Rabu, 3 September 2014

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


HAMIM Ledang

Posted: 02 Sep 2014 03:15 AM PDT

HAMIM Ledang


Hubungan Dagangan Global Malaysia – Palestin – Israel

Posted: 02 Sep 2014 01:45 AM PDT


1.         Dasar Luar Negara Malaysia adalah tidak menjalin hubungan diplomatik dengan Israel. Sejajar dengan dasar tersebut dan ditunjangi prinsip kemanusiaan dan keamanan dunia, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyokong sepenuhnya gesaan komuniti antarabangsa dalam mendesak agar kezaliman ke atas rakyat Palestin di Gaza dihentikan serta merta.

2.         Secara dasarnya juga, Kerajaan Malaysia tidak menjalin hubungan ekonomi secara langsung dengan Israel. Namun begitu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ingin memaklumkan bahawa kesemua pintu masuk ke Palestin dikawal oleh pihak berkuasa sempadan Israel kecuali di sempadan Mesir – Semenanjung Gaza, dan Kerajaan Mesir hanya membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan, ubat-ubatan dan makanan ke Palestin melalui Rafah Border Crossing.

3.         Oleh yang demikian, segala aktiviti perdagangan tidak langsung di antara Malaysia dan kawasan tersebut juga adalah untuk menyokong pembangunan ekonomi dan bantuan kemanusiaan rakyat Palestin. Ini adalah kerana semua barangan eksport Malaysia ke Palestin dan wilayah Gaza terpaksa dibawa masuk melalui Pelabuhan Ashdod di wilayah Israel memandangkan Pelabuhan Gaza masih disekat oleh Israel.

4.         Selain daripada itu, adalah difahamkan bahawa seramai 40,000 rakyat Palestin memasuki Israel setiap hari di mana seramai 30,000 adalah untuk bekerja manakala seramai 10,000 mendapat permit untuk bermalam di Israel. Antara tujuan lain memasuki Israel termasuklah bagi mendapatkan bantuan perubatan dan melawat keluarga terdekat.


5.         Berdasarkan pemerhatian Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, terdapat tiga cara perdagangan (mode of trade) dengan Israel,
                 (i)     Secara amalan rangkaian bekalan antarabangsa (global supply and value                                  chain)syarikat-syarikat antarabangsa atau multinasional (MNCs);
                 (ii)    Produk yang dihantar ke Palestin melalui Israel;
                (iii)    Eksport ke Israel tetapi berkemungkinan bukan secara langsung, tetapi dihantar                          dari negara-negara ketiga.

6.         Berdasarkan perangkaan International Trade Center (ITC), bagi tahun 2013 Malaysia menduduki tangga ke-32 dalam senarai pengeksport ke Israel dan tangga ke-12 dalam senarai pengimport dari Israel. Data yang dikeluarkan oleh ITC  mencerminkan eksport mengikut country of origin, iaitu kemasukan barangan buatan Malaysia ke Israel melalui negara ketiga seperti Singapura dan Hong Kong yang turut direkodkan sebagai eksport dari Malaysia. Cara merekod perdagangan seperti ini diamalkan oleh kebanyakan negara lain.

7.        Amalan perdagangan antarabangsa hari ini ialah perniagaan dan pelaburan di Malaysia juga melibatkan syarikat-syarikat MNCs yang melabur dan beroperasi di negara ini melalui rangkaian bekalan antarabangsa (global supply and value chain) di mana banyak negara termasuk Israel merupakan sebahagian dari rangkaian tersebut. Amalan perniagaan dan pelaburan antarabangsa ini adalah berada di luar kawalan Kerajaan Malaysia.


8.      Walau bagaimanapun, kewujudan amalan tersebut tidak menjejaskan pendirian dan ketegasan Kerajaan Malaysia dalam menyokong seruan dan gesaan komuniti antarabangsa dalam mendesak agar kezaliman ke atas rakyat Palestin di Gaza dihentikan serta merta.

Tiada ulasan:

Pengikut