Pengikut

Barisan Nasional

Posted by Admin Direktori Blog | | Posted on 7:20 PG

sumber :-

Barisan Nasional


KEMBARA DI PERJALANAN INI

Posted: 05 Mar 2015 07:16 AM PST

KEMBARA DI PERJALANAN INI


CARA MEMIMPIN HATI (8) - BERTAFAKUR, BERGAUL DAN PIMPINAN MURSYID

Posted: 04 Mar 2015 06:44 PM PST

C. BERTAFAKUR 


Seterusnya kita lalui jalan berfikir (tafakur). Banyak ayat Al Quran yang menganjurkan kita berfikir. Firman Allah SWT:
Maksudnya: "Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) diri mereka?" (Rom: 8)
Maksudnya: "Apakah kamu tidak memikirkannya?"
(Al An'am: 50)
Maksudnya: "Pada diri kamu mengapa kamu tidak memerhatikannya."(Az Zariyat: 21)

Berfikir yang dimaksudkan di sini ialah merenung dengan hati dan akal tentang ciptaan Tuhan hingga datang rasa insaf dan terasa kelemahan diri. Misalnya memikirkan rahsia ciptaan alam sehingga terasa kebesaran Allah dan timbul rasa gerun pada kekuasaan-Nya. Seterusnya memikirkan rahsia perjalanan hati yang bergelombang antara berbagai alunan rasa mazmumah dan mahmudah. Yakni tanpa dikontrol oleh kita, dapat kita rasakan satu pentadbiran Yang Maha Agung sedang mengawasi diri kita.


Kesannya kita akan rasa sungguh takut untuk menderhakai Allah. Merenung dan berfikir tentang mati, yang tidak pernah ada seorang pun dapat mengelak darinya sehingga timbul rasa ingin beramal secara serius, sekaligus mahu membuat persiapan ke arah itu. Berfikir terus tentang itu semua, insya-Allah hati kita akan dimasuki sifat-sifat mahmudah. 

Jadi untuk memiliki sifat-sifat mahmudah mestilah seseorang itu membuat latihan-latihan berfikir seperti berfikir tentang kesalahan diri, tentang dosa dan tentang mazmumah dalam diri. Bawa tafakur dan merenung barulah terasa betapa buruknya mazmumah. Ketika itu barulah mahu menyerah dan menghina diri kepada Allah. 

Kesannya akan mendorong kita untuk tunduk dan patuh kepada Allah dan perintah-Nya. Mendorong kita menjadi tawadhuk, rendah diri, berlemah-lembut sesama manusia dan memiliki lain-lain sifat mahmudah. Jadi berfikir juga salah satu cara boleh membaiki diri seseorang.


D. BERGAUL
Tarbiah dan didikan juga boleh didapati melalui pergaulan.Imam Al Ghazali r.hm. ada berkata, di antara cara-cara yang praktikal untuk membaiki diri, hendaklah kita bergaul dengan orang ramai. Melalui pergaulan dapat dikesan sifat-sifat buruk kita. 

Manusia umum biasanya lebih memperkatakan tentang keburukan kita daripada kebaikan kita yang kadang-kadang kita sendiri tidak sedar dan tidak tahu itu satu kejahatan. Jadi bila kita dikata orang, barulah kita tahu akan kejahatan diri. Maka di waktu itu mudahlah untuk membaikinya.



E. PIMPINAN MURSYID 
Cara membaiki diri seterusnya ialah melalui pimpinan. Pemimpin atau guru mursyid itu mampu memimpin kerana kelebihannya yakni dia lebih tahu tentang kecacatan dan kelemahan muridnya lebih daripada muridnya mengenali dirinya sendiri. Mengetahui tentang sir dan batin muridnya. Tahu pula membaca hal-hal halus yang ada pada hati seseorang. 

Pemimpin yang soleh atau guru mursyid itu juga nampak dan boleh menunjuk kelemahan diri kita. Boleh mendidik dan menunjuk ajar. Biasanya cara ini lebih berkesan dan lebih cepat untuk kita membuat perubahan diri. Asalkan kita dapat memberi kepatuhan kepadanya tanpa berbelah lagi. Biasanya dia sentiasa buat teguran kepada pengikut-pengikutnya atau murid-muridnya sama ada secara langsung dengan lisan mahupun dengan perbuatan secara tidak langsung.


Jadi pimpinan pemimpin yang mursyid itu lebih berkesan daripada latihan-latihan lain dalam membaiki diri yakni membaiki roh kita itu. Walau bagaimanapun pelbagai macam latihan lagi boleh dibuat. Terpulanglah kepada kesedaran dan kemampuan kita.


Begitulah ilmu tentang roh atau ilmu rohani. Ia adalah ilmu untuk dapat mengesan sifat-sifat roh sama ada yang mahmudah untuk disuburkan mahupun yang mazmumah untuk ditumpaskan supaya roh kita ini bersih dan murni. Membersihkan roh atau hati itu mestilah melalui dua peringkat. 

Peringkat awal dengan mengetahui ilmu dan peringkat kedua melalui latihan. 

Setelah menempuh kedua-dua jalan ini, dengan hidayah dan taufik daripada Allah, hati atau roh itu akan bersih. Sedangkan hati ini merupakan raja dalam kerajaan diri. Dialah yang mengarah, dialah yang menahan, dialah yang menyuruh dan sebagainya.


Bila mana roh dan hati ini menjadi raja dalam diri, kalau raja sudah bersih, ertinya raja itu sudah baik, maka segala anggota lahir atau jawarih seperti tangan, kaki, mulut, mata, telinga dan lain-lainnya, akan mematuhinya. Walaupun terasa berat, bila hati sebagai raja dalam negara diri sudah memerintah, maka seluruh rakyat dalam dirinya akan mematuhinya.


Ditegaskan sekali lagi, anggota-anggota lahir itu adalah ibarat rakyat dalam negara diri dan hati adalah rajanya. Bila raja baik, seluruh rakyat akan baik. 

Maknanya seluruh anggota lahir kita ini akan baik. Tetapi bila raja itu jahat, maka dikerahkan pula anggota lahir kita ini untuk buat kerja-kerja jahat. Bila raja dalam diri baik, baiklah seluruh jawarih, maka jawarih kita ini akan tunduk kepada perintah Allah. Itulah anggota manusia yang bersyariat. Jadi anggota lahir ini boleh bersyariat kerana hati itu bersyariat. Anggota lahir kita ini baik, kerana hati itu baik. Anggota lahir kita ini boleh rukuk dan sujud, kerana hati itu sudah rukuk dan sujud. Anggota lahir ini walau bagaimana susah pun, dia sanggup juga tunduk kepada Allah kerana hati sudah tunduk. 

Inilah yang dimaksudkan oleh sabda Rasulullah SAW: 

Maksudnya: "Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, kalau baik daging itu maka baiklah manusia, kalau ia rosak maka rosaklah manusia. Ketahuilah itulah hati atau roh." (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Nukman bin Basyir)


Begitu besarnya peranan hati atau roh ini. Ia adalah raja dalam kerajaan diri. Sebab itu Allah memerintahkan hati atau roh mesti dibersihkan. Bersihkan mazmumahnya digantikan dengan mahmudah melalui takhalli, tahalli dan tajalli, sepertimana yang telah dibahaskan.


Jadi baru kita tahu anggota lahir kita ini akan bersyariat bila hati itu bersyariat. Anggota lahir itu baik bilamana hati itu baik. Bila anggota lahir itu tidak patuh kepada Allah atau tidak bersyariat, itu menunjukkan hati tidak baik. Jahatnya berpunca dari hati yang tidak baik. 

Ertinya raja dalam kerajaan diri ini sudah khianat dan sudah zalim hingga dia menzalimi semua rakyatnya yang ada dalam dirinya, iaitu anggota lahir atau jawarih kita itu. Jadi kalau hati yang menjadi raja dalam kerajaan diri sudah baik, maka dia akan kerahkan anggota lahirnya sebagai rakyat dalam diri membuat baik. 

Maka Allah berkata dalam Al Quran: 

Maksudnya: "Sesungguhnya mendapat kemenanganlah orang yang membersihkan hatinya (roh atau nafsu). Dan kecewalah orang-orang yang mengotorinya." (As Syams: 9-10)


Jadi Allah sebut orang yang hatinya baik, dia akan berjaya atau menang dalam hidup. Berjaya di dunia dan berjaya di Akhirat. Mendapat kemenangan di dunia dan mendapat kemenangan di Akhirat. Sebaliknya, kalaulah hati seseorang itu sudah rosak, hatinya kotor hingga mazmumahnya subur, mahmudahnya kurus, maka hati yang kotor itulah yang akan mengecewakan manusia di dunia lagi. Hidupnya lintang-pukang, haru-biru, tidak ada kasih sayang, tidak ada kemesraan, selalu bergaduh, bergeseran dan krisis hingga membawa peperangan. Maka dengan kerosakan itu tidak ada lagi keamanan di dunia ini. 

Ini semua adalah hasil atau kesan daripada roh atau jiwa atau hati yang tidak dibersihkan. Akibatnya gagallah hidupnya walaupun dia seorang kaya, seorang raja, seorang pembesar atau seorang alim. Orang yang gagal di dunia, akan gagal di Akhirat. Orang yang kecewa di dunia, akan kecewa di Akhirat. Di Akhirat terjun ke Neraka.



Sebab itu dalam ajaran Islam, membersihkan roh itu amat penting sekali bahkan diwajibkan yakni dengan cara mempelajari ilmu rohaniah atau ilmu mengetahui tentang sifat-sifat roh atau hati. Roh itulah hakikat diri manusia.

Ia adalah penentu baik atau jahatnya seseorang itu. Oleh itu bila roh manusia baik, ertinya manusia itu kembali kepada hakikatnya iaitu bersifat seperti manusia. Kalau rohnya diabaikan hingga penuh dengan sifat mazmumah, maka dia tidak kembali kepada hakikatnya. 

Walaupun rupanya manusia tetapi sifatnya mungkin haiwan atau mungkin syaitan.




Begitulah pentingnya roh atau hati dalam Islam. Begitu penting mempelajari ilmu rohani supaya kita tahu tentang sifat-sifat roh itu. Yang mahmudahnya hendak kita suburkan manakala yang mazmumahnya hendak kita tumpaskan dan dicabut buangkan. 

Perbincangan atau perbahasan ini hanya ada di dalam ilmu tasawuf. 

tunku

Posted: 05 Mar 2015 03:35 AM PST

tunku


Najib instructs A-G to vet 1MDB's accounts

Posted: 04 Mar 2015 04:06 AM PST

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak (pic) has instructed the Auditor-General to verify 1Malaysia Development Berhad's (1MDB) accounts and forward the findings to the Public Accounts Committee (PAC).

In a statement on Wednesday, the Prime Minister said that the A-G's report would be passed for transparent inspection to the PAC, which is bi-partisan.

"If any wrongdoing is proven, the law will be enforced without exception," Najib said.

1MDB and its auditors were asked to brief Cabinet on Wednesday over its current situation and responded to questions posed by the ministers, including the Prime Minister and Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.

The Cabinet was told that recent allegations directed at 1MDB were related to transactions undertaken by third parties and not 1MDB.

Aspirasi Bangsa

Posted: 05 Mar 2015 01:44 AM PST

Aspirasi Bangsa


Penjara tidak benarkan Anwar ke Parlimen

Posted: 04 Mar 2015 04:09 AM PST

Taipingmali (tm)

Posted: 05 Mar 2015 01:20 AM PST

Taipingmali (tm)


Jahatnya Puak-Puak Ini!

Posted: 04 Mar 2015 07:20 PM PST

Pemeritahan Negara akan kita turunkan  dengan aman tanpa merosakkan harta benda awam kerana harta benda adalah milik kita bersama.

Perbahasan Elizabeth Wong :

1. Beliau memulakan ucapan dengan menyatakan pemimpin yang menerajui kita pada hari ini jelas tidak menunjukkan beliau berjiwa rakyat. Sebagai contoh P.M. boleh main golf waktu banjir melanda di sebahagian utara dan pantai timur negara.

2. Seterusnya, ada NGO telah mendedahkan nilai handbag Datin Seri Rosmah yang digelar sebagai rambut besar hampir Rm100, 000 lebih.

3. Kemudian, Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat telah masuk ke Negeri Kelantan untuk membantu mangsa banjir dengan membina perumahan. Dimana Najib ketika itu. Tuan Puan boleh berfikir sendiri dimana beliau ketika itu.

4. Selain itu, beliau juga mengajak rakyat untuk menentang kezaliman UMNO Barisan Nasional dan terakhir beliau juga turut mengajak rakyat untuk turun 7 Mac 2015 ini bagi menentang kezaliman serta menunjukkan rasa solidariti terhadap Anwar Ibrahim.

Perbahasan Fahmi Fazil :

1. Beliau menyatakan, beliau kali pertama memberi ucapan, sebelum ini saya bekerja sebagai setiausaha kepada ahli Parlimen Pantai Y.B. NURUL IZZAH.

2. Seterusnya, beliau mengajak hadirin supaya menentang kezaliman UMNO Barisan Nasional.

3. Selain itu, beliau mendengar dan melihat setiap perbicaraan yang dipertahankan oleh Y.B. Sivarasa sewaktu berhujah dalam mahkamah sedikit pun tidak diambil kisah oleh pihak hakim. Beliau berada di dalam mahkamah sebagai penyampai keadaan dalam mahkamah kepada rakan di luar mahkamah.

4. Terakhir, beliau menyeru kepada hadirin supaya mengajak kawan-kawan untuk turun ke SOGO 7 Mac 2015 ini bagi menunjukkan rasa solidariti terhadap Anwar Ibrahim.

Perbahasan Y.B. Sivarasa Rasiah :

1. Beliau menyatakan satu cara untuk keluarkan Anwar Ibrahim adalah dengan menumbangkan Kerajaan barisan nasional.

2. Seterusnya, kes Anwar Ibrahim jelas direka-reka oleh  pihak kerajaan. Ini  adalah konspirasi politik.

3. Kemudian, Institusi kehakiman dipengaruhi oleh politik. Masalah ini kita tidak boleh selesai di peringkat mahkamah.

4. Selain itu, UMNO takut dengan Anwar Ibrahim dengan meletakkan beliau ke dalam penjara. Kalau Anwar Ibrahim terus bebas UMNO akan hancur.

5. Tujuan utama Pakatan Rakyat adalah ingin tumbangkan UMNO Barisan Nasional.

6. Anwar Ibrahim adalah Satu Simbol, Satu ILHAM kepada kita untuk meneruskan perjuangan rakyat.

7. Institusi Kehakiman sudah tidak boleh dipercayai kerana campur tangan politik. Kemudian kita cuba beralih kepada institusi raja dengan menghantar petisyen kepada taunku Agong.

Perbahasan Y.B. Rafizi Ramli :

1. Beliau menyatakan dalam Al Quran ada ayat yang menyatakan kalau menuduh seseorang berzina kena bawa 4 orang saksi.

2. Mana perginya ISMA? PERKASA? NGO? UMNO? yang kononnya mempertahankan AGAMA. Kenapa berdiam diri seribu bahasa berkenaan KEBENARAN.

3. Seterusnya, tuan puan dengar tv3 dan media arus kerajaan yang lain berkenaan Anwar Ibrahim tidak bersumpah. Saya nak jelaskan bersumpah jelas bukan dalam perundangan Islam. Sumpah ini perlukan syarat-syarat. Jenis manusia yang suka bersumpah ini jenis manusia yang LAHANAT. Sumpah ini dikaitkan dengan Saiful Bukhari yang takut sampai bersumpah di depan kaabah.

4. Kemudian, orang UMNO sibuk dok tanya kenapa Anwar tak bawa saksi ALIBI. Saya nak beritahu dalam sistem Perundangan Islam dan Perundangan Sivil mana-mana negara sekalipun. Orang yang menuduh kena datangkan saksi bukan tertuduh yang perlu bawa saksi. Pihak berkuasa yang menuduh adalah kerajaan, polis dan sebagainya. Tidak ada satu bukti pun yang di bawa oleh pihak pendakwaraya berkenaan saiful bukhari berada dalam kondo. Yang ditunjukkan bukti rakaman sisi tv saiful bukhari dan anwar ibrahim masuk dan keluar lif. Tunjukkanlah saiful berada dalam kondo bukan keluar masuk lif.

5. Selain itu, yang dibuktikan dalam mahkamah adalah DNA bukan Air Mani sebab iti DNA boleh ditanam.

6. Beliau juga menyatakan Ringgit Malaysia makin jatuh. Ahad baru ini Najib dan Rosmah bagi hadiah kepada kita iaitu Minyak Mahal sedangkan harga minyak mentah tidak berubah.

7. Terakhir beliau menyatakan bahawa Jolo seorang budak duduk luar negara kawan kepada rosmah dan najib terlibat dalam Isu 1MDB. Beliau Jolo tiap-tiap malam berjoli dengan duit 1MDB tersebut.

Hebat noooo depa ni............

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 04 Mar 2015 11:33 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


JEDI NAK SERANG MALAYSIA?...BIAQ BETUI

Posted: 04 Mar 2015 05:46 PM PST


Kecuh di dada-dada akhbar tentang kelibat Jedi nak serang Malaysia. 

Jedi yang dimaksudkan adalah seorang pengganas Islamic States (IS) bernama Muhammad Wandy Mohamad Jedi bersama lebih 60 lagi rakyat malaysia yang kini terlibat sebagai militan IS di Syria dan Iraq.

Sebenarnya bukan Jedi atau keganasan yang mereka lakukan di Syria atau Iraq yang mahu diwar-warkan tetapi kesan dan ancaman yang mereka akan lakukan jika puak-puak ini berjaya bolos balik ke Malaysia. 

Siapakah target mereka untuk menyambung aktiviti keganasan di Malaysia?

Di Syria dan Iraq mereka menyembelih, menembak, membakar dan mengebom mangsa-mangsa yang tidak sealiran dengan mereka, bahkan mereka membenci semua idealogi dan sistem politik di dunia ini.

Lantaklah korang nak mengganas kat sana, halang pun mereka nak pergi berperang juga.

Di Syria dan Iraq mereka memusnahkan segala monumen bersejarah purba atas alasan ia bertentangan dengan ajaran agama...

Lantaklah korang, kita larang pun mereka tak akan dengar dan kesah.  

Tapi bagaimana jika keganasan mereka itu menjadi inspirasi kepada rakyat di negara ini?

Siapakah sasaran mereka?

Di luar negara mereka mengganas membunuh siapa saja yang dianggap musuh termasuklah puak-puak yang berbeza agama dan kononnya berbeza aliran pemikiran dengan mereka.

Kalau mereka bolos masuk ke Malaysia...agak-agaklah siapa sasaran mereka?

Militan IS merosakkan pelbagai monumen dan artifak sejarah antaranya patung-patung zaman era mesapotamia. Agak-agaknyalah patung-patung apa yang akan dihancurkan jika IS melakukan keganasan di Malaysia?

Jika terjadinya keganasan di negara ini agak-agak siapa yang akan kata itu semua adalah sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat?

Semuanya adalah untuk kepentingan politik pihak kerajaan...

Semuanya adalah untuk menghalalkan duit rakyat digunakan untuk membeli senjata dan mengukuhkan pertahanan, menambah bilangan penjawat awam, memberi kontrak pembekalan pada kroni dan sebagainya.

Puak-puak itu juga yang akan bising kononnya mereka membayar cukai terlalu banyak tapi tak mahu ia digunakan untuk kepentingan kaum-kaum lain atau kepentingan keselamatan.  

Nanti mereka akan bising dalam Parlimen dan pelbagai forum hingga turun ke jalanan mempersoalkan ketelusan walhal usaha memerangi keganasan adalah tanggungjawab semua pihak dan sebagai kerajaan ia adalah satu kewajipan.

Dari dok melalak kata kerajaan tak betul, apa pula jasa mereka untuk pembangunan dan keselamatan negara?    

Puak-puak IS Malaysia di Timur Tengah ni sememangnya merancang pulang ke tanah air untuk mengembangkan dan mnggulingkan kerajaan sedia ada secara kekerasan dan menubuhkan sebuah daulah islamiyah ala-ala IS.

Samalah dengan impian DAP dan PKR untuk menggulingkan kerajaan sedia ada dengan cara menghasut rakyat membenci kerajaan sedia ada dengan cara menyemai fahaman sosialis - liberal -chauvinist.

Agak-agaknya bolehkah DAP atau PKR berhadapan dengan IS untuk menubuhkan kerajaan impian mereka dengan cara menggulingkan kerajaan demokrasi yang sedia ada ini?  



DAP PUJUK PAS TANGGUH HUDUD, PAS TOLAK

Posted: 04 Mar 2015 05:00 PM PST

PAS Kelantan menolak cadangan DAP supaya menangguhkan Kanun Jenayah Syariah 1993 (hudud) dibentangkan sebagai rang undang-undang persendirian di Parlimen sehingga ia selesai dibentangkan dalam Mesyuarat Pakatan Rakyat.
Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, sebarang penerangan diberikan mengenai agenda hudud tidak akan membawa manfaat.
"Saya telah memberi sebab-sebab kerajaan Kelantan memperjuangkan hudud kepada pemimpin tertinggi DAP sekurang-kurangnya empat kali. Apa lagi yang mereka mahu.
Sekali lagi, saya menekankan hudud Kelantan diperjuangkan sebelum wujudnya Pakatan Rakyat dan seruan supaya tangguh pembentangan undang-undang hudud itu bulan ini harus dihentikan," katanya selepas menghadiri mesyuarat exco di sini pagi tadi, lapor Antarapos.
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan dan juga pengerusi jawatankuasa teknikal hudud negeri diminta mengulas gesaan terbaharu Penasihat DAP Lim Kit Siang supaya menangguhkan hudud.
Kit Siang dalam kenyataan yang dilaporkan The Malaysian Insider semalam berkata ketiga-tiga parti dalam PR bersetuju tidak melaksanakan undang-undang Islam itu hingga ia selesai dibentang sepertimana diputuskan pada 8 Februari lalu.
"Walaupun terdapat laporan yang sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan akan berjalan pada 18 Mac, pindaan kepada Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993 masih belum dibentangkan kepada Majlis Pimpinan PR untuk dikaji, sepertimana diputuskan pimpinan PR daripada DAP, PKR dan PAS dalam mesyuarat pada 8 Februari," katanya.
Justeru memandangkan faktor kesuntukan masa bagi membincangkan undang-undang hudud itu, Kit Siang telah menggesa kerajaan PAS Kelantan menangguhkannya terlebih dahulu.

CONFIRM MAT SABU AKAN TANDING PRESIDEN PAS, KEMPEN SUDAH BERMULA

Posted: 04 Mar 2015 08:06 AM PST

Semalam, Pas Kawasan Pendang, Kedah menerusi kenyataan Yang Dipertuanya, Datuk Mohamed Taulan Rasul menyifatkan kenyataan Cikgu Pa itu lebih bersifat peribadi, dan tidak akan mempengaruhi keputusan yang akan dibuat pada muktamar Pas kawasan itu nanti.
Menurut Mohamed Taulan, pihaknya akan mengutamakan kehendak ahli akar umbi termasuk dalam pencalonan apa jua jawatan termasuk presiden dan timbalan presiden.
Di Kedah, selain Pas Kuala Kedah yang diketuai Presiden Pasma, Datuk Phahrolrazi Zawawi diketahui kubu kuat Mat Sabu, Pendang juga adalah antara kawasan yang mempunyai pengaruh Timbalan Presiden Pas itu.
Paling menarik untuk diberi perhatian dalam situasi ini ialah kelmarin, Mat Sabu dilaporkan telah menghadiri satu program di Terengganu, negeri Tok Guru Haji Hadi sendiri.
Apakah ini boleh dianggap tanda awal cubaan untuk mencabar Presiden apabila kubunya sendiri mula 'diserang'?
Apa mungkin Pas Kawasan Batu yang diketuai Ishak Surin, penyokong kuat Mat Sabu akan mencalonkannya untuk mencabar Abdul Hadi?
Ishak juga antara pemimpin Pas yang paling ke depan mencadang supaya Hadi diangkat ke jawatan Mursyidul Am menggantikan arwah Tok Guru Nik Aziz yang dilihat sesetengah pihak sebagai isyarat supaya dibuka laluan mudah untuk Mat Sabu terus ditabal sebagai Presiden Pas.

The Unspinners

Posted: 04 Mar 2015 11:32 PM PST

The Unspinners


Azmin ke Sarawak lancar Bilek Gerakan Sarawak?

Posted: 04 Mar 2015 10:32 PM PST

Entah apa sebenarnya tujuan lawatan Azmin Ali ke Sarawak. Ia bukan ada kena-mengena langsung dengan kerjanya selaku Menteri Besar Selangor. Dipercayai Azmin Ali ke Sarawak untuk melobi dan berkempen bagi jawatannya dalam PKR.


 Untuk menutup tujuan sebenar Azmin rasmi kedai kopi di atas sebagai bilek gerakan PKR untuk piihanraya negeri akan datang. :)

Anjing suruhan DAP minta batal Perjanjian Perkara 18 dan Deklarasi Kucing!!!

Posted: 04 Mar 2015 07:27 PM PST


Pada September 16, Anwar ke Kucing Sarawak untuk buat Deklarasi Kucing.


Kononnya antara deklarasi adalah Pakatan rakyat dan PKR menyokong 18 point agreement yang antara lain kuasa kerajaan negeri untuk mengawal pelawat yang masuk Sarawak termasuk pelawat dari Semenanjung. Baca AIDC SINI


Sarawakiana melaporkan Azmin gesa Tan Sri Adenan Satem hentikan larangan masuk kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang suka gegarkan politik negeri dengan rasisma dan extremisma:

Azmin yang dipetik dari Bernama sebagai berkata, PKR menghormati Perkara 18 Perjanjian Malaysia namun meminta budi bicara Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem untuk mempertimbangkan permohonan itu.
"Saya meminta ketua menteri melihat semula tindakan terhadap beberapa pemimpin PKR yang dihalang masuk ke Sarawak. Saya tegaskan sementara kita menghormati undang-undang Imigresen dan autonomi Imigresen dalam Perkara 18, tetapi atas budi bicara ketua menteri, saya minta dapat membantu perkara ini."

"Dan sekiranya ada maklumat yang perlu disampaikan kepada kami tentang mengapa mereka tidak dibenarkan masuk, kita boleh cari jalan penyelesaian," katanya lagi kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Adenan di Pejabat Ketua Menteri, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya hari ini.

Larangan ke atas beberapa individu yang terdiri dari pemimpin pembangkang oleh kerajaan Sarawak mempunyai motif tersendiri kerana Sarawak tidak mahu terjebak dengan permainan politik kotor sepertimana yang dimainkan oleh pembangkang di Semenanjung.

Baca sepenuh di SINI

Apa nama hormati perjanjian 18 jika cuba persoal kuasa Ketua Menteri???? Nampak sangat Azmin jadi anjiing suruhan DAP ...

Kebijaksanaan Adenan Satem membalas tuba Azmin dengan madu

Posted: 04 Mar 2015 04:32 PM PST


Semalam pagi Azmin Ali di escort polis rider dari hotel Grand Continental ke Wisma Bapa Malaysia untuk berjumpa Ketua Menteri Sarawak.

Dalam ceramah dan kempen-kempennya di Sarawak sepanjang 'lawatannya' itu, Adenan Satem disifatkannya sebagai tidak berakal. Antara kata-kata Azmin semasa dalam satu ceramahnya di sana ialah 'Menteri di Sarwak, habis tanah dirampas."



Namun di sebalik pelbagai kata-kata fitnah dan hasutan, Azmin masih dilayan baik oleh Ketua Menteri Sarawak. Dia disambut dengan kenderaan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri berserta dengan anggota polis trafik sebagai penggiring.

Walaupun Azmin bukan tetamu diundang, Ketua Menteri Sarawak ini tetap diterima sebagai tetamu. Dengar-dengar cerita, Azmin Ali sebenarnya sudah pun berada dalam senarai NTL Kerajaan Negeri Sarawak tetapi akhirnya dia dibenarkan masuk ke Sarawak selaku ketua yang memimpin sebuah Kerajaan Negeri lain.

Hak untuk menerima atau menolak pelawat ke negeri Sarwak ini adalah hak kepmimppinan negeri selari dengan 18 points agreement yang konon dijuangkan oleh Pakatan Rakyat.


Begitu murah hati kerajaan Negeri Sarawak, namun Azmin terus bersikap kurang ajar. Pasti rakyat Sarwak boleh lihat betapa biadap pelawat Pakatan Rakyat dari Semenanjung. Tidak menolak kemungkinan permintaan untuk jumpa Tan Sri Adenan Satem hanya helah Azmin untuk buat permintaan yang tak disangkakan akan diterima

Barangkali tidak cukup pandai menurut standard Azmin Ali dan PKR, tapi sebenarnya layanan Kerajaan Negeri Sarawak ke atas Azmin Ali adalah perangkap Adenan Satem yang menjerat dengan kematangan berpolitik.


Meskipun teruk difitnah dan ditohmah oleh PKR dan DAP, Adenan berjaya menyampaikan mesej mesej kepada Azmin supaya berhemah dan beradab dalam politik. Pembangkang yang datang dari Semenanjung perlu hormat orang Sarawak!

Pemimpin PKR yang datang untuk mengajar rakyat Sarawak untuk bersifat biadap dan kurang ajar hanya telah membodohkan diri mereka kerana politik membenci yang dibawa hanya memperlihatkan kebodohan pemimpin Pakatan dalam kurang memahami suasana dan budaya Sarawak.


Sebagai tetamu para pemimpin Pakatan dari Semenanjung yang datang ke Sarawak tidak perlu membawa budaya kurang ajar dan biadap ke negeri itu. Tidak cukupkah mereka menaja SSKM dan Sarawak for Sarawakians yang bertujuan memecahbelahkan rakyat negeri itu? Tidak cukupkah DAP dengan kempen Anti-Christ yang menjadi tunjang kempen semasa PRN tahun 2011?


Gambar ini hanya hiasan dari meme dari pemimpin tertentu dalam PBB yang belum matang dan terikut mainan politik benci ala PKR, DAP dan PASMA supaya Menteri di atas boleh jatuh.

Kematangan Adenan Satem untuk tidak membenarkan UMNO beroperasi di Sarawak sebenarnya adalah perkiraan yang bijak. Jika UMNO wujud, maka PKR dan DAP yang berasal dari Semenanjung pun akan lagi galak dengan politik biadap dan kurang ajar terhadap UMNO.

Serangan PKR dan DAP kepada UMNO pastinya akan dibalas, sekaligus akan menyeret sekali PBB yang dipimpin oleh Adenan Satem dan keseluruhan rakyat Sarawak yang telah mengecapi keamanan dan kesejahteraan selama berada dalam Malaysia.

RM500 seorang sedia dibayar Nik Nazmi, Rafizi agar Mac 7hb tak kekosongan

Posted: 04 Mar 2015 06:36 AM PST





Macam Peliwat negara tak biasa bayar2 orang ....


Reformasi 2.0 masih berkeras mahu kumpul di Sogo untuk Mac 7hb hari minggu ini walaupun sudah diarah polis buat di padang merbuk. Pengganas memang gitu. Tak peduli orang ramai.

Tapi mahu peintah malaysia.


Sampai RM500 sedia diberi untuk orang luar datang.

RAFIZI RAMLI UMPAN RM150 SEORANG DAN RM500 UNTUK SETIAP CABANG PKR BAGI DEMONSTRASI BESAR 7 MAC DI HADAPAN SOGO, JALAN TAR | buletin - http://buletinsengal.blogspot.com/2015/03/rafizi-ramli-umpan-rm150-seorang-dan.html

Sogo hanya taktik nak tarik sokongan

Posted: 04 Mar 2015 04:34 AM PST





Lagi effigi Shafee dibakar akan hanya tarik orang ramai untuk dengar

Posted: 04 Mar 2015 01:30 AM PST










Hehehe ... malam tadi Tan Sri Shafee Abbdullah tidor nyenyak walaupun effigy gambarnya di bakar. Pasti keesukkannya dia ke pejabat dan mahkamah tanpa masaalah.

Yang sebenarnya terbakar adalah mini reformasi 2.0 yang tak menjadi-jadi.


Lagi aksi begini hanya buat orang ramai sedar bahawa PKR takut Shafee memberi "his side of the story" dan membentangkan "case fact" yang tak difahami ramai.

Bar Council pun tak berani nak debat. Adam Adli hanya nyamuk yang boleh ditepuk!

Pengakuan Phahrolrazi bahawa PASMA terima duit DAP

Posted: 03 Mar 2015 11:30 PM PST


Kenapa belum sedia kalau ianya fitnah?

Pastinya ada kebenaran dalam tuduhan PASMA terima dana dari DAP untuk jatuhkan Ulamak untuk kuasai PAS bagi pihak DAP.

Kalau buat laporan polis dan disiasat, maka ianya akan dibenci oleh ahli bawah.

Usahlah nak nafi lagi bila PASMA boleh mampu adakan majlis di hotel yang dikunjungi PKR dan DAP. PASMA sedia jemput Teresa Kok yang kuat membenci Islam...







Duit penganjuran mesti dari DAP ni ...

Panglima Perang Cyber

Posted: 04 Mar 2015 11:21 PM PST

Panglima Perang Cyber


Ustaz Kazim Elias Bidas Mufti Perlis Gopoh !!!

Posted: 04 Mar 2015 05:28 PM PST

Sumber : Utusan Malaysia 5.3.2015

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 04 Mar 2015 09:28 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Tindakan MAZA Ini Amat Memalukan Sekali

Posted: 03 Mar 2015 11:54 PM PST



JURI RAKYAT

Posted: 04 Mar 2015 07:10 PM PST

JURI RAKYAT


17 batu akik terbaik dan manfaatnya

Posted: 04 Mar 2015 06:42 AM PST

17 batu akik terbaik dan manfaat bagi pemakainya
beberapa macam jenis-jenis batu yang terbaik di dunia dan manfaatnya bagi pemakai versi jurirakyat.blogspot.com diantaranya adalah sebagai berikut :

  • 1.Jenis Batu Akik terbaik di dunia namanya Mata Harimau dan manfaat bagi pemakainya


bentuk daripada batu ini menyerupai mata harimau ada di beberapa penjuru negeri seperti jerman,rusia,afrika selatan,australia. ciri-cirinya berwarna warna emas,coklat serta hitam,kelebihan batu akik mata harimau adalah mempunyai daya magnetic tersendiri bagi sipemakai disegani oleh banyak orang bagi yang memakainya,orang yang cocok memakainya adalah orang yang wataknya keras atau selalu dalam kehidupan yang banyak rintangan agar terhindar dari musuh juga jauh dari segala bentuk kejahatan orang yang ingin mencelakakannya.

  • 2.Jenis Batu Akik terbaik di dunia namanya Mata Kucing dan manfaat bagi pemakainya.


batu akik mata kucing apabila berada di dalam gelap terpantul cahaya akan memancarkan sinar layaknya mata kucing yang ditengah kegelapan ciri-cirinya berwarna coklat bercampur hitam,hijau muda,sedikit kuning telur.di percaya batu akik mata kucing sangat cocok bagi mereka yang ingin mempertajam mata bathin.

  • 3.Jenis Batu Akik terbaik di dunia namanya Merah Delima dan manfaat bagi pemakainya


batu akik merah delima rajanya batu bentuknya bisa dilihat seperti di dalam gambar diyakini sangat bagus untuk orang yang ingin mendapatkan pikasih atau sering disebut daya tarik pesona bagi si pemakainnya bahkan lebih daripada itu merah delima membuat seseorang mudah dikenal dan disayangi oleh orang lain.

  • 4.Jenis Batu Akik terbaik di dunia namanya Badar Besi dan manfaat bagi pemakainya


Batu Bandar besi/batu pati ayam nah apabila di dekatkan dengan magnet batu Bandar besi akan melingkar berputar yang memiliki berbagai macam daya tarik bagi penggunanya terbuat dari ferum bentuknya hitam bercampur dengan warna abu-abu.

  • 5.Jenis Batu Akik terbaik di dunia namanya kecubung dan manfaat bagi pemakainya


Batu kKecebung/Amethyst spesial warna ungu dipercaya dapat menangkal berbagai penyakit sebagai mana survey membuktikan bahwa orang yang memakai cincin ini tidak akan mabuk.,dan tentunya masih banyak kelebihan batu cincin dari kecebung.

  • 6.Jenis Batu Akik terbaik di dunia namanya Hakikat dan manfaat bagi pemakainya


Batu cincin Hakikat ciri cirinya memiliki lumut didalamnya Banyak di temukan di Aceh disebut juga Batu Badar lumut manfaat bagi pengguna yang memakainya konon dapat meluluhkan hati pasangannya karena diyakini batu hakikat ini hidup layaknya seperti mahkluk hidup lainnya,Ribuan tahun lalu batu hakikat ini berada di dalam air hingga berlumut.

  • 7.Jenis Batu Akik terbaik di dunia namanya Panca Nur dan manfaat bagi pemakainya


Batu Akik panca nur sangat baik bagi mereka yang memakai nama Nur,Panca yang berarti 5 sedangkan Nur adalah cahaya Artinya 5 cahaya orang memakai cincin ini memiliki 5 pancaran yang pertama orang memakainya akan mudah mendapatkan hikmah/mata bathin,yang kedua cepat menangkap ilmu,ketiga memancarkan wibawa selanjutnya disenangi banyak orang dan terakhir suka menasehati kepada kebaikan.

  • 8.Jenis Batu Akik terbaik di dunia namanya Panca Warna sam dengan panca nur dan manfaat bagi pemakainya


Batu akik panca warna atau 5 warna bagi orang yang memakainya akan memancarkan daya tarik 5 jenis yaitu wibawa,pikasih/kasih sayang,disegani,orang memakainya diyakini selalu kreatif,yang melihatnya akan terpesona,dan membuat orang yang memakainya selalu dalam kebahagiaan bawaanya selalu bahagia.

  • 9.Jenis Batu Akik terbaik di dunia namanya Tapak Jalak dan manfaat bagi pemakainya


Batu akik tapak jalak percaya atau tidak dapat mencegah serangan santet,guna-guna dan sejenisnya bagi mereka yang ingin mendapatkan kemakmuran dan wibawa dan jauh dari kejahatan manusia batu akik tapak jalak dapat mencegahnya.

  • 10.Jenis Batu Akik terbaik di dunia namanya Junjung Derajat dan manfaat bagi pemakainya


dari namanya batu akik junjung derajat yaitu untuk meningkatkan derajat dan wibawa seseorang,memudahkan rezki,dan di hormati oleh semua orang,ciri-cirinya seperti garis bersiku.

  • 11.Jenis Batu Akik terbaik di dunia namanya Giok dan manfaat bagi pemakainya


Batu Giok manfaat bagi pengguna batu giok adalah orang yang memakainya akan mendapatkan keberuntungan,wibawa,kedamaiaan begitu juga dengan ketenteraman jenisnya sangat banyak,yang sekarang di negeri kita indonesia sangat banyak diminati oleh masyarakat.

  • 12.Jenis Batu Akik terbaik di dunia namanya Opal dan manfaat bagi pemakainya


Batu Akik opal warnanya biru muda bercampur putih ini merupakan batu permata yang mampu menerbakan aneka macam warna meskipun memiliki warna dasar biru muda dan putih diyakini barang siapa yang memakai cincin ini dapat membuat pemakainya memiliki kharismatik,wibawa,ketenteraman,pesona dan lain sebagainya.

  • 13.Jenis Batu Akik terbaik di dunia namanya Sungai Dareh dan manfaat bagi pemakainya


Jenis Batu akik yang ke 13 inilah adalah sungai dareh ditemukan di sungai dareh sumatera selatan jenis batu sungai dareh pernah dipakai oleh orang nomor 1 di Indonesia (SBY) dan pemimpin amerika (Obama) harganya bervariasi jenis supernya mencapai harga jutaan bahkan pulahan juta namun ada juga yang di jual dengan harga ratusan ribu rupiah tergantung jenis dan kualitas yang di miliki batu sungai dareh konon batu akik sungai dareh sangat cocok di pakai oleh para pemimpin agar tidak mudah lengser dari jabatannya.

  • 14.Jenis Batu terbaik Akik di dunia namanya Topaz dan manfaat bagi pemakainya


Batu Akik Topaz tidak memiliki hanya semacam warna tapi mempunya banyak pilihan warna kegunaan bagi pemakainya bisa membawa kedamaiaan batu Topaz juga dipercaya bisa menjaga kesehatan raga dan jiwa sipemakainnya jauh dari pada segala macam penyakit.

  • 15.Jenis Batu terbaik Akik di dunia namanya Ruby dan manfaat bagi pemakainya


Batu Ruby sama halnya dengan batu delima sebagai penarik,berwibawa,jauh dari rasa was-was dan takut,yang merupakan sebagai suatu simbol kekuatan batu Ruby sangat banyak diminati karena manfaatnya bagi sipemakai sangat banyak harganyapun tergantung jenis dari batu ruby itu sendiri.

  • 16.Jenis Batu terbaik Akik di dunia namanya Zamrud dan manfaat bagi pemakainya


Batu Zamrud adalah jenis permata ciri-cirinya berwarna hijau manfaat bagi pengguna dari cicncin zamrud konon bisa membuat kemakmuran dan kedamaiaan bagi sipemakainya tentunya tidak hanya itu saja dapat juga memudahkan rezeki.

  • 17.Jenis Batu terbaik Akik di dunia namanya lavender dan manfaat bagi pemakainya


Batu Akik Lavender adalah pemenang kontes dengan harga 175 juta dipercaya memiliki daya tarik yang begitu kuat bagi penggunannya diantaranya wibawa,kebahagiaan,ketenteraman,pemikat dan tentunya masih sangat banyak yang masih belum terungkap daripada batu Akik dan manfaatnya.
itulah 17 Batu akik versi jurirakyat.blogspot.com semoga bisa menjadi panduaan untuk pengguna yang ingin membeli batu akik namun perlu kami ingatkan tidak semua batu akik cocok untuk si pemiliknya usahakan membeli batu akik yang sesuai dan cocok dengan anda karena apabila batu akik yang anda miliki tidak sesuai dengan anda kebanyakan batu itu akan menghilang.sumber dari berbagai sumber.

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 04 Mar 2015 03:20 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Mahasiswa kemaruk rakam aksi tak senonoh dalam tandas

Posted: 04 Mar 2015 09:08 AM PST

Sekadar hiasan
KUANTAN - Polis menahan seorang mahasiswa Jumaat lepas  yang kemaruk merakam aksi wanita membuang air kecil di tandas sebuah sekolah rendah di Kuala Terla dekat Cameron Highlands.
  
Suspek dikatakan meletakkan alat rakaman litar tertutup (CCTV) menyerupai  penyangkut baju di pintu tandas untuk membuat rakaman tersebut.
  
Perbuatannya disedari oleh salah seorang mangsa berusia 30 tahun yang merupakan pengusaha kantin sekolah tersebut pada pukul 8 pagi Khamis lepas ketika mahu membuang air kecil.
  
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Deputi Seuperintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa yang melihat 'penyangkut baju' tergantung senget di pintu tandas itu cuba membetulkan kedudukannya.
  
"Sebaik sahaja memegang penyangkut baju itu mangsa mendapati terdapat butang kecil tertulis perkataan 'on/off' lalu memeriksa alat itu yang didapati mempunyai memori kad dipercayai boleh membuat rakaman.
  
"Mangsa kemudiannya menceritakan perkara itu kepada guru besar sebelum pihak pengurusan sekolah memasang CCTV di dalam tandas berkenaan untuk mengenal pasti individu terbabit," kata Wan Mohd Zahari ketika dihubungi di sini hari ini.  
  
Beliau berkata, hasil CCTV yang dipasang tersembunyi itu, pihak pengurusan sekolah berjaya merakam imej suspek berusia 20an yang masuk ke dalam tandas tersebut untuk mengambil penyangkut baju berkenaan.
  
Katanya, susulan kejadian itu, guru besar sekolah berkenaan membuat laporan di Balai Polis Kuala Terla, pada Jumaat lepas sebelum polis berjaya menahan suspek di sebuah rumah berdekatan sekolah tersebut.
  
Suspek adalah penuntut tahun akhir sebuah universiti di Kuala Lumpur.
  
Polis sedang menyiasat motif suspek membuat rakaman, sama ada untuk kegunaan peribadi atau disebarkan di laman sesawang. - Bernama

Tuduh sebar riwayat palsu, Dr Maza 'halang' Ustaz Kazim jadi ahli panel Forum Perdana

Posted: 04 Mar 2015 01:31 AM PST

Tersebar di laman sosial sekeping surat dalaman Jabatan Mufti Negeri Perlis yang menyatakan bahawa pihak JMNP tidak bersetuju Datuk Kazim Elias dipilih sebagai panel bagi Forum Perdana Ehwal Islam, dimana surat itu ditandatangani oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri atau lebih dikenali dengan nama Dr. Maza.

Forum Perdana Ehwal Islam itu dianjurkan bersempena dengan hari keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis Ke-72 dan ulang tahun ke-69 RTM.

Difahamkan, pemilihan Datuk Kazim Elias itu dibuat oleh YB Senator Tuan Mohd Khalid bin Ahmad.

Dr Maza menyatakan pendiriannya yang tidak bersetuju dengan pemilihan senator berkenaan kerana Datuk Kazim Elias didakwa sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu.

Surat yang tersebar di laman sosial itu mengundang pelbagai reaksi negatif dari netizen yang menganggap perkara itu tidak sepatutnya berlaku.
Menyedari gambar surat itu tersebar, ini jawapan Dr. Maza;

"Ada pihak menyebarkan surat rasmi dalaman Jabatan Mufti Perlis ke pihak pengurusan satu forum sempena Keputeraan DYMM Raja Perlis yang Jabatan Mufti merupakan pihak yang terlibat sama dalam penganjuran.

"Surat tersebut tidak menyatakan Jabatan Mufti tidak bersetuju pemilihan panel tertentu atas alasan riwayat-riwayat palsu yang pernah disebarkan. Ini selaras dengan kehendak ilmuan dan masyarakat sendiri untuk memastikan kesahihan riwayat.

"Surat itu TIDAK menyebut penceramah berkenaan dihalang berceramah di Perlis tetapi menyatakan tidak bersetuju untuk menjadi panel forum berkenaan yang bersempena Keputeraan DYMM Raja Perlis.

"Ia adalah surat dalaman pentadbiran yang Jabatan Mufti merupakan JK Penganjur. Maka penyebarannya tidak sepatutnya berlaku.

"Oleh kerana surat itu telah tersebar dan ramai bertanya bukti, maka di sini disertakan satu salinan muka surat buku pihak berkenaan," kata Dr Maza melalui Facebook rasminya.

Sumber: The Hypemedia

(Foto) Seksi! Dyana Sofya pose atas katil lepas bangun tidur

Posted: 04 Mar 2015 12:01 AM PST

SHAH ALAM - Ada kelainan... Bekas calon DAP bagi PRK Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud tampak berbeza apabila menjadi 'model' dan bukannya sebagai seorang 'ahli politik' seperti selalu.

Beliau menerusi laman Facebooknya telah mempromosikan 'aksi modelnya' bagi 'meminta' derma untuk membantu pertubuhan pertolongan wanita.

"Anda telah mengambil gambar diri sendiri di tempat tidur ? Jangan lupa untuk mendapatkan sebuah majalah bulan ini! Ikuti di Instagram.

"Muat naik gambar sendiri dengan kapsyen akan menderma RM10 kepada Women's Aid Organisation (WAO) untuk setiap muat naik dan anda selesai!" tulisnya, hari ini.

Dalam pada itu, Dyana mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokong tujuan baiknya tersebut.

"Terima kasih atas sokongan," tulisnya.

Sementara itu, Dyana ketika dihubungi berkata, tujuannya itu hanyalah bagi mengutip dana membantu golongan wanita.

"Saya tidak berhajat menukar profesion, masih lagi aktif berpolitik," katanya kepada Sinar Online.

Umpan seks di ranjang

Posted: 03 Mar 2015 09:11 PM PST

Kuala Lumpur: Sekumpulan sindiket peras ugut dikesan menggunakan khidmat gadis remaja bagi menggoda lelaki kaya serta menawarkan diri melakukan hubungan seks.

Mangsa yang dipujuk berasmara di hotel sebaliknya ditawan ahli kumpulan terbabit sebelum dipaksa membayar wang jika mahu dibebaskan.

Difahamkan sindiket didalangi lima individu termasuk dua anggota pasukan keselamatan itu turut memukul dan menyamun mangsa di bilik hotel.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, empat suspek berusia 30 hingga 40 tahun berjaya ditahan polis Sabtu lalu susulan laporan dibuat seorang mangsa lelaki pada 19 Februari lalu.

"Dalam kejadian jam 3 pagi itu, mangsa berusia 20-an itu mendakwa bertemu dengan remaja perempuan berusia 17 tahun di pusat hiburan di Jalan Ipoh.

"Gadis remaja itu yang beraksi manja kemudian memberitahu jatuh hati pada mangsa dan mengajak mangsa berasmara di bilik hotel," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, semalam.

Menurutnya, mangsa tergoda sebelum bersetuju dan membawa suspek ke sebuah hotel di Kepong Baru di sini, jam 6 pagi.

"Bagaimanapun dua lagi ahli sindiket itu menyerbu bilik hotel berkenaan dengan menyamar sebagai anggota polis. Suspek turut mendakwa sebagai abang kandung kepada remaja perempuan itu.

"Mereka kemudian membelasah mangsa sebelum meminta mangsa membayar wang sebanyak RM2,000 bagi menyelesaikan kes itu," katanya.

Menurutnya, mangsa bagaimanapun hanya membawa wang sebanyak RM150 di dalam dompetnya.

"Selang beberapa minit kemudian, dua lagi suspek muncul di bilik hotel berkenaan dan membelasah mangsa serta merampas kunci kereta mangsa.

"Suspek dikatakan melarikan kenderaan model BMW milik mangsa. Susulan itu mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu," katanya.

Susulan itu, polis segera melakukan siasatan sebelum menahan tiga suspek di sebuah rumah di kawasan Jinjang di sini.

"Turut ditahan termasuk remaja perempuan terbabit yang juga teman wanita kepada salah seorang suspek.

"Semua suspek kini ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun secara berkumpulan.

"Kumpulan ini akan menggertak mangsa dengan mendakwa mangsa cuba melakukan perbuatan terkutuk dengan isteri atau adik mereka," tegasnya lagi.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/34316#sthash.vLE6t8J3.dpuf

Penyanyi dangdut terlanjur...

Posted: 03 Mar 2015 05:31 PM PST

Bandung: Sekumpulan peguam mendesak Presiden Jokowi mengarahkan penyanyi Sakitnya Tuh Di Sini, Cita Citata meminta maaf secara terbuka kepada semua ketua masyarakat di Papua.

Jurucakap mereka, Acong Latief berkata, Cita menghina satu daripada kaum yang ada di Indonesia dan ia tidak boleh dibiarkan begitu saja.

"Kami menuntut presiden mengarahkan Cita meminta maaf kepada ketua masyarakat di Papua," katanya.

Isu itu tercetus pada akhir Februari lalu apabila Cita muncul di khalayak ramai dengan pakaian tradisi Papua.

Kemunculan itu disertai dengan komen Cita yang dianggap menyinggung perasaan penduduk wilayah berkenaan.

"Walaupun cantik, saya masih harus mencantikkan wajah. Bukan macam orang Papua, kan?" katanya.

Cita, 20, memang tidak berhati-hati ketika bercakap di tempat awam.

Sebelum itu dia mengaku masih bujang dan hanya akan berkahwin pada usia 25 tahun.

Kenyataan itu menyebabkan suaminya marah dan memohon untuk menceraikannya Disember tahun lalu.

Acong berkata, beberapa saksi dibawa ke balai polis untuk membuat laporan rasmi bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil ke atas Cita.

"Rakaman kenyataan Cita itu sudah diserahkan kepada polis Jakarta Barat," katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/34519#sthash.oltMd9W6.dpuf

Kemaruk masuk tandas wanita

Posted: 03 Mar 2015 04:50 PM PST

SUSPEK menyamar wanita.
Singapura: Cubaan seorang lelaki menyamar untuk membolehkan dia memasuki tandas wanita ditumpaskan, lapor media semalam.

Kejadian berlaku di sebuah kolej dan gambar insiden itu pantas tersebar di media sosial.

Seorang pengguna Twitter menulis: "Lelaki ini berpakaian seperti wanita memasuki tandas perempuan di sekolah saya."

Catatan itu kemudian dipadamkan tetapi gambar yang dilampirkan itu muncul dalam beberapa laman sembang dan forum.

Lelaki berkaca mata itu memakai baju hitam dengan skirt warna sama.

Dia juga memakai rambut palsu serta topi hitam putih.

Melalui rakaman video, lelaki itu mengaku salah selepas ditahan pengawal keselamatan.

"Saya cuma suka-suka dan mencari kepuasan," katanya.

Lelaki terbabit kemudian melutut untuk merayu pihak kolej berkenaan tidak menghubungi polis.

Seorang pelajar kemudian menyergahnya: "Buang rambut palsu itu. Kau kelihatan amat jijik!"

Beberapa detik kemudian seorang polis kelihatan menahan dan menyoal siasat lelaki terbabit.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/34522#sthash.qfjHIV5w.dpuf

bERANIKAN hATI

Posted: 04 Mar 2015 03:03 PM PST

bERANIKAN hATI


ANWAR KESAL MASUK LORONG SALAH?

Posted: 04 Mar 2015 04:31 AM PST




Permohonan untuk membolehkan Anwar hadir ke Persidangan Dewan Rakyat pada 9hb Mac ini ditolak oleh Yang Di Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Sudah tentu puak pencacai telah bersedia dengan tindakan tunjuk perasaan serta roadshow ceramah cerca untuk menyebarkan fitnah kepada Kerajaan.

Anwar dah dijatuhkan hukuman dan mahkamah dah putuskan Anwar bersalah kerana meliwat. Mahkamah rayuan juga telah memutuskan Anwar tetap bersalah. Ini mengenai kes liwat.. salah laku seks luar tabii. Anwar bukan pesalah atau tahanan politik. Beliau tidak wajar dibenarkan untuk hadir ke Parlimen dan mencemari Parlimen kita.

Kenapakah rayuan pengampunan kepada Yang Di Pertuan Agong dipohon oleh isteri dan anaknya, dan bukan olehnya sendiri? Apakah kerana malu bahawa selama ini beliau telah mencerca sistem raja berpelembagaan kita dan tidak menghormatinya sama sekali?

Konon ada pihak yang mengugut untuk adakan demo jika permohonan untuk Anwar hadir ke Parlimen ditolak. Apakah mereka ingin mendengar dan melihat bagaimana Anwar akan mencerca Parlimen kita pula nanti setelah beliau diberi kesempatan berkata-kata sebagaimana apa yang dilakukan di Mahkamah baru-baru ini?

Kehadiran Anwar ke Parlimen tidak akan memberikan apa-apa faedah kepada rakyat sama sekali. Sebagaimana sebelum ini, Anwar tidak hadir dengan cadangan dan idea untuk kebaikan, melainkan hanya mencerca dan mengeji apa yang Kerajaan lakukan. Memburuk-burukkan pemimpin terutama DS Najib. Yang ada pada Anwar sekarang hanyalah dendam yang membara dan tidak akan berakhir.

Rakyat didesak untuk bersama dalam perjuangan membela Anwar. Yang rakyat dapat hanyalah janji-janji kosong belaka. Yang riuh rendah hanyalah pencacai-pencacainya saja. Namun akhir-akhir ini sudah semakin ramai yang sedar dan tidak peduli lagi. Tunjuk perasaan sudah tidak dihiraukan dan tidak mendapat sambutan. Anwar akan dilupakan.

Wan Azizah dan Nurul serta Nuha akan berusaha meraih simpati rakyat. Namun penyokong pembangkang khususnya PKR sudah berbelah bahagi. Kebanyakannya sudah lebih mesra dengan Azmin yang sedang berada dipuncak kuasa. Mungkin itu lebih bermakna.

Anwar akan dilupakan. Anwar akan menghabiskan 5 tahunnya di Sungai Buluh. Anwar akan mencatatkan kisah cita-cita politiknya didinding sel penjara. Mungkin juga Anwar akan menyesal terhadap apa yang telah dilakukan; memasuki lorong yang salah!




tun faisal dot com

Posted: 04 Mar 2015 01:32 PM PST

tun faisal dot com


FAQ - Wajarkah Anwar diberi kebenaran untuk minum teh dengan YDP Agong dan menghadiri sidang Parlimen

Posted: 03 Mar 2015 02:51 PM PST

Latar belakang
  1. Desakan dibuat atas dasar konon proses rayuan pengampunan keatas Anwar yang disabit dengan kesalahan meliwat dan dihukum 5 tahun penjara sudah bermula dengan penyerahan petisyen oleh isteri & anak-anak Anwar kepada wakil Istana Negara petang Isnin 24 Feb.
  2. kenyataan dikeluarkan oleh pejabat Speaker Dewan Rakyat memaklumkan kedudukan kerusi Permatang Pauh kekal sehingga keputusan petisyen pengampunan itu diputuskan.
  3. Atas dasar itu, timbul desakan agar Anwar dibenarkan hadir sidang Dewan Rakyat kerana ditafsirkan status sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang masih kekal.

Apakah status Anwar? 
  • Penjenayah dan banduan yang sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun

Adakah Anwar telah hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen?
  • berdasarkan Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan:-
  1. Perkara 48, 1(e) – (Kehilangan kelayakan menjadi Ahli Parlimen apabila) - dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan dia tidak mendapat pengampunan bebas; 
  2. Perkara 48, 4(c) – jika dalam tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (a) atau tempoh selepas pemberesan rayuan atau prosiding mahkamah yang lain yang dinyatakan dalam perenggan (b) ada difailkan suatu petisyen bagi pengampunan, maka kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa sebaik sahaja petisyen itu dibereskan.
  3. Perkara 48, 5 – Fasal (4) tidaklah terpakai bagi maksud penamaan, pemilihan atau pelantikan mana-mana orang ke mana-mana satu Majlis Parlimen, yang bagi maksudnya kehilangan kelayakan itu hendaklah berkuat kuasa sebaik sahaja berlakunya kejadian yang disebut dalam perenggan (e) Fasal (1) atau dalam Fasal (2), mengikut mana-mana yang berkenaan.


Wajarkah Anwar dibenarkan menghadiri sidang Parlimen?

Tidak wajar kerana:
  1. Statusnya sebagai BANDUAN tetap kekal walaupun sedang menanti proses rayuan pengampunan.
  2. Perkara 48 hanya mengenai soal kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen, bukan (i) hak kehadiran sidang Dewan sebagai Ahli Parlimen, (ii) keistimewaan atau perlepasan dari mematuhi peraturan penjara
  3. Kesan petisyen bagi pengampunan di bawah Perkara 48 (1)(c) hanya untuk menyatakan bahawa Anwar masih kekal dengan status sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh (i) kerusi Permatang Pauh tidak boleh diistiharkan kosong untuk SPR mengumumkan Pilihan Raya Kecil. (ii) dan masih berhak menerima elaun wakil rakyat
  4. Perkara 42 Perlembagaan - "YDP Agong adalah berkuasa mengampun dan menangguhkan segala HUKUMAN mengenai segala kesalahan yang dilakukan...", bermakna kuasa dan bidang kuasa YDP Agong "memberi ampun" hanyalah berkaitan HUKUMAN bukan SABITAN KESALAHAN. Anwar tetap telah didapati bersalah atas kesalahan jenayah oleh Mahkamah Persekutuan.
  5. Anwar tidak menghantar petisyen pengampunan, sebaliknya petisyen tersebut adalah daripada ahli keluarganya
  6. Petisyen pengampunan yang dibuat BUKAN untuk MEMOHON PENGAMPUNAN atas kesalahan Anwar tetapi kerana lebih kepada PETISYEN RAYUAN kerana mendakwa Anwar adalah mangsa politik dan tidak diberi keadilan.


Apakah hak seorang banduan di bawah Undang-undang Penjara

  1. Seseorang Banduan hendaklah terus dikekalkan didalam tahanan penjara menjalani hukumannya melainkan dalam keadaan terhad dia boleh dibawa keluar dengan kawalan ketat dan tanpa dibebaskan, antaranya:
  2. Jika dia perlu dibawa ke Hospital untuk menjalani rawatan yang tidak boleh disediakan oleh Penjara;
  3. Menghadiri perbicaraan Mahkamah setelah Mahkamah yang berbidangkuasa mengeluarkan sapina kehadiran;
  4. Lain-lain keadaan yang dibenarkan di bawah undang-undang Penjara, tetapi tidak termasuk menghadiri sidang Dewan Rakyat, menghadiri perkahwinan anak walaupun sebagai wali, menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah syarikat dan apa lagi minum teh di luar penjara.


Sumber Rujukan

Cucu Tok Selampit

Posted: 04 Mar 2015 01:11 PM PST

Cucu Tok Selampit


Apabila Mufti Perlis Yang Baru Dilantik Dr MAZA Tuduh Datuk Kazim Elias Sebar Hadis Palsu ...

Posted: 03 Mar 2015 08:45 PM PST


Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang baru dilantik menjadi Mufti Perlis buat kali kedua, sekali lagi mencetuskan kontroversi. Di dalam surat beliau yang di'fax'kan kepada Pejabat Menteri Besar Perlis, beliau tidak bersetuju dengan pemilihan Datuk Ustaz Kazim Elias untuk menjadi panel Forum Perdana Ehwal Islam sempena Keputeraan DYMM Sultan Perlis. Alasan yang diberikan adalah Datuk Kazim Eliyas sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu.

Tuduhan yang dilemparkan oleh Datuk Mohd Asri adalah berat dan serius. Beliau seharusnya membuktikan tuduhan beliau agar tidak menimbulkan fitnah kepada Datuk Kazim Elias. Ustaz Kazim Elias tidak pernah terlibat dengan sebarang kontroversi sebelum ini berbanding Datuk Mohd Asri. 


Bukankah Dr Azri pernah menyamakan Kerajaan BN dengan babi. Sekarang dia turut bekerja dengan babi untuk menyara keluarganya. Sekarang siapa yang babi? Ustaz Kazim Elias tidak pernah memfitnah Perdana Menteri dengan menyiarkan gambar pesawat Kerajaan dengan foto diambil dari Google seperti yang dibuat oleh Dr Asri.

Adakah Dr Asri masih menyimpan dendam dengan Ustaz Kazim Elias yang menyanggah pendapatnya yang mengatakan gelatin babi jika diproses adalah halal? Ustaz Kazim Elias patut menyaman Dr Asri kerana membuat tuduhan palsu di dalam surat rasmi.



Kemaskini 2.55 PM:

Dr Asri menjawab persoalan di atas di dalam laman sosial Facebooknya seperti berikut:


Ianya bersandarkan satu muka surat di dalam salah satu buku Ustaz Kazim Elias seperti di bawah:


Kalau hanya itulah sahaja tohmahan berkenaan dibuat, Ustaz Kazim Elias sudahpun menjawabnya di dalam MStar, seperti di bawah:
Ustaz Kazim Jawab Petikan Ceramah 'Roti Jala Cicah Kari'
"Saya tahu ramai yang mempertikaikan tentang perkara itu. Takkanlah saya bodoh nak cakap Rasulullah beri makan roti jala kepada tetamunya. Zaman itu ada ke roti jala ke?"
"Ia sebenarnya hanyalah satu contoh di mana jika Rasulullah menyediakan roti dengan kuah kambing, apa salahnya kita sediakan roti jala dengan kuah kari. Tetapi ramai yang salah faham," katanya yang dihubungi mStar Online.
Dalam pada itu, Kazim berkata, sebelum buku tersebut diterbitkan, dia telah membuat beberapa pembetulan termasuklah bahagian isu roti jala yang ditulis, namun dia tak pasti sama ada ia telah diperbetulkan atau tidak.

Apa Yang Tersirat

Posted: 04 Mar 2015 01:05 PM PST

Apa Yang Tersirat


Siapa Yang Boleh Arah Anwar Hadir Sessi Parlimen?

Posted: 03 Mar 2015 07:51 PM PST

Speaker Dewan Rakyat dan Menteri Dalam Negeri tiada kuasa arahkan pihak penjara supaya membenarkan Anwar Ibrahim hadir pada pembukaan sessi parlimen pada 9 Mac. Kerana kuasa itu tiada, maka Anwar tidak akan dapat hadir. Kalau tidak dapat hadir, bagaimana pula acara minum teh dengan SPB Agong?

Hanya melalui pemindahan undang-undang sahaja dengan memberi kuasa kepada speaker dan MDN untuk mengarahkan pihak penjara agar seseorang banduan boleh hadir pada sessi parlimen. 

Anwar dijatuhi hukuman 5 tahun penjara kerana kesalahan meliwat pada 7 Mac 2014. Hukuman itu dikekalkan oleh mahkamah persekutuan pada 10 Februari lalu.

Keluarga Anwar telah menghantar petisyen pengampunan kepada SPB Agong pada 24 Februari. Melalui petisyen itu, membuatkan Ketua Pembangkang itu tidak terlucut hak sebagai ahli parlimen Permatang Pauh yang dimenanginya pada PRU-13 lalu.

Peguam Anwar, pemimpin PKR, mendesak agar supaya Anwar dibenarkan menghadiri pembukaan sessi Parlimen, kerana beliau masih sebagai wakil rakyat.

Belum pernah berlaku di dunia, seorang banduan hadir pada sessi parlimen. Parlimen adalah tempat mulia, dan tidak wajar dicemari.

Hingga setakat ini, tiada sesiapa yang berkuasa boleh mengarahkan penjara agar membenarkan Anwar hadir sessi Parlimen, kecuali beliau mendapat pengampunan. Akan secepat itu kah proses pengampunan?

Duke of UMNO

Posted: 04 Mar 2015 01:02 PM PST

Duke of UMNO


ADA SURATKHABAR CINA PHOBIA KAT ISLAM DI MALAYSIA..!!!

Posted: 04 Mar 2015 06:09 AM PST

Malaysia Reverted Muslims
Ada tak sesiapa di kalangan kita orang Melayu yang mampu membaca dan faham surat khabar Cina? Saya yakin ada....kan? Dan janga ingat kita tak tau apa yang depa tulis tiap-tiap hari tu...

Baru ni depa dok kecoh pasai Al-Quran yang diedar secara percuma di khalayak ramai oleh sebuah NGO, Malaysia Reverted Muslims....

Depa punya la bising buat kontroversi pasal isu tu kat surat khabar depa... 

 


Saya nak tanya sikit boleh... awat yang kalut sangat surat khabar-surat khabar Cina yang buat kecoh tu? Dah takdak cerita lain ka nak buat kontroversi? 

Sejak bila surat khabar Cina tu phobia kat Islam di Malaysia ni? Pernah ke depa dizalimi selama dok kat Malaysia ni? Jus soli tu faham ke tidak? Quid Pro Quo tu faham ke tidak?

Nak bawak budaya Islamophobia kat Malaysia pula ke? Dah takdak isu nak tulis dah?

Nasihat saya...jangan memain sangat bab isu agama ni.. bahaya woooo... kan? 

Faham ke tidak saya cakap ni? Kalau tak faham jangan pakai google translate...mintak tolong Ustaz Ridhuan Tee tolong explain... boleh?

TU DIAAA... KETUA PEMUDA PAS HENTAM NIK ABDUH... PERANG..!!!

Posted: 04 Mar 2015 01:17 AM PST


Dalam pengamatan saya, selepas Nasruddin Hassan Tantawi melepaskan jawatan Ketua Pemuda PAS, rasanya sayap PAS tu bukan lagi bersifat "buih pepsi cola", malah lebih teruk dari itu...

Sebelum ini, jika Presiden PAS atau Mursyidul Am PAS diserang mana-mana pihak, Pemuda PAS merupakan antara yang paling vokal mempertahankan kedua pemimpin tertinggi PAS tersebut...

Ya. Zaman tu sudah berlalu. Di zaman Ketua Pemuda PAS yang baru ni.. segalanya seolah dah tungging terbalik... mungkin Pemuda PAS di zaman Suhaizan Kayat layak dipanggil zaman "mandi buih" pulak kot?



Dulu masa Allahyarham Nik Aziz ada, sikit pun tak berani usik Nik Abduh. Cuit sikit pun tak berani. Tapi sekarang ni dah lain macam... kan?

Patutnya, di saat PAS dihentam dari luar dan dalam, di ketika Presiden PAS dihentam DAP dan PKR, dalam suasana huru-hara Ayah Chik cuba dijatuhkan Mat Sabu dan konco-konconya, Pemuda PAS adalah golongan yang perlu berdiri teguh mendokong Presiden!


Tapi lain pulak dengan Suhaizan ni... Dia punya Presiden dan parti tengah panas kena hentam tiap-tiap hari oleh DAP dan PKR, dia pulak sebok hari tu ke mahkamah sebab nak sokong Anwar Berahim... hadoiiii... itu macam ka Ketua Pemuda PAS zaman ni? 

Saya nak tanya sikit... macamana la Suhaizan ni boleh menang Ketua Pemuda PAS? Sapa la agaknya yang undi dia hari tu? Betoi saya heran... sampai sekarang saya heran macamana mamat ni boleh jadi Ketua Pemuda PAS... takdak tokoh langsung pada pandangan saya...

Maaf Suhaizan.. saya bukan nak perlekeh anta... tapi jika diteliti dari sudut ruh perjuangan tulen PAS dan para pemudanya, maaf kata... anta memang takdak sifat tu... Anta bermentorkan Mat Sabu atau Hatta Ramli? Atau anta ni menti Anwar dalam PAS kot? Betoi ka?

La ni senang cerita la Suhaizan... anta letak jawatan la sekarang... bukan apa... ana walaupun bukan Pemuda PAS pun malu tengok kelaku anta... sampai sanggup perlekeh usaha orang yang nak selamatkan parti macam Nik Abduh? Ishhhh... malu la bro....

PERGHHH..!!! MEMANG LAWAK ABISSSSSS..!!!

Posted: 03 Mar 2015 10:34 PM PST


Perghhhh...! Pulak dahhhhh... saya tak tau la kenapa sejak kebelakangan ni pemimpin Pakatan Haram ni asyik dok keluarkan statement maharaja lawak mega-mega belaka...

Lepas sorang, sorang lagi yang keluarkan... depa dok practice masuk maharaja lawak mega yang AC Mizal jadi host tu ke?

Kali ni pemimpin veteran pulak tu... tak tau la mabuk ketum ke apa... setahu saya, "KeTum" dan masuk ke "dalam"....



Sampai taip posting ni... saya masih belum berhenti gelak.... hahahahahahahahaaaaa..!!!

Patriot weiiiiii...!!!!! Alahaiiii... patriot la sangat..... heh!

GENDANG PERANG BERBUNYI DI KEDAH, PASMA TELAH DISERANG..!!!

Posted: 03 Mar 2015 08:15 PM PST

Orang yang hina arwah Ustaz Azizan ni yang hangpa nak pilih jadi ketua? hmmmm....
Rasanya, semua pemerhati politik tahu bahawa PasMa ni berpusat di Kedah. Maklumlah, Presiden PasMa tu kan Phahrolrazi Zawawi... dia Yg Dipertua Kawasan Kola Kedah....

Malangnya, Pesuruhjaya PAS Kedah kita tu sebok pi Ostolia bawak rombongan... khabarnya nak membela penjenayah kat sana pulak.... hmmm... dia tak hirau pun pasai PasMa di Kedah ni?

Sapa kata dia tak hirau? Pada saya, dia memang peduli pasai PasMa... dah tengok gayanya, Mahfuz yang kalah lawan Naib Presiden PAS pada pemilihan yang lalu tu seolah "REDHA" dengan kewujudan PasMa di Kedah...

 

Kenapa saya kata begitu? Mahfuz tu "boss" PAS Kedah. Kalau dia nak amik tindakan kat Phahrolrazi tu memang boleh sangat... saja dia tak mau.. lagipun, PAS Negeri lain majoriti dok haramkan PasMa.. tapi dia buat selamba badak....heheheheheeee...jadi faham-faham la nooooo....

Saya dah jangka orang PAS Kedah akan mengamuk... nampaknya dah ada yang mula bersuara secara terbuka... gelombang geng ulama PAS akan benam PasMa di Kedah? 

Nampaknya perang dah bermula di sini... 

Cuba baca kat sini pasai kenyataan "isytihar perang kat PasMa" tu...

JOE BEDUL JADI MENTERI KDN GANTI ZAHID HAMIDI...???

Posted: 03 Mar 2015 06:31 PM PST

Kadang-kadang rasa macam nak tergelak pun ada tengok perangai PKR ni... belum jadi Kerajaan lagi pun... tubuh parti pun baru setahun jagung... tapi dah berlagak macam depa la Kerajaan... 

Dah la berlagak macam kerajaan... "mesra penjenayah" pulak tu... heh!

Semalam, Joe Bedul ada keluar statement... dia kata Anwar Berahim akan hadir Parlimen... 

 


Saya ketawa sekali lagi semalam... Err.. Joe Bedul ni Menteri KDN ka? Atau Speaker Dewan Rakyat ka? Atau pun Joe Bedul ni Peguam Negara? Atau mungkin jugak Joe Bedul ni Ketua Warden Penjara Sungai Buloh kot?

Apa punya lawak la statement dia tu, kan? Hantar je surat kat Speaker Dewan Rakyat, terus suka-suka hati dia confirm Anwar Berahim akan hadir ke sidang Parlimen...Hahahahahaaaaa... dia ingat Parlimen tu dia punya ke?

Tu belum jadi Kerajaan lagi tu... kalau la jadi kerajaan, abis dia lepaskan banduan keluar penjara... just pakai surat Abdul Malek Hussin jer...heh!


PEJUANG BANGSA

Posted: 04 Mar 2015 11:15 AM PST

PEJUANG BANGSA


DULU MARAH DIHALANG CERAMAH , KINI TUNJUK BELANG BILA BERKUASA !

Posted: 04 Mar 2015 08:41 AM PST






Telah tersebar di media massa dan sosial akan surat rasmi daripada pejabat Jabatan Mufti Perlis kepada Pejabat Menteri Besar Perlis akan pendirian Mufti Perlis ,Dr Asri yang tidak bersetuju dengan kehadiran Datuk Ustaz Kazim Elias(DUKE) sebagai panel Forum Perdana Ehwal Islam sempena Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis Ke-72 dan Ulangtahun Ke-69 RTM.


Dulu beliau marah dihalang ceramah di Selangor kerana tiada tauliah 
hari ini bila ada kuasa sebagai Mufti dia halang ulama lain pulak
ceramah ?? cakap tak serupa bikin ....






Pendirian Mufti Perlis tersebut mendapat kritikan ramai kerana alasannya konon DUKE sering membawakan riwayat-riwayat palsu.Dr. MAZA  menjawab di Facebooknya DR.MAZA dengan mengemukakan contoh riwayat palsu yang terdapat dalam buku DUKE berkenaan kisah kenduri Rasulullah makan roti jala cicah kuah kari yang mana isu ini telah lama dijawab oleh DUKE 

Jawapan DUKE http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/07/21/ustaz-kazim-elias/ 

Sikap Mufti Perlis yang melabel pendakwah secara terbuka dengan mengatakan beliau DUKE selalu mengemukakan riwayat-riwayat palsu ibarat meludah ke muka sendiri apabila sebelum ini dia antara lantang yang mengkritik isu label-melabel dalam kalangan pendakwah di Malaysia dengan pelbagai label.

Kini,beliau pulak melabel DUKE sebagai pendusta dengan riwayat-riwayat palsu. 

Disini KP sertakan akan penyelewengan Dr. MAZA dalam agama yang mengelirukan masyarakat umumnya di Malaysia:

SUMBER : KERIS PUSAKA

1.Isu Selawat Syifa




1MDB : PM MATIKAN FITNAH PEMBANGKANG , AUDIT NEGARA SENDIRI SIASAT AKAUN

Posted: 04 Mar 2015 07:58 AM PST



Tidak ada apa yang nak di sorok.Kini semuanya terbuka.Setelah berdepan berbagai tuduhan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB),Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil langkah berani untuk membuktikan semua itu tidak betul.

Rabu...kabinet sendiri 'membicarakan' segala hal mengenai IMDB dan mendapati tidak ada salah laku.


Dalam sesi itu para menteri dan timbalan menteri telah mengemukakan pelbagai soalan pada pengurusan IMDB dan auditornya, Deloitte.

Satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri petang Rabu bukan setakat itu saja malah Najib memaklumkan kepada kabinet beliau sudah mengarahkan Ketua Audit Negara untuk bertindak secara bebas bagi mengesahkan akaun 1MDB.

Selain itu,laporan Ketua Audit Negara mengenai akaun 1MDB itu akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC, badan yang dianggotai kedua-dua pihak penyokong kerajaan dan pembangkang di Parlimen. 

"Sekiranya sebarang salah laku dibuktikan, undang-undang akan dikuatkuasa tanpa sebarang pengecualian," kata Perdana Menteri dalam kenyataan itu.

Isu IMDB kebelakangan ini dimain sakan khususnya oleh pembangkang dalam usaha untuk memburukan kerajaan.

Malah ada yang membawa mulut konon ada kalangan menteri dan timbalan menteri ' ragu' mengenai IMDB.

Menurut kenyataan itu semasa di panggil mengadap kabinet,pengurusan IMDB telah memberi gambaran menyeluruh situasi semasa serta akaunnya.

Kabinet juga diberitahu mengenai tuduhan-tuduhan terbaru yang ditujukan terhadap IMDB berkaitan transaksi oleh pihak ketiga seperti Petrosaudi, bukan IMDB.

Pelaburan oleh IMDB telah diperolehi balik sepenuhnya dengan keuntungan yang besar diaudit.

Kabinet berpuashati tiada salah laku dan mahu syarikat itu dibenar melaksanakan hasil cadangan kajian strategiknya.
Baru-baru ini dilaporkan Petrosaudi menafikan dakwaan kononnya ada sejumlah dana yang diperoleh sepanjang kerjasama strategik dengan 1MDB dimasukkan ke akaun peribadi di luar negara.- 4/3/2015

MISI C4 MAHFUZ BEAN BERTUKAR JADI MISI JEJAK KASIH ?

Posted: 04 Mar 2015 12:10 AM PST


Setakat ini sahajakan klimaks MISI C4  yang mega gempak dianjurkan Mahfuz Bean ??

Melihat kepada tajuk Misi C4 cukup gah dan seolah-olah akan ada pendedahan maha hebat .

Tetapi kini bertukar  menjadi misi kemanusiaan atau rancangan TV3 dulu iaitu Jejak Kasih .

GPB mengharapkan selepas ini agar rakyat Malaysia jika mempunyai masalah anak mereka ditahan di luar negara dan ingin melawat segera menghubungi Mahfuz Bean .

Persoalannya ,  bilakah pendedahan seperti di war-warkan Malaysiakini bahawa Sirul akan mendedahkan motif sebenar pembunuhan ini ?

Kalau tidak kerana sebab ini , Mahfuz Bean tak akan terhegeh-hegeh muka tak malunya berdepan wartawan di telesidang yang gagal  dan kini  sanggup membawa ibu Sirul ini ke Australia .

Kesimpulannya ,  apakah  agenda pembangkang menggunakan isu Sirul pembunuh Altantuya  sebagai modal politik untuk memfitnah   PM  berdepan kekangan dan masalah ??

Orang tua-tua pernah berkata .. dok buat kerja jahat selalu tak menjadi dan tembelang akan pecah juga ...






Kenyataan Media: Perkembangan Misi C4 ke Australia

1. Alhamdulillah, pada hari ini saya bersama ibu Sirul, Puan Piah Samad,adiknya Noriatin Omar serta ahli rombongan telah diberikan kebenaran untuk bertemu dengan Sirul di Pusat Tahanan Imigresen Villawood,Sydney. Pertemuan ini berlangsung selama hampir dua jam iaitu bermula Pukul 5.30 petang sehingga Pukul 7.30 petang waktu di sini.

2. Saya berpandangan misi kemanusiaan ini berjaya apabila dapat mempertemukan seorang ibu kepada anaknya yang dikasihi. Puan Piah membawa sambal bilis dari kampung manakala saya membeli anggur dan kasut sukan yang dipesan oleh Sirul. Suasana begitu hiba dan sayu bagi kami pada saat mula pertemuan tersebut apabila si ibu dan anak berpelukan. Tangisan air mata kerinduan seorang ibu kepada anaknya yang berjauhan dan belum tentu nasib yang melanda.

3. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Australia khususnya pihak berkuasa Pusat Tahanan Imigresen yang memberikan kebenaran kami bertemu Sirul. Sirul juga menyatakan salam penghargaan buat semua yang prihatin terhadapnya.



Dato' Mahfuz Omar,
Ketua Penerangan PAS
Ketua Whip Ahli Parlimen PAS

Comments (0)