di Stadium Sultan Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. Kedah menang 2 - 1.

10 Oktober 2010 - Bersama rakan-rakan kaum Tionghua, melawat beberapa Tokong Sayur di sekitar Sg Petani, Sg Lalang, Bedong dan Semeling. Mereka mengadakan perayaan mengikut kepercayaan yang berkaitan dengan kehadiran " 9 Dewa Adik-Beradik " yang berkunjung ke tokong mereka.


09 Oktober 2010 - Perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Malaysia 2010 antara Kedah vs ATM, Kedah menang dengan jaringan 4 - 0. Kedah layak ke peringkat seterusnya, suku akhir yang akan bertemu dangan Terengganu.



... Foto ini diambil ketika dalam perjalanan pulang daripada melawat kawasan ...

... Sedikit adegan yang menarik dan perlu untuk kita fikirkan bersama ...

07 Oktober 2010 - Majlis Perasmian Perpustakaan Desa Kampung Belau, Merbok. Terima Kasih kepada seluruh warga Kampung Belau yang telah menjayakan majlis ini dengan penuh meriah.


06 Oktober 2010 - Perlawanan Peringkat Kumpulan Piala Malaysia 2010 antara Kedah vs Perak di Stadium Ipoh, Perak. Kedah kecundang dengan jaringan 0 - 1.


05 - 07 Oktober 2010 - Kejadian ribut melanda beberapa buah kampung di DUN Tanjong Dawai pada malam 05 Oktober 2010 lebih kurang pada jam 7:45 malam. Keseluruhan 42 buah rumah terlibat dalam bencana ini. Kerjasama Pejabat Daerah Kuala Muda, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Penghulu Mukim Bujang dan Merbok, Ketua-ketua Kampung dan Jabatan Pembangunan Persekutuan amat dihargai dalam menangani bencana ini.


05 Oktober 2010 - Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri Muzium Negeri Kedah dan Majlis Kebudayaan Negeri Kedah. Majlis diadakan di perkarangan hadapan Muzium Negeri.


04 Oktober 2010 - Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Ekskutif FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya. Dipengerusikan oleh Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang (Timbalan Presiden FAM)


03 Oktober 2010 - Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri di Sabah anjuran Persatuan Anak-Anak Negeri Kedah di Perantauan (Sabah).


01 & 02 Oktober 2010 -
  • Bersempena menghadiri Majlis Hari Raya Anak Kedah di Perantauan Sarawak, sempat juga bertemu dengan pimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS) di DUN Sadong Jaya. PAS Kedah telah diamanahkan untuk membantu DUN Sadong Jaya untuk menghadapi Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak akan datang.
  • Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri di Sarawak anjuran Persatuan Anak-Anak Negeri Kedah di Perantauan (Sarawak).

28 September 2010 - Jamuan Hari Raya Aidil Fitri anjuran Pembantu Khas dan Pemandu EXCO Kerajaan Negeri Kedah.


... Salam kepada para pengunjung, setelah sekian lama dalam kesibukan menghambat waktu kini kita bertemu kembali ...

Program Rutin Wakil Rakyat

Posted: 30 Apr 2010 09:16 AM PDT

Tanjong Dawai, 30 April 2010 - Program Rutin seorang Wakil Rakyat
Bersama MKK dan Pembantu YB ke Sungai Baru, Pengkalan Bujang dan Permatang Nering

menyampaikan sumbangan kepada keluarga ibu tunggal di Permatang Nering

Bersama MKK Pengkalan Bujang menyampaikan sumbangan kepada ibu tua

malang lagi hari ni, kereta rosak pulak, naik motor sajala sampaikan sumbangan


PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT MERBAU PULAS N 33

Posted: 09 Nov 2010 01:17 PM PST

PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT MERBAU PULAS N 33


Kopitiam Bang Nan: Tok Guru Jawab Isu Nor Deris

Posted: 08 Nov 2010 05:22 PM PST

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 09 Nov 2010 01:07 PM PST

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Nizar:Polis jangan jadi barua UMNO

Posted: 08 Nov 2010 06:46 PM PST


DS Nizar sedang menyampaikan pesanan dan penerangan tentang isu rakyat.
Antara pegawai polis yang cuba menghalang siri penerangan DS Nizar sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang.Kebanyakan yang hadir mengganggap mereka berpangkat Lance Koperal masih tidak tahu peraturan Premis sendiri.
Seorang lelaki muda yang disyaki anggota polis mencabut wayar corong untuk menghalang ucapan DS Nizar daripada didengari penduduk .


DS Nizar kesal pihak polis yang cuba memprovokasi siri penerangan beliau pada malam kelmarin.DS Nizar menjelaskan beliau Ahli Parlimen Bukit Gantang berhak untuk menyapaikan pesanan dan pandangan untuk rakyat kawasan yang beliau wakili.

"Polis jangan jadi barua UMNO" minta DS Nizar.Dalam pada itu Nizar berasa hairan kenapa Kelab Malam ,Karoake dibenar beroperasi sehingga larut malam.Malah terdapat yang beroperasi sehingga tiga pagi ,pihak polis tidak mengambil tindakan.


Rata-rata penduduk Taman Yayasan yang hadir ceramah berasa kesal,gangguan polis dalam ceramah anjuran Pas Bukit Gantang yang aman itu.

Nizar yang ditemui selepas program menjelaskan hak kita untuk mengadakan sebarang aktiviti di premis sendiri."Polis patut membantu mencegah jenayah,bukannya mengganggu program penerangan untuk rakyat"kata Nizar lagi."Membazir tenaga" tambah Nizar.

Pemuda Perak sedia bersemuka dengan Zambry

Posted: 08 Nov 2010 06:42 PM PST


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak bersedia untuk menjelaskan dakwaan bahawa tindakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir jelas mendokong amalan syirik yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Setiausahanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss ingin menarik perhatian Zambry berhubung kenyataan meminta pendirian mereka berikutan dakwaan terhadap perbuatan menteri besar itu yang jelas membudayakan kembali unsur syirik dan khurafat dalam amalan orang Melayu.
Justeru, katanya pihak Pemuda PAS negeri amat berbesar hati atas permintaan Zambry yang ingin mendapatkan penjelasan terhadap dakwaan beliau kepada Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.
"Pihak kami bersedia bersemuka dengan YAB Datuk Seri bagi menjelaskan perkara tersebut," ujarnya di dalam emel yang dihantar kepada Zambry, hari ini.
Oleh yang demikian, katanya pihak Pemuda PAS negeri sedia menerima cabaran Zambry untuk menjelaskan pendirian.
Bagaimanapun, tambahnya ianya mestilah dibuat dalam satu pentas bersama bagi memberi peluang kepada rakyat dan umat Islam memahami dan menilai isu yang cuba diselewengkan oleh Barisan Nasional (BN).
Justeru, katanya pihak Pemuda PAS negeri menantikan persetujuan pihak Zambry bagi menetapkan apa sahaja kaedah pentas tersebut dan sesuai dengan masanya.
Beliau menambah, jika Zambry gagal memberikan sebarang respons bermakna menteri besar itu bersetuju dengan dakwaan Pemuda PAS negeri.
Bagaimanapun, ujarnya Zambry masih ingin mempertahankan perbuatan yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar dan jelas lari daripada akidah Islam.

Bimbang kuil diroboh, lelaki bakar dirinya

Posted: 08 Nov 2010 06:39 PM PST


Gara-gara terlalu bimbang kuil Sri Srinivasa Perumal di Pusat Bandar Puchong, Selangor akan dirobohkan, seorang lelaki bertindak nekad dengan membakar dirinya.

M Chakragunasegaran, 52 bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh pihak polis serta beberapa ahli persatuan kuil yang kebetulan berada di tempat kejadian menyelamatkannya. Beliau yang dalam keadaan pengsan dikejarkan ke hospital tetapi keadaannya dilaporkan tenat.

NONEMenurut saksi, K Dharmalingam,49, kejadian itu disedari semasa beliau melakukan upacara sembahyang di kuil berkenaan pada jam 6.30 pagi ini dan terlihat berlaku kekecohan.

Beliau terlihat mangsa menjerit "Jangan roboh kuil ini," tetapi pihak berkuasa tidak memperdulikan rayuan lelaki itu.

Dia kemudian bertindak nekad dan menyalakan api di badannya dan dilaporkan terbakar kira-kira lima minit sebelum berjaya diselamatkan.

Selesai drama itu, kerja-kerja merobohkan sebahagian daripada kuil itu yang menjadi tempat simpanan barangan kemudiannya bermula pada kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

NONELebih kurang 200 kakitangan terdiri daripada ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), pihak polis dan Rela terbabit dalam operasi berkenaan.

Sebelum ini, notis arahan dikeluarkan oleh pada 26 Oktober lalu dengan persatuan kuil berkenaan diberi tempoh selama tujuh hari untuk berpindah bagi tujuan pembinaan sebuah tadika baru.

Dharmalingam yang juga setiausaha kuil Sri Srinivasa Perumal itu berkata, pihaknya kesal kerana pihak berwajib tidak memberi tempoh yang mencukupi bagi mereka berpindah.

"Sudah lebih 10 tahun kuil ini dibina, tanah ini merupakan tanah rezab," katanya.

Kakitangan penguatkuasa kemudian melakukan kerja memagar sekeliling kawasan tersebut.

NONESementara itu, ahli jawatankuasa kebajikan kuil itu, T Pukalenthy,42, berkata berdasarkan maklumat diperolehinya pihak sekolah memberi kebenaran kepada persatuan kuil untuk membina bangunan tambahan yang menjadi stor tempat simpanan barangan sejak 10 tahun dahulu.

"Perbuatan mereka merobohkan stor tersebut tidak wajar, sepatutnya mereka memberitahu pihak pengurusan kuil lebih awal," katanya.Sementara itu, ahli majlis MPSJ, KN Michael Tamilarason berkata satu mesyuarat tergempar telah diadakan kira-kira jam 11.30 pagi tadi melibatkan wakil daripada kedua-dua belah parti politik, polis, agensi penguatkuasaan, sekolah dan persatuan kuil tersebut.

NONEMenurutnya hasil sesi perbincangan itu, pihak berwajib bersetuju untuk menangguhkan kerja-kerja merobohkan bangunan simpanan stor milik kuil berkenaan untuk seminggu lagi

"Pihak sekolah bersetuju memberi masa selama tujuh hari kepada persatuan kuil untuk memindahkan barang tersebut. Masalah ini sudah selesai," katanya kepada Malaysiakini, petang tadi.

Kes Pikat Daphne Iking Ke Mahkamah Majistret Semula

Posted: 08 Nov 2010 06:36 PM PST

 

Mahkamah hantar semula kes pikat Daphne ke Mahkamah Majistret

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini menghantar semula kes saman peribadi berhubung dakwaan memikat model dan pengacara Televisyen, Daphne Iking, ke Mahkamah Majistret bagi perbicaraan.

Panel tiga hakim, diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi, membuat arahan itu selepas membatalkan permohonan rujukan kepada Mahkamah Persekutuan bagi menentukan persoalan berhubung perlembagaan, dengan pihak yang berkenaan bebas memfailkan semula permohonan itu selepas selesai perbicaraan.

Zaki berkata, majistret perlu memutuskan fakta kes sebelum pihak yang terbabit boleh memohon untuk merujuk kepada Mahkamah Persekutuan bagi menentukan persoalan di sisi perlembagaan.

"Kita tidak jawab soalan undang-undang tanpa fakta atau soalan andaian." katanya yang bersidang bersama Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Md Raus Sharif.

Zaki kemudian mengarahkan supaya perbicaraan kes itu didengar awal di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 29 November ini.

Pada 25 Ogos tahun lalu, Mahkamah Tinggi merujuk kes itu ke Mahkamah Persekutuan selepas memutuskan terdapat merit pada permohonan Daren Choy Khin Ming untuk isu membabitkan Perlembagaan Persekutuan ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan.

Antara persoalan yang dicabar termasuk kesahihan Seksyen 498 Kanun Keseksaan di mana kes saman itu disandarkan.

Bekas suami Iking, Ryan Chong Chong Yiing Yih, 32 sudah mengemukakan saman peribadi terhadap Choy 45, kerana memikat Iking, 31, dengan niat supaya wanita itu melakukan persetubuhan dengannya di kondominium The Plaza, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, antara Julai 2007 dan September 2008.

Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan, Choy boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Iking berkahwin dengan Chong pada 27 Januari 2007 di Bali, Indonesia dan pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan, Isobel Daniella Iking-Chong.

Pasangan itu bagaimanapun, bercerai pada 2008.

Choy diwakili peguam Datuk Jagjit Singh dan Akberdin Abdul Kader manakala Chong pula oleh Wong Kian Kheong. - BERNAMA


Women are silly enough to be 'enticed'?

KUALA LUMPUR, Malaysia: A beautiful Malaysian celebrity has found herself in the middle of an extraordinary court case in which her husband has accused another man of 'enticing' his wife.

Ms Daphne Iking, 30, is a familiar face on Malaysian TV as a presenter and TV show host.

She married Mr Ryan Chong in January 2007 on the resort island of Bali and the couple now have a daughter Isobel, who is 21 months old.

Mr Chong has dragged Mr Choy Khin Ming, a managing director, to court under Section 498 of the Penal Code for 'enticing or taking away or detaining with a criminal intent a married woman', The Star newspaper reported.

On Thursday, Mr Choy, dressed smartly in a white shirt and black trousers, stood in the dock as his lawyers and Mr Chong's lawyers appeared before magistrate Mohd Faizi Che Abu, the report said.

The appearance of two other lawyers took the court by surprise but one of them said that they were there to hold a watching brief for Ms Iking, the newspaper added.

One of the lawyers, Ms Pushpa Ratnam, told the magistrate that she would make a formal application to challenge the summons and the constitutionality of Section 498.

'It is archaic and no longer has a place in society,' she was quoted as saying.

'It is a total affront to women to suggest that we can be so easily enticed and stupid enough to be enticed.'

Ms Iking, 30, who is from Sabah, first made her foray into TV several years ago as the host of Explorace, a Malaysian reality show much like the Amazing Race. She is featured regularly in magazines, advertisements and TV commercials.

The current case has raised eyebrows and attracted a lot of interest in Malaysia because of her celebrity status. Her father, Mr Moses Iking, is a politician in Sabah.

According to a Star online report in 2006, the couple first met in October 2005 on the set of a TV series. Mr Chong was the executive producer at the time while she was one of the stars of the show.

They started dating in 2006 and after a six-month courtship, Mr Chong proposed to her in July. Friends had asked her if she was doing the right thing after such a short courtship.

She insisted they were a perfect match.

'Ryan is a brilliant young businessman. I am a Catholic Kadazan from Sabah and he is also a Christian, so spiritually we are one,' she was quoted as saying in the report.

In an interview with The Star last year, Ms Iking recalled how she had started working at a very young age for the things she wanted in life.

'I started waitressing at the age of 15 because I so badly wanted a pair of rollerblades,' she had said.

She later took up part-time work while studying for her degree and then her master's in broadcasting and communications at Universiti Sains Malaysia.

On Thursday, the lawyers representing the two men got into a heated argument over an application to adjourn the trial. Mr Choy's lead counsel Jagjit Singh sought an adjournment on the grounds that he had just recovered from a heart ailment and needed more time to study the case. But the lawyer for Mr Chong, Mr Wong Kian Kheong, argued that the trial could continue and suggested to the court that Mr Jagjit conduct cross-examinations in October.

Mr Mohd Faizi adjourned the case and said that Mr Jagjit could cross-examine in October if he felt unwell.

This article was first published in The Straits Times.

Bersahabat dengan DAP bukan beban

Posted: 08 Nov 2010 06:32 PM PST

Walaupun calon kedua-dua parti dalam Pakatan Rakyat di Batu Sapi, Sabah dan Galas, Kelantan kalah, namun ada sesuatu yang sangat memberansangkan bahawa ketiga-tiga parti dalam Pakatan tersebut terus berpadu erat bahkan semakin kukuh.

Tidak ada sebarang perpecahan di kalangan mereka, walaupun pihak musuh politik Pakatan Rakyat berhempas pulas melaga-lagakan antara PAS dan DAP serta PKR dengan melancarkan kempen berterusan bahawa kononnya PAS diperalat oleh DAP dengan tujuan mereka supaya orang Melayu tidak menyokong PAS.

Ternyata kempen fitnah ini tidak berjaya, bahkan terbukti ketiga-tiga parti ini berpadu tenaga, bersama-sama berkempen baik di Galas mahupun di Batu Sapi.

Ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat telah membanjiri sekitar Galas dan Batu Sapi di hari penamaan calon - menjadikan jumlah penyokong Pakatan Rakyat di kedua-dua tempat itu mencecah lebih 10,000 orang.

Kerjasama erat penyokong ketiga-tiga parti berterusan sepanjang kempen hingga menjelang hari mengundi, bahkan pada hari mengundi pendukung ketiga-tiga parti ikut sama dalam gelombang memberikan semangat, bahkan bersama merayu undi dengan penuh riang ceria.

Walaupun BN menang di dua kawasan itu, namun sudah tentu ada rasa kekecewaan di kalangan pemimpin Barisan Nasional apabila melihat tidak ada perpecahan di kalangan Pakatan Rakyat.

Inilah sebenarnya kekuatan Pakatan Rakyat yang tidak mudah tergugat walaupun menghadapi pelbagai cabaran berat. Kekuatan ini dibina hasil dari semangat setiakawan di kalangan warga Pakatan Rakyat sendiri.

Di semua pentas kempen ceramah, baik di Batu Sapi mahupun di Galas, sentiasa disertai oleh pemimpin PAS, DAP dan PKR, sementara di peringkat lapangan — di ground level — petugas ketiga-tiga parti saling bekerjasama erat, mengambil peranan dan tugas masing-masing.

Ini bermakna tahaluf-siasi — kesepakatan parti politik dalam Pakatan Rakyat — benar-benar terlaksana bukan saja di peringkat pimpinan bahkan di semua peringkat. Justeru jika momentum kesepakatan ini dapat dikekalkan maka ia akan benar-benar menjadi kekuatan Pakatan Rakyat untuk menghadapi PRU Ke-13 nanti.

Dengan adanya persepakatan dalam Pakatan Rakyat ini tentu sekali menjadi bukti bahawa Pakatan Rakyat telah berjaya meruntuhkan tembok perkauman, sekurang-kurangnya di kalangan penyokong Pakatan Rakyat.

Di peti undi di mana majoriti kalangan pengundi Cina, umpamanya di kampung baru Cina, DAP ke depan dalam berkempen dengan dibantu oleh petugas PAS dan PKR. Mereka bertugas dengan penuh gigih dan ceria dengan sambutan meriah dari rakyat.

Begitu juga di kawasan penduduk Melayu, PAS dan PKR ke depan dengan dibantu oleh petugas DAP di mana sambutan begitu menggalakkan. Benar ada terdapat di mana pengundi Cina memberi sokongan lebih kepada BN disebabkan isu tertentu, tetapi hal ini hanya berlaku di tempat tertentu, tidak pada keseluruhan kawasan pengundi Cina.

Demikian juga di kawasan Orang Asli di mana isu pengambilan tanah mereka menyebabkan ramai Orang Asli menyokong BN.

Namun begitu, pada keseluruhannya sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat tetap utuh. Dengan kukuhnya kesepakatan PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat maka tidak benar dakwaan musuh Pakatan Rakyat bahawa kononnya PAS menanggung beban berat kerana bersahabat dengan DAP.

Dakwaan ini semata-mata dengan niat politik mereka supaya PAS menarik diri dari Pakatan Rakyat dan berjuang sendiri yang akhirnya membuka peluang untuk bekerjasama dengan Umno.

Saya yakin, dengan keputusan tiga Muktamar Tahunan PAS — di Ipoh, Shah Alam dan Kota Baru tidak lama dulu — PAS tidak akan berjuang bersendirian, bahkan akan terus bersama Pakatan Rakyat.

Dengan itu, cita-cita pihak musuh Pakatan Rakyat dan golongan yang sealiran fikiran dengan mereka untuk melihat perpecahan dalam Pakatan Rakyat, tidak akan berlaku dengan izin Allah s.w.t.

Ternyata persahabatan PAS dengan DAP dan PKR memberi peluang luas kepada PAS untuk menerangkan dasar Islam, khususnya mengenai keadilan Islam kepada orang bukan Islam umumnya, khususnya di kalangan DAP.

Dengan keterbukaan PAS ini orang bukan Islam, khususnya di dalam DAP, tidak lagi menganggap PAS sebagai "musuh" yang menakutkan, tetapi sebagai sahabat yang wajar didekati, ramah dan penuh pengertian.

Lebih dari itu mereka mengkagumi akhlak pendukung PAS yang berjuang dengan penuh ikhlas dan bersikap amanah. Ini mesej Islam yang telah berjaya disampaikan oleh PAS kepada masyarakat umum, khususnya bukan Islam.

Justeru persahabatan PAS dengan DAP dan PKR bukanlah suatu beban kepada PAS seperti yang didakwa oleh musuh Pakatan.

Sementara itu, dalam masa yang sama perhatian PAS kepada pengundi Melayu sama sekali tidak berkurangan sedikit pun, malah kekal seperti sediakala, justeru tidak ada sebab untuk dibimbangkan.

Oleh itu, apa yang penting sekarang bagi Pakatan Rakyat ialah membuat persiapan secukupnya untuk menghadapi PRU Ke-13 dengan membuktikan Pakatan Rakyat terus utuh.
Penerangan mengenai perjuangan Pakatan mesti disebarluaskan supaya semua rakyat mengetahui kebaikan Pakatan Rakyat.

Hooray! Rosmah tetap de facto PM selepas pilihan raya ke-13

Posted: 08 Nov 2010 06:29 PM PST

Semalam, dalam artikel bertajuk "Play the game according to the 'rules' or else quit the game," Raja Petra Kamarudin tulis:
Zaid has to be consistent. If he wants to be seen as a man of principles, and if he claims that the party election is fraudulent, then there are no two ways about it. Zaid must walk the talk or else be known as a man who pulls his principles out of his pocket only when it works against him but will leave his principles hidden in his pocket when he can profit from it.
Hari ini, selepas mengumumkan menarik diri dari pertandingan Timbalan Presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim dipetik oleh Malaysian Insider sebagai berkata:
"I don't think anyone wants me now ... I will stay on (as a PKR member). But that is all I can do for now" (lihat "Zaid: I don't think anyone wants me now")
Dari awal lagi, dengan usaha habis-habisan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan Azmin Ali menjadi Timbalan Presiden PKR dan segala amalan yang nampak tidak adil dan tidak bersih kian menjadi-jadi dalam pemilihan PKR terutama pemilihan jawatan nombor duanya, ramai yang yakin Azmin pasti akan menjadi Timbalan Presiden. Saya dah lama yakin 100 peratus.

Saya tidak suka Azmin. Tetapi kalau demokrasi memilih Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR, saya tak boleh buat apa-apa sambil menyimpan rasa tak suka.

Ia sama seperti saya tak suka Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri ketika mereka memegang jawatan itu dahulu (zaman Tun Hussein Onn atau dua Perdana Menterui sebelumnya naik, saya tak berapa ketahuan lagi bab-bab politik ni). Ia sama seperti saya tak suka Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu. Ia juga sama seperti saya tak suka Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri kini atau Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Saya benar-benar tak suka. Tetapi oleh kerana demokrasi telah memilih mereka, saya terpaksa merelakan status quo walaupun rasa tak suka bengis membara.

Sambil itu, saya tetap mempersoalkan proses demokrasi yang mengangkat mereka. Saya tetap tidak yakin proses demokrasi negara ini berjalan adil dan bersih. Tak yakin langsung.

Begitu juga, saya tetap tidak yakin proses pemilihan di dalam PKR berjalan adil dan bersih. Tetapi, tentulah kita tidak boleh mengharapkan Tian Chua memimpin demonstrasi Bersih di hadapan pejabat PKR di Merchant Square.

Ketika demokrasi berdarah dan bernanah di dalam PKR dan PAS pula sedang basah berpeluh bermain kejar-kejar dengan undi Melayu, saya tertarik dengan komen di bawah tulisan Zaid bertajuk "Withdrawal from Deputy President contest" di dalam Malaysia Today hari ini:
BN and especially Najib/Rosmah are laughing their way to PUTRA JAYA again come next GE.
Memang benar, jika orang-orang Umno tidak jatuhkan Najib, Datin Seri Rosmah Mansor akan tetap menjadi Perdana Menteri de facto selepas pilihan raya umum akan datang.

Menghadapi keadaan itu, ramai kawan yang marah kat saya apabila saya kata kita undi calon yang tak karut-marut sahaja. Yang karut-marut tak payah pergi mengundilah dan kalau mereka bertanding di tempat kita, kita pergi tempat lain untuk membantu calon-calon yang tak karut marut. Namun mengundi mereka apa lagi calon Barisan Nasional (BN), na'zubiLahi min zalik.

Saya bernasib baik kerana tidak mengundi di Gombak, Gombak Setia atau Sala umpamanya (sekadar menyebut beberapa contoh dan dengan mengambilkira jika wakil Pakatan Rakyat yang menawarkan diri kelak masih lagi orang yang sama seperti pilihan raya 2008 lalu). Saya harap Nurul Izzah Anwar yang saya dan isteri saya undi di Lembah Pantai tidak berubah menjadi buruk kelaku.

Baca ini:
Zaid's political secretary Rashid Azad Khan said the polls should be called off in view of allegations of irregularities and claims of phantom voters.

"For example, our polling agent reported that the voter turnout in Kubang Pasu was only 84.

"But the initial vote tally showed that Azmin clinched 80 votes while Zaid garnered 76 votes.

"Where did the additional 72 votes come from? Could they be phantom voters?'' he asked.

Rashid also said the agents had reported that there was a 30-minute blackout immediately after balloting ended at 4pm Friday.

"Candidates' agents were not allowed in, and the ballot boxes were not sealed at the time,'' he claimed, adding one of the election officer was caught on camera wearing Azmin's campaign badge raising questions over their impartiality.

Rashid claimed that following complaints, the election monitor decided that the Kubang Pasu result should be a tie of 81-81.

"I am appalled. How can the results simply be amended?'' he asked (baca selanutnya dalam The Star 30/10/10 "PKR polls: Zaid leading amidst allegations of phantom voters, irregularities")

Sultan Kelantan, Nik Aziz dan Mustapa berlepas menunaikan haji rabu ini

Posted: 08 Nov 2010 06:27 PM PST

Sultan Kelantan dan Nik Aziz (kanan) akan berlepas ke Mekah Rabu ini. — gambar fail
Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke V akan berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji Rabu ini, menurut Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad. Baginda akan berangkat bersama Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.
"Ini menunjukkan sikap Tawadak KDYMM Tuanku yang begitu memberi perhatian kepada agama," kata Abdul Halim dalam kenyataan di sini hari ini.
Sultan Kelantan, Nik Aziz dan Mustapa yang akan ke Mekah menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) dijangka pulang ke tanah air pada 23 November ini, katanya

Tiada pegawai Kelantan rasuah sejak 1990

Posted: 08 Nov 2010 06:26 PM PST

Sejak PAS menerajui Kelantan pada Oktober 1990 sehingga sekarang tidak ada pegawai kerajaan yang didapati terbabit dengan kesalahan rasuah.

Nombor sifar itu diberitahu Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob (gambar) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini.

Pegawai terbabit dari golongan profesional dari gred N41 hingga N54.

Bagaimanapun menurutnya bilangan kakitangan sokongan dari gred N1 hingga 28 yang terbabit dengan kesalahan rasuah dicatat sebanyak 15 kes.

"Bagi kes jenayah pula hanya mencatat lima kes membabit pegawai profesional negeri sejak 1990 sehingga 2010.

"Manakala bagi kakitangan sokongan pula sebanyak 14 kes bagi kesalahan jenayah," katanya menjawab soalan Zulkifli Mamat (PAS-Pulai Chondong).

Timbalan Menteri Besar berkata, kejayaan itu adalah hasil daripada dasar Membangun Bersama Islam yang diterap kerajaan negeri kepada kakitangan awam sejak 1990 sehingga sekarang.

Katanya, dasar itu berjaya diselami dalam jiwa setiap kakitangan kerajaan negeri sehingga mengelakkan diri daripada kegiatan rasuah dan jenayah.

Menjawab soalan tambahan Mohamed Mustapha (PAS-Demit) katanya, buku panduan dasar Membangun Bersama Islam akan ditambah baik dari semasa ke semasa.

"Kita lakukan selaras dengan tuntutan agama," katanya.

Khurafat: Zambry dinasihat segera bertaubat

Posted: 08 Nov 2010 06:25 PM PST

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain (gambar) menasihatkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir segera bertaubat dan mengakui kesilapannya yang terpalit dengan perkara khurafat.
Menurutnya, adalah tidak wajar jika Menteri Besar Perak itu masih mempertahankannya sedangkan ianya jelas bercanggah dengan akidah umat Islam.
Zambry juga jelasnya cuba mengalihkan kesilapannya meletak ancak di tiang seri rumah dengan membangkitkan isu menyalakan lilin memperingati kematian Setiausaha Politik Exco Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock yang disertai Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dan Khalil Idham Lim (Adun Titi Serong).
"Zambry sepatutnya mengakui kesilapan dia dan segeralah bertaubat.
"Perbuatan meletak ancak ke tiang seri, mengantungkan buah kelapa muda di tiang seri rumah, menanam tahi besi, emas, perak, tembaga pada setiap tiang seri rumah dan menepung tawar sebagai upacara memulih rumah tersebut adalah khurafat.
"Sebenarnya upacara tersebut tidak lebih daripada upacara menjamu jin dan tidak ada kena mengena dengan keselamatan dan kesejahteraan penghuni rumah itu," katanya.
Sehubungan itu, beliau mengharapkan agar rakyat Perak menjauhi amalan tersebut, atau mana-mana amalan yang boleh menggugat akidah umat Islam.
"Akidah merupakan perkara teras dalam kehidupan umat Islam, jika akidah tergugat maka seluruh amalan yang lain turut tidak diterima Allah SWT," katanya.
Zambry semasa program Projek Infra Bina Upaya di Kampung Guar, Manong di Kuala Kangsar pada 17 Oktober lalu dilaporkan meletak ancak di tiang seri rumah kononnya untuk mengelakkan gangguan jin dan syaitan.
Ekoran itu juga, Dewan Pemuda PAS Perak mendesak Mufti negeri, Tan Sri Harussani Zakaria memberi teguran kepada Zambry yang didakwa telah mengadakan upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.
Mereka juga telah menyatakan kesediaan bertemu Menteri Besar Perak itu bagi menjelaskan juga beza antara ritual yang lakukan Zambry dengan program menyalakan lilin yang disertai Nizar.

Sidang DUN Pulau Pinang : Teks Ucapan Perbahasa...

Posted: 08 Nov 2010 05:30 PM PST


Nov 8, 2010
  1. Terima kasih kpd Dato Speaker
  1. Saya
    mengucapkan syabas kepada kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana Berjaya
    melaksanakan pelbagai program dan skim yang berjiwa rakyat.
  1. Saya amat tertarik hati dengan beberapa isu yang dicadangkan dalam baget 2011. Perumahan
  1. Saya
    ucapkan tahniah kepada kerajaan negeri kerana memperuntukan RM60 juta
    untuk membina 400 buah rumah mampu milik di kawasan pulau. Ini
    menunjukkan betapa prihatin kerajaan negeri kepada golongan kurang
    kemampuan. Saya sedar kemampuan kerajaan negeri adalah terhad, tapi ini
    menunjukkan komitment kerajaan Pakatan Rakyat dalam merealisasikan
    sasaran kerajaan negeri menuju 1 keluarga 1 rumah.
  1. Walau bagaimanapun saya ingin membangkitkan beberapa isu perumahan yang sedang dihadapi oleh kerajaan negeri.
  1. Buat
    masa sekarang, kerajaan negeri mahupun kerajaan Pusat mengamalkan
    system laissez faire atau market driven terhadap perumahan. Pemaju boleh
    mencadangkan apa jua projek perumahan asalkan ada permintaan dengan
    syarat membina 30% rumah kos rendah.
  1. Pada masa dahulu, pemaju membina rumah untuk orang tempatan. Mereka membina rumah teres, apartment, LMC atau rumah kos rendah.
  1. Tetapi
    kebelakangan ini pemaju-pemaju telah mengambil kesempatan membina rumah
    mewah yang bernilai berjuta-juta ringgit. Rumah-rumah mewah ini seperti
    Bungalow, Super Semi-D, super link yang bertingkat-tingkat kadang kala
    bersaiz 4000 ribu kaki persegi. Ramai di antara pembeli-pembeli itu
    bukan orang tempatan malah dari Indonesia, Singapura malah Hong Kong.
    Saya yakin 90% rakyat Pulau Pinang tidak mampu membeli rumah-rumah
    tersebut!
  1. Dalam
    keadaan tanah yang cukup terhad di Pulau Pinang, kita tidak memerlukan
    rumah 4000 sq ft. Ini adalah satu pembaziran tanah. Secara purata
    anggota satu keluarga adalah lebih kurang 5 orang. Sememangnya tidak
    perlukan rumah 3 tingkat, 4000 sq ft.
  1. Malah ini juga adalah satu environmental disaster. Cuba bayangkan berapa air-cond yang perlu dipasang dalam rumah 8 bilik?
  1. Tetapi pada masa yang sama, rumah kos rendah masih dalam keadaan sengsara.

  1. Pulau Pinang masih memerlukan rumah kos rendah. Ini tidak harus
    dipertikaikan. Saya rasa kesal kerana akhbar The Star telah memutar
    belitkan comment saya bahawa Pulau Pinang akan mengharamkan rumah kos
    rendah.
  1. Ramai
    lagi golongan susah yang memerlukan rumah kos rendah. Saya tetap akan
    mempertahankan dasar rumah kos rendah kerajaan negeri. Walau
    bagaimanapun, rumah kos rendah harus hanya dijual kepada keluarga yang
    betul-betul susah sahaja.
  1. Rumah
    kos rendah sekarang adalah lebih kurang 500 sq ft. Kebanyakan rumah kos
    rendah sekarang dibina beratus-ratus unit dalam bangunan 20 tingkat.
  1. Selepas
    beberapa tahun, akibat kekurangan maintanence, kualiti pembinaan yang
    teruk ataupun rekabentuk yang kurang sesuai, rumah kos rendah akan jadi
    usang. Ia menjadi tidak selesa. Ada di sesetengah menjadi Blok pendatang
    asing.
  1. Kita
    harus berbuat sesuatu untuk meningkatkan kualiti hidup untuk orang yang
    kurang kemampuan. Rumah kos rendah haruslah diperbesarkan dan juga
    kualiti pembinaan yang lebih baik. Ia seharusnya dijual dan dikekalkan
    untuk orang yang betul-betul miskin. Kumpulan yang berkemampuan haruslah
    membeli rumah LMC, MC dan bukan berebut-rebut dengan orang susah.
  1. Gejala
    di Pulau Pinang, malah di seluruh Negara adalah jurang rumah yang
    semakin besar. Jurang antara rumah mewah dan rumah kos rendah agak
    ketara. Rumah mewah dijual berjuta-juta ringgit tidak mampu dibeli oleh
    rakyat Malaysia. Tetapi, Rumah kos rendah sedih keadaannya. Rakyat Pulau
    Pinang tidak mempunyai pilihan! We just don't have a choice!
  1. Sebagai
    kerajaan, kita harus cuba menyelesaikan masalah ini. Kita harus focus
    dasar-dasar kerajaan negeri kepada pembinaan rumah yang diperlukan oleh
    majoriti rakyat Pulau Pinang.
  1. Apa
    yang rakyat Pulau Pinang perlukan adalah "affordable homes, livable
    environment". Ia mungkin berbentuk Lower Medium Cost atau Medium Cost.
    Rumah-rumah ini seharusnya lebih kurang 1000 kaki persegi, dengan harga
    jualan RM 100,000-200,000. Ia akan menjadi rebutan.
  1. Kerajaan negeri harus menggubal dasar menggalakkan pembinaan rumah-rumah seperti demikian.
  1. Saya
    ingin cadangkan dalam local plan, kerajaan negeri boleh menetapkan
    syarat-syarat plot ratio, size rumah. Dengan menentukan plot ratio dan
    size rumah, pemaju perlu membina mengikut syarat yang ditetapkan. MPPP
    juga perlu memberi ketetapan yang jelas kepada pemaju supaya mereka
    mengikut syarat-syarat.
  1. PDC
    juga harus kembali fokus untuk membina rumah-rumah yang dicadangkan.
    PDC harus kembali ke asas penubuhan iaitu membina rumah mampu milik.
    Sekarang cabaran baru adalah rumah mampu milik dan selesa persekitaran.
    Affordable homes, livable environment.
  1. Diharap
    juga Housing Commission yang akan ditubuhkan nanti juga akan mengambil
    langkah proaktif untuk memantau spekulasi harga jualan rumah rumah
    "affordable homes, livable environment" ini. Saya cadangkan rumah-rumah
    seperti begini hanya boleh dijual kepada setiap keluarga sekali sahaja.
    Mereka harus diuruskan oleh Housing Commission supaya harganya tidak
    akan dispekulasikan, supaya ia kekal mampu milik.
COB
  1. Housing
    Commission ini juga seharusnya memberi perhatian kepada isu yang serius
    seperti Masalah JMB/MC, Strata title yang berpanjangan. Ada banyak
    projek strata di kawasan Pantai Jerejak yang masih belum mendapat strata
    title selepas 15 tahun. Kebanyakan sinking fund telah dihabiskan oleh
    pemaju, dan penduduk dibiarkan begitu sahaja. Ada pula sesetengah pemaju
    yang tidak bertanggungjawab, tetapi tidak pernah diambil tindakan
    undang-undang.
  1. Saya
    banyak mendapat pertolongan dari pejabat COB. Pegawai COB memang
    dedikasi sehinggakan mesyuarat dengan penduduk sehingga larut malam.
  1. Walau
    bagaimanapun, terlalu banyak masalah red-tape, tak ada follow up dan
    kes-kes yang berlanjutan masih tidak dapat diselesaikan oleh pejabat
    COB. Saya rasa tidak cukup leadership dan disiplin untuk menyelesaikan
    masalah ini.
  1. Pejabat Exco harus memandang serious dalam permasalahan pejabat COB dan menyelesaikan masalah Strata Title Act dengan cepat.
Setinggan
  1. Kawasan
    Bayan Baru yang pesat membangun menghadapi banyak masalah pemindahan
    setinggan. Saya ingin membangkitkan masalah Kampung Sg Nibong Besar yang
    sudah lama menjadi isu. Pemajunya JKP di bawah Kementerian Kewangan
    masih enggan berkompromi dengan penduduk setempat.
  1. Selalu
    UMNO menuduh kerajaan negeri tidak membantu orang kampung, kes Kg Sg
    Nibong Besar ini adalah tanah kerajaan pusat. Orang kampung ini setiap
    hari hidup dalam kerisauan, mereka khuatir kerajaan UMNO/BN akan halau
    mereka bila-bila masa.
  1. Saya
    merayu di sinilah, supaya sahabat kita dari BN, cuba bantulah orang
    kampung. Bagilah pampasan dan ganti rumah yang bersesuaian.
  1. Satu
    lagi kes setinggan yang besar melibatkan 1000 rumah dan 5000 penduduk
    adalah kampung sg nibong kecil dan Sg Nibong Tengah. Tanahnya
    persendirian. Sememangnya ia adalah tanggungjawab pemaju swasta untuk
    menyelesaikan masalah setinggan. Tetapi saya merayu kepada ketua
    menteri, kerajaan negeri dan MPPP supaya memberi perhatian kepada kes
    ini. Pemaju seharusnya diwajibkan memberi pampasan atau ganti rumah yang
    memuaskan dan menyelesaikan masalah pemindahan sebelum mereka diberi
    kelulusan pelan bangunan.
Transportation
  1. Saya
    menyokong penuh kerajaan negeri dengan projek "Park and Ride" BEST
    (Bridge Express Shuttle Transit). Saya harap kerajaan negeri
    mempercepatkan cadangan ini. Kalau boleh kita juga harus cuba extend
    system ini dari Seberang ke komtar, Bkt Mertajam ke FTZ dan sebagainya.
  1. Saya
    agak prihatin kepada masalah kesesakan coastal road dari Batu
    Maung-Queensbay sehingga USM exit. Adakah sebarang cadangan naik taraf
    akan dijalankan terutamanya di kawasan-kawasan bottleneck seperti
    jejantas LLM, Queensbay Interchange dan sebagainya. Harap Exco
    Infrastruktur boleh menjelaskan dengan lebih mendalam.
  1. Untuk
    perhatian Exco Kerja Awam, beberapa projek naik taraf parit telah
    dijalankan di kawasan Pantai Jerejak. TEtapi kami menghadapi masalah
    bottleneck di culvert-culvert yang mempunyai utilities seperti TNB,
    Telekom, dan sebagainya. Ini adalah di bawah bidang kuasa JKR dan
    pelbagai jabatan lain.
  1. Masalah
    yang dibangkitkan oleh pegawai JPS adalah tiada mesyuarat kordinasi
    yang boleh menyelesaikan masalah ini. Maka masalah banjir tidak dapat
    diselesaikan.
  1. Saya
    ingin mencadangkan kepada pihak Exco untuk menghidupkan semula
    mesyuarat jawatankuasa utility dan services untuk menyelesaikan masalah
    antara jabatan ini.
Tabung "Democracy Education"
  1. Pada
    8 Mac 2008, kebangkitan rakyat dalam PRU12 berjaya menumbangkan
    kerajaan BN di beberapa negeri. Ini menunjukkan suara rakyat, suara
    keramat.
  1. Selepas
    kemenangan Pakatan Rakyat di negeri-negeri seperti Pulau Pinang,
    Selangor, Kedah, Kelantan dan Perak, rakyat dapat menikmati perubahan
    yang ditunggu-tunggukan. Dasar-dasar mesra rakyat dijalankan oleh
    kerajaan Pakatan Rakyat memaksa Barisan Nasional juga mengikut jejak
    Pakatan.
  1. Walau
    bagaimanapun, UMNO/BN masih dalam denial. Mereka cuba membangkitkan
    pelbagai isu perkauman untuk membara sentimen orang Melayu umpamanya
    supaya mereka mendapat sokongan yang telah meninggalkan mereka.
  1. Dalam
    tahun ini sahaja, pelbagai demonstrasi dan isu perkauman dibangkitkan
    oleh UMNO/BN. Contohnya perarakan Malidul Rasul, gambar palsu Ketua
    Menteri memotong lembu korban, contohnya Menteri Pertahanan menuduh
    Masjid di Pulau Pinang menggantikan nama agung.
  1. Kemudiannya,
    demo peniaga komtar, demo oleh Pemuda samseng UMNO/BN membakar gambar
    KM. Minggu lepas sekali lagi UMNO/BN cuba buat kacau dengan membuat demo
    di depan DUN.
  1. Ini
    semua cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam usaha kita
    mentransformasikan Negara kita ke Negara yang demokratik dan maju. Dalam
    perjalanan kita ke Negara yang demokratik, penuh dengan onak duri.
    Pihak yang berkepentingan akan cuba sedaya upaya untuk mengagalkan
    tranformasi ini.
  1. Maka
    adalah penting rakyat disedarkan dan difahamkan dengan cabaran ini dan
    bertekad bersama-sama untuk menjayakan proses demokrasi.
  1. Kerajaan Negeri harus memainkan peranan yang aktif dalam menjayakan transformasi Negara ke Negara demokrasi.
  1. Saya
    ingin mencadangkan kepada Ketua Menteri untuk menubuhkan satu Tabung
    Pendidikan Demokrasi Pulau Pinang atau Penang Democracy Education Fund.
  1. Tabung
    ini bertujuan membantu masyarakat madani atau civil society,
    badan-badan NGO, Mafrel, Bersih, MTUC, NJU, Parti-parti Politik tanpa
    mengira fahaman politik, sehinggakan Resident Associations dan JKKK
    untuk menjalankan aktiviti, latihan dalam pendidikan demokrasi.
    Aktiviti2 tersebut seharusnya bertujuan mempromosikan demokrasi dan
    masyaraka madani.
  1. Contohnya,
    Badan-badan NGO boleh anjurkan workshop tentang isu demokrasi. NGO
    seperti SUARAM atau MyConstitution boleh menjalankan seminar tentang
    perlembagaan. NGO Bersih dan Mafrel boleh jalankan aktiviti memantau
    pilihanraya. National Journalist Union boleh meminta bantuan kewangan
    untuk menjalankan latihan dalam professional journalism. Citizen
    Journalist boleh meminta bantuan dalam membeli peralatan. Resident
    Association atau JKKK boleh adakan forum untuk memahami perkembangan
    politik semasa.
  1. Semua
    bantuan ini akan memantapkan pemahaman demokrasi secara tulen dan ini
    akan membantu Negara mencapai demokrasi yang tulen dan masyarakat yang
    matang.
  1. Sebenarnya
    konsep ini bukan baru. Negara German selepas mengalami zaman kegelapan
    nazi, baru sedar bahawa pendidikan demokrasi adalah tunggak kepada
    Negara yang stabil dan maju. Maka mereka menjalankan pendidikan
    demokrasi dengan aggressif. Kerajaan memberi grant dan bantuan dalam
    pelbagai aktiviti NGO dan parti politik.

  1. Program ini begitu Berjaya, sekarang Negara German adalah sebuah Negara
    demokratik yang begitu stabil dalam masa yang begitu singkat iaitu
    hanya sejak 1945. Kestabilan politik dan demokrasi juga Berjaya memacu
    pertumbuhan ekonomi yang pesat.
  1. Sekarang
    Negara German telah Berjaya berubah dari sebuah Negara zalim Nazi
    kepada sebuah Negara demokratik dan maju dan disanjung dunia.
  1. Kerajaan
    Negeri Pulau Pinang harus menerajui tranformasi Demokrasi Negara kerana
    sememangnya Pulau Pinang adalah epicenter of the political tsunami
    2008.
  1. Maka
    dengan ini saya ingin cadangkan supaya kerajaan negeri memperuntukan
    hanya RM2 seorang rakyat PPinang dalam tabung ini. Buat masa ini,
    populasi negeri PPinang adalah 1.6juta, maka Tabung ini seharusnya
    diperuntukan RM3.2 juta.
  1. Saya
    juga ingin cadangkan supaya menubuhkan satu jawatankuasa di bawah Exco
    portfolio perhubungan masyarakat iaitu TKM1 untuk melulus dan memantau
    permintaan Tabung Pendidikan Demokrasi ini. TKM1 boleh dibantu oleh
    Bekas Pengerusi Bar Council En Yeoh Yang Poh. Semua permintaan dan
    kelulusan harus dilaporkan setiap tahun berlandaskan prinsip CAT.
  1. Saya menyeru ketua menteri dan kerajaan negeri memberi pertimbangan yang serius ke atas cadangan saya ini.

AMKPP , Unit Ehsan dan SAMM bersama dalam misi ...

Posted: 08 Nov 2010 05:29 PM PST




















6hb Nov, yang lalu Pasukan Penerus Perjuangan reformasi yang menawarkan diri bertanding perbagai jawatan dalam AMK dalam pemilihan KEADILAN 2010 telah bermesyuarat di Sg. besar sebelum diadakan perjumpaan bersama anak muda sg besar.

Dalam mesyuarat itu telah diputuskan beberapa tindakan susulan mengenani bagaimana menangani perbagai fitnah, tekana, serangan serta manipulasi dalam proses pemilihan kali ini yang ditujukan kepada kami. Dalam mesyuarat tersebut juga wakil Kedah telah membentangkan bagaimana kekadaan bencana banjir yang teruk sedang melanda negeri tersebut dan amat malangnya seolah imej AMK sedikit terkebelakang dalam misi bantuan kali ini.

Maka diputuskan semua kempen pemilihan dihentikan selama 3 hari sekurang - kurangnya dan semua pasukan diarahkan turun membantu.

7hb jam 9.30 pagi 4 buah kenderaan dengan dua buah hilux yang penuh petugas dan bahan bantuan telah bertolak ke utara dari Negeri Sembilan. Destinasi ialah bergabung dengan konvoi dari perbagai tempat yang akan berkumpul di R n R Juru Pulau Pinang.

Berkumpul di R n R juru, 10 buah kereta, 3 Hilux dan sebuah lori yang sarat dengan petugas dan barang makanan bersedia bertolak ke Kedah jam 4.00 ptg.

Konvoi misi kemanusiaan ini diadakan dengan kerjasama Solidariti Anak Muda Malaysia, unit Ehsan Pulau Pinang dan AMK Pulau Pinang.

Yang terbabit ialah cheGuBard, YB Lih Kang dan calon - calon exco AMK Zulkifli Ibrahim, Azrizal, Yaser, Fauzi, Saufi, Angah habib, teurt serta juga Ketua AMk Pulau Pinang, Amir Ghazali dan calon pengerusi tetap Amizudin Ahmat.

Kami sempat 'set up' dua dapur rakyat menyediakan makanan (nasi minyak kari kambing untuk 100 orang dan burger untuk 700 orang), kami agih 2640 botol air mineral, 10 guni besar pakaian terpakai untuk 1000 orang.

kami sempat memberikan khitmat di dua pusat pemindahan iaitu sekolah keb. seri perdana,mergong dan sekolah agama kedah.

Semua ini dikumpul hasil sumbangan perbagai pihak.

Panji keadilan terkibar dan dihormati di kawasan krisis. cukup sedih lihat keadaan mangsa yang serba memerlukan, mereka tinggalkan rumah tanpa sempat bawa apa-apa. sedih lihat anak2 berebut makanan.

Ketika sedang membantu Ketua jabatan Amal kedah dan pembantu khas menteri besar kedah yang mendengar cheGuBard hadir bersama YB Lihkang turut turun. Mereka tanya kenapa tak beritahu awal, kami kata tak apa membantu tanpa lensa lebih selesa.


Sedang merancang konvoi kedua dengan bantuan perubabatan dan bantuan pasca banjir iaitu bersih rumah.

Untuk membantu dari segi kewangan atau barang makanan boleh hubungi 0126794704 (yaser)

Manipulasi undi di Libaran dan Sandakan, gesa Sdr. Mustaffa tarik diri

Posted: 08 Nov 2010 05:12 PM PST

8 November 2010
Sebagai sahabat seperjuangan Sdr. Mustaffa Kamil Ayub yang mengenali beliau secara dekat ketika bersama dalam gerakan belia, saya menggesa Sdr. Mustaffa Kamil untuk menjaga integriti peribadi beliau dengan menarik diri dari proses pemilihan PKR yang nyatanya berat sebelah dan dipenuhi manipulasi oleh pihak lain yang bertanding.
Tindakan Dato' Zaid Ibrahim yang menarik diri adalah sesuatu yang tidak mengejutkan berikutan rentetan dakwaan beliau bahawa terdapat manipulasi undi yang memenangkan YB Azmin Ali. Kelemahan dan permasalahan berbangkit tentang pengurusan pemilihan PKR oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan Sekretariat Ibu Pejabat PKR adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Pemilihan PKR sememangnya sungguh meragukan.
Apa yang berlaku di cabang Libaran dan Sandakan adalah bukti jelas proses pengundian yang tercemar di mana berlakunya manipulasi undi. Di cabang Libaran dengan seramai 1,501 ahli, sebanyak 898 ahli keluar mengundi dengan peratusan keluar mengundi 59.83%. Keputusannya, Azmin dapat 881 undi, Zaid 8 undi dan Sdr. Mus 6 undi. Sedangkan semasa pemilihan Jawatankuasa Cabang PKR Libaran hanya 99 ahli (6.60%) sahaja yang datang. Mana mungkin dalam tempoh kurang sebulan peningkatan keluar mengundi begitu mendadak.
Isu yang kedua, JPP hanya mencetak 50% kertas undi dari jumlah semua ahli dalam sesuatu cabang. Tetapi bagaimana pula di cabang Libaran, kertas undi dan jumlah yang keluar mengundi lebih besar dari jumlah kertas undi yang disediakan.
Perkara yang sama juga berlaku di cabang Sandakan dengan anggota parti seramai 1,047 orang. Sejumlah 456 orang keluar mengundi (43.55%), sedangkan pemilihan peringkat cabang yang sepatutnya lebih ramai dan lebih panas hanya 81 orang yang hadir. Mana mungkin peningkatan begitu mendadak dan menyaksikan Azmin mendapat 417 undi, Zaid 25 undi dan Sdr Mus 13 undi.
Dalam masa sama, 16 cabang di Sabah yang turut sama mengadakan pemilihan hanya mencatatkan peratusan keluar mengundi secara purata 8.09%. Hanya Libaran dan Sandakan yang begitu ketara perbezaannya.
Saya menggesa Sdr Mustaffa Kamil Ayub untuk turut menarik diri dari pertandingan Timbalan Presiden demi menjaga integriti peribadi beliau, serta untuk menghantar mesej yang jelas kepada JPP dan Sekretariat Ibu Pejabat. Kedua-dua badan tersebut mesti digantung dari menguruskan pemilihan ini, yang kini jelas diragui dan tidak telus. Puncuk pimpinan, khususnya Ketua Umum sewajarnya membuat tindakan bagi mengelak perpecahan yang lebih parah jika pemilihan PKR diteruskan.
Abdul Aziz Anon

Undi telefon. Politik baru dalam PKR.

Posted: 08 Nov 2010 05:11 PM PST

Dah agak dah. Dari mula aku dah tau, dan ramai yang tulis dalam komen…Anwar kena pastikan Azmin menang, dengan apa cara sekalipun. Dan Zaid kalah bukan kerana perubahan yang cuba dibawa..tapi kerana politik baru dalam PKR.
Kalau setakat nak lawan Azmin, Zaid boleh menang. Diperingkat awal pemilihan, Zaid bersaing hebat dengan Azmin dan Zaid tak risau kalah ketinggalan 1000 undi di Semenanjung kerana dia mempunyai kekuatan di Sabah. Tapi apa yang tak boleh diterima oleh Zaid ialah apabila Anwar mengambil alih jawatan Pengurus Kempen Azmin dari Zack Pahang.
Ini politik baru dalam PKR apabila Ketua Umum menjadi Pengurus Kempen kepada Calon Timbalan Presiden. Ia juga satu politik baru apabila Anwar menggunakan telefon untuk mengarahkan sesuatu keputusan. Dan Anwar juga menggunakan telefon untuk memberitahu Ketua-Ketua Cabang untuk memastikan undi mesti pergi kepada Azmin.
Diperingkat awal, Pengerusi JPp..Dr. Molly Cheah membuat beberapa keputusan, tetapi akhirnya dioveruled oleh Saifudin..hanya dengan panggilan telefon dari Anwar. Dr. Mansor ditentang oleh arwah Pak Tam..tapi akhirnya arwah Pak tam terpaksa menarik diri selepas mendapat telefon dari Anwar.
Semasa Pemilihan di Permatang Pauh, Azmin membelanjakan RM25,000 untuk memastikan 500 pengundi Permatang Pauh keluar untuk mengundinya. Dan dia marah apabila mereka yang keluar lebih rendah dari jangkaannya. Malah sehari sebelum Pemilihan, seorang AJK Permatang Pauh mendapat panggilan telefon dari Anwar yang memarahinya kerana berjumpa dengan orang Zaid. Fuh!! Zack Pahang gagal menjadi Pengurus Kempen untuk Azmin…tapi Anwar mengambil tempatnya.
Sebelum Pemilihan di Sabah bermula, Zaid ketinggalan 500 undi. Tapi itu bukan masalah besar, kerana Azmin bukan kuat sangat di Selangor..malah di Sabah dia mempunyai masalah. Tetapi PRK Batu Sapi digunakan untuk memastikan Azmin menang Timbalan Presiden…bukan PKR menang di Batu Sapi.
Anwar memastikan semua Ketua Cabang di Sabah mengikut telunjuknya. Dan tak susah memujuk Ketua-ketua Cabang di Sabah…dengan janji untuk menjadi Calon semasa Pilihanraya nanti, sudah cukup untuk mengubah sokongan mereka. Dan Anwar berjaya kerana dia yang memutuskan siapa yang akan menjadi calon…bukan Zaid.
Semalan sepatutnya Zaid turun ke Perak untuk berjumpa pengundi di Tg. Malim, Tapah dan Teluk Intan. Tapi pagi semalam, aku dapat sms bahawa semua program Zaid di Perak dibatalkan. Dan masa tu, aku dah agak. So, aku kata…if you want to withdraw, do it now.
2.30 pagi, aku dapat sms.."Zaid tarik diri." Good!! I don't have to get involved in this sham election anymore.! Cuma aku tak boleh nak umum untuk meletak semua jawatan aku…sebab aku tak ada jawatan.
Dan satu sejarah baru akan terukir. Timbalan Presiden PKR menang dengan undi telefon.

Siasat Dulu... Dan Neutralkan PKR.

Posted: 08 Nov 2010 05:10 PM PST

Gua merasa malas nak ulas isu PKR ni... sebab takda kepentingan bagi gua dalam parti ini.. pi mampuih la... kalau nak melingkup ke.. nak tergolek ke... itu hal dalaman parti tersebut. Di sebabkan keberantakan dalaman PKR bakal mengugat perpaduan Pakatan Rakyat... itu yang membuatkan gua rasa tak syok pula, kerana kolaborasi tiga partai ini PKR, PAS dan DAP adalah satu-satunya peluang untuk menumbangkan kerajaaan barisan nasional, dan menuntut perubahan keraaaajaan.

Memandangkan teguran ikhlas para bloggers terhadap pimpinan PKR yang bertanggungjawap dalam isu Pemilihan PKR 2010 di pandang sinis dengan sikap sambil lewa tanpa sebarang komitmen untuk menyiasat segala bentuk tuduhan salahlaku dan salahurus dalam Pemilihan kali ini, maka tindakan terakhir dari calon Timbalan Presiden - Zaid Ibrahim ialah menarik diri dan meletak semua jawatan dalam parti.


Begitu juga dengan calon -
Mustaffa Kamil Ayub yang berkemungkinan besar juga akan mengikuti langkah yang sama seperti Zaid Ibrahim.

Persoalannya...??? yang harus di fikirkan dan menjadi tanda tanya ialah... Mengapa mereka mengambil tindakan Drastik ini...??? Adakah kerana hilang keyakinan dengan JPP..??? Adakah kerana hilang keyakinan dengan pimpinan atasan setelah segala laporan/tuduhan kepincangan yang berlaku tidak dipedulikan...??? Adakah kerana tidak puashati dengan keputusan undi dimana Azmin Ali sedah mendahului mereka yang membuatkan mereka cemburu dan irihati...??? Lu orang fikirlah sendiri...


Gua nak persetankan segala laporan yang telah di buat oleh team Zaid dan team Mustapha, ntah apa yang mereka laporkan tentang kepincangan yang berlaku dalam pemilihan kali ini gua pun tak tahu, cuma gua nak imbas kembali... isu yang
Haris Ibrahim kemukakan, Haris Ibrahim keluarkan isu ini pada hari Sabtu 06 November 2010 (est: 4.00pm - dalam bahasa inggeris), n3 ini di muat naik oleh UrekaAsia - pada hari yang sama (est: 7.00pm dalam bahasa melayu).

Dan lihat pula pada tarikh dan masa Setiausaha Agung PKR menjawap persoalan tersebut dan kenyataannya, iaitu pada 07 November (
MalaysianInsider : masa tidak dinyatakan), perghhh.. dalam tempoh kurang daripada 24jam, Saifudin Nasution dah boleh bagi jawapan yang boleh dikira logik juga, tetapi apabila kembali membaca segala soaljawap dalam blog Haris Ibrahim yang disertakan dengan fakta maka ada "tanda soal" pula kepada jawapan Saifudin ini.


Jika hendak berlaku ADIL dalam Parti KEADILAN Rakyat ini, sekurang-kurangnya Saifudin memberi jawapan dan komitmen "akan menyiasat perkara ini terlebih dahulu" sebelum menjawap tuduhan atau yang disifatkan sebagai kenyataan liar oleh Haris, mengapa harus terburu2 menjawap, gua rasa jika Saifudin bijak memainkan peranannya, ianya paling tidak pun akan memberi kelegaan kepada penyokong dan ahli dengan ketelusan pimpinan atasan yang di amanahkan untuk mengurus tadbir PKR dan tidak memperlihatkan sikap berat sebelah yang mengundang persepsi buruk seperti yang berlaku sekarang ini.

Gua persetankan juga apa yang di perkatakan oleh Syed Husin terhadap blogger, ada gua kisah itu semua dan gua pun nak juga dengar apa pula komen beliau terhadap
dakwaan ini. Takanlah ribut takda angin pun takda tiba2 pokok boleh bergoyang dengan sendirinya.... betul tak...??? Betulkah dakwaan undi telefonKubang Pasu... siasat beb.... jangan tak siasat.. nih... dan juga apa yang berlaku di cabang
Selagi puak2 PKR tidak dicuci daki umnoapco yang masih melekat tebal dan bermentaliti parti haramjadah umnoapco yahudi melayu laknatullah tu, selagi itu jangan bermimpilah hendak ke Putrajaya. Tak perlulah nak bercakap soal ketelusan dan keadilan, kerana cakap tak serupa bikin beb... Dan jangan disebabkan oleh masalah dalaman PKR akan mengugat serta menjejaskan keyakinan dan impian penyokong Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Barisan Nasional....

Kesimpulan mudah dalam isu ini adalah, setiap laporan kepincangan pemilihan parti PKR tidak di ambil serius dan ada sikap berat sebelah oleh pihak pengurusan parti. Contoh mudahnya sama seperti kes peguam pembunuh (kes Sosilawati), setelah empat lima laporan polis tiada tindakan di ambil dan apabila dah meletup isu besar.. yang menjejaskan imej PRDM, barulah PDRM terhegeh2 nak menyiasat mengapa tiada tindakan siasatan serta siapa dalang sebalik pembunuhan dan mengapa tiada siasatan dibuat terhadap laporan2 sebelum itu. Hinggakan isteri ahli perniagaan dari Sri Lanka datang ke malaysia semata2 nak beri kenyataan... kan gila namanya tu...


Penyelesaiannya, ambillah masa untuk menyiasat segala dakwaan dan tuduhan bagi memulihkan keyakinan ahli serta penyokong parti khususnya penyokong Pakatan Rakyat.


(Gua nak pergi Gombak Setia nak daftar nama pergi umrah, khabarnya ada orang nak sponsor... hehehe.. ini bukan rasuah tau... orang tu sebagai penaja.. ambik nama jer..., tapi yang membayarnya orang lain... beli jiwa  beb...)

PKR not affected by Zaid’s retreat, analysts say

Posted: 08 Nov 2010 05:09 PM PST

Zaid pulled out of the PKR elections and relinquished his party posts this morning. — file pic
KUALA LUMPUR, Nov 8 — PKR will not suffer noticeably from Datuk Zaid Ibrahim's decision today to withdraw from the party elections and all his party posts, analysts said. "Obviously it is going to be a negative but the fall out will be much less than speculated. I believe the party is strong enough to withstand these internal upheavals," Lim Teck Ghee told The Malaysian Insider today.
The director of the policy think tank, Centre for Policy Initiatives, added that "Zaid's support has always been amongst the English educated and liberals, and this group will be smart enough to separate the personal interests from the party's.
"I do not see them deserting the party in large numbers as a result of this."
Zaid stunned the party when he announced his decision to drop out of the deputy presidential race and resign from all party posts in his blog early this morning.
The former Umno minister cited the unwillingness of PKR's top leaders to address allegations of manipulation and untoward practices in the party's ongoing elections despite the matters being raised repeatedly, as the reason for his decision.
"I wish to announce my withdrawal as a candidate from the contest of deputy president of Parti Keadilan Rakyat and my resignation from all posts held in the party," said Zaid.
Former PKR deputy president Dr Chandra Muzaffar agreed with Lim and said the former Cabinet member's decision will not trigger a mass defection.
"Zaid's supporters will not leave the party. He had only resigned from his posts and [did] not leave the party," Chandra said, adding that Zaid's supporters will "take their cue from Zaid. It would seem for now that his supporters want to fight from within the party."
Asked if Zaid will eventually quit PKR, Lim said, "No, he will not quit PKR.  If he was going to do it, he will have done so by now. His political principles and values make him a natural leader for the PKR and the Pakatan."
Political analyst James Chin from the University of Monash said, however, that if Zaid were to withdraw his support from the party, "it would damage PKR's credibility mostly among the middle-class Chinese communities and the English educated."
Both Chin and Chandra agreed that Zaid's decision to drop out of the race and resign all party posts was probably a sign of protest.
"Allegations about malpractices in PKR have been around for some time now. Zaid's resignation from the party posts is sort of a confirmation that things are wrong in the party," Chandra told The Malaysian Insider.
"It gives the impression to the general public that things are wrong in the party," he added.
Asked what message was being sent by the former de facto law minister's decision, Chandra reiterated that it signified "there are very serious problems in PKR."
Touching on the debacle in the deputy presidency race last week, when Zaid had been said to be leading before a subsequent correction put Azmin Ali ahead, Chandra said "This will show a lot of people, especially those ardent supporters of Anwar (Ibrahim), that the man is the problem."
Azmin, who leads the now two-horse race for the deputy president's post, is said to have Datuk Seri Anwar Ibrahim's backing.
"This is what I realised in my two-and-a-half years in the party. He (Anwar) will do whatever it takes. He will make sure his favourite wins the contest," said Chandra, who stepped down as PKR deputy president and quit the party in November 2001.
"I feel sorry for Zaid that this is the tragedy about Anwar. He is a man who has no real commitment or principle," he added.

APCO sees M'sian media as gov't-controlled, like China, S'pore

Posted: 08 Nov 2010 05:02 PM PST


Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

Prime Minister Najib Razak may be paying international communications firm APCO a bomb to spruce up his image and lobby for support in Washington, but as far as the firm is concerned Malaysia is just another archaic, backward hole where Government knows best and press freedom is a figment of the imagination.

In its website http://www.apcoworldwide.com/content/services/media_relations.aspx , it lumps the Southeast Asian country in the same sorry category as notorious neighbors Singapore and China.

"There are many different media environments across Asia ranging from those still controlled by the government such as in China, Malaysia and Singapore to those which enjoy Western-style press freedoms."

This despite the fact that Malaysia is one of its best paying clients! APCO provides the Najib administration with strategic communications advice, and was accused of being the brains behind the PM's key political platform - 1Malaysia.

Refusing to sever ties despite protests from Muslims

Despite its unpopularity here, APCO is at the same time better known in Malaysia than in most parts of the United States where it is based.

Najib, Obama - the coveted handshake
In fact, for many weeks in the early part of this year, APCO dominated debates at the Malaysian Parliament. A memorandum of protest against the firm was even submitted to the King. There were also threats to lodge complaints with the Organization of Islamic Conference.

And the reasons for this brouhaha? Lawmakers from Opposition Leader Anwar Ibrahim's coalition had come across information that APCO's top management had links to the Israeli secret service.

As Malaysia is a predominantly Muslim nation, such a connection would make dealings with APCO taboo. Needless to say, Anwar and his team condemned Najib for refusing to cancel the government's contract with APCO.

"We would stress that we are not anti-Jewish in any way. But because of the Palestine issue, Malaysia's stand is that we do not recognize Israel or have any diplomatic ties with it. That was the reason for the outcry against APCO – not because of any perceived Jewishness but because of its ties to Israel and particularly its links to very sensitive Israeli institutions such as Shin Bet," MP for Batu Tian Chua told Malaysia Chronicle.

Slap in the face for Najib, tarnishing Anwar in the U.S.

But despite the uproar especially from the Malaysian Muslims, Najib refused to break off with APCO. In many ways the decision has benefited him as the firm wields considerable influence in Washington.

So far, Najib has won a coveted invitation to meet with President Barack Obama, and received a small measure of verbal support for his policies that have elsewhere been slammed as being hypocritical and shallow. However, these 'perks' come at the expense of the pride of the Muslim community in Malaysia.

One of the many protests against APCO in M'sia
There also appears to be a limit to the amount of goodwill APCO can secure for Najib despite its exorbitant charges.

During a recent visit to Kuala Lumpur, U.S. Secretary of State Hillary Clinton admitted that Washington was in regular contact with Anwar and was closely watching his sodomy trial. Anwar has accused Najib of fabricating the charges to jail him ahead of snap general elections widely expected in 2011.

Clinton's comments were a big blow to the Najib government, which frowns on official recognition for the political opposition in the country.

Meanwhile, APCO appears to have assembled a small fringe group to hit out at Anwar in America. This group has accused him of being linked to terrorist groups such as the International Institute for Islamic Thought (IIIT), which according to them was trying to turn the U.S. into a Muslim nation!

"There is belief that APCO is behind this tarring of Anwar Ibrahim. What is not clear is whether this is revenge because we had demanded that its contract be terminated, or is APCO just following Najib's orders to make things difficult for Anwar in the U.S?," said Tian.

"Whichever, APCO has shown itself to be a mercenary, an ingrate even. Despite being paid such huge sums that ultimately come from Malaysian taxpayers' pockets, it clearly considers the local media environment as being controlled by the government, and even though this is true, it is a huge slap in the face for Najib."

Anwar on Zaid, defections: We have gone through worse before

Posted: 08 Nov 2010 04:58 PM PST


Zaid, Anwar

"We have gone through worse in the past, deputy presidents, some key leaders leaving the party, we have MPs leaving before. So we do realise that we are an opposition party under siege, under fierce attack.

"We are realistic enough to accept and face the challenges. But, of course, our appeal for all to stay consolidated and remain committed to the principles of the party. You contest in any democratic elections you are bound to win, and to lose," said Anwar.


KUALA LUMPUR, Nov 8 — Datuk Seri Anwar Ibrahim demanded today that Datuk Zaid Ibrahim provide proof to his allegations of fraud in the on-going PKR party elections.

The PKR de facto leader said the party had already answered the allegations by social activist Haris Ibrahim yesterday regarding claims of vote-rigging.

"I believe the party leadership can discuss the matter further (with Zaid). We have already discussed with the secretary-general, and the issues brought forth and those in relation to blogger Haris Ibrahim have been answered and he has not responded to our answer. His allegations are wild allegations," Anwar told reporters today.

PKR has denied Haris' claims that ballot papers for the on-going party elections are available outside the polls, saying those in Haris' possession are from the previous weekend's voting.

A total of 68 divisions carried out the party's first-ever direct polls for the top leadership. Another nine divisions held theirs yesterday, with unofficial results showing Azmin Ali is now leading the pack for the party deputy presidency with 4,146 votes against Zaid's 3,402 and Mustafa Kamil Ayub's 1,189.

Anwar also reminded Zaid that any form of unfavourable results in the on-going elections should not undermine one's "commitment" towards the party's struggles.

Anwar said he had not received any formal notification from Zaid concerning his decision to withdraw from the party polls and posts.

"We have not received anything… no no… if I may offer my advice, in my point of view this (PKR elections) is only a normal competition, it should not affect one's commitment to the struggles of the party.

"As of right now, there is no meeting needed on Zaid's resignation," Anwar said.

Zaid dropped a bombshell this morning when he announced that he had decided to pull out from the fractious three-cornered race, blaming the party leadership for condoning electoral fraud and election malpractices.

He also resigned from all party posts, including his positions as PKR Federal Territories chief, PKR Wangsa Maju division chief and PKR political bureau member.

Amid the uproar his announcement had caused, Zaid maintained today that he would not back down from his decision and continued to voice disappointment over the party's failure to address his concerns.

Anwar claimed today that Zaid's withdrawal could have been an "early reaction" caused by the results of the Sabah PKR elections over the weekend where the former Umno law minister lost out to Azmin.

"Of course, the feeling is that we need the contribution and participation of all leaders including Zaid. But at the same time, I want to remind that you come in to support the principles of the struggle. (When) you allege a specific allegation, I ask the secretary-general whether there is evidence to the allegation. If there is we will immediately ask the elections committee and the disciplinary committee to take action," Anwar said.

Asked whether Zaid's actions would be a big loss to the party, Anwar said PKR has gone through "worse" ordeals before.

"We have gone through worse in the past, deputy presidents, some key leaders leaving the party, we have MPs leaving before. So we do realise that we are an opposition party under siege, under fierce attack.

"We are realistic enough to accept and face the challenges. But, of course, our appeal for all to stay consolidated and remain committed to the principles of the party. You contest in any democratic elections you are bound to win, and to lose," said Anwar. 

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 09 Nov 2010 01:04 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Sembang Santai

Posted: 08 Nov 2010 06:42 PM PST

Assalamua'laikum w.b.t.

Genap sebulan saya bekerja di tempat baru, banyak ilmu dan pengalaman baru yang diperoleh. Sungguh, ilmu Allah itu maha luas dan jika air di lautan dijadikan dakwat sedang pohon-pohon di bumi dijadikan pena, kemudian dengannya dituliskan ilmu Allah nescaya tidak akan habis ilmu Allah walaupun air di lautan ditambah dengan kuantiti yang sebanyak atau lebih dari air laut sebelumnya. Namun, harus kita sentiasa sedar bahwa ilmu yang dimiliki kita adalah milik Allah secara mutlak. Justeru, hiduplah untuk memberi kerana dengannya hidup akan lebih bererti.

Orang yang memberi itu orang yang kaya. Mana mungkin kita akan mampu untuk memberi jika kita tidak memiliki apa-apa. Siapa yang lebih pintar, dia akan lebih banyak memberi. Sedang orang yang tidak memberi, petanda dia tidak memiliki apa-apa. Ilmu itu semakin diajarkan semakin ia bertambah, berlawanan pula dengan harta yang jika diberi lebih-lebih lagi jika bukan kerana Allah nescaya ia akan berkurang. Teringat saya kepada ungkapan Saidina Ali karamallahu wajahah, jika kita memiliki harta, kita yang akan menjaganya, sedang jika memiliki ilmu, ilmu akan menjaga kita.

Di tempat kerja, saya bergaul dengan rakan dan pekerja dari latar belakang yang berbeza. Kebanyakan dari mereka tidak bersekolah atau hanya menamatkan pelajaran di peringkat sekolah menengah. Namun, ada juga seorang dua dari pekerja ini yang berpelajaran tinggi. Apa yang menarik tentang mereka adalah mereka kaya dengan ilmu yang mereka pelajari melalui pengalaman dan pemerhatian sehari-hari. Bahkan boleh saya katakan ilmu dan kemahiran mereka setanding golongan profesional. Lebih menarik lagi, tidak seorang pun dari kalangan mereka yang kedekut untuk berkongsi ilmu mereka. Tanyakan apa sahaja, segala yang mereka ketahui akan dikongsikan. Sambil kami bekerja, mereka akan mengajarkan kepada saya itu dan ini, begitu dan begini berkaitan kerja yang sedang kami lakukan. Apabila tiba waktu rehat dan kami berehat bersama-sama, mereka akan berkongsi pula ilmu tentang hidup. Bagaimana suasana masyarakat mereka, pengalaman hidup meraka dan banyak lagi. Sememangnya erti hidup ini pada memberi. Semakin banyak yang kita berikan semakin indah dan bermakna hidup kita.

Sebagai orang baru, sudah tentu banyak yang perlu saya pelajari untuk memahami selok-belok di tempat kerja. Mereka ini sekalipun hanya tukang kayu, tukang ikat batu bata atau tukang besi, mereka adalah guru terbaik bagi saya kerana mereka mengajar dengan ikhlas dan nilai kualiti ilmu yang mereka peroleh dari pengalaman kerja puluhan tahun. Teringat pula saya kepada kisah Imam Al-Ghazali yang sanggup merendah diri pergi menuntut ilmu kepada penjual daging di pasar. Sememangnya sifat ilmu itu dicari bukan ia yang mencari. Yang memiliki wajib memberi, yang tiada wajib mencari.

Begitulah hidup, orang yang berilmu akan sentiasa diterima masyarakat, orang yang berilmu sentiasa dekat dengan penciptanya. Jika mampu, jadilah kita orang alim yang kaya dengan ilmu dan mampu pula mengajarkan ilmunya. Atau jika tidak, jadilah seorang penuntut ilmu yang istiqamah belajar dan melaksanakan ilmunya. Atau jika tidak, jadilah kita seorang pendengar ilmu yang setia. Atau jika masih tidak mampu, cukuplah kita menjadi pencinta ilmu. Semoga dengan ilmu ini akan lebih mengangkat wibawa kita sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini.

Wallahu a'lam.

.: abu uwais :.

PEMUDA PAS DUN KIJAL

Posted: 09 Nov 2010 12:07 PM PST

PEMUDA PAS DUN KIJAL


Ceramah

Posted: 08 Nov 2010 08:20 PM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 09 Nov 2010 11:47 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


MenGALAS Perjuangan yang Masih Jauh

Posted: 08 Nov 2010 07:18 PM PST

Nasaruddin Hassan Tantawi

1. Keputusan pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi sedikit sebanyak membuatkan kita sedih apabila keputusannya tidak berpihak kepada kita [ Pakatan Rakyat ] di saat kita sangat dambakan kemenangan ke atas Barisan Nasional .

2. Namun kita tidak boleh berputus asa , jauh sekali untuk kecewa dengan perjuangan yang kita dokong setelah kita yakin bahawa perjuangan ini adalah benar dan suci . Justeru keputusan pilihanraya yang tidak berpihak kepada kita bukan bererti kita kalah atau menyerah kalah

3. Sebaliknya kekalahan kita dalam pilihanraya kecil baru - baru ini membangkitkan kembali semangat untuk terus berjuang dengan memperbaiki segala kelemahan dan membetulkan segala kesilapan .

4. Sewajarnya kita bersikap positif dan senantiasa optimis terhadap masa depan perjuangan Islam yang kita dokong ini. Tanpa perlu kita saling tuding menuding atau salah menyalah antara satu sama lain , sebaliknya kenal pasti kelemahan dan kekurangan yang perlu diperkasa dan diberi nilai tambah untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang .

5. Kita selamanya tidak boleh bergantung kepada kelemahan musuh untuk mencipta kemenangan bahkan kita mesti miliki keupayaan sendiri untuk melakar peta kemenangan dan tentunya kita mempunyai keistemewaan tersendiri sebagai sebuah Gerakan Islam untuk mencapai matlamat perjuangan ini.

6. Tanpa memandang rendah pada tahap kekuatan dan kemampuan Barisan Nasional , kita jangan hanya menuding punca kekalahan dalam pilihanraya kepada mereka  , kerana sifat mereka sebagai musuh politik kita , pastinya mereka akan melakukan apa sahaja demi mencapai kemenangan .

7. Persoalannya kenapa kita boleh dikalahkan oleh mereka sedang mereka juga boleh dikalahkan oleh kita. Sebagai contoh , pasca pilihanraya umum yang lalu [ 2008 ] , kita telah melalui 13 kali pilihanraya kecil dan kita Pakatan Rakyat memenangi 8 daripadanya iaitu Permatang Pauh , Penanti , Permatang Pasir , Bukit Gantang , Bukit Selambau , Kuala Terengganu , Manek Urai dan Sibu . Sementara Barisan Nasional menang 5 kerusi iaitu di Batang Ai , Bagan Pinang , Hulu Selangor , Batu Sapi dan Galas .

8. Senario pilihanraya kecil ini menyaksikan masing - masing parti mempertahankan kerusi  yang telah di menangi masing - masing dalam pilihanraya umum kecuali kerusi Hulu Selangor dan Galas berjaya dirampas oleh Barisan Nasional sementara kerusi  Kuala Terengganu dan Sibu berjaya dirampas oleh Pakatan Rakyat .

9. Realiti ini menunjukkan kedua - kedua parti tidak boleh berasa selesa dengan kemenangan yang dicapai apalagi untuk angkuh dan congkak dengan sokongan yang diperolehi , kerana politik moden hari ini jelas menunjukkan bahawa , sesebuah parti kini boleh menang dan boleh kalah dengan mudah . Bukan sahaja kerusi tetapi juga kerajaan . Buat masa ini secara realitinya telah  ada 5 buah negeri yang mengalami pertukaran kerajaan malah kerajaan persekutuan juga hampir bertukar tangan apabila kini telah hilang majoriti dua pertiga . Termasuklah kerusi - kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan yang majoritinya beralih tangan kepada Pakatan Rakyat .

10. Ini adalah fakta yang mesti diinsafi oleh semua termasuk kita , walaupun kita telah berjaya mengekalkan kerajaan di Kelantan selama 20 tahun . Tempoh yang dipertahankan ini bukan untuk dibangga jauh sekali untuk berasa angkuh dan sombong , tetapi ianya diraikan untuk menimbulkan rasa syukur dan insaf betapa besarnya amanah dan tanggungjawab yang terpaksa dipikul sebagaimana ia dirasai pada hari pertama kita mengambil alih pemerintahan di Kelantan pada 1990 yang lalu.

11. Kita kalah di Galas dan Batu Sapi saat kita sedang siap menghadapi pilihanraya Sarawak dan juga pilihanraya umum kelak . Saya kira tidak perlu kita ratapi kekalahan yang diterima kerana ia tidak mungkin lagi merubah keputusan , sebaliknya fokus kepada persiapan strategik untuk memenangi pilihanraya umum ke 13 . Post Mortem yang  teliti , benar dan jujur mesti dibentang untuk memastikan pergerakkan kita dihari esok berjalan lancar sebagaimana dirancang .

12. Usah kita berasa malu dan hina untuk mengakui kelemahan justeru ia tidak menghilangkan sedikit pun kemuliaan kita asal sahaja kita bermaksud lurus dan ikhlas. Malah ini bukan masanya kita mahu menilik "hidung tinggi" dan menggilap "kasut kilat" sebaliknya ini adalah detik dan ketikanya kita merendah diri , mengakui kelemahan , bersedia ditegur dan dimuhasabah serta apa yang paling penting ialah sedia berubah ke arah yang lebih baik .

13. Kita juga mesti realistik . Elakkan sentimen dalam membaca situasi dan jauhi emosional dalam merangka strategi. Mesyuaratlah dengan hati yang damai dan jiwa yang tenang tanpa pra sangka. Bawa jiwa yang setia pada jamaah dan wala' pada perjuangan Islam yang didokong. Bajai ukhuwwah dan rapatkan saff kita . Akur pada fakta dan bertindak dengan bijak berasaskan keputusan jamaei .

14. Sayugianya kita insaf bahawa kemenangan adalah kekal milik Allah swt. Allah jua lah yang akan menganugerahkan kemenangan tersebut . Apa yang kita mahu ialah kemenangan yang dikurniakan secara redha kepada kita bukan kemenangan yang diberi secara istidraj [ beri dalam murka ] .

15. Kekalahan kita di Galas dan Batu Sapi bukan pengalaman pertama yang dialami oleh parti tetapi sejak tahun 51 , entah berapa kali parti kalah namun tidak pernah pula generasi terdahulu patah hati dan semangat dalam meneruskan perjuangan sehinggalah ia diwariskan kepada kita hari ini . Ingatlah perjuangan ini tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak diasaskan pada hari ini . Bukan kita yang memulakan perjuangan ini , maka demikian juga bukan kita  yang akan mengakhiri perjuangan ini .

Terengganu Hebat!.. Penagih Dadah Meningkat 113.29 peratus

Posted: 08 Nov 2010 07:05 PM PST

Bendahari PAS Terengganu-Muhyidin Abdul Rashid…kegagalan kerajaan.
HULU TERENGGANU: Pemangku Ketua Pegawai AADK Hulu Terengganu, Encik Anwar Hamid mendedahkan jumlah penagihan dadah di daerah Hulu Terengganu bagi tahun 2010 meningkat sebanyak 113.29 peratus berbanding tahun 2009 lalu.

Menurutnya, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Hulu Terengganu telah mencatatkan seramai 305 penagih didaftarkan bagi tempoh yang sama antara Januari hingga September tahun ini.

Ianya, kata beliau membabitkan penagih baru, berulang yang menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu yang direkodkan seramai 143 penagih bagi tempoh yang sama.

"Perbandingan tahun lalu untuk tempoh sama dari Januari hingga September menunjukkan berlaku peningkatan sebanyak 113.29 peratus.

"Tahun lalu, seramai 143 penagih dan tahun ini bagi tempoh yang sama seramai 305 penagih dan ini bukan perkembangan positif khususnya untuk masyarakat di daerah ini," jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Penutup Sayangi Rakyat Bersama Ahli Parlimen Hulu Terengganu dan AADK Daerah Hulu Terengganu, di Sekolah Kebangsaan Pasir Tinggi, pada 31 Oktober lalu.

Malah, kata Anwar majoriti individu terbabit dalam penyalahgunaan dadah tersebut adalah di kalangan belia berumur antara 20 hingga 40 tahun.

Menurutnya, gejala penyalahgunaan dadah tersebut juga banyak berlaku di kawasan Felda yang melibatkan anak-anak peneroka sendiri.

Sementara itu, Bendahari PAS Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid menyifatkan laporan peningkatan jumlah penagihan dadah di daerah ini membimbangkan.

Ini kerana, katanya kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu gagal mengawal serta mendidik rakyat.

Menurutnya, kegagalan kerajaan negeri menyediakan peluang pekerjaan sebagaimana dijanjikan menyebabkan anak-anak muda hilang kawalan.

"Kita rasa cukup bimbang dan menakutkan apabila laporan AADK mendedahkan berlaku peningkatan 113.29 peratus jumlah penagihan dadah di Hulu Terengganu ini.

"Saya lihat kegagalan kerajaan negeri menyediakan peluang pekerjaan seperti yang pernah dijanjikan antara punca dan penyebab gejala itu.

"Mereka (BN) telah gagal untuk kawal dan didik rakyat terutama anak-anak muda dengan baik dan berkesan," ujarnya.

Beliau yang juga mantan Ahli Parlimen Hulu Terengganu menyarankan agar rakyat terutama di kalangan ibubapa berhemah ketika memilih sesebuah kerajaan dalam pilihan raya.

Katanya, sebuah kerajaan yang rasuah, menyeleweng serta khianat terhadap harta rakyat seperti Umno-BN tidak wajar lagi diberi mandat memerintah negeri.

Menurutnya, masalah gejala dadah merupakan tanggungjawab semua pihak termasuk ibubapa, pimpinan masyarakat dan kerajaan.

Tambah Muhyidin lagi, peranan kerajaan lebih diutamakan kerana mempunyai pelbagai sumber dan kewangan bagi menanganinya.

Dupahang's Weblog

Posted: 09 Nov 2010 11:32 AM PST

Dupahang's Weblog


Zaid Ibrahim sertai PAS atau DAP?

Posted: 09 Nov 2010 08:28 AM PST

Tindakan Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan penarikan diri daripada persaingan merebut jawatan timbalan presiden PKR telah mencetuskan satu kegemparan, yang sebenarnya tidak terlalu mengejutkan.  Tindakan yang dibuat susulan kekecohan berhubung pertikaian pengundian dalam pemilihan PKR dan selepas peguam Haris Ibrahim mendakwa berlaku kepincangan dalam proses pengundian itu merupakan satu tamparan kepada PKR. Kenyataan Zaid sendiri mengaitkan [...]

Saifuddin Cuba Memperbodohkan Ahli PKR

Posted: 09 Nov 2010 07:13 AM PST

Oleh http://greenboc.blogspot.com Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata setakat ini hanya enam aduan rasmi diterima berhubung perjalanan pemilihan pimpinan tertinggi PKR.  Sekali gus, beliau menyisihkan dakwaan dua calon timbalan presiden, Datuk Zaid Ibrahim dan Mustaffa Kamil Ayub sebelum ini bahawa lebih banyak aduan dibuat terhadap perjalanan pemilihan PKR. “Di tengah hiruk pikuk ini, jawatankuasa [...]

Bekas Calon PKR , Umumkan Keluar PKR

Posted: 09 Nov 2010 07:08 AM PST

Lepas sorang..sorang tinggalkan PKR. Apa dah jadi parti ini. Kali ini giliran bekas calon PKR Dun Kemayan, Bera, Pahang iaitu Saudara Mohd Shukri Jamaluddin, 39 telah umumkan keluar PKR dua jam yang lalu. Beliau yang juga blogger popular, Cucu Mat kilau (CMK) nekad untuk tinggalkan PKR setelah parti itu sudah menyimpang daripada perjuangan asal mereka. [...]

Fahami antara politik dan berpolitik

Posted: 09 Nov 2010 07:01 AM PST

Oleh ; Cegu Zul Berpolitik dan mengendalikan parti politik bukannya mudah. Dua perkara tersebut amat berbeda. Justeru berpolitik dan mengendalikan parti politik adalah melibatkan orang. Terkini adalah kecoh berkenaan pemilihan PKR. Yang dikecohkan pemilihan terkecoh adalah bukan keseluruhan jawatan, tetapi cuma melibatkan jawatan Timbalan Presiden. Pemilihan tersebut tertumpu kepada 2 figure besar dalam PKR iaitu [...]

Mengapa PAS Kalah Di Galas -SU Politik MB K’tan

Posted: 08 Nov 2010 06:57 PM PST

PILIHAN raya kecil (PRK) N.45 Galas sudah berlaku pada 4 November lalu. Kekosongan kerusi yang berlaku sejak 27 September 2010 sudah diisi oleh seorang wakil rakyat dari Barisan Nasional (BN). Proses pengisiannya berlaku melalui pengundian yang tidak menyebelahi PAS. Kesannya membawa kemerosotan pencapaian PAS yang lebih teruk daripada pilihan raya kecil Manek Urai pada Julai [...]

Penarikbeca menajam pena, hentak PAS: PAS, please dont tag along idiotically

Posted: 08 Nov 2010 06:48 PM PST

http://sanggahtoksago.blogspot.com/ Penarik Beca menulis agak menusuk juga dalam postingnya. Mengulas tentang kekalahan PAS di galas >> Dalam postingnya bertajuk “Setelah Galas, jangan malas,” Dato’ Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz menyatakan: Maka persoalan yang harus di pertimbangkan oleh Mustapha ialah adakah puak Umno sanggup mengulangi cara kempen di Galas? Apakah cara kempennya? Cara yang lebih subdued dan [...]

Batu Gajah Mari

Posted: 09 Nov 2010 11:29 AM PST

Batu Gajah Mari


Surat terbuka untuk Dato' Seri Anwar Ibrahim

Posted: 09 Nov 2010 05:30 AM PST

Saya baru sahaja membaca kenyataan YB DSAI bahawa kenyataan menyuruh beliau berundur adalah satu perancangan. Ini rentetan Dato Zaid Ibrahim yang membuat gesaan yang sama. DSAI menyatakan bahawa saya juga telah digunakan oleh Utusan. Walaupun, pada awalnya saya berniat tidak mahu lagi menyentuh isu ini, tetapi perkataan 'digunakan' itu agak berat. Izinkan saya menyebut beberapa perkara;

1. Untuk pengetahuan DSAI, secara peribadi saya tidak memusuhi DS. Bahkan saya simpati dengan keadaan beliau sekarang. DS sendiri tahu adanya persahabatan yang baik antara pihak saya dan DS. Kenyataan saya tidak menyebut isu peribadi DS. Kenyataan saya hanya tentang soal keberkesanan pembangkang dan memastikan keseimbangan politik antara kerajaan dan pembangkang.

2. DSAI, biasanya apabila saya ingin melontarkan pandangan politik yang besar, saya akan merujuk terlebih dahulu kepada beberapa orang 'pemikir politik' yang –bagi saya- tajam dan kritis. Mereka akan memberi pandangan balas. Mereka ini sebahagian 'tidak mesra kerajaan' dan sebahagiannya neutral. Tapi dalam isu 'pengunduran DSAI', saya tidak merujuk kepada sesiapa. Saya hanya berpada dengan pemerhatian dan kajian umum saya. Ya, setiap kita di samping apa yang kita faham, kita juga mungkin mempunyai 'instinct' tersendiri dalam mengagak sesuatu perkara. Saya sendiri agak ragu-ragu sebelum kenyataan itu saya minta moderator saya siarkan dalam Minda Tajdid. Pada awal moderator Minda Tajdid sendiri pun risau. Saya minta siarkan kerana tiada isu peribadi, ia hanya pandangan tentang politik Malaysia. Maksud saya, tiada siapa gunakan saya ketika kenyataan ini keluar.

3. Seperti yang pihak Utusan laporkan, mereka memetik dari website saya. Mereka tidak mengambil kenyataan itu dari mulut saya. Mereka memetiknya dari kenyataan yang disiarkan dalam website saya. Petikan mereka juga tepat, cuma tajuk agak 'garang'. Bukan kenyataan exclusive untuk mereka. Sebaliknya, Malaysian Insider dan Malaysiakini mendapatkannya secara langsung dari saya. Maka, tiada perancangan antara saya dan Utusan.

4. Saya pun tidak tahu bahawa Dato Zaid Ibrahim dan Saudara Mustafa Kamil Ayyub akan membuat tindakan dan kenyataan yang seperti itu. Hal itu berlaku selepas beberapa hari dari kenyataan saya. Tentunya, saya tidak berada di belakang mereka.

5. Jasa, sumbangan dan kesan DSAI dalam bidang politik akan tetap dikenang dan menjadi sejarah tanahair. Di sudut pemikiran Islam, DSAI jauh lebih luas dari banyak pihak. Dari sudut pidato, DSAI masih mantap. Dari sudut umur, DSAI belum terlalu tua dalam politik. Namun, bagi saya jangka hayat politik seseorang bukan sahaja faktor umur dan pidato, banyak lagi persoalan lain yang wajar diambil kira. Salah satu unsur yang penting; kemampuan mengendali rakyat bawahan dan kemampuan mempengaruhi rakyat tentang idea yang dibawa. Jika hal itu mula merosot, maka tahap politik seseorang juga hakikatnya mula merosot. Jika itu dapat ditingkat, atau dipertahankan, bererti kemampuan kepimpinan seseorang masih utuh.

6. Kita tetap memerlukan pembangkang yang kuat dan berkesan dalam negara ini. Jika mereka hendak menjadi kerajaan alternative pun, mereka mestilah jadi lebih baik, terurus, meyakinkan dan berkualiti. Itulah harapan rakyat marhaen seperti saya.

7. Apapun, saya tetap bersimpati dengan pergolakan akhir PKR, parti DSAI. Namun, hal ini memang boleh dijangkakan oleh ramai pemerhati dari awal lagi. Bukanlah hak saya mencampuri parti DSAI. Tetapi hak saya memberikan harapan atau pandangan kepada Ketua Kerajaan dan Ketua Pembangkang kerana mereka mendapat peruntukan negara dan mereka penentu masa depan rakyat.

8. Apa yang berlaku, anggaplah itu pendapat saya secara peribadi. Bukan pandangan hukum, bukan juga satu paksaan. Pandangan yang boleh diterima dan ditolak. Bak kata YB Nurul Izzah, biarlah rakyat dan parti yang menentukan. Pandangan insan terdedah kepada salah dan silap. Apatahlagi pandangan insan kerdil seperti saya. Namun, masa yang berjalan dan peristiwa yang bakal terjadi akan memperlihatkan sejauh manakah kebenaran sesuatu andaian atau ramalan. Jika satu hari DSAI dapat bukti saya silap dalam andaian tersebut, maka rakyat tahu saya membuat andaian yang tidak tepat dan dengan redhanya saya akan berkata 'andaian saya salah!'. Jika sebaliknya, maka jawapannya pun sebaliknya.

9. Sebagai muslim, apa yang penting bagi saya, hubungan ukhuwwah islamiyyah antara saya dan DSAI harap tidak terputus. Politik kepartian boleh datang dan pergi, namun hati nurani Islam kita mesti kekal abadi. Saya telah sms secara peribadi kepada DSAI, agar tidak rosak hubungan Islamiyyah ini. Pandangan saya hanya untuk renungan politik, bukan isu peribadi. Justeru, sebagai saudara muslim, saya sekali lagi –seperti kenyataan awal- pohon kemaafan atas pandangan tersebut. Namun saya masih mempercayai pandangan itu ada kebenarannya, melainkan Allah S.W.T mendatangkan hal yang sebaliknya. DIA Maha Mengetahui segalanya.

Dengan ini, saya harap kenyataan media DSAI itu dapat dilihat sekali lagi. Apa pun, sekali lagi saya ingin maklum kepada DSAI, Alhamdulillah, tiada siapa yang menggunakan saya dan kita tetap saudara muslim. Wassalam.

Mohd Asri Zainul Abidin
9 Nov 2010, 3.30 p.m

Woi Zambry!! Kalau berani meh la bersemuka

Posted: 09 Nov 2010 12:01 AM PST

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs960.snc4/75362_170778256281436_100000477873427_511191_5486806_n.jpg


Pemuda Pas sedia semuka MB


IPOH - Dewan Pemuda Pas Negeri bersedia bersemuka dengan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bagi menjelaskan dakwaan mereka kepada Timbalan Pesuruhjaya Satu, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin.

Setiausahanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, pihaknya bersedia menerima cabaran menjelaskan pendirian mereka tetapi mesti dilakukan dalam satu pentas terbuka.

Menurutnya, ia memberi peluang kepada rakyat memahami dan menilai isu yang cuba diselewengkan oleh Barisan Nasional (BN).

"Pihak kami juga bersedia untuk menjelaskan dakwaan bahawa tindakan Dr Zambry jelas mendukung amalan syirik yang bertentangan dengan ajaran Islam. Pihak kami menantikan persetujuan pihak Dr Zambry bagi menetapkan apa sahaja kaedah pentas tersebut dan sesuai dengan masanya.

"Sekiranya MB gagal memberikan sebarang maklum balas, ini bermakna Dr Zambry bersetuju dengan dakwaan kami namun, masih mempertahankan perbuatan yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar dan jelas lari dari akidah Islam," katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

31 Oktober lalu, Dr Zambry meminta pendirian Pemuda Pas berhubung perbuatan Mohamad Nizar yang berpakaian serba hitam memegang sebatang lilin menyala bertafakur dalam majlis memperingati mendiang Teoh Beng Hock 17 Julai tahun lalu di Wisma DAP.sinar

Bersahabat dengan DAP bukan bebanan

Posted: 08 Nov 2010 10:58 PM PST

Harakahdaily

Walaupun calon kedua-dua parti dalam Pakatan Rakyat di Batu Sapi, Sabah dan Galas, Kelantan kalah, namun ada sesuatu yang sangat memberansangkan bahawa ketiga-tiga parti dalam Pakatan tersebut terus berpadu erat bahkan semakin kukuh.

Tidak ada sebarang perpecahan di kalangan mereka, walaupun pihak musuh politik Pakatan Rakyat berhempas pulas melaga-lagakan antara PAS dan DAP serta PKR dengan melancarkan kempen berterusan bahawa kononnya PAS diperalat oleh DAP dengan tujuan mereka supaya orang Melayu tidak menyokong PAS.

Ternyata kempen fitnah ini tidak berjaya, bahkan terbukti ketiga-tiga parti ini berpadu tenaga, bersama-sama berkempen baik di Galas mahupun di Batu Sapi.


Ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat telah membanjiri sekitar Ga
las dan Batu Sapi di hari penamaan calon - menjadikan jumlah penyokong Pakatan Rakyat di kedua-dua tempat itu mencecah lebih 10,000 orang.

Kerjasama erat penyokong ketiga-tiga parti berterusan sepanjang kempen hingga menjelang hari mengundi, bahkan pada hari mengundi pendukung ketiga-tiga parti ikut sama dalam gelombang memberikan semangat, bahkan bersama merayu undi dengan penuh riang ceria.

Walaupun BN menang di dua kawasan itu, namun sudah tentu ada rasa kekecewaan di kalangan pemimpin Barisan Nasional apabila melihat tidak ada perpecahan di kalangan Pakatan Rakyat.

Inilah sebenarnya kekuatan Pakatan Rakyat yang tidak mudah tergugat walaupun menghadapi pelbagai cabaran berat. Kekuatan ini dibina hasil dari semangat setiakawan di kalangan warga Pakatan Rakyat sendiri.


Di semua pentas kempen ceramah, baik di Batu Sapi mahupun di Galas, sentiasa disertai oleh pemimpin PAS, DAP dan PKR, sementara di peringkat lapangan – di ground lavel – petugas ketiga-tiga parti saling bekerjasama erat, mengambil peranan dan tugas masing-masing.

Ini bermakna tahaluf-siasi – kesepakatan parti politik dalam Pakatan Rakyat -benar-benar terlaksana bukan saja di peringkat pimpinan bahkan
di semua peringkat. Justru jika momentum kesepakatan ini dapat dikekalkan maka ia akan benar-benar menjadi kekuatan Pakatan Rakyat untuk menghadapi PRU Ke-13 nanti.

Dengan adanya persepakatan dalam Pakatan Rakyat ini tentu sekali menjadi bukti bahawa Pakatan Rakyat telah berjaya meruntuhkan tembok perkauman, sekurang-kurangnya di kalangan penyokong Pakatan Rakyat.

Di peti undi di mana majoriti kalangan pengundi Cin, umpamanya di ka
mpung baru Cina, DAP ke depan dalam berkempen dengan dibantu oleh petugas PAS dan PKR. Mereka bertugas dengan penuh gigih dan ceria dengan sambutan meriah dari rakyat.

Begitu juga di kawasan penduduk Melayu, PAS dan PKR ke depan dengan dibantu oleh petugas DAP di mana sambutan begitu menggalakkan. Benar ada terdapat di mana pengundi Cina memberi sokongan lebih kepada BN disebabkan isu tertentu, tetapi hal ini hanya berlaku di tempat tertentu, tidak pada keseluruhan kawasan pengundi Cina.

Demikian juga di kawasan Orang Asli di mana isu pengambilan tanah m
ereka menyebabkan ramai Orang Asli menyokong BN.

Namun begitu, pada keseluruhannya sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat tetap utuh. Dengan kukuhnya kesepakatan PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat maka tidak benar dakwaan musuh Pakatan Rakyat bahawa kononnya PAS menanggung beban berat kerana bersahabat dengan DAP.

Dakwaan ini semata-mata dengan niat politik mereka supaya PAS menarik diri dari Pakatan Rakyat dan berjuang sendiri yang akhirnya membuka peluang untuk bekerjasama dengan Umno.

Saya yakin, dengan keputusan tiga Muktamar Tahunan PAS – di Ipoh, Shah Alam dan Kota Bharu tidak lama dulu - PAS tidak akan berjuang bersendirian, bahkan akan terus bersama Pakatan Rakyat.

Dengan itu, cita-cita pihak musuh Pakatan Rakyat dan golongan yang sealiran fikiran dengan mereka untuk melihat perpecahan dalam Pakatan Rakyat, tidak akan berlaku dengan izin Allah s.w.t.

Ternyata persahabatan PAS dengan DAP dan PKR memberi peluang luas kepada PAS untuk menerangkan dasar Islam, khususnya mengenai keadilan Islam kepada orang bukan Islam umumnya, khususnya di kalangan DAP.

Dengan keterbukaan PAS ini orang bukan Islam, khususnya di dalam DAP, tidak lagi menganggap PAS sebagai 'musuh' yang menakutkan, tetapi sebagai sahabat yang wajar didekati, ramah dan penuh pengertian.

Lebih dari itu mereka mengkagumi akhlak pendukung PAS yang berjuang dengan penuh ikhlas dan bersikap amanah. Ini mesej Islam yang telah berjaya disampaikan oleh PAS kepada masyarakat umum, khususnya bukan Islam.

Justru persahabatan PAS dengan DAP dan PKR bukanlah suatu beban kepada PAS seperti yang didakwa oleh musuh Pakatan.

Sementara itu, dalam masa yang sama perhatian PAS kepada pengundi Melayu sama sekali tidak berkurangan sedikitpun, malah kekal seperti sediakala, justru tidak ada sebab untuk dibimbangkan.

Oleh itu, apa yang penting sekarang bagi Pakatan Rakyat ialah membuat persiapan secukupnya untuk menghadapi PRU Ke-13 dengan membuktikan Pakatan Rakyat terus utuh. Penerangan mengenai perjuangan Pakatan mesti disebarluaskan supaya semua rakyat mengetahui kebaikan Pakatan Rakyat.

Apa terjadi dengan PKR??

Posted: 08 Nov 2010 10:13 PM PST

Zaid Ibrahim bersama para penyokongnya selepas sidang media di rumahnya di Petaling Jaya hari ini. — Gambar oleh Jack Ooi
PETALING JAYA, 9 Nov — Datuk Zaid Ibrahim, yang semalam mengejutkan ramai dengan melepaskan semua jawatan dalam PKR dan menarik diri daripada bertanding timbalan presiden, hari ini mendesak Azmin Ali dan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar melepaskan kepimpinan parti.
Pada sidang media di rumahnya pagi ini yang menjadi tumpuan wartawan, bekas menteri itu menyalahkan kedua-dua Azmin dan Anwar berhubung penyelewengan dan penipuan dalam proses pemilihan yang sedang berlangsung.
"Saya ingin berkata, jika mahu PKR bergerak ke depan, Anwar dan Azmin mesti pergi (tinggalkan parti)... kerana mereka adalah punca (kepada kesemua) masalah," kata Zaid.
Kini, Anwar merupakan penasihat PKR manakala Azmin, salah seorang naib presiden, bertanding jawatan timbalan presiden.

DUN Lembah Jaya

Posted: 09 Nov 2010 11:19 AM PST

DUN Lembah Jaya


YB Hj Khasim Rai Majlis Sumbangan Deepavali Kaum India Ampang Campuran

Posted: 09 Nov 2010 02:35 AM PST


7 November 2010, Ampang Campuran - Di samping dentuman mercun yang bersahut-sahutan menandakan kegembiraan masyarakat kaum India menyambut Deepavali, ada di kalangan mereka yang kurang bernasib baik meraikannya ala kadar sahaja ekoran dari pelbagai sebab. Antaranya mempunyai anak yang ramai sedangkan pendapatan mereka terhad. Ada yang hilang punca pendapatan kerana kematian suami dan sebagainya.

Menyedari hakikat itu, JKKK Ampang Campuran dengan kerjasama DUN Lembah Jaya mengambil peluang membantu bagi meringankan beban mereka dengan menghulurkan sedikit bantuan berupa keperluan asas seperti beras, minyak masak dan lain-lain. Seramai kira-kira 30 orang layak menerima bantuan tersebut telah hadir. Sumbangan disampaikan oleh YB Khasim, Ketua Kampung Ampang Campuran serta wakil JKKK Kg. Baru Ampang. Majlis turut dihadiri oleh Cikgu Subra dan Encik Ravindrannathan.



Ada cerita menarik ke? :D


Pengarah Program, Puan Hjh Rohainah Hj Hasan


Cikgu Subra menterjemahkan ucapan Hjh Rohainah dan YB Khasim

Sumbangan sebelum diagihkan





YB Khasim menerima cenderahati daripada Puan Norsham

En. Ravi (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Cikgu Subra

Tuan Hj Saleh (kiri) dan wakil JKKK Kg. Baru Ampang

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 09 Nov 2010 09:30 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


Mat Said ‘bohong’ lagi kerana nama?

Posted: 09 Nov 2010 09:24 AM PST

Kuala Terengganu : Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said dilaporkan sanggup membohongi rakyat Terengganu dan Malaysia amnya, dengan program berkhatam al-Quran beramai-ramai hingga memecah rekod Negara dan dunia.

Kononnya, ramailah anak-anak Terengganu ini berkhatam al-Quran hingga dalam satu masa mencecah hampir 17,000 orang diadakan serentak.

Skuad Buletin, bukan cuba menafikan tanpa sebab tetapi didedahkan maklumat ini oleh para guru dan murid-murid sendiri yang terlibat dengan majlis khatam Quran itu.

Ianya, dibuat semata-mata inginkan nama tercatat dalam Malaysia Book of Records sebagaimana yang pernah dibuat oleh mantan Menteri Besarnya, Dato' Seri Idris Jusoh.

Hari ini, MB Mat Said juga meraikan kejayaannya apabila menjadi negeri pertama perkenalkan khatam al-Quran menggunakan buku elektronik atau e-Book yang diagihkan kepada para pelajar tahun enam sejak dua tahun lalu.

Sekaligus, katanya tercatatlah dalam Malaysia Book of Records program tersebut berlangsung serentak di seluruh daerah di negeri ini menyaksikan seramai 2,170 murid khatam menggunakan e-Book.

Bahkan, katanya seramai 16,929 orang murid tahun lima dan enam di seluruh negeri terlibat dengan program khatam al-Quran tersebut.

Tinjauan Skuad Buletin pada majlis khatam al-Quran yang diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Gong Badak, Kuala Terengganu telah melihat sendiri ada sesuatu yang tidak kena serta bermotif politik.

Ibubapa dan orang ramai dapat melihat sendiri dengan jelas sebahagian besar para pelajar khatam al-Quran yang sepatutnya menggunakan e-Book tidak berbuat demikian.

Sebaliknya, murid-murid terbabit membaca dengan berpandukan kitab kecil yang dibekalkan kepada setiap peserta.

Buku elektronik (e-Book) yang diletakkan dihadapan pelajar itu sekadar hiasan sahaja dan apa sebab tidak diketui.

Selain itu, pemilihan murid yang terlibat dengan khatam al-Quran turut diragui kerana terdapat ramai di kalangan pelajar berkenaan sebenarnya belum lagi khatam sepenuhnya.

Menurut sumber dalaman pemilihan para pelajar terbabit adalah termasuk mereka yang boleh membaca al-Quran meski pun belum khatam sepenuhnya.

Malah, apa yang melucukan terdapat juga di kalangan para pelajar terbabit yang terpilih ke program khatam al-Quran kerana mengikut kawan sahaja.

Seorang guru pengiring yang enggan disebut namanya mendakwa pemilihan pelajar ke program khatam al-Quran dibuat secara angkat tangan.

"Kelakar juga kali ini, pemilihan pelajar untuk program khatam al-Quran ini dibuat secara angkat tangan.

"Guru akan tanya anak muridnya sesiapa yang telah khatam Quran angkat tangan dan beri nama untuk menyertai majlis berkhatam beramai-ramai di Stadium," ujarnya.

Menurutnya, jika diselidiki betul-betul jumlah pelajar yang benar-benar khatam al-Quran tidak seramai yang diumumkan Menteri Besar Terengganu.

Seorang pelajar, Mohd Firdaus (bukan nama sebenar) mengakui belum 'tamat' (khatam) Quran tetapi terpilih kerana mengangkat tangan ikut kawan.

"Saya belum tamat (khatam) lagi Quran 'besar' tetapi boleh membacanya. Bila ustaz tanya dalam kelas siapa tamat Quran angkat tangan. Saya pun angkatlah ikut kawan," jelasnya dari sebuah sekolah di daerah Kuala Terengganu.

Katanya, tindakan berbuat demikian dilakukan oleh ramai lagi kawan-kawan yang lain kerana pemilihan terbuka.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah menyifatkan kes pelajar yang belum tamat al-Quran tetapi 'dikhatamkan' usaha terdesak kerajaan Barisan Nasional mencari nama.

Katanya, demi mengejar nama untuk dibanggakan kerajaan Umno-BN Terengganu boleh buat apa sahaja walau pun dengan cara menipu.

"Ini bukan perkara baru, banyak kes yang berlaku di negeri ini dibuat hanya untuk cari nama dan dibanggakan walau pun secara tidak betul.

"Pencapaian UPSR setiap tahun diragui, kejayaan mengatasi kemiskinan diragui, khatam Quran diragui dan banyak lagi pencapaian di bawah kerajaan Umno-BN diragui," ujarnya.

Menurutnya, PAS bukan menentang usaha baik yang dilakukan kerajaan negeri jika benar-benar terjadi tanpa 'pembohongan'.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payung berkata akan membangkitkan beberapa isu yang meragukan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) akan datang.

sumber : buletin online

Pemuda Guchil

Posted: 09 Nov 2010 09:22 AM PST

Jasindaily Online

Posted: 09 Nov 2010 09:07 AM PST

Jasindaily Online


EXPO CHENG HO KELANTAN

Posted: 08 Nov 2010 10:52 PM PST

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Selar Projek Landasan Berkembar

Posted: 08 Nov 2010 10:50 PM PST

mtdchenderoh

Posted: 09 Nov 2010 08:26 AM PST

mtdchenderoh


PESTA KHURAFAT kerana MUFTI PERAK MEMBISU

Posted: 09 Nov 2010 08:14 AM PST

Seperti biasa Mufti Perak akan membisu beribu- ribu bahasa untuk menjaga periuk nasinya apabila pemimpin UMNO melanggar hukum hakam agama. Beliau hanya akan menunjukkan kejantanannya apabila timbul isu- isu agama yang diputarbelitkan oleh media BN apabila melibatkan pemimpin- pemimpin Pakatan Rakyat.

Lihat sahaja isu DS Nizar memegang lilin dalam kes kematian Teo Beng Hock, Harussanilah antara panglima agama UMNO yang paling awal mengecam tindakan DS Nizar.

Apabila timbul isu pemimpin DAP masuk ke tempat- tempat ibadah orang Islam, maka Harussanilah juga antara ahli agama yang paling awal memberikan respon menempelak pihak yang membenarkan orang bukan Islam masuk ke masjid atau surau.

Apabila timbul isu khatib yang mendoakan Lim Guan Eng diberikan hidayah dalam khutbah, Harussani jugalah antara ulama pro UMNO yang membidas perbuatan khatib tersebut. Malah banyak lagi kenyataan Mufti Perak ini yang begitu lantang memberi respon terhadap isu- isu yang melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya PAS.

Bila timbul isu pelanggaran hukum hakam agama yang melibatkan pemimpin UMNO... beliau membisu seribu bahasa, dia buat deek je.. walaupun Dewan Pemuda Pas Perak telah menghantar memorandum bantahan kepada beliau sendiri.

Sikap double standard yang ditunjukkan oleh Harussani ini sangat memalukan bagi seluruh umat Islam di Perak khususnya. Kedudukan dan pengaruh beliau sebagai mufti yang paling OTAI di Malaysia ternyata gagal digunakan sepenuhnya untuk menegakkan kebenaran.

Malah beliau sama ada sengaja atau tidak sengaja membiarkan dirinya diperalatkan oleh pencacai- pencacai UMNO untuk berhadapan dengan Pas.

Kesannya, pemimpin- pemimpin UMNO khususnya di Perak kini bermaharaja lela dalam menganjurkan program- program berbentuk pesta khurafat kerana memperolehi keredhoan daripada Harussani. Perbuatan Zambery tersebut hanyalah bibit awal ke arah lebih banyak lagi program- program kerajaan negeri yang bakal menghidupkan kembali amalan khurafat di negeri ini.

Harussani bertanggungjawab di atas semua peristiwa ini... malah sikap DAYUS beliau terhadap pemimpin UMNO akan menjadikan beliau sebagai mufti yang akan dihina dipenghujung kariernya sebagai mufti.

Sekiranya beliau merasakan tidak mampu untuk menegur pemimpin- pemimpin UMNO... adalah menjadi kewajipan baginya untuk meletakkan jawatan kerana pencen beliau amat mencukupi untuk menampung sisa umur hidup beliau.

Malah beliau akan kembali dihormati sekiranya berundur secara terhormat.

"ZAMBERY...BAPA KHURAFAT PERAK"

i n t a n h i j a u

Posted: 09 Nov 2010 07:35 AM PST

i n t a n h i j a u


UMNO BIADAP CEROBOH PEJABAT PAS / امنو بيادڤ چروبوه ڤجابت ڤاس

Posted: 09 Nov 2010 05:45 AM PST

http://mutaligat.blogspot.com
Umno dengan biadap menceroboh dan merampas Pejabat PAS Bukit Baru Dalam minggu lalu. Tanpa membuat sebarang surat perjanjian dengan tuan rumah, Umno terus menceroboh rumah yang di sewa oleh PAS Cawangan Bukit Baru walaupun kontrak PAS Cawangan tuan rumah masih ada hingga hujung tahun ini.

Umno membayar RM500 kepada tuan rumah sebagai deposit tanpa sebarang surat perjanjian. Selepas tanpa segan silu mereka terus menanggalkan bendera PAS dan papantanda pada rumah yang dijadikan pejabat PAS Cawangan. Seterusnya Umno mengecat dinding yang mempunyai lambang bulan dengan cat putih.

PAS Kawasan Bukit Katil dan MTD Bukit Baru telah membuat laporan Polis di atas pencerobohan ini. PAS juga akan mengadakan solat hajat dan bacaan Yaasin pada Khamis malam Jumaat ini.

Jelas sekali Umno Bahagian Bukit Katil begitu terdesak sehingga melakukan pelbagai gerakerja yang tidak bertamadun dan zalim. Mereka mengganggu setiap ceramah PAS, menggunakan kuasa kerajaan negeri untuk merobohkan surau dan PASTI dengan alasan pengambilan tanah, menceroboh Pejabat PAS Bukit Baru dan lain-lain.

CINA, INDIA KURANG PATRIOTIK...? / چينا، اينديا کورڠ ڤاتريوتيک...؟

Posted: 09 Nov 2010 01:14 AM PST

Jumlah masyarakat Cina dan India yang rendah menganggotai angkatan tentera negara ini mungkin kerana kurangnya "semangat patriotisme", kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat semasa sesi soal jawap apabila menjawap soalan yang dibangkitkan oleh Mohd Jidin Shafee(BN - Setiu).

Mohd Jidin meminta perangkaan rekruit terbaru tentera sejak dua btahun kebelakangan ini dan pecahan jumlah itu mengikut bangsa.

Beliau juga ingin tahu punca atau sebab di sebalik kekurangan bangsa-bangsa tertentu menganggotai Angkatan Tentera Malaysia.

Zahid berkata 9,054 pegawai dan anggota lain-lain pangkat diserapkan ke ATM sejak dua tahun lalu, berbanding 14,749 yang direkrut pada 2006 hingga 2008.

Sepanjang 2008 hingga 2009, - 8,151 daripada mereka yang direkrut itu atau 90 peratus adalah Melayu, 26 orang atau 0.29 peratus adalah Cina, 82 orang atau 0.91 peratus India manakala 795 atau 8.8 peratus adalah bangsa-bangsa lain termasuk kalangan bumiputera dari Sabah dan Sarawak.

Klik di sini komen Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

"Kementerian mendapati pembabitan bukan Melayu, khususnya di kalangan masyarakat Cina dan India di bawah tahap yang memuaskan."

Selain kekurangan "semangat patriotik", Zahid berkata ia juga mungkin dipengaruhi faktor-faktor lain.

"Mungkin kerana takut disiplin ketenteraan yang ketat, gaji yang rendah berbanding swasta atau tiada galakan daripada keluarga," kata Zahid.

Dilabel pengecut

Beliau juga berkata ia mungkin disebabkan kekurangan sokongan daripada masyarakat berkenaan sendiri ataupun tanggapan negatif terhadap ATM.

Namun kata Zahid, yang juga adalah ahli parlimen Bagan Datoh, kerajaan tidak pernah meletakkan kuota untuk ATM dan semua pengambilan rekrut baru dibuat berdasarkan kelayakan, minat dan juga secara sukarela.

Tidak puas hati dengan jawapan Zahid itu, ahli parlimen DAP yang mewakili Ipoh Barat DAP M Kulasegaran bangkit membuat bantahan menurut Peraturan Dewan 36(10)(c).

Kulasegaran menuntut menteri itu memohon maaf berhubung kenyataannya bahawa bukan Melayu kurang semangat patrotik punca mereka kurang minat menganggotai angkatan tentera.

Oleh kerana Zahid telah meninggalkan Dewan Rakyat ketika itu, Kulasegaran melabelkan menteri itu sebagai 'pengecut' meskipun sebelum itu telah dimaklumkan supaya terus berada di parlimen.

Namun sebaliknya, speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak mengarahkan Zahid untuk menarik balik kata-katanya tetapi menegur Kulasegaran kerana mengeluarkan kata-kata yang dianggap tidak sesuai, iaitu perkataan "pengecut".(malaysiakini)

IKLAN DEEPAVALI TIADA KAITAN DENGAN TUKAR AGAMA / اکلان دييڤاۏالي تياد کاءيتن دڠن توکر اݢام

Posted: 08 Nov 2010 10:50 PM PST

Iklan Deepavali terbitan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) tidak ada kaitan dengan penukaran agama mana-mana masyarakat dan tidak seharusnya dilihat dari luar konteksnya, kata ketua pengarah Finas, Mohd Mahyidin Mustakim.

Katanya, iklan berkenaan bertujuan memupuk semangat 1Malaysia di kalangan masyarakat majmuk dan keluarga mereka yang meraikan pelbagai perayaan di Malaysia.

"Ikan ini adalah susulan iklan yang diterbitkan semasa Hari Raya apabila Muthu berkahwin campur dengan seorang rakyat tempatan Sarawak, Rina.

"Jadi, kami cuba memaparkan bagaimana rakyat Malaysia yang berlainan latar menyambut perayaan masing-masing. Kami juga ada iklan susulan semasa Krismas dan Tahun Baru Cina.

Menurut Mahyidin iklan itu adalah kerja kreativiti dan tidak seharusnya dicampurkan dengan politik.

"Iklan itu langsung tidak bertujuan merendahkan mana-mana bangsa dan sudah tentu idea menukar agama langsung tidak terlintas di minda kami," katanya dalam saytu kenyataan.

Mahyidin merujuk kepada ulasan senator S Ramakrishnan yang mempersoalkan mesej pada iklan itu yang cuba dibawa oleh penerbit iklan berkenaan.

Katanya, jalan cerita iklan ini, hampir sama dengan drama Bollywood bila mana terdapat konflik pada permulaan tetapi semuanya berakhir dengan baik. Apabila iklan itu berakhir, ia memaparkan suasan kegembiran dan kebahagiaan di kalangan kedua-dua keluarga itu.

Iklan 30 saat yang didakwa disiarkan di RTM dan Astro - menunjukkan seorang lelaki dari keluarga beragama Hindu menghadapi masalah dengan keluarganya setelah dia berkahwin dengan seorang perempuan Islam.

Perempuan Islam itu pula keberatan memakan makanan yang disajikan oleh keluarga suaminya. Dia akhirnya menjamah makanan berkrenaan setelah diyakinkan oleh seorang rakan keluarga itu bahawa makanan itu adalah halal.

Hanya setelah perempuan Islam itu melahirkan anak, keluarga berkenaan menerimanya dan anak itu.

Menurut Ramakrishnan, iklan Finas itu memaparkan sikap bermusuhan keluarga Hindu dan gagal menangani isu soal pemaksaan penukaran agama sebelum seseorang boleh berkahwin dengan orang Islam.

Mahyidin sebaliknya berkata iklan itu cuba memaparkan tolak ansur dan perasaan kasih sayang di kalangan masyarakat pelbagai bangsa. Ia menunjukkan rasa hormat di antara berlainan bangsa di mana makanan halal disediakan untuk tetamu mereka yang beragama Islam.

BEKAS ADUN MCA MINTA MAAF / بکس ادون مينتا معاف

Posted: 08 Nov 2010 10:41 PM PST




SHAH ALAM, 9 Nov: Bekas Adun MCA Subang Jaya, Lee Hwa Beng memohon maaf hari ini ekoran dakwaan beliau, Tuhan mengarahkan orang Kristian agar menentang negara Islam.

"Saya dengan jujur memohon maaf jika kenyataan saya tentang negara Islam teokrasi telah menyinggung perasaan mana-mana pihak," kata Pengerusi Lembaga Perlabuhan Kelang dalam twiternya hari ini.

Semalam Harakahdaily English menyiarkan berita kenyataan Lee yang mendakwa, negara yang berasaskan Islam akan mengharamkan semua agama lain.

"Sebagai orang Kristian, kita mesti takut negara Islam teokrasi lebih dari segala-galanya. Kenapa DAP membantu PAS mencapai hasrat itu?" tulis beliau melalui twitternya ketika menjawab serangan terhadap beliau ekoran kenyataannya tentang negara Islam.

Tiada ulasan:

Pengikut