Selasa, 9 November 2010

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan

Posted: 09 Nov 2010 07:11 AM PST

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan


JPP akan putuskan tindakan Zaid

Posted: 09 Nov 2010 05:16 AM PST

PETALING JAYA: Setiusaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) akan berbincang dan membuat keputusan sama ada untuk menerima penarikan diri calon timbalan presiden oleh Datuk Zaid Ibrahim menerusi laman blognya. Ini kerana katanya, Zaid masih belum menghantar sebarang notis rasmi kepada pihak JPP mahupun sekretariat pemilihan.

"Kami belum terima hitam putih daripada Zaid. JPP akan berbincang dan membuat keputusan sama ada untuk menerima apa yang dimaklumkan dalam blognya sebagai keputusan rasmi penarikan beliau.

"Kami akan membuat keputusan secepat mungkin sebelum minggu depan," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Ketika ditanya sama ada tindakan disiplin akan dikenakan terhadap Zaid, Saifuddin berkata perkara itu akan dibuat sehingga ada aduan.

"Kami akan ambil tindakan sekiranya wujud aduan terhadap beliau," katanya. Menyusul lagi selepas ini……….

JPP Tidak Memihak: Zaid Menang Di 38 Cabang Berbanding Azmin 37

Posted: 09 Nov 2010 05:13 AM PST

PETALING JAYA, 9 NOV: Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail menempelak tuduhan Datuk Zaid Ibrahim, kononnya ibupejabat parti memihak kepada Azmin Ali dalam pemilihan itu dan tidak melayan sebarang cadangan beliau bersabit pemilihan itu.

Menurut Saifuddin hakikat adalah Zaid menang di 38 cabang PKR manakala Azmin di 37.

Azmin bagaimana mendahului dari segi majoriti undi kerana keahlian yang lebih besar di cabang-cabang yang dimenangi oleh beliau.

Saifuddin turut menegaskan bahawa rungutan beliau kononnya cadangannya untuk memperkasakan proses pemilihan ditolak adalah tidak berasas.

"Surat dari calon Zaid pada JPP dan sekretariat bertarikh 5 OKT ada tujuh cadangan. Pertama calon dibenarkan lantik 'polling agen' di setiap cabang. Cadangan dia kita terima pakai. Kedua kertas undi patut letak no siri. Cadangan ini diterima.

"Peti undi mesti lutsinar. Kita tak buat sebab tak cukup duit. Senarai ahli berdaftar sahaja diguna pakai, yang ini kita buat. Ruang buang undi mesti diasing, kita buat. Masa perlu tetap dan ketujuh ahli yang bayar yuran parti mesti diberi peluang mengundi.

"Diakhir surat ini, Zaid kata harap cadangan dia diluluskan cepat supaya dia boleh buat keputusan samada mahu menerima pencalonan atau tidak. Hakikatnya, pada masa itu Zaid telah menerima pencalonan," terang Saifuddin.

Saifuddin kesal atas tindakan Zaid melontarkan tuduhan yang bertujuan mencemari kredibiliti ibupejabat PKR dan jawatankuasa pemilihan pusat.

Keputusan ahli PKR pada pemilihan adalah bebas daripada campur tangan mana-mana pihak dan tidak dimanipulasi sebagaimana yang didakwa oleh Zaid.

"Zaid menang 38 cabang, azmin 37 cabang. Ini fakta. Bila Azmin mendahului alasannya mudah kerana mobilisasi Azmin yang baik. Itu diluar kuasa JPP dan sekretariat.

"Kalau kamu jaga baik mobilisasi kamu, maka baiklah politik kamu. 38 cabang 'solid' sokong Zaid. Kalaulah benar berlaku aktiviti memenangkan, mustahil Zaid mendahului 38 cabang," katanya.

Saifuddin berkata jentera calon-calon yang tidak dapat menjalankan tugas masing-masing tidak harus menunding jari kepada ibu pejabat parti.

"Atas pemintaan Zaid sendiri ada 'poling agen' dan 'counting agen' dibenar bertugas. Kegagalan calon lantik 'poling agen' untuk pantau pemilihan, jangan tuding JPP dan sekretariat, salahkan jentera kamu sendiri," katanya.

Dr Asri: Surat Terbuka Untuk Yang Berhormat DSAI

Posted: 09 Nov 2010 05:13 AM PST

SURAT TERBUKA UNTUK YANG BERHORMAT DSAI

Saya baru sahaja membaca kenyataan YB DSAI bahawa kenyataan menyuruh beliau berundur adalah satu perancangan. Ini rentetan Dato Zaid Ibrahim yang membuat gesaan yang sama. DSAI menyatakan bahawa saya juga telah digunakan oleh Utusan. Walaupun, pada awalnya saya berniat tidak mahu lagi menyentuh isu ini, tetapi perkataan 'digunakan' itu agak berat. Izinkan saya menyebut beberapa perkara;

1. Untuk pengetahuan DSAI, secara peribadi saya tidak memusuhi DS. Bahkan saya simpati dengan keadaan beliau sekarang. DS sendiri tahu adanya persahabatan yang baik antara pihak saya dan DS. Kenyataan saya tidak menyebut isu peribadi DS. Kenyataan saya hanya tentang soal keberkesanan pembangkang dan memastikan keseimbangan politik antara kerajaan dan pembangkang.

2. DSAI, biasanya apabila saya ingin melontarkan pandangan politik yang besar, saya akan merujuk terlebih dahulu kepada beberapa orang 'pemikir politik' yang –bagi saya- tajam dan kritis. Mereka akan memberi pandangan balas. Mereka ini sebahagian 'tidak mesra kerajaan' dan sebahagiannya neutral. Tapi dalam isu 'pengunduran DSAI', saya tidak merujuk kepada sesiapa. Saya hanya berpada dengan pemerhatian dan kajian umum saya. Ya, setiap kita di samping apa yang kita faham, kita juga mungkin mempunyai 'instinct' tersendiri dalam mengagak sesuatu perkara. Saya sendiri agak ragu-ragu sebelum kenyataan itu saya minta moderator saya siarkan dalam Minda Tajdid. Pada awal moderator Minda Tajdid sendiri pun risau. Saya minta siarkan kerana tiada isu peribadi, ia hanya pandangan tentang politik Malaysia. Maksud saya, tiada siapa gunakan saya ketika kenyataan ini keluar.

3. Seperti yang pihak Utusan laporkan, mereka memetik dari website saya. Mereka tidak mengambil kenyataan itu dari mulut saya. Mereka memetiknya dari kenyataan yang disiarkan dalam website saya. Petikan mereka juga tepat, cuma tajuk agak 'garang'. Bukan kenyataan exclusive untuk mereka. Sebaliknya, Malaysian Insider dan Malaysiakini mendapatkannya secara langsung dari saya. Maka, tiada perancangan antara saya dan Utusan.

4. Saya pun tidak tahu bahawa Dato Zaid Ibrahim dan Saudara Mustafa Kamil Ayyub akan membuat tindakan dan kenyataan yang seperti itu. Hal itu berlaku selepas beberapa hari dari kenyataan saya. Tentunya, saya tidak berada di belakang mereka.

5. Jasa, sumbangan dan kesan DSAI dalam bidang politik akan tetap dikenang dan menjadi sejarah tanahair. Di sudut pemikiran Islam, DSAI jauh lebih luas dari banyak pihak. Dari sudut pidato, DSAI masih mantap. Dari sudut umur, DSAI belum terlalu tua dalam politik. Namun, bagi saya jangka hayat politik seseorang bukan sahaja faktor umur dan pidato, banyak lagi persoalan lain yang wajar diambil kira. Salah satu unsur yang penting; kemampuan mengendali rakyat bawahan dan kemampuan mempengaruhi rakyat tentang idea yang dibawa. Jika hal itu mula merosot, maka tahap politik seseorang juga hakikatnya mula merosot. Jika itu dapat ditingkat, atau dipertahankan, bererti kemampuan kepimpinan seseorang masih utuh.

6. Kita tetap memerlukan pembangkang yang kuat dan berkesan dalam negara ini. Jika mereka hendak menjadi kerajaan alternative pun, mereka mestilah jadi lebih baik, terurus, meyakinkan dan berkualiti. Itulah harapan rakyat marhaen seperti saya.

7. Apapun, saya tetap bersimpati dengan pergolakan akhir PKR, parti DSAI. Namun, hal ini memang boleh dijangkakan oleh ramai pemerhati dari awal lagi. Bukanlah hak saya mencampuri parti DSAI. Tetapi hak saya memberikan harapan atau pandangan kepada Ketua Kerajaan dan Ketua Pembangkang kerana mereka mendapat peruntukan negara dan mereka penentu masa depan rakyat.

8. Apa yang berlaku, anggaplah itu pendapat saya secara peribadi. Bukan pandangan hukum, bukan juga satu paksaan. Pandangan yang boleh diterima dan ditolak. Bak kata YB Nurul Izzah, biarlah rakyat dan parti yang menentukan. Pandangan insan terdedah kepada salah dan silap. Apatahlagi pandangan insan kerdil seperti saya. Namun, masa yang berjalan dan peristiwa yang bakal terjadi akan memperlihatkan sejauh manakah kebenaran sesuatu andaian atau ramalan. Jika satu hari DSAI dapat bukti saya silap dalam andaian tersebut, maka rakyat tahu saya membuat andaian yang tidak tepat dan dengan redhanya saya akan berkata 'andaian saya salah!'. Jika sebaliknya, maka jawapannya pun sebaliknya.

9. Sebagai muslim, apa yang penting bagi saya, hubungan ukhuwwah islamiyyah antara saya dan DSAI harap tidak terputus. Politik kepartian boleh datang dan pergi, namun hati nurani Islam kita mesti kekal abadi. Saya telah sms secara peribadi kepada DSAI, agar tidak rosak hubungan Islamiyyah ini. Pandangan saya hanya untuk renungan politik, bukan isu peribadi. Justeru, sebagai saudara muslim, saya sekali lagi –seperti kenyataan awal- pohon kemaafan atas pandangan tersebut. Namun saya masih mempercayai pandangan itu ada kebenarannya, melainkan Allah S.W.T mendatangkan hal yang sebaliknya. DIA Maha Mengetahui segalanya.

Dengan ini, saya harap kenyataan media DSAI itu dapat dilihat sekali lagi. Apa pun, sekali lagi saya ingin maklum kepada DSAI, Alhamdulillah, tiada siapa yang menggunakan saya dan kita tetap saudara muslim. Wassalam.

Mohd Asri Zainul Abidin
9 Nov 2010, 3.30 p.m

Zaid.......

Posted: 09 Nov 2010 05:05 AM PST

Bila Zahid kata " it was time for a change in the party's top leadership if the party wanted to remain relevant" jawapan dia bagi mudah ja. Dia tak jawab panjang. Dia cuma kata:
"I am not going to entertain it, this is his personal view for a long time... it is a strange coincidence that it is coming out at this time, if you follow the writing in Utusan (Malaysia),"

"There is a pattern so it's ok-lah,"

"I don't know. It is a strange coincidence." -FMT

Cukup dengan 3 ayat tu, dia tak perlu buat pertuduhan pun tapi semua orang faham apa maksud dia
Pandangan Datuk Zaid Ibrahim supaya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden PKR, Azmin Ali berundur merupakan pandangan peribadi beliau dan bukannya pandangan pimpinan parti secara keseluruhannya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen petang tadi berkata jika perkara itu dibuat secara konsensus maka ia boleh dipertimbangkan.

"Ini kali pertama, saya mendengar pandangan beliau dan saya tidak perlu layan desakan tersebut," ujar beliau.

Zaid calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berhasrat menarik diri pagi tadi dalam satu sidang akhbar mendesak Anwar dan Azmin supaya meninggalkan parti itu untuk menyelamatkan keadaan.

KEDAH online

Posted: 09 Nov 2010 03:35 AM PST

KEDAH online


‘Tindakan lebih tegas jika pemilihan PKR diteruskan’

Posted: 09 Nov 2010 03:28 AM PST

Suara Sri Andalas

Posted: 08 Nov 2010 11:03 PM PST

Suara Sri Andalas


Bajet Selangor: RM34.84 Juta Untuk Pendidikan

Posted: 08 Nov 2010 01:30 AM PST

SHAH ALAM, 8 Nov - Kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) berhasrat mewujudkan jaringan intelektual yang ampuh bagi menggalakkan percambahan idea dan ilmu yang boleh memacu kemajuan negeri Selangor.

Selangor Kini difahamkan, Selangor menjadi lokasi pilihan 87 kolej swasta, 13 kolej universiti, 4 universiti awam dan 17 universiti swasta.

Bagi menjayakan cita-cita pendidikan ini, sebanyak R34.84 juta ringgit diperuntukkan bagi tahun 2011.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, peruntukan ini bakal digunakan untuk mempertingkat kualiti pembelajaran dan prasarana pendidikan di seluruh Selangor.

Sebanyak RM500,000 disediakan kepada Universiti Industri Selangor (Unisel) untuk penyelidikan berkaitan teknologi hijau dan jumlah ini tambahan kepada RM500,000 yang diperuntukkan tahun lalu bagi mengiatkan penyelidikan teknologi-bio.

Universiti milik kerajaan negeri ini kini dalam proses rundingan dengan tiga universiti terkemuka dunia untuk melatih tenaga pengajar Unisel.

Tiga universiti terbabit, Universiti Cambridge, Universiti Manchester dan Kolej Imperial London, juga telah memeterai perjanjian persefahaman bagi membolehkan pengajian pascasiswazah kepada graduan lulusan UNISEL.

"Tidak sekadar itu, Unisel menjalin kerjasama dengan Universiti Al-Azhar dalam program pembangunan penyelidikan berkaitan peralatan saintifik untuk produk halal," tambah Khalid.

Tidak ketinggalan, pendidikan rendah dan menengah turut mendapat perhatian kerajaan negeri.

Tan Sri Khalid berkata, bantuan sebanyak RM6 juta akan disalurkan kepada pembangunan dan penambahbaikan prasarana sekolah-sekolah agama rakyat.

Siasatan kerajaan negeri mendapati sekurang-kurangnya 50,000 pelajar Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Selangor diusahakan oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan individu prihatin dalam suasana pembelajaran yang amat daif.

Tan Sri Khalid berkata, ketidakpedulian pentadbiran lampau kepada pemerkasaan pendidikan sekolah-sekolah agama rakyat antara faktor kegelinciran modal insan hari ini.

"Mengapa selama 52 tahun kebajikan mereka tidak mendapat perhatian kerajaan sedangkan kita sentiasa merintih masalah kejatuhan moral anak-anak muda," kata Khalid.

"Kerajaan hari ini bersedia melabur RM6 juta dalam pembangunan siasah anak-anak Selangor daripada menanggung kos menyelenggara anak-anak rosak akhlah di pusat-pusat serenti dengan kos berlipat ganda pada sepuluh tahun akan datang," tambah beliau.

Sekolah aliran Tamil dan sekolah aliran Cina, masing-masing disediakan dengan peruntukan RM4 juta dan RM6 juta.

"Ini sejajar dengan janji kita untuk mengembangkan dan memajukan penggunaan bahasa ibunda, Jawi dan bahasa Arab," jelas Khalid.

Sebagai langkah susulan, sebanyak RM3.45 juta diperuntukkan untuk memperkasakan program Pusat Tusyen Rakyat yang menawarkan khidmat tusyen percuma kepada golongan pendapatan RM1,500 ke bawah.

Penyelenggaraan, pembinaan dan penambahan koleksi perpustakaan komuniti dan desa juga diberi perhatian dengan peruntukkan sebanyak RM13.84 juta, bagi memuaskan dahaga ilmu anak-anak muda.

Sebagai insentif kepada para pelajar, kerajaan negeri memperuntukkan RM7.7 juta lagi untuk program Hadiah Anak Masuk Universiti, yang memberi RM1,000 kepada anak-anak Selangor yang berjaya melanjutkan pengajian ke universiti.

Dalam perkembangan yang sama, kerajaan negeri melahirkan rasa prihatin dengan peratusan tinggi para pelajar yang tidak berpeluang mendapatkan pendidikan tinggi.

Bagi membantu golongan ini, kerajaan negeri mengarahkan Pusat Latihan Vokasional INPENS, menyediakan latihan kemahiran tanpa mengira latar belakang.

"Setakat ini, hampir 600 orang pelajar berjaya mengikuti program ini dengan jumlah RM2 juta diperlukan bagi melatih 200 pelajar pada satu-satu masa selama 6 bulan," jelas Khalid.

Bajet Selangor: Program MES Diperluaskan

Posted: 08 Nov 2010 12:30 AM PST

SHAH ALAM, 8 Nov - Sekurang-kurangnya RM130.1 juta diperuntukkan tahun hadapan bagi menggiatkan lagi keberkesanan dan capaian Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Di pembentangan Belanjawan 2011 Selangor hari ini, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, peruntukan ini meliputi program-program fasa pertama dan kedua MES yang dilancarkan tahun lalu.

Fasa pertama dan kedua meliputi 7 program induk, iaitu Tabung Warisan Anak Kelahiran Selangor (Tawas), Bekalan Air Percuma 20 meter padu, Hadiah Anak Masuk Universiti, Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) bagi membanteras keganasan domestik, Tabung Pendidikan Anak-Anak Pekerja Ladang, Kemudahan Cuti Bersalin 90 hari, Kemudahan Cuti 14 Hari Untuk Suami Yang Isterinya Bersalin dan Cuti Kematian Suami 30 Hari.

Menteri Besar juga memaklumkan Dewan Negeri Selangor (DNS) bahawa program MES bakal memasuki fasa ketiga, dengan penumpuan kepada Skim Kredit Mikro, Skim Kesihatan Wanita, dan Takaful Orang Kelainan Upaya (OKU).

Tan Sri Khalid dalam pemerinciannya berkata, sebanyak RM34.5 juta diperuntukkan bagi tahun hadapan untuk menampung skim air percuma 20 meter padu bagi rakyat Selangor yang menggunakan meter air individu.

Berita baik untuk penghuni rumah bertingkat, kerajaan negeri memperuntukkan RM8 juta lagi bagi menampung skim air percuma bagi meter-meter pukal.

"Jumlah ini lebih kecil daripada RM100 juta yang diperuntukkan sepanjang tahun 2009 dan 2010 kerana kita menjangkan rundingan penstrukturan semula industri air Selangor selesai hujung tahun ini," kata Khalid.

Manakala bagi skim Tawas, sebanyak RM7.5 diperuntukkan tahun hadapan. Kira-kira RM7.7 juta diperuntukkan untuk skim Hadiah Anak Masuk Universiti, RM21.4 juta untuk SMUE, RM50 ribu untuk OSCC, dan RM1 juta untuk Tabung Pendidikan Anak-Anak Pekerja Ladang.

"Keseluruhan program ini bertujuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat Selangor," tegas Khalid, dan menambah Kerajaan Negeri Selangor sedar betapa amanah yang ada harus mencerminkan kerajaan daripada rakyat kepada rakyat, dan bukan jenis kerajaan yang memaksa dan membeli rakyat.

Bagi Fasa ketiga MES, Tan Sri Khalid berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM50 juta untuk Skim Kredit Mikro SKIMSEL yang bakal memberi fokus kepada kumpulan-kumpulan sasaran di luar bandar.

Bagi menangani kemiskinan bandar pula, Skim Kredit Mikro Miskin Bandar atau MIMBAS bakal dibentuk dan dan beroperasi dengan peruntukan RM20 juta.

"Peruntukan RM70 juta ini disalurkan oleh Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) hasil daripada penyelesaian hutang Syarikat Kumpulan Talam," jelas Tan Sri Khalid.

Menyedari pentingnya kaum Hawa kepada perkembangan ekonomi dan insan Selangor, kerajaan negeri memperuntukkan RM1 juta untuk membantu kaum wanita menjalani pemeriksaan kanser payudara percuma.

Manakala Skim Takaful OKU bakal dimasukkan bersama Skim Mesra Usia Emas, bagi memperluaskan lagi capaian skim ini.

Bajet Selangor: KDNK Meningkat

Posted: 08 Nov 2010 12:00 AM PST

SHAH ALAM, 8 Nov - Ekonomi Selangor kembali berdaya apabila Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) berkembang ke paras 6.1 peratus setakat Ogos tahun ini.

Pencapaian ini mengaburi penguncupan 1.2 peratus tahun lalu, dan unjuran mencatatkan pertumbuhan tahun atas tahun mencapai 9.6 peratus menjelang suku ke empat 2010.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sektor perkhidmatan menyumbang 60.5 peratus kepada perkembangan KDNK semasa, diikuti sektor pembuatan 32.4 peratus dan pembinaan 5.5 peratus.

"Pengembangan sektor pembuatan dan perkhidmatan berjaya membolehkan Selangor tumbuh lebih baik berbanding prestasi negara antara tahun 2007 hingga 2009," kata Khalid di pembentangan Belanjawan 2011 Negeri Selangor hari ini.

Sementara itu, Kerajaan Negeri menjangkakan sektor perkhidmatan akan terus mencatatkan pertumbuhan 5.0 peratus bagi tahun 2011.

Sektor kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan merupakan penyumbang terbesar daripada segi nilai ditambah (added value), dengan anggaran pertumbuhan nilai sebanyak 4.2 peratus.

Sementara itu, sektor kecil perdagangan borong dan runcit, penginapan dan restoran dijangka terus kukuh dengan pertumbuhan 6.5 peratus.

Bagi sektor perindustrian pula, sektor ini dijangka mengalami peningkatan nilai ditambah sebanyak 7.0 peratus ekoran pertumbuhan nilai ditambah yang kencang (7.1 peratus) di sektor pembuatan.

Sektor pembinaan pula diunjurkan bakal mengalami pertumbuhan positif 6.1 peratus, hampir menyamai pertumbuhan sektor pembinaan negara bagi suku tahun pertama 2010, iaitu 8.7 peratus dan 4.1 peratus bagi suku kedua tahun yang sama.

"Keaktifan sektor ini dijangka disumbangkan oleh pembinaan rumah kediaman, kawasan rekreasi, kompleks, dan bangunan perdagangan serta kerja-kerja baik pulih," katanya.

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Posted: 08 Nov 2010 11:01 PM PST

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Ng: Salahkah masuk kawasan wakil rakyat lain?

Posted: 08 Nov 2010 12:45 AM PST

ADUN Sekinchan Ng Suee Lim berkata beliau tidak merancang untuk membuat sebarang kekecohan ataupun berdemonstrasi di Tanjong Karang pada Khamis lalu, tetapi hadir untuk bertemu sekumpulan petani di situ.

Katanya, petani berkenaan telah memanggilnya hadir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

Namun, beliau tetap dipukul oleh sekumpulan samseng apabila tiba di tempat berkenaan.

"Saya mahu nyatakan sebagai ADUN saya mendengar rintihan dan rungutan rakyat, adakah itu salah?," katanya ketika bercakap kepada wartawan ketika ditemui di bangunan annexe DUN Selangor hari ini,

Ng hari ini turut mengedarkan beberapa keping gambar yang dirakamkan ketika kejadian itu berlaku.

ADUN DAP itu turut mempersoalkan sama ada terdapat peruntukan dalam perlembagaan persekutuan mahupun negeri yang melarang wakil rakyat daripada mana-mana kawasan daripada memasuki kawasan yang tidak diwakilinya.

"Sebagai seorang ADUN, walaupun dari Sekinchan, saya wajib prihatin kepada semua kawasan di Selangor. Noh Omar kata saya telah masuk ke kawasan dia, jadi saya kena pukul.

"Ini adalah dunia tanpa sempadan, ADUN dan MP juga tidak ada sempadan. Sempadan yang ada hanyalah mentaliti kekampungan Noh Omar, menteri kampung yang bermentaliti kampung," katanya lagi.

Ng berkata demikian ketika mengulas kenyataan Noh sebelum ini yang menyatakan kepada Ng supaya tidak bersikap 'kurang ajar' dan supaya tidak memasuki kawasan orang lain.

Datuk Seri Noh Omar yang juga ahli parlimen Tanjung Karang juga telah menafikan bahawa anggota Umno telah menyerang ADUN Sekinchan itu seperti didakwa Ng.

Dalam pada itu, ketua whip PKR dalam DUN tersebut Azmin Ali mengutuk sekeras-kerasnya, tindakan samseng seperti itu.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Azmin juga berharap polis akan mengambil tindakan secara profesional dan tegas dalam isu tersebut.


Sumber: Malaysiakini

Qazaf: Mahkamah syariah dipermainkan, kata Anwar

Posted: 08 Nov 2010 12:40 AM PST


Mahkamah Syariah di negara ini 'dipermainkan' kerana menerima tekanan politik daripada individu tertentu yang berkepentingan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui selepas memfailkan permohonan pindaan kesnya di mahkamah syariah hari ini. "Ada individu yang menggunakan kuasa politik untuk campur tangan bidang kuasa mahkamah syariah.

Kenapa pendakwa tidak mendakwa kes qazaf terhadap Saiful? "Pada dasarnya mereka tidak boleh mencampur- adukkan kes jenayah di mahkamah sivil dengan kes qazaf di mahkamah syariah bukan kerana isu teknikal," katanya. Anwar dalam permohonan rayuannya pada 3 November lalu itu memberi alasan bahawa berlaku kesilapan hakim mengenai merit dan isu substantif diperingkat bantahan awal di mana permohonan saya belum sempat dibicarakan.

Anwar antara alasannya juga berkata hakim terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila meletakkan kuasa Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain adalah besar dan luas, menyamai kuasa Peguam Negara sedangkan beliau hanyalah seorang pegawai yang kedudukannya terletak di bawah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).Anwar yang juga ketua pembangkang hari ini memfailkan permohonan untuk meminda notis rayuannya berhubung pertuduhan qazaf terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di Mahkamah Syariah di Kuala Lumpur. Anwar yang hadir bersama isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Mohammad memfailkan notis itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah melalui peguamnya yang diketuai Kamar Ainiah Kamaruzaman.

Beliau yang turut diwakili peguam Dorina Abdullah, memohon untuk memindanya dengan memasukkan perkataan "keseluruhan" yang dikatakan telah tercicir dalam notis rayuan yang dibuat pada 23 April lalu. Ketika ditemui pemberita, Kamar Ainiah memberitahu pihaknya memfailkannya selepas mendapati perkataan "keseluruhan" itu tiada, selain memastikan proses berjalan lancar pada hari hujahan rayuan itu yang dijangkakan pada Jan tahun depan. "Pihak kami memfailkan pindaan itu berhubung satu perenggan yang menyatakan "tidak berpuas hati terhadap keputusan mahkamah," katanya "Dan pada hari ini pihak kami memohon untuk meminda dengan menambah perkataan "keseluruhan" yang menjadikan ;"....tidak berpuas hati terhadap keseluruhan keputusan mahkamah...", katanya. Anwar, 63, sebagai perayu menamakan tiga responden dalam permohonan itu iaitu Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain, Pengarah Jabatan Agama Islam (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom. Pada 23 April lalu, Anwar, menfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang menolak permohonannya supaya memerintahkan pendakwaan yang diwakili Shamsuddin, meneruskan pertuduhan qazaf terhadap Mohd Saiful, 25. Pertuduhan qazaf ialah membuat tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat saksi lelaki, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali. Pada 3 Nov lalu, Anwar telah memfailkan 14 alasan rayuan dengan menyatakan antaranya Hakim Mahkamah Tinggi telah melakukan kekhilafan dari segi undang-undang dan fakta apabila membuat keputusan mengenai merit dan isu substantif pada peringkat bantahan awal. Beliau juga mendakwa, keputusan oleh mahkamah itu iaitu dengan mengenepikan permohonan tanpa didengar dan dibicarakan telah menyebabkan berlaku ketidakadilan terhadap dirinya.

Dalam alasannya juga menyatakan hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila meletakkan kuasa Ketua Pendakwa Syarie adalah besar dan luas yang menyamai kuasa Peguam Negara sedangkan beliau hanyalah seorang pegawai di bawah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Sumber: Malaysiakini

BTN: Tidak Selesaikan Masalah Perkauman Sempit BN

Posted: 08 Nov 2010 12:35 AM PST


KUALA LUMPUR 8 NOV: Tindakan kerajaan mengantung Pegawai kanan Biro Tata Negara (BTN) Hamim Husin yang menghamburkan kata-kata berunsur perkauman tidak menyelesaikan masalah politik perkauman sempit Barisan Nasional, ujar Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Katanya, pemerintah Umno-Barisan Nasional(BN) secara aktif mempropaganda dan mempromosikan fahaman politik perkauman yang sempit.

"Kita harap kursus seperti Biro Tata Negara (BTN), yang tidak selaras dengan prinsip berbilang kaum dapat dibetulkan.

"Kita harap persepsi dan juga fahaman perkauman dapat diperbetulkan di semua peringkat kerajaan," ujar beliau.

Berhubung hukuman yang dikenakan terhadap pegawai kerajaan terbabit, beliau berkata tindakan kerajaan yang lambat bertindak mencerminkan betapa seriusnya masalah tersebut.

"Sungguhpun tindakan sudah diambil, ia tidak menyelesaikan masalah kerana fahaman ini sudah tersebar," tegasnya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Sementara itu , bagi Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata kerajaan Umno-BN tidak memandang serius isu perkauman.

"Ini menunjukkan bahawa gagasan 1 Malaysia yang kononnya membawa agenda inklusif merupakan satu retorik.

"Bagi saya, komitmen kerajaan hanya akan diyakini kalau dibuktikan dengan tindakan," katanya ketika ditemui TV Selangor.

Ujarnya, isu itu penting kerana ia berlaku di peringkat pendidikan yang berbeza dengan peringkat-peringkat yang lain.

"Kalau isu pendidikan sebegitu pun tidak diberikan perhatian yang tegas, mana mungkin kerajaan akan mengambil tindakan kalau berlaku di tempat kerja atau tempat awam.

"Jawapan yang diberikan oleh Menteri tidak menggambarkan komitmen dan retorik 1 Malaysia yang bertepatan apabila Pakatan Rakyat menolaknya," tegas Yusmadi.

Dalam pada itu, beliau turut membidas tindakan kerajaan yang hanya bertindak menghukum individu terbabit selepas diasak oleh Ahli Parlimen kedua-dua belah pihak di Dewan Rakyat.

"Pada pandangan saya, BN masih lagi ditunjangi dengan politik perkauman sempit ala Umno yang berlawanan dengan agenda 1 Malaysia," ujar beliau.

Sumber: TVSNEWS

Bukan Melagakan Tetapi Perbuatan Zambry Jelas Khurafat

Posted: 08 Nov 2010 12:30 AM PST


SHAH ALAM 8 NOV - Dakwaan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Kadir bahawa PAS senjaga menggunakan agama untuk menyerang beliau dibidas oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain.

Zambry sebelum ini mendakwa bahawa PAS sengaja menggunakan agama untuk menyerang beliau dan melaga-lagakan antara beliau dan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Sebelum ini, pada upacara ketika merasmikan program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar dalam DUN Manong 17 Oktober lalu, Zambri telah meletak ancak ke tiang seri di tapak pembinaan rumah orang kurang upaya.

Menurut Abu Bakar, realitinya, perbuatan Zambry dianggap khurafat dan bercanggah dengan ajaran Islam dan mempersoalkan mengapa Harussani bersikap pilih bulu dalam menegur perkara sedemikian.

"Realitinya ni dia dah buat satu amalam yang bercanggah dengan islam, jadi sebab tu bila dia buat, mufti tak beri sebarang komen sedangkan terkena pada pembangkang saja, dia cepat tapi bila terkena pada Umno-Barisan Nasional(BN) dia mendiamkan diri oleh itu, satu tindakan agresif yang dibuat oleh dewan pemudalah," komen beliau kepada TV Selangor.

Sebelum ini, Ketua Dewan Pemuda PAS Perak Zawawi Hasan menyelar penglibatan beliau dalam hal ini dan menyatakan upacara itu diwarisi oleh orang dahulu yang bersifat "karut, syirik dan dan bercanggah dengan akidah Islam".

Menurut Abu Bakar lagi, sebagai pemimpin Islam, Zambry haruslah mempunyai ilmu dalam membezakan isu sebenar dalam sesuatu perkara.

"Isunya seorang pemimpin, takkan selemah tu ilmu dia, tak boleh nak bezakan antara yang bercanggah dan tak bercanggah dengan agama, itu isu dia bukan isu hasad dengki dan sebagainya," ulas beliau.

Malah Abu Bakar menganggap Zambry tidak patut cuba berdolak-dalik dan menyalahkan bekas Menteri Besar dari PAS Datuk Seri Dr Nizar Jamaluddin yang menyertai acara nyalaan lilin simbolik kematian bekas pembantu Adun Selangor Mendiang Teoh Beng Hock.

Klip video acara Zambry di Kampung Guar itu turut tersebar di laman youtube dan sekaligus membuktikan dia terlibat dari awal hingga akhir.

"Dia sebenarnya berbeza, Nizar dulu dia bukan berada di gereja dan sebagainya jadi lepas itu dia pegang lilin, itu saja, bukan ada kaitan dengan upacara sebagai simbolik sahaja masa itu, dan memang Datuk Nizar pun dah terangkan berbeza dengan Zambry sendiri," kata beliau.


Sumber: TVSNEWS

Fitnah Di Galas: Lim Kit Siang Fail Saman NSTP

Posted: 08 Nov 2010 12:25 AM PST


KUALA LUMPUR 8 NOV: Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini menfailkan saman fitnah terhadap The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd(NSTP) kerana menyiarkan artikel berunsur fitnah semasa kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di akhbar Berita Harian, pada 2 Nov lepas.

Saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, melalui Tetuan Karpal Singh & Co, di sini, petang ini. Dalam pernyataan tuntutannya, Lim mendakwa NSTP telah secara salah dan berniat jahat menyebabkan artikel bertajuk "Tindakan Kit Siang tuduh Umno kafir melampau" yang mengandungi perkataan-perkataan fitnah dicetak dan disiarkan di akhbar Berita Harian.

Lim berkata artikel itu antara lain bermaksud beliau telah berucap di satu ceramah di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah, di Kelantan, di mana beliau telah menuduh orang Melayu Umno kafir dan beliau adalah seorang ahli politik yang berniat jahat untuk mewujudkan perasaan saling benci-membenci di kalangan masyarakat majmuk di negara ini.

Lim mendakwa penyiaran perkataan-perkataan fitnah itu, telah merendahkan kedudukan beliau sebagai seorang ahli politik serta penghinaan awam, dan sehubungan itu beliau menuntut ganti rugi teruk, teladan, faedah dan kos.

Lim mendakwa defendan (NSTP) langsung tidak memohon maaf kepadanya walaupun mereka sememangnya mengetahui keadaan sebenar, malahan ralat yang disiarkan oleh NSTP pada akhbarnya keesokan hari, adalah tidak ikhlas dan menjadikan kesan lebih teruk kepada plaintif.

Sumber: TVSNEWS

KDN Enggan Jawab Surat Terbuka Mat Zain

Posted: 08 Nov 2010 12:20 AM PST


KUALA LUMPUR 8 NOV: Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang hari ini membidas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Hussein apabila mendapati beliau enggan menjawab isu berhubung kes "Mata-Lebam" yang dibuat melalui pendedahan surat terbuka Datuk Mat Zain Ibrahim.

Mat Zain, bekas Pegawai Kanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam surat terbuka itu meminta Menteri membuka semula kertas siasatan kes berkenaan.

Kit Siang yang bangkit ketika Menteri mengakhiri hujah pergulungan perbahasan kementeriannya berkata isu tersebut adalah berkaitan dengan kewibawaan PDRM yang membabitkan pegawai tertinggi dalam badan itu.

Hishamuddin ketika membalas hujah tersebut berkata perkara itu tidak dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Ipoh Timur dalam perbahasan sebelum ini.

Katanya, melalui maklumat yang diterima, tidak ada butiran berhubung isu berkenaan di dalam perbahasan.Justify Full

Kit Siang yang tidak berpuas hati mempersoalkan mengapa pegawai yang diarahkan kementerian tersebut tidak membuat catitan berhubung isu yang beliau telah bangkitkan semasa perbahasan Bajet 2011, minggu lalu.

Hishamuddin kemudiannya memberikan alasan kononnya atas faktor kekurangan masa untuk berbahas dan akan memberikan jawapan secara bertulis berhubung soalan yang dibangkitkan itu.

Sumber: TVSNEWS

Umno-BN Eksploitasi Rakyat Miskin Sebagai Simpanan Tetap Untuk Menangi Pilihan Raya

Posted: 08 Nov 2010 12:15 AM PST

MS1KULIM 8 Nov - Sejak lebih 50 tahun, Umno-Barisan Nasional telah mengeksploitasi rakyat miskin, peneroka Felda, Felcra serta undi pos melalui penipuan, ugutan, rasuah dan penyelewengan bagi mengekalkan tampuk kekuasaan

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Sabu berkata Umno-BN menganggao golongan rakyat miskin terutamamnya dikalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak sebagai simpanan deposit yang boleh diguna pakai apabila ingin memenangi pilihan raya.

Ini dapat di lihat ketika pilihan raya kecil di Galas di mana Umno-BN telah menggunakan pendekatan hiburan terlampau untu mendapat undi Orang Asal sehingga sanggup membekalkan minuman arak dan konsert di tengah-tengah hutan.

Begitu juga di Batu Sapi, Umno-BN trelah mengerahkan seluruh jentera dan agensi kerajaan untuk memenangi pilihan raya kecil itu dengan apa cara sekali pun.

Bagaimanapun Mohamed berkata BN sebenarnya sedar hakikat bahawa majoriti rakyat sudah pun menolak parti itu sejak PRU-12 lalu di mana Pakatan Rakyat memperolehi hampir 52 peratus undi popular di Semenanjung.

"Menyedari hakikat kurangnya sokongan yang BN terima, maka mereka pergunakan deposit tetap yang ada dengan memperalatkan undi pos serta masyarakat miskin sepertimana yang kita sedia maklum untuk mendapatkan sokongan.

"Begitu juga dengan apa yang berlaku di Sabah. Masyarakat Bumiputera Sabah yang miskin dan melarat menjadi taruhan mereka untuk digula-gulakan bagi meraih sokongan melalui pelbagai janji pilihan raya.

"Apakah pembelaan terhadap nasib masyarakat miskin hanya terbela apabila menjelangnya pilihan raya sahaja. Inilah yang menjadi amalan pimpinan BN selama mereka menerajui kepimpinan negara, " kata Mohamed ketika berucap pada majlis jamuan makan malam anjuran PAS kawasan Kulim-Bandar Baharu di Dewan Putra semalam.

Ujar beliau lagi, dengan mengekalkan kemiskinan kepada sebahagian besar masyarakat di pedalaman seperti Sabah itu, maka sokongan bagi mendapat undi menjelang pilihan raya sudah sedia ada melalui janji-janji politik.

Namun begitu kekalahan yang diterima dalam PRK Galas dan Batu Sapi bukan penamat kepada kebangkitan Pakatan Rakyat untuk terus menumbangkan kerajaan Umno-BN yang sedia ada.

Tambahnya lagi, amalan demokrasi secara berat sebelah yang menjadi amalan pemerintahan Umno-BN dalam negara ini harus segera dikekang supaya rakyat tidak lagi terpedaya dengan sifat hipokrit dan penipuan licik BN bersama-sama agensi kerajaan yang mereka peralatkan.

"Oleh kerana itu untuk menewaskan BN bukanlah satu perkara mudah untuk meneruskan agenda Pakatan Rakyat menuju Putrajaya. Kesedaran kepada rakyat terutamanya di kawasan pedalaman dan golongan miskin harus dilipatgandakan supaya BN tidak terus memperkudakan
golongan ini bagi mengekalkan kuasa mereka, " katanya lagi.


Sumber: Suara Keadilan

Keputusan Batu Sapi Tanda Penerimaan Rakyat Sabah Terhadap KEADILAN

Posted: 08 Nov 2010 12:10 AM PST

ZK3SHAH ALAM 8 Nov - Kekalahan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di pilihan raya kecil Batu Sapi di Sabah bukan menjadi tanda ukur untuk menyatakan sokongan rakyat kepada parti itu telah berkurangan malah ia menandakan titik mula gelombang sokongan rakyat terhadap KEADILAN di Sabah.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata kekalahan ini tidak melemahkan semangat KEADILAN tetapi akan menjadi motivasi agar parti akan lebih bekerja keras untuk memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

"Memang lumrah pilihan raya kecil, parti pembangkang tidak selalu menang, jadi ini bukan masalah besar," kata beliau.

Beliau menjelaskan kekalahan di Batu Sapi dengan majoriti besar sudah dijangkakan memandangkan Barisan Nasional telah mengerahkan seluruh kekuatan jentera pilihan raya parti serta menggunakan segala kemudahan untuk menundukkan Pakatan Rakyat.

"Jadi kemenangan BN dengan majoriti 6,000 lebih perkara biasa jika dihai daripada salah guna jentera kerajaan tetapi untuk Pakatan Rakyat mendapat hampir 3,500 undi merupakan satu perkara yang luarbiasa, apatah lagi di Batu Sapi yang mana majoriti pengundi adalah miskin.

"Kita tahulah bagaimana rakyat miskin ini diberi sogokan dan janji-janji agar memberikan mereka harapan untuk terus mengundi untuk Barisan Nasional," jelas Zuraida lagi.

Beliau seterusnya menyatakan semangat KEADILAN bukanlah dalam kemenangan atau kekalahan dalam pilihan raya tetapi dalam membawa perubahan dan kesedaran kepada masyarakat Batu Sapi agar tidak takut dengan pembangkang.

"Ini adalah langkah pertama di Batu Sapi dan kita dapat melihat para pengundi di kawasan miskin kini berani untuk mengundi untuk KEADILAN dan ini menjadi satu menghadapi PRU-13 untuk terus mengundi KEADILAN dan membawa kemenangan di Sabah," kata beliau.


Sumber: Suara Keadilan

Zaid Umum Tarik Diri Tanding Timbalan Presiden, Letak Semua Jawatan Parti

Posted: 08 Nov 2010 12:05 AM PST

zaiduntukrakyatPETALING JAYA 8 Nov - Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim pagi tadi mengumumkan keputusan menarik diri daripada pertandingan Timbalan Presiden dalam Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat 2010 serta melepaskan
semua jawatan dalam parti.

"Saya ingin mengumumkan penarikan diri sebagai calon dalam pertandingan sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat serta meletak jawatan daripada semua jawatan yang saya sandang di dalam parti.

"Saya ditawarkan untuk menyertai parti ini atas kepercayaan bahawa saya boleh mempromosi pencerahan politik yang progresif; memupuk dan membangunkan nilai dan budaya politik yang berprinsip yang saya anggap tidak boleh dipisahkan dalam pembangunan demokrasi dan
urus tadbir negara yang baik. Saya tersilap," kata Zaid dalam blognya yang disiarkan hari ini.

Zaid menyataka kesal dan tidak berouas hati berhubung dakwaan penyelewengan yang berlaku dalam pemilihan
parti walaupun perkara tersebut telah berulang kali di bangkitkan oleh anggota parti.

Beliau bagaimanapun akan terus bersuara mengenai isu yang bersangkutan rakyat.


Sumber: Suara Keadilan

Pemilihan MPP 2010 Telus, Kertas Undi Punyai Ciri Keselamatan Ketat

Posted: 08 Nov 2010 12:00 AM PST

SNI14PETALING JAYA 8 Nov - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Saifuddin Nasution Ismail menolak dakwaan kertas undi Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat 2010 boleh dibeli dan disalah guna sambil menyifatkan tohmahan itu berniat jahat dan fitnah semata-mata.

Malah Saifuddin yang juga Ahli Parliman Machang menegaskan kertas undi yng dimaksudkan oleh blogger Haris Ibrahim mempunyai ciri-ciri keselamatan yang cukup ketat dan tidak boleh disalah gunakan oleh mana-mana pihak.

Dalam tulisan blognya, Haris mendakwa beliau mempunyai bukti bahawa calon tertentu boleh membeli kertas undi dan seterusnya pengawas pemilihan PKR boleh memanipulasi peratusan keluar mengundi dengan menggunakan kertas undi berkenaan.

Beliau yang juga seorang peguam mendakwa sebanyak 1,000 kertas undi yang tidak digunakan minggu lalu boleh dibeli dan digunakan semula dalam pusingan pengundian berikutnya.

Menjawab dakwaan tersebut Saifuddin berkata setiap cabang akan dibekalkan kertas undi pada jumlah yang terhad dengan nombor siri masing-masing yang tidak boleh digunakan di mana-mana cabang lain.

Malah kata beliau warna pada kertas undi juga berbeza setiap minggu.

"Ini adalah kertas undi untuk minggu pertama, berwarna putih manakala untuk sekarang, kertas undi untuk minggu ini berwarna biru jadi kalau Haris dapat seribu kertas undi berwarna putih, boleh tak dia gunakan untuk minggu ini?

"Parti ingin memaklumkan semua ahli ahli dan calon-calon bertanding bahawa kesemua kertas undi yang sudah digunakan minggu lalu, tidak boleh digunakan lagi minggu ini ataupun pada minggu depan," kata Saifuddin dalam sidang media tergempar di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana petang semalam.

Beliau berkata kertas undi pemilihan mengandungi empat ciri keselamatan ketat termasuk nombor siri dan warna berbeza mengikut hari, tempat pemilihan dilangsungkan dan jawatan yang dipertandingkan.

Parti jug menganggap sebarang kertas undi tanpa cop daripada pengawas pemilihan sebagai tidak sah manakala setiap calon bertanding berhak melantik wakil masing-masing untuk memerhatikan proses pengiraan.

Kertas keputusan juga akan ditandatangan oleh pengawas

pemilihan dan wakil calon sendiri sebelum diserahkan kepada ibu pejabat.

"Dengan keempat-empat ciri keselamatan itu, sistem ini adalah sistem yang sangat telus," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Senator Dr Syed Husin Ali.

Saifuddin menegaskan dakwaan yang dibuat oleh blogger tersebut tidak serta memperkukuhkan demokrasi tulen dalam pemilihan pemimpin di peringkat cabang mahukan nasional.

"Serangan macam itu akan mematangkan parti yang paling mustahak ialah kita melaksanakan tuntutan prinsip satu anggota satu undi yang dijalankan parti dan dalam proses itu kita berdepan dengan pelbagai tohmahan.

Yang jelas, kita dapat terjemahkan prinsip demokrasi parti ke arah pengukuhan jangka panjang," kata beliau.

Sehingga semalam 78 cabang sudah selesai mengadakan pengundian manakala sembilan lagi hari ini.

Sumber: Suara Keadilan

Zulkifli Noordin

Posted: 08 Nov 2010 09:26 PM PST

Zulkifli Noordin


DARI NST

Posted: 08 Nov 2010 02:36 AM PST


Salam 2 all.

Akhbar New Straits Times telah menyiarkan artikel mengenai teman dalam terbitan hari ni. Teman siarkan dibawah artikel tersebut.

Happy reading. Adios amigos.

Zulkifli Bin Noordin

Isni

30 Zul Qaedah 1431

08 nov 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Artikel di akhbar NST bertarikh 30.11.2010)

ZULKIFLI OUT TO REMEDY MISTAKES

By Shuhada Elis - NST 30 Nov 2010

CIVIL and syariah lawyer Zulkifli Noordin, 48, has to his name a famous line -- I am Muslim first; politician and member of parliament second.

He quit Umno in 1997 over the conversion case of a bank executive Nor Aisyah Bokhari, blaming Umno for its alleged inertia over the case.

Pas embraced him and his roadshows then. A year later, he was declared a Pas member by its spiritual leader, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, at a Merdeka celebration in Kota Baru.

Last March, he was in trouble over rather similar circumstances.

As an opposition MP, Zulkifli had lodged a police report against Pas MP for Shah Alam Khalid Samad for describing as "outdated" a Selangor enactment that prohibits non-Muslims from using the word "Allah" and other Islamic terms.

"Politics is all about timing," the Kulim-Bandar Baru member of parliament Zulkifli Noordin said in an interview last week.


The New Straits Times had asked him to explain his latest role as a harsh critic of Parti Keadilan Rakyat, which fielded him in the March 2008 general election. Is this some kind of a personal vendetta? Is he being consistent at all?

Zulkifli, a defence lawyer for opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim in his first sodomy trial, said his biggest mistake was to have followed Anwar's instructions blindly.

In fact, at the core of his latest crusade, as it turned out, is the nature of his relationship with Anwar. He was for more than a decade a key member of the Anwar inner circle. Zulkifli nurses a distrust of DAP, a key ally of PKR and this has interfered with his relationship with Anwar.

At the height of his association with Anwar -- Zulkifli revealed -- the Reformasi boys were prepared to burn down the National Stadium in Bukit Jalil and a few other places. The plan was only thwarted when Anwar was arrested under the Internal Security Act on Sept 20, 1998.

Zulkifli had met Anwar for the first time 16 days previously and two days after Anwar was sacked from the cabinet.

"It was at his house. Zainur Zakaria had asked me to join the team. Others, including Karpal Singh, were reluctant. I told Anwar that I had never agreed with him but I was joining the team because I believed injustice had been done."

He defended Anwar throughout his six years of imprisonment, until the PKR de facto leader returned to the political scene in 2004.

In the March 2008 general election, Zulkifli was asked to contest the Kulim-Bandar Baru seat on a PKR ticket by Anwar on the strength of his relationship with the PKR de facto leader.

He was never a PKR member and was told that his membership in Pas would be suspended until he completed his parliamentary term.

The rest, as they say, is history.

Zulkifli's relationship with Anwar began to sour last year.

He did not heed Anwar's repeated plea for him to tone down his attacks on DAP.

"Anwar promised that he would iron out everything when he became the prime minister."

The last straw came when Anwar supported the use of the word "Allah" by non-Muslims. "I decided that was the end of everything."

Last week, Zulkifli exposed a "devil's conspiracy" between top leaderships of PKR and DAP. What was this all about?

"I owe it to the public. Certain things are personal but there are others which the public should know. I need to remedy my mistakes."

As for his public image, Zulkifli said his constituents and PKR members were beginning to accept him following their initial hostility.

"I also maintain a good relationship with several PKR leaders except for a few 'Anwarians' or 'little Pharaohs'."

KECUNDANG AKHIRNYA!!

Posted: 08 Nov 2010 12:09 AM PST


Salam 2 all.

Keputusan dan tindakan calun Timbalan Presiden PKR Dato' Zaid Ibrahim untuk meletakkan semua jawatan dan menarik diri daripada pertandingan Timbalan Presiden tidaklah mengejutkan saya, malahan saperti yang telah saya sebut awal lagi, saya tidak akan terkejut bila nnanti Zaid mengumumkan keluar terus daripada PKR.

Malahan saya juga tidak terkejut beberapa lagi tokoh dan kepimpinan kanan PKR akan meletak jawatan dan keluar parti, termasuk beberapa orang Ahli Parlimen dan ADUN. Saya kira hanya tinggal masa sahaja. Cuma yang saya terkejut ia berlaku lebih awal dari jangkaan saya. Saya pernah menyebut bahawa PKR akan berkubur sekitar Februari atau Mac 2011 kesan daripada pemilihan ini. Rupanyan ia berlaku lebih awal.

Zaid dalam kenyataannya menegaskan bahawa proses pemilihan yang sedang berlaku "membuktikan bahawa kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu. Saya yakin mana-mana parti politik dengan sikap hipokrit dan nilai-nilai palsu tidak akan mampu menawarkan sebarang pembaharuan yang bermakna kepada rakyat di negara ini" (lihat kenyataan penuh Zaid dibawah).

Saya telah secara konsisten menyatakan bahawa PKR adalah parti yang bertunjang kepada 2 elemen - pembohongan & cakap tak serupa bikin. Semuanya hanya untuk satu matlamat-untuk memahkotakan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri- at all cost!!

Kalau pasal 16 Sept mereka boleh bohong satu dunia, bayangkanlah apa yang mereka boleh buat. Dan bila satu dunia dah tahu, mereka dengan "selamba dog" buat kering macam takde apa-apa. Kerana pembohongan dan cakap tak serupa bikin itu dah terlalu sebati dengan mereka sehigga bagi mereka pembohongan berikutnya dah bukan masalah. Dan yang paling bodoh ialah golongan yang masih terus menerus mengkaldaikan diri kepada perjuangan palsu ini!!

Selepas ini Zaid tunggulah..dia akan dimaki hamun dan difitnah macam-macam. Saya tidak akan terkejut kalau Zaid dituduh sebagai barua UMNO, dah dibayar RM2-3 juta, kaki judi, kai botol, mungkin juga kaki betina. Ini sudah lumrah pembangkang. Jadi nasihat saya kepada Zaid, buat pekak telinga aje lah yop. Buatlah apa yang benar, untuk kepentingan rakyat khususnya golongan marhaen.

Pada saya, Anwar sudah tidak ada pilihan. Zaid perlu dihapuskan "at all cost'. Anwar tahu dia akan ke penjara atas tuduhan meliwat Saiful, dan kali hukumannya akan lebih lama. Mungkin juga tidak kurang 15 tahun. Ini kerana pembelaan Anwar atas kes liwatnya ialah ianya konspirasi Kerajaan Dato' Sri Najib untuk menjatuhkan dia. Dan itulah yang dideangkan oleh Anwar dan anjing-anjing salakannya samada didalam mahupun diluar negara. Dan saksi penting Anwar untuk kononnya membuktikan ini ialah pembantu-pembantu khasnya sendiri iaitu Rahimi dan Rasid. Mereka adalah pegawai yang Anwar sendiri lantik sebagai pembantu khas. Dan mereka sepatutnya orang yang Anwar boleh gunakan. Dan konon cerita mereka ada membuat surat akuan sumpah membabitkan YAB PM.

Tup..tup..takde angin takde ribut kedua-dua saksi penting ini membuat lapuran polis mereka dipaksa dan diperdaya untuk membuat surat akuan sumpah membabitkan YAB PM. Mereka tak disuruh atau diupah oleh sesiapa pun, atas kerelaan dan kesedaran mereka sendiri, mereka mendedahkan bagaimana mereka dipaksa membabitkan YAB PM.

Maka hanguslah cubaan Anwar untuk memalukan YAB PM. Dan hanguslah pembelaan utama Anwar. Dan perjalanan ke Penjara Sg. Buloh sudah semakin hampir. Pengalaman saya menduga Anwar sekarang ini hanya nak mencari timing yang paling sesuai untuk beliau ke penjara. Dan bila beliau ke penjara nanti, beliau memerlukan balaci-balaci yang bersedia membuat apa sahaja untuk berjuang bagi beliau.

Disini Zaid dilihat sebagai penghalang. Zaid tidak boleh dipercayai untuk membela Anwar, kerana Zaid hanya berminat dengan reformasi bukan dengan Anwar. Malahan Zaid sudah membuat kenyataan dia bukan berminat membela Anwar, kerana alasannya 'Anwar dah ramai loyar!'.

Anwar memerlukan balaci yang akan terus menyalak walaupun dia ke penjara. Sebab itu Anwar perlukan Azmin, Nurul Izzah, Sivarasa, Tian Chua, Saifudin Nasution, Johari Abdul, Shamsul Iskandar dan lain-lain tukang salak. Ini adalah anjing-anjing salakan Anwar yang sangat loyalis, yang akan perbuat apa sahaja untuk Anwar "at all cost". Sebab itu bila pendedahan dibuat oleh sebuah blog pro PKR yang menyokong Zaid mengenai ujudnya kertas undi yang boleh dibeli, saya tidak terkejut.

Bagi golongan Anwarinas, Zaid adalah "stumbling block" kepada cita-cita mereka ke Putrajaya bersama Anwar. Maka Zaid perlu dihapuskan "at all cost". Cuma pada saya sayang Zaid tidak mahu lawan sampai ke sudah. Walaupun tahu tidak akan menang kerana penipuan, manipulasi, pembohongan dan putar belit yang dibuat, namun jika Zaid terus melawan, belaiu akan membongkar dengan lebih banyak lagi tembelang dan pekung didalam PKR. Itulah yang saya lakukan semasa melawan isu kalimah ALLAH.

Saya tahu balaci-balaci salakan Anwar akan melakukan apa sahaja untuk memaksa saya keluar PKR. Kerana pendedahan saya tentang agenda jahat DAP dan golongan Fir'aun Kecil dan yang sewaktu dengannya telah menjadikan saya "stumbling block" untuk mereka menduduki kerusi empuk Putrajaya. Bagi mereka, menggadai nama ALLAH "is a small matter". Yang penting Putrajaya! Dan saya terus lawan, walaupun mereka menghina Islam dengan membariskan panel kafir untuk membicarakan saya dalam isu "kalimah ALLAH". Saya tahu apa pun mereka akan pecat saya. Ramai yang bertanya menagpa saya tidak keluar parti masa itu.

Saya bukan tidak mahu keluar. Cuma saya mahu buktikan pekung dan tembelang mereka supaya rakyat dapat melihatnya sebagaimana saya telah melihatnya. Bagaimana golongan ini jangankan anak bini, agama pun mereka akan gadai untuk kepentingan politik mereka. Dan ternyata apa yang saya cuba buktikan terpampang jelas untuk umat dan rakyat melihatnya. Dan alhamdulillah ramai rakyat mula menyedari pembohongan dan putarbelit mereka! Cuma tinggal sedikit sahaja golongan Anwarinas yang buta dan hitam jiwanya yang masih belum dapat melihat cahaya kebenaran.

Soalan sekarang, kemana zaid selepas ini. Mungkin juga Zaid mahu menimbang menyertai PAS. Saya tengok masa PRK Hulu Selangor PAS beriya-iya berjihad untuk memenangkan Zaid, walaupun Zaid pernah cuba membatalkan enakmen hudud yang digubal oleh PAS. Yang saya khuatir, golongan pak jangoat badut ingusan Anwarinas dalam PAS juga akan menyertai "bandwagon" memaki hamun dan menghamput Zaid. Sebab dema tu Zaid, jangoat macam kambing, telornya tergantung-gantung!

Ataupun pada bacaan saya, Zaid mungkin akan keluar PKR dan menubuhkan sebuah parti baru. Parti bertunjangkan reformis. Sebab kalau PAS tidak mahu terima Zaid, beliau sudah tidak ada tempat nak pergi. UMNO jauh sekali, pasal Zaid pernah kencing UMNO. DAP? Mereka tidak berani membuat Anwar merajuk sebab Anwarlah kuda tunggangan mereka ke Putrajaya, walaupun sebenarnya ramai dikalangan pimpinan DAP cukup tidak selesa dengan Azmin & the Gang. Malah ada yang secara senyap-senyap berkempen untuk Zaid. Tetapi Zaid juga punya pengaruh yang besar didalam kepimpinan dan ahli akar umbi PKR. Dan ramai dari mereka juga tidak selesa untuk duduk dibawah kepimpinan Azmin.

Jadi tindakan bijak untuk Zaid ialah menubuhkan sebuah parti reformasi yang baru. Saya yakin ramai golongan reformis akan menyertainya, kerana ramai pejuang reformasi berjuang untuk reformasi, bukan untuk Anwar. Dan adalah lebih hebat jika Zaid dapat menarik Wan Azizah menyertai beliau dalam parti baru itu, kerana satu dunia tahu Wan Azizah tidak boleh bekerjasama dengan Azmin. Lebioh canggih kalau Zaid dapat menarik nurul Izzah dan Khalid Ibrahim.  Jadi kepada Zaid, think about it. It's your game. The ball is in your hand. As the saying goes, politic is all about timing. And your timing is NOW! Grab it, or you will fade in history as a disgruntled polician. Yang dikejar tak dapat, yang dikendung keciciran.

Adios amigos..ole!!

Zulkifli Bin Noordin

Isnin

30 Zul Qaedah 1431

08 Nov 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Lapuran daripada portal MalaysiaKini bertarikh 08.11.2010)

Calon timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim membuat pengumuman mengejut untuk menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan.

Selain itu, Zaid yang juga pengerusi perhubungan PKR Wilayah Persekutuan juga mengumumkan beliau meletakkan semua jawatannya dalam PKR.

"Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh mengembangkan politik bebas dan progresif serta memupuk nilai dan budaya politik berprinsip yang saya anggap dapat membangunkan demokrasi dan tadbir urus yang baik di negara ini. Saya sebenarnya silap," katanya dalam satu kenyataan di blognya.

Menurut Zaid, sepanjang pemilihan PKR, membuktikan bahawa kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu.

"Saya yakin mana-mana parti politik dengan sikap hipokrit dan nilai-nilai palsu tidak akan mampu menawarkan sebarang pembaharuan yang bermakna kepada rakyat di negara ini.

"Saya mengambil keputusan ini kerana tidak ada usaha oleh kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil serta penyelewengan dalam pemilihan itu meskipun ia telah berulang-kali ditimbulkan," katanya.

Keputusan yang diambil itu, menurutnya adalah kekecewaan sepenuhnya bahawa beliau tidak boleh meneruskan proses pemilihan yang cacat.

Sehubungan itu, Zaid yang sebelum ini pernah menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sebelum meletakkan jawatan dan meninggalkan Umno berkata beliau akan tetap komited terhadap perjuangan pembangkang.

Katanya, beliau akan terus bercakap berhubung isu yang membabitkan rakyat jelata dan terus berjuang bagi memastikan rakyta mendapat kerajaan yang lebih baik.

"Akhir sekali, saya berharap peminat Anwar Ibrahim tidak lagi menganggap saya sebagai 'spoiler'yang akan menghalang perarakan mereka ke Putrajaya. Saya ucapkan maju jaya kepada mereka," katanya.

Perebutan jawatan timbalan presiden PKR menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan Zaid, dua naib presiden PKR - Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub.

Selepas lebih satu pertiga daripada kira-kira 200 cabang PKR melangsungkan pemilihannya, Azmin kini terus mengungguli jawatan nombor dua dalam parti itu.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada 87 cabang yang telah mengadakan pemilihannya, Azmin - di depan dengan majoriti 2,620 undi.

Beliau secara keseluruhan mendapat 6,525 undi, Zaid mendapat 3,905 manakala Mustaffa pula mendapat 1,215 undi.

Haniza Talha - Landscaping New Politics

Posted: 08 Nov 2010 09:07 PM PST

Haniza Talha - Landscaping New Politics


4 Strategi utama Bajet Selangor 2011

Posted: 07 Nov 2010 09:12 PM PST

Strategi 1: Menguruskan sumber negeri secara bijaksana
Strategi 2: Memantau pengurusan perbelanjaan secara cekap
Strategi 3: Mendorong pembangunan modalinsan
Strategi 4: Melestarikan pembangunan negeri


Anwar Ibrahim

Posted: 08 Nov 2010 07:08 PM PST

Anwar Ibrahim


Disebalik Mata Itu…Jasad Terpenjara Namun Jiwa Terus Merdeka

Posted: 08 Nov 2010 01:43 AM PST

Dari Merdeka Review

“Saya dizalimi, Nurul Izzah. Bapa akan lawan. Bapa akan pastikan keadilan terlaksana…” Demikianlah kata-kata yang ringkas, disampaikan melalui telefon oleh Anwar Ibrahim kepada anak sulungnya, Nurul Izzah pada malam sebelum 2 September 1998.

Peristiwa yang berlaku selepas panggilan telefon itu mengubah hidup seorang penuntut semesta pertama Universiti Teknologi Petronas di Tronoh, Perak. Berakhirlah fasa hidup Nurul Izzah sebagai anak Timbalan Perdana Menteri, memulakan pengalaman hidup yang baru – menyaksikan bagaimana bapanya dizalimi oleh satu regim yang disertainya untuk 16 tahun.

Ironinya, Nurul Izzah hanya bangga sebagai anak Anwar Ibrahim selepas peristiwa pemecatannya dari jawatan kedua tertinggi dalam kerajaan. Nurul sebenarnya berasa malu, agak segan untuk diketahui identitinya sebagai anak TPM. “Kita tak tahu sama orang berkawan dengan kita, kerana dasar diri kita ataupun latar belakang ayah kita, keluarga kita? Jadi tentunya saya lebih selesa mengamalkan hidup yang low profile itu…,” jelasnya.

Kebanggaan jadi anak Anwar Ibrahim

“Tetapi selepas ayah saya diperlakukan dengan zalim, menjadi tahanan politik, baru saya merasai kebanggaan menjadi anak Anwar Ibrahim,” katanya dalam satu wawancara bersama MerdekaReview pada 3 November 2010, yang berlangsung di kafe ahli Parlimen untuk kira-kira 45 minit.

Nurul Izzah (gambar kanan) meneruskan, “Kerana saya nampak… Saya nampak dengan mata saya sendiri bagaimana beliau begitu berani perjuangkan prinsip, berani tidak meletakkan jawatan, berani melawan, semua ini yang kita harapkan daripada ayah dan ibu kita untuk mengajar kita. Mereka tak boleh melindungi kita selama-lamanya. Mereka hanya boleh beri contoh bagaimana nak menangani cabaran.”

Namun, Nurul semestinya tidak naif pada usia 18 tahun ketika itu, dan sudah tentunya beliau mampu meramalkan apa risikonya untuk melawan satu regim yang berkuasa untuk puluhan tahun. Apakah niat timbul untuk memujuk agar bapanya tidak melawan?

Dengan tegas Nurul menjawab, “Tidak. Saya kenali ayah saya. Dan beliau adalah seorang yang amat tegas dan berpendirian. Maksudnya, kalau beliau sudah bertekad untuk melakukan sesuatu, kita selaku anak perlu menghormati keputusan beliau, seperti beliau menghormati keputusan saya. Kerana saya fikir, he will not be Anwar Ibrahim if he doesn’t fight for his belief. (beliau bukan Anwar Ibrahim kalau beliau tidak memperjuangkan kepercayaannya).”

Apa guna kalau jiwa terpenjara?

“Dan memang, tentunya ada ketika kita mahu beliau selamat. Tidak ada siapa yang mahu ayahnya dipenjara atau dalam keadaan bahaya. Tapi apa gunanya kalau dia selamat tapi jiwanya terpenjara? Jiwanya tidak bebas, tidak merasakan… macam pasrah dengan keadaan. Kita tidak boleh pasrah dalam mana-mana keadaan sekalipun,” kata Nurul Izzah, yang diberi gelaran “Puteri Reformasi” pada zaman gerakan ini bergelora.

Liku-liku kehidupan selepas tahun 1998 mengubah seorang gadis “yang agak apolitical” dahulu, kepada seorang wakil rakyat sekarang. Ketempangan dalam sistem kerajaan bukan wujud hanya pada tahun 1998, dan kepincangan ini pernah dibangkitkan oleh rakan sebayanya, kemudian dipanjangkan dalam perbincangan informal antara dirinya dengan bapanya. Namun, “real life experience” lebih memberi hikmah.

“Pada saya, saat yang paling menyayat hati dan memeritkan adalah apabila kali pertama (berjumpa dengan Anwar) selepas ayah ditahan di bawah ISA. Kami berjumpa dengan beliau di mahkamah dan melihat mata lebam. Kerana kami tak tahu ayah hidup atau tidak…” Nurul menceritakan betapa terkejutnya keluarganya pada saat-saat tersebut, sedangkan mereka dijamin bahawa Anwar Ibrahim akan berada dalam keselamatan ketika dihantar ke Balai Polis Bukit Aman.

“…Bayangkan, ayah kami yang…saya tak boleh… Saat itulah saat yang saya tak tahu nak kata apalah. Maksudnya, tak terkata apa, nak bayangkan keperitan yang dihadapi dan kita sebagai anak kita, kita nak lakukan apa? Tak terdaya. Tak boleh nak bantu, tak boleh nak menjerit, tak boleh…apa yang kita boleh buat? Pada ketika itulah…kesakitan yang teramat bagi saya melihat beliau dalam keadaan begitu.”

Saat paling menyayat hati

Nurul menunjukkan dengan jari, bagaimana Anwar bergerak dari kiri ke kanan di depan mereka ketika itu. Wawancara dijalankan di dalam kafe yang agak riuh-rendah, meskipun dalam bangunan parlimen, kedengaran bunyi ketawa yang terbahak-bahak daripada ahli parlimen yang bersembang dalam kafe – menjadi latar belakang kebetulan ketika peristiwa ini dikisahkan.

“Sempat tak bercakap dengan beliau?” Wartawan cuba mencungkil ingatan Nurul Izzah. “Kami terus menangis…memang. Dan, ayah kata, tak apa, dan dia terus memperincikan bagaimana dipukul di mahkamah,” jawab Nurul, dengan sedikit kemerahan dalam matanya, yang tidak pasti puncanya sama ada keletihan mahupun kesedihan.

Dari satu segi, Nurul Izzah sebenarnya tidak memiliki kelebihan selaku anak Anwar Ibrahim. Beliau tidak diperincikan mengapa bapanya membuat keputusan untuk tidak meletak jawatan sebelum ini, dan hanya mengetahuinya melalui ceramah bersama orang awam. Beliau tidak sempat mengetahui punca mata lebam ayahnya sebelumnya, yang hanya diperincikan ketika Anwar tampil dalam mahkamah.

Nurul mengakui bahawa dirinya tidak terkejut ketika pertuduhan liwat terhadap bapanya dibacakan dalam mahkamah, kerana ia sudah didedahkan dalam ceramah politik sebelumnya.

“Kerana pada saya, bila kita dah tahu, kita yakin dengan keikhlasan, tahu ayah tak bersalah, yang lain itu datang dengan lebih mudah-lah. Memanglah kita menyampah (dengan tuduhan tersebut)…” Maka, ketika tilam dinaik-turunkan, apa yang terlintas dalam otak Nurul adalah mengumpulkan bukti untuk menunjukkan kepada masyarakat antarabangsa bahawa bapanya dizalimi oleh sistem keadilan.

Apabila pertuduhan ini berulang dengan Saiful Bukhari (gambar atas) sebagai watak utamanya, 10 tahun kemudian, Nurul berkata, “Saya fikir, lebih kepada marah, marah in the sense that…pada saya tak terkejut, kerana pada saya regim yang sama masih memerintah negara. Jadi, rasional kita bahawa selagi regim ini memerintah, tentunya tidak ada reformasi menyeluruh. Dan selagi tidak ada reformasi menyeluruh dilaksanakan, maka tentunya perkara yang sama, kezaliman yang sama akan diulangi…”

Beliau meneruskan, “Saya lebih marah kerana tidak tersangka bahawa kejahatan manusia itu tidak ada berbandingnya. Tapi kita perlu letakkan dalam konteks sekarang kita berhadapan dengan masa depan yang benar-benar memungkinkan kejatuhan UMNO dan BN. Sebelum ni tidak. Saya rasa tahun 1999 ada saat di mana kita berfikir mungkin BN akan jatuh. Ini kali kedua, bila selepas tahun 2008 yang memberikan keyakinan bahawa BN mungkin jatuh…”

Ringkasnya, Nurul cuba meletakkan keperitan yang berlaku di depan matanya dalam satu konteks yang sarat dengan harapan, memudahkan dirinya untuk menerima realiti tersebut. Maka tidak sukar untuk menjangkakan kesedihannya apabila “konteks besar” itu mendatangkan kekecewaan sebaliknya, misalnya PRU ke-11 pada tahun 2004.

PRU ke-11 yang menyedihkan

“Saya sedih kerana pada ketika itu parti juga hanya mempunyai satu kerusi parlimen, dan nampak seolah-olah tidak ada harapan lagi. Memandangkan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi juga menang begitu besar, lebih 90% daripada kerusi di parlimen. Dan sokongan rakyat begitu melonjak naik untuk beliau, dan kepimpinan, dan juga janji-janji palsu kepada reformasi…” katanya.

“Jadi tentunya, memang saat ini saat yang sukar untuk kami, kerana kita memang sentiasa berharap, kita optimis, tapi kalau apa pun, pemenjaraan ayah dan keadaan ayah yang pada ketika itu memang sudah menggunakan kerusi roda, sudah merasai kesakitan belakang yang teramat sangat, jadi semua ini memberi saya rasa… Ya, amat sedih kerana… Yalah, kita berdepan dengan pelbagai cabaran, dengan pelbagai bentuk, kan?”

Beliau menyambung, “Persada politik sudahlah merudum, sangat sedih keadaannya. Dan secara peribadi juga tidak banyak yang dilakukan… Kerana kita tahu, mana-mana negara sekalipun, di luar dunia antarabangsa, sokongannya tidak konsisten. Kekuatan kita adalah dalam negara.”

“Apakah keputusan PRU pada tahun 2004 ditafsirkan sebagai Anwar telah dilupai?” tanya wartawan MerdekaReview.

“Saya tidak. Beginilah. Sememangnya sebagai seorang simbol, Anwar Ibrahim (gambar kanan), batang tubuh beliau yang sangat kuat, tapi tentunya ia terpaksa juga digandingkan dengan keupayaan kita untuk mengubah hidup rakyat, memberikan alternatif yang lebih baik untuk rakyat. Jadi, segala-galanya perlu seimbang.”

Nurul berkata, “Jadi kalau asyik kalah saje dalam pilihan raya, tak banyak yang boleh kita tawarkan untuk rakyat. Kekangan itu luar biasa terhadap pimpinan. Bayangkan tahanan politik… Bila (Parti) Keadilan mula merudum? Keadilan mula merudum setelah enam orang pimpinan kami ditahan di bawah ISA…”

“Sama seperti Parti Rakyat Malaysia. Kalau dibiarkan kami hidup, tanpa tangkapan, tanpa kekangan… Jadi kalau you biar demokrasi itu subur tanpa kekangan, saya pasti Keadilan akan mendapat lebih kepercayaan daripada sekarang.”

Sokongan yang memahat ingatan

Namun, di sebalik kegelapan sifat manusia, tetap ada cahaya yang meneranginya. Dan detik-saat inilah yang memahat hati Nurul Izzah, ketika mengharungi peristiwa yang menyayat hati itu.

“Semasa saya terpaksa menghadapi peperiksaan akhir, final paper. Semasa ayah dipecat. Saya tak boleh tunda peperiksaan akhir saya. Dan saya fikir yang paling terpahat di fikiran saya adalah betapa banyak sokongan diberikan oleh teman-teman. Semesta pertama kita baru kenal, kita baru kenal orang, kan? Kawan saya semuanya, tanpa kecuali beri sokongan yang begitu menyeluruh termasuk juga para profesor, para lecturer, pensyarah yang pada saya sesuatu yang tak mungkin dinikmati oleh mangsa-mangsa tahanan Ops Lalang dulu…”

Nurul menganggap dirinya bernasib baik, pada ketika beliau memerlukan pemahaman orang di sekitarnya, “Kadang-kala manusia ni mungkin dari senyuman, mungkin dari satu pandangan bila kita tengah sedih, tidak perlu buat banyak. Tapi semuanya memberi mesej yang (berbunyi) ‘saya bersama kamu’.”

“BN tak boleh rampas saat-saat indah bersama ayah!”

Sesungguhnya, “Keluarga Reformasi” ini enggan menyerah ketika menghadapi musuhnya. Segala yang bersifat kebendaan boleh dirampas, malah jasad tubuh badan boleh dikurung, tetapi bukan kebahagiaan mereka.

“Setiap kali kami ke penjara, tidak ada berita yang sedih yang dikhabarkan. Kami sentiasa optimis kalau dalam penjara, dipenuhi dengan gelak ketawa. Walaupun (tahun) 2004, walaupun ayah sakit…apa pun, dipenuhi dengan gelak ketawa. Kerana itu masa kami. Dan kalau BN hendak menghancurkan dan merampas kegembiraan kami, BN tak boleh merampas saat-saat indah bersama ayah, walaupun setengah jam, sekali seminggu!”

Jawapan ini cukup untuk mengalahkan musuhnya. Namun, di sebalik ketabahan, mustahil kesedihan tidak menjelma, dan ia diakui Nurul Izzah.

“Memang, setiap kali memang ada kesedihan. Tetapi kami cuba fikirkan, kami kena fikirkan, yang kena tahan ISA tu juga sedih. Tahanan ISA, keluarga mereka juga…jadi it s not only about us. Kita merasa ada orang lain… Aung San Suu Kyi di Burma, suaminya meninggal dunia, tak dapat berjumpa pun. Dan anak-anaknya tidak bersama beliau, keseorangan… Jadi, semua ini membawa kami kepada perspektif baru, di mana bukan kita sahaja keseorangan dalam kesengsaraan ini.”

Ketika diminta untuk menilai ibunya Wan Azizah Wan Ismail, Nurul Izzah memberi jawapan sebaliknya, “Ayah saya adalah seorang lelaki yang paling bernasib baik di dunia ini,” katanya sambil ketawa.

Bagaimana pula Anwar Ibrahim (gambar kiri) sebagai ayah dari kaca mata Nurul?

Ketika ditanya, Nurul berkata, “Beliau seorang yang amat penyayang, dan sentiasa mencuri masa untuk menaburkan kasih kepada keluarga. Setiap orang anak-anaknya. Dalam kesibukan semasa (menjadi) Timbalan Perdana Menteri, setiap malam beliau akan mengucapkan selamat malam kepada kami semua. Bayangkan, walaupun tak jumpa lama tapi ucapan selamat malam, makan bersama itu adalah rutin harian,” katanya, sambil menambah bahawa bapa yang tidak mahu memanjakan anak-anaknya ini “memang mengutamakan perjuangan, tapi kasihnya itu tidak pernah dilupakanlah.”

Bagaimana pula selaku seorang ahli politik? “Saya fikir, sebagai orang politik, beliau menunjukkan karisma dan stamina yang terbaik antara banyak pemimpin. Mungkin yang terbaik kalau dibandingkan dengan pimpinan lain. Nobody work as hard as Anwar Ibrahim. Itu yang saya nampak.”

“Saya pun tak terlawan. Masa dia bantu, termasuk Dato Zaid di Hulu Selangor (pilihan raya kecil), tidak ada siapa, dia kerja lebih keras daripada calon. Saya boleh sebut, itu caranya,” kata Nurul, yang mengadu letih – “I am so tired” sepanjang wawancara, kerana terpaksa berhempas pulas sepanjang tempoh kempen pilihan raya kecil di Galas dan Batu Sapi.

“Tapi tentunya, untuk mana-mana pemimpin, dia perlukan dokongan. Sokongan strategi, sokongan daripada pimpinan nombor dua. Timbalan Presiden contohnya, dan Naib-Naib Presiden. It’s not a one man show,” katanya, yang sudah tentu kasihan melihat bapanya yang kini berusia 63 tahun, terpaksa berulang-alik dari mahkamah ke Batu Sapi untuk kerjaya politiknya.

Beban yang terlalu berat di bahu Anwar

Nurul merendahkan suaranya, “Dan pada saya, yang mencetus kesedihan saya adalah bila masa beliau..segala-galanya permasalahan negara, harapan Pakatan Rakyat, harapan pembangkang letak di atas bahu beliau. Dan saya fikir tidak adil. Mana-mana pemimpin pun, perlu mendapat sokongan dan dukungan yang teguh. Kerana itu BN menggunakan strategi kotor menyerang peribadi, menyerang beliau di mahkamah. When you attack him personally, dia akan cuba menggagalkan Pakatan Rakyat, menggagalkan perancangan lain.”

“Bayangkan kalau kita tidak ada kes mahkamah, bukankah beliau dilihat sebagai seseorang yang amat berjaya, tidak ada langsung masalah, problem, konflik, benar tidak? Tapi bila menggunakan cara kes (mahkamah), mencetus lompatan dan sebagainya… Kepada saya mudah, Saiful juga mempunyai maklumat dari segi mereka yang hendak melompat. Dia bekerja dalam pejabat. Jadi, bayangkan semua ini terikat satu sama lain…”

Calon Naib Presiden PKR ini cuba merungkai bahawa tuduhan liwat Saiful Bukhari bukan serangan peribadi terhadap Anwar semata-mata, tetapi bersangkut-paut dengan maklumat parti, malah politik negara dalam satu lingkungan yang lebih besar.

“Jadi, apapun, masalahnya sekarang, saya fikir tiba masanya pimpinan-pimpinan lain memberikan sokongan, dukungan dan strategi ke depan untuk membantu beliau sampai ke Putrajaya. Jangan harap beliau seorang. Kita bantu. Beliau itu kuat, karismanya itu meyakinkan, tapi jangan harap, jangan expect dan berikan bebanan berterusan. Itu kerja pemalas. Maaf…” luahan yang jujur Puteri Reformasi, yang juga anak sulung kepada Anwar-Azizah.

PKR Tunggu Surat Rasmi Zaid

Posted: 08 Nov 2010 01:27 AM PST

Dari Harakah

Parti Keadilan Rakyat (PKR) belum menerima notis rasmi perletakan jawatan Datuk Zaid Ibrahim, meskipun ia telah diwar-warkan dalam blognya.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, parti akan menunggu surat rasmi daripada Zaid yang merupakan Pengerusi Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan sebelum menerima bulat-bulat keputusan itu.

“Setakat ini setiausaha agung parti belum menerima surat rasmi daripada beliau. Jadi kita tunggu surat rasmi beliau sebelum membuat apa-apa keputusan,” kata Anwar kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Zaid juga dalam blognya memaklumkan bahawa beliau menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden parti.

Anwar bagaimanapun tidak menolak kemungkinan bahawa Zaid membuat keputusan untuk mengundurkan diri daripada bertanding jawatan itu berikutan prestasi yang mengecewakan pada pemilihan di Sabah pada hujung minggu lalu.

“Sekarang ini belum ada kenyataan rasmi, ini cuma reaksi awal setelah keputusan di Sabah. Saya pun tidak tahu sejauh mana pengesahan keputusan di Sabah.

“Kalau saya boleh bagi pandangan saya katakan ini hanyalah pertandingan biasa, persahabatan, ia tidak harus menjejaskan komitmen kepada perjuangan dan juga parti dan juga kedudukan lain,” kata beliau yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh.

Berhubung dakwaan Zaid, beliau menarik diri kerana PKR membenarkan penyelewengan dan penipuan pada pemilihan itu bagi mencapai tujuan mereka, Anwar berkata isu berkenaan telah ditangani oleh setiausaha agungnya, Saifuddin Nasution Ismail.

Katanya, Saifuddin telah menjelaskan secara panjang lebar berhubung dakwaan penipuan undi oleh penulis blog, Haris Ibrahim dengan menjelaskan bahawa kertas undi yang berlainan warna dikeluarkan setiap minggu.

“Saya sendiri tidak tahu (warna kertas undi). Ia langkah bijak oleh pihak parti,” katanya.

Kenyataan Akhbar Berhubung Qazaf

Posted: 08 Nov 2010 12:27 AM PST

KENYATAAN AKHBAR

Pada 23/4/2010 saya telah memfailkan Notis Rayuan di Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah bertarikh 14/4/2010 di mana Hakim tersebut telah mengenepikan Permohonan saya dalam Kes terhadap Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan atas kesalahan Qazaf. Permohonan saya di Mahkamah Tinggi Syariah adalah supaya:-

Ketua Pendakwa Syarie, Kuala Lumpur diperintahkan untuk menjalankan pendakwaan terhadap Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan atas kesalahan Qazaf tersebut dan

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri diperintahkan untuk tidak menghalang dan mempengaruhi Ketua Pendakwa Syarie daripada menjalankan pendakwaan tersebut.

Antara alasan-alasan Rayuan saya adalah bahawa telah berlaku kesilapan oleh Hakim apabila membuat keputusan mengenai merit dan isu substantif diperingkat Bantahan Awal. Oleh kerana permohonan saya belum sempat dibicarakan, keputusan mengenepikannya merupakan satu ketidakadilan dilakukan terhadap saya.

Hakim juga telah silap apabila meletakkan kuasa Ketua Pendakwa Syarie menyamai kuasa Peguam Negara sedangkan beliau hanyalah seorang pegawai yang kedudukannya terletak di bawah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Peguam syarie saya sedang menyediakan Rekod Rayuan yang akan difailkan dalam bulan November ini.

BERTARIKH 8 HARIBULAN NOVEMBER 2010

DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

Wee Choo Keong

Posted: 08 Nov 2010 03:14 PM PST

Wee Choo Keong


MCMC: Stop wasting public fund with public relation exercise

Posted: 08 Nov 2010 01:46 AM PST

Following my questions posed to Ministry of Information, Communication and Culture, the Deputy Minsiter YB Datuk Joseph Sallang Gandum has informed Parliament as follows (just got the exact names of the company involved in the netbook computers fiasco): Service providers: Telekom Malaysia Bhd; Maxis Mobile; Celcom Axiata; Digi Telecommunications; REDtone-CNX Broadband; EB Technoloogies; Danawa Resources; [...]

Wee Choo Keong

Posted: 08 Nov 2010 01:03 PM PST

Wee Choo Keong


MCMC: Stop wasting public fund with public relation exercise

Posted: 08 Nov 2010 01:46 AM PST

Following my questions posed to Ministry of Information, Communication and Culture, the Deputy Minsiter YB Datuk Joseph Sallang Gandum has informed Parliament as follows (just got the exact names of the company involved in the netbook computers fiasco): Service providers: Telekom Malaysia Bhd; Maxis Mobile; Celcom Axiata; Digi Telecommunications; REDtone-CNX Broadband; EB Technoloogies; Danawa Resources; [...]

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 08 Nov 2010 11:37 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


Kadar pengangguran, Sabah tertinggi, Kelantan terendah

Posted: 08 Nov 2010 12:17 AM PST


Percaya atau tidak Laporan Kadar Pengangguran mengikut negeri di Malaysia untuk suku tahun pertama 2009 mencatatkan bahawa kadar pengangguran di Kelantan ialah yang terendah di Malaysia iaitu sebanyak hanya 2.2%, manakala yang tertinggi ialah di Sabah iaitu 6.1% iaitu ke 14 tertinggi di Malaysia.

Sementara itu untuk Negeri Sembilan kadar penganggurannya ialah ke 11 tertinggi di Malaysia , iaitu sebanyak 4.4%.

(Datuk Seri Najib Tun Razak mahu UMNO serta semua sayap parti mengadakan lebih banyak program berbentuk mendampingi rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang dan bukannya di kawasan selamat.- Utusan Malaysia 17 Okt. 2010)

Sumber asal http://www.melaka.gov.my/userfiles/file/Kadar%20pengangguran%20Q1%202009.pdf

Masjid Baru Jelebu tertangguh 20 tahun? Bajet takde?

Posted: 07 Nov 2010 11:16 PM PST

Betul ke dulu ada cadangan projek pembinaan masjid baru daerah Jelebu dimana tapaknya terletak bersebelahan Sekolah Menengah Teknik Kuala Klawang) telah tertangguh lebih 20 tahun ? Kalau betul , lama tu. Mungkin Jabatan Agama ke, Pejabat Daerah ke boleh sahkan. Tapi paling sedih bila tengok Bajet Jabatan Agama tahun 2009.

Laporan Ketua Audit Negara untuk Negeri Sembilan tahun 2009 menyatakan perbelanjaan untuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam pada tahun 2009 hanya RM5.96 Juta sedangkan pada tahun 2008 ialah RM12.59 Juta, iaitu turun RM6.63 Juta atau turun sebanyak 52.7%. Banyak tu.

Masalah sosial makin banyak, orang Islam makin bertambah, sudah pasti tahun demi tahun memerlukan lebih ramai petugas Jabatan Agama, lebih ramai penguatkuasa, lebih ramai imam, lebih ramai guru KAFA, lebih banyak masjid, lebih banyak rumah perlindungan.

Mana pergi wang zakat semua ?

Isu ini tak dibincangkan ke, dalam Sidang Dewan Undangan Negeri ?

Baca ke tidak semua wakil rakyat Melayu laporan Ketua Audit Negara ni ?

Artikel Masjid di N.Sembilan tak siap, yang sedia ada nak diroboh pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/11/masjid-di-nsembilan-tak-siap-yang-sedia.html

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum (Melayu N.Sembilan) , selagi kaum tersebut (Melayu N.Sembilan) mengubah nasib mereka sendiri.

Terengganu makin parah dengan dadah, menuju kehancuran

Posted: 07 Nov 2010 05:02 PM PST

Masalah dadah semakin parah di Terengganu. Ini diakui dalam laporan Utusan Malaysia pada 8 Nov 2010. Sebelum ini Terengganu merekodkan jumlah penagih dadah yang tinggi iaitu meningkat kepada 1,366.67 peratus. Mungkin yang paling teruk di Malaysia dan seluruh dunia. Apakan daya, rakyat dilekakan dengan hiburan.

Orang politik sibuk berebut jawatan dan harta. Nasib Terengganu adalah di tangan rakyat Terengganu sendiri. Jadikanlah Terengganu benar-benar negeri Darul Iman.

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum (rakyat) kalau kaum (rakyat) itu tidak mahu berubah.

Artikel penagih dadah naik 1,366.67 peratus pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/09/penagih-dadah-terengganu-naik-1366.html

KES DADAH SERIUS DI TERENGGANU
Utusan Malaysia 8 November 2010

SETIU 7 Nov. - Kes pengedaran dan penagihan dadah di negeri ini kian serius dan memperlihatkan gejala amat membimbangkan ketika pihak polis terus memperhebatkan operasi mereka.

Secara keseluruhannya, ia meningkat sebanyak 14 peratus dengan 7,837 kes melibatkan 8,187 tangkapan sehingga September lalu berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 202 kes pengedaran dikesan melibatkan 277 tangkapan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini yang mencatatkan peningkatan sebanyak 22 peratus.

Dalam tempoh yang sama juga, beliau memberitahu, penagihan dadah meningkat sebanyak 14 peratus membabitkan 7,635 kes dengan 7,910 tangkapan.

"Manakala tangkapan dan tindakan ke atas pengedar di bawah Akta Dadah Berbahaya dan Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985 meningkat sebanyak 44 peratus kepada 75 kes berbanding 52 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.

"Masalah penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi juga terus meningkat dan mencetuskan kebimbangan, daripada 87 orang kepada 126 orang.

"Malah tiga daripada mereka yang ditahan sehingga September lalu itu terbabit dengan pengedaran dadah," katanya kepada pemberita di Lapang Sasar Bukit Bidong di sini hari ini.

Terdahulu, beliau mengetuai operasi pelupusan dadah bernilai RM1.5 juta termasuk heroin, ganja, pil-pil WY (pil kuda, syabu), ubat batuk, daun dan air ketum.

Operasi itu turut dihadiri oleh pengarah atau wakil Jabatan Pelajaran, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

Dadah yang dilupuskan melibatkan 795 kes dari seluruh daerah di negeri ini yang telah selesai perbicaraan dari tahun 2004 hingga tahun ini.

Pesalah yang terbabit telah dijatuhkan hukuman mengikut peruntukan undang-undang di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952.

Beliau menarik perhatian, pihaknya telah menumpaskan sebanyak 15 sindiket yang bergerak aktif di seluruh negeri ini manakala harta disita mencecah RM1.7 juta, berbanding RM1.1 juta tahun lalu.

Mohd. Shukri turut mengucapkan syabas kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik yang mengerakkan operasi dengan gigih dalam usaha membasmi gejala ini.

"Berikutan begitu banyak kes dan tangkapan, pusat-pusat tahanan dan pemulihan bagi menampung mereka yang terbabit dengan dadah ini telah penuh dan terpaksa dihantar ke Pahang.

"Biarpun sindiket-sindiket telah berjaya ditumpas dan tangkapan terus ditingkatkan setiap tahun namun gejala dadah terus menjadi ancaman dengan kemasukan berterusan dari dalam dan luar negara," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan kerjasama masyarakat terus dipertingkatkan dan pihaknya berperanan lebih dekat dengan mereka melalui penempatan pegawai perhubungan di semua sekolah.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1108&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_01.htm

Malaysia jadi pusat Coca Cola dan Israel ?

Posted: 07 Nov 2010 04:09 PM PST

Tak lama lagi Malaysia akan mejadi pusat Coca Cola yang terulung, terbesar, tersohor di rantau ini. Coca Cola mempunyai hubung kait rapat dengan Israel. Apakan daya Perdana Menteri dan Menteri Besar Negeri Sembilan telah menjadi ikon Coca Cola. Tak percaya tengok gambar mereka promosi Coca Cola pada pautan dibawah ini.

Sila lihat gambar PM dan MB N.Sembilan yang merestui Coca Cola berpusat di Malaysia pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/04/coca-cola-palestin-israel-malaysia.html

Malaysia penting bagi Coca-Cola untuk kukuhkan jenamanya
KOSMO 8 November 2010

KUALA LUMPUR - Coca-Cola, syarikat minuman terbesar dunia, telah mengesahkan komitmennya terhadap Malaysia dan yakin perniagaannya di sini akan berkembang selari dengan pertumbuhan ekonomi dunia yang cergas.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Coca-Cola, Muhtar Kent berkata: "Malaysia merupakan negara yang sangat penting untuk kami. Kami membuat pelaburan yang besar di Malaysia.

"Kami sudah mengumumkan program pelaburan bernilai RM1 bilion untuk tempoh lima tahun akan datang. Kami kini dalam peringkat pembinaan kemudahan yang besar dan saya mahu singgah di Malaysia dan melihat pelaburan kami itu dan berbincang dengan orang kami untuk terus memberikan galakan kepada mereka mengenai masa depan," katanya kepada pemberita mengenai lawatannya ke Malaysia di sini baru-baru ini.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1108&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

Masjid di N.Sembilan tak siap, yang sedia ada nak diroboh

Posted: 07 Nov 2010 04:02 PM PST

Apa nak jadilah dengan Islam di Negeri Sembilan ini, semakin terpinggir. Dahlah masjid yang baru tak siap-siap di kawasan padat penduduk. Masjid yang sedia ada pula nak dirobohkan atas alasan pembangunan landasan keretapi berkembar. Salah siapa? Salah kita semua, salah kita yang diam membisu, setidak-tidaknya berdoalah agar Negeri Sembilan diperintah oleh mereka yang sentiasa takutkan azab ALLAH di kubur dan akhirat nanti.

Kisah masjid di Negeri Sembilan tak siap-siap pada pautan berikut http://pasns.blogspot.com/2010/02/masjid-di-nsembilan-tak-siap-siap.html

Kisah masjid Kg Bongek , Rembau mungkin akan dirobohkan pada pautan berikut http://pasns.blogspot.com/2009/09/masjid-kg-bongek-nsembilan-akan.html

KEMPUNAN MASJID

Berita Harian 8 November 2010

Penduduk Seremban 2 kecewa tiada petunjuk projek akan dimulakan selepas majlis peletakan batu asas dua tahun lalu

SEREMBAN 2: Walaupun sudah lebih dua tahun majlis peletakan batu asas Masjid Seremban 2, di sini berlangsung, hingga kini hanya papan tanda projek kelihatan tanpa sebarang petunjuk projek itu akan dimulakan dalam masa terdekat. Tinjauan Berita Harian ke tapak itu di belakang Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 mendapati, lalang dan pokok liar memenuhi kawasan yang sudah diratakan tanpa kewujudan sebarang cerucuk atau mesin.

Penduduk mendakwa, keadaan tapak terbiar itu seolah-olah memberi gambaran projek pembinaan masjid yang sebelum ini dikhabarkan bernilai RM7.5 juta tidak akan dimulakan dalam waktu terdekat.

Mereka kesal kerana walaupun Seremban 2 kini berkembang pesat dengan banyak kawasan perumahan baru serta pejabat dibuka dan bilangan penduduk dianggarkan puluhan ribuan orang, kemudahan masjid masih terabai.

Lebih dikesalkan, penduduk mendakwa mereka sebelum ini diberitahu peruntukan pembinaan satu-satunya masjid yang dikatakan mampu menempatkan 3,000 jemaah pada satu masa di Seremban 2 itu sudah diluluskan Jabatan Perdana Menteri.

Berikutan ketiadaan masjid itu, penduduk dan pekerja di Seremban 2 serta beberapa kawasan sekitar, termasuk buruh binaan warga asing, terpaksa menggunakan Surau Al-Ikhlas di Garden Homes yang kecil untuk menunaikan solat Jumaat atau pergi ke masjid yang lebih jauh di Mambau atau Taman Bukit Chedang.

Norazam Nayan, 44, berkata penduduk kawasan itu sangat memerlukan sebuah masjid yang selesa untuk menjadi pusat kegiatan komuniti masyarakat Islam yang bersepadu.

"Buat masa ini, tiada satu pun tempat di Seremban 2 yang boleh menjadi pusat kepada semua aktiviti keagamaan atau masyarakat Islam, menyebabkan setiap surau di kawasan perumahan hanya menjalankan aktiviti peringkat taman.

"Bukan kita tidak mahu bersatu padu, tetapi bagaimana hendak bersatu menganjurkan atau bekerjasama dalam aktiviti lebih besar yang dapat merapatkan silaturahim masyarakat Islam di sini jika kita tidak mempunyai masjid," katanya.

Bagi Nor Rahmat Sulaiman, 47, keadaan di Seremban 2 sebenarnya agak janggal kerana amat jarang bagi sesebuah kawasan yang mempunyai ramai masyarakat Islam tidak mempunyai masjid.

"Jika kita pergi ke mana-mana sekali pun, terutama kawasan bandar baru seperti ini (Seremban 2), pasti akan menemui masjid. Bagaimanapun, keadaan di sini amat berbeza kerana tiada masjid walaupun dilengkapi segala kemudahan lain termasuk beberapa sekolah dan pasar raya," katanya.

Mahmood Shariff, 57, yakin kerajaan mempunyai rancangan untuk mendirikan masjid di kawasan itu tetapi tidak pasti faktor yang menjadi penghalang kepada pembinaannya.

"Dua tahun lalu, kita dijanjikan pembinaannya dengan batu asas serta majlis pecah tanah sudah dilakukan. Itu bermakna kerajaan memang ada perancangan dan tidak meminggirkan keperluan utama masyarakat Islam di sini.

"Namun, projek itu kemudian senyap dan tapak berkenaan langsung tidak terusik, menyebabkan kita tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku. Apa pun, kita tidak mahu membuat sebarang spekulasi dan berharap kerajaan menyegerakan pembinaannya demi kepentingan bersama," katanya.

Sementara itu, seorang pegawai kerajaan yang enggan namanya disiarkan, berkata projek itu sudah diluluskan pada 2008, tetapi peruntukan pembinaan ditangguhkan atas sebab tertentu.

"Buat masa ini, permohonan untuk mendapatkan peruntukan yang dijanjikan sebelum ini sedang giat diusahakan kerana kita menyedari keperluan yang mendesak," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Kempunanmasjid/Article

BULETIN RAKYAT

Posted: 08 Nov 2010 11:34 AM PST

BULETIN RAKYAT


Solat Hajat Perdana utk Pelajar SPM Selangor (7 Nov 2010 Ahad 9pg- 2 ptg)

Posted: 07 Nov 2010 07:09 PM PST






Majlis Solat Hajat Perdana SPM 2010 selamat disempurnakan oleh YB Dr Pn Hj Halimah Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Selangor pada jam 11 pagi di Dewan Sembahyang Mesjid Negeri, Shah Alam pada Ahad semalam. Lebih dari 1,500 pelajar SPM Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dari seluruh negeri Selangor telah menghadiri solat hajat perdana tersebut yang diimamkan oleh Imam Muda Amiril Md Banin. Majlis tersebut yang bermula dengan solat duha pada jam 9 pagi, kemudiannya diakhiri dengan Sesi Motivasi oleh Tuan Idris Zakaria, pakar motivasi dari Pulau Pinang. Pada akhir program, semua peserta bersolat zohor berjemaah.

Turut hadir pada program tersebut, Sdr Shaiful Anuar Sulaiman, Koordinator Pembangunan Modal Insan Dun Batang Kali berkata Program Solat Hajat Perdana yang kali kedua ini lebih bermakna apabila tahun ini di sempurnakan oleh salah seorang Imam Muda dan disamping itu turun mendoakan rakan-rakan pelajar SPM yang sedang berhadapan dengan dugaan banjir besar di Kedah, Perlis. Beliau berharap semua nasihat dari pakat motivasi kali ini dapat di manafaatkan oleh semua pelajar di waktu peperiksaan yang bakal menjelma, disamping ingat kepada pesanan Yb Dr Halimah yang menjadikan semua pelajar SPM sebagai modal Insan Kerajaan Selangor untuk masa depan.

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党

Posted: 08 Nov 2010 09:05 AM PST

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党


UMNO Titiwangsa Division Chief: We do not need votes from Chinese and Indians

Posted: 07 Nov 2010 07:07 PM PST

Tiada ulasan:

Pengikut