Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil |
Takwim Program Ihya Ramadan 1435H PAS Kawasan Bukit Katil Posted: 28 Jun 2014 12:11 AM PDT |
Sekolah di Duyong tidak siap-siap : BN Mungkir Janji Posted: 27 Jun 2014 09:17 PM PDT MELAKA - Pas menganggap penjelasan Timbalan Pengerusi Maim, Datuk Yaakub Md Amin mengenai isu pembinaan Sekolah Rendah Agama Jaim, di Kampung Permatang Duyong baru-baru ini menggambarkan seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Timbalan Pesuruhjaya Pas 1, Kamaruddin Sidek berkata, adalah menjadi sesuatu yang pelik apabila upacara majlis pecah tanahnya sudah disempurnakan Timbalan Perdana Menteri tetapi tapak berkenaan masih lagi belum dapat diputuskan. "Saya melihat, kalau inilah isunya seolah-olah pihak terbabit khususnya kerajaan negeri dan Jaim telah memalukan Timbalan Perdana Menteri kerana melakukan majlis pecah tanah yang tiada keputusan lagi. "Barisan Nasional (BN) sekadar berpolitik dan menjanjikan sesuatu perkara yang tidak pasti kepada rakyat khususnya penduduk Islam dalam Dun Duyong," katanya ketika memberikan ulasan mengenai isu tersebut semalam. Menurutnya, BN khususnya Umno cuba mempolitikkan isu berkenaan kerana sekolah berkenaan telah dijanjikan siap sepenuhnya pada 30 Jun ini. "Pembinaan sekolah ini sepatutnya sudah berjalan kerana mengikut papan tanda yang sedang didirikan tetapi apabila BN kalah dalam pilihan raya, mereka mengambil sikap lepas tangan dan pembinaan ini ditangguhkan dan kemungkinan juga ia dibekukan. "Kalau mengambil jawapan yang diberikan oleh Timbalan Pengerusi Maim, Datuk Yaakub Md Amin baru-baru ini, soal tapak tanah masih belum dapat diputuskan oleh pihak Jawatankuasa kampung dengan lembaga sekolah berkenaan amat mustahil ia tidak dibincangkan dan diputuskan dengan segera. "Sepatutnya ia perlu dibuat lebih awal kalau tidak, mana mungkin Timbalan Perdana Menteri sendiri yang merasmikan tapak pecah tanah. Kalau tapak ini tidak sesuai dan tidak mendapat persetujuan pihak terbabit perkara ini tidak sepatutnya berlaku," katanya. Sementara itu, ketika ditanya mengenai isu berkenaan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron menjelaskan projek pembinaan sekolah berkenaan tetap akan diteruskan. "Projek pembinaan sekolah ini tetap akan dibina dan segala perancangan sudah lama dibuat termasuk bajet oleh kerajaan persekutuan serta kerajaan negeri. Semua sudah siap tersedia dan bakal terlaksana. "Cuma saya khuatir dakyah dibawa pihak pembangkang yang tidak berasas serta tidak mempunyai angka apabila dengan sengaja membakar semangat dan fikiran kumpulan masyarakat. "Perkara ini berkaitan soal masa depan anak-anak kita dan soal agama. Mana boleh dibuat main-main. Kita bukan parti cap ayam. Bila kita kata kita bina, kita akan bina," katanya. Sinar Harian |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda PAS Bukit Katil To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan