Pakatan Rakyat |
Posted: 24 Jun 2012 03:27 PM PDT | Projek rumah YBU bantu golongan daif Posted: 24 Jun 2012 04:32 AM PDT Wadah ilham Menteri Besar Perak berperanan melaksanakan agenda pembasmian kemiskinan secara serius dan sistematik. Oleh Zuhafizah Ahmad Zaki IPOH: Keprihatinan kerajaan negeri Perak pimpinan Barisan Nasional (BN) terhadap keperluan asas dan keselesaan rakyat kian terserlah melalui usaha murni projek Perumahan Infra Bina Upaya yang membantu membina dan membaik pulih rumah golongan kurang mampu. Yayasan Bina Upaya (YBU) merupakan wadah yang diilhamkan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berperanan melaksanakan agenda pembasmian kemiskinan secara serius dan sistematik. Antara bantuan yang giat dilaksanakan di seluruh pelosok negeri adalah projek perumahan itu yang telah memperbaiki kehidupan banyak penerima daripada pelbagai kaum, sekaligus membuktikan komitmen kerajaan BN yang mengotakan janji mengeluarkan masyarakat daripada kemiskinan. Program bantuan perumahan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu pembinaan rumah baru – rumah sebilik, dua atau tiga bilik – dan baik pulih rumah pula diberikan dalam kes seperti kerosakan rumah akibat bencana alam. Mohd Isa Mad, 47, menyifatkan bantuan baik pulih rumah yang diterimanya sebagai satu anugerah kepada keluarganya yang tidak mampu mencari wang lebih untuk membaiki rumah mereka yang terjejas akibat kebakaran baru-baru ini. "Alhamdulillah syukur… saya buntu selepas satu-satunya rumah yang kami ada terjejas dalam kebakaran. Walaupun tidak teruk, tetapi keadaan tiang yang sudah rentung akan mengundang bahaya dan akan roboh pada bila-bila masa," katanya. Beliau berkata dengan bantuan itu, isteri dan anak-anaknya dapat tidur lena tanpa risau sebarang kejadian tidak diingini berlaku pada rumah mereka di Parit 6, Layang-Layang Kiri di Parit dekat sini. Penerima bantuan rumah baru, Habibah Sani, 43, berkata berita mengenai pembinaan rumah barunya di kampung yang sama ibarat 'bulan jatuh ke riba' dan melahirkan terima kasih kepada kerajaan negeri pimpinan BN. "Saya tidak menyangka saya akan menerima bantuan rumah baru bagi menggantikan rumah saya yang telah lama terbengkalai dahulu akibat ketiadaan wang. Saya rasa macam bermimpi… saya tak sangka saya antara mereka yang bertuah untuk menerima sumbangan yang sangat besar ini," katanya dalam nada sebak dan gembira. Tong Chan Choy, 56, yang menerima bantuan rumah baru tiga bilik di Pasir Pinji di sini turut menyifatkan bantuan itu membuka lembaran baru dalam kehidupannya bersama-sama lima anaknya yang masing-masing berusia 15 hingga 27 tahun. Rasa bertuah "Saya tidak sangka kerajaan negeri berusaha mendapatkan tempat berlindung yang selesa kepada kami berbanding tempat tinggal sebelum ini yang sudah uzur dan daif," katanya, sambil mengucapkan terima kasih kepada Zambry dan YBU. "Terima kasih Dr Zambry kerana betul-betul jaga rakyat…kami betul-betul rasa selesa dan bertuah tinggal di bawah kepimpinan negeri seperti ini yang betul-betul prihatin dengan nasib rakyat," katanya. Penderitaan dua beranak yang hidup di rumah usang dan hampir roboh di Kampung Melayu, Sungai Rapat di sini juga akhirnya mendapat pembelaan kerajaan negeri dengan inisiatif YBU. Mohd Ramli Abdul Hamid, 89, tinggal bersama anaknya serta seorang anak angkatnya yang merupakan mualaf juga bersyukur atas bantuan itu selepas YBU mendapati beliau layak diberikan bantuan rumah dua bilik di bawah projek Perumahan Infra bernilai RM30,000. "Mujurlah mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 dan hanya itulah wang untuk menampung perbelanjaan harian," katanya pernah bertugas sebagai penterjemah di akhbar Utusan Melayu Singapura selain tugas-tugas menterjemah dokumen di jabatan-jabatan kerajaan negara itu. Timbalan Pengerusi YBU Khairul Azwan Harun berkata penerima bantuan projek Perumahan Infra ini hanya tertumpu kepada golongan sasar YBU seperti ibu tunggal, miskin, miskin tegar, orang kelainan upaya dan Orang Asli. Pada tahun ini, YBU telah diperuntukkan sebanyak RM4 juta dan masih memerlukan dana tambahan sebanyak RM2 juta bagi bantuan projek berkenaan. "Setiap rumah baru yang dibina bernilai RM30,000 dan bagi bantuan membaik pulih rumah pula adalah sebanyak RM15,000 kepada setiap penerima yang layak," katanya. Beliau berkata sepanjang YBU diperkenalkan dan beroperasi selama tiga tahun sejak 2010, hampir 500 buah rumah baru dan rumah dibaik pulih telah dilaksanakan di seluruh negeri Perak. Projek Perumahan Infra Bina Upaya merupakan usaha kerajaan negeri pimpinan BN mewujudkan rumah mampu milik yang lebih selesa sebagai tempat tinggal tanpa mengira batasan agama dan kaum. Apa yang penting kepada kerajaan negeri adalah agar rakyat mendapat sebuah harapan baru dan menikmati kehidupan asas yang berkualiti dan seterusnya dapat membasmi kemiskinan secara lebih bersungguh-sungguh dan sistematik selaras dengan gagasan 1Malaysia dan Perak Amanjaya. | Inilah hebatnya Tok Guru Nik Aziz Posted: 24 Jun 2012 04:23 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE KOTA BHARU- Tidak ada Menteri Besar di mana-mana negeri di negara ini yang melakukan tindakan yang dibuat oleh Menteri Besar Kelantan yang seorang ini. Pagi tadi, Tuan Guru Datuk Nik Aziz dilihat berjalan seorang diri dan berhenti membeli air di tepi jalan berhampiran Medan Ilmu sebaik sahaja selesai memberikan Kuliah Jumaatnya. Tindakan beliau ini kemudiannya dirakamkan oleh seorang jurugambar dan gambarnya dimasukkan ke dalam Facebook beliau oleh 'pentadbir' (admin) Facebook itu. Sehingga kini, selepas setengah jam ia disiarkan, 10,395 orang sudah menyatakan 'like' kepada gambar ini dan 1,347 pengguna Facebook sudah berkongsi gambar ini di laman mereka. Antara komen-komen itu adalah: Siti Aisyah Abd Rahman: i really syg tgna...ya Allah,tlg jaga selalu tgna,mudahkn sume urusannya ya Allah. Hati Rock: aku yg jahil ni still support tgna,tp org johor dh mula takbir springgggg kt tgna smua org kt kg aku ni kalo gi kelantan smua nk jumpa dgn dia.....aku x tahu bila. Wan Mohd Apex: kalau tgna brlakon,xkn mng la pas d ngri klntn ni !!!ni da berpluh2 thun,klntn still mng dgn tok guru!!! Amer Asif Abd Rahman: Haha,terbaik..tp syg ad stgh pihak sanggup hina ulama sbb politik.--Harakahdaily | MINGGU DEPAN Ringgit dijangka terus lemah Posted: 24 Jun 2012 04:17 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE KUALA LUMPUR,-- Ringgit dijangka meneruskan prestasi lemahnya minggu depan berikutan prospek berhati-hati akan krisis hutang di zon Eropah, kata para peniaga. Seorang peniaga berkata pelabur sedang menunggu hasil daripada mesyuarat di kalangan negara Eropah yang mencari jalan untuk mencapai kesepakatan fiskal dan perbankan di zon Eropah. "Kaji selidik keyakinan Jerman, yang dijangka mengecewakan selepas pengumuman data aktiviti pembuatan yang lemah awal minggu ini, juga mempengaruhi sentimen," katanya. Bagi minggu yang baru berakhir ini, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah apabila Rizab Persekutuan AS (Fed) memutuskan pada Rabu untuk tidak memilih rangsangan monetari yang lebih agresif. Keputusan Fed itu telah menyebabkan dolar AS meningkat berbanding euro dan mata wang dikaitkan dengan pertumbuhannya, termasuk ringgit. Bagi asas Jumaat ke Jumaat, ringgit diniagakan rendah berbanding dolar AS pada 3.1900/1930 daripada 3.1645/1675 sebelumnya. Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 2.4951/4002 daripada 2.4837/4865 pada minggu lepas tetapi berubah sedikit berbanding yen kepada 3.9662/9731 daripada 4.0087/0130 sebelumnya. Unit tempatan juga lemah berbanding pound British kepada 4.9784/9856 daripada 4.9145/9207 pada minggu sebelumnya dan susut berbanding euro kepada 4.0006/0069 daripada 3.9980/9031 sebelumnya. | Singapura nafi terlibat Bersih, diplomat hanya pemerhati Posted: 24 Jun 2012 04:06 AM PDT Oleh Mohd Farhan Darwis KUALA LUMPUR — Kementerian Luar Singapura (MFA) menegaskan negara republik itu tidak terlibat dalam penyertaan perhimpunan Bersih 3.0 hujung April lalu sebaliknya menegaskan, tiga diplomat mereka berada di lokasi perhimpunan duduk bantah itu adalah sekadar menjadi pemerhati dan tidak menyokong mana-mana pihak.Dipetik laman Berita Harian Singapura versi online, Cyberita, ketiga-tiga diplomat yang dikatakan oleh blogger Malaysia, "mymassa" menyertai perhimpunan duduk bantah dengan memakai baju-T kuning juga adalah tidak benar. "Ini sebahagian daripada tugas profesional diplomatik biasa. Mereka secara khusus tidak mengenakan pakaian berwarna kuning bagi mengelak disalah anggap sebagai penyokong perhimpunan itu. "Mereka pemerhati. Mereka juga menjauhi Dataran Merdeka, yang diisytihar pihak berkuasa Malaysia sebagai kawasan larangan," kata MFA dipetik laman tersebut. Menurut kenyataan yang dikeluarkan MFA itu lagi, ada keperluan untuk meletakkan diplomatnya di Kuala Lumpur ketika perhimpunan tersebut belangsung kerana ramai rakyat negara republik berkenaan di Kuala Lumpur ingin mendapatkan nasihat. "Malah, pegawai yang berada di kawasan itu dapat membantu Pesuruhjaya Tinggi dalam menyalurkan nasihat dan bantuan konsular dengan lebih berkesan," ujar MFA. Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur juga telah menulis surat kepada akhbar Utusan Malaysia semalam menolak dakwaan tersebut. Akhbar Utusan Malaysia dalam ruangan pendapatnya telah mengatakan,"Pendedahan ini, jika benar, cukup memeranjatkan!" dalam akhbar Umno itu yang bertarikh 20 Jun lalu dan mempersoalkan tindakan kerajaan Malaysia yang berdiam diri dalam perkara tersebut. Pesuruhjaya Tinggi negara itu turut menyelar akhbar berkenaan dan menegaskan ianya adalah tuduhan "palsu'' dan mereka "mengambil pendirian tidak memihak kepada mana-mana pembangunan politik di Malaysia." Blogger pro Umno "mymassa" telah menuduh tiga diplomat Singapura mengadakan ceramah supaya rakyat Singapura menyertai pilihan raya umum ke-13, berdasarkan pendedahan gambar pertemuan berkenaan yang didakwa diambil di Bandar Singa tersebut baru-baru ini. Pesuruhjaya Tinggi republik itu dalam kenyataan balas berkata," Singapura tidak membenarkan rakyat asing untuk menyertai mana-mana aktiviti politik Singapura. Pihak berkuasa kami sedang meneliti perkara itu." Bersih 3.0 Singapura semalam menafikan tuduhan itu sebagai "mengarut", dan menegaskan perbincangan itu adalah dianjurkan rakyat Malaysia, untuk rakyat Malaysia, yang menetap di luar negara berkenaan hak untuk mengundi pada pilihan raya. Rancangan mengadakan protes di hadapan Kedutaan Singapura di Kuala Lumpur yang didakwa cuba mencampuri urusan dalaman Malaysia gagal mendapat sokongan apabila tiada seorang pun peserta demonstrasi yang hadir. Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman, turut memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Encik Ong Keng Yong, yang menjelaskan pendirian Singapura dan menjelaskan tuduhan yang dibuat itu juga tidak berasas. Akhbar berbahasa Melayu di republik itu turut menjelaskan, MFA menegaskan mereka tidak membenarkan warga asing terlibat dalam aktiviti politik di negara itu, malah, Singapura turut menolak permohonan Bersih 3.0 untuk mengadakan perhimpunan serentak di sini. "Mengapa kami melakukan begini jika kami mahu campur tangan?'' ujar MFA. — Reuters | Ku Nan: IPF perlu terus sokong BN Posted: 24 Jun 2012 04:04 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR— Anggota Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) perlu terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN), kerana hanya BN berada di landasan yang betul dalam melaksanakan perubahan demi membawa Malaysia sebagai negara maju pada 2020. Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) berkata kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjanjikan perubahan dan sentiasa menepati janji tersebut. "Mandat yang kuat perlu terus diberikan kepada Perdana Menteri kerana beliau bakal membawa banyak perubahan kepada rakyat dan negara," katanya pada majlis pelancaran Jentera Pilihan Raya IPF Peringkat Pusat, di sini hari ini. Turut hadir Presiden IPF Datuk M. Sambanthan dan Setiausaha Kerja BN Datuk Abu Khamis. Mengulas lanjut, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno berkata untuk memberi mandat yang kuat kepada BN, anggota IPF sendiri perlu bersatu padu. "Hentikanlah persengketaan yang wujud dalam parti. IPF ditubuhkan oleh mendiang Tan Sri M.G. Pandithan sebagai satu wadah memperjuangkan kepentingan kaum India. "Kepada mereka yang masih bersengketa, kembali bersatu, selesaikan masalah atas nama kepentingan kaum India... jika parti (IPF) kuat apa saja mampu dilakukan demi membantu kepentingan kaum India," katanya sambil menasihatkan agar anggota IPF terus memberi sokongan kepada presiden parti sekarang. Sementara itu, Sambanthan berkata program hari ini adalah kali keempat dianjurkan oleh IPF sepanjang tahun ini. "IPF mempunyai 112,000 anggota di lapan buah negeri seluruh negara. Jentera pilihan raya IPF akan digerakkan di semua 80 bahagian cawangan parti, dan secara dasarnya IPF sudah bersedia membantu BN untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti," katanya. — Bernama | Omar Osman: Suara Cuepacs atau suara UMNO? Posted: 24 Jun 2012 12:07 AM PDT GEORGE TOWN: Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang kecewa dengan kenyataan Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman, kononnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat bersikap dingin dengan tidak mahu berjumpa dengan beliau untuk membincangkan perkara yang berkaitan dengan kakitangan awam. Menurut Pembantu Khas kepada Ketua Menteri, Nor Diana Mohd Zabidi, pejabat rasmi Lim Guan Eng telah membuat siasatan dan mendapati bahawa Omar tidak pernah menulis surat untuk berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang. Malah, katanya, tidak ada mana-mana pegawai daripada Pejabat Ketua Menteri yang menerima permohonan Omar untuk berjumpa dengan Ketua Menteri. "Kenyataan sedemikian yang tidak berasas memang diduga kalau Datuk Omar Osman memakai topi sebagai Presiden KUPEKMAKS (Kelab UMNO Pesara (Kumpulan Pelaksana) Kerajaan Malaysia) tetapi tidak boleh diterima kalau Datuk Omar Osman berucap sebagai Presiden Cuepacs," katanya dalam satu kenyataan. Menurutnya, Ketua Menteri Pulau Pinang Eng adalah rakan seperjuangan kepada kesatuan sekerja dan telah pun berjumpa dengan persatuan-persatuan pekerja seperti MTUC dan NUBE. Malah, tambah beliau, kerajaan negeri pimpinan Guan Eng telah melantik bekas Presiden MTUC, Syed Syahir Syed Mohamud, sebagai Senator baru-baru ini. "Oleh itu tidak ada masalah untuk Cuepacs atau Datuk Omar Osman untuk berjumpa dengan Ketua Menteri. Dakwaan Datuk Omar bahawa pegawai daripada pejabat Ketua Menteri enggan mengaturkan perjumpaan atas dakwaan Ketua Menteri sibuk adalah tidak berasas. "Adalah diharapkan Datuk Omar Osman boleh mendedahkan nama pegawai daripada pejabat Ketua Menteri yang kononnya enggan mengaturkan perjumpaan tersebut," ujarnya. – Roketkini.com | Gambar 2 MB PAS gunting rambut terhangat Posted: 24 Jun 2012 12:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Gambar 2 Menteri Besar PAS menggunting rambut di kedai biasa yang dipaparkan blog http://addin77.blogspot.com merupakan artikel paling popular di Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-25. Di tangga kedua, ialah berita pengumuman perletakan jawatan Ketua Strategik PKR Rafizi Ramli sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Sambutan hangat ceramah Pakatan Rakyat di Johor oleh blog http://omakkau.blogspot.com/ pula menduduki tangga ketiga. Di tangga keempat, ialah berita mengenai Selebriti terkenal Abby Abadi yang menyatakan beliau kini sedar tuduhan bahawa orang-orang PAS dibayar untuk ke Perhimpunan Hijau di Alor Setar, Kedah baru-baru ini oleh orang-orang tertentu rupa-rupanya tidak benar.. Di tangga kelima pula ialah berita mengenai Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilihat berjalan seorang diri dan berhenti membeli air di tepi jalan berhampiran Medan Ilmu sebaik sahaja selesai memberikan Kuliah Jumaatnya minggu lalu. Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 17 Jun hingga 23 Jun, 2012. | Jika loji Lynas selamat, sila simpan sisa toksik di belakang rumah Perdana Menteri Posted: 23 Jun 2012 11:59 PM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hanya dapat meyakinkan rakyat Malaysia bahawa "fakta saintifik" yang membuktikan loji pemprosesan nadir bumi Lynas Corp di Gebeng, Pahang adalah selamat sekiranya sisa disimpan di belakang kediaman Perdana Menteri. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, rakyat sudah pun membuat keputusan mengenai keselamatan loji pemprosesan nadir bumi itu apabila mereka sedar kerajaan Australia enggan mengambil kembali sisa nadir bumi. Tambah beliau, rakyat juga tahu tentang "selamatnya" loji Lynas itu yang tidak ditempatkan di Putrajaya tetapi dibina di kalangan rakyat biasa di Gebeng. "Lihat betapa kurang sensitifnya Perdana Menteri apabila beliau mengungkapkan kebimbangan mengenai kesihatan dan keselamatan awam sebagai 'kebimbangan rekaan' apabila beliau, isteri serta anak-anaknya tidak perlu menghadapi risiko sekiranya apa-apa berlaku. "Jika Menteri Pengajian Tinggi Mohamed Khaled Nordin tidak berani menunaikan janji untuk tinggal di sebelah loji Lynas, bagaimanakah Najib boleh menyatakan bahawa tidak ada fakta-fakta saintifik yang dapat menimbulkan keraguan mengenai keselamatan awam atau persekitaran?" soal beliau dalam satu kenyataan. Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, Najib ingin membenarkan Lynas Advanced Material Plant (LAMP) untuk beroperasi kerana Barisan Nasional lebih mementingkan keuntungan daripada kesihatan rakyat. "Kegagalan untuk mendengar kebimbangan rakyat ini menonjolkan perbezaan antara BN dan Pakatan Rakyat dalam pendirian persekitaran di mana PR ingin menutup LAMP,' ujarnya. Menurutnya, Najib belum menjelaskan kenapa Lynas perlu berkunjung beribu-ribu batu untuk mengangkut bijih nadir bumi yang dilombong di Australia Barat ke Kuantan, sedangkan kos untuk membinanya di Australia adalah lagi murah. Tambah beliau, Najib harus belajar daripada kerajaan Australia yang mementingkan kebajikan, kesihatan dan persekitaran rakyat daripada merebut keuntungan dengan menggadaikan nyawa rakyat sendiri. – Roketkini.com | Komunis: Mohamad maafkan Visvanathan, bukan Utusan Posted: 23 Jun 2012 11:48 PM PDT NIBONG TEBAL: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sedia memaafkan saksi pertama kes isu komunis Bukit Kepong, Visvanathan a/l Muthu, 75, yang terlibat dengan perbicaraan isu berkenaan di Mahkamah Seksyen Butterworth pada 11 Jun lalu. Mohamad sebaliknya terus bertekad menyaman akhbar Utusan Malaysia kerana mengeluarkan berita dengan niat jahat. Jelasnya, Visva Nathan telahpun mengaku dan memohon maaf kepadanya di hadapan Hakim Ikmal Hisyam Ahmad Tajudin ketika diasak peguam Mohamed Hanipa Maidin pada perbicaraan berkenaan. Ujar beliau, kemaafan dibuat berdasarkan kepada keinsafan Visva Nathan yang beberapa kali memandangnya dengan tangan dirapatkan seolah-olah sedar bahawa beliau bersalah kerana melemparkan fitnah dengan membuat satu laporan polis pada 27 Ogos lalu berpandukan laporan Utusan Malaysia. "Tak apalah saya maafkan Visva Nathan kerana beliau jadi boneka dan hanya berpandukan kepada Utusan Malaysia yang melaporkan kononnya saya menghina pasukan polis dan Yang di-Pertuan Agong kerana menyanjung Mat Indera yang disifatkan oleh penjajah sebagai pengkhianat. Saya hanya maafkan dia bukan Utusan Malaysia," katanya ketika ditanya sejurus berucap di Perhimpunan Hijau Peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Acheh, Nibung Tebal petang semalam. Bukan sahaja Visva Nathan memohon maaf bahkan turut mencadangkan kepada pihak polis agar tidak mengambil tindakan kepada Mohamad. Mungkin kata Mohamad, setelah peguam Hanipa Maidin memberikannya keratan akhbar Utusan Malaysia dan teks ucapan pada majlis di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora yang jelas tidak langsung menyebut perkataan 'komunis'. "Lepas ni kayalah saya dapat duit saman Utusan Malaysia. Rugilah kalau tuan- tuan dan puan-puan tidak berkawan dengan saya," katanya secara berjenaka. Turun berucap di majlis bertemakan 'Perhimpunan Hijau Tawan Dun Sungai Acheh' ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Fauzi Yusuf dan Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, Abdul Rahman Ramjan. | Projek untuk kroni, ahli biasa Umno gigit jari Posted: 23 Jun 2012 11:28 PM PDT Oleh Idris Ahmad Kesian kepada penyokong tegar Umno di kampung yang sanggup buat apa sahaja sehingga menganggu ceramah Pas dan Pakatan Rakyat.Mereka sanggup buat apa sahaja asalkan mendapat sedikit imbuhan yang tidak seberapa. Sedangkan anak pembesar Umno mendapat projek berjuta-juta tanpa bersusah payah untuk mempertahankan parti Umno. Anak dan kroni pembesar Umno mendapat projek bukan kerana merit dan kepandaian mereka di dalam perniagaan, tetapi oleh kerana mereka dibinkan dengan bapanya sahaja. Buktinya projek NFC diberi kepada keluarga Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil sebanyak RM250 juta. Anaknya yang berumur 25 tahun sudah meraihkan gaji bulanan RM35,000, anak berusia 27 tahun mendapat RM35,000, anak berusia 31 tahun mendapat RM45,000 dan suamianya Dato' Seri Dr Mohamad Salleh gaji RM100,000 sebulan. Persolannya apa yang wanita Umno di kampung dapat?. Kebanyakan mereka hidup kais pagi makan pagi, sedangkan anak pimpinan mereka senang lenang. Begitu juga Raja Farhana Nong Chik mendapat projek daripada Kementerian Belia Dan Sukan sebanyak RM30.4 juta untuk membina Institut Kemahiran Belia Negara di Bandar Penawar Johor. Usia yang muda sudah menjadi jutawan. Adakah kalau beliau bukan anak Raja Nong Chik dia akan dapat? Terbaru di dedahkan Sistem kawalan trafik udara telah dipasang oleh Advanced Air Traffic System (AAT) Sdn Bhd yang bernilai RM128.4 juta, di mana Ikhwan Hafiz Jamaludin adalah pemegang saham dan pengarah. Ikhwan adalah anak Ahli Parlimen Rompin dan bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, yang dilihat rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Kini menjadi duta khas ke Amerika Syarikat bertaraf menteri. Untungnya menjadi anak pemimpin Umno, sedangkan penyokong Umno di peringkat bawahan hidup merempat. Macam mana Umno BN hendak membela rakyat jika sesama sendiri masih tidak terbela, benarlah bagai dikata projek untuk kroni, ahli Umno gigi jari. | Umno-BN Johor takut silent protest Posted: 23 Jun 2012 11:22 PM PDT DETIK DAILY WALAUPUN bekas Bendahari Umno, Tun Daim Zainuddin meramalkan Umno-BN akan dapat me Timbalan Pesuruhjaya (II) PAS Johor, Dzulkefly Ahmad menegaskan pandangan peribadi Daim itu mungkin boleh berubah kerana rakyat Johor kini sudah semakin bijak dan berfikiran terbuka dalam menentukan hala tuju kepimpinan negeri mereka. Katanya, pasca Perhimpunan Bersih 3.0 sudah menampakkan gelombang kebangkitan rakyat di negeri itu serta sambutan luar biasa yang diadakan dalam setiap program anjuran PAS dan Pakatan Rakyat. "Kita punya potensi lebih besar sekiranya berlaku peningkatan sokongan dikalangan kaum Tionghua. "Jika berlaku 20 peratus peningkatan sokongan daripada kaum ini, kita yakin akan mencapai kemenangan yang lebih besar," katanya. Selain itu katanya, perubahan ketara akan berlaku peningkatan sokongan terhadap Pakatan Rakyat adalah di kalangan 'silent protest' di kalangan penyokong BN yang tidak berpuas hati dengan kelemahan pengurusan negeri yang dilihat merugikan rakyat. Undi daripada 'silent protest' ini katanya sangat ditakuti BN kerana ia akan menjadikan julat sokongan lebih besar kepada Pakatan Rakyat. Malah katanya, golongan Melayu pertengahan di Johor yang sebelum ini dikatakan setia dengan Umno-BN kini lebih bersikap terbuka apabila mereka telah mendapat akses maklumat yang sebenar melalui media baru. Bagaimanapun katanya golongan ini tidak berani memprotes secara terangan disebabkan terikat sebagai kaki tangan kerajaan. | Manifesto: Pakatan tolak kaedah rakaman Posted: 23 Jun 2012 05:15 PM PDT KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) menolak kaedah rakaman dalam menyiarkan manifesto parti-parti politik ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sebagaimana diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), semalam. Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tidak menepati tuntutan Bersih 3.0. Menurutnya, sekiranya perkara tersebut dilakukan, manifesto yang diusulkan secara rakaman akan diputar belit dan dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. "Pakatan Rakyat tidak boleh terima keadaan tersebut kerana ia melibatkan sumber rakaman yang akan ditokok tambah dan sumbernya tidak tepat kerana boleh dimanipulasi sesiapa sahaja," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini. Abdul Aziz berkata, parti politik yang ingin membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) hanya dibenarkan berbuat demikian secara rakaman dan bukannya secara langsung. Katanya, ketetapan itu dibuat bagi mengelakkan penyiaran bahan yang mungkin menyentuh peribadi seseorang, mengancam keselamatan dan ketenteraman awam atau menyentuh sensitiviti kaum serta agama. "Kalau buat secara langsung, RTM mungkin tak boleh kawal apa dia nak cakap nanti," katanya. Abdul Aziz berkata, penyiaran sesuatu bahan tertakluk kepada penyuntingan dan merupakan peraturan biasa yang bukan sahaja terpakai kepada parti politik tetapi juga orang ramai. | Suri rumah terima bungkusan bom meninggal dunia Posted: 23 Jun 2012 05:13 PM PDT SINAR HARIAN SUNGAI PETANI - Suri rumah, Tan Chin Fang, 48, mangsa bom buatan sendiri yang meletup sebaik memegang bungkusan 'hadiah' itu di depan rumahnya di sini semalam, meninggal dunia pagi ini. Wanita itu disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini pada 9.15 pagi kerana komplikasi akibat kecederaan parah di tangan dan perut. Suaminya, Ng Cheng Siang, 49, berkata Tan dimasukkan ke Hospital Pakar Metro sebelum dipindahkan ke HSAH untuk menjalani pembedahan lebih lima jam. Beliau berkata sebelum pembedahan, isterinya masih boleh bercakap serta meraung kesakitan tetapi selepas itu, keadaan Tan semakin lemah sehingga tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia. Pemilik kilang mee itu berkata beliau berada di tingkat atas rumah mereka di Taman Angsana Sari ketika bungkusan bom yang dipegang isterinya meletup. "Saya bergegas turun ke bawah selepas mendengar letupan dan mendapati isteri dan anak seorang saudara meraung kesakitan," katanya ketika ditemui di rumah mayat HSAH hari ini. | Pelajar kelas pertama tak perlu bayar balik pinjaman PTPTN Posted: 23 Jun 2012 05:12 PM PDT SINAR HARIAN JOHOR BAHRU - Seramai 4,430 pelajar Ijazah Sarjana Muda kelas pertama yang menamatkan pengajian sebelum tahun 2010 tidak perlu membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini berikutan keputusan kerajaan yang bersetuju memperluaskan dasar pinjaman boleh ubah kepada pelajar berkenaan. Beliau memberitahu demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Skim Simpanan Pendidikan Nasional-i (SSPN-i) dan penyerahan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) PTPTN kepada 255 pelajar Parlimen Pasir Gudang di sini, hari ini. Mohamed Khaled berkata, pinjaman yang ditukarkan kepada biasiswa untuk pelajar cemerlang itu diputuskan pada 15 Jun lepas selaras dengan tindakan kerajaan melaksanakan semula dasar pinjaman boleh ubah bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama atau setaraf yang tamat pengajian mulai 1 Januari 2010. "(Seramai) 4,430 pelajar itu merupakan mereka yang diluluskan pinjaman pendidikan PTPTN selepas 1 Julai 2005 dan menamatkan pengajian sebelum 1 Januari 2010 melibatkan pembiayaan RM116.2 juta," katanya. Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang berkata peluasan dasar pinjaman boleh ubah itu dibuat selepas kerajaan berpendapat bahawa pelajar cemerlang wajar diberi pengiktirafan selain menggalakkan pelajar terus berusaha mendapatkan keputusan cemerlang. Beliau berkata, kesemua pelajar berkenaan dikehendaki mengemukakan surat permohonan rasmi kepada PTPTN dengan menyertakan dokumen-dokumen termasuk salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama yang telah disahkan. Mereka hendaklah memberikan salinan transkrip keputusan peperiksaan, akuan pelajar dan salinan sijil perakuan akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi pelajar graduan institusi pengajian tinggi swasta. Katanya, pelajar boleh merujuk prosedur melalui laman web PTPTN di www.ptptn.gov.my dan pihak PTPTN akan membayar balik pinjaman sama ada secara penuh atau sebahagian. Sementara itu, mengenai SSPN-i, Mohamed Khaled berkata produk tersebut selaras dengan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang disahkan sebagai produk mematuhi prinsip syariah. Beliau berkata, dengan pengesahan tersebut, kesemua pendeposit terdahulu, sekarang dan yang baru serta mempunyai akaun SSPN yang mematuhi Syariah perlu membuka akaun SSPN-i melalui Maybank atau Bank Islam Malaysia Berhad. Katanya, pembukaan akaun SSPN-i melalui bank lain hanya dibenarkan untuk mereka yang berhasrat memohon pembiayaan pendidikan PTPTN selepas tahun ini. - Bernama | Wanita Malaysia hamil 12 minggu telan 34 pelet heroin Posted: 23 Jun 2012 05:10 PM PDT SINAR HARIAN MELBOURNE - Seorang wanita warga Malaysia, yang sedang hamil dan dijadikan keldai dadah, menelan 34 pelet heroin di Kuala Lumpur sebelum ditahan di lapangan terbang Melbourne, memberitahu hakim mahkamah di sini pada Jumaat bahawa dia bertindak demikian untuk "memberi makan anak saya". Mahkamah di sini mendengar bahawa Norazlinda Ramli, 35, dari Puchong, "teramat bimbangkan kesihatan bayinya" namun pada masa sama "terdesak" untuk mendapatkan wang yang ditawarkan untuk membawa masuk dadah itu, menurut laporan akhbar The Age. Hakim Gabriele Cannon menyuarakan kebimbangan terhadap bayi dalam kandungan Norazlinda, yang kehamilannya disahkan selepas satu pemeriksaan di hospital susulan penahanannya pada 10 Februari lepas. Pelet yang mengandungi sejumlah 83.1 gram heroin tulen dengan anggaran nilai pasaran A$92,200, berjaya dikeluarkan dari tubuh Norazlinda, yang ketika itu hamil 12 minggu. Mahkamah turut diberitahu bahawa wanita terbabit sebelum itu melakukan 'latihan' ke Melbourne dari Kuala Lumpur sebelum dia bersetuju membawa masuk apa yang didakwanya sebagai bahan larangan yang tidak diketahui dengan mendapat bayaran kira-kira A$2,380. Grant Schubert, yang menjalankan pendakwaan, berkata Norazlinda memberitahu polis dia hanya boleh menelan 34 daripada 80 pelet yang perlu dibawa masuk ke negara ini. Peguam bela Moya O'Brien berkata, Norazlinda, ibu empat anak dan sedang hamil 38 minggu, "terdorong melakukan perbuatan itu semata-mata demi kebaikan anaknya." "Tetapi tidak bagus untuk kebaikan anak orang lain," kata Hakim Cannon, dan menambah heroin adalah sengsara dan membawa kesengsaraan kepada masyarakat. Hakim itu berkata "amat menyedihkan" apabila anak Norazlinda berada di Malaysia tanpa ibu mereka, namun begitu dia sanggup menelan sesuatu yang boleh membahayakan bayi yang sedang dikandungnya. O'Brien bersetuju anak guamnya bertindak begitu kerana mahukan wang tetapi menegaskan bahawa dia terdesak untuk mendapatkan ganjaran kewangan seperti yang dijanjikan. "Ini bukanlah untuk membiayai gaya hidup bermewah-mewah atau melunaskan hutang akibat berjudi tetapi satu pulangan sederhana 'bagi tindakan yang berisiko seperti ini", akhbar itu memetik peguambela sebagai berkata. Ketika ditanya semasa memberi keterangan mengenai sebab dia melakukan kesalahan itu, Norazlinda berkata hidup adalah "perjuangan" dan dia mahu "beri makan anak saya". Hukuman terhadap Norazlinda, yang mengaku salah membawa masuk heroin itu, akan dijatuhi minggu depan. - Bernama | Tahanan ISA mulakan mogok lapar kedua Posted: 23 Jun 2012 05:06 PM PDT Penat menunggu pembebasan mereka, dua daripada 45 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) memulakan pusingan kedua mogok lapar mereka pada Khamis lepas. Jurucakap kumpulan peguam Lawyers for Liberty Fadiah Nadwa Fikri berkata, dua rakyat Malaysia itu tidak mahu lagi menunggu sehingga Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) memastikan pembebasan mereka. "Mereka berdua tidak mahu menunggu lagi sehingga akhir bulan ini," katanya kepada Malaysiakini merujuk kepada Fadzullah Abdul Razak dan lelaki dikenali sebagai "Razali". Fadiah berkata, tahanan lain juga bersetuju sebulat suara untuk menyertai mogok lapar itu selepas 30 Jun - tarikh akhir ditetapkan supaya Suhakam kembali dengan keputusan positif. Pesuruhjaya Suhakam James Nagayam awal bulan ini berkata, mereka memerlukan sekurang-kurangnya sebulan untuk meyakinkan Kementerian Dalam Negeri bagi membebaskan atau mendakwa tahanan itu. Seramai 20 rakyat Malaysia dan 25 warga asing masih ditahan di Kamunting atas dakwaan terlibat dalam gerakan Darul Islam dan penyeludupan manusia. Sebahagiannya dijangka terus ditahan sehingga 2014, walaupun akta itu sudah dimansuhkan di Dewan Rakyat pada April lalu dan digantikan dengan undang-undang baru. Bagaimanapun, undang-undang baru tidak menjamin pembebasan tahanan sedia ada. Seksyen 30 dalam akta baru itu menyebut sebarang arahan dikeluarkan bawah ISA tidak terjejas dengan pemansuhannya, kecuali ditarik balik oleh menteri dalam negeri. Bulan lalu, seramai 12 daripada 45 tahanan sudah mengadakan mogok lapar menuntut pembebasan mereka. Mogok itu berakhir selepas lawatan oleh pesuruhjaya Suhakam. | Lelaki sokong Faekah dipecat NGO sendiri Posted: 23 Jun 2012 05:05 PM PDT Aktivis yang tiba-tiba muncul di tengah kehangatan isu penolakan terhadap pegawai kanan menteri besar Selangor Faekah Husin, secara kebetulan dipecat NGO yang dianggotainya sehari kemudian. Mohd Naquib Carmeil berkata, beliau diminta meletak jawatan atau akan dipecat sebagai setiausaha agung Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat Selangor (Pro-Rakyat), NGO yang dekat dengan Pakatan Rakyat. "Saya diarah meletak jawatan atau dipecat sebagai Setiausaha Pro-Rakyat berkuat kuasa hari ini (semalam). "Pemecatan dibuat presiden atas alasan 'tidak mematuhi arahan'," kata Naquib tanpa mengulas lanjut 'arahan' yang dimaksudkan. Naquib semalam memberitahu Malaysiakini, perkara itu dimaklumkan padanya oleh presiden Pro-Rakyat Khairul Anuar Othman. Jumaat lalu, Naquib sebagai individu tidak dikenali menimbulkan tanda tanya apabila memanggil sidang media di Shah Alam bagi menyatakan sokongan kepada Faekah yang diasak kempen #pecatfaekah dan #kamisayangpkr di Internet. Motif sebenar mereka tidak diketahui tetapi Malaysiakini difahamkan mereka mempunyai hubungan dekat dengan exco negeri Yaakob Sapari yang dilihat sebagai 'orang' Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang dikaitkan sama. Sementara itu, Malaysiakini difahamkan, gesaan supaya Naquib meletakkan jawatan tiada kena mengena dengan sidang medianya bersama dua lagi peminpin NGO itu kelmarin. Pro-Rakyat mula terlibat dalam kegiatan politik tanah air apabila menganjurkan himpunan pra-BERSIH pada 21 April lalu di Stadium Shah Alam. Ia didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sekitar Disember tahun lepas dengan objektif untuk menjaga kebajikan rakyat Selangor. | 300 aktivis anti-Lynas sudah duduki Balok-Gebeng Posted: 23 Jun 2012 04:58 PM PDT Kira-kira 300 orang sudah berkumpul di Kuantan hari ini untuk menyertai kempen 24 jam membantah pembinaan kilang nadir bumi Lynas "Occupy (penuhi) Balok-Gebeng" dengan mempamerkan papan tanda besar di pantai Balok. Di petang yang tenang dan berangin itu, kira-kira 50 peserta berbaju hijau muda mempamerkan kain rentang dengan slogan anti-Lynas di pantai berdekatan kawasan industri Gebeng di mana kilang itu akan memulakan operasinya. Diketuai pengerusi kumpulan Himpunan Hijau Wong Tack, mereka melaungkan slogan menggesa Lynas keluar daripada tempat itu. Turut dipamerkan pelbagai kain rentang hitam yang turut mengkritik kerajaan BN yang mempertahankan projek itu. Melancarkan acara itu, aktivis Hishamuddin Rais menyifatkan kehadiran mereka sebagai lambang kesatuan jitu rakyat Malaysia bersama dengan tegas di belakang perjuangan anti-Lynas. Himpunan Hijau merancang menarik penyertaan ribuan orang untuk berjalan sejauh 11km, bermula dari pantai Balok pada jam 9 pagi pada Ahad, sehinggalah tiba di loji nadir bumi Lynas di Gebeng. Kemuncak acara pada hari pertama ialah sesi pembakaran replika Loji Advanced Material Plant Lynas (Lamp) oleh para peserta. | 'Pemimpin MCA' mahu sisa Lynas keluar M'sia Posted: 23 Jun 2012 04:56 PM PDT Ketua Pemuda MCA Indera Mahkota yang digantung keahlian David Choi mendesak pemimpin kanan parti pemerintah dalam kementerian supaya menjamin sisa radioaktif Lynas dikeluarkan daripada Malaysia Choi hari ini mengetuai sekumpulan Pemuda MCA menyertai acara 24 jam anti-Lynas "Occupy (Penuhi) Balok-Gebeng" di pantai Balok, Kuantan. Menngetepikan pendirian partinya yang mahu menjarakkan diri dengan acara anti-Lynas, Choi turut menyelar Menteri Kesihatan Minister Liow Tiong Lai yang juga pengerusi DAP negeri. "(Liow) terus berkata bahawa sisa Lynas tidak harus dibenarkan kekal di Malaysia, tetapi bolehkan dia jamin ini tidak akan berlaku? Adakah dia akan letak jawatakan kalau Lynas melakukannya?" katanya kepada pemberita. Lembaga disiplin MCA pada 16 Mei lalu menggantung keahlian Choi selama tiga tahun kerana didakwa merosakkan reputasi Ketua MCA Bahagian Indera Mahkota Pang Tsu Ming kerana pendirian anti-Lynas beliau. Walaupun mendapat bantahan daripada dalam parti, Choi menyertai perhimpunan jalanan anti-Lynas tahun lepas di Kuantan, seperti juga perhimpunan Himpunan 3.0 Hijau April lalu di Kuala Lumpur. | Ibrahim Ali, Kelab Isteri Taat 'menang' anugerah seksis Posted: 23 Jun 2012 04:54 PM PDT Pernahkah anda membayangkan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dan Kelab Isteri Taat (OWC) akan merangkul anugerah dalam majlis yang sama? PERKASA adalah sebuah kumpulan pendesak Melayu sementara OWC pula mempromosikan seks 'suci' yang didakwa berasaskan Islam. Namun petang tadi, kedua-duanya 'diraikan' pada majlis "Aiyoh...Wat Lah?! Awards 2012" kerana kenyataan-kenyataan mereka dalam media pada tahun lepas berkenaan hubungan sulit di kalangan pasangan berkahwin. Ibrahim 'menang' anugerah "Menghina Kebijaksanaan" kerana kenyataannya yang didakwa menyebut "hubungan sulit dalam perkahwinan berlaku kerana isteri yang mengabaikan tanggungjawab kepada suami." (7 April 2011). OWC pula 'menang' anugerah "Paling Kurang Membantu Persaudaraan Wanita" kerana pernah dilapor menyebut "wanita yang tidak memuaskan suami mereka adalah punca seks luar nikah" (28 November 2011). Namun, kedua-duanya tidak 'hadir' kerana mereka juga tidak dijemput penganjur majlis iaitu Joint Action Group for Gender Equality (JAG), sebuah gabungan lapan pertubuhan pro-feminisme. Majlis yang berlangsung selama hampir satu jam itu diacarakan 'Ms Ribenaberry', satu watak satira seorang penggoda yang diperan aktivis teater Jo Kukathas. 'Ms Ribena Berry' sendiri menyampaikan semua tujuh anugerah pada majlis petang tadi. Namun, mereka yang hadir tidak kering gusi ketawa dengan jenaka yang diselang-selikan 'Ms Ribena Berry' sewaktu mengendalikan majlis, termasuk jenaka rumahtangga yang 'mengusik' Ibrahim. Majlis yang rata-ratanya kelihatan seperti bertemakan warna ungu - warna tidak rasmi golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) - turut memberikan 'penghormatan' kepada kerajaan negeri Terengganu. Kerajaan Terengganu mendapat anugerah 'Dasar Gagal' kerana pernah memperkenalkan satu kem khusus untuk remaja lelaki lembut. Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang, Teng Hock Nam pula mendapat anugerah 'Terlajak Perahu Boleh Diundur' (Foot in mouth) kerana pernah mengeluarkan kenyataan "bangunan lama yang terbengkalai ibarat perempuan tua" (22 Februari 2011). Penganjur dalam kenyataan mereka berkata majlis anugerah itu pertama kali diadakan dan ia bertujuan "membentuk kesedaran orang ramai tentang sifat seksis, homofobia, dan juga transfobia". Mereka turut mempertimbangkan untuk mengadakan majlis yang sama lagi tahun hadapan. Ketika ditanya wartawan sama ada penganjur bercadang untuk menjemput mereka yang tercalon pada tahun-tahun akan datang, Pengarah Eksekutif All Women's Action Society (AWAM), Ivy Josiah berkata perkara itu bergantung kepada sejauh mana mereka yang tercalon mampu menerima jenaka satira yang cuba dibawa penganjur. "Kita perlu membina deria lucu (mereka yang tercalon) dahulu," katanya tersenyum penuh makna. | Dedahkan kegagalan Pas tunai janji kepada rakyat Posted: 23 Jun 2012 04:51 PM PDT SINAR HARIAN KOTA BHARU - Pergerakan Pemuda Umno Kelantan disaran mendedahkan kegagalan kerajaan Pas menunaikan janji kepada rakyat sejak ia mengambil alih pentadbiran negeri ini pada 1990. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata banyak janji Pas yang belum ditunaikan termasuk janji memberi bantuan bulanan RM100 kepada warga emas, menyelesaikan isu air bersih, mewujudkan bandar Kawasan Dagangan Bebas Asia (AFTA) di Rantau Panjang serta jambatan kedua Sungai Kelantan di Palekbang, Tumpat. "Kita mahu Pemuda bangkit dengan berani menyatakan perkara yang benar berhubung janji-janji Pas sejak mentadbir negeri ini pada 1990 yang gagal ditunaikannya kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas menutup "Forum 22 Tahun Kerajaan Pas Kelantan: Satu Penilaian" anjuran Orang Muda Berpadu Anti Korapsi Kelantan (OMBAK)" di sini, hari ini. Turut hadir Pengerusi Majlis Bekas Wakil Rakyat Kelantan (Mubarak), Datuk Mohd Rozali Isohak dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kelantan, Anuar Sapian. Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata pemimpin UMNO di setiap peringkat juga perlu mengemilangkan usaha meningkatkan program penerangan menjelang pilihan raya umum akan datang. Sehubungan itu, beliau memuji usaha OMBAK menganjurkan forum itu yang mampu memberi kesedaran kepada rakyat mengenai janji-janji manis Pas. - Bernama | Pas gesa PM tidak panggil PRU musim haji Posted: 23 Jun 2012 04:48 PM PDT KUALA LUMPUR - Pas hari ini menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menetapkan tarikh pilihan raya lebih awal dan pada masa yang sama, meminta Barisan Nasional (BN) tidak mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada musim haji. Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, sebagai seorang Islam, Najib tidak boleh menafikan hak mengundi kira-kira 30,000 jemaah haji yang bakal menunaikan haji kali ini dan pada masa yang sama menghalang mereka daripada menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. "Saya meminta Najib tidak berteka teki untuk mengumumkan tarikh pilihan raya dan saya bersetuju dengan kenyataan Nazri semalam berkaitan penetapan tarikh PRU mestilah setiap lima tahun sekali. "Jika Najib seorang Islam, beliau perlu memutuskan bahawa pilihan raya tidak akan dilaksanakan pada musim haji kerana memberi hak kepada orang yang pergi haji untuk mengundi pada PRU13," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat Pas hari ini. Semalam, Najib berkata, Barisan Nasional (BN) tidak terikat kepada desakan mana-mana parti politik atau pemimpin termasuk pembangkang untuk menetapkan tarikh pilihan raya. Beliau yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno berkata, mengadakan pilihan raya semasa musim haji juga bukan sesuatu yang baru kerana sejarah menunjukkan ia pernah dilakukan sebelum ini tetapi menegaskan ibadah perlu diutamakan berbanding sebarang urusan lain termasuk pilihan raya. "Dalam sejarah kita, kita pernah buat pilihan raya masa musim haji. Pilihan raya tahun 1986 kalau tak silap saya. Ada ahli jawatankuasa bahagian saya yang kebetulan hendak dicalon menjadi calon pilihan raya tapi saya tak dapat berhubung dengan dia sebab dia berada di Makkah. "Bila dia balik, dia terima hakikat bahawa dia tak dapat jadi wakil rakyat sebab kalau dia bertanding, dia menang pada masa itu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam. | 600 penggiat seni berhimpun di Kuala Lumpur esok Posted: 23 Jun 2012 04:36 PM PDT KOSMOKUALA LUMPUR - Seramai 600 penggiat seni terdiri daripada penyanyi, pengubah lagu, pelakon, penerbit filem dan drama serta aktivis seni telah mengesahkan kehadiran pada Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! 2012 esok. Pengarang Hiburan Kosmo!, Yusman Awang berkata, majlis yang bermula pukul 2 petang hingga 6 petang itu akan diadakan di Hotel Renaissance, Jalan Ampang di sini. Beliau berkata, antara artis terkenal yang hadir ialah Datuk Sharifah Aini, Datuk Yusof Haslam, Datuk Sheila Majid, Fauziah Ahmad Daud, Sofea Jane, Amy Search, Jamal Abdillah, Maya Karin, Rozita Che Wan, Eja, Fizo Omar, Ifa Raziah, Roslan Shah dan ramai lagi. "Pada majlis itu, artis dan karyawan seni lain boleh mendaftar karya kreatif mereka secara terus dan bersoal jawab mengenai hak-hak mereka seperti yang terkandung dalam Akta Hak Cipta (Pindaan) 2012," katanya di sini semalam. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual hadir pada majlis itu. Turut hadir, Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek (MyIPO), Datuk Azizan Mohamad Sidin dan Timbalan Ketua Pengarahnya, Mohd. Shahar Osman. Menurut Yusman, jumlah artis yang bakal menyertai majlis anjuran bersama MyIPO dan Kosmo! tersebut dijangka bertambah apabila ramai akan membuat pengesahan mengenai kehadiran mereka hari ini. "Selain itu, para pelajar pengajian media, pelajar institusi pengajian tinggi, blogger hiburan dan pihak media turut menghadiri majlis berkenaan," ujarnya. Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! 2012 akan menguar-uarkan kepada penggiat seni tanah air mengenai manfaat Akta Hak Cipta (Pindaan) 2012. Pindaan tersebut diluluskan oleh Parlimen pada 22 Disember tahun lalu dan diwartakan pada 9 Februari lepas. Ia memperuntukkan undang-undang yang lebih menguntungkan artis merangkumi aspek kutipan royalti lebih telus, penguatkuasaan semula Tribunal Hak Cipta, larangan muat turun bahan seni secara tidak sah serta jumlah bayaran minimum yang sepatutnya diterima penggiat seni. Yusman memberitahu, empat artis daripada era berlainan iaitu Hail Amir, Ramlah Ram, Zamani Slam dan Adira akan mengadakan persembahan khas pada himpunan artis yang terbesar di tanah air itu. Wakil-wakil persatuan artis termasuk Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez; Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi dan Presiden Persatuan Rakaman Industri Malaysia (RIM), Norman Abdul Halim juga dijangka hadir selain wakil Persatuan Artis Cina dan Persatuan Artis India. | Buku "Saloma" abadikan perjuangan seni Salmah Ismail Posted: 23 Jun 2012 04:31 PM PDT KOSMO KUALA LUMPUR — Kisah biduanita negara Allahyarham Salmah Ismail atau lebih dikenali sebagai Saloma, dan perjuangan seninya, kini diabadikan dalam buku hasil nukilan artis Ahmad Fauzee Samad. Ahmad Fauzee berkata penghasilan buku "Saloma" mengambil masa 17 bulan sejak Januari tahun lepas dengan galakan dan bantuan kakak Saloma, seniwati Mariani Ismail. "Buku ini merupakan buku pertama diterbitkan khas buat selebriti wanita tanah air. Saya mengambil masa hampir 17 bulan untuk menghasilkan buku ini (yang berkisar) mengenai perjuangan Saloma ketika bergelar anak seni," katanya semasa berucap pada pelancaran buku itu di sini malam tadi. Turut memeriahkan majlis pelancaran itu ialah seniman Datuk Mustapha Maarof, Kuswadinata dan seniwati Toh Puan Julie Faridah. Ahmad Fauzee juga berkata beliau membuat rujukan di Arkib Negara bagi menghasilkan buku setebal 500 muka surat itu. "Saloma, yang terkenal dengan genre muzik dan menjadi ikon fesyen, diintepretasikan melalui penulisan buku ini," katanya. Ahmad Fauzee berkata sebahagian kutipan hasil penjualan buku itu akan disalur kepada tujuh waris yang merupakan cucu biduanita negara tersebut. — BERNAMA | Posted: 23 Jun 2012 04:27 PM PDT MYMETRO
KUALA LUMPUR: Pengusaha pusat judi siber lebih gemar menggajikan warga asing sebagai operator bagi mengaut keuntungan kerana tidak perlu membuat bayaran upah mahal kepada pekerja berkenaan. Perkembangan itu dikesan dalam beberapa siri serbuan besar-besaran dijalankan cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras selama dua hari, bermula Rabu lalu. Ketua Polis Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh berkata, serbuan sempena Ops Dadu itu tertumpu di beberapa lokasi yang banyak aktiviti perjudian seumpamanya. Menurutnya, operasi diketuai dua pegawai dan 14 anggota itu dijalankan di dua lokasi iaitu Taman Miharja dan Taman Pertama. "Serbuan dilakukan selepas kami menerima maklumat mengenai kewujudan pusat perjudian di kawasan itu dan selepas disiasat, maklumat itu didapati betul. "Hasilnya, 14 kedai judi di kawasan perumahan itu diserbu dalam dua operasi berasingan selama dua hari," katanya. Pasukan D7 Cheras merampas 172 set mesin judi dan menahan 32 individu bersama rampasan wang tunai sebanyak RM2,120. Dalam serbuan pertama membabitkan sepasukan anggota polis diketuai bersama Inspektor Zaili Zakaria di Taman Miharja, 18 individu berusia 20-an hingga 50-an ditahan manakala 91 set komputer dirampas. |
Posted: 24 Jun 2012 03:01 PM PDT KAHERAH - Wakil Ikhwanul Muslimin, Mohammed Mursi diisytihar memenangi pemilihan Presiden Mesir yang pertama selepas Hosni Mubarak digulingkan awal tahun lalu. Mohammed, yang mewakili Parti Kebebasan dan Keadilan, memperoleh 51.73 peratus undi atau lebih 13 juta undi manakala pencabarnya di pusingan kedua pemilihan, Ahmed Shafiq, yang juga bekas Perdana Menteri era Hosni, mengumpulkan 48.27 peratus undi atau lebih 12 juta undi. Menjelang pengumuman hari ini, yang mula dibuat sejak jam 9 malam tadi (waktu Malaysia), protes diadakan di Dataran Tahrir ekoran pengumuman Majlis Agung Angkatan Tentera (Scaf) bahawa pihaknya mahu mengurangkan atau mengehadkan kuasa presiden dan pada masa yang mengukuhkan kuasa tentera. Pemilihan pusingan kedua diadakan awal minggu lepas. Sebaik sahaja pengundian berakhir, kedua-dua calon itu mengisytiharkan diri mereka sebagai pemenang. Keputusan pemilihan sepatutnya diumumkan Khamis lalu, tetapi ditangguhkan ekoran aduan daripada calon-calon yang bertanding berhubung proses pengundian dan kiraan kertas undi. Pusingan pertama pemilihan diadakan bulan lalu. Seramai 50.3 juta pengundi layak mengundi pada pemilihan kali ini. Kira-kira 37,000 kertas undi telah dibatalkan, kata Ketua Suruhanjaya Pemilihan Presiden, Farouk Sultan yang membacakan mukadimah kira-kira 90 minit sebelum mengumumkan nama pemenang sekitar jam 10.30 malam (waktu Malaysia). Katanya, suruhanjaya itu menerima sebanyak 452 rayuan daripada kedua-dua calon. Pengumuman itu membawa kepada kegembiraan di kalangan penyokong Mohammed yang berhimpun di Dataran Tahrir sejak beberapa hari lalu. Kelewatan pengumuman mencetuskan rasa gelisah dan ketegangan di Mesir khususnya di kalangan penyokong dan pengikut Mohammed. Pengumuman dibuat di sebalik kawalan ketat ekoran kebimbangan bahawa keputusan pemilihan boleh membawa kepada pergaduhan, sekali gus mencetuskan keadaan tidak terkawal sebagaimana disaksikan awal tahun lalu - ketika kebangkitan rakyat yang membawa kepada kejatuhan kepimpinan Hosni. Keputusan pemilihan pusingan kedua ini diumumkan kira-kira dua minggu selepas Hosni dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan hampir seminggu selepas pihak pemerintah tentera mengumumkan akan menyerahkan kuasa kepada presiden baru, tetapi mengekalkan beberapa kuasa penting di pihak mereka. Kuasa presiden dihadkan manakala perlembagaan pula belum dirangka. |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan