Jumaat, 23 Januari 2015

Barisan Nasional

Barisan Nasional


bumiyang

Posted: 23 Jan 2015 03:34 AM PST

bumiyang


Belum ke Putrajaya Lim Kit Siang Sudah Dilayan Umpama Raja???

Posted: 22 Jan 2015 07:39 PM PST

tunku

Posted: 23 Jan 2015 03:10 AM PST

tunku


Najib cancels WEF programmes, flies to Riyadh for King Abdullah's funeral

Posted: 23 Jan 2015 12:53 AM PST

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak cancelled all his programmes at the World Economic Forum (WEF) here to attend the funeral of King Abdullah Abdulaziz in Saudi Arabia.

Najib and his wife, Datin Seri Rosmah Mansor, are scheduled to leave Davos at 9.30am (4.30pm in Malaysia) and fly to Riyadh at about noon from Zurich, said the prime minister's press secretary, Datuk Akmar Hisham Mokhles.

Najib's working visit to the United Kingdom remains as scheduled, from Jan 24 to 26.

King Abdullah died early Friday at the age of 90. His brother, Prince Salman bin Abdulaziz, has been named the new king.

Najib to meet high-level decision makers from foreign companies

Posted: 22 Jan 2015 10:21 PM PST

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak will kick off his first day at the 45th World Economic Forum with a message to investors that Malaysia is ready for business.

In his second appearance at one of the world's important gatherings of great minds, with this year's theme "The New Global Context", he will send a message that Malaysia is at the heart of the world's potential growth area, which is Asean.

As Asean chairman, Najib is expected to deliver a strong message as well as lay the right foundation towards the realisation of the Asean Economic Community in line with Malaysia's chairmanship of the regional grouping this year.

He will meet 55 high-level decision-making officials from foreign companies, and 39 Malaysian corporate leaders during a closed-door business luncheon jointly organised by Khazanah Nasional Bhd, Malaysian Investment Development Authority (Mida) and Invest KL.

Among top local corporate ­bosses who will attend are Khazanah Nasional group managing director Tan Sri Azman Mokhtar, Axiata president and Group CEO Datuk Seri Jamaludin Ibrahim, CIMB Group Holdings Bhd chairman Datuk Seri Nazir Razak, AirAsia Group CEO Tan Sri Tony Fernandes and UEM Group chairman Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali.

Global companies that are attending include General Electric, Barclays, Bata, Huawei, Lippo Group, Hyatt Hotel and Ernst and Young.

Najib, who is also Finance Minister, is expected to explain the current economic situa­tion and pre-emptive measures announced on Tuesday to sustain Malaysia's economic stabi­lity and retain the flow of foreign investments into the country.

Later in the afternoon, Najib will hold a 20-minute bilateral talk with Netherlands Prime Minister Mark Rutte at Panorama Hotel, the venue for the WEF, and meet Andhra Pradesh Chief Minister Chandra Babu Naidu.

Najib will meet heads of five ­foreign companies, possibly for talks on new investment ventures as well as to expand existing investments in Malaysia.

The first day will end with bilateral talks with Turkish Prime Minister Ahmet Davutoglu.

Najib is also scheduled to hold bilateral meetings with his Kazakhstan counterpart Karim Massimov and US Secretary of State John Kerry.

Najib arrived here on Wednesday night and was received by Malaysian Ambassador to Switzerland Datuk Mohd Zulkephli Mohd Noor.

Besides Najib, other heads of states or govern­ment that have confirmed their participation include King Abdullah II of Jordan and Italian Prime Minister Matteo Renzi.

The WEF will see the congregation of more than 40 world leaders, as well as 2,500 participants from 140 countries.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 22 Jan 2015 11:26 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


BONUS TABUNG HAJI: SATU LAGI BUKTI KEPIMPINAN NAJIB DAN KEMAMPUAN MALAYSIA.

Posted: 22 Jan 2015 05:40 PM PST


Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan pembayaran bonus sebanyak 6.25 peratus kepada 8.6 juta pendeposit bagi tahun kewangan 2014.

Bonus tambahan dua peratus juga akan diberikan kepada pendeposit yang belum menunaikan ibadah haji sekali gus menjadikan bonus keseluruhan 8.25 peratus.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata peruntukan untuk pembayaran bonus itu adalah tertinggi sejak penubuhan Tabung Haji iaitu RM3.2 bilion.

Ia merupakan peningkatan 23 peratus, berbanding RM2.6 bilion pada 2013.

"Pemberian bonus haji ini mengukuhkan iltizam Tabung Haji dalam menjaga kebajikan para pendepositnya yang kurang berkemampuan untuk menunaikan haji selain daripada pemberian subsidi kos haji yang dipraktikkan saban tahun."

Beliau ditemui pada sidang media bonus pendeposit Tabung Haji 2014 di ibu negara pada khamis.

Pendeposit boleh mula menyemak pengkreditan bonus bermula 26 Januari ini.

Bagi tahun kewangan 2013, TH membayar bonus enam peratus dan bonus haji sebanyak dua peratus kepada 8.3 juta pendeposit.


Komen kami...

Syukur Alhamdulillah berkat kepimpinan dan pengurusan kewangan yang cekap membolehkan Tabung Haji mencatatkan keuntungan.

Hasil keuntungan tersebut disalurkan kembali kepada pendeposit-pendeposit mereka.

Mungkin kepada sebahagian pihak mengatakan wang keuntungan itu hak rakyat bukan hak UMNO atau BN pun. Tetapi kita lihat dibawah kepimpinan siapa dari parti mana yang berjaya membawa kecemerlangan tersebut.

Selama ini puak-puak inilah yang selalu mempertikaikan kejayaan kerajaan. Sebaliknya fitnah dan kutukan digembar-gemburkan bagi memperlekehkan setiap kebaikan dan kejayaan yang diraih.

Hari ini ia menjadi bukti bahawa sistem pengurusan Tabung Haji adalah yang terbaik di dunia.

Namun kejayaan ini juga pasti akan menyebabkan musuh-musuh Islam panas bontot dan telinga melihat kejayaan ummah. 

Pasti mereka telah dan akan mempertikaikan kenapa Tabung Haji perlu membeli aset di London, tanam kelapa sawit di Kalimantan, berniaga hotel di dalam negara dan apa jua melibatkan peningkatan aset-aset umat Islam dan Melayu akan dipersoalkan seenaknya.  


Maka pakar-pakar strategi politik dan ekonomi kongkang puak-puak pembangkang Melayu sendiri akan mula memberikan assessment ekonomi berdasarkan spekulasi dan fitnah bagi menyokong si kafirun menyerang apa jua melibatkan Melayu dan Islam.

Bila kantoi nanti mereka akan cari isu lain pula untuk dibahas dan dikritik lagi. Semuanya untuk melemahkan kredibiliti kerajaan walhal jasa mereka tiada langsung dan apa pun mereka tak tau...

Setakat kritik berdengung-berdengung saja mereka boleh laaa.


GEMPAR: PENCACAI DIKESAN SEBAR AJARAN SESAT DAN SONGSANG KHAWARIJ

Posted: 22 Jan 2015 05:00 AM PST


Di kalangan puak-puak pencacai, mereka cukup suka dan teruja untuk memperlekeh apa saja kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan. Bagi mereka tidak ada yang baik selagi BN-UMNO yang memerintah negara.

Namun mereka akan membaham apa saja yang diberikan oleh kerajaan dengan alasan itu hak mereka dan hak rakyat. Contohnya BR1M, bantuan persekolahan, bantuan ehsan banjir, dividen ASB, bonus Tabung Haji...

Dalam masa yang sama tiada apa-apa yang dibuat pemimpin mereka yang boleh dibanggakan.

Cuma dengan sedikit kebaikan yang dilakukan akan ditonjol sebagai satu kehebatan yang tiada tara bandingan dan tandingannya. Kononnya UMNO ada buat?

Mungkin mereka tak nampak apa jasa dibuat BN sebab dok asyik baca akhbar tabloid, media sosial fitnah mereka tanpa nak langsung baca atau tonton media arus perdana.

Kini akibat tak tahu lagi apa yang patut dilakukan untuk menghina UMNO dan Barisan Nasional yang terbukti banyak membantu rakyat, maka hukum hakam agama pun mereka langgar sesuka hati.

Kononnya ia boleh menjatuhkan kerajaan.

Adakah ini hasil tarbiyah tadika PASTI atau didikan sekolah vernakular?

Adakah Allah akan memakbulkan doa seperti di bawah ini?; 


Islam tidak mengajar umatnya mempermain-mainkan agama apatah lagi mendoakan perkara yang melaknatkan orang lain. Kita diminta supaya mendoakan kebaikan dan petunjuk kepada manusia lain.

Kecualilah kalau seseorang itu menganut ajaran khawarij, syiah, liberal atau kafir ekstremis yang menganggap diri mereka hebat, kebal dari hukum Allah dan sentiasa maksum. 

Menganggap diri mereka ahli syurga kerana menganggotai sesuatu jemaah atau riak kerana menganggap amalannya yang banyak diterima.

Tetapi menganggap orang lain rendah taraf imannya, kufur dan ahli neraka.


Ingat, setiap kali kita doa laknat ke atas orang lain yang baik sebenarnya kita menunjukkan kebodohan diri dan mengundang bala terhadap diri sendiri.

Allah Maha Mengetahui siapa yang jahat siapa yang benar. Lambat laun pasti diberi balasan juga kepada yang melakukan kejahatan.

Jangan ingat selama kita buat jahat dan tak kena balasan atau kesusahan bererti Allah sayang pada kita. Sebenarnya balasan tertangguh itulah dikenali sebagai istidraj sebelum bala menimpa apabila tiba masanya...  

Apabila bala menimpa bukan kena pada manusia yang berdosa saja tetapi semua manusia disekelilingnya turut menerima kesan. Tsunami banjir adalah contohnya.

Kini terbukti orang yang mereka hina, parti yang mereka cerca itulah yang banyak membantu rakyat ketika susah.

Namun adakah mereka sedar atau masih mahu kufur engkar dan perasan diri mereka bagus sangat?

Najib: Terus istiqamah membantu rakyat dan membangunkan negara...Apa pula jasa pembangkang untuk membantu rakyat? 
Fikir-fikirlah...


BLOGGER PAS SAYANG NIK AZIZ HANYA DI BIBIR

Posted: 22 Jan 2015 02:00 AM PST



Blogger PAS, Roslan SMS menempelak sikap sesetengah pimpinan dan ahli parti yang kononnya mengaku rapat dan sayang terhadap Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetapi tidak mematuhi apa yang disaran oleh Mursyidul Am PAS itu

"Sesungguhnya di peringkat ini kalau benar kita hormati dan sanjungi perjuangan Tok Guru maka sewajarnyalah kita ikut dan akur ajaran dan nasihatnya.

"Jangan kita curi publisiti kononnya orang paling rapat dengan Tok Guru tetapi tunjuk ajar dan nasihatnya tidak pula kita pedulikan,"katanya dalam artikel bertajuk "Sayang Nik Aziz jangan tak ikut nasihatnya."

Sikap manis di bibir ini paling ketara berlaku dalam isu krisis Menteri Besar Selangor kata Roslan SMS.

Menurutnya, dalam menghadapi isu tersebut, Nik Aziz sebagai Mursyidul Am PAS telah memberi saranan agar memberi sokongan bulat terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"PAS ini ada nakhodanya iaitu Tuan Guru Presiden. Saya penuh yakin beliau mendapat maklumat yang cukup sebelum mengeluarkan kenyataan.

"Cukuplah untuk saya menyatakan bahawa, buat masa ini, ahli PAS hendaklah meletakkan keutamaan ketaatan kepada apa yang telah dinyatakan oleh Tuan Guru Presiden.

"Benar, nakhoda barangkali tersalah, tetapi jika anak kapal pula beramai-ramai ingin menjadi nakhoda, barang tentu bahtera tidak akan belayar dengan baik," kenyataan Nik Aziz dipetik.

Namun, malangnya, saranan Nik Aziz itu tidak dipatuhi oleh sesetengah pimpinan dan ahli PAS.

Justeru, Roslan SMS berpendapat ucapan sayang sahaja tidak berguna jika tidak disusuli dengan perbuatan yang mengesahkan kata-kata tersebut.

"Dalam kita sayang dan simpati pada Tok Guru Nik Abd Aziz, renung dan fahamilah nasihatnya, jangan sayang sekadar sayang tetapi buah fikirannya tidak pula kita hargai.

"Saya sayang Tok Guru Nik Abd Aziz dan saya doakan agar beliau segera sembuh, dalam waktu yang sama saya akur dan taat nasihatnya, ya PAS cuma perlu pada seorang Nakhoda dan Nakhoda yang ada tiada cacat dan celanya dari sudut memimpin gerakan Islam ini.

"Bahtera perjuangan PAS akan belayar dengan tenang menuju destinasi bawah teraju Nakhoda ini dan ia sekali-kali tidak memerlukan mana-mana anak kapal lain untuk melangkah kepala naik mahu menjadi Nakhoda pula," tegas Roslan SMS.

Belantan

Posted: 22 Jan 2015 11:20 PM PST

Belantan


Kucing hijau misteri, baka baru?

Posted: 22 Jan 2015 12:53 AM PST


Penduduk di sekitar bandar Varna yang terletak di Bulgaria dikejutkan dengan seekor haiwan misteri jenis Felis catus atau kucing yang sedikit ganjil.

Kucing berkenaan berwarna hijau dan ia bukanlah penyuntingan oleh PhotoShop atau hasil kretif aplikasi gambar.


Warga Varna yang pernah bertembung dengan entiti pelik itu rata-rata bingung tentang asal-usul dan bagaimanakah kewujudannya boleh terhasil.

Sesetengah menyatakan bahawa keadaan kucing tersebut berlaku kerana keadaan perubatan yang jarang berlaku. Ada pula yang menyebarkan khabar angin bahawa haiwan feline itu diculik makhluk asing dan tidak kurang yang berpendapat bahawa ia adalah baka baharu kucing.



Malangnya ada penjelasan logik tentang mengapa haiwan comel ini berwarna hijau. Sekumpulan remaja bertindak mengekori kucing terbabit bagi mengetahui asal kejadiannya.



Apa yang mereka temui? Kucing berkenaan tinggal dan tidur di sebuah garaj tempatan yang dipenuhi cat serbuk berwarna hijau.

Namun begitu nampaknya kesan warna tersebut tidak juga luntur walaupun saban hari berlalu.

Menarik bukan jika anda mempunyai kucing unik yang begitu berlainan dari norma?



Suara Politik
Belantan

The Unspinners

Posted: 22 Jan 2015 11:19 PM PST

The Unspinners


PAS TAK BOLEH bawa agenda sendiri, DAP BOLEH ...

Posted: 22 Jan 2015 08:30 PM PST


Tak sedar2 DAP dok liwst PAS. Stopa Ali beri kenyataan ...

KENYATAAN MEDIA

Pertamanya saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Anthony Loke, Setiausaha Organisasi DAP kerana mengakui dan mengesahkan bahawa pilihan raya kerajaan tempatan tidak termasuk dalam polisi bersama Pakatan Rakyat.

Premis perbincangan kita sebenarnya bukan isu demokrasi tetapi pendirian DAP yang tidak konsisten tentang polisi bersama. Ini kerana banyak lagi isu demokrasi yang belum selesai jika kita mahu bincangkan isu ini.

Sepanjang masa DAP menyatakan bahawa sebarang isu yang tidak termasuk dalam polisi bersama dan tidak dipersetujui oleh pimpinan tertinggi Pakatan tidak boleh dilaksanakan. Isu kerajaan tempatan adalah contoh tentang sikap DAP yang tidak  konsisten dalam hal ini.




Dalam kes hudud yang tidak termasuk dalam polisi bersama, DAP mati matian berkata, ia tidak boleh dilaksanakan tetapi dalam kes kerajaan tempatan yang juga tidak termasuk dalam polisi bersama ia diteruskan oleh kerajaan Pulau Pinang. Ini yang menjadi persoalan.

Pendirian pemimpin PR berkaitan isu kerajaan tempatan jelas, ia tidak mempunyai persetujuan bersama untuk dilaksnakan. Ini boleh dibuktikan daripada perkara yang sama dikemukakan oleh Teresa Kok sewaktu menjadi Pengerusi DAP Selangor yang mengemukakan isu pelaksanaaan pilihan raya kerajaan tempatan di Selangor. 

Pendirian yang diambil oleh pimpinan PR dalam mesyuarat-mesyuaratnya dalam isu ini jelas menolaknya sehingga ia dibincangkan bersama oleh ketiga-tiga parti di peringkat negeri. Sehingga ini tiada sebarang keputusan dibuat oleh Pakatan di peringkat negeri.


Padan muka ...

Jelas tiada persetujuan di kalangan pimpinan. Tetapi dalam kes Pulau Pinang kerajaan DAP tanpa merujuk kepada pimpinan pusat, ia terus dilaksanakan. Ini yang menjadi persolaannya. Apa sebabnya, kerana mereka ada majoriti dalam DUN Pulau Pinang.

Ini adalah gambaran daripada sikap arogan atau angkuh yang ditunjukkan oleh pemimpin DAP apabila mereka memperolehi kuasa majoriti. Hal ini juga dimanisfestasi oleh pimpinan DAP Sarawak yang membuat kenyataan, tidak perlu kerjasama PAS hatta PKR sekalipun hanya kerana DAP paling kuat di Sarawak.

Sifat arogan sebagaimana yang ditunjukkan oleh sebahagian pemimin DAP ini satu amalan yang tidak baik dalam konteks kerjasama politik sekarang.

Oleh itu saya menyeru kepada pemimpin DAP supaya jangan meneruskan amalan dan sikap seperti ini kerana sikap angkuh dan arogan ini bercanggah dengan amalan dan semangat setiakawan dalam kerjasama ini.

Datuk Mustafa Ali
Setiausaha Agung PAS.



Takyahlah nsk seru2 lagi Stopa. ..... tulah dosa kamu.juga.


DAP di Pulau Pinang mula larang azan ... Syabas PAS!!!

Posted: 22 Jan 2015 05:46 PM PST


Harap jangan kita lupa Teresa Kok mula timbulkan kontroversi bila dia muncul ke swbuah sursu.di puchong kawasan dia di kinrara untuk tegur tentang azan.

Alasannya bila isu itu menjadi riuh adalah untuk komplen pasal azan kuat sangat.


Ada pula melayu badigol setujudan kata masjid dan surau terlalu kuat. Tak perlu hebahkan juga ceramah, kuliah dan ngaji Quran.

Mereka termakan kata DAP. Akhirnya surau tu setuju dan termakan pujuk rayu dan derma hingga jemput dia ke surau.

Komdian hari ramai surau dan masjid yg dikuasai PAS jemput pemimpin bukan Islam PKR DAP ke majlis mereka.

Hingga mereka cair dengan Hannah Yeoh memakai baju melayu bertudung hungga Teoh Nie Ching boleh pakai pakaian gim ketat bersenam dengan PAS dalam perkarangan masjid.

Semua dilalai oleh politik hingga tidak sedar masjid dan surau tidak dibenarkan azan dengan kuat di PAP Spura dan sekular Turki.

Keadaan sama sudah mula di Pulau Pinang....


Mana kononnya pejuang Islam PAS seperti Mat Sabu, Mahfuz, Husam, Phahtolrazi dll?



8.25% untuk Tabung Haji!!! Syabas Azeez dan Ismee

Posted: 22 Jan 2015 04:38 PM PST


Syabas kepada TH yang dipengerusikan Dato Azeez dan pengurusan diketuai Tan Sri Ismee.

Pulangan yang baik untuk bakal-bakal haji. Satu kerja baik untuk sentiasa diberkati Allah jika dijalankan bersih, cekap dan amanah.

Syabas buat Azeez yang selama ini dituduh dengan pelbagai fitnah salahlaku tapi bila diberi tanggungjawab, berjaya menunjukkan pencapaian yang.

Tiada kontroversi sepanjang beliau mempengerusikan TH. Amal zariah dari urusan kebajikannya banyak.

Jauh berbeza dari masa silamnya sebagai bouncer tarik kereta. Azeez datang dari keluarga yg miskin. Orang berlatarbelakang demikian tak silap diberi peluang kedua dalam hidup.

Syabas Azeez! Bila diberi peluang untuk lakukan kebaikkan, kamu gunakan. Muga Allah kekalkan kamu di jalam yg lurus dan benar.


GERAKAN ANTI PKR

Posted: 22 Jan 2015 09:10 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


KALIMAH ALLAH : KRONOLOGI HINGGA SAAT KEMENANGAN. ( SIMPAN DAN VIRALKAN FAKTA INI )

Posted: 22 Jan 2015 07:00 PM PST

FAKTA ISLAM DI EROPAH.. PATUTLAH 'MEREKA' BIMBANG.

Posted: 22 Jan 2015 12:08 PM PST

KEKANDA ARUL KANDA..NAPA KANDA SAKAT TONY PUAKA TU ?

Posted: 22 Jan 2015 01:15 AM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 22 Jan 2015 03:03 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Chef Wan dikejarkan ke hospital selepas kutuk Qu Puteh?

Posted: 22 Jan 2015 05:06 AM PST

Chef selebriti dan personaliti TV terkenal, Datuk Chef Wan kini ditahan di Hospital Gleneagles Jalan Ampang akibat mengidap penyakit bronkitis iaitu radang pada salur bronkus dalam paru-paru menurut laporan mStar Online dan status terkini pelakon Serina Redzuawan.

Menerusi Instagram beliau hari ini, Serina Redzuawan kongsikan sekeping gambar Chef Wan yang kini berada di hospital selain mengharapkan peminat dan keluarga mendoakan kesejahteraan ayahnya itu yang kini masih dalam rawatan.


"Serina & cucu papa doakan papa cepat sihat balik, so sad tak boleh melawat papa. Doktor tidak benarkan sebab papa kena berehat tak boleh ada guest or family visit. To all my fans and family please doakan papa cepat sembuh dari bronchitis infection," tulisnya.

Chef Wan pula menerusi Instagram beliau memuat naik sekeping gambar menunjukkan biliknya di hospital tersebut yang dikhabarkan bernilai RM3,800 satu malam. Menerusi gambar tersebut, wad itu kelihatan seperti hotel mewah penuh bergaya. Semoga cepat sembuh Chef Wan! (rtky/m)

Gadis dirogol, ditinggal tepi jalan

Posted: 21 Jan 2015 11:09 PM PST

KUALA TERENGGANU - Tindakan berani seorang remaja perempuan berjumpa dengan kenalan lelaki yang hanya dikenali melalui telefon berakhir detik hitam apabila dia dirogol, dalam kejadian Ahad lalu.

Bagaimanapun, mangsa berusia 14 tahun itu bernasib baik apabila diselamatkan seorang lelaki yang menjumpainya ketika dia ditinggalkan di tepi jalan di Merchang, Marang oleh suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, lebih kurang jam 6.30 petang di Kampung Gong Tok Nasek, mangsa didatangi seorang lelaki yang hanya dikenali melalui telefon dan gadis itu bersetuju mengikut lelaki terbabit.

"Lelaki berkenaan membawa mangsa ke sebuah rumah dan telah menyerahkan mangsa kepada seorang lagi lelaki tidak dikenali yang sedia menunggu di rumah itu.

"Lelaki kedua itu setuju untuk menghantar mangsa pulang, namun dia hanya meninggalkan mangsa di tepi jalan dan mangsa mendakwa tidak mengetahui lokasi tersebut," katanya.

Wan Abd Aziz berkata, dalam keadaan terpinga-pinga, mangsa terserempak dengan seorang lagi lelaki tidak dikenali, sebelum dibawa ke sebuah rumah di Merchang, Marang dan ditinggalkan di dalam rumah tersebut bersendirian.

"Beberapa minit kemudian, datang tiga lagi lelaki tidak dikenali dan dipercayai salah seorang daripada mereka merupakan tuan rumah," katanya.

Jelasnya, mangsa yang ditinggalkan di dalam salah sebuah bilik di rumah itu kemudian dihampiri salah seorang daripada mereka, sebelum memaksa mangsa melakukan hubungan seks.

"Namun, mangsa cuba melawan, menyebabkan suspek bertindak lebih kasar dengan mengambil sebilah pisau dan mengacukan ke lehernya sebelum merogol mangsa.

"Selepas dirogol, mangsa dibawa keluar dari rumah itu oleh suspek dan ditinggalkan di tepi jalan di lokasi yang agak sunyi," katanya.

Bagaimanapun, mangsa bernasib baik apabila terserempak dengan seorang lelaki ketika sedang berjalan kaki untuk pulang ke rumahnya.

"Lelaki itu membawa mangsa pulang ke rumahnya terlebih dahulu untuk diberi makan kerana keadaannya yang begitu letih dan tidak bermaya.

"Beberapa jam kemudian, barulah mangsa dihantar pulang oleh bapa saudara lelaki tersebut," katanya.

Di rumah, selepas menceritakan kejadian itu kepada keluarganya, mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), untuk rawatan.

Keputusan perubatan mengesahkan mangsa dirogol dan suspek masih diburu untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Tunai haji, umrah tidak halang saya untuk lakon adegan panas, ranjang - Adi Putra

Posted: 21 Jan 2015 09:01 PM PST

Pelakon Adi Putra tidak pernah membataskan watak yang akan dilakonkannya biarpun sudah menunaikan ibadah haji tahun lalu dan beberapa kali mengerjakan umrah. Adi berkata, apa yang dilakukannya itu adalah semata-mata untuk menghidupkan watak selain menganggap ia sebagai suatu ibadah.

"Saya tidak membataskan watak selepas mengerjakan haji dan umrah termasuk watak panas kerana itu adalah tuntutan kerja yang perlu dilaksanakan.

"Bagi saya walaupun melakukan babak panas tetapi ia dilakukan di hadapan beberapa kru. Apa yang saya lakukan itu atas dasar pekerjaan dan pekerjaan itu merupakan satu ibadah," ujarnya.

Adi berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada pemilihan watak-wataknya terbatas atau bersyarat selepas menunaikan ibadah haji September tahun lalu. Katanya, babak-babak panas yang dilakonkan itu tidak semestinya bersentuhan sebaliknya lebih banyak menggunakan teknik kamera bagi mendapatkan kesan terbaik.

"Nama sahaja babak panas tetapi ketika melakonkannya ialah di hadapan ramai dan ada yang tidak bersentuhan pun.

"Banyak babak panas terutama di ranjang hanya guna teknik kemera sahaja," ujarnya.

- See more at: http://sensasimalaysia.com/gelaran-pak-haji-tidak-bataskan-adi-putra-berlakon-adengan-panas/#sthash.nzRScY8S.dpuf

(Video) Zamani jadi mangsa buli polis ketika ditahan di balai

Posted: 21 Jan 2015 08:01 PM PST

Selepas ditahan pihak polis atas tuduhan penagihan dadah, tersebar sebuah video yang menunjukkan vokalis popular kumpulan Slam, Zamani dibuli ketika berada dalam lokap.

Menerusi klip video berdurasi 1.24 minit itu menunjukkan Zamani yang kelihatan digari pada tangannya dipaksa menyanyikan lagu Gerimis Mengundang.

Akibat tersebar rakaman itu di laman sosial, ia menimbulkan kemarahan orang ramai khusus peminat Zamani dan Slam yang menyifatkan perbuatan berkenaan sebagai suatu yang mengaibkan.

Malah, peminat juga mempersoalkan tindakan rakaman itu dilakukan dan meminta pihak atasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan sewajarnya.

Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 43, ditahan bersama seorang wanita berusia 33 tahun yang turut positif dadah jenis Methaphitamine kira-kira pukul 12.30 tengah malam semalam.

Penyanyi itu ditahan dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 & Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Hasil pemeriksaan, satu paket plastik disyaki dadah jenis Heroin seberat 1.2 gram telah ditemui di dalam salah sebuah bilik di kediaman penyanyi itu.

Soal siasat awal mendapati suspek (Zamani) mengaku terlibat dalam aktiviti penagihan dadah jenis Syabu dan Heroin selama 10 tahun.

Pelakon veteran kantoi kendali jenayah wang haram

Posted: 21 Jan 2015 04:29 PM PST

Mengucap panjang Cik Pang apabila seorang teman produksi mengingatkan supaya berhati-hati dengan pelakon veteran ini. Jika dia mengajak menyertai perniagaan diusahakan, jangan sekali-kali terima dan bersetuju.

Tanya Cik Pang, mengapa pula begitu sebab pelakon veteran ini setahu Cik Pang baik orangnya dan tidak pernah menimbulkan masalah kepada sesiapa.
Kata teman produksi itu, orang keliling senang ditipunya kerana dia nampak baik dan tidak pernah menimbulkan masalah.

Cerita teman produksi itu lagi, sejak pelakon veteran itu kurang mendapat tawaran berlakon, dia mula berjinak-jinak dengan satu aktiviti jenayah wang haram.

Modus operandinya adalah memujuk rakan yang dirasakan boleh 'makan' untuk mengedarkan dan menukarkan wang palsu kepada wang haram.

Cik Pang macam tak nak percaya apa yang dikatakan teman produksi ini dan Cik Pang tanya pernahkah dia lihat dan saksikan dengan mata dan kepalanya sendiri.

Jelasnya, dia tidak pernah nampak tetapi beberapa kenalan dalam produksi sudah bercerita kerana cuba dibawa menyertai pelakon veteran itu.

Bagi Cik Pang, kalau sudah tahu, perkara seperti ini tidak boleh dibawa main-main. Kalau benar ada bukti, bawa perkara itu kepada pihak berkuasa.

Namun kalau tak ada yang mahu melaporkannya, Cik Pang hanya anggap ini hanya gosip atau omongan kosong yang sengaja ditimbulkan dengan niat mahu menjatuhkan maruah pelakon veteran terbabit.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24480#sthash.H6x3TOl9.dpuf

Cucu Tok Selampit

Posted: 22 Jan 2015 01:53 PM PST

Cucu Tok Selampit


PAS Kelantan Letak Batu Asas Lagi Dan PR Pula Sibuk Berceramah Untuk Mangsa Banjir

Posted: 22 Jan 2015 01:46 AM PST


Mungkin bosan dengan penjenamaan lama seperti Majlis Pecah Tanah dan Majlis Letak Batu Asas, Kerajaan Negeri Kelantan telah membuat innovasi dan pejenamaan semula (rebranding) majlis berkenaan kepada Majlis Letak Kerja!  Disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan semalam, Majlis Letak Kerja adalah kesinambungan usaha gigih Kerajaan Negeri Kelantan untuk meletakkan batu asas di Kelantan ... tahniah! Majlisnya sama cuma nama saja lain. Jangan cakap kepada macai. Nanti mereka bangkang dengan mengemukakan hujah mereka, kenapa ejaan tak sama!


Manakala di Raub pula, beberapa orang penceramah seperti Rara dan Melati dari DAP, Fariz Muda dari PKR dan Khalid Samad dari PAS tidak sabar-sabar untuk mengadakan sessi ceramah mereka di kawasan Parlimen DAP di bawah Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. Tidak pasti apa relevannya tajuk ceramah yang hendak disampaikan keesokkan harinya yang bertajuk "Ceramah Semperna Bencana Alam Banjir". Kerajaan BN sibuk membantu mangsa-mangsa banjir, manakala Kerajaan dan pimpinan PR pula sibuk berceramah dan meletak batu asas.

DS Rosmah Mansor Ikut DS @NajibRazak Macai Melalak, Betty Chew Ikut @cmlimguaneng Ke Hong Kong Kenapa Diam?

Posted: 21 Jan 2015 05:19 PM PST



Belum kedengaran lagi macai-macai PR melalak apabila isteri Ketua Menteri Pulau Pinang, Betty Chew Gek Cheng, mengikuti rombongan Seminar Pelaburan Pulau Pinang di New World Millennium Hong Kong Hotel, Hong Kong. Atas kapasiti apa Betty Chew menghabiskan duit Rakyat dengan mengikuti suaminya mengadakan lawatan misi pelaburan Pulau Pinang ke Hong Kong. Beliau Ahli Parlimen atau ADUN Pulau Pinang kah? Setahu CTS beliau adalah ADUN Kota Laksamana kalau diikutkan peta dunia berada di Melaka!

Kalau Rakyat menghabiskan wang untuk membiayai Betty Chew ke Hong Kong atas kapasiti isteri kepada Ketua Menteri, kenapakah pemimpin-pemimpin PR serta macai-macai bodoh melalak apabila isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor mengiringi suaminya seorang Perdana Menteri. Maca-macai PR tidak mahu tanyakah tiket penerbangan Betty Chew ke Hong Kong kelas ekonomi kah atau kelas perniagaan? Beliau duduk di hotel 5 bintangkah atau duduk di hotel ayam? Kenapa tidak mahu tanya? Ini duit Rakyatkan?

Lanjutan Perutusan DS @NajibRazak Mengenai Kedudukan Kewangan Negara, Apa Kata Datuk @weekasiongmp ?

Posted: 20 Jan 2015 11:00 PM PST


Perdana Menteri sewaktu menyampaikan perutusan khas berkenaan perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara semalam berkata bagi mempastikan pertumbuhan ekonomi yang seimbang, inklusif dan mampan dan bagi merancakkan eksport barangan dan perkhidmatan, beberapa tindakan akan diambil termasuklah  menyegerakan pelaksanaan cadangan daripada 'National Export Council' iaitu, membantu pengeksport terutamanya Perusahaaan Kecil dan Sederhana atau PKS untuk mendapat prospek pelanggan baharu di pasaran yang baharu, di bawah program jaringan antarabangsa menggunakan penghubung pasaran dan pakar industri.

Seterusnya, Kerajaan juga akan mempergiat program promosi eksport di 46 negara meliputi Asia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Syarikat; memperkenalkan SME-Go melalui SME Bank, sebuah program eksport untuk PKS, dan memanfaatkan Dana Perkhidmatan Eksport serta program promosi PKS untuk meningkatkan kemampanan eksport ke luar negara.

Berikut adalah Kenyataan Media Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Ir Dr Wee Ka Siong berhubung perutusan Perdana Menteri. Beliau menyentuh bidang PKS yang berada di bawah pentadbiran dan bidang kuasa beliau serta sektor pengangkutan bagi pihak Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Dato Seri Liow Tiong Lai.
Saya menyambut baik pengumuman oleh Perdana Menteri berkenaan perkembangan semasa dan kewangan negara pagi tadi. Di antara penyelarasan penting yang diambil oleh pihak kerajaan berikutan perkembangan semasa global dan dalam negeri baru-baru ini ialah penubuhan Special Relief Facility untuk menyediakan pembiayaan pinjaman SME pada kadar 2.25 peratus serta penangguhan tempoh bayaran balik sehingga 6 bulan kepada pengusaha SME yang dijejaskan oleh banjir baru baru ini.
Saya menyambut baik pengumuman tersebut dan ia merupakan langkah penting untuk membantu SME yang mengalami kerugian teruk dalam musibah banjir yang melanda beberapa negeri di negara ini, khususnya di Pantai Timur. Pengumuman Perdana Menteri yang memberi jaminan bahawa projek-projek mega, seperti MRT jajaran kedua, LRT dan High Speed Rail KL-Singapura, Rapid di Pengerang akan tetap diteruskan turut menunjukkan bahawa keadaan ekonomi negara masih stabil dan utuh serta tidak dalam krisis.
Pengumuman ini turut membuktikan desas desus yang mengatakan bahawa industri pembinaan negara akan terbantut adalah dakwaan tidak berasas. Sebaliknya, dengan adanya projek membaikpulih dan pembinaan semula infrastruktur asas yang musnah dalam banjir serta projek-projek mega tersebut akan dapat merangsang ratusan industri berkaitan (supporting industries), di mana kebanyakan adalah SME.
Pada masa kini, SME menyumbang sebanyak 34 peratus kepada KDNK Negara, dan sasaran kerajaan ialah sumbangan SME kepada KDNK dapat dipertingkatkan kepada 41 peratus menjelang tahun 2020. Saya yakin strategi-strategi yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam perutusan beliau pagi tadi dapat merangsang pertumbuhan positif SME secara keseluruhannya.
Saya turut menyambut baik pengumuman Perdana Menteri untuk merasionalisasi dan mengurangkan  perbelanjaan kerajaan. Ini mempamerkan kesungguhan kerajaan dalam mengurangkan beban kewangan negara. Ini merupakan titik permulaan yang baik dan semoga dapat memupuk budaya berbelanja secara berhemah dalam sektor awam.

Perlukah JAKIM Berdebat Dengan Eric Paulsen? - Dato Dr Mashitah

Posted: 19 Jan 2015 07:30 AM PST


CTS tertarik dengan soalan yang dikemukakan oleh Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), Dato Dr Mahitah Ibrahim, di dalam laman sosial Facebook beliau. Antara lain Dr Mashitah bertanyakan perlukah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berdebat dengan Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen dan perlukah agensi itu mempertahankan dirinya daripada tuduhan mempromosi ekstremisme seperti didakwa peguam hak asasi manusia itu?

Cadangan debat telah dilontarkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, DS Ahmad Shabery Cheek beberapa hari lalu dan menyatakan platform untuk ruang perdebatan itu boleh disediakan oleh RTM. Harus diingat, walaupun fungsi debat adalah untuk mencari penyelesaian, namun penonton tetap mahu melihat pemenangnya. Sudah pasti debat di antara 'JAKIM vs Eric' perlu ada pemenang. Apakah pihak yang berdebat benar-benar ingin menjelaskan isu yang dibangkitkan, atau sekadar ada pihak yang hanya inginkan perhatian di media massa untuk menyampaikan propaganda mereka? 

Hakikatnya, ramai yang berdebat hanya untuk menang, baik dalam politik, isu agama mahupun hal ehwal semasa, sedangkan tujuan debat ini sebenarnya adalah untuk membolehkan penonton menilai idea yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak berdasarkan bukti dan hujah. Jika penonton hanya mahu menang, pasti ada satu pihak dipersalahkan dan rasa terhina selepas debat berakhir. Debat bagi JAKIM hanyalah diibaratkan seperti menang jadi abu, kalah jadi arang.

Paling kita takuti ialah apabila debat dijadikan medium untuk memperolok-olokkan lawan, sehingga ke tahap memomokkan ayat dan hukum Allah SWT. Ada manusia miliki kelebihan kemahiran menggunakan logik akal dan hujah yang bernas dalam menyanggah tuntutan agama dan dikhuatiri ada penonton bersetuju dengan alasannya itu meskipun bertentangan dengan syariat Islam. Sekiranya ini berlaku, bukan setakat JAKIM dimalukan malah imej Islam juga turut tercemar.

Dalam isu debat JAKIM-Eric, bermanfaatkah debat berkenaan? Bolehkah ia menyelesaikan masalah pokok atau hanya medan untuk menunjukkan kehebatan berbicara, kelebihan ilmu logik dan mahu menjatuhkan martabat atau maruah pihak lain semata-mata? Jika keputusan debat ini Eric kalah, JAKIM hanya berjaya mempertahankan keputusannya. Tiada apa-apa kepentingan kepada Eric. 

Jika debat ini Eric pula yang menang, intergriti Agama Islam akan tercalar. Sekaligus mengiakan khutbah itu menyemai sifat benci. Wajarkah JAKIM berdebat dengan penghina dan perosak agama Islam. Oh bangsaku, oh saudara seIslamku, hati-hatilah kalian terhadap serangan hendap terhadap agama kita sedang bermula.

Apa Yang Tersirat

Posted: 22 Jan 2015 01:40 PM PST

Apa Yang Tersirat


Zamani: Patutlah Kurus Kering Terlibat Dadah Jenis Heroin dan Syabu

Posted: 21 Jan 2015 10:15 PM PST

Rabu di Ampang, Bekas vokalis kumpulan popular Slam, Zamani ditahan bersama seorang wanita selepas ujian air kencingnya disahkan positif dadah jenis heroin dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat pada awal pagi.

Penyanyi Zamani atau nama sebenarnya, Zamani Ibrahim, 43, ditahan polis pada pukul 12.30 tengah malam bersama wanita berusia 33 tahun selepas serbuan dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Polis turut menjumpai satu paket plastik disyaki dadah jenis heroin seberat 1.2 gram di atas tilam di dalam bilik tidur kediaman berkenaan.

Penyanyi dan wanita itu ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Dalam soal siasat awal Zamani mengaku terlibat pengambilan dadah jenis herion dan syabu sejak 10 tahun lalu.

Benarkah Najib Liabilti BN?

Posted: 21 Jan 2015 05:38 PM PST

 
BENARKAH Dato Seri Najib Tun Razak, merupakan liabilti Barisan Nasional? Tak kan seorang Perdana Menteri dan Presiden Umno tunggak kerajaan menjadi liabiliti? Kalau bukan liabiti? mengapa ramai sangat mengeritik beliau? Memang pengeritik diluar lingkaran mereka yang berjawatan atau MT Umno, akan tetapi daripada ahli Umno yang mempunyai penyokong.

Setakat ini, memang ada satu dua orang pemimpin Umno yang berjawatan atau pemimpin parti komponen yang mengeritik Perdana Menteri itu secara terbuka, namun kritikan itu tidaklah menyebabkan keadaan seperti yang berlaku kepada Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawai yang terpaksa meletakkan jawatan.

Setakat ini, belum ada yang berani secara terbuka mempersoalkan kepimpinan beliau secara langsung, akan tetapi komen-komen tidak langsung, yang ditujukan kepada Menteri Kabinet yang kadangkala tidak bercakap menggunakan fikiran, akan tetapi main lepas sahaja.

Kalau dilihat daripada segi pemimpin yang berjawatan memang belum ada yang sanggup berkofrantasi dengan beliau, apa yang perlu diingat jumlah pemimpin yang berjawatan terlalu sedikit berbanding yang tidak berjawatan. Dalam sistem demokrasi, majoritilah yang menang.

Umno memperkenalkan pembasmian politik wang, mengelak pemimpin yang bermasalah, namun apa yang nyata, mereka yang terlibat politik wang, bermasalah, masih bertengek, malah diberi peranan besar.

Di luar lingkaran kepimpinan, memang ramai yang mempersoal tindak tanduk Perdana Menteri, antara lain kekerapan beliau ke Luar Negara bersama rombongan di kala diperlukan dalam negara. Kes terbaru, isu bermain golf dengan Barack Obama, dan pada masa yang sama negara dilanda bencana.

Isu Datin Rosmah Mansor, berada dipundak beliau, yang sukar ditepis, adalah pemangkin mengapa beliau dianggap sebagai liabiliti.

tun faisal dot com

Posted: 22 Jan 2015 01:28 PM PST

tun faisal dot com


[Video] #SoalJawab Intervensi: Penyusutan ringgit reaksi pasaran, asas kita masih kukuh - @NajibRazak

Posted: 21 Jan 2015 07:33 PM PST




Penyusutan nilai ringgit merupakan reaksi pasaran kepada kejatuhan harga minyak dunia dan sentimen, bila mereka merasakan hasil negara akan berkurangan, kadar pertumbuhan kita akan menurun, maka sedikit sebanyak dan akaun dagangan kita terima tekanan, maka akan berlaku penyusutan pada nilai mata wang kita, tetapi apa yang penting ialah kita mesti sedar penyusutan ini tidak bererti bahawa kita tidak mempunyai asas yang kukuh, yang penting jangan kita panik kepada keadaan jangka pendek tetapi terus beri tumpuan kepada asas kita yang kukuh - Najib Razak


MUKADIMAH: HARGA minyak menjunam daripada paras tertinggi minyak mentah Brent pada Jun 2014 sebanyak AS$115 setong, telah turun lebih 50 peratus. Nilai ringgit Malaysia turut merosot daripada harga tertinggi tahun lepas pada 28 Ogos iaitu RM3.15 untuk AS$1 kepada RM3.61 kelmarin.

Nilai ringgit berbanding AS$ telah turun sebanyak 15 peratus. Pagi kelmarin dalam perutusan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara, beliau telah menerangkan bagaimana kerajaan akan menangani isu-isu ekonomi yang disebutkan tadi. Di luar negara pula, insiden di Paris, Perancis pada 7 Januari lalu walaupun ia tidak berkaitan dengan Malaysia telah menimbulkan soalan, bolehkah sesuatu perkara seperti itu terjadi di sini? Pengarah Eksekutif di Pejabat Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd., Datuk Charon Wardini Mokhzani mewawancara Najib mengenai intipati perutusan beliau dalam program Soal Jawab TV3 di Seri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya semalam. Antara lain wawancara itu mengupas beberapa  perkara membabitkan isu ekonomi semasa, usaha-usaha kerajaan menangani masalah penurunan harga minyak dunia dan nilai ringgit serta apakah erti sebenar kejadian di Perancis itu?

CHARON: Boleh terangkan prestasi ekonomi negara sebelum penurunan harga minyak dunia?

NAJIB: Sepanjang 2014, malah untuk tempoh sembilan bulan pertama tahun itu, pertumbuhan ekonomi Malaysia merupakan kadar pertumbuhan yang tertinggi dalam kalangan negara ASEAN.

Kita telah ambil dan laksanakan dasar-dasar yang memberi keyakinan kepada pelabur dalam dan luar negara. Dalam 2013, umpamanya, kita catat kadar pelaburan langsung asing (FDI) yang tertinggi dalam sejarah Malaysia iaitu RM38.2 bilion.

Kita lihat nilai pasaran bursa yang tertinggi dicapai dalam 2014. Jadi kita tengok indikatornya memberi kita kesimpulan bahawa sebenarnya kita berada di landasan yang betul dan asas kita semakin kukuh.

Namun apa yang tidak diduga sama sekali ialah kejatuhan harga minyak secara begitu drastik. Inilah dugaan dan cabaran yang sedang kita hadapi.

Ramai tidak menyangka harga minyak turun dengan cepat, sekarang ramai yang tertanya-tanya mengenai kemampuan kerajaan memandangkan hasil minyak adalah 30 peratus daripada pendapatan kerajaan. Apa yang kerajaan boleh lakukan untuk tanganinya?

Sebab itu saya ambil keputusan untuk membuat perutusan khas, saya gariskan keadaan yang sebenarnya.

Iaitu apa yang kita perlu fahami ialah ini bukannya satu krisis atau disifatkan sebagai kegawatan seperti yang pernah alami dulu.

Keadaan ini adalah keadaan di mana kita perlu membuat penyesuaian bajet negara kepada langkah-langkah fiskal dan mikro supaya kesan kepada kejatuhan harga minyak ini dapat ditangani supaya kita akan dapat kadar pertumbuhan yang boleh dianggap sebagai masih baik dan menggalakkan.

Apa yang penting usaha kita untuk membela nasib dan kesejahteraan rakyat akan terus dapat dilaksanakan.

Saya telah terangkan bahawa setelah kita kaji segalanya, kesan daripada kejatuhan harga minyak ini, kesimpulannya ialah bahawa peruntukan untuk pembangunan negara lebih kurang RM48.5 bilion itu akan kita pertahankan dan tidak akan dikurangkan sama sekali.

Apa yang kita buat penyesuaian ialah perbelanjaan mengurus dan ini kita akan kurangkan sebanyak RM5.5 bilion supaya kita dapat tampung pengurangan hasil.

Kita akan terima kesan yang pertama daripada penurunan hasil tetapi kita jimat dari segi tidak perlu lagi keluarkan subsidi minyak dan diesel.

Dan jika kita campur kedua-duanya kita masih ada defisit dalam lebih kurang RM8.3 bilion dan ini kita akan tampung melalui tindakan yang saya sebut tadi, perbelanjaan mengurus dan langkah-langkah yang saya umumkan semalam.

Tidak bolehkah kerajaan membuat sesuatu daripada masalah penurunan harga minyak ini?
Jika boleh kita hendak buat tetapi tiada negara yang boleh, malah negara yang lebih besar daripada kita pun tidak mampu seperti Rusia yang lebih besar dengan pengeluaran minyaknya antara 9 dan 10 juta tong minyak sehari, juga tidak boleh melakukan apa-apa dan negara-negara Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Minyak (OPEC) pun sama.

Masakan Malaysia yang merupakan pengeluar minyak yang kecil sebenarnya adalah di luar kemampuan kita. Ini adalah harga pasaran dunia yang berada di luar daripada keupayaan kita.

Ada juga yang risau apabila harga minyak dunia turun bermakna pendapatan kita akan turun, tetapi mengikut taklimat Datuk Seri semalam, ini tidak benar.

Pendapatan kita akan berkurangan tapi kita masih boleh menampungnya melalui pengurangan perbelanjaan, tambahan hasil pendapatan kerajaan dan keputusan yang kita ambil untuk melakukan reality check dari segi sasaran defisit fiskal yang kita unjurkan 3 peratus untuk 2015 berkurangan daripada 3.5 peratus yang kita unjurkan pada 2014, di mana sasaran itu telah dicapai oleh kita.

Tahun ini kita tidak mampu capainya sebab itu saya umum 3.2 peratus apa yang mustahak trend itu ke arah pengurangan meskipun tidak capai unjuran asal kita. Apa yang penting ialah jangka panjang sasarannya untuk mencapai bajet berimbang menjelang 2020

Sasaran bajet seimbang masih jadi sasaran?

Ya dan kita akan cuba sedaya upaya untuk capai sasaran itu.

Dari segi imbangan perdaga­ngan, Malaysia mengimport dan mengeksport minyak, secara bersihnya Malaysia bukan negara yang mengimport minyak?

Ini kita mesti lihat secara keseluruhannya, kalau kita tengok crude oil yang kita keluarkan dan kita ambil crude oil yang kita import, kita masih merupakan negara surplus walaupun kecil, namun jika kita kira refined petroleum product dan kita campur kedua-duanya, kita merupakan negara pengimport bersih, jadi sangkaan atau persepsi rak­yat bahawa kita negara pengeluar minyak yang ada lebihan adalah tidak tepat. Keadaan sudah berubah namun kita masih merupakan pengeksport lebihan dalam gas.

Harga gas tidak turun seperti minyak mentah?

Tidak tetapi trendnya akan lebih rendah.

Dalam soal persepsi orang ramai dan pelabur asing, Malaysia amat bergantung kepada harga minyak dunia.

Tidak, sebab kita telah buat langkah pelbagai untuk kita pelbagaikan ekonomi kita secara terancang. Pada 2009 bila kita perkenalkan dasar transformasi, Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP), kita juga tetapkan Bidang Keberhasilan Negara, Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang menjadi tumpuan, kita lihat ekonomi kita mempunyai kepelbagaian dan ia merupakan satu kekuatan kepada kita dalam erti kata jika sesuatu berlaku misalnya kepada sektor minyak, kita dapat tampung melalui sektor lain.

Dari segi hasil umpamanya jika kita lihat pada 2009, minyak untuk hasil negara dalam lingkungan 40 peratus tetapi 2014 turun kepada 26 peratus bermakna bukan sahaja dalam aktiviti ekonomi tapi kebergantungan kepada hasil negara te­lah juga dapat pelbagaikan dan kita sekarang menerima banyak daripada sumber lain.

Maknanya kita tidak lagi bergantung kepada minyak iaitu sumber pendapat kerajaan tidak lagi kepada minyak?

Tidak tetapi sektor minyak masih lagi sektor yang strategik kepada negara, itu tidak dinafikan tapi kebergantungan negara telah dapat kita kurangkan.

Dari segi mata wang, nilai ringgit telah turun tapi negara lain pun turut turun, apa kaitannya nilai mata wang Malaysia dengan harga mi­nyak?

Ini merupakan reaksi pasaran kepada kejatuhan harga minyak dunia dan sentimen, bila mereka merasakan hasil negara akan berkurangan, kadar pertumbuhan kita akan menurun, maka sedikit sebanyak dan akaun dagangan kita terima tekanan, maka akan berlaku penyusutan pada nilai mata wang kita, tetapi apa yang penting ialah kita mesti sedar penyusutan ini tidak bererti bahawa kita tidak mempunyai asas yang kukuh, yang penting jangan kita panik kepada keadaan jangka pendek tetapi terus beri tumpuan kepada asas kita yang kukuh.

Lambat laun jika asas kita kuat dan kukuh dapat kita mantapkan, misalnya kurang defisit fiskal maka kita akan terus dapat menarik pelaburan daripada luar dan sebagainya. Kita akan melihat bahawa nilai mata wang kita akan melalui adjustment mengikut kepada asas kukuh dan sentimen serta percaya akan menjadi lebih positif lagi.

Dari segi asasnya ekonomi kita masih kukuh walau harga minyak dunia turun, pada pendapat Datuk Seri apakah nilai yang sepatutnya?

Tidak boleh saya hendak nyatakannya sebab ia ditentukan oleh pasaran dunia dan kita tidak boleh melihat dari segi spekulatif dan ini bukan tugas kerajaan. Tugas kerajaan ialah untuk beri tumpuan kepada asas kerana asas inilah yang akan kita terus perkukuhkan.

Bagaimana dengan harga barangan, kos sara hidup, sesuatu yang sememangnya semua rakyat Malaysia perlu mengetahuinya, jika mata wang turun adakah kos sara hidup akan meningkat?

Kita telah kaji perkara ini dengan mendalam, untuk tahun ini inflasi sebenarnya akan menurun, dalam lingkungan 2.5 hingga 3.5 peratus termasuk juga waktu kita melaksanakan cukai barangan dan perk­hidmatan (GST), salah satu sebab­nya ialah pengurangan harga minyak iaitu RON 97, 95 dan diesel, bila kita ambil kira pengurangan ini, pengguna akan dapat pendapatan yang berpatutan, pengguna akan dapat kuasa membeli dengan nilai yang lebih besar lagi.

Keseluruhan bila kita sebut hendak laksanakan GST, maka inilah masa yang terbaik apabila kadar inflasi rendah dan apabila negara memerlukan hasil tambahan dan bila dalam keadaan harga minyak dah menjunam, kita perlu tampung dari sumber lain. Salah satunya ialah GST kerana akan beri pendapatan lebih kepada kerajaan berasaskan kepada broad based income tax, jadi pada hemat saya ini membuktikan keputusan kerajaan itu kena pada tempat, masa dan keadaannya.

Ada yang kata GST perlu ditunda ke tahun lain.

Inilah masa terbaik untuk GST, tentu sekali kerana lebih 160 buah negara telah laksanakannya, pihak yang bayar cukai hanya 1 daripada 12 yang membayar cukai pendapatan. Ini bererti tax based kita terlalu sempit, tidak menyeluruh bererti hasil negara akan terancam, bila ekonomi negara terjejas akan tambah hutang untuk perbelanjaan tetapi jika hasil bertambah maka ekonomi kita akan lebih kukuh dan bila kukuh apabila berlakunya situasi dalam keadaan luar dugaan kita akan lebih bersedia.

Dari segi penurunan harga, adakah kerajaan akan buat sesuatu, minyak naik harga naik tetapi apabila minyak turun harga tidak ikut turun?

Betul, dalam soal ini yang terlibat ialah supply chain tidak mengambil keputusan untuk kurangkan harga bila harga minyak turun tetapi apabila minyak naik cepat pula mereka naikkan harga barangan. Ini yang jadi hambatan kepada ekonomi negara terutama sekali menjejaskan pengguna, sebab itulah apa yang perlu kita buat ialah penguatkuasaan yang lebih berkesan dan pengguna yang lebih berhemah yang tahu buat penilaian, tidak beli dari kedai yang tidak kurangkan harga atau kenakan harga tinggi, kena pilih kedai yang mereka akan dapat harga rendah dan berpatutan. Orang kata harga yang adil.

Kelmarin Datuk Seri ada menyebuat Malaysia patut mengeksport lebih dan tahun ini Malaysia menjadi Pengerusi Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) dan perjanjian dagangan lain yang Malaysia sedang usahakan, misalnya Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TTPA), apakah kaitannya AEC dan lain-lain dengan pengeksportan?

AEC satu model regional integration iaitu kita lihat pada satu pasaran yang tarif kita kurangkan, kebanyakan kepada zero tarif atau hampir zero, boleh lihat pada single market dan single production base, bererti kita mesti optimis lihat bukan sahaja pasaran domestik tetapi ASEAN, sebab itu dalam perutusan saya semalam saya katakan semua pihak perlu melihat dan berani mengambil langkah positif untuk mengeksport ke negara ASEAN, inilah peluang kita mendapat pasaran lebih besar iaitu hampir 600 juta manusia dan ini merupakan peluang keemasan.

Harap semua, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan usahawan supaya lebih agresif.
Mengenai TTPA ia lebih regional integration yang lihat kepada market acces tetapi ada lagi peruntukan tertentu yang kita masih lagi belum menerimanya. Kita mahukan TTPA berdasarkan kepada terma-terma kita.

KDNK dalam perutusan kelmarin, dahulu 5 - 6 peratus kepada 5 1/1 peratus, apa sebab?

Antaranya ialah kesan kejatuhan harga minyak, ekonomi dunia tidak menentu, kadar pertumbuhan du­nia dikaji semula oleh bank dunia dan IMF, China pun dijangka 7.4 peratus walaupun tinggi kalau kita bandingkan pada kebanyakan negara, tetapi bagi China dikira agak perlahan, dengan senario ini kita terpaksa kaji semula, China merupakan rakan niaga kita yang terbesar, apabila ekonomi mereka perlahan tentu sekali eksport kita juga akan perlahan, kemampuan mereka untuk membeli produk kita juga akan berkurangan.

Bagi pekerja Malaysia adakah akan memperoleh pendapatan lebih rendah kerana ekonomi dunia perlahan?

Saya rasa tidak akan berlaku pengurangan pekerja, atau pendapatan berkurangan tetapi mungkin kegiatan ekonomi perlahan sikit maknanya perniagaan dan jumlah pekerjaan baharu yang ditawarkan mungkin akan berkurangan, ini bukan krisis tetapi perlahan kerana kesan pengurangan pertumbuhan ekonomi global.

1MDB banyak cerita mengenai­nya, bolehkah Datuk Seri berikan sedikit ulasan?

Ia satu syarikat pelaburan kerajaan untuk tambahkan pelaburan strategik termasuk rakan dari luar negara, ramai tidak sedar kita hanya sumbang RM1 juta sahaja dari segi saham modalnya, tetapi hari ini 1MDB punyai aset lebih RM50 bilion.

Memang mereka mempunyai hutang yang agak besar, tetapi dari segi aset dengan liabiliti, aset melebihi liabiliti, dan yang kedua kita memang ada perancangan untuk memantapkannya seperti penerbitan tawaran awam permulaan (IPO) misalnya dan bila ia diterbitkan nanti dalam keadaan pasaran yang positif sudah tentu kita akan dapat tarik pelaburan besar dalam dan luar negara untuk melabur dalam syarikat tenaga. Untuk jangka panjang ia akan beri banyak manfaat kepada negara.

Keadaan pasaran yang positif sudah tentu kita akan dapat menarik pelaburan yang besar dari dalam dan juga luar negara untuk melabur dalam apa nama energy company yang dimiliki oleh 1MDB.

Di samping itu, 1MDB ada tanah yang besar iaitu Bandar Malaysia seluas 550 ekar dalam bandar, tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Nilainya besar. Begitu juga TRX yang kita nak buat pusat kewangan yang baru, itu pun merupakan nilai yang besar.

Jadi kalau kita dapat merealisasikan aset-aset ini, sudah tentu ia akan memberi nilai pulangan yang besar.

Saya masih yakin dengan lembaga pengarah, dengan kepimpinan yang ada, lebih lagi yang baharu dalam 1MDB bahawa jangka panjang 1MDB akan memberi banyak manfaat kepada negara kita.

Dari segi jangka panjang, maknanya 1MDB akan teruskan terlibat dalam sektor elektrik, janakuasa dan tanah. Boleh saya tanya sedikit mengenai keadaan banjir di Pantai Timur dan apa yang boleh dibuat oleh kerajaan?

Keadaan banjir yang menimpa negeri-negeri Pantai Timur memang pada kali ini begitu serius dan amat membebankan rakyat.

Saya amat sedih bila saya turun melawat kawasan-kawasan yang dilanda musibah banjir pada kali ini, lebih dahsyat daripada yang pernah saya lihat sebelum ini.

Justeru, kerajaan akan mengambil langkah-langkah membantu mangsa-mangsa banjir sama ada dari segi wang tunai. Kita dah umumkan kadarnya, tetapi lebih daripada itu, mereka memerlukan kalau rumah mereka dah musnah sama sekali, kita akan bina rumah baharu untuk mereka.

Kita sedang merumuskan bentuk rumah baharu ini dan insya-Allah pada 29 hari bulan ini nanti, saya dijadualkan melancarkan program pembinaan rumah di Kuala Krai, Kelantan sebagai contoh rumah pertama dalam bentuk baharu yang kita akan laksanakan nanti.

Di samping itu, macam-macam bantuan disalurkan oleh kerajaan, oleh sektor swasta, syarikat milik kerajaan (GLC) dan sebagainya. Orang-orang perseorangan dan sebagainya. Kita lihat bahawa memang ramai yang nak membantu mangsa-mangsa banjir.

Tapi satu yang tidak dapat dinafikan bahawa kos dari segi kerosakan infrastruktur termasuk sekolah, hospital, masjid, balai raya dan sebagainya lah, kalau jalan dan jambatan, kalau kita hitungkan semua, setakat ini, taksiran kita ialah seba­nyak RM2.9 bilion, yang merupakan kerugian yang besar.

Datuk Seri kita telah berbincang mengenai masalah ekonomi, sekarang boleh kita berbincang sedikit mengenai apa yang terjadi di Paris. Bolehkah perkara sebegitu terjadi di tanah air. Apa yang boleh kita pelajari daripada insiden itu?

Tidak mustahil, sebab kita sudah dapat kesan pada masa ini mengikut pada apa yang kita ketahui, terdapat 39 orang rakyat Malaysia yang telah memasuki IS. ISIS ataupun ISIL di Syria dan Iraq.

Dan di Malaysia pun kita telah tangkap beberapa orang yang ditahan kerana mereka disyaki terlibat dalam kegiatan militan. Sudah pun disahkan, dua orang rakyat Malaysia yang telah menjadi pengebom mati diri ataupun suicide bomber dan mereka telah mengakibatkan ramai yang lain terkorban.

Dalam keadaan sedemikian, maka kerajaan pada akhir tahun lalu, mengambil keputusan untuk membentangkan satu Kertas Putih di Dewan Parlimen, memaklu­mkan kepada Parlimen dan rakyat bahawa ini merupakan ancaman yang serius.

Sebab itulah, apabila kita sudah katakan kita sudah tentukan bahawa ini satu ancaman yang serius, maka kita kena lihat apa yang boleh dan patut kita lakukan.

Antaranya, kita mesti ada undang-undang baharu dan undang-undang sedia ada diperkukuhkan. Undang-undang baharu antikeganasan akan kita bentangkan bulan Mac yang akan datang di Dewan Parlimen untuk memberi kita kuasa yang lebih untuk menangani ancaman seperti ini yang pokok pada saya ialah untuk membuat sesuatu sebelum satu kejadian itu berlaku.

Misalnya di Sydney dan di Paris, bila sudah berlaku, baharu mereka boleh bertindak. Tetapi apa yang kita hendak adalah kuasa untuk melakukan sesuatu untuk menghalang sesuatu bentuk tindakan keganasan berlaku, inilah yang perlu kita lakukan.

Perkara-perkara lain yang patut kita lakukan ialah untuk memberi kefahaman yang lebih mendalam tentang apa dia Islam yang sebenarnya. Konsep Islam, umpamanya pengertian jihad yang sebenarnya, untuk difahami, dihayati oleh rakyat Malaysia dan aspek-aspek lain yang boleh memberi panduan kepada kehidupan mereka supaya mereka tidak terpengaruh dengan propaganda IS ini.

Kita juga mesti ambil tindakan supaya ada rasa saling hormat menghormati antara kaum dan antara agama dalam negara kita.

Antaranya, kita mesti memahami sensitiviti antara agama, supaya kita tidak membuat sesuatu yang boleh menghina ataupun boleh menimbulkan kemarahan mana-mana penganut agama.

Sebab itulah dalam konsep kebebasan ini, saya mengajukan kebebasan yang tiada had ataupun mutlak tidak sesuai sebaliknya kita mesti ada kebebasan, tetapi kebebasan yang ada batasnya.

Supaya kita tidak membuat sesuatu dari segi perbuatan, percakapan kita yang menghina agama lain. Bukan sahaja agama Islam, tetapi agama lain. Bila kita faham perkara ini, saya percaya kita boleh mengelak daripada mereka yang akan melakukan sesuatu tindakan yang tidak sepatutnya mereka lakukan.

Dalam soal kebebasan ini, di negeri-negeri Barat mereka kata orang ramai patut menyokong kebebasan untuk bersuara tanpa batas seperti mana di Perancis. Mereka kata kebebasan untuk menghina agama lain dan mungkin juga orang lain, tetapi itu yang dipercayai di Barat tetapi di Malaysia kebebasan apakah yang patut kita ada? Sebab sememangnya kita tidak patut menghina agama orang lain. Tetapi dalam soal lain daripada menghina agama, adakah kebebasan itu perlu diberi kepada rakyat Malaysia?

Ini timbul persoalan yang besar, apakah semua yang difahami dan dianuti di negara-negara Barat itu baik sekali ataupun wajar dijadikan contoh ikutan bagi kita ataupun sebaliknya kita harus memikirkan apa bentuk cara pemerintahan dan apa bentuk undang-undang serta nilai-nilai yang paling sesuai untuk kita.

Sebab matlamatnya pada saya ialah untuk menjaga keamanan dan keharmonian serta kestabilan negara kita. Kalau berlaku sesuatu dalam negara kita, maka ia adalah serius. Bagi setengah negara itu, sebab mereka tidak ada perbezaan kaum, sesuatu yang berlaku itu tidak jadi satu bentuk konflik perkauman, tidak berbentuk racial in nature.

Tetapi Malaysia ini kalau sesuatu berlaku, ia akan cepat menjadi sesuatu yang berbau racial dan ini boleh mencetuskan konflik antara kaum.

Sebab itu kerajaan mengambil keputusan untuk mengekalkan Akta Hasutan umpamanya. Sebab Akta Hasutan ini bukan untuk orang Islam dan orang Melayu sahaja tetapi untuk semua dan saya yakin kemungkinan besar Akta Hasutan ini melindungi mereka yang bukan beragama Islam juga.

Sebab kalau berlaku konflik antara kaum, biasanya kumpulan minoriti yang menjadi mangsa. Jadi kita mesti pastikan tak berlaku apa-apa perbalahan secara serius antara kaum dalam negara kita.

Ini komitmen kerajaan dan saya hendak tegaskan sebagai Perdana Menteri saya bertanggungjawab kepada rakyat Malaysia. Itu yang sentiasa menjadi perhatian saya, bukan pada mana-mana pihak di luar negara. Untuk rakyat Malaysia, saya akan melakukan yang terbaik untuk melindungi kepentingan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Soalan berbalik semula kepada hak bersuara seperti yang Datuk Seri terangkan tadi, jadi di sini hak bersuara mesti ada batasnya, kalau tidak boleh jadi berbahaya. Tetapi bolehkah rakyat Malaysia berbahas mengenai perkara lain ataupun adakah rakyat Malaysia boleh bersuara mengenai perkara-perkara lain yang tiada kena mengena dengan agama?

Ya, boleh. Banyak perkara. Mereka bebas untuk mengkritik kerajaan umpamanya. Kalau kita tengok pada sosial media, banyak yang membuat komen-komen negatif terhadap kerajaan.

Bererti bahawa kebebasan di Malaysia ini masih berlaku secara terbuka. Demokrasi masih berjalan secara sihat, hendak buat ucapan mana tempat pun asalkan dapat kebenaran dan sebagainya tidak jadi masalah.

Jadi siapa kata tiada demokrasi di Malaysia? Jadi Malaysia merupakan satu negara yang mengamalkan demokrasi, tetapi jangan sampai mutlak. Orang kata kebebasan mutlak itu menjadi kita melakukan sesuatu yang akhirnya menimbulkan konflik dalam negara kita.

Datuk Seri menyebut tadi mengenai ISIS, lebih kurang Datuk Seri kata 40 orang Malaysia telah masuk ISIS, tetapi adakah ini satu minoriti orang Malaysia yang sanggup pergi ke Syria dan masuk ISIS ataupun adakah ini satu masalah yang lebih besar daripada itu?

Ia masih merupakan kumpulan kecil dalam negara kita tetapi walaupun kecil tetapi kita jangan biarkan dia menjadi macam api dalam sekam.

Dan dalam keadaan yang kita lihat walaupun kumpulan kecil tetapi boleh melakukan apa nama tindakan dalam bentuk keganasan yang boleh menyebabkan ramai orang terbunuh dan harta benda musnah seperti mana kita lihat di Paris baru-baru ini.

Walaupun yang bertindak itu cuma tiga orang, tetapi kesan daripadanya adalah besar. Jadi kita pernah dengar istilah lone wolf mi­salnya, itu pun kalau seorang melakukan sesuatu dalam bentuk tindakan keganasan, kesannya buruk sekali kepada negara kita pada rasa keyakinan.

Mungkin rakyat akan merasai kebimbangan, sentimen terhadap Malaysia berubah dari luar umpamanya.

Ini semua kesan yang cukup buruk pada negara kita, jadi macam mana pun kita selalu sebut Malaysia ini merupakan sebuah negara yang aman, sebuah negara yang harmoni, inilah imej yang kita mesti pelihara yang kita mesti pertahankan.

Datuk Seri kita telah berbincang mengenai masalah ekonomi, telah berbincang mengenai masalah ISIS dan kebebasan bersuara. Adakah ada perkara lain yang Datuk Seri ingin mengutarakan kepada penonton-penonton kami?

Saya lihat bahawa kita jangan hilang arah dan fokus kita. Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti bersama-sama, sebab bila kita sebut kita bercita-cita hendak Malaysia ini sebagai sebuah negara advance econo­my, negara maju menjelang tahun 2020, ini merupakan satu shared vision, bukan sahaja visi kerajaan tetapi mesti dikongsi bersama oleh segenap lapisan malah semua rakyat Malaysia perlu berkongsi bersama untuk merealisasikan visi ataupun impian tersebut.

Dan inilah yang saya kata apa yang berlaku dalam jangka pendek, short term adjustment ini tidak bererti kita lari daripada objektif jangka panjang.

Kita telah tentukan landasan dan landasannya saya yakin adalah landasan yang benar cuma dalam perjalanan ini kadang-kadang kita kena buat perubahan sedikit dalam perjalanan kita.

Seperti mana kita pandu kereta, kalau ada sesuatu yang terjatuh depan kereta, kita mengelak. Daripada kita buat adjustment sebagai pemandu, kita buat adjustment, tetapi kita mesti sedar bahawa destinasi kita itu, kita jangan hilang dari segi panduan kita. Untuk macam manapun destinasi, matlamat, objektif itu mesti kita capai.

Datuk Seri kata walaupun harga minyak telah jatuh, nilai ringgit turun, tetapi ini bukan satu krisis, ini bukan gawat. Tetapi pada sayalah, saya harap Datuk Seri bersetuju bahawa rakyat Malaysia pun mestilah berjaga-jaga pasal keadaan ekonomi global ini bukan sesuatu yang boleh diramal ataupun senang diketahui. Kita pun tak tahu ke mana harga minyak akan pergi. Apakah pesanan yang Datuk Seri kepada rakyat Malaysia menjelang tahun 2015 dan ketika ekonomi global yang tak boleh dijangkakan?

Sebagai rakyat Malaysia kita kena bertindak secara berhemah, kalau kita ini sebagai pengguna umpamanya buatlah keputusan sebagai pengguna yang bijak. Um­pamanya kalau kita boleh jimat belanja, kita jimatlah perbelanjaan kita.

Dan kalau kita boleh beli daripada sumber yang memberi nilai yang lebih kepada kita, value yang lebih, buatlah keputusan sedemikian supaya kita akan dapat menentukan apa juga pendapatan yang ada pada hari ini, ianya akan dapat kita gunakan dengan manfaat yang sebesar dan semaksimum mungkin.

Dan saya juga berharap rakyat Malaysia ini atas ikatan kita berpegang kepada pendirian wasatiyyah atau kesederhanaan, berimbang dan kecemerlangan.

Ketiga-tiga unsur ini, maknanya bila kita sebut moderation atau sederhana bukan bererti sederhana dari segi pencapaian, tidak.

Sederhana bererti bahawa kita ini seimbang, balance dan juga di samping itu kita tetap merupakan seorang insan yang inginkan kecemerlangan dunia dan akhirat.

http://www.utusan.com.my/rencana/jangan-hilang-arah-fokus-1.50841#sthash.Umun5v1R.dpuf



PEJUANG BANGSA

Posted: 22 Jan 2015 11:30 AM PST

PEJUANG BANGSA


APA BEZA ROSMAH IKUT PM KE DAVOS DENGAN BETTY CHEW PI HONG KONG ?

Posted: 21 Jan 2015 11:05 PM PST



Ramai macai2 DAP menghina Isteri PM mengikuti beliau ke Davos menghadiri WIEF  di komentar di ruang FB portal Meloyakini .

Tetapi bila Isteri Ketua Menteri Betty Chew ke Hong Kong dan Taiwan sebagai delegasi P.Pinang mengikuti Lim Guan Eng itu buat apa pulak ??

Apa jawatannya untuk melayakkan dia ke sana ?

Bila isteri Lim Guan Eng guna duit rakyat ke luar negara tak pulak macai2 DAP ini pertikaikan tapi kalau Rosmah Mansor dimaki hamun .

HIPOKRIT dan double standard betul macai2 DAP ........




Laporan Bernama yang melaporkan time table padat DS Najib Razak di Zurich tidak diusik oleh pencacai-pencacai pembangkang. Sebaliknya, DS Rosmah Mansor dijadikan bahan penghinaan melampau mereka. 

Yang paling melampau dan kurang ajar ialah komentar di bawah yang menghina Najib Razak dan Rosmah Mansor. Komentar tersebut sangat biadap dan menyerlahkan betapa rendah IQ dan ekstremisnya pemikiran pencacai pembangkang.

Anda baca printscreen di bawah :


Biadap sungguh individu yang menggunakan nama samaran Orgayap Ogra Yap ini. Dan apabila MiM selidiki Facebooknya, tiada nama asal yang disertakan.

Dan seperti biasa, DS Rosmah Mansor juga telah dihina dan diejek oleh pencacai-pencacai Pakatan pembangkang. Di antaranya, anda baca 2 printscreen di bawah :



MiM percaya ramai pihak yang sudah muak dengan kebiadapan dan sikap kurang ajar penyokong-penyokong Pakatan pembangkang yang sering menyerang keluarga Perdana Menteri. Tetapi dalam masa yang sama, Najib Razak masih dapat menahan sabar tidak seperti seorang pemimpin tertinggi DAP itu. KLIK DI SINI




KALIMAH ALLAH : MENGAPA KES GUAN ENG LAMBAT SIASATAN ??

Posted: 21 Jan 2015 04:00 PM PST





PULAU PINANG 20 Jan. - Gabungan 25 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muslim di negeri ini mendesak pihak polis memperjelas status terkini hasil siasatan terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung kontroversi penggunaan kalimah Allah yang dibuat Disember lalu.

Wakilnya yang juga ahli Badan Bertindak Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Nordin berkata, sehingga kini tiada perkembangan lanjut berhubung hasil siasatan kes itu meskipun lebih 30 laporan polis dibuat pelbagai pihak terhadap Guan Eng.

Malah tambah beliau, pihaknya turut tertanya-tanya sama ada Guan Eng sudah ditahan atau dipanggil untuk membantu siasatan memandangkan kes itu boleh diklasifikan sebagai serius kerana membabitkan kegusaran dalam kalangan orang awam.

 "Kenyataan Guan Eng itu sangat serius dan jelas menyalahi Seksyen 297A dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan 1948. "Jadi kita tertanya-tanya mengapa tiada perkembangan lanjut daripada pihak polis berhubung hasil siasatan kes ini dan kita berharap beroleh jawapannya dalam tempoh seminggu ini," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

 Guan Eng seperti dilaporkan beberapa portal berita pada 12 Disember lalu didakwa memberi kebenaran kepada orang bukan Islam di negeri ini menggunakan kalimah Allah. Beliau dilaporkan berkata, larangan penggunaan kalimah Allah yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 tidak terpakai kepada bukan Islam kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam.

Menurut Mohamed Hafiz, pihak polis bertindak pantas menahan Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty, Eric Paulsen yang mempertikai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini namun lambat bertindak dalam kes membabitkan Guan Eng tersebu - See more at:

IPOHMALAY

Posted: 22 Jan 2015 09:23 AM PST

IPOHMALAY


Malaysia negara pertama dilawati Jokowi

Posted: 21 Jan 2015 07:00 PM PST

JAKARTA 13 Jan. – Malaysia mendapat penghormatan sebagai negara pertama akan dilawati secara rasmi oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo dalam siri lawatannya ke luar negara setelah dilantik sebagai presiden republik paling ramai penduduk Islam di dunia itu, 20 Oktober tahun lalu.

Lawatan rasmi Joko atau lebih dikenali sebagai Jokowi itu pada 5 hingga 6 Februari depan adalah bagi merapatkan hubungan dua hala yang sedia terjalin antara negara berjiran ini, selain membincangkan isu-isu semasa menyentuh kepentingan bersama.

Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, Jokowi akan mengadakan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta menteri-menteri Kabinet sebelum mengadakan lawatan ke beberapa tempat termasuk kilang pengeluar kereta nasional, Proton.

"Ini adalah lawatan rasmi pertama Jokowi ke Malaysia. Ia satu penghormatan bagi kita kerana Malaysia dipilih sebagai negara pertama untuk dilawati. Selepas Malaysia, Jokowi akan meneruskan lawatan ke Singapura dan Brunei,'' katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Menurut Zahrain, antara topik utama yang dijangka dibincangkan dalam pertemuan dengan Perdana Menteri ialah mengenai projek kereta ASEAN yang ideanya dikemukakan oleh Malaysia.

ASEAN adalah pasaran kereta kelima terbesar di dunia dengan 3.5 juta unit terjual pada 2013.

Sementara itu, Zahrain meminta semua pihak tidak memperbesar-besarkan isu pihak berkuasa Indonesia menenggelamkan kapal nelayan milik Malaysia kerana menjalankan aktiviti penangkapan ikan secara haram di kawasan perairan negara itu pada 8 Januari lalu.

Katanya, tindakan tersebut dilakukan berdasarkan prosedur biasa dan menurut lunas undang-undang negara berkenaan. – UTUSAN

Lelaki Cina cuba bakar surau di Rawang, mana suara MCA dan DAP?

Posted: 21 Jan 2015 06:11 PM PST

Mana pemimpin Cina sepersemendaan dengan PAS mahupun UMNO dalam isu seperti ini?

Mana kecaman mereka atas sikap luar akal yang sihat dari kalangan bangsa mereka.

Bila kini mereka diam, fikirkanlah siapa yang rasis? Melayu atau Cina?

Kita boleh kecam Perkasa atau Isma demi tunduk kepada tolenransi ala mereka. Mereka pula bagaimana?

Fikirkan.




Tiada ulasan:

Pengikut