Isnin, 14 Julai 2014

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Di Gaza remaja berjihad lawan Israel, di Malaysia sebaliknya

Posted: 13 Jul 2014 04:24 PM PDT


Pelajar dipukul sekumpulan remaja

SEREMBAN 13 Julai 2014- Seorang bapa, Mohd. Azzian Basin, 43, mendakwa anak lelakinya yang berusia 17 tahun dipukul oleh sekumpulan remaja di sebuah rumah kedai bertingkat yang terbengkalai di Bandar Seremban Selatan, Sungai Gadut dekat sini, Khamis lalu.

Beliau yang juga seorang Penghulu mendakwa, anaknya, Mohd. Nadzmi Aqiff mengalami sakit di bahagian dada dan tangan kanan serta bengkak di pipi sebelah kiri akibat kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 9.30 malam itu.

Katanya, anaknya yang juga pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban Jaya 2, sedang menaiki motosikal menuju ke sebuah stesen minyak di Taman Seremban Jaya sebelum dia ditahan dalam perjalanan oleh sekumpulan sembilan remaja yang menaiki lima motosikal.

"Mereka kemudian bertindak memukul anak saya sebelum memaksa dia menaiki satu daripada motosikal mereka dan membawanya ke sebuah rumah kedai bertingkat yang terbengkalai di situ.

"Anak saya sekali lagi ditumbuk dan ditendang oleh tiga daripada mereka sebaik sampai di situ.

"Malah, seorang daripada mereka telah mengeluarkan sebilah pisau dan mengugut untuk membunuh anak saya. Anak saya kata dia tidak tahu apakah motif kumpulan remaja itu berbuat demikian," katanya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Seremban Selatan, dekat sini hari ini.

Tiada ulasan:

Pengikut