"Selagi ia bernama kenangan, akan ada rasa rindu yang berbaur dan tidak terjangkau oleh akal, ia adalah bicara hati yang tidak ada sempadannya"
Novel ini berkisar mengenai watak utama bernama Seri. Seri ialah seorang wanita yang bekerjaya sebagai pensyarah di salah sebuah universiti awam di Malaysia. Seri merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak perempuan berumur 17 tahun bernama Sofea Nafisah.
Suatu ketika dulu, Seri pernah mempunyai seorang kawan baik bernama Yazid yang pernah sekampus dengannya sewaktu pengajian degri. Mereka berkawan baik dan banyak kenangan manis yang masih terpahat di ingatan Seri sewaktu bersama Yazid.
Mereka terpisah setelah menamatkan pengajian degri di mana Yazid telah melanjutkan pelajaran sarjananya ke luar negara dan Seri pula masih di universiti yang sama di dalam negara. Kejauhan yang sebegitu menyebabkan terbit rasa rindu dan tersulam rasa cinta di antara mereka.
Apa yang diharapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari. Sekembalinya Yazid dari luar negara, beliau telah membawa berita yang sangat mengejutkan Seri. Yazid telah memilih Syiah sebagai fahamannya.
Walaupun cinta antara mereka masih utuh, mereka memilih untuk berpisah kerana tidak mahu berlaku konflik yang lebih rumit di kemudian hari. Yazid kembali berkelana ke luar negara untuk mendalami fahaman Syiahnya.
Empat tahun berlalu, Seri kini telah berkahwin dengan Azman dan mempunyai seorang anak perempuan. Dengan tidak disangka-sangka, satu hari, Seri menerima emel dari Yazid dan Yazid memberitahu dia akan kembali ke Malaysia untuk meneruskan pengajian PhDnya yang berkebetulan sama dengan universiti di mana Seri juga melanjutkan pelajaran PhD beliau.
Berlaku konflik dalam diri Seri kerana dia tidak pernah melupakan Yazid yang pernah melukakan hatinya tetapi dalam masa yang sama, Seri tidak pernah melupakan kenangan yang pernah tercipta bersama Yazid suatu waktu dulu.
Apakah yang akan berlaku dengan perhubungan Seri dan Yazid? Adakah Seri akan terus mengambil keputusan untuk membuang Yazid terus dari hidupnya? Atau adakah Seri akan menyambut huluran persahabatan Yazid?
Seri akhirnya memilih untuk bersikap rasional dan menerima Yazid sebagai kawan kembali. Namun konflik yang berlaku kini lebih rumit. Sukar bagi mereka untuk melupakan kenangan lama dan dalam masa yang sama mereka dihantui rasa bersalah kerana belum benar-benar mampu mengosongkan hati dari tidak menyimpan sebarang perasaan yang melebihi batas seorang kawan.
Terperangkap dalam situasi yang rumit sebegitu, akhirnya menyebabkan Seri dan Yazid mengambil keputusan untuk berpisah dan menghentikan perhubungan mereka. Mereka tidak mampu menipu diri sendiri dengan beralasan atas nama persahabatan. Mereka akhirnya memilih untuk berpisah untuk kedua kalinya. Yazid kembali ke luar negara dan sejak itu, mereka terputus hubungan sama sekali.
Selepas 13 tahun, Seri datang ke Cape Town. Seri mengambil cuti seminggu untuk berada di Cape Town.Tujuan Seri datang ke sana adalah untuk membincangkan kerjasama projek penyelidikan bersama di Universiti Cape Town(UCT).
Seri merancang untuk mengambil cuti sabatikal dan bermastautin sementara di Cape Town jika perbincangan itu berjaya.
Dengan tidak disangka-sangka, Seri terjumpa Yazid di Cape Town.
Apa mungkinkah Cape Town akan menjadi saksi dan Tanjung Harapan menyuburkan kembali harapan mereka?
Lepas puas DAP hina kepimpinan PAS di Kelantan kononnya lembab menangani masalah banjir, PASMa mengorak langkah untuk menjadi lebih berani dan kurang ajar kepada kepimpinan PAS Kelantan.
Kali ini dengan duit tokey-tokey balak, Husam cuba membawa pengaruh DAP ke Kelantan melalui program Impian Kelantan.
Program ini sama seperti misi DAP menawan Sarawak dan Sabah melalui Impian Sarawak dan Impian Sabah.
Ntah apa yang mereka impikan. Mungkin usaha meliberalkan Kelantan supaya tidak melaksanakan hukum hudud yang diperjuangkan PAS Kelantan selama ini.
Tapi amat pasti Impian Kelantan adalah untuk menganggu pentadbiran Menteri Besar sedia ada disamping usaha menukar kepimpinan kini supaya lebih liberal dan menurut apa jua acuan PASMa dan DAP.
Ambiga si Ratu Seksualiti Merdeka akan datang sebagai tetamu program PASMa tersebut.
Kesungguhan puak-puak PASMa menguasai kepimpinan PAS Kelantan tidak boleh berselindung lagi menjemput Lim Kit Siang, Loke Siew Fook, Teressa Kok dan Ambiga S sebagai tetamu utama yang wajib berada di majlis pelancaran berkenaan.
Tetapi ke mana Menteri Besar Kelantan dan Timbalannya?
Besar sungguh pangkat Husam Musa yang boleh mewakili Kelantan?
Mungkin Husam mahu mencuci 'taik dan selut' yang terpalit pada mukanya dalam isu banjir balak tempoh hari kot?
Mungkin juga ini adalah antara asakan dan percubaan DAP untuk mengulingkan kepimpinan yang sedia ada dan menggantikan dengan kepimpinan boneka di Kelantan secara perlahan-lahan?
Pemimpin-pemimpin PAS pula jangan terlalu naif melihat taburan wang-wang yang mengalir keluar dari kocek-kocek para tokey ini.
Sebabnya hudud jadi taruhan, ulama akan jadi bahan tendangan, Islam bakal jadi bahan buangan bila pengaruh DAP mula masuk meresap melalui PASMa dan Dewan Perniagaan Cina Kelantan ini!
Sesungguhnya kita tak sanggup melihat hudud di Kelantan ditolak kerana PAS takutkan DAP.
Siapakah yang lebih berkuasa Allah s.w.t atau DAP?
Bekas-bekas komunis telah berkumpul semula dalam satu persatuan bernama Persatuan Abad Ke-21 Baru-baru ini mereka telah mengedar kad ucap Tahun Baru Cina kepada ahli Persatuan Abad Ke-21 di Ayer Keroh, Melaka.
Apa yang menarik terdapat gambar paparan muda-mudi dengan logo Youth 21. Perkembangan ini memperlihatkan Persatuan Abad Ke- 21 telah berjaya merekrut Generasi 'Y' menyokong persatuan yang mirip kepada ideologi komunis.
Hal ini yang berlaku dalam masyarakat cina pasti dapat dikesan DAP. Parti tersebut banyak menyerap bekas-bekas aktivis PKM. Modus operandi dan strategi DAP pun mirip pada PKM.
Namun, Lim Kit Siang cuba menafikan kaitannya dengan komunis ...
Perjanjian Migrasi Aset Air ditandatangani oleh kerajaan Pulau Pinang pada Jun 2011.
Dengan perjanjian ini, hutang kerajaan negeri kepada kerajaan Persekutuan sejumlah RM655 juta distrukturkan semula; di mana Perbadanan Aset Air Berhad mengambil alih hutang kerajaan negeri kepada kerajaan Persekutuan dan kerajaan Pulau Pinang menyerahkan semua aset air milik negeri kepada PAAB selama 45 tahun.
Kerajaan Persekutuan juga bersetuju untuk membiayai secara "grant" Projek Pembesaran Empangan Mengkuang bernilai RM1.2 billion.
Oleh itu jangan pula kata kerajaan pusat anak trikan negeri bawah pembangkang!!!
Sejak 1993-2008, tarif air domestik di Pulau Pinang tidak pernah dinaikkan. Ia kekal tarif terendah di Malaysia. Ini menggambarkan pengurusan bekalan air yang bijak dan kompeten oleh kerajaan semasa itu.
Sebaik DAP ambialih Penang, kerajaan negeri memperkenalkan surcaj pada kadar 24sen setiap 1,000 liter penggunaan domestik melebihi 35,000 liter sebulan pada tahun 2010. Alasan mengenakan surcaj adalah untuk mengurangkan kadar penggunaan domestik air per kapita sehari yang melebihi purata nasional.
Pada Nov 2013, dinaikkan lagi kadar surcaj sebanyak 100 peratus; dari 24 sen ke 48 sen setiap 1000 liter. Alasan kali ini adalah surcaj awal gagal mengurangkan kadar penggunaan air per kapita Pulau Pinang malah penggunaan per kapita terus meningkat.
Ekoran itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang bersetuju dengan permohonan PBAPP untuk menaikkan tarif air sebanyak 20% pada April 2014. Kali ini, alasannya pula surcaj oleh PBA masih gagal mengurangkan penggunaan air domestik di Pulau Pinang.
Nurul Izzah cuba kaitkan pemecetan Prof Hamdi dari jawatan Timbalan Naib Chencellor kerana tidak menyokong UMNO.
Eh ... lupa pula dia TNC Unisel Selangor dipecat sebaik PKR ambbilalih pentadbiran Selangor, adakah kerana tak sokong PKR? Gantikan dengan TNC bermasaalah ada kes rogol yang pro PKR kan???
Entah kenapa Nurul cuba nak pertahankan TNC yang seorang ni. Dalam Malaysia, ada 66 TNC bawah Kementeriaan Pendidikan. Ada hampir 1,000 dekan yang perlantikan perlu kelulusan Kementerian.
BIla kontrak habis, bbiasalah ada yang keba berhenti. Ada yang kena sambung.
Eddah tu habis bulan April, itu ke calun pilihan? Madu madulah ye Nurul, Mak awak pun bermadu jantan!!!
... saya dengan ini mendesak supaya beberapa tindakan seperti berikut diambil dengan serta merta:
1. Peguam Negara hendaklah memfailkan permohonan serta merta di Mahkamah Persekutuan untuk suatu perintah supaya Anwar menyerahkan paspot antarabangsanya;
2. Peguam Negara juga wajib memohon Mahkamah Persekutuan membatalkan perintah penangguhan perlaksanaan hukuman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan;
3. Sebagai alternatif, Peguam Negara wajib memohon Mahkamah mengenakan perintah tahanan reman keatas Anwar Ibrahim berkuatkuasa serta merta sehingga tarikh keputusan diumumkan;
4. Ketua Pengarah Imigresen hendaklah mengeluarkan perintah larangan keluar negara dan menyenarai-hitamkan Anwar atas alasan beliau adalah seorang yang telah disabitkan dengan suatu kesalahan jenayah liwat menurut Seksyen 377B Kanun Kesiksaan dibaca dengan Kanun Acara Jenayah dan Akta Imigresen;
5. Ketua Pengarah Imigresen hendaklah mengeluarkan perintah serta merta menghalang Anwar Ibrahim keluar daripada negara ini dan semua check-point hendaklah dimaklumkan mengenainya dan menguatkuasakannya dengan serta merta;
6. Sementara itu pihak Polis hendaklah meletakkan Anwar dibawah pemerhatian dan pemantauan 24-7 dengan serta merta untuk memastikan sekatan atau halangan dapat dikuatkuasakan jika ada sebarang usaha untuk melarikan diri keluar daripada bidangkuasa Mahkamah dan Polis Malaysia.
Saya membuat kenyataan ini berdasarkan perkembangan terbaru membabitkan dua kes Mahkamah iaitu kes Alvin Tan dan Kpl Sirul Azhar Umar.
Alvin yang sedang menghadapi pertuduhan dibawah Akta Hasutan kerana menghina Islam, dan Sirul Azhar Umar yang dijatuhkan hukuman gantung kerana membunuh Altantuya.
Kedua-duanya berjaya melepaskan diri daripada bidangkuasa Mahkamah Malaysia dengan berada di luar negara. Alvin di Amerika Syarikat, Sirul di Australia. ....
Sepenuh di SINI.
Tambahan 7: Sudah ada sejarah di mana Anwar cuba mendapatkan perlindungan politik dari perbuatan jenayah ini dari Kedutaan Turkey semasa Saiful membuat laporan polis terhadapnya dulu.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali melepaskan geram hari ini dengan mencabar Lim Guan Eng bersemuka berikutan dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang itu bahawa beliau tidak jujur berhubung pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).
Mustafa yang menyifatkan Guan Eng sebagai seorang bermulut celupar menegaskan, Setiausaha Agung DAP itu ada menghubunginya berkenaan hasrat parti tersebut untuk melaksanakan pilihan raya PBT namun dibuat selepas beberapa hari cadangan berkaitan diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.
"Perkataan yang digunakan oleh Guan Eng itu bukan sahaja tidak tepat malah tidak betul dan menggambarkan beliau seorang manusia mulut celupar.
"Saya cabar dia supaya bersemuka secara terbuka, biar dia bagi versi dia, saya bagi versi saya. Biar masyarakat tentukan siapa betul, siapa salah, siapa bohong, siapa tidak bohong," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Pas di sini hari ini.
Yang turut hadir Penolong Setiausaha Agung Pas, Khairul Faizi Ahmad Kamil.
Cabaran itu dibuat berikutan kenyataan Guan Eng dalam sebuah portal propembangkang yang mendakwa beliau telah menghubungi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mustafa untuk berbincang tentang pelaksanaan pilihan raya PBT sebelum memulakan kempen undi di Pulau Pinang.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut melahirkan rasa terkejut apabila kedua-dua pemimpin terbabit gagal mengakui perkara tersebut serta menuduh mereka bersikap tidak jujur.
Jelas Mustafa, beliau tidak pernah membincangkan soal pelaksanaan pilihan raya PBT bersama Guan Eng kerana perkara itu tidak termaktub dalam rangka kerja dasar bersama pakatan pembangkang.
"Memang saya akui dia menghubungi saya, tetapi benda bercakap ikut suka hati ini tidak bagus bagi seorang pemimpin seperti dia.
"Dia (Guan Eng) minta supaya memberikan kenyataan positif, saya hanya menjawab insya-Allah dan tidak membantah kerana perkara itu sudah berlaku dan dibentangkan waktu itu.
"Sebenarnya saya hendak menjaga suasana harmoni dalam kalangan pakatan pembangkang, kerana waktu itu Guan Eng maklumkan dia terpaksa lakukan (pilihan raya PBT) kerana menerima tekanan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah masuk dalam janji DAP di Pulau Pinang, maka kita (Guan Eng) terpaksa puaskan mereka (NGO)," ujarnya.
Dalam pada itu, Mustafa yang mengakui hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini kerana turut tidak termaktub dalam rangka kerja dasar bersama pakatan pembangkang memberitahu, Pas tidak boleh memberi persetujuan terhadap pilihan raya itu kerana bercanggah dengan dasar pakatan.
"Saya mendapat tahu berkenaan pembentangan pilihan raya PBT pada sidang DUN Pulau Pinang itu ketika wakil tunggal Pas, Datuk Salleh Man menghubungi saya.
"Ketika itu saya bertanya bila hendak dibentangkan ini, dia berkata mungkin esok (Mei 2012), jadi saya maklumkan perkara itu tidak pernah dirujuk kepada pimpinan tertinggi pakatan pembangkang.
"Maka saya selaku Setiausaha Agung mengarahkannya supaya mengelak daripada menyokong atau menolak usul itu," katanya.
Ketika ditanya sama ada Pas akan meninggalkan pakatan akibat kemelut berkenaan, Mustafa berkata, isu itu masih belum berbangkit.
"Jangan cepat sangat, niat dalam hati siapa yang tahu,'' katanya.
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Najib (tengah) berkata, Indeks Syariah diwujudkan sebagai pengukur pencapaian negara dalam melaksanakan tuntutan syarak. - Foto TRP/ Wan Kah Hoong
KUALA LUMPUR, 30 Januari:
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal melancarkan Indeks Syariah, pada 10 Februari ini.
Menerusi pelancaran itu, Malaysia merupakan negara pertama yang akan menggunakan indeks berkenaan dan boleh dijadikan penanda aras dalam pelaksanaannya.
"Apabila melakukan perkara ini, Malaysia jadi negara pertama akan ada Indeks Syariah dan diharap ia boleh diterima pakai negara Islam lain.
"Kita juga berharap dengan penanda aras ini, pengisian Islam jelas apa yang telah kita lakukan dan laksanakan selama ini," katanya pada sidang media, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn, hari ini.
Jelasnya, Indeks Syariah ini melibatkan lapan sektor yang akan membuktikan UMNO komited untuk memartabatkan syariat Islam dalam urusan pentadbiran negara.
"Maqasid Syariah melibatkan lima perkara – agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.
"Indeks ini akan melibatkan lapan sektor – pendidikan, ekonomi, infrastruktur, alam sekitar, perundangan, kesihatan, politik budaya dan sosial," jelasnya lagi.
Indeks ini akan dilaksanakan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan turut melibatkan badan-badan bebas yang terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang berkenaan.
Indeks ini diwujudkan sebagai pengukur pencapaian negara dalam melaksanakan tuntutan syarak.
Indeks yang komprehensif itu sedang dibangunkan, diterajui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama Universiti Islam Antarabangsa dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).
KUALA LUMPUR - Sudah tiba masa untuk Umno dan Pas membentuk kesepakatan dan menubuhkan kerajaan perpaduan seperti yang pernah disarankan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2009.
Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr Hasan Mad berkata, kesepakatan itu amat diperlukan dalam realiti semasa tatkala Islam dikecam dan diancam dengan pelbagai tohmahan
"Ancaman ini termasuklah daripada orang Islam yang liberal dan ekstremis. Bagi keadaan di Malaysia, hanya Umno dan Pas institusi politik yang dilihat mempertahankan Islam.
"Sewajarnya untuk kedua-dua parti membentuk kesepakatan. Selain itu, ia juga amat penting kerana akan membina kekuatan bangsa Melayu sebagai peneraju pembangunan negara ini," katanya dalam sidang media, di sini, semalam. - SH
SELANDAR - Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang cuba merahsiakan dia dirogol akhirnya terbongkar apabila dihantar ke Hospital Jasin untuk mendapat rawatan lanjut semalam.
Difahamkan sebelum kejadian mangsa yang bakal menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini mengadu mengalami sakit perut ketika di sekolah sebelum pihak sekolah membawanya untuk mendapatkan rawatan awal di Klinik Kesihatan Selandar.
Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superitenden Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu kelmarin.
Menurutnya dalam laporan itu, mangsa yang berusia 12 mendakwa dirogol seorang lelaki berusia 63 tahun yang dikenali sebagai datuk tiri mangsa.
"Hasil pemeriksaan pihak hospital mengesahkan mangsa disahkan mengandung 7 bulan," katanya.
Hasil daripada laporan itu polis menahan seorang warga emas di kediamannya di Selandar pada hari sama laporan diterima.
Bekas wartawan Berita Harian (BH) dan bekas pengacara TV3, Aziz Desa kini terlantar di Hospital Langkawi akibat masalah buah pinggang kronik dan penyakit kencing manis.
LANGKAWI: Bekas wartawan Berita Harian (BH) dan bekas pengacara TV3, Aziz Desa kini terlantar di Hospital Langkawi akibat masalah buah pinggang kronik dan penyakit kencing manis.
Aziz atau nama sebenar Abdul Azid, 50, dimasukkan ke hospital berkenaan kali kedua sejak dua hari lalu selepas pengsan di rumah adiknya di Kampung Bayas, di sini.
Ketika ditemui, Aziz berkata, doktor mengesahkan masalah buah pinggangnya pada tahap serius dan sedang menunggu ujian darah sebelum menjalani proses heamodialisis dalam tempoh terdekat.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Tony Phua sedang dalam sessi lawatan ceramah untuk memburukkan negara Malaysia di universiti-universiti di United Kingdom (UK) dalam minggu pertama bulan Februari. Dengan menggunakan tema ceramah "Debt In Malaysia: A Ticking Time-Bomb", rasanya ahli ekonomi DAP separuh masak (half past six, orang UK panggil) ini mungkin tersalah negara dengan memilih UK untuk memburukkan negara dalam tajuk hutang isi rumah.
Tahukah Tony Phua bahawa dalam tahun 2013, UK adalah negara keempat di dunia yang mempunyai hutang isi rumah yang tertinggi? Baca sumber di sini.
Tahukah Tony Phua bahawa akhbar tabloid utama UK, The Telegraph pernah menyiarkan berita bahawa hutang isirumah di UK ibarat bom jangka? Baca The Telegraph di sini.
Ini data-data hutang di UK berbanding Malaysia kalau macai-macai pembangkang malas hendak membuat carian di Google:
Kita ucapkan selamat jalan kepada Tony Phua ke UK. Semoga beliau dapat mengajar dan mendidik pelajar-pelajar dan orang ramai dari UK bagaimana berbahaya paras hutang UK dan kenapa pelajar dan bakal pelabur dari UK perlu kembali ke Malaysia di mana tahap hutang negara adalah jauh lebih terkawal berbanding UK.
DAP kelihatan cuba mengembangkan pengaruhnya ke Kelantan dengan melancarkan "Impian Kelantan". Orang PAS Kelantan jangan jadi bodoh. Inilah misi yang DAP jalankan dalam proses untuk menawan Sabah dan Sarawak dalam misi mereka "Impian Sabah" dan "Impian Sarawak" sebelum ini. Kesungguhan mereka nyata kelihatan apabila Lim Kit Siang, Loke Siew Fook, Teressa Kok dan Ambiga S adalah orang yang wajib berada di majlis pelancaran berkenaan. Mana Menteri Besar Kelantan dan Timbalannya? Kenapa hanya Husam Musa yang mewakili Kelantan?
Apakah terdapat percubaan DAP untuk mengulingkan kepimpinan yang ada dan mengantikan kepimpinan boneka di Kelantan? Pemimpin-pemimpin PAS jangan jadi bodoh. Adakah ini lanjutan daripada kritikan Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agong DAP yang membuat kenyataan di dalam akhbar cina, di sini yang mengatakan "Menteri Besar tidak tahu buat kerja"? Waima, Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga anak Mursyidul Am PAS, Nik Mohamad Abduh agak terkilan dengan kenyataan ini. Apakah DAP sekarang sudah menjadi tamak di dalam gabungan PR?
BERSIH sudah panas bontot dan mengelupur. Mereka hanya tinggal 7 hari lagi untuk menghasut Rakyat Sarawak terutama yang tinggal di kawasan persempadanan semula untuk membuat bantahan bagi membolehkan sabotaj yang mereka hendak lakukan terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berjaya. BERSIH tahu mereka sendiri tidak dapat mensabotaj SPR tanpa sokongan daripada penduduk Sarawak. Baca rengekan BERSIH di FMT, di sini.
BERSIH tidak punya 'locus standi' untuk menghantar bantahan kepada SPR. SPR juga telah menolak sebarang kerjasama dengan mereka. Untuk rekod, tandatangan 100 orang pengundi yang berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah persempadanan semula diperlukan untuk sesuatu bantahan dibuat. Tarikh 4hb Februari adalah tarikh terakhir bantahan perlu dibuat.
Cukup-cukuplah BERSIH membuat kerosakan di bumi Malaysia terutama di Semenanjung. Janganlah menghuru-harakan Sarawak dengan agenda memecahbelahkan perpaduan Rakyat Sarawak. Cukuplah Marina Chin Abdullah, Ambiga S dan suku sakat mereka menjalankan peranan mereka dengan licik. Siapa tak kenal BERSIH? Mereka cekap dalam hal mengambil kesempatan, memanipulasikan fakta serta memainkan emosi dan juga sentimen Rakyat, ini kepakaran mereka. Ini kita dapat lihat pada perhimpunan yang didalangi oleh mereka sebelum ini seperti BERSIH 1.0, BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0, Blackout dan sebagainya.
Ternyata segala apa yang mereka dakwa itu ternyata tidak benar. Mereka adakan perhimpunan BERSIH kerana mendakwa SPR menipu, tetapi sehingga sekarang mereka gagal mendakwa SPR di mahkamah atas tuduhan menipu. Mereka menuduh Kerajaan membawa masuk 40 ribu bangla untuk memenangi pilihanraya, ternyata mereka yang menipu. Mereka hanya berjaya menjumpai Bangla yang bekerja sebagai tukang sapu. Begitu juga himpunan Blackout yang jelas satu pembohongan. Satu demi satu pembohongan mereka dilondehkan. Namun disebabkan Rakyat tidak tahu hal sebenar, maka ada di antara mereka akhirnya terpengaruh.
Kini mereka mengugut SPR dan Kerajaan. Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah berkata, sekiranya SPR masih meneruskan rancangan persempadanan semula dan penambahan kerusi dengan tidak mengikut undang-undang dan perlembagaan, Bersih akan membuat mobilisasi besar-besar dan turun ke jalan raya. CTS ketawa kecil. Pertama, CTS telah mengikuti kesemua perhimpunan BERSIH dari nombor satu ke nombor tiga serta perhimpunan Balckout. Momentum kehadiran Rakyat dari satu perhimpunan hingga ke satu perhimpunan semakin merudum. Apakah Marina yakin perhimpunan akan datang akan mendapat sokongan Rakyat?
Kedua, dakwaan SPR melakukan persempadana semula tidak mengikut undang-undang? Buktikanlah Marina. Ini bukan kali pertama SPR diseret ke mahkamah. SPR adalah sebuah Suruhanjaya yang mendapat pengiktirafan dunia. Kredibiliti SPR tidak pernah dipertikaikan oleh pemerhati-pemerhati antarabangsa. Mereka hanya dikritik oleh dalang-dalang dan barua-barua di Malaysia yang tamak kuasa tetapi gagal memperolehinya secara proses demokrasi berpelembagaan.
BOLEHKAH Koperal Sirul Azhar Umar bekas anggota polis yang dijatuhi hukuman mati kerana membunuh model Mongolia Altantuya Shaaribu di bawa pulang?
Australia di mana Sirul ditahan kerana masalah imigrasi pada 21 Januari lalu, telah lama memansukan hukuman mati. Negara itu tahu, bahawa hukuman gantung menunggu bekas anggota polis itu, jika dihantar pulang ke negara asalnya.
Malaysia berusaha agar banduan itu di bawa pulang, namun harapan untuk itu amat tipis.
Seseorang yang mengetahui bahawa dia berdepan dengan tali gantung, adalah sukar bagi seseorang itu menyerah diri, kecualilah seseorang yang berada dalam keadaan itu, seseorang yang redha.
Masih ada kah manusia redha? selain mereka yang menyertai kumpulan berani mati IS dan Al-Qaeda? atau seperti Marwan yang terbunuh pada 25 Janurai lalu di selatan Filipina?
Sehubungan dengan itu, ramai yang mendesak agar Anwar Ibrahim dilarang keluar daripada negara, malah ada yang mendesak agar passport beliau dirampas. 10 Februari depan merupakan hari penghukuman bagi Ketua Pembangkang itu, samaada sabitan penjara 5 tahun pada 7 Mac 2014 kekal atau sebaliknya. Kalau kekal, maka terpaksa kembali ke Sungai Buloh. Redha kah Anwar di penjara??
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, sejak DAP menguasai negeri itu tidak banyak perkara yang dilakukan untuk membela nasib atau mengurangkan beban rakyat malah hari demi hari rakyat berdepan dengan pelbagai bebanan kenaikan caj perkhidmatan. Jelas beliau lagi walaupun DAP saban waktu mendendangkan lagu politik Kerajaan Barisan Nasional (BN) menzalimi rakyat, BN barang naik tetapi hakikatnya merekalah yang sentiasa menekan rakyat secara halus ibarat meludah ke langit akhirnya terkena muka sendiri. "DAP sering menggunakan isu kenaikan harga minyak dan barangan untuk memburukkan imej kerajaan pusat di bawah pimpinan BN. Tetapi sebenarnya merekalah yang menaikkan pelbagai caj perkhidmatan sehingga menyusahkan rakyat. "Selain kenaikan cukai pintu, surcaj air juga dinaikkan. Kini rakyat akan terpaksa membayar sekiranya mahu melawat pusat pelancongan Fort Cornwallis. Dahulu tiada sebarang bayaran dikenakan namun selepas ianya diserahkan kepada syarikat Ewein Berhad maka bayaran masuk telah dikenakan," lapor UMNO-Online. Tambah beliau lagi, perlantikan syarikat tersebut juga boleh dipertikaikan kerana ianya tidak melalui tender terbuka walaupun ada 'request for proposal' pada tahun 2010. "Kerajaan negeri hanya memikirkan keuntungan semata-mata… Ewein Berhad harus membayar kepada kerajaan negeri sebanyak RM 30 ribu sebulan dan atas sebab itulah orang ramai pula akan dikenakan bayaran masuk," katanya. Bercakap mengenai surcaj air pula Zainal menjelaskan, seharusnya kerajaan negeri Pulau Pinang tidak perlu menaikkan surcaj mahupun tariff air kerana melalui Perjanjian Migrasi Aset Air pada tahun 2011 telah menyaksikan hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan sejumlah RM655 juta distruktur semula Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) kata beliau, telah mengambil alih hutang tersebut dan kerajaan negeri Pulau Pinang menyerahkan pula semua aset air milik negeri kepada PAAB selama 45 tahun. "Kerajaan Persekutuan juga telah bersetuju untuk membiayai secara "grant" Projek Pembesaran Empangan Mengkuang bernilai RM1.2 billion yg sekarang dalam pembinaan. Jadi mengapa surcaj dan tariff air perlu dinaikkan? "Inilah beza pentadbiran BN dan DAP. BN sentiasa memikirkan bagaimana mahu membantu rakyat tetapi DAP pula hanya bererotik kononnya menjaga kepentingan rakyat. Semasa BN menjadi kerajaan negeri di Pulau Pinang, ianya telah menyaksikan dari tahun 1993 sehingga 2008, tariff air tidak pernah dinaikkan. Ia kekal tarif terendah di Malaysia. "Ini menggambarkan pengurusan bekalan air yang bijak dan kompeten oleh kerajaan semasa itu," katanya. -
Dewan Pemuda Pas negeri menyelar tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan apabila menggambarkan Kelantan seperti tiada kerajaan ketika bencana banjir besar melanda negeri ini baru-baru ini.
Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa, Guan Eng dilaporkan berkata demikian ketika memperkatakan tentang isu rasuah dan integriti dan dalam masa sama, turut mengulas mengenai isu banjir di Kelantan dalam keratan akhbar Sin Chew Daily bertarikh 27 Januari lalu.
"Seorang sahabat saya berbangsa Tionghua menterjemahkan kenyataan beliau seperti berikut: "Bebas rasuah itu penting, tetapi lebih penting ialah boleh buat kerja. Kalau tidak mampu buat kerja, apa kamu dapat? Bila banjir besar berlaku, kamu lihat.
Saya cakap terus-terang, saya tak perlu rasa segan. Masa banjir, kerajaan Kelantan macam mana? Macam tak ada kerajaan! Kenapa? Kerana tidak boleh buat kerja! Jadi bebas rasuah (sahaja tidak cukup), kena boleh buat kerja. Jika tidak boleh buat kerja, lebih baik jangan jadi kerajaan."
"Beberapa orang sahabat lain yang juga berbangsa Tionghua telah mengesahkan bahawa terjemahan ini merupakan makna yang tepat terhadap keratan akhbar Sin Chew Daily tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli berkata, Guan Eng perlu segera menafikan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap akhbar Sin CheW Daily jika benar beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan seumpama itu.
Namun katanya, sekiranya Guan Eng pernah berkata demikian, kenyataan tidak tepat diucapkan mungkin disebabkan 'kegagalan' beliau bertemu sendiri pimpinan tertinggi negeri, terutama Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob walaupun pernah melawat Kelantan pada 9 Januari lalu.
"Ya, kelemahan tidak dapat dinafikan kerana banjir ini berlaku di luar jangka. Saya tidak mengatakan kerajaan Kelantan sempurna dan suci daripada kelemahan namun menyebut 'macam tiada kerajaan' ialah satu tuduhan yang sangat melampau.
Ini satu penghinaan kepada kerajaan Kelantan yang turut berada bersama di dalam Pakatan Rakyat," katanya.
Ahmad Fadhli turut menjelaskan, sepanjang bencana melanda, Ahmad serta Timbalannya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah bersama barisan Exco kerajaan negeri tidak pernah gagal untuk turun padang setiap hari membantu rakyat biarpun diri dan keluarga masing-masing turut bergelut menjadi mangsa banjir.
"Saya tidak ingin mengulas berhubung senario pasca banjir kerana kenyataan Yang Amat Berhormat ialah berhubung situasi semasa banjir. Hakikatnya kerajaan Kelantan tidak pernah berhenti daripada berikhtiar segala macam cara untuk memulihkan kembali negeri ini," katanya.
Ahmad Fadhli dalam pada itu turut menyifatkan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali 'tahu pintu dan tingkapnya, masuk tertib dengan tangganya' berbanding Guan Eng apabila sudi meluangkan masa bertemu Ahmad ketika melawat Kelantan baru-baru ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan