Isnin, 25 Jun 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Politik Harian

Posted: 25 Jun 2012 03:46 AM PDT

Politik Harian


Reformasi Gagal Merubah Nasib Indonesia, Kenapa Kita Nak Ikut?

Posted: 24 Jun 2012 11:52 PM PDT


Kaji selidik rasmi yang dilakukan oleh Indo Barometer pada 25 April sehingga 4 Mei 2011 menemukan jawapan yang tentu sahaja sukar untuk diterima oleh para reformis Indonesia yang terlibat secara langsung dalam gerakan reformasi jalanan pada tahun 1998.

Mengikut kajian tersebut yang dijalankan di sejumlah 33 wilayah merumuskan Orde baru yakni polisi pemerintahan zaman bekas Presiden Suharto yang digulingkan ternyata jauh lebih baik berbanding Pasca Reformasi 1998.

Sejumlah 28.2 peratus responden dari seramai 1,200 orang yang ditemubual menyatakan pasca reformasi menyebabkan tahap kehidupan rakyat lebih buruk dan amat tidak memuaskan.

Manakala sejumlah 27.2 peratus lagi menyifatkan pasca reformasi 1998 lebihkurang sama sahaja seperti sebelumnya. Hanya 22.8 peratus sahaja bersetuju pasca reformasi adalah lebih baik berbanding Orde baru zaman Suharto.

Kenyataan hasil kajian tersebut ada benarnya kerana tiga tahun sebelumnya yakni pada tanggal 20 Mei 2008, ribuan mahasiswa dan rakyat Indonesia telah memprotes kegagalan pemerintahan pasca reformasi yang gagal membantu kehidupan rakyat.

Jika 10 tahun sebelum itu mereka berhimpun di jalanraya menuntut pengunduran Suharto sebagai Presiden, tanggal 20 Mei 2008 mereka seperti menyesali penyertaan rakan-rakan mereka dalam demonstrasi jalanan era reformasi yang ternyata hanya indah khabar dari rupa.

Dari segi ekonomi pula nyata tiada perubahan yang berlaku walaupun tampuk pemerintahan berkali-kali bertukar tangan sejak era pasca reformasi. Indonesia terus kekal sebagai penyumbang terbesar dalam sektor pembantu rumah kepada negara-negara lain.

Satu-satunya kejayaan mereka disebalik gerakan jalanan reformasi 1998 ialah kebebasan yang lebih baik berbanding zaman Suharto namun natijahnya pula membawa keburukan dari segi hubungan sesama rakyat berbilang kaum dan agama.

Sudah 14 tahun era reformasi 1998 di Indonesia berlalu dan dalam jangka masa tersebut ratusan peristiwa berdarah terjadi yang memburukkan suasana hubungan kaum dan agama.

Reformasi 1998 terbukti gagal merubah nasib rakyat, realitinya hingga kini agak ramai rakyat Indonesia seakan merindui kembali ketegasan Suharto memimpin negara mereka.

Jika demikian hakikat selepas 14 tahun orde reformasi Indonesia gagal sama sekali dalam merubah nasib rakyatnya, mana mungkin untuk kita rakyat Malaysia menyambut baik gerakan reformasi yang sama acuannya.

Umum menyedari, sejarah reformasi di Malaysia khususnya yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim segalanya diceduk dan diciplak dari Indonesia.

Saat Indonesia dilanda permulaan kelam zaman reformasi pada bulan Mei 1998, sebulan kemudiannya yakni pada 18 Jun 1998 Anwar mula melaungkan teori reformasi dengan harapan tempias di Indonesia akan menyemai ke sanubari rakyat seterusnya membantu dirinya ke puncak kuasa.

Selepas kehilangan jawatan Timbalan Perdana Menteri, bermula 2 September 1998 Anwar memanipulasi sepenuhnya semangat gerakan reformasi Indonesia yang akhirnya menyaksikan ibukota Kuala Lumpur hampir lumpuh dengan demonstrasi jalanan di merata tempat.

Gedung perniagaan dan premis kerajaan terpaksa di tutup, huru hara dan rusuhan bermaharalela di sekitar Kuala Lumpur. Tika itu sebahagian besar mahasiswa universiti yang terpengaruh dengan adu domba slogan anti KKN (korupsi, kronisme dan nepotisme) yang dilaungkan oleh Anwar beramai-ramai turun ke jalanan.

Manakala masyarakat Cina Malaysia telah mengambil langkah berhati-hati memandangkan sejarah hitam reformasi di Indonesia yang menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pembantaian kaum Cina Indonesia masih segar dalam ingatan.

Bagaimanapun setelah kalut ribut rusuhan di Kuala Lumpur seakan hampir mirip dengan apa yang berlaku di Indonesia, menyebabkan mereka secara total menolak perlakuan ganas yang diimport dari negara jiran tersebut.

Mereka sedar, jika sudah buruk permulaan sesuatu gerakan yang menyebabkan ramai nyawa tidak berdosa menjadi mangsa hingga ramai gadis dirogol dan dilapah kulitnya kerana prasangka kaum dan agama, tentu sahaja sukar sekali untuk mengambil teladannya untuk diimplementasikan dalam negara sendiri.

Malah kalut malut era reformasi Indonesia diikuti kejadian sama di Malaysia nyata hanya merosakkan suasana pemulihan ekonomi negara selain mengancam nyawa dan harta benda rakyat.

Majoriti rakyat Malaysia, baik Melayu, Cina, India dan lain-lain akhirnya sependapat perubahan ganas di negara jiran bukan jawapan terbaik apatah lagi ianya disemai oleh seorang politikus yang hanya mengutamakan kepentingan diri sehingga sanggup menggadaikan ketenteraman negara.

Justeru itu, budaya politik ciplak dan songsang yang dirintis oleh Anwar telah terbukti gagal dan tidak sesuai untuk diamalkan di negara kita yang tercinta ini. Tiada sebab untuk kita meneladaninya apatah lagi untuk dibudayakan di negara ini.

Reformasi jalanan bukan cara kita dalam membangunkan negara yang pelbagai kaum dan agama, hanya transformasi yang berhemah dan kepimpinan yang berdaya saing, jitu pemikiran dan cakna rakyat sahaja yang mampu membawa kita makmur dan maju ke depan.

Source URL: http://www.freemalaysiakini2.com

BNYV 'Senjata Baru' Pemuda BN Yang Di Takuti Oleh Puak Pembangkang

Posted: 24 Jun 2012 08:47 PM PDT

bnyv1xx


"I AM BN YV".Kalau melihat anak-anak muda memakai t-shirt biru bertulis perkataan ini jangan silap anggap mereka adalah dari sebuah sayap baru dalam Barisan Nasional.

Kalau nak tahu...mereka adalah dari Sukarelawan Pemuda BN,satu jenama baru yang sedang dipopularkan oleh Pemuda BN.
Ahad, kumpulan pertama seramai lebih 300 sukarelawan itu yang dikenali dengan nama ringkasnya BNYV saja menghadiri bengkel sehari di Pusat Dagangan Dunia Putra,di Kuala Lumpur.
Melihat dari suasana dan semangat pada bengkel itu,jangan terkejut satu masa nanti BNYV akan muncul sebagai satu faktor baru dalam arina politik tanahair yang boleh memeningkan kepala pembangkang.
Menariknya peserta pasukan ini terdiri dari golongan belia berbagai kaum dari seluruh negara yang bukan dari mana-mana ahli parti komponen BN.
Status mereka yang bebas itu tentunya akan memberi banyak kelebihan dalam menjadi jentera tambahan kepada Pemuda BN untuk berdepan dengan berbagai tindak tanduk pembangkang.
Ketua Pemuda UMNO yang juga Pengerusi Pemuda BN,Khairy Jamaluddin sendiri yakin BNYV dapat memainkan peranan yang cukup strategik dan penting.
Beliau hadir memberi ucapan kepada BNYV di program itu.Turut sama menyampaikan amanat ialah Setiausaha Agung UMNO/BN Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
Khairy menjelaskan BNYV diwujudkan untuk memberi ruang kepada mereka yang minat politik tetapi tidak mahu menyertai mana-mana parti politik atau mereka yang berdepan masalah untuk masuk mana-mana cawangan parti kerana sebab-sebab tertentu tetapi menyokong perjuangan BN.
Katanya sebenarnya terdapat ramai di seluruh negara yang terdiri dari golongan seperti ini.

Mereka ini sayangkan negara dan ingin memberi sumbangan cuma tidak mahu terikat dengan mana-mana parti politik.
bnyv-kj

Beliau gembira kerana kempen menyertai BNYV telah mendapat respon yang baik.
Namun katanya untuk kumpulan pertama ini mereka cuma memilih seramai 500 orang sahaja.

Pemilihan dibuat dengan teliti selari dengan konsep sukarelawan dan mereka yang benar-benar ikhlas.

Katanya tiada ganjaran kewangan ditawarkan bagi mereka yang menyertainya.
Hanya lebih 300 sahaja dapat menyertai bengkel pertama ini kerana sebilangan lain menghadapi masalah tertentu untuk datang.
Katanya Pemuda BN merancang untuk menambah penyertaan BNYV dari masa ke semasa.
Mereka bukan sahaja akan berperanan setakat pilihanraya umum ke 13 tetapi akan memainkan berbagai peranan selepas itu.
Bercakap dalam sidang akhbar selepas bengkel itu,Khairy memberitahu BNYV tidak akan mengantikan peranan jentera Pemuda BN yang sedia ada di bahagian-bahagian.
Sebaliknya mereka akan menjadi jentera tambahan yang akan turut sama membantu menerusi berbagai cara.
Bagi Khairy sebagai orang yang bebas dari ikatan parti politik,BNYV dapat membuat 'engagement' atas dasar peribadi rakan dengan rakan yang lebih berkesan dalam menyampaikan mesej dan menyanggah putar belit pembangkang.
bnyv-tshirt

Penyertaan dalam BNYV sentiasa terbuka.
Untuk pertanyaan lanjut boleh juga menghubungi Unit Komunikasi Sukarelawan Pemuda BN,  Loganesh Sivabalan, Tel : 010-210 8897 atau Ainul Aizat Ishak, Tel : 012 393 8884
Mereka yang berminat boleh mengikutinya menerusi http:www.facebook.combnyv2012 atau twitter @BNYV2012 atau emel pertanyaan anda di bnyv.workshop@gmail.com.
Sementara itu Tengku Adnan dalam ucapannya mengakui masalah besar yang dihadapi oleh BN ketika ini ialah ' problem of perception' akibat dakyah pembangkang.
Katanya hakikat sebenar sekalipun bukan 100 peratus sempurna,BN tidak ada masalah.
Namun akibat dakyah dan fitnah pembangkang timbul masalah persepsi ini.
Apapun beliau menerimanya sebagai satu hakikat politik yang perlu dihadapi.
Beliau meminta BNYV turun padang menjelaskan isu berbangkit dalam menangkis gejala ini.
Tengku Adnan menilai peranan golongan belia ini sangat penting dalam menentukan hala tuju negara.
"Kalau sayangkan negara kita marilah kita sama-sama bersatu dengan satu semangat dan tekad untuk mempertahkan negara kita,"katanya.
Beliau memberitahu atas semangat ini juga beliau meninggalkan bidang perniagaan yang memberi pendapatan cukup lumayan di masa lampau untuk cebur diri sepenuh masa dalam politik.
Katanya beliau tidak pernah menyesal dengan keputusan itu kerana dapat turut sama memberi sumbangan kepada negara.- Agendadaily

Sukarelawan Pemuda BN: #BNYV Buka Ruang Kepada Anak Muda

Posted: 24 Jun 2012 08:03 AM PDT


'Kecil tapak tangan…..nyiru kami tadahkan'…Begitulah kata-kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengalu-alukan orang muda untuk bersama parti itu dalam program Sukarelawan Pemuda BN atau BN Youth Volunteers (BNYV).

Menurut beliau peranan golongan berkenaan cukup penting sebagai pemimpin masa depan dalam menentukan hala tuju dan kemakmuran di negara ini terus dipertahakan agar negara terus cemerlang.

"Dalam keadaan hari ini, peranan orang muda cukup penting…Kalau sayangkan negara kita marilah kita sama-sama bersatu dengan satu semangat dan tekad untuk mempertahkan negara kita.


"Pembangkang boleh cakap apa sahaja pasal kerajaan..pasal parti dan tuduh macam-macam..Inilah masanya untuk golongan muda bersama-sama emabntu kita memulihkan imej yang ditohmah itu," katanya.

Beliau seterusnya berkata parti mengalu-alukan penyertaan golongan berkenaan termasuklah dari kalangan lapangan pelbagai bidang kerana apa yang penting adalah untuk meamastikan kelangsungan parti terus cemerlang.

"Syabas dan tahniah kepada mereka yang menyertai program ini dan saya melihat ianya adalah satu tindakan yang baik dan kepimpinan parti bersedia menerima apa jua pandangan yang diutarakan kelak. Kita bersikap terbuka," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis sehari Bengkel Sukarelawan Pemuda BN yang melibatkan lebih 300 peserta kumpulan perantis pertama Sukaralelawan Pemuda BN atau BNYV yang diadakan di PWTC, di sini, hari ini.

Turut serta Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin, Timbalannya, Datuk Razali Ibrahim serta pimpinan Pemuda parti komponen BN yang lain.

Pada majlis penuh santai itu Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung UMNO turut berkongsi beberapa perkara lain yang melibatkan parti dan kerajaan serta pelbagai isu semasa lain.


Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin pada sidang media sejurus berakhirnya bengkel tersebut berkata BNYV merupakan medan serta plaftorm kepada orang muda untuk bersama dengan BN.

"Kita percaya ramai anak muda di luar sana yang tidak minat kepada politik dan sebaganya tetapi ingin menyumbang dan membantu BN, namun tidak ada medan yang sesuai. Jadi inilah yang saya rasakan medan yang sesuai untuk mereka iaitu BNYV.

"Jika sebelum ini kita menggunakan saluran rasmi atau secara formal tetapi dengan adanya BNYV ini ianya adalah pilihan terbaik untuk golongan berkenaan. Dan saya percaya mereka ini dapat memainkan peranan untuk menarik rakan sebaya mereka yang lain bersama dengan kita.



"Dan ramai diluar sana yang berminat dengan program ini…Kita percaya jika kumpulan pertama hari ini yang merupakan kumpulan perantis disertai oleh kira-kira hampir 400, selepas ini tentunya akan lebih lagi," katanya.

Pada masa yang sama Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO menegaskan BNYV bukannya untuk menggantikan jentera parti itu yang sedia ada di akar umbi seluruh negara sebaliknya BNYV adalah jentera tambahan.

"Ingin saya tegaskan BNYV ini bukannya untuk gantikan jentera tradisi kita. Ini adalah jentera tambahan yang mana jentera tambahan ini tidak ada politik langsung tetapi minat kepada BN.



"Dan pendaftaran BNYV ini sentiasa terbuka….tidak ada tarikh tutup dan penyertaannya adalah sepanjang masa dan mereka yang berminat amat kita alu-alukan," katanya.

Bagi mereka yang berminat boleh mengikutinya menerusi http:www.facebook.combnyv2012 atau twitter @BNYV2012 atau emel pertanyaan anda di bnyv.workshop@gmail.com.

Untuk pertanyaan lanjut boleh juga menghubungi Unit Komunikasi Sukarelawan Pemuda BN, Loganesh Sivabalan, Tel : 010-210 8897 atau Ainul Aizat Ishak, Tel : 012 393 8884

Sumber: Umno-Online


Galeri gambar klik disini.. di sini dan di sini...

bumiyang

Posted: 25 Jun 2012 03:42 AM PDT

AL-Kesah AloQStaQ

Posted: 25 Jun 2012 03:27 AM PDT

AL-Kesah AloQStaQ


MB KEDAH AKUI LULUSKAN 4 LESEN HIBURAN BARU !?? ... SAH TIPU !!! ... SEKALI LAGI RAKYAT KEDAH KENA TIPU HIDUP-HIDUP !!! ...

Posted: 24 Jun 2012 09:45 PM PDT

MB Kedah paling bercelaru & serba tidak tahu, YAB Haji Azizan Razak telah memberikan kenyataannya dan telah mengakui bahawa kepimpinannya telah MELULUSKAN 4 LESEN HIBURAN BARU ... Nahhh ! Inilah buat kerja cara Islam versi PAS Kedah !

AloQStaQBlog nak tanya ler kat MB Kedah, LESEN BARU yang MB sebut tu , baru 4 unit lesen aje ke , s
ejak PAS memerintah Kedah ni ? ...

Ataupun MELULUSKAN 4 UNIT LESEN BARU itu hanya untuk tahun 2012 ini sahaja? ... tak termasuk beberapa lesen "BARU" yang dikeluarkan tahun-tahun lepas ???!!

Tolong huraikan maksud BARU tu sat, YAB MB yang bercelaru !! ...
Rakyat Kedah nak tahu juga maksud YAB MB mengenai 4 LESEN BARU tersebut, apa yang dimaksudkan BARU itu !? ....
 


Elok anda baca dahulu berita di bawah yang aku cedok dari Malaysiakini (Sumber daripada Bernama) :
PETIKAN ARTIKEL DARI SIARAN MALAYSIAKINI

MB: Kedah lulus empat lesen hiburan baru


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini mengesahkan kerajaan negeri baru-baru ini telah mengeluarkan empat lesen baru kepada pengusaha pusat hiburan.


Azizan berkata kerajaan negeri tidak boleh menghalang rakyat negeri ini untuk berhibur tetapi perjalanan pusat-pusat tersebut adalah dalam kawalan pihak berkuasa tempatan.


"Kita bagi lesen untuk hiburan tetapi di bawah kawalan kerajaan negeri termasuk kawalan keselamatan, tatasusila dan sensitiviti kaum...," katanya ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar yang mendakwa kemunculan pusat-pusat hiburan 'secara berleluasa' di negeri ini.


Azizan berkata untuk rekod, di Alor Setar hanya empat pengusaha pusat hiburan itu dalam proses untuk memulakan perniagaan dan mereka diberikan lesen baru.


Selebihnya adalah pusat hiburan yang hendak aktif semula setelah lama tidak beroperasi.


Azizan tidak pula menyatakan jumlah pusat hiburan yang kembali aktif.


Azizan berkata semua pengusaha berkenaan akan diberi taklimat minggu depan mengenai etika perjalanan dan operasi pusat hiburan mereka.


Taklimat ini turut disampaikan pihak berkuasa tempatan dan polis.


"Kita akan panggil semua pengusaha pusat hiburan yang lama dan baru, tidak adil kalau kita bertindak terus, tetapi jika (selepas ini) mereka melanggar peraturan dan syarat ditetapkan, kemudian baru kita bertindak," jelas Azizan.


Diminta mengulas mengenai dakwaan wujudnya sebuah pusat hiburan baru terbesar di Mergong, Azizan berkata beliau tidak tahu tentang kewujudan pusat itu.
.

- MALAYSIAKINI (Sumber : Bernama)

Aku sengaja tebalkan ayat-ayat di atas yang berbunyi :

(1) Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini mengesahkan kerajaan negeri baru-baru ini telah mengeluarkan empat lesen baru kepada pengusaha pusat hiburan.

(2) Azizan berkata kerajaan negeri tidak boleh menghalang rakyat negeri ini untuk berhibur tetapi perjalanan pusat-pusat tersebut adalah dalam kawalan pihak berkuasa tempatan.


(3) Azizan berkata untuk rekod, di Alor Setar hanya empat pengusaha pusat hiburan itu dalam proses untuk memulakan perniagaan dan mereka diberikan lesen baru.Selebihnya adalah pusat hiburan yang hendak aktif semula setelah lama tidak beroperasi.

(4) Diminta mengulas mengenai dakwaan wujudnya sebuah pusat hiburan baru terbesar di Mergong, Azizan berkata beliau tidak tahu tentang kewujudan pusat itu.



MB TIDAK TAHU ?????!!!

Aku tak mahu cakap banyak pada kenyataan Haji Azizan kat atas tu, tetapi aku harap SEMUA PEMBACA termasuk Musuh-Musuh Politik BN (Penyokong-penyokong PAS, PKR & DAP) membaca pautan AloQStaQBlog di bawah dan memahami betapa karutnya kenyataan MB Pakatan Rakyat pilihan Rakyat Kedah tu ...

SILA KLIK & BACA , AKU NAK MAKLUMKAN BAHAWA, SETIAP KALI WUJUD PUSAT HIBURAN BARU DI ALOR SETAR, AKU DI ALOQSTAQBLOG TELAH MENDEDAHKANNYA (SEJAK TAHUN 2009) DAHULU LAGI ...

Hmmm, 4 LESEN BARU ????????????????
YANG BERSEPAH-SEPAH NI BEROPERASI DENGAN TAKDE LESEN KE ??

ALOQSTAQBLOG DAH DEDAH LAMA DAHHH NIEE ...

Pendedahan AloQStaQBlog pada :31 OKTOBER 2011 :  KLIK SINI
Pendedahan AloQStaQBlog pada :
1 JUN 2011 :  KLIK SINI 
Pendedahan AloQStaQBlog pada : 15-November-2010 : KLIK SINI
Pendedahan AloQStaQBlog pada : 07-Julai-2010 : KLIK SINI
Pendedahan AloQStaQBlog pada : 06-Disember-2009 : KLIK SINI
Pendedahan AloQStaQBlog pada : 29-Disember-2009 : KLIK SINI


SINI PUN ADA CERITA : http://aloqstaqblog.blogspot.com/2011/06/meletup-gila-ada-karaoke-di-alor-star.html <-- Karaoke di Alor Setar tawar khidmat Seks (Pendedahan Akhbar KOSMO)
.

Gambar-Gambar di bawah adalah antara pendedahan yang telah blog ini lakukan sejak 2009 lagi (SEMUA PUSAT HIBURAN INI WUJUD PADA ZAMAN PAS MEMERINTAH) ... HARAP MAKLUM ...
 
HOUSE BAR ini baru sangatttt aje dibuka, tak sampai pun 2 tahun ! APA KATA MB?

Aku hanya harapkan kepada semua sumber media Pakatan Rakyat, tolonglah maklumkan kepada YAB MB Kedah kesayangan anda itu, bahawa bukan sedikit PUSAT HIBURAN yang wujud ZAMAN PAS KEDAH MEMERINTAH, TETAPI LEBIH BANYAK DARIPADA APA YANG MB SANGKAKAN! Bersepah-sepah dahh !

PERINGATAN,
KEPADA SEMUA TERMASUK PUAK PAKATAN !! ...
Dalam masa terdekat, AloQStaQBlog akan siar & bongkarkan SATU LAGI PUSAT HIBURAN BARU YANG IKLANNYA MEMPROMOSIKAN ARAK - LOKASINYA JUGA DI BANDARAYA ISLAM ALOR SETAR !

TUNGGUUUUUUUU !!  MELETOPPP !!! .......


AloQStaQBlog
Isnin

25 JUN 2012
12:45 TGHARI

RIDHUAN TEE

Posted: 25 Jun 2012 03:27 AM PDT

RIDHUAN TEE


Pemberian belum tentu dibalas

Posted: 24 Jun 2012 05:04 AM PDT


(Sinar Harian 25 Jun 2012)

Semakin dekat tarikh pilihan raya, kemunculan ultra kiasu semakin ramai. Tuntutan demi tuntutan yang tidak munasabah semakin banyak dikemukakan. Sama ada logik atau tidak, berpaksi kepada undang-undang atau tidak, mengambil kira roh perlembagaan atau tidak, semua sudah tidak penting lagi. Strategi dan perancangan mesti dimuktamadkan. Tuntut dan desak seekstrem-ekstremnya. Dapatkan sebanyak yang mungkin. Kesempatan keemasan ini mungkin tidak datang dua kali. Sikap ultra kiasu sudah berjangkit kepada orang lain ibarat teori domino.

Malangnya, kita asyik melayan. Apa yang diberi akan menjadi precedence. Apabila sudah ada precedence, mudahlah segala kerja pada masa akan datang. Masalahnya, belum tentu segala yang diberikan akan dibalas. Saya amat bimbang, apabila segalanya telah diberikan, Barisan Nasional (BN) pun tumbang dalam pilihan raya. Selepas itu, Pakatan Rakyat (PR) pula memerintah. Sudah tentu PR akan memberi lebih banyak lagi, bagi mengekalkan kuasa.

Maka, tidak hairanlah jika ultra kiasu memberi lebih sedikit peruntukan kepada Islam dan institusi Islam di Pulau Pinang, berbanding zaman BN memerintah. Mereka terpaksa berpura-pura walaupun berat hati. Jika tidak, sudah tentu ultra kiasu tidak akan bertahan lama. Janganlah terlalu memuji bila mana ultra kiasu memberi bantuan kepada Islam. Mesti ada sebab musababnya.  

Malangnya hari ini, kita asyik melepas tali, akhirnya, agenda ultra kiasu menjadi semakin ultra, manakala agenda pribumi dan Islam entah ke mana. Fenomena sebegini hanya berlaku di negara kita. Di negara lain, mereka akan tegas dengan memperkasakan agenda nasional berbanding bangsa.

Saya terpaksa menulis demi kebaikan bersama, dan masa depan umat Islam. Seperti yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir bahawa sikap dan undang-undang yang terlalu longgar akan membawa kepada pembentukan ekstremisme. Sikap ultra kiasu akan semakin menjadi-jadi.

Terbaharu, Parti Progresif Rakyat (PPP) mahukan semua orang India yang lahir selepas merdeka diberi taraf bumiputera. Manakala, Dewan Perniagaan India mahukan 10 peratus kontrak Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) kerajaan diberikan kepada mereka. Persoalannya, siapakah yang akan mengalah? Pembaca sudah tentu ada jawapan.

Sebelum itu, presiden MIC mahukan 10 peratus kuota pelajar India di Matrikulasi. Sedangkan populasi orang India hanya 7 peratus. Ultra kiasu tidak pernah berputus asas. Perbincangan dengan Kementerian Pelajaran bagi meningkatkan bilangan pelajar mereka mengikuti pengajian peringkat matrikulasi, bagi membolehkan lebih ramai daripada kaum tersebut menuntut di institusi pengajian tinggi awam terus dilakukan. Jika mereka benar-benar layak, saya masih bersedap hati.

Dalam isu pendidikan pula, presiden MIC berkata sebanyak 35 buah sekolah Tamil yang terletak di ladang Sime Darby di seluruh negara akan sama ada dipindahkan ke kawasan lebih sesuai atau menyaksikan pembinaan blok baru. Selangor menyaksikan jumlah sekolah terbanyak iaitu sebanyak 14 buah, diikuti  Johor (8 buah), Negeri Sembilan (empat), Kedah (tiga), Melaka (dua), Pahang (dua) dan Perak (dua). Mereka hanya mahukan satu, roboh mesti diganti. Yang sedia ada perlu diperbaharui dan ditambah? Isu sekolah ini turut dibawa bersekali dengan isu kuil kerana kedua-dua berada di tempat sama.

Peliknya, mereka menuntut sesuatu hak berasaskan kepada populasi atau bilangan. Kenapa dalam soal kuil tidak dihadkan kepada 7 sahaja mengikut keperluan. Lihatlah strategi mereka, yang lebih disenyapkan dan mahu ditambah lagi. Manakala, yang belum dapat, terus didesak agar diberikan.

Semua perkara ini seolah-olah telah dirancang dengan rapi, bezanya disuarakan oleh orang yang berlainan.

Lebih 70 peratus kekayaan ekonomi negara dikuasai oleh orang Cina dengan populasi mereka di sekitar 25 peratus. Jika semua dibuka kepada bukan Melayu, apa yang tinggal pada orang pribumi. Kenapa tidak dihadkan sahaja kepada 25 peratus. Selebihnya diberikan kepada yang lebih berhak. Inilah keunikan negara kita. Kita tidak mengamalkan dasar komunis. Tetapi kebebasan tanpa had atas nama demokrasi.

Begitu juga saya difahamkan orang kuat Air Asia mendapat lesen membina 20 sekolah antarabangsa (Sekolah Inggeris). Manakala orang Cina yang menuntut ditambah sekolah persendirian Cina tidak dibenarkan. Apa sebenarnya polisi atau pendirian kita? Isu kaum atau isu kelas? Saya semakin bercelaru melihat dan menganalisis pembentukan dan agenda negara Malaysia. Semuanya menjadi caca merba. Sekejap boleh, sekejap tidak boleh.

Jika inilah pembawaannya, sistem pendidikan kita tidak akan ke mana-mana. Menjeritlah sekuat mana sekalipun pejuang-pejuang bahasa. Kuasa mutlaknya bukan ditangan mereka. Tetapi di tangan ahli politik yang bertanggungjawab meluluskannya.

Terbaharu lagi, Kementerian Pengajian Tinggi telah meluluskan Southern College yang dipunyai oleh NGO Cina kepada Kolej Universiti, yang asalnya dahulu adalah sekolah persendirian sahaja. Banyak yang sedang menunggu untuk mendapatkan status Kolej Universiti, terutama Kolej New Era, di Kajang dan Kolej Han Chiang, Pulau Pinang.

Boleh dikatakan semua kolej Cina yang wujud ini berasal dari sekolah persendirian Cina. Apabila sekolah persendirian ini telah bertapak, maka berlakukan evolusinya. Kini mereka mahu sekolah sebegini ditambah lagi.

Persoalan saya, apakah prasyaratnya? Bahasa apa yang akan digunakan? Sebenarnya, inilah yang dikatakan universiti merdeka. Kita melewatkan pembinaan sekolah persendirian Cina. Tetapi apakah bezanya dengan kolej swasta yang telah diluluskan kepada taraf kolej universiti? Kolej New Era, sepanjang kajian saya beroperasi 100 peratus kecinaan. Bahasa rasminya adalah bahasa ibunda.

Kolej sebegini hanya akan dipenuhi oleh satu bangsa sahaja. Melihat kepada nama dan papan tanda kolej ini jelas menunjukkan bahawa bahasa kebangsaan langsung tidak didaulatkan. Sepatutnya setiap papan tanda, apa jua tanda nama, hendaklah didahului dengan jawi, bahasa roman dan diikuti dengan tulisan ibunda. Namun, keadaan semuanya sudah menjadi caca merba. Salah siapakah semua ini berlaku? Saya amat keliru dan terus keliru.

anakbukitgantang says

Posted: 25 Jun 2012 03:04 AM PDT

anakbukitgantang says


MAS and MAB missed out on Russian airports

Posted: 24 Jun 2012 04:38 AM PDT

Changi buys stake in Russian airport operator - From Jakarta Post HERE


I have had enough of the MAS -AirAsia saga. I am not relieve yet because the tumor in MAS is still there, implanted by the latter. See Zamkata HERE.

 Meanwhile our competitor downsouth Changi Airport has bought a 30 percent stake in a company that owns and operates four airports in Russia. The total value of the assets exceeds US$500 million.

Changi Airports International – the investment and consultancy arm of Changi Airport Group – declined to reveal how much it paid for its share in Basel Aero.

The airports are in the country's south – Sochi, Krasnodar, Anapa and Gelendzhik. The other partners are Russian conglomerate Basic Element, with a 51 percent stake in the joint venture, and Sherbank of Russia, with 19 percent. Changi Airport said on Friday that the new company aims to develop the airports – gateways to the 2014 Olympic Winter Games – to improve service levels.

The chief executive of its foreign arm, Lim Liang Song, said: "This partnership is a strategic step for Changi Airports International in the Russian market... Our goal is to transfer best practices in airport operations, management and development."
Apart from growing traffic in and out of Singapore, Changi Airport has been focused on expanding its business overseas.

The Singapore airport has a 26-percent stake in Bengal Aerotropolis Projects, which is spearheading India's first airport city in the eastern Indian town of Durgapur, 160 kilometers from Kolkata.
It also owns 8percent of the company that operates airports in Rome, Italy.

The bulk of Changi Airports International's work overseas has been centered on short-term contracts, including in India, China and the Middle East, to help airports develop their business and infrastructure.

One of the more significant projects is a six-year, S$65 million (US$50.9 million) contract inked in November 2008 to help operate the King Fahd International Airport in Dammam, Saudi Arabia.
While its overseas forays do not contribute significantly to the bottom line, industry watchers say it is important for Changi Airport to spread its wings and to position itself for more opportunities that may arise.

A spokesman for Changi Airport Group told The Straits Times that it will continue to focus on its strengths as it drives its overseas strategy.

He said: "We believe we have much to contribute in terms of airport development, planning and operations and continue to provide consultancy services in various parts of the world." (mtq)

Sahabat-Gunung

Posted: 25 Jun 2012 01:40 AM PDT

Sahabat-Gunung


Sekitar Program "Anda, PM & Kartunis" (3)

Posted: 24 Jun 2012 08:45 PM PDT












Sekitar Program "Anda, PM & Kartunis" (2)

Posted: 24 Jun 2012 06:55 PM PDT











Peminat England Jangan Bersedih .....

Posted: 24 Jun 2012 05:47 PM PDT


ITALI yang memulakan permainan dengan agak perlahan berjaya layak ke separuh akhir menerusi tendangan penalti, sekali gus sekali lagi mengesahkan badi suku akhir England dalam kejohanan antarabangsa.
Perlawanan kedua-dua pasukan ini, yang berlangsung di Stadium Olympic, Kiev untuk menguasai tiket terakhir ke peringkat separuh akhir, terpaksa dilanjutkan sehingga peringkat sepakan penalti selepas permainan selama 120 minit tidak membawa sebarang gol - perkembangan yang agak mengecewakan peminat masing-masing.
Kedua-dua pasukan meneruskan saingan pada masa tambahan 30 minit tetapi terikat tanpa gol. Ia membawa kepada penentuan menerusi penalti.
Di peringkat sepakan penalti, Itali menyempurnakan empat peluang berbanding England hanya dua.
Terdahulu, England turun gelanggang tanpa melakukan sebarang perubahan dalam barisan pemainya. Itali yang berjersi biru memulakan sepakan. England turun dengan jersi putih.
Di peringkat awal perlawanan, England menguasai sebahagian besar permainan - pada paras 60-40%, tetapi di akhir-akhir babak pertama, Itali lebih banyak menguasai permainan.
Itali melepaskan 31 tendangan ke arah gawang England berbanding lapan yang disempurnakan oleh Three Lions.
Statistik di akhir permainan, 132 minit, menunjukan Itali menguasai 63 peratus permainan berbanding 37 peratus oleh England.
England, yang menjadi pilihan ramai, mengekalkan Danny Welbeck sebagai gandingan Wayne Rooney, bintang MU yang membawa jaringan kemenangan dalam pertemuan terakhir peringkat kumpulan minggu lalu.
England membawa masuk Theo Walcott dan Andy Carroll, masing-masing menggantikan Milner dan Welbeck pada minit ke-60 dan 61.
Dengan kemenangan ini, Itali akan bertemu Jerman di separuh akhir hujung minggu ini. Dua pasukan lain yang layak ke separuh akhir ialah Sepanyol dan Portugal.
Dalam 22 pertemuan sebelum ini, Itali telah menang sembilan kali manakala England pula tujuh dan enam berakhir dengan seri.
Melihat pada sejarah, Azzurri mempunyai kelebihan kerana pasukan itu hanya kalah sekali kepada Three Lions dalam 35 tahun lalu - 2-0 pada 1997. Itali telah menang dalam dua pertemuan utama menentang England.

Sekitar Program "Anda, PM & Kartunis"

Posted: 24 Jun 2012 04:35 PM PDT


Program:
Anda, PM & Kartunis

Tarikh:
24 Jun 2012

Tempat:
Central Market

Masa:
4.00pm











Kartunis & Animator Perlu Hasilkan Karya Tidak Langgar Batas Moral Dan Etika Negara - Najib

Posted: 24 Jun 2012 07:32 AM PDT


Kartunis dan penggiat animasi yang mempunyai pengaruh dalam menentukan kestabilan, perpaduan dan kemakmuran negara perlu menghasilkan karya yang tidak melanggari batas moral dan etika yang sepatutnya, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri barkata kartunis dan animator perlu bersifat lebih peka dan sensitif terhadap budaya serta adat ketimuran masyarakat Malaysia yang penuh santun dan berhemah.

Berucap semasa merasmikan pameran kartun dan animasi 1Malaysia berjudul 'Anda, PM dan Kartunis' di Pasar Seni di sini hari ini, beliau berkata setiap karya atau produk yang dihasilkan perlu juga didasari, diasaskan seterusnya diadun dengan nilai murni tempatan yang tinggi, yang mampu mencapai tahap antarabangsa.

"Sungguhpun begitu, ini tidaklah bermakna kita mahu menyekat kreativiti serta inovasi kartunis atau animator dalam berkarya. Cumanya sahaja, dalam situasi yang sebegini, sememangnya karya-karya berbaur provokasi serta hasutan yang mampu membawa kepada perpecahan dan perbalahan perlulah dielakkan sama sekali," katanya.

Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa kartunis dan penggiat animasi di negara ini cukup matang dalam menilai dan membuat pertimbangan kepada perkara seperti ini demi kebaikan bersama.

Sambil melahirkan harapan agar kartunis dan penggiat animasi mampu menjadi kartunis dan penggiat animasi glokal, Perdana Menteri turut menyatakan rasa bangganya dengan watak animasi Upin dan Ipin.

Produk anak tempatan itu berjaya menjangkau sempadan antarabangsa apabila mempunyai slot tayangan di saluran Disney Channel Asia, yang boleh dianggap sebagai duta budaya Malaysia kepada masyarakat luar.

"Sebenarnya, karya-karya kartun dan animasi ini memberi warna kepada minda masyarakat. Sindiran, pandangan sinis yang berkaitan moral masyarakat sering menjadi subjek para kartunis dan bukan sekadar hiburan semata-mata.

"Ini kerana, kartun dan bidang animasi merupakan wahana yang sewajarnya bersih, tidak mengenal warna kulit mahupun kecenderungan pegangan sahsiah. Kartun adalah bidang yang bersifat universal dan harus kekal menjadi bidang yang universal dan unik," katanya.

Najib berkata untuk itu, kartun dan karya animasi yang dihasilkan wajar dengan tulusnya mencerminkan wajah dan identiti Malaysia selaku masyarakat majmuk dan berbilang kaum.

"Di sinilah penting dan mustahaknya peranan kartunis dan animator dalam
pembangunan dan kemajuan negara. Dalam humor dan dalam jenaka, mereka perlu juga memasukkan mesej berbentuk perpaduan, kerjasama, toleransi serta kebersamaan bagi menjunjung falsafah 1Malaysia," katanya.

Beliau berkata kreativiti kartunis dan animator diharapkan mampu bersama-sama menterjemah dan menyampaikan segala dasar serta agenda murni yang dirangka kerajaan dalam sisi yang lebih ringan, santai dan mudah difahami oleh masyarakat.

Pada majlis itu, Najib turut menyatakan sokongan penuhnya terhadap penubuhan Yayasan Penggiat Kartun 1Malaysia dalam usaha membantu membangunkan dan mengukuhkan perpaduan kartunis, komikus dan animator di negara ini.

Beliau berharap yayasan itu dapat meningkatkan kerjasama dalam melahirkan karya serta produk yang lebih kreatif.

Najib kemudian menyampaikan sumbangan RM10,000 setiap seorang kepada empat kartunis veteran sebagai mengiktiraf sumbangan mereka dalam bidang kartun dicnegara ini iaitu Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat, Zainal Buang Hussein, Reggie Lee dan Jaafar Taib.

PANEH MIANG

Posted: 25 Jun 2012 01:33 AM PDT

PANEH MIANG


Hati kecil ini terdetik...

Posted: 24 Jun 2012 08:33 PM PDT

Yang mana lebih diangkat darjatnya oleh Allah SWT. 

Insan yang ini?



Ataupun insan di bawah ini?


Sapo bulih jawab?!

Taipingmali (tm)

Posted: 25 Jun 2012 01:15 AM PDT

Taipingmali (tm)


BNYV

Posted: 25 Jun 2012 01:09 AM PDT

KUALA LUMPUR 24 Jun – 'Kecil tapak tangan…..nyiru kami tadahkan'…Begitulah kata-kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengalu-alukan orang muda untuk bersama parti itu dalam program Sukarelawan Pemuda BN atau  BN Youth Volunteers (BNYV).

Menurut beliau peranan golongan berkenaan cukup penting sebagai pemimpin masa depan dalam menentukan hala tuju dan kemakmuran di negara ini terus dipertahakan agar negara terus cemerlang.

"Dalam keadaan hari ini, peranan orang muda cukup penting…Kalau sayangkan negara kita marilah kita sama-sama bersatu dengan satu semangat dan tekad untuk mempertahkan negara kita.

"Pembangkang boleh cakap apa sahaja pasal kerajaan..pasal parti dan tuduh macam-macam..Inilah masanya untuk golongan muda bersama-sama emabntu kita memulihkan imej yang ditohmah itu," katanya.

Beliau seterusnya berkata parti mengalu-alukan penyertaan golongan berkenaan termasuklah dari kalangan lapangan pelbagai bidang kerana apa yang penting adalah untuk meamastikan kelangsungan parti terus cemerlang.

"Syabas dan tahniah kepada mereka yang menyertai program ini dan saya melihat ianya adalah satu tindakan yang baik dan kepimpinan parti bersedia menerima apa jua pandangan yang diutarakan kelak. Kita bersikap terbuka," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis sehari Bengkel Sukarelawan Pemuda BN yang melibatkan lebih 300 peserta kumpulan perantis pertama Sukaralelawan Pemuda BN atau BNYV yang diadakan di PWTC, di sini, hari ini.

Turut serta Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin, Timbalannya, Datuk Razali Ibrahim serta pimpinan Pemuda parti komponen BN yang lain.

Pada majlis penuh santai itu Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung UMNO turut berkongsi beberapa perkara lain yang melibatkan parti dan kerajaan serta pelbagai isu semasa lain.

Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin pada sidang media sejurus berakhirnya bengkel tersebut berkata BNYV merupakan medan serta plaftorm kepada orang muda untuk bersama dengan BN.

"Kita percaya ramai anak muda di luar sana yang tidak minat kepada politik dan sebaganya tetapi ingin menyumbang dan membantu BN, namun tidak ada medan yang sesuai. Jadi inilah yang saya rasakan medan yang sesuai untuk mereka iaitu BNYV.

"Jika sebelum ini kita menggunakan saluran rasmi atau secara formal tetapi dengan adanya BNYV ini ianya adalah pilihan terbaik untuk golongan berkenaan. Dan saya percaya mereka ini dapat memainkan peranan untuk menarik rakan sebaya mereka yang lain bersama dengan kita.

"Dan ramai diluar sana yang berminat dengan program ini…Kita percaya jika kumpulan pertama hari ini yang merupakan kumpulan perantis disertai oleh kira-kira hampir 400, selepas ini tentunya akan lebih lagi," katanya.

Pada masa yang sama Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO menegaskan BNYV bukannya untuk menggantikan jentera parti itu yang sedia ada di akar umbi seluruh negara sebaliknya BNYV adalah jentera tambahan.

"Ingin saya tegaskan BNYV ini bukannya untuk gantikan jentera tradisi kita. Ini adalah jentera tambahan yang mana jentera tambahan ini tidak ada politik langsung tetapi minat kepada BN.

"Dan pendaftaran BNYV ini sentiasa terbuka….tidak ada tarikh tutup dan penyertaannya adalah sepanjang masa dan mereka yang berminat amat kita alu-alukan," katanya.

Bagi mereka yang berminat boleh mengikutinya menerusi http:www.facebook.combnyv2012 atau twitter @BNYV2012 atau emel pertanyaan anda di bnyv.workshop@gmail.com <mailto:bnyv.workshop@gmail.com> .

Untuk pertanyaan lanjut boleh juga menghubungi Unit Komunikasi Sukarelawan Pemuda BN,  Loganesh Sivabalan, Tel : 010-210 8897 atau Ainul Aizat Ishak, Tel : 012 393 8884
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Akhirnya terjawab juga gambar wanita misteri.

Posted: 25 Jun 2012 12:40 AM PDT


Wanita Misteri Mengaku Pernah Taja Anak Anwar



Wanita misteri yang dikaitkan dengan kes pemilikan akaun induk berjumlah RM3 bilion oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini muncul menafikan menjadi proksi kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Zaliah Zakaria, 56, bagaimanapun mengakui mengenali isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika memegang jawatan Presiden dan juga pemilik Syarikat Wira Tangkis Sdn. Bhd. Katanya, syarikat itu banyak memberi sumbangan dalam kejohanan badminton Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri (Bakti) pada akhir 1990-an semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Beliau turut mengakui pernah menaja aktiviti sukan air salah seorang anak Anwar di Pulau Pinang semasa Ketua Pembangkang itu dalam penjara selain menerima kunjungan Wan Azizah yang baru pulang dari mengerjakan umrah semasa menetap di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

"Hubungan kami sekadar kawan kerana saya juga meminati sukan badminton. Saya tidak mengenali Anwar malah tidak pernah terlibat dalam politik. "Oleh itu saya hairan bagaimana nama saya dikaitkan dengan Anwar dan berita ini pernah berlaku pada 13 tahun lalu tetapi saya biarkan.

"Namun kali ini disebabkan wajah saya disiarkan (Mingguan Malaysia) saya tiada pilihan selain untuk tampil menjelaskan perkara sebenar," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Wajah Zaliah dipaparkan di muka depan Mingguan Malaysia hari ini berikutan pendedahan ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali berhubung seorang wanita yang dikatakan sangat dikenali oleh Anwar.

Dalam pendedahannya, Ummi Hafilda mendakwa, Anwar kenal sangat dengan wanita tersebut yang bukanlah seorang istimewa atau ahli korporat tetapi cukai pendapatan mencecah RM50 juta. Selain itu, Ummi Hafilda mendakwa, wanita itu memiliki atau mempunyai kaitan dengan 62 hartanah mewah berupa kondominium dan banglo kebanyakkan di Pulau Pinang. Berikutan dakwaan itu,

Zaliah meminta Ummi Hafilda agar tampil bersama bukti-bukti bagi membersihkan nama beliau dan keluarganya. Selain itu, beliau juga meminta Anwar mengeluarkan kenyataan segera bagi menafikan hubungan mereka seperti didakwa pihak tertentu.

Dalam pada itu, Zaliah mendakwa memiliki aset berbentuk wang tunai dan hartanah berjumlah RM100 juta hasil daripada perniagaan lumba kuda yang dijalankannya pada akhir 1990-an. Menurutnya, bagaimanapun kesemua asetnya bertukar hak milik semasa beliau ke Dubai untuk melupakan kesedihan ekoran kematian anak lelakinya pada Januari 2000.

"Seminggu semasa berada di sana (Dubai), pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membuat serbuan di rumah saya dan menyita 10 buah peti besi di Bukit Jambul, Pulau Pinang mengandungi wang tunai, barangan kemas dan dokumen penting.

"Pada masa sama, saya dinasihatkan oleh peguam supaya tidak pulang sehinggalah setahun baru saya pulang ke tanah air namun mendapati semua aset termasuk wang tunai berjumlah RM26 juta di dalam bank telah dipindah milik," jelasnya.

Beliau berkata, harta-hartanya yang lain termasuk empat buah rumah di Pulau Pinang bernilai kira-kira RM3.68 juta. Katanya, pada masa itu beliau turut diburu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkaitan dengan cukai pendapatan berjumlah lebih RM50 juta hingga beliau diisytiharkan muflis tidak lama selepas itu.

Sementara itu, Ummi Hafilda ketika dihubungi memberitahu, beliau tidak pernah mendakwa mengenali Zaliah secara peribadi. Katanya, pendedahan yang dibuat adalah bertujuan semata-mata mahukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kaitan antara wanita berkenaan dengan Anwar.

"Ini bukan isu kenal atau tidak kenal. Saya sendiri tidak pernah mendakwa bahawa saya mengenal perempuan berkenaan (Zaliah) secara peribadi.

"Pendedahan yang saya lakukan itu bertujuan untuk membantu siasatan SPRM berhubung kes pemilikan akaun induk bernilai RM3 bilion oleh Anwar. Saya telah serahkan bukti dan sekarang tugas SPRM menyiasat apa kaitan, hubungan atau penglibatan perempuan itu dengan Anwar," katanya.

http://taipingmali.blogspot.com/2011/02/wah-siapa-wanita-ini.html

Reformasi Gagal Merubah Nasib Indonesia, Kenapa Kita Nak Ikut?

Posted: 25 Jun 2012 12:12 AM PDT

Kaji selidik rasmi yang dilakukan oleh Indo Barometer pada 25 April sehingga 4 Mei 2011 menemukan jawapan yang tentu sahaja sukar untuk diterima oleh para reformis Indonesia yang terlibat secara langsung dalam gerakan reformasi jalanan pada tahun 1998.

Mengikut kajian tersebut yang dijalankan di sejumlah 33 wilayah merumuskan Orde baru yakni polisi pemerintahan zaman bekas Presiden Suharto yang digulingkan ternyata jauh lebih baik berbanding Pasca Reformasi 1998.

Sejumlah 28.2 peratus responden dari seramai 1,200 orang yang ditemubual menyatakan pasca reformasi menyebabkan tahap kehidupan rakyat lebih buruk dan amat tidak memuaskan.

Manakala sejumlah 27.2 peratus lagi menyifatkan pasca reformasi 1998 lebihkurang sama sahaja seperti sebelumnya. Hanya 22.8 peratus sahaja bersetuju pasca reformasi adalah lebih baik berbanding Orde baru zaman Suharto.

Kenyataan hasil kajian tersebut ada benarnya kerana tiga tahun sebelumnya yakni pada tanggal 20 Mei 2008, ribuan mahasiswa dan rakyat Indonesia telah memprotes kegagalan pemerintahan pasca reformasi yang gagal membantu kehidupan rakyat.

Jika 10 tahun sebelum itu mereka berhimpun di jalanraya menuntut pengunduran Suharto sebagai Presiden, tanggal 20 Mei 2008 mereka seperti menyesali penyertaan rakan-rakan mereka dalam demonstrasi jalanan era reformasi yang ternyata hanya indah khabar dari rupa.

Dari segi ekonomi pula nyata tiada perubahan yang berlaku walaupun tampuk pemerintahan berkali-kali bertukar tangan sejak era pasca reformasi. Indonesia terus kekal sebagai penyumbang terbesar dalam sektor pembantu rumah kepada negara-negara lain.

Satu-satunya kejayaan mereka disebalik gerakan jalanan reformasi 1998 ialah kebebasan yang lebih baik berbanding zaman Suharto namun natijahnya pula membawa keburukan dari segi hubungan sesama rakyat berbilang kaum dan agama.

Sudah 14 tahun era reformasi 1998 di Indonesia berlalu dan dalam jangka masa tersebut ratusan peristiwa berdarah terjadi yang memburukkan suasana hubungan kaum dan agama.

Reformasi 1998 terbukti gagal merubah nasib rakyat, realitinya hingga kini agak ramai rakyat Indonesia seakan merindui kembali ketegasan Suharto memimpin negara mereka.

Jika demikian hakikat selepas 14 tahun orde reformasi Indonesia gagal sama sekali dalam merubah nasib rakyatnya, mana mungkin untuk kita rakyat Malaysia menyambut baik gerakan reformasi yang sama acuannya.

Umum menyedari, sejarah reformasi di Malaysia khususnya yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim segalanya diceduk dan diciplak dari Indonesia.

Saat Indonesia dilanda permulaan kelam zaman reformasi pada bulan Mei 1998, sebulan kemudiannya yakni pada 18 Jun 1998 Anwar mula melaungkan teori reformasi dengan harapan tempias di Indonesia akan menyemai ke sanubari rakyat seterusnya membantu dirinya ke puncak kuasa.

Selepas kehilangan jawatan Timbalan Perdana Menteri, bermula 2 September 1998 Anwar memanipulasi sepenuhnya semangat gerakan reformasi Indonesia yang akhirnya menyaksikan ibukota Kuala Lumpur hampir lumpuh dengan demonstrasi jalanan di merata tempat.

Gedung perniagaan dan premis kerajaan terpaksa di tutup, huru hara dan rusuhan bermaharalela di sekitar Kuala Lumpur. Tika itu sebahagian besar mahasiswa universiti yang terpengaruh dengan adu domba slogan anti KKN (korupsi, kronisme dan nepotisme) yang dilaungkan oleh Anwar beramai-ramai turun ke jalanan.

Manakala masyarakat Cina Malaysia telah mengambil langkah berhati-hati memandangkan sejarah hitam reformasi di Indonesia yang menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pembantaian kaum Cina Indonesia masih segar dalam ingatan.

Bagaimanapun setelah kalut ribut rusuhan di Kuala Lumpur seakan hampir mirip dengan apa yang berlaku di Indonesia, menyebabkan mereka secara total menolak perlakuan ganas yang diimport dari negara jiran tersebut.

Mereka sedar, jika sudah buruk permulaan sesuatu gerakan yang menyebabkan ramai nyawa tidak berdosa menjadi mangsa hingga ramai gadis dirogol dan dilapah kulitnya kerana prasangka kaum dan agama, tentu sahaja sukar sekali untuk mengambil teladannya untuk diimplementasikan dalam negara sendiri.

Malah kalut malut era reformasi Indonesia diikuti kejadian sama di Malaysia nyata hanya merosakkan suasana pemulihan ekonomi negara selain mengancam nyawa dan harta benda rakyat.

Majoriti rakyat Malaysia, baik Melayu, Cina, India dan lain-lain akhirnya sependapat perubahan ganas di negara jiran bukan jawapan terbaik apatah lagi ianya disemai oleh seorang politikus yang hanya mengutamakan kepentingan diri sehingga sanggup menggadaikan ketenteraman negara.

Justeru itu, budaya politik ciplak dan songsang yang dirintis oleh Anwar telah terbukti gagal dan tidak sesuai untuk diamalkan di negara kita yang tercinta ini. Tiada sebab untuk kita meneladaninya apatah lagi untuk dibudayakan di negara ini.

Reformasi jalanan bukan cara kita dalam membangunkan negara yang pelbagai kaum dan agama, hanya transformasi yang berhemah dan kepimpinan yang berdaya saing, jitu pemikiran dan cakna rakyat sahaja yang mampu membawa kita makmur dan maju ke depan.

Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=34836

Nasib Baik England kalah

Posted: 24 Jun 2012 05:39 PM PDT

Euro 2012: Itali mara ke separuh akhir selepas menewaskan England menerusi penentuan sepakan penalti 4-2.

Bila kalah penyokongnya lebih cool tetapi kalau menang sudah tentu mereka merayakan kemenangan secara berlebih-lebihan. Sudah tentu akan ada kerosakan harta benda awam dan mungkin ada yang cedera parah dipukul oleh penyokong mereka
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ramah Mesra MB Bersama NAVY People

Posted: 24 Jun 2012 04:15 PM PDT

MB Di Program GP Joran BH 2012

Posted: 24 Jun 2012 04:13 PM PDT

HAJI MABRUR YANG DITUNTUT PAS!!!!

Posted: 24 Jun 2012 03:33 AM PDT

PAS SEMAKIN SESAT, LIHAT LAH SENDIRI, PAS KISAH TENTANG KEBERSIHAN. ORANG LAIN BUAT KURSUS HAJI DALAM MASJID....INI BUAT DALAM DEWAN CINA. PAS KAWARIJ.HAHAHA

Isu Azmin: Zuraida Minta Faekah "diam" dan fokus

Posted: 24 Jun 2012 03:08 AM PDT

SHAH ALAM : Krisis membabitkan pejabat Menteri Besar Selangor dan pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin memuncak dengan Ketua Wanita parti itu menuduh Setiausaha Politik Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai "celupar" dan tidak megenang jasa parti.

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 24 Jun 2012 11:38 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


67 Ribu Pemandu Teksi Dapat Tayar Pecuma Tahun Nie....

Posted: 24 Jun 2012 10:00 PM PDT

Kerajaan bn bagi tayar percuma kepada 67 ribu pemandu teksi yang layak di seluruh malaysia, malah bukan setakat itu je, kerajaan menyediakan rm 1 juta skim insurans kemalangan diri bagi 100 ribu pemandu teksi, dana di insurans di sediakan oleh kementerian penerangan.

Jadi pesan aku pada pemandu teksi, korang tak payah la gila-gila nak sokong pembangkang, pasal pembangkang bukan tolong korang pun, bn jugak yang tolong, so buat apa la kat cermin teksi tu korang tampal sticker muke nik ajis, muka azhar idrus, korang tampal gambar muka dia tu bukan dia bagi duit untuk tukar tayar teksi korang pun...
























PM Melawat Kampung Orang Asli Di Pulau Carey...

Posted: 24 Jun 2012 07:00 PM PDT

PM menghabiskan masa kira-kira 3 jam bersama orang asli dan penduduk pulau carey, kuala langat dalam satu program bantuan kepada pelajar sekolah anak-anak orang asli dan orang kurang upaya (oku) kelmarin, bantuan yang di berikan berupa kelengkapan persekolahan dan bantuan kewangan...

Dalam ucapannya pm menegaskan, tidak ada kerajaan yang akan membantu orang asli, hanya kerajaan bn sahaja yang membantu dan bn akan terus membantu penduduk orang asli sehingga taraf hidup orang asli menjadi lebih sempurna...

Menurut seorang penduduk orang asli, menteri besar tidak pernah datang melawat mereka di sini, dulu sebelum pilihanraya, anwar pernah berjanji untuk memberikan orang asli rumah banglow seorang sebijik dan repairkan jalan di kampung mereka, tapi bila pkr memerintah segala janji itu tidak tertunai, malah tidak seorang dari exco kerajaan negeri datang melawat perkampungan mereka.

Pada aku sekurang-kurangnya nasib orang asli di selangor dikira baik dari nasib orang asli di gua musang, kelantan, tanah mereka di sana dirampas oleh kerajaan pas kelantan kononnya untuk di buat ladang rakyat, tapi sebenarnya tanah mereka di pajakan kepada taukei cina dari singapore...


















Belantan

Posted: 24 Jun 2012 11:28 PM PDT

Belantan


Anwar, agen Yahudi-Amerika yang sibuk?

Posted: 24 Jun 2012 06:10 PM PDT




Dahulu ketika dibebaskan dari penjara Sungai Buloh, Anwar beritahu rakyat Malaysia bahawa dia terpaksa "mencari rezeki" di Amerika kerana tiada peluang "mencari rezeki" di Malaysia. Maka berhijrahlah Anwar ke Amerika yang mendakwa dirinya mencari rezeki sebagai pensyarah pelawat universiti (John Hopkin dan Georgtown). Anwar menetap di Amerika selama dua tahun (2005-2007).

Sekembalinya Anwar ke tanah air pada akhir 2007, dia membawa wang yang banyak. Anak-anaknya semuanya dihantar ke Amerika untuk menyambung pelajaran. Rumahnya di Damansara telah dijual dan dibeli rumah baru yang lebih besar di Bukit Segambut bernilai puluhan juta. Hanya dua tahun berkelana di Amerika mampu membina rumah semewah itu. Itu yang ditunjukkan kepada kita. Dari segi kemewahan rumah, yang tidak ditunjuk, masih banyak lagi.

Pegawai khas Anwar pun ramai, selain Nurul Izzah Anwar, Nik Nazmi Nik Ahmad, Nathaeil Tan, Sim Tze Tzi dan lain lain lagi. Dari mana Anwar dapat duit membayar seramai pegawai khas itu ? Berapa pula gaji bulanan pegawai-pegawai khas lain yang turut Anwar bayar ? Itu cerita sebelum Anwar menjadi ketua pembangkang di Parlimen. Sekarang Anwar sudah menjadi ahli parlimen Permatang Pauh dan mendapat gaji tambahan sebagai ketua pembangkang.

Tetapi Anwar masih berulang-alik ke luar negara memenuhi tugasan Amerika Syarikat. Kemuadian pula ke Bangkok untuk " berurut "? Kalau masih berminat menjadi penceramah Amerika, kenapa bertanding di Malaysia ? Sampaikan ketika Pakatan rakyat sibuk menangani masalah pilihanraya kecil di Perak dan Kedah dahulupun, Anwar masih sibuk dengan urusan Amerika.



Kemudian Anwar bersama Madeline AlBright di Doha Qatar, kononnya hendak menyelesai masalah Gazza. Dengar cerita, masih menjadi penceramah Amerika, walaupun sudah berjawatan Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang ketika itu? Kemudian jadi " Menteri Parlimen Malaysia " pulak disana?

Masih tidak cukup gaji ketua Pembangkang di Malaysia, hingga masih sibuk ke hulu ke hilir menjadi penceramah Amerika ? Samasa kempen mengundi di Permatang Pauh, Anuar mengatakan yang dia tak berkemampuan untuk menyediakan minuman kepada pengundi kerana tidak ada wang? Boleh percaya ke? Sejak bila pula bangsa Yahudi bernama Madeline Albright berminat membantu umat Islam di Palestin, kecuali mengusahakan tindakan agar negara-negara Islam tunduk kepada Amerika dan Israel?

Kalau kita membaca keynote address Anwar di Plenary Session of the U.S.-Islamic World Forum, 14 February, 2009, Four Seasons Hotel, Doha, Qatar pun kita tidak pandangan-pandangan bernas Anwar untuk menyelesaikan masalah Ghaza, kecuali ucapan seorang agen Amerika yang merayu-rayu agar kempimpinan Obama membaiki sikap terhadap dunia Muslim.

Kata Anwar, "Our deepest fears were abated with hope that the Obama administration would honour the promises of a new agenda to re-engage with America"s friends and foes around the world in the interests of greater peace and in the pursuit of justice and liberty.

We see a president committed to the values of freedom and democracy, a president who believes that the critical issues dividing the United States and the Muslim world can be resolved not through fiery rhetoric and bellicose language but by positive engagement in a language of mutual respect
"

Itu hanya rayuan agen Amerika kepada majikannya Amerika Syarikat. Belum tentu Obama mempedulikan pandangan Anwar yang dianggap gagal melaksanakan misi Amerika di Malaysia. Anwar menuduh Malaysia membayar pelobi Yahudi bernama Jack Abramof untuk berjumpa dengan Presiden Amerika. Perjumpaan sekali itu dicanang Anwar berulang-ulang kali. Itu hanya sekali.



Anwar yang berjumpa banyak kali dengan pelbagai Yahudi, bukan setakat Jack Abramof, malah Madeline Abright, Carl Gershman, Paul Wolfowitz, Al Gore dan pelbagai tokoh-tokoh Yahudi lagi semata-mata untuk melobi memburuk-buruk Malaysia dan membantunya agar dapat menawan Malaysia. Anwar tidak bising kalau dia berunding dan melobi dengan Yahudi untuk memburuk-buruk Malaysia. Anwar akan bising kalau ada pihak dari Malaysia yang melobi sama untuk memperbetulkan dakwaan negatif Anwar.

Inilah manusia talam dua muka, di depan PAS cakap lain, di depan Amerika cakap lain. Di depan PAS, Anwar cakap, "ana akan berunding dengan Amerika untuk selesaikan masalah Ghaza", di depan Amerika pula, " I sudah dapat kontrol Parti Islam SeMalaysia, semua di bawah telunjuk I sekarang"

Anwar sibuk berceramah dengan Madeline Albright di Qatar, Ustaz Hadi pula sibuk mempertahankan Pakatan Rakyat di Malaysia. Apa cerita permainan politik Anwar dengan ustaz Hadi ini ? Anwar sendiri bersekongkol dengan aktivis-aktivis pro Israel dalam Brookings Intitution. Anwar dilantik sebagai penasihat antarabangsa institut yang dibiayai oleh dana Yahudi itu.

Kalau Anwar sudah bersekongkol dan mendapat habuan yang lumayan daripada yayasan-yayasan Yahudi di Amerika Syarikat, kenapa masih menaruh harapan lagi kepada Anwar.

Tanpa pertolongan rakyat Malaysia pun Anwar sudah mendapat kesenangan dunia hasil pertolongan Amerika dan Israel. Dengan pertolongan rakyat Malaysia, akan mempercepatkan lagi hasrat Amerika dan Israel menobatkan bonekanya menjadi PM Malaysia..Sama-samalah kita fikirkan.

Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Sogokan seks bekas pegawai Singapura?

Posted: 24 Jun 2012 06:08 AM PDT




Singapura yang sering diletakkan dalam senarai negara yang 'bersih' daripada amalan rasuah, baru-baru ini dicemari dengan kes sogokan seks membabitkan dua bekas pegawai kanannya.

Bekas Pesuruhjaya Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), Peter Lim Sin Pang, 52, didakwa pada 6 Jun lalu dan enam hari kemudian, bekas Pengarah Biro Pusat Narkotik (CNB), Ng Boon Gay, 46, pula dihadapkan ke mahkamah.

Sin Pang berdepan dengan 10 tuduhan menerima layanan seks daripada tiga wanita antara Mei 2010 dan November 2011 sebagai dorongan memilih syarikat mereka untuk mendapat tender berkaitan teknologi maklumat (IT) di SCDF.

Kesemua wanita yang terbabit dalam skandal seks itu merupakan pegawai-pegawai yang memegang jawatan tinggi dalam syarikat masing-masing.

Berdasarkan laporan portal berita asiaone.news, Pang Chor Mui yang merupakan pengurus besar Nimrod Engineering didakwa melakukan seks oral terhadap Sin Pang di tempat letak kereta di Stadium Tertutup Singapura pada 2 Mei 2010.

Sin Pang juga didakwa melakukan hubungan seks dengan Pengarah Pusat Radiasi Singapura, Lee Wei Hoon di antara 18 dan 21 Oktober tahun lalu di sebuah hotel di Paris diikuti layanan seks oral di tempat letak kereta di Big Splash di East Coast Park, Singapura pada 23 November 2011.

Sementara Esther Goh Tok Mui yang merupakan Pengarah Pembangunan Perniagaan di NCS Private Limited didakwa melakukan hubungan seks dengan Sin Pang sebanyak tujuh kali di antara April dan September tahun lalu di beberapa tempat termasuk di tempat letak kereta berdekatan Marina Bay Golf, di apartmen di Tanjong Rhu, tempat letak kereta di Stadium Tertutup Singapura dan sebuah flat di Clementi.

Sementara Boon Gay yang diberkas pada Disember tahun lalu berdepan dengan empat tuduhan mendapat layanan seks oral daripada Cecilia Sue Siew Nang dalam empat kejadian di antara Jun dan Disember 2011.

Siew Nang merupakan Pengurus Jualan di Hitachi Data Systems di antara Jun dan November 2011 dan kini berkhidmat di syarikat Oracle Corporation Singapore sejak Disember tahun lalu sebagai Pengurus Kanan Jualan.

Sebagai pertukaran daripada habuan yang diterima, Boon Gay didakwa memberikan kepentingan perniagaan kepada kedua-dua syarikat IT itu dalam urusan membabitkan CNB.-UMO

Suara Politik
Taminsari..

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 24 Jun 2012 11:25 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Lagi kegiatan perisik Singapura di dedahkan!

Posted: 24 Jun 2012 09:38 PM PDT



Ketika kami memulakan langkah mendedahkan campur tangan Singapura bagi memastikan pembangkang merampas kuasa di negara ini, kami mendapat pelbagai kesan daripadanya.

Kami perhatikan ramai orang Melayu yang mahukan Kerajaan berbuat sesuatu bagi menanganinya. Dan bukan Melayu, terutamanya Cina nampaknya lebih cenderung menegakkan benang yang basah. Mungkin kami salah, tetapi kami mempunyai kaedah tersendiri untuk mengenal pasti responden kami.

Bagi penyokong fuckatan yang berbangsa Melayu, mereka lebih banyak diam. Mungkin terkejut dengan pendedahan kami dan baru menyedari bahawa mereka hanya diperkudakan selama ini. Namun, mungkin juga kami silap, kerana antara sifat utama penchacai fuckatan ini adalah mereka hanya menjumudkan skop pemikiran mereka kepada maklumat yang anti Kerajaan sahaja.

Tidak kurangnya juga kami diserang melalui Google sendiri yang menjadi tuan tanah sebenar kepada blog ini. Berikutan pendedahan kami tempohari, Kerajaan Singapura telah melaporkan blog ini kepada Google dan Wikileaks, dan dengan sepantas kilat mereka menceroboh masuk ke dalam ruang admin bagi membuang perkataan Wikileaks di semua artikel yang berkaitan. Kami juga diberi emel amaran untuk menghentikan artikel-artikel serangan ke atas negara Republik itu atas alasan menggunakan gambar Bersih 3.0 Singapura tanpa kebenaran.

Eh, eh sejak bila pula guna gambar open source internet melanggar undang-undang?!! Nampaknya mereka cuba juga mencari ruang untuk menghentikan serangan pendedahan kebenaran kami walaupun menyedari kami tidak melanggar apa-apa peruntukan perundangan. Kalau kami fitnah, kenapa tidak Kerajaan Singapura saman sahaja kami?!! Berapa ramai ahli politik pembangkang yang berpotensi di republik tersebut yang hancur hidup mereka kerana disaman oleh Kerajaan Singapura?!!

Memang sibuk betul hujung minggu lepas bagi menangkis serangan bertubi-tubi daripada siber truper ultra kiasu dan Google sendiri. Kami juga berasa agak pelik kerana apabila Kerajaan Malaysia diserang sebegitu rupa dan laporan dibuat, Google memberikan pelbagai alasan. Antara yang paling popular, server blogspot berada di negara luar yang mempunyai kebebasan media yang sangat luas. Tetapi lain pula halnya dengan kes Singapura ini. Begitu pantas mereka mengambil tindakan.

Mungkinkah seseorang di pejabat Mossad di Jalan Orchard yang telah menghubungi admin Google untuk mengambil tindakan ke atas kami?!! Kami tidak pasti, namun ramai juga yang cakap pemilik sebenar google ini berketurunan Yahudi!

Jadi kalau kami serang penyumbang dana terbesar kepada fuckatan dan Yahudi pula yang bertindak balas, apa maknanya?!! Kami ketika ini sedang berkira-kira untuk mendedahkan modus operandi pengintipan Singapura di salah satu markas pertahanan negara. Kami tidak pasti sama ada ia masih berjalan atau tidak. Tetapi kami mempunyai nama-nama semua perisik-perisik Singapura yang terlibat dan bukti-bukti berkaitan.

Siapa setuju kami dedahkan, sila komen.

*Kami mendapati respon untuk pendedahan video Memali masih belum memenuhi kuota yang kami perlukan untuk dipertontonkan kepada umum. Sekiranya para pembaca masih mahukan kami dedahkan juga, sila sambut dengan komen yang banyak. Terima kasih.

PERKASA TENGAH HARI INI DI KEDUTAAN SINGAPURA

Posted: 24 Jun 2012 06:25 PM PDT

www.channelnewsasia.com/stories/singaporelocalnews/view/1209273/1/.html 
Kemas Kini 25/6/2012 - Berita yang baharu kami terima Perkasa desak Singapura tukar tiga diplomat http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0625&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_05.htm&arc=hive

KUALA LUMPUR 24 Jun - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak kerajaan Singapura memanggil semula tiga diplomatnya yang terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April lalu.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, ketiga-ketiga diplomat terbabit perlu digantikan dengan pegawai-pegawai yang lain kerana mereka telah melanggar etika hubungan diplomatik antara dua negara.

Menurut beliau, tindakan tiga diplomat itu seolah-olah menggambarkan niat mereka untuk mencampuri urusan di sebuah negara asing.

"Apa jua alasan yang diberikan kita tak dapat terima kerana mereka adalah diplomat. Mereka tidak sepatutnya campur tangan dalam urusan negara kita sebagaimana rakyat Malaysia tidak mencampuri urusan negara lain.

"Perkasa membantah dengan sekeras-kerasnya pembabitan tiga diplomat tersebut dan kita akan menghantar nota bantahan berhubung isu ini kepada Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Malaysia pada pukul 12.30 tengah hari esok," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi Perkasa Kali Ke-22 di sini hari ini.


Kemas Kini 21/6/2012 - Mymassa dimaklumkan bantahan akan bermula di Masjid KLCC selepas solat Jumaat ini. Laporan akhbar ini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0620&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm yang memetik artikel asal kami telah menyebabkan kotak emel mymassa dipenuhi surat-surat emel dari negara Singapura. Kami pasti ianya dari rakyat Singapura yang beragama Islam, meminta supaya kerajaan Malaysia dan orang-orang Melayu khususnya bangun membantah kurangajar Singapura yang suka campurtangan.

Mesej ini telah sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, kepimpinan beberapa NGO khususnya Perkasa, Pekida dan NGO lain.

Singapura, walaupun dipertahankan oleh Israel dan Amerika, kerajaan negara kita patut bertindakbalas! Janganlah nasi sudah menjadi bubur baru hendak bertindak, kita sudah kehilangan Temasek, kita sudah kehilangan Natrah, kita sudah kehilangan kerusi Melayu (UMNO) di Singapura, kita sudah kehilangan Pulau Batu Putih, apakah kita mahu kehilangan negara ini juga.

Baca seterusnya Rancangan Lee Kuan Yew mewujudkan Chinese Belt http://pemudaseremban.blogspot.com/2009/12/penguasaan-secara-senyap-teori-chinese.htmldari Singapura menuju ke Pulau Pinang. PAP di Selatan, DAP di Selangor, DAP di Pulau Pinang. Sebelah kaki mereka sudah berada di Malaysia, hanya menunggu PRU13 sahaja untuk Mematikan Kuasa Politik Melayu di Malaysia.

Ini bacaan penting...http://www.anwaraidc.com/?p=25340

Artikel Asal 20/6/2012 - Beberapa NGO yang dihubungi mymassa menyatakan persetujuan mereka untuk mengadakan Demonstrasi di hadapan Kedutaan Singapura Jumaat ini, selepas solat Jumaat. Sehingga ke hari ini, pihak kami masih gagal bercakap dengan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Datuk Khairy Jamaludin sama ada Pemuda UMNO turut mengambil bahagian atau sebaliknya.

Utusan Malaysia di mukasa surat 11, dalam ruangan Cuit, oleh Datuk Zaini Hassan turut mengkongsikan kerisauannya akan isu ini.http://mymassa.blogspot.com/2012/06/breaking-news-3-nama-diplomat-singapura.html

Pendek kata, semua pihak bersetuju Keselamatan Negara perlu diberi keutamaan. Kita tidak pasti adakah parti Pembangkang khususnya PAS akan turut serta menyatakan Bantahan atas campurtangan rakyat Singapura semasa Bersih 3.0 tempoh hari.

DAP sebagai anak kepada PAP sudah pasti tidak akan menyertai bantahan tersebut, malahan mymassa sangat yakin jika Diplomat Israel pun menyertai Demo Bersih 3.0 tempohg hari DAP tidak akan membantah. Seperti kata Tun Dr Mahathir, Tun Hanif Omar dan ulasan banyak pihak bahawa Demo 3.0 adalah satu cara untuk menumbangkan kerajaan Malaysia melalui demonstrasi seperti di Dataran Tahrir, Mesir. Namun mereka gagal.

Bagi mymassa, orang-orang Melayu khususnya perlu bangun dari tidur! Orang-orang Melayu dan umat Islam jangan membiarkan negara Asing menentukan masa depan politik negara kita.

Kepada yang hadir Jumaat ini di Kedutaan Singapura, luahkan kemarahan anda kepada kurangajar Diplomat-Diplomat Singapura itu di depan Kedutaan Singapura.


PERHIMPUNAN BANTAH AJK MASJID DI SELANGOR

Posted: 24 Jun 2012 05:22 PM PDT


Demo di Masjid Al-Husna
Demo di Masjid Al-Husna
Satu demo bantahan telah dilakukan oleh anak-anak Qaryah yang berdaftar di Masjid Al- Husna, Bandar Sunway. Tujuan demo ini adalah untuk  membantah keras di atas perubahan pelantikan Imam 1 dan AJK Masjid Al-Husna yang dilakukan oleh pihak JAIS dan MAIS kerana bercanggah dengan mesyuarat khas pemilihan pegawai dan AJK masjid yang diadakan.

Menurut anak-anak Qaryah ini, mereka berasa amat terhina dengan penipuan yang dilakukan ini dimana ianya boleh berlaku kepada sebuah masjid yang sepatutnya menjadi sebuah institusi yang menegakkan syariat Islam yang menuntut kepada keadilan. Semasa mesyuarat khas pemilihan dijalankan, perkara ini telah dilihat seperti menyebelahi pihak tertentu namun anak-anak Qaryah ini berjaya mengagalkan perancangan jahat yang dilakukan.  Arahan serta melobi dengan secara terang dengan memburukkan pihak lain telah berlaku dengan memberitahu bahawa ianya mendapat sokongan pihak JAIS dan MAIS. Namun, anak-anak Qaryah ini tetap memilih Imam serta 

AJK yang berpandukan kepada kelayakan serta keperibadian individu untuk memimpin Masjid Al Husna.
Tindakan yang diambil oleh pihak JAIS dan MAIS dengan mengubah jawatan-jawatan yang dipilih oleh anak-anak Qaryah selepas mesyuarat khas pemilihan telah mengesahkan bahawa perkara ini sememangnya berlaku dan merasakan kejadian ini amat menjijikkan dan tidak berlandas kepada sistem demokrasi yang dituntut oleh Islam.  Ianya bukan sahaja memalukan anak-anak Qaryah malah menjatuhkan institusi masjid yang bukan dilakukan oleh oleh musuh Islam sebaliknya oleh mereka yang memegang jawatan di dalam organisasi yang diamanahkan atas Islam.

Pemilihan Imam 1 yang dibuat oleh anak-anak Qaryah semasa mesyuarat khas pemilihan pegawai dan AJK masjid adalah berpandukan kepada ketinggian ilmu, keperibadian, akhlak dan sifat bertanggungjawab malah kemampuan memimpin untuk mengimarahkan masjid tanpa mengambil kira warna politik. Sekiranya terdapat perkara-perkara lain yang dimanipulasikan oleh pihak tertentu ianya merupakan satu konspirasi jahat bagi menjatuhkan beliau tanpa berpandukan fakta yang ada. Laporan asal di sini http://merdeka-online.com/home/?p=899

PKR Selangor mahu Faekah disiasat, gantung kerja

Posted: 24 Jun 2012 11:36 AM PDT

Klik untuk besarkan imej
Baca seterusnya di sini (http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WobJVo).

*Agaknya Khalid Ibrahim nak dengar cakap parti atau Faekah yang menjadi kesayangannya?

Bukti PAS Berjaya Kembangkan Disko Di Kedah.

Posted: 24 Jun 2012 08:00 AM PDT

Macam baru buka je disko ni.


Nak tau apa dah jadi dengan pusat hiburan di bawah pentadbiran PAS, sila ke sini (http://paruhsikenari.blogspot.com/2012/06/di-negeri-pas-hiburan-islamik-kah-ini.html).


*Sebelum PRU 2008, janji nak tutup pusat hiburan. Apa dah jadi dengan PAS la ni?

Gambar Mat Sabu Bila Dah Geram.....

Posted: 24 Jun 2012 06:00 AM PDT



*Sebar-sebarkan.

Bukti PKR Anjurkan Program Separuh XXXXX

Posted: 24 Jun 2012 04:00 AM PDT

Separuh Halal, separuh lagi Haram.


Sila ke blog ini untuk cerita lanjut (http://aloqlaloq.blogspot.com/2012/06/separuh-halal-separuh-haramjanji.html).

Bila Pemimpin PAS Sendiri Dah Tak Paham Perjuangan Parti

Posted: 24 Jun 2012 02:00 AM PDT


*Sebar-sebarkan.

Faekah Husin Mengaku Langgar Arahan MB Selangor.

Posted: 24 Jun 2012 12:00 AM PDT

Inilah surat yang menjadi kontroversi. Surat sokongan Faekah untuk membolehkan anak saudaranya dilantik menjadi panel guaman GLC.


Yang ini pula surat sebelum surat di atas dikeluarkan iaitu permohonan anak saudara Faekah untuk minta tolong dari makciknya.



Berikut adalah kenyataan Khalid Ibrahim pada tahun 2010 bahawa Kerajaan Selangor di bawah pentadbirannya tidak membenarkan penggunaan surat sokongan.

Khamis Julai 29, 2010
Elak Keluar Surat Sokongan Berunsur Perniagaan - Khalid Ibrahim

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menasihati semua pemimpin di negeri ini supaya mengelak daripada mengeluarkan surat sokongan berunsur perniagaan.

Beliau berkata hal berkenaan ditujukan kepada semua pemimpin termasuk wakil rakyat, Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan anggota majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengelak timbulnya konflik kepentingan serta boleh menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan negeri.

"Satu surat pekeliling akan dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dalam masa terdekat berhubung saranan ini dan kita minta semua pemimpin mengambil perhatian terhadapnya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri di sini pada Rabu.
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/7/29/mstar_berita/20100728225443&sec=mstar_berita

Mana perginya slogan KETELUSAN yang diperjuangkan oleh PKR di Selangor?


*Tak taulah pulak kalau firma guaman tu bukan satu bentuk perniagaan. Agaknya firma guaman ni badan kebajikan kot.

oyabun

Posted: 24 Jun 2012 11:20 PM PDT

oyabun


Isu RM3b : Rumahnya saja RM7juta, duit bukan masalah bagi Anwar - Ezam?

Posted: 24 Jun 2012 07:18 AM PDT




AIDCNews – 23/06/12 -"Bagi saya, duit bukan perhitungan bagi Anwar lagi. Sebab dari sudut duit, dia sudah ada segala-galanya," kata Ezam Mohd Nor ketika ditemubual secara eksklusif oleh AIDC.

Katanya lagi, "Kalau orang yang boleh buat rumah setelah keluar penjara, rumah yang bernilai RM7 juta. Apakah duit menjadi persoalan ? Sudah tentu tidak.

"Itu rumah yang kita tahu. Kita tak tahu lagi berapa banyak rumah-rumahnya di tempat-tempat lain.

"Duit tidak pernah menjadi faktor kepada Anwar sebab dia ada segala-galanya. Dia sudah cukup, lebih daripada cukup dari segi duit".

Ketika ditanya berapakah jumlah simpanan duit Anwar, Ezam menjawab, "Kalau hartanya RM7 juta pun, dia tidak akan menghabiskan hartanya semata-mata untuk membuat rumah RM7 juta. Maknanya, dia ada lebih banyak daripada itu
.
"Hakikatnya dia boleh membuat satu mahligai berharga RM7 juta. Maknanya dia memang cukup mewah".

Senator Ezam Mohd Nor lahir 24 April 1967 di Klang, Selangor. Pernah menjadi Timbalan Pengarah Institut Kajian Dasar (IKD) sebelum dilantik menjadi Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, lebih kurang lebih dua tahun ketika bosnya itu menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Apabila Anwar dipecat dari UMNO pada 2 September 1998, beliau dengan setia menjadi pahlawan gagah berani mengetuai demonstrasi jalanan di ibu kota Kuala Lumpur, bagi membela bosnya itu.

Ezam juga menjadi 'orang kesayangan' Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ketika Anwar dipenjarakan. Pada Wan Azizah ketika itu, Ezam adalah 'orang kanan' untuk membangunkan Parti Keadilan Nasional yang ditubuhkan pada tahun 1999 kemudiannya ditukar nama kepada Parti Keadilan Rakyat pada tahun 2004.

Ketika zaman reformasi namanya cukup terkenal, malah sepanjang karier politik bersama Keadilan sudah berpuluh-puluh kali beliau ditahan di lokap polis dan keluar masuk penjara sebanyak dua kali semata-mata yakin bosnya berada di pihak yang benar.
Ezam pernah menjadi Ketua Pemuda Keadilan dari tahun 1999 hingga 2005, kemudian Ketua Angkatan Muda PKR dari tahun 2005 hingga 2006.

Pada Oktober 2006, Ezam membuat keputusan meletakkan jawatan sebagai Ketua AMK PKR. Ketika itu sudah ada desas desus kenapa beliau letak jawatan, namun beliau berkias, mahu beri laluan kepada pelapis baru.

Namun pada Februari 2007, Ezam telah membuat keputusan yang mengejutkan iaitu melepaskan semua jawatannya dalam PKR termasuk jawatannya dalam PKR Selangor.
Ketika itu, ramai yang sudah tertanya-tanya kenapa Ezam bertindak begitu, kenapa perlu beliau meninggalkan PKR dan menyisihkan diri dari arus politik dengan bergiat aktif dalam NGO bernama GERAK.

Beberapa bulan selepas PKR menang besar dalam Pilihan Raya Umum ke-12 dan berjaya membentuk kerajaan di Selangor, Ezam sekali lagi membuat kejutan dengan menyertai semula UMNO pada 28 Mei 2008.

"Saya tinggalkan Anwar, saya ingin tegaskan sekali lagi walaupun saya telah tegaskan berkali-kali, ianya tidak membabitkan persoalan duit sama sekali. Saya sudah bersumpah di seluruh negara pun bahawa ianya membabitkan persoalan prinsip saya sebagai seorang Islam, setelah saya tahu siapa Anwar, haram bagi saya apatah lagi untuk menyokong atau mendokong orang seperti ini.

"Saya ulangi sekali lagi, sesiapa pun setelah mereka tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim dan sekiranya di dalam diri dia ada sekelumit nilai agama, akidah dan nilai Islam, mereka tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan Anwar Ibrahim.

"Kalau setelah mereka tahu, mereka masih bersama dengan Anwar, maknanya dalam diri mereka tidak ada akidah dan akhlak Islam sama sekali.

"Ataupun mereka yang masih bersama Anwar, adalah kelompok yang masih tidak tahu," katanya.

Ikuti wawancara dari hati ke hati di antara AIDC dengan Ezam Mohd Nor, di sebuah hotel, Shah Alam pada 20 April 2010.

AIDC : Sejauhmanakah kebenaran dakwaan yang mengatakan Anwar mempunyai hubungan dengan Zionis ?

Senator Ezam : Memang tidak ramai yang mengetahui secara khusus hubungan Anwar dengan Zionis. Walaupun ianya sebenarnya telah terjalin lama.

Dalam kes yang membabitkan hubungan Anwar dengan Paul Wolfowitz. Siapa Paul Wolfowitz ? Paul Wolfowitz adalah antara orang paling penting dalam Zionis Movement. Pernah menjadi Menteri Pertahanan, Amerika Syarikat (AS) yang merupakan arkitek perang di Iraq.

Kita kena faham bahawa perang Iraq adalah agenda Zionis. Mereka melancarkan perang terhadap Iraq atas tiga sebab utama.

Pertama, kerana kepentingan minyak. Kedua, kerana sumber air di mana Iraq mempunyai sumber air yang paling utama di tanah Arab yang juga penting untuk Israel. Dan ketiga, kerana Iraq merupakan negara yang mempunyai saintifik foundation, asas insfrastruktur sains yang paling utama di tanah Arab.

Sebab itu mereka perlu hapuskan foundation sains ini, sebab itu kalau kita perhalusi, ramai yang mati dibunuh selain daripada kanak-kanak yang tidak berdosa, ianya juga membabitkan ahli-ahli sains Arab yang berpusat di Baghdad, Iraq.

Jadi dari sudut itu, jelas menunjukkan bahawa serangan terhadap Iraq, merupakan satu tindakan untuk kepentingan Israel.

Apabila Wolfowitz menjadi arkitek serangan yang mempunyai motif untuk keuntungan Israel, untuk melindungi kepentingan Israel, bermakna, Wolfowitz merupakan antara pemimpin Zionis.

Dan di sinilah kita melihat bagaimana Anwar terlibat di dalam membantu Zionis. Anwar terlibat di dalam menjadi alat perkakas kepada Zionis.

Khabarnya pada tahun 2004, ketika di Munich. Paul Wolfowitz juga ke Munich semata-mata untuk melawat Anwar. Katanya ada perbincangan sulit selama tiga jam. Kenapa Paul Wolfowitz memilih Anwar sebagai kawannya dan Anwar juga memilih Paul Wolfowitz sebagai kawannya?

Ya. Memang pertemuan Anwar dengan Wolfowitz itu berlaku di Munich. Dan semasa itu Wolfowitz adalah Menteri Pertahanan AS. Tidak mudah untuk seorang Menteri Pertahanan dan Secretary of Defense United States, untuk meluangkan masanya keluar daripada Washington dan pergi ke Munich semata-mata hanya untuk menziarah seorang sahabat.

Dari situ kita harus faham tentang bagaimana pentingnya hubungan antara Wolfowitz dan Anwar, atau bagaimana Wolfowitz melihat Anwar itu penting.

Orang seperti Wolfowitz, agen Zionis di peringkat tertinggi, mereka tidak lakukan sesuatu perkara itu tanpa sebab.

Maknanya, usaha untuk menziarah Anwar, bermesyuarat dengan Anwar, selama memang berjam-jam, berkali-kali. Semuanya itu adalah sebahagian daripada perencanaan beliau sebagai pemimpin Zionis bersama dengan seorang pemimpin Islam ataupun pemimpin daripada sebuah negara Islam, yang bagi mereka, akan menguntungkan mereka.

Jadi, pertemuan itu sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan bagaimana Anwar menjadi alat dan perkakas kepada Zionis dan Yahudi.

Anda berada di Munich ketika Wolfowitz bermesyuarat dengan Anwar ?

Ya, saya berada di situ pada masa itu walaupun saya tidak dibenarkan bersama mereka dalam pertemuan tersebut.

Selepas Anwar sihat, antara pemimpin dunia yang Anwar ziarah ialah Wolfowitz. Malah gambar pertemuan itu, saya rasa seluruh Malaysia dah tahu. Bersamanya adalah Azmin Ali, Setiausaha Sulitnya dulu dan Khalid Jaafar, bekas Setiausaha Akhbarnya.

Satu perkara yang ingin saya tegaskan, kalau saudara lihat, saya tidak pernah dilibatkan dalam apa jua pertemuan, perencanaan dan perancangan yang membabitkan Zionis dan AS ini.

Mungkin Anwar sudah dapat membaca dari awal bahawa saya bukan seorang yang mudah untuk diajak berkompromi dalam persoalan yang membabitkan Zionis dan Yahudi. Sebab itu saya tidak pernah dibabitkan.

Bermakna, semasa perjumpaan Anwar dengan Paul Wolfowitz di Pentagon, Anwar hanya membawa Azmin dan Khalid, tetapi bukan saudara. Anwar sudah dapat baca saudara tidak setuju tindakan yang bertuankan Zionis ?

Ya, saudara sedia maklum Anwar adalah seorang ahli politik yang cukup licik. Saya rasa dia dapat baca dan mungkin dia sudah ada checklist untuk pastikan seorang itu benar-benar boleh dipercayai dalam urusan yang membabitkan persoalan prinsip agama dan negara.

Dan jelas saya sebagai setiausaha politiknya, saya sebagai Timbalan Pengarah di IKD yang beliau pernah bersama satu ketika dulu, dia tahu saya memang seorang yang cukup serius dan komited dalam soal agama, bangsa dan negara.

Selepas Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh, kenapa Anwar pilih untuk berhijrah dan menetap di AS ?

Ya, jelas bahawa AS merupakan pilihannya kerana dia cukup selesa dengan AS. Mengapa dia selesa dengan AS berbanding dengan negara-negara lain.

Juga jelas, bahawa dia punya ramai kawan-kawan di sana. Dan kawan-kawannya bukan kawan–kawan yang calang-calang, kawan yang punya posisi strategik dalam pentadbiran AS.

Kita semua sedia maklum, pemimpin-pemimpin AS yang punya posisi strategik kebanyakannya datang daripada kelompok Yahudi atau Zionis.

Sebab itu, langkah Anwar untuk berhijrah sementara ke AS bukan satu langkah yang biasa. Ianya merupakan salah satu daripada perencanaannya untuk merancang langkah-langkah yang seterusnya.

Dan untuk sambung semula persahabatan yang hampir terputus. Anwar sudah 7 tahun tidak bersama mereka, dia berada di dalam penjara. Jadi, mereka perlukan lebih banyak masa bersama Anwar untuk berbincang dan memperhalusi agenda dan gerakan.

Mungkin juga mereka memerlukan masa untuk benar-benar yakin bahawa Anwar masih seperti dulu, iaitu Anwar yang sanggup bekerja untuk mereka, demi kepentingan mereka.

Jadi, saya rasa, cara terbaik untuk mereka adalah menawarkan Anwar sebuah rumah banglo yang selesa, peluang pendidikan yang baik kepada anak-anak Anwar..kesemuanya, beberapa posisi dan jawatan yang ditawarkan mendapat imbuhan yang mahal.

Semuanya itu merupakan pakej yang istimewa. Saya rasa tidak ada seorang pemimpin dunia lain khususnya pemimpin Islam yang mendapat pakej istimewa seperti yang diperolehi Anwar setelah dia keluar daripada penjara.

Anwar pernah menjadi pensyarah di John Hopkins University, katanya atas bantuan Paul Wolfowitz. Begitu juga Konsultan Bank Dunia ketika Wolfowitz Presiden Bank Dunia. Seperti ada naungan Zionis ?

Ya, memang semua jawatan, posisi yang dipegang Anwar mempunyai perkaitan. Sama ada yang di US base, professor di John Hopkins, Georgetown University, juga di World Bank.

Malah hubungan di World Bank itu sebenarnya sudah bermula sejak Anwar di dalam penjara lagi.

Saya sendiri lihat bagaimana Pengerusi World Bank pada masa itu berhubungan secara langsung dengan Azmin Ali dan Wan Azizah.

Selepas Anwar keluar penjara, hubungan itu diteruskan dengan lebih kuat lagi
Maksudnya James Wolfenshon ?


Ya. James Wolfenshon. Posisi-posisi di United Kingdom juga. AccountAbility di UK dan beberapa lagifoundation.

Kesemuanya bagi saya adalah berkait di antara satu sama lain. Memang kalau kita kaji betul-betul perencanaan dan perancangan gerakan Zionis ini merupakan satu gerakan networking yang luar biasa, hebat.

Adakah Anwar sedar dia diperalatkan oleh Zionis ataupun Anwar sendiri merelakan dirinya diperalatkan ?

Ya, tentunya dia sedar. Dia bukan orang yang tidak cerdik. Dia cukup cerdik, sudah tentu dia sedar.

Bagi saya, itu adalah pilihannya. Hanya kerana semata-mata untuk mendapat dokongan dan pengaruh daripada kuasa asing untuk berhadapan dengan kerajaan dalam negara ini apabila dia sudah tidak lagi mendapat tempat dalam pemerintahan negara ini.

Jadi, manusia seperti Anwar ini, keseluruhan hidupnya hanyalah untuk menjadi Perdana Menteri dan dia sanggup melakukan apa sahaja.

Tentunya pihak Zionis suka kepada orang yang sebegini. Seorang yang mereka tahu apa hobinya. Mereka tahu apa cita-citanya dan mereka tahu orang ini sanggup berkompromi apa sahaja. Meletakkan agama, bangsa dan negaranya di belakang hobi, cita-cita dan masalah peribadinya.

Jadi, ia merupakan satu pasangan. Satu pakej yang cukup menarik, cukup serasi di antara Anwar dan pihak Zionis.

Wan Azizah dan inner circle PKR tahu Anwar terperangkap dalam jaringan Zionis ini ?

Melalui pengalaman saya, saya sendiri pada mulanya tidak dapat menghidu, sebab Anwar ini seorang pemain politik yang licik.

Persoalan-persoalan yang membabitkan Zionis ataupun kewangan, persoalan-persoalan yang membabitkan strategik yang lain, dia tidak akan babitkan ramai orang. Orang yang paling rapat, yang mungkin tahu hampir segala-galanya adalah Azmin Ali.

Azmin ?

Ya. Dan selepas Azmin, mungkin Wan Azizah dan saya rasa tidak ada pemimpin parti lain yang tahu apa sebenarnya berlaku di antara Anwar dan kelompok-kelompok Zionis ini.

Anwar pernah memegang jawatan di AS iaitu di Foundation For the Future. Boleh saudara jelaskan lanjut ?

Foundation For the Future (FFF) ialah sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh pemerintahan George Bush. Kita tahu, dasar George Bush adalah untuk menghancurkan Iraq. Dan Wolfowitz adalah arkiteknya.

Setelah hancur Iraq pada tahun 2005..2006, mereka wujudkan Foundation For the Future yang telah diumumkan secara rasmi oleh Condolezza Rice sebagai Setiausaha Kementerian Luar, AS pada masa itu..di Bahrain.. kalau tidak silap saya.

Yayasan ini mendapat dana khusus daripada kerajaan AS. Objektifnya adalah untuk menjadi kaki tangan, mata-telinga kepada AS di tanah Arab. Maknanya untuk membawa kepentingan AS, kepentingan Zionis di tanah Arab.

Dan mereka pilih Anwar Ibrahim untuk mengetuai dan menjadi Pengerusi kepada FFF yang bukan mewakili kepentingan Arab tetapi mewakili kepentingan Zionis dan AS.

Yang kedua, tentang hubungan Wolfowitz dalam penubuhan FFF. Ini merupakan the brain chance Wolfowitz dengan Liz Cheney, anak Dick Cheney, Naib Presiden AS pada masa itu.

Anwar dipilih saya rasa atas satu sebab iaitu sebab Wolfowitz yang cukup percaya kepada Anwar. Betapa dekatnya hubungan Wolfowitz dan Anwar dalam konteks FFF ini, kita dapat lihat dalam skandal yang membabitkan Shaha Reza, seorang konsultan ataupun kakitangan World Bank.

Apabila Wolfowitz menjadi Pengerusi World Bank, dia mencetuskan satu skandal kerana melanggar etika peraturan World Bank dalam memberi imbuhan kepada Shaha Reza.

Jadi, untuk menyelamatkan Wolfowitz, Shaha Reza harus dikeluarkan daripada World Bank. Maka orang yang melaksanakan tugas ini adalah Anwar Ibrahim.

Ada bersama dengan saya ialah surat yang ditandatangani oleh Anwar Ibrahim sendiri yang bertarikh 1 Oktober 2006. Di mana di dalam surat ini yang ditandatangani Anwar Ibrahim ini, dia menulis surat kepada salah seorang pegawai utama World Bank untuk minta supaya Shaha Reza dipinjamkan dari World Bank ke FFF.

Dari sini sangat jelas bahawa Anwar sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan Wolfowitz. Dia sanggup untuk menutup skandal Wolfowitz di World Bank. Menggunakan posisi dia sebagai Pengerusi/Presiden FFF untuk demi kepentingan Wolfowitz.

Jadi, Anwar bekerja demi kepentingan Wolfowitz yang bekerja demi kepentingan Israel. Dan ia bukan sekadar membabitkan persoalan dasar, persoalan rasmi, seperti yang saya sebutkan tadi, tetapi dia juga sanggup melakukan perkara-perkara yang bersifat peribadi, untuk menyelamatkan Wolfowitz di World Bank.

Jadi, Anwar adalah seorang manusia yang jelas terbukti menjadi alat dan perkakas kepada Zionis dan Israel.

Adakah kewujudan surat yang ditandatangani Anwar itu sudah diketahui umum ?

Ya, saya rasa surat ini pernah menjadi lampiran dalam siasatan yang dilakukan terhadap Wolfowitz. Saya rasa, ia sudah diketahui umum tetapi mungkin agak terbatas di negara kita.

Tetapi di AS, dalam lingkungan World Bank, ianya bukanlah satu rahsia lagi. Malah di AS sebuah akhbar Washington Post, akhbar yang paling berpengaruh di AS, pernah menyebut tentang kes ini.

Ini salinan dari Washington Post, menyebut tentang kes Shaha Reza, disebut tentang surat ini. Surat yang ditulis oleh Anwar Ibrahim ini.

Saya bacakan sebahagian. Di sini ditulis, "A letter dated Oct. 1, 2006, from Anwar Ibrahim, the foundation's chairman, to Robin Cleveland…."

Ini disebut oleh Washington Post. Jadi, saya rasa, Anwar tidak boleh bersembunyi lagi di balik dakwaan konspirasi, propaganda dan sebagainya. Sebab Washington Post bukan alat propaganda ataupun sebuah akhbar yang diterbitkan di Malaysia. Jadi bukan alat propaganda UMNO.

Dia boleh sebut Utusan Malaysia alat propaganda dan sebagainya tetapi ini Washington Post…

Anwar mungkin akan menafikan bahawa dia menulis surat ini kerana sebelum ini Anwar pernah mengatakan bahawa FFF ini tidak ada kaitan langsung dengan AS.

Ya, saya kenal Anwar, saya lama dengan dia. Saya tahu sangat bahawa dia tidak akan mengaku terhadap kesalahannya. Itu habit dia, itu Anwar. Itu perangai Anwar Ibrahim.
Paling penting, dia tidak akan mengaku kesalahannya.

Jadi, tentunya dia akan nafikan dan itu memang strategi seorang ahli politik yang licik menggunakan taktik nafi.

Tetapi yang saya tampilkan ini bukan kertas kosong, ianya membabitkan bukti jelas. Surat dan juga keratan akhbar, sebuah akhbar yang berpengaruh di AS.

Difahamkan, semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau pernah menggunakan IKD untuk bekerjasama dengan satu konsultan AS iaitu APPC di bawah pimpinan Douglas Paul, katanya juga seorang Zionis untuk menganjurkan Pasifik Dialog. Boleh saudara jelaskan lanjut ?

Pasifik Dialog ialah suatu inisiatif yang dimulakan oleh Anwar sendiri yang membabitkan ahli-ahli senat daripada AS. Pada masa itu diketuai oleh Bill (William) Cohen, kawan yang paling rapat dengan Anwar Ibrahim yang juga merupakan seorang Yahudi.

Cohen pernah menjadi Secretary of Defense, Menteri Pertahanan sebelum Wolfowitz menjawat jawatan itu. Jadi saudara dapat lihat, orang-orang yang menjadi kawan Anwar ini diletakkan di posisi yang strategik, yang menjadi Menteri Pertahanan AS.

Melalui APPC, sebuah badan lobi milik Douglas Paul,y ang dia gunakan untuk menganjurkan Pasifik Dialog itu dengan kerjasama ISIS Malaysia dan IKD.

Memang ketika itu kita tidak dapat lihat agenda tersembunyinya. We didn't see hidden agenda. Bukan saya saja yang tak dapat lihat, malah Tun Dr. Mahathir sendiri Perdana Menteri Malaysia pada masa itu pun tidak nampak. Mereka cukup licik.

Sebab itu, persidangan ini dirasmikan oleh Perdana Menteri. Itulah liciknya mereka ini. Cara mereka bekerja, berselindung di sebalik orang lain dan sebagainya. Tetapi hakikat sebenarnya yang kita nampak lebih jelas sekarang ini, yang penting pada Anwar adalah hubungannya dengan Bill Cohen.

Paling penting untuk Anwar adalah menggunakan Pasifik Dialog ini untuk meluaskan pengaruh AS ataupun pengaruh Zionis ke rantau Asia sebab Pasifik Dialog membabitkan pemimpin-pemimpin Asia.

Jadi, pada saya ini adalah antara langkah agenda awalnya dalam mendekati kelompok-kelompok tertentu dalam kelompok Zionis di AS itu.

Adakah Anwar ketika itu memikirkan dia akan menjadi Perdana Menteri dan perlu imej yang baik di kaca mata Barat. Sebab itu dia mengadakan Dialog Pasifik. Begitukah maksudnya ?

Ya, masa itu memang seluruh dunia mengatakan dia adalah pengganti Dr. Mahathir. Malah Dr. Mahathir sendiri sudah umumkan dia akan menjadi penggantinya sebagai Perdana Menteri.

Memang itu antara persiapan awal dia untuk menjadi Perdana Menteri.

Tetapi saya rasa yang jauh lebih daripada itu adalah satu persiapan awal untuk meletakkannya sebagai seorang yang friendly parties kepada kelompok-kelompok Zionis dan Yahudi di AS.

Anwar mungkin berkata apa masalahnya berkawan dengan kawan-kawan Yahudi yang baik ?

Ya, kita tidak ada masalah untuk mempunyai hubungan dengan Yahudi yang baik.

Sebab itu dalam kes APCO baru-baru ini, yang membabitkan beberapa elemen Yahudi. Tetapi yang paling penting, yang kita kena faham, bahawa Anwar sampai hari ini tidak boleh membuktikan bahawa Yahudi-Yahudi di dalam APCO itu merupakan agen Zionis yang bekerja untuk kepentingan Israel.

Sampai hari ini dia tidak boleh buktikan. Tetapi, kita boleh membuktikan bahawa Yahudi yang bersama dengan Anwar adalah agen Zionis.

Wolfowitz, saya rasa kita tidak perlu bekerja keras untuk membuktikan bahawa dia memang agen Zionis. Dia adalah arkitek kepada perang Iraq. Arkitek pada satu perang yang dilakukan, yang dicipta untuk menjaga kepentingan Israel. Ini perang agenda Zionis dan kepalanya adalah Wolfowitz.

Dan Anwar pula berkawan dengan kepala Zionis yang memerangi Iraq atas kepentingan Israel yang mengorbankan ribuan nyawa orang-orang Islam di tanah Arab, di tanah Iraq khususnya.

Jadi, ianya bukan persoalan berhubung dengan orang Yahudi, tetapi persoalan bekerja ataupun menjadi alat atau perkakas untuk kepentingan Zionis dan Israel.

Jadi, jelas Anwar menjadi alat dan perkakas kepada Wolfowitz yang menjadi alat dan perkakas ataupun yang bergerak atas kepentingan Israel. Ini isunya.

Dan ini kita buktikan. Sebaliknya tuduhan Anwar, dia sendiri tidak dapat buktikan.
Saya ingin tegaskan, walaupun kita punya hubungan dengan APCO, tetapi hubungan kita dengan APCO untuk kepentingan kita, untuk kepentingan Malaysia.

Kita membayar mereka yuran sebagai lobi yang merupakan satu perkara biasa dalam dunia politik dan ekonomi masa kini khususnya yang membabitkan AS. Tidak ada negara ataupun mana-mana bussinesmanyang boleh tembus pasaran AS without US lobby.

Jadi kita engaged dengan APCO, tetapi kita bayar mereka untuk kepentingan siapa? Untuk kepentingan kita. Bukan untuk kepentingan Israel. Bukan untuk kepentingan APCO.
Tetapi Anwar Ibrahim bekerja dengan FFF, berkawan dengan Wolfowitz dan beberapa rakan yang lain, bukan untuk kepentingan Malaysia, tetapi untuk kepentingan Israel.

Untuk kepentingan Yahudi, untuk kepentingan Zionis.

Ini isunya dan ini persoalannya.

Saudara katakan tadi bahawa hubungan Anwar dengan Zionis ini sebenarnya sudah lama. Adakah bermaksud, sejak era reformasi, Al Gore sokong reformasi dan Madeline Albright mengunjungi Wan Azizah ?

Ya, ia suatu hubungan yang lama dan dalam. It is a long and deep relationship. Yang saudara sebut tadi, itu pertemuan-pertemuan yang diketahui umum. Banyak lagi pertemuan lain.

Rupert Murdoch khususnya, tidak ramai yang tahu. Tapi saya tahu ianya berlaku, semasa Anwar masih di dalam penjara.

Mungkin semasa Anwar di luar penjara semasa dia jadi TPM, dia sudah lakukan pertemuan-pertemuan sulit dengan mereka ini. Tetapi pada masa itu, saya tidak dekat dengannya.

Masa Anwar di dalam penjara, saya antara tokoh penting dalam parti dan perjuangan. Saya dapat tahu pertemuan Rupert Murdoch dengan Azmin Ali, Wan Azizah. Pertemuan George Soros dengan Wan Azizah dan Azmin Ali.

Dan banyak lagi pertemuan-pertemuan lain yang membabitkan tokoh-tokoh Zionis dan Yahudi yang berlaku. Ini tidak pernah diketahui umum. Malah tidak pernah dinyatakan pun kepada parti.

Bezanya, dalam kes APCO. Ianya satu perkara yang transparent, dibawa kepada kabinet. Diputuskan oleh kerajaan secara transparent.

Tetapi dalam pertemuan-pertemuan Anwar atau Wan Azizah, Azmin Ali dengan tokoh-tokoh Yahudi ini, kebanyakannya tidak pernah dilaporkan. Bukan sahaja kepada akhbar, tetapi tidak dilaporkan kepada parti itu sendiri.

Pemimpin-pemimpin parti yang lain tidak tahu. Persoalannya, mengapa ianya menjadi satu rahsia ?

Ini bagi saya, kerana ianya satu hubungan dan pertemuan yang bukan biasa. Yang istimewa dan membabitkan banyak perkara strategik.

Raja Petra Kamarudin pernah menuduh anda menerima duit daripada Soros ketika anda berkunjung ke AS. Adakah cerita ini benar ?

Tentunya tidak benar. Saya sehingga hari ini, semenjak saya lahir sampai ke hari ini, saya tak pernah jumpa George Soros ataupun mana-mana wakil beliau.

Betul, saya pernah pergi ke Washington, AS.

Betul, seperti yang Raja Petra sebut, saya pergi dengan Anuar Shaari dan dua orang lagi rakyat Malaysia yang Raja Petra tidak sebutkan.

Saya nak sebutkan di sini, ianya Azmin Ali dan Adlin. Azmin Ali adalah Setiausaha Sulit Anwar. Adlin Murtadza Zabri adalah Setiausaha Akhbar kepada Anwar satu ketika dulu.

Jadi, kami semua ini setiausaha-setiausaha yang pergi ke AS. Tetapi bukan untuk berjumpa George Soros.

Ini hebatnya Raja Petra ni, dia half truth. Selalunya perkara-perkara yang dia sebutkan adalah perkara yanghalf truth.

Saya dan Anuar Shaari betul ke AS. Tapi dia tak ceritakan sepenuhnya. Sepenuhnya bukan saya dengan Anuar Shaari sahaja. Ada lagi Azmin Ali dan Adlin.

Dan kami ke AS pada ketika itu adalah untuk berjumpa dengan ahli-ahli Kongres di Washington.

Saya yang mengetuai. Kebetulan saya kenal baik dengan Duta Cambodia di AS, Honourable Roland. Jadi, saya menumpangnya. Dia yang uruskan dan kita berjumpa dengan ahli-ahli Kongres di Washington. Tapi kita tidak jumpa Soros.

Yang berjumpa Soros ialah Azmin Ali dan Wan Azizah dalam lawatan lain yang diatur oleh Elizabeth Wong yang merupakan agen Soros di Malaysia.

Elizabeth Wong adalah penghubung antara George Soros dengan Malaysia, melalui NGOnya, SUARAM. Dia (Elizabeth) yang aturkan pertemuan.

Saya tahu tentang pertemuan tersebut, saya tahu sebab Wan Azizah yang menyatakan kepada saya. Mereka yang berjumpa, bukannya saya.

Pertemuan tersebut tidak pernah dinyatakan atau dibentangkan secara rasmi dalam mesyuarat parti. Jadi, saya tidak tahu apa yang berlaku. Sama ada, ada duit yang diberikan.

Sebab kalau jumpa Soros, orang akan tanya pasal duit, sebab Soros ni banyak duit. Sebelum orang tanya, saya nak beritahu, saya tidak tahu sebab tidak dilaporkan dan Wan Azizah tidak cerita bab duit. Memang dia tak pernah cerita bab duit dengan saya pun. Jadi, mungkin ada duit yang diberikan.

Kalau ikut Raja Petra $10 juta US yang diberikan kepada saya dan Anuar Shaari, tentunya itu tidak betul kerana saya tidak jumpa George Soros.

Mungkin $10 juta itu yang diberikan oleh Soros kepada Wan Azizah, Azmin dan Elizabeth Wong.

Saya minta penjelasan daripada mereka ataupun pihak-pihak yang berwajib minta penjelasan daripada mereka.

Itu hakikatnya dan jelas saya ingin tegaskan bahawa Raja Petra membuat fitnah terhadap saya dan Anuar Shaari.

Saudara sebut tadi Elizabeth Wong, SUARAM ada hubungan dengan George Soros. Adakah Anwar sendiri sebagai Penasihat Umum PKR ataupun orang yang dianggap sebagai figure antarabangsa juga mempunyai hubungan dengan Soros ?

Ya, saya yakin Anwar punya hubungan dengan George Soros.

Kita semua tahu bahawa Malaysiakini, satu web portal news di negara ini yang amat pro pada Anwar Ibrahim, dibiayai sebahagian besarnya oleh George Soros melalui beberapa foundation Soros.

Wan Azizah dan Azmin pernah adakan pertemuan dengan Soros di AS. Bukan semua orang boleh jumpa Soros. Bukan semua orang boleh dapat berjumpa dengan Soros.

Jadi, jelas di sini bahawa kebanyakan fund Soros itu digunakan untuk kepentingan Anwar.

Dan saya yakin tentunya ia ada hubung kait dengan hubungan Anwar dan Soros.

Anwar selalu disebut mempunyai dua orang godfather Zionis yang terkemuka. Pertama Paul Wolfowitz dan kedua Al Gore. Dan baru-baru ini, Anwar juga pergi ke London untuk bermesyuarat dengan syarikat Al Gore. Kenapa Anwar memilih tokoh-tokoh seperti ini sebagai kawannya ?

Saya rasa, hubungan awal Anwar dengan Al Gore ini berlaku semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Al Gore menjadi Naib Presiden AS. Itu hubungan rasmi.
Dan saya rasa, daripada hubungan rasmi itu maka terbentuklah hubungan tidak rasmi. Itu yang lebih penting.

Sebab itulah, walaupun kedua-duanya bukan lagi menjawat jawatan rasmi, Al Gore bukan lagi Naib Presiden AS, Anwar Ibrahim bukan lagi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, tetapi hubungan mereka lebih akrab daripada semasa mereka ada jawatan rasmi.
Maknanya, hubungan mereka cukup istimewa.

Dan kita sedia maklum, Al Gore memang punya kepentingan dengan kelompok-kelompok Zionis dan Yahudi. Saya rasa, Al Gore banyak memainkan peranan selain daripada Wolfowitz.

Saya setuju, Al Gore antara tokoh di AS yang banyak memainkan peranan.

Selain itu, kita jangan lupa bahawa Anwar juga terlibat dengan International Crisis Group (ICG) yang didalangi beberapa tokoh Yahudi yang terkenal di dunia.

Kalau dahulu, tokoh-tokoh Zionis ini berkawan dengan Anwar kerana Anwar merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Selepas dibebaskan, Anwar tidak mempunyai apa-apa jawatan lagi. Dan sekarang Anwar hanya Ketua Pembangkang kerajaan Malaysia. Kenapa pihak Zionis masih mahu berkawan atau menjalin hubungan dengan Anwar. Apa istimewanya Anwar pada sisi mereka ?

Anwar menampilkan sosok ataupun satu imej yang mereka perlukan. Anwar seperti yang kita sedia maklum, berjaya menampilkan imej seorang Islamik yang moden yang punya hubungan rapat dan luas dengan tokoh-tokoh Islam di rantau ini dan dunia.

Itu imej yang dipamerkan. Sekarang kita tahu, bahawa itu hanya imej, Anwar yang sebenarnya bukannya itu. Anwar yang sebenarnya, orang yang sebaliknya.

Tetapi dari segi imej, masih ramai lagi yang percaya Anwar ialah seorang yang Islamik.

Kelompok Zionis memang perlukan orang sebegini. Seorang yang dilihat Islamik, tetapi pro mereka. Seorang yang dilihat Islamik, tetapi boleh bekerja untuk kepentingan mereka. Seorang yang dilihat Islamik, yang mewakili kelompok-kelompok Islam tetapi boleh menjaga kepentingan mereka.

Jadi, sebab itulah mereka terus bersama dengan Anwar dan akan cuba mempertahankan dia.

Kita lihat hari ini, semakin ramai kawan-kawan rapat Anwar, seperti saudara meninggalkan Anwar. Termasuk juga Dr Halili Rahmat, Zulkifli Noordin, Datuk Seri Zahrain Hashim dan lain-lain. Timbul satu persoalan, kenapakah mereka yang pernah rapat dan bekerja dengan Anwar ini meninggalkan Anwar ?

Kalau tanya Anwar, kita sudah dibeli. Dia akan kata, saya dapat RM2 juta. Zahrain dapat RM5 juta. Zulkifli Noordin saya tak tahulah dapat berapa juta pula.

Tetapi, apabila Dr. Halili yang keluar, saya rasa Anwar sudah habis modal untuk memfitnah atau mendakwa kami dibeli.

Sebab Dr. Halili bukan orang yang perlukan duit. Dr. Halili adalah seorang neuro surgeon, seorang pakar bedah dan saraf yang terkemuka di negara ini.

Dia pernah sebut pada saya, makan pun tak habis dah, duit konsultasi, fee dan gajinya sebagai pakar neuro sergeon.

Keduanya, dia bukan ahli politik. Dia tidak ada cita-cita politik. Dia pada awalnya dulu, hanya mahu membantu Anwar sebagai kawan ataupun doktor peribadi Anwar.

Jadi, apabila Dr. Halili membuat keputusan untuk keluar, tentunya ia bukan berasaskan wang ataupun kepentingan politik. Ianya berasaskan kepada sesuatu prinsip…prinsip kebenaran.

Jadi bagi saya, itulah yang sebenarnya.

Saya tinggalkan Anwar, saya ingin tegaskan sekali lagi walaupun saya telah tegaskan berkali-kali, ianya tidak membabitkan persoalan duit sama sekali.

Saya sudah bersumpah di seluruh negara pun bahawa ianya membabitkan persoalan prinsip saya sebagai seorang Islam, setelah saya tahu siapa Anwar. Haram bagi saya apatah lagi untuk menyokong atau mendokong orang seperti ini.

Jadi, itu prinsipnya saya keluar. Saya percaya, orang seperti Datuk Zahrain, Zulkifli Noordin…orang yang punya prinsip. Zul ini peguam dia. Banyak orang lupa tentang Zainur Zakaria, seorang lagi peguam dia.

Kedua-dua peguam Melayu yang punya prinsip, yang legal fraternity orang undang-undang pun tahu siapa Zainur, siapa Zulkifli Noordin. Malah, mereka telah buktikan mereka punya prinsip yang kental. Kedua-dua mereka telah tinggalkan Anwar.

Orang macam Dr. Halili, Dr. Chandra Muzaffar dan ramai lagi, kesemuanya membuat keputusan meninggalkan Anwar kerana mereka telah tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim.
Dan kepada sesiapa yang tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim dan setelah mereka tahu, jika mereka ada prinsip atau semangat atau nilai Islam dalam diri mereka walaupun sekelumit, mereka tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan Anwar.

Saya ulangi sekali lagi, sesiapa pun setelah mereka tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim dan sekiranya di dalam diri dia ada sekelumit nilai agama, akidah dan nilai Islam, mereka tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan Anwar Ibrahim.

Kalau setelah mereka tahu, mereka masih bersama dengan Anwar, maknanya dalam diri mereka tidak ada akidah dan akhlak Islam sama sekali.

Ataupun mereka yang masih bersama Anwar, adalah kelompok yang masih tidak tahu.
Jadi nasihat saya kepada mereka, mereka kena ambil tahu. Mereka kena siasat kerana ini membabitkan pemimpin mereka. Ini membabitkan persoalan masa depan hidup mereka dalam dunia ini dan juga di akhirat nanti.

Dr. Halili ada mendedahkan bahawa dia adalah kawan baik Anwar sejak dari MCKK lagi dan juga doktor peribadi Anwar. Katanya, dia pernah merawat Anwar pada tahun 1994 kerana sakit belakang. Tapi Anwar dalam ceramah-ceramah mengatakan, dia sakit belakang kerana kes 1998 itu. Sudah ada perbezaan cerita tersebut.

Ya, memang banyak perkara yang berlakunya sebenarnya merupakan permainan persepsi. Anwar ialah seorang pemain politik yang cukup licik.

Saya sering menyatakan kepada teman-teman, kalau orang jual aiskrim di eskimo, tiada siapa yang nak beli. Tapi kalau Anwar jual, boleh laku aiskrim tu. Itulah hebatnya Anwar dalam permainan persepsi.

80 peratus daripada tindakan dan percakapan Anwar adalah berdasarkan kepada persepsi. Bertitik-tolak tentang persepsi, dan bukannya kebenaran. Hanya 20 peratus sahaja kebenaran.

Sebab itulah hari ini kita ditampilkan dengan kebenaran tentang sakit belakang oleh Dr. Halili.

Sebelum ini, kita dah tengok youtube, macam mana Anwar di dalam jel dan di luar jel beliau berlakon, arsenik dan sebagainya dan banyak lagi sebenarnya.

Bagaimana hari ini dia berkhutbah, besok dia boleh main tenis dengan seorang tauke judi. Hari ini dia baik dengan Sheikh Yusuf Qardhawi, besok dia boleh baik dengan Wolfowitz.

Hari ini dia bercakap satu hal Negara Islam dengan Pas, besok dia bercakap tentang negara sekular dengan DAP.

Inilah Anwar Ibrahim. Dari segi logiknya, kita tidak akan jumpa seorang manusia yang baik dengan seorang ulama besar, tapi dalam masa yang sama juga, baik dengan tokoh Zionis nombor satu dunia.

Tidak ada orang yang akan baik dengan kedua-dua tokoh ini. Sebab, ianya dalam dua dunia berbeza.

Sebab itu bagi saya, Anwar ini dua alam. Dia boleh hidup dalam alam ini dan dia boleh hidup dalam alam yang lagi satu. Inilah Anwar sebenarnya.

Manusia seperti ini, kita tidak boleh kita benarkan untuk memimpin negara kita.
Antara Sheikh Yusuf Qardhawi dengan Paul Wolfowitz, Anwar lebih baik dengan siapa ?


Bagi saya, Anwar baik dengan semua. Baik Wolfowitz dengan Qardhawi. Kalau nak kira rapat, dia lebih rapat dengan Dato Nallakarupan.

Nallakarupan itu, Anwar bermain tenis dengan dia, semasa Anwar menjadi TPM, setiap hari. Qardhawi dia tak jumpa setiap hari. Wolfowitz pun dia tak jumpa setiap hari. Tetapi dia berjumpa Nallakarupan setiap hari.

Nallakarupan pada masa itu adalah tauke judi, Pengarah Magnum Corporation. Tetapi hakikatnya begitulah. Anwar boleh rapat sekali dengan seorang tauke judi.

Jadi, kalau kita nak bangkitkan persoalan dia rapat dengan siapa, bagi saya, jelas Anwar tidak ada nilai, tidak ada prinsip dalam persahabatannya. Dia hanya gunakan semua network dan persahabatannya untuk kepentingannya sendiri.

Kalau waktu ini dia perlukan Qardhawi, sepertimana sekarang ini dia perlukan seorang ulamak untuk melindungi dia, dia akan jaja Qardhawi setiap malam.

Kalau suatu hari nanti dia perlukan Wolfowitz, atau pernah satu ketika dulu, dia jaja nama Wolfowitz seluruh Malaysia dalam kempen dia.

Satu hari dia perlukan orang seperti Nallakarupan untuk bermain 'tenis' dengannya tanpa diikuti oleh mana-mana bodyguard, itu hanya Dato' Nalla saja boleh buat, sebabnya apa, itu kena tanya Dato' Nalla, jadi, dia akan gunakan Nallakarupan.

Jika dia perlukan saya. Mungkin dengan ciri saya, ada keistimewaan saya dan kelebihan saya dalam beberapa perkara lain, dia gunakan saya. Begitu juga dengan sesiapa pun.

Anwar adalah seorang pemain politik yang licik, political animal. Betullah kata Datuk Seri Zahrain. He is a political animal.

Dia akan sanggup korbankan sesiapa sahaja termasuk ahli keluarganya untuk mencapai cita-cita politik. Ini kenyataan yang keluar daripada kawan baik dia sendiri yang bukan sekadar kawan baik tetapi telah membuktikan bagaimana hubungan dia dengan Anwar dan sanggup berkorban untuk Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, ketika dibebaskan pada 2004, rezekinya disekat untuk bekerja di Malaysia. Sebab itu beliau berhijrah ke AS. Tetapi sekarang, apabila sudah menjadi Ketua Pembangkang dengan elaun gaji sebagai Wakil Rakyat, Ahli Parlimen dan juga Ketua Pembangkang. Tetapi sampai ke hari ini, beliau masih lagi ke luar negara untuk berceramah dengan mendapat honorarium yang banyak. Apa sebenarnya. Adakah tidak cukup lagi dengan gaji sebagai Ahli parlimen dan Ketua Pembangkang. Mengapa masih perlu ke luar negara. Atau adakah ada agenda lain ?

Bagi saya, duit bukan perhitungan bagi Anwar lagi. Sebab dari sudut duit, dia sudah ada segala-galanya.

Segala pergerakan, keputusannya untuk berada sama ada di sini ataupun di negara lain di AS ianya bukan berasaskan kepada persoalan duit, tetapi berasaskan kepada persoalan politik.

Kalau orang yang boleh buat rumah setelah keluar penjara, rumah yang bernilai RM7 juta. Apakah duit menjadi persoalan ? Sudah tentu tidak.

Itu rumah yang kita tahu. Kita tak tahu lagi berapa banyak rumah-rumahnya di tempat-tempat lain. Jadi, kalau dia menyebut tentang persoalan rezekinya ditahan di sini, persoalan duit dan sebagainya, itu hanya permainan dia untuk menutup agenda sebenarnya.

Wasabi Oyabun..
Duit tidak pernah menjadi faktor kepada Anwar sebab dia ada segala-galanya. Dia sudah cukup, lebih daripada cukup dari segi duit.
Pergerakannya adalah atas agenda politik dan saya yakin ianya atas agenda kepentingan politik Zionis.
Maksudnya Anwar banyak duit. Simpanannya lebih daripada cukup ?
Kalau orang boleh buat rumah RM7 juta, tentunya dia banyak duit. Kalau tidak macam mana dia boleh buat rumah RM7 juta.
Kalau hartanya RM7 juta pun, dia tidak akan menghabiskan hartanya semata-mata untuk membuat rumah RM7 juta. Maknanya, dia ada lebih banyak daripada itu.
Hakikatnya dia boleh membuat satu mahligia berharga RM7 juta. Maknanya dia memang cukup mewah.

The Unspinners

Posted: 24 Jun 2012 11:19 PM PDT

Panglima Perang Cyber

Posted: 24 Jun 2012 11:08 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Dinar Emas KGT Didakwa Tiada Ciri Nilai Islam - Mantan Pengarah KGT Nik Mahani

Posted: 24 Jun 2012 08:00 PM PDT


Temuramah beliau disiarkan Buletin Utama TV3 semalam

Berita terdahulu :


KUALA LUMPUR 17 Jun - Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. (KGT) iaitu sebuah syarikat pengeluar mata wang dinar dan dirham milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) didakwa berhadapan dengan kemelut salah laku terutamanya melibatkan salah seorang pegawai kanan syarikat tersebut. 

Berdasarkan satu laporan polis yang dibuat oleh seorang pelabur Jepun, Takao Kono pada 28 Mei lalu, beliau mendakwa menjadi mangsa penipuan pegawai kanan berkenaan yang dianggarkan melibatkan wang berjumlah AS$1 juta (RM3.19 juta). 

Difahamkan pelabur Jepun itu sebelum ini dikatakan tertarik dengan perniagaan program syiling dinar dan dirham yang diperkenalkan oleh lelaki itu membabitkan KGT. 

Malah, pegawai terbabit dikatakan menggunakan nama dua sultan di negara ini dan juga Kesultanan Sulu, selain nama kerajaan Zimbabwe bagi mempengaruhi pelabur Jepun tersebut. 

Pelabur Jepun itu dikatakan telah menyediakan wang berjumlah AS$1 juta (RM3.19 juta) dalam masa satu bulan dan kemudian membeli emas serta perak untuk program perniagaan dinar dan dirham. 

Bagaimanapun, Kono kemudian ingin menarik diri daripada perniagaan tersebut selepas hilang keyakinan terhadap pegawai kanan itu, namun emas dan perak yang dibelinya dikatakan telah dihantar ke Kazakhstan. 

Bukan itu sahaja, terdapat satu lagi laporan polis yang telah dibuat oleh seorang individu warga Perancis bernama Mohamed Esfih pada 1 Jun lalu terhadap pegawai yang sama ekoran aktiviti keagamaan yang begitu meragukan dilakukan oleh lelaki itu di sebuah kondominium hampir setiap pagi Ahad. 

Menurut Mohamed, sepanjang beliau menyertai kumpulan itu kira-kira dua bulan lalu, didapati lelaki yang digelar sebagai "Sheikh" tersebut mendakwa dirinya dianugerahkan kuasa yang luar biasa. 

Sementara itu, bekas Pengarah Eksekutif KGT, Nik Mahani Mohamad juga telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 31 Januari lalu berhubung salah laku dikatakan telah dibuat oleh pegawai kanan tersebut ketika memegang satu jawatan penting KGT. 

http://www.utusan.com.my/ 

Cukup Gambar @NajibRazak dan Tun M Ini Untuk Hancurkan @Anwaribrahim dan @AzminAli

Posted: 24 Jun 2012 09:16 AM PDT



Tertanya-tanya mana gambar Anwar Ibrahim dan adik kesayangannya Azmin Ali di Mekah menunaikan Haji atau Umrah ? Sedangkan mereka bukan tidak mampu untuk ke sana dengan harta yang berpuluh juta seperti pendedahan Ummi Hafilda. 

Gambar ini dicantumkan dari berbagai sumber untuk memudahkan rakyat menilai dengan tepat siapakah Perdana Menteri kita dan mantan PM dari UMNO/BN selama ini.

Harap sahabat semua dapat siarkan di twitter,fb dan blog gambar ini atau memperbaikinya menjadi lebih baik... Semoga jasa anda dibalas dengan berjuta kebaikan di dunia dan akhirat Insya Allah...Amin

Sebelum pergi tengok juga gambar Anwar menari dan dicalit nandek di bawah ini termasuk anaknya Nurul Izzah...


Video Anwar menari anda boleh saksikan di sini :



Video Harian Metro : PM @NajibRazak Lancar Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1M)

Posted: 24 Jun 2012 08:32 AM PDT





video lain :




Egypt election commission: Islamist Mohammed Morsi wins presidential runoff

Posted: 24 Jun 2012 07:39 AM PDT

FILE - COMBO - This combination of two photos shows Egyptian presidential candidates, from left, Ahmed Shafiq, and Mohammed Morsi. Egypt will release results from disputed presidential elections Sunday, the country's top elections commission official said _ a highly anticipated announcement that will put an end to the immediate uncertainty about who is the official winner, but will almost certainly see the power struggles between Islamists, the military and other factions continue. Photo: Khalil Hamra; Nasser Nasser / AP
FILE - COMBO - This combination of two photos shows Egyptian presidential candidates, from left, Ahmed Shafiq, and Mohammed Morsi. Egypt will release results from disputed presidential elections Sunday, the country's top elections commission official said _ a highly anticipated announcement that will put an end to the immediate uncertainty about who is the official winner, but will almost certainly see the power struggles between Islamists, the military and other factions continue. Photo: Khalil Hamra; Nasser Nasser / AP

Al Jazeera Live Streaming Announcement New President of Egypt

Posted: 24 Jun 2012 06:46 AM PDT

TR1M: 67,000 pemandu teksi terima RM35 juta - PM DS @NajibRazak #LovePM #VoteBN

Posted: 24 Jun 2012 05:13 AM PDT



KUALA LUMPUR 24 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian subsidi tayar kepada 67,000 pemandu teksi berjumlah RM35 juta di bawah inisiatif Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1M).

Subsidi itu membolehkan setiap pemandu teksi menerima baucar sebanyak RM520 bagi penggantian empat tayar.

Pada majlis himpunan terbesar pemandu teksi itu di sini, beliau turut mengumumkan penyediaan dana lebih RM1 juta untuk melindungi lebih 100,000 pemandu teksi seluruh negara melalui skim insurans perlindungan kemalangan diri.

Keputusan Pemilihan Presiden Mesir Antara Syafik dan Morsi Diketahui Dua Jam Lagi - Sinar Harian

Posted: 24 Jun 2012 03:57 AM PDT


Keputusan malam ini. Ahmad isytihar dirinya 'Presiden Mesir'

24 Jun 2012
Dua calon pemilihan Presiden Mesir pusingan kedua (dari kiri) Mohammed Morsi dan Ahmed Shafik. Keputusan rasmi jam 9 malam ini (waktu Malaysia).


















KAHERAH - Sementara rakyat Mesir dan seluruh dunia menanti keputusan rasmi pusingan kedua pemilihan presiden negara itu, bekas Perdana Menteri Ahmed Shafik membuat deklarasi 'terbuka' menerusi laman sosial Facebook bahawa dirinya - "Presiden Ahmed Shafik, Mesir 2012."

Keputusan itu dijadual akan diumumkan oleh suruhanjaya pemilihan presiden pada jam 9 malam ini (waktu Malaysia).

Ahmed, yang dikaitkan dengan rejim bekas Presiden Hosni Mubarak yang digulingkan awal tahun lalu, membuat deklarasi ini ketika muncul laporan bercanggah siapa yang memenangi pemilihan presiden.

Minggu lalu, beliau dan wakil Ikhwanul Muslimin dan Parti Kebebasan dan Keadilan, Mohammed Morsi mendakwa telah memenangi pemilihan julung kali diadakan ini.
Keputusan itu sepatutnya diumumkan Khamis lalu tetapi ditangguhkan.
"Adakah kita benar-benar akan mengadakan satu revolusi jika Ahmed menang?" soal novelis disegani Alaa al-Aswany menerusi Twitter, dipetik oleh laporan CNN.

Gambar Bob Lokman Di Wad Hospital KERAJAAN - Mari Doakan Beliau Segera Pulih

Posted: 24 Jun 2012 03:27 AM PDT


Semoga beliau kembali pulih dan meneruskan dakwah ke jalan Allah bukan je jalan PAS. Selama ini beliau telah banyak berubah dan bukan kerana sebab menyertai PAS kerana selama ini PAS bukan badan dakwah melainkan badan atau parti politik sejak dulu hingga kini. 

Mari doakan Bob Lokman walau kita berbeza pandangan politik dan medan perjuangan.


Baik juga kita baca beberapa sebab kenapa kita tidak dapat menerima PAS sebagai pemerintah dan parti pilihan kita :




1.      Bagaimana Pas nak memerintah jika hanya bertanding 67 dari 222 kerusi Parlimen sedangkan UMNO bertanding di 117 kawasan Parlimen (separuh daripada jumlah keseluruhan kerusi Parlimen)

2.      Prinsip dan konsep perjuangan pakatan pembangkang yang didokong oleh Pas adalah sama rata dan menafikan hak keistimewaan orang Melayu. Prinsip Pas ini bertentangan dengan Perlembagaan Negara dan merugikan orang melayu dan Islam.

3.      Pas juga bersekongkol dengan Fahaman Pluralisme iaiitu seolah-olah semua agam adalah setaraf di Malaysia sedangkan Agama Islam adalah agama Rasmi

4.      Pas turut bersekongkol dengan DAP yang ingin menghapuskan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi sedangkan Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan.

5.      Pas menyokong kuap DAP yang sebenarnya serpihan dari parti PAP (people's action party) yang lantang memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia yang mengancam kedudukan Kau Melayu.

6.      DAP di Pulau Pinang dan Selangor yang disokong oleh Pas menindas orang melayu dengan dasar2 berat sebelah seperti merobohkan rumah dan kedai2 milik Bumiputera.

7.      Ahli dan peyokong 2 DAP (bukan melayu)menyokong Pas hanyalah untuk menghapuskan UMNO dan bukannya kerana dakwah dan bukan juga bersetuju dengan prinsip perjuangan Pas.


Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2011/10/7-sebab-kenapa-perlu-tolak-pas.html#ixzz1yhSSjeEJ





10 DALIL MENGAPA KITA MESTI TOLAK PAS


1. Pas bukan sebuah parti yang kuat dalam pakatan pembangkang. Kelemahan PAS bertambah apabila tertubuhnya PKR yang tidak dapat menerima perjuangan 'ala PAS'.


2. Pas bukan 'tulang belakang' dalam pakatan pembangkang. Seperti dialami oleh Dato Dr Hasan Ali, Pas umpama 'melukut di tepi gantang..


3. Pas hanya parti 'pak turut' dan 'kuda tunggangan' yang tunduk kepada desakan DAP dan PKR. Sampai bila Pas mahu menjadi 'parti lampin pakai buang' atau bila diperlukan sahaja.


4. Pas tidak mampu bergerak sendiri danbergantung kepada 'talian hayat' PKR dan DAP. Sebab itu Pas bergerak bersama-sama atas arahan dan kepimpinan PKR dan DAP dalam apa-apa program pakatan pembangkang.


5. Peranan Pas sering digelapkan mata (alpa)dan sedang 'beseronok digula-gulakan' oleh DAP dan PKR.


6. PAS gagal menonjolkan dirinya sebagai sebuah parti yang mendukung prinsip Islam. PAS lebih gemar merujuk dan meminta perlindungan daripada DAP sekiranya menghadapi masalah.


7. Karpal (DAP) walaupun pernah berkata akan pertimbangkan bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam namun kenyataan ini meragukan kerana beliau pernah berkata langkah mayatnya terlebih dahulu jika mahu menubuhkan Negara Islam. PAS ditipu hidup-hidup oleh Karpal (DAP) untuk mereka saja yang akan capai cita-cita parti.


8. PAS gagal menjadi sebuah parti yang melindungi orang Melayu. PAS hanya banyak memperjuangkan parti dari nasib orang Melayu. Kadang-kadang PAS bersuara setelah tersepit dengan isu yang mencengkam partinya tetapi PAS masih gagal memenangi hati orang Melayu.


9. Islam di kalangan pemimpin PAS hanya'comel' luaran sahaja tetapi dari segi akhlak dan peribadi langsung tidak mencerminkan sedemikian. Pemimpin PAS dikenali dengan kuat emosi, tidak berhemah dan suka maki hamun. Lebih teruk lagi PAS suka mengutuk dan menghina rakan seagama yang tidak sefahaman dengannya.


10. PAS ibarat 'melacur kedaulatan Islam' dan musuh Negara Islam kerana sedaya upaya merompak kuasa politik Islam di Malaysia. Malahan PAS menjalin 'kerjasama haram'dengan


 http://blogenstarz.blogspot.com/2011/01/10-dalil-mengapa-kita-mesti-tolak-pas.html

AZLI SHUKRI

Posted: 24 Jun 2012 11:06 PM PDT

AZLI SHUKRI


Senarai Lengkap Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat : Termuntah Membacanya!

Posted: 24 Jun 2012 07:40 PM PDT

Teresa Kok dan Tony Pua dari DAP masing-masing bakal dilantik sebagai Menteri/Timbalan Menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kementerian Kewangan - itulah sumber tidak rasmi diterima. Senarai lengkap adalah seperti berikut :


Prime Minister: Anwar Ibrahim (PKR, Permatang Pauh MP)

1. Deputy Prime Ministers:
a. Lim Kit Siang (DAP, Ipoh Timur MP)
b. Abdul Hadi Awang (PAS, Marang MP)
c. One seat for either a Sabahan or a Sarawakian who will be looking after East Malaysian affairs. (There are names of candidates but this columnist was instructed not to reveal it.)

2. Finance Ministry:
a. Tony Pua (DAP, Petaling Jaya Utara MP)
b. Rafizi Ramli (PKR, currently not a MP, will contest in the coming polls)
c. Nizar Jamaluddin (PAS, Bukit Gantang MP)

3. Education Ministry:
a. Dzulkefly Ahmad (PAS, Kuala Selangor MP)
b. S Kulasegaran (DAP, Ipoh Barat MP)
c. Chong Eng (DAP, Bukit Mertajam MP)

4. Home Ministry:
a. Azmin Ali (PKR, Gombak MP)
b. Mahfuz Omar (PAS, Pokok Sena MP)
c. M Manogaran (DAP, Teluk Intan MP)
(Knowledge and expertise can also be gained by consulting PAS member Fauzi Shaari, retired from CID, Bukit Aman.)

5. Defence Ministry:

a. Dr Hatta Ramli (PAS, Kuala Krai MP)
b. Liew Chin Tong (DAP, Bukit Bendera MP)
c. Tian Chua (PKR, Batu MP)
(Knowledge and technical know-how can be gained from PAS member First Admiral (retired) Mohamad Imran Abd Hamid.)

6. Law Ministry:
a. Karpal Singh (DAP, Bukit Gelugor MP)
b. Gobind Singh (DAP, Puchong MP)
c. William Leong (PKR, Selayang MP)
d. R Sivarasa (PKR, Subang MP)
e. Hanipa Maidin (PAS, non-MP who acts for PAS on many legal matters)

7. Health Ministry:
a. Dr Lee Boon Chye (PKR, Gopeng MP)
b. Dr Tan Seng Giaw (DAP, Kepong MP)
c. Dr Siti Mariah Mahmood (PAS, Kota Raja MP)
d. Dr Michael Jeyakumar (PSM, Sg. Siput MP)

8. Transport Ministry:
a. Khalid Samad (PAS, Shah Alam MP)
b. Tan Kok Wai (DAP, Cheras MP)
c. Baru Bian (state assemblyman for Ba'Kelalan)
Baru Bian can look into improving transport into the interiors of Sarawak.

9. International Trade and Industry Ministry:
a. Khalid Ibrahim (PKR, state Assemblyman for Ijok, Selangor Menteri Besar)
b. Teresa Kok (DAP, Seputeh MP)
c. Husam Musa (PAS, state assemblyman for Salor)

10. Agriculture Ministry:

a. Salahuddin Ayub (PAS, Kubang Kerian MP but this time will be leaving Kelantan to contest in Johor)
b. Ng Suee Lim (DAP, state assemblyman for Sekinchan, he champions the padi farmers)
(For Felda matters, Mazlan Aliman of PAS is at the forefront in fighting for the rights of the settlers and highlighting Felda issues.)

11. Foreign Ministry:

a. Kamarudin Jaffar (PAS, Tumpat MP)
b. Lim Guan Eng (DAP, state assemblyman for Ayer Puteh, Penang Chief Minister)
c. Elizabeth Wong (PKR, state assemblyman for Bukit Lanjan)

12. Federal Territories and Urban Wellbeing Ministry:
a. Lim Lip Eng (DAP, Segambut MP)
b. Nurul Izzah Anwar (PKR, Lembah Pantai MP)

13. Environment Ministry:
a. Fuziah Salleh (PKR, Kuantan MP)
b. Che Rosli Che Mat (PAS, Hulu Langat MP)
c. Nga Kor Ming (DAP, Taiping MP)

14. Women Ministry:
a. Zuraida Kamaruddin (PKR, Ampang MP)
b. Fong Po Kuan (DAP, Batu Gajah MP)
c. Siti Zailah Mohd Yusof (PAS, Rantau Panjang MP)
Currently, Prime Minister Najib Tun Razak is in charge of this ministry. Is there no capable woman in BN who can take over this post from Sharizat Abdul Jalil who stepped down on April 8?

15. Race Relations and Inter-Faith Dialogue Ministry:
a. Nik Aziz Nik Mat (PAS, state assemblyman for Chempaka, Kelantan menteri besar)
b. Mujahid Yusof Rawa (PAS, Parit Buntar MP)
c. Mohd Nur Manuty, (PKR, at the moment not an MP)
d. Ngeh Koo Ham (DAP, Beruas MP)
e. V Sivakumar (DAP, state assemblyman for Tronoh)

The Ministry for Race Relations and Inter-Faith Dialogue will be a place for discussions on thorny issues so that solutions can be sought without acrimony. (klik di sini untuk sumber).

Rumusan :
22 Menteri/Timbalan Menteri Melayu
17 Menteri/Timbalan Menteri Cina
8   Menteri/Timbalan Menteri India

Rumusan Pecahan Parti
PKR : 13 Jawatan
PAS : 15 Jawatan
DAP : 18 Jawatan : So yang berkuasa sebenar DAP!


Doakan Kebaikan untuk Bob Lokman

Posted: 24 Jun 2012 07:02 PM PDT

Doakan kebaikan, maafkan segala kesalahan Bob Lokman dan mintalah kemaafan sekiranya ada sesiapa yang mencaci serta mengutuk peribadi beliau...semoga cepat sembuh dan kembali menyatukan umat Islam.

PenangWasabi

Posted: 24 Jun 2012 09:33 PM PDT

PenangWasabi


Wanita misteri tampil beri penjelasan?

Posted: 24 Jun 2012 07:42 PM PDT




Wanita misteri yang dikaitkan dengan kes pemilikan akaun induk berjumlah RM3 bilion oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini muncul menafikan menjadi proksi kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Zaliah Zakaria, 56, bagaimanapun mengakui mengenali isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika memegang jawatan Presiden dan juga pemilik Syarikat Wira Tangkis Sdn. Bhd.

Katanya, syarikat itu banyak memberi sumbangan dalam kejohanan badminton Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri (Bakti) pada akhir 1990-an semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Beliau turut mengakui pernah menaja aktiviti sukan air salah seorang anak Anwar di Pulau Pinang semasa Ketua Pembangkang itu dalam penjara selain menerima kunjungan Wan Azizah yang baru pulang dari mengerjakan umrah semasa menetap di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

"Hubungan kami sekadar kawan kerana saya juga meminati sukan badminton. Saya tidak mengenali Anwar malah tidak pernah terlibat dalam politik.

"Oleh itu saya hairan bagaimana nama saya dikaitkan dengan Anwar dan berita ini pernah berlaku pada 13 tahun lalu tetapi saya biarkan.

"Namun kali ini disebabkan wajah saya disiarkan (Mingguan Malaysia) saya tiada pilihan selain untuk tampil menjelaskan perkara sebenar," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Wajah Zaliah dipaparkan di muka depan Mingguan Malaysia hari ini berikutan pendedahan ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali berhubung seorang wanita yang dikatakan sangat dikenali oleh Anwar.

Dalam pendedahannya, Ummi Hafilda mendakwa, Anwar kenal sangat dengan wanita tersebut yang bukanlah seorang istimewa atau ahli korporat tetapi cukai pendapatan mencecah RM50 juta.

Selain itu, Ummi Hafilda mendakwa, wanita itu memiliki atau mempunyai kaitan dengan 62 hartanah mewah berupa kondominium dan banglo kebanyakkan di Pulau Pinang.

Berikutan dakwaan itu, Zaliah meminta Ummi Hafilda agar tampil bersama bukti-bukti bagi membersihkan nama beliau dan keluarganya.

Selain itu, beliau juga meminta Anwar mengeluarkan kenyataan segera bagi menafikan hubungan mereka seperti didakwa pihak tertentu.

Dalam pada itu, Zaliah mendakwa memiliki aset berbentuk wang tunai dan hartanah berjumlah RM100 juta hasil daripada perniagaan lumba kuda yang dijalankannya pada akhir 1990-an.

Menurutnya, bagaimanapun kesemua asetnya bertukar hak milik semasa beliau ke Dubai untuk melupakan kesedihan ekoran kematian anak lelakinya pada Januari 2000.

"Seminggu semasa berada di sana (Dubai), pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membuat serbuan di rumah saya dan menyita 10 buah peti besi di Bukit Jambul, Pulau Pinang mengandungi wang tunai, barangan kemas dan dokumen penting.

"Pada masa sama, saya dinasihatkan oleh peguam supaya tidak pulang sehinggalah setahun baru saya pulang ke tanah air namun mendapati semua aset termasuk wang tunai berjumlah RM26 juta di dalam bank telah dipindah milik," jelasnya.

Beliau berkata, harta-hartanya yang lain termasuk empat buah rumah di Pulau Pinang bernilai kira-kira RM3.68 juta.

Katanya, pada masa itu beliau turut diburu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkaitan dengan cukai pendapatan berjumlah lebih RM50 juta hingga beliau diisytiharkan muflis tidak lama selepas itu.

Sementara itu, Ummi Hafilda ketika dihubungi memberitahu, beliau tidak pernah mendakwa mengenali Zaliah secara peribadi.

Katanya, pendedahan yang dibuat adalah bertujuan semata-mata mahukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kaitan antara wanita berkenaan dengan Anwar.

"Ini bukan isu kenal atau tidak kenal. Saya sendiri tidak pernah mendakwa bahawa saya mengenal perempuan berkenaan (Zaliah) secara peribadi.

"Pendedahan yang saya lakukan itu bertujuan untuk membantu siasatan SPRM berhubung kes pemilikan akaun induk bernilai RM3 bilion oleh Anwar. Saya telah serahkan bukti dan sekarang tugas SPRM menyiasat apa kaitan, hubungan atau penglibatan perempuan itu dengan Anwar," katanya.

Penang Wasabi..

Pemuda Umno gesa siasat Faekah!

Posted: 23 Jun 2012 09:37 PM PDT




Pemuda Umno Selangor menggesa siasatan terperinci dijalankan ke atas Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin berkaitan kenyataan di akhbar ini semalam bertajuk 'Faekah Nafi Beri Surat Sokongan'.

Ketuanya, Ungku Md Salleh Ungku Abd Jamal berkata, pengakuan Faekah yang menandatangani surat sokongan membabitkan firma guaman milik anak saudaranya adalah satu tindakan cakap tidak serupa bikin.

"Sebagai seorang yang berkuasa di pejabat menteri besar, sepatutnya beliau tahu bahawa beliau tidak boleh mengeluarkan surat sokongan kepada keluarga terdekat kerana ini adalah amalan kronisme," katanya selepa membuat laporan polis, semalam.

Menurutnya, laporan juga akan dibuat ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Isnin ini.

Sementara itu : MB Khalid menafikan surat sokongan Faekah!

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan bahawa Setiausaha Politiknya, Faekah Husin tidak menyalah guna kuasa seperti didakwa sebuah blog, antaranya mengeluarkan surat sokongan kurniaan projek.



Beliau berkata, isu surat sokongan tidak timbul kerana Faekah hanya menerima surat permohonan dan bukannya memberi projek.

Menurutnya, beliau sendiri tidak pernah membuat surat sokongan untuk memberi sesebuah syarikat projek Kerajaan Negeri, sebaliknya hanya memanjangkan surat permohonan yang diterima kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat.

"Isu ini sudah dijelaskan (Faekah) sebelum ini, oleh yang demikian isu surat sokongan ini tidak timbul," katanya ketika ditemui media, hari ini.

Faekah menafikan dakwaan sebuah blog bahawa beliau memberi surat sokongan kepada Firma Guaman untuk dilantik ke panel guaman GLC.

Beliau berkata, mengikut amalan biasa surat berkenaan akan dihantar kepada beliau dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim manakala tugas beliau hanya menerima dan menyerahkannya kepada GLC.

Menurutnya, walaupun beliau menandatangani surat berkenaan, namun ia tidak bermaksud salah guna kuasa berlaku kerana beliau tidak memberi projek kepada firma berkenaan.

Penang Wasabi..

AMOKAN PANG5HUSIN

Posted: 24 Jun 2012 09:30 PM PDT

AMOKAN PANG5HUSIN


Kebongkakan Nik Aziz

Posted: 24 Jun 2012 07:02 PM PDT

Perwatakan seorang yang bergelar ulama biasanya sinonim dikaitkan dengan rendah diri, baik budi, mesra dalam perbezaan pendapat, memiliki sifat terpuji dan bila dirinya berkata-kata banyak manfaat yang boleh dijadikan panduan oleh anggota masyarakat.

Orang tua-tua pula selalu berkata - insan yang baik budi dan berjiwa besar acapkali bila makin tinggi ilmunya akan makin tunduk ego dirinya. Itu hakikat dan realiti yang semua orang sudah ketahui.

Tapi bagi Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat soal baik budi, merendah diri dan mesra tatkala berbeda pandangan bukannya prioritinya sekalipun dikalangan penyokong PAS beliau dikenali sebagai ulama dan tok guru.

Misalnya dalam polemik isu penangguhan haji demi mendahulukan kepentingan parti dalam pilihanraya, beliau ternyata tidak dapat menyembunyikan betapa besar ego dirinya sehingga memandang rendah pada pendapat ulama lain.

Kelihatan jelas sikap bongkak dan membesar diri sendiri semakin berakar umbi dalam sanubari Nik Aziz apabila tidak dapat menerima nasihat dan pandangan bekas Timbalan Syeikhul Universiti Al-Azhar, Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour berkaitan isu tersebut.

Syeikh Mahmoud semasa menjawab soalan seorang peserta di Seminar Antarabangsa Fiqh Mantaati Pemimpin beberapa hari lalu secara terang menjelaskan bahawa hukum mengerjakan haji tetap wajib bagi sesiapa yang mampu dan soal pilihanraya bukannya satu alasan yang membolehkan ibadah tersebut sengaja ditangguhkan.

Namun dek kerana bongkak dan ego, Nik Aziz masih juga berpegang erat pada pendapatnya sendiri dengan alasan Nabi Muhammad s.a.w pernah menangguhkan haji.

Walhal, penangguhan ibadah haji oleh Nabi Muhammad s.a.w langsung tiada kaitan dengan pilihanraya melainkan semata-mata kerana untuk mengelakkan percampuran ibadah dengan golongan musyrikin Mekah yang saat itu masih melakukan tawaf di sekeliling Kaabah.

Selain itu sejarah Islam merekodkan, antara sebab lain ibadah haji tertangguh pada tahun ke-6 Hijrah ialah kerana halangan oleh kaum Quraisy yang kemudiannya membawa kepada wujudnya satu perjanjian Hudaibiah.

Bukankah jauh bezanya di antara isu sekarang dengan peristiwa yang membawa kepada perlaksanaan Perjanjian Hudaibiah di zaman Nabi Muhammad s.a.w dulu?

Tapi apa nak pelik, bagi Nik Aziz apa saja kesilapan dan keterlanjuran di pihaknya senantiasa cuba dikaitkan dengan zaman Nabi semuanya dilakukan demi untuk mengabui mata rakyat disamping sudah menjadi satu kegemaran bagi dirinya mendahulukan sikapnya yang sombong dan bongkak.

Jika rukun Islam ke-5 yakni kewajipan menunaikan haji pun semudah itu sahaja dipandang remeh dan sejarah Islam diputar belit demi memenuhi nafsu kepartian dan keduniaan, masih lagikah kita mahu memanggil Nik Aziz sebagai tok guru?

Tok guru surat pekeliling dan 'ulamak' politik layaklah, tak begitu?

PISAU.NET

Posted: 24 Jun 2012 09:30 PM PDT

PISAU.NET


Live!Himpunan Hijau Pdg Badawi Medan Lacuran Pas.

Posted: 24 Jun 2012 02:06 AM PDT

Agaknya apa yang tertulis pada kain yang diikat dikepala anak muda lelaki cina ini?

Himpunan Hijau di Padang Bandaran Butterworth perlihatkan kebodohan khawarij Pas yang semua orang tahu tunggangan Dap.

HIMPUNAN INI TAK LEBIH MENUNJUKKAN KESETIAAN DAN KEKUATAN SOKONGAN KHAWARIJ PAS KEPADA DAP PULAU PINANG UNTUK MENGEKALKAN REGIM KERAJAAN NEGERI!

Pisau kata "Pas ikrar taat setia kepada Dap"

Anwar Sendiri Tidak Berjaya Pecat Faekah..

Posted: 23 Jun 2012 11:32 PM PDT


AIDCNews – 23/06/12 – Ramai pemerhati politik berpendapat jika benar Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mahu menyingkirkan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, kaedah lain perlu difikirkan dan bukannya meneruskan strategi yang dilakukan sekarang.


Jika Mohd Naquib Carmeil, Setiausaha Agung Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat Selangor (Pro-Rakyat) boleh dipecat serta-merta daripada jawatannya kerana mengadakan sidang media sokong Faekah, namun tindakan sama tidak boleh dilakukan kepada SETPOL MB Selangor itu.


Antara Mohd Naquib Carmeil dengan Faekah Husin, dua individu yang mempunyai naungan politik berbeza.


Sharifudin Jamil ketika menulis komentarnya di Antarapos bertajuk "Faekah bidak politik Khalid, mutiara Wan Azizah" mengambarkan SETPOL MB Selangor itu sebagai,"Pada zaman muram kerjaya politik Wan Azizah ketika Anwar dipenjara, Faekahlah tempat mengadu. Maka apabila di zaman senang ketika PKR yang dipimpin Wan Azizah sudah menakluki Selangor, maka amat wajar Faekah diberi imbuhan – Setiausaha Politik Khalid. Lagipun, Faekah boleh menjadi jambatan bagi mengawal hubungan PKR yang dipimpin Wan Azizah dengan kerajaan negeri Selangor".


Sudah diketahui umum, banyak rahsia-rahsia dalaman keluarga Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dicurahkan kepada pembantu setianya, Faekah Husin.


Sebagai peguam, pendengar setia dan kawan rapat, Faekah mendengar satu persatu keluhan Dr Wan Azizah itu dan mungkin termasuk isu-isu peribadi yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Barangkali, faktor inilah yang menyebabkan Anwar sendiri gagal untuk menyisihkan Faekah dalam arena politik PKR.


Sharifudin, ketika menulis di Antarapos mendedahkan, sudah dua kali cubaan Anwar untuk menyisihkan Faekah, namun kedua-duanya menemui jalan buntu.


"Bukan sekali dua Anwar cuba untuk menyisihkan Faekah dari lingkungan politik PKR. Namun Ketua Pembangkang tidak berdaya dan langsung tidak berjaya. Pelbagai cara telah digunakannya. Anwar pernah menasihati isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR supaya memanjangkan arahan kepada Khalid supaya Faekah dipecat. Namun tiada kesan.


"Khalid juga menerima wakil khas Anwar, bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali supaya menyampaikan keputusan Biro Politik PKR supaya Faekah dipecat. Namun tindakan berdiplomasi ini juga tidak dihiraukan Khalid. Ini membuat Faekah makin galak dan berani," katanya.


Menariknya, sasaran kritikan Faekah bukan kepada Anwar, tetapi kepada pembantu setia Anwar, Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR.


Pada pandangan penulis Antarapos, kritikan seorang yang tiada pangkat dalam politik kepada Timbalan Presiden PKR adalah sesuatu yang agak unik.


"Ngauman politiknya menjengkelkan banyak pihak. Baginya membujur lalu melintang patah. Tidak kira betapa besar reputasi seseorang itu, wanita ini sering membuat ramai pemimpin PKR merah muka kerana sergahan dan sindiran politiknya.


"Terbaharu, wanita ini, Faekah Husin namanya, mencabar pemimpin lelaki berpangkat paling tinggi dalam parti itu — Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali supaya membuktikan kewibawaanya sebagai Pengarah Pilihan raya PKR.


"Bagi Faekah, Azmin perlu mengatur strategi bagaimana mahu menang pilihan raya umum ke-13 dan bukan hanya tumpu perhatian pada urusan kerajaan negeri Selangor. Soal pentadbiran kerajaan negeri Selangor adalah tanggungjawab mutlak bosnya, Tan Sri Khalid Ibrahim.


"Sebelum ini pun Faekah sering membuat bentakan politik terhadap ahli politik lain dalam PKR. Ramai pemimpin lelaki yang tercalar egonya termasuk Ketua Umum yang menjadi ikon perjuangan PKR – Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.


Pastinya, jika bukan Faekah yang membuat kritikan terbuka itu, sudah pasti individu itu akan dipecat serta merta dalam PKR. Zaid Ibrahim misalnya.


Namun Faekah Husin adalah individu yang luar biasa, malah Anwar Ibrahim pun tidak berani bersuara kepadanya.

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 24 Jun 2012 09:29 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


PAKATAN : MELONGKANG KAN HAK RAKYAT !

Posted: 24 Jun 2012 08:00 PM PDT

ZUNAR MESTI PANAS HATI BACA NI.

Posted: 24 Jun 2012 06:06 PM PDT

MALAM NI ZUL NORDIN CERAMAH LAGI.

Posted: 24 Jun 2012 02:57 PM PDT

'MP BUYING' VIDEO : SI BASTARD BERNAMA KALID SAMAD !

Posted: 24 Jun 2012 05:35 AM PDT

MAKIN BIADAP : STRAITS TIMES SINGAPURA PERTIKAI DASAR BN..

Posted: 24 Jun 2012 02:45 AM PDT

EMAIL PEMBACA : SURAT TERBUKA UNTUK PM.

Posted: 23 Jun 2012 11:00 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 24 Jun 2012 09:22 PM PDT

r b f

Posted: 24 Jun 2012 07:35 PM PDT

r b f


Krisis PKR Selangor Berpunca Dari Amalan Politik Luar Tabie

Posted: 24 Jun 2012 05:32 AM PDT

Krisis di Selangor berpunca dari mulut longkang setpol MB Selangor yang mempertikaikan perlantikan Azmin sebagai pengarah pilihanraya PKR.

Azmin membalasnya dengan meminta Faekah dipecat kerana terlalu melampau. Semboyan yang ditiupkan Azmin disahut oleh panglima-panglima perangnya yang melancarkan kempen pecat Faekah.

Dalam PKR Azmin Ali adalah Timbalan Presiden. Orang nombor dua dalam parti. Kedudukan Azmin sama seperti kedudukan Tan Sri Muhyiddin dalam Umno dan Mat Sabu dalam Pas. Cuma yang membezakan mereka jumlah keanggotaan ahli parti yang mereka wakili. Tan Sri Muhyiddin lebih kuat kerana jumlah ahli Umno yang ramai. Mat Sabu walaupun mempunyai imej yang tercalar tetapi tetap dihormati oleh ahli-ahli Pas di khalayak umum. Jika ada yang tidak puas hati dengan Mat Sabu pun mereka tidak bercakap secara terbuka sepertimana yang dilakukan Faekah.

Dalam PKR pula Faekah tidak mempunyai apa-apa jawatan. Dia hanya kucing kurap. Kekuatan Faekah bergantung kepada Wan Azizah dan Khalid Ibrahim. Dari segi jawatan beza Azmin dengan Faekah terlalu jauh. 

Adalah sesuatu yang pelik dan luar biasa atau luar tabie apabila seorang setpol yang tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam parti boleh mengeluarkan kenyataan yang menghentam Timbalan Presiden Parti ?

Dalam Malaysia belum pernah wujud seorang setpol segila Faekah walaupun setpol dari negeri-negeri yang diperintah Pas dan DAP. 

Contoh,

Kurang ajar atau tidak jika hari ini tiba-tiba setpol MB Negeri XX yang diperintah BN, membuat kenyataan terbuka mempertikaikan perlantikan Tan Sri Muhyiddin sebagai Pengarah Pilihanraya BN ?

Sudah tentu orang-orang Umno akan melompat dan marah kepada setpol berkenaan kerana bersikap kurang ajar. Engkau seorang setpol mana boleh campur urusan parti. Kau buat kerja kau yang telah diberi. Lainlah sekiranya engkau memegang dalam parti.

Jika itu terjadi kepada Umno sudah tentulah pembangkang akan pukul canang cerita kononnya Umno sudah parah dan tidak ada lagi sifat hormat-menghormati dalam Umno. 

Begitu juga dalam Pas, kurang ajar atau tidak jika hari ini tiba-tiba setpol MB Kelantan atau setpol MB Kedah mempertikaikan perlantikan Mat Sabu sebagai Pengarah Pilihanraya Pas ?

Sudah tentu kurang ajar dan orang-orang Pas akan mengamuk serta menuduh setpol berkenaan sebagai ejen Umno.

Tapi apa nak dikata, dalam PKR semua boleh. Semuanya gila kuasa dan nak tunjuk diri hebat. Lihatlah sahaja cara pemilihan parti mereka. Kempen seolah-olah pilihanraya. Ketua umum parti suami, presiden parti isteri dan naib presiden parti anak. Pendek kata semua boleh dalam PKR. Depan belakang, sama rata, sama rasa semuanya boleh. Hancur Malaysia kalau mereka memerintah.

Tak pernah dijangka dan tak terfikir dek akal seorang setpol yang tiada apa-apa jawatan dalam parti boleh pertikaikan seorang Timbalan Presiden secara terbuka.

Itu bukannya lagi kurang ajar, malah lebih teruk dari kurang ajar. Apa bahasa yang nak digunakan pun tak tahu. 

Krisis Makin Parah - PKR Selangor Tuntut MB Gantung Tugas Faekah

Posted: 23 Jun 2012 10:00 PM PDT


PKR Selangor mendesak Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menggantung sementara Faekah Husin dan menyiasat sama ada Setiausaha Politiknya itu salah menggunakan kuasa berhubung isu penggunaan kepala surat Pejabat Menteri Besar.   
 
Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie berkata Khalid harus konsisten dengan tindakan dan kenyataan-kenyataannya sebelum ini dan patut mencadangkan  siasatan penuh terhadap Faekah.

Shuhaimi mempertikaikan pendirian Khalid dan Faekah itu dengan merujuk perenggan terakhir surat yang ditulis oleh Faekah kepada Ketua Pegawai Eksekutif PNSB Datuk Ahmad Bin Omar. 
 
Perenggan itu  berbunyi: "Pentadbiran ini (Tan Sri Abdul Khalid) juga berpandangan bahawa peluang HARUS diberikan (kepada syarikat Zeenat Asyiqin & Associates) selagi ia tidak menyalahi mana-mana peraturan syarikat."
 
Shuhaimi berkata perenggan itu tidak kena pada tempatnya kerana boleh diibaratkan sebagai cubaan mempengaruhi proses dalaman PNSB melantik panel guamannya. 

Selanjutnya sila klik di sini

Sri Tri Buana

Posted: 24 Jun 2012 07:13 PM PDT

Sri Tri Buana


Kabinet Bayangan PR.

Posted: 24 Jun 2012 05:00 PM PDT

Lawak Bola.

Posted: 23 Jun 2012 10:55 PM PDT

Kita MESTI Selamatkan Melayu

Posted: 24 Jun 2012 03:17 PM PDT

Kita MESTI Selamatkan Melayu


Tahniah PAS...!! Ceramah Israk Mikraj Oleh Ustazah DAP Pakai Skirt Dedah Aurat..... TAKE BEER.....!!

Posted: 23 Jun 2012 08:00 PM PDT

Di malam Israk dan Mikraj, umat Islam di surau dan masjid akan mendengar ceramah berkenaan perjalanan Nabi Muhamad S.A.W dari Mekah ke Baitulmaqdis. Setiap kali mendengar ceramah berkisar dengan kisah Nabi Muhamad S.A.W pastinya semua umat manusia akan insaf....

Pada malam yang penuh keberkatan itu, Wanita PKR Sarawak telah menjemput YB Violet Yong yang mewakili DAP bagi menyampaikan ceramah Israk Mikraj.

Intipati ceramah Violet Yong lebih kepada pembohongan kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak telah membelanjakan wang berjumlah RM3 juta semasa berada bercuti di Amerika Syarikat. Isu ini sememangnya dirancang memandangkan ramai di kalangan mereka yang hadir adalah orang Melayu.

Menjadi harapan Violet Yong dan pemimpin Pakatan Pembangkang untuk merendah-rendahkan kreadibiliti Najib Razak yang sememangnya disegani rakyat Malaysia dengan pendekatan transformasi yang dibawanya. Hanya dengan taburan fitnah boleh menyebabkan mereka yang mendengarnya terpedaya biarpun itu adalah pembohongan.

Seperti sebelumnya, pemimpin Pakatan Pembangkang tidak akan lupa mengungkit dan menyebarluaskan isu NFC. Dengan nada berjenaka menyamakan Shahrizat Jalil dengan lembu, Violet Yong secara tegas mencerca pemimpin wanita Islam biarpun mahkamah belum lagi memutuskan sebarang kesalahan berkaitan NFC. Violet Yong itu seolah-olah seorang hakim yang telah memutuskan kesalahan yang sedang dalam perbicaraan.

Tidak cukup dengan itu, orang Melayu dan hadirin yang hadir pada malam itu dibawakan pula masalah bekas Pengerusi MAS, Datuk Tajuddin Ramli kononnya dibayar RM550 juta. Kes itu telah diselesaikan di luar mahkamah biarpun kerajaan telah bersedia berhadapan dengan Tajuddin berhubung isu itu.

Melihat kepada kekayaan dan ekonomi yang dikaut oleh orang Cina, Violet Yong mengajak rakyat melakukan perubahan khususnya kepada perubahan politik. Bersandarkan ekonomi sekarang yang banyak menguntungkan rakyat, Pakatan Pembangkang memanipulasi bahawa ekonomi Malaysia sekarang meleset. Hakikatnya..., Pakatan Pembangkang cemburu melihat keyakinan pelabur dalam dan luar negara untuk melabur di Malaysia dan memastikan ekonomi Malaysia terus maju.

Kredit - WIRA Kenyalang

Kesimpulannya; Intipati ceramah Israk Mikraj digunakan untuk memfitnah Najib, mengungkit kisah Shahrizat yang terbukti beliau tidak terlibat dengan isu NFC, mengungkit juga kisah lapuk Tajuddin Ramli dimana kesemua cerita ini TAK ada kena mengena langsung dengan kisah Rasulullah s.a.w dibawa menaiki Buraq bertemu dengan Allah swt...

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 24 Jun 2012 03:04 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Euro 2012 - Itali ke separuh akhir tewaskan England menerusi sepakan penalti

Posted: 24 Jun 2012 03:03 PM PDT

ITALI yang memulakan permainan dengan agak perlahan berjaya layak ke separuh akhir menerusi tendangan penalti, sekali gus sekali lagi mengesahkan badi suku akhir England dalam kejohanan antarabangsa.

Perlawanan kedua-dua pasukan ini, yang berlangsung di Stadium Olympic, Kiev untuk menguasai tiket terakhir ke peringkat separuh akhir, terpaksa dilanjutkan sehingga peringkat sepakan penalti selepas permainan selama 120 minit tidak membawa sebarang gol - perkembangan yang agak mengecewakan peminat masing-masing.




Kedua-dua pasukan meneruskan saingan pada masa tambahan 30 minit tetapi terikat tanpa gol. Ia membawa kepada penentuan menerusi penalti.

Di peringkat sepakan penalti, Itali menyempurnakan empat peluang berbanding England hanya dua.

Rumusan sepakan Penalti


0 - 1 Mario Balotelli (pen)
Steven Gerrard (pen) 1 - 1

1 - 1 Riccardo Montolivo (miss)
Wayne Rooney (pen) 2 - 1

2 - 2 Andrea Pirlo (pen)
Ashley Young (miss) 2 - 2

2 - 3 Antonio Nocerino (pen)
Ashley Cole (miss) 2 - 3

2 - 4 Alessandro Diamanti (pen)

Terdahulu, England turun gelanggang tanpa melakukan sebarang perubahan dalam barisan pemainya. Itali yang berjersi biru memulakan sepakan. England turun dengan jersi putih.

Di peringkat awal perlawanan, England menguasai sebahagian besar permainan - pada paras 60-40%, tetapi di akhir-akhir babak pertama, Itali lebih banyak menguasai permainan.

Itali melepaskan 31 tendangan ke arah gawang England berbanding lapan yang disempurnakan oleh Three Lions.

Statistik di akhir permainan, 132 minit, menunjukan Itali menguasai 63 peratus permainan berbanding 37 peratus oleh England.

England, yang menjadi pilihan ramai, mengekalkan Danny Welbeck sebagai gandingan Wayne Rooney, bintang MU yang membawa jaringan kemenangan dalam pertemuan terakhir peringkat kumpulan minggu lalu.

England membawa masuk Theo Walcott dan Andy Carroll, masing-masing menggantikan Milner dan Welbeck pada minit ke-60 dan 61.

Dengan kemenangan ini, Itali akan bertemu Jerman di separuh akhir hujung minggu ini. Dua pasukan lain yang layak ke separuh akhir ialah Sepanyol dan Portugal.

Dalam 22 pertemuan sebelum ini, Itali telah menang sembilan kali manakala England pula tujuh dan enam berakhir dengan seri.

Melihat pada sejarah, Azzurri mempunyai kelebihan kerana pasukan itu hanya kalah sekali kepada Three Lions dalam 35 tahun lalu - 2-0 pada 1997. Itali telah menang dalam dua pertemuan utama menentang England.

MB Azizan - Kedah lulus empat lesen hiburan baru

Posted: 24 Jun 2012 01:00 PM PDT

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini mengesahkan kerajaan negeri baru-baru ini telah mengeluarkan empat lesen baru kepada pengusaha pusat hiburan.

Azizan berkata kerajaan negeri tidak boleh menghalang rakyat negeri ini untuk berhibur tetapi perjalanan pusat-pusat tersebut adalah dalam kawalan pihak berkuasa tempatan.

"Kita bagi lesen untuk hiburan tetapi di bawah kawalan kerajaan negeri termasuk kawalan keselamatan, tatasusila dan sensitiviti kaum...," katanya ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar yang mendakwa kemunculan pusat-pusat hiburan 'secara berleluasa' di negeri ini.

Azizan berkata untuk rekod, di Alor Setar hanya empat pengusaha pusat hiburan itu dalam proses untuk memulakan perniagaan dan mereka diberikan lesen baru.

Selebihnya adalah pusat hiburan yang hendak aktif semula setelah lama tidak beroperasi.

Azizan tidak pula menyatakan jumlah pusat hiburan yang kembali aktif.

Azizan berkata semua pengusaha berkenaan akan diberi taklimat minggu depan mengenai etika perjalanan dan operasi pusat hiburan mereka.


Taklimat ini turut disampaikan pihak berkuasa tempatan dan polis.

"Kita akan panggil semua pengusaha pusat hiburan yang lama dan baru, tidak adil kalau kita bertindak terus, tetapi jika (selepas ini) mereka melanggar peraturan dan syarat ditetapkan, kemudian baru kita bertindak," jelas Azizan.

Diminta mengulas mengenai dakwaan wujudnya sebuah pusat hiburan baru terbesar di Mergong, Azizan berkata beliau tidak tahu tentang kewujudan pusat itu.

- Bernama

Demo anti-Lynas hambar, hanya 500 hadir

Posted: 24 Jun 2012 12:00 PM PDT

KUANTAN: Kira-kira 500 penunjuk perasaan berjaya melepasi sekatan polis dan mula berhimpun di Zon Perindustrian Gebeng bagi membantah loji penapisan nadir bumi Lynas yang dijangaka akan diberikan lesen untuk beroperasi tidak lama lagi.

Ini di sebalik sekurang-kurangnya tiga sekatan polis di laluan jalan utama yang didirikan kira-kira 4 kilometer dari kawasan kilang Lynas.

Menurut seorang anggota polis yang tidak mahu namanya disiarkan, pihaknya hanya menahan mereka yang berpakaian 'hijau' tetapi orang ramai bebas memasuki ke kawasan industri berkenaan.

Seawal jam 10 pagi, lebih 200 peserta Himpunan Hijau Occupy Balok-Gebeng yang berkampung di Pantai Balok sejak malam semalam mula bertolak menuju ke kilang Lynas.

Mereka berarak dengan membawa sepanduk dan berjalan seolah-olah menghadiri majlis pengkebumian mengikut adat masyarakat Cina dengan membawa sepanduk hitam, yang antaranya berbunyi 'Lynas Get Out Now', 'BN, remove Lynas or We remove you', 'Vote Out The Government Who Brings Lynas'.

Antara yang dihalang itu termasuk kumpulan yang diketuai timbalan presiden PAS Mohamad Sabu. Beliau diminta untuk berpatah balik oleh anggota polis yang mengawal di sekatan tersebut.




Jalan pintas

Bagaimanapun, kumpulan peserta itu mencari jalan pintas dan berjaya memasuki kawasan komersial Gebeng untuk menyertai acara protes mereka.

Turut kelihatan beberapa pemimpin yang turut berucap daripada satu pentas yang didirikan di bahagian belakang sebuah lori.

Selain Mohamad Sabu, pemimpin lain yang hadir termasuk Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan beberapa wakil rakyat Pakatan.

Setelah berhimpun kira-kira sejam setengah dan diarahkan polis supaya bersurai peserta yang berjumlah kira-kira 500 orang itu akur dan bersurai dengan aman.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusof yang ditemui di lokasi berkata pihaknya tidak melarang penganjur dan peserta Himpunan Hijau Occupy Gebeng- Balok untuk berhimpun secara aman.

Namun, menurutnya, penganjur hari ini tidak mengikut peraturan dan tidak mempunyai permit serta kebenaran daripada polis.

"Mereka boleh membuat aktiviti khususnya dalam dewan tetapi tidak untuk berarak di jalan raya mengganggu lalu lintas.. lagipun tempat berhimpun tidak sesuai.
Tak ikut peraturan

"Mereka melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 dan sepatutnya membuat permohonan permit sekurang-kurangnya 10 hari lebih awal dan bukannya dua hari sebelum perhimpunan bermula," katanya.

Ditanya sama ada pihaknya akan mengambil tindakan ke atas penganjur, beliau berkata, polis akan meneliti semua aspek dan akan bertindak bergantung kepada keadaan.

Beliau juga menafikan bahawa anggota FRU ditempatkan di kawasan kilang Lynas yang bertujuan menakut-nakutkan peserta seperti yang didakwa oleh pembangkang.

"Yang kawal semua anggota Polis Kuantan," katanya lagi.

Wanita ini mengaku sudah beberapa kali lakukan hubungan seks dengan Sammy (bekas penyanyi Kerispatih)

Posted: 24 Jun 2012 10:00 AM PDT

Alamak! Sammy Simorangkir bekas penyanyi Kerispatih ni rupanya penuh dengan skandal!

Pheww..!

Sebelum ini, Rotikaya ada membongkarkan gossip beliau dengan Nadia Annuar seorang personaliti TV3.

Mereka berdua dikatakan sedang hangat bercinta. Boleh baca di SINI.

Tak lama selepas itu, seorang wanita yang bernama Natha Naritha pula mendakwa Sammy telah menipunya untuk berkahwin sedangkan beliau telah 'menyerahkan' segala-galanya kepada beliau.

Sebagai bukti, beliau telah membenarkan media menyiarkan sekeping gambar yang menunjukkan kemesraan mereka. Anda boleh baca di SINI.

Natha tidak berhenti di situ, beliau kemudiannya membuat pengakuan berani bahawa beliau dan Sammy sudah beberapa kali melakukan hubungan seks malah mempunyai foto-foto panas dan bogel milik mereka berdua.




"Sejak hari pertama kami mengenali, Sammy selalu datang ke apartment saya. Hubungan kami sudah menjadi seperti suami isteri walaupun belum bernikah. Masakan lelaki dan wanita di dalam bilik tidur tetapi tidak melakukan apa-apa," katanya ketika menutup perbualan dengan wartawan. (infospesial.net)


Mohammed Mursi Presiden baru Mesir

Posted: 24 Jun 2012 08:23 AM PDT

KAHERAH - Wakil Ikhwanul Muslimin, Mohammed Mursi diisytihar memenangi pemilihan Presiden Mesir yang pertama selepas Hosni Mubarak digulingkan awal tahun lalu.

Mohammed, yang mewakili Parti Kebebasan dan Keadilan, memperoleh 51.73 peratus undi atau lebih 13 juta undi manakala pencabarnya di pusingan kedua pemilihan, Ahmed Shafiq, yang juga bekas Perdana Menteri era Hosni, mengumpulkan 48.27 peratus undi atau lebih 12 juta undi.

Menjelang pengumuman hari ini, yang mula dibuat sejak jam 9 malam tadi (waktu Malaysia), protes diadakan di Dataran Tahrir ekoran pengumuman Majlis Agung Angkatan Tentera (Scaf) bahawa pihaknya mahu mengurangkan atau mengehadkan kuasa presiden dan pada masa yang mengukuhkan kuasa tentera.

Pemilihan pusingan kedua diadakan awal minggu lepas. Sebaik sahaja pengundian berakhir, kedua-dua calon itu mengisytiharkan diri mereka sebagai pemenang.

Keputusan pemilihan sepatutnya diumumkan Khamis lalu, tetapi ditangguhkan ekoran aduan daripada calon-calon yang bertanding berhubung proses pengundian dan kiraan kertas undi.

Pusingan pertama pemilihan diadakan bulan lalu.

Seramai 50.3 juta pengundi layak mengundi pada pemilihan kali ini. Kira-kira 37,000 kertas undi telah dibatalkan, kata Ketua Suruhanjaya Pemilihan Presiden, Farouk Sultan yang membacakan mukadimah kira-kira 90 minit sebelum mengumumkan nama pemenang sekitar jam 10.30 malam (waktu Malaysia).




Katanya, suruhanjaya itu menerima sebanyak 452 rayuan daripada kedua-dua calon.

Pengumuman itu membawa kepada kegembiraan di kalangan penyokong Mohammed yang berhimpun di Dataran Tahrir sejak beberapa hari lalu.

Kelewatan pengumuman mencetuskan rasa gelisah dan ketegangan di Mesir khususnya di kalangan penyokong dan pengikut Mohammed.

Pengumuman dibuat di sebalik kawalan ketat ekoran kebimbangan bahawa keputusan pemilihan boleh membawa kepada pergaduhan, sekali gus mencetuskan keadaan tidak terkawal sebagaimana disaksikan awal tahun lalu - ketika kebangkitan rakyat yang membawa kepada kejatuhan kepimpinan Hosni.

Keputusan pemilihan pusingan kedua ini diumumkan kira-kira dua minggu selepas Hosni dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan hampir seminggu selepas pihak pemerintah tentera mengumumkan akan menyerahkan kuasa kepada presiden baru, tetapi mengekalkan beberapa kuasa penting di pihak mereka.

Kuasa presiden dihadkan manakala perlembagaan pula belum dirangka.

(Gambar) Aksi Nora Danish yang membuatkan lelaki mengurut dada...

Posted: 24 Jun 2012 07:01 AM PDT

Nora Danish tampil lagi untuk sesi fotografi. Kali ini bersama Harian Metro dan lebih sopan.

Tetapi, kesopanan Nora Danish tetap mendebarkan setiap lelaki yang melihatkan gayanya yang tersendiri.

Nora Danish dikatakan terlewat untuk sessi fotografi ini kerana kostum awal yang dipilih mengalami kerosakan, akibatnya beliau terpaksa mencari baju rekaan Hatta.

Tampil dengan warna hitam, kegebuan Nora Danish terus terserlah...untuk mengetahui kisah lanjut beliau, boleh klik SINI.

Aku kongsikan gambar sahaja berasama pembaca!








'Lepas ni kayalah saya dapat duit saman Utusan' - Komunis Malaya

Posted: 24 Jun 2012 05:34 AM PDT

NIBONG TEBAL: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sedia memaafkan saksi pertama kes isu komunis Bukit Kepong, Visvanathan a/l Muthu, 75, yang terlibat dengan perbicaraan isu berkenaan di Mahkamah Seksyen Butterworth pada 11 Jun lalu.

Mohamad sebaliknya terus bertekad menyaman akhbar Utusan Malaysia kerana mengeluarkan berita dengan niat jahat.Jelasnya, Visva Nathan telahpun mengaku dan memohon maaf kepadanya di hadapan Hakim Ikmal Hisyam Ahmad Tajudin ketika diasak peguam Mohamed Hanipa Maidin pada perbicaraan berkenaan.

Ujar beliau, kemaafan dibuat berdasarkan kepada keinsafan Visva Nathan yang beberapa kali memandangnya dengan tangan dirapatkan seolah-olah sedar bahawa beliau bersalah kerana melemparkan fitnah dengan membuat satu  laporan polis pada 27 Ogos lalu berpandukan laporan Utusan Malaysia.

"Tak apalah saya maafkan Visva Nathan kerana beliau jadi boneka dan hanya berpandukan kepada Utusan  Malaysia yang melaporkan kononnya saya menghina pasukan polis dan Yang di-Pertuan Agong kerana menyanjung  Mat Indera yang disifatkan oleh penjajah sebagai pengkhianat. 

Saya hanya maafkan dia bukan Utusan Malaysia," katanya ketika ditanya sejurus berucap di Perhimpunan Hijau Peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai  Acheh, Nibung Tebal petang semalam.

Bukan sahaja Visva Nathan memohon maaf bahkan turut mencadangkan kepada pihak polis  agar tidak mengambil tindakan kepada Mohamad.

Mungkin kata Mohamad, setelah peguam Hanipa Maidin memberikannya keratan akhbar Utusan Malaysia dan teks ucapan  pada majlis di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora yang jelas tidak langsung menyebut perkataan 'komunis'.

"Lepas ni kayalah saya dapat duit saman Utusan Malaysia. Rugilah kalau tuan- tuan dan puan-puan tidak berkawan  dengan saya," katanya secara berjenaka.

Turun berucap di majlis bertemakan 'Perhimpunan Hijau Tawan Dun Sungai Acheh' ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Fauzi Yusuf dan Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, Abdul Rahman Ramjan.

Doa gulingkan Kerajaan Pusat di Masjid Taman Guar Perahu?

Posted: 24 Jun 2012 05:30 AM PDT

BUKIT MERTAJAM - Umno Pulau Pinang mahu Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menyiasat berhubung seorang khatib yang dikatakan mendoakan supaya Kerajaan Pusat digulingkan dalam Pilihan Raya Umum ke-13, ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Taman Guar Perahu dekat sini, Jumaat lalu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, tindakan khatib itu boleh memecahbelahkan umat Islam dan perbuatannya juga dianggap menghasut.

Beliau berkata, tugas seorang khatib adalah menyampaikan nasihat daripada segi agama dan bukan mencampur-adukkan politik dengan agama terutama di rumah suci Allah itu.

"Jika beliau (khatib) hendak berceramah politik, buatlah di luar... bukan dalam masjid. "Perbuatannya jelas menunjukkan ada agenda politik. Jadi saya minta MAINPP siasat kerana inilah khatib yang boleh memecah-belahkan umat Islam dan orang Melayu.

"MAINPP perlu bersikap adil dan mengambil tindakan tegas dalam menangani perkara ini. Takkan nak biar khatib gunakan masjid untuk politik," katanya ketika ditemui pada Program Juara Rakyat 'Himpunan Anak Muda' Bahagian Bukit Mertajam di Padang Awam Cherok Tokun, di sini hari ini.

Musa berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah media elektronik malam tadi, yang menyiarkan kekecewaan beberapa kariah masjid terhadap seorang khatib yang mendoakan 'kerajaan perlu digulingkan' dalam khutbah Jumaat di sebuah masjid di Permatang Pauh.




Seorang kariah masjid berkenaan, Abu Bakar Mohktar dilaporkan berkata, beliau dan kariah lain terkejut mendengar doa oleh khatib jemputan itu dan apa yang dikesali, doa itu menggantikan doa untuk Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu, Musa berkata, pakatan pembangkang seharusnya tidak mengajar anak muda untuk mengadakan demonstrasi jalanan sebagai provokasi untuk menjatuhkan kerajaan.

"Demonstrasi bukanlah cara kita. Justeru, saya minta pakatan pembangkang, jika hendak bertanding...bertandinglah dengan cara yang bersih. Jika takut kalah, jangan bertanding," katanya. - Bernama

Bob Lokman tercungap-cungap di hospital KERAJAAN

Posted: 24 Jun 2012 02:03 AM PDT

Bob Lokman diberitakan sesak nafas dan kini terlantar di hospital KERAJAAN.

Aku suka nak mengulas isu takrifan KERAJAAN ini dengan puak-puak pembangkang. Bagi pembangkang, kerajaan adalah satu entiti berbeza dengan parti, oleh yang demikian segala aktiviti parti tidak boleh menggunakan harta kerajaan, walaupun parti tersebtu mengepalai KERAJAAN tersebut.

Semalam, Cikgu Mala telah menafikan beliau masuk UMNO dan menuduh ianya satu fitnah yang besar terhadapnya. Tuduhan tersebut bermula dari sebuah blog pro KERAJAAN yang mengatakan kebajikan Cikgu Mala tidak terbela oleh PAS hingga menyebabkan beliau condong kepada UMNO.

Cikgu Mala yang berang dengan kenyataan tersebut telah pun membuat sidang akhbar bagi menafikan perkara tersebut. Malah, beliau turut menyindir penulis blog tersebut, jika mahu menjaga kebajikan beliau (andainya beliau bersama UMNO) kenapa UMNO...sekali lagi diulang, kenapa UMNO memindahkan suaminya jauh daripada sekolah sekarang.

Lantas, aku juga membawa persoalan ini kepada bacaan umum mengenai persoalan beliau. Aku cuma bertanya, mengapa Cikgu Mala menuduh UMNO memindahkan suaminya ke sekolah yang jauh? Mengapa beliau tidak mahu menyalahkan JPN?

Salah seorang komentator dalam blog ini (rasanya pro pembangkang..) memberi susur galur dari mana asalnya UMNO tersebut. Aku petik komen Tuan Ajey Hussin:

aku nak tanya la JPN ni bawah kementerian pelajaran kan. so org pangkat tertinggi di kementerian pelajaran ialah menteri pelajaran. so aku nak tnye MP ni orang parti mane? BN or PR????


Waah...sampai begitu ceritanya hanya untuk menyalahkan UMNO/BN. Sedangkan selama ini, pembangkang sering mempertikaikan penggunaan harta KERAJAAN oleh parti yang mengepalainya.

Bagi pembangkang, UMNO/BN tidak ada kena mengena langsung dengan KERAJAAN. KERAJAAN dan PARTI adalah satu benda, entiti yang berasingan.

Jadi, kenapa pula Cikgu Mala dan Tuan Ajiey Hussin mahu mengaitkan UMNO yang menukarkan suami beliau ke sekolah lain? Mengapa jadi hipokrit dan double standard?
Berbalik pada kisah Bob Lokman, kasihan beliau, penat tercungap-cungap katanya, sedang berceramah mengutuk KERAJAAN, akhirnya terlantar juga dikatil KERAJAAN...

Raja dituduh cabul remaja 17 tahun dalam tandas

Posted: 24 Jun 2012 12:38 AM PDT

KUANTAN - Seorang warga Nepal dihadapkan di Mahkamah Trafik, di sini, semalam selepas menghadapi pertuduhan mencabul seorang remaja bawah umur di dalam tandas sebuah restoran pada Mac lalu.

Tertuduh, M Arjun Raja yang juga pekerja kilang di Indera Mahkota didakwa menggunakan kekerasan terhadap mangsa berusia 17 tahun di dalam tandas sebuah restoran di Jalan Pasar Kuantan dengan memeluk badan mangsa.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan pada 11 Mac lalu kira-kira jam 9.45 malam dan ditangkap pada hari kejadian.Tertuduh boleh disabitkan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga tiga tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu.

Majistret, Nurunaim Abdullah menetapkan tarikh sebutan kes pada 11 Julai depan, pendakwaan dikendali Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Mohamad Azman Ariffin.

Arjun juga dikenakan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan dua penjamin warganegara Malaysia.Sementara itu di mahkamah sama, seorang lelaki dikenakan ikat jamin sebanyak RM3,000 selepas menghadapi pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki lain pada September tahun lalu.

Tertuduh, Zaizam Mustaffa, 36, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan pada seorang lelaki berusia 28 tahun di hadapan sebuah kedai runcit di Kampung Cherating pada 29 September tahun lalu, kira-kira jam 7.45 malam.

Tertuduh kemudiannya ditangkap pada 2 Oktober tahun sama. Zaizam boleh dikenakan di bawah Sesyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga tiga tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada seksaan itu jika disabitkan kesalahan.

Terbabas elak lembaga misteri

Posted: 23 Jun 2012 11:38 PM PDT

KOTA DAMANSARA – Kegembiraan seorang penarik kereta yang mahu bersantai bersama rakannya untuk menonton perlawanan suku akhir Kejohanan Euro 2012 antara Jerman dan Greece tidak kesampaian apabila kereta Honda City dipandunya terbabas serta berpusing beberapa kali sebelum terbalik di bahu jalan bertentangan.

Dalam kejadian pada jam 2 pagi semalam di Persiaran Kenangan Seksyen 6 itu, mangsa dikatakan cuba mengelak lembaga misteri yang secara tiba-tiba melintas jalan tersebut.

Penarik kereta berusia 30 tahun itu bagaimanapun bernasib baik dan hanya mengalami kecederaan pada bahagian kepala serta luka pada bahagian badan.

Dia diselamatkan oleh orang ramai yang kebetulan melalui kawasan tersebut.

Menceritakan detik cemas itu, mangsa yang hannya mahu dikenali sebagai Lim berkata, dia cuba mengelak dari melanggar satu lembaga berwarna hitam yang melintas jalan.

"Saya terkejut dan memusing stereng ke bahagian kanan. Apa yang saya ingat, kereta ini langgar pokok di atas pembahagi jalan, berpusing beberapa kali dan terbalik," katanya yang dalam perjalanan ke Uptown D'Kota, Jalan Teknologi dekat sini.

Sementara itu, seorang saksi, Ayob Osman, 43, berkata, kejadian tersebut berlaku terlalu pantas.

"Nasib baik tiada pemandu lain di arah bertentangan, jika tidak keadaan mungkin bertambah buruk," katanya yang tinggal di kawasan itu.

Difahamkan kemalangan misteri sememangnya kerap berlaku di jalan itu dan pernah meragut nyawa seorang wanita mengandung yang dirempuh sebuah kereta ketika melintas pada 2008.

Mangsa yang cedera kemudiannya membuat laporan di Balai Kota Damansara.

MIC kena cari cikgu Bahasa Melayu kalau tak faham - Salahuddin

Posted: 23 Jun 2012 11:00 PM PDT


SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menyarankan agar Pemuda MIC mendapatkan khidmat pakar bahasa Melayu untuk memahami apa yang dimaksudkan beliau ketika Debat Sinar Harian bertajuk Demonstrasi Jalanan: Mengukuh atau Meruntuh Demokrasi', Selasa lalu.

Salahuddin berkata, apa yang dimaksudkannya menyentuh Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang langsung tidak menyentuh atau menyamakan perarakan Thaipusam dengan demonstrasi jalanan.

"Saya sentiasa peka dengan komen di blog-blog dan majoriti masyarakat India menyokong saya. Tiada apa yang perlu dirisaukan."Nasihat saya kepada Pemuda MIC, sila cari pakar dan guru bahasa Melayu untuk faham apa yang saya perkatakan," kata beliau ketika ditemui di Skudai semalam.

"Sebahagian mereka (kaum India) faham, hanya sebahagian kecil yang tidak faham dan jadikan ia sebagai satu isu politik murahan," katanya kepada Sinar Harian.

Kelmarin, Pemuda MIC meminta Salahuddin memohon maaf kepada masyarakat India di negara ini kerana mengeluarkan kenyataan menyamakan perarakan sempena Thaipusam dengan demonstrasi jalanan.

Ketua Pemudanya, T Mohan meminta Salahuddin berbuat demikian dalam tempoh 24 jam."Salahuddin harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kenyataan tersebut," katanya.

Satu laporan polis terhadap Salahuddin turut dibuat mendakwa beliau mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman dan berbaur hasutan.

Salahuddin berkata, dalam ucapannya itu, beliau tidak berniat untuk menghina mana-mana agama dan mereka perlu dengar serta faham konteks ayat yang diperdebatkan dalam debat.

"Saya nasihatkan supaya pihak-pihak yang tak faham tentang ucapan itu mendapatkan khidmat guru Pakar Bahasa Melayu untuk fahamkan konteks ayat tersebut.

"Ucapan saya juga bukan bertujuan untuk hina mana-mana agama yang dianuti orang lain tapi beri contoh u perhimpunan seperti terkandung dalam artikel 10 Perlembagaan," kata ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, kemungkinan ada pihak yang ingin jadikan isu ini sebagai mainan politik dan mengambil kesempatan terhadap kesalah tafsiran ucapannya itu.

Salahuddin berkata, beliau menafikan dakwaan Mohan kerana berdasarkan agama Islam yang dipegangnya melarang perbuatan menghina agama lain.

"Seorang Islam, amat dilarang untuk menghina agama lain. Saya tak mungkin lakukan perkara demikian secara sengaja," katanya lagi.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, beliau tidak menghina agama lain dan menyarankan pihak tersebut mengikuti pendebatan itu secara keseluruhan untuk memahami konteks yang dimaksudkan dalam pendebatannya bersama Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Aaron Aziz rahsiakan status PRnya yang telah disahkan

Posted: 23 Jun 2012 10:07 PM PDT

POPULARITI ada habuan kepada pemiliknya. Baik atau buruk, populariti menjadikan seseorang artis itu berada di satu tempat istimewa berbanding artis yang kurang popular. Seperti yang berlaku kepada Aaron Aziz, 36, sejak memenangi hati rakyat Malaysia sehingga bergelar Artis Paling Popular 2011, apa sahaja cerita terbaharu dirinya akan mendapat perhatian ramai.

Isu artis luar yang dibangkit oleh Zed Zaidi, kini Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) serta status permohonan Taraf Penduduk Tetap (PR) selama ini menjadi dua cerita yang saling berkait dengan Aaron. Namun, perkara itu barangkali bukanlah lagi satu beban yang merunsingkan buat Aaron. Persoalan tentang status PR Aaron yang selama ini dibangkitkan bukan lagi satu tanda tanya.

Pertengahan minggu lepas, satu sumber Sensasi Bintang membongkar status permohonan PR oleh Aaron yang didakwa telah mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Turut dilampirkan dalam e-mel tersebut ialah salinan kad MyPR milik isteri Aaron, Diyana Halik. Jumaat lalu, Sensasi Bintang berjaya menghubungi Aaron Aziz untuk mendapatkan pengesahan.

Bercakap kepada Sensasi Bintang, kata Aaron mengesahkan dia dan isterinya kini pemegang MyPR.

"Saya minta maaf kepada semua pihak kerana dari awal lagi tidak menghebahkan kelulusan permohonan PR saya kepada umum. Saya fikir, perkara itu tidak perlu dikecoh-kecohkan. Tetapi, apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengirimkan salinan dokumen sulit saya itu kepada umum, barulah saya rasa perkara itu perlu dijelaskan.

"Saya sudah memegang kad MyPR sejak awal Jun. Saya harap pengakuan saya ini akan menjelaskan segala persoalan semua pihak," akui Aaron setelah meneliti semula gambar kiriman e-mel sebelum memberikan keterangan lanjut.

Ditanya mengenai proses permohonan PR olehnya yang cepat mendapat kelulusan kerajaan Malaysia, Aaron menyerahkan perkara itu kepada pihak KDN untuk memberikan penjelasan.

"Saya tidak rasa cepat atau lambat kelulusan permohonan itu akan menjadi satu isu. Saya tiada hak untuk bercakap tentang rasional atau alasan bagaimana permohonan saya diluluskan. Mungkin saya telah menepati syarat yang ditetapkan," katanya.

Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz turut meluahkan rasa syukur kerana berbekalkan bakat seni yang dimiliki, dia kini boleh bekerja dan menjadi sebahagian daripada penduduk Malaysia. Dia berterima kasih kepada semua pihak atas rezeki dan penerimaan semua terhadap kehadirannya menjadi salah seorang pelakon di Malaysia.

Sebagai rekod, Aaron sebelum ini mendakwa Malaysia dekat di hatinya. Itulah antara sebab mengapa pelakon yang hangat menerusi filem KL Gangster itu memohon PR. Pelakon yang berasal dari Singapura itu memohon taraf penduduk tetap pada Ogos 2011.

Populariti serta aura Aaron semakin mendapat perhatian usai menjulang anugerah tertinggi dalam majlis Anugerah Bintang Popular 2011, April lalu, nama aktor sasa Aaron hangat dengan isu PR yang dipohonnya. Isu itu menjadi kecoh apabila kemenangan Aaron dipertikaikan Zed Zaidi yang ketika itu bercakap atas kerusi Timbalan Presiden Seniman itu meluahkan rasa kurang senangnya kerana pemenang anugerah berdasarkan populariti itu dimenangi pelakon warga Singapura.

Isu itu berlarutan sehingga memaksa Aaron bercakap soal status dan warganegara sehingga terkeluar berita bahawa permohonan PR olehnya sudah mendapat kelulusan dan sedang menunggu waktu untuk diambil daripada KDN. Namun, selepas berita itu disebarkan oleh portal Gua.com, Aaron dalam satu kenyataan menafikan pengakuannya tentang kelulusan status PR berkenaan.

"Sebelum ini orang pernah menyebarkan salinan kad pengenalan palsu saya. Kad itu yang sengaja dicipta untuk memburuk-burukkan saya. Sekarang salinan MyPR saya pula disebarkan. Saya rasa ini kerja orang dalam dan saya tidak tahu apa niatnya menjadi penyebar kepada dokumen sulit pihak lain," kata Aaron sedikit kesal tetapi berterima kasih kepada Kosmo!

Akhiri Aaron: "Saya juga mengucapkan terima kasih kepada anda dan Kosmo! disebabkan berusaha mendapatkan pengesahan daripada saya sendiri dan tidak menyiarkan gambar kiriman e-mel tersebut tanpa kebenaran daripada saya."
posted from Bloggeroid

Asal-usul gelaran Latif 'Borgiba'

Posted: 23 Jun 2012 09:00 PM PDT

APABILA mendengar sahaja nama Latiff Borgiba tentunya ramai penonton drama-drama dan filem-filem Melayu tahun 1960-an sehingga 1980-an yang mengenalinya. Namanya dikenali ramai kerana dia sering melakonkan watak-watak jahat sama ada dalam drama ataupun filem.

Apatah lagi, keunikan nama Latiff Borgiba itu sendiri menyebabkan dia mudah diingati oleh para peminatnya. Nama itu juga seakan-akan sesuai dengan penampilan serta karakternya dalam lakonan. Kebanyakan lakonannya meninggalkan kesan mendalam di hati para penonton.

Malah penampilan dirinya yang berkulit gelap, bermisai tebal dengan mata yang terjegil sewaktu menghayati watak-watak jahat menyebabkan dia seperti serasi menggunakan nama Latiff Borgiba. Nama itu juga seolah-olah memberi tuah dalam kerjayanya sebagai pelakon.

Bagaimanapun menurut Latiff, Borgiba pada namanya itu bukanlah nama sebenarnya. Sebaliknya, pemilik nama sebenar Abdul Latiff T.K. Gomu Kakah ini menjelaskan ia hanyalah nama pentas yang telah diberikan oleh pelakon dan pengarah, Allahyarham S. Kadarisman.




"Sebenarnya nama Borgiba itu diberikan oleh S. Kadarisman pada penghujung tahun 1960-an sewaktu saya mula aktif berlakon. Borgiba itu adalah sempena nama keturunan Habib Borgiba iaitu seorang kulit hitam dari Afrika yang terkenal warak dan juga tokoh agama terkenal di sana.

"Kata S. Kadarisman, kebetulan kulit saya gelap maka dia suruh saya gunakan nama Latiff Borgiba sebagai nama komersial sempena nama Habib Borgiba itu. Sejak itu saya telah menggunakan nama Latiff Borgiba dalam bidang lakonan sehinggalah ke hari ini," katanya kepada S3 pada pertemuan pada suatu majlis di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Latiff yang kini berusia 75 tahun masih aktif berlakon drama, telemovie dan filem. Raut wajahnya tetap serius seperti dulu. Ditambah pula dengan janggutnya yang putih dan panjang mencecah paras dada menyebabkan dia tampak garang dan masih sesuai untuk melakonkan watak-watak jahat sama seperti dulu.

Namun dia yang mula berlakon pada usia 18 tahun menerusi pentas teater dan bangsawan kini tidak membataskan watak-watak yang dilakonkannya sama ada watak-watak baik ataupun jahat. Sebaliknya, bapa kepada 16 orang anak, 47 cucu dan 15 cicit ini turut mahu versatil dalam bidang lakonan yang diceburinya itu.

Pada usianya kini, Latiff juga banyak melakonkan watak lelaki tua yang lebih alim dan matang biarpun tidak menafikan para penonton lebih menyukainya melakonkan watak-watak jahat seperti suatu ketika dulu. Disebabkan kecenderungannya itulah dia lebih dikenali ramai dalam dunia lakonan tempatan.

"Tidak dinafikan dengan melakonkan watak-watak jahat itulah saya popular dan dengan pendapatan sebagai pelakon juga membantu saya menyara keluarga saya. Memang saya dikenali ramai sampaikan ada orang yang menyampah dengan saya sehingga di luar set drama atau filem.

"Saya tidak kecil hati kerana itu menunjukkan watak-watak lakonan saya berjaya meninggalkan kesan di hati para penonton. Terbukti nama Latiff Borgiba itu berjaya meninggalkan nostalgia tersendiri buat para peminat drama-drama dan filem-filem Melayu sehinggalah kini.

"Lagi pun saya sedar saya ini kategori pelakon buruh atau dalam divisyen tiga kerana melakonkan watak-watak jahat. Lainlah kalau melakonkan watak-watak hero memang semua orang suka. Tetapi tidak boleh dinafikan watak-watak jahat juga penting untuk menghidupkan jalan cerita," ujarnya.

Kahwin muda

Latiff yang dilahirkan di Bangkok, Thailand dan kemudiannya berhijrah bersama keluarganya ke Kuala Lumpur pada tahun 1946 berkata, bidang lakonan merupakan kerjaya yang sebati dalam dirinya. Dia memulakan bidang lakonan di Kuala Lumpur setahun selepas mendirikan rumahtangga.

Menariknya, pelakon berdarah campuran Siam, Arab dan India ini bukan sahaja memulakan karier sebagai pelakon pada usia yang muda iaitu 18 tahun tetapi turut berkahwin sewaktu baru berusia 17 tahun di mana ketika itu isterinya, Rokiah Abdul Rahman pula berumur 12 tahun.

"Isteri pertama saya itu meninggal dunia tiga tahun lepas. Sekarang ini saya tinggal bersama isteri kedua saya iaitu Fatimah Leman yang berusia 65 tahun. Biasanya orang zaman dulu ramai yang kahwin muda. Kalau sekarang ini mana ada anak dara yang kahwin umur 12 tahun," ungkapnya.

Sewaktu diajukan soalan bagi menyingkap tentang rahsianya berjaya melakonkan watak-watak jahat sehingga menimbulkan rasa kebencian di hati para penonton, Latiff seperti terdiam sejenak. Dia seperti sukar untuk meluahkan resipi kejayaannya dalam menghayati watak sebegitu.

Pelakon filem seperti berjudul Dang Lenggang, Ribut Di Hujung Senja dan Anakku Suamiku ini menganggap ia bergantung kepada penghayatan kepada satu-satu watak yang dilakonkannya itu. Pada masa sama dia tidak menafikan raut wajah dan imej yang ditonjolkan turut membantunya.

"Mungkin mata, misai dan kostum yang saya gunakan untuk melakonkan sesuatu watak itu sebagai bonus yang juga membantu keberkesanan watak-watak jahat lakonan saya. Saya tidak ada formula tersendiri kerana semuanya datang dalam satu pakej dan kebetulan ia kena dengan saya.

"Saya pula jenis yang tidak memilih watak dan kalau ia sesuai saya akan lakonkan dengan betul-betul termasuklah bukan watak-watak jahat. Sampai sekarang saya masih terapkan semua itu dalam diri saya. Ini kerana, sebagai pelakon dalam kategori divisyen tiga saya kena sedar diri.

"Saya bersyukur kerana masih mendapat tawaran berlakon walaupun sebagai pelakon tambahan pada usia sebegini. Saya bersyukur walaupun mendapat bayaran sekitar RM500 hingga RM1,000 untuk berlakon dalam satu atau dua adegan kecil sahaja kerana ia tidak susah bagi saya.

"Dulu sebelum menjadi pelakon saya bekerja sebagai tukang buat rumah dengan pendapatan yang bukan sahaja kecil dan tidak menentu tetapi kerjanya juga agak berat," katanya lagi yang baru tamat menjalani penggambaran drama bersiri berjudul Tekukur Tak Berbunyi Lagi sebanyak 13 episod.

DS Najib pengkhianat umat Islam pulak dah...

Posted: 23 Jun 2012 08:00 PM PDT

PAS terus menyuarakan kebimbangannya berhubung kemungkinan Datuk Seri Najib Razak mengadakan pilihan raya umum pada musim haji, dengan menyifatkan tindakan itu, jika dilakukan, adalah pengkhianatan" kepada Islam.

NONE"Kalau Najib putuskan buat piihan raya masa musim haji, Najib adalah pengkhianat kepada Islam dan umat Islam," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (kanan).

Menurutnya, tindakan itu jika dilaksanakan adalah penafian hak mengundi buat lebih 30,000 umat Islam yang dijangka menunaikan ibadah tersebut pada masa itu.

"Kalau 30,000 kita ambil purata (daripada) 100 kerusi Parlimen, sudah ada kira-kira 300 pengundi yang boleh memberikan 'warna' berlainan (bagi setiap kerusi)," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur pagi ini.

Najib semalam tidak menolak kemungkinan pilihan raya umum akan berlangsung pada musim haji kerana ia pernah berlaku sebelum ini.

Polemik berkenaan pilihan raya, kata Mustafa, akan boleh ditamatkan sekiranya Najib sebagai seorang Muslim yang memahami sensitiviti dan kewajipan berkaitan agama memberikan jaminan tiada pilihan raya sewaktu musim haji.

NONE"Datuk Seri Najib sebagai perdana menteri beragama Islam, kalau dia faham dan putuskan tiada pilihan raya masa haji, polemik (tarikh pilihan raya) akan mati," katanya.

Beliau turut memberi jaminan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan mengadakan pilihan raya sewaktu musim haji atau membiarkan rakyat berteka-teki tentang tarikhnya apabila mereka mengambil alih kerajaan Persekutuan.

"Jika Pakatan memerintah kita jamin tiada pilihan raya pada musim haji. Pakatan juga boleh tentukan tarikh pilihan raya tanpa perlu dibuat secara mengejut.

"Paling minima, tiga bulan lebih dahulu kita akan beritahu. Ia juga boleh jadi sebulan atau setahun (dari tarikh pengumuman)," katanya.

PM diminta kaji semula perlantikan Sidek sebagai Pengerusi Petronas

Posted: 23 Jun 2012 07:17 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diminta mengkaji semula pelantikan bekas ketua setiausaha negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebagai pengerusi Petronas.

Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee (kanan) berkata, jawatan itu Petronas sepatutnya dipegang golongan profesional dan tidak semestinya bekas pegawai tinggi kerajaan yang sudah bersara.

"Saya bimbang pelantikan tersebut akan menimbulkan rasa kecewa sesetengah pihak termasuk bekas pemimpin-pemimpin politik," ujarnya.

Langkah itu juga katanya, bagi mengelak timbul anggapan umum bahawa mana-mana pegawai tinggi kerajaan yang sudah bersara telah disediakan jawatan baru dengan pendapatan yang lebih lumayan.

"Semasa berkhidmat dengan kerajaan, mereka menerima gaji yang tinggi dan pencen yang sudah mencukupi, sepatutnya jawatan tersebut diagihkan pula kepada golongan profesional atau pun bekas-bekas pemimpin politik," tegasnya.

Bagaimanapun, katanya, gesaan itu tidak bermasuk mempertikaikan kewibawaan Mohd Sidek tetapi hanya mahu perdana menteri menimbang semula keputusan itu, menurut blog Umno Cheras.

Perdana menteri pada satu majlis makan malam penghargaan sempena persaraan Mohd Sidek di Kuala Lumpur malam tadi mengumumkan bekas KSN itu sebagai pengerusi baru Petronas, yang akan berkuatkuasa sebaik selesai beberapa urusan dalaman.





Suara akar umbi


Bercakap kepada media selepas merasmikan karnival NGO dan swasta parlimennya di Cheras pagi ini, umum akan melemparkan tuduhan bahawa kerajaan hanya menjaga kepentingan bekas pegawai tinggi kerjaan yang sudah bersara.

Sedangkan kata Syed Ali, banyak golongan profesional dan bekas pemimpin politik apabila bersara tidak mendapat kedudukan istimewa atau ditawarkan jawatan penting dalam mana-mana syarikat milik kerajaan.

"Saya hanya memberikan pandangan berdasarkan suara di bawah, kerana khuatir pelantikan tersebut boleh menimbulkan rasa kecewa dan marah rakyat kepada kerajaan," ujarnya.

Katanya, rakyat tidak akan melakukan protes secara terbuka tetapi apabila mereka 'marah dalam diam' sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada kredibiliti kerajaan menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Bagaimanapun kata beliau, terserah kepada perdana menteri untuk membuat keputusan muktamad berhubung perkara tersebut.

MK

Euro 2012 - Sepanyol mara ke separuh akhir

Posted: 23 Jun 2012 04:14 PM PDT

PENYANDANG juara Sepanyol menepati ramalan akan melangkah ke separuh akhir apabila menewaskan Perancis 2-0 dalam aksi penuh mendebarkan di Stadium Donestk, awal pagi ini (waktu Malaysia).

Kemenangan ini ternyata amat bermakna buat Sepanyol apabila semakin menghampiri untuk mencipta hatrik selepas muncul juara Euro 2008 dan Piala Dunia 2010.

Dalam aksi separuh akhir 28 Jun ini, Sepanyol akan bertemu Portugal yang telah menundukkan Republik Czech Jumaat lalu.

Dilihat ibarat 'buku dan ruas', Sepanyol dan Perancis berentap, walaupun permainan banyak dikuasai penyandang juara antara 65-55%, untuk mengisi slot ke separuh akhir Euro 2012.

Perancis meningkatkan penguasaan bola di separuh masa kedua sehingga 45 peratus.

Sepanyol menjaringkan gol pertama menerusi Xabi Alonso - membolehkannya mendahului Perancis sebelum menambah gol pada minit terakhir permainan menerusi penalti.

Pada babak awal perlawanan, kedua-dua Sepanyol dan Perancis menampilkan permainan yang berhati-hati dan seimbang.
Bagaimanapun, Sepanyol mula menemui rentak di tengah babak perlawanan apabila mula bermain agresif dengan menampilkan serangan-serangan berbahaya ke gawang Perancis.

Asakan demi asakan akhirnya menewaskan pertahanan Perancis. Tandukan menerusi Alonso pada minit ke-19 berjaya membolosi gawang lawan untuk mendahului 1-0.

Bersambung babak kedua, Perancis dilihat mula mengatur serangan untuk mencari gol namun tidak mendatangkan hasil apabila setiap percubaan dilakukan tersasar.

Pertahanan yang kental dilakukan oleh Sepanyol nyata mengecewakan Perancis yang semakin terdesak untuk menjaringkan gol.

Alonso sekali lagi menjadi wira Sepanyol apabila berjaya menjaringkan gol kedua menerusi sepakan penalti pada minit-minit terakhir perlawanan.

Jaringan itu sekali gus ini membolehkan anak didik Vicente Del Bosque menamatkan saingan suku akhir dengan penuh bergaya.

Sebaliknya, kegagalan ini terus menghantui Perancis untuk mara ke separuh akhir apabila terus gagal di peringkat suku akhir buat kali kelima dalam lima edisi Euro yang lalu.

KEPAL NASI KEPAL BERAS

Posted: 24 Jun 2012 03:04 PM PDT

KEPAL NASI KEPAL BERAS


ANWAR NI SAPA...?@TUN M@FIRAUN@AZIZAH.

Posted: 24 Jun 2012 05:34 AM PDT

Petikan dari Sungai Rapat Online...

Apabila wakil dari Utusan Malaysia bertanya berkenaan wanita yang memiliki aset luar biasa yang dicarinya, muka Anwar terus bertukar pucat dan terus memarahi wartawan tersebut dengan pelbagai perkataan yang keji.

Ketika diajukan soalan mengenai perkara itu oleh wartawan Utusan Malaysia, Anwar seperti biasa berdolak-dalik dengan bertanya: "You (anda) dari mana? Utusan Malaysia? Utusan Malaysia hendak tanya saya? buang masa !Tiada standard".

"You tidak layak tanya soalan. Jangan jadi perkakas UMNO macam TV3. Dia orang tak apalah," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan penutup Konvensyen Keadilan Perak di Dewan Chin Woo di sini hari ini.

Pssttt.... Jika Anwar PM, maka akan tamatlah kebebasan akhbar di negara ini. Tiada mana-mana PM yang menutup terus ruang bertanya soalan kepada mana-mana media. Kebebasan akhbar bagi Anwar bermaksud akhbar itu mesti sedia bekerja mengikut telunjuk Anwar seperti yang pernah dilakukannya sebaik saja dia memegang Kementerian Kewangan. Akhbar yang tidak boleh ditunggang oleh Anwar bermaksud akhbar itu terkongkong dan ia dinamakan perkakas UMNO serta tidak bebas.

Ibarat perangai Firaun...sesiapa yang tidak mahu mengakui dia sebagai tuhan, maka hukumannya adalah bunuh!!


Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


PRESIDEN UNTUK SEMUA RAKYAT!

Posted: 24 Jun 2012 07:18 PM PDT

PARTI ISLAM DI MESIR MENANG

Posted: 24 Jun 2012 07:08 PM PDT

Ahad, 24 Jun 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 24 Jun 2012 03:27 PM PDT

Projek rumah YBU bantu golongan daif

Posted: 24 Jun 2012 04:32 AM PDT

Wadah ilham Menteri Besar Perak berperanan melaksanakan agenda pembasmian kemiskinan secara serius dan sistematik.

 

Oleh Zuhafizah Ahmad Zaki

IPOH: Keprihatinan kerajaan negeri Perak pimpinan Barisan Nasional (BN) terhadap keperluan asas dan keselesaan rakyat kian

terserlah melalui usaha murni projek Perumahan Infra Bina Upaya yang membantu membina dan membaik pulih rumah golongan kurang mampu.

Yayasan Bina Upaya (YBU) merupakan wadah yang diilhamkan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berperanan melaksanakan agenda pembasmian kemiskinan secara serius dan sistematik.

Antara bantuan yang giat dilaksanakan di seluruh pelosok negeri adalah projek perumahan itu yang telah memperbaiki kehidupan banyak penerima daripada pelbagai kaum, sekaligus membuktikan komitmen kerajaan BN yang mengotakan janji mengeluarkan masyarakat daripada kemiskinan.

Program bantuan perumahan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu pembinaan rumah baru – rumah sebilik, dua atau tiga bilik – dan baik pulih rumah pula diberikan dalam kes seperti kerosakan rumah akibat bencana alam.

Mohd Isa Mad, 47, menyifatkan bantuan baik pulih rumah yang diterimanya sebagai satu anugerah kepada keluarganya yang tidak mampu mencari wang lebih untuk membaiki rumah mereka yang terjejas akibat kebakaran baru-baru ini.

"Alhamdulillah syukur… saya buntu selepas satu-satunya rumah yang kami ada terjejas dalam kebakaran. Walaupun tidak teruk, tetapi keadaan tiang yang sudah rentung akan mengundang bahaya dan akan roboh pada bila-bila masa," katanya.

Beliau berkata dengan bantuan itu, isteri dan anak-anaknya dapat tidur lena tanpa risau sebarang kejadian tidak diingini berlaku pada rumah mereka di Parit 6, Layang-Layang Kiri di Parit dekat sini.

Penerima bantuan rumah baru, Habibah Sani, 43, berkata berita mengenai pembinaan rumah barunya di kampung yang sama ibarat 'bulan jatuh ke riba' dan melahirkan terima kasih kepada kerajaan negeri pimpinan BN.

"Saya tidak menyangka saya akan menerima bantuan rumah baru bagi menggantikan rumah saya yang telah lama terbengkalai dahulu akibat ketiadaan wang. Saya rasa macam bermimpi… saya tak sangka saya antara mereka yang bertuah untuk menerima sumbangan yang sangat besar ini," katanya dalam nada sebak dan gembira.

Tong Chan Choy, 56, yang menerima bantuan rumah baru tiga bilik di Pasir Pinji di sini turut menyifatkan bantuan itu membuka lembaran baru dalam kehidupannya bersama-sama lima anaknya yang masing-masing berusia 15 hingga 27 tahun.

Rasa bertuah 

"Saya tidak sangka kerajaan negeri berusaha mendapatkan tempat berlindung yang selesa kepada kami berbanding tempat tinggal sebelum ini yang sudah uzur dan daif," katanya, sambil mengucapkan terima kasih kepada Zambry dan YBU.

"Terima kasih Dr Zambry kerana betul-betul jaga rakyat…kami betul-betul rasa selesa dan bertuah tinggal di bawah kepimpinan negeri seperti ini yang betul-betul prihatin dengan nasib rakyat," katanya.

Penderitaan dua beranak yang hidup di rumah usang dan hampir roboh di Kampung Melayu, Sungai Rapat di sini juga akhirnya mendapat pembelaan kerajaan negeri dengan inisiatif YBU.

Mohd Ramli Abdul Hamid, 89, tinggal bersama anaknya serta seorang anak angkatnya yang merupakan mualaf juga bersyukur atas bantuan itu selepas YBU mendapati beliau layak diberikan bantuan rumah dua bilik di bawah projek Perumahan Infra bernilai RM30,000.

"Mujurlah mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 dan hanya itulah wang untuk menampung perbelanjaan harian," katanya pernah bertugas sebagai penterjemah di akhbar Utusan Melayu Singapura selain tugas-tugas menterjemah dokumen di jabatan-jabatan kerajaan negara itu.

Timbalan Pengerusi YBU Khairul Azwan Harun berkata penerima bantuan projek Perumahan Infra ini hanya tertumpu kepada golongan sasar YBU seperti ibu tunggal, miskin, miskin tegar, orang kelainan upaya dan Orang Asli.

Pada tahun ini, YBU telah diperuntukkan sebanyak RM4 juta dan masih memerlukan dana tambahan sebanyak RM2 juta bagi bantuan projek berkenaan.

"Setiap rumah baru yang dibina bernilai RM30,000 dan bagi bantuan membaik pulih rumah pula adalah sebanyak RM15,000 kepada setiap penerima yang layak," katanya.

Beliau berkata sepanjang YBU diperkenalkan dan beroperasi selama tiga tahun sejak 2010, hampir 500 buah rumah baru dan rumah dibaik pulih telah dilaksanakan di seluruh negeri Perak.

Projek Perumahan Infra Bina Upaya merupakan usaha kerajaan negeri pimpinan BN mewujudkan rumah mampu milik yang lebih selesa sebagai tempat tinggal tanpa mengira batasan agama dan kaum.

Apa yang penting kepada kerajaan negeri adalah agar rakyat mendapat sebuah harapan baru dan menikmati kehidupan asas yang berkualiti dan seterusnya dapat membasmi kemiskinan secara lebih bersungguh-sungguh dan sistematik selaras dengan gagasan 1Malaysia dan Perak Amanjaya.
- Bernama

Inilah hebatnya Tok Guru Nik Aziz

Posted: 24 Jun 2012 04:23 AM PDT


MALAYSIA CHRONICLE

KOTA BHARU- Tidak ada Menteri Besar di mana-mana negeri di negara ini yang melakukan tindakan yang dibuat oleh Menteri Besar Kelantan yang seorang ini.

Pagi tadi, Tuan Guru Datuk Nik Aziz dilihat berjalan seorang diri dan berhenti membeli air di tepi jalan berhampiran Medan Ilmu sebaik sahaja selesai memberikan Kuliah Jumaatnya.

Tindakan beliau ini kemudiannya dirakamkan oleh seorang jurugambar dan gambarnya dimasukkan ke dalam Facebook beliau oleh 'pentadbir' (admin) Facebook itu.

Sehingga kini, selepas setengah jam ia disiarkan, 10,395 orang sudah menyatakan 'like' kepada gambar ini dan 1,347 pengguna Facebook sudah berkongsi gambar ini di laman mereka.
Di samping itu, sudah 828 komen dibuat ke atas gambar ini.

Antara komen-komen itu adalah:

Siti Aisyah Abd Rahman: i really syg tgna...ya Allah,tlg jaga selalu tgna,mudahkn sume urusannya ya Allah.

Hati Rock: aku yg jahil ni still support tgna,tp org johor dh mula takbir springgggg kt tgna smua org kt kg aku ni kalo gi kelantan smua nk jumpa dgn dia.....aku x tahu bila.

Wan Mohd Apex: kalau tgna brlakon,xkn mng la pas d ngri klntn ni !!!ni da berpluh2 thun,klntn still mng dgn tok guru!!!

Amer Asif Abd Rahman: Haha,terbaik..tp syg ad stgh pihak sanggup hina ulama sbb politik.--Harakahdaily

MINGGU DEPAN Ringgit dijangka terus lemah

Posted: 24 Jun 2012 04:17 AM PDT


MALAYSIA CHRONICLE

KUALA LUMPUR,-- Ringgit dijangka meneruskan prestasi lemahnya minggu depan berikutan prospek berhati-hati akan krisis hutang di zon Eropah, kata para peniaga.

Seorang peniaga berkata pelabur sedang menunggu hasil daripada mesyuarat di kalangan negara Eropah yang mencari jalan untuk mencapai kesepakatan fiskal dan perbankan di zon Eropah.

"Kaji selidik keyakinan Jerman, yang dijangka mengecewakan selepas pengumuman data aktiviti pembuatan yang lemah awal minggu ini, juga mempengaruhi sentimen," katanya.

Bagi minggu yang baru berakhir ini, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah apabila Rizab Persekutuan AS (Fed) memutuskan pada Rabu untuk tidak memilih rangsangan monetari yang lebih agresif.

Keputusan Fed itu telah menyebabkan dolar AS meningkat berbanding euro dan mata wang dikaitkan dengan pertumbuhannya, termasuk ringgit.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, ringgit diniagakan rendah berbanding dolar AS pada 3.1900/1930 daripada 3.1645/1675 sebelumnya.

Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 2.4951/4002 daripada 2.4837/4865 pada minggu lepas tetapi berubah sedikit berbanding yen kepada 3.9662/9731 daripada 4.0087/0130 sebelumnya.

Unit tempatan juga lemah berbanding pound British kepada 4.9784/9856 daripada 4.9145/9207 pada minggu sebelumnya dan susut berbanding euro kepada 4.0006/0069 daripada 3.9980/9031 sebelumnya.
-- BERNAMA

Singapura nafi terlibat Bersih, diplomat hanya pemerhati

Posted: 24 Jun 2012 04:06 AM PDT

Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR — Kementerian Luar Singapura (MFA) menegaskan negara republik itu tidak terlibat dalam penyertaan perhimpunan Bersih 3.0 hujung April lalu sebaliknya menegaskan, tiga diplomat mereka berada di lokasi perhimpunan duduk bantah itu adalah sekadar menjadi pemerhati dan tidak menyokong mana-mana pihak.

Dipetik laman Berita Harian Singapura versi online, Cyberita, ketiga-tiga diplomat yang dikatakan oleh blogger Malaysia, "mymassa" menyertai perhimpunan duduk bantah dengan memakai baju-T kuning juga adalah tidak benar.

"Ini sebahagian daripada tugas profesional diplomatik biasa. Mereka secara khusus tidak mengenakan pakaian berwarna kuning bagi mengelak disalah anggap sebagai penyokong perhimpunan itu.

"Mereka pemerhati. Mereka juga menjauhi Dataran Merdeka, yang diisytihar pihak berkuasa Malaysia sebagai kawasan larangan," kata MFA dipetik laman tersebut.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan MFA itu lagi,  ada keperluan untuk meletakkan diplomatnya di Kuala Lumpur ketika perhimpunan tersebut belangsung kerana ramai rakyat negara republik berkenaan di Kuala Lumpur ingin mendapatkan nasihat.

"Malah, pegawai yang berada di kawasan itu dapat membantu Pesuruhjaya Tinggi dalam menyalurkan nasihat dan bantuan konsular dengan lebih berkesan,"  ujar MFA.

Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur juga telah menulis surat kepada akhbar Utusan Malaysia semalam menolak dakwaan tersebut.

Akhbar Utusan Malaysia dalam ruangan pendapatnya telah mengatakan,"Pendedahan ini, jika benar, cukup memeranjatkan!" dalam akhbar Umno itu yang bertarikh 20 Jun lalu dan mempersoalkan tindakan kerajaan Malaysia yang berdiam diri dalam perkara tersebut.

Pesuruhjaya Tinggi negara itu turut menyelar akhbar berkenaan dan menegaskan ianya adalah tuduhan "palsu'' dan mereka "mengambil pendirian tidak memihak kepada mana-mana pembangunan politik di Malaysia."

Blogger pro Umno "mymassa" telah menuduh tiga diplomat Singapura mengadakan ceramah supaya rakyat Singapura menyertai pilihan raya umum ke-13, berdasarkan pendedahan gambar pertemuan berkenaan yang didakwa diambil di Bandar Singa tersebut baru-baru ini.

Pesuruhjaya Tinggi republik itu dalam kenyataan balas berkata," Singapura tidak membenarkan rakyat asing untuk menyertai mana-mana aktiviti politik Singapura. Pihak berkuasa kami sedang meneliti perkara itu."

Bersih 3.0 Singapura semalam menafikan tuduhan itu sebagai "mengarut", dan menegaskan perbincangan itu adalah dianjurkan rakyat Malaysia, untuk rakyat Malaysia, yang menetap di luar negara berkenaan hak untuk mengundi pada pilihan raya.

Rancangan mengadakan protes di hadapan Kedutaan Singapura di Kuala Lumpur yang didakwa cuba mencampuri urusan dalaman Malaysia gagal mendapat sokongan apabila tiada seorang pun peserta demonstrasi yang hadir.

Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman, turut memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Encik Ong Keng Yong, yang menjelaskan pendirian Singapura dan menjelaskan tuduhan yang dibuat itu juga tidak berasas.

Akhbar berbahasa Melayu di republik itu turut menjelaskan, MFA menegaskan mereka tidak membenarkan warga asing terlibat dalam aktiviti politik di negara itu, malah, Singapura turut menolak permohonan Bersih 3.0 untuk mengadakan perhimpunan serentak di sini.

"Mengapa kami melakukan begini jika kami mahu campur tangan?'' ujar MFA. — Reuters

Ku Nan: IPF perlu terus sokong BN

Posted: 24 Jun 2012 04:04 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR— Anggota Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) perlu terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN), kerana hanya BN berada di landasan yang betul dalam melaksanakan perubahan demi membawa Malaysia sebagai negara maju pada 2020.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) berkata kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjanjikan perubahan dan sentiasa menepati janji tersebut.

"Mandat yang kuat perlu terus diberikan kepada Perdana Menteri kerana beliau bakal membawa banyak perubahan kepada rakyat dan negara," katanya pada majlis pelancaran Jentera Pilihan Raya IPF Peringkat Pusat, di sini hari ini.

Turut hadir Presiden IPF Datuk M. Sambanthan dan Setiausaha Kerja BN Datuk Abu Khamis.
IPF merupakan anggota bersekutu BN.

Mengulas lanjut, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno berkata untuk memberi mandat yang kuat kepada BN, anggota IPF sendiri perlu bersatu padu.

"Hentikanlah persengketaan yang wujud dalam parti. IPF ditubuhkan oleh mendiang Tan Sri M.G. Pandithan sebagai satu wadah memperjuangkan kepentingan kaum India.

"Kepada mereka yang masih bersengketa, kembali bersatu, selesaikan masalah atas nama kepentingan kaum India... jika parti (IPF) kuat apa saja mampu dilakukan demi membantu kepentingan kaum India," katanya sambil menasihatkan agar anggota IPF terus memberi sokongan kepada presiden parti sekarang.

Sementara itu, Sambanthan berkata program hari ini adalah kali keempat dianjurkan oleh IPF sepanjang tahun ini.

"IPF mempunyai 112,000 anggota di lapan buah negeri seluruh negara. Jentera pilihan raya IPF akan digerakkan di semua 80 bahagian cawangan parti, dan secara dasarnya IPF sudah bersedia membantu BN untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti," katanya. — Bernama

Omar Osman: Suara Cuepacs atau suara UMNO?

Posted: 24 Jun 2012 12:07 AM PDT

GEORGE TOWN: Pejabat  Ketua Menteri Pulau Pinang kecewa dengan kenyataan Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman, kononnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat bersikap dingin dengan tidak mahu berjumpa dengan beliau untuk membincangkan perkara yang berkaitan dengan kakitangan awam.

Menurut Pembantu Khas kepada Ketua Menteri, Nor Diana Mohd Zabidi, pejabat rasmi Lim Guan Eng telah membuat siasatan dan mendapati bahawa Omar tidak pernah menulis surat untuk berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Malah, katanya, tidak ada mana-mana pegawai daripada Pejabat Ketua Menteri yang menerima permohonan Omar untuk berjumpa dengan Ketua Menteri.

"Kenyataan sedemikian yang tidak berasas memang diduga kalau Datuk Omar Osman memakai topi sebagai Presiden KUPEKMAKS (Kelab UMNO Pesara (Kumpulan Pelaksana) Kerajaan Malaysia) tetapi tidak boleh diterima kalau Datuk Omar Osman berucap sebagai Presiden Cuepacs," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Ketua Menteri Pulau Pinang Eng adalah rakan seperjuangan kepada kesatuan sekerja dan telah pun berjumpa dengan persatuan-persatuan pekerja seperti MTUC dan NUBE.

Malah, tambah beliau, kerajaan negeri pimpinan Guan Eng telah melantik bekas Presiden MTUC, Syed Syahir Syed Mohamud,  sebagai Senator baru-baru ini.

"Oleh itu tidak ada masalah untuk Cuepacs atau Datuk Omar Osman untuk berjumpa dengan Ketua Menteri. Dakwaan Datuk Omar bahawa pegawai daripada pejabat Ketua Menteri enggan mengaturkan perjumpaan atas dakwaan Ketua Menteri sibuk adalah tidak berasas.

"Adalah diharapkan Datuk Omar Osman boleh mendedahkan nama pegawai daripada pejabat Ketua Menteri yang kononnya enggan mengaturkan perjumpaan tersebut," ujarnya. – Roketkini.com

Gambar 2 MB PAS gunting rambut terhangat

Posted: 24 Jun 2012 12:03 AM PDT

 
KUALA LUMPUR: Gambar 2 Menteri Besar PAS menggunting rambut di kedai biasa yang dipaparkan blog http://addin77.blogspot.com merupakan artikel paling popular di Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-25.

Di tangga kedua, ialah berita pengumuman perletakan jawatan Ketua Strategik PKR Rafizi Ramli sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Sambutan hangat ceramah Pakatan Rakyat di Johor oleh blog http://omakkau.blogspot.com/ pula menduduki tangga ketiga.

Di tangga keempat, ialah berita mengenai Selebriti terkenal Abby Abadi yang menyatakan beliau kini sedar tuduhan bahawa orang-orang PAS dibayar untuk ke Perhimpunan Hijau di Alor Setar, Kedah baru-baru ini oleh orang-orang tertentu rupa-rupanya tidak benar..

Di tangga kelima pula ialah berita mengenai Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilihat berjalan seorang diri dan berhenti membeli air di tepi jalan berhampiran Medan Ilmu sebaik sahaja selesai memberikan Kuliah Jumaatnya minggu lalu.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 17 Jun hingga 23 Jun, 2012.

Jika loji Lynas selamat, sila simpan sisa toksik di belakang rumah Perdana Menteri

Posted: 23 Jun 2012 11:59 PM PDT

Roketkini.com
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hanya dapat meyakinkan rakyat Malaysia bahawa "fakta saintifik" yang membuktikan loji pemprosesan nadir bumi Lynas Corp di Gebeng, Pahang adalah selamat sekiranya sisa disimpan di belakang kediaman Perdana Menteri.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, rakyat sudah pun membuat keputusan mengenai keselamatan loji pemprosesan nadir bumi itu apabila mereka sedar kerajaan Australia enggan mengambil kembali sisa nadir bumi.

Tambah beliau, rakyat juga tahu tentang "selamatnya" loji Lynas itu yang tidak ditempatkan di Putrajaya tetapi dibina di kalangan rakyat biasa di Gebeng.

"Lihat betapa kurang sensitifnya Perdana Menteri apabila beliau mengungkapkan kebimbangan mengenai kesihatan dan keselamatan awam sebagai 'kebimbangan rekaan' apabila beliau, isteri serta anak-anaknya tidak perlu menghadapi risiko sekiranya apa-apa berlaku.

"Jika Menteri Pengajian Tinggi Mohamed Khaled Nordin tidak berani menunaikan janji untuk tinggal di sebelah loji Lynas, bagaimanakah Najib boleh menyatakan bahawa tidak ada fakta-fakta saintifik yang dapat menimbulkan keraguan mengenai keselamatan awam atau persekitaran?" soal beliau dalam satu kenyataan.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, Najib ingin membenarkan Lynas Advanced Material Plant (LAMP) untuk beroperasi kerana Barisan Nasional lebih mementingkan keuntungan daripada kesihatan rakyat.

"Kegagalan untuk mendengar kebimbangan rakyat ini menonjolkan perbezaan antara BN dan Pakatan Rakyat dalam pendirian persekitaran di mana PR ingin menutup LAMP,' ujarnya.

Menurutnya, Najib belum menjelaskan kenapa Lynas perlu berkunjung beribu-ribu batu untuk mengangkut bijih nadir bumi yang dilombong di Australia Barat ke Kuantan, sedangkan kos untuk membinanya di Australia adalah lagi murah.

Tambah beliau, Najib harus belajar daripada kerajaan Australia yang mementingkan kebajikan, kesihatan dan persekitaran rakyat daripada merebut keuntungan dengan menggadaikan nyawa rakyat sendiri. – Roketkini.com

Komunis: Mohamad maafkan Visvanathan, bukan Utusan

Posted: 23 Jun 2012 11:48 PM PDT

 
NIBONG TEBAL: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sedia memaafkan saksi pertama kes isu komunis Bukit Kepong, Visvanathan a/l Muthu, 75, yang terlibat dengan perbicaraan isu berkenaan di Mahkamah Seksyen Butterworth pada 11 Jun lalu.

Mohamad sebaliknya terus bertekad menyaman akhbar Utusan Malaysia kerana mengeluarkan berita dengan niat jahat.

Jelasnya, Visva Nathan telahpun mengaku dan memohon maaf kepadanya di hadapan Hakim Ikmal Hisyam Ahmad Tajudin ketika diasak peguam Mohamed Hanipa Maidin pada perbicaraan berkenaan.

Ujar beliau, kemaafan dibuat berdasarkan kepada keinsafan Visva Nathan yang beberapa kali memandangnya dengan tangan dirapatkan seolah-olah sedar bahawa beliau bersalah kerana melemparkan fitnah dengan membuat satu  laporan polis pada 27 Ogos lalu berpandukan laporan Utusan Malaysia.

"Tak apalah saya maafkan Visva Nathan kerana beliau jadi boneka dan hanya berpandukan kepada Utusan  Malaysia yang melaporkan kononnya saya menghina pasukan polis dan Yang di-Pertuan Agong kerana menyanjung  Mat Indera yang disifatkan oleh penjajah sebagai pengkhianat.  Saya hanya maafkan dia bukan Utusan Malaysia," katanya ketika ditanya sejurus berucap di Perhimpunan Hijau Peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai  Acheh, Nibung Tebal petang semalam.

Bukan sahaja Visva Nathan memohon maaf bahkan turut mencadangkan kepada pihak polis  agar tidak mengambil tindakan kepada Mohamad.

Mungkin kata Mohamad, setelah peguam Hanipa Maidin memberikannya keratan akhbar Utusan Malaysia dan teks ucapan  pada majlis di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora yang jelas tidak langsung menyebut perkataan 'komunis'.

"Lepas ni kayalah saya dapat duit saman Utusan Malaysia. Rugilah kalau tuan- tuan dan puan-puan tidak berkawan  dengan saya," katanya secara berjenaka.

Turun berucap di majlis bertemakan 'Perhimpunan Hijau Tawan Dun Sungai Acheh' ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Fauzi Yusuf dan Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, Abdul Rahman Ramjan.

Projek untuk kroni, ahli biasa Umno gigit jari

Posted: 23 Jun 2012 11:28 PM PDT

Oleh Idris Ahmad

Kesian kepada penyokong tegar Umno di kampung yang sanggup buat apa sahaja sehingga menganggu ceramah Pas dan Pakatan Rakyat.

Mereka sanggup buat apa sahaja asalkan mendapat sedikit imbuhan yang tidak seberapa. Sedangkan anak pembesar Umno mendapat projek berjuta-juta tanpa bersusah payah untuk mempertahankan parti Umno. 

Anak dan kroni pembesar Umno mendapat projek bukan kerana merit dan kepandaian mereka di dalam perniagaan, tetapi oleh kerana mereka dibinkan dengan bapanya sahaja.

Buktinya projek NFC diberi kepada keluarga Datuk Seri  Sharizat Abdul Jalil sebanyak RM250 juta.

Anaknya yang berumur 25 tahun sudah meraihkan gaji bulanan RM35,000, anak berusia 27 tahun mendapat  RM35,000, anak berusia 31 tahun mendapat  RM45,000 dan suamianya Dato' Seri Dr Mohamad Salleh gaji RM100,000 sebulan.

Persolannya apa yang wanita Umno di kampung dapat?. Kebanyakan mereka hidup kais pagi makan pagi, sedangkan anak pimpinan mereka senang lenang.

Begitu juga Raja Farhana Nong Chik mendapat projek daripada Kementerian Belia Dan Sukan sebanyak RM30.4 juta untuk membina Institut Kemahiran Belia Negara di Bandar Penawar Johor.

Usia yang muda sudah menjadi jutawan. Adakah kalau beliau bukan anak Raja Nong Chik dia akan dapat?

Terbaru di dedahkan Sistem kawalan trafik udara telah dipasang oleh Advanced Air Traffic System (AAT) Sdn Bhd yang bernilai RM128.4 juta, di mana Ikhwan Hafiz Jamaludin adalah pemegang saham dan pengarah.

Ikhwan adalah anak Ahli Parlimen Rompin dan bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi,  yang dilihat rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Kini menjadi duta khas ke Amerika Syarikat bertaraf menteri.

Untungnya menjadi anak pemimpin Umno, sedangkan penyokong Umno di peringkat bawahan hidup merempat. Macam mana Umno BN hendak membela rakyat jika sesama sendiri masih tidak terbela, benarlah bagai dikata  projek untuk kroni, ahli Umno gigi jari.

Umno-BN Johor takut silent protest

Posted: 23 Jun 2012 11:22 PM PDT

DETIK DAILY

WALAUPUN bekas Bendahari Umno, Tun Daim Zainuddin meramalkan Umno-BN akan dapat me
ngekalkan kemenangan di Johor, Melaka dan Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) 13, tetapi PAS Johor yakin Pakatan Rakyat menang besar di negeri tersebut.

Timbalan Pesuruhjaya (II) PAS Johor, Dzulkefly Ahmad menegaskan pandangan peribadi Daim itu mungkin boleh berubah kerana rakyat Johor kini sudah semakin bijak dan berfikiran terbuka dalam menentukan hala tuju kepimpinan negeri mereka.

Katanya, pasca Perhimpunan Bersih 3.0 sudah menampakkan gelombang kebangkitan rakyat di negeri itu serta sambutan luar biasa yang diadakan dalam setiap program anjuran PAS dan Pakatan Rakyat.

"Kita punya potensi lebih besar sekiranya berlaku peningkatan sokongan dikalangan kaum Tionghua.
Pada 2008, dengan 50 peratus sokongan kaum tionghua PAS memenangi dua Dun.

"Jika berlaku 20 peratus peningkatan sokongan daripada kaum ini, kita yakin akan mencapai kemenangan yang lebih besar," katanya.

Selain itu katanya, perubahan ketara akan berlaku peningkatan sokongan terhadap Pakatan Rakyat adalah di kalangan 'silent protest' di kalangan penyokong BN yang tidak berpuas hati dengan kelemahan pengurusan negeri yang dilihat merugikan rakyat.

Undi daripada 'silent protest' ini katanya sangat ditakuti BN kerana ia akan menjadikan julat sokongan lebih besar kepada Pakatan Rakyat.

Malah katanya, golongan Melayu pertengahan di Johor yang sebelum ini dikatakan setia dengan Umno-BN kini lebih bersikap terbuka apabila mereka telah mendapat akses maklumat yang sebenar melalui media baru.

Bagaimanapun katanya golongan ini tidak berani memprotes secara terangan disebabkan terikat sebagai kaki tangan kerajaan.

Manifesto: Pakatan tolak kaedah rakaman

Posted: 23 Jun 2012 05:15 PM PDT

WAN NASRAH ABDUL RAHIM

 

 

KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) menolak kaedah rakaman dalam menyiarkan manifesto parti-parti politik ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sebagaimana diumumkan oleh  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), semalam.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tidak menepati tuntutan Bersih 3.0.

Menurutnya, sekiranya perkara tersebut dilakukan, manifesto yang diusulkan secara rakaman akan diputar belit dan dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Pakatan Rakyat tidak boleh terima keadaan tersebut kerana ia melibatkan sumber rakaman yang akan ditokok tambah dan sumbernya tidak tepat kerana boleh dimanipulasi sesiapa sahaja," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.

Abdul Aziz berkata, parti politik yang ingin membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) hanya dibenarkan berbuat demikian secara rakaman dan bukannya secara langsung.

Katanya, ketetapan itu dibuat bagi mengelakkan penyiaran bahan yang mungkin menyentuh peribadi seseorang, mengancam keselamatan dan ketenteraman awam atau menyentuh sensitiviti kaum serta agama.

"Kalau buat secara langsung, RTM mungkin tak boleh kawal apa dia nak cakap nanti," katanya.

Abdul Aziz berkata, penyiaran sesuatu bahan tertakluk kepada penyuntingan dan merupakan peraturan biasa yang bukan sahaja terpakai kepada parti politik tetapi juga orang ramai.

Suri rumah terima bungkusan bom meninggal dunia

Posted: 23 Jun 2012 05:13 PM PDT

SINAR HARIAN SUNGAI PETANI - Suri rumah, Tan Chin Fang, 48, mangsa bom buatan sendiri yang meletup sebaik memegang bungkusan 'hadiah' itu di depan rumahnya di sini semalam, meninggal dunia pagi ini.
  
Wanita itu disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini pada 9.15 pagi kerana komplikasi akibat kecederaan parah di tangan dan perut.
  
Suaminya, Ng Cheng Siang, 49, berkata Tan dimasukkan ke Hospital Pakar Metro sebelum dipindahkan ke HSAH untuk menjalani pembedahan lebih lima jam.
  
Beliau berkata sebelum pembedahan, isterinya masih boleh bercakap serta meraung kesakitan tetapi selepas itu, keadaan Tan semakin lemah sehingga tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia.
  
Pemilik kilang mee itu berkata beliau berada di tingkat atas rumah mereka di Taman Angsana Sari ketika bungkusan bom yang dipegang isterinya meletup.

"Saya bergegas turun ke bawah selepas mendengar letupan dan mendapati isteri dan anak seorang saudara meraung kesakitan," katanya ketika ditemui di rumah mayat HSAH hari ini.
  
Sementara itu, Chua Shang Hang, 11, yang terkena serpihan bom, selamat dan dalam keadaan stabil setelah menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Zakaria Ahmad pula berkata polis menahan seorang lelaki berusia 32 tahun di bandar ini malam tadi bagi membantu siasatan.
  
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh. - Bernama

Pelajar kelas pertama tak perlu bayar balik pinjaman PTPTN

Posted: 23 Jun 2012 05:12 PM PDT

SINAR HARIAN

 

 

JOHOR BAHRU - Seramai 4,430 pelajar Ijazah Sarjana Muda kelas pertama yang menamatkan pengajian sebelum tahun 2010 tidak perlu membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini berikutan keputusan kerajaan yang bersetuju memperluaskan dasar pinjaman boleh ubah kepada pelajar berkenaan.

Beliau memberitahu demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Skim Simpanan Pendidikan Nasional-i (SSPN-i) dan penyerahan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) PTPTN kepada 255 pelajar Parlimen Pasir Gudang di sini, hari ini.

Mohamed Khaled berkata, pinjaman yang ditukarkan kepada biasiswa untuk pelajar cemerlang itu diputuskan pada 15 Jun lepas selaras dengan tindakan kerajaan melaksanakan semula dasar pinjaman boleh ubah bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama atau setaraf yang tamat pengajian mulai 1 Januari 2010.

"(Seramai) 4,430 pelajar itu merupakan mereka yang diluluskan pinjaman pendidikan PTPTN selepas 1 Julai 2005 dan menamatkan pengajian sebelum 1 Januari 2010 melibatkan pembiayaan RM116.2 juta," katanya.

Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang berkata peluasan dasar pinjaman boleh ubah itu dibuat selepas kerajaan berpendapat bahawa pelajar cemerlang wajar diberi pengiktirafan selain menggalakkan pelajar terus berusaha mendapatkan keputusan cemerlang.

Beliau berkata, kesemua pelajar berkenaan dikehendaki mengemukakan surat permohonan rasmi kepada PTPTN dengan menyertakan dokumen-dokumen termasuk salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama yang telah disahkan.

Mereka hendaklah memberikan salinan transkrip keputusan peperiksaan, akuan pelajar dan salinan sijil perakuan akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi pelajar graduan institusi pengajian tinggi swasta.

Katanya, pelajar boleh merujuk prosedur melalui laman web PTPTN di www.ptptn.gov.my dan pihak PTPTN akan membayar balik pinjaman sama ada secara penuh atau sebahagian.

Sementara itu, mengenai SSPN-i, Mohamed Khaled berkata produk tersebut selaras dengan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang disahkan sebagai produk mematuhi prinsip syariah.

Beliau berkata, dengan pengesahan tersebut, kesemua pendeposit terdahulu, sekarang dan yang baru serta mempunyai akaun SSPN yang mematuhi Syariah perlu membuka akaun SSPN-i melalui Maybank atau Bank Islam Malaysia Berhad.

Katanya, pembukaan akaun SSPN-i melalui bank lain hanya dibenarkan untuk mereka yang berhasrat memohon pembiayaan pendidikan PTPTN selepas tahun ini. - Bernama

Wanita Malaysia hamil 12 minggu telan 34 pelet heroin

Posted: 23 Jun 2012 05:10 PM PDT

SINAR HARIAN MELBOURNE - Seorang wanita warga Malaysia, yang sedang hamil dan dijadikan keldai dadah, menelan 34 pelet heroin di Kuala Lumpur sebelum ditahan di lapangan terbang Melbourne, memberitahu hakim mahkamah di sini pada Jumaat bahawa dia bertindak demikian untuk "memberi makan anak saya".
  
Mahkamah di sini mendengar bahawa Norazlinda Ramli, 35, dari Puchong, "teramat bimbangkan kesihatan bayinya" namun pada masa sama "terdesak" untuk mendapatkan wang yang ditawarkan untuk membawa masuk dadah itu, menurut laporan akhbar The Age.
  
Hakim Gabriele Cannon menyuarakan kebimbangan terhadap bayi dalam kandungan Norazlinda, yang kehamilannya disahkan selepas satu pemeriksaan di hospital susulan penahanannya pada 10 Februari lepas.
  
Pelet yang mengandungi sejumlah 83.1 gram heroin tulen dengan anggaran nilai pasaran A$92,200, berjaya dikeluarkan dari tubuh Norazlinda, yang ketika itu hamil 12 minggu.
  
Mahkamah turut diberitahu bahawa wanita terbabit sebelum itu melakukan 'latihan' ke Melbourne dari Kuala Lumpur sebelum dia bersetuju membawa masuk apa yang didakwanya sebagai bahan larangan yang tidak diketahui dengan mendapat bayaran kira-kira A$2,380.
  
Grant Schubert, yang menjalankan pendakwaan, berkata Norazlinda memberitahu polis dia hanya boleh menelan 34 daripada 80 pelet yang perlu dibawa masuk ke negara ini.
  
Peguam bela Moya O'Brien berkata, Norazlinda, ibu empat anak dan sedang hamil 38 minggu, "terdorong melakukan perbuatan itu semata-mata demi kebaikan anaknya."
  
"Tetapi tidak bagus untuk kebaikan anak orang lain," kata Hakim Cannon, dan menambah heroin adalah sengsara dan membawa kesengsaraan kepada masyarakat.
  
Hakim itu berkata "amat menyedihkan" apabila anak Norazlinda berada di Malaysia tanpa ibu mereka, namun begitu dia sanggup menelan sesuatu yang boleh membahayakan bayi yang sedang dikandungnya.
  
O'Brien bersetuju anak guamnya bertindak begitu kerana mahukan wang tetapi menegaskan bahawa dia terdesak untuk mendapatkan ganjaran kewangan seperti yang dijanjikan.
  
"Ini bukanlah untuk membiayai gaya hidup bermewah-mewah atau melunaskan hutang akibat berjudi tetapi satu pulangan sederhana 'bagi tindakan yang berisiko seperti ini", akhbar itu memetik peguambela sebagai berkata.
  
Ketika ditanya semasa memberi keterangan mengenai sebab dia melakukan kesalahan itu, Norazlinda berkata hidup adalah "perjuangan" dan dia mahu "beri makan anak saya".
  
Hukuman terhadap Norazlinda, yang mengaku salah membawa masuk heroin itu, akan dijatuhi minggu depan. - Bernama

Tahanan ISA mulakan mogok lapar kedua

Posted: 23 Jun 2012 05:06 PM PDT

 

S Pathmawathy

 

Penat menunggu pembebasan mereka, dua daripada 45 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) memulakan pusingan kedua mogok lapar mereka pada Khamis lepas.

Jurucakap kumpulan peguam Lawyers for Liberty Fadiah Nadwa Fikri berkata, dua rakyat Malaysia itu tidak mahu lagi menunggu sehingga Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) memastikan pembebasan mereka.

"Mereka berdua tidakNONE mahu menunggu lagi sehingga akhir bulan ini," katanya kepada Malaysiakini merujuk kepada Fadzullah Abdul Razak dan lelaki dikenali sebagai "Razali".

Fadiah berkata, tahanan lain juga bersetuju sebulat suara untuk menyertai mogok lapar itu selepas 30 Jun - tarikh akhir ditetapkan supaya Suhakam kembali dengan keputusan positif.

Pesuruhjaya Suhakam James Nagayam awal bulan ini berkata, mereka memerlukan sekurang-kurangnya sebulan untuk meyakinkan Kementerian Dalam Negeri bagi membebaskan atau mendakwa tahanan itu.

Seramai 20 rakyat Malaysia dan 25 warga asing masih ditahan di Kamunting atas dakwaan terlibat dalam gerakan Darul Islam dan penyeludupan manusia.

Sebahagiannya dijangka terus ditahan sehingga 2014, walaupun akta itu sudah dimansuhkan di Dewan Rakyat pada April lalu dan digantikan dengan undang-undang baru.

Bagaimanapun, undang-undang baru tidak menjamin pembebasan tahanan sedia ada.

Seksyen 30 dalam akta baru itu menyebut sebarang arahan dikeluarkan bawah ISA tidak terjejas dengan pemansuhannya, kecuali ditarik balik oleh menteri dalam negeri.

Bulan lalu, seramai 12 daripada 45 tahanan sudah mengadakan mogok lapar menuntut pembebasan mereka. Mogok itu berakhir selepas lawatan oleh pesuruhjaya Suhakam.

Lelaki sokong Faekah dipecat NGO sendiri

Posted: 23 Jun 2012 05:05 PM PDT

 

Ahmad Fadli KC

 

Aktivis yang tiba-tiba muncul di tengah kehangatan isu penolakan terhadap pegawai kanan menteri besar Selangor Faekah Husin, secara kebetulan dipecat NGO yang dianggotainya sehari kemudian.

Mohd Naquib Carmeil berkata, beliau diminta meletak jawatan atau akan dipecat sebagai setiausaha agung Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat Selangor (Pro-Rakyat), NGO yang dekat dengan Pakatan Rakyat.

NONE"Saya diarah meletak jawatan atau dipecat sebagai Setiausaha Pro-Rakyat berkuat kuasa hari ini (semalam).

"Pemecatan dibuat presiden atas alasan 'tidak mematuhi arahan'," kata Naquib tanpa mengulas lanjut 'arahan' yang dimaksudkan.

Naquib semalam memberitahu Malaysiakini, perkara itu dimaklumkan padanya oleh presiden Pro-Rakyat Khairul Anuar Othman.

Jumaat lalu, Naquib sebagai individu tidak dikenali menimbulkan tanda tanya apabila memanggil sidang media di Shah Alam bagi menyatakan sokongan kepada Faekah yang diasak kempen #pecatfaekah dan  #kamisayangpkr di Internet.

Motif sebenar mereka tidak diketahui tetapi Malaysiakini difahamkan mereka mempunyai hubungan dekat dengan exco negeri Yaakob Sapari yang dilihat sebagai 'orang' Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang dikaitkan sama.

Sementara itu, Malaysiakini difahamkan, gesaan supaya Naquib meletakkan jawatan tiada kena mengena dengan sidang medianya bersama dua lagi peminpin NGO itu kelmarin.

Pro-Rakyat mula terlibat dalam kegiatan politik tanah air apabila menganjurkan himpunan pra-BERSIH pada 21 April lalu di Stadium Shah Alam.

Ia didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sekitar Disember tahun lepas dengan objektif untuk menjaga kebajikan rakyat Selangor.

300 aktivis anti-Lynas sudah duduki Balok-Gebeng

Posted: 23 Jun 2012 04:58 PM PDT

 

Leven Woon

 

Kira-kira 300 orang sudah berkumpul di Kuantan hari ini untuk menyertai kempen 24 jam membantah pembinaan kilang nadir bumi Lynas "Occupy (penuhi) Balok-Gebeng" dengan mempamerkan papan tanda besar di pantai Balok.

Di petang yang tenang dan berangin itu, kira-kira 50 peserta berbaju hijau muda mempamerkan kain rentang dengan slogan anti-Lynas di pantai berdekatan kawasan industri Gebeng di mana kilang itu akan memulakan operasinya.

occupy balok gebeng anti lynas 230612 1Diketuai pengerusi kumpulan Himpunan Hijau Wong Tack, mereka melaungkan slogan menggesa Lynas keluar daripada tempat itu.

Turut dipamerkan pelbagai kain rentang hitam yang turut mengkritik kerajaan BN yang mempertahankan projek itu.

Melancarkan acara itu, aktivis Hishamuddin Rais menyifatkan kehadiran mereka sebagai lambang kesatuan jitu rakyat Malaysia bersama dengan tegas di belakang perjuangan anti-Lynas.

Himpunan Hijau merancang menarik penyertaan ribuan orang untuk berjalan sejauh 11km, bermula dari pantai Balok pada jam 9 pagi pada Ahad, sehinggalah tiba di loji nadir bumi Lynas di Gebeng.

Kemuncak acara pada hari pertama ialah sesi pembakaran replika Loji Advanced Material Plant Lynas (Lamp) oleh para peserta.

'Pemimpin MCA' mahu sisa Lynas keluar M'sia

Posted: 23 Jun 2012 04:56 PM PDT

 

Leven Woon

Ketua Pemuda MCA Indera Mahkota yang digantung keahlian David Choi mendesak pemimpin kanan parti pemerintah dalam kementerian supaya menjamin sisa radioaktif Lynas dikeluarkan daripada Malaysia

mca indera mahkota youth chief david choiChoi hari ini mengetuai sekumpulan Pemuda MCA menyertai acara 24 jam anti-Lynas "Occupy (Penuhi) Balok-Gebeng" di pantai Balok, Kuantan.

Menngetepikan pendirian partinya yang mahu menjarakkan diri dengan acara anti-Lynas, Choi turut menyelar Menteri Kesihatan Minister Liow Tiong Lai yang juga pengerusi DAP negeri.

"(Liow) terus berkata bahawa sisa Lynas tidak harus dibenarkan kekal di Malaysia, tetapi bolehkan dia jamin ini tidak akan berlaku? Adakah dia akan letak jawatakan kalau Lynas melakukannya?" katanya kepada pemberita.

Lembaga disiplin MCA pada 16 Mei lalu menggantung keahlian Choi selama tiga tahun kerana didakwa merosakkan reputasi Ketua MCA Bahagian Indera Mahkota Pang Tsu Ming kerana pendirian anti-Lynas beliau.

Walaupun mendapat bantahan daripada dalam parti, Choi menyertai perhimpunan jalanan anti-Lynas tahun lepas di Kuantan, seperti juga perhimpunan Himpunan 3.0 Hijau April lalu di Kuala Lumpur.

Ibrahim Ali, Kelab Isteri Taat 'menang' anugerah seksis

Posted: 23 Jun 2012 04:54 PM PDT

Ahmad Fadli KC

 

Pernahkah anda membayangkan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dan Kelab Isteri Taat (OWC) akan merangkul anugerah dalam majlis yang sama?

PERKASA adalah sebuah kumpulan pendesak Melayu sementara OWC pula mempromosikan seks 'suci' yang didakwa berasaskan Islam.

Namun petang tadi, kedua-duanya 'diraikan' pada majlis "Aiyoh...Wat Lah?! Awards 2012" kerana kenyataan-kenyataan mereka dalam media pada tahun lepas berkenaan hubungan sulit di kalangan pasangan berkahwin.

Ibrahim 'menang' anugerah "Menghina Kebijaksanaan" kerana kenyataannya yang didakwa menyebut "hubungan sulit dalam perkahwinan berlaku kerana isteri yang mengabaikan tanggungjawab kepada suami." (7 April 2011).

OWC pula 'menang' anugerah "Paling Kurang Membantu Persaudaraan Wanita" kerana pernah dilapor menyebut "wanita yang tidak memuaskan suami mereka adalah punca seks luar nikah" (28 November 2011).

Comedian Jo Kukathas, playing as Miss Ribenaberry pkr fund raising dinnerNamun, kedua-duanya tidak 'hadir' kerana mereka juga tidak dijemput penganjur majlis iaitu Joint Action Group for Gender Equality (JAG), sebuah gabungan lapan pertubuhan pro-feminisme.

Majlis yang berlangsung selama hampir satu jam itu diacarakan 'Ms Ribenaberry', satu watak satira seorang penggoda yang diperan aktivis teater Jo Kukathas.

'Ms Ribena Berry' sendiri menyampaikan semua tujuh anugerah pada majlis petang tadi.

Namun, mereka yang hadir tidak kering gusi ketawa dengan jenaka yang diselang-selikan 'Ms Ribena Berry' sewaktu mengendalikan majlis, termasuk jenaka rumahtangga yang 'mengusik' Ibrahim.

Majlis yang rata-ratanya kelihatan seperti bertemakan warna ungu - warna tidak rasmi golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) - turut memberikan 'penghormatan' kepada kerajaan negeri Terengganu.

Kerajaan Terengganu mendapat anugerah 'Dasar Gagal' kerana pernah memperkenalkan satu kem khusus untuk remaja lelaki lembut.

Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang, Teng Hock Nam pula mendapat anugerah 'Terlajak Perahu Boleh Diundur' (Foot in mouth) kerana pernah mengeluarkan kenyataan "bangunan lama yang terbengkalai ibarat perempuan tua" (22 Februari 2011).

Penganjur dalam kenyataan mereka berkata majlis anugerah itu pertama kali diadakan dan ia bertujuan "membentuk kesedaran orang ramai tentang sifat seksis, homofobia, dan juga transfobia".

Mereka turut mempertimbangkan untuk mengadakan majlis yang sama lagi tahun hadapan.

Ketika ditanya wartawan sama ada penganjur bercadang untuk menjemput mereka yang tercalon pada tahun-tahun akan datang, Pengarah Eksekutif All Women's Action Society (AWAM), Ivy Josiah berkata perkara itu bergantung kepada sejauh mana mereka yang tercalon mampu menerima jenaka satira yang cuba dibawa penganjur.

"Kita perlu membina deria lucu (mereka yang tercalon) dahulu," katanya tersenyum penuh makna.

Dedahkan kegagalan Pas tunai janji kepada rakyat

Posted: 23 Jun 2012 04:51 PM PDT

SINAR HARIAN

 

 

KOTA BHARU - Pergerakan Pemuda Umno Kelantan disaran mendedahkan kegagalan kerajaan Pas menunaikan janji kepada rakyat sejak ia mengambil alih pentadbiran negeri ini pada 1990.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata banyak janji Pas yang belum ditunaikan termasuk janji memberi bantuan bulanan RM100 kepada warga emas, menyelesaikan isu air bersih, mewujudkan bandar Kawasan Dagangan Bebas Asia (AFTA) di Rantau Panjang serta jambatan kedua Sungai Kelantan di Palekbang, Tumpat.

"Kita mahu Pemuda bangkit dengan berani menyatakan perkara yang benar berhubung janji-janji Pas sejak mentadbir negeri ini pada 1990 yang gagal ditunaikannya kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas menutup "Forum 22 Tahun Kerajaan Pas Kelantan: Satu Penilaian" anjuran Orang Muda Berpadu Anti Korapsi Kelantan (OMBAK)" di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Majlis Bekas Wakil Rakyat Kelantan (Mubarak), Datuk Mohd Rozali Isohak dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kelantan, Anuar Sapian.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata pemimpin UMNO di setiap peringkat juga perlu mengemilangkan usaha meningkatkan program penerangan menjelang pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan itu, beliau memuji usaha OMBAK menganjurkan forum itu yang mampu memberi kesedaran kepada rakyat mengenai janji-janji manis Pas. - Bernama

Pas gesa PM tidak panggil PRU musim haji

Posted: 23 Jun 2012 04:48 PM PDT

Wan Nasrah Abdul Rahim

Menjelang PRU 13 

 

 

KUALA LUMPUR - Pas hari ini menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menetapkan tarikh pilihan raya lebih awal dan pada masa yang sama, meminta  Barisan Nasional (BN) tidak mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada musim haji.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, sebagai seorang Islam, Najib tidak boleh menafikan hak mengundi kira-kira 30,000 jemaah haji yang bakal menunaikan haji kali ini dan pada masa yang sama menghalang mereka daripada menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

"Saya meminta Najib tidak berteka teki untuk mengumumkan tarikh pilihan raya dan saya bersetuju dengan kenyataan Nazri semalam berkaitan penetapan tarikh PRU mestilah setiap lima tahun sekali.

"Jika Najib seorang Islam, beliau perlu memutuskan bahawa pilihan raya tidak akan dilaksanakan pada musim haji kerana memberi hak kepada orang yang pergi haji untuk mengundi pada PRU13," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat Pas hari ini.

Semalam, Najib berkata, Barisan Nasional (BN) tidak terikat kepada desakan mana-mana parti politik atau pemimpin termasuk pembangkang untuk menetapkan tarikh pilihan raya.

Beliau yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno berkata, mengadakan pilihan raya semasa musim haji juga bukan sesuatu yang baru kerana sejarah menunjukkan ia pernah dilakukan sebelum ini tetapi menegaskan ibadah perlu diutamakan berbanding sebarang urusan lain termasuk pilihan raya.

"Dalam sejarah kita, kita pernah buat pilihan raya masa musim haji. Pilihan raya tahun 1986 kalau tak silap saya. Ada ahli jawatankuasa bahagian saya yang kebetulan hendak dicalon menjadi calon pilihan raya tapi saya tak dapat berhubung dengan dia sebab dia berada di Makkah.

"Bila dia balik, dia terima hakikat bahawa dia tak dapat jadi wakil rakyat sebab kalau dia bertanding, dia menang pada masa itu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam.

600 penggiat seni berhimpun di Kuala Lumpur esok

Posted: 23 Jun 2012 04:36 PM PDT

KOSMO

KUALA LUMPUR - Seramai 600 penggiat seni terdiri daripada penyanyi, pengubah lagu, pelakon, penerbit filem dan drama serta aktivis seni telah mengesahkan kehadiran pada Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! 2012 esok.

Pengarang Hiburan Kosmo!, Yusman Awang berkata, majlis yang bermula pukul 2 petang hingga 6 petang itu akan diadakan di Hotel Renaissance, Jalan Ampang di sini.

Beliau berkata, antara artis terkenal yang hadir ialah Datuk Sharifah Aini, Datuk Yusof Haslam, Datuk Sheila Majid, Fauziah Ahmad Daud, Sofea Jane, Amy Search, Jamal Abdillah, Maya Karin, Rozita Che Wan, Eja, Fizo Omar, Ifa Raziah, Roslan Shah dan ramai lagi.

"Pada majlis itu, artis dan karyawan seni lain boleh mendaftar karya kreatif mereka secara terus dan bersoal jawab mengenai hak-hak mereka seperti yang terkandung dalam Akta Hak Cipta (Pindaan) 2012," katanya di sini semalam.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual hadir pada majlis itu.

Turut hadir, Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek (MyIPO), Datuk Azizan Mohamad Sidin dan Timbalan Ketua Pengarahnya, Mohd. Shahar Osman.

Menurut Yusman, jumlah artis yang bakal menyertai majlis anjuran bersama MyIPO dan Kosmo!  tersebut dijangka bertambah apabila ramai akan membuat pengesahan mengenai kehadiran mereka hari ini.

"Selain itu, para pelajar pengajian media, pelajar institusi pengajian tinggi, blogger hiburan dan pihak media turut menghadiri majlis berkenaan," ujarnya.

Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! 2012 akan menguar-uarkan kepada penggiat seni tanah air mengenai manfaat Akta Hak Cipta (Pindaan) 2012.

Pindaan tersebut diluluskan oleh Parlimen pada 22 Disember tahun lalu dan diwartakan pada 9 Februari lepas.

Ia memperuntukkan undang-undang yang lebih menguntungkan artis merangkumi aspek kutipan royalti lebih telus, penguatkuasaan semula Tribunal Hak Cipta, larangan muat turun bahan seni secara tidak sah serta jumlah bayaran minimum yang sepatutnya diterima penggiat seni.

Yusman memberitahu, empat artis daripada era berlainan iaitu Hail Amir, Ramlah Ram, Zamani Slam dan Adira akan mengadakan persembahan khas pada himpunan artis yang terbesar di tanah air itu.

Wakil-wakil persatuan artis termasuk Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez; Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi dan Presiden Persatuan Rakaman Industri Malaysia (RIM), Norman Abdul Halim juga dijangka hadir selain wakil Persatuan Artis Cina dan Persatuan Artis India.

Buku "Saloma" abadikan perjuangan seni Salmah Ismail

Posted: 23 Jun 2012 04:31 PM PDT

KOSMO


KUALA LUMPUR — Kisah biduanita negara Allahyarham Salmah Ismail atau lebih dikenali sebagai Saloma, dan perjuangan seninya, kini diabadikan dalam buku hasil nukilan artis Ahmad Fauzee Samad.

Ahmad Fauzee berkata penghasilan buku "Saloma" mengambil masa 17 bulan sejak Januari tahun lepas dengan galakan dan bantuan kakak Saloma, seniwati Mariani Ismail.

"Buku ini merupakan buku pertama diterbitkan khas buat selebriti wanita tanah air. Saya mengambil masa hampir 17 bulan untuk menghasilkan buku ini (yang berkisar) mengenai perjuangan Saloma ketika bergelar anak seni," katanya semasa berucap pada pelancaran buku itu di sini malam tadi.

Turut memeriahkan majlis pelancaran itu ialah seniman Datuk Mustapha Maarof, Kuswadinata dan seniwati Toh Puan Julie Faridah.

Ahmad Fauzee juga berkata beliau membuat rujukan di Arkib Negara bagi menghasilkan buku setebal 500 muka surat itu.

"Saloma, yang terkenal dengan genre muzik dan menjadi ikon fesyen, diintepretasikan melalui penulisan buku ini," katanya.

Ahmad Fauzee berkata sebahagian kutipan hasil penjualan buku itu akan disalur kepada tujuh waris yang merupakan cucu biduanita negara tersebut. — BERNAMA

Pusat judi diserbu

Posted: 23 Jun 2012 04:27 PM PDT

 MYMETRO

 

 

KUALA LUMPUR: Pengusaha pusat judi siber lebih gemar menggajikan warga asing sebagai operator bagi mengaut keuntungan kerana tidak perlu membuat bayaran upah mahal kepada pekerja berkenaan.

Perkembangan itu dikesan dalam beberapa siri serbuan besar-besaran dijalankan cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras selama dua hari, bermula Rabu lalu.

Ketua Polis Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh berkata, serbuan sempena Ops Dadu itu tertumpu di beberapa lokasi yang banyak aktiviti perjudian seumpamanya.

Menurutnya, operasi diketuai dua pegawai dan 14 anggota itu dijalankan di dua lokasi iaitu Taman Miharja dan Taman Pertama.

"Serbuan dilakukan selepas kami menerima maklumat mengenai kewujudan pusat perjudian di kawasan itu dan selepas disiasat, maklumat itu didapati betul.

"Hasilnya, 14 kedai judi di kawasan perumahan itu diserbu dalam dua operasi berasingan selama dua hari," katanya.


Pasukan D7 Cheras merampas 172 set mesin judi dan menahan 32 individu bersama rampasan wang tunai sebanyak RM2,120.

Dalam serbuan pertama membabitkan sepasukan anggota polis diketuai bersama Inspektor Zaili Zakaria di Taman Miharja, 18 individu berusia 20-an hingga 50-an ditahan manakala 91 set komputer dirampas.

Kerabu Bersuara ®

Posted: 24 Jun 2012 03:01 PM PDT

KAHERAH - Wakil Ikhwanul Muslimin, Mohammed Mursi diisytihar memenangi pemilihan Presiden Mesir yang pertama selepas Hosni Mubarak digulingkan awal tahun lalu.

Mohammed, yang mewakili Parti Kebebasan dan Keadilan, memperoleh 51.73 peratus undi atau lebih 13 juta undi manakala pencabarnya di pusingan kedua pemilihan, Ahmed Shafiq, yang juga bekas Perdana Menteri era Hosni, mengumpulkan 48.27 peratus undi atau lebih 12 juta undi.

Menjelang pengumuman hari ini, yang mula dibuat sejak jam 9 malam tadi (waktu Malaysia), protes diadakan di Dataran Tahrir ekoran pengumuman Majlis Agung Angkatan Tentera (Scaf) bahawa pihaknya mahu mengurangkan atau mengehadkan kuasa presiden dan pada masa yang mengukuhkan kuasa tentera.

Pemilihan pusingan kedua diadakan awal minggu lepas. Sebaik sahaja pengundian berakhir, kedua-dua calon itu mengisytiharkan diri mereka sebagai pemenang.

Keputusan pemilihan sepatutnya diumumkan Khamis lalu, tetapi ditangguhkan ekoran aduan daripada calon-calon yang bertanding berhubung proses pengundian dan kiraan kertas undi.

Pusingan pertama pemilihan diadakan bulan lalu.

Seramai 50.3 juta pengundi layak mengundi pada pemilihan kali ini. Kira-kira 37,000 kertas undi telah dibatalkan, kata Ketua Suruhanjaya Pemilihan Presiden, Farouk Sultan yang membacakan mukadimah kira-kira 90 minit sebelum mengumumkan nama pemenang sekitar jam 10.30 malam (waktu Malaysia).

Katanya, suruhanjaya itu menerima sebanyak 452 rayuan daripada kedua-dua calon.

Pengumuman itu membawa kepada kegembiraan di kalangan penyokong Mohammed yang berhimpun di Dataran Tahrir sejak beberapa hari lalu.

Kelewatan pengumuman mencetuskan rasa gelisah dan ketegangan di Mesir khususnya di kalangan penyokong dan pengikut Mohammed.

Pengumuman dibuat di sebalik kawalan ketat ekoran kebimbangan bahawa keputusan pemilihan boleh membawa kepada pergaduhan, sekali gus mencetuskan keadaan tidak terkawal sebagaimana disaksikan awal tahun lalu - ketika kebangkitan rakyat yang membawa kepada kejatuhan kepimpinan Hosni.

Keputusan pemilihan pusingan kedua ini diumumkan kira-kira dua minggu selepas Hosni dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan hampir seminggu selepas pihak pemerintah tentera mengumumkan akan menyerahkan kuasa kepada presiden baru, tetapi mengekalkan beberapa kuasa penting di pihak mereka.

Kuasa presiden dihadkan manakala perlembagaan pula belum dirangka.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


YB Ir Khalid Samad 27 Jun 2012 di Senawang

Posted: 23 Jun 2012 09:58 PM PDT

CERAMAH UMUM
Tarikh : 27 Jun 2012, Rabu
Masa : 9 mlm
Tempat : Pasti Hasanah, Bandar Seremban Selatan, Sg Gadut
Penceramah :
YB Ir Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam
Hj Omar Jaafar, Penceramah Bebas
Hakki Bawadi, Ketua Pemuda PAS Rembau
Muhd Affandi, AMK N.Sembilan

Pengikut